Mesra.net - Malaysia Directories & Information
    Malaysia Directories & Information


Welcome Guest ( Log In | Register )

11 Pages V   1 2 3 > »   
Reply to this topicStart new topic
> Lim Guan Eng Azam Jadikan Umar Abdul Aziz Sebagai Contoh.., DAP & Cina Semakin Faham ISLAM Setelah Bersama PAS dalam PR
Edirossa
post Apr 15 2008, 11:38 PM
Post #1


Superb Member
Group Icon

Group: Asst. Administrator
Posts: 38024
Joined: 23-February 04
From: Kuala Lumpur
Member No.: 16240



...harap Pas dan pencinta2 Islam dapat gunakan peluang kemenangan PR yg Allah berikan ini untuk mendekati mereka dan memberikan kefahaman kpd mereka yg selama 50 tahun ini UMNO gagal menjalankan tanggungjawab ini. Bukan kita harapkan mereka memeluk Islam (kalau mereka memeluk Islam, alhamdulillah) tapi sekurang-kurangnya mereka faham keadilan dan keindahan Islam sebenar. Bila dah ada kefahaman, peluang menegakkan Islam akan lebih terbuka luas.


Jadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh, Kelantan ucap tahniah kepada Lim Guan Eng
Salmah Mat Husain
Mon | Apr 14, 08 | 1:09:11 pm MYT


KOTA BHARU, 14 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukannya dalam memerintah negeri.

Menurutnya, walaupun Guang Eng bukan orang Islam, namun kerana ilmu yang ada padanya, beliau ingin jadikan khalifah yang masyhur itu sebagai ?idola?nya dalam pentadbirannya agar semua rakyat di negeri itu mendapat pembelaan dan kebajikan.

Baihaqi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Lim Guan Eng secara terbuka yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model untuk dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat kepada hampir 300 orang rombongan pelawat dari empat buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

"Walaupun dia (Lim Guang Eng) bukan orang Islam, namun hasil pembacaan dan penelitiannya beliau berhasrat untuk meniru pentadbiran Umar khususnya dari segi amanah, kebajikan.

"Ia merupakan satu sikap yang amat baik dan perlu diteladani oleh pemimpin Islam itu sendiri, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Guan Eng di atas hasratnya sedemikian,? ujarnya lagi.

Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berharap Ketua Menteri Pulau Pinang itu melaksanakan apa yang dijanjikannya sekiranya beliau ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat khususnya masyarakat Islam.

Sambungnya, sebagaimana masyarakat bukan Islam menghormati dan menyayangi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana sikap kepimpinannya yang tidak meminggirkan golongan minoriti di negeri itu, dalam masa yang sama diharap umat Islam di negeri itu juga mendapat layanan yang sama.

"Namun saya berkeyakinan, saudara Lim akan melaksanakannya, apa lagi menerusi Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di empat negeri untuk menjaga kebajikan rakyat," ujarnya lagi.

Menyentuh Pakatan Rakyat pula beliau berharap semua pimpinan di empat negeri dapat memberikan contoh terbaik pada rakyat seluruhnya agar rakyat dapat menilai sendiri tentang keadilan yang terdapat dalam Pakatan itu.

Tambahnya, apa yang penting perpaduan dalam Pakatan Rakyat hendaklah jitu di samping menghormati pandangan di antara satu sama lain.

Terdahulu ketika menyampaikan taklimat kepada rombongan pelawat berkenaan, Baihaqi berharap semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk Kelantan menjaga kebajikan rakyat sebaik mungkin.

Sambungnya, rakyat tidak perlukan pembangunan duniawi semata-mata, sebaliknya mereka terlalu mengharapkan keperihatinan kerajaan untuk mereka.

"Pembangunan sudah terlalu banyak terutama di Selangor, Pulau Pinang, namun apa yang rakyat inginkan sekarang ialah pembelaan atau 'cakno' terhadap mereka yang tidak diperolehi dari kerajaan terdahulu," ujarnya.

Pada majlis itu juga beliau turut mengucapkan tahniah di atas kesudian mereka masih memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan.

Jelasnya, walaupun empat negeri lagi telah dikuasai pembangkang, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak, namun pelawat masih memilih Kelantan untuk dilawati. - mns


--------------------
Senyum itu penawar duka....

Go to the top of the page
 
+Quote Post
Edirossa
post Apr 15 2008, 11:47 PM
Post #2


Superb Member
Group Icon

Group: Asst. Administrator
Posts: 38024
Joined: 23-February 04
From: Kuala Lumpur
Member No.: 16240



Lim Guan Eng Tak Sanggup Gunakan RM100K Duit Rakyat Utk Baiki Rumah
Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Mar 17, 08 | 5:59:13 am MYT


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.

"Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

"Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald," kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.

Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan".

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.

Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.

"Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'

"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.

Walaupun perkara itu bukanlah perkara baru baginya, memandangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 memilih kehidupan yang sederhana, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu, Naib Presiden PAS itu tetap merasa bangga dengan sikap sederhana dan rendah diri Lim itu.

"Saya bangga kerana dia takut nak belanja wang rakyat RM100 ribu sedangkan Perdana Menteri gasak sehingga RM15.81 juta untuk ubahsuai kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya.

"Saya yakin, Menteri-Menteri Besar kita yang lain (dari PAS dan KeADILan) juag akan memilih jalan kehidupan yang sederhana yang sama seperti dua Tok Guru kita, jauh lagilah menyalahgunakan harta kerajaan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, kata-kata pertama Lim semasa mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 Komtar ialah: "Saya rasa seperti melangkah masuk ke kandang singa".

"Saya tidak menyangka dapat duduk di kerusi ketua menteri ini kerana pernah dipenjarakan. Ia merupakan transformasi sebenarnya dan pengalaman baru bagi saya," Bernama memetik Lim.

Sebelum mengangkat sumpah, Lim berkata beliau dapati lebih ramai pemberita menghadiri sidang akhbarnya sekarang dan "saya diterangi lampu-lampu kamera".

Dalam kenyataan kemenangannya, Lim berkata, "Kami gembira dengan kemenangan ini dan berjanji tidak akan mengecewakan penduduk Pulau Pinang.

"Kami mahu menegaskan bahawa kerajaan baru adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum. Kami ada bersikap adil, saksama dan tidak mendiskriminasikan mana-mana kumpulan - memberi bantuan kepada semua yang memerlukan.

"Penduduk Pulau Pinang yang berbakat akan mendapat peluang saksama daripada gabungan parti pembangkang itu yang disatukan menerusi kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kekaksamaan politik dan keadilan sosioekonomi," katanya sambil mengesa orang ramai supaya "menghormati hasrat rakyat".


--------------------
Senyum itu penawar duka....

Go to the top of the page
 
+Quote Post
artakusz
post Apr 16 2008, 12:06 AM
Post #3


Superb Member
Group Icon

Group: Members
Posts: 14000
Joined: 5-October 02
From: Aurora - Kota Arialun
Member No.: 4165



nak tunggu dan lihat ... kalau saudara Lim Guan Eng boleh maintain harta dan perbelanjaan macam TGNA, mmg malu lah orang2 PAS sendiri. Org UMNO tosah cerita la,mmg tak reti malu pon...


--------------------

Thanx To All MESRAians,5 Years 4 month with 14000 posts,till we meet again.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
kharis
post Apr 16 2008, 07:08 AM
Post #4


Junior Member
**

Group: Members
Posts: 69
Joined: 13-August 07
From: KL
Member No.: 37333



kalau kita pegi tanya kat org umno siapa Khalifah Umar Abdul Aziz ni....bukan diorang kenal pun....
Go to the top of the page
 
+Quote Post
creep
post Apr 16 2008, 07:41 AM
Post #5


Member
***

Group: Members
Posts: 255
Joined: 23-March 08
Member No.: 43358



hehehe pandai guan eng nak pulih kan ikatan dgn PAS. TAHNIAH! sebut jer nak jadikan contoh korang semua pun TAKBIR!!! hehehehe apa nak buat dah itu sikap korang, kalau kaum fanatik buat statement semua takbir!! takbirr!!!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
adlertag
post Apr 16 2008, 08:30 AM
Post #6


Super Member
******

Group: Members
Posts: 7057
Joined: 21-April 03
From: UUM Sintok, Kedah,Johor,Malaysia
Member No.: 9184



Aku tengok DAP sekarang ni sonyap ajo.....terlalu sonyap cam gunung berapi. Adakah ini tanda kesederhanaan ala Khalifah Islam mereka atau tanda ribut taufan bakal melanda?

Seolah olah mereka hanya lihat je PKR-BN-PAS bertempur sesama sendiri dan menunggu peluang muncul.


--------------------
MY HONOR IS CALLED LOYALTY

For Allah, King and Country!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
hazrat
post Apr 16 2008, 08:46 AM
Post #7


Advanced Member
****

Group: Members
Posts: 971
Joined: 21-February 08
Member No.: 42507



QUOTE(creep @ Apr 16 2008, 07:41 AM) *
hehehe pandai guan eng nak pulih kan ikatan dgn PAS. TAHNIAH! sebut jer nak jadikan contoh korang semua pun TAKBIR!!! hehehehe apa nak buat dah itu sikap korang, kalau kaum fanatik buat statement semua takbir!! takbirr!!!

ayat standart UMNO totok x skolah punya stail ni..


--------------------
PAS
Go to the top of the page
 
+Quote Post
yushida03
post Apr 16 2008, 09:04 AM
Post #8


Superb Member
Group Icon

Group: Members
Posts: 18043
Joined: 11-December 04
From: Over The Hills and Far Away
Member No.: 20377



ok ler tu.

melihat secara positif tanpa sebarang prasangka politik what-so-ever, sebagai iktibar kita yg Islam ni perlu segan lah kalu Lim Guan Eng yg kafir (bukan Islam, kafir la kan) tu boleh jadikan Umar Abdul Aziz sbg idola.

kita?


--------------------
hidup itu pasti, mati itu pasti
dunia itu pasti, syurga dan neraka itu juga pasti
yang mati sudah pergi, yang hidup muhasabah lah diri
semoga bertemu kebenaran yang hakiki
dan tidak menyesal di kemudian hari
di kala dunia dan seluruh isi nya tidak berguna lagi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WQJ LC
post Apr 16 2008, 09:49 AM
Post #9


Super Member
******

Group: Members
Posts: 7529
Joined: 7-August 07
From: rwang,slngor
Member No.: 37187



islam menggalakkan kita berprasangka baik terhadap sumer manusia...


--------------------
"Sesiapa yang menyayangi insan lain, selamanya dia akan disayangi. Sesiapa yang menghormati insan lain, selamanya dia akan dihormati."

Go to the top of the page
 
+Quote Post
Pakcik_Kordi
post Apr 16 2008, 12:05 PM
Post #10


Superb Member
Group Icon

Group: Members
Posts: 11645
Joined: 26-September 05
From: East Coast.......
Member No.: 23046



Bung Nuar jadikan saper sebagai Idola?


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
revolt
post Apr 16 2008, 12:15 PM
Post #11


Super Member
******

Group: Members
Posts: 8252
Joined: 5-December 06
From: PuRe K.L. No HoMeToWN
Member No.: 30992



QUOTE(Pakcik_Kordi @ Apr 16 2008, 12:05 PM) *
Bung Nuar jadikan saper sebagai Idola?


Pakcik Kordi.. sleep.gif


--------------------
eXPeCT THe uNeXPeCTeD

http://www.mymesra.net.my/forum
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Pakcik_Kordi
post Apr 16 2008, 12:35 PM
Post #12


Superb Member
Group Icon

Group: Members
Posts: 11645
Joined: 26-September 05
From: East Coast.......
Member No.: 23046



QUOTE(revolt @ Apr 16 2008, 12:15 PM) *
QUOTE(Pakcik_Kordi @ Apr 16 2008, 12:05 PM) *
Bung Nuar jadikan saper sebagai Idola?


Pakcik Kordi.. sleep.gif



orang popesional...biasa la kan sleep.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Dai-Chen
post Apr 16 2008, 04:24 PM
Post #13


Senior Member
*****

Group: Members
Posts: 3273
Joined: 3-March 08
From: Malaysia
Member No.: 42803



QUOTE(adlertag @ Apr 16 2008, 08:30 AM) *
Aku tengok DAP sekarang ni sonyap ajo.....terlalu sonyap cam gunung berapi. Adakah ini tanda kesederhanaan ala Khalifah Islam mereka atau tanda ribut taufan bakal melanda?

Seolah olah mereka hanya lihat je PKR-BN-PAS bertempur sesama sendiri dan menunggu peluang muncul.



aku rasa, pertarungan yang jelas adalah antara PKR-UMNO-PAS....bukan BN...

jangan kita cerita tentang DAP semata2...kena lihat gak MCA, MIC dan Gerakan yang ketika ini kononnya mengambil pendekatan pasif...tapi tatau pasif depa tu sebab "hibernasi" atau sebab lain...

dan jangan lupa betapa senyapnya kayveas dan PPP skang...

p/s - org melayu banyak musuh dalam selimut...tapi tak sedo2 lagi...


--------------------


Cinta bukan bagaimana untuk menjadi pasangan yang "sempurna" bagi seseorang, tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri dan kerana kehadirannya itu yang buat kamu jadi sempurna...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Edirossa
post Apr 17 2008, 12:37 PM
Post #14


Superb Member
Group Icon

Group: Asst. Administrator
Posts: 38024
Joined: 23-February 04
From: Kuala Lumpur
Member No.: 16240



Sepatutnya Umno terlebih dahulu contohi Umar Abdul Aziz - Salahuddin
Mohd Sabri Said
Thu | Apr 17, 08 | 11:30:46 am MYT


GEORGETOWN, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh jadi ketua kerajaan terpuji jika mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam usaha melaksanakan dasar kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob berkata, kenyataan Lim Guan Eng memperlihatkan kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan rasuah, penyelewengan dan kronisme dijauhi sebagaimana dilakukan oleh pengtadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz.

"Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengejutkan banyak pihak kerana beliau bukan Islam. Sepatutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menguasai pengtadbiran negeri lain terlebih dahulu berpandangan macam tu," tegasnya ketika berceramah di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam.

Menurutnya, kenyataan Guan Eng itu juga mempelak sikap kepimpinan Umno yang nyata mengamalkan rasuah dalam pentadbiran yang dikuasainya.

Sekarang ini ujarnya, bila memperolehi kuasa hasil kepercayaan rakyat kebanyakan kepimpinan Umno lupa diri dengan asyik mencari kekayaan sehingga melupai tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat.

Ada pula sambung Salahuddin, menghilangkan diri sama ada ke Kuala Lumpur atau menjadi wakil pemaju menentang usaha penduduk yang mahu mendapat keadilan.

"Kepimpinan Umno kena meniru langkah yang bakal disusun oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membaiki pengtadbiran yang dulunya dipenuhi salah guna kuasa," tambah beliau di hadapan ribuan hadirin.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat katanya, merupakan Menteri Besar paling bersih sepanjang pemerintahan selama 18 tahun berbanding negeri dikuasai BN.

Terengganu sendiri jelas beliau, setelah BN berjaya merampas dari PAS pada pilihan raya umum 2004 banyak penyelewengan berlaku dipercayai diketuai Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Idris Jusuh sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan bila tiba hendak mengetuai kerajaan BN selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Dato' Seri Idris Jusuh kini tidak lagi dihormati bukan kerana tidak dilantik sebagai Menteri Besar malahan kerana faktor selalu mengamalkan rasuah ketika memegang tampuk pemerintahan," katanya dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Ketua Dewan




--------------------
Senyum itu penawar duka....

Go to the top of the page
 
+Quote Post
lilitserbanatasp...
post Apr 17 2008, 12:47 PM
Post #15


Super Member
******

Group: Members
Posts: 5457
Joined: 17-July 02
From: सुप्रीम कोर्ट ने उच्च
Member No.: 2688



Bukan susah sangat nak beli jiwa orang Melayu ni..


--------------------


Melayu Hanya Selamat Apabila Kuat dan Kuat Bila Bersatu Padu -- Dato Onn Jaafar

"Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!" - Tun Dr. Mahathir Mohamad - 21hb Mac, 2008

"Maka satu kemalangan…yang dirasai oleh orang Melayu ialah yang dibawa oleh Harold MacMichael. Tatkala itu orang Melayu belum lagi bersuara atau membantah. Maka umat Melayu Kedahlah yang kuat sekali membantah pada masa itu. Hingga akhirnya hal ini telah merebak ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pendirian orang Kedah sudah mashyur iaitu pendirian untuk kebebasan. Saya sangatlah berasa sombong kerana orang Kedah ialah tulang belakang umat Melayu Semenanjung." - Dato Onn Jaafar
Go to the top of the page
 
+Quote Post
lilitserbanatasp...
post Apr 17 2008, 12:48 PM
Post #16


Super Member
******

Group: Members
Posts: 5457
Joined: 17-July 02
From: सुप्रीम कोर्ट ने उच्च
Member No.: 2688



Bukan susah sangat nak beli jiwa orang Melayu ni..


--------------------


Melayu Hanya Selamat Apabila Kuat dan Kuat Bila Bersatu Padu -- Dato Onn Jaafar

"Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!" - Tun Dr. Mahathir Mohamad - 21hb Mac, 2008

"Maka satu kemalangan…yang dirasai oleh orang Melayu ialah yang dibawa oleh Harold MacMichael. Tatkala itu orang Melayu belum lagi bersuara atau membantah. Maka umat Melayu Kedahlah yang kuat sekali membantah pada masa itu. Hingga akhirnya hal ini telah merebak ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pendirian orang Kedah sudah mashyur iaitu pendirian untuk kebebasan. Saya sangatlah berasa sombong kerana orang Kedah ialah tulang belakang umat Melayu Semenanjung." - Dato Onn Jaafar
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Dai-Chen
post Apr 17 2008, 01:21 PM
Post #17


Senior Member
*****

Group: Members
Posts: 3273
Joined: 3-March 08
From: Malaysia
Member No.: 42803



QUOTE(lilitserbanataspala @ Apr 17 2008, 12:48 PM) *
Bukan susah sangat nak beli jiwa orang Melayu ni..



dan bukan senang gak UMNO nak beli jiwa org cina dan india...banyak benda abis kat depa je sampai tanah2 org melayu pun tergadai...sampai satu kawasan UMNO kat lenggong pun terpaksa bagi kat Gerakan...

p/s - tertarik satu artikel dalam harakahdaily ari ni. dia kata patutnya UMNO dulu keluarkan statement contohi umar abd aziz tu, bukannya LGE.

hehehe...tak kira la LGE tu nak "rasuah" org melayu ke apa ke, pemimpin UMNO yang ngaku Islam tu kena revamp balik pemikiran mereka dulu..


--------------------


Cinta bukan bagaimana untuk menjadi pasangan yang "sempurna" bagi seseorang, tetapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri dan kerana kehadirannya itu yang buat kamu jadi sempurna...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
lilitserbanatasp...
post Apr 17 2008, 02:18 PM
Post #18


Super Member
******

Group: Members
Posts: 5457
Joined: 17-July 02
From: सुप्रीम कोर्ट ने उच्च
Member No.: 2688



Kalo contoh tu diambil kira...

Sebenarnya UMNO menghormati Kontrak Sosial..
Kalo nak diikutkan MIC langsung xdapat kerusi...

Tapi atas dasar menghormati kontrak sosial, UMNO banyak mengalah sampaikan tergadai..



--------------------


Melayu Hanya Selamat Apabila Kuat dan Kuat Bila Bersatu Padu -- Dato Onn Jaafar

"Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!" - Tun Dr. Mahathir Mohamad - 21hb Mac, 2008

"Maka satu kemalangan…yang dirasai oleh orang Melayu ialah yang dibawa oleh Harold MacMichael. Tatkala itu orang Melayu belum lagi bersuara atau membantah. Maka umat Melayu Kedahlah yang kuat sekali membantah pada masa itu. Hingga akhirnya hal ini telah merebak ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pendirian orang Kedah sudah mashyur iaitu pendirian untuk kebebasan. Saya sangatlah berasa sombong kerana orang Kedah ialah tulang belakang umat Melayu Semenanjung." - Dato Onn Jaafar
Go to the top of the page
 
+Quote Post
arwenia
post Apr 17 2008, 02:24 PM
Post #19


Super Member
******

Group: Members
Posts: 7436
Joined: 13-December 06
Member No.: 31309



perlukah keluarkan statement demi statement..? tp pelaksanaannya?? belum tntu lagi..


--------------------


"You're nobody until you're talked about."
| Burn Notice | Dollhouse | Gossip Girl | Supernatural | Leverage | Dirty Sexy Money | So You Think You Can Dance | Ugly Betty |
Go to the top of the page
 
+Quote Post
lilitserbanatasp...
post Apr 17 2008, 02:48 PM
Post #20


Super Member
******

Group: Members
Posts: 5457
Joined: 17-July 02
From: सुप्रीम कोर्ट ने उच्च
Member No.: 2688



QUOTE(arwenia @ Apr 17 2008, 02:24 PM) *
perlukah keluarkan statement demi statement..? tp pelaksanaannya?? belum tntu lagi..


hang ni arwenia... kan mummayiz lagi.. gelojoh betoi laa hang ni..

Dia mcm kat sini laa jugak... sibuk dok bukak topik .. sibuk dok paste artikel..
tapi tulisan peribadii xdak langsung... bila org kritik buat senyap..
bila jumpak artikel yang menyebelah dia... paste lagik...

buhsan betoi...


--------------------


Melayu Hanya Selamat Apabila Kuat dan Kuat Bila Bersatu Padu -- Dato Onn Jaafar

"Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!" - Tun Dr. Mahathir Mohamad - 21hb Mac, 2008

"Maka satu kemalangan…yang dirasai oleh orang Melayu ialah yang dibawa oleh Harold MacMichael. Tatkala itu orang Melayu belum lagi bersuara atau membantah. Maka umat Melayu Kedahlah yang kuat sekali membantah pada masa itu. Hingga akhirnya hal ini telah merebak ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pendirian orang Kedah sudah mashyur iaitu pendirian untuk kebebasan. Saya sangatlah berasa sombong kerana orang Kedah ialah tulang belakang umat Melayu Semenanjung." - Dato Onn Jaafar
Go to the top of the page
 
+Quote Post

11 Pages V   1 2 3 > » 
Reply to this topicStart new topic
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

 



Lo-Fi Version Time is now: 10th February 2010 - 03:05 AM