Mesra.net - Malaysia Directories & Information
    Malaysia Directories & Information


Welcome Guest ( Log In | Register )

 
Reply to this topicStart new topic
> Woksyop Untuk Usahawan Soho, Woksyop Untuk Usahawan SOHO (Small Office Home Office) memberi saudara
streetsmart
post Jun 23 2007, 04:48 PM
Post #1


New Member
*

Group: Members
Posts: 4
Joined: 23-June 07
Member No.: 36086



SOHO (Small Office Home Office) merupakan konsep untuk perniagaan kecil yang diurus dan beroperasi dari rumah. Kajian oleh sebuah syarikat penerbitan di United Kingdom (Your Business At Home, EMP Plc. 2007) menganggarkan menjelang tahun 2010, lebih 50% dari populasi masyarakat yang bekerja di pejabat atau berniaga akan beroperasi dari rumah sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Fenomena SOHO telah pun bermula di negara ini



Adakah saudara

Ingin bekerja sambilan dari rumah dengan menggunakan komputer dari rumah.
Hendak memasarkan perniagaan sedia ada dari rumah melalui majalah dan akhbar.
Mengukuhkan jenama perniagaan kecil sedia ada dengan penulisan
Menjana kewangan sampingan dari komputer rumah saudara melalui penulisan.
Menambah pendapatan selain daripada pekerjaan sedia ada tanpa perlu keluar dari rumah.


Woksyop untuk Usahawan SOHO (Small Office Home Office)


Woksyop Untuk Usahawan SOHO (Small Office Home Office) memberi saudara tip-tip untuk mengurus perniagaan dari rumah dan menjana pendapatan melalui penulisan di akhbar dan majalah dan membina jenama perniagaan serta perkhidmatan dari rumah!

Siapa yang menganjurkan?

Woksyop ini dianjurkan oleh Sprint Career Academy (klik), organisasi yang bergerak aktif sejak tahun 1996 dalam bidang kajian dan pembangunan (R&D), penerbitan, latihan serta konsultansi bisnes kecil. Sprint Career Academy juga melibatkan diri dalam bengkel francais dan F&B (Food & Beverage).

Siapa perlu menyertainya?

Penggiat MLM, penjual insuran, mereka yang bekerja di sektor perbankan.
Usahawan yang ingin meluaskan perniagaan sedia ada.
Mereka yang ingin bekerja sebagai penulis bebas untuk majalah dan akhbar.
Pekerja dari sektor kerajaan dan swasta yang ingin mencipta sumber kewangan alternatif
Suri rumah sepenuh masa yang ingin bekerja dari rumah.
Sesiapa sahaja yang ingin mencipta pendapatan sampingan melalui majalah dan akhbar.

Biodata Jurulatih

ZAMRI MOHAMAD : JURULATIH PENULISAN


Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001.

Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Kini beliau menjawat jawatan Pembantu Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Aktif menggerakkan dan memenuhi jemputan bagi mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dalam skala kecil untuk para remaja sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berminat menghasilkan penulisan berbentuk rencana dan buku.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan beberapa buah buku dalam pelbagai bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan televisyen tempatan.

RIDZUAN MOHAMAD : JURULATIH SOHO

Bermula sebagai seorang usahawan SOHO, Ridzuan Mohamad kini merupakan pemilik Sprint Marketing Concept (SMC), sebuah organisasi perunding yang berdaftar di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk tugas-tugas berkaitan perniagaan francais.

Pada awal penubuhan SMC pada tahun 1996, beliau telah menjalankan perniagaannya secara sambilan dan beroperasi dari apartment di Hulu Kelang yang juga menjadi pejabat perniagaan SMC ketika itu. Sejajar dengan perkembangan perniagaan, SMC telah berpindah ke pejabat yang lebih besar di kawasan komersial di Medan Idaman Business Centre, Gombak pada tahun 2002.

Beliau mempunyai gabungan pengalaman selama 15 tahun dalam bidang perbankan, pengurusan, pemasaran dan francais tempatan serta luar negara.

Selain dari menguruskan perniagaan di SMC, beliau juga merupakan penulis buku-buku panduan perniagaan kecil dan francais yang diterbitkan oleh Sprint Career Academy.

Berapakah maksimum peserta?

Kami percayai kualiti dalam bimbingan peserta. Hanya SEPULUH orang sahaja pada satu-satu masa. Bagi memastikan saudara mendapat tempat daftar sekarang.

Di mana dan bila kursus ini akan di adakan?
Tarikh : AHAD 15 Julai 2007

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur




JADUAL

Pagi :

Teknik menulis rencana untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk


09.00-10.00 Saya hanya peniaga, tetapi adakah saya boleh menulis?
10.00-11.00 Veni Vedi Vici Dunia Majalah
11.00-12.00 Jana Idea dan Pengurusan Maklumat

Tengah hari :

Teknik menulis rencana untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk


12.00-01.00 Promosikan idea & Menghantar Artikel

Petang :

Teknik mengurus perniagaan dari rumah


01.00-02.00 Rehat
02.00-03.00 Merancang Struktur Perniagaan SOHO (Penyediaan Rancangan Perniagaan)
03.00-04.00 Mengurus Perniagaan Dari Rumah (Pejabat, Operasi dan Pemasaran)
04.00-05.00 Merancang Kewangan Perniagaan SOHO (Asas-asas Perakaunan)

Maklumat lanjut dan pendaftaran di Street Smart. Klik di sini
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

 



Lo-Fi Version Time is now: 9th September 2010 - 02:46 PM