Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Toyota Unser
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
shinosuke nohara
Salam forumer yang bijaksana sekalian...

saya ada satu benda nak tanya pasal toyota unser..
1. bagaiman dengan maintanence dan penggunaan minyak?
2. berapa harga boleh dapat untuk 2nd hand kereta tersebut?
tq...
zan
wsalam.

1. maintenance unser - lebih rendah dari wira 1.5 manual. enjin SOHC 8 valve EFI simple dan tahan lasak.

2. minyak kedarah terutama jalan highway. pada 100kph putaran enjin ialah 4,000rpm.

sbg perbandingan toyota innova dan naza citra pada 100kph sekitar 2,500-2,700rpm saja.

3. harga seken berbeza ikut usia.

unser 1st model tahun 1998, bumper besi. manual saja. suspension keras, jadi melambung2 sket. kabin is very simple tapi ada air-cond belakang. ada versi 2.4 diesel tapi

unser 2nd model thn 98, bumper plastik. ada model auto. suspension masih keras.

unser model akhir ialah 2003 iaitu model LGX. perubahan besar dilakukan di luaran termasuk lampu, gril dan bumper serta roda manakala hiasan dalaman lebih kemas. suspension diubah supaya lebih sesuai utk malaysia berbanding pasaran asal iaitu indonesia.

unser 98 serendah 19-20K dan unser 2003-05 antara 35-42K. jika bawah 12 tahun, masih boleh loan.
bestfriend
bro zan, leh tolong jwb tak?
aku modified sikit soalan tuan rumah pasal nak tau pasal toyota wish,harap tuan umah tak marah eh...
saya ada satu benda nak tanya pasal toyota wish..
1. bagaimana dengan maintanence dan penggunaan minyak?
2. berapa harga boleh dapat untuk 2nd hand kereta tersebut?
tq...
shinosuke nohara
bestfriend...aku tak marah...tanya je lah...ilmu kena kongsi2..

bro zan,
last model unser tu kedarah jugak ke minyak dia..?
zan
QUOTE(bestfriend @ Feb 7 2011, 08:36 PM) *
bro zan, leh tolong jwb tak?
aku modified sikit soalan tuan rumah pasal nak tau pasal toyota wish,harap tuan umah tak marah eh...
saya ada satu benda nak tanya pasal toyota wish..
1. bagaimana dengan maintanence dan penggunaan minyak?
2. berapa harga boleh dapat untuk 2nd hand kereta tersebut?
tq...

boleh. tuan rumah tak marah. aku pun numpang je ni..

toyota wish mula diperkenalkan tahun 2003 dan stop thn 2009. thn 2010 dah kuar model baru.

1. penggunaan minyak (saya jawap petrol) dan maintenance boleh dikatakan rendah dan antara sebab utama mengapa ramai pengguna berani membeli Wish walaupun di impot terpakai dan tanpa waranti.
enjin 1.8 sama dengan model Altis iaitu enjin ZZ manakala model 2.0 sama dengan camry iaitu enjin AZ.
bila enjin sama memudahkan servis dan spart part ditambah dgn ketahanan produk toyota.

masalah sket berkaitan dengan ECU yang selalunya tak sama dgn model Wish tempatan (model 2.0S) mahupun model Altis dan Camry. kalau nasib baik, sama lah.

2. harga terpakai serendah 90K utk model 1.8 thn 2003 dan naik ke sekitar 125-128K bagi model2 2006/7.

elak model Wald dan LX Mode, kerana UMW Toyota langsung takmo layan order spare part dan lain2. elak juga model direct injection Wish D4 sbb petrol yang kita guna rendah dari segi kualiti dan properties.

QUOTE(shinosuke nohara @ Feb 9 2011, 10:18 AM) *
bestfriend...aku tak marah...tanya je lah...ilmu kena kongsi2..

bro zan,
last model unser tu kedarah jugak ke minyak dia..?

yupp, sbb enjin dan gearbox sama. boleh saja pasang NGV dan unser anda jadi sejimat kancil.
shinosuke nohara
bro zan...
pasang NGV memangla jimat minyak tapi, masalahnya tpt tinggal saya takde NGV..jadi payah la pulak...
satu lagi tak sempit ke kalau dah letak tong NGV tu kat blakang...

kalau macam tu lebih baik avanza 1.5 2nd hand auto....puas hati betol tak...affordable MPV...harga pun dalam 35k keatas..betol tak bro zan... rolleyes.gif
bestfriend
mcm mana nk tau model Wald dan LX Mode?sama je rupa eh...

http://www.mudah.my/Toyota+Wish+2+0+1+dire...new-8535619.htm

hmmm...
bestfriend
http://www.mudah.my/Toyota+Wish+2+0+D+4+03-8216201.htm

ni plak model D4....hmm
zan
QUOTE(bestfriend @ Feb 12 2011, 12:06 PM) *
mcm mana nk tau model Wald dan LX Mode?sama je rupa eh...

hmmm...

beza antara wald dan lx mode hanya kosmetik saja. sbb sykt2 tu beli keta baru dari toyota, lepas tu tukar badge, pasang side skirt dan lain2 hiasan dan mungkin tune ECU.

model D4 yg iklan kat mudah tu macam pelik sket. steering mistubishi, lepas tu ada intercooler. sangat memusykilkan.

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.