|
Malaysia Directories & Information |
![]() ![]() |
Jun 23 2004, 07:50 PM
Post
#196
|
|
![]() Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 354 Joined: 16-May 04 Member No.: 17971 |
Wan, dan newbies lain,
Kalau nak tau kita bersedia atau tidak, kita kena tanya diri sendiri, memandagkan kebayankkan trader rugi, apa yang membezakan diri kita dengan mereka, -kalau kita dah mula belajar technical analysis, orang lain yang belajar pun rugi juga -kalau kita ada trading system, orang lain yang ada trading system pun rugi juga manusia normal biasanya menemui kegagalan dalam trading sebelum berjaya. Realitinya, kebanyakkan trader memerlukan masa bertahun-tahun sebelum mereka berjaya dengan konsisten. malah mereka yang paling berjaya biasanya memerlukan masa lebih dari 3 tahun! Dalam satu seminar kepada newbies, pensyarah tersebut mengatakan bahwa 90% trader menemui kegagalan. Selepas itu dia tanya kepada peserta seminar tu siapa yang fikir yang dia akan berada dalam 10%? Semua angkat tangan! Jadi bagaimana nak berjaya? Berguru. Sebenarnya ada guru amat penting, tapi susah nak cari guru. Secondly banyakkan membaca dan banyakkan paper trade, macam yang Nora syorkan. Bila awak dah konsisten berjaya paper-trade, barulah boleh berjinak dengan duit betul. kalau tak gerenti, duit tu akan lesap begitu sahaja. Atau awak buat macam saya buat dulu, start real trading terus, tapi kena sanggup bayar tuition sebab duit tu memang hilang begitu sahaja. Kiranya belajar trading ni macam ambil ijazah. tak senang, tapi possibility untuk pass tu memang ada kalau wak bersungguh-sungguh. Selamat berjaya. |
|
|
|
Jun 24 2004, 09:20 AM
Post
#197
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1330 Joined: 24-September 02 Member No.: 4003 |
Betul tu Zentex... Nora rasa beruntung sebab ada mentor yang bagi tunjuk ajar. Mula-mula dulu, Nora trade sendiri-sendiri. Bila buat silap, tak ada sapa yang nak bagi tahu yang itu adalah silap. Bila kita buat salah dan tak tahu yang kita salah, kita akan buat kesalahan yang sama berulang-ulang. Dalam trading, buat silap tu normal, tapi buat kesilapan yang sama berulang-ulang hanya akan mengecilkan trading account....
Secara tak sengaja, Nora jumpa someone yang sekarang ni adalah mentor Nora. Sejak tu, Nora masih buat silap sekali-sekala, tapi at least Nora boleh bincangkan dengan orang lain yang boleh bagi pandangan dari perspektif yang Nora tak jangka. Mentor bukan guru. Mentor tak ajar kita istilah-istilah trading atau sejarah bursa saham. Itu mungkin kita boleh dapat dari kelas-kelas formal atau dari pembacaan kita sendiri. Mentor adalah pembimbing. Setiap kita akan ada stail tersendiri. Kita mungkin nak ikut stail mentor kita, atau cipta stail kita sendiri dari pembacaan atau pengalaman. Adanya mentor kat situ adalah untuk melihat sama ada apa yang kita nak buat tu akan sesuai atau tak. Sebab tu la, walaupun kita pernah belajar share trading masa kat universiti dulu dan dapat A+ sekalipun, belum tentu kita boleh jadi trader yang baik. Kita masih perlukan seorang mentor untuk melihat kita dari jauh... Tapiiiii...... Bukan mudah nak jumpa orang yang sanggup jadi mentor kita. Sering-kali ia adalah secara kebetulan. Kalau jumpa pun orang yang ada experience dalam trading, belum tentu dia nak ambik kita jadi mentee.... So, macam mana? Macam Zentex cakap tu la... kita ambik risiko, kita paper-trade atau trade dengan duit betul, dan belajar sendiri dari kesilapan-demi-kesilapan dan bayar yuran tusyen dalam bentuk trading-losses. Banyakkan membaca juga boleh membantu.... But we have to start somewhere... -------------------- merdeka, sanggup berdikari, dan menyumbang ke arah pembangunan |
|
|
|
Jul 8 2004, 04:25 PM
Post
#198
|
|
![]() Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 354 Joined: 16-May 04 Member No.: 17971 |
Petikan dari buku High Probability Trading, ditulis oleh Marcel Link
TRAINING PROGRAMS Many professional traders go through extensive training before they are expected to succeed. When I started trading equities, they told me that they expected all new traders to lose for the first 2 years. Those who come in planning to start making money imeediately will be disappointed. During those 2 years traders learn how to trade. For the first 3 months they don't even trade but instead just sit in classes all day learning about the different trading opportunities and paper trading. Afterward they are given limited share size and forced to follow strict rules until they prove themselves. Only then are they given more share size, buying power, and the freedom to trade independently. The firm risks very little on these new traders during this period. Even when one losses $50,000, it means nothing to the firm; they see it as a part of a new trader's tuition. Major firms such as Goldman Sachs, Bear Stearns, and Merrill Lynch go to the top business schools around the country and offer the top students disgustingly large sums of money to enter training programs to become traders. The reason they take only these elite candidates is that these people are proven learners. The firms figure these people will be easier to teach than someone who was only able to get into mediocre graduate school with modest grades. One should start to wonder: If professional trading firms expect their traders to take a few years to develop and are willing to risk a large sum of money in training them, why does the typical average trader think he can open a futures account for $5000 having never traded before and expect to make money immediately? Even those who trade on the floor don't just go out and get a seat; most of them were clerks for years before they ventured into the pit to trade. People should be realistic about their progress and plan on having enough capital to get them there. They should not get discouraged if they lose their initial capital; instead, they should see it as a part of the tuition toward their ultimate goal - being a winning trader. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Di mana-mana forum pun, hal yang sebenarnya tak banyak diketengahkan, iaitu cabaran yang perlu dilalui seorang trader sebelum berjaya. Tapi saya tak pasti kenapa trader yang berpengalaman pun kurang memberi perhatian terhadap perkara ni. Akhirnya mereka yang baru cuba berjinak dengan trading mendapat pandangan yang salah. Setelah disengat oleh kekalahan, baru tersedar tinggi mana langit dan bumi. Akhirnya mereka jadi "lauk" oleh trader yang lebih berpengalaman. Sebenarnya, trader yang berpengalaman adalah minoriti, dan yang berpengalaman biasanya tak akan memberitahu rahsia mereka dengan senang-senang. Kalau ada trader berpengalaman yang nakmpak murah hati, samada mereka sebenarnya pemurah, ada niat lain, atau sebenarnya belum cukup berpengalaman. Ini adalah kerana pasaran saham adalah satu saingan. Bagi setiap 1 RM yang saya menang, ada orang yang akan hilang 1 RM. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan hal ini kerana trader yang baru menyertai pasaran saham selalu "disesatkan", samada secara sengaja atau tidak atau dibiarkan mempunyai persepsi yang salah. This post has been edited by zentex: Jul 8 2004, 04:29 PM |
|
|
|
Jul 8 2004, 05:05 PM
Post
#199
|
|
![]() Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 354 Joined: 16-May 04 Member No.: 17971 |
Hmm..mungkin posting tadi tak beri kredit langsung kat forum ni. So nak betulkan sikit, actually banyak orang dah bagi warning pada newbies dalam forum ni. So firum ni memang banyak forumners yang beterus-terang. Cuma mungkin message still tak sampai lagi, so saya cuba sampaikan lagi.
|
|
|
|
Jul 8 2004, 05:07 PM
Post
#200
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1330 Joined: 24-September 02 Member No.: 4003 |
Satu perkara lagi, orang kita ni tak suka bila diberitahu perkara sebenar. Kalau kita cakap, "awak belum bersedia untuk trade saham lagi", atau "Awak kena tahu A atau B atau C dulu".... tak lama lepas tu mesti dia hilang....
Pengalaman Nora kat sini, ramai yang PM Nora pasal nak tahu macam mana nak niaga saham. Bila Nora mintak agar perbincangan dibuat kat forum supaya dapat di kongsi bersama, dia akan hilang. Ada pulak yang cuma mahu tips kaunter mana yang Nora trade sahaja. Bila Nora tak bagi, dia hilang. Yang peliknya, dialah yang dah banyak rugi akibat trade dengan tips. Bila diberitahu, kalau nak trade saham perlu tahu ini dan itu, dia akan hilang.... Kesimpulan yang Nora dapat buat, ramai orang yang baru nak berjinak-jinak dengan saham ni ingat main saham ni mudah. Beli... jual.... dapat untung yang lumayan. Kalau sehari dapat untung RM1000, sebulan boleh untung RM30,000... So, bila diberitahu yang main saham ni sebenarnya amat sukar, dan kalau nak berjaya kena trade secara systematic.... kena ada keyakinan diri.... kena sanggup tangung risiko.... kena sanggup habiskan masa untuk buat homework... dia akan rasa gusar dan akhirnya hilang.... Sebenarnya, ada cara yang mudah main saham ni... iaitu dengan mencari tips, dan kita trade dengan tips yang kita dapat tu. Ramai orang yang sanggup bagi tips. Kita boleh dapat tips/recomendation dari surat-khabar, dari remeiser, dari forum-forum etc. Mudah. Dapat tips, dan kita react kepada tips tu. Tak pening kepala.... Tapi, berapa orang yang dah berjaya trade saham dengan tips... secara konsisten? Bulls make money. Bears make money. Pigs & sheeps get slaughtered. Hmmm.... -------------------- merdeka, sanggup berdikari, dan menyumbang ke arah pembangunan |
|
|
|
Jul 8 2004, 06:51 PM
Post
#201
|
|
![]() Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 354 Joined: 16-May 04 Member No.: 17971 |
Ha..ah...agaknya kena ada title besar yang dipinkan kat forum ni...
INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA. KESUKARAN MENANTI ANDA |
|
|
|
Jul 14 2004, 10:36 AM
Post
#202
|
|
|
Junior Member ![]() ![]() Group: Members Posts: 64 Joined: 16-March 04 Member No.: 16787 |
Hi
Apa kabor semua… Thankx nora, saya amat menghargai cadangan awak itu. Tapi buat masa sekarang ni saya sendiri belum tahu macam mana pilih kaunter yang sesuai… Saya dah cuba buat analysis untuk 190 kaunter… dan hasilnya ialah seperti berikut 28/6 enter BERNAS BV7 COMSA BV14 FAP BV7 HWGB BV14 IGB BV7 IOICORP BV7 JOHPORT Enter-BO7 JOTECH BV14 KEJORA BV7 MALAKOFF BV7 ######COR BV7 MPTECH BV7 NPC BV14 SCIB 2NR7 SHELL BV7 SUNRISE BV7 SUPERMX BV7 SUREMAX Enter BO7 29/6 enter ANTAH BV14 CHINFOH BV7 COMSA BV7 CREST BV14 FORMOST BV7 IGB BV7 KEJORA BV7 KLK BV14 KUB BV14 LANKHOS BV7 MAHSING BV7 MALTON BV7 ######COR BV7 MUTIARA BV7 MVEST BV7 PARACOR BV7 PUNCAK Enter BO14 SETEGAP BV7 SUGAR BV7 SUPERMX BV7 TAANN BV14 TEKALA BV7 TENAGA BV14 UNIPHONE BV7 WCT BV14 So sekarang saya minta tolong sapa-sapa yang tahu jelaskan apa yang dimaksudkan dengan BV7, Enter BO14, BV14, Enter BO7, 2NR7 kat colum entry . Dan camne kita nak tentukan entri price yang sesuai? Pastu dalam lower channel breakout pula, ada huruf SZ yang appear… apa maksud SZ tu? Dalam colum volume spike pula ada perkataan … spike 1, spike, highspike, Incr…..apa maksud atau peranan huruf-huruf itu? Dan kalau boleh berikan pendapatan tentang result yang saya paparkan diatas… Sebenarnya saya dah terlalu eager nak trade ,… tapi kesibukan saya menyebabkan saya takut nak mulakan trade…. Mungkin sikit masa lagi… lagipun saya masih diperingkat pembelajaran, sifu pun banyak pesan suruh balajar dulu bagi pandai. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukan…. Thanx …. |
|
|
|
Jul 15 2004, 01:30 PM
Post
#203
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1330 Joined: 24-September 02 Member No.: 4003 |
Wan,
Nora ingat nak jawab hari ni, tapi amat sibuk la dari pagi tadi.... Kejab lagi kena keluar jumpa customer pulak. Kalau sempat, esok jer la yer... Tapi, sebelum tu, boleh tak awak jawab soalan Nora kat bawah ni... Ia akan membantu Nora bila Nora nak bagi penerangan tentang simbol-simbol tu.... 1. Berapa lama awak plan nak keep suatu saham selepas beli? 1 hari? 3 hari? 2 minggu? 3 bulan? 2 tahun? 2. Ada tak apa-apa Technical Indicator yang awak dah tahu setakat ni? Moving Average? Stchastics? RSI? MFI? Salam, Nora -------------------- merdeka, sanggup berdikari, dan menyumbang ke arah pembangunan |
|
|
|
Jul 16 2004, 02:53 PM
Post
#204
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1330 Joined: 24-September 02 Member No.: 4003 |
Wan,
Meh Nora cerita sedikit sebanyak bagaimana timbulnya simbol-simbol BV, BO dsb tu. Ia ada kena-mengena dengan sejarah Nora sebagai trader, dan awak hanya boleh gunakan simbol-simbol tu sebagai panduan kalau awak faham bagaimana Nora mulakan dan gunakan simbol-simbol tu.... Nora dulu pernah jadi day-trader. "Day-trading" ni ialah term yang digunakan untuk merujuk kepada pemain saham yang beli & jual saham dalam hari yang sama. Guess what... spreadsheet untuk Analisa (bukan Nora Index, yang Nora dah develope lama sebelum tu) tu Nora develope SEMASA Nora buat Day-trading. Day-trading == beli dan jual dalam hari yang sama; seringkali hanya untuk beberapa jam sahaja Sedikit m.etafor: #1: Bila kita pandu kereta... tengah laju, tiba-tiba kita tekan break. Adakah kereta kita akan berhenti serta-merta? Sudah tentu tidak. Kereta tu akan melungsur sedikit, betul tak? #2: Bagaimana kalau kereta tu sangat perlahan. tiba-tiba kita tekan break? Kereta tu akan berhenti serta-merta... kan? Semasa Nora day-trade, setiap hari Nora akan cari counter-counter yang "tengah laju", yang mana kalau dia kena break pun, dia masih akan melungsur sedikit ke hadapan. Profit Nora ialah sejauh mana dia mengelungsur ke hadapan tu. Cuba baca semula ayat kat atas tu... kalau boleh, baca berulang-ulang kali sampai faham. So, macam mana Nora nak tahu yang counter tu tengah laju? Nora gunakan kedua-dua kriteria ini: 1: Donchian Breakout Channel - 7-day Donchian Breakout (BO-7) atau 14-day Donchian Breakout merujuk kepada keadaan bila harga saham melepasi level tertinggi dalam 7-hari atau 14-hari. Katakan, saham A: dalam 14 hari yang lepas, harga tertinggi nya ialah 2.10, berlaku minggu lepas. Kalau hari ni dia boleh melepasi 2.10, maka dia akan dapat simbol "BO-14" 2: Volume Nora guna 2 jenis Volume: Volume hari ni, dan Moving-Average untuk volume selama 14 hari (14-d MA Volume). Kalau Volume untuk hari ini > N% 14d Volume, maka Nora anggap Volume untuk hari tu agak kuat. Kalau volume terlalu kuat, Nora akan kategorikan sebahai "Spike". Kalau awak tengok chart kat m.etastock, kadang-kadang kita akan nampak satu hari yang Volumenya amat tinggi berbanding hari-hari kaun. Ia biasanya menandakan akhirnya sesuatu trend. So, berdasarkan kedua-dua ni, Nora akan judge sama-ada suatu counter tu tengah laju atau tak. Counter yang baru Breakout dengan Volume yang kuat, biasanya adalah merupakan target Nora untuk Day-Trade.... Gabungan kedua-dua ni biasanya awak lihat pada signal-signal seperti "BV-7" atau "BV-14" --> Breakout with Volume... Boleh tak kalau awak gunakan signal-signal tu kalau awak nak simpan saham tu selama 2 tahun? Sudah tentu T I D A K. Bila kereta yang awak pandu laju ti di brek, dia tak akan meluncur 20 km ke hadapan, kecuali kalau breknya rosak... So, apa yang awak boleh buat dengan Spreadsheet tu? Awak kena modify bergantung kepada cara awak nak trade. Kalau awak nak simpan saham tu selama beberapa minggu, mungkin awak kena tambah beberapa column untuk mengira beberapa signal tambahan. Mungkin jugak beberapa signal yang Nora gunakan semasa Day-Trade tu tak boleh di pakai kalau awak nak buat intermediate swing. Awak nak masuk medan perang -- awak kena bawa senjata yang awak tahu macam mana nak guna, dan senjata tu mestilah sesuai dengan cara awak berperang. Senjata yang berguna untuk Nora tak semestinya akan berguna untuk awak, tapi boleh awak ambik dan modify untuk disesuaikan dengan cara awak. Apa selepas ini? 1. Awak kena tetapkan bagaimana cara awak nak trade. Serupa macam soalan kat posting Nora sebelum ni. Lain cara - lain senjata... 2. Awak kena tahu beberapa indicator. Mungkin, sesetengah indicator tu awak boleh built-in dalam spreadsheet tu untuk berikan awak signal yang lebih sesuai. Mungkin juga awak boleh gunakan m.etastock untuk filterkan counter-counter tu berdasarkan kepada kriteria yang awak tetapkan. 3. Kalau awak nak, kita boleh bincang cara apa yang mungkin sesuai dengan awak. Tapi Nora kena tahu banyak perkara - berapa modal awak, berapa banyak masa yang awak ada sehari untuk saham dsb. Kalau awak tak boleh luangkan 30 minit sehari setiap malam untuk buat kerja saham, Day-trading is out of question. Short-term swing trading pun out of question.... mungkin awak cuma boleh buat medium atau long-term trading, dan dah tentu caranya berbeza.... Salam, Nora This post has been edited by Nora Ismail: Jul 16 2004, 02:53 PM -------------------- merdeka, sanggup berdikari, dan menyumbang ke arah pembangunan |
|
|
|
Jul 21 2004, 04:38 PM
Post
#205
|
|
|
New Member ![]() Group: Members Posts: 27 Joined: 28-June 04 Member No.: 18533 |
saya nak belajar gak guna spreadsheet tu nora...ajar la skit
-------------------- Nak Cari Cari Rumah ?? Jom Kesini
|
|
|
|
Jul 21 2004, 05:49 PM
Post
#206
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1330 Joined: 24-September 02 Member No.: 4003 |
QUOTE(kromok @ Jul 21 2004, 08:38 AM) saya nak belajar gak guna spreadsheet tu nora...ajar la skit Aaaaaa...... Mula-mula, awak kena download spreadsheet tu dari Mesra_Trader Lepas tu, awak kena baca link ni.... http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=ST&f=6&t=22327 Haaa... kalau tak faham, boleh tanya laa... -------------------- merdeka, sanggup berdikari, dan menyumbang ke arah pembangunan |
|
|
|
Jul 19 2005, 10:56 PM
Post
#207
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 126 Joined: 12-October 04 Member No.: 19861 |
alhamdulillah
setelah lebih enam bulan semangat saya hilang untuk kesini rupa-rupanya semua para sifu telah berkumpul semula disini salam melekom semua bila nak mula paper trade yang baru ? |
|
|
|
Apr 25 2006, 02:21 AM
Post
#208
|
|
|
New Member ![]() Group: Members Posts: 2 Joined: 11-March 06 Member No.: 24595 |
Cik Nora nak tanya sikit, macam mana nak dapatkan software pirate m*.etastock tu?. Nak beli yang original, harga beribulah tak mampu. Kat Low Yat ader tak?.
|
|
|
|
Apr 25 2006, 01:23 PM
Post
#209
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 493 Joined: 24-June 02 Member No.: 2209 |
QUOTE(payaikan @ Apr 24 2006, 06:21 PM) Cik Nora nak tanya sikit, macam mana nak dapatkan software pirate m*.etastock tu?. Nak beli yang original, harga beribulah tak mampu. Kat Low Yat ader tak?. Cik Nora dah tak ada. Dia dah kembali ke rahmatullah...lama dah -------------------- ![]() |
|
|
|
Apr 25 2006, 09:11 PM
Post
#210
|
|
|
New Member ![]() Group: Members Posts: 2 Joined: 11-March 06 Member No.: 24595 |
Subhanallah, hanya Allah sahaja yang membalas jasamu.
Alfatihah. |
|
|
|
May 7 2006, 07:54 PM
Post
#211
|
|
|
New Member ![]() Group: Members Posts: 21 Joined: 11-April 06 Member No.: 25011 |
hmm
-------------------- http://7dollarsmagic.net/?ref=11445 <<its really work to me!!
|
|
|
|
May 7 2006, 08:01 PM
Post
#212
|
|
|
New Member ![]() Group: Members Posts: 21 Joined: 11-April 06 Member No.: 25011 |
korang nk blajar saham,kena ade modal dulu kan..
easiestway to get money!! its really work to me!! now its ur turn!! lepas nie aku pun nk blajar saham gk ler.. -------------------- http://7dollarsmagic.net/?ref=11445 <<its really work to me!!
|
|
|
|
| blackevo |
May 11 2006, 03:22 PM
Post
#213
|
|
Guests |
nak tumpang tanya... ade tak company malaysia yg melakukan pelaburan dlm forex / foreign exchange untuk kite. maknanya.. kite menggunakan broker.
|
|
|
|
May 12 2006, 02:42 AM
Post
#214
|
|
![]() Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 2292 Joined: 13-February 03 From: aku macam biskut..kejap kat s.alam,kejap kat ipoh, kejap kat kuching, kejap kat KK, kejap kat KL.. Member No.: 6867 |
penah dengar jozaco x?
ni srkt baru satu lot RM106 jenis piramid tiap2 bulan dapat dalam RM750 perghh.. pakcik aku tengah daftarkan name aku lak.. hoho -------------------- '...Im TrYin to ForGet ThE pAst..Im TRyIn tO BuiLt My OwN ForTreSs..Im WaLkiN On ThE PaTH ThaT iVe ChoSeN To...'
|
|
|
|
May 29 2006, 12:11 AM
Post
#215
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 32481 Joined: 27-December 01 From: DARIPADA ALLAH AKU DATANG,KEPADA ALLAH AKU KEMBALI~! Member No.: 547 |
KENAL PASTI ALIRAN KE ZIONIS ATAU MAFIA......
TAU CAMNA -------------------- ![]() ![]() ~JANGAN LAKSANA PENAKUT,KERANA SI PENAKUT AKAN TERBUNUH DENGAN KETAKUTANNYA TERLEBIH DAHULU,DARIPADA TERBUNUH DENGAN PEDANG~! WALAU BERJUTA SETERU TAK KURAGU |
|
|
|
![]() ![]() |
| Lo-Fi Version | Time is now: 9th September 2010 - 02:47 PM |