Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kejayaan-kejayaan Kerajaan Pulau Pinang..
Mesra.net Forum > Politics > Politik Nasional
Pages: 1, 2
Ewan_sn
Kejayaan-Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Penang..
Ewan_sn
Khabaran Baik Dari Kerajaan Lim Guan Eng !!!
Posted on Wednesday, November 03 @ 01:39:38 PDT
Oleh: edyesdotcom

Setelah beberapa hari blog edyesdotcom sunyi tanpa artikel dan berita, malam yang serba santai ini blog edyesdotcom ada membawa khabar gembira dari kerajaan negeri Pulau Pinang !

Berita baik ini harus diambil iktibar kepada semua pembaca, agar kita boleh menilai apakah yang terbaik demi negara dan anak bangsa.



Di saat kerajaan pusat berkira-kira untuk menaikkan harga minyak RON97, kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng telah membentangkan sebuah belanjawan rakyat khususnya untuk rakyat negeri Pulau Pinang dan amnya kepada semua rakyat Malaysia agar berfikir 3-4 kali sebelum memangkah Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.


Bajet yang dibentangkan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya kepada golongan yang memerlukan. Saya tidak membentangkan semua intipati Belanjawan 2011 Negeri Pulau Pinang di dalam entri ini, tetapi sekadar menunjukkan betapa prihatinnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan penuh cermat.


Anda akan lihat UMNO dan PERKASA meroyan-royan apabila bantuan-bantuan kerajaan negeri terhadap golongan sederhana susah di Pulau Pinang diperhebat oleh Lim Guan Eng. Mungkin juga Reezal Merican akan sekali lagi memainkan peranan mengelirukan rakyat Pulau Pinang sepertimana isu bantuan warga emas di sini.


Berikut adalah antara intipati belanjawan yang bersifat sangat positif untuk sebuah kerajaan negeri, agak malang bagi penyokong UMNO kerana ini adalah hasilnya menyokong Pakatan Rakyat ;
Elaun Pegawai dan Setiausaha JKKK naik RM100 !
Kakitangan awam negeri akan dapat BONUS RM800 pada tahun ini !!
RM 60 juta dikhaskan untuk program-program pembangunan Islam !
Ibu tunggal dan OKU akan dapat RM100 setiap tahun !!
Saudara dan saudari semua bayangkanlah sekiranya Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat - sebuah pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat! Pastinya lebih ramai rakyat akan terbela dengan skop yang lebih luas.


Kerajaan pusat Barisan Nasional hanya mampu mensasarkan RM500 sebagai saguhati kepada kakitangan awam sedangkan banyak syarikat swasta dan konglomerat yang menyediakan beberapa bulan gaji kepada pekerjanya sebagai tanda mereka dihargai. Kerajaan pusat harus mampu menyediakan yang terbaik kepada semua kakitangannya di sebalik layanan mewah terhadap pelabur-pelabur luar dan juga pelancong yang kononnya membawa banyak keuntungan kepada negara.


Kerajaan pimpinan LGE mampu menghadirkan jumlah bonus yang lebih tinggi di kala sebuah kerajaan negeri milik pembangkang kebiasaannya tidak dilayan dengan adil dalam aspek kewangan dan semua sumber kewangan yang sepatutnya disalur terus kepada kerajaan negeri, hanya menyinggahi badan-badan kerajaan pusat yang beroperasi di setiap negeri pembangkang. Walaupun begitu, kerajaan Pulau Pinang mampu melakukan sesuatu apabila ia diperintah tanpa ketirisan terancang. Syabas !


Perkara ke-tiga dalam senarai di atas menunjukkan YAB Lim Guan Eng juga adalah seorang ketua menteri yang peka dan prihatin dalam memartabatkan agama Islam di bumi Pulau Pinang. RM60 juta yang diperuntukkan pastinya menutup suara-suara sumbang yang mengatakan LGE seorang yang anti-melayu mahupun anti-islam. Pada hemat kebanyakkan orang sekarang ini, nilai kepimpinan dan pendekatan LGE terhadap Islam itu jauh melebihi kebanyakkan pemimpin melayu yang lain.


Perkara ke-empat dalam senarai di atas menunjukkan keperihatinan sebuah kerajaan negeri terhadap rakyatnya yang memerlukan perhatian. Tanpa mengira batas bangsa mahupun batasan kefahaman dan kepartian, siapa sahaja ibu tunggal dan warga OKU layak menerima RM100 setiap tahun. Walaupun jumlah ini sedikit berbanding apa yang dihulur oleh kerajaan pusat melalui badan kebajikkan, percayalah untuk mendapatkan bantuan sebegini tidak memerlukan surat sokongan pemimpin UMNO sepertimana kebiasaannya yang berlaku demi memohon bantuan badan kebajikan.


Dengan ini, saya selaku seorang aktivis blogger dan penulis bebas ingin melancarkan sebuah tabung kutipan untuk diisi oleh mana-mana individu dari negeri Pulau Pinang yang ingin memulangkan mana-mana bentuk bantuan yang diterima oleh mereka dari kerajaan negeri sekiranya mereka was-was dan ragu-ragu.


Kakitangan awam kerajaan Pulau Pinang yang tidak yakin dengan sumber Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2011 boleh mendermakan wang BONUS yang diterima kepada pihak saya supaya dapat disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan. Begitu juga dengan ibu tunggal yang bersetuju dengan hukum-hakam fatwa UMNO, boleh juga memulangkan RM100 tersebut ke tabung yang telah saya lancarkan sempena Bajet PP 2011. Kepada warga emas yang ingin memulangkan bantuan ehsan kerajaan Pulau Pinang juga boleh berbuat demikian sekiranya tidak sempat masuk TV3 dalam program pembodohan rakyat anjuran UMNO.


Akhir sekali, kepada pengundi di Galas dan Batu Sapi, sila hayati perkembangan ini sebagai petunjuk untuk membuang undi. Kerajaan BN menawarkan kenaikkan harga minyak dan percayalah harga minyak akan lebih mudah melonjak dengan signal kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi. Tetapi sekiranya anda mahu mengajar BN agar lebih menghormati rakyat Malaysia, agar melihat rakyat kini sudah bangkit menentang kerajaan yang zalim, inilah masanya untuk mengheret Barisan Nasional ke kaki-kaki rakyat marhain. Sesungguhnya kerajaan itu adalah pelayan kepada rakyat!


Berikan kemenangan Pakatan Rakyat kepada Galas !! Berikan kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Sapi !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
nowadays, so busy lah...
Ewan_sn
Pegawai Pulau Pinang RM1,300, pusat hanya RM500
Harakahdaily


IPOH, 15 Dis: Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terkini melibatkan semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

“Pemberian elaun tambahan dari kerajaan negeri ini merupakan insentif galakan yang bakal memacu lagi moral kerja bermutu di kalangan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, seluruh kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa jabatan menikmati tambahan pendapatan mereka, ini adalah hasil dari keputusan bijak rakyat negeri Pulau Pinang yang memilih pemimpin mereka dengan betul, syabas beliau ucapkan.

Sebelum ini bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu, kata beliau lagi.

Sedangkan hanya RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan, katanya

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.

“Tindakan ini dikira suatu yang amat wajar, kerajaan yang mempunyai kakitangan yang bermotivasi akan akan memberi impak positif terhadap mutu kerja untuk memenuhi keperluan serta tuntutan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan Pulau Pinang dalam soal menjaga kebajikan seluruh kakitangannya, ini adalah suatu tindakan yang amat wajar, malangnya, rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang.

“Saya menyarankan agar negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, khususnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat turut mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang memberi berbagai bantuan kepada kakitangannya, ” katanya.

“Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng lebih efisyen daripada Kerajaan Persekutuan dalam soal menjaga kebajikan kakitangan, rakyat sepatutnya memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti kerana UBN gagal setelah setengah abad memerintah," ujarnya.

Ewan_sn
Free bus rides for Penang factory workers
By PRISCILLA DIELENBERG


GEORGE TOWN: The state plans to introduce a Bridge Express Shuttle Transit (Best) to transport commuters from Seberang Jaya in the mainland to factories in the Bayan Lepas Free Industrial Zone on the island at no charge.

Chief Minister Lim Guan Eng announced that the “park and ride” system was approved at the state executive council meeting on Wednesday and is scheduled to begin on March 1.

Under the system, Lim said the commuters need only pay for the parking of their vehicles in Seberang Jaya and the state would supply the buses to transport them for free.

He said that Best was aimed at but not limited to factory workers, and would focus on the Bayan Lepas FIZ for a start.

“Anyone can ride but the destination is only the factories in Bayan Lepas, not anywhere else,” he told a press conference at his office in Komtar here.

Lim said that with this service, motorists could save up to RM250 a month on the Penang Bridge toll and petrol.

He said the state would see to awareness and publicity programmes for greater participation, adding that the details of the system would be fine-tuned and announced by state Local Government and Traffic Management Committee chairman Chow Kon Yeow.

Chow, who was present, said that for a start, 10 buses would be deployed to shuttle commuters from 6am to 9am and from 4pm to 7pm on Mondays to Fridays, which is when most factory workers would be commuting.

“We have done a survey among the factories in Bayan Lepas where 1,100 workers have shown interest in joining this programme,” he said.

Chow said a bus shelter was being built at the Sunway Carnival Mall in Seberang Jaya which would be the initial pick-up and drop off point, while 50 to 60 stops would be put up in front of various factories in Bayan Lepas.

“We will have two or three routes to serve all the factories,” he said, adding that the system should help to reduce the number of cars on Penang island and traffic congestion.

Lim said Best was aimed at helping to reduce the financial burden of lower income workers, especially in view of the announcement by the federal government to increase the price of RON97 by 10sen to RM2.40.

“This is our effort to reach out to help Malaysian workers fight the fuel price increase and subsidy reduction, which we feel is unfair as it is only borne and suffered by the poorer factions of Malaysians and not by the rich companies.

“The state government is concerned as this is the second time within a month that the price of the petrol has gone up,” said Lim.
Ewan_sn
Penang is proof that Pakatan can deliver, says Guan Eng
January 11, 2011


Lim claimed that Penang had hit surpluses in 2008 and 2009. — File pic

GEORGE TOWN, Jan 11 — Penang Chief Minister Lim Guan Eng touted today his administration as proof that Pakatan Rakyat’s (PR) 100-day promises would not bankrupt government coffers.

He said that since PR took over Penang in 2008, it had executed various welfare programmes but still achieved record budget surpluses.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had scoffed at PR’s 100-day reform programme, saying it was “too good to be true.”

But Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim defended the plan today, stating that it would only cost RM19 billion that would come from cutting out corruption.

Lim echoed this by claiming that Penang had hit a record RM88 million surplus in 2008 and RM77 million in 2009 through “the dividends of anti-corruption” measures.

At a press conference this morning, he pointed out that the state’s administration had been praised by both Transparency International and the Auditor-General who had also rated Penang as the best managed state.

The DAP secretary-general also said that it was Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala who had first pointed out that Malaysia would go bankrupt in 2019 under current economic practices.

Lim also listed a number of programmes under his administration which he said was paid for through the budget surplus:

• RM11.3 million in allocations in 2010 for religious, Chinese and Tamil schools;

• RM100 water rebate per family costing RM17 million in 2008 and 2009;

• Elimination of hardcore poverty by ensuring each household had an income of at least RM500 a month;

• RM100 per year in special payments to senior citizens above the age of 60 costing RM20 million a year;

• Funeral allowance of RM1,000 for Penang residents.

The chief minister claimed that these programmes “were never executed under BN’s 51-year rule but was done in the three years that PR has governed.”

He said that no PR-governed state had gone bankrupt.

PR has promised that if it takes over federal government, it would implement a number of reforms and initiatives within the first 100 days of taking power.

These include an RM500 per month incentive for teachers, maintaining fuel subsidies and eliminating toll for highways.
Ewan_sn
Pelabur paling ramai ke P.Pinang di Malaysia
Mohd Sabri Said



GEORGETOWN, 28 Feb: Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini.

Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur kebelakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, kedatangan pelabur paling ramai itu sekaligus menafikan kenyataan Najib yang mempertikaikan buku jingga yang memaparkan 100 Pakatan Rakyat memerintah berbagai barangan akan diturun atau dikaji semula.

"Tengok apa yang dah kita amalkan menjadi tarikan pelabur yang ramai ke Pulau Pinang. Selangor pula kedua semua itu bukti Pakatan Rakyat tahu memerintah, " tegasnya ketika menyampaikan watikah perlantikan 291 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) seluruh Pulau Pinang di tingkat 5, Komtar semalam.

Baru-baru ini Najib mengatakan pertumbuhan ekononi Malaysia mengembang kembali tanpa menyebut nama negeri berkenaan kerana mungkin memberi kesan pada pemerintahanya terutama dalam suasana pilihanraya kecil di Dewan Undangan (Dun) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.

Najib patut sedar kewibawaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana dapat menambahbaik kelemahan yang ketara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah seperti rasuah, penyelewengan dan mementingkan kroni.

Di Pulau Pinang hasil penjimatan yang BN tidak pernah lakukan ialah Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan kembali wang RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan atasi kemiskinan tegar,

Mulai tahun ini ujar Lim, kerajaan memperluaskan lagi bantuan kepada golongan ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU) dan menaikan elaun JKKK dan setiausahanya.

Bukan itu sahaja elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), Tok Imam, Huffaz dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga diberikan.

"Dulu masa Umno dan BN perintah mereka menindas tidak membantu. Kini rakyat lega kerana kerajaan lebih berhati rakyat, " tambahnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.

Dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T) katanya, memang berjaya dan berharap semua JKKK mainkan peranan menerangkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka memahami hasil tindakan pembaharuan Kerajaan Pakatan yang memerintah.

CAT tambahnya, bukan sahaja menambah ekonomi dan menjimatkan wang rakyat malahan boleh menyakinkan rakyat jika maklumat dicambahkan kepada mereka.

"Saya mahu semua rakyat didedahkan hasil amalkan dalam pemerintahan. Peranan JKKK kena dilipat gandakan, " jelasnya.



Ewan_sn
P Pinang bagi RM2,000 pelajar kembali ke Mesir
Mohd Sabri Said


GEORGETOWN, 2 Mac: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan RM2,000 kepada 318 pelajar Mesir dari negeri ini termasuk anak kepada Yang bekas Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Shabudin Yahya.

Sumbangan tersebut adalah pembuka tirai negeri pertama menyerahkan sumbangan berbanding negeri lain di Malaysia.

Sebelum ini Pulau Pinang juga mendahului mengumumkan peruntukan dan mengadakan perjumpaan antara pelajar dan waris pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini.

Pada peringkat awal Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria telah bertekad memberi keringanan kepada ibu bapa dengan mengeluarkan wang menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sekurang-kurangnya RM1,000 seorang.

Tetapi, setelah perbincangan dalam mesyuarat Exco semua sepakat menambah RM1,000 lagi daripada kerajaan negeri menjadikan RM2,000 semuanya.

Pada program yang dimulai meraikan pelajar dan ibu bapa dengan makan tengah hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hasil penjimatan akhirnya banyak perkara boleh Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya termasuk bantuan berkenaan sebagai meringankan tanggungan ibu bapa.

Slogan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) membawa kebaikan walaupun pada awal pemerintahan terpaksa berhadapan cercaan dan hutang peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selepas mempekenalkan dasar CAT pada umum ia terus melonjak terutamanya para pelabur yang bertambah sejak kebelakangan ini.

"Tentu pelajar tertanya-tanya apakah CAT. Ia bukan kucing sepertimana yang selalu dihebohkan oleh Umno sebaliknya pentadbiran yang menjurus kepada kebebasan, keadilan dan jauh daripada sikap rasuah," ujar Guan Eng.

Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, Muhamad Hilmi Mohd Yusuf menyifatkan, bantuan itu sebagai galakan terhadap pelajar untuk teruskan belajar di serata univesiti di Mesir.

"Saya mewakili keseluruhan pelajar ucap terima kasih yang tidak terhingga dan berharap kerajaan negeri dapat pula ke sana menziarahi kami sebab sampai saat ini belum ada seorang pun kepimpinan negeri yang berbuat demikian," katanya.


Ewan_sn
Pulau Pinang Negeri Wi-Fi, Untuk Semua - Guan Eng
Mar 31, 2011 02:01:07 pm



"Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang untuk semua, Wifi untuk semua" dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri wifi pertama di Malaysia yang berani dan inovatif dalam inisiatif memperluaskan kepintaran digital untuk seluruh rakyat Pulau Pinang. Sebagai negeri yang pertama di Malaysia menyediakan wifi percuma di tempat tumpuan umum, beberapa keperluan dan penjelasan diperlukan dalam usaha untuk melaksanakan konsep baru ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin menekankan di sini bahawa kita bersedia untuk mempertimbangkan mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia yang mempunyai lesen perkhidmatan ICT, sepertimana syarat yang telah ditawarkan kepada Redtone International Bhd. Dalam erti kata lain, syarikat-syarikat ini mesti bersedia untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 kawasan hotspot wifi percuma untuk dibekalkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Sebagai bukit komitmen terhadap inisiatif wifi percuma, mana-mana syarikat itu hendaklah mengikut jejak langkah Redtone, iaitu dalam memasang dan menyenggarakan sebanyak 750 kawasan hotspot yang pertama atas kos pembiayaan sendiri. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan walau satu sen perbelanjaan untuk fasa pertama ini.

Sekiranya syarat diatas dipenuhi, barulah syarikat tersebut layak untuk ditawarkan fasa kedua iaitu pemasangan tambahan 750 lagi kawasan hotspot yang akan ditanggung sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional yang telah mengelirukan dasar yang diamalkan dengan menuduh kerajaan negeri PR Pulau Pinang mengenepikan dasar tender terbuka kerajaan negeri. Jelas, BN hipokrit dengan mengkritik Pakatan Rakyat tidak mengamalkan tender terbuka sedangkan BN sendiri gagal melaksanakannya.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa dasar tender terbuka merupakan keutamaan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Atas urustadbir CAT dan dasar tender terbuka yang senantiasa diamalkan ini, Pulau Pinang telah pun menjadi negeri pertama yang dipuji oleh Transparency International.

Urustadbir CAT sememangnya berdasarkan sistem tender terbuka tetapi mustahil Pakatan Rakyat untuk melaksanakan sistem tender terbuka sekiranya hanya satu syarikat tersenarai yang sudi memenuhi syarat yang ditetapkan.

Syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia akan ditawarkan dengan syarat yang sama sepertimana yang dikenakan kepada Redtone International Bhd untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 hotspot wifi percuma untuk seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta.

Inisiatif wifi percuma di Pulau Pinang ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan pemasangan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum oleh syarikat tersenarai dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat tanpa mengenakan satu sen pun kepada Kerajaan Negeri. Pelaburan syarikat tersebut akan ditebus balik melalui pulangan pengiklanan.

Pada fasa pertama, kerajaan negeri hanya membantu menyediakan kemudahan dalam proses pemasangan. Hanya satu syarikat (Redtone) yang menyatakan kesudian dalam menyediakan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum dengan kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Tiada syarikat lain yang berminat untuk tampil menyediakan perkhidmatan 750 wifi percuma dengan kos pembiayaan sendiri.

Oleh kerana tahap pertama adalah tawaran pemasangan secara percuma, Kerajaan Negeri tidak dapat memaksa Redtone untuk meliputi seluruh kawasan di Pulau Pinang. Inilah sebabnya beberapa kawasan terpaksa diketepikan termasuk kawasan Parlimen Bukit Gelugor, Pengerusi DAP Karpal Singh.

Untuk memastikan liputan wifi percuma merangkumi semua kawasan, Kerajaan Negeri harus membiayai fasa kedua, iaitu pemasangan dan penyenggaraan 750 hotspot wifi tambahan untuk ditempatkan di tempat tumpuan umum dengan bayaran RM8.5 juta untuk tempoh lima tahun. Fasa kedua ini bukan sahaja meningkatkan jumlah hotspot wifi percuma kepada 1,500 malah akan memastikan bahawa semua kawasan di Pulau Pinang mempunyai liputan wifi percuma ini. Fasa kedua ini jugalah yang menyebabkan BN terus mengkritik kerajaan negeri kononnya kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar tender terbuka.

BN seperti hilang arah untuk terus mengkritik tanpa asas. Tanpa mengambil keseluruhan fasa 1 dan fasa 2, BN mengabaikan terus fasa 1 dan hanya mengambil kira fasa kedua. Ini salah. Untuk layak ke tahap 2, syarikat tersenarai harus memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma di peringkat fasa pertama dengan kos ditanggung sepenuhnya tanpa bayaran walau satu sen pun oleh kerajaan negeri. Maka hanya itu dapat memenuhi syarat bagi membolehkan Kerajaan Negeri meluluskannya untuk ke fasa kedua.

Pada permulaan, ketika mencari syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini, tidak ada syarikat yang berminat kecuali Redtone. Oleh itu, disebabkan hanya Redtone yang layak dan sudi memenuhi syarat yang dikenakan, mustahil kerajaan negeri melakukan tender terbuka dalam inisiatif ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang masih bersedia untuk mempertimbangkan syarikat-syarikat tersenarai yang lain, selagi mereka sudi memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma dengan kos ditanggung sendiri. Syarat untuk fasa kedua adalah seperti berikut:

Nota Penting Perjanjian Kerjasama untuk Perkembangan Intenet Mudah Alih antara PDC Telecommunication Serviced Sdn Bhd (PDCT) dan Redtone International Berhad (Redtone)

Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk semua, Wifi juga untuk Semua

Syarat Umum
- Perjanjian adalah untuk pemasangan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum dibiayai oleh kerajaan negeri melalui PDCT.
- Sebanyak 750 hotspot wifi telah dipasang oleh Redtone Internatiomal Bhd (Redtone) di tempat tumpuan umum. Dengan tambahan 750 hotspot wifi percuma yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, keseluruhannya 1500 hotspot wifi percuma akan dipasang di kawasan-kawasan tumpuan umum meliputi seluruh negeri Pulau Pinang.
- Redtone juga akan menyediakan 50 hotspot tambahan di atas 750 yang sudah tertera dalam kontrak fasa kedua, di mana PDCT tidak akan dikenakan bayaran lebih lanjut bagi sebarang pemasangan atau penyelenggaran.
- Pemasangan 750 hotspot yang dicadangkan dan tambahan 50 kawasan baru harus diselesaikan dalam masa 12 bulan dari tarikh perjanjian.
- Redtone perlu menyediakan 50 Mbps sebagai "backhaul" untuk perkhidmatan internet di 750 kawasan pertama dan 750 kawasan baru.

Syarat Bayaran
- Perjanjian ini mengambil tempoh lima tahun dengan jumlah RM8.490.000. Selepas lima tahun, baik PDCT mahupun Kerajaan Negeri mempunyai pilihan untuk meneruskan perkhidmatan ini untuk tahun-tahun berikutnya dengan bayaran RM900, 000/- per tahun.
- Penyenggaraan ke atas 750 kawasan hotspot yang siap dipasang oleh Redtone harus dilakukan secara percuma tanpa membabitkan kos kepada PDCT. Sekiranya Redtone gagal untuk menjaga kawasan liputan, Redtone telah dianggap melanggar perjanjian.
- Dalam hal pelanggaran perjanjian, PDCT mempunyai hak mutlak untuk menuntut pemilikan penuh ke atas 750 kawasan hotspot yang sedia ada, 750 kawasan hotspot baru dan 50 kawasan tambahan selain pampasan/ kerosakan dari Redtone.

Lokasi
- Semua 40 daerah di Pulau Pinang harus diliputi sekurang- kurangnya 10 wifi.

Pembahagian Pendapatan
- Pendapatan bersih yang diperolehi dari perkhidmatan pengiklanan harus dibahagikan antara PDCT dan Redtone.

Naik taraf Teknologi
-Setiap pengguna wifi percuma Pulau Pinang diberikan sambungan intenet 1 mbps dan apabila perlu, pengguna boleh meningkatkan sambungan sehingga 5 mbps, 10 mbps atau sehingga 54 mbps oleh Redtone International tanpa kos tambahan.


Ewan_sn
Utusan bohong lagi, DAP tak campur tangan masjid
6 June 2011


GEORGETOWN, 6 JUN – Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang.

Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu “dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian”.

Berita Utusan itu menambah, “jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu”.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

“DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu,” katanya kepada Roketkini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada 2008.

Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam

2008 (BN) - RM12.5 juta

2009 (PR) - RM20.5 juta

2010 (PR) - RM24.3 juta

2011 (PR) - RM33.3 juta


“Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA,” tambah beliau.

Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid.

Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu.

Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO.

“Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut menjadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu,” tambahnya
apek_mengulit
Bgus2..hidup PR..aku sbgai rakyat pulau pinang memang berbangga..haha. rolleyes.gif
Ewan_sn

MPSP: Dari hampir bankrap kepada yang terbaik
Mohd Sabri Said




PERMATANG PAUH, 26 Julai: Sebelum ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh diibaratkan sebagai 'mayat' kerana terpaksa ditampung selalu oleh kerajaan negeri bagi membantu 'hayat'nya.

Ia boleh dianggap hampir bangkrap. Pernah MPSP kehilangan wang sebanyak 230 juta tanpa dikesan.

Namun, kini dengan dipimpin oleh seorang wanita, Puan Maimunah Shariff, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh kerajaan tempatan ini sehingga menjadi kebanggaan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

(KM, Lim Guan Eng, melancarkan Taman Bersih, CCTV dan Gotong royong Online dengan diperhati Maimunah dan Dr Mansor)


Sempena perayaan Haji Majlis ke 37 baru-baru ini, Yang Dipertua MPSP Puan Maimudah Sharif mengumumkan tiga projek besar yang meletakkan pihak berkuasa tempatan ini dikedudukan sekarang.

Pertamanya Pelancaran Taman Bersih iaitu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran permbersihan melalui penglibatan komuniti atau 'Community Engagement' khususnya menjadikan kontraktor yang dilantik lebih proaktif dan bertanggungjawab, menggalakan penyertaan masyarakat di dalam aktikviti bagi kebaikan semua serta melestarikan kehidupan bersih dan teratur.

Keduanya pelancaran CCTV yang diletakan pada 24 lokasi iaitu 8 unit di Seberang Perai Utara, 12 unit di Seberang Perai Tengah dan 4 unit di Seberang Perai Selatan.

Manakala ke tiganya Sistem Gotong Royong Online yang mana MPSP boleh menerima permohonan gotong royong daripada berbagai pihak hanya menerusi laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my.

"Adanya tiga pertambahan baru MPSP itu nanti menjadikan MPSP terus maju dengan lonjakan kualiti dari semua kakitangan MPSP. Sebab itu MPSP memperkenalkan anugerah KAIZEN iaitu istilah dari Jepun yang bermaksud penambahbaikan berterusan kepada sesiapa sahaja yang memberi sumbangan idea kreatif yang mendatangkan impak kepada MPSP, " katanya.

Hadir sama dalam program yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Dato' Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr Ramasamy dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow .


Ewan_sn
'Kelulusan diberi bagi bina 11 ribu rumah mampu milik'
Susan Loone
Ogos 1, 11
3:10pm



Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan bahawa ia gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada 2008.

Sebaliknya, menurut ketua menteri, Lim Guan Eng sejak menumbangkan BN, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah membina 11,596 rumah yang berharga antara RM42,000 (kos rendah) dan RM72,500 (kos sederhana).

Pada sidang akhbarnya hari ini, Lim berkata kerajaan negeri juga bercadang membangunkan semula beberpa projek perumahan yang akan membabitkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana.

"Setakat ini kami amat bersabar dengan dakwaan pembangkang (BN) yang menuduh kami tidak meluluskan rumah mampu milik dan rumah kos sederhana.

"Di sini, kami ingin mengemukakan bukti bahawa selepas 2008, kita telah meluluskan pembinaan rumah-rumah itu walaupun dana kita terhad kerana tidak murah bagi membina rumah-rumah berkenaan,” kata Lim.

Beliau kemudian mengedarkan risalah dan gambarajah bagi membuktikan hujahnya dan berkata perkara tersebut juga telah dijelaskan di dewan undangan negeri.

"Ini adalah fakta. Kenyataan pembangkang bersifat fitnah menuduh kami tidak membina sebuah pun rumah ( kos rendah dan sederhana) amat jahat,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman yang membidas kerajaan negeri kerana didakwa tidak membina sebarang rumah mampu milik untuk golongan miskin sejak tahun 2008.
Ewan_sn
Hampir 100% Tender Kerajaan Pulau Pinang Diberikan Kepada Kontraktor Melayu
TERKINI @ 08:26:32 PM 02-08-2011
Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan “kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini.”

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan,” katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri,” katanya lagi.
Ewan_sn
[/color][color="#FF0000"]DAP anti-Cina kerana utamakan Melayu, kata MCA
30 July 2011
Komentar Roketkini

30 JULAI – Tuduhan MCA bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersikap anti-Cina kerana terlalu mengutamakan kepentingan dan kebajikan orang Melayu telah mendedahkan pekung dalam Barisan Nasional.

Tuduhan itu mengejutkan UMNO dan BN sendiri kerana selama ini UMNO, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia, saban hari menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan DAP telah mengabai dan meminggirkan orang Melayu.

Tuduhan MCA

Semalam, Pengerusi Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa Guan Eng mengancam kepentingan kaum Cina di negeri itu kerana tidak menganugerah tender projek kepada kontraktor kaum Cina.

Dalam kenyataannya, Tan menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang supaya tidak memberi kontrak kepada Bumiputera secara sewenang-wenangnya semata-mata kerana mahu dilihat adil.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA memetik kenyataan akhbar Guan Eng pada Rabu lalu yang menyatakan kontraktor Bumiputera termasuk India Muslim (serta 20 peratus daripada jumlah itu adalah wanita) telah mendapat 100 peratus kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran.

Malah Tan turut menyindir pemilihan kontraktor-kontraktor Bumiputera itu apabila mendesak Guan Eng supaya “memastikan kontraktor-kontraktor berkenaan mampu menyiapkan projek dan supaya tidak akan timbul masalah kepada infrastuktur negeri bagi menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.”

Nampaknya sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri, Tan tidak sedar perubahan positif untuk rakyat semua kaum yang berlaku di sekelilingnya.

Urus tadbir CAT

Atau beliau sengaja buat-buta lupa apabila berkali-kali Guan Eng menjelaskan bahawa urus tadbir cekap, akauntabel dan telus ( CAT) yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya memartabatkan kontraktor Bumiputera dengan sistem tender terbuka.

“Urus tadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Malah, pada tahun lalu, Setiausaha Agung DAP itu juga telah mendedahkan bahawa sejak 2008, UMNO menuduh DAP anti-Melayu manakala MCA pula menyerang DAP dengan tuduhan anti-Cina.

“MCA serang DAP anti-Cina bila kerajaan Pulau Pinang tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenangi sebilangan besar kontrak kerajaan.

“Kontraktor Melayu menangi 100 peratus kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98 peratus kontrak JKR,” tambah beliau.

Berjaya tanpa perkauman

Malah, usaha kerajaan Pakatan Pulau Pinang yang tidak berasaskan kaum atau kabel politik telah membuatkannya berjaya mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008, atas amalan bebas rasuah dan urus tadbir CAT.

Kejayaan ini bukan sahaja disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara yang mana dicatatkan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan terbaik seajk 2008 tetapi juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pengurusan kewangan yang sihat itu telah membolehkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang menghasilkan “dividen anti-rasuah” yang digunakan untuk memenuhi keperluan rakyat termasuk mengadakan program terbaru Anak Emas Pulau Pinang, tanpa mengira kaum dan agama.

Apakah MCA mahu menuduh DAP atau kerajaan negeri Pulau Pinang zalim kerana membantu dan menghargai warga negeri tanpa memilih bulu?

Dalam masa tiga tahun sahaja, kerajaan negeri Pakatan telah melaksanakan pelbagai program, sama ada yang memang dikhususkan untuk orang Melayu dan Islam atau untuk semua tanpa mengira kaum, demi kepentingan dan kebajikan anak negeri.

Pulau Pinang telah dan akan terus melaksanakan program penghargaan warga emas dengan member sumbangan RM100 setahun dan RM1,000 sekali sahaja kepada warisnya dan memperluaskannya pemberian RM100 setahun kepada ibu tunggal dan orang kurang uopaya (OKU); dengan kos RM20 juta sehingga tahun lalu.

Pemberian sekurang-kurangnya RM500 sebulan kepada setiap keluarga miskin untuk menarik mereka keluar dari garis kemiskinan tegas dengan kos lebih RM3 juta setahun serta menghapuskan deposit meter air RM70 bagi keluarga termiskin juga dilaksanakan dan diteruskan.

Usaha memperluaskan pemberian bantuan pembangunan kepada sekolah bantuan Cina, Tamil, mubaligh, sekolah menengah bebas Cina dan sekolah agama rakyat (SAR) dengan kos RM12 juta tahun lalu sahaja.

Program rakyat untuk semua kaum

Bagaimana boleh diterima tuduhan MCA bahawa DAP anti-Cina dan tuduhan UMNO bahawa DAP anti-Melayu apabila program dan projek untuk semua kaum telah dan sedang dilaksanakan?

Kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang telah membina dan mengekalkan modal insan dengan menubuhkan Majlis Sains Negeri Pulau Pinang dan Penang Tech Centre melebihi RM100 juta demi menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan sains dan teknologi.

Kesesakan lalu lintas juga telah dan sedang diatasi dengan pelbagai usaha serius. Kerajaan negeri telah berjaya mencatat sejarah dengan menyediakan kemudahan bas awam percuma “Bridge Express Shuttle Transit” (BEST) melalui projek Park and Ride.

Sebanyak 16 bas telah disediakan oleh Rapid Penang dengan kerajaan negeri memperuntukan dana berjumlah RM1.05 juta untuk melaksanakannya sejak 1 Mac lalu.

Kerajaan Pakatan pimpinan Guan Eng juga sedang mengkaji cadangan membina jalan dan terowong untuk menghubungkan kawasan kesesakan trafik di bawah kawalan kerajaan negeri dari Jalan Pangkor (Gurney Drive) ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan dari Lebuhraya Thean Teik ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Walau pun anggaran kos RM4 bilion agak besar, ia adalah kerana akan berlaku pengambilan tanah yang mahal. Namun, sistem tender terbuka di bawah urus tadbir CAT dijangka dapat menghasilkan bidaan terbaik dengan kos yang lebih rendah.

Tentunya usaha mengatasi kesesakan lalu lintas ini bukan untuk Cina atau Melayu atau mana-mana satu kaum. Malah, bukan sahaja warga Pulau Pinang akan lebih selesa, pelancong dari seluruh negara serta dari dunia luar juga akan mendapat faedah pengurangan kesesakan lalu lintas.

Beranikah MCA kecam UMNO?

Memang banyak program dan projek yang telah dan sedang diusahakan di Pulau Pinang yang mendapat sambutan serta sokongan rakyat berbilang kaum.

Tidak ada salahnya MCA mengkritik kerajaan negeri Pakatan Rakyat jika ia berasaskan fakta dan maklumat yang tepat serta benar.

Tetapi adalah lebih jujur jika kritikan atau kecaman MCA dilemparkan kepada UMNO dan BN di peringkat pusat serta di negeri-negeri di bawah tadbiran UMNO.

Bukankah di sana kontraktor-kontraktor Cina dikatakan lebih “terpinggir”?

Atau jika mereka tidak diabaikan sekali pun, hanya usahawan besar kaum Cina sahaja yang dikatakan menikmati dasar ekonomi UMNO kerana sering didengar tentang kontraktor-kontraktor UMNO meng“sub”kan projek yang mereka perolehi kepada orang lain…
Ewan_sn











Ewan_sn
Hutang P Pinang RM630 juta tinggal RM30 juta
Mohd Sabri Said




TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program
ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.
Ewan_sn
Laporan Audit Negara meletakkan negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor
Ewan_sn
1) Jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia dan dalam sejarah negeri sebanyak RM12,2 juta atau 26% daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara. Pengedaran FDI Pulau Pinang lebih tinggi iaitu sebanyak 36% berbanding FDI Malaysia walaupun hanya mempunyai 6% jumlah populasi Malaysia.

2) Dipuji oleh Ketua Audit Negara sebagai negeri yang mengamalkan pengurusan kewangan terbaik bagi tahun 2008 dan 2009.

3) Pengurangan Indeks Jenayah tertinggi di Malaysia sebanyak 27%

4) Negeri pertama untuk inisiatif hijau yang menuju ke arah Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau pertama di Malaysia.

5) Satu-satunya negeri yang dipuji oleh “Transparency International” dalam memerangi rasuah melalui proses tender terbuka dan prinsip CAT – Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

6) Penyumbang tertinggi untuk pendapatan daripada pelancongan perubatan iaitu sebanyak 60%.

7) Negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan dan membayar RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia lebih 60 tahun.

8) Pulau Pinang mencatatkan peningkatan tertinggi jumlah penumpang udara berbanding semua lapangan terbang di Malaysia sebanyak 30%.

9) Mencatat kadar terendah penggangguran dan bergerak aktif dalam mencari tenaga kerja mahir.

10) Menjaminkan kebebasan dan hak asasi manusia dengan Akta Kebebasan Maklumat dan mewujudkan Sudut Pidato pertama di Malaysia yang membenarkan kebebasan berucap.

11) Paling cergas dalam melindungi, memulihara dan mempromosikan warisan melalui Bandaraya Warisan Dunia Unesco George Town.

12) Bandaraya yang paling baik didiami di Malaysia.
Ewan_sn
Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?
12:16PM Dis 4, 2011


Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:

•negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.

•dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.

•pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.

•berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.

•negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.

•negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.

•negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.

•negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.

•mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.

•menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.
Ewan_sn
Lim: Semua exco Pulau Pinang akan isytihar aset
1:55PM Dis 11, 2011






Semua ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat deklarasi aset mereka yang akan dipaparkan melalui internet dalam masa sebulan lagi, umum Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Selain itu, beliau juga mengumumkan enam langkah integeriti bagi menjamin pentadbiran yang bersih bertujuan bukan sahaja membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru kepada rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.

“Parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.

“Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi?

“Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun,” kata Lim pada ucapnnya semasa Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai, hari ini.

Menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni.

“Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan.

“Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah,” katanya.

Beliau berkata untuk memastikan ketelusan, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas manakala semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

“Sebagai akibat, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion.

“Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Berikut ucapan penuh Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Pearl View Hotel di Prai, Pulau Pinang.

--------------------------------------------------------------------------------
Dwi-kejayaan terbesar DAP dalam tempoh 45 tahun adalah menjadi rakan dalam kerajaan yang mengambil alih kuasa di Pulau Pinang dan membuktikan kecekapan kita dengan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk negeri.


Apabila kita berada di belantara politik, pemimpin dan ahli kita bukan sahaja dihambat dan dianiayai oleh kerajaan BN tetapi juga diperlekeh dan dihina dengan teruk kerana kita berani mengimpikan Malaysia yang lebih baik dengan cara menggantikan BN.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli veteran kita yang telah memainkan peranan penting yang bersejarah dalam kemaraan DAP untuk mencatatkan sejarah dan mencapai kuasa melalui mandat rakyat. Tanpa pengorbanan dan sumbangan anda pada masa lalu, kita tidak akan berada di sini hari ini.

Sebagaimana susahnya untuk mendapatkan kuasa politik, mengekalkannya juga sama sukar. Kita bukan sahaja perlu mengatasi masalah kurang berpengalaman tetapi juga terpaksa meyakinkan pihak yang ragu-ragu dengan kita dari pihak lawan serta dari kalangan penyokong kita sendiri yang kurang yakin dengan kebolehan kita untuk mentadbir dengan baik.

Dalam tempoh empat tahun kita memerintah, kita telah membuktikan rekod kita mentadbir yang baik dengan membela secara saksama semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan melaksanakan hudud tetapi telah menambah peruntukan untuk semua kegiatan agama Islam dan menyalur bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. Kita juga telah menyediakan peruntukan tetap untuk sekolah-sekolah bantuan modal, kita mewujudkan jawatan Exco hal-ehwal masyarakat bukan Islam dan telah mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah dan kuil-kuil serta menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada Lembaga Wakaf Hindu (Hindu Endowment Board).

Malah kita meningkatkan peruntukan untuk wanita lebih 10 kali ganda, daripada RM230,000 kepada hampir RM2.4 juta setahun. Kita juga telah meletakkan papan tanda jalan Bahasa Malaysia yang ditambah sama ada dengan Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil atau Arab. Hanya di Pulau Pinang anda boleh melihat papan tanda jalan dalam Bahasa Mandarin di Semenanjung Malaysia.

Hanya di Pulau Pinang anda boleh melihat tanda jalan dalam Bahasa Tamil di Malaysia. Bolehkah UMNO, MCA, Gerakan atau MIC melaksanakannya?

Dengan bantuan daripada ahli-ahli veteran kita, usahasama daripada ahli-ahli baru dan kerjasama daripada ahli-ahli muda, kita telah meyakinkan para penyokong kita serta membuktikan kepada mereka yang ragu-ragu bahawa kita telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang paling baik sekali pentadbirannya.

Ini telah diiktiraf oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara serta pujian yang jarang diperolehi daripada Transparency International, satu-satunya negeri di Malaysia yang mendapat pengiktirafan itu.

Program sosial dan pemberian wang tunai yang diperuntukkan melalui lebihan Bajet, dan bukan melalui pinjaman yang menambah hutang negeri

Selama empat tahun berkuasa, kita telah mencatatkan lebihan Bajet yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara. Jangan percaya kepada Presiden MCA Chua Soi Lek yang mengatakan kita telah mencatatkan defisit. Dia hanya mengulangi pembohongan dan muslihat oleh guru-gurunya dalam UMNO. Jika dia masih tidak faham tentang akaun awam, jangan bimbang, saya akan hantar kepadanya sekeping cakera padat (CD) mengenai perkara itu.

Lebihan Bajet itu telah membolehkan kita melaksanakan program sosial. Bayarannya bukan sahaja RM100 setahun yang diberikan kepada semua warga emas, OKU, ibu tunggal, dan bayaran sekali sahaja RM1,000 kepada waris apabila mereka meninggal dunia. Bayarannya bukan sahaja RM1,000 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam.

Bayarannya bukan sahaja RM200 sekali sahaja kepada bayi baru lahir Anak Emas Pulau Pinang mulai 1 Januari 2011. Bayarannya bukan sahaja RM100 untuk anak emas Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4. Bukan sahaja bayaran untuk sekolah, kuil dan kepada NGO-NGO.

Tetapi juga disediakan wang juga untuk membina jalan-jalan raya. Dari Jalan Bagan 29 untuk memintas Tol Sungai Nyior ke Jalan P. Patto dan pembesaran jalan-jalan dari Jalan Song Bang Kheng ke Jalan Masjid Negeri. Juga wang disediakan untuk menambah baik semua pasar awam buat kali pertama dalam sejarah.

Juga wang untuk menyediakan bas percuma dalam kawasan warisan George Town dan bas percuma melalui Jambatan Pulau Pinang untuk pekerja-pekerja di kawasan FIZ. Paling penting sekali, RM500 juta disediakan untuk membina rumah kediaman bermutu yang mampu dimiliki bagi golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah agar dapat hidup selesa dan penuh bermaruah.

Berbeza daripada BN, semua program sosial ini dibiayai melalui lebihan Bajet. Cara BN membiayai program sosial ialah dengan meminjam wang sehingga menyebabkan ia mencatatkan defisit sejak 15 tahun lalu. Kerana itulah BN hanya boleh memberi wang kepada rakyat setiap lima tahun sedangkan PR melaksanakannya setiap tahun.

Hutang-hutang BN ini telah mengakibatkan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 71 peratus daripada RM266 bilion pada akhir 2007 kepada RM456 bilion pada akhir 2011. Bagi Pulau Pinang, kita telah mengurangkan hutang negeri daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada hanya RM30 juta sekarang, iaitu pengurangan hutang sebanyak 95 peratus yang bernilai RM600 juta, pengurangan hutang yang terbesar bagi mana-mana kerajaan negeri dalam sejarah Malaysia.

Adakah kerajaan BN di Pulau Pinang sejak 51 tahun lalu telah melaksanakan apa yang kita lakukan dalam masa empat tahun sahaja, terutamanya menyediakan RM500 juta untuk Tabung Perumahan Mampu Dimiliki?

Malah media-media antarabangsa yang terkenal seperti The Economist dan Bloomberg telah memuji kita, dan puji-pujian ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Pulau Pinang juga telah menerima ramai tetamu besar yang jarang melawat negeri untuk sekian lamanya. Daripada gabenor-gabenor dari Kanagawa, Jepun and Victoria, Australia kepada menteri-menteri dari South Australia dan gabenor-jeneral dari Kanada yang buat kali pertama melawat Pulau Pinang.

Sememangnya Pulau Pinang memimpin. Kita telah membuat perubahan. Kita telah menjadi negeri pertama yang menghapuskan miskin tegar dengan memastikan setiap isi rumah memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan. Kita bercita-cita mahu menjadi negeri pertama yang menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2015.

Sekarang tiada lagi kroni atau korupsi di Pulau Pinang. Tidak ada penyelewengan wang rakyat seperti membeli kondo mewah dengan duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu. Yang ada hanya tender awam terbuka yang dilaksanakan melalui internet. Tidak ada lagi kabel politik kerana telah digantikan dengan kabel komputer. Pulau Pinang kini bukan sahaja bersih dan hijau persekitarannya, malah bersih pentradbirannya.

Deklarasi Aset Ahli-Ahli EXCO Pulau Pinang Akan Dipaparkan Dalam Masa Sebulan

Perubahan-perubahan ini boleh dilihat, dirasa dan disentuh. Semua yang berkunjung ke Pulau Pinang akan memuji negeri kita kerana nyata lebih bersih dan pekerja-pekerja kerajaan kita juga jelas bekerja keras. Dalam pada ini, kita telah mengamalkan 6 langkah integriti:-

Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun.

Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni. Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan. Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah.

Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis. Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis.

Terakhir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri. Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Dengan 219 kawasan parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam PRU 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta. Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam PRU tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR.

6 langkah integriti ini boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan 6 langkah integriti tersebut. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan.

Melalui pentadbiran yang bersih, kita telah membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur. Sebagai akibat, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion. Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011.

Masa depan yang bersih, hijau dan selamat

Bagaimana pula dengan masa depan? Kita hendaklah memenuhi harapan dan janji masa depan yang akan melindungi serta memberi peluang yang saksama kepada anak-anak kita. Kita sudah mengamalkan pentadbiran yang bersih, tetapi kita juga berazam untuk menjadi hijau dan selamat.

Tahun lalu, Pulau Pinang telah mencatat penurunan kadar jenayah yang paling tinggi di Malaysia iaitu 27 peratus dan dijangka kita akan mencatat prestasi yang sama pada tahun ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga hendak melibatkan masyarakat dalam usaha ini dengan mewujudkan polis komuniti melalui Pasukan Peronda Sukarela untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di negara kita.

Dalam usaha menghijaukan persekitaran, Pulau Pinang haruslah mengekalkan, melatih dan melatih semula modal insan yang sedia ada di samping menarik modal insan yang baru untuk mencapai kecemerlangan dalam sains dan teknologi. Walau pun kita bangga menjadi negeri yang pertama dan juga satu-satunya negeri untuk memperkenalkan kempen tiada beg plastik percuma sepanjang tahun, banyak lagi yang perlu dilakukan.

Penyelidikan dan pembangunan, serta kreativiti dan inovasi akan membantu menghijaukan persekitaran Pulau Pinang. Penubuhan Majlis Sains Pulau Pinang yang diterajui pemain-pemain industri akan membantu memupuk jurutera-jurutera dan ahli-ahli sains masa depan.

Kejayaan besar Penang International Science Fair (PISF) di PISA semalam membuktikan bukan sahaja terdapat bakat muda di Pulau Pinang, tetapi juga mekanisme operasi yang betul iaitu melalui kepimpinan industri dengan penglibatan yang minima daripada Kerajaan Negeri serta kerjasama antara pemain-pemain industri yang biasanya bersaing hebat antara satu sama lain.

Sikap mesra antara para pesaing di PISF semalam menunjukkan bagaimana pihak-pihak dengan perbezaan yang ketara boleh bekerjasama untuk kepentingan yang lebih besar daripada kepetingan individu.

Inilah masa depan Pulau Pinang, di mana semua orang, terutamanya anak-anak kita, diberi peluang untuk belajar dan berjaya. Kita juga memberi tunjuk ajar kepada mereka melalui contoh kerjasama kita sebagai satu pasukan. Iktibar yang paling penting dalam tempoh 4 tahun yang lepas ini adalah bahawa kejayaan hanya boleh diperolehi melalui kerjasama.

Thomas Jefferson telah berkata bahawa kezaliman akan berlaku apabila rakyat takut dengan kerajaan, tetapi kebebasan akan dicapai apabila kerajaan takut dengan rakyat.

Kita yakin dan menghormati kebijaksanaan dan kepintaran rakyat. Kita memberi ruang untuk demonstrasi, selagi ia berlaku secara aman dan tidak ganas. Sampai sekarang tidak berlaku rusuhan – Pulau Pinang masih lagi aman dan ekonomi bergiat dengan kuat.

DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional (BCPM)

Itulah sebabnya kita tidak takut dikritik apabila menubuhkan “Speaker’s Corner” atau Sudut Pidato yang pertama di Malaysia. Itulah sebabnya kita meluluskan Akta Maklumat Bebas sebagai penghormatan kepada hak rakyat untuk mendapat maklumat.

Itulah sebabnya DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional di mana hanya juru komputer profesional yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk melakukan kerujuteraan perisian untuk kegunaan kerajaan.

Kejuruteraan perisian secara asas memerlukan kebebasan, kepintaran dan kreativiti yang tidak semestinya boleh diperolehi daripada mereka yang mempunyai ijazah. Adakah para pakar dan ikon dalam industri IT seperti Steve Jobs (Apple), Bill Gates (Microsoft) dan Mark Zuckerberg (Facebook) boleh berjaya jika terwujud undang-undang yang sebegini?

Tindakan yang langsung tidak masuk akal dan bersifat mundur ini lantas menimbulkan soalan adakah Kerajaan BN ingin mengawal maklumat dan penggunaan internet?

Atas hutang budi kepada ahli-ahli pengasas DAP, kita harus melaksanakan janji untuk masa depan di mana rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan yang saksama, makmur, sihat, berpendidikan, bebas untuk memilih dan menunaikan hak-hak mereka serta bermartabat. Marilah kita, negeri Pulau Pinang, terus mempelopori jalan dengan pengamalan pentadbiran yang cekap dan kepimpinan yang menjaga semua tanpa mengira bangsa serta tidak ekstrim dan bersifat perkauman.

Marilah kita menuju kejayaan melalui transformasi Pulau Pinang kepada bandar pintar dan antarabangsa yang lantas akan membawa kepada transformasi Malaysia. Tenaga, kepercayaan dan ketaatan yang dibawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP akan menyalakan obor Pulau Pinang. Obor ini pula akan menyemarakkan seluruh Malaysia.

Pulau Pinang yang bersih, hijau dan selamat!

LIM GUAN ENG
Ewan_sn

Guru Pasti P.Pinang dapat RM600 seorang
Mohd Sabri Said




KEPALA BATAS, 3 Jan: Seramai 214 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pulau Pinang tersenyum lebar apabila pengurusan Pasti Negeri Pulau Pinang bersama Dewan Pemuda PAS Negeri bertindak menyalurkan bantuan kewangan RM600 seorang sebagai hadiah tahun baru 2012.

Pemberian itu diserahkan pada satu majlis khas yang diadakan di sini semalam.

Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Pasti Negeri Nazarudin Awang Hamat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah, Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein, Pengerusi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri, Hafiz Kasim dan Setiausaha Kerja Pasti Negeri, Shukri Mohd Tauzin.

Bagi Guru Pasti Sembilang, Permatang Pauh, Zurida Ismail, (gambar kanan) pemberian itu sekaligus menyemarakan semangat mereka untuk terus menyambung perjuangan mendidik anak bangsa mengenali agama Islam.

"Sebagai guru Pasti rasa syukur dengan keprihatinan yang ditunjukan oleh Pasti dan Dewan Pemuda PAS Negeri terhadap jasa dan pengorbanan guru yang selama ini mengajar tanpa rasa jemu," jelasnya.

Cikgu Jamilah Sharif dari Pasti Tasek Mutiara, Nibung Tebal pula menyifatkan pemberian tersebut sebagai 'ole-ole tahun baru' untuk memupuk semangat guru agar lebih menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada proses pendidikan pelajar.

"Kerelaan guru Pasti samada yang masih menabur bakti atau bekas guru amat disanjung oleh semua pihak kerana dari sinilah kanak-kanak diajari dengan pengenalan Islam sebagai bekalan bila besar nanti, " katanya yang sudah 10 tahun bersama Pasti.

Noralyn Jamiri dari Pasti At Taqwa, Butterworth menambah, memang tidak dinafikan kanak kanak bukan sahaja memerlukan belaian kasih sayang dari ibubapa tetapi juga memerlukan makanan rohani daripada seorang guru.

Tanpa guru yang membimbing sambungnya, para pelajar yang membesar terutamanya di kawasan bandar mudah terpengaruh perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh agama.


Ewan_sn
Exco Pulau Pinang isytihar harta secara terbuka
Susan Loone
3:34PM Jan 12, 2012





Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.


Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.


Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

Selain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Paling mencururi tumpuan adalah ahli exco dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.

"Rumah saya kepunyaan isteri kerana dia bekerja. Saya kini tinggal di sebuah rumah sewa. Rakan-rakan saya melawak bahawa sekiranya saya bergaduh dengan isteri saya, maka saya akan tidur di kereta," katanya.

Ewan_sn
Ewan_sn
Ewan_sn
Kerajaan Pakatan Pulau Pinang bina kompleks mahkamah syariah
4 May 2012


Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 MEI: Usaha meningkatkan syiar Islam di Pulau Pinang diteruskan lagi dengan pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah bernilai RM36 juta yang dijangka siap dalam masa dua tahun lagi.

Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi tujuh tingkat yang mesra orang kelainan upaya (OKU) akan menyediakan dewan bicara, kamar hakim, dewan serba guna, surau, perpustakaan, balai polis, kafeteria dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang puas hati dengan proses pembinaan projek tersebut menyatakan bahawa 3.49 ekar tanah telah diperuntukkan untuk pembinaan yang mengambil keluasan 2.93 ekar di Jalan Batu Gantung/ Jalan Scotland di daerah Timur Laut.

“Nilai tanah adalah RM36.5 juta. Tetapi, ia merupakan taksiran awal pada 2010. Kini, nilai tanah telah meningkat sekali ganda,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat termasuk dalam hal-ehwal kebajikan dan agama.

“Walau pun ada pihak menuduh kononnya kerajaan negeri Pakatan tidak mempedulikan orang Melayu dan Islam, inilah bukti sebenar. Saya harap rakyat Malaysia tidak mudah menelan fitnah daripada golongan yang tidak bertanggungjawab itu,” tambah beliau.

Beliau berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Abdul Malik Abul Kassim kerana berjaya memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk pembinaan projek tersebut.

Dalam lawatannya ke tapak projek Komples Mahkamah Syariah itu baru-baru ini, Guan Eng diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Ahmad Latif Abdul Hamid.

Rombongan Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut disertai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri, Datuk Yusof Musa; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti, Lim Hock Seng; Mansor, Abdul Malik dan wakil perunding projek. – Roketkini.com
Ewan_sn
Guan Eng : Lebih 600 Usahawan Dapat Manfaat Skim mikrokredit PTSR
By Lizawati Madfa


SHAH ALAM 8 MEI : Kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan lebih RM2.3 juta bagi membantu peniaga-peniaga di bawah skim mikro kredit di bawah Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR).

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, setakat April 2012, seramai 662 peminjam telah mendapat manfaat dari skim PTSR ini yang dikeluarkan menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

“Jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan pula adalah sebanyak RM2,319,630.40,” ulas Guan Eng di dalam sesi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Adun Sungai Bakap, Makhtar Shapee.

Skim tersebut khusus untuk peniaga-peniaga yang mengusahakan perniagaan sayuran, ikan dan ayam proses sama ada di pasar malam atau pasar tani.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut membantu pengusaha kecil menerusi PDC dan SMART Centre dalam bentuk khidmat nasihat, kursus, bengkel, seminar dan latihan keusahawanan.

“Sehingga April 2012, seramai 1,463 orang usahawan telah dibantu bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka.

“Usaha ini juga bagi mempersiapkan mereka untuk bergelar usahawan yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam menjalankan sesuatu perniagaan,” jelas beliau lagi.

Guan Eng berkata Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan saranan daripada Makhtar bagi memperluaskan skim tersebut kepada pengusaha pertanian dan penternakan.
Ewan_sn
Masyarakat bukan-Islam rela tanah untuk perkuburan Islam, kerajaan Pakatan bayar pampasan
12 May 2012




GEORGE TOWN, 12 MEI: Masalah ‘kesesakan’ tanah perkuburan Islam di Pulau Pinang yang gagal ditangani oleh bekas kerajaan negeri Barisan Nasional sejak 13 tahun lalu, akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah berjaya mengumpul dana untuk mengambil alih tanah seluas 3.2 ekar di Jelutong bagi tanah perkuburan Islam dan perumahan untuk menempatkan semula penduduk perlukan perbelanjaan RM20 juta; di mana kos pembinaan rumah pangsa pula menelan belanja RM60 juta.

Di bawah pentadbiran UMNO-BN pada tahun 1999, Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) telah meluluskan peruntukan pengambilan balik tanah tersebut, namun ia tidak dapat dilaksanakan oleh BN meski pun mendapat bantuan dan sokongan kerajaan pusat ketika itu.

Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri Pakatan terpaksa mencari jalan dan wang untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana kerajaan persekutuan UMNO-BN enggan membantu meringankan beban umat Islam di negeri itu.

Menurutnya, kerajaan negeri Pakatan telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secara musyawarah dengan semua pihak tanpa kira latar belakang politik.

Menyedari kerajaan persekutuan telah menyediakan peruntukan untuk mengambilalih tanah perkuburan Islam itu, katanya, kerajaan negeri Pakatan telah berusaha mendapatkan kata putus daripada pusat berdasarkan beberapa surat daripada kerajaan pusat sebelum ini.

“Tetapi malangnya, kerajaan pusat tidak mempertimbangkannya atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Meski pun tidak mendapat sokongan kerajaan pusat, Guan Eng berkata, demi kepentingan masyarakat Islam di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah memulakan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am.

Tanah terlibat yang berjumlah 3.208 ekar di mana 1.55 ekar untuk tanah perkuburan dan 1.657 ekar untuk perumahan am.

Tanah perkuburan yang sedia ada adalah berkeluasan 1.605 ekar, yang mana dengan pengambilalihan tanah baru itu, ia berjumlah 3.156 ekar. Proses pengambilan lot-lot tersebut bermula apabila diwartakan pada 9 Disember 2010.

Proses selanjutnya di mana pentadbir tanah telah membuat perintah pada 30 Disember 2011 di mana sehingga kini, kesemua tuan tanah seramai 14 orang telah menerima pampasan masing-masing dan hanya terdapat 4 orang pemilik bangunan menerima pampasan mereka. Seramai 25 orang pemilik bangunan tidak hadir siasatan.

“Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam. Ia merupakan kes jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang. Wang pampasan yang munasabah akan dibayar.

“Memandangkan bahawa tuan milik adalah orang bukan Islam dan kebanyakan penduduk yang perlu ditempatkan semula adalah orang Islam, kerajaan negeri berharap isu pengambilan tanah ini tidak akan dimainkan sentimen tidak sihat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab baik di kalangan orang bukan Islam mahu pun di kalangan orang Islam,” kata Guan Eng.

Beliau menjelaskan bahawa walau pun dipinggirkan oleh kerajaan pusat UMNO-BN dan walau pun kerajaan Pakatan menghadapi kesulitan kewangan, ia tetap memartabatkan agama Islam. – Roketkini.com

Ewan_sn
Azan dan sujud di Padang Kota
Mohd Sabri Said,
20 Mei 2012



(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)



GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.



(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)



Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.


Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.

Ewan_sn
Ewan_sn
Ewan_sn
Ewan_sn
'Mula-mula pulangkan, sekarang beratur paling awal'
Mohd Sabri Said,
05 Ogs 2012


TASEK GELUGOR: Negeri Pulau Pinang berjaya mengumpul 135,000 warga emas yang layak menerima sumbangan RM100 setahun kepada mereka sebagai penghargaan sumbangan bakti pada negeri ini.

(Lim Guan Eng menyampaikan sumbangan - gambar fail)

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia adalah hasil usaha cemerlang semua pihak dan merupakan 95 peratus dari jumlah warga emas yang ada di negeri ini.

Ia sekaligus menunjukan sokongan padu golongan terbabit untuk melincinkan pentadbiran yang cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) serta menyokong langkah bijak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menjagai hak mereka.

"Pertambahan bilangan pendaftaran warga emas di negeri ini menunjukan sokongan golongan terbabit terhadap usaha kerajaan negeri. Tindakan Umno yang melemparkan fitnah kononya pemberian itu hasil sumber wang haram tidak releven lagi, " katanya di hadapan penerima sumbangan warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi semalam.

Kenyataan Setiusaha Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim memburuk-burukan usaha kerajaan negeri memberikan wang RM100 kepada warga emas pada permulaan memperkenalkan dasar menghapuskan kemiskinan tegar berlalu begitu sahaja.

Bahkan ada antara kumpulan yang memulangkan wang itu sebelum ini awal-awal lagi sudah beratur panjang mendapatkan wang berkenaan di tahun berikutnya.

Dasar kebajikan terutamanya penghargaan kepada warga emas sambung Lim, sudah lama diamalkan di Thailand dan lain-lain negara membangun.
Tetapi, di Malaysia dasar itu tidak dipraktikkan, berkemungkinan kekayaan negara tidak mahu diagihkan kepada rakyat kembali sebaliknya mahu diboloti oleh pemimpin yang tidak bertanggunjawab.

"Masa memperkenalkan dasar itu bukan main lagi Umno memperlekehkan dengan fitnah. Tetapi, lama kelamaan apa yang mereka burukan makan diri dan akhirnya pengikut yang sama-sama memulangkan wang kononya wang judi awal-awal lagi bertindak beratur panjang tidak mahu lepas mendapatkan bantuan tersebut, " jelasnya.

Kepada semua rakyat, Lim yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan menegaskan, sudah sampai masanya rakyat menolak kepimpinan yang tidak telus, banyak penyelewengan, perasuah, tidak hormati keadilan dan bertindak zalim terhadap pendemo yang aman.

Keadaaan politik yang tidak condong kepada BN mengusarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk mengistiharkan tarikh pilihanraya umum ke 13, katanya.
Ewan_sn
P Pinang naik bantuan miskin tegar ke RM600
Mohd Sabri Said,
06 Ogs 2012


(Lim Guan Eng menyerahkan bantuan kepada seorang waris warga emas)

TASEK GELUGOR: Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini.

Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan mereka dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini.

"Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400 sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar.

"Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini.

Turut hadir dalam program itu tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng dan Phee Boon Poh, Adun Bagan Dalam, Tanasekharan, Pegawai Daerah SPU,Haji Jasni Haji Ismail dan semua penyelaras Dun peringkat Seberang Perai Utara.

Dalam ucapannya juga, Lim Guan Eng mempersoalkan apa makna kemerdekaan Malaysia sedangkan rakyat hidup sengsara dicengkam kemiskinan dalam sebuah negara yang kaya hasil buminya.

Menurut beliau, Malaysia sebuah negara yang kaya tidak sepatutnya mempunyai ramai rakyat miskin terutamanya negeri Trengganu yang penuh dengan minyak dan Sarawak yang banyak kayu kayan yang bermutu tinggi.

"Apa maknanya sambutan kemerdekaan bagi rakyat walhal mereka tetap hidup melarat, senggsara dan berada di paras kemiskinan setiap masa sedangkan Malaysia mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Sebagai rakyat mereka patut sedar di mana perginya keuntungan hasil keluaran harta negara, " tegasnya.

Justeru itu, untuk mengatasi masalah terbut Pulau Pinang berjaya sebagai negeri pertama melaksanakan Program Miskin Tegar demi menyelamatkan golongan yang selama ini berada di paras terlalu miskin.

Kerajaan Pakatan Rakyat ada beberapa cadangan lagi untuk membebaskan rakyat yang selama ini miskin tidak dapat merasai kenikmatan hidup berada dalam sebuah negara maju dan kaya namun cadangan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Sewajarnya sambutan kemerdekaan yang ke 55 turut dikongsi bersama rakyat bukan terus menindas dengan pelbagai akta, harga barangan, petrolium dan sebagainya.

Bahkan sampai saat ini sambungnya, Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri hasil kememangan rakyat pada 2008 sebaliknya menyalurkan kepada wakil Kerajaan Pusat yang ada di negeri ini.

Akibatnya, wujud penyalahgunaan kuasa, projek kroni dan seumpamanya. Yang mana akhirnya menjahamkan negara sendiri.

"Saya akui amat susah jika tiada bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk memajukan pembangunan. Tetapi nak buat macamana Kerajaan Persekutuan tidak berikan.

"Maka, sebab itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kena cari alterenatif lain untuk memajukan negeri dan meningkatkan sosio ekonomi rakyat agar jauh dari jurang antara kaya dan miskin, " katanya.
Ewan_sn
Ewan_sn
Ewan_sn
P.Pinang negeri pertama tetapkan pampasan rumah RM42k bukti prihatin rintihan rakyat
Posted on Monday, October 01 @ 12:13:49 UTC
Blog Sharpshooter

LANGKAH menetapkan kadar pampasan atau gantian rumah secara percuma kepada penduduk yang terbabit dalam proses pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang sekarang sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri prihatin (cakna) dengan suara rakyat terbanyak di negeri berkenaan.

Demikian penegasan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman semasa majlis penyerahan pampasan kepada 78 penduduk yang terlibat dalam fasa tiga Projek Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri amat peka mendengar suara rakyat khususnya dalam isu pemindahan penduduk...buktinya, Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam negara ini yang menetapkan bayaran wang ehsan sebanyak RM42,000 atau menggantikan sebuah rumah kos rendah percuma kepada pemilik rumah atau bangunan yang terlibat.

"Bagi keluarga yang menumpang pula, wang ehsan sebanyak RM20,000 atau keutamaan membeli rumah diberikan dan bagi penyewa juga tidak ketinggalan menerima bayaran sebanyak RM5,000 atau keutamaan memiliki rumah," ujar beliau pada satu majlis di Komtar, George Town.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Jeff Ooi Chuan Aun (Ahli Parlimen Jelutong), Koid Teng Guan (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang), Zaini Husain (Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri Bahagian Pembangunan) merupakan antara kepemimpinan negeri yang hadir pada majlis tersebut.

Difahamkan, seramai 173 penama masing-masing ditawarkan pampasan berwajib, gantian rumah kos rendah secara percuma atau diberi keutamaan untuk memilik rumah kos rendah demi merealisasikan fasa tiga projek lebuh raya itu.

Sepanjang 800 Meter lebuh raya akan dibina dalam fasa tiga tersebut yang menghubungkan persimpangan Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim hingga ke Jalan Jelutong dan Jalan Batu Lanchang.

Fasa satu projek itu membabitkan pembinaan 2.7 Kilometer lebuh raya dari Persimpangan Udini ke Persimpangan Jalan Sungai Pinang yang disahkan siap sepenuhnya pada 6 Jun 2003.

Manakala, fasa dua projek tersebut pula membabitkan pembinaan 2.04 Kilometer lebuh raya dari Persimpangan Jalan Sungai Pinang ke Jalan Weld Quay sehingga persimpangan Gat Lebuh Acheh.

Mansor berkata, sebahagian besar pembinaan lebuh raya fasa dua ini telahpun siap pada 20 Jun 2006 lagi.

"Kerja-kerja menaik taraf baki lebuh raya (fasa dua), iaitu dari persimpangan Gat Jalan Prangin ke persimpangan Gat Lebuh Acheh baru sahaja disiapkan pada bulan Ogos yang lalu," kata beliau.

Menurut beliau, projek lebuh raya fasa tiga sepatutnya disapkan dalam tempoh 36 bulan bermula April 2008 lagi, namun, belum dimulakan lagi sehingga proses pemindahan penduduk berwajib selesai.

Perjanjian penswastaan ketiga-tiga fasa Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu atau dulunya dikenali sebagai "Jelutong Expressway (JE) ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan pemaju Jelutong Development Sdn. Bhd. pada 22 April 1997
Ewan_sn
Kontraktor Melayu P. Pinang Mampu Bersaing, Dapat Projek Berjuta-juta
BY AFIX REDZUAN – OCTOBER 1, 2012




UALA LUMPUR, 1 OKT : Keupayaan daya saing kontraktor Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat adalah satu kebanggaan kerana mereka mampu mendapat kerja-kerja infrastruktur yang besar.

Jika sebelum ini kontraktor Melayu hanya dapat hidup dengan kontrak class F di bawah nilai RM 200,000, sekarang dengan sistem tender terbuka mereka mampu mendapat kontrak yang besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kebanyakkan kontraktor Melayu memenangi kontrak pembangunan negeri hasil daripada langkah tander terbuka sekarang berbanding sistem ‘kabel Umno’ sebelum ini.

Beliau yang juga MP Bagan menjelaskan, kontrak kerja jalan terbesar di Pulau pinang dengan nilai lebih RM 20 juta dibawah persaingan tender terbuka dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Kontrak pembangunan jalan bernilai RM 20 juta di Jalan Son Ban Kheng, Bukit Mertajam yang dilebarkan dari dua lorong kepada empat lorong dan pembinaan dua jambatan.

“Ini merupakan suatu perkara yang perlu diraikan di Malaysia kerana dia bersaing dengan kontraktor Cina dan bukan Melayu tapi dia boleh menang kerana harganya paling rendah.

“Kita buktikan bahawa kontraktor Melayu kelas A, B dan C boleh bersaing.

“Dari jumlah yang diberikan 70 peratus bukan sahaja daripada jumlah tapi nilai,” katanya dalam sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini.

Isu kontraktor Melayu Pulau Pinang dibangkitkan oleh MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan mengikut garis panduan projek kurang RM 200,000 perlu diberi kepada kontraktor bumiputra kelas F.

Guan Eng berkata kerajaan negeri telah mengamalkan sistem berkenaan.
Ewan_sn


gambar scoreboard waktu solat fardhu di Pulau Pinang...
Ewan_sn
Ewan_sn
P.Pinang cipta sejarah perolehi 312% lebihan kewangan
Posted on Saturday, October 27 @ 18:00:00 MYT

LAPORAN Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mengiktiraf Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memperoleh RM138 juta lebihan kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, jumlah itu sekaligus menunjukkan surplus Kerajaan Negeri meningkat sebanyak RM105 juta atau 312 peratus berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM33 juta.

Pentadbiran Guan Eng konsistan memperoleh lebihan kewangan sejak tahun 2008 yang berjumlah RM88 juta, diikuti, RM77 juta bagi tahun 2009.

"Ini adalah lebihan surplas paling besar dalam sejarah Pulau Pinang dan inipun kali pertama kita pecah angka (lebihan kewangan) melebihan RM100 juta," ujar beliau baru-baru ini di Komtar, George Town.

Tidak cukup dengan tu, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah hasil, iaitu sebanyak RM603 juta bagi tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM411 juta.

"Maka, peningkatan adalah sebanyak RM192 juta atau 47 peratus (daripada jumlah hasil 2010)," ujar beliau.

Tambah beliau, perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM465 juta berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM377 juta.

"Sungguhpun perbelanjaan pengurusan naik sebanyak RM87 juta atau 23 peratus, tetapi kita masih mencatatkan lebihan surplas paling tinggi iaitu sebanyak RM138 juta," ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mengumumkan pemberian saguhati kepada empat Jabatan di bawah Kerajaan Negeri yang diiktiraf cemerlang serta menerima anugerah tertinggi empat bintang daripada Jabatan Audit Negara.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP), Jabatan Kewangan Negeri (JKN), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) masing-masing menerima saguhati RM10,000 daripada Kerajaan Negeri.

Guan Eng berkata, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memutuskan untuk memberi saguhati RM15,000 kepada mana-mana jabatan berwajib yang berjaya mendapat pengiktirafan yang sama daripada Jabatan Audit Negara bermula tahun depan.

"Mulai tahun depan, Kerajaan Negeri akan beri RM15,000 sebagai galakan kepada semua jabatan untuk berusaha mencapai empat bintang," ujar beliau.

Selain Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh dan Law Choo Kiang, Wong Hon Wai serta Danny Law Heng Kiang antara Exco Kerajaan Negeri turut hadir pada sidang media tersebut.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rafizan Darus, Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua MAINPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir) - Faqar
Ewan_sn
P Pinang hapus 'kontrak kroni' untuk lupus sisa pepejal

Susan Loone
6:09PM Okt 31 2012


Kerajaan Pulau Pinang telah menandatangani satu kontrak dengan PLB Terang Sdn Bhd untuk menguruskan pelupusan sisa pepejal di Pulau Burung.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah dapat menghapuskan "projek kroni", di mana rakyat dikenakan bayaran yang tinggi tanpa mendapat apa-apa faedah.

"Kerajaan negeri mengadakan perundingan dengan syarikat yang menguruskan sisa apabila kontrak berakhir pada Julai 2009," kata Lim (kanan) di majlis menandatangani kontrak tersebut hari ini.

"(Kami telah) dapat mengurangkan kos (sebanyak) RM11.2 juta setahun atau (sebanyak) 42.4 peratus (sepanjang) tiga tahun."

Lim berkata, dua majlis perbandaran (Pulau Pinang dan Seberang Perai) telah dapat menjimatkan RM33.5 juta di kawasan ini, dan membuktikan sekali lagi keberkesanan dasar CAT (kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) yang diamalkan kerajaan negeri.

Pertukaran syarikat konsesi itu dapat dilakukan selepas Pulau Pinang menarik diri daripada skim penswastaan pengurusan sisa pepejal di bawah Akta 672, dan memutuskan untuk menjalankan kerja tersebut melalui mekanisme majlis tempatan sendiri.

Sementara itu, Lim berkata, kos pengurusan sisa pepejal sejak tahun 2001 adalah kira-kira RM500 juta, ketika harga lebih rendah pada waktu itu.

"Dengan kontrak baru, kosnya ialah kira-kira RM300 (juta), walaupun apabila harga adalah lebih tinggi sekarang. Kita dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM200 juta. Itulah kebaikan tender terbuka. Ia membantu anda menjimatkan wang".
Ewan_sn
P.Pinang Tingkatkan Biasiswa Kecil RM600 dan RM800 Setahun
BY AFEEQA AFEERA – NOVEMBER 17, 2012

SHAH ALAM, 17 NOV : Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk menaikkan Bantuan Biasiswa Kecil sebanyak RM120 setahun yang diperuntukkan kepada pelajar miskin di sekolah menengah bagi membantu membiayai pembelajaran mereka.

Kenaikan itu menjadikan bantuan meningkat daripada RM 480 kepada RM 600 setahun untuk Tingkatan 1 hingga 3 dan RM 720 kepada RM 840 untuk Tingkatan 4 dan 5.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya menjelaskan, kenaikan itu bertujuan menampung keperluan pembelajaran pelajar miskin untuk membeli buku kerja dan rujukan serta keperluan harian yang kian meningkat kosnya dari tahun ke tahun.

Jelasnya lagi, kenaikan itu juga menyebabkan perbelanjaan tahunan Kerajaan Pulau Pinang meningkat kepada RM 2 juta pada 2013.

“Demi memastikan kuasa beli dapat dikekalkan bagi pelajar miskin, Kerajaan Negeri mengambil keputusan menaikkan RM 120 setahun atau di antara kenaikan 17% hingga 25%. Pembayaran (bantuan biasiswa) kepada pelajar-pelajar miskin di sekolah menengah adalah paling tinggi di antara semua negeri di Malaysia.

“Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya berkemampuan menaikkan bayaran kerana mendapat lebihan Bajet Negeri setiap tahun sejak 2008. Kejayaan Bajet surplus ini dicapai sungguhpun perbelanjaan telah bertambah di bawah PR sebanyak 55% berbanding dengan kerajaan lama.

“Ini menyangkal tuduhan liar pihak tertentu bahawa Bajet surplus dicapai hanya kerana Kerajaan Negeri kurangkan perbelanjaan,” katanya.

Dianggarkan seramai 2,567 pelajar daripada 123 buah sekolah di Pulau Pinang akan menerima manfaat daripada kenaikan Bantuan Biasiswa Kecil Negeri ini. Sebahagian besar dari pelajar tersebut adalah pelajar melayu.

Pemilihan penerima adalah diproses melalui sistem komputer dalam talian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berasaskan merit, kedudukan kewangan keluarga dan kegiatan ko-kurikulum.

Pejabat Pelajaran Pulau Pinang kemudiannya akan memperakukan senarai nama pelajar yang layak menerima bantuan ini kepada kerajaan negeri untuk kelulusan.

Mana-mana keluarga di Pulau Pinang yang (nama anak) tercicir daripada senarai ini boleh menghubungi Pejabat Daerah atau Adun PR berhampiran untuk dipertimbangkan.
Ewan_sn
Ewan_sn


Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu... Mana TV3?? Mana utusan?? Mana Umno???
Ewan_sn
Sambutan Ambang 2013 P Pinang penuh makna
Mohd Sabri Said,
01 Jan 2013


(Skestsa yang dipertontonkan pada semua hadirin.)

BUTTERWORTH: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Pewaris berjaya menyantuni anak muda sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 bertempat di Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Butterworth malam tadi.

Program yang berlangsung secara santai itu juga merupakan program menutup tirai tahun 2012.

Menurut Pengerusi Generasi Pewaris MAIPP, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden (gambar bawah kanan), Generasi Pewaris sengaja memilih R&R Bagan Ajam kerana ia bersesuaian dan strateji berikutan ianya terletak bersebelahan dengan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) memudahkan para pengunjung berhenti rehat serta datang bersama keluarga tersayang.

Ramai pengunjung rata-rata terpukau dengan persembahan qasidah, boria, sketsa dan konvoi bermotor dari Alternatif Riding Club (ARC) dan Pilot One Biker Club yang datang seramai 130 orang temasuk kapchai sekitar jam 10.00 malam.

Apa tidaknya, antara pengisian utama yang dilaksanakan menjurus kepada konsep santai iaitu lebih kepada mendidik bukanya menambah kelalaian rakyat terutamanya pengunjung beragama islam.

"Ianya satu kejayaan yang tidak disangka-sangka untuk menutup tirai 2012. Kedatangan tahun 2013 pastinya menambahkan lagi kesungguhan kami untuk terus mendekati para remaja," ujarnya.

Ketidak hadiran Yang Dipertua Majlis Agama Islam, Datuk Saleh Man yang dijangkakan pada jam 11.00 malam ekoran tersekat dalam kesesakan jalanraya berdekatan Tol Bukit Tambun tidak mematahkan semangat bahkan diatasi dengan kehadiran ramai sukarelawan dari 11 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang.

Selain persembahan antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, celoteh pengerusi majlis, Ustaz Taufik Husin dan paling menyengat perasaan ialah tazkirah dua orang ustaz muda iaitu Ustaz Fawas Mohd Jan dan Ustaz Hanif Harun.

Selepas jam 12.00 malam barulah risalah dakwah disebarkan kepada pasangan yang menjadikan malam di R&R rumah kedua bersama pasangan masing-masing.

"Itulah tujuan kami sebenarnya. Kita bukan mengherdik atau memarahi mereka sebaliknya sekadar menegur sambil mengajak dengan hikmah. Mudah-mudahan hati mereka boleh dicairkan hasil tindakan yang tidak menyakitkan, " terangnya.

Program bersambung lagi hingga ke pagi jelas Afnan, untuk memastikan tiadanya gejala yang kurang sopan.
Ewan_sn
Ewan_sn
Ewan_sn
Ewan_sn
Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh
MOHD ISKANDAR OTHMAN
26 Julai 2013

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pem...runtuh-1.187168

Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh
Antara pemandu teksi yang menerima insentif dari kerajaan negeri.
GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ewan_sn
Exco Pulau Pinang isytihar harta secara terbuka
Susan Loone
3:34PM Jan 12 2012

http://www.malaysiakini.com/news/186424

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

NONE"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.

Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

NONESelain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Paling mencururi tumpuan adalah ahli exco dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.

"Rumah saya kepunyaan isteri kerana dia bekerja. Saya kini tinggal di sebuah rumah sewa. Rakan-rakan saya melawak bahawa sekiranya saya bergaduh dengan isteri saya, maka saya akan tidur di kereta," katanya.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.