|
Malaysia Directories & Information |
![]() ![]() |
Sep 17 2005, 03:29 PM
Post
#61
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 415 Joined: 8-February 05 Member No.: 20953 |
|
|
|
|
Sep 17 2005, 04:00 PM
Post
#62
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
kalau takmo kena gossip..toksah jd artis..
-------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
Sep 17 2005, 07:11 PM
Post
#63
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 4032 Joined: 3-April 04 From: Masai, Johor Member No.: 17222 |
Ku dgr kek dier iklankan tu x halal
Hader lemak **** kt ctu |
|
|
|
Sep 17 2005, 08:07 PM
Post
#64
|
|
![]() Super Member Group: Moderator Posts: 8600 Joined: 1-June 05 From: Pasir Gudang Member No.: 22025 |
QUOTE(edirossa @ Sep 17 2005, 04:00 PM) kalau takmo kena gossip..toksah jd artis.. stereotype.... balik2 ayat nih... -------------------- TERKINI!!!! Partime income menulis di blog KLIK SINI BELI ONE DROP PERFUME DENGAN HARGA [b]RM35.00 TAWARAN KHAS TUK FORUMNIS MESRA SAHAJA.[/b] emel : untapasir@yahoo.com atau PM yan sekarang! |
|
|
|
Sep 18 2005, 07:33 AM
Post
#65
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 19916 Joined: 10-February 02 Member No.: 158 |
Semoga Yusry n Erra bahagia ke akhir hayat..Amin..
-------------------- ![]() Lovely Sheila Majid...... Hamyanti...... |
|
|
|
Sep 18 2005, 12:39 PM
Post
#66
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
Erra aman bahagia
![]() Erra Fazira. TIDAK seperti biasa, SMS yang saya hantar tidak berjawab.Hairan juga dan hati mula diburu ragu.Erra Fazira yang saya kenali akan membalas dalam tak sampai satu jam, setiap SMS yang dihantar tak kira walau sesibuk mana sekalipun. Tetapi lain benar kali ini dan hati mula berkata - biarkanlah. Isu mengenai dirinya dan suami hangat diperkatakan ketika ini mungkin dia mahu `lari' demi mencari ketenangan dengan caranya yang tersendiri. Tekaan saya kurang tepat apabila hampir pukul 9 malam (sesudah lima jam mesej dihantar) saya menerima jawapan tuan empunya diri. Dia sedia ditemu bual. Tanpa sebarang soal, Erra memberikan saya tarikh fotografi dan pukul 12 tengah hari Rabu lalu, bersama dengan team Erra Fazira Entertainment dia muncul di studio siap mengenakan solekan. ``Saya bangun awal hari ini, sebab hendak jumpa awak,'' katanya masih dengan manja yang tidak pernah berkurang. Sepuluh tahun mengenalinya, tidak ada yang berubah tentang diri bintang yang seorang ini. Hati tidak pernah sekali pun terguris dengan cara pembawaan dirinya dan itu juga yang diperkatakan oleh hampir kesemua kawan wartawan saya tentang insan pemilik nama penuh Fazirah Wan Chik ini. Tanyalah apa saja dan dia akan menjawab dengan sedaya mungkin tanpa terlalu banyak `no komen'. Erra tahu antara dia dan wartawan adalah `sahabat' yang saling memerlukan. Justeru dia tidak pernah mengambil sikap hanya mencari wartawan ketika ada benda yang hendak dipromosikan tentang dirinya. Erra tidak membiarkan wartawan `terkapai-kapai' mencari dan mengejar tatkala memerlukan kesediaannya untuk menghuraikan isu-isu yang berbangkit. Pendek kata, dia cukup menghormati kerjaya orang lain dan tidak hairan kenapa sehingga ke hari ini namanya terus hadir sebagai artis yang paling `mesra media'. Gelaran itu bukan saya berikan, tetapi banyak kawan di akhbar perdana dan majalah hiburan popular lain. ``Lagipun tak ada apa-apa benda yang saya hendak takut. Saya jumpa wartawan macam biasa, walaupun sekarang ini saya tahu macam-macam orang cakap tentang rumah tangga saya,'' katanya. - Rasa apa yang Ziana lalui Fotografi berjalan lancar. Hanya dalam masa dua jam, lima persalinan sedia dirakam oleh jurugambar muda, Shahril Azman. Ketika waktu hanya bersisa kira-kira setengah jam untuk saya menemu bualnya, tidak mahu mempersia-siakan lantas pertanyaan tentang soal hangat yang melanda dirinya menjadi pembuka bualan kami. Gosip tersebar mengatakan rumah tangga artis dengan julukan `primadona filem Melayu baru' ini dilanda krisis. Khabarnya dia dan suami, Yusry tidak lagi tinggal sebumbung dan rumah tangga yang baru berusia tidak sampai dua tahun itu sedang menuju kehancuran. Bagaimana Erra ketika ini? Ketika orang bercakap soal rumah tangga yang goyang, bagaimana yang empunya diri berhadapan dengannya? Rimas? Resah? Kecewa? Itu yang bertali dalam pemikiran saya ketika mata kami bertemu dalam sepi yang singkat. Sambil itu hati saya berdetik juga, ``susah juga jadi perempuan cantik dan popular ni, tak habis-habis diuji.'' Dan saya rasa Erra sendiri tahu apa yang bermain di fikiran ini kerana dia tidak terkejut dengan soalan pertama. Cukup bersedia untuk berkongsi rasa. Sambil jari jemarinya menguis mi kari yang menyelerakan terhidang di depan mata, dia dengan nada yang cukup bersedia satu per satu memberi tutur. ``Tak ada apa-apa. Sudah biasalah. Dulu sebelum kahwin lagi sudah banyak kali kena. Orang cakap teruk lagi dari sekarang fasal saya. ``Sudah dapat jangkalah hal-hal macam ini timbul juga dan sekarang saya sedang berhadapan dengannya,'' katanya. Kata Erra, dia sedang berada di tahap ujian setelah hampir dua tahun melangsungkan perkahwinan. ``Dulu belum berkahwin kecoh, bila hendak kahwin? Dah kahwin sibuk tanya bila hendak anak? ``Kalau belum ada anak kononnya rumah tangga bergolak, hendak bercerai dan macam-macam,'' katanya mula mengadu. Bagaimanapun kata Erra, dia percaya apabila perkahwinannya sudah masuk ke angka lima tahun, khabar seperti ini akan reda dengan sendirinya. ``Lepas lima tahun, orang tengok kita tak juga bercerai, orang akan berhenti bercakap. Macam Ziana Zain, dia sudah lama berhadapan dengan macam-macam tuduhan. Sekarang rumah tangga dia masih okey barulah orang tak bercakap lagi. ``Nampaknya sekarang ini saya pula sedang melalui apa yang sudah dilalui oleh Ziana Zain,'' katanya mesra. Memang ada ribut Bagaimanapun gosip yang beredar kata Erra tidak semuanya tersasar. Perkahwinan adalah menyatukan dua jiwa dengan seribu perbezaan. Justeru tidak hairan ada kalanya dia dan suami berhadapan dengan masalah kerana usia perkahwinan mereka masih terlalu muda. Masih banyak masa yang diperlukan untuk belajar memahami pasangan dan sekarang adalah masa untuk mereka saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Justeru Erra menganggap ribut yang melanda rumah tangganya boleh diibaratkan bagai angin sepoi bahasa yang sesekali mendinginkan. ``Tak kuat mana pun. Gembar-gembur saja lebih. Kalau sudah suami isteri, bohonglah kalau saya kata langsung tak pernah bergaduh. ``Sampai ke tangan orang jadi lain. Kata kami tak tinggal serumahlah, tak bercakaplah macam-macam semuanya tak betul,'' katanya meluah bicara. Apa pun kata Erra, dia mempunyai petua sendiri untuk meredakan api marah atau rasa tidak puas hati yang marak. Paling kurang dia akan menjauhkan diri seketika dengan suami. Seorang di tingkat bawah, seorang di tingkat atas rumah. ``Dan saya sama sekali tidak pernah keluar atau lari dari rumah apabila kami bertelagah. Betul, itu prinsip saya. ``Dengan Yusry pun saya pesan macam itu juga. Masalah selesaikan dalam rumah, jangan biar tergantung dan kita keluar rumah dengan masalah. Itu lagi parah,'' katanya sambil menafikan yang dia dan suami terganggu dengan situasi sekarang. ``Tidur saya tak pernah dengan tangan melekat di dahi,'' katanya lagi. Diri tidak sempurna Si isteri ke timur, sang suami ke barat. Seorang ke hulu, seorang ke hilir dek penangan kesibukan masing-masing. Maklum saja `hero' dan `heroin' saham tinggi. Justeru bukan sedikit yang hairan dengan situasi diri Erra Fazira. Apa lagi yang dicari? Tidakkan dia mahu mengorbankan sedikit masanya demi rumah tangga dan memberi sepenuh perhatian kepada keluarga buat seketika. Apatah lagi dengan keadaan mereka yang belum menerima cahaya mata, tidakkah Erra mahu meluangkan masa untuk membesarkan keluarga. Seperti dilakukan oleh artis-artis Barat. Celine Dion misalnya mengambil cuti dari sebarang aktiviti seni bertahun lamanya apabila bersedia untuk menjadi seorang ibu. Begitu juga Britney Spears yang tidak menerima undangan menyanyi apabila dia memilih untuk hamil. Ketika soal ini dihadapkan kepadanya, Erra berkata, dia mempunyai sebab untuk tidak mengikut cara kehidupan artis-artis di Barat. ``Orang di sana lain. Sekali menyanyi, setahun goyang kaki. Kita di sini lain, kerja kena lebih kalau mahu bertahan lama,'' katanya. Bercakap tentang status diri, kata Erra, dia bukan tidak bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu. Bahkan dia sudah beberapa kali berikhtiar termasuk bertemu dengan doktor peribadi. ``Akhirnya kita pulangkan kepada yang di atas (Allah) juga. Usaha macam mana sekalipun, kalau Dia belum mahu beri tak ada juga,'' katanya dengan nada sayu. Erra juga percaya kehadiran cahaya mata mungkin akan memperkukuhkan lagi kedudukan rumah tangganya suatu masa nanti. ``Saya tak nafikan faktor anak juga penting dalam membina rumah tangga bahagia. Apa pun saya tak mahu terlalu fikirkan fasal itu, jauh sekali ambil cuti dari bekerja semata-mata sebab mahukan anak. Buat masa sekarang saya mahu buat saja kerja macam biasa. Kalau ada adalah. ``Saya tak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pula,'' jelasnya. Tak mahu Yusry tanggung keluarganya Bercakap tentang usaha dan kerja kuatnya, kata Erra, dia mempunyai pendirian yang tersendiri. Kenapa dan mengapa dia perlu bekerja keras walaupun suaminya mampu menanggung apa saja yang diinginkan, Erra mempunyai jawapannya. ``Pepatah Inggeris ada menyebut, jangan nilai buku dari kulit luar. ``Saya pun manusia biasa. Orang mungkin anggap saya kaya-raya. Alhamdulillah, masin mulut mereka akan jadi kenyataan suatu hari nanti,'' jawabnya. Bagaimanapun kata Erra, sebagai manusia kita tidak boleh ramal masa depan. Hari ini mungkin kita senang tetapi masa depan belum tentu menjanjikan syurga yang sama buat dirinya. ``Lagikan ekonomi negara pun ada naik turunnya, apatah lagi orang macam saya. Sebab itu selagi diberi peluang saya akan kerja kuat. Selagi kudrat masih ada, saya tak boleh mengalah sebab saya ada tanggungjawab kepada keluarga. ``Saya tak boleh biar Yusry tanggung keluarga saya sebab dia pun ada tanggungjawab dia. ``Tak adil untuk Yusry, lagipun kerjaya dia baru hendak naik. Saya sejak kecil diajar berdikari, semua kena jaga sendiri dan saya bekerja sebab saya minat, bukan sebab-sebab lain,'' katanya. Sementelah kata Erra, sebab itu dia menganggap dirinya tidak sempurna di pandangan mata yang memandang. ``Orang tak faham, tengok kita ada semua tapi sebenarnya mereka tak tahu apa yang ada dalam hati dan keadaan diri kita yang sebenarnya,'' katanya. Tambah Erra lagi, kalaulah di ketika ini dia mempunyai wang lebih RM1 juta simpanan sekalipun dia tidak akan mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya dengan mudah. ``Kerja itu proses belajar. Duit yang ada kalau keluarga sudah tidak memerlukannya kita boleh sumbangkan kepada orang lain yang memerlukan pula,'' katanya dengan pandangan cukup tulus dan ikhlas. Erra dan Yusry baru sahaja memiliki sebuah banglo yang terletak di ibu kota yang mereka idamkan semenjak awal perkahwinan lagi. ``Duit sama-sama yang kami kumpul lepas kahwin. Jadi macam hadiah kahwinlah ni. Apa yang mampu saya kata itu semua adalah cara kami dalam mencari kebahagiaan sebagai suami isteri yang saling memerlukan dan membahagi kasih sayang. Ia sebagai aset dan pelaburan demi masa depan kami dan insya-Allah, zuriat akan datang,'' katanya. -------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
Sep 19 2005, 06:48 PM
Post
#67
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 19916 Joined: 10-February 02 Member No.: 158 |
semoga Y n E bahagia..
-------------------- ![]() Lovely Sheila Majid...... Hamyanti...... |
|
|
|
Nov 6 2005, 10:50 AM
Post
#68
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=ST&f=5&t=44851
Norman perjelas kedudukan Yusry & Fasha PELAKON remaja jelita, Fasha Sandha yang berlakon filem Cicak Man arahan Yusry KRU, terbitan KRU Films dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga antara Erra dan Yusry. Namun, Fasha sudah pun tampil dengan penjelasannya dalam Bintang Popular, minggu lalu. ![]() Baru-baru ini abang Yusry, Norman Abdul Halim atau Norman menghubungi Zubir untuk memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku antara Yusry dan Fasha di lokasi Cicak Man. Baginya apa yang berlaku bukan cinta lokasi, tapi salah faham. “Zubir, aku bercakap di atas kapasiti Penerbit Eksekutif Cicak Man dan abang kepada Yusry. Sebagai pengarah, Yusry rapat dengan semua pelakonnya. Tapi, dalam Cicak Man ramai pelakon lelaki, perempuan dua saja, Fasha dan Yasmin Hani. “Sebagai leading, penggambaran Fasha mengambil masa kira-kira 20 hari, sebaliknya Hani cuma seminggu saja. Apabila Yusry rapat dengan pelakon dan krew lain, orang tak bercakap sebab mereka tu semuanya lelaki, tapi apabila dengan Fasha, mulalah orang pandang serong. “Yusry kenal Fasha pun ketika proses membaca skrip Cicak Man sekitar Ogos lalu. Aku tak nafikan komitmen Fasha dalam Cicak Man memang superb. Apabila aku tengok Yusry dan Fasha mesra di lokasi, begitu juga Yusry bersama pelakon lain, aku pernah memberi nasihat kepada mereka supaya berhati-hati untuk tidak memberi ruang kepada krew berkata apaapa, buat gosip. “Tapi, apabila timbul juga gosip yang membabitkan Yusry dan Fasha minggu lalu, aku kecewa. Namun, sempena hari baik yang bakal menjelang tiba, aku harap perkara ini tidak dipanjang-panjangkan. Aidilfitri pun semakin hampir, jadi hentikanlah cerita yang tak betul ni,” jelas Norman panjang lebar. Dengan komen Norman itu, Zubir harap semua pihak akan berpuas hati dengan isu yang melanda Yusry dan Fasha. This post has been edited by edirossa: Nov 6 2005, 10:53 AM -------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
Nov 6 2005, 10:54 AM
Post
#69
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...60#entry2808142
ERRA - ``Kami okey'' ERRA. RAMADAN kali ini paling hebat ujiannya. Justeru kehadiran Syawal juga turut membawa bersama rasa resah dan duka. Apabila diri dan suami tersayang dikaitkan dengan babak-babak yang mendukakan, ada resah yang bertamu di dada. Erra Fazira mengakui hatinya terusik dan tercalar dengan pelbagai khabar kurang indah yang dikaitkan dalam perkahwinannya dan suami, Yusry. ``Hati mana tidak terusik. Sebagai manusia biasa Erra pun terkilan kerana macam-macam cerita tak elok keluar fasal kami akhir-akhir ini. ``Hakikatnya kami berdua tak ada apa-apa masalah pun. Masih macam dulu juga tak ada bezanya antara dulu dan sekarang. Orang lain saja yang lebih,'' katanya. Sebelum ini Erra sudah berkali-kali menafikan hal rumah tangga termasuk di Pancaindera sebelum ini. Tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dan mengaitkan macam-macam hal tentang pasangan ini. Apa pun yang berlaku, Erra menerima ketentuan takdir yang membawanya ke situasi sekarang. Bahawa kisah dirinya akan terus dijaja dan diperkatakan, dia sudah menerimanya dengan hati yang terbuka. ``Sebaik saja memilih jalan menjadi artis, saya sudah tahu tidak dapat mengelak daripada semua ini. ``Dan dalam proses perkahwinan kami yang terlalu baru juga banyak benda yang akan berlaku,'' tegasnya. Pun begitu Erra percaya masa yang akan menentukan segala-galanya. Tatkala puas orang bercakap, mereka akan diam dan tidak akan bercakap lagi mengenai hal yang sama. Itu adalah kepastian yang tidak akan banyak berubah apabila bercakap tentang `mulut' manusia. ``Yang penting Erra tidak mahu melayan benda-benda yang tidak membawa kebaikan dalam kerjaya Erra,'' katanya dengan tenang dan berhati-hati. Bimbang tersasar bicara agaknya. Kata Erra, dia sendiri sudah lali menerima situasi seperti ini. Begitu juga Yusry yang tidak langsung ambil pusing apa juga yang diperkatakan umum tentang hubungan mereka. Tetapi yang paling digusar setiap saat dan ketika ialah mengenai perasaan keluarga kedua-dua belah pihak. Barangkali mereka tidak mampu untuk menerima telahan keterlaluan yang dilemparkan kepada anak-anak mereka. ``Erra seboleh mungkin tidak mahu mencalar perasaan keluarga kedua-dua belah pihak. ``Untuk Erra dan Yusry boleh melalui semua ini dengan memekakkan telinga dan pendam sahaja, tetapi keluarga susah sikit. Maklum hati orang tua. ``Emak Erra dan keluarga Yusry juga. Itu yang Erra bimbangkan. Kalau boleh kita tak mahu hati orang tua menjadi susah dan resah kerana kita,'' pintanya agar hal berkenaan reda dalam waktu terdekat ini. Tahu hubungan Yusry dan Fasha Belum reda kisah rumah tangganya yang dibuka di media, terbaru nama pelakon Fasha Sandha pula dikaitkan. Kononnya pelakon baru itu menjadi `dalang' penyebab kepada keretakan rumah tangga. Ini satu lagi fitnah yang tidak berasas, kata Erra. Sebagai isteri, apabila suaminya dikaitkan dengan wanita lain dia juga awalnya tidak mampu menahan curiga. ``Perempuan mana yang tak berasa hati apabila timbul hal-hal macam ini. Tetapi saya sudah arif sangat, sudah lali dengan berita-berita tidak berasas seperti ini. ``Fasha adalah pelakon dalam filem Cicakman, arahan Yusry. Jadi, apabila nama dia dikaitkan tiba-tiba dengan Yusry saya tak hairan sebab saya tahu sejauh mana hubungan mereka. Tidak lebih sekadar antara pengarah dan pelakon sahaja,'' katanya yang tidak mahu ambil serius gosip berkenaan. Ada juga dia bertanya hal berkenaan kepada Yusry sebelum ini apabila kisah berkenaan makin hangat diperkatakan. Tetapi kemudiannya Erra memilih untuk percaya kepada sikap terus terang Yusry kepadanya. Dan dia yakin bahawa hubungan berkenaan tidak lebih daripada landasan profesional dalam kerjaya. ``Erra pun ada juga kena benda-benda macam ini. Apabila berlakon dengan si anu - si anu, mulalah gosip kencang. Kata ada hubungan, macam-macamlah. ``Sebab itu apabila kes fasal Fasha dan Yusry timbul, Erra malas hendak fikir panjang-panjang, buat semak kepala. ``Erra tahu ini adalah permainan dunia artis dan sesiapa juga dalam bidang ini tak akan dapat lari daripada fitnah dan kontroversi,'' katanya. Mengharap berkat Syawal Justeru dengan keberkatan Syawal yang baru saja menjengah, pintanya biarlah semua mendoakan yang terbaik sahaja. Harapan itu menjadi doa untuknya setiap kali mengangkat tangan menadah doa di atas sejadah. Tidak ada lain yang diminta, kecuali untuk kebahagiaan dan keharmonian dirinya dan keluarga. Kehadiran bulan Syawal ini kata Erra, perlu diraikan dan tali silaturahim biarkan tidak terkoyak dengan pelbagai fitnah dan cerita panas. ``Andai ada mana-mana bahagian yang terkurang atau terseliuh, harapannya cahaya Syawal membawa bersama keberkatan untuk merobah segala yang hitam kepada putih belaka,'' katanya. Memang namanya manusia, selagi hidup tidak dilanda badai, tak lengkaplah makna kehidupan itu sendiri. ``Saya sentiasa mengharapkan segala yang terbaik daripada Allah untuk kehidupan kami bersama dan keluarga juga. ``Biarlah manis dan indah terus menyebelahi perjalanan hidup kami buat selama-lamanya,'' katanya. Erra yang baru kembali dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah juga berkongsi dengan pembaca Pancaindera apakah yang diaminkan sepanjang mengerjakan ibadah di bumi suci itu. Tidak ada lain yang Erra pinta, kebahagiaan dan kesejahteraan mereka suami isteri dalam melayari hidup yang bulat ini. ``Kalaulah kehadiran cahaya mata boleh membuatkan kehidupan kami bertambah ceria dan bahagia, biarlah ia datang dalam masa terdekat ini. ``Kalau ada yang kurang di mana-mana bahagian, atau terluka di mana-mana perasaan biarlah sembuh. ``Erra sendiri banyak berdoa untuk masa depan yang lebih cerah, bahagia dan sempurna,'' katanya. Aidilfitri yang sederhana Bercakap tentang Hari Raya juga, kata Erra, pada tahun ini mereka menyambutnya secara sederhana sahaja. Malah tidak ada baju baru yang disediakan Erra, mahupun kepada suaminya. ``Yusry tak mahu baju baru sebab dia kata, semua warna baju Melayu dia sudah ada. Erra pula baju tahun lepas belum habis pakai. Jadi pakai sajalah apa yang ada, tak perlu membazir beli yang baru,'' katanya. Seperti tahun-tahun lalu juga, Aidilfitri yang diraikan menjadi lebih bermakna apabila dia dan suami menyambutnya dengan menziarah sanak saudara dan pusara mereka yang tersayang. ``Seperti tahun-tahun lalu kami berziarah saudara- mara dan sahabat handai. ``Tetapi Erra kena faham juga dengan kesibukan Yusry. Maklum sajalah filem Cicakman sedang dalam proses pembikinan, jadi hendak beraya lebih-lebih memang tak sempat. ``Tetapi sekurang-kurang kami dapat juga bersama-sama menziarah dan mengunjungi sanak saudara yang terdekat,'' katanya dengan ceria. Selepas Hari Raya, banyak yang menunggu untuk diselesaikan. Dia akan kembali ke studio bagi pembikinan album solo terbarunya dengan syarikat rakaman Sony Music. ``Album ini sudah setengah proses rakaman. Tetapi dihentikan seketika menjelang Ramadan yang lalu. Jadi, lepas seronok beraya kenalah masuk studio semula,'' kata ratu Avon ini seraya mengucapkan salam lebaran yang paling manis, bahagia dan sempurna kepada seluruh peminatnya. This post has been edited by edirossa: Nov 6 2005, 10:54 AM -------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
Nov 7 2005, 10:25 AM
Post
#70
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 14126 Joined: 8-May 03 From: here! @BLUE sky~ Member No.: 9953 |
da one n only princess in myheart....
-------------------- ..... THANK U <> BLUETORY ..... ![]() ..: C.N. BurningLovelyUNTOUCHABLEEmotional :.. || CNBlue - Teardrops in the Rain| YeSung - It Has To Be You [Cinderella Sister OST]| NEWS - Anata ga Tonari ni Iru Dake Del|| ||FT - Adrenalin|| |
|
|
|
Nov 7 2005, 12:14 PM
Post
#71
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1568 Joined: 27-October 04 Member No.: 20014 |
QUOTE(edirossa @ Aug 23 2005, 02:29 PM) nak nyanyi gak lah... Everytime I see Minah, My heart bergoncang, Everytime I think of her Pagi dan petang I forget to take my makan Coz there's no other girl but this one... Underneath pokok kalapak I will wait for you Oh Minah hear me lah, Don't tutup pintu, Comb your hair that's like penyapu Coz I know it is full of kutu.... insaflaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
Nov 11 2005, 03:21 AM
Post
#72
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
Jee terbit program sukan hiburan
GELAGATNYA sebagai juri dalam program realiti TV Malaysian Idol sering menjadi perhatian ramai. Di kalangan peserta, Jee atau Fauziah Latiff dikenali sebagai juri yang "baik" berbanding Paul Moss. Namun apa pun pandangan orang, ketiga-tiga juri termasuk Roslan Aziz telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur. Setelah program musim kedua berakhir yang mengangkat Daniel sebagai juara, kini barulah Jee boleh mengatur perjalanan kariernya semula mengikut perancangan. Seperti kebanyakan artis lain, Jee juga tidak mahu terikat dengan satu cabang seni sahaja. Justeru itu, Jee yang memulakan karier dalam bidang seni suara, kini cuba berjinak dengan kerja-kerja di belakang tabir pula. Menerusi syarikat Jozirimy Sdn. Bhd., Jee bakal bertindak sebagai penerbit. Jee bercadang untuk menerbit program TV berbentuk hiburan yang berasaskan aktiviti sukan. "Setakat ini Jee masih dalam perancangan. Bila semuanya selesai, mungkin program yang menggabungkan hiburan dan sukan itu akan mula menjalani penggambaran tahun depan. Oleh kerana Jee masih baru dalam bidang ini, jadi semua kerja kena buat dengan teliti. Orang baru nak belajar, lambatlah sikit,'' katanya sambil ketawa. Kata Jee, dia memilih konsep begitu kerana sukan luar adalah kegemarannya. Malah Jee berharap menerusi program yang bakal diterbitkan itu, dia mampu berkongsi segala pengalaman aktivitinya bersama penonton. Jelasnya, setakat ini dia tidak boleh mendedahkan apa segmen yang bakal dipersembahkan kerana semuanya masih di peringkat perancangan. Katanya, cukuplah sekadar memberitahu bahawa program terbitan syarikatnya itu menjurus kepada sukan hiburan. Menyentuh mengenai album baru, Jee yang merupakan artis EMI berkata; "Sekarang ini masih lagi mencari bahan. Siapa komposer yang terbabit pun masih dalam senarai. Jee serahkan pada EMI bila masa yang sesuai untuk masuk studio," katanya yang sering tampilkan kelainan bila menghasilkan album baru. Album terakhir Jee dihasilkan pada tahun lalu, Di Sebalik, yang turut memuatkan lagu ciptaannya Detik, bersama Rudy Etton dan Darwish. -------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
Nov 11 2005, 08:47 AM
Post
#73
|
|
![]() Super Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 5304 Joined: 14-October 03 From: Keramat Garden Member No.: 13650 |
layannnnnn....
|
|
|
|
Nov 18 2005, 03:16 AM
Post
#74
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...60#entry2827868
'Pergeseran rumah tangga lumrah hidup' - Erra Gosip bercerai selepas raya ![]() Era - Yusry - Fasha RUMAH tangga aktres jelita, Erra Fazira bersama suaminya Yusry khabarnya terus bergolak. Kehadiran pelakon cantik, Fasha Sandha yang membintangi filem sulung arahan Yusry, Cicak Man kononnya menambah krisis rumah tangga mereka apabila Yusry dan Fasha dikatakan 'main-main cinta' di lokasi. Kini, Erra pula diminta memberi komennya, selain mendengar penjelasan mengenai desas-desus yang mengatakan rumah tangga mereka akan berakhir, selepas musim Aidilfitri ini. Jom Semuka dengan Erra. "ASSALAMUALAIKUM... Saya sebenarnya berat hati untuk bercerita mengenai soal peribadi, lebihlebih lagi hal yang membabitkan kisah dalaman rumah tangga saya. Tapi, disebabkan saya menghormati permintaan anda (penulis), selain menjernihkan semula keadaan, maka saya tampil dengan penjelasan ini. Tapi, saya harap selepas ini, semua faham, saya langsung tidak berniat menjaja cerita peribadi, selain tidak berhasrat untuk menjawab sebarang soalan berbentuk peribadi. Saya amat berharap, penjelasan ini adalah yang terakhir saya bercakap mengenai rumah tangga, selepas ini saya minta tolong, dengan kerjasama semua pihak, janganlah tanya saya apa-apa lagi berkaitan soal peribadi. Saya langsung tidak terlintas mengesyaki 'cerita' yang berlaku di lokasi Cicak Man. Bagi saya, semuanya kerana kerja dan kita harus bersikap profesional apabila bekerja. Saya sendiri berlakon dengan macam-macam hero dan pengarah. Isu mengenai terjebak dalam soal cinta lokasi, bagi saya, tak akan timbul. Saya percaya pada suami, Yusry dan percaya kepada semua pelakon yang diambil bekerja. Jadi, apabila tercetusnya gembar-gembur ada sesuatu berlaku di lokasi Cicak Man, saya hanya tergelak kerana bagi saya, tak mungkin! Sebabnya takkanlah serapuh itu hati masing-masing. Lagipun pelakonnya, Fasha (Sandha), saya kenal, suami saya, apatah lagi. Saya gelak lagi, mana mungkin. Tapi, lama kelamaan, sampai satu peringkat, cerita tetap datang dari pelbagai sumber. Jadi, sedikit sebanyak terdetik juga di hati apa yang sebenarnya berlaku di lokasi. Terdetik juga ingin mengetahui sendiri. Saya ambil sikap ingin tahu, tapi bukan menyiasat atau bertanya kepada pihak lain. Lebih baik saya tanya terus kepada yang empunya badan. Saya pun bertanya pada Yusry. Jawapannya sekian, sekian, sekian. Bagi saya, OKlah dan saya faham. Apa saja jawapan dan penjelasan Yusry, saya tak akan mendedahkannya kepada umum. Saya terima jawapan itu dan bagi saya, semuanya adalah asam garam dalam kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi dunia artis. Selain bertanya kepada Yusry, Fasha juga ada mengirimkan SMS kepada saya. Saya baca dan saya faham apa yang cuba disampaikan. Setakat itu sajalah. Saya tak nak memperbesarkan, berbincang, tak nak buat apa-apa dan tak nak lagi dibebani isu-isu macam ini. Sehingga ke hari ini, Cicak Man pun dah selesai penggambaran, saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa dan saya terus berdoa agar kebaikan dunia dan akhirat masih berpihak kepada saya. Pun begitu, pergeseran rumah tangga adalah lumrah hidup sebagai suami isteri. Saya ni manusia biasa. Jangan ingat saya ni artis, loving couple, pasangan secocok, tak ada masalah, tak macam orang lain. Sebenarnya dugaan lagi banyak kepada public figure seperti kami. Tapi, pergolakan suka, duka, rasa sedih, gembira pasti terjadi dalam setiap rumah tangga. Saya rasa pelik jika tak pernah berlaku. Itu yang saya alami sekarang dalam tempoh dua tahun lebih kami berumah tangga. Gosip bercerai selepas raya Bercerai selepas raya? Sebaik-baiknya janganlah bercakap mengenai kedudukan rumah tangga saya sampai begitu sekali. Sepatutnya mereka yang bercakap seperti rakan artis mahupun teman media, mereka seharusnya mendoakan kebahagiaan orang lain, bukan cakap yang bukan-bukan. Sekali pun pergolakan seperti itu berlaku, sepatutnya kawankawan simpati, ini bukan benda yang seronok atau main-main. Sepatutnya mereka mendoakan supaya ada peluang ke arah kebaikan. Apabila orang lain cakap bukan-bukan pasal rumah tangga saya, saya kecewa... Saya mengharapkan doa dari semua. Tapi, apa yang akan berlaku seterusnya, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Sehingga saat saya membuat kenyataan ini, saya masih mengharapkan yang terbaik dalam rumah tangga kami. Apa yang saya harap untuk menjelaskan kepada semua hari ini, doakanlah kebahagiaan rumah tangga kami berdua. Rumah tangga kami OK, harap-harap baiklah selama-lamanya. Sekali pun berlaku yang sebaliknya, saya masih mengharapkan kebahagiaan dan perkara positif yang bakal berlaku. Saya tahu perkara sebenar kerana saya sendiri yang berhadapan dengan Yusry. Tapi, adalah menjadi satu kesalahan saya menceritakan segala-galanya kepada satu dunia. Saya tahu apa yang berlaku dan saya bersama Yusry sering berbincang perkara yang berkaitan dengan rumah tangga demi kebahagiaan kami. Sekali lagi saya mengharapkan doa dan sokongan dari semua pihak. Saya sedar, pelbagai versi cerita yang keluar mengenai rumah tangga kami, tapi saya masih mengharapkan peminat dan rakan media tetap mendoakan yang terbaik untuk kami. Jangan berprasangka negatif. Rumah tangga orang tak boleh dipermainkan. Kita seharusnya mendoakan kebahagiaan, biar berkekalan dan berpanjangan jodoh mereka. Saya harap doa dan restu itu datang dari semua orang. Sebabnya, siapa yang tak mengimpikan sebuah perkahwinan yang berkekalan hingga hujung nyawa. Saya nak macam tu... Mengenai takdir, saya tak nak cakap yang negatif. Sekarang ni lebih baik kita fikir yang positif dan baik-baik saja. Sebabnya pada saat ini, tidak ada perkara yang tak baik berlaku dalam rumah tangga kami. Jadi, janganlah fikir yang tak elok. Takdir pun, kalau terlintas, terfikir yang tak elok, tapi biarlah doa yang elok. Kadang-kadang, kalau rumah tangga kita tengah bahagia, tapi semua orang mendoakan yang tak elok, maka tak eloklah jadinya. Tapi, jika rumah tangga seseorang itu tengah porak peranda, bagai telur di hujung tanduk sekalipun, namun berkat doa semua orang, Tuhan itu Maha Mendengar, insya-Allah rumah tangga mereka itu dapat diselamatkan. Kalau nak cakap pasal anak, tak ada anak, rumah tangga seseorang itu tak bahagia, itu tak betul. Kawan saya, kahwin 10 tahun, tak ada anak, tapi rumah tangga mereka tetap bahagia. Tapi, jika ada anak, ia membantu mempereratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri itu. Tapi, dalam kes saya, bukan saya tak nak anak. Setiap kali tengok budak kecil, saya teringin nak anak, saya tahu, Yusry pun teringin. Saya nak mengandung, saya berikhtiar, tahun ni saya berlakon satu filem saja, Pesona Non Grata, tak ada album dan saya dah kurangkan masa bekerja. Tapi, itu pun masih belum ada rezeki lagi. Apapun, dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maaf zahir batin dan semoga kita beraya dalam suasana aman damai This post has been edited by edirossa: Nov 18 2005, 03:18 AM -------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
Nov 18 2005, 07:48 AM
Post
#75
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 19916 Joined: 10-February 02 Member No.: 158 |
Semoga Erra n Yusry bahagia ke akhir hayat..
-------------------- ![]() Lovely Sheila Majid...... Hamyanti...... |
|
|
|
Nov 24 2005, 09:39 PM
Post
#76
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...0entry2834554
Erra tak peduli gosip cinta Yusry ![]() Dalam kemelut cerita rumah tangga goyah, Erra Fazira terus gigih melebarkan pengaruhnya BUKAN saja di arena nyanyian dan lakonan, selebriti jelita itu terus menjadi buruan pengeluar produk berjenama. Terkini, personaliti bintang yang turut dilantik sebagai duta barangan kecantikan itu meraih perhatian pengeluar jam tangan antarabangsa berharga ratusan ribu ringgit. Bagaimanapun, Erra mengakui segala-galanya masih terlalu awal untuk diumumkan kerana mereka baru berbincang dalam usaha mewujudkan persefahaman. “Wakil mereka menghubungi pengurusan saya sebelum Ramadan. Sebagai artis sudah pasti saya berbesar hati dengan pelawaan ini kerana ia membuktikan kepercayaan mereka terhadap insan seni. “Namun sebarang keputusan tidak boleh diambil tergesa-gesa. Kami perlu berbincang dan saya berharap ia sebagai kerjasama yang memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. “Sebarang perkembangan pasti diumumkan kepada media. Kata orang dalam peringkat ‘merisik’ tidak perlu dihebohkan lagi,” katanya ketika ditemui di majlis hari raya Shabox Superstars Club, baru-baru ini. Majlis yang diadakan di Bora Ombak Ampang sebagai menghargai sokongan peminat itu dipenuhi kira-kira 150 ahli kelab serta peminat Erra. Bertemakan rona merah putih, peminat mula memenuhi restoran berkenaan seawal jam 5 petang. Walau hujan, acara yang dikendalikan Azza selaku pengacara majlis terus berlanjutan hingga jam 8 malam. Bercerita lanjut berkaitan kerjasama selebriti selaku jurucakap atau duta produk, Erra tidak menafikan ia membantu meningkatkan populariti serta mengingatkan peminat terhadap kewujudan seseorang artis. “Sama ada disedari atau tidak, masyarakat atau pengguna lebih mempercayai sesuatu produk jika mengetahui artis kesayangan sebagai duta. “Tidak timbul soal siapa mempergunakan siapa. Jika kita yakin dengan keberkesanan sesuatu produk atau perkhidmatan, tiada salah kalau kita bekerjasama dengan mereka,” ulasnya panjang lebar. Daripada sumber, dimaklumkan wakil jam tangan antarabangsa itu hanya menanti kata putus Erra malah jika usaha sama ini direalisasikan penyanyi terbabit akan bergelar duta bagi Malaysia dan Indonesia. Diajukan kemungkinan itu kepadanya, Erra yang manis mengenakan baju kurung moden sekadar tersenyum dan menambah segala-galanya bergantung kepada ketetapan kurniaan rezeki. Tatkala diusik di mana suami tercinta yang tidak kelihatan di majlis berkenaan, secara terbuka dia memaklumkan Yusry sibuk menjalani rakaman semula beberapa babak dalam Cicak Man. Sambung Erra lagi, bukan saja majlis Erra bersama Shabox tidak dapat dihadiri Yusry malah rumah terbuka KRU yang diadakan pada sebelah malamnya juga terpaksa diketepikan demi filem arahannya. Sementara itu, orang kuat Shabox, Aesos Lai menyatakan persediaan mengadakan majlis berkenaan dilakukan sejak tiga minggu lalu termasuk menghubungi peminat bertuah. Pihak Shabox memang bercadang untuk menghimpunkan ahli kelab dalam acara besar begini namun Erra Fazira lebih dulu mengutarakan idea terbabit. “Kami menerima cadangan Erra untuk berkumpul bersama ahli kelab Shabox. Senang bekerjasama dengan penyanyi dan pelakon ini kerana dia begitu mementingkan peminatnya. Bukan saja Erra, petang ini peminat juga berpeluang beramah mesra dengan kumpulan Spider. Diharap ia mengeratkan lagi hubungan artis dan peminat,” katanya. This post has been edited by edirossa: Nov 24 2005, 09:39 PM -------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
Nov 25 2005, 06:17 PM
Post
#77
|
|
![]() Super Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 5304 Joined: 14-October 03 From: Keramat Garden Member No.: 13650 |
eraa lawa
|
|
|
|
Nov 25 2005, 08:08 PM
Post
#78
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 10014 Joined: 12-June 04 Member No.: 18331 |
erra ka...yusri ka...
dua2 tu artis abg din tak heran! |
|
|
|
Nov 26 2005, 09:02 PM
Post
#79
|
|
![]() Superb Member Group: Senior Moderator Posts: 15100 Joined: 11-February 03 From: merata tpt ada Member No.: 6838 |
cam betul je cite yusry , fasha tu..
sian erra.. org lawa, kaya raya, laki ensem, kaya jugak.. camni pun susah nk bahagia kan.... -------------------- "Love is like swallowing hot chocolate before it has cooled off. It takes you by surprise at first, but keeps you warm for a long time." |
|
|
|
Nov 27 2005, 01:41 AM
Post
#80
|
|
![]() Superb Member Group: Asst. Administrator Posts: 40200 Joined: 23-February 04 From: Kuala Lumpur Member No.: 16240 |
QUOTE(Miya_narien @ Nov 26 2005, 09:02 PM) cam betul je cite yusry , fasha tu.. sian erra.. org lawa, kaya raya, laki ensem, kaya jugak.. camni pun susah nk bahagia kan.... Harta hanya boleh membina bahagia kalau dibina dgn kasih sayang dan iman.. -------------------- Senyum itu penawar duka....
Sila KLIK utk maklumat lanjut ---> Kursus Perkahwinan Jawatan Kosong Lebih 1000 Pilihan Kad Kahwin Terus Dari Kilang |
|
|
|
![]() ![]() |
| Lo-Fi Version | Time is now: 6th September 2010 - 01:58 PM |