Selain tu boleh rujuk disini utk keterangan lebih lanjut:
Keterangan tentang syiahwikipedia pun ada skitsyiahkenapa saya keluar dari syiahantara isi kandungan :
..................................................
Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Jafar al-Sadiq daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w. (Allah meredai mereka semua).
Syiah juga tidak menerima hadith-hadith Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah al-Rasyidin (kecuali Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru bin al-As. Apa yang mereka terima ialah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Ahli Bait. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita', hal. 149:
..................................................
Syiah meyakini para sahabat telah murtad, dengan demikian kedudukan mereka sebagai perawi hadith adalah tidak adil. Perkara ini bertentangan dengan al-Quran dan Hadith-hadith sohih kerana al-Quran sendiri telah menyebut para sahabat adalah adil dan diberi pujian yang tinggi. Oleh yang demikian segala periwayatan yang dibawa oleh mereka hendaklah diterimapakai dan dihayati oleh seluruh umat Islam sepanjang zaman.
.................................................
vii. Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji
Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi.Ibrahim hal. 55:
Ja:fari: Islam bukanlah syarat wajibnya haji.
ULASAN
Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith. Telah jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah',"
.......................................................
c) Sayid Hussain al-Musawi juga membongkarkan bagaimana Syi'ah menghalalkan perzinaan dengan menggunakan Nikah Mut'ah, bagaimana perempuan diperlakukan sebagai objek memuaskan hawa nafsu atas nama Mut'ah. Sungguh menjijikan sekali. Yang paling menggemparkan kisah Nikah Mut'ah Ayatollah Khomeini al-Musawi dengan kanak-kanak bawah umur dan apakah pandangan Ulama' syi'ah akan hal ini? Bagaimana pula melakukan adengan Homoseks dengan kanak-kanak lelaki yang masih belum tumbuh janggutnya dan kumisnya. Beliau juga membawa Riwayat dari Amirul Mukminin Saidina Ali RA yang
menyatakan bahawa Mut'ah telah diharamkan pada hari Khaibar. Semua pendedahan ini diambil dari sumber Syi'ah sendiri!
Wallahualam