|
Malaysia Directories & Information |
![]() ![]() |
Oct 31 2007, 04:41 AM
Post
#1
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 11645 Joined: 26-September 05 From: East Coast....... Member No.: 23046 |
Bismillahir Rahmanir Rahim
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90). Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia dan isteri; Yang Amat Berhormat Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang; Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh Menteri Besar Terengganu; Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor; YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet; Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini. Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan. Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini. Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda. Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi. Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri. YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian, Tugas pemimpin laksana dasar Allah Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat. Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah. Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru. Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara. Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi. Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi "Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38). Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini. YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian, Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini. Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera. Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu. Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui. Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa. Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian. Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian. Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya. Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas. Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas. Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar. Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan. Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama. Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan. Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan: Anak Cina memetik selasih Anyam rotan dibuat timba Tiada yang indah dalam berkasih Mimpikan bulan jatuh ke riba Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan. Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit. Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi. Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni. Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian, Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak. Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok. Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk. Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi. Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini. Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat 'terlepas pandang' dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini. Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh. Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz". Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan. Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara', ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak. "Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya." (Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40). Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan. Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan. Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian. Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu' ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama. Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu. Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah 'pelan indah' yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini. Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian. Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan. Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh. Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka. Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman. Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh. Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah. Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini. Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal 'ubudiyyah' sejak asal kita semua dijadikan. Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah. Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T. Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan. Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa. Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik. Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil. Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini. Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan. Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167). Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran. Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini. Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan. Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri. Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan. Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga. Makan sirih berpinang tidak Buah keranji atas perahu Singgah tidak kenang pun tidak Sampai hati buat tak tahu Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini. Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN) - mr -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 04:56 AM
Post
#2
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 11645 Joined: 26-September 05 From: East Coast....... Member No.: 23046 |
KOMEN PAKCIK KORDI
....Petang kelmarin.. aku hadir dalam majlis perasmian ECER bertempat di Padang Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu Kelantan....Ucapan Nik Aziz memang sinis dan berbisa bagi mereka yang memahaminya Kalau di lihat pada riak wajah pimpinan utama PAS .. mereka ternyata berpuas hati dengan apa yang berlaku petang kelmarin.. Kepercayaan yang di berikan oleh PETRONAS bagi mengatur perjalanan program perasmian ECER merupakan satu penghormatan tertinggi kepada kerajaan Kelantan. Sebenarnya PETRONAS amat bimbang sekiranya majlis itu diserahkan kepada UMNO sepenuhnya..Jika diserahkan pada UMNO nescaya kehadiran orang ramai tidak seramai seperti petang kelmarin.. Hal ini pernah berlaku sewaktu perasmian jambatan Kedua Sultan yahya petra di mana...Kerajaan Pusat tidak menjemput MENTERI besar dalam perasmian tersebut..So langkah yang terbaik ialah menjemput Kerajaan Kelantan bagi mengelakkan majlis pelancaran ECER tidak suram dan mendapat sambutan..Dan ternyata tindakan PETRONAS adalah tepat.. di mana jumlah hadirin adalah yang teramai pernah di hadiri dalam majlis sambutan bersama Pak Lah...Malahan seluruh EXCO kerajaan negeri dan pegawai hadir sama Jangan korang ingat Umno senang dengan situasi ini..Telinga aku nih dengar yang UMNO kelantan amatlah marah dengan tindakan petronas kerana dengan ini memberi satu millieage politic pada PAS..Perkara nih dah lama UMNO bimbang..Perbincangan dengan JPPP pada peringkat awal pun sudah melihatkan rasa tidak puas hati akan kerjasama yang bakal wujud selepas ini... Tetapi...PETRONAS tak pedulik... sebab ini arahan terus dari JPM yang meminta Kerajaan Negeri Kelantan terlibat sama..Memang rasional la kan sebab plan ECER melibatkan Kerajaan Kelantan... Lebih hot lagi.. UMNO Kelantan rasa terkilan dan terhina dengan tindakan Tok Guru membantai diaorang di depan big boss diaorang sendiri...PAK LAh....Tu pasal depa geram sangat sangat..Sebab tu la UMNO Kelantan rasa majlis tu buang masa jer.. dan diaorang marahkan PETRONAS sebab keluar wang berjuta juta kerana berikan IMEJ baik pada kerajaan negeri Kelantan walaupun pada kini PAS ada masalah melibatkan pemimpinnya.. Heran plak aku.. apsal diaorang nih marah tak pasal pasal dengan PETRONAS.. bukankah ini arahan JPM dan big boss JPM adalah Pak Lah sendiri...Ini arahan PAK LAH..Janganlah di pertikai dan teria dengan hati terbuka..Lagipun Annuar Musa dah nyatakan atas kesediaan UMNO bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memajukan Kelantan. -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 06:51 AM
Post
#3
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 14024 Joined: 18-August 06 From: Earth Member No.: 27431 |
TAK KISAH LA tgna BANTAI PAK LAH KE HAPA...itu biasa, inilah yg dilakukan pembangkang selama ini..diberi madu dibalas balik racunn....pasal tu la Pusat tak nak bantu ...tetapi yg penting faedah ECER dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan
-------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 07:16 AM
Post
#4
|
|
|
Advanced Member ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 831 Joined: 28-January 07 From: Kingdom of Heaven Member No.: 33130 |
aku suker dengan ucapan nik aziz ni... molek sungguh susunan bahasanya...
betul lah kata orang... calm words cut deeper -------------------- Ladies Killer has a huge reputation as a ladies man who can charm any female he comes into contact with
|
|
|
|
Oct 31 2007, 07:23 AM
Post
#5
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 11645 Joined: 26-September 05 From: East Coast....... Member No.: 23046 |
AKIBAT TAK TAHAN DENGAN PUKULAN MAUT NIK AZIZ.. INILAH AKIBATNYA....
TIDOR LA....apa lagik ![]() ![]() ADAKAH ANDA RELA MEMBIARKAN DIRI ANDA DI PIMPIN OLEH KAKI TIDUR INI DI KELANTAN..? FIKIR FIKIRKANLAH -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 09:45 AM
Post
#6
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 14024 Joined: 18-August 06 From: Earth Member No.: 27431 |
Dulu ada org itew taruk cukup2 rcgn Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)..cakap mesia nak kena jual kat S'pore
Harakah pun bantai cukup2...apa sudah jadi ... -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 10:32 AM
Post
#7
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1161 Joined: 3-October 03 From: U. Malaya Member No.: 13451 |
aku pun cukup tertarik dengan bahasa2 yang digunakan dalam ucapan tuan guru nik aziz. tersusun, dan sejuk hati membaca. diselitkan dengan firman2 dan hadith. cukup ilmiah.
satu tindakan yang sangat cantik. masa Tun jadi PM, ada ke situasi macam ni berlaku, kerajaan pembangkang diberi peluang macam sekarang ni... ucapan tahniah kepada pak lah dan tuan guru nik aziz. -------------------- AnUM[FONT=Courier][SIZE=7][COLOR=purple]
|
|
|
|
Oct 31 2007, 10:44 AM
Post
#8
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 324 Joined: 24-July 07 From: Kuala Lumpur Member No.: 36894 |
Alhamdulillah...
teks tok guru memang best...bagi mereka yang terasa hati ...buat2la bertaubat.... pak lah...an tok guru... |
|
|
|
Oct 31 2007, 10:53 AM
Post
#9
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 14024 Joined: 18-August 06 From: Earth Member No.: 27431 |
ECER Tutup Dakwaan Kelantan Dipinggirkan
Kota Bharu -- Pemuda UMNO Kelantan menyambut baik langkah kerajaan pusat membawa bersama negeri itu di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) selain kesediaan kerajaan negeri untuk bekerjasama bagi menjayakan projek mega berkenaan yang disifatkan satu prospek besar untuk kemakmuran dan pembangunan rakyat Kelantan Ketua Pemudanya, Dali Hussein berkata projek ECER yang dilancarkan secara rasmi semalam membuktikan keprihatinan kerajaan pusat dalam memajukan negeri tanpa mengira latarbelakang politik tetapi bersandarkan kepentingan rakyat. Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Kelantan khususnya generasi muda agar bersedia untuk merebut peluang yang akan menjelma kelak dalam usaha meningkatkan sumber ekonomi keluarga. "Inilah masanya kita rakyat Kelantan mengambil peluang ini. Kita percaya apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan Pusat itu hanyalah untuk membantu melonjakkan negeri ini setanding dengan kemajuan negeri-negeri lain. "Kepada kerajaan negeri pula, buktikan bahawa mereka juga sanggup mengenepikan fahaman politik untuk berganding bahu dengan kerajaan pusat bagi menjayakan prijek ECR untuk kepentingan bersama”, katanya. Beliau berkata demikian kepada laman webPemdua sebagai mengulas rojek ECER yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah semalam. Sempena pelancaran itu, beliau menyerahkan Pelan Induk ECER kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mengumumkan beberapa inisiatif yang dikenal pasti bagi Kelantan di bawah ECER. Di bawah ECER, Kelantan difokuskan sebagai pusat perdagangan, pembangunan sumber manusia (modal insan), di samping menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan pengeluaran berasaskan pertanian, herba serta ternakan. Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kononnya projek terbabit sebagai modal politik untuk kempen pilihan raya, Dali yang juga Ketua Pemuda Pengkalan Chepa menganggap tuduhan tersebut sebagai bangkrap idea. Tegasnya seperti yang diperkatakan tadi, projek terbabit bertujuan untuk membangunkan negeri Kelantan setanding dengan negeri-negeri lain. "Ini dapat dibuktikan dengan pengakuan terbuka Datuk Seri Abdullah yang menyatakan beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua negeri termasuk negeri Kelantan yang diperintah Pas. "Hargailah keikhlasan Perdana Menteri kita yang merupakan pemimpin utama negara. Ketepikan seketika pemikiran sempit seperti ini demi kemajuan bersama", ujarnya. Ini menunjukkan keikhlasan Kerajaan diterajui oleh Pak Lah -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 10:57 AM
Post
#10
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1161 Joined: 3-October 03 From: U. Malaya Member No.: 13451 |
ya, tahniah kepada pak lah. yang membawa pembaharuan kepada pilitik tanah air.
-------------------- AnUM[FONT=Courier][SIZE=7][COLOR=purple]
|
|
|
|
Oct 31 2007, 11:06 AM
Post
#11
|
|
![]() Advanced Member ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 971 Joined: 9-March 06 Member No.: 24563 |
Kalau macam tu rakyat Kelantan tak perlu la tukar kerajaan pimpinan PAS.
Rakyat Ganu pun boleh pilih kerajaan pimpinan PAS. Sebab kita semua dah ada Perdana Menteri yg ikhlas untuk semua parti politik. Heheheh -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 11:11 AM
Post
#12
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 14024 Joined: 18-August 06 From: Earth Member No.: 27431 |
Kalau macam tu rakyat Kelantan tak perlu la tukar kerajaan pimpinan PAS. Rakyat Ganu pun boleh pilih kerajaan pimpinan PAS. Sebab kita semua dah ada Perdana Menteri yg ikhlas untuk semua parti politik. Heheheh Terpulang pada rakyat Kelantan atau Tganu ...ini untuk masa depan mereka ..pandai2 la memilih kerajaan
-------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 11:14 AM
Post
#13
|
|
|
Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 1161 Joined: 3-October 03 From: U. Malaya Member No.: 13451 |
tugas pembangkang sebagai check and balance. so, bagus kalau ada mana2 negeri ditadbir bawah pembangkang. at least, pembangkang ada lebih kerusi di parlimen.
-------------------- AnUM[FONT=Courier][SIZE=7][COLOR=purple]
|
|
|
|
Oct 31 2007, 11:28 AM
Post
#14
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 14024 Joined: 18-August 06 From: Earth Member No.: 27431 |
tugas pembangkang sebagai check and balance. so, bagus kalau ada mana2 negeri ditadbir bawah pembangkang. at least, pembangkang ada lebih kerusi di parlimen. Terpulang gak...pilih mana yg baik .. -------------------- ![]() |
|
|
|
Oct 31 2007, 11:46 AM
Post
#15
|
|
![]() Super Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 5614 Joined: 16-February 06 From: Key Ell Member No.: 24282 |
Kalau aku umpamakan parti politik ni orang.....
nampak gaya cam ucapan seorang yang nak control macho..... kiranya bleh berdikarila... walaupun apa yang diberi tak ditolak..... kih.. kih.. kih... ups... kang ade yang marah lak kang..... aku pi kat tread cinta dan soal hati ajela |
|
|
|
Oct 31 2007, 12:28 PM
Post
#16
|
|
![]() Superb Member Group: Members Posts: 18051 Joined: 11-December 04 From: Over The Hills and Far Away Member No.: 20377 |
best. wpun aku takde kat situ, tp boleh imagine nada dan suara Tuk Guru. Lembut tapi tegas, seperti dlm kaset mengajar (ceramah agama) dan khutbah jumaat beliau.
-------------------- hidup itu pasti, mati itu pasti
dunia itu pasti, syurga dan neraka itu juga pasti yang mati sudah pergi, yang hidup muhasabah lah diri semoga bertemu kebenaran yang hakiki dan tidak menyesal di kemudian hari di kala dunia dan seluruh isi nya tidak berguna lagi |
|
|
|
Oct 31 2007, 01:29 PM
Post
#17
|
|
|
Superb Member Group: Members Posts: 55989 Joined: 9-December 03 Member No.: 14593 |
meluat aku tengok paklah dok promote jeanne dia aja...apa2 semua jeanne...nampak tak profesional pak lah ni...
-------------------- who made the decision dare not face the problem? Why run away? |
|
|
|
Oct 31 2007, 01:42 PM
Post
#18
|
|
|
Member ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 244 Joined: 1-June 05 Member No.: 22018 |
Yang tak snang duduk skang ni hadi bawang, since nik aziz ngan pak lah bleh compromise each other. Bih la ko hadi bawang besor. Busuk la ko slepas nih.
-------------------- What it takes..
|
|
|
|
Oct 31 2007, 03:13 PM
Post
#19
|
|
![]() Senior Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 2366 Joined: 20-February 06 From: Depan umah hang.. Member No.: 24323 |
TAK KISAH LA tgna BANTAI PAK LAH KE HAPA...itu biasa, inilah yg dilakukan pembangkang selama ini..diberi madu dibalas balik racunn....pasal tu la Pusat tak nak bantu ...tetapi yg penting faedah ECER dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan ler... nasihat dengan bantai pun tak boleh nak beza? saluran dah betul.. tuturkata pun dah molek. gunakan ayat maki @ bahasa keras pun salah, bahasa lembut pun salah? tak boleh ditegur ke? -------------------- A patriot must always be ready to defend his country against his government. (Edward Abbey)
|
|
|
|
Oct 31 2007, 03:17 PM
Post
#20
|
|
![]() Super Member ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 5457 Joined: 17-July 02 From: सुप्रीम कोर्ट ने उच्च Member No.: 2688 |
Untuk kata TG Nik Aziz tu membelasah Pak Lah amatlah tak wajar bagi aku..
Tapi TG Nik Aziz menjalan tugasnya sbg umat Islam untuk ingat mengingati, pesan memesan.. (Watawa soubilhaq watawa soubissobr) -------------------- ![]() Melayu Hanya Selamat Apabila Kuat dan Kuat Bila Bersatu Padu -- Dato Onn Jaafar "Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!" - Tun Dr. Mahathir Mohamad - 21hb Mac, 2008 "Maka satu kemalangan…yang dirasai oleh orang Melayu ialah yang dibawa oleh Harold MacMichael. Tatkala itu orang Melayu belum lagi bersuara atau membantah. Maka umat Melayu Kedahlah yang kuat sekali membantah pada masa itu. Hingga akhirnya hal ini telah merebak ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pendirian orang Kedah sudah mashyur iaitu pendirian untuk kebebasan. Saya sangatlah berasa sombong kerana orang Kedah ialah tulang belakang umat Melayu Semenanjung." - Dato Onn Jaafar |
|
|
|
![]() ![]() |
| Lo-Fi Version | Time is now: 9th September 2010 - 02:54 PM |