Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Islamic Fashion Festival
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Pages: 1, 2
Ewan_sn

Credited ti Priya Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia !

Penyokong pecinta-pecinta Islam pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..wallahua'lam..








Ewan_sn








Ewan_sn
Siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat @ penaung) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah....





Berita berkaitan....

ISLAMIC FASHION FAST BECOMING LUCRATIVE BUSINESS, SAYS ROSMAH


KUALA LUMPUR, Aug 10 (Bernama) -- Islamic fashion is fast becoming a lucrative business with the current market estimated to be worth more than US$96 billion (RM302 billion) a year, said Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said it was an enormous market that had yet to be fully tapped.

"The global Muslim population comprises one of the fastest-growing consumer markets in the world, hence representing a major growth opportunity for businesses around the globe, including in the fashion sector," she said at the opening of the Malaysian-inspired festival, the Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, at the Monaco Sporting Club in Monte Carlo Monday night. The text of her speech was released here.

The event was attended also by, among others, Prince Albert II of Monaco, Qatar Prime Minister Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Najib and Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Rosmah said that according to the prestigious Dubai French Fashion University Esmod, over half of the world’s 1.6 billion Muslim population is spending a substantial part of their annual income on fashion and accessories.

"This recent interest in Muslim fashion signals the changing dynamics of the ever-increasing interaction among Eastern and Western cultures. Nowadays, Muslim women can choose from a broad selection of designs to create a look that matches their values, traditions and tastes, without compromising any of the three," said Rosmah.

She said that thus "the fashion players would do well to plan ahead so as not to miss the proverbial boat in capturing this lucrative segment of fashion".

Rosmah said major clothing retailers had been busy highlighting how top brands like Anne Klein and Ralph Lauren were already producing fashion lines that met the Islamic requirement of full coverage.

"In the same vein, it is interesting to note that even as the great 'veil' debate raged in France, the country, being the fashion capital of the world, remains as one of the world’s major exporters for Muslim couture 'abayas' and 'niqabs'.

"Clearly, politics notwithstanding, those in the fashion business are increasingly aware of the burgeoning demand for Muslim apparel worldwide," she said.

Rosmah said she hoped that Monaco could emerge as one of the gateways to the European market for Islamic-inspired fashion from Malaysia and the rest of Asia.

On IFF, she said its main mission was to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race to bring Islamic Couture into the mainstream of style and fashion.

Since it was started in 2006, IFF has spread its wings to Jakarta, Dubai, Abu Dhabi and New York, featuring the works of more than 200 designers, and had showcased a varied choice of styles and looks for Muslim-dressing, decidedly different from the stereotypical impressions of Islamic apparel held by many.

"The Islamic Fashion Festival is precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers," she said.

In fact, in affirming the coming-of-age of Muslim fashion through the impressive collections, Islamic fashion is now considered as the breath of fresh air in a global culture, she said. - Bernama
melo melo
cemane nak cakap ek..
xpayah cakap dah kot, tengok pun dah boleh nilai sendiri..
fsyukri
hoiiiiiiii...ilang akal dah ke puak2 ni?
islamik fashion ke cmtu?
islamik xckup islam ke?
malu malu maluuuuuuuuuuu....
nanti bala dtg, dgn kite2 skali keneeeeeeee
mirza
tukang rasminya tahu ke psl pakaian (bkn fesyen ya..) menutup aurat?
rummenigge
bengong.
NoReeZ
S.E.N.G.A.L.
fsyukri
fening wacko.gif
niruz
trkejut sy. ntah la tk tau nk cakap apa. sedih la.
anie0409
Islamiknyerrr.... wacko.gif
mirza
asal tutup kepala je..dilabelkan pakaian muslimah/islam. kita nih jahil @ dijahilkan....? nauzubillah....!

inilah dia salah satu cara musuh2 Islam cbe menyesatkan umat Islam. yg tukang anjurnya dah lah sesat.....kita smua ni nk cbe disesatkan plak.
fatamorgana
QUOTE(Edirossa @ Oct 18 2010, 07:38 AM) *

korang perasan tak tulisan dlm bulatan tu...?
ejaan nama Muhammad yang diterbalikkan...

rosak tul diorang ni...

Klik sini...http://www.facebook.com/photo.php?fbid=454...3531&ref=nf
fsyukri
bala bala... krn puak2 cmnila, bala datang..
kucing putih
islam adahari + islam 1 malaysia ...inilh hasilnya
papamija
xde ke ngo,jakim r mufti buat bntahan ttg mjlis ni?tv3 xsiarkn kt tv ke mjlis ni?
ni islam kt nama je ke?ke islam masa smyg je?harap2 lps ni jgn la org tua ni jd lg menteri..dh la felda dia dh rosakn,nnt rosak teruk malaysia..
fsyukri
QUOTE(papamija @ Oct 20 2010, 08:22 PM) *
xde ke ngo,jakim r mufti buat bntahan ttg mjlis ni?tv3 xsiarkn kt tv ke mjlis ni?
ni islam kt nama je ke?ke islam masa smyg je?harap2 lps ni jgn la org tua ni jd lg menteri..dh la felda dia dh rosakn,nnt rosak teruk malaysia..

hncus dh skrg...
asray
BONGOK la ada manusia mcm ni....
mirza
QUOTE(fatamorgana @ Oct 20 2010, 01:40 PM) *
QUOTE(Edirossa @ Oct 18 2010, 07:38 AM) *

korang perasan tak tulisan dlm bulatan tu...?
ejaan nama Muhammad yang diterbalikkan...

rosak tul diorang ni...

Klik sini...http://www.facebook.com/photo.php?fbid=454...3531&ref=nf

tu la....takde sensitiviti langsung!

antara panel penasihat festival ni ialah Datuk K....Toh Puan Habibah Yusof (bekas pengacara TV3), Datin Nina Juren....

patutlah camtu jdnya pakaian muslimah yg dipromosikan.....tgklah nama2 di atas sbg penasihatnya....sengal tahap gaban!
Adinda
Astaghfirullahuladzim...
Kenapa depa nak panggil / namakan Islamic Fashion Festival???
Gini...tak perlu guna nama Islam pon...sebab umat Islam tidak akan bersetuju ia adalah pakaian Islam..

Ewan_sn
jetfire97
mesti ada yang backup punya..biasa la tuh..hehe..

nanti rosmah mesti jawab cenggini.."I'm not politician..." <----jawapan die masa kes Altantuya aritu..hehee..apa kena mengena tah...skang ni jawab le...tapi takde plak orang jemput die rasmikan mana-mana butik muslimah ke ape ke kan? takde plak pernah masuk berita..

semuanya pasal glemer2 jek..mungkin kalu rasmikan butik cabuk, tak femes..ape kelas ye tudung2 ni..I kan bini menteri..shopping ratus2 ribu gitu..blum.gif
Ewan_sn


DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

Ewan_sn
Demi Glamor Rosmah Sanggup Hina Islam

SHAH ALAM 21 Okt - Dalam usaha merebut perniagaan global dalam bidang fesyen Islam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa memperdagangkan agama dan tidak memperdulikan batasan syarak demi mengapai julukan 'jaguh busana Islam'.

Keadaan ini terserlah apabila beliau sebagai Penaung Festival Busana Muslim menghadiri pertunjukkan fesyen bagi memperagakan pakaian Islam di Monte Carlo, Monaco Ogos lalu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi bukan nilai budaya kesederhanaan agama yang ditonjolkan tetapi pendedahan aurat yang jengkel dan menjelekkan.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Rosmah terpengaruh dengan pendekatan apologetik apabila berdepan dengan isu pakaian cara Islam.

"Rosmah apologetik apabila cuba memperkenalkan fesyen islam di dunia Barat. Baginya kalau Barat ada fesyen, Islam pun ada fesyennya tersendiri. Justeru itu beliau gagal memahami apa yang dilakukan tanpa merujuk kepada pakar agana dan syariah apakah batasan sesuatu itu sehingga boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

"Malah dalam usaha hendak mempromosi agendanya Islam di gunakan seweang-wenangnya," tegas Dr Muhammad
Ewan_sn
Ribuan himpun bantah festival busana Islam Abdul Rahim Sabri
Okt 22, 10
6:17pm


Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.


Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.


Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.

Tak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.


Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.


"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.

Mufti, ulama muda Umno dicabar
Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.


Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ewan_sn
Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri
Okt 22, 10 5:46pm


Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.


Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.


Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.


Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.

Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.
Ewan_sn
Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah
Okt 22, 10 10:07am

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.


Antaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.


“Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas,” kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam dan ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

Dipesta-pestakan

“Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar,” katanya lagi.


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) juga menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim yang didakwanya jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri.

"GAMIS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.


"Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark.

"Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya" katanya.

Turut membidas penganjuran Festival Busana Muslim itu adalah Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak yang menyatakan ia tidak wajar dilaksanakan kerana unsur dan konsep fesyen Islam yang dianjurkan oleh Rosmah tidak diperhalusi setiap tindakan yang dibuat.

Nasihat mufti?
“Adakah pesta ini telah dirujuk atau mendapat nasihat daripada mufti-mufti atau penasihat agama?

“Persoalan yang timbul seterusnya pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini turut serta atau tidak dalam memastikan pesta yang dianjurkan ini benar-benar mengikut landasan yang digariskan oleh syarak,” kata presidennya Mohd Syahid Mohd Zaini.

Menurut beliau, pesta fesyen yang secara zahirnya yang dianggap nampak Islamik tetapi fesyen pakaian yang dikenakan oleh isteri perdana menteri tidak mengikut cara Islam semasa merasmikan IFF tersebut.

“Kami di peringkat mahasiswa menuntut penjelasan daripada isteri perdana menteri berkenaan perkara ini dan sehubungan itu pihak NGO Islam juga mesti selidik secara terperinci akan hal ini,” kata mmahasiswa Universiti Malaya itu.


Turut membidas tindakan Rosmah, selaku penaung festival busana itu adalah Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam).

Ilman: Jangan jadi 'syaitan bisu'

Dalam satu kenyataan, presidennya, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata seluruh umat Islam perlu membantah dan mencela IFF ini dan tidak menjadi 'syaitan bisu'.

“Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam?

“Ilman melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.,” katanya dalam satu kenyataan

Katanya, Ilman juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini.

Semalam, dewan pemuda PAS pusat mengumumkan akan berhimpun secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara, hari ini selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan Rosmah didakwa menghina syariat Islamitu.


"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Ewan_sn
Rosmah Mansur Harus Respon !! Fakta IFF Yang Perlu Anda Ketahui !
Posted on Friday, October 22 @ 07:14:42 PDT
Oleh: edyesdotcom


"Berani buat, berani tanggung !

Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang cediakawan agama yang pandai mentafsir hukum. Tetapi sekurang-kurangnya saya masih berada dalam keadaan yang sedar lagi waras untuk menimbang tara batas-batas agama terutamanya dalam konteks halal dan haram, aurat dan bukan aurat serta mahram dan bukan mahram. Saya juga dapat membezakan sedikit sebanyak tulisan-tulisan khat samada ianya tertulis kalimah Allah dan Muhammad berbanding lukisan bertemakan arca.



Jadi ingin saya kongis sedikit luahan rasa yang membuak-buak penasaran setiap kali Islam itu dihina. Ia kerap berlaku secara global terutamanya selepas berlaku serangan 11 September di New York hampir sepuluh tahun yang lalu.

Selama ini acap kali kita mengutuk dan mengecam sekerasnya pelukis-pelukis eropah yang tergamak mencemar kesucian agama Islam dengan melakar wajah Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Kita berarak dan berdemonstrasi di hadapan kedutaan, kita juga melancarkan pelbagai boikot terhadap negara yang terbabit. Itulah antara tanggungjawab kita sebagai umat islam - mempertahankan kesucian agama Allah !


Hari ini kita sekali lagi diuji, dan ujian ini datangnya tidak jauh dari kalangan kita. Bentuk fizikal ujian ini adalah isu berbangkit mengenai tatacara pemakaian islam yang diraikan dalam sebuah majlis yang diberi nama 'Islamic Fashion Festival'. Banyak isu di dalam isu, antara yang menjadi persoalan ialah ucapan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang mengaku sebagai 'wanita pertama', ucapan yang cukup membuatkan setiap umat Islam di negara ini rasa terhina. Pembaca boleh rujuk ucapan penuh Rosmah Mansur di bawah selepas artikel ulasan ini.


Dalam masa yang sama, perkara yang paling tidak boleh diterima sesiapapun yang mengucap dua kalimah syahadah ialah apabila tulisan khat yang diukir sempena nama Muhammad S.A.W yang telah diterbalikkan lalu menjadi hiasan utama sehelai gaun seksi yang mendedahkan pangkal bahu. Sila klik di sini untuk melihat sendiri betapa hinanya maruah dan pegangan agama bagi mereka yang terlibat dalam menjayakan sebuah majlis ala-barat yang disulam atas nama Islam. Sepatutnya akhbar Utusan Malaysia melaporkan peristiwa hitam ini sebagai 'mencemar kesucian Islam' sebagai tajuk muka depan berbanding laporan seorang ahli parlimen bukan islam memberi tazkirah di sebuah surau.


Sebagai seorang Islam dan isteri kepada Perdana Menteri, pesta fesyen 'islam' yang mendedahkan aurat ini harus ditegur dan tidak sepatutnya digalakkan. Tetapi apa yang berlaku ialah ianya seolah-olah dianjurkan walaupun festival ini diadakan di Monaco dan menurut maklumat yang diterima, satu lagi festival yang sama akan diadakan pula di Kuala Lumpur pada bulan November 2010! Maklumat lebih lanjut boleh ada dapati dalam artikel salin tampal di bawah dan menurut artikel tersebut, Rosmah Mansur adalah penaungnya pesta pencemaran agama ini.


Persoalannya, di manakah pemahaman islam seorang isteri Perdana Menteri di negara yang mengaku bahawa Islam adalah agama rasminya? Berapa juta ramainya ahli-ahli UMNO termasuk pemimpinnya yang beragama Islam, yang benar-benar berani untuk pertahankan kesucian Islam apabila tidak bangun menentang kejahilan ini? Adakah wakil-wakil rakyat UMNO kecut untuk menentang kebathilan apabila memikirkan ianya melibatkan Rosmah Mansor?


Bangkitlah wahai insan yang mengaku Allah itu tuhan yang esa dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Pertimbangkanlah untuk menghadapi realiti ini dengan dada yang lapang terbuka, betapa kita harus berbuat sesuatu sebelum banjaran titiwangsa terbalik memenuhi segenap ruang di lembah kelang.


Ingatlah, bertindaklah di atas isu besar yang tidak mungkin diselit walau sedikit toleransi ketika nama Rasul Allah, Nabi kita Muhammad S.A.W diterbalikkan untuk menjadi hiasan pelindung buah dada! Astagfirullahalazim !!


Di bawah ini saya persembahkan fakta-fakta "Islamic Fashion Festival" yang perlu anda ketahui, demi bersama-sama bangkit menentang pencemar agama yang sebenar!! Wallahualam

EDYES @ edyesdotcom

klik di sini untuk origin bagi artikel yang dipetik dari page FB






Fakta-fakta yang PERLU anda tahu mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)


Previously on Mari umat Islam, BATALKAN penganjuran IFF yg akan diadakan di KL : links


Fakta-fakta ini den sendiri kutip dari ucapan Rosmah Mansur semasa majlis pembukaan Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner dan Fashion Show yg penuh glamer pada 10 Ogos 2010 lalu di Monaco. Gambar di atas diambil dari website Rosmah Mansur : links


1] Cuba lihat garis yg telah den garismerahkan tu. Rosmah Mansur (RM) sendiri mengaku bahawa beliau (goli den guno word ni) sendiri mengaku bhw beliaulah penaung IFF.


2] Lihat pula garisan biru. Bukan Putera Monaco tu yg jemput RM tapi RM yg jemput Putera Monaco. Apa maknanya? Ini bermakna IFF memang berasal dari Malaysia dan sengaja diadakan ditempat glamer iaitu Monaco dengan bertujuan menarik perhatian global.


3] Ok sekarang kita terus rujuk pada point-point ucapan RM. Link : links


4] Point no. 6 : I believe the IFF has selected the right venue to showcase the Muslim fashion ensemble and we certainly hope that Monaco can help be the gateway to the European market for Islamic inspired fashion from Malaysia.


Apo yg boleh den ulas, fesyen-fesyen separuh bogel versi cop halal JAKIM yg diragakan oleh model-model omputih yg seksi di Monaco memang sah hakcipta terpelihara dari Malaysia. Siap dgn cop SIRIM lagi bai.


5] Point no. 13 : In reality, there are many Muslim fashion designers who get their inspiration from the high fashion world and give it a hijab-friendly twist, successfully blending the two. Their ensembles, nevertheless, still capture the true grace and beauty of a woman without turning her into an object of desire.


Inilah ucapan paling CELAKA yg pernah diucapkan oleh RM. Maksud dari ucapannya kelihatan baik. Kalau Ulama’ Muda UMNO faham English Language, tentu diorg kagum dgn RM. “Masyaallah syeikh, anta lihat nasihat ana sudah didengari oleh RM”. Tetapi realitinya tidak begitu. Malam itu jugak model-model omputih seksi meperagakan pakaian Islam. Pakaian Islam kepalo abah kau! Korang tengok gambar ni : links


Betul la kata RM tu iaitu tidak menjadikan fesyen pakaian muslimah sebagai penarik hawa nafsu lelaki. Tetapi hakikatnya tidak. Ini kata-kata seorang munafik bai.


6] Malam itu jugak junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dihina dgn penuh glamer di Monaco. Tulisan khat yg tertulis nama Muhammad (tulisan arab/jawi) menjadi corak hiasan di dada seorang model yang seksi. Tulisan arab terbalik lak tu. Ini betul-betul penghinaan yg paling besar yg tak pernah den saksikan secara live dalam seumur hidup den.


Kalau dulu korang bantah iklan Hari Raya TV3 versi Santa Claus/1Malaysia/Freemason krn iklan itu menghina umat Islam dan juga akidah. Tetapi sekarang penghinaan dari IFF di Monaco itu lebih besar lagi. Den dah tak tahu nak cakap apo laie dah. Korang tgk sendiri la gambar ni : links


7] Point no. 21 : I would also like to thank the sponsors, Tourism Board of Sarawak and everyone who have worked hard and contributed to the success of the IFF showcase. Not forgetting, the founder of IFF for their initiatives and the wonderful and talented designers who are slowly but surely making waves and impact in the Muslim fashion world.


Peh. RM terus terang bagitahu sapo yg sponsor IFF di Monaco. Banyak betul duit Lembaga Perlancongan Sarawak (LPS) ni bai. Selalu kita sponsor perkara-perkara yg berkaitan dgn kita. Takde pulak den nampak gambar model memperagakan pakaian orang Iban pada malam tu. Model pakai spenda orang Iban pun takdo. Walaupun spenda skrng ni duti free. Oh lupo pulak den. Malam tu khas utk Islamic Fashion Festival versi Syaitan.


Apsal LPS boleh sponsor RM? Den punyo sangko baik, sudah tentu lah Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud nak bodek RM supaya dia kekal memerintah Sarawak sampai mampos. Sepatutnya bodek Najib sebab dia PM tapi Taib Mahmud bodek RM. Heran jugak den.


Tapi mana LPS dapat duit? Dah tentu la dapat dari hasil mahsul negeri Sarawak. Hasil mahsul ini datang dari cukai, balak, minyak dlll. Ia sepatutnya dimanafaatkan utk rakyat negeri Sarawak. Jadi wal hasil balik asal. IFF yg dibuat secara besar-besaran dgn penuh glamer di Monaco pada malam itu sebenarnya menggunakan duit rakyat. Den mmg kesian la dgn rakyat Malaysia ni. Manjang kono tipu. Cubo cakap dgn den, apa untungnya IFF kpd rakyat miskin negara ini?


8] Naluri den kuat mengatakan bahawa kematian wakil rakyat di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebenarnya adalah rahmat buat kita untuk mengenali lebih dekat siapa dia RM. Lihat mcm mana RM berkuasa meminda tarikh Prk ikut suka.


Walhal, RM tahu kalau Prk dijalankan selepas 4 Nov 2010, semua org akan tahu kewujudan penganjuran IFF di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Jumaat 5 Nov 2010 nanti. Ia bakal dijadikan modal buat Pakatan Rakyat jika Prk dibuat selepas 5 Nov 2010. Cerdik jugak RM ni bai. Tapi syukur, info dan gambar dari Monaco banyak mendedahkan kerja jahat RM.


9] Sekarang apa tindakan kita? Bagi den, amar makruf nahi mungkar. Kalau Konsert Adam Lambert kita boleh turun beratus-ratus orang menunjukkan protes, IFF yg bakal dilakukan bulan depan di KL juga menuntut aksi yg serupa.


Bukan setakat protes, IFF wajib dihalang dari dianjurkan. Ia lebih hina dari zina. RM cuba menggambarkan pada dunia ini lah pakaian Islam. Ia akan menimbulkan fitnah kpd umat Islam 1Dunia. Realitinya, penganjuran IFF bermatlamat menghina agama Islam. Jika tidak, mana datangnya fesyen tulisan khat ‘Muhammad’ di dada model di Monaco? Korang nak pakaian yg sama diperagakan di KL nanti?


10] Mufti Selangor Ishak Baharom pernah dilucutkan jawatan melalui pengaruh Tun Mahathir kerana menghalang pertandingan Ratu Cantik yg membabit perempuan Islam pada tahun 1997. Itulah harga yg dibayar oleh Mufti Ishak Baharom. Tapi beliau relax sehingga menghembuskan nafasnya yg terakhir dgn tenang. Beliau dikenang rakyat sebagai pembela Islam. Mufti lain?


Jadi den menyeru korang yg kenal mufti-mufti di negeri korang, supaya menyalurkan info tentang IFF yg akan diadakan di KL nanti. Mano tahu diorg pun samo menentang IFF mcm kito.


11] Untuk langkah awal, korang boleh join forces dgn Ostad Tantawi. Untuk info : http://www.malaysiakini.com/news/145956 . Juga menyertai fanpage ini : links


12] Den takut RM akan menjadi seperti Dr. Aminah Wadud. Menafsir Islam ikut suka.


13] Korang boleh share dan tag gambar ni tanpa keizinan KBSB.
Ewan_sn
Mari umat Islam, BATALKAN penganjuran IFF yg akan diadakan di KL, Jumaat, 5 November 2010

Den heran kenapa Prk DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi diadakan pada hari Khamis 4 November 2010. Setelah disiasat, rupanya SPR telah membantu penganjuran Islamic Fashion Show versi SYAITAN/FREEMASON pada hari Jumaat 5 November 2010.

1] Rupa-rupanya SPR adjust time ikut IFF dan juga kalender Rosmah Mansur. Ia tidak boleh dilakukan selepas 5 Nov 2010, kalau tidak ia akan dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat dan kemungkinan besar pakatan menang besar hanya dgn isu IFF. Jangan main gila bai.

2] Penganjuran IFF ini kalau tidak salah den dah masuk tahun ke-2. Dio ikut giliran. Paling latest di Monte Carlo, Monaco pada 10 Ogos 2010 yg lalu.

3] 5 Nov 2010 adalah hari Jumaat. Dan pesta ‘BOGEL’ versi Islam, IFF dilakukan pada hari Jumaat. Jumaat adalah penghulu hari bagi umat Islam. Korang tak teraso dihino ko?

4] Cubo lihat gambar di atas, ia diprintscreen dari laman fanpage IFF sendiri. Lihat pada garisan yg telah digarismerahkan tu. IFF diadakan pada hari Jumaat di Hotel JW Marriot, KL. Klik link ni : http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur...1033&vm=all

5] Jadi apa cadangan korang? Kalau tanya Ulama’ Muda UMNO, sudah tentu diorg suruh senyap dan jangan buat bising. Den bukan ostad tapi apo yg den tahu kemungkaran harus dihalang. Amar makruf nahi mungkar. Lihat gambar atas di sebelah kanan. Gambar itu diambil semasa IFF diadakan di Monaco pada 10 Ogos yg lalu. Korang nak ia diperagakan semula di Hotel JW Marriot pada Jumaat 5 Nov nanti? Korang nak Islam dihina di tanahair korang sendiri?

6] Sementara itu korang sapot fanpage ini. Ia juga pasal IFF : http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansu...10328599?ref=mf

7] Bala dah banyak bai. Hari ini jerubu di Muar. Esok lusa ontah apo pulak nak tibo. IFF di KL ni akan menjadi bala jika kita semua tidak berusaha menghalangnya.

8] Mari kita sebarkan mesej ini kepada semuo rakan taulan. Sharing is caring.

9] Korang boleh share dan tag gambar ni tanpa keizinan KBSB.

- Atih
awek comel
QUOTE(fatamorgana @ Oct 20 2010, 01:40 PM) *
QUOTE(Edirossa @ Oct 18 2010, 07:38 AM) *

korang perasan tak tulisan dlm bulatan tu...?
ejaan nama Muhammad yang diterbalikkan...

rosak tul diorang ni...

Klik sini...http://www.facebook.com/photo.php?fbid=454...3531&ref=nf

SubhanAllah..
bila manusia dah mula jahil dan hatinya Tuhan telah tutup dgn cahaya keimanan..
tktnye dgn bala Allah..
Nauzubillah..
Ewan_sn
Ewan_sn
Blogger Umno 1:

QUOTE
Rosmah perlu bertanggungjawab!

Kalau ada yang mengatakan Rosmah tak bersalah, rasanya mereka adalah Anjing Politik ataupun Khinzir Kuasa dan Wang sahaja. Ingat, yang kita bicarakan adalah kesucian Agama Allah dan juga nama Rasul Junjungan. Ianya bukan agama bapak kita yang boleh kita buat sesuka hati dan bukannya nama haiwan peliharaan yang boleh dipanggil sesuka hati.

Penyelesaiannya amat mudah. Rosmah perlu bertanggungjawab dan meminta maaf. Kenapa Tun Hasmah tak pernah "buat palat" walaupun suaminya menjadi PM selama 22 tahun? Sebab Tun Hasmah tahu sempadan menjadi SEKADAR ISTERI yang tidak dipilih melalui proses demokrasi pun. Dah kebetulan sahaja menjadi bini PM.

Selagi tiada tindakan dari DS Rosmah, selagi itulah tiada rasa hormat langsung aku pada dia. Blogger pro-UMNO YANG MERASAKAN MEREKA ISLAM wajar respon kepada kekurang-ajaran ini. Jika tidak, kamu hanya layak menjadi Anjing dihalaman rumah ahli politik ataupun menjadi khinzir belaan peminat makanan eksotik. Noktah!
Ewan_sn
BLOGGER UMNO 2

QUOTE
Demi Allah! Saya Tidak Dapat Menerima Semua Ini!

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini).

Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya.

Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajuran Islamic Fashion Festival yang turut dihadiri oleh PM dan isterinya adalah jelas HARAM dan bertentangan dengan Islam. Ia merupakan sejelek-jelek majlis dan merupakan fitnah ke atas agama Muhammad.

Ini semua bukan pakaian yang dianjur oleh sunnah dan agama kita - ini semua merupakan permainan dan fitnah terhadap Islam, melalui nama "Fashion Islam" - Islam mewajibkan wanita muslimah menutup aurat bukan atas nama fashion - tetapi atas dasar takwa! Kod etika pemakaian busana Islam untuk wanita muslimah sudah jelas tertera di dalam al-Quran - tiada percanggahan dalam hal ini. Mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis tersebut, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung - tetap berdosa!

Saya menasihat diri saya dan semua pemimpin UMNO agar menjauhi majlis-majlis thoghut seperti ini. Ia sangat jelas berdosa besar dan seolah-olah kita mengakui, inilah pakaian dan busana yang menggambarkan kehendak Islam. Mohon maaf jika kata-kata saya agar kasar - tetapi ulama muda UMNO perlu ke hadapan dalam soal ini - ingat pesan nabi, "Jihad yang utama adalah jihad menegakkan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" (HR Iman Ahmad). Zalim dalam isu ini adalah merujuk kepada perbuatan pemimpin kita sendiri yang seakan-akan bersekongkol dengan musuh Islam yang sememangnya mahu menghancurkan agama mulia ini dalam pelbagai cara dan kaedah.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar - sebagai ahli UMNO saya menentang sekeras-kerasnya penganjuran dan keterlibatan pemimpin-pemimpin UMNO dalam majlis seperti ini. Ini merupakan kejijikan yang nyata. Allah tidak akan membantu kita, sekiranya amalan seperti ini diteruskan dan menjadi darah daging kita semua.

Saya juga merayu (mungkin Mufti Perak, tidak menyedari hal ini) agar TS Harussani bersuara dalam masalah yang sangat besar ini - sesungguhnya ia sangat jelas mengaibkan dan menghina pakaian muslimah yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semoga Allah menyedarkan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Nasihat saya ikhlas dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Atas nama Islam - yang hak perlu ditegakkan, walaupun rasanya sangat pahit. Wallahualam.
Pak Abu
Ini bukan fesyen islam....dah ler nampak aurat...orang jahil mane la yang anjur feyen tak ckup kain ni.
fatamorgana
QUOTE(Edirossa @ Nov 17 2010, 09:49 PM) *
BLOGGER UMNO 2

QUOTE
Demi Allah! Saya Tidak Dapat Menerima Semua Ini!

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini).

Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya.

Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajuran Islamic Fashion Festival yang turut dihadiri oleh PM dan isterinya adalah jelas HARAM dan bertentangan dengan Islam. Ia merupakan sejelek-jelek majlis dan merupakan fitnah ke atas agama Muhammad.

Ini semua bukan pakaian yang dianjur oleh sunnah dan agama kita - ini semua merupakan permainan dan fitnah terhadap Islam, melalui nama "Fashion Islam" - Islam mewajibkan wanita muslimah menutup aurat bukan atas nama fashion - tetapi atas dasar takwa! Kod etika pemakaian busana Islam untuk wanita muslimah sudah jelas tertera di dalam al-Quran - tiada percanggahan dalam hal ini. Mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis tersebut, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung - tetap berdosa!

Saya menasihat diri saya dan semua pemimpin UMNO agar menjauhi majlis-majlis thoghut seperti ini. Ia sangat jelas berdosa besar dan seolah-olah kita mengakui, inilah pakaian dan busana yang menggambarkan kehendak Islam. Mohon maaf jika kata-kata saya agar kasar - tetapi ulama muda UMNO perlu ke hadapan dalam soal ini - ingat pesan nabi, "Jihad yang utama adalah jihad menegakkan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" (HR Iman Ahmad). Zalim dalam isu ini adalah merujuk kepada perbuatan pemimpin kita sendiri yang seakan-akan bersekongkol dengan musuh Islam yang sememangnya mahu menghancurkan agama mulia ini dalam pelbagai cara dan kaedah.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar - sebagai ahli UMNO saya menentang sekeras-kerasnya penganjuran dan keterlibatan pemimpin-pemimpin UMNO dalam majlis seperti ini. Ini merupakan kejijikan yang nyata. Allah tidak akan membantu kita, sekiranya amalan seperti ini diteruskan dan menjadi darah daging kita semua.

Saya juga merayu (mungkin Mufti Perak, tidak menyedari hal ini) agar TS Harussani bersuara dalam masalah yang sangat besar ini - sesungguhnya ia sangat jelas mengaibkan dan menghina pakaian muslimah yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semoga Allah menyedarkan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Nasihat saya ikhlas dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Atas nama Islam - yang hak perlu ditegakkan, walaupun rasanya sangat pahit. Wallahualam.


Kalau depa berlakon pun sape yg tau...huhu
fatamorgana
QUOTE(Pak Abu @ Nov 18 2010, 01:01 AM) *
Ini bukan fesyen islam....dah ler nampak aurat...orang jahil mane la yang anjur feyen tak ckup kain ni.

Pak Abu,
nak dikatakan si penganjur ni jahil...rasanya macam tak berapa nak sesuai je...
sbb dia ni bukan calang2 org...paham2 sendirilah yek...

hampir mustahil rasanya takkan xde sorang pun dlm committee tu yg sedar akan kesilapan yg telah dilakukan...
sekalipun tentangan dan protes telah dilakukan mereka2 ini tetap meneruskan pusingan ke2 mereka di kl ni...
dan tv3 dgn bangganya menayangkan sedikit sedutan dr peragaan yg telah dilakukan...x rasa dipergunakan ke..?
memanglah x dinafikan model2 yg ditayangkan dlm tv3 tu semuanya menutup aurat...yg lain2 mcmane plak..?
pelik plak sbb kali ni xde banyak info tentang penganjuran kali ke2 ni...
KernelStackDump
QUOTE(Cikgu Cat @ Nov 30 2010, 02:58 AM) *
Assalamualaikum,
Hmm...masih berbekas rasanya di hati dengan tindakan isteri Perdana Menteri kita ni yang menjadi tulang belakang Islamic Fashion Show tempoh hari. sad.gif


Islamic Fashion Show tu satu fitnah...gambar2 yang ditunjukkan oleh pembangkang adalah gambar2 Islamic Fashion Show di Monte Carlo dan lain2 negara yang tak ada kena mengena dengan sapa-sapa di Malaysia.. Gambar Show sebenar di Malaysia tak ditunjukkan.. Berikut adalah sebahagian dari gambar2 fashion show di Malaysia..








rujuk: http://www.islamicfashionfestival.com.my
KernelStackDump
Laporan Media Malaysia berkenaan Show tersebut

KernelStackDump


Cikgu Cat
QUOTE(KernelStackDump @ Nov 30 2010, 03:05 AM) *
QUOTE(Cikgu Cat @ Nov 30 2010, 02:58 AM) *
Assalamualaikum,
Hmm...masih berbekas rasanya di hati dengan tindakan isteri Perdana Menteri kita ni yang menjadi tulang belakang Islamic Fashion Show tempoh hari. sad.gif


Islamic Fashion Show tu satu fitnah...gambar2 yang ditunjukkan oleh pembangkang adalah gambar2 Islamic Fashion Show di Monte Carlo dan lain2 negara yang tak ada kena mengena dengan sapa-sapa di Malaysia.. Gambar Show sebenar di Malaysia tak ditunjukkan.. Berikut adalah sebahagian dari gambar2 fashion show di Malaysia..








rujuk: http://www.islamicfashionfestival.com.my


Terima Kasih bro atas maklumat yang diberikan...
Jika gambar yang dimaksudkan sekadar fitnah kepada beliau, maka pahala percumalah yang beliau dapat dan dosa besar atas orang yang berbuat fitnah tu.

Walaubagaimanapun, kadang-kadang kita di Malaysia ni selalu terlupa tentang aurat sebenar kaum Hawa ni. Yang seringkali dilupakan ialah bentuk badan, leher serta bahagian dada. Cuba tengok antara fesyen-fesyen yang dipamerkan, ada yang secara jelas menampakkan bentuk badan dan walaupun bertudung bahagian dada masih 'terdedah' dan ada yang leher masih jelas kelihatan. Tak salah berfesyen asalkan tidak mendedahkan aurat. Apa-apapun, terima kasih bro sekali lagi....wassalam...
KernelStackDump
Sebahagian besar fesyen yang dipamerkan adalah ciptaan anak2 tempatan dan students dari IPTA/S Malaysia mengikut interpretasi mereka sendiri...Most of them amik contoh dari artis2 tempatan malaysia yang pakai tudung (aku tak tau lak apa nama artis2 ni) dan ada designer yang bukan beragama islam pun... Yang membuat penilaian fesyen ini juga bukan Datin Seri Rosmah Mansor dll .. dia cuma penaung... yang menganjurkan program ni adalah Shah Rezza yang bertindak sebagai pengasas dan pengerusi penganjuran untuk Festival Fashion KL - Jakarta - Dubai ... dan tentulah dia dan koncu-koncunya yang buat pemilihan fesyen tu... Rosmah ni dijadikan penaung untuk tarik penajaan jer...
Cikgu Cat
QUOTE(KernelStackDump @ Nov 30 2010, 03:39 AM) *
Sebahagian besar fesyen yang dipamerkan adalah ciptaan anak2 tempatan dan students dari IPTA/S Malaysia mengikut interpretasi mereka sendiri...Most of them amik contoh dari artis2 tempatan malaysia yang pakai tudung (aku tak tau lak apa nama artis2 ni) dan ada designer yang bukan beragama islam pun... Yang membuat penilaian fesyen ini juga bukan Datin Seri Rosmah Mansor dll .. mereka cuma penaung... yang menganjurkan program ni adalah Shah Rezza yang bertindak sebagai pengasas dan pengerusi penganjuran untuk Festival Fashion KL - Jakarta - Dubai ... dan tentulah dia dan koncu-koncunya yang buat pemilihan fesyen tu... Rosmah ni dijadikan penaung untuk tarik penajaan jer...


Hehehe...yeke...em..dalam kata lain...Rosmah dapat 'share' sama la...Apa-apapun bro, terima kasih ye. Ramai yang keliru dengan Fashion Show yang bro cakap kat Monte Carlo tu.
Ewan_sn
Kernel...

Thanks share gambar2 Islamic Fashion Show Festival kat KL tu..

Saya moved kan semua yg berkaitan ke satu topic yg sedia ada kat Isu Semasa...
Ewan_sn
Kalau inilah fesyen2 yg diperagakan kat Kuala Lumpur Islamic Fashion Show tu tak akan ada siapa yg marah..

Kalau buat gak mcm ditunjukkan kat negara barat tu mmg cari pasal namanya..
nkarul
kat KL tu memang la takde masalah,

mereka pertikaikan nie kat monte carlo tu, sebab fesyen tu bukan islamic

dan rosmah sebagai penaung, maka dia sepatutnya bertanggungjawab,

macam CEO, kalo company rugi, mesti la orang atasan yang salah,
sebab mereka yang tadbir company tu dengan cara pengurusan mereka kan?

lagi satu, monte carlo tu sangat teruk, name nabi tu, besar taw. AMAT BESAR., so sepatutnya sebgai penaung, dia tau yang itu mengHINA nama nya,

bukan duduk senyum tgk fasyen show haram jadah tu,..

kalo nak buat fesyen show macam tu, tarik name islam tu, settle,.

sepatut dia da bagi garis panduan ape tu "fesyen islam" kat orang2 monte carlo tu...

so memang layak rosmah kene blame/flame watsoevertheycalledit
KernelStackDump
Kener paham konsep penaung.. Penaung ni cam Chairman takder saham, bukan CEO.. CEO dia Shah Rezza... cuma sebab dia ada nama.. dia dijadikan penaung...Pendek kata dalam dunia canvassing, penaung yang gah perlu untuk menarik penaja yang besar...
fatamorgana
QUOTE(KernelStackDump @ Nov 30 2010, 03:10 AM) *


adakah yg paling atas kanan dan baris ke2 kiri itu memenuhi tuntutan islam..?
KernelStackDump
Pi tanya Shah Rezza camner dia buat pemilihan....
Ewan_sn
QUOTE(KernelStackDump @ Nov 30 2010, 02:37 PM) *
Kener paham konsep penaung.. Penaung ni cam Chairman takder saham, bukan CEO.. CEO dia Shah Rezza... cuma sebab dia ada nama.. dia dijadikan penaung...Pendek kata dalam dunia canvassing, penaung yang gah perlu untuk menarik penaja yang besar...

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.