|
Malaysia Directories & Information |
![]() ![]() |
Aug 4 2004, 08:47 AM
Post
#1
|
|
![]() Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1103 Joined: 16-June 04 Member No.: 18379 |
Hi all,
Ni nak mintak jasa baik u all sesapa yg ada pengalaman daki Gunung Tahan bagi la tips.... Another thing is kasut mcm mana yg sesui nak pakai utuk mendaki tu... Pls ya sesapa yg ada pengalaman dan pengetahuan...bagi la tunjuk ajar skit ya... -------------------- The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all |
|
|
|
Aug 4 2004, 10:13 AM
Post
#2
|
|
![]() Super Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 7330 Joined: 9-September 03 From: penang. Member No.: 12875 |
nak panjat gunung tahan ye???
1.mintak cuit dr boss dulu 2.p beli sleeping bag,khemah,kasut,makanan kat carrefour 3.semangat yg kental |
|
|
|
Aug 4 2004, 10:25 AM
Post
#3
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10058 Joined: 10-April 03 Member No.: 8764 |
tinggi gunung tu....
1) kasut sport yg tapak dia xtebal sgt...tp ada bunga.. 2) kalau xbiasa panjat, beli glove,lampu kecik kt kepala,bekas air yg mcm kantung darah kt h'pital,beg yg galas blkg...make sure span kt bahu tu tebal... 3)kalau plan nk tido kt atas, bawak la baju tebal+xtra socks... 4)minyak urut,pisau kecik,plaster, |
|
|
|
Aug 4 2004, 10:28 AM
Post
#4
|
|
![]() Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1103 Joined: 16-June 04 Member No.: 18379 |
QUOTE(haslinda @ Aug 4 2004, 10:13 AM) nak panjat gunung tahan ye??? 1.mintak cuit dr boss dulu 2.p beli sleeping bag,khemah,kasut,makanan kat carrefour 3.semangat yg kental hehehe!!!! bos out of office lak hr ni.... anyway.. thanks for your tips -------------------- The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all |
|
|
|
Aug 4 2004, 10:33 AM
Post
#5
|
|
![]() Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1103 Joined: 16-June 04 Member No.: 18379 |
QUOTE(arab @ Aug 4 2004, 10:25 AM) tinggi gunung tu.... 1) kasut sport yg tapak dia xtebal sgt...tp ada bunga.. 2) kalau xbiasa panjat, beli glove,lampu kecik kt kepala,bekas air yg mcm kantung darah kt h'pital,beg yg galas blkg...make sure span kt bahu tu tebal... 3)kalau plan nk tido kt atas, bawak la baju tebal+xtra socks... 4)minyak urut,pisau kecik,plaster, Ok thanks a lot Arab -------------------- The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all |
|
|
|
Aug 4 2004, 10:53 AM
Post
#6
|
|
![]() Super Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 7330 Joined: 9-September 03 From: penang. Member No.: 12875 |
stokin tebai beli byk skit...
|
|
|
|
Aug 4 2004, 11:54 AM
Post
#7
|
|
![]() Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1103 Joined: 16-June 04 Member No.: 18379 |
QUOTE(haslinda @ Aug 4 2004, 10:53 AM) stokin tebai beli byk skit... wokeh!!! -------------------- The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all |
|
|
|
Aug 4 2004, 11:56 AM
Post
#8
|
|
![]() Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1103 Joined: 16-June 04 Member No.: 18379 |
sapa yg penah dah daki kat gunug tahan ni nak tanya lagi...
kat atas tu ada sumber air dak -------------------- The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all |
|
|
|
Aug 4 2004, 08:10 PM
Post
#9
|
|
|
New Member ![]() Group: Members Posts: 17 Joined: 11-April 04 Member No.: 17373 |
ermm... air ade la kat setgh2 kwsn....
tp, time nak ke puncak tu... air is a factor... bwk le cawan, kut2 kena scoop air kat lopak memane... hehehe... suggest bwk gak iodine/chlorine tablets skali... tp, ikut suka la... |
|
|
|
Aug 5 2004, 06:09 PM
Post
#10
|
|
|
Advanced Member ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 720 Joined: 24-April 03 Member No.: 9354 |
QUOTE(Margalo_jr @ Aug 4 2004, 11:56 AM) sapa yg penah dah daki kat gunug tahan ni nak tanya lagi... kat atas tu ada sumber air dak ada..macam macam adaaa... kfc ada pizza pon ada....... -------------------- JaDiLaH OraNg JaHaT YanG BAiK JaNGaN JaDi OrANg BaIk YaNG jaHaT
|
|
|
|
Aug 8 2004, 01:36 PM
Post
#11
|
|
|
Super Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 6051 Joined: 23-January 04 From: subang airport Member No.: 15532 |
cam tak percaya jer...??? ingat iklan astro ker...???
-------------------- u want it... u get it...
u want more... u get more... u want some... u get some... u want me... come and bite me... |
|
|
|
Aug 10 2004, 02:23 AM
Post
#12
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 488 Joined: 29-May 04 From: Taman Sri Gombak, Batu Caves Member No.: 18176 |
QUOTE(batmantaro @ Aug 5 2004, 06:09 PM) QUOTE(Margalo_jr @ Aug 4 2004, 11:56 AM) sapa yg penah dah daki kat gunug tahan ni nak tanya lagi... kat atas tu ada sumber air dak ada..macam macam adaaa... kfc ada pizza pon ada....... tipu! jangan caye! kuat 'kentut' dia tuh! he! he! i'm back!!!!!!! amcam trip korbu baru nih, best kan / pueh ati sampai menongkat dgn dagu bila nak sampai anak korbu/korbu raya yg nampak cam menara kembar KLCC tuh dari bukit botak!?! he! he! crite ler skit perjalanan/xpdc tu!? |
|
|
|
Aug 10 2004, 02:32 AM
Post
#13
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 488 Joined: 29-May 04 From: Taman Sri Gombak, Batu Caves Member No.: 18176 |
QUOTE(Margalo_jr @ Aug 4 2004, 08:47 AM) Hi all, Ni nak mintak jasa baik u all sesapa yg ada pengalaman daki Gunung Tahan bagi la tips.... Another thing is kasut mcm mana yg sesui nak pakai utuk mendaki tu... Pls ya sesapa yg ada pengalaman dan pengetahuan...bagi la tunjuk ajar skit ya... kalo nak naik mana2 gunung pun kene ada persediaan dari segi: 1. mental & fizikal (trening) 2 peralatan (haversack yg sesuai/selesa/tahan, carrymat, sleepingbag, khemah, stove, gas, lampu gas, lampu suluh, bateri & bulb spare, kasut, selipar, sandal, pisau, lighter.....) 3. pakaian (treking/tido, stokin spare, topi&/snowcap, sweater......) 4. ubat2an 5. pengetahuan serba sedikit pasal trek, campsite..... 6. kebenaran pihak berkuasa 7. peralatan peribadi spt berus & ubat gigi...kamera 8. ration/menu (biar sedap & berkhasiat, senang dibawa/tahan lama) 9. makanan/minuman tambahan (berkhasiat/segera) This post has been edited by monoORC: Aug 10 2004, 02:35 AM |
|
|
|
Aug 10 2004, 02:37 AM
Post
#14
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 488 Joined: 29-May 04 From: Taman Sri Gombak, Batu Caves Member No.: 18176 |
Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang; dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka; syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru; Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal; akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
( Ash-Shaaffat 6 - 10) _____________________________________________________________________ EKSPEDISI GUNUNG TAHAN LALUAN : KUALA TAHAN - PUNCAK - KUALA TAHAN 21 - 28 Mei 1998. OK ... ahaks ... kali nih saya nak citer pasal jungle2 storie jugaklah ... dan seperti yg tuan2 tau [kalu tak tau nie saya nak kasik tau ... ahaks] Gunung Tahan merupakan gunung yg tertinggi disemenanjung dan juga dicatat sebagai antara gunung yg mempunyai laluan paling sukar di tanahair utk sampai ke kemuncak tertinggi nya ... ada 2 pintu utama yg disahkan selamat dan dibuka kpd pendaki2 luar dan domestik ... iaitu laluan MERAPOH dan laluan KUALA TAHAN ... so melalui 2 pintu utama nih kita boleh buat laluan yg kita nak lah : Kuala Tahan - Puncak - Kuala Tahan Kuala Tahan - Puncak - Merapoh Merapoh - Puncak - Merapoh Merapoh - Puncak - Kuala Tahan Merapoh ialah laluan masuk melalui Kelantan dan Pahang melalui Taman Negara Kuala Tahan ... so dari Kuala Tahan, utk sampai ke puncak biasanya ambik masa 4 hari [naik] dan 3 hari [turun] ... ini kalau kita betul2 ada fitness yg solid giler ... dan kita tak camp site kat puncak ... so rugi ler kan ... macam nak rak mendaki last sekali tak tido kat puncak ... mana bleehhhh ... that is totally unacceptable ... ahaks ... dan, kalau kita naik ikut Merapoh maka biasanya yg saya difahamkan oleh seorang sahabat yg dah 6 x naik G.Tahan !!! [kali ke 3 dgn kami dan 3 x lagi lepas tuh] bahawa laluan tersebut tidak menjanjikan semua HEART KILLING VIEW macam laluan dari Kuala Tahan ... so sebab tu lah kami ikut laluan dari Kuala Tahan ... dan secara mendatarnya laluan kami nih [Kuala Tahan - Puncak - Kuala Tahan] adalah sejauh 60km utk satu hala ... so kalau 2 hala dia jadi 120km lah kan ... itu kalau rata ... apa yg kompom ialah laluan kami nih cuma 600 mtr awal dan akhir jer yg rata ... yg lain2 suma nya samada memanjat ataupon curam giler punyer turun ... so atas saranan beliau maka kita decide utk melalui laluan Kuala Tahan/Kuala Juram - Puncak - Kuala Tahan/Kuala Juram ... Basicly kalu tak dak kekuatan mental dan fizikal yg BAGUIH DOK ADA maka tak yah lah bercita2 nak naik G. Tahan nih ... saya bukan nak takutkan anda suma tapi ini berdasarkan kpd pengalaman kami sendiri ... so program ni saya dah rancang semenjak September 1997 lagi ... maknanya kami mengambil masa lebih kurang 9 bulan utk berbincang, mendapatkan maklumat akan bentuk muka bumi laluan, rintangan2 dan sebagainya [apa yg terfikir oleh kami lah] ... saya terpaksa bersiap sedia dr awal sebab w’pun G.Tahan adalah kemuncak IDAMAN bagi penggiat2 rekreasi tapi kita kena bersiap sedia sedaya yg mungkin ... saya sendiri tak bersedia nak menghadapi sebarang risiko yg tak diingini ... ditambah pulak dgn geografi laluan yg dah sedia menyakit kan jiwa, kemungkinan wujudnya ancaman binatang buas selain kemungkinan gangguan dr makhluk2 dimensi lain ... biasanya inilah risiko2 yg sedia menanti kita kalau kita nak masuk hutan tapi tak lah disebabkan ini maka kita langsung tak nak teruskan perancangan kita ... ianya sebagai langkah berjaga2 ... itu jer ... ahaks ... cumanya ialah perancangan yg rapi, persepakatan yg total selain dr disiplin dan kefahaman yg dah memang rencah utama dlm satu2 xpdc yg sukar harus kita janakan bagi melorongkan kita kpd satu pencapaian dan hasil yg memuaskan semua terlibat ... So awalnya program ni tercetus akibat drpd CABARAN dr sorang rakan yg bukan BUDAK GUNUNG ... so dia tanya samada saya dah naik G.Tahan atau pun belum ... dan cara dia tanya tuh seolah2 memperlawak2 DUGONGkan ketereran saya & CO. lah kan eventhough kami nie kira terer lar jugak kan ... ahaks ... therefor saya pun bertekad utk menjejakkan kaki kekemuncak tertinggi di SEMENANJUNG M’SIA ... Alhamdulillah saya dibantu dan mendapat bimbingan drpd adik SIFU saya sendiri dimana beliau sebenarnya dah kali ke3 lah naik G.Tahan termasuk dgn group saya ... jadi dah tentulah saya amat2 memerlukan bimbingan dan nasihat dr beliau yg mana bagi kami masa tu adalah termasuk dlm spesis super2 TERER tuhhh ... jadi kami berdua merancang sejak dr awal lagi sebab saya tak nak berhadapan dgn sebarang risiko yg TAK PERLU ... sebab sebarang kesilapan awal buleh mendatangkan akibat buruk kpd semua bakal2 pendaki ... semuanya kami rangka dan arrange sendiri ... baik dari segi makan minum [menu makan sepanjang pendakian], urusan dgn Penguasa Taman Negara, permit, pengangkutan, persediaan rakan2 pendaki sendiri dan macam2 lah ... dari mula kami sendiri planning program nih sampai lah ke penyudahnya [sampai kami cecah KL balik] kepala saya dok sakit dan tak senang duduk mengenangkan apakah yg bakal menanti kami ... baik dr segi masalah2 logistik, birokrat, X-FILES, fitness pendaki [dan saya juga] dan macam2 lagi ... Jadi sebanyak 20 pendaki telah mengambil bahagian ... dan semuanya saya kenal sebab 19 org drpd yg 20 nih memang dah biasa naik turun gunung mahupun busut ... so memang selalu kami terlibat dlm program yg sama w’pun tinggal berasingan [Bandar Sunway, Kepong, Cheras, Pandan Jaya dan Sg Buloh] tapi kami selalu sangat bersama2 dlm bab2 jungle2 nih ... dan masing2 dah cukup masak dgn perangai kengkawan yg lain. Cuma sorang jer [budak Pandan Jaya] yg baru saya kenal ... mamat nih engineer kat company saya cumanya dia kat lain subsidiary lah dan at the first time saya tengok dia ... hati rasa berbelah bagi nak benarkan dia join ekspedisi kami nih ... terlalulah BERSOPAN nya mamat nih ... ahak ahak ahak ... method giler ... anyway memang kerektor nya dah cam gitu ... tak leh buat apa2 ... ahaks ... yang lelain tuh toksah cakap lar kan ... memang tak dak law punyer umat ... sepatah kita bercakap sejuta patah dia balas balik ... hampeh betulll ... ahaks ... tapi deme nih punyer team work memang SUPER2 BEST ... nothing compares to them ... ikhlas saya cakap ... bukan nak puji2 member sendiri tak tentu pasal ... mungkin sebab dah berpuluh2 kali kami bersama2 dlm satu2 xpdc maka kita dah faham kebolehan dan karektor masing2 ... dan jugak dah faham tugas BIASA masing2 ... tu penting tuh ... MUQADDIMAH Key, purata peringkat umur yg menyertai ekspedisi G.Tahan nie adalah sekitar 20 - 35, satu hal yg pasti ialah kami suma belum kawin !!! ahak ahak ahak ... jadi kami bertolak dr KL dgn menunggang train menuju ke Jerantut [ 8.30mlm - 3.00pagi ] so dr Jerantut kami naik prebet sapu terus ke Jeti Kuala Tembeling yg mana ia merupakan pintu masuk keTmn Negara Kuala Tahan ... macam biasa saya kena selesaikan pendaftaran masuk kami sebagai pendaki ... utk mendaki G.Tahan adalah lebih baik sekiranya kita membuat tempahan 2 minggu lebih awal ... sekurang2 nya 2 minggu lah ... bukan apa ... supaya urusan melapor diri dipejabat Penguasa Tmn Negara akan berjalan lancar ... benda2 macam keterangan peribadi pendaki kita kena senaraikan awal2 ler supaya kita tak payah kelam kabut last minit ... dan cam biasa bila nak keluar utk satu2 xpdc tuh bonda tercinta akan memberikan2 kata alu-aluan beliau yg penuh dgn hikmat dan peluru mesin-gun ... ahaks ... "Asik2 masuk hutan keluwor hutan, masuk hutan keluwor hutan ... tak dak kerja lain ka" ... maka sekiranya anda juga telah mendengar kata2 hikmat yg popular ini maka nyanyikanlah utk ibu2 anda akan sebuah lagu yg tidak asing lagi dikaca tv nasional : Ibuuuuuu ibuuuuuu engkaulahhhh ratu hati kuuuuu ahaks ... BELI lah jiwa ibu kita tuh dan bila balik nanti, bawak lah balik barang 3 - 4 helai t-shirt ... sejuk hati mak2 kita ... ahaks ... so dr Kuala Tembeling kami naik bot ke Tmn Negara yg memakan masa 2jam 45minit ... best ooo naik bot nih ... sempat layan tido sebab dlm train tak leh tido ... aircond dia sejuk sgt ... sampai jer diKuala Tahan, kami terus melapor diri kpd Penguasa Tmn Negara dan juga utk urusan pembayaran ... kami dikehendaki memberikan butir2 peribadi yg lengkap dimana ini adalah utk tujuan mengeluarkan sijil dan prosedur keselamatan yg biasa ... jgn main redah jer ... kena luku kang ngan pegawai Tmn Negara kat situ ... ahaks ... anda akan memperolehi sijil pengiktirafan sekiranya anda berjaya menjejakkan kaki ke puncak G.Tahan ... lawa babe sijil dia ... jadi masa melaporkan diri tu juga haversack kami diperiksa oleh pegawai2 Tmn Negara ... nak tau deme nih check apa ... nih saya senaraikan : 1 - Jumlah plastik yg anda bawa masuk 2 - Jumlah pakaian 3 - Jumlah bakal2 puntung rokok [ bagi perokok ] 4 - Jumlah kotak rokok dan plastiknya 5 - Jumlah tin [ tin sardin, kacang dan tin gas ] 6 - Lain2 peralatan spt khemah, fly-sheet, ground-sheet 7 - Pisau yg mana saiz maximum yg buleh dibawa masuk ialah 6cm (panjang mata pisau) 8 – Parang, meriam, kereta kebal, kapal selam dan lain2 senjata diHARAMkan sama sekali ... Tujuan dibuat peraturan yg sedemikian rupa adalah utk menjaga kebersihan G.Tahan ... jadi apa saja yg anda bawa masuk DAN DISENARAIKAN mesti bawa keluar semula dlm jumlah yg sama ada sama banyak atau lebih ... satu item TERKURENG ... anda akan dikompoun sebanyak RM50.00 ... jadi kalau anda bawak sebungkus coklat Cloud 9 [ satu plastik besar ada 12 ketul ] anda dikira sebagai membawa 13 keping plastik [ satu plastik besar + 12 plastik kecik ] jadi semua plastik terbabit WAJIB dibawa keluar semula ... kat sana satu plastik kosong bernilai RM50.00 ... TAK MURAH KAN !!! ... haaa ... sapa2 nak buat PART TIME meniaga plastik kosong kat pendaki2 yg kekurengan plastik kosong maka silalah berbuat demikian ... ahak ahak ahak ... Jadi dah selesai suma urusan lapor diri dan setelah diperkenalkan dgn Jurupandu Arah/Guide kami, kami berdoa agar kami semua selamat pergi dan balik dan juga kalau 20 org yg masuk maka 20 org juga lah yg akan keluar ... kurang tak nak lebih lagi ler tak nak ... setiap pendaki2 WAJIB juga menggunakan khidmat pemandu arah Tmn Negara sebab tugas utama deme nih ialah jugak utk memerhatikan tindak tanduk pendaki ... sebab anda dilarang sama sekali utk menebang mana2 pokok yg terdapat didlm kws Tmn Negara ... satu pokok anda potong maka anda akan dikompaun sebanyak RM1000.00 ringgit bergantung kpd saiz pokok dan lepaih bayor kompaun maka cuping telinga anda pulak akan dipotong ... ahak ahak ahak ... sendiri mau ingat ... ahak ... hahhh !!! Dan sebelum tu juga saya telah berbincang dgn guide2 kami akan bentuk pendakian yg kita nak buat ... so saya terangkan lah bahawa kami nak mendaki selama 4 hari, tido kat puncak 1 mlm dan turun 3 hari ... so guide pon setujulah ngan saranan saya tuh ... dia guide nih deme ikut kita ... kalu kita nak sampai kepuncak dlm masa 2 hari pon bulehhhh ... tapi kalu tali perut putus tanggung sendiri lar kan ... so that’s why sebelum pergi maka kita kena dapatkan seberapa banyak maklumat dan seberapa lengkap yg buleh ... ini adalah utk kemudahan kita jugak ... lagipun utk ekspedisi yg mengambil masa yg agak lama cam gini ditambah pulak dgn bentuk lauluan yg memang mencabar, kita [nak tak nak] kena plan perjalanan kita utk kita sesuaikan dgn kemampuan kita ... kalau tak nanti jadi masalah ... ahaks ... Aisey terlupa ... masa kat KTM stesen KL ... salah seorang drpd sahabat kami telah kehilangan haversacknya yg mana SEMUA kelengkapan peribadi beliau utk mendaki turut LENYAP ... actually DILARIKAN lah … berikut saya senaraikan apa yg turut terkubur dgn kehilangan bag beliau : Haversack brand Karrimor Jaguar [ RM500.00++ ] - nih brand baguih punyer ... baru beli lagi tuh !!! ... biasanya kita guna Karrimor Panther lah kan ... murah sikit [separuh harga] Sleeping Bag - WAJIB ada bagi setiap pendaki sebab tak ada sapa nak bawak TOTO or GEBAR naik kat atas gunung ... berbanding dgn gebar atau toto benda nih ringan, mudah utk disimpan tapi boleh menyimpan haba ... kira macam tido dlm kepompong ler ... berharga sekitar RM40 - RM80.00 ... Kasut trekking - saya tak tau jenama apa dia pakai tapi bagi kasut yg tahan lasak dan selesa lagi sesuai utk dibuat trekking berharga sekitar RM150.00 keatas ... Lighten - macam lampu gasolin, khas utk para pendaki tapi dia guna gas sebagai bahan bakar ... kecik, fleksible, ringan tapi terang ... buleh bertahan selama 8 jam tanpa henti ikut saiz gas ... berharga RM80.00 setiap satu TANPA gas ... gas dlm RM3.50 - RM5.00 setiap satu ... Dapur - bila kita sebut dapur dan lampu memang kedua2nya guna gas tapi bukan ler besar ... kalau anda pernah tengok dia cuma sesaiz dgn PENUNU BUNSEN yg selalu makmal sekolah guna ... kepala dapur nih murah sikit ler dlm RM50.00 tak masuk gas ... Kamera - tak tau jenis apa tapi paling kokak punyer jenama pun saya rasa kita semua buleh estimate berapa rega dia termasuk juga 6 roll kodak ... Khemah - khemah dia brand Coleman ... muat utk 4 org [ saiz saya 5 org ] ... murah jer kemah nih dlm RM180 - RM200.00 ... Beras [ 4 pot ], sardin besar 1 tin, sardin kecik 2 tin, minyak masak 1 botol kecik, gas kecik 1, gas besar 1 dan macam2 lagi itu tak masuk lagi dgn benda2 personel dia ... So member nih pun pertama kali nak naik G. Tahan ... so bila jadi macam nih dia memang frust sebab kalau ikutkan adalah mustahil utk dia mendaki sebarang gunung dgn SEHELAI SEPINGGANG ... puas kami pusing kat KTM KL tuh mana lar tau kot2 buleh jumpa pencurik mangkuk tuh ... tapi tak jumpa juga ... 20 minit sebelum train mula bergerak kami buat meeting tergempar dan kami bersepakat utk berkongsi apa saja yg harus kami kongsikan asalkan member yg sorang nih dapat sama2 menyertai kami ... yg member nih air mata dia dah mula bergenang dah ... yer ler ... 4 bulan solid dia buat training fitness dgn saya ... beratus2 duit habis utk kumpulkan kelengkapan berkhemah ... tiba2 tak buleh pergi ... so bayangkan ... dia dah nak balik pun tapi kami paksa juga dia ikut dan yg lain2 bersetuju utk membantu dr segi kelengkapan pakaian dan sebagainya ... jadi akhirnya member nih setuju utk ikut ... satu sebab kami bersungguh2 utk ajak juga dia ikut ialah kami nak sampai ke G.Tahan BERSAMA2 ... kami plan ada 20 org jadi apa keadaan sekali pun 20 org juga akan pergi atau 20 org langsung tak pergi ... Alhamdulillah w’pun saya dikurniakan sahabat2 yg memang memeningkan dr segi perangai tapi dr segi semangat setiakawan dan timbang rasa budak2 nih memang kelas ... sebab bayangkan yer ... kita terpaksa olah semula budget utk makan dan macam2 lagi sebab kami memang budget cukup2 utk makanan kami sebab kalau terlebih banyak maka akan menjadi beban kpd pendaki yg buleh menimbulkan masalah yg lain pula ... kita tak bercakap tentang ekspedisi dua tiga hari yg mana kita buleh cincai2 jer ... ini ekspedisi 8 hari ... segala2 nya kena betul, kalau tak masalah pada org lain nanti ... semua beban [ makanan dsb nya ] yg standard utk setiap peserta saya dah timbang ... semua org dapat berat yg sama ... tak ada yg kurang tak ada yg terlebih ... kecuali saya punyer ration jer yg ringan sket ... ahaks ... syyhhhhh !!! jgn pecah rahsia babe ... ahak ahak ahak ... sampai la nie depa semua tu tak tau ... ahaks ... DAY ONE : KUALA TAHAN - KEM MELANTAI Lepas kami berkenalan dgn Guide kami maka Guide pulaaaakkk kasik penerangan dan ingatan ... dia mintak kami tinggalkan sebarang TANGKAL2 yg ada dipakai ... kebetulan saya ngan member ada pakai ... tapi bukan tangkal ... ia cuma akar kayu yg di ikat dan buat gelang ... member saya pakai Akar Cawat Pangan dan saya pakai Akar Tikam Batu ... nanti saya story pasal akar2 nih ... jadi setelah kami explainkan kat guide kami dan dia teliti sendiri dan dia puas hati maka kami pun start ler trekking ... kami ambik dua guide sebab satu guide cuma buleh bawak 12 pendaki shj ... tepat jam 12tgh hari kami start berjalan dr Kuala Tahan - Kem Melantai yg mengambil masa 5 jam trekking ... tiba2 saya tengok member saya sumanya letih semacam [ termasuk ler saya pun ] ... macam budak tak pernah trekking padahal baru 2 jam jer kita trekking ... rupa2 nya kami suma terlupa makan tgh hari ... nak buat cam mana ... terpaksa berjalan ler jugak ... lebih kurang pukul 5 - 6 ptg kami sampai kat Kem Melantai ... Macam biasa masing2 bukak khemah, mandi manda dan prepare makan mlm ... yg mengarut tu terus mengarut ler ... so masa kami sampai kat Kem Melantai nih, ada satu group 6 org bebudak cina yg jugak dlm haluan yg sama ... dan sejurus sebelum maghrib sampai lagi satu team yg mana merupakan sekumpulan bebudak india yg merupakan pelajar perubatan dr Universiti Malaya ... tengok bebudak india nih longlai semacam jer ... ahaks ... penat ler tuh ... Then lepas isyak kami buat sessi suai kenal dgn kedua2 guide kami utk merapatkan hubungan ... bukan apa ... kalau kita rapat dgn guide2 nih banyak benda dia tunjuk kat kita nanti ... I mean benda2 yg ajaib2 sikit dan pelik ler pasal G. Tahan nih ... ahaks ... dlm erti kata lain ia adalah salah satu drpd proses MEMBELI JIWA guide ... ahak ahak ahak ... anyway tak ada salah kita kita berbaik2 dgn penduduk setempat ... at least ini akan dapat mengasah budi bahasa kita dan kita akan dapat contact yg lebih luas yg bakal memudahkan tugas kita incase kalo kita nak datang lagi in future ... betoi tak ??? ... sapa tak sokong aku sumpah korang jadi french fries ... ahaks ... Lepas jer sessi tu maka kami pun buat aktiviti masing2 ler sebab kat Kem Melantai nih pun tak ada yg menarik sgt so saya pun tido awal sebab nak save energy utk esok ... yg bertugas kena buat ler tugas2 yg dah ditetapkan like masak nasik himpit [ utk makan tgh hari on trek ] dan nasik utk sarapan pagi ... so bila bangun pagi nanti tak yah kelam kabut nak memasak ... utk pengetahuan anda juga MENU WAJIB kami utk makan tgh hari ialah BERUPA seketul nasik himpit segera [yg dah dibelah 2] dan satu inci persegi ikan masin sebagai lauk ... so tangan kanan nasik himpit SEJUK dan tangan kiri ikan masin satu inci persegi AJER ... pagi2 makan pengat, sendiri mau ingat lar kan ... ahak ahak ahak ... DAY TWO : KEM MELANTAI - KEM SEPUTIH Spt biasa lepas breakfast, kami berkemas dan dgr taklimat drpd guide dan memulakan perjalanan hari kedua yg cukup menarik ... group bebudak cina tuh dah lesap dah ... dengor kabor kul 7 pagi depa dah start trekking ... huuiihhh !!! terer tu ... dan group bebudak india dr UM tu pon dah trekking dah ... so lambat ler kira nyer kami nie yekkk ... kami nih kul 8.30pg tuh kira awal giler lar dah tuh, standard kul 9pg ... ahaks ... so kali ni kami akan bergerak dr Kem Melantai, melalui Laluan BUKIT MALANG menuju ke Kem Seputih ... sebab apa dipanggil Bukit Malang ??? sebab anda terpaksa bertrekking merentasi sebuah kawasan yg didakwa mempunyai 27 buah bukit yg tidak PENDEK mahupun RENDAH !!! tapi berdasarkan kiraan saya ia mempunyai LEBIH dr 36 buah bukit ... lepas angka 36 tuh saya naik malas nak kira ... maleh maleh maleh !!! ... tension gilerrr babe !!! time trekking pulak kami cuma boleh berehat [ take 5 ] pada setiap 2 jam ... cukup 2 jam berjalan baru ler guide kasik berenti sebab dia kata KAMI BULEH !!! kejam betui guide kami nih ... laluan nih tak menarik sgt sebab hutan pun still tebal lagi ... so tak nampak sgt view yg menarik sebab pokok2 nya masih tinggi2 ... maka disinilah beberapa rakan saya dah mula patah hati sebab yer lerrr ... naik turun naik turun .... tak abih2 ... memang fedup giler ... sampai ada yg tobat !!! maka TERPACUL lah ayat2 HIKMAT seperti ; " Wehhh, tobat tau tobattt ... nie lah kali pertama dan terakhir aku akan naik G.Tahan nih ... lepaih nih tak dak lar, tak mo dah tak mo dahhh" ... ucap sorang member sambil terbaring dgn kedudukan yg saya tak tau nak masuk dlm kategori hapa ... tapi kira macam KOMA jugak lah kan ... ahaks ... abihhh ... sampai dah tersadai kaki kat atas kepala kat bawah cam mano ... tapi alhamdulillah atas semangat setia kawan maka mana2 yg still orait tuh dok keja bagi semangat ler yg kat dah peywai nih ... time2 cam nih tak dak sapa yg berkeupayaan nak mengontrol jelita ... maka time nih buleh ler kita melihat KEHUDUHAN sebenar rakan2 karib kita yg dah sedia kala HUDUH ... ahak ahak ahak. Dlm perjalanan juga kami terserempak dgn dua pendaki wanita mat salleh dr Denmark yg dah mula merah padam macam udang kena bakor ... dia punyer BAU masyaALLAH ... sedap lagi bau sebungkus belacan ... ahak ahak ahak ... kami sempat interbiew deme nih ... salah sorang tuh kasik tau kat kami yg kat Denmark HARI2 selama 4 jam sehari dia akan main Ski Ais KHAS utk mendapatkan stamina bagi ekspedisi G.Tahan nih ... tapi kata nya lain pulak yg jadi sebab cuaca panas ... jadi dia TERLUPA soal cuaca, masa tuh pun tgh musim kering ... memang panas dan bentuk geografi laluan pulak memang diluar jangkaan deme lah ... jadi tak heran ler kalau mat salleh nie peywai Jadi di pertegahan perjalanan kami terserempak balik dgn group bebudak medic dr UM tuh ... kesian saya tengok budak2 nih sebab ketua deme kabor ngan saya bahawa inilah PERTAMA kali dia naik gunung ... saya tanya balik tak buat training khas ker ... dia kata " Ada lar sikit2, satu jam dua jam jogging " saya tanya balik " berapa kerap tuh training you ‘’ ... dia kata " Tengok lar ... kadang2 satu minggu dua kali, kadang2 satu minggu satu kali ‘’ ... jadi lepas dengor jawapan dia yg tak MEMBERANGSANGKAN langsung tuh saya pun lepak ngan member2 ... TIBA2 ada sorang mamat nih [ dr group budak2 UM tuh ] suda tanya dgn satu member saya yg memang PALING LOKLAK sekali ... dia tanya " Abang ! berapa lama lagi mau sampai puncak Tahan ? ‘’ ... SALAH ORANG LAR BABE DIA TANYA dan member saya nih terus tak kasik can dia bantai gelak macam org hilang akal ... kami pun gelak jugak tapi cover giler ler ... dia tak dak ... dia bantai ikut suka dia sambil menjawab " Fuuuiiiyyyooo ! berapa hari mau sampai ka ? ... 5 hari lagi wooo, 5 hari lagi ‘’ ... sambil dia bantai gelak ... kami pun ikut sama gelak sebab dah tak tahan nak pecah perut ... pas tuh saya tengok muka group bebudak UM tuh sorang demi sorang jadi TOYA ... patah semangat ... ikut FIRASAT saya mesti budak2 tu patah balik punyer ... Tepat tekaan saya ... esok nya group tuh patah balik ke Kuala Tahan sebab dah TAK TAHAN !!! ... abihhh !!! sampai ambik air pon mintak guide yg tolong ambik kan ... sebab masa kami take 5 & ambik air kat KEM TENGAH sempat ler berborak ngan guide depa nih ... maka kami pun teruskan perjalanan ke Kem Seputih ... anyway depa sempat jugak daki Bukit Rajah ... jadi lar yer dak ... bukan nak kutuk tapi rasa saya inilah bahananya kalo kita kekurangan maklumat yg TEPAT perihal lokasi yg kita nak tuju ... besar kesannya ... Disebabkan kami ni ramai dan ada yg dah pernah naik ... jadi secara automatik bukan manual kami terbahagi kpd dua kumpulan iaitu SLOW TRAIN [ geng lambat N relax ] dan SPEED TRAIN [ geng laju sebab excited ... first time naik ler katakan ] ... jadi pada sapa2 yg rasa malas nak speed atau buleh jalan laju maka dia ada dua pilihan yg mana setiap satu TRAIN ada guide yg monitor ler ... SPEED TRAIN secara purata akan sampai ke setiap camp site dlm pukul 4 - 6 ptg manakala SLOW TRAIN biasanya sampai dlm pukul 7 - 9mlm ... Slow Train nih memang stail jln enjoy punyer ... tak dak pressure nak speed ... rasa2 nak relax dia relax ... manakala Speed Train memang solid 2 jam sekali baru berenti rehat ... pendek kata sampai lutut dah berasap baru ler guide benarkan kami berenti rehat ... maka kami [ Speed Train ] sampai ke Kem Seputih tepat jam 4 ptg ... anyway kita semua dah bersetuju bahawa kita mesti sampai ke campsite mengikut jadual ... so spt yg anda semua dah sedia maklum kami tetapkan laluan dan campsite kami spt berikut : DAY ONE : KUALA TAHAN - KEM MELANTAI DAY TWO : KEM MELANTAI - KEM SEPUTIH DAY THREE : KEM SEPUTIH - WRAY’S CAMP DAY FOUR : WRAY’S CAMP - KEM PADANG DAY FIVE : KEM PADANG - PUNCAK G.TAHAN DAY SIX : PUNCAK G. TAHAN - KEM TEKU DAY SEVEN : KEM TEKU - KEM SEPUTIH DAY EIGHT : KEM SEPUTIH - KUALA TAHAN Kem Seputih nih kat tepi sungai jadi kami pun lepas pasang kemah dan masak air TEH O SLOW [ teh O yg nipis gilerrr baik dr segi teh nya mahupon gulanya !!! ] kami pun bantai ler berkubang ... diceritakan oleh sorang sahabat saya [ yg ikut trip lain ] masa tu deme sampai kat Kem Seputih ngam2 [ NGAM HO ! ] waktu maghrib ... jadi deme nih sampai2 jer terus lepak kat tepi sg ni dulu dan bercuci ... TIBA2 GEDEBUSHHH timbul dr tgh2 sg tuh SEORANG TUA DIKAKI GUNUNG yg lengkap berserban dan menengking geng2 member saya nih " KAMU NI KENAPA HAH ? TAK TAU MAGHRIB KE ??? ‘’ ... habis dia menengking sebanyak 20 peserta PENGSAN yg mana majoritinya adalah peserta wanita ... dan mereka terpaksa berpatah balik ... terpulang nak percaya atau tidak ... ini member punyer story lah tapi bagi saya benda2 cam gini tak mustahil berlaku … Alhamdulillah kami punyer tradisi ialah menghormati setiap waktu solat ... paling tidak pun berhenti rehat buat seketika dan akan ada sorang yg akan remind kami which is kami punyer Pak Imam ler ... Pak Imam kami nih ‘lain macam’ sikit … dia main tengok matahari jer dia dah tau samada dah masuk atau belum waktu solat … TEPAT pulak tuh … iskkkk … musykil musykil … kat mana dia menuntut itu adalah rahsia resmi kerajaan nigeria … ahaks … Utk pengetahuan anda jugak … masa nih musim kering … jadi bila masuk musim kering maka ada satu masalah besar … L.E.B.A.H … ala yg menatang perut dia belang2 kuning tuhhh … ahaks … dia memang akan datang hurung kita sebab dia nak hisap PELUH kita … basicly lebah memang mudah tertarik kpd bau yg kuat dan masam … bukan wangi sebenarnya … sama macam rama2 … tak caya cuba bancuh sikit air belacan dan tuang kat atas batu … musti rama2 datang … tak pon Gojilla … ahaks … tapi lebah nih dia tak sengat MELAINKAN kalau dia [sang lebah] nih terhimpit … tapi geli ooo … abihhh … dah lar banyak … lepaih tu masuk dlm baju lar, dlm kasut lar, dlm bag lar … itu suma tak per lagi … tapi bila dia masuk dlm seluar tu yg tak berapa dapat nak tahan tuh … ada lar sorang member tuh … dok sibuk gelakkan sorang member yg dok menggelupur halau lebah kat bag dia … sekali tetiba jer dia yg meloncat & teruih terjun masuk dlm sungai … ada sekoq lebah suda GIGIT sama dia punyer peha … macam nak giler kami gelakkan dia … saya pon kena sengat jugak … ada lar dlm 2 – 3 das … Hampehhh … Slow Train kami sampai ke kem ni pukul 8.30 mlm ... ceria jer muka deme2 nih ... ye larrr ... suma2 kami [speed train] dah prepare ... siap masak kan lagi tuh makan malam ... mana deme nih tak happy ! ... so mlm tu pun tak ada aktiviti yg menarik selain drpd suasana camp site yg gamat dgn edisi sakat menyakat dan merapu oleh budak2 kami ... masing2 nak save energy ... save your planet, save your planet babe ... ahaks ... DAY THREE : KEM SEPUTIH - WRAY’S CAMP Spt biasa ... lepas sarapan dan buat body streching dan warming up dan tarian ballet maka kami pun mula berjalan ... key ... trek nih memang paling teruk ... ini ikut pendapat saya ... sebab drpd Kem Seputih kami akan menempuhi Sg Teku lebih dr 7 kali dan utk pengetahuan anda sungai2 disini lebar2 [ selebar 60mtr ] jernih, sejuk dan susah nak nampak pasir melainkan batu2 yg licin yg mana memang susah nak tempuh ... air sg tak dlm sgt ... kalau saya [yg tergolong dlm kategori Bonsai] adalah dlm paras lutut dan pinggang ... jadi memang susah nak cross sg2 nih sebab licin, kelebaran sg2 nya dan takut haversack basah ... jadi bila kena sg yg separas dada maka kene ler junjung bag ... dah ler kena junjung ... nak jaga step drpd batu2 yg licin tuh ... silap2 tergolek dgn bag2 sekali ... Masalah yg akan timbul bila bag anda basah ada banyak ... banyak sesangat … pakaian basah [ so nak pakai apa ? ], dapur basah, makanan, sleeping bag, khemah dan paling perit ialah berat haversack anda akan bertambah berpuluh ganda drpd biasa ... kalau cuaca panas boleh ler jemur ... kalau redup cam mano tuh nak jemur ? ... nak tak nak kena jaga bag dr basah ... itu belum kira peralatan elektronik kita yg lain2 lagi tuh cam kamera apa suma ... so let say kita tau bahawa kita akan lalu banyak trek sungai maka silalah bungkus pakaian dan segala barangan buleh terjejas oleh air dgn rubbish-bag ... at least kita buleh trekking dlm semua keadaan cuaca ... baik hujan, baik cross sungai, baik cuaca kering ... So kami ambik masa selama lebih kurang 3 jam utk cross sg2 nih dan kami sampai ke Kem Teku menjelang tgh hari ... so makan tgh hari dulu ... lepas tuh kami pun bergerak menuju ke Wray’s Camp ... di Kem Teku nih kami simpan sikit barang makanan kami sebab balik nanti kami akan tido kat sini ... so kami mintak guide sorokkan barang makan kami nih ... tak kan nak bawak suma2 turun naik puncak banggg !!! berat ooo ! ... so benda2 nih kena sorok dan dibungkus elok2 sebab takut diCILOK oleh pendaki2 lain yg kaki pedajai atau lebih teruk kena belasah dgn tikus hutan or musang or Teddy Bear [Beruang] ... kat sini kalo hangpa nak tau dia punyer tikus hutan adalah sesaiz dgn KUCING kat rumah kita !!! sendiri mau ingat ... Maka dlm perjalanan ke Wray’s Camp ini lah anda akan menempuhi bentuk laluan yg digelar The Four Wheel Drive Track [ laluan Pacuan 4 Roda ] ... sebab apa digelar dgn sedemikian rupa ... sebab laluan ini mempunyai kecondongan menegak sebanyak 60 - 75’ ... bayangkan selama 5 jam lebih kami terpaksa berjalan memanjat dengan menggunakan 4 wheel drive [ tangan pun berjalan kaki pun berjalan ] ... kejap merangkak, kejap berpaut kat akar dan macam2 lagi DISERTAI dgn haversack kat atas belakang anda yg mana makin lama makin berat lak rasanya ... disini saya hampir tewas ... saya tak cukup tidur/rehat dan mental saya dah agak lemah ... terus terang ... sikit jer lagi nak nangis ... ahaks ... tapi nasib baik member ada kat belakang ... kalau tak dah merambu dah air mata sambil menyeru2 nama bonda tercinta ... ahaks ... naya kena kutuk ngan budak2 tu nanti ... yg muntah tuh sendiri mau ingat ... sambil berjalan jer muntah ... so sabar je lah ... cuma kena pandai main mental ler ... tak boleh berenti kerap sebab nanti cepat letih ... memang tak berenti MERANGKAK tapi pelan2 ikut kemampuan kita ... nafas kena kontrol ... tapi saya tak kisah sgt sebab kat laluan nih memang suma2 peserta merungut ... tegak giler trek dia ... nak bergambar pun dah rasa menyampah lagi meluat ... tengok muka member pun dah macam tengok PUNCH BAG jer ... rasa cam nak bagi jer penumbuk barang sedas dua ... ahak ahak ahak Kesemua peserta tiba di Wray’s Camp/Gunung Pondok Dua pukul 6 ptg ... macam biasa berkemas, masak dan bermulalah EDISI URUT MENGURUT ... aktiviti ni pantang sikit sebenornya ... jgn ada yg mula mesti berpusu2 para peserta memohon utk diurut ... maka itulah saat2 malang bagi yg terer mengurut ... nasib baik saya tak terer sgt ... just hulur badan je ler kat tukang2 urut diraja tuh ... yg best nyer tuh guide kami pun mintak diurut ... pelik jugak ... biasanya guide misti ler powerkan ... alih2 dia lak yg tumpang sekaki ... bila ditanya atas alasan apa dia nak diurut ... " Maner bleh brader , korang berurut dan aku nak nengok jer ker ‘’ ... sempoi jer jawapan dia dgn lohat Pahang dia yg pekat tuh ... ketara sungguh hasad dengkinya tuh ... layak utk dihumban kebawah nih ... DAY FOUR : WRAY’S CAMP - KEM PADANG Ini satu lagi laluan yg sgt mencabar sebab kat sini kami terpaksa menempuhi 5 buah gunung yg tak rendah iaitu G. Anak Pangkin, G. Pangkin, G. Tangga Lima Belas, G. Reskit dan G. Gedong utk tiba di Kem Padang ... paling teruk ialah di G. Gedong sebab ketegakkannya yg mencapai 70 - 85’ ... siap kena bergayut kat tali dgn akar2 kayu ... kena slow & steady sebab salah step maka masuk gaung ... lepaih masuk gaung maka masuk dlm surat khabar pulak nanti ... naya ... kiri pun gaung kanan pun gaung ... sebab kat sini kita akan berjalan diatas susur banjaran atau permatang gunung ... laluan memang muat2 seorang pendaki dan kiri kanan gaung ... Tapi dia punya pemandangan MASYAALLAH !!! klasik giler ... SUPER REAL CLASSIC ... sebab dr G. Anak Pangkin [ 1400mtr ] suhu dah agak rendah, kita akan masuk kedlm kawasan yg mana bonsai2 nya adalah seluas mata memandang ... cakap ler apa jenis bonsai pun ... no limit semua ada ... rasa nak cabut semua sekali bonsai2 tuh bawak balik ... rasa nak cabut, nak gigit nak herrmmhhhffgghhh !!! geram aku !!! ahaks ... manakala awan berarak menyapu badan separas pinggang ... jadi peluh tak keluar banyak dan rasa cukup selesa utk berjalan w’pun geografi laluan yg agak pacak baik turun mahu pun naik ... Jadi masa ni lah kami akan bergambor ... memang sakan sampai guide terpaksa tunggu ... nampak jer lokasi menarik ... snap ... pantang nampak shot menarik ... mesti nak ambik ... sampai guide kami sound " Siey kilak, maley kilak ... 24 jey kilak [ siang bergambor, malam pun bergambor, 24 jam bergambor ] ... so masa nih bagi mana2 dr kalangan kami yg tak bawak kamera sendiri maka terpaksa ler dia menggunakan pelbagai helah supaya mukanya juga akan turut berada kat kamera kawan2 nya ... So masa kat laluan ni lah kan ... ada lah sorang member yg BONGOK tuh ... dia nih memang selalu menghina2 KEBONSAIAN saya ... bangga benor dia ngan keSASAannya tuh ... tapiiii ahak ahak ahak ... badan je besor ... tapi lembek ... macam agar agar ... cepat penat ... akal pendek lak tuh … cam budak darjah dua … muka jer ganas tapi jiwang karat … kira suma menda yg tak best memang ada lar kat dia tuh … ahak ahak ahak … so ada satu laluan tuh yg memang agak ganas sket ... turunnnn 90’ pas tuh jalan rata sket lepas tuh kona maut punyer ke kanan lepas tuh naik balik pacak 90’ ... so masa nih mamat nih dah layan penat ... langkah pun main heret jer ... Last sekali masa kat kona maut tuh dia terlajak dan TERGOLEK masuk gaung ... menggelabah jugak kami ... WOI WOI WOI !!! BALAK JATUH BALAK JATUH !!! ... jerit member saya ... so kami semua pun kelam kabut ler patah balik ... panggil2 nama dia [nama ‘manja’ member yg jatuh nih INCIK BALAK] ... tengok2 dia merangkak pelan2 naik kat atas sambil tersengih2 ... so kami periksa dia lah ... kot2 ada patah2 ker luka2 ker ... kena lar kita rawat ... so nasib baik tak ada apa2 ... tiba2 member kami yg dok jerit tadi tuh tergelak besor ... KAH KAH KAH ... BALAK TANGKAP BIAWAK BESOR WOIIII !!! ... eemmmhhh ... kami suma pun menumpang bahagia ler ... abihhhh ... member ok ... nasib ler kan ... macam nak pecah perut gelak ... unsur2 simpati memang tak dak punyer ... gelak tetap gelak .... masaaaammm jer muka member yg kena gelak tuh ... abihhh ... sapa suruh layan penat ... tapi nasib dia memang baik ler sebab masa tergolek tuh dia tersangkut kat pokok terakhir ... kalau tak sangkut kat pokok tuh memang dah arwah dah member kami yg sorang nih masuk gaung. Lepas tuh cam biasa masuk surat khabar ... hiss ... serammm ... jawabnya tiap2 tahun ler kami kena datang kat gaung nih utk campakkan bunga kat member tuh … ahaks … Kat sini pun satu hal suda berlaku ... sorang member demam yg saya rasa teruk ... dia langsung tak boleh makan ... makan sikit muntah ... makan jer muntah sebab badan dia dah tak boleh terima sebab terlalu penat + demam ... satu lagi masalah ... so utk meringankan beban sahabat kami nih maka kena le kongsi sorang sikit bawakkan beban dia macam kemah, dapur dan lampu serta barang makan ... dia nih juga adalah peserta yg paling senior ... 30+ umur dia dan beliau jugak merupakan petugas FRIM [Forrest Research Institute of M’sia] … bayangkan, org forrest sendiri buleh peywai. So jgn cakap besar bila trekking nih ... kita tak tau cam mana performance kita bila diasak teruk oleh sekelian trek yg ganas giler nih ... Manakala dr G. Gedong ke Kem Padang pula anda akan berjalan diatas batu kecil berwarna putih yg mana batu2 ini sedang dlm proses utk bertukar menjadi resakser ... eh bukan ... jadik KRISTAL ... ahak ahak ahak ... bersepah2 sepanjang trek ... tapi !!! satu kristal anda seludup dan kalau ditangkap maka dendanya ialah sebanyak RM500.00 ... semasa dlm perjalanan ke Kem Padang ni laluan agak lembab dan basah ... jadi masa ni akan kelihatan lah bakat2 terpendam oleh pendaki2 iaitu KETERERAN mereka dlm menangkap katak mahupun biawak ... maksudnya TERGOLEK DOG ! ... Sebab laluan curam dan licin so bagi mana2 mamat yg tersalah step for sure tergolek maut punyer dgn haversack yg dah la berat gilerrr !!! ... sorang tergolek jer yg lain2 tuh menyorak ... memang meriah tapi telinga kena tahan sikit ler kan ... so kasut yg berharga beratus2 ringgit rupa2 nya bukanlah jaminan bahawa anda takkan tergolek ... jadi sebaik saja kumpulan pertama [ SPEED TRAIN ] sampai kat Kem Padang ... Hujan pun turun ... jadi kelam kabut ler kami dok pasang khemah sebab apa2 hal pun haversack WAJIB diselamatkan dulu drpd basah ... bayangkan anda dibasahi hujan pada suhu sekitar 25 - 18’ celcius ... sejuk giler ... dlm satu jam lepaih tuh hujan pun berenti ler ... maka kami pun lepas isik perut pergi ler meronda2 kat camp site nih ... Dr Kem Padang nih kita dah boleh nampak puncak G.Tahan ... kat sini memang menarik utk bergambar sebab view dia cun gilerrr ... dan bermula dr kem ini juga dah tak dak sapa2 yg TERGAMAK nak mandi sebab takat kesejukannya yg melampaui batas ketahanan kami ... kalau mandi pun tak sengaja sebab kena hujan ... itu pun kalau ‘ketidak-sengajaan’ kami terkena hujan tuh buleh dianggap sebagai MANDI ... ahak ahak ahak ... Tapikan kan kan … ada lar sorang member tu kan … dia suda buat lawak antarabangsa … ada ka time org tgh dok bagusss punya layan view dia kasik soalan mengong kat Guide … dia tanya lar kat Guide kami tuh … "Brader … apsal tempat nih nama dia Kem Padang ???" maka guide pon menjawab sambil menghembuskan asap dr rokok daunnya … "Sebab nama dia Kem Padang lar" sambil Guide menunjukkan muka selambanya … hahhh … apa lagi terbahak2 kami pon … macam nak putus tali perut kami gelak … apa punya soalan lar mamat nih pon … banyak hal lah dia nih … ahaks … tanya lar kat Guide tuh dah makan ke belom, ada adik pompuan tak yg single mingle lagi … ini cam gitu punyer soalan dia kasik … jawabnya 3 – 4 hari lar kena gelak … ahaks … View kat Kem Pdang nih dah dikira sebagai ‘cun melecun’ ... memang cantik lagi klassik ... cumanya member saya kata last time masa dia datang pokok2 kat situ tak lah sebesar masa kami sampai ... mungkin sebab peningkatan suhu sejagat ... sorryyyy, terlopa lak ... masa kami sampai kat Kem Padang nih ... ada lar dlm 60 org bebudak sekolah menengah ... tak silap saya depa nie dr Mentakab kot ... dlm perjalanan turun lah ... busan betul camp site ngan bebudak bawah umur nih ... kecoh giler ... mungkin sebab dah ramai sangat ... ahaks ... DAY FIVE : KEM PADANG - PUNCAK G.TAHAN ... YESS !!! Kami bertolak dr Kem Padang Menuju ke G. Tahan awal pagi sebab masing2 dah tak sabar termasuk ler yg dah naik banyak kali tuh ... dia pulak yg lebey2 ... perjalanan pun dah tak jauh cuma dlm 4 jam trekking ... kat sini saya hilang akal sebab tahap kesabaran dah semakin nipis [ yer ler berhari2 berjalan kak long oiii ] ... masing2 dah tak berborak sgt sebab dok concentrate nak cepat sampai ... dan buat pertama kalinya guide yg mintak kami berenti sebab dia nak merokok dulu ... biasanya kita yg mintak guide berenti berjalan tapi lain pulak yg jadik ... yer ler ... risau dia nengok budak2 kami yg w’pun dah 3jam lebih berjalan tapi dok pulun jugak tak nak berenti rehat ... malangnya permintaan beliau tak diendahkan oleh budak2 nih dan kami terus berjalan ke puncak ... maka guide kami pun terpaksa ler ikut sekali sambil merungut2 ... ahak ahak ahak ... padan muka dia ... On the way to puncak kami bertembung dgn satu group drpd Ampang KL ... eksen jer muka budak2 tuh ... mentang2 ler baru turun dari puncak ... cisssss !!! ... tapi kita tegur jugak ler ... tak leh ler menyombong ... nanti kalau jadi apa2 senang nak mintak tolong ... dah lupa lak nama group nih ... ganas ler kengkononnya tuh ... badan sekor2 mak oiii ... suma cutting bauncer punyer ... tapi deme nih naik dr Merapoh dan first time juga naik G.Tahan ... saya tak heran sgt dgn budak2 nih sebab deme belum rasa lagi cam mana penangan laluan dr Kuala Tahan tuh ... Jadi satu km dr G. Tahan dah ada yg mula berlari ... dan bila ada yg berlari maka ada ler pula yg cabar mencabar sebab masing2 nak ditabalkan sebagai org pertama yg sampai kat puncak ... malangnya ketereran Penjejak Batman lebih terserlah ... beliau berjaya mendahului lain2 sahabatnya yg jelas tak terer tuh utk beliau sampai ke puncak G.Tahan tepat jam 12.37 tgh hari ... pada 1 km yg terakhir tuh saya dan 2 - 3 org member dah betul2 loose control sebab kami bantai berlari tanpa henti sampai ler ke puncak ... siap buleh terlupa yg kat belakang ada haversack ... macam free climb jer ... magic betui ... a aa lar … magic sungguh … adakah ini menunjukkan bahawa kami nih memang UNGGUL … ahaks ... Kat puncak G.Tahan nih ada sign board tau ... jgn tak caya ... lawa tuh dia punyer papan tanda ... memula tu konpius jugak ... aiikkkk !!! kat atas puncak gunung pon ada bus-stand ker ??? ... ahaks ... so kami pun [ yg berlari ] sampai jer terus ler masing2 memeluk dan mengucup papan tanda tuh sambil menjerit2 macam kena histeria ... kebetulan kat masa tuh ada 2 group lain yg tiba sehari lebih awal ... jadi ofcourse ler tindakan kami tuh menjadi tanda tanya buat deme2 tuh yg tak mengerti akan segala perit jerih kami bertarung dgn laluan G. Tahan nie ... sebab dua2 group tuh deme naik ikut Merapoh [ Kelantan ] ... tak lama ... kalau ikut Merapoh nih cuma ambik masa dua hari jer dah buleh sampai kat puncak ... cuma pemandangan tak berapa menarik ler berbanding dgn laluan K.Tahan nih ... eventhough laluan dr Merapoh nie all the way 2 hari asik memacak jer tapi cuba compare kan ... 2 hari kena seksa dgn 4 hari kena seksa ... mana lagi sadis ??? ... Maka kami pun bergambor ler dulu kat sign board dgn comot2 nih sementara menunggu bebudak lain sampai ... kang kalo dah bersiap lawa2 kang org kata kita naik G.Tahan dgn helikopter lak kan kan kan … ahaks … jadi dlm masa sejam semua bebudak kami pun sampai ... dan sebaik shj org yg terakhir abis bergambor ... sekali lagi hujan turun yg mengakibatkan suhu turun sehingga ke paras 15 - 16’C ... maka masa tuh tak ada sapa pun yg tergamak nak berlengging ... malahan saya yg memakai 3 lapis t-shirt lengan panjang dan 2 lapis seluar track lengkap dgn berstokin dan bersarung tangan pun masih lagi buleh menggigil kesejukan ... Tapi dek kerana semangat yg cukup tinggi utk photo time [ambik gambor] maka segala kesejukan yg mencengkam hingga ke lubang idung dan ‘serebrum’ [salah satu dr 3 main part otak manusia] terpaksa saya lupakan ... kami juga WAJIB bergambar dgn kedua2 guide kami dekat signboard G.Tahan tuh sebagai bukti bahawa kami telah berjaya sampai kepuncak ... dan gambar nih kena dihantarkan kpd pejabat penguasa utk tujuan pengeluaran sijil pengiktirafan ... so basicly NO GAMBOR NO CERTIFICATE ... Dah nasib kami yg tak berapa baik agak nya sebab lepas je hujan berhenti maka awan pula yg semakin tebal menghalang kebanyakkan view2 yg menarik ... sempat juga ambik gambor heart killing view nih tapi kena tunggu sampai awan dah clear baru buleh ambik ... itu pun nak tunggu tuh ... mak oiii ... sempat ler beku segala sudut anggota badan ... kami difahamkan oleh guide kami bahawa sekiranya awan tak tebal maka dr puncak G. Tahan kita boleh nampak Tasik Kenyir dan Genting Highland CLEARLY AND LIVE TELECAST !!! tapi nak buat cam maner sebab dlm hal2 yg sebegini nasib dan rezeki memainkan peranan utama ... secanggih mana ler pun kamera anda ... kalau dah tak ada rezeki maka habuk pun tak guna ... KECUALI kalu anda guna kamera INFRA-RED ... ahaks ... tapi tu ler ... Berkat kesabaran kebanyakkan drpd kami maka dapat ler jugak ambik view2 yg menarik ... yg best nya kat puncak nih ialah ... disebabkan cuaca terlalu sejuk maka bila kena tang memasak nih memang boring sebab periuk/mess tin lambat panas ... cukup lambat ... kalau dah masak pun cepat betul dia sejuk ... jadi ketika nih ramai yg saya peratikan air kopi dok berasap2 lagi deme dah tenguk macam tak ada apa2 jer ... Biasanya ikut tradisi kami ... bila time ambik gambor nih sahabat2 saya akan berkumpul setempat samada nak ambik shot yg menarik ataupun nak perabihkan kodak member ... tapi lain pulak kali nie sebab deme berselerak ... lepaih tuh dok menyangkung jer ... tak merapu macam biasa ... rupa2 nya deme dok ketuk kristal yg memang cun giler kat sini ... semua tak lepaskan peluang sebab bukan senang nak dapat menda nih termasuk ler saya pun ... tapi tak ler ambik yg besar2 cuma utk kenangan jer dua tiga ketul sebesar kuku jari tangan ... itu pun cover line giler2 punyer dr disedari oleh guide2 kami ... tapi yer lerkan ... guide dah tentu ler cukup masak dgn permasalahan yg semacam gini ... dia pun tak kisah sgt sebab dia pun dok carik jugak cuma dia ingatkan kami agar jgn sampai group lain nampak ... nanti deme komplen susah pulak guide2 nih ... Yer ler ... geng lain tak leh ambik tiba2 budak2 kami sempoi2 jer dok seludup ... ahak ... cuma kami memang dr awal pendakian lagi [ semenjak hari pertama ] dah berusaha habis habisan utk MEMBELI JIWA guide ... gemok guide kami ... sampai dia tak payah sibuk2 bawak keluwor makanan dia ... semua kami support ... biasanya guide akan bawak makanan sendiri dan makan berasing tapi kami memang cukup pantang kalau guide tak nak join kami time makan ... mesti kami paksa jugak dia jamah w’pun sikit ... pertama tak nak dia ingat yg kami nih sombong dan bila anda rapat dgn guide anda maka banyak ler pekdah yg bakal anda terima sebagai contoh akar2 kayu yg cukup payah kita nak jumpa macam Cawat Pangan, Tikam Batu, Teras Kilo, Raja Kayu, Cenuai, Buloh Songsang, Mani Gajah dan macam2 lagi yg memang mujarab gilerr samada utk tujuan JAHAT ataupon tujuan baik ... Akar Cawat Pangan dan Tikam Batu [ yg saya & member pakai ] memang cukup mujarab utk menyembuhkan sengal2 sendi, angin, menambahkan tenaga [ utk yg aktif bersukan dsb nya ] ... tak payah nak jampi2 pun akar2 nih sebab dia memang buleh terus digunakan [ tapi kena jemur bagi kering dulu ] ... akar Tikam Batu nih saya dapat kat Kelantan, disulam utk buat gelang [ utk pakai masa trekking ] dan dia akan meresap melalui liang2 peluh ... kalau tak nak buat gelang maka rendam jer dlm botol air minuman dan boleh diminum ... Cawat Pangan pun sama ... manakala Cenuai, Buloh Songsang dan Mani Gajah nih kalau sapa2 yg nak ngorat Cindy Crawford ker, Brad Pitt ker maka buleh guna akar nih ... tapi ofcourse terdapat pengaruh2 syirik dan kurafat bila kita salah gunakan akar2 ini ... saya malas nak komen panjang perihal akar kayu nih ... tak reti ... DAY SIX : PUNCAK G. TAHAN - KEM TEKU ... peeerrrggghhh ... baran babe !!! So kat puncak sebelah mlm nya tak banyak aktiviti yg boleh kami buat sebab terlampau sejuk ... lepas makan mlm jer semua sahabat2 saya [ termasuk dgn guide2 sekali ] berkampung dlm khemah ... satu khemah 4 org ... saya memang jenis suka merapu ... so kat dlm khemah tuh kami masak air dan bancuh nestum segera sambil merapu2 ... kejap diam kejap tergelak2 ... tapikan kat sini cepat betui ler lapor ... kejap kami masak meggi, lepaih tuh makan semekut[biskut], lepaih tuh belasah pulak coklat ... makan memanjang ... sampai pukul 12mlm masing2 senyap jer ... dah lena ... Esoknya awal pagi lagi kami bersiap2 sebab perjalanan kali ni akan lebih perit sebab kami akan melangkah beberapa tapak perkemahan masa kami dtg ... memang nak speed abis punyer … w’pun menurun tapi tak lah seindah yg anda sangka ... bagi saya turun dgn naik, sama jer dia punyer keterukkan ... cuma kali ni lebih jauh dr biasa, turun naik turun naik dan turun tak abis2 ... penin kepala otak ... jadi masa balik nih ler yg paling tak best sekali ... susah payah memanjat ... dapat lepak satu mlm jer ... sedih sungguh ... Pagi tu juga [ sebelum bertolak balik ] saya dapat satu berita yg memang cukup tak best dan membimbangkan saya iaitu salah sorang drpd rakan saya didapati disekeliling kakinya melecet teruk ... kalau org lain memang langsung tak bleh berjalan ... rupa2 nya kaki dia tak boleh basah ... jenis kaki sensitif ... mamat engineer sopan tu lar ... saya terpaksa carik alternatif lain sebab macam manapun kami mesti sampai ke camp site ikut waktu yg kami dah plan ... jadi kami meeting sekejap dgn semua ahli dan hasilnya kami bersetuju utk memikul sorang sikit barang2 kawan kami yg dah melecet teruk nih ... nasib baik semua kengkawan saya sporting dan faham ... jadi tak ada sebarang pertelingkahan dan rasa tak puas hati kat situ .. tu yg buat saya sayang ngan bebudak nih. Org lain pun kena juga ... melecet, luka2 kecik, calar balar memang semua org kena tapi mamat nih lain betul melecet dia ... kalau saya lar kan memang dah tak leh berjalan punyer for sure dah mintak bantuan helikopter ... ahaks ... tapi mamat nih kuat betul mental dia ... sebab just imagine ... kita start trekking dr puncak - Kem Padang - G. Gedong, G. Reskit, G. Tangga Lima Belas, G. Anak Pangkin, G. Pangkin, Wray’s Camp dan straight away turun ke Kem Teku ... besar punyer misi tu babe ... Jadi dlm perjalanan balik nih yg paling sibuk sekali ialah para2 jurufoto amatur ... sibuk carik view yg menarik sebab setahun lepaih ni pun tak tentu dapat dtg lagi ... jumlah kodak paling minima yg dibawa oleh kengkawan saya ialah 4 roll ... saya sendiri bawak 7 roll ... sebab takut tak cukup .. biar berlebih tak apa ... tapi memang tak cukup pun !!! ... part yg paling teruk sekali time balik ni ialah kat Wray’s Camp sebab turun tak abih2 ... mental memang cukup teruji kat sini ... turun lagi teruk sebenarnya sebab kita bawak beban dan nak jaga dr tergolek ... Jadi semua peserta saya tengok [ juga termasuk ler dgn saya pun ] menggigil2 kepala lutut ... so everytime nak berenti berjalan kita terpaksa peluk mana2 pokok sebab dgn lutut yg menggigil2 tuh maka kebarangkalian anda utk tergolek adalah sangat besar ... so utk safety, kena peluk pokok ... ahaks ... pokok tak pa ... jgn peluk org yg berlainan jantina dgn anda ... so bukan jugak takut tapi nak tahan beban badan dan haversack sambil menuruni laluan yg curam giler ... sampai bila dah berenti berjalan pun lutut dok menggigil lagi ... so ini suma akan menjadi bahan2 lawak antarabangsa bebudak nih ... sekali lagi telinga kena tahan ... tapi memang enjoy ler sebab semua dah lali dlm hal mengutuk dan dikutuk nih ... TERGOLEK DOG ??? jgn cakap ... banyak kali ... semua org merasa ... jadi kami bergilir2 ler ... menggelakkan org dan digelakkan oleh org lain ... ahak ahak ahak ... kelakar giler ... Dr Wray’s Camp ke Kem Teku nih kami terserempak balik dgn group dr Ampang tuh ... saya nengok bebudak deme nih muka layu jer masing2 ... layan trek ler tuh ... so yg menarik nya kat sini ialah bila kami sedar yg kat depan kami ada group lain maka masing2 [ kengkawan saya ] jalan laju semacam jer ... macam tak tau penat ... bukan apa ... saja nak berEKSEN2 ... kengkononnya power giler ler tuh ... bagi bebudak Ampang tuh tension nengok KETERERAN kami yg nyata palsu belaka ... ahak ahak ahak ... siap beracing lagi tuh ... kami time nih kaki dgn bahu dah tak rasa sakit dah ... bukan tak sakit tapi dah kena lanyak beberapa hari maka dah tak rasa sakit ... Maka kat sini jugalah bekalan air minum saya abis ... tension sungguh ... so terpaksa ler berkongsi dgn member yg simpati ... member2 saya nih dia memang ler bagi kita kongsi air ngan dia tapi siap ler kena leter dulu dua tiga jam macam nak pinjam 2 - 3 juta duit kat dia ... hampehhh ... so kami [ SPEED TRAIN ] sampai kat Kem Teku dlm pukul 5.00ptg manakala SLOW TRAIN sampai pukul 8.30 mlm dgn ditemani oleh HUJAN sambil 3 - 4 org badan bersalut lumpur ... tergolek ler tuh sebab memang cukup bermasalah bila kita terpaksa bertrekking dlm hujan diwaktu malam sebab had penglihatan kita adalah cukup terhad ... Bila kami [ Speed Train ] sampai saya pun ajak guide check dulu bekalan makanan yg kami tinggalkan dulu ... maka satu lagi edisi SUPRISE tlh menanti kami iaitu bakalan makanan simpanan kami LICIN dibelasah oleh dua spesis haiwan iaitu Sang Beruang dan Sang Tikus ... licin selicin licinnya ... macam kena jilat ... yg kami tinggalkan tuh terdiri dr beras, nasi himpit segera, 3 tin sardin besar, 3 tin sardin kecik, 4 paket ikan masin, 2 tin gas besar dan 4 tin gas kecik ... semuanya licin ... yg paling menarik ialah melihatkan kesan taring sang Beruang ... ada lar dlm sebesar ibu jari tgn ... dan kami perasan yg tin2 sardin yg besar tuh telah dikoyak2 kan oleh sang Beruang seperti dia mengoyakkan kotak tisu ... tin gas pun abis dia belasah sebab mungkin dia ingat itu tin yg sama dgn tin sardin ... punyer ler power menatang nih ... dan kita tak boleh nak pegang2 kesan ‘belasahan’ menatang2 nih ngan tangan ... sebab ditakuti virus yg sedia ada kat tikis hutan tuh jangkit kat kita pulak ... Maka sekali lagi kami jadi panik sebab bekalan yg ada pada kami [ Speed Train ] cuma cukup utk satu hari iaitu 2 kali makan ... ini bermakna kalau Slow Train tak ada bekalan maka kami semua akan KEBULUR utk hari terakhir ... saya dah panik habis sebab Slow Train tak sampai lagi jadi kita tak berani nak buat sebarang keputusan dan saya juga tak boleh tunjukkan bahawa saya juga sedang panik giler sebab kalau bebudak saya tau apa yg berlaku maka deme juga lagi ler panik ... dan keadaan akan menjadi diluar kawalan ... nak tak nak saya harus mengawal diri saya terlebih dahulu ... Saya cuma keluarkan arahan agar kami simpan dulu segala bekalan makanan berkumpulan dan kengkawan saya cuma saya benarkan utk memasak makanan peribadi ... saya kemudiannya menerangkan secara perlahan2 akan apa yg telah menimpa kami kpd sahabat2 saya ... budak2 nih faham dan memang semua org tak mempunyai sebarang pilihan ... jadi tak ada sesiapa yg nak bertekak ... jadi tuan2, berhadapan dgn masalah2 yg semacam ini adalah saat2 yg cukup memeritkan ... risiko yg menanti kami cukup hebat ... Saya tak boleh bayangkan bilamana kami semua terpaksa trekking dgn berlapar ... lebih menakutkan kehadiran Sang Beruang yg sememangnya sedang memerhatikan tindak tanduk kami ... sebab once menatang nih dah rasa ‘makan sedap’ maka ada kemungkinan dia akan terus follow utk dapatkan ‘supply yg seterusnya’ ... maka apa pun situasinya saya terpaksa tunggu sahabat saya yg bertindak sebagai penasihat program dan sorang lagi guide yg menyertai Slow Train utk kami sama2 membuat keputusan ... Jadi bila sahabat saya dan guide ke2 sampai ... kami terus berbincang ... maka semua org diminta utk mengeluarkan kembali segala bekalan makanan termasuk bekalan peribadi ... kami terpaksa teliti segala bekalan yg masih tinggal dan bercatu ... secara kebetulan kesemua kami membawa bekalan makanan SURVIVAL ... jadi selesai satu masalah w’pun kami terpaksa bercatu lauk ... cuma tang beras dan gula tuh memang tak dak masalah ... siap berlebih lagi ... Bagi pendaki2 berpengalaman biasanya kami akan membawa bekalan makanan SURVIVAL iaitu terdiri dr beras, ikan masin, garam, gula dan teh yg mana ia cukup utk menampung bekalan peribadi minima selama tiga hari SEKIRANYA pendaki terbabit terpisah dari kumpulan induk dan sesat ... dan bekalan ini tidak akan diusik sepanjang program KECUALI terjadinya saat2 kecemasan seperti sesat dan seperti yg sedang kami hadapi ... sedap atau tidak itu belakang citer ... yg penting perut terisi ... jadi utk menu mlm tuh jgn ler tanyer ... KARI tanpa santan yg berisikan KACANG HIJAU ... memang sempoi giler ... tapi disebabkan ramai maka apa menda pun jadi sedap ... ahak ahak ahak ... balun je lahhh ... Lepas makan mlm sekali lagi hujan turun ... lebat juga ... masa tuh kami suma tgh dok melepak dan melayan kepala ... ingatkan sekejap jer hujan nya ... tengok dah sejam tak berenti2 juga maka kelam kabut juga kami buat parit disekeliling kemah dan fly-sheet [ tempat melepak ramai2 ] ... bukan apa ... kalau kita tak buat parit kecik keliling kemah ... ditakuti air hujan akan masuk kedlm kemah dan fly-sheet ... naya babe !!! nak tido kat mana ... menjelang kul 11.00mlm hujan pon berenti lah ... so tgh lepak2 tuh tetiba jer sorang member sound sebab petanda2 ‘IBU AIR’ datang adalah cukup jelas ... anyway pada kws saliran [sungai] yg lebih mendatar maka kesan Ibu air nih mungkin tak berapa mengancam keselamatan kita kecuali kalau hujan memang lebat giler ... Saya pernah kena Ibu Air yg paling dahsyat sekali ... kena kat Jelawang Jungle Park ... 4 org member kami hampir maut ... it is just a matter of time ... seingat saya [sebab kejadian nih berlaku betul2 depan mata saya] 2 org member mungkin pantas 3 saat dr pergerakkan Ibu Air tuh dan 2 member lagi sempat disambar bajunya oleh sorang member kami ... wokeh, mungkin ada yg tak tau apa menda tu IBU AIR ... Ibu Air nie ialah permulaan bagi aliran sungai menjadi deras dan besar yg mungkin jugak buleh mengakibatkan BAH atau Banjir kpd kws2 yg lebih rendah ... spt yg kita tau bahawa permulaan sungai ialah dr sungai2 atau aliran2 air yg kecik, bercantum jadik satu dan bercantum jadik sungai/jeram ... So bila hujan turun, kuantiti air dr sungai2 yg kecik nih akan berubah mendadak ... anyway disebabkan sungai tu kecik maka kecik ler saiz Ibu Air atau Kepala Air nih ... tapi bila aliran2 ini bercantum dgn aliran2 dr sungai2 yg lain seterusnya membentuk satu permulaan air yg cukup besar ditambah pulak dgn tahap kecuraman yg turut menyumbang kpd kelajuan pergerakan ini maka satu2 Ibu Air atau Kepala Air boleh mencapai sehingga sebesar Kepala Bas/Kepala Lori ... Maka yg saya saksikan sendiri kat Jelawang tu adalah sebesar kepala lori tanah [yg dok biasa angkut tanah merah tuh] ... masa tuh lepas 1/2 jam hujan berenti ... so lepas mandi apa suma, lepak kat dlm hammock sambil dok borak2 ngan member ... tetiba jer dengar macam bunyik menderam ... macam bunyi gempa tapi sayup dan perlahan lah ... saya tak perasa lagi ... then tetiba jer member tunjuk kat kws air terjun tuh ada pancutan2 air yg luar biasa ... dan selang 2 minit lepas tuh kami dengar bunyi menderam/gempa yg lebih kuat dan serentak dgn tu jugak sorang member menjerit2 suruh bebudak kami naik. Secara kebetulan 2 member [lelaki] tgh nak cross sungai sebab nak MENURUN [buang bahan kumuhan] ... walhal kedua2 ekor beruk tuh tak perlu cross sungai ... just carik port yg selamat dan landing ... so masa kwn yg sorang nie dok menjerit2 "Naikkkkkk naikkkkkkk !!! air besarrrrr !!! ibu air ibu air !!!!!!" ... kedua2 member nih betul2 berada ditengah2 sungai dan serentak dgn amaran dr member tuh depa berdua nih terus meloncat ke seberang ... nasib baik depa tak kaku sebab panik ... dan 2 member lagi [wanita] tgh basuh pinggan ... tapi depa berdua nih terpaku dan tak tau nak buat apa ... nasib baik sorang member yg ada kat bebudak nih secara spontan terus seret bebudak 2 org nih naik keatas ... Dan 3 - 5 saat lepas tuh turun lah Ibu Air yg saya yakin penuh saiznya sebesar kepala lori/bas ... dan akibatnya sungai jadik besar dan aliran jadik begitu deras ... dan 2 member [lelaki] terperangkap kat sebarang sana ... bayangkan anda kena SAPU dgn lori ... apa jadik ??? ... kejadian tuh berlaku lepas kami daki G. Stong ... dlm kul 5.00ptg ... dan kami cuma berjaya seberangkan member yg 2 org tuh sekitar kul 10.00mlm sebab depa dah tak tahan sejuk dan kelaparan ... infact sebelum rescue tuh kita terpaksa campakkan makanan & pakaian kat member berdua tuh ... yg budak pompuan 2 org nih dok menangis2 sebab terselamat dr kemalangan yg memang dahsyat ... sampai sekarang saya still buleh imagine [CLEARLY !!!] kejadian terbabit sebab dr mula kita saksikan kejadian tuh ... DAY SEVEN : KEM TEKU - KEM SEPUTIH so yg nih relax sikit berjalan dia ... cuma tiga jam jer ... kalau jln mengada2 paling lewat 4 jam ... w’pun begitu disebabkan malam tadi hujan maka air pun dlm sikit ler ... sg kat sini lebar2 [ sekitar 50 - 60 mtr lebar ] ... tak lah dlm sgt ... puratanya separas lutut dan pinggang [ ikut saiz saya ler ] ... cuma dia lebar jadi jenuh jugek ... ditambah pulak dgn hujan malam tadi so air naik hingga ke paras dada saya ... arus sg pun agak laju jadi susah kami nak balance kan badan sebab haversack harus dijunjung dan dijulang ... kalau tak basah nanti lagi masalah ... Jadi pikul ler bag yg berat tuh dan mengharung sungai yg agak deras dan lebar ... disebabkan arus yg agak deras tuh jadi kami bersepakat utk berbaris merintangi sungai dan pakat dok passing mempassing bag kengkawan ... takut ada yg tergolek payah pulak nanti ... dan tugas nih terletak dibahu mereka2 yg sasa dan tegap lagi tinggi ler ... disebabkan saya tergolong sebagai antara pendaki paling bonsai maka selamat ler utk ari tuh ... ahak ahak ahak ... yg best nyer tuh ialah group Ampang nih ... secara tiba2 pulak dia buleh join kami ... disebabkan deme nih separuh pendakinya wanita maka memang masalah utk menyeberang sungai ... terpaksa ler kami yg baik hati nih membantu ... Yg tak best nyer tuh kat group nih ada ler dua tiga pasangan BERCINTA yg sibuk nak naik gunung ... kita nak tolong dia cross sg tapi dia ingat kita nak sesaja take advantage kat awek dia yg tak lar lawa mana pun ... dibawaknya awek dia cross jauh sikit dr kami padahal kengkawan saya terpaksa berendam dlm sungai tuh menahan sejuk dan ikhlas nak membantu ... tup2 bila dua2 tergolek dan hanyut bebudak saya semua buat tak tau ... nasib baik ada yg kesian ... maka member saya yg sorang nih pun sambar ler bag si awek yg juga mangkuk nih ... yg sijantan nih tadi kami buat tak tau jer ... kelakar betul tengok muka dia ... merah padam ... tak tau ler berapa gelen air sungai dia dah telan ... siap kena soud lagi dgn member saya yg memang terkenal dgn KEGARANGANNYA " Lain kali kalau nak berkepit, nak bergulung nak bercinta pegi disko la brader, jgn masuk hutan, buat menyusah org jer ... lepas tuh menyombong pulak tuh, macam lar bagus sangat ‘’ ... tak kata apa sipakwe tuh bila kena leter ngan member saya ... yer lah salah dia pun ... saya malas nak masuk campur ... pelik betul ler ... masing2 dah dimasamkan oleh peluh pun dia buleh nak berkepit2 lagi ... saya tersangat ler musykil dlm hal nih ... gamaknya itu ler yg dikatakan CINTA ITU BUTA DAN PEKAK yer dak ... ahak ahak ahak Jadi tak lama lepas tuh kami sampai di Kem Teku dlm pukul 11.30pagi ... enjoy sikit sebab trekking tak lama dan buleh rehat panjang ... yg group lagi satu nih sepatutnya meneruskan perjalanan ker Kem Melantai tapi yer ler ... mungkin deme JELES nengok kami dok bersenang lenang maka deme pun buat keputusan utk berkemah di Kem Seputih nih ... POTONG STIM betul bebudak nih sebab kami dah berjaya MERACUN guide kami utk memancing ... weyyy ... besar2 wo ikan Kelah kat sini ... paling kecik besar2 betis babe !!! memang puas punyer makan ... kedua2 guide kami dah bagi green light utk kami memancing tapi make sure yg aktiviti kami tuh tak diketahui oleh group lain ... nanti deme komplain dan guide nih buleh kena pecat ... Sebenarnya setiap pendaki tak boleh memancing sebab kami masuk sebagai pendaki ... kalau nak memancing buleh tapi kena apply permit memancing dan tak buleh mendaki ... tapi disebabkan kami rasa cukup rugi kalau tak memancing maka kami pakat2 dgn guide utk memancing jugak ... tapi menyorok ler ... siap lepak jauh2 takut bebudak Ampang tuh nampak ... tak banyak ... ada lar dlm lima enam ekor yg besor2 jugak ... panggang siap2 and then baru bawak balik ke kemah makan ngan bebudak ... Ikan Kelah nih payah sikit nak dapat sebab ikan nih memang mengada2 dan cukup cerewet ... tak buleh bising, tak buleh nampak pemancing, tak nak air keruh dan memilih umpan ... memang payah tapi memang sedap sebab dia jenis ikan yg bersih ... nak panggang dia tak yah taruk rencah banyak2 ... just lumurkan dgn air garam jer ... daging dia manis ... maka merasa ler jugak kami makan Ikan Kelah Edisi G. Tahan ... saya memang tak minat memancing tapi saya minat MAKAN ikan yg dipancing oleh kengkawan saya ... ahak ahak ahak ... DAY EIGHT : KEM SEPUTIH - KUALA TAHAN ... Final Day Maka tibalah kami utk upacara trekking yg terakhir ... rasa sedih pun ada seronok pun ada ... sedih sebab kalau kat Wray’s Camp kami akan naik dan turun yg tak abis2 maka kali nih kami akan menempuh jln rata dan beralun2 yg juga tak abis2 ... boring2 ... seronok sebab ini adalah hari terakhir utk kami berseksa seksaan ... dan esok kami akan bersenang lenang pulak |
|
|
|
Aug 10 2004, 02:38 AM
Post
#15
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 488 Joined: 29-May 04 From: Taman Sri Gombak, Batu Caves Member No.: 18176 |
Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang; dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka; syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru; Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal; akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
( Ash-Shaaffat 6 - 10) _____________________________________________________________________ EKSPEDISI GUNUNG TAHAN LALUAN : KUALA TAHAN - PUNCAK - KUALA TAHAN 21 - 28 Mei 1998. OK ... ahaks ... kali nih saya nak citer pasal jungle2 storie jugaklah ... dan seperti yg tuan2 tau [kalu tak tau nie saya nak kasik tau ... ahaks] Gunung Tahan merupakan gunung yg tertinggi disemenanjung dan juga dicatat sebagai antara gunung yg mempunyai laluan paling sukar di tanahair utk sampai ke kemuncak tertinggi nya ... ada 2 pintu utama yg disahkan selamat dan dibuka kpd pendaki2 luar dan domestik ... iaitu laluan MERAPOH dan laluan KUALA TAHAN ... so melalui 2 pintu utama nih kita boleh buat laluan yg kita nak lah : Kuala Tahan - Puncak - Kuala Tahan Kuala Tahan - Puncak - Merapoh Merapoh - Puncak - Merapoh Merapoh - Puncak - Kuala Tahan Merapoh ialah laluan masuk melalui Kelantan dan Pahang melalui Taman Negara Kuala Tahan ... so dari Kuala Tahan, utk sampai ke puncak biasanya ambik masa 4 hari [naik] dan 3 hari [turun] ... ini kalau kita betul2 ada fitness yg solid giler ... dan kita tak camp site kat puncak ... so rugi ler kan ... macam nak rak mendaki last sekali tak tido kat puncak ... mana bleehhhh ... that is totally unacceptable ... ahaks ... dan, kalau kita naik ikut Merapoh maka biasanya yg saya difahamkan oleh seorang sahabat yg dah 6 x naik G.Tahan !!! [kali ke 3 dgn kami dan 3 x lagi lepas tuh] bahawa laluan tersebut tidak menjanjikan semua HEART KILLING VIEW macam laluan dari Kuala Tahan ... so sebab tu lah kami ikut laluan dari Kuala Tahan ... dan secara mendatarnya laluan kami nih [Kuala Tahan - Puncak - Kuala Tahan] adalah sejauh 60km utk satu hala ... so kalau 2 hala dia jadi 120km lah kan ... itu kalau rata ... apa yg kompom ialah laluan kami nih cuma 600 mtr awal dan akhir jer yg rata ... yg lain2 suma nya samada memanjat ataupon curam giler punyer turun ... so atas saranan beliau maka kita decide utk melalui laluan Kuala Tahan/Kuala Juram - Puncak - Kuala Tahan/Kuala Juram ... basicly kalu tak dak kekuatan mental dan fizikal yg BAGUIH DOK ADA maka tak yah lah bercita2 nak naik G. Tahan nih ... saya bukan nak takutkan anda suma tapi ini berdasarkan kpd pengalaman kami sendiri ... so program ni saya dah rancang semenjak September 1997 lagi ... maknanya kami mengambil masa lebih kurang 9 bulan utk berbincang, mendapatkan maklumat akan bentuk muka bumi laluan, rintangan2 dan sebagainya [apa yg terfikir oleh kami lah] ... saya terpaksa bersiap sedia dr awal sebab w’pun G.Tahan adalah kemuncak IDAMAN bagi penggiat2 rekreasi tapi kita kena bersiap sedia sedaya yg mungkin ... saya sendiri tak bersedia nak menghadapi sebarang risiko yg tak diingini ... ditambah pulak dgn geografi laluan yg dah sedia menyakit kan jiwa, kemungkinan wujudnya ancaman binatang buas selain kemungkinan gangguan dr makhluk2 dimensi lain ... biasanya inilah risiko2 yg sedia menanti kita kalau kita nak masuk hutan tapi tak lah disebabkan ini maka kita langsung tak nak teruskan perancangan kita ... ianya sebagai langkah berjaga2 ... itu jer ... ahaks ... cumanya ialah perancangan yg rapi, persepakatan yg total selain dr disiplin dan kefahaman yg dah memang rencah utama dlm satu2 xpdc yg sukar harus kita janakan bagi melorongkan kita kpd satu pencapaian dan hasil yg memuaskan semua terlibat ... so awalnya program ni tercetus akibat drpd CABARAN dr sorang rakan yg bukan BUDAK GUNUNG ... so dia tanya samada saya dah naik G.Tahan atau pun belum ... dan cara dia tanya tuh seolah2 memperlawak2 DUGONGkan ketereran saya & CO. lah kan eventhough kami nie kira terer lar jugak kan ... ahaks ... therefor saya pun bertekad utk menjejakkan kaki kekemuncak tertinggi di SEMENANJUNG M’SIA ... Alhamdulillah saya dibantu dan mendapat bimbingan drpd adik SIFU saya sendiri dimana beliau sebenarnya dah kali ke3 lah naik G.Tahan termasuk dgn group saya ... jadi dah tentulah saya amat2 memerlukan bimbingan dan nasihat dr beliau yg mana bagi kami masa tu adalah termasuk dlm spesis super2 TERER tuhhh ... jadi kami berdua merancang sejak dr awal lagi sebab saya tak nak berhadapan dgn sebarang risiko yg TAK PERLU ... sebab sebarang kesilapan awal buleh mendatangkan akibat buruk kpd semua bakal2 pendaki ... semuanya kami rangka dan arrange sendiri ... baik dari segi makan minum [menu makan sepanjang pendakian], urusan dgn Penguasa Taman Negara, permit, pengangkutan, persediaan rakan2 pendaki sendiri dan macam2 lah ... dari mula kami sendiri planning program nih sampai lah ke penyudahnya [sampai kami cecah KL balik] kepala saya dok sakit dan tak senang duduk mengenangkan apakah yg bakal menanti kami ... baik dr segi masalah2 logistik, birokrat, X-FILES, fitness pendaki [dan saya juga] dan macam2 lagi ... jadi sebanyak 20 pendaki telah mengambil bahagian ... dan semuanya saya kenal sebab 19 org drpd yg 20 nih memang dah biasa naik turun gunung mahupun busut ... so memang selalu kami terlibat dlm program yg sama w’pun tinggal berasingan [Bandar Sunway, Kepong, Cheras, Pandan Jaya dan Sg Buloh] tapi kami selalu sangat bersama2 dlm bab2 jungle2 nih ... dan masing2 dah cukup masak dgn perangai kengkawan yg lain ... cuma sorang jer [budak Pandan Jaya] yg baru saya kenal ... mamat nih engineer kat company saya cumanya dia kat lain subsidiary lah dan at the first time saya tengok dia ... hati rasa berbelah bagi nak benarkan dia join ekspedisi kami nih ... terlalulah BERSOPAN nya mamat nih ... ahak ahak ahak ... method giler ... anyway memang kerektor nya dah cam gitu ... tak leh buat apa2 ... ahaks ... yang lelain tuh toksah cakap lar kan ... memang tak dak law punyer umat ... sepatah kita bercakap sejuta patah dia balas balik ... hampeh betulll ... ahaks ... tapi deme nih punyer team work memang SUPER2 BEST ... nothing compares to them ... ikhlas saya cakap ... bukan nak puji2 member sendiri tak tentu pasal ... mungkin sebab dah berpuluh2 kali kami bersama2 dlm satu2 xpdc maka kita dah faham kebolehan dan karektor masing2 ... dan jugak dah faham tugas BIASA masing2 ... tu penting tuh ... MUQADDIMAH Key, purata peringkat umur yg menyertai ekspedisi G.Tahan nie adalah sekitar 20 - 35, satu hal yg pasti ialah kami suma belum kawin !!! ahak ahak ahak ... jadi kami bertolak dr KL dgn menunggang train menuju ke Jerantut [ 8.30mlm - 3.00pagi ] so dr Jerantut kami naik prebet sapu terus ke Jeti Kuala Tembeling yg mana ia merupakan pintu masuk keTmn Negara Kuala Tahan ... macam biasa saya kena selesaikan pendaftaran masuk kami sebagai pendaki ... utk mendaki G.Tahan adalah lebih baik sekiranya kita membuat tempahan 2 minggu lebih awal ... sekurang2 nya 2 minggu lah ... bukan apa ... supaya urusan melapor diri dipejabat Penguasa Tmn Negara akan berjalan lancar ... benda2 macam keterangan peribadi pendaki kita kena senaraikan awal2 ler supaya kita tak payah kelam kabut last minit ... dan cam biasa bila nak keluar utk satu2 xpdc tuh bonda tercinta akan memberikan2 kata alu-aluan beliau yg penuh dgn hikmat dan peluru mesin-gun ... ahaks ... "Asik2 masuk hutan keluwor hutan, masuk hutan keluwor hutan ... tak dak kerja lain ka" ... maka sekiranya anda juga telah mendengar kata2 hikmat yg popular ini maka nyanyikanlah utk ibu2 anda akan sebuah lagu yg tidak asing lagi dikaca tv nasional : Ibuuuuuu ibuuuuuu engkaulahhhh ratu hati kuuuuu ahaks ... BELI lah jiwa ibu kita tuh dan bila balik nanti, bawak lah balik barang 3 - 4 helai t-shirt ... sejuk hati mak2 kita ... ahaks ... so dr Kuala Tembeling kami naik bot ke Tmn Negara yg memakan masa 2jam 45minit ... best ooo naik bot nih ... sempat layan tido sebab dlm train tak leh tido ... aircond dia sejuk sgt ... sampai jer diKuala Tahan, kami terus melapor diri kpd Penguasa Tmn Negara dan juga utk urusan pembayaran ... kami dikehendaki memberikan butir2 peribadi yg lengkap dimana ini adalah utk tujuan mengeluarkan sijil dan prosedur keselamatan yg biasa ... jgn main redah jer ... kena luku kang ngan pegawai Tmn Negara kat situ ... ahaks ... anda akan memperolehi sijil pengiktirafan sekiranya anda berjaya menjejakkan kaki ke puncak G.Tahan ... lawa babe sijil dia ... jadi masa melaporkan diri tu juga haversack kami diperiksa oleh pegawai2 Tmn Negara ... nak tau deme nih check apa ... nih saya senaraikan : 1 - Jumlah plastik yg anda bawa masuk 2 - Jumlah pakaian 3 - Jumlah bakal2 puntung rokok [ bagi perokok ] 4 - Jumlah kotak rokok dan plastiknya 5 - Jumlah tin [ tin sardin, kacang dan tin gas ] 6 - Lain2 peralatan spt khemah, fly-sheet, ground-sheet 7 - Pisau yg mana saiz maximum yg buleh dibawa masuk ialah 6cm [ panjang mata pisau ] 8 – Parang, meriam, kereta kebal, kapal selam dan lain2 senjata diHARAMkan sama sekali ... Tujuan dibuat peraturan yg sedemikian rupa adalah utk menjaga kebersihan G.Tahan ... jadi apa saja yg anda bawa masuk DAN DISENARAIKAN mesti bawa keluar semula dlm jumlah yg sama ada sama banyak atau lebih ... satu item TERKURENG ... anda akan dikompoun sebanyak RM50.00 ... jadi kalau anda bawak sebungkus coklat Cloud 9 [ satu plastik besar ada 12 ketul ] anda dikira sebagai membawa 13 keping plastik [ satu plastik besar + 12 plastik kecik ] jadi semua plastik terbabit WAJIB dibawa keluar semula ... kat sana satu plastik kosong bernilai RM50.00 ... TAK MURAH KAN !!! ... haaa ... sapa2 nak buat PART TIME meniaga plastik kosong kat pendaki2 yg kekurengan plastik kosong maka silalah berbuat demikian ... ahak ahak ahak ... jadi dah selesai suma urusan lapor diri dan setelah diperkenalkan dgn Jurupandu Arah/Guide kami, kami berdoa agar kami semua selamat pergi dan balik dan juga kalau 20 org yg masuk maka 20 org juga lah yg akan keluar ... kurang tak nak lebih lagi ler tak nak ... setiap pendaki2 WAJIB juga menggunakan khidmat pemandu arah Tmn Negara sebab tugas utama deme nih ialah jugak utk memerhatikan tindak tanduk pendaki ... sebab anda dilarang sama sekali utk menebang mana2 pokok yg terdapat didlm kws Tmn Negara ... satu pokok anda potong maka anda akan dikompaun sebanyak RM1000.00 ringgit bergantung kpd saiz pokok dan lepaih bayor kompaun maka cuping telinga anda pulak akan dipotong ... ahak ahak ahak ... sendiri mau ingat ... ahak ... hahhh !!! dan sebelum tu juga saya telah berbincang dgn guide2 kami akan bentuk pendakian yg kita nak buat ... so saya terangkan lah bahawa kami nak mendaki selama 4 hari, tido kat puncak 1 mlm dan turun 3 hari ... so guide pon setujulah ngan saranan saya tuh ... dia guide nih deme ikut kita ... kalu kita nak sampai kepuncak dlm masa 2 hari pon bulehhhh ... tapi kalu tali perut putus tanggung sendiri lar kan ... so that’s why sebelum pergi maka kita kena dapatkan seberapa banyak maklumat dan seberapa lengkap yg buleh ... ini adalah utk kemudahan kita jugak ... lagipun utk ekspedisi yg mengambil masa yg agak lama cam gini ditambah pulak dgn bentuk lauluan yg memang mencabar, kita [nak tak nak] kena plan perjalanan kita utk kita sesuaikan dgn kemampuan kita ... kalau tak nanti jadi masalah ... ahaks ... aisey terlupa ... masa kat KTM stesen KL ... salah seorang drpd sahabat kami telah kehilangan haversacknya yg mana SEMUA kelengkapan peribadi beliau utk mendaki turut LENYAP ... actually DILARIKAN lah … berikut saya senaraikan apa yg turut terkubur dgn kehilangan bag beliau : Haversack brand Karrimor Jaguar [ RM500.00++ ] - nih brand baguih punyer ... baru beli lagi tuh !!! ... biasanya kita guna Karrimor Panther lah kan ... murah sikit [separuh harga] Sleeping Bag - WAJIB ada bagi setiap pendaki sebab tak ada sapa nak bawak TOTO or GEBAR naik kat atas gunung ... berbanding dgn gebar atau toto benda nih ringan, mudah utk disimpan tapi boleh menyimpan haba ... kira macam tido dlm kepompong ler ... berharga sekitar RM40 - RM80.00 ... Kasut trekking - saya tak tau jenama apa dia pakai tapi bagi kasut yg tahan lasak dan selesa lagi sesuai utk dibuat trekking berharga sekitar RM150.00 keatas ... Lighten - macam lampu gasolin, khas utk para pendaki tapi dia guna gas sebagai bahan bakar ... kecik, fleksible, ringan tapi terang ... buleh bertahan selama 8 jam tanpa henti ikut saiz gas ... berharga RM80.00 setiap satu TANPA gas ... gas dlm RM3.50 - RM5.00 setiap satu ... Dapur - bila kita sebut dapur dan lampu memang kedua2nya guna gas tapi bukan ler besar ... kalau anda pernah tengok dia cuma sesaiz dgn PENUNU BUNSEN yg selalu makmal sekolah guna ... kepala dapur nih murah sikit ler dlm RM50.00 tak masuk gas ... Kamera - tak tau jenis apa tapi paling kokak punyer jenama pun saya rasa kita semua buleh estimate berapa rega dia termasuk juga 6 roll kodak ... Khemah - khemah dia brand Coleman ... muat utk 4 org [ saiz saya 5 org ] ... murah jer kemah nih dlm RM180 - RM200.00 ... Beras [ 4 pot ], sardin besar 1 tin, sardin kecik 2 tin, minyak masak 1 botol kecik, gas kecik 1, gas besar 1 dan macam2 lagi itu tak masuk lagi dgn benda2 personel dia ... So member nih pun pertama kali nak naik G. Tahan ... so bila jadi macam nih dia memang frust sebab kalau ikutkan adalah mustahil utk dia mendaki sebarang gunung dgn SEHELAI SEPINGGANG ... puas kami pusing kat KTM KL tuh mana lar tau kot2 buleh jumpa pencurik mangkuk tuh ... tapi tak jumpa juga ... 20 minit sebelum train mula bergerak kami buat meeting tergempar dan kami bersepakat utk berkongsi apa saja yg harus kami kongsikan asalkan member yg sorang nih dapat sama2 menyertai kami ... yg member nih air mata dia dah mula bergenang dah ... yer ler ... 4 bulan solid dia buat training fitness dgn saya ... beratus2 duit habis utk kumpulkan kelengkapan berkhemah ... tiba2 tak buleh pergi ... so bayangkan ... dia dah nak balik pun tapi kami paksa juga dia ikut dan yg lain2 bersetuju utk membantu dr segi kelengkapan pakaian dan sebagainya ... jadi akhirnya member nih setuju utk ikut ... satu sebab kami bersungguh2 utk ajak juga dia ikut ialah kami nak sampai ke G.Tahan BERSAMA2 ... kami plan ada 20 org jadi apa keadaan sekali pun 20 org juga akan pergi atau 20 org langsung tak pergi ... Alhamdulillah w’pun saya dikurniakan sahabat2 yg memang memeningkan dr segi perangai tapi dr segi semangat setiakawan dan timbang rasa budak2 nih memang kelas ... sebab bayangkan yer ... kita terpaksa olah semula budget utk makan dan macam2 lagi sebab kami memang budget cukup2 utk makanan kami sebab kalau terlebih banyak maka akan menjadi beban kpd pendaki yg buleh menimbulkan masalah yg lain pula ... kita tak bercakap tentang ekspedisi dua tiga hari yg mana kita buleh cincai2 jer ... ini ekspedisi 8 hari ... segala2 nya kena betul, kalau tak masalah pada org lain nanti ... semua beban [ makanan dsb nya ] yg standard utk setiap peserta saya dah timbang ... semua org dapat berat yg sama ... tak ada yg kurang tak ada yg terlebih ... kecuali saya punyer ration jer yg ringan sket ... ahaks ... syyhhhhh !!! jgn pecah rahsia babe ... ahak ahak ahak ... sampai la nie depa semua tu tak tau ... ahaks ... DAY ONE : KUALA TAHAN - KEM MELANTAI Lepas kami berkenalan dgn Guide kami maka Guide pulaaaakkk kasik penerangan dan ingatan ... dia mintak kami tinggalkan sebarang TANGKAL2 yg ada dipakai ... kebetulan saya ngan member ada pakai ... tapi bukan tangkal ... ia cuma akar kayu yg di ikat dan buat gelang ... member saya pakai Akar Cawat Pangan dan saya pakai Akar Tikam Batu ... nanti saya story pasal akar2 nih ... jadi setelah kami explainkan kat guide kami dan dia teliti sendiri dan dia puas hati maka kami pun start ler trekking ... kami ambik dua guide sebab satu guide cuma buleh bawak 12 pendaki shj ... tepat jam 12tgh hari kami start berjalan dr Kuala Tahan - Kem Melantai yg mengambil masa 5 jam trekking ... tiba2 saya tengok member saya sumanya letih semacam [ termasuk ler saya pun ] ... macam budak tak pernah trekking padahal baru 2 jam jer kita trekking ... rupa2 nya kami suma terlupa makan tgh hari ... nak buat cam mana ... terpaksa berjalan ler jugak ... lebih kurang pukul 5 - 6 ptg kami sampai kat Kem Melantai ... macam biasa masing2 bukak khemah, mandi manda dan prepare makan mlm ... yg mengarut tu terus mengarut ler ... so masa kami sampai kat Kem Melantai nih, ada satu group 6 org bebudak cina yg jugak dlm haluan yg sama ... dan sejurus sebelum maghrib sampai lagi satu team yg mana merupakan sekumpulan bebudak india yg merupakan pelajar perubatan dr Universiti Malaya ... tengok bebudak india nih longlai semacam jer ... ahaks ... penat ler tuh ... Then lepas isyak kami buat sessi suai kenal dgn kedua2 guide kami utk merapatkan hubungan ... bukan apa ... kalau kita rapat dgn guide2 nih banyak benda dia tunjuk kat kita nanti ... I mean benda2 yg ajaib2 sikit dan pelik ler pasal G. Tahan nih ... ahaks ... dlm erti kata lain ia adalah salah satu drpd proses MEMBELI JIWA guide ... ahak ahak ahak ... anyway tak ada salah kita kita berbaik2 dgn penduduk setempat ... at least ini akan dapat mengasah budi bahasa kita dan kita akan dapat contact yg lebih luas yg bakal memudahkan tugas kita incase kalo kita nak datang lagi in future ... betoi tak ??? ... sapa tak sokong aku sumpah korang jadi french fries ... ahaks ... lepas jer sessi tu maka kami pun buat aktiviti masing2 ler sebab kat Kem Melantai nih pun tak ada yg menarik sgt so saya pun tido awal sebab nak save energy utk esok ... yg bertugas kena buat ler tugas2 yg dah ditetapkan like masak nasik himpit [ utk makan tgh hari on trek ] dan nasik utk sarapan pagi ... so bila bangun pagi nanti tak yah kelam kabut nak memasak ... utk pengetahuan anda juga MENU WAJIB kami utk makan tgh hari ialah BERUPA seketul nasik himpit segera [yg dah dibelah 2] dan satu inci persegi ikan masin sebagai lauk ... so tangan kanan nasik himpit SEJUK dan tangan kiri ikan masin satu inci persegi AJER ... pagi2 makan pengat, sendiri mau ingat lar kan ... ahak ahak ahak ... DAY TWO : KEM MELANTAI - KEM SEPUTIH Spt biasa lepas breakfast, kami berkemas dan dgr taklimat drpd guide dan memulakan perjalanan hari kedua yg cukup menarik ... group bebudak cina tuh dah lesap dah ... dengor kabor kul 7 pagi depa dah start trekking ... huuiihhh !!! terer tu ... dan group bebudak india dr UM tu pon dah trekking dah ... so lambat ler kira nyer kami nie yekkk ... kami nih kul 8.30pg tuh kira awal giler lar dah tuh, standard kul 9pg ... ahaks ... so kali ni kami akan bergerak dr Kem Melantai, melalui Laluan BUKIT MALANG menuju ke Kem Seputih ... sebab apa dipanggil Bukit Malang ??? sebab anda terpaksa bertrekking merentasi sebuah kawasan yg didakwa mempunyai 27 buah bukit yg tidak PENDEK mahupun RENDAH !!! tapi berdasarkan kiraan saya ia mempunyai LEBIH dr 36 buah bukit ... lepas angka 36 tuh saya naik malas nak kira ... maleh maleh maleh !!! ... tension gilerrr babe !!! time trekking pulak kami cuma boleh berehat [ take 5 ] pada setiap 2 jam ... cukup 2 jam berjalan baru ler guide kasik berenti sebab dia kata KAMI BULEH !!! kejam betui guide kami nih ... laluan nih tak menarik sgt sebab hutan pun still tebal lagi ... so tak nampak sgt view yg menarik sebab pokok2 nya masih tinggi2 ... maka disinilah beberapa rakan saya dah mula patah hati sebab yer lerrr ... naik turun naik turun .... tak abih2 ... memang fedup giler ... sampai ada yg tobat !!! maka TERPACUL lah ayat2 HIKMAT seperti ; " Wehhh, tobat tau tobattt ... nie lah kali pertama dan terakhir aku akan naik G.Tahan nih ... lepaih nih tak dak lar, tak mo dah tak mo dahhh" ... ucap sorang member sambil terbaring dgn kedudukan yg saya tak tau nak masuk dlm kategori hapa ... tapi kira macam KOMA jugak lah kan ... ahaks ... abihhh ... sampai dah tersadai kaki kat atas kepala kat bawah cam mano ... tapi alhamdulillah atas semangat setia kawan maka mana2 yg still orait tuh dok keja bagi semangat ler yg kat dah peywai nih ... time2 cam nih tak dak sapa yg berkeupayaan nak mengontrol jelita ... maka time nih buleh ler kita melihat KEHUDUHAN sebenar rakan2 karib kita yg dah sedia kala HUDUH ... ahak ahak ahak ... Dlm perjalanan juga kami terserempak dgn dua pendaki wanita mat salleh dr Denmark yg dah mula merah padam macam udang kena bakor ... dia punyer BAU masyaALLAH ... sedap lagi bau sebungkus belacan ... ahak ahak ahak ... kami sempat interbiew deme nih ... salah sorang tuh kasik tau kat kami yg kat Denmark HARI2 selama 4 jam sehari dia akan main Ski Ais KHAS utk mendapatkan stamina bagi ekspedisi G.Tahan nih ... tapi kata nya lain pulak yg jadi sebab cuaca panas ... jadi dia TERLUPA soal cuaca, masa tuh pun tgh musim kering ... memang panas dan bentuk geografi laluan pulak memang diluar jangkaan deme lah ... jadi tak heran ler kalau mat salleh nie peywai ... jadi di pertegahan perjalanan kami terserempak balik dgn group bebudak medic dr UM tuh ... kesian saya tengok budak2 nih sebab ketua deme kabor ngan saya bahawa inilah PERTAMA kali dia naik gunung ... saya tanya balik tak buat training khas ker ... dia kata " Ada lar sikit2, satu jam dua jam jogging " saya tanya balik " berapa kerap tuh training you ‘’ ... dia kata " Tengok lar ... kadang2 satu minggu dua kali, kadang2 satu minggu satu kali ‘’ ... jadi lepas dengor jawapan dia yg tak MEMBERANGSANGKAN langsung tuh saya pun lepak ngan member2 ... TIBA2 ada sorang mamat nih [ dr group budak2 UM tuh ] suda tanya dgn satu member saya yg memang PALING LOKLAK sekali ... dia tanya " Abang ! berapa lama lagi mau sampai puncak Tahan ? ‘’ ... SALAH ORANG LAR BABE DIA TANYA dan member saya nih terus tak kasik can dia bantai gelak macam org hilang akal ... kami pun gelak jugak tapi cover giler ler ... dia tak dak ... dia bantai ikut suka dia sambil menjawab " Fuuuiiiyyyooo ! berapa hari mau sampai ka ? ... 5 hari lagi wooo, 5 hari lagi ‘’ ... sambil dia bantai gelak ... kami pun ikut sama gelak sebab dah tak tahan nak pecah perut ... pas tuh saya tengok muka group bebudak UM tuh sorang demi sorang jadi TOYA ... patah semangat ... ikut FIRASAT saya mesti budak2 tu patah balik punyer ... Tepat tekaan saya ... esok nya group tuh patah balik ke Kuala Tahan sebab dah TAK TAHAN !!! ... abihhh !!! sampai ambik air pon mintak guide yg tolong ambik kan ... sebab masa kami take 5 & ambik air kat KEM TENGAH sempat ler berborak ngan guide depa nih ... maka kami pun teruskan perjalanan ke Kem Seputih ... anyway depa sempat jugak daki Bukit Rajah ... jadi lar yer dak ... bukan nak kutuk tapi rasa saya inilah bahananya kalo kita kekurangan maklumat yg TEPAT perihal lokasi yg kita nak tuju ... besar kesannya ... disebabkan kami ni ramai dan ada yg dah pernah naik ... jadi secara automatik bukan manual kami terbahagi kpd dua kumpulan iaitu SLOW TRAIN [ geng lambat N relax ] dan SPEED TRAIN [ geng laju sebab excited ... first time naik ler katakan ] ... jadi pada sapa2 yg rasa malas nak speed atau buleh jalan laju maka dia ada dua pilihan yg mana setiap satu TRAIN ada guide yg monitor ler ... SPEED TRAIN secara purata akan sampai ke setiap camp site dlm pukul 4 - 6 ptg manakala SLOW TRAIN biasanya sampai dlm pukul 7 - 9mlm ... Slow Train nih memang stail jln enjoy punyer ... tak dak pressure nak speed ... rasa2 nak relax dia relax ... manakala Speed Train memang solid 2 jam sekali baru berenti rehat ... pendek kata sampai lutut dah berasap baru ler guide benarkan kami berenti rehat ... maka kami [ Speed Train ] sampai ke Kem Seputih tepat jam 4 ptg ... anyway kita semua dah bersetuju bahawa kita mesti sampai ke campsite mengikut jadual ... so spt yg anda semua dah sedia maklum kami tetapkan laluan dan campsite kami spt berikut : DAY ONE : KUALA TAHAN - KEM MELANTAI DAY TWO : KEM MELANTAI - KEM SEPUTIH DAY THREE : KEM SEPUTIH - WRAY’S CAMP DAY FOUR : WRAY’S CAMP - KEM PADANG DAY FIVE : KEM PADANG - PUNCAK G.TAHAN DAY SIX : PUNCAK G. TAHAN - KEM TEKU DAY SEVEN : KEM TEKU - KEM SEPUTIH DAY EIGHT : KEM SEPUTIH - KUALA TAHAN Kem Seputih nih kat tepi sungai jadi kami pun lepas pasang kemah dan masak air TEH O SLOW [ teh O yg nipis gilerrr baik dr segi teh nya mahupon gulanya !!! ] kami pun bantai ler berkubang ... diceritakan oleh sorang sahabat saya [ yg ikut trip lain ] masa tu deme sampai kat Kem Seputih ngam2 [ NGAM HO ! ] waktu maghrib ... jadi deme nih sampai2 jer terus lepak kat tepi sg ni dulu dan bercuci ... TIBA2 GEDEBUSHHH timbul dr tgh2 sg tuh SEORANG TUA DIKAKI GUNUNG yg lengkap berserban dan menengking geng2 member saya nih " KAMU NI KENAPA HAH ? TAK TAU MAGHRIB KE ??? ‘’ ... habis dia menengking sebanyak 20 peserta PENGSAN yg mana majoritinya adalah peserta wanita ... dan mereka terpaksa berpatah balik ... terpulang nak percaya atau tidak ... ini member punyer story lah tapi bagi saya benda2 cam gini tak mustahil berlaku … alhamdulillah kami punyer tradisi ialah menghormati setiap waktu solat ... paling tidak pun berhenti rehat buat seketika dan akan ada sorang yg akan remind kami which is kami punyer Pak Imam ler ... Pak Imam kami nih ‘lain macam’ sikit … dia main tengok matahari jer dia dah tau samada dah masuk atau belum waktu solat … TEPAT pulak tuh … iskkkk … musykil musykil … kat mana dia menuntut itu adalah rahsia resmi kerajaan nigeria … ahaks … Utk pengetahuan anda jugak … masa nih musim kering … jadi bila masuk musim kering maka ada satu masalah besar … L.E.B.A.H … ala yg menatang perut dia belang2 kuning tuhhh … ahaks … dia memang akan datang hurung kita sebab dia nak hisap PELUH kita … basicly lebah memang mudah tertarik kpd bau yg kuat dan masam … bukan wangi sebenarnya … sama macam rama2 … tak caya cuba bancuh sikit air belacan dan tuang kat atas batu … musti rama2 datang … tak pon Gojilla … ahaks … tapi lebah nih dia tak sengat MELAINKAN kalau dia [sang lebah] nih terhimpit … tapi geli ooo … abihhh … dah lar banyak … lepaih tu masuk dlm baju lar, dlm kasut lar, dlm bag lar … itu suma tak per lagi … tapi bila dia masuk dlm seluar tu yg tak berapa dapat nak tahan tuh … ada lar sorang member tuh … dok sibuk gelakkan sorang member yg dok menggelupur halau lebah kat bag dia … sekali tetiba jer dia yg meloncat & teruih terjun masuk dlm sungai … ada sekoq lebah suda GIGIT sama dia punyer peha … macam nak giler kami gelakkan dia … saya pon kena sengat jugak … ada lar dlm 2 – 3 das … hampehhh … Slow Train kami sampai ke kem ni pukul 8.30 mlm ... ceria jer muka deme2 nih ... ye larrr ... suma2 kami [speed train] dah prepare ... siap masak kan lagi tuh makan malam ... mana deme nih tak happy ! ... so mlm tu pun tak ada aktiviti yg menarik selain drpd suasana camp site yg gamat dgn edisi sakat menyakat dan merapu oleh budak2 kami ... masing2 nak save energy ... save your planet, save your planet babe ... ahaks ... DAY THREE : KEM SEPUTIH - WRAY’S CAMP Spt biasa ... lepas sarapan dan buat body streching dan warming up dan tarian ballet maka kami pun mula berjalan ... key ... trek nih memang paling teruk ... ini ikut pendapat saya ... sebab drpd Kem Seputih kami akan menempuhi Sg Teku lebih dr 7 kali dan utk pengetahuan anda sungai2 disini lebar2 [ selebar 60mtr ] jernih, sejuk dan susah nak nampak pasir melainkan batu2 yg licin yg mana memang susah nak tempuh ... air sg tak dlm sgt ... kalau saya [yg tergolong dlm kategori Bonsai] adalah dlm paras lutut dan pinggang ... jadi memang susah nak cross sg2 nih sebab licin, kelebaran sg2 nya dan takut haversack basah ... jadi bila kena sg yg separas dada maka kene ler junjung bag ... dah ler kena junjung ... nak jaga step drpd batu2 yg licin tuh ... silap2 tergolek dgn bag2 sekali ... masalah yg akan timbul bila bag anda basah ada banyak ... banyak sesangat … pakaian basah [ so nak pakai apa ? ], dapur basah, makanan, sleeping bag, khemah dan paling perit ialah berat haversack anda akan bertambah berpuluh ganda drpd biasa ... kalau cuaca panas boleh ler jemur ... kalau redup cam mano tuh nak jemur ? ... nak tak nak kena jaga bag dr basah ... itu belum kira peralatan elektronik kita yg lain2 lagi tuh cam kamera apa suma ... so let say kita tau bahawa kita akan lalu banyak trek sungai maka silalah bungkus pakaian dan segala barangan buleh terjejas oleh air dgn rubbish-bag ... at least kita buleh trekking dlm semua keadaan cuaca ... baik hujan, baik cross sungai, baik cuaca kering ... so kami ambik masa selama lebih kurang 3 jam utk cross sg2 nih dan kami sampai ke Kem Teku menjelang tgh hari ... so makan tgh hari dulu ... lepas tuh kami pun bergerak menuju ke Wray’s Camp ... di Kem Teku nih kami simpan sikit barang makanan kami sebab balik nanti kami akan tido kat sini ... so kami mintak guide sorokkan barang makan kami nih ... tak kan nak bawak suma2 turun naik puncak banggg !!! berat ooo ! ... so benda2 nih kena sorok dan dibungkus elok2 sebab takut diCILOK oleh pendaki2 lain yg kaki pedajai atau lebih teruk kena belasah dgn tikus hutan or musang or Teddy Bear [Beruang] ... kat sini kalo hangpa nak tau dia punyer tikus hutan adalah sesaiz dgn KUCING kat rumah kita !!! sendiri mau ingat ... Maka dlm perjalanan ke Wray’s Camp ini lah anda akan menempuhi bentuk laluan yg digelar The Four Wheel Drive Track [ laluan Pacuan 4 Roda ] ... sebab apa digelar dgn sedemikian rupa ... sebab laluan ini mempunyai kecondongan menegak sebanyak 60 - 75’ ... bayangkan selama 5 jam lebih kami terpaksa berjalan memanjat dengan menggunakan 4 wheel drive [ tangan pun berjalan kaki pun berjalan ] ... kejap merangkak, kejap berpaut kat akar dan macam2 lagi DISERTAI dgn haversack kat atas belakang anda yg mana makin lama makin berat lak rasanya ... disini saya hampir tewas ... saya tak cukup tidur/rehat dan mental saya dah agak lemah ... terus terang ... sikit jer lagi nak nangis ... ahaks ... tapi nasib baik member ada kat belakang ... kalau tak dah merambu dah air mata sambil menyeru2 nama bonda tercinta ... ahaks ... naya kena kutuk ngan budak2 tu nanti ... yg muntah tuh sendiri mau ingat ... sambil berjalan jer muntah ... so sabar je lah ... cuma kena pandai main mental ler ... tak boleh berenti kerap sebab nanti cepat letih ... memang tak berenti MERANGKAK tapi pelan2 ikut kemampuan kita ... nafas kena kontrol ... tapi saya tak kisah sgt sebab kat laluan nih memang suma2 peserta merungut ... tegak giler trek dia ... nak bergambar pun dah rasa menyampah lagi meluat ... tengok muka member pun dah macam tengok PUNCH BAG jer ... rasa cam nak bagi jer penumbuk barang sedas dua ... ahak ahak ahak ... Kesemua peserta tiba di Wray’s Camp/Gunung Pondok Dua pukul 6 ptg ... macam biasa berkemas, masak dan bermulalah EDISI URUT MENGURUT ... aktiviti ni pantang sikit sebenornya ... jgn ada yg mula mesti berpusu2 para peserta memohon utk diurut ... maka itulah saat2 malang bagi yg terer mengurut ... nasib baik saya tak terer sgt ... just hulur badan je ler kat tukang2 urut diraja tuh ... yg best nyer tuh guide kami pun mintak diurut ... pelik jugak ... biasanya guide misti ler powerkan ... alih2 dia lak yg tumpang sekaki ... bila ditanya atas alasan apa dia nak diurut ... " Maner bleh brader , korang berurut dan aku nak nengok jer ker ‘’ ... sempoi jer jawapan dia dgn lohat Pahang dia yg pekat tuh ... ketara sungguh hasad dengkinya tuh ... layak utk dihumban kebawah nih ... DAY FOUR : WRAY’S CAMP - KEM PADANG Ini satu lagi laluan yg sgt mencabar sebab kat sini kami terpaksa menempuhi 5 buah gunung yg tak rendah iaitu G. Anak Pangkin, G. Pangkin, G. Tangga Lima Belas, G. Reskit dan G. Gedong utk tiba di Kem Padang ... paling teruk ialah di G. Gedong sebab ketegakkannya yg mencapai 70 - 85’ ... siap kena bergayut kat tali dgn akar2 kayu ... kena slow & steady sebab salah step maka masuk gaung ... lepaih masuk gaung maka masuk dlm surat khabar pulak nanti ... naya ... kiri pun gaung kanan pun gaung ... sebab kat sini kita akan berjalan diatas susur banjaran atau permatang gunung ... laluan memang muat2 seorang pendaki dan kiri kanan gaung ... tapi dia punya pemandangan MASYAALLAH !!! klasik giler ... SUPER REAL CLASSIC ... sebab dr G. Anak Pangkin [ 1400mtr ] suhu dah agak rendah, kita akan masuk kedlm kawasan yg mana bonsai2 nya adalah seluas mata memandang ... cakap ler apa jenis bonsai pun ... no limit semua ada ... rasa nak cabut semua sekali bonsai2 tuh bawak balik ... rasa nak cabut, nak gigit nak herrmmhhhffgghhh !!! geram aku !!! ahaks ... manakala awan berarak menyapu badan separas pinggang ... jadi peluh tak keluar banyak dan rasa cukup selesa utk berjalan w’pun geografi laluan yg agak pacak baik turun mahu pun naik ... jadi masa ni lah kami akan bergambor ... memang sakan sampai guide terpaksa tunggu ... nampak jer lokasi menarik ... snap ... pantang nampak shot menarik ... mesti nak ambik ... sampai guide kami sound " Siey kilak, maley kilak ... 24 jey kilak [ siang bergambor, malam pun bergambor, 24 jam bergambor ] ... so masa nih bagi mana2 dr kalangan kami yg tak bawak kamera sendiri maka terpaksa ler dia menggunakan pelbagai helah supaya mukanya juga akan turut berada kat kamera kawan2 nya ... So masa kat laluan ni lah kan ... ada lah sorang member yg BONGOK tuh ... dia nih memang selalu menghina2 KEBONSAIAN saya ... bangga benor dia ngan keSASAannya tuh ... tapiiii ahak ahak ahak ... badan je besor ... tapi lembek ... macam agar agar ... cepat penat ... akal pendek lak tuh … cam budak darjah dua … muka jer ganas tapi jiwang karat … kira suma menda yg tak best memang ada lar kat dia tuh … ahak ahak ahak … so ada satu laluan tuh yg memang agak ganas sket ... turunnnn 90’ pas tuh jalan rata sket lepas tuh kona maut punyer ke kanan lepas tuh naik balik pacak 90’ ... so masa nih mamat nih dah layan penat ... langkah pun main heret jer ... last sekali masa kat kona maut tuh dia terlajak dan TERGOLEK masuk gaung ... menggelabah jugak kami ... WOI WOI WOI !!! BALAK JATUH BALAK JATUH !!! ... jerit member saya ... so kami semua pun kelam kabut ler patah balik ... panggil2 nama dia [nama ‘manja’ member yg jatuh nih INCIK BALAK] ... tengok2 dia merangkak pelan2 naik kat atas sambil tersengih2 ... so kami periksa dia lah ... kot2 ada patah2 ker luka2 ker ... kena lar kita rawat ... so nasib baik tak ada apa2 ... tiba2 member kami yg dok jerit tadi tuh tergelak besor ... KAH KAH KAH ... BALAK TANGKAP BIAWAK BESOR WOIIII !!! ... eemmmhhh ... kami suma pun menumpang bahagia ler ... abihhhh ... member ok ... nasib ler kan ... macam nak pecah perut gelak ... unsur2 simpati memang tak dak punyer ... gelak tetap gelak .... masaaaammm jer muka member yg kena gelak tuh ... abihhh ... sapa suruh layan penat ... tapi nasib dia memang baik ler sebab masa tergolek tuh dia tersangkut kat pokok terakhir ... kalau tak sangkut kat pokok tuh memang dah arwah dah member kami yg sorang nih masuk gaung, lepas tuh cam biasa masuk surat khabar ... hiss ... serammm ... jawabnya tiap2 tahun ler kami kena datang kat gaung nih utk campakkan bunga kat member tuh … ahaks … Kat sini pun satu hal suda berlaku ... sorang member demam yg saya rasa teruk ... dia langsung tak boleh makan ... makan sikit muntah ... makan jer muntah sebab badan dia dah tak boleh terima sebab terlalu penat + demam ... satu lagi masalah ... so utk meringankan beban sahabat kami nih maka kena le kongsi sorang sikit bawakkan beban dia macam kemah, dapur dan lampu serta barang makan ... dia nih juga adalah peserta yg paling senior ... 30+ umur dia dan beliau jugak merupakan petugas FRIM [Forrest Research Institute of M’sia] … bayangkan, org forrest sendiri buleh peywai ... so jgn cakap besar bila trekking nih ... kita tak tau cam mana performance kita bila diasak teruk oleh sekelian trek yg ganas giler nih ... Manakala dr G. Gedong ke Kem Padang pula anda akan berjalan diatas batu kecil berwarna putih yg mana batu2 ini sedang dlm proses utk bertukar menjadi resakser ... eh bukan ... jadik KRISTAL ... ahak ahak ahak ... bersepah2 sepanjang trek ... tapi !!! satu kristal anda seludup dan kalau ditangkap maka dendanya ialah sebanyak RM500.00 ... semasa dlm perjalanan ke Kem Padang ni laluan agak lembab dan basah ... jadi masa ni akan kelihatan lah bakat2 terpendam oleh pendaki2 iaitu KETERERAN mereka dlm menangkap katak mahupun biawak ... maksudnya TERGOLEK DOG ! ... sebab laluan curam dan licin so bagi mana2 mamat yg tersalah step for sure tergolek maut punyer dgn haversack yg dah la berat gilerrr !!! ... sorang tergolek jer yg lain2 tuh menyorak ... memang meriah tapi telinga kena tahan sikit ler kan ... so kasut yg berharga beratus2 ringgit rupa2 nya bukanlah jaminan bahawa anda takkan tergolek ... jadi sebaik saja kumpulan pertama [ SPEED TRAIN ] sampai kat Kem Padang ... hujan pun turun ... jadi kelam kabut ler kami dok pasang khemah sebab apa2 hal pun haversack WAJIB diselamatkan dulu drpd basah ... bayangkan anda dibasahi hujan pada suhu sekitar 25 - 18’ celcius ... sejuk giler ... dlm satu jam lepaih tuh hujan pun berenti ler ... maka kami pun lepas isik perut pergi ler meronda2 kat camp site nih ... dr Kem Padang nih kita dah boleh nampak puncak G.Tahan ... kat sini memang menarik utk bergambar sebab view dia cun gilerrr ... dan bermula dr kem ini juga dah tak dak sapa2 yg TERGAMAK nak mandi sebab takat kesejukannya yg melampaui batas ketahanan kami ... kalau mandi pun tak sengaja sebab kena hujan ... itu pun kalau ‘ketidak-sengajaan’ kami terkena hujan tuh buleh dianggap sebagai MANDI ... ahak ahak ahak ... Tapikan kan kan … ada lar sorang member tu kan … dia suda buat lawak antarabangsa … ada ka time org tgh dok bagusss punya layan view dia kasik soalan mengong kat Guide … dia tanya lar kat Guide kami tuh … "Brader … apsal tempat nih nama dia Kem Padang ???" maka guide pon menjawab sambil menghembuskan asap dr rokok daunnya … "Sebab nama dia Kem Padang lar" sambil Guide menunjukkan muka selambanya … hahhh … apa lagi terbahak2 kami pon … macam nak putus tali perut kami gelak … apa punya soalan lar mamat nih pon … banyak hal lah dia nih … ahaks … tanya lar kat Guide tuh dah makan ke belom, ada adik pompuan tak yg single mingle lagi … ini cam gitu punyer soalan dia kasik … jawabnya 3 – 4 hari lar kena gelak … ahaks … view kat Kem Pdang nih dah dikira sebagai ‘cun melecun’ ... memang cantik lagi klassik ... cumanya member saya kata last time masa dia datang pokok2 kat situ tak lah sebesar masa kami sampai ... mungkin sebab peningkatan suhu sejagat ... sorryyyy, terlopa lak ... masa kami sampai kat Kem Padang nih ... ada lar dlm 60 org bebudak sekolah menengah ... tak silap saya depa nie dr Mentakab kot ... dlm perjalanan turun lah ... busan betul camp site ngan bebudak bawah umur nih ... kecoh giler ... mungkin sebab dah ramai sangat ... ahaks ... DAY FIVE : KEM PADANG - PUNCAK G.TAHAN ... YESS !!! Kami bertolak dr Kem Padang Menuju ke G. Tahan awal pagi sebab masing2 dah tak sabar termasuk ler yg dah naik banyak kali tuh ... dia pulak yg lebey2 ... perjalanan pun dah tak jauh cuma dlm 4 jam trekking ... kat sini saya hilang akal sebab tahap kesabaran dah semakin nipis [ yer ler berhari2 berjalan kak long oiii ] ... masing2 dah tak berborak sgt sebab dok concentrate nak cepat sampai ... dan buat pertama kalinya guide yg mintak kami berenti sebab dia nak merokok dulu ... biasanya kita yg mintak guide berenti berjalan tapi lain pulak yg jadik ... yer ler ... risau dia nengok budak2 kami yg w’pun dah 3jam lebih berjalan tapi dok pulun jugak tak nak berenti rehat ... malangnya permintaan beliau tak diendahkan oleh budak2 nih dan kami terus berjalan ke puncak ... maka guide kami pun terpaksa ler ikut sekali sambil merungut2 ... ahak ahak ahak ... padan muka dia ... on the way to puncak kami bertembung dgn satu group drpd Ampang KL ... eksen jer muka budak2 tuh ... mentang2 ler baru turun dari puncak ... cisssss !!! ... tapi kita tegur jugak ler ... tak leh ler menyombong ... nanti kalau jadi apa2 senang nak mintak tolong ... dah lupa lak nama group nih ... ganas ler kengkononnya tuh ... badan sekor2 mak oiii ... suma cutting bauncer punyer ... tapi deme nih naik dr Merapoh dan first time juga naik G.Tahan ... saya tak heran sgt dgn budak2 nih sebab deme belum rasa lagi cam mana penangan laluan dr Kuala Tahan tuh ... jadi satu km dr G. Tahan dah ada yg mula berlari ... dan bila ada yg berlari maka ada ler pula yg cabar mencabar sebab masing2 nak ditabalkan sebagai org pertama yg sampai kat puncak ... malangnya ketereran Penjejak Batman lebih terserlah ... beliau berjaya mendahului lain2 sahabatnya yg jelas tak terer tuh utk beliau sampai ke puncak G.Tahan tepat jam 12.37 tgh hari ... pada 1 km yg terakhir tuh saya dan 2 - 3 org member dah betul2 loose control sebab kami bantai berlari tanpa henti sampai ler ke puncak ... siap buleh terlupa yg kat belakang ada haversack ... macam free climb jer ... magic betui ... a aa lar … magic sungguh … adakah ini menunjukkan bahawa kami nih memang UNGGUL … ahaks ... Kat puncak G.Tahan nih ada sign board tau ... jgn tak caya ... lawa tuh dia punyer papan tanda ... memula tu konpius jugak ... aiikkkk !!! kat atas puncak gunung pon ada bus-stand ker ??? ... ahaks ... so kami pun [ yg berlari ] sampai jer terus ler masing2 memeluk dan mengucup papan tanda tuh sambil menjerit2 macam kena histeria ... kebetulan kat masa tuh ada 2 group lain yg tiba sehari lebih awal ... jadi ofcourse ler tindakan kami tuh menjadi tanda tanya buat deme2 tuh yg tak mengerti akan segala perit jerih kami bertarung dgn laluan G. Tahan nie ... sebab dua2 group tuh deme naik ikut Merapoh [ Kelantan ] ... tak lama ... kalau ikut Merapoh nih cuma ambik masa dua hari jer dah buleh sampai kat puncak ... cuma pemandangan tak berapa menarik ler berbanding dgn laluan K.Tahan nih ... eventhough lalauan dr Merapoh nie all the way 2 hari asik memacak jer tapi cuba compare kan ... 2 hari kena seksa dgn 4 hari kena seksa ... mana lagi sadis ??? ... maka kami pun bergambor ler dulu kat sign board dgn comot2 nih sementara menunggu bebudak lain sampai ... kang kalo dah bersiap lawa2 kang org kata kita naik G.Tahan dgn helikopter lak kan kan kan … ahaks … jadi dlm masa sejam semua bebudak kami pun sampai ... dan sebaik shj org yg terakhir abis bergambor ... sekali lagi hujan turun yg mengakibatkan suhu turun sehingga ke paras 15 - 16’C ... maka masa tuh tak ada sapa pun yg tergamak nak berlengging ... malahan saya yg memakai 3 lapis t-shirt lengan panjang dan 2 lapis seluar track lengkap dgn berstokin dan bersarung tangan pun masih lagi buleh menggigil kesejukan ... Tapi dek kerana semangat yg cukup tinggi utk photo time [ambik gambor] maka segala kesejukan yg mencengkam hingga ke lubang idung dan ‘serebrum’ [salah satu dr 3 main part otak manusia] terpaksa saya lupakan ... kami juga WAJIB bergambar dgn kedua2 guide kami dekat signboard G.Tahan tuh sebagai bukti bahawa kami telah berjaya sampai kepuncak ... dan gambar nih kena dihantarkan kpd pejabat penguasa utk tujuan pengeluaran sijil pengiktirafan ... so basicly NO GAMBOR NO CERTIFICATE ... Dah nasib kami yg tak berapa baik agak nya sebab lepas je hujan berhenti maka awan pula yg semakin tebal menghalang kebanyakkan view2 yg menarik ... sempat juga ambik gambor heart killing view nih tapi kena tunggu sampai awan dah clear baru buleh ambik ... itu pun nak tunggu tuh ... mak oiii ... sempat ler beku segala sudut anggota badan ... kami difahamkan oleh guide kami bahawa sekiranya awan tak tebal maka dr puncak G. Tahan kita boleh nampak Tasik Kenyir dan Genting Highland CLEARLY AND LIVE TELECAST !!! tapi nak buat cam maner sebab dlm hal2 yg sebegini nasib dan rezeki memainkan peranan utama ... secanggih mana ler pun kamera anda ... kalau dah tak ada rezeki maka habuk pun tak guna ... KECUALI kalu anda guna kamera INFRA-RED ... ahaks ... tapi tu ler ... berkat kesabaran kebanyakkan drpd kami maka dapat ler jugak ambik view2 yg menarik ... yg best nya kat puncak nih ialah ... disebabkan cuaca terlalu sejuk maka bila kena tang memasak nih memang boring sebab periuk/mess tin lambat panas ... cukup lambat ... kalau dah masak pun cepat betul dia sejuk ... jadi ketika nih ramai yg saya peratikan air kopi dok berasap2 lagi deme dah tenguk macam tak ada apa2 jer ... Biasanya ikut tradisi kami ... bila time ambik gambor nih sahabat2 saya akan berkumpul setempat samada nak ambik shot yg menarik ataupun nak perabihkan kodak member ... tapi lain pulak kali nie sebab deme berselerak ... lepaih tuh dok menyangkung jer ... tak merapu macam biasa ... rupa2 nya deme dok ketuk kristal yg memang cun giler kat sini ... semua tak lepaskan peluang sebab bukan senang nak dapat menda nih termasuk ler saya pun ... tapi tak ler ambik yg besar2 cuma utk kenangan jer dua tiga ketul sebesar kuku jari tangan ... itu pun cover line giler2 punyer dr disedari oleh guide2 kami ... tapi yer lerkan ... guide dah tentu ler cukup masak dgn permasalahan yg semacam gini ... dia pun tak kisah sgt sebab dia pun dok carik jugak cuma dia ingatkan kami agar jgn sampai group lain nampak ... nanti deme komplen susah pulak guide2 nih ... yer ler ... geng lain tak leh ambik tiba2 budak2 kami sempoi2 jer dok seludup ... ahak ... cuma kami memang dr awal pendakian lagi [ semenjak hari pertama ] dah berusaha habis habisan utk MEMBELI JIWA guide ... gemok guide kami ... sampai dia tak payah sibuk2 bawak keluwor makanan dia ... semua kami support ... biasanya guide akan bawak makanan sendiri dan makan berasing tapi kami memang cukup pantang kalau guide tak nak join kami time makan ... mesti kami paksa jugak dia jamah w’pun sikit ... pertama tak nak dia ingat yg kami nih sombong dan bila anda rapat dgn guide anda maka banyak ler pekdah yg bakal anda terima sebagai contoh akar2 kayu yg cukup payah kita nak jumpa macam Cawat Pangan, Tikam Batu, Teras Kilo, Raja Kayu, Cenuai, Buloh Songsang, Mani Gajah dan macam2 lagi yg memang mujarab gilerr samada utk tujuan JAHAT ataupon tujuan baik ... Akar Cawat Pangan dan Tikam Batu [ yg saya & member pakai ] memang cukup mujarab utk menyembuhkan sengal2 sendi, angin, menambahkan tenaga [ utk yg aktif bersukan dsb nya ] ... tak payah nak jampi2 pun akar2 nih sebab dia memang buleh terus digunakan [ tapi kena jemur bagi kering dulu ] ... akar Tikam Batu nih saya dapat kat Kelantan, disulam utk buat gelang [ utk pakai masa trekking ] dan dia akan meresap melalui liang2 peluh ... kalau tak nak buat gelang maka rendam jer dlm botol air minuman dan boleh diminum ... Cawat Pangan pun sama ... manakala Cenuai, Buloh Songsang dan Mani Gajah nih kalau sapa2 yg nak ngorat Cindy Crawford ker, Brad Pitt ker maka buleh guna akar nih ... tapi ofcourse terdapat pengaruh2 syirik dan kurafat bila kita salah gunakan akar2 ini ... saya malas nak komen panjang perihal akar kayu nih ... tak reti ... DAY SIX : PUNCAK G. TAHAN - KEM TEKU ... peeerrrggghhh ... baran babe !!! So kat puncak sebelah mlm nya tak banyak aktiviti yg boleh kami buat sebab terlampau sejuk ... lepas makan mlm jer semua sahabat2 saya [ termasuk dgn guide2 sekali ] berkampung dlm khemah ... satu khemah 4 org ... saya memang jenis suka merapu ... so kat dlm khemah tuh kami masak air dan bancuh nestum segera sambil merapu2 ... kejap diam kejap tergelak2 ... tapikan kat sini cepat betui ler lapor ... kejap kami masak meggi, lepaih tuh makan semekut[biskut], lepaih tuh belasah pulak coklat ... makan memanjang ... sampai pukul 12mlm masing2 senyap jer ... dah lena ... esoknya awal pagi lagi kami bersiap2 sebab perjalanan kali ni akan lebih perit sebab kami akan melangkah beberapa tapak perkemahan masa kami dtg ... memang nak speed abis punyer … w’pun menurun tapi tak lah seindah yg anda sangka ... bagi saya turun dgn naik, sama jer dia punyer keterukkan ... cuma kali ni lebih jauh dr biasa, turun naik turun naik dan turun tak abis2 ... penin kepala otak ... jadi masa balik nih ler yg paling tak best sekali ... susah payah memanjat ... dapat lepak satu mlm jer ... sedih sungguh ... pagi tu juga [ sebelum bertolak balik ] saya dapat satu berita yg memang cukup tak best dan membimbangkan saya iaitu salah sorang drpd rakan saya didapati disekeliling kakinya melecet teruk ... kalau org lain memang langsung tak bleh berjalan ... rupa2 nya kaki dia tak boleh basah ... jenis kaki sensitif ... mamat engineer sopan tu lar ... saya terpaksa carik alternatif lain sebab macam manapun kami mesti sampai ke camp site ikut waktu yg kami dah plan ... jadi kami meeting sekejap dgn semua ahli dan hasilnya kami bersetuju utk memikul sorang sikit barang2 kawan kami yg dah melecet teruk nih ... nasib baik semua kengkawan saya sporting dan faham ... jadi tak ada sebarang pertelingkahan dan rasa tak puas hati kat situ .. tu yg buat saya sayang ngan bebudak nih ... org lain pun kena juga ... melecet, luka2 kecik, calar balar memang semua org kena tapi mamat nih lain betul melecet dia ... kalau saya lar kan memang dah tak leh berjalan punyer for sure dah mintak bantuan helikopter ... ahaks ... tapi mamat nih kuat betul mental dia ... sebab just imagine ... kita start trekking dr puncak - Kem Padang - G. Gedong, G. Reskit, G. Tangga Lima Belas, G. Anak Pangkin, G. Pangkin, Wray’s Camp dan straight away turun ke Kem Teku ... besar punyer misi tu babe ... Jadi dlm perjalanan balik nih yg paling sibuk sekali ialah para2 jurufoto amatur ... sibuk carik view yg menarik sebab setahun lepaih ni pun tak tentu dapat dtg lagi ... jumlah kodak paling minima yg dibawa oleh kengkawan saya ialah 4 roll ... saya sendiri bawak 7 roll ... sebab takut tak cukup .. biar berlebih tak apa ... tapi memang tak cukup pun !!! ... part yg paling teruk sekali time balik ni ialah kat Wray’s Camp sebab turun tak abih2 ... mental memang cukup teruji kat sini ... turun lagi teruk sebenarnya sebab kita bawak beban dan nak jaga dr tergolek ... jadi semua peserta saya tengok [ juga termasuk ler dgn saya pun ] menggigil2 kepala lutut ... so everytime nak berenti berjalan kita terpaksa peluk mana2 pokok sebab dgn lutut yg menggigil2 tuh maka kebarangkalian anda utk tergolek adalah sangat besar ... so utk safety, kena peluk pokok ... ahaks ... pokok tak pa ... jgn peluk org yg berlainan jantina dgn anda ... so bukan jugak takut tapi nak tahan beban badan dan haversack sambil menuruni laluan yg curam giler ... sampai bila dah berenti berjalan pun lutut dok menggigil lagi ... so ini suma akan menjadi bahan2 lawak antarabangsa bebudak nih ... sekali lagi telinga kena tahan ... tapi memang enjoy ler sebab semua dah lali dlm hal mengutuk dan dikutuk nih ... TERGOLEK DOG ??? jgn cakap ... banyak kali ... semua org merasa ... jadi kami bergilir2 ler ... menggelakkan org dan digelakkan oleh org lain ... ahak ahak ahak ... kelakar giler ... dr Wray’s Camp ke Kem Teku nih kami terserempak balik dgn group dr Ampang tuh tuh ... saya nengok bebudak deme nih muka layu jer masing2 ... layan trek ler tuh ... so yg menarik nya kat sini ialah bila kami sedar yg kat depan kami ada group lain maka masing2 [ kengkawan saya ] jalan laju semacam jer ... macam tak tau penat ... bukan apa ... saja nak berEKSEN2 ... kengkononnya power giler ler tuh ... bagi bebudak Ampang tuh tension nengok KETERERAN kami yg nyata palsu belaka ... ahak ahak ahak ... siap beracing lagi tuh ... kami time nih kaki dgn bahu dah tak rasa sakit dah ... bukan tak sakit tapi dah kena lanyak beberapa hari maka dah tak rasa sakit ... maka kat sini jugalah bekalan air minum saya abis ... tension sungguh ... so terpaksa ler berkongsi dgn member yg simpati ... member2 saya nih dia memang ler bagi kita kongsi air ngan dia tapi siap ler kena leter dulu dua tiga jam macam nak pinjam 2 - 3 juta duit kat dia ... hampehhh ... so kami [ SPEED TRAIN ] sampai kat Kem Teku dlm pukul 5.00ptg manakala SLOW TRAIN sampai pukul 8.30 mlm dgn ditemani oleh HUJAN sambil 3 - 4 org badan bersalut lumpur ... tergolek ler tuh sebab memang cukup bermasalah bila kita terpaksa bertrekking dlm hujan diwaktu malam sebab had penglihatan kita adalah cukup terhad ... Bila kami [ Speed Train ] sampai saya pun ajak guide check dulu bekalan makanan yg kami tinggalkan dulu ... maka satu lagi edisi SUPRISE tlh menanti kami iaitu bakalan makanan simpanan kami LICIN dibelasah oleh dua spesis haiwan iaitu Sang Beruang dan Sang Tikus ... licin selicin licinnya ... macam kena jilat ... yg kami tinggalkan tuh terdiri dr beras, nasi himpit segera, 3 tin sardin besar, 3 tin sardin kecik, 4 paket ikan masin, 2 tin gas besar dan 4 tin gas kecik ... semuanya licin ... yg paling menarik ialah melihatkan kesan taring sang Beruang ... ada lar dlm sebesar ibu jari tgn ... dan kami perasan yg tin2 sardin yg besar tuh telah dikoyak2 kan oleh sang Beruang seperti dia mengoyakkan kotak tisu ... tin gas pun abis dia belasah sebab mungkin dia ingat itu tin yg sama dgn tin sardin ... punyer ler power menatang nih ... dan kita tak boleh nak pegang2 kesan ‘belasahan’ menatang2 nih ngan tangan ... sebab ditakuti virus yg sedia ada kat tikis hutan tuh jangkit kat kita pulak ... maka sekali lagi kami jadi panik sebab bekalan yg ada pada kami [ Speed Train ] cuma cukup utk satu hari iaitu 2 kali makan ... ini bermakna kalau Slow Train tak ada bekalan maka kami semua akan KEBULUR utk hari terakhir ... saya dah panik habis sebab Slow Train tak sampai lagi jadi kita tak berani nak buat sebarang keputusan dan saya juga tak boleh tunjukkan bahawa saya juga sedang panik giler sebab kalau bebudak saya tau apa yg berlaku maka deme juga lagi ler panik ... dan keadaan akan menjadi diluar kawalan ... nak tak nak saya harus mengawal diri saya terlebih dahulu ... Saya cuma keluarkan arahan agar kami simpan dulu segala bekalan makanan berkumpulan dan kengkawan saya cuma saya benarkan utk memasak makanan peribadi ... saya kemudiannya menerangkan secara perlahan2 akan apa yg telah menimpa kami kpd sahabat2 saya ... budak2 nih faham dan memang semua org tak mempunyai sebarang pilihan ... jadi tak ada sesiapa yg nak bertekak ... jadi tuan2, berhadapan dgn masalah2 yg semacam ini adalah saat2 yg cukup memeritkan ... risiko yg menanti kami cukup hebat ... saya tak boleh bayangkan bilamana kami semua terpaksa trekking dgn berlapar ... lebih menakutkan kehadiran Sang Beruang yg sememangnya sedang memerhatikan tindak tanduk kami ... sebab once menatang nih dah rasa ‘makan sedap’ maka ada kemungkinan dia akan terus follow utk dapatkan ‘supply yg seterusnya’ ... maka apa pun situasinya saya terpaksa tunggu sahabat saya yg bertindak sebagai penasihat program dan sorang lagi guide yg menyertai Slow Train utk kami sama2 membuat keputusan ... jadi bila sahabat saya dan guide ke2 sampai ... kami terus berbincang ... maka semua org diminta utk mengeluarkan kembali segala bekalan makanan termasuk bekalan peribadi ... kami terpaksa teliti segala bekalan yg masih tinggal dan bercatu ... secara kebetulan kesemua kami membawa bekalan makanan SURVIVAL ... jadi selesai satu masalah w’pun kami terpaksa bercatu lauk ... cuma tang beras dan gula tuh memang tak dak masalah ... siap berlebih lagi ... Bagi pendaki2 berpengalaman biasanya kami akan membawa bekalan makanan SURVIVAL iaitu terdiri dr beras, ikan masin, garam, gula dan teh yg mana ia cukup utk menampung bekalan peribadi minima selama tiga hari SEKIRANYA pendaki terbabit terpisah dari kumpulan induk dan sesat ... dan bekalan ini tidak akan diusik sepanjang program KECUALI terjadinya saat2 kecemasan seperti sesat dan seperti yg sedang kami hadapi ... sedap atau tidak itu belakang citer ... yg penting perut terisi ... jadi utk menu mlm tuh jgn ler tanyer ... KARI tanpa santan yg berisikan KACANG HIJAU ... memang sempoi giler ... tapi disebabkan ramai maka apa menda pun jadi sedap ... ahak ahak ahak ... balun je lahhh ... lepas makan mlm sekali lagi hujan turun ... lebat juga ... masa tuh kami suma tgh dok melepak dan melayan kepala ... ingatkan sekejap jer hujan nya ... tengok dah sejam tak berenti2 juga maka kelam kabut juga kami buat parit disekeliling kemah dan fly-sheet [ tempat melepak ramai2 ] ... bukan apa ... kalau kita tak buat parit kecik keliling kemah ... ditakuti air hujan akan masuk kedlm kemah dan fly-sheet ... naya babe !!! nak tido kat mana ... menjelang kul 11.00mlm hujan pon berenti lah ... so tgh lepak2 tuh tetiba jer sorang member sound sebab petanda2 ‘IBU AIR’ datang adalah cukup jelas ... anyway pada kws saliran [sungai] yg lebih mendatar maka kesan Ibu air nih mungkin tak berapa mengancam keselamatan kita kecuali kalau hujan memang lebat giler ... saya pernah kena Ibu Air yg paling dahsyat sekali ... kena kat Jelawang Jungle Park ... 4 org member kami hampir maut ... it is just a matter of time ... seingat saya [sebab kejadian nih berlaku betul2 depan mata saya] 2 org member mungkin pantas 3 saat dr pergerakkan Ibu Air tuh dan 2 member lagi sempat disambar bajunya oleh sorang member kami ... wokeh, mungkin ada yg tak tau apa menda tu IBU AIR ... Ibu Air nie ialah permulaan bagi aliran sungai menjadi deras dan besar yg mungkin jugak buleh mengakibatkan BAH atau Banjir kpd kws2 yg lebih rendah ... spt yg kita tau bahawa permulaan sungai ialah dr sungai2 atau aliran2 air yg kecik, bercantum jadik satu dan bercantum jadik sungai/jeram ... so bila hujan turun, kuantiti air dr sungai2 yg kecik nih akan berubah mendadak ... anyway disebabkan sungai tu kecik maka kecik ler saiz Ibu Air atau Kepala Air nih ... tapi bila aliran2 ini bercantum dgn aliran2 dr sungai2 yg lain seterusnya membentuk satu permulaan air yg cukup besar ditambah pulak dgn tahap kecuraman yg turut menyumbang kpd kelajuan pergerakan ini maka satu2 Ibu Air atau Kepala Air boleh mencapai sehingga sebesar Kepala Bas/Kepala Lori ... maka yg saya saksikan sendiri kat Jelawang tu adalah sebesar kepala lori tanah [yg dok biasa angkut tanah merah tuh] ... masa tuh lepas 1/2 jam hujan berenti ... so lepas mandi apa suma, lepak kat dlm hammock sambil dok borak2 ngan member ... tetiba jer dengar macam bunyik menderam ... macam bunyi gempa tapi sayup dan perlahan lah ... saya tak perasa lagi ... then tetiba jer member tunjuk kat kws air terjun tuh ada pancutan2 air yg luar biasa ... dan selang 2 minit lepas tuh kami dengar bunyi menderam/gempa yg lebih kuat dan serentak dgn tu jugak sorang member menjerit2 suruh bebudak kami naik ... secara kebetulan 2 member [lelaki] tgh nak cross sungai sebab nak MENURUN [buang bahan kumuhan] ... walhal kedua2 ekor beruk tuh tak perlu cross sungai ... just carik port yg selamat dan landing ... so masa kwn yg sorang nie dok menjerit2 "Naikkkkkk naikkkkkkk !!! air besarrrrr !!! ibu air ibu air !!!!!!" ... kedua2 member nih betul2 berada ditengah2 sungai dan serentak dgn amaran dr member tuh depa berdua nih terus meloncat ke seberang ... nasib baik depa tak kaku sebab panik ... dan 2 member lagi [wanita] tgh basuh pinggan ... tapi depa berdua nih terpaku dan tak tau nak buat apa ... nasib baik sorang member yg ada kat bebudak nih secara spontan terus seret bebudak 2 org nih naik keatas ... dan 3 - 5 saat lepas tuh turun lah Ibu Air yg saya yakin penuh saiznya sebesar kepala lori/bas ... dan akibatnya sungai jadik besar dan aliran jadik begitu deras ... dan 2 member [lelaki] terperangkap kat sebarang sana ... bayangkan anda kena SAPU dgn lori ... apa jadik ??? ... kejadian tuh berlaku lepas kai daki G. Stong ... dlm kul 5.00ptg ... dan kami cuma berjaya seberangkan member yg 2 org tuh sekitar kul 10.00mlm sebab depa dah tak tahan sejuk dan kelaparan ... infact sebelum rescue tuh kita terpaksa campakkan makanan & pakaian kat member berdua tuh ... yg budak pompuan 2 org nih dok menangis2 sebab terselamat dr kemalangan yg memang dahsyat ... sampai sekarang saya still buleh imagine [CLEARLY !!!] kejadian terbabit sebab dr mula kita saksikan kejadian tuh ... DAY SEVEN : KEM TEKU - KEM SEPUTIH so yg nih relax sikit berjalan dia ... cuma tiga jam jer ... kalau jln mengada2 paling lewat 4 jam ... w’pun begitu disebabkan malam tadi hujan maka air pun dlm sikit ler ... sg kat sini lebar2 [ sekitar 50 - 60 mtr lebar ] ... tak lah dlm sgt ... puratanya separas lutut dan pinggang [ ikut saiz saya ler ] ... cuma dia lebar jadi jenuh jugek ... ditambah pulak dgn hujan malam tadi so air naik hingga ke paras dada saya ... arus sg pun agak laju jadi susah kami nak balance kan badan sebab haversack harus dijunjung dan dijulang ... kalau tak basah nanti lagi masalah ... jadi pikul ler bag yg berat tuh dan mengharung sungai yg agak deras dan lebar ... disebabkan arus yg agak deras tuh jadi kami bersepakat utk berbaris merintangi sungai dan pakat dok passing mempassing bag kengkawan ... takut ada yg tergolek payah pulak nanti ... dan tugas nih terletak dibahu mereka2 yg sasa dan tegap lagi tinggi ler ... disebabkan saya tergolong sebagai antara pendaki paling bonsai maka selamat ler utk ari tuh ... ahak ahak ahak ... yg best nyer tuh ialah group Ampang nih ... secara tiba2 pulak dia buleh join kami ... disebabkan deme nih separuh pendakinya wanita maka memang masalah utk menyeberang sungai ... terpaksa ler kami yg baik hati nih membantu ... Yg tak best nyer tuh kat group nih ada ler dua tiga pasangan BERCINTA yg sibuk nak naik gunung ... kita nak tolong dia cross sg tapi dia ingat kita nak sesaja take advantage kat awek dia yg tak lar lawa mana pun ... dibawaknya awek dia cross jauh sikit dr kami padahal kengkawan saya terpaksa berendam dlm sungai tuh menahan sejuk dan ikhlas nak membantu ... tup2 bila dua2 tergolek dan hanyut bebudak saya semua buat tak tau ... nasib baik ada yg kesian ... maka member saya yg sorang nih pun sambar ler bag si awek yg juga mangkuk nih ... yg sijantan nih tadi kami buat tak tau jer ... kelakar betul tengok muka dia ... merah padam ... tak tau ler berapa gelen air sungai dia dah telan ... siap kena soud lagi dgn member saya yg memang terkenal dgn KEGARANGANNYA " Lain kali kalau nak berkepit, nak bergulung nak bercinta pegi disko la brader, jgn masuk hutan, buat menyusah org jer ... lepas tuh menyombong pulak tuh, macam lar bagus sangat ‘’ ... tak kata apa sipakwe tuh bila kena leter ngan member saya ... yer lah salah dia pun ... saya malas nak masuk campur ... pelik betul ler ... masing2 dah dimasamkan oleh peluh pun dia buleh nak berkepit2 lagi ... saya tersangat ler musykil dlm hal nih ... gamaknya itu ler yg dikatakan CINTA ITU BUTA DAN PEKAK yer dak ... ahak ahak ahak Jadi tak lama lepas tuh kami sampai di Kem Teku dlm pukul 11.30pagi ... enjoy sikit sebab trekking tak lama dan buleh rehat panjang ... yg group lagi satu nih sepatutnya meneruskan perjalanan ker Kem Melantai tapi yer ler ... mungkin deme JELES nengok kami dok bersenang lenang maka deme pun buat keputusan utk berkemah di Kem Seputih nih ... POTONG STIM betul bebudak nih sebab kami dah berjaya MERACUN guide kami utk memancing ... weyyy ... besar2 wo ikan Kelah kat sini ... paling kecik besar2 betis babe !!! memang puas punyer makan ... kedua2 guide kami dah bagi green light utk kami memancing tapi make sure yg aktiviti kami tuh tak diketahui oleh group lain ... nanti deme komplain dan guide nih buleh kena pecat ... sebenarnya setiap pendaki tak boleh memancing sebab kami masuk sebagai pendaki ... kalau nak memancing buleh tapi kena apply permit memancing dan tak buleh mendaki ... tapi disebabkan kami rasa cukup rugi kalau tak memancing maka kami pakat2 dgn guide utk memancing jugak ... tapi menyorok ler ... siap lepak jauh2 takut bebudak Ampang tuh nampak ... tak banyak ... ada lar dlm lima enam ekor yg besor2 jugak ... panggang siap2 and then baru bawak balik ke kemah makan ngan bebudak ... Ikan Kelah nih payah sikit nak dapat sebab ikan nih memang mengada2 dan cukup cerewet ... tak buleh bising, tak buleh nampak pemancing, tak nak air keruh dan memilih umpan ... memang payah tapi memang sedap sebab dia jenis ikan yg bersih ... nak panggang dia tak yah taruk rencah banyak2 ... just lumurkan dgn air garam jer ... daging dia manis ... maka merasa ler jugak kami makan Ikan Kelah Edisi G. Tahan ... saya memang tak minat memancing tapi saya minat MAKAN ikan yg dipancing oleh kengkawan saya ... ahak ahak ahak ... DAY EIGHT : KEM SEPUTIH - KUALA TAHAN ... Final Day Maka tibalah kami utk upacara trekking yg terakhir ... rasa sedih pun ada seronok pun ada ... sedih sebab kalau kat Wray’s Camp kami akan naik dan turun yg tak abis2 maka kali nih kami akan menempuh jln rata dan beralun2 yg juga tak abis2 ... boring2 ... seronok sebab ini adalah hari terakhir utk kami berseksa seksaan ... dan esok kami akan bersenang lenang pulak ... ahak ahak ahak ... maka kami pun start ler berjalan yg masing2 nya saya tengok tak tau nak berjalan pelan2 ... belasah semacam jer ... saya dah tak sanggup berjalan kat belakang ... kepala dah ingat nak balik jer dah ... tu yg laju jer tuh ... kami tiba di Kem Melantai tgh hari dan berent |
|
|
|
Aug 10 2004, 02:40 AM
Post
#16
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 488 Joined: 29-May 04 From: Taman Sri Gombak, Batu Caves Member No.: 18176 |
ORC: Xpdc gunung tahan 13-21 mei 2003
1. zaharuddin yusof, penasihat kelab (abe din) 2. mohd. Khairul hafiz, presiden kelab & pengarah projek (apiz) 3. syazwan (we’) 4. zulkifli (zul/matju/gaid depan) 5. hafiz 6. Mohd nuurhisham (ise) 7. nik amree (mono) 8. hazuatie (ati/artik) 9. siti zuraida (iju) 10. suhana (su) 11. suzila (ila budu/gaid depan) 12. rosmaini (maini/bela’”laila isabela) * guide – adnan, org melayu merapoh 13hb, selasa (itm – merapoh - sg. Relau - kuala juram - kuala luis – sg. Luis) kul 8.30pg kompol di foyer itm. Sambil2 tu lastcheking/tanya peserta2 kalau2 ada apa2 yg tak cukup/ ada masalah spt pakaian, peralatan & ubat2. then, sementara tunggu bas tu apalagi, sesi bergambar ler sebagai kenangan sebelum bertolak. Dengan penuh semangat serta pantas diorang bersusun. Dah puas posing atas tangga, abe din pun sampai dan tanya2 kalau2 ada apa2 lagi yg tak cukup/ ada masalah. Kul 9pg, bas ekspress/itm pun sampai. Bas gerak jer terus bukak vcd. Bas sekarang canggih, ada vcd player. Bukan cam dulu, video kaset. Tak main dah! Uh! Dashat!!!? Sekali bukak keluar blue color da! Apahal?? Usha2 tengok, sekor wayar pun takde sambung ke plug-in belakang tv tu. Hampeh! Ingat bolehler kitorang layan laila isabela ke, gila2 pengantin ke, cast away ke, apa ke? Last2 semua layan tido lagi menarik!……..tup2, 12.tgh dah sampai merapoh. Drebar bas kitorang blasah jer lalu titi yg kecik molek. Ngeri gak! Nasib baik lepas! Terus ke pejabat pendaftaran Taman Negara sg. Relau. Sesampai jer, kami setel2 makan dulu pa2hal! Dekat kul 1, staff lak takde, rehat! Kitorang pun setellah apa2 yg patut, semayang, bilik air, packing2 (kononnya, diorang tak tau jap lagi diorang kena punggah keluar brg2 utk declare brg & kena packing balik buat kali keberapa ntah), sambil tanya2 ada apa2 masalah / tak cukup……..2tgh dgn cargasnya saya jadi org yg pertama declare brg2 (sebelum tu org lain packing brg, saya siap2 punggah brg keluar). Nah! Bila nak declare brg, diorang kena keluarkan balik semua brg2 yg dipacking tadi. Ha! Ha! Ha! Hafiz! Terkujat jap! Masa declare ni, ada ler sikit2 brg2 yg dispelet. Misalnya, jumlah plastik patut 45 belasah cakap 30jer…bukan apa, standby takut2 nak declare masa kat k.tahan nanti tak cukup. Kang sempat ler ada tambahan utk emergency. Denda mahal wo! $50 satu sampah/plastik yg hilang. Sambil2 declare gua punya brg, member2 lain kira siap2 brg2 diorang utk declare. Dan cam biasa, penspeletan tetap dijalankan. For emergency, bukan nak tinggal/buat sampah ditaman negara! Kitorang tak cam tu! Setel semua, punggah beg2 kedalam hilux. Sambil tu sempatler bergambar sepukul dua….time ni, happy giler! tetiba, ternampak beg Cerro Torre 70- OK! Adik2, sila naik jip, pajero ada, hilux takde bumbung pun ada, pilih jer. Yg pompuan naik pajero, yg laki & guide naik hilux utk ke kuala juram. Naik bendalah ni baru ada feel naik 4x4. sambil2 pegang beg, layan angin sejuk, turun naik curam/bukit tinggi lagi gerun, sempat gak candid. Guna kamera sapa ntah, belasah jerr! 3.30 sampai di kuala juram, turunkan beg2. budget tido sini mlm ni. Then, ada renjer bawak loceng & makanan utk ikan kelah. Rezeki kitorang dapat tengok kelah sedang makan sambil loceng digoyang. Cam jual aiskrim lak! Banyak gila kelah, macam2 color…..wau!!! tengah sedap2 layan kelah atas jambatan gantung, abdg din panggil semua siap2, jap lagi nak jalan. Eh! Bukan ke kita tido sini mlm ni? Berita terbaru, tak leh tido dikuala juram dah sekarang pasal dijadikan kawasan ternakan kelah. Ingatkan ari ni leh makan angin. Ada yg siap beli keropok/makanan ringan utk enjoy mlm ni. Apa! Dah kena treking?! Nasi bungkus utk mlm ni nampaknya terpaksa dipikul. Siap2, baca doa, 4ptg gerak. Mula2 tu ok jer! Dlm sejam dua, mulalah mengeluh! Mana idak, stok utk 7hari. Badan pun lum panas & mantap lagi. Sampai kat kuala luis, take 5 jap sambil layan makan epal (masing2 nak ringankan beg sebenarnya). Lebih kurang kul 8lebih, kitorang sampai di sg. Luis. Terus pasang khemah, masak nasi, panaskan gulai ayam & ikan rebus tapau, amik air……makan time! Dgn pelahapnyer diorang makan. Tapi, dua mestin jer nasi yg terusik, lagi 2 messtin tak luak/terjejas pun. Aih! Kalau cenggini, jimat! Dlm kul 11lebih, semua dah amik tempat masing2. apalagi, tido la! Sentry tetap ada, cam biasa, cuma pakat2 jaga dlm khemah masing2 jer…..zzzzzz 14hb, rabu (sg.luis–kem kor–permatang–kem kubang–kem belumut–bonsai–botak) 6pg, semua dah bangun. Pakai alarm h/p! mandi2, masak nasi, rebus telur……..makan nasi lemak. Sambal (sebotol besar ha!), ikan bilis, kacang dah siap. Breakfast time! Eh! Lagi sekali, nasi tak gerak pun. 2mestin jer makan 12org? perut apa diorang ni? 15hb, khamis (botak – PUNCAK – g. gedung) 16hb, jumaat (g.gedung - reskit - tangga 15 - pangkin - wrays camp – kem teku) 17hb, sabtu ( kem teku – kem puteh) 18hb, ahad (kem puteh – bukit rajah – bukit malang – kem tengah – kem melantai) 19hb, isnin (kem melantai – kuala tahan) 20hb, selasa (kuala tahan) 21hb, rabu (kuala tahan – sg.tembeling – mela – jerantut - kuala lipis – gua musang - itm) …………..TAMMAT………….. |
|
|
|
Aug 10 2004, 04:26 PM
Post
#17
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1834 Joined: 7-August 04 Member No.: 19000 |
huh!!!
mono buat karangan ka??? mono, kasik edit skit karangan tu leh tak? buat perenggan skit, senang nak baca.ni nko tulis tak berenti, takde perenggan , teringat aku kat citer2 dan kisah2 lucah berbentuk karangan tanpa perenggan yg berleluasa zaman sekarang ni -------------------- [SIZE=1][COLOR=green][FONT=Impact]h3ck th3 p|3n3t[/FONT][/COLOR][/SIZE]
|
|
|
|
Aug 10 2004, 11:20 PM
Post
#18
|
|
|
Super Member Group: Moderator Posts: 7658 Joined: 17-January 04 From: perak Member No.: 15411 |
sesat bagi tahu polis tauuu...
|
|
|
|
Aug 11 2004, 12:56 AM
Post
#19
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 488 Joined: 29-May 04 From: Taman Sri Gombak, Batu Caves Member No.: 18176 |
karangan? takdelah! saje main conteng2 jer! he! he! ko beli ape barang mase sales kat UFL baru nih? aku pi ari ahad beli khemah coleman 3men + 2pintu+$80 dan Maglite 2AA=$45 jer!!!!! nasibler! cume tak sempat sambar beg!
|
|
|
|
Aug 11 2004, 01:58 AM
Post
#20
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1834 Joined: 7-August 04 Member No.: 19000 |
huh... beg pon murah giler, geget jadi je la tgk...
tahun ni takde beli ape2 le mono, sen tadak, dah abih beli buku skolah... hehehe tahun depan, aku nak borong satu sale tu, pehtu aku wat sale lagi satu, kasik markup tinggi skit tapi, barang2 kat sinun ada reject2 skit, terutama tang beg tu, nasible kalo tak belek elok2, tak semua reject, dan tak semua brg reject... baru lepas format pc nih, laju semacam lak... -------------------- [SIZE=1][COLOR=green][FONT=Impact]h3ck th3 p|3n3t[/FONT][/COLOR][/SIZE]
|
|
|
|
![]() ![]() |
| Lo-Fi Version | Time is now: 9th September 2010 - 02:45 PM |