|
Malaysia Directories & Information |
![]() ![]() |
Oct 16 2005, 01:21 PM
Post
#1
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() MAKARONI GORENG BEREMPAH Hidangan untuk : 4 orang Setiap hidangan mengandungi : 14gm lemak, 356 Kcal Bahan-bahannya: 200gm makaroni maggi 3 camca besar minyak masak Bahan A: 1 labu bawang besar, dihiris 2 ulas bawang putih, dicincang 1 tangkai daun kari 1 camca teh biji sawi Bahan B: 2 pek perencah bihun goreng maggi 1 camca besar serbuk kari 100 gm daging ayam dipotong dadu 11/2 camca teh kicap pekat maggi 1 camca teh serbuk pati ayam maggi 3 pokok daun sawi, dipotong 3 cm panjang Garam dan gula secukup rasa Bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang Cara-caranya membuatnya: Masak makaroni mengikut arahan pada pek. Panaskan minyak, goreng ramuan A sehingga kekuningan. Masukkan pes maggi dan serbuk kari, tumis hingga terbit bau. Tambahkan daging ayam dan goreng selama 2 minit. Masukkan kicap maggi, serbuk pati maggi, makaroni dan daun sawi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang. This post has been edited by J o e: Oct 16 2005, 01:26 PM -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 16 2005, 01:36 PM
Post
#2
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() AYAM BERSOS KACANG Masa persediaan & memasak: 45 minit Hidangan untuk: 4-6 orang Setiap hidangan mengandungi: 24 gm lemak, 380 Kcal Bahan A: 4 batang serai 4 cm lengkuas 4cm halia 1 labu bawang besar 1 camca besar serbuk belacan maggi Bahan B: 1 peket perencah rendang maggi 1 peket tumisan sambal goreng maggi 2 batang serai 2 camca besar minyak masak 1 kg kepingan ayam 1 cawan air 1/2 cawan santan pekat 3 camca besar air asam jawa pekat gula secukup rasa 100 gm kacang goreng, dikisar halus Cara-cara membuatnya: Kisar bahan A hingga lumat. Masukkan perencah serta tumisan maggi dan serai kedalam bahan A. Panaskan minyak dan tumis campuran bahan A hingga wangi. Masukkan kepingan ayam dan goreng sebentar. Kemudian masukkan air, santan, air asam jawa dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih dan masukkan kacang kisar. Kecilkan api dan renih, kacau selalu hingga hampir pekat. Hidangkan bersama nasi dan roti. -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 16 2005, 01:38 PM
Post
#3
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() KEPAK AYAM BERSALUT MADU BERBIJAN Masa Penyediaan & memasak: 30 minit Hidangan untuk: 4 Orang Setiap hidangan mengandungi: 29 gm Lemak, 463 Kcal Bahan-bahannya: 500 gm kepak ayam Minyak masak untuk goreng terendam 1 labu bawang besar, dicincang 2 cm halia, dicincang 50 ml air 1 peket tumisan ayam madu maggi 11/2 camca besar bijan goreng Cara-cara membuatnya: Goreng terendam kepak ayam hingga kekuningan. Keluarkan minyak hingga tinggal 1 camca besar dalam kuali Tumis bawang dan halia hingga wangi. Masukkan air, tumisan maggi dan bijan. Masukkan semula ayam goreng dan masak hingga bersalut dengan sosnya. -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 25 2005, 12:00 AM
Post
#4
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() AYAM BAKAR BBQ bahan: 1 ekor ayam [potong 8] 2 cm halia 3 batang serai 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 1 s/k lada hitam 3 biji cili merah [semua bahan ini dimesin halus] 1 s/b kicap 1 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning madu/gula kunyit serbuk minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit] sayuran hiasan: salad..timun..tomato Cara: 1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam. 2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam 3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk. 4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi. 5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun.. 6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri. -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 25 2005, 12:01 AM
Post
#5
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() IKAN BAKAR Bahan-Bahan: 1 ekor tongkol/siakap/bawal 1 senduk minyak masak 1/2 cawan kecil air asam jawa 2 s/b gula garam Bahan kisar: 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar 1 inci halia 2 batang serai 10 biji cili hijau 1 s/b Delichef Flounder Fish Seasoning Cara: 1. Ikan siakap dibersihkan dan ditoskan. 2. Sapukan sedikit minyak supaya tidak garing semasa dibakar. 3. Bakar dalam convection oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Balikkan juga ikan tu supaya masak kedua2 belah. 4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi dan terbit minyaknya. 5. Masukkan air diikuti dengan air asam jawa, gula dan garam. 6. Setelah mendidih dan pekat, baru diangkat. 7. Tuangkan ke atas ikan tadi. 8. Hidangkan bersama nasi putih -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 25 2005, 12:02 AM
Post
#6
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() AYAM PERCIK bahan 1 ekor ayam..dibersihkan dan potong 2 3 cawan santan pekat 1 s/k gula 1s/k halba garam asam keping Bahan kisar 2 cm halia 1 labu bawang besar 10 tangkai cili kering 4 batang serai Cara... 1. Masukkan semua bahan dan ayam dalam kuali. 2. Masakkan ayam tu sehingga separuh masak. 3. Angkat ayam dan kuahnya..masukkan dalam loyang. 4. Bakar dalam oven 200'C sehingga masak dan kuahnya pekat. 5. Sesekali curahan kuah keatas ayam dan bakar lag. 6. Bila telah masak hidangkan dalam pinggan besar dihiasi ngan salad, timun dan tomato -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 25 2005, 12:04 AM
Post
#7
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() Siakap Masak Sweet-Sour Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] Delichef Flounder Fish Seasoning Bahan untuk sos: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) ½ botol sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak Cara: 1. Ikan dilumurkan seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit. Terbalikkan dua2 belag supaya masak rata. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia. 3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. 4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula. 5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang dibakar tadi. 6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 25 2005, 11:02 AM
Post
#8
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() MEMBUAT WAFFLE Waffle mestilah dimasak menggunakan acuan khas. Dapatkan jenis yg non-stick supaya mudah menggunakannya. Baca arahan yg disediakan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Adakalanya, pengeluar acuan juga memberikan resepinya. WAFFLE 180g tepung gandum ¼ camt garam 1 ½ camb gula kastor 150ml susu segar 150ml krim putar 3 biji telur Gred C, diasingkan 70g mentega cair Ayak tepung ke dalam mangkuk besar. Campurkan garam, gula, susu, krim dan kuning telur. Pukul dengan pemutar letrik hingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata-rata. Putar putih telur dalam mangkuk dan pemutar bersih hingga kental. Kaupba-likkan ke dalam adunan tepung. Lengser acuan waffle dengan marjerin. Panaskan dan isikan dengan adunan tadi. Ratakan supaya ia sama tebal. Tutup dan masak mengikut aturan pengeluar acuan itu. Bila masak, angkat penutup dan keluarkan waffle dengan garfu. Biar atas redai kek. Sajikan dengan jem, madu atau aiskrim. -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 25 2005, 11:07 AM
Post
#9
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 10251 Joined: 30-October 04 From: JB-Mersing-Pekan-Kuantan Member No.: 20039 |
![]() BISKUT CERELEC-CORNFLAKES 150g mentega 100g gula kastor 1 biji telur Gred.C 1 camt vanila 100g tepung gandum 30-40g tepung jagung 100g Cerelac 25g ceri, dicincang halus 40g badam bakar, dicincang halus 1 biji putih telur, dipukul 60- Pukul mentega, gula, telur dan vanila hingga kembang. Masukkan semua bahan lain (kecuali putih telur dan cornflakes), uli perlahan menjadi doh. Jika agak lembik, tambah 2-3 camb tepung jagung. Canai antara dua lapisan plastik. Hiris bentuk empatsegi atau terap ikut suka. Atur atas tin pembakar berlengser marjerin. Sapukan putih telur dan hias dengan cornflakes. Bakar pada 170 C selama 16-18 min atau hingga masak. Biar sejuk atas redai. BISKUT CERELAC-NESTUM 2 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula kastor 1 camt vanila 3 cawan tepung gandum 1 cawan Cerelac 1 cawan Nestum 1 cawan gajus bakar, dicincang 2-3 biji kuning telur, untuk sapu Pukul mentega, gula dan vanila hingga sebati. Masukkan semua bahan lain (kecuali kuning telur), gaul rata-rata. Sudukan doh atas kertas kalis minyak, bungkus dengan kertas kalis minyak (lebar anggaran 2cm). Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Buangkan pembalut, potong setebal 6 mm. Atur atas tin pembakar (jangan lengser), jarak 4cm. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180 C selama 15-17min atau hingga masak. -------------------- ![]() |
|
|
|
![]() ![]() |
| Lo-Fi Version | Time is now: 9th September 2010 - 02:52 PM |