Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Cara2 Mengurus Jenazah(muslim)
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
kerbau75 o:{
cara mengurus jenazah lelaki dan perempuan nie same ke? bagaimane kalu simati tu terlibat dlm kemalangan (rentung or mayat hancur) ,pembunuhan or kot2 ade yg ter bunuh diri ke? and kalu ade kes seperti missing means that tuan badan hilang di laut or mane2 la tapi dianggap dah meninggal. kes nie macam mane pulak nak handle? unsure.gif
ouyangfeng
QUOTE(kerbau75 o:{ @ Apr 30 2010, 12:39 PM) *
cara mengurus jenazah lelaki dan perempuan nie same ke? bagaimane kalu simati tu terlibat dlm kemalangan (rentung or mayat hancur) ,pembunuhan or kot2 ade yg ter bunuh diri ke? and kalu ade kes seperti missing means that tuan badan hilang di laut or mane2 la tapi dianggap dah meninggal. kes nie macam mane pulak nak handle? unsure.gif

secara umumnya, ianya sama sahaja. semuanya kena dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikuburkan. cuma ada perbezaan cara pengurusan jenazah lelaki dan perempuan ini dalam sesetengah perkara.

bagi mayat yg hancur atau rentung, maka bezanya adalah pada memandikan. iaitu mayat itu tidak dimandikan, sebaliknya ditayammumkan (menggunakan debu yg suci). bagi yg terbunuh atau membunuh diri, pengurusannya sama macam mayat biasa. kalau mayat hilang, maka tidaklah dilakukan pengurusan mayat. cuma boleh solat jenazah ghaib angel.gif
kerbau75 o:{
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 30 2010, 06:11 PM) *

ape beza nye?

debu suci tu yg macam mane tu?

solat jenazah ghaib? err..macam mane care nye?

dlm bab pengkebumian/burial procedure la... ade tak beza bagi mereka yg mati secare natural causes dan yg committed suicide?

ouyangfeng
QUOTE(kerbau75 o:{ @ May 1 2010, 11:42 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 30 2010, 06:11 PM) *
secara umumnya, ianya sama sahaja. semuanya kena dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikuburkan. cuma ada perbezaan cara pengurusan jenazah lelaki dan perempuan ini dalam sesetengah perkara.

ape beza nye?

cthnya masa memandikan, sebaiknya yg memandikan adalah ahli keluarga (anak memandikan mak ayah, suami memandikan isteri, isteri memandikan suami). kalau tiada ahli keluarga yg pandai, maka boleh minta org lelaki untuk memandikan jenazah lelaki, org perempuan utk memandikan jenazah perempuan.

jenazah lelaki dikafan dengan 3 helai kain, manakala jenazah wanita dikafankan dgn 5 lapis kain.

bagi jenazah lelaki, kedudukan imam adalah di kepala jenazah manakala bagi jenazah wanita , kedudukan imam adalah si pinggang. tapi ini bukan syarat sah solat jenazah. cuma panduan ulamak sahaja.

begitu juga niat solat jenazah wanita adalah berbeza dengan niat solat jenazah lelaki.

QUOTE
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 30 2010, 06:11 PM) *
bagi mayat yg hancur atau rentung, maka bezanya adalah pada memandikan. iaitu mayat itu tidak dimandikan, sebaliknya ditayammumkan (menggunakan debu yg suci). bagi yg terbunuh atau membunuh diri, pengurusannya sama macam mayat biasa. kalau mayat hilang, maka tidaklah dilakukan pengurusan mayat. cuma boleh solat jenazah ghaib angel.gif

debu suci tu yg macam mane tu?

solat jenazah ghaib? err..macam mane care nye?

dlm bab pengkebumian/burial procedure la... ade tak beza bagi mereka yg mati secare natural causes dan yg committed suicide?

debu suci adalah debu yg digunakan untuk tayammum iaitu debu yg belum tercemar dengan najis, campuran bahan lain (spt simen, kapur dsb).

caranya sama mcm solat jenazah biasa. bezanya cuma mayat tiada di depan imam / org yg bersolat jenazah.

pengebumian sama ada bagi jenazah yg mati secara biasa atau membunuh diri adalah sama saja. angel.gif
kerbau75 o:{
QUOTE(ouyangfeng @ May 2 2010, 12:06 AM) *
cthnya masa memandikan, sebaiknya yg memandikan adalah ahli keluarga (anak memandikan mak ayah, suami memandikan isteri, isteri memandikan suami). kalau tiada ahli keluarga yg pandai, maka boleh minta org lelaki untuk memandikan jenazah lelaki, org perempuan utk memandikan jenazah perempuan.

jenazah lelaki dikafan dengan 3 helai kain, manakala jenazah wanita dikafankan dgn 5 lapis kain.

bagi jenazah lelaki, kedudukan imam adalah di kepala jenazah manakala bagi jenazah wanita , kedudukan imam adalah si pinggang. tapi ini bukan syarat sah solat jenazah. cuma panduan ulamak sahaja.

begitu juga niat solat jenazah wanita adalah berbeza dengan niat solat jenazah lelaki.

mengape ade nye beza dgn bilangan helaian kain kafan nie? pardon.gif
ouyangfeng
QUOTE(kerbau75 o:{ @ May 2 2010, 12:34 AM) *

untuk melindungi daripada ternampak bentuk badan jenazah wanita...sbb itu lapisan kain lebih sikit, supaya menjadi tebal angel.gif
kerbau75 o:{
QUOTE(ouyangfeng @ May 2 2010, 12:37 AM) *
untuk melindungi daripada ternampak bentuk badan jenazah wanita...sbb itu lapisan kain lebih sikit, supaya menjadi tebal angel.gif

oops.gif Oooo ic ic...logic jugak tu..tak terpikir la bab tu awal2...ingatkan ade ape2 maksud tersirat dgn jumlah bilangan kain tu tadi... pardon.gif thanks
kerbau75 o:{
unsure.gif bagaimane pulak kalu jenazah tu wanita yg mengandung...lets say 5 or 6 bulan mengandung la...macam mane carenye nak handle tu?.. pardon.gif
ouyangfeng
QUOTE(kerbau75 o:{ @ May 5 2010, 10:19 PM) *
unsure.gif bagaimane pulak kalu jenazah tu wanita yg mengandung...lets say 5 or 6 bulan mengandung la...macam mane carenye nak handle tu?.. pardon.gif

sama sahaja seperti urusan jenazah yg biasa. cuma, ukuran kain kafan itu dilebarkan sikit supaya dapat menutup tubuh jenazah tersebut dengan sempurna. angel.gif
tiket
solat mayat ghaib kalau tetibe mayat tu rupenye hidup lg balik umah semula cane?
ouyangfeng
QUOTE(tiket @ May 6 2010, 01:03 AM) *

maka sila la jamu beliau makan dan ucapkan tahniah sbb beliau masih lagi hidup angel.gif
tiket
QUOTE(ouyangfeng @ May 6 2010, 01:07 AM) *
QUOTE(tiket @ May 6 2010, 01:03 AM) *
solat mayat ghaib kalau tetibe mayat tu rupenye hidup lg balik umah semula cane?

maka sila la jamu beliau makan dan ucapkan tahniah sbb beliau masih lagi hidup angel.gif

tak... itu hantu jelmaan beliau sebenarnya, mayat berjalan pulang sleep.gif
melo melo
lain hal pula kalo memandikan mayat penghidap HIV/AIDS...
nak kena biar cukup perlindungan untuk orang yang memandikan mayat tersebut...
btol kan OYF?

selalu ada orang kita guna kain batik lepas kan untuk tutp mayat...

pastu dari segi prosedur selepas memandikan, nak kafankan etc...
ade nak kena tutp liang2 pada badan.. kann?

ouyangfeng
QUOTE(melo melo @ May 6 2010, 08:12 AM) *
lain hal pula kalo memandikan mayat penghidap HIV/AIDS...
nak kena biar cukup perlindungan untuk orang yang memandikan mayat tersebut...
btol kan OYF?

selalu ada orang kita guna kain batik lepas kan untuk tutp mayat...

pastu dari segi prosedur selepas memandikan, nak kafankan etc...
ade nak kena tutp liang2 pada badan.. kann?

itu cuma kaedah2 untuk kemudahan dan pencegahan sahaja (topeng muka, gloves dsb). Boleh saja nak tutup jenazah guna kain pelikat ke, kain cadar ke...tak semestinya kain batik lepas. Tujuan org melayu gunakan kain batik lepas adalah supaya kain itu boleh disedekahkan kpd org lain (sbb kain itu belum lagi dijahit) selepas digunakan.

tujuan menutup lubang2 rongga mayat adalah supaya cecair dlm badan tidak boleh keluar dan mengotorkan kain kafan. angel.gif
kerbau75 o:{
unsure.gif bagaimane kalu dlm keadaan darurat (mungkin ade berlaku nye malapetaka/natural disaster)...dimane susah nak dapat kan kain dan sebagainye la dan tak ade org (expert dlm hal Agama) di situ nak uruskan jenazah...kalu yg ade pun hanye org2 yg kurang arif dlm hal Agama...atau pun org tu yg bukan Muslim....ape yg mereka boleh lakukan? pardon.gif just bury jenazah tu macam tu je boleh ke?
ouyangfeng
QUOTE(kerbau75 o:{ @ May 7 2010, 01:53 AM) *
unsure.gif bagaimane kalu dlm keadaan darurat (mungkin ade berlaku nye malapetaka/natural disaster)...dimane susah nak dapat kan kain dan sebagainye la dan tak ade org (expert dlm hal Agama) di situ nak uruskan jenazah...kalu yg ade pun hanye org2 yg kurang arif dlm hal Agama...atau pun org tu yg bukan Muslim....ape yg mereka boleh lakukan? pardon.gif just bury jenazah tu macam tu je boleh ke?

dalam kaedah usul fiqh ada disebutkan bahawa "darurat itu mengharuskan yg dilarang (sebelum itu)". maka, buatlah sekadar yg mampu. namun, jika keadaannya spt kes tsunami yg mana beribu2 mangsa terkorban, dan jika lambat diuruskan maka boleh menyebabkan penyakit berjangkit, maka pemerintah boleh menggunakan kaedah yg paling ringkas untuk menyempurnakan mayat (spt sembur dengan air bomba menggantikan mandi jenazah, kuburkan sekali dengan pakaian yg dipakai oleh si mati, solat jenazah beramai2 (yg ini bukan sebab darurat, ianya memang ada dlm syariat Islam dan dibolehkan) dsb) angel.gif
masakbujang
berlaku kemalangan...
kaki putus...
mcm mana nak uruskan kaki tu??? main tanam je ke???

ouyangfeng
QUOTE(masakbujang @ May 7 2010, 02:42 AM) *
berlaku kemalangan...
kaki putus...
mcm mana nak uruskan kaki tu??? main tanam je ke???

kalau kemalangan maut, maka kaki yg putus itu perlu dimandikan sekali dengan mayat dan dikafankan sekali. kalau mangsa kemalangan sekadar putus kaki dan tak boleh disambung kembali, maka kaki itu sunat dibersihkan lalu ditanam. angel.gif
tiket
zaman 60-an dulu ade 1 kesah student oversea, lupa negara mane, mati accident. jenazah diuruskan oleh orang kristian ikut cara kristian. siap letak dalam keranda yg agak lawa, dipakaikan baju ala2 pengantin, baru jenazah tu diterbangkan ke kampung halaman kat kulim. sampai terus letak kat masjid untuk solat jenazah. pastu tak ingat dah kesah... tp mak sy cakap lawanye jenazah tu setelah disolek dek mat salleh macam patung barbie doll. tak pasal2 ramai orang g masjid semata2 nak tengok kecantikan jenazah sebelum dikafankan semula terutamenya budak2 sekolah.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.