Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kejayaan-kejayaan Kerajaan Kelantan..
Mesra.net Forum > Politics > Politik Nasional
Ewan_sn
Kejayaan-Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan..
rummenigge
pajak gadai islam
cuti bersalin 60 hari
kerja 5 hari seminggu

itu antara yg teringat dan kemudian difollow oleh pusat.
WQJ LC
sbenarnya dh byk pmbngunn di klntan..
sama jgak d gua musang
dh byk bngunn baru yg didirikn oleh kerajaan klntan
cuma pmbngunn di sana x spntas pmbngunn di slngor,kl n putrajaya...
Ewan_sn
Kelantan beri beras percuma
Asqolani


TUMPAT, 27 Jan: Mungkin ramai tidak lupa program Subsidi Beras Untuk Rakyat Miskin (Subur) yang diuar-uarkan kerajaan pusat pada 2009. Sekarang apa dah jadi dengan program itu.

Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) bercadang mengagih 6,000 metrik tan beras sebulan kepada penduduk berpendapatan kurang RM1,740 sebulan.

Ada menteri bercakap pembahagian beras super special tempatan akan dilaksanakan melalui pembahagian kupon bermula 1 Disember 2009.

Hari ini tanggal 27 Januari 2011. Ini bermakna sudah hampir 14 bulan berlalu tidak kedengaran pun program itu menjadi kenyataan.

Sebaliknya di Kelantan program serupa sudah berjalan sejak pertengahan tahun lepas. Ia dikendalikan Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Dun Wakaf Bharu (Taksir).

Biar pun tidak dihebah secara besar-besaran melalui media massa, namun kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu mendapat sebanyak 10 kg beras percuma setiap seorang pada setiap bulan yang dikendalikan Taksir.

Dana bagi mengendalikan bantuan beras itu diambil daripada elaun wakil rakyat Dun Wakaf Bharu seperti dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum ke-12 lalu.

Selepas program itu berjaya dilaksanakan di Dun berkenaan, kerajaan negeri mulai tahun ini memperluaskan skim bantuan beras percuma ke seluruh Dun di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dalam belanjawan tahun ini untuk mengendalikan skim bantuan beras percuma.

Katanya, seramai 100 penduduk miskin di setiap kawasan Dun akan menerima beras sebanyak 10 kilogram setiap seorang.

”Ini bermakna seramai 4,500 penduduk miskin akan mendapat kemudahan tersebut setiap bulan bermula Febuari 2011. Penduduk yang akan mendapat kemudahan tersebut dipilih dari senarai E-Tegar di bawah kerajaan negeri,” katanya di sini.

Che Abdullah berkata, program itu dicetus kerajaan negeri selepas kejayaan pelaksanaan skim beras percuma dikendalikan di Dun Wakaf Bharu sejak Jun 2010.

Difahamkan pelancaran program berkenaan yang dikenali sebagai Skim Al Itt’aam akan diadakan pada awal Febuari ini.

Al Itt’aam bermaksud menyediakan bantuan makanan ruji berupa beras kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.

"Biar pun program ini sudah lama dirancang kerajaan pusat namun sehingga sekarang tidak nampak ia dilaksanakan,” kata Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu.

Kata beliau juga skim berkenaan mengambil kira pendekatan yang digunakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan menekankan aspek keagamaan pada program yang diadakan.

Beliau juga berkata, kupon beras yang akan diberi kepada penduduk miskin boleh ditunaikan di pejabat Majlis Tindakan Dun berdekatan.
Skim terbabit sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara maju termasuk Amerika Syarikat bagi membantu penduduk miskin.


Ewan_sn



MADINATUR RAUDHAH & BAZAR TOK GURU

Madinatur Raudhah and Bazar Tok Guru. Both are located at the same location, in front of UiTM Kota Bharu City Campus at Jalan Sultan Ibrahim (nearby Post Office and about 150 meters from Tuan Padang Roundabout or 'Bulatan Tuan Padang' formerly known as Bulatan Kijang). The gross built up area is approximately 5.9 acre. The development value of this project is approximately RM185 million.


It consist of 3 block of apartment, 5 star hotel with 144 rooms, offices, shop lots or bazar which have been duly completed . For apartment type, it has one bedroom apartment, two bedroom apartment and three bedroom apartment. Total unit of apartment is 570, shop lots or bazaar 450 units, office 60 units. The bazaar will be the largest bazaar in east coast, targeted for local ownership. It is developed by Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Sensa Timur Sdn Bhd.

Soalan: Ni satu lagi..siapa usahawan yang bodoh beli semua unit2 bazar ni? Takkan makcik2 yang jual kain baju boleh beli bazar yang harga dekat puluhan ribu seunit ni??Mustahil...takkan bank pun bodoh nak bagi loan kepada makcik2 yang bisnes kecil-kecilan ni....sapa yang lebih cerdik menilai kewangan orang Kelantan...utusan meloya UMNO ker orang bank?ni bukan beli dengan pinjaman MARA oooiiii!!!ramai beli cash ni...



Bukan semua rakyat Kelantan tahu tentang kesemua projek-projek yang telah dipamerkan (tulisan dan gambar). Ia sangat bagus untuk semua rakyat Malaysia tahu bahawa "pelabur yakin dengan komitmen kerajaan negeri Kelantan, kuasa beli orang Kelantan kuat dan tak berlaku karenah birokrasi". Ini menyebabkan mereka berani mencurah wang yang banyak di negeri Kelantan. Perlu dingat kerajaan bukan UMNO/BN pun boleh memerintah dengan baik juga jika ada sokongan daripada ralyat dan pegawai kerajaan.




ANJUNG VISTA SERVICE APARTMENT

Pembinaan Anjung Vista Service Apartment yang telah 30% siap bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat.

Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. APARTMENT ini bakal dihuni oleh para Doktor2 Pakar dari serata dunia terutamanya Negara Timur Tengah. Itulah antara informasi terbaru tentang mercu tanda Kubang Kerian yang akan menyaksikan satu pembangunan menyeluruh di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian. Tapi sayangnya pembangunan begini tidak akan mendapat liputan daripada media massa bagi mengelakkan masyarakat mengetahui bahawa Negeri Kelantan telah lama mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta. Pangsapuri itu menyediakan pelbagai kemudahan antaranya kolam renang, gimnasium, surau, dewan, kopitiam, kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan 24 jam kawalan keselamatan.

Soalan: Siapa yang bodoh beli semua unit2 apartment ni? Takkan Doktor-Doktor yang cerdik tu nak beli harta di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil...kalau orang Kelantan...takkan mampu tak beli apartment harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?




BANDAR SATELIT ISLAM PASIR TUMBUH
Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru. PEKAN PASIR TUMBOH yang terletak di pertengahan perjalanan antara Bandar Kota Bharu ke Pasir Puteh dijangka akan berubah wajah menjelang tahun 2014 apabila projek Pembangunan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh yang akan menelan perbelanjaan RM100 juta siap sepenuhnya menjelang tempoh tersebut.

Pasir Tumboh kini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di negeri Kelantan menerusi Pondok Terusannya, selepas ini akan bertukar menjadi sebuah bandar yang akan dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengenepikan sistem pendidikan pondoknya. Majlis Pelancaran Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tapak Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh pada 19 Jun tahun lalu. FASA 1 Bangunan rumah kedai/pejabat telah siap sepenuhnya dan bakal memulakan operasi pertengahan tahun 2011.

Soalan: Siapa yang bodoh beli semua unit2 kedai ni? Takkan ramai sangat usahawan di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil.....calang2 usahawan mampu tak beli kedai harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?kalau takder pembeli takkan boleh siap...Sekolah yang dah ada duit siap juta2 pun tak boleh siap...kalau siap pun tak cukup duit.....UMNO Kelantan dah bingung....



IMPIANA CONDOVILLA

FASA 1 pembinaan Apartment mewah dan ekslusif yang terletak di Panji ini telah siap pembinaannya dan telah mula diduduki pada awal tahun 2009. Syarikat pemaju Dinibiru dalam proses untuk memulakan pembinaan bagi Fasa ke 2. Kesemua unit bagi fasa 2 ini juga telah habis dijual.
Soalan: Siapa lagi yang bodoh beli semua unit2 apartment ni? Takkan ramai sangat jutawan di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil.....calang2 orang mampu tak beli apartment mewah harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?kalau takder pembeli takkan boleh siap...Sekolah yang dah ada duit siap juta2 pun tak boleh siap...kalau siap pun tak runtuh.....UMNO Kelantan dah nak giler pikir bende ni....kat KL pegawai kerajaan pun duk rumah flat ajer....gilerrrrrr....gilerrrr....



BATUTA VILLE

Projek yang dijangka akan menjadikan Bandaraya Islam Kota Bharu sebagai bandar termoden di Pantai Timur apabila projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai akan dimajukan tidak lama lagi. Projek pembinaan ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam.


Sedikit informasi yang dapat saya kumpulkan dari beberapa sumber mengatakan projek pembangunan semula tanah tapak bengkel MPKB-BRI seluas 2.91 ekar bagi lot 114 dan 469 yang kini menempatkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MPKB-BRI serta tanah-tanah milik persedirian Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot itu akan dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Majlis menandatangani perjanjian (MOU) perlaksanaan projek yang dinamakan Battuta Ville telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmod dengan Syarikat Alam Daya Maju pada 18 Jun tahun lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.


Soalan: NI SATU LAGI....Kalau Pemaju mulakan pembinaan sebelum PRU13...mau gigit selip;ar Dato Pa dan Dato Awe kita...heeee....Janji PRK Galas tak tau nak start di mana...angan-angan mat jenin dah rasanya...





Ewan_sn


PELANGI MALL & APARTMENT

Terletak bersebelahan Grand Riverview Hotel dan menghadap ke Sungai Kelantan, Pelangi Mall yang telah siap dibina dan mula diduduki pada tahun 2008. Daripada harga asal apartment 2 bilik RM180,000 seunit kini harganya telah mencecah RM350,000 seunit telah menjadikannya aset pelaburan hartanah yang paling menguntungkan seperti Kelantan Trade Centre (KTC). Hypermarket dan Lot-lot komersil dijangka akan mula dibuka pada pertengahan 2011 ini.


Soalan: Siapa lagi yang bodoh beli semua unit2 apartment ni? Takkan ramai sangat jutawan di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil.....calang2 orang mampu tak beli apartment mewah harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?kalau takder pembeli takkan boleh siap...Sekolah yang dah ada duit siap juta2 pun tak boleh siap...kalau siap pun tak runtuh.....UMNO Kelantan dah naik sawan....mulut dah keluar buih...






QUEENS PARK SPORTZ CITY

Queens Park Sportz City is an iconic commercial sports and recreational centre in Kota Bharu. It houses some of the first and probably the largest facilities in Kelantan and is equipped with international facilities for socializing, training and also competitions. The Ground Floor consists of a 24-hour drive-thru fast food restaurant and more than 40 kiosks and specialty retail shops. There is a 5,000sq.ft concourse on the ground floor which is an ideal area for exhibitions, events, promotions, ceremonies and more.


BANYAK LAGI PROJEK2 HAK DALAM TANGAN DAN DAH BUAT..antaranya:-
Sumai Hotel and Suite (Sebelah Hospital Pakar KBMC), Bayang Apartment (Projek SBJ di Baung), Lembah Sireh (Liziz Standarco sebelah TESCO), Airport City (Pengkalan Chepa Airport), U Garden (Sebelah HUSM)etc...etc,....
TAPI PEMUDA GUCHIL TAK DAN NAK MASUKKAN SEMUA...Insyaallah Pemudaguchil akan keluarkan semua bila Dato' Najib royat tarikh PRU....biar selok puak2 umno mikir....

TAKBIR! HIDUP TOK GURU....TAKBIIIRRR!!!
WQJ LC
lama dh aku x pi kb....huhuhu
Ewan_sn

Fitnah Kelantan tidak bina masjid terjawab
M Faqih





KOTA BHARU, 18 Okt: Fitnah dilemparkan pemimpin Umno kononnya kerajaan Kelantan tidak pernah membina masjid sepanjang lebih 21 tahun di bawah teraju PAS, kini menjadi seumpama senjata makan tuan.

Ini kerana banyak masjid dibina kerajaan negeri juga digunakan mereka untuk menunaikan solat. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing sekarang menjadi tumpuan pelancong.

Keunikan seni bina masjid yang bernilai RM9 juta itu tidak ada di tempat lain. Senibinanya menyerupai tokong Cina.

Begitu juga Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Pulai Chondong, diimarakkan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al Quran.

Penyokong Umno yang tinggal berdekatan juga menjadikan masjid tersebut tempat menunaikan solat Jumaat. Begitu juga Masjid Kota Darulnaim berhampiran kompleks Kota Darulnaim.

Manakala Masjid Keputeraan di Paloh 2, Gua Musang sedang dalam pembinaan. Ia dijangka menjadi destinasi persinggahan pengguna jalan raya Gua Musang-Kuala Krai apabila siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri juga merancang menyiapkan Masjid Keputeraan di Lojing dianggar membabitkan kos RM3.8 juta.

“Selain itu perancangan membina Masjid Sultan Muhammad V di Bandar Baru Tunjong. Masjid menyediakan medan kepada masyarakat dari sudut pembinaan akhlak, adab dan sakhsiah,” katanya ketika membentang Bajet 2012 pada persidangan Dun hari ini.

Teks ucapan belanjawannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Selain itu kata Menteri Besar peruntukan sebanyak RM3 juta disediakan bagi pembaikian masjid-masjid di seluruh Kelantan.

Menurutnya Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang berpotensi menjadi produk pelancongan.

Malah kata beliau sektor pelancongan kekal penyumbang utama menjanakan ekonomi negeri dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Pada 2010 seramai 5.39 juta pelancong bertandang ke Kelantan, berbanding 4.8 juta orang pada 2008 dan 4.94 juta orang (2009).

“Pelancong menyumbang sebanyak RM1.8 bilion kepada ekonomi negeri. Sehingga Ogos lalu seramai 3.35 juta pelancong melawat Kelantan termasuk 941,319 pelancong antarabangsa.

“Kerajaan akan menjadikan 2012 sebagai Tahun Melawat Kelantan bagi meningkatkan lagi kunjungan pelancong,” ujarnya.

Bagi mencapai matlamat tersebut sebanyak RM2.5 juta diperuntukan bagi program galakan kebudayaan, kesenian dan pelancongan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi pembelaan rakyat miskin dan RM1 juta bantuan bekalan air dan elektrik.

Manakala sebanyak RM5.5 juta bantuan rumah Dhuafat bagi membolehkan rakyat miskin membaiki dan membina rumah. Jumlah itu bertambah sebanyak RM800,000 berbanding sebelumnya.

Program bantuan beras percuma skim Al It’aam diperuntuk sebanyak RM2.5 juta, manakala program Gerbang Azziwaj (bantuan perkahwinan) (RM2 juta).

Program Gerbang Azziwaj diadakan mulai tahun ini ditambah sebanyak RM500,000 lagi berbanding bajet tahun lepas.

Manakala program-program lain iaitu;

. Bantuan armalah - RM2.5 juta

. Bantuan anak yatim - RM2 juta

. Bantuan khas orang miskin - RM1 juta

. Bantuan Am (bulanan) - RM6.38 juta

. Aktiviti belia dan pembangunan sukan - RM5 juta

. Bantuan kepada badan-badan sukarela - RM150,000

. Kebajikan orang bukan Islam dan Orang Asli - RM1.7 juta

. Kebajikan dan pembangunan wanita - RM2.5 juta

. Program latihan belia dan wanita - RM500,000

. Program Perumahan Awam Kos Rendah dan Mampu Milik - RM4 juta

Ewan_sn

Pakatan lebih pandai perintah dari BN
Khairil Abdul Rahim




TEMERLOH, 29 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, meminta pengundi-pengundi di Pahang tidak terpengaruh dengan dakyah kononnya hanya BN yang pandai memerintah sebaliknya membuka mata melihat kejayaan ditunjukkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sebagai bukti boleh dilihat negeri Kelantan pimpinan PAS yang seolah-olah dianaktirikan, tetapi berjaya membangun setanding dengan negeri-negeri lain.

“Jika di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN dulu Kelantan duduk di ranking nombor dua paling miskin, di bawah PAS kini telah naik ke tangga ke enam dan kadar kemiskinan hanya 4.1%.

“Bukan setakat itu, negeri pimpinan Tok Guru berjaya melunaskan hutang kerajaan Pusat setakat 2010 saja RM220 juta sedangkan hutang yang ditinggalkan Umno dulu ialah RM718 juta.

“Ini boleh dibandingkan dengan hutang kerajaan BN Pahang yang sudah menjangkau RM2.3 bilion, dan kita yakin akan terus bertambah,” ujarnya.

Beliau berucap demikian ketika membentangkan kertas kerja kepada jentera penerangan parti segenap peringkat di Darul Amin Sungai Gau di sini, kelmarin.

Idris berkata, Kelantan yang ditohmahkan sebagai mundur oleh Umno, mampu memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan tanpa riba.

“Di Kelantan ada projek ladang rakyat dengan sahamnya diagihkan kepada penduduk miskin yang mendapat dividen bulanan tanpa mengira kaum, agama dan parti . Warga emas pula diberikan Takaful Kifalah yang apabila meninggal waris dapat wang RM2,500.

“Di Kedah, tengok hasil balaknya meningkat sehingga 205% seperti diakui Ketua Audit Negara. Kedah juga mencipta sejarah melepasi defisit RM19 juta dan cukai tanah diturunkan demi untuk rakyat.

“Cuba bandingkan dengan Pahang yang mewah dengan balak tetapi pendapatan untuk negeri begitu kecil sehingga kerajaan negeri terpaksa meminjam daripada Pusat untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Idris membanding dengan Selangor yang mampu memberikan bekalan air paip percuma kepada rakyatnya sedangkan Pahang yang kaya dengan sumber rair sungai ini tidak beri percuma.

Tambahnya, beliau diberitahu, di Pahang bukan saja bil air mahal malah bekalan pula kerap terganggu.

“Di bawah kerajaan Pakatan di Selangor sekarang gaji guru Kafa dinaikkan kepada RM1,300 hingga RM1,500. Di Pahang berapa? Ditubuhkan pula Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang menyediakan tabung permulaan RM100 bagi setiap bayi kelahiran Selangor. Sebanyak RM1,500 boleh dikeluarkan selepas umur 18 tahun.

“Tengok Pulau Pinang pula walaupun diterajui Ketua Menteri dari DAP tetapi Sekolah agama Rakyat dibantu dan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam ditambah sehingga RM25 juta setahun.

“Wakil rakyatnya tidak dibenarkan memohon tanah. Setiap bayi lahir diberikan wang antara RM100 ke RM200 manakala warga emas yang berumur 60 tahun ke atas mendapat RM1 ribu,” tambahnya.

Ustaz Idris menjelaskan, rakyat sepatutnya bijak menilai sesebuah kerajaan yang baik dan tidak seharusnya terpedaya dengan propaganda media Umno sahaja

Ewan_sn
Kota Bharu Sentral @ Tunjong - Bandar Pintar Islam Moden Di Kelantan


Kelmarin telah berlangsung Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Majlis disemprunakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pembangunan Kota Bharu Sentral yang akan dibina di tanah sawah seluas 16.99 hektar di Tunjong, Kota Bharu mulai Jun atau Julai ini bakal menjadi mercu tanda baru bandar pintar Islam moden untuk Kelantan.
azrin79
kelantan banyak dah membangun.....
Ewan_sn
Soalannya datang daripada Yang Berhormat kita daripada Kuala Nerus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan soalannya minta menyatakanbilangan terakhir rakyat termiskin mengikut kaum dan negeri dan soalanseterusnya setakat manakah kejayaan strategi kerajaan membasmi kemiskinandi kalangan rakyat termiskin dan apakah strategi kerajaan untuk mencapaimatlamat miskin sifar. Jawapan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri berbunyi berikut,“Berdasarkan pendapatan garis kemiskinan yang baru dan perangkaandaripada penyiasatan pendapatan isi rumah terkini tahun 2004, bilangan isirumah termiskin adalah berjumlah 67,300 isi rumah.Pecahannya mengikut negeri adalah seperti turutan berikut. Mengikut negeriyang paling banyak keluarga isi rumah yang termiskin, nombor 1 yangtermiskin ialah negeri Sabah dengan 32,400 isi keluarga; nombor 2, Terengganudengan 8,300 isi rumah yang miskin…”Nombor 2, Terengganu, patutlah Yang Berhormat bagi Kuala Nerus ingin tahudan saya mengucap syabas kepadanya kerana minat untuk mengetahui,khususnya kedudukan negeri Terengganu.“Nombor 3, negeri Perak, 5,700 isi rumah yang miskin; nombor 4, negeriSarawak, 5,200 isi rumah yang miskin; nombor 5, negeri Kedah, 5,000 isi rumahyang miskin; nombor 6 barulah dicapai oleh negeri Kelantan, kalau Kedah5,000, Kelantan 3,600 isi rumah miskin…”Kemudian, “Nombor 7, Pahang; nombor 8, Johor; nombor 9, Perlis; nombor 10,Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur; nombor 11, Selangor, nombor 12, NegeriSembilan; nombor 13, Melaka; dan nombor 14, Pulau Pinang.”
Ewan_sn
Kelantan Lebih Maju Daripada Perlis, Kedah, Sarawak dan Sabah

Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.


Perlis (6.0)
Kedah (5.3)
Sarawak (5.3)
Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu (19.2)
Kelantan (4.8)
Ewan_sn
Ewan_sn
Kelantan mula bina lebuh raya KB-KK akhir bulan ini
Salmah Mat Husain,
10 Mei 2012




KOTA BHARU, 10 Mei: Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.



Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.



Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.



Beliau juga turut memberitahu, kerajaan Kelantan telah menerima cadangan dari pemaju untuk membina lebuh raya berkenaan dan cadangan itu telah disemak dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa.



“Selepas ianya disemak oleh jawatankuasa berkenaan kerajaan negeri bersetuju memilih dua syarikat untuk menguruskan projek sebagai peneraju utama.



“Tempoh pembinaan lebuh raya ini dua tahun setengah yang dibina atas tanah kerajaan.



“Bagi baki pembinaan di atas tanah milik orang ramai, kerajaan negeri menyerahkan pada JKR untuk menguruskan pengambilan balik tanah,” ujarnya.



Menurutnya, konsep yang dipakai untuk lebuh raya itu berkonsepkan lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat.



Katanya, ianya berkonsepkan bebas tol dan akan dibiayai oleh kerajaan negeri sepenuhnya.



Tambahnya, kerajaan negeri berharap cita-cita rakyat Kelantan untuk melihat sistem perhubungan yang cepat, selamat dan selesa akan terlaksana.



Katanya, kedua-dua kontraktor berkenaan akan bertanggungjawab kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dilantik khusus oleh exco untuk memantau serta mengendalikan pembiayaan lebuh raya itu.



“Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana Kelantan Sdn Bhd) telah ditubuhkan untuk memantau projek ini dan seluruh prasarana di negeri itu pada masa akan datang,” ujarnya.



Menurutnya, syarikat itu diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar.



Katanya, pembinaan lebuh raya itu akan membuka minda dan usaha sedemikian boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dan sekatan yang dilakukan oleh pihak lain terhadap negeri ini akan terhenti.



Dengan cara itu, katanya rakyat di negeri ini akan dapat menikmati kemudahan asas sebagaimana di negeri-negeri lain.



Jelasnya, lebuh raya itu melibatkan tiga fasa, di mana fasa pertama melibatkan tanah-tanah kerajaan.

template joomla
Ewan_sn


Lebuh Rakyat. dari rakyat untuk rakyat...Alhamdulillah, kerajaan negeri berusaha juga nk buat walaupun kemampuan terhad..ore lain xpyh nk kondem la...nk tggu kerajaan Pusat buat....tubik tahik xbuat..

Pecah tanah projek lebuh raya Kelantan 28 Mei ini
Rizal Tahir,
16 Mei 2012

KOTA BHARU: Selepas disisih sejak Rancangan Malaysia (RMK) Ke-5, akhirnya kerajaan Kelantan memutus membina sendiri lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.


Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.



Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau.



Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.



Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.



“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.



“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.



Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.



Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.



“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.



Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.



Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.



Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.



“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.



Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.



“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk lain,” tambahnya.



Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.
papamija
QUOTE(MDNP @ Jun 24 2012, 03:26 PM) *
itu je ke..

sekolah rendah - menengah = percuma
polis
askar
doktor
guru/pensyarah
bina hospital
bina sekolah
bina masjid
bina jln2 di kawasan luar bandar,
lampu jalan

semua ni sape yg byar rolleyes.gif

tp stiap kli brnti kat stesen minyak dn g pasar mlm "bang derma bang, nak buat madrsah kat Tok Bali"
kata kalantan kaya beb

kelantan mmg kaya,tapi set2 awang adek dh curi bikin harta anak pinak dia..klu xmau derma ignore je la,klu ko derma tp x ikhlas kompom rugi dunia akhirat..
Ewan_sn
Ewan_sn
Tunjong: MB mahu kawasan sawah padi dikekalkan
Rizal Tahir,
23 Ogs 2012


KOTA BHARU: Lebih RM600 juta diperuntukkan untuk pembinaan Tunjong Pavilion yang bakal dimajukan di atas tanah seluas 11 ekar.


Projek pembangunan yang memakan masa selama lima tahun itu dimajukan Maarij Development Sdn Bhd.

(Gambar: Tuan Guru bersama wakil pelabur.)

Turut mengambil bahagian memajukan Tunjong Pavilion itu, tujuh syarikat swasta termasuk agensi pelancongan kerajaan negeri.

Antara syarikat terbabit antara tujuh syarikat atau pihak yang mengendalikan majlis perjanjian itu, MRCA, International Disigner, Swiss Garden International Sdn Bhd, Mydin Mohamed Holding Sdn Bhd.

Turut member kerjasama bagi memajukan projek di Tunjong Pavilion, Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), Digi Telecommunication Sdn Bhd dan Pusat Pelancongan Kelantan.

Majlis perjanjian persefahaman disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Ketua Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah, serta pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang lain.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berharap pemaju mengekalkan sawah padi yang ada di sekitar Tunjong itu sebaik mungkin.

Menurutnya, ia khazanah peninggalan masyarakat Kelantan yang amat bernilai.

“Andai tiada lagi kawasan penanaman padi, tidak akan ada lagi sejarah penanaman padi yang menjadi kegemilangan masyarakat Kelantan sejak sekian lama,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Maarij Sdn Bhd, ketika berucap pada majlis itu memberitahu, dengan penubuhan tourism hub dan situ, ianya akan menjadi pusat pelancongan yang terkenal di rantau ini.

“Ianya juga akan menjadi pusat kediaman serba moden, pusat membeli-belah dan hub pelancongan yang terkenal di Pantai Timur.

“Dengan pembentukan pakatan bijak dengan kumpulan Swiss Garden, Sky Bridge dengan Mydin Hypermarket memberi kemudahan kepada pelawat dan orang ramai,” ujarnya.
Ewan_sn
MPKB terima anugerah audit terbaik
Salmah Mat Husain,
11 Okt 2012


(Adnan menyampaikan anugerah audit terbaik kepada YDP MPKB)

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), mendapat pengiktirafan sebagai Audit Kewangan Terbaik seluruh negara peringkat PBT 2011 baru-baru ini.

Sempena pengiktirafan yang diadakan di sebuah hotel itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat menerima cenderahati dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob.

Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, berkata dengan penganugerahan itu membuktikan MPKB-BRI merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersih khususnya dalam menyalurkan sumber kewangan.

Katanya, ekoran pentadbiran kerajaan negeri khususnya MPKB-BRI sendiri yang teliti dalam menjaga sumber kewangan, akhirnya hasil yang baik telah diperolehi.

“Ia juga turut membuktikan pengurusan kewangan yang cekap serta tidak boros,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Fauzi serta semua kakitangan MPKB-BRI kerana telah memberikan contoh yang baik kepada semua hingga ianya diakui di peringkat negara.

Baru-baru ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob, menyampaikan cenderahati kepada Fauzi yang mewakili kerajaan negeri dan MPKB sempena pengiktirafan itu.
Ewan_sn
KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara

M Faqih,
15 Okt 2012
KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara.

KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus.

Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, KDNK Kelantan pada 2012 bagi sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 80.4 peratus.

“Kerajaan berbelanja secara bijaksana, berhemah dan adil serta mengutamakan kebajikan kepada rakyat berdasar keapda sumber sebenar,” katanya pada ucapan Belanjawan Kelantan 2013 pada persidangan Dun hari ini.

Teks belanjawan tersebut dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Teras Belanjawan Kelantan 2013 yang bertema Bajet Negeri Berkebajikan menumpu kepada merancakkan pembangunan ekonomi untuk semua rakyat, memperkasa pembangunan insan berteraskan Islam.

Selain itu pembelaan golongan daif, miskin, kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta memperkukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana.

Menteri Besar berkata, selaras komitmen kerajaan menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, program sosioekonomi akan dimantapkan.

Kemudahan infrastruktur

Katanya, sejumlah RM153.37 juta diperuntukan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat termasuk pembinaan jalan dan jambatan baru di samping memperluaskan sistem rangkaian jalan.

Sebanyak RM20 juta disediakan kepada JKR dan RM7 juta di bawah Pejabat Pembangunan Negeri untuk melaksanakan projek di bawah program kesejahteraan rakyat.

Antaranya pembinaan lorong memotong jalan Kota Bharu-Kuala Krai sebanyak RM2 juta, pembinaan jambatan Sungai Manal, Tanah Merah (RM2.2 juta), pembinaan jambatan Sungai Kerak, Machang (RM2.1 juta).

Pembinaan jambatan Kampung Kuau (RM2.5 juta), pembinaan jambatan konkrit di Sungai Sat dan jalan Kampung Kelaweh ke Maka, Machang (RM6.01 juta), jambatan Sungai Kemasin di Pengkalan China, Bachok (RM2.6 juta).

Jambatan Pulau Kundor, Kota Bharu (RM2.1 juta) dan jambatan merentasi landasan keretapi di Bandar Pasir Mas (Fasa II) - RM4.82 juta.

Bagi pembangunan rohani dan sahsiah kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel latihan dan ceramah bagi meningkatkan kualiti modal insan rakyat khususnya golongan muda.

Pembinaan masjid

Sebanyak RM3 juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di seluruh negeri.

Antara masjid yang siap dibina pada 2012 iaitu Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang dengan kos sebanyak RM3 juta dan Masjid Keputeraan Lojing (RM3.89 juta). Manakala Masjid Chenulang, Kuala Krai (RM500,000) dijangka siap tahun depan.

Peruntukan sebanyak RM3 juta bagi program-program pembinaan insan bagi pembangunan modal insan generasi muda.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat peruntukan paling banyak iaitu RM72 juta. Yik mengurus 91 sekolah agama termasuk dua Maahad Tahfiz Quran dan empat Maahad Tahfiz Sains.

Bajet 2013 juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf sekolah berkenaan.

“Yik merancang membina Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) di Pengkalan Chepa dianggar melibatkan kos sebanyak RM12 juta. Pejabat Yik juga akan dibina di Tunjung dengan kos sebanyak RM8 juta,” ujarnya.
Ewan_sn
Ewan_sn
Ewan_sn
8 Fakta Logik Akal Kelantan Negeri Paling Kaya di Malaysia!

1 - Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.
2 - Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan.
3 - Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.
4 - Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.
5 - Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.
6 - Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal, tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia.
7 - Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.
8 - Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.


Banyak lagi fakta mata .... yang boleh anda lihat sendiri di Kelantan yang menunjukkan bahawa Kelantan bukanlah negara miskin yang digemburkan sesetengah pihak. HH tak faham kenapa ada pihak mahu memburukkan negeri Kelantan ini .... sedangkan hakikatnya ... Kelantan boleh dianggap negeri yang paling berjaya di kalangan penduduk Bumiputera.

Mungkin ada mata nampak yang miskin melata di Kelantan ... tetapi itulah ..kadangkala benda yang kecil kita boleh senang terperasan ...sebab ia nampak pelik di sana ... walhal di negeri lain, ia tidak nampak kerana dah selalu sangat nampak dan dah selalu sangat perasan.

Ewan_sn
Kelantan Negeri Paling Miskin... ?? | Kupasan Fakta Depan Mata


Ok.... ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie!

Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau dari segi kemewahan rakyat tu sendiri? Orang yang terlibat je tau ye dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la FAKTA....bukan AUTA!

Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di mata orang yang tak tau kan.... Tapi cuba tanya depa sendiri.... Berapa ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam tengok.... Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang... Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah jer...Umah sewa kaa sendiri??? Tanah berapa butir je hak milik sendiri? Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...

Ok.... tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu.... Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu... Emas pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper...

Pastu cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah.... Cuba tengok sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90% rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?

Bagi yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh survive ke tak..... Aku jamin... Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000 tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut? Makan megi hari-hari? he he he...

Jadi dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin... Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA?? Aku tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun harganya..Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat?

Aku tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita? Duit banyak...Tapi tanah tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan (HUTANG)... Perlu ke berdabik dada?

Biarla orang nak kata kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa.... segala-galanya perlu berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ? Yang dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer... Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin sesebuah negeri? Apa yang lebih penting??
Ewan_sn


Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dan Jejambat Kota Bharu (Nota: Gambaran artis dari arah Pasir Pekan / Wakaf Bharu menuju ke pusat bandar raya Kota Bharu dan Jalan Sultan Yahya Petra)



Jejambat Kota Bharu yang melibatkan laluan dari kepala Jambatan Sultan Yahya Petra – Jalan Hamzah – Simpang 3 Langgar.




KB Sentral di Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan. Projek telah dimulakan pada Februari 2010 lepas dan Fasa I (Hotel Tune) dan siap pada Disember 2010. Manakala Fasa II (Pangsapuri Servis) siap pada Mac 2011.



Bazar Tok Guru dan Hotel Madinatul Raudah (5 bintang) di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Projek Fasa I (pembinaan Bazar Tok Guru) telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan siap pertengahan 2011 dan dimulakan projek Fasa II (Hotel Madinatul Raudah)

Ewan_sn


Bazar Tok Guru dan Hotel Madinatul Raudah (5 bintang) di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Projek Fasa I (pembinaan Bazar Tok Guru) telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan siap pertengahan 2011 dan dimulakan projek Fasa II (Hotel Madinatul Raudah)



Projek Pengindahan & Tebatan Banjir Sungai Kelantan berdekatan Tambatan Diraja, Kota Bharu. Projek ini siap pada Disember 2010



Menara Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam & Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Fasa I yang merangkumi kompleks beli-belah / pusat dagangan telah siap dan dibuka pada Ogos 2009. Manakala projek Fasa II, iaitu pembinaan pangsapuri servis setinggi 17 tingkat dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka siap pada tahun 2013. Apabila siap kelak, ketinggian menara ini ialah 25 tingkat.





Kompleks Sukan & Rekreasi Komersial Queenspark Sportzcity & Boulevard (Queenspark) di Jalan Tanjung Chat (sebelah Taman Budaya Kelantan), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Queenspark ini merupakan sebuah kompleks sukan yang digabungkan dengan kompleks beli-belah komersial.
Ewan_sn


Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.



Menteri Besar Kelantan (tengah) meninjau replika projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.



Projek Kondominium Anjung Vista di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Bandar Baharu Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Unit-unit kondominium sedang dijual.



Hotel Legend Battuta Kota Bharu (5 bintang) setinggi 20 tingkat di bawah projek Battuta Ville di Persimpangan Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Battuta Ville, iaitu http://battutaville.blogspot.com/



Cadangan projek Hotel Wakaf MAIK Kota Bharu bernilai RM20,000,000.00 setinggi 7 tingkat (107 buah bilik) di Lot 2136, Mukim Panchor, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini akan dibangunkan di dalam kawasan Kompleks Islam Sultan Ismail Petra, iaitu di sebelah Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini dijangka dimulakan pada awal 2012 di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Ewan_sn


Bangunan tiga(3) tingkat yang dibangunkan seperti bangunan di Andalusia ini akan dibangunkan di tepi Jalan Kuala Krai yang mana jalan utama yang menghubung bandar Machang dan bandar Kota Bharu.



Bangunan yang berlatar belakangkan Negara China ini juga tidak ketinggalan daripada menjadi sebahagian daripada KOMPLEK BANGUNAN BERCAMPUR “BATTUTA VILLE”.Ia merupakan bangunan tiga(3) tingkat yang akan memeriahkan lagi keindahan komplek bangunan yang ada.




Bangunan tiga(3)tingkat,bercirikan konsep bangunan di Tunisia.Kompleks ini akan dipenuhi oleh pasaraya yang akan menyediakan kemudahan bagi penghuni apartment dan hotel untuk membeli belah dan menikmati semua perkhidmatan lain yang turut di sediakan di kompleks ini.



Bangunan kedai tiga(3) tingkat yang berkonsepkan ciri-ciri bangunan di Mesir.Dengan rekabentuk yang amat menarik,kedudukan yang strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu,di penjuru yang menghubungkan Jalan Telipot dan Jalan Kuala Krai yang berjaya menambat hati usahawan untuk memperkembangkan sayap perniagaan mereka.



Bangunan berkembar 20 tingkat , hotel yang akan diuruskan oleh LEGEND HOTEL KL dan servis apartment yang terdiri daripada unit-unit studio,1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik.
Ewan_sn
Ewan_sn
Takaful: Warga emas terima manfaat RM53 juta
M Faqih,
17 Jun 2013


KOTA BHARU: Selepas disisih mendapat sebarang peruntukan melaksanakan projek rumah awam kos rendah sejak 1990, Kelantan terpaksa membina sendiri rumah untuk penduduk miskin.

Projek kebajikan rumah dhua’fat diwujudkan bermula pada 2010. Dan sehingga tahun lepas sebanyak RM14.9 juta diperuntukan bagi tujuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, projek berkenaan meliputi membina dan membaiki rumah penduduk miskin, kediaman ditimpa bencana dan rumah dhaif.

“Sebanyak 4,485 penduduk miskin mendapat faedah skim tersebut dalam tempoh 2010-2012. Purata rumah yang dibina sebanyak 340 buah dengan kos antara RM35,000 hingga RM40,000 sebuah.

“Selain itu 4,145 buah rumah dibaiki dengan anggaran setiap sebuah membabitkan kos kira-kira RM10,000,” katanya menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga sehingga sekarang seramai 28,000 keluarga warga emas yang berdaftar dengan Takaful Kifaalah mendapat manfaat sebanyak RM1,500 apabila pencarum meninggal dunia.

Katanya, sejak skim itu dilancarkan sebanyak RM53 juta telah diagih kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.
Ewan_sn
Warga emas di Kelantan dapat pampasan RM54 juta
Aslani M,
13 Ogs 2013



Shakur menyampaikan senarai penerima Takaful Kifaalah Dun Kijang kepada Wan Ubaidah Omar.

KOTA BHARU: Sejak diwujudkan pada Febuari 2007 sehingga akhir Jun lalu sebanyak RM54 juta pampasan dibayar Kerajaan Negeri Kelantan kepada lebih 29,000 warga emas yang meninggal dunia.

Mereka berusia 60 tahun ke atas didaftar di bawah skim Takaful Kifaalah, merupakan program berkebajikan dikendalikan kerajaan negeri.

Kini program tersebut yang memberi manfaat besar kepada penduduk miskin turut dilaksanakan di Selangor dan Kedah.

Keluarga warga emas yang meninggal dunia akan menerima pampasan sebanyak RM1,500 di mana sebanyak RM500 dibayar pada hari kematian.

Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, pampasan tersebut dibayar berdasar kepada tujuh polisi ditetapkan kepada peserta berumur 60 hingga 76 tahun ke atas.

“Tuntutan pampasan kematian sehingga 30 Jun lalu membabitkan seramai 29,220 orang warga emas berjumlah RM54.3 juta,” katanya di sini.

Menurutnya sehingga pertengahan tahun ini seramai 148,196 warga emas berdaftar di bawah skim berkenaan.

Kata beliau 50 peratus daripada jumlah peserta yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut berusia lebih 76 tahun.

Kumpulan tersebut merupakan 24 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar.

Manakala kumpulan usia paling ramai berdaftar iaitu berumur antara 66 hingga 75 tahun iaitu sebanyak 41 peratus.

Abdul Shakur juga berkata, pada Ramadhan lalu Takaful Kifaalah memperuntukkan sebanyak RM388,000 dibayar kepada waris keluarga warga emas yang meninggal dunia.

“Peruntukan tersebut merupakan fasa ketiga tahun ini sebagai pampasan kepada peserta yang meninggal dunia,” ujarnya.

Menurutnya juga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini Takaful Kifaalah Sdn Bhd memberi saguhati sebanyak RM300 kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Katanya, pemberian itu sebagai penghargaan Kifaalah Sdn Bhd terhadap kerjasama pihak pengurusan Dun bagi memperkasakan skim Takaful Kifaalah.
alfa_romeo otai
QUOTE(papamija @ Jun 27 2012, 02:07 AM) *
QUOTE(MDNP @ Jun 24 2012, 03:26 PM) *
itu je ke..

sekolah rendah - menengah = percuma
polis
askar
doktor
guru/pensyarah
bina hospital
bina sekolah
bina masjid
bina jln2 di kawasan luar bandar,
lampu jalan

semua ni sape yg byar rolleyes.gif

tp stiap kli brnti kat stesen minyak dn g pasar mlm "bang derma bang, nak buat madrsah kat Tok Bali"
kata kalantan kaya beb

kelantan mmg kaya,tapi set2 awang adek dh curi bikin harta anak pinak dia..klu xmau derma ignore je la,klu ko derma tp x ikhlas kompom rugi dunia akhirat..


Cba g jln dri bndr kb ke pcb, tgk nenek yg tua2 niaga kuih akok, kaya sgt ke klntan tu, klau kaya nape masih ramai nenek yg jual kuih akok smpi tghmlm.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.