Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kemerdekaan - Fakta-fakta Tersembunyi Yang Mesti Di Ketahui
Mesra.net Forum > Politics > Politik Nasional
Pages: 1, 2, 3
Ewan_sn


sedih lihat gambar tok janggut di perlakukan sebegitu.

seorang alim. ulamak , seorang yang mengerja solat diseksa oleh bangsanya sendiri yang menjadi tali barut inggeris.

adakah TOK JANGGUT yang menyerang BALAI POLIS PASIR PUTEH dikira sebagai pengkhianat??

adakah tok janggut yang membunuh SARJAN SULAIMAN ( che wan) yang berbangsa sama dengan beliau dikira sebagai pengkhianat??

siapa sebenarnya pengkhianat.........TOK JANGGUT yang menentang PENJAJAHAN INGGERIS ataupun SARJAN SULAIMAN dan orang melayu yang lain yang menjadi TALI BARUT inggeris sebenarnya pengkhianat???

begitu jugalah kisah simelayu yang menyerang BUKIT KEPONG.....



..................................

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.
Ewan_sn
Ni seorang lagi penjahat dari kacamata British :



Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas.
Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap diGunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.


Beliau di seksa dengan terok oleh British, dengan kerjasama mata2 yang rata2 nya ialah orang Melayu.




Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr. Burhanuddin al-Hilmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.
Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka dilemparkanlah kepadanya tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato' Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.
Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.



Jangan kita lupa akan sejarah ini,

Dan jangan kita buta sejarah

Wassalam
Ewan_sn
sekelumit dari sejarag yang saya cut and paste'




Kejadian pada 23hb Feb 1950


The incident started at about 4:15 am before dawn with the 200 Communists attacking, led by Muhammad Indera, a Malay Communist launching a guerilla assault on the Bukit Kepong police station. Despite the odds, the policemen led by Sgt 3493, refused to surrender, although numerous calls by the communists for them to lay down arms were made. In the final hours of the fierce battle, the Communists set fire to the officer's barracks and station. Only about five hours after the first shot was fired did the communists manage to break their defences and set the place ablaze. They then retreated into the jungle, leaving a trail of destruction and bloodshed. Only 14 police officers, 8 auxiliary police and their families were killed in the incident while 4 officers such as MPC 37, PC 7645, PC 10533 and EPC 3472 wounded in the battle.[5] Few years after the incident, the Malay Communist leader who responsible about the incident was arrested by Batu Pahat Police Special Branch detectives and hanged to death at Perak.


Kejadian pada 29hb April 1915

Sargeant Che Wan Bin Sulaiman Stabed to death by Tok Janggut, whose real name was Haji Hassan bin Panglima Mat Munas, a respected religious teacher from Pasir Puteh, Kelantan, who was one of the first nationalists in Malaya during the arrested him for failing to pay the government tax. The rebels leader used the kris when he refused to walk in front of them and a fight occurred, in which Tok Janggut manages to stab the sergeant. Sgt Che Wan was the first police officer to die from sharp object violence as well as first police officer die in the line of duty. This incident was result to begun the battles against the British forces in Kelantan.[2]




Jangan buta sejarah, lihat tarekh dan tahon2 kejadian ini. Semua nya masa British memerintah Malaya. Sudah tentu British dan tali barot, menulis sejarah mengikot nafsu mereka


Wassalam
Ewan_sn
Siapa ada gambar Dato Maharaja Lela yang di gantung British dahulu.
macam sama seperti Tok janggut jer!
apa apa pun suka kah kita Pejuang kita me;ihat jasad Pejuang2 kita yang telah meninggal dunia di buat sebegitu Rupa..
apakah ini ajaran Islam kepada umatnya.?

harap2 Pencacai boleh menjawab.
Ewan_sn
Kem Terendak Melaka 1961.Askar Australia 1 RAR Battle Group.




Col. Bill Morrow, Brigadier Hassett,and Major Rob Morrrisson
Ewan_sn




Tok Kenali Kelantan (1871-1933) (duduk kiri)
Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani
Ewan_sn


Ewan_sn


RAL Yamashita (1885–1946)



Potong Kepala

Ewan_sn
Ewan_sn


Di Tanjung Pagar


Majulah Malaysia sekarang dah jadi
Majulah Singapura.
Ewan_sn
aku amat2 sedih bila menatap mayat seorang pejuang di gantung kepala ke bawah ibarat lembu lepas sembelih nak di lapah2...

adakah umno akan menyaman 'british' atas apa yg dia buat ke atas pejuang melayu ini..

adakah umno akan berani mengikut jejak langkah 'hindraf' menyaman 'british' atas kemiskinan kaum india...
Ewan_sn
Tulisan Jawi dimansuhkan dari menjadi sebagai tulisan bahasa Melayu untuk membendung kebagkitan Nasionalist berlandaskan Ugama Islam. Pemansuhan tulisan Jawi dan diganti dgn tulisan rumi utk bahasa melayu bertujuan memisahkan antara ISlam dgn POLITIK. Waktu ini dah ramai dari org melayu yg tak tahu baca AlQuran disebabkan penghayatan tulisan jawi dihapuskan.
Ewan_sn
Itulah hakikat yang wajib ditelan oleh penyokong dan ahli Umno...
Sir Roland 'St. John' Braddell, adalah penasihat Umno sewaktu awal penubuhannya. Beliau adalah Presiden pertama Kelab Rotari Malaya.



Inilah wajah beliau....Melayu oh Melayu...

TAHNIAH UMNO!!!


Ewan_sn
Bukan tokoh Umno saja perjuang kemerdekaan negara
Posted on Tuesday, August 30 @ 20:00:00 PDT
Oleh Azamin Amin

Keberanian perlu ada untuk merungkai semula fakta sejarah dan memberi pertimbangan adil dalam mendedahkan pengorbanan para pejuang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam melalui pertubuhan-pertubuhan pimpinan mereka seperti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) untuk memerdekakan negara ini.

Inilah antara lontaran hujah dan perbincangan di antara ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkifli Ahmad; bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM),Rustam Sani; AJK DAP, Ronnie Liu dan Ketua Strategik Analisis Malaysia(SAM), James Wong dalam forum 'Pensejarahan Semula Perjuagan Merdeka' semalam.


Forum yang dianjurkan 'Youth for Change' (Y4C) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu dimoderatorkan oleh Lee Khai Loon dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan sedari awal bukanlah dipelopori oleh Umno/Perikatan tetapi pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan di labelkan radikal dan berhaluan kiri oleh British," kata Dr Dzulkifli.

"Perlu ada keberanian untuk mendedahkan perkara ini. Justeru, selagi mana fakta sejarah sebenar dirahsiakan dengan menonjolkan pejuang-pejuang kemerdekaan secara selektif; dengan menyatakan perjuangan menuntut kemerdekaan hanyalah dipelopori oleh pertubuhan moderat Melayu iaitu Umno, lantas menafikan peranan para pemimpin dan pertubuhan lain, maka selagi itulah semangat meraikan kemerdekaan secara bersama tidak akan tercapai," katanya lagi.

Kata beliau Umno dan Perikatan hanya menyambung usaha menuntut kemerdekaan daripada British setelah pemimpin-pemimpin yang dilabelkan radikal ini ditahan oleh British.

Rustam Sani pula mahu penafsiran dan definisi kemerdekaan dikaji semula dengan fikiran yang telus dan tajam supaya jati diri dan keperibadian bangsa Malaysia serta maksud kenegaraan sebenar dapat dicapai di samping mengelak pertembungan perbezaan, keistimewaan, hak dan konflik antara kaum dapat diatasi dengan sebaiknya.

"Sewajarnya kemerdekaan bukanlah dengan membahagi-bahagikan penduduk negara ini kepada kaum Melayu, Cina dan India yang menjurus ke arah konflik antara kaum dan inilah rangka kemerdekaan yang dimahukan oleh British pada masa itu," katanya.

Selain itu, isu sensitif perjuangan Parti Komunis Malaya bersama parti-parti nasionalis Melayu yang diharamkan telah mengangkat senjata menentang British turut dibincangkan demi memberikan keadilan dalam sejarah menuntut kemerdekaan.

"Bayangkan Ketua Polis Negara (KPN) yang pertama selepas merdeka menggelar anak tempatan seperti Adullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad sebagai pengganas," kata James Wong.

" Dia (KPN) adalah British yang lahir dari London dan ini hampir sama dengan Bush yang lahir di Amerika pergi ke Afganistan memanggil anak tempatan Osama ben Laden sebagai pengganas," katanya.

Dr Dzulkifli menegaskan pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan negara ini amat penting demi menjamin keadilan dan kebenaran fakta sejarah kemerdekaan keseluruhannya.

Secara sinis menyatakan kepada khalayak bahawa tidak mahu berlaku seperti pepatah 'The victor writes history, the loser writes poetry' (Yang juara menulis sejarah, yang kalah menulis sajak).

Majlis tersebut menjadi rancak apabila ahli panel dihujani dengan pelbagai soalan termasuk isu-isu sensitif tentang perjuangan Chin Peng dan Komunis berakhir sekitar jam 12 tengah malam.
Ewan_sn
Tok Janggut ( Hj Mat Hassan)
Posted on Thursday, September 01 @ 10:27:15 PDT
Oleh: badangsejuk


"Alangkah teruk nya sejarah melayu. semua nye telah disusun secara teliti dan rapi. Hingga kan org melayu terpaksa terima tentenag sejarah bangsa mereka sendiri dari oarang asing asing yang menjajah mereka

Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam.

Siapa Haji Mat Hassan?

Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji. Sekadar pendapat peribadi.

Isu 1: Ada apa dengan haji?

Bilamana disebutkan nama seseorang itu bermula dengan Haji, contohnya Haji Wan, akan terbayang kepada kita wajah seorang pakcik yang tenang wajahnya, berkopiah, dan sedang senyum ke arah kita. Satu bayangan atau persepsi yang dirasai oleh semua orang tanpa perlu diajarkan kepada mereka. Kesamaan universal!

Mungkin ada yang kurang faham sejauh mana peranan Haji dalam kebangkitan masyarakat menentang penjajah. Untuk melihat impak Haji ini kita kena terjun dan menyelami situasi masyarakat nusantara pada ketika itu. Haji ketika itu dikenali sebagai satu fenomena! Fenomena Haji AMAT DITAKUTI oleh penjajah sehingga memaksa seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat.(Acheh)

Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:

“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”

Hebatnya pengaruh Haji ini sehinggakan British mengeluarkan arahan memaksa Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang dikalangannya terdapat ramai ulama) menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah. Malah British juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat sokongan menyokong kerajaan British dalam peperangan!

Ringkasnya kita dapat simpulkan yang nama Haji Mat Hassan itu sahaja sudah cukup untuk menggerunkan British ketika itu!

Semasa dibangku sekolah dahulu, aku diajar yang kebangkitan Tok Janggut adalah disebabkan oleh cukai semata-mata. Sebelum pergi dengan lebih jauh lagi, syabas dan tahniah aku ucapkan kepada pihak kementerian kerana hari ini fakta tersebut telah diperbetulkan!

Sultan Mansur merupakan Sultan Kelantan yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Sultan Mansur merupakan seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda termasuk umara’ yang mendampingi ulama. Antaranya adalah, Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat. (Perhatikan kaitan Haji dan ulama!!!)

Sultan Mansur Syah telah menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang SYARAK dalam acara guaman sama ada jenayah ataupun mal. Selain perlaksanaan undang-undang hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat.

Sesungguhnya, zaman Sultan Mansur merupakan suatu zaman gemilang dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan keagamaan rakyat negeri Kelantan. Daulat Tuanku.

Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909.

Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana system ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu.

Apa undang-undang tanah tradisional Melayu?

Nah, buka mata anda. Ketahuilah semua bahawa undang-undang tanah tradisional Melayu adalah undang-undang tanah ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan system tanah baru sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!

Sahabat-sahabat sekalian, kalau sekarang ini bilamana PAS menyuarakan keinginan untuk melaksanakan Hudud, kala itu sudah ada penyokongnya kerana mereka sudah tahu keberkesanannya. Apatah lagi reaksi masyarakat yang ketika itu sememangnya HIDUP di bawah perlaksanaan hukum Islam(Zaman Sultan Mansur), lalu tiba-tiba ingin dihapuskan! Maka ketahuilah sahabat-sahabat semua, perjuangan Tok Janggut dan kawan-kawan bukan setakat menentang cukai yang tinggi tapi yang lebih penting daripada itu adalah perjuangan MENENTANG PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Saat itu menyaksikan rakyat membantah cadangan British ini. Surat-surat bantahan dihantar oleh rakyat kepada pihak berkuasa. Salah satunya, datang dari penduduk Kampung Cherang Tuli. Kampung Cherang Tuli merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam kebangkitan ini. Nah, lihatlah sendiri, penentangan ini BUKAN penentangan cukai semata-mata, tapi PENENTANGAN PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Isu 3: Kebangkitan peribadi

Terima kasih kepada Prof Nik Anuar Nik Mahmud di atas kupasan yang cukup menarik dalam isu ini. Mungkin ada yang mengatakan kebangkitan Haji Mat Hassan ini lebih bersifat individu, kebangkitan untuk meraih kepentingan sendiri semata-mata. Atau mungkin ada yang berpendapat pemberontakan ini hanya berpunca dari kekecewaan pembesar daerah mengenai kekuasaan dan kedudukannya.

Aku ingin bertanya:

Berapa usia Tok Janggut@Haji Mat Hassan ketika beliau memimpin penentangan ini?

Tok Janggut pada ketika itu berusia 65 tahun. Ulangan, 65 tahun. Apakah seorang yang sudah berusia sanggup melawan British yang sangat berkuasa itu atas dasar kepentingan diri semata-mata? Bukankah harga yang perlu dibayar dengan menentang British jauh lagi MAHAL berbanding harga cukai tinggi yang dikenakan!

Harga sebuah perjuangan!

Harga sebuah perjuangan?
Click this bar to view the full image.

Sahabat,

British punya angkatan tentera yang tidak usah dicerita akan ramainya. Punya puluhan kapal-kapal perang yang sedia membedil mereka-mereka yang membuat angkara.

Tapi mereka yang memberontak di Pasir Puteh ini memiliki apa?

Mereka tidak ada kapal perang.

Mereka tidak ada bedil-bedil atau senapang-senapang secanggih askar British.

Mereka tidak punya angkatan tentera yang ramai.

TAPI MEREKA MEMILIKI SEMANGAT JIHAD FISABILILLAH!!

Semangat inilah yang dibuktikan oleh Khatib Abu Bakar yang berdepan dengan tentera Inggeris berbangsa Sikh tanpa rasa gementar dan takut sedikit pun. Beliau hanya bersenjatakan sebilah golok!

Pemberontakan di Pasir Puteh ini adalah sebagai satu respon di atas tindakan British yang kurang ajar. Ia hanya bersifat lokaliti semata-mata dan tidak tersusun.”

Aku MENOLAK pendapat ini atas beberapa alasan:

1. Seruan Jihad

Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914. Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914. Pemberontakan Tok Janggut adalah pada 1915.

Jadi macam mana seruan jihad ini boleh sampai di Tanah Melayu? Pertama-tamanya, mari kita melihat siapa itu Haji Mat Hassan.

Tahukah anda Haji Mat Hassan pernah menuntut di Mekah dan berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani. Haji Mat Hassan pulang dari Mekah pada tahun 1910.(Rujuk tulisan atas untuk melihat apa yang terjadi di Kelantan pada 1910)

Siapa Syeikh Wan Ahmad? Beliau merupakan guru kepada hampir seluruh ulama nusantara ini! InsyaAllah aku akan mengupas berkenaan Syeikh Ahmad ini. Ringkasnya Syeikh Ahmad ini merupakan pengasas kepada persatuan orang Melayu iaitu Jami’yatul Fathaniyah di Mekah dan dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Jawatankuasa Percetakan Kerajaan Othmaniyyah. Malah beliau juga dianugerahkan kerakyatan Uthmaniyyah pada 1889.

Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani –> Tuan Haji Mat Hassan

2. Sebelum pemberontakan di Kelantan ini, telah berlaku beberapa siri pemberontakan:

1833, Vietnam(Champa) – Gerakan pembebasan oleh Katip Sumat. Tidak kenal Katip Sumat? Mari aku terjemahkan. Katip Sumat ini adalah nama yang telah mengalami evolusi, asalnya Katip Sumat ini merujuk kepada Khatib Abdul Samad!

Akhir abad ke-19, Indonesia – Cetusan gerakan kesedaran Gerakan Pan-Islamismee oleh Konsul Sadik Bey dan Duta Muhammad Kamil Bey.

1915, 15 Februari, Singapura – Askar-askar Indian Muslim dari pasukan 5th Light Infantry, di bawah pimpinan Haji Nur Alam Shah, Imam Masjid Kampung Jawa telah memberontak sebagai menyahut seruan jihad Turki Uthmaniyyah.

Sebenarnya 3 pemberontakan ini saling berkait antara satu sama lain. InsyaAllah akan aku ulas di tulisan yang akan datang.

3. Pemberontakan Singapura

Pemberontakan di Singapura menjadi topik perbincangan orang-orang Melayu di Kelantan. Calvert Wells, seorang pegawai British di Kelantan mencatatkan:

“…the Malays in Pasir Mas were said to be discussing the Singapore comutiny before the news was known to the Kelantan Government.”

4. Usaha British

Selain dari memaksa Sultan mengeluarkan titah untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya, British juga mengarahkan kapal H.M.S Calmus mengawal Kuala Semerak. Mengapa harus mengawal perairan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang bantuan asing tiba.

Bantuan asing itu merujuk kepada siapa? Fikir-fikirkan!

5. Waktu pemberontakan berlaku

Pemberontakan yang dipimpin oleh Tok Janggut ini berlaku pada bulan April. Apa yang uniknya bulan April ini?

Kebiasaanya, pada bulan April, padi telah dituai. Masyarakat pada bulan ini dan beberapa bulan seterusnya hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan mengutip hasil-hasil hutan. Maka dengan kata lain, gerakan pada bulan ini tidak akan membantutkan perkembangan ekonomi masyarakat setempat! Adakah ini masih lagi belum menunjukkan ketersusunan gerakan ini?

Cantiknya sewaktu pemberontakan ini berlaku, pentadbiran colonial di Kelantan sedang berdepan dengan beberapa masalah. Antaranya adalah masalah kewangan yang teruk sehingga menyebabkan gaji kakitangannya tertunggak beberapa bulan.

7. Sultan yang misteri

Walaupun dijelaskan yang Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah supaya rakyat Kelantan menyokong British, namun itu hanya dibuat atas dasar keterpaksaan. British tidak mempercayai Sultan Kelantan, lantaran itulah British bertindak mengerahkan askar mereka untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Asalnya, urusan pemberontakan ini diminta diselesaikan oleh Sultan.

Sultan Muhmmad pernah mengatakan tentera Jerman mesti menang dalam peperangan dengan British. Tentera Jerman adalah sekutu Turki!

Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya. Sultan Terengganu tersenyum sahaja ketika kapalnya bertindak demikian. Wells juga mengatakan yang Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu selalu bertemu dan kedua-duanya tidak menyukai British!

Nah, sudah terang lagi bersuluh akan keteraturan gerakan ini sebenarnya. Pernah dahulu aku menulis tentang Grand Design pemberontakan menentang penjajah. Maka artikel ini mengupas sedikit sebanyak mengenai Grand Design ini. Sesungguhnya gerakan menentang penjajah di Nusantara ini bukanlah gerakan yang semborono tanpa melibatkan perancangan yang teliti, cuma kita sahaja yang buta! Buta kerana sejarah kita ditulis untuk memenangkan satu pihak sahaja. Sejarah kita ditulis untuk mengagungkan pihak-pihak tertentu sahaja."
Ewan_sn
Sejarah UMNO yang telah digelapkan
Posted on Friday, September 02 @ 10:35:01 PDT
Oleh: tun_telanai

" UMNO sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor sebagaimana yang difahami ramai, tetapi ia di tubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu yang ketika itu berada di bawah Selangor. Tarikh kongres Melayu itu diadakan adalah dari 1 hingga 4 Mac 1946.

Persatuan Melayu Selangor yang ketika itu dipimpin Yunus Hamidi, bekas Pengarang akhbar Majlis turut serta dalam kongres yang melahirkan UMNO itu. Tetapi antara 41 buah pertubuhan dan persatuan Melayu yang hadir, yang paling besar perwakilannya adalah dari satu-satunya parti politik Melayu terawal iaitu PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang pada ketika itu Yang Dipertuanya adalah Dr Burhanuddin al Helmy yang kemudiannya menyertai PAS dan menjadi Yang Dipertua Agungnya.

Sejarah UMNO ini banyak cuba disorok-sorok dari umum kerana sesungguhnya pembentukannya itu dahulu bukan atas daya usaha seorang dua tetapi seluruh kekuatan bangsa Melayu seluruh Malaya. Pokok penyatuan sehingga terbentuknya UMNO adalah hasil dari penentangan orang-orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union.

Bermakna UMNO adalah sebuah komponan parti-parti dan persatuan Melayu ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran ketika itu, termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya. (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10 mengakui mula bergerak dan mengikuti UMNO sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM). Hakikat ini mahu dihapuskan dari kamus sejarah UMNO seolah-olah mahu mengambarkan cuma kelompok di kalangan yang ada dalam UMNO (dulu dan kini) sahaja yang menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma Melayu ketika itu. Pihak lain tidak terlibat. Binatangnya UMNO. Perangai macam syaitan. Dialah selalunya betul, orang lainnya semua salah.


Malah kalau kita membaca tulisan Ahmad Boestamam, bendera UMNO, yang berasal dari bendera atau sang saka merah putih itu asalnya merupakan cadangan dari PKMM dalam sidang pertama UMNO Setelah ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh (sila lihat Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API (UKM)). Sang Saka Merah Putih untuk pengetahuan haiwan-haiwan dalam UMNO, adalah bendera PKMM. Bermakna bendera UMNO kini berasal dari cadangan bendera PKMM (parti Melayu yang Inggeris cop sebagai kiri!) Yang bulatan kuning dan keris hijau telanjang dimasukkan kemudian.


UMNO hari ini menidakkan sumbangan semua yang pernah menyertai komponan UMNO 1946 itu. Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein) yang kebetulan adalah Presidennya yang pertama. Kiranya Dato Onn tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang UMNO melalui IMP dan Parti Negara.



Kalau generasi hari ini mahu mengesan dan menjejak sejarah sebenar penubuhan UMNO, maka mereka perlulah membongkar dan menyelongkar buku-buku tulisan tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain.



Perlu diberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah telah menyumbang RM15,000 ketika itu untuk menjayakan kongres penubuhan UMNO di Kampung Baru itu. (Kongres tersebut menurut rekod diresmikan oleh Almarhum Tuanku sendiri) Percayalah Almarhum Tuanku berbuat demikian kerana yakin yang bangsa Melayu perlu bersatu dan berpadu tenaga. Baginda pernah beritah bahawa persatuan itu akan kekal lama jika mengambil kira dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu iaitu:



PERTAMA:
Perjuangan agama Islam yang akan mengikat hati nurani bangsa

KEDUA:
Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu

Rupanya UMNO 1946 itu tidak kekal lama. Beberapa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan UMNO. PKMM ini yang merupakan parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka, telah diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara. UMNO di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.

Begitu juga kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar sehingga lahirnya PAS pada tahun 1951. Harus diingati bahawa antara jawatankuasa penajanya adalah:

Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota (ayahanda Dollah Badawi)
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.




(Shamsiah Fakeh menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tidak ada ahli UMNO yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali gantung)

Berbalik kepada titah Almarhum Tuanku Sultan Selangor ketika itu, ternyata kesatuan UMNO yang ditubuhkan pada Mac 1946 dengan persepakatan semua golongan Melayu tidak mampu bertahan. Dan solanya hari ini adalah UMNO masih berpegang kepada dua perkara yang dititahkan Almarhum itu? (Untuk makluman Almarhum Tuanku Sultan Hishamuddin ini adalah merupakan antara Sultan Selangor yang paling warak dan sering membaca khutbah solat Jumaat)
Ewan_sn
Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis?
Hishamuddin Rais

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi [Jgn la mencarut] British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi [Jgn la mencarut] British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah [Jgn la mencarut] setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi [Jgn la mencarut] British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas. Perid. End. Fin.
Ewan_sn
EMBONG - DARI AWAS KE REJIMEN KE-10



Embong Zamiah dan anak-anak serta cucu-cucunya turut berhari raya di rumah saya pagi ini. Beliau cukup sihat dan susuk badannya langsung tidak merupakan seorang yang sudah lama melepasi umur 80 tahun.

Siapakah Embong Zamiah? Dia adalah anak kepada Mak Ngah Minah. Siapa pula Mak Ngah Minah? Beliau adalah seorang anggota AWAS dari Kg Lubok Kawah. Apabila Awas diharamkan beliau mempunyai 2 pilihan. Berjuang bersama rakan-rakan yang sudah pun menyertai gerakan gerila menentang Penjajah Inggeris atau ditangkap oleh Inggeris dan terus disumbatkan di kem-kem tahanan tanpa sebarang bicara.

Mak Ngah memilih jalan pertama iaitu menyertai gerakan bawah tanah dan menentang Penjajah Inggeris secara bersenjata.

Beliau dikepong didalam sebuah rumah bersama rakan-rakannya oleh tentera upahan Inggeris, ditangkap dengan mempunyai senjata di tangan. Beliau telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan jika didapati berslah akan digantung sampai mati.

Didalam Mahkamah dia tidak mahu tunduk kepada Mahkamah Penjajah Inggeris, dia tidak bangun semasa Hakim memasuki Mahkamah. Beliau dipaksa oleh Polis Mahkamah supaya bangun berdiri memberi hormat kepada Hakim, dan jawapan Mak Ngah adalah mudah: "Engkau orang yang hisap buntut Penjajah berdirilah, Hakim tu wakil penjajah, aku takkan beri hormat kepadanya."

Didalam Mahkamah, Mak Ngah menyatakan beliau tidak bersalah kerana beliau menentang Penjajah Inggeris dan beliau rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan Penjajah.

Dia enggan bekerjasama di Mahkamah, dia nekad bahawa kalau dijatuhkan hukuman mati, beliau mati sebagai seorang pejuang.

Mahkamah mendapati beliau bersalah dan dihukum penjara seumur hidup, bagaimana pun setelah beberapa tahun didalam Penjara, beliau telah dibebaskan dan kembalilah Mak Ngah ke kampong perjuangan iaitu Kampong Lubok Kawah, Temerloh, Pahang.

Embong atau Kak Zamiah adalah anak kepada Mak Ngah Minah. Sebagai anggota muda AWAS, beliau juga turut menyertai perang gerila terhadap Penjajah Inggeris. Akhirnnya, beliau menyertai Rejimen ke-10 dan meneruskan perjuangann menentang Inggeris.

Kini beliau telah kembali ke Tanah Air setelah diadakan Perjanjian diantara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya. Embong Miah tetap menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyerah diri tetapi hasil dari Perjanjian itu, beliau memilih untuk kembali ke kampongnya, Kg Lubok Kawah.

Zamiah adalah pupu saya, dan Mak Ngah Minah, ibunya, adalah bapa saudara saya. Saya kagum dengan kekentalan perjuangan mereka. Benar, perjuangan mereka tidak mencapai kemenangan, tetapi sesuatu perjuangan itu diukur akan kebenaranya bukan sekadar dengan kemenangan tetapi diukur kerana landasan dan prinsip yang benar, iaitu menegakkan perjuangann rakyat menghalau Penjajah dari bumi bertuah ini.

Embong saya memeluk saya dengan erat dan membisikkan kepada saya: "Mi, dalam perjuangan ini tidak ada kalah, teruskan perjuangan, pasti akan disambung oleh generasi akan datang."
Ewan_sn
AIDILFITRI DI KAMPUNG KOMUNIS




Kampung Perdamaian Sukhirin - 30 Ogos 2011 : Pemimpin dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin menyambut hari lebaran Aidilfitri dengan menunaikan sembahyang raya di Masjid Darul Aman. Mereka disifatkan oleh Kerajaan Malaysia (UMNO - BN) sebagai "pengganas komunis" dan "tidak beragama". Dalam dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional," (baca sini)
Abdullah C.D. yang menjadi penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 pernah menjadi Setiausaha Cawangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) Lambor dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebelum penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat mengharamkan PKMM dan PKM pada tahun 1948.



Abadullah C.D. (kiri) dan Awang Yaakob (kanan) yang merupakan seorang komander kompeni Rejimen Ke-10



Anak-anak bekas perajurit menerima wang hari raya



Sebagaimana setiap hari raya, rumah Abullah C.D. dikunjungi rakan seperjuangan dan keluarga masing-masing

Ewan_sn
Kenapa begitu ramai pejuang kemerdekaan dan penentang penjajah mati di bunuh, sementara yg lain di haramkan tiba tiba UMNO jadi juara?

Begitu ramai pejuang-pejuang Melayu mati berdarah sewaktu menentang penjajah tapi UMNO kata Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah?
Ewan_sn
kita doakan keampuanan dan rahmat utk yg dah mati ....dan mereka akan dibangkitkan dan dihisab dgn niat masing2.....jika mati kerana pertahankan akidah, negara...i.a dianggap mati syahid...

bg yg hidup, kita kena ambil iktibar, jgn kerana peristiwa ini segala usaha baik pihak2 tertentu termasuk parti komnis sendiri yg mana didalamnya juga ada org melayu islam yg memerangi penjajah british dilupakan....

kenangkan kembali jasa2 ibrahim yaakob, ahmad bostamin, rashid maidin, dr burhanudin helmy. mat indra dll disamping tunku, dato' onn juga.

jangan lupa jasa mereka semua......bahkan mereka ini lebih awal menentang british jika dibandingkan dgn tunku abdul rahman...
Ewan_sn
QUOTE
1. Pada pendapat saya, orang2 tanah melayu pada masa itu telah dipermainkan oleh british (divide and rule) di amana akhirnya british telah mempergunakan rakyat tanah melayu untuk mempertahankan kedaultan british di tanah melayu. Akhirnya bagi pejuang yang tidak mahu menjadi tali barut dan anjing british bertindak mengambil wahdah/saluran lain utk memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu daripada british.

2. Cuba kita lihat sejarah Indonesia, kenapa semangat keindonesian mereka begitu kental dan kukuh. Jawapan saya mereka merdeka di atas keringat rakyat Indonesia yg menjalankan penentangan terbuka dengan kerajaan Belanda. Akhirnya Belanda akur dan menyerahkannya kepada kuasa rakyat bukan pemimpin bonekla yang bakal meneruskan legaasi mereka indirectly.

3. Ini masalah ijtihad, masing-masing ingin memerdekakan tanah melayu, satu pendapat kompromi dan satu pendapat lagi tidak mahu kompromi dengan british.

4. Sejak dari kecil saya memang minat sejarah Malaysia, malah saya mengikuti dengan teliti pendapat-pendapat sejarawan sepanjang masa. Di awal sekolah rendah yang dapat saya simpulkan kandungan fakta sejarah banyak bersandarkan penulisan dan kajian orientalis barat, apabila di sekolah menengah terutama di peringkat tingkatan enam saya telah mendapat pendedahan yang luas daripada guru-guru tentang sejarah Malaysia danb disini saya mula mengenali Old Boys dan Bekas Guru Sekolah saya Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Khay Kim. Dan kuliahnya itu membuatkan saya menyimpulkan bahawa sejarah malaysia mesti ditulis semula menurut perspektif orang Malaysia.

5. Dan sekarang di pringkat lebih tinggi sebagai pensyarah yang seringkali terdedah dengan aktiviti percambahan minda, keinginan saya begitu kuat untuk menyelongkar sejarah Malaysia dengan membaca jurnal tempatan yang menghidanbgkan kajian-kajian kontemporari SM.

6. Sebagai rumusannya, sejarah yang ditulis oleh sejarawan barat terutamanya British satu ketika dulu bukanlah qat'i (muktamad). Malah ia kana sentiasa mengalami penambahan fakta dari masa ke semasa malah semakin menjel;askan pandangan kita terhadap peristiwa silam
Ewan_sn
Mat Kilau






Pejuang Melayu Pahang didakwa meninggal dunia pada 22 Oktober 1895 dedah diri sebenar di Pulau Tawar pada 1969


PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.

Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.

Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.

Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.

Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

p/s : Raja Ibrahim@Pak Him Sabut Kering adalah Moyang ku disebelah ayahndaku. Insya Allah akan ku ceritakannya nanti pengalaman beliau.

..........................................................

LATAR BELAKANG MAT KILAU

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU

Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU

Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.

Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.

The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

KEMUNCULAN MAT KILAU

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.

Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Ewan_sn
.....Mat Kilau (2)


Tentunya ramai yang sudah melupai diri pendekar sufi negeri Pahang yang terbilang ini, iaitu Mat Kilau atau nama sebenarnya iaitu Muhammad bin Imam Rasu. Dilahirkan pada tahun 1847. Beliau berjuang menentang penjajahan Inggeris di Negeri Pahang bersama ayahnya iaitu Imam Rasu atau digelar Tok Gajah atau Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang dan gurunya Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan.

Mat Kilau dilahirkan di Pulau Tawar. Sejak dari kecil lagi beliau diajar ilmu agama dan silat oleh ayahnya sendiri Tok Gajah yang merupakan Pahlawan Pahang yang terbilang dan menjadi kesayangan Sultan Ahmad. Beliau juga dihantar oleh ayahnya untuk belajar mengaji dan ilmu agama kepada seorang alim bernama Daud. Selepas itu beliau dihantar lagi menuntut ilmu agama dan kebatinan dengan Haji Osman atau dikenali sebagai Haji Muntuk iaitu Mufti negeri Pahang yang berasal dari Kelantan.

Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman memulakan pemberontakan mereka menentang penjajah sekitar tahun 1891 hingga 1895.

Sebelum kelahirannya, ibunya telah mendapat mimpi langit telah mengeluarkan cahaya berkilau-kilauan. Mimpi tersebut diceritakan kepada Mak Utih iaitu seorang bidan kampung. Mak Utih menasihatkan supaya ibunya Teh Mahada supaya jangan bimbang kerana mengikut tafsirannya mimpi itu membawa berita gembira dan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang yang hebat dan terkenal. Mat Kilau dilahirkan pada waktu subuh lalu diazankan oleh ayahnya sendiri Imam Rasu yang juga merupakan Imam Masjid Pulau Tawar Itu. Selepas itu Mat Kilau terus dibelah mulutnya dengan garam, madu dan air zam zam.

Sejak kecil lagi Mat Kilau mempunyai beberapa tanda ganjil di badannya. Bulu roma dibelakangnya berpusar ke arah kiri dan bulu roma di dadanya berpusar ke kanan. Tangan kanan dan kirinya sama kuat begitu juga kaki kanan dan kirinya. Ada tahi lalat besar di pipi kanannya dan satu lagi tahi lalat panjang di bahunya. Dicelah jari kelenkeng kirinya ada buntat embun. Bila umurnya meningkat 7 tahun dia sudah tidak meninggalkan sembahyang fardu dan berpuasa. Bila dia bermain atau bergaduh, pasti dia akan menjadi pemenangnya. Pernah pada suatu hari Tok Gajah memberitahu Mat kilau yang Pahlawan Hang Tuah juga mempunyai buntat embun di celah jari kelenkeng kiri!

Genap umurnya 10 tahun, Mat Kilau sudah cekap bersilat dan bermain senjata. Imam Rasu menetapkan syarat hanya selepas berkahwin barulah diajar ilmu kebatinan silat dan biasanya mereka yang ingin mengamalkan ilmu kebatinan pahlawan melayu ini perlu bertapa di Gua Kota Gelanggi. Menurut ayah Mat Kilau, Tok Gajah, orang pertama yang datang bertapa di Gua itu ialah kawan kepada moyang mereka yang bernama Malim Yunus.

Tahun 1857, adalah tahun permulaan kepada sengketa atau perang saudara di Pahang setelah Bendahara Tun Ali yang memerintah negeri Pahang mangkat. Perebutan kuasa terjadi antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang merupakan anak Bendahara Tun Ali dari ibu yang berlainan walaupun sebelum mangkat tugas untuk menggantikannya telah diwasiatkan dihadapan Tok Gajah kepada Tun Ahmad. Tun Mutahir iaitu kakanda kepada Tun Ahmad telah membatalkan surat wasiat ayahandanya dan melantik dirinya sebagai Bendahara atau pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja Pahang. Ini menimbulkan kemarahan adiknya Tun Ahmad. Perbalahan adik beradik merebut kuasa inilah sebenarnya punca atau titik bermulanya campur tangan Inggeris di Pahang. Tun Ahmad mendapat sokongan dari Sultan Trengganu dan Raja siam manakala Tun Mutahir mendapat sokongan Inggeris dan Johor. Pada akhir tahun 1857 Tun Ahmad dengan bantuan Tok Gajah berjaya merampas kuasa dari Tun Mutahir.

Ketika belajar dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau diajar juga ilmu untuk menundukkan Gajah dan harimau. Ketika remaja Mat Kilau mempunyai 4 orang sahabat baik seperguruannya iaitu Mat kelubi, Mat Tahir, Mat Ali dan Mat Awang.

Selepas Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik anak imam Daud barulah ayahnya Imam Rasu mengajarkan ilmu kebatinan pahlawan melayu kepadanya! Selepas itu dia dihantar oleh ayahnya menuntut ilmu silat dengan Pendekar Arif pula sehingga selepas itu dikatakan Mat kilau semakin mahir menggunakan segala jenis senjata dan mampu ghaib pula! Ada cerita yang mengatakan bahawa Pendekar Arif mampu mengelak tikaman orang walaupun badannya digulung dengan tikar!

Mat kilau pertama kali terjun ke medan perang pada tahun 1868 dalam Perang Saga iaitu melawan angkatan Tun Mutahir yang dibantu oleh Temenggung Johor. Pihak Mat Kilau dan ayahnya Tok gajah menang dengan cemerlang. Oleh kerana khidmatnya yang cemerlang itu, Mat Kilau dilantik oleh Sultan Ahmad menjadi Orang kaya Budu.

Kedatangan beliau ke Budu menjadikan seorang pendekar di Budu yang bergelar Andak sakit hati. Secara diam-diam dia ingin menguji kehebatan ilmu persilatan Mat Kilau. Pada suatu hari, seperti biasa selepas subuh Mat Kilau masuk kedalam belukar di belakang rumahnya untuk mandi embun, yang sudah menjadi amalan diri hariannya sejak bergelar seorang pahlawan. Andak secara tiba-tiba melemparkan sebilah lembing kearah belakang Mat Kilau dari tempat persembunyiannya, namun dia sangat terkejut kerana mata lembingnya yang tajam itu, yang mampu menumbangkan beberapa ekor kijang sebelum itu tidak mampu menembusi kulit Mat Kilau.

Mat Kilau menoleh kearah Andak lalu berkata : “Bukan pahlawan melayu namanya jika menikam orang dari belakang”

Lalu diajaknya Andak berlawan dengannya sekadar latihan silat saja lalu disambut oleh Andak. Hanya dengan sekelip mata saja dan mudah Mat kilau dapat menjatuhkan Andak. Selepas itu Andak mengaku kalah lalu terus menjadi sahabat yang setia kepada Mat Kilau pula.

Wan Da dan Wan Aman, anak kepada Tun Mutahir telah membantu Raja Mahadi mengalahkan Tengku Kudin di Selangor, jadi sebagai balasannya Wan Da mendesak supaya Raja Mahadi membantunya pula menyerang dan merampas kuasa di pahang pula. Serangan kali kedua dapat dipatahkan dengan jayanya oleh pahlawan Pahang termasuk Mat Kilau, Imam Rasu dan Datuk Bahaman. Kekalahan puak Raja Mahadi juga amat memalukan mereka, lalu Raja mahadi pun memutuskan untuk tidak lagi menyebelahi Wan Da. Wan Da dan Wan Aman mat marah lalu berpaling tadah menyebelahi Tengku Kudin pula untuk mengalahkan Raja Mahadi! Wan Da diutus oleh Tengku Kudin ke Pahang sebagai tanda persahabatan dan meminta Bendahara Ahmad membantu mereka menentang Raja Mahadi di Kelang.

Bendahara Ahmad bersetuju menghantar tenteranya termasuk pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman menyertai pasukan Tengku Kudin dengan alasan Raja Mahadi pernah melanggar Pahang dan Tengku Kudin juga sanggup menghadiahkan sedikit wang sebagai balasannya! Perang berlaku dan sekali lagi pahlawan pahang berjaya membantu Tengku Kudin mengalahkan Raja Mahadi. Hubungan baik antara Tengku Kudin dengan Bendahara Ahmad menimbulkan rasa tidak senang hati pihak Inggeris lalu mereka mengambil kesempatan untuk bertapak di Pahang pula setelah mereka berjaya bertapak di Perak, Selangor, Singapura, Negeri Sembilan, Melaka dan pulau Pinang dengan menghantar wakil Inggeris atau seorang Residen.

Oleh kerana Pahang telah campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor, maka Gabenor Inggeris di Singapura meminta Bendahara Ahmad bersetuju menerima kunjungan wakil Inggeris kononnya untuk melawat dan menjalinkan persahabatan dengan Pahang pula. Taktik Inggeris mula menjadi setelah Bendahara Ahmad bersetuju walaupun hasrat Inggeris itu mula dicurigai oleh beberapa pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau.

Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat Sir Andrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang. Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak. Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!

Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad: “Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” .

“Kita terlupa pula untuk berbuat begitu” kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.

Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya “adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?” tanyanya dengan penuh kehairanan!

“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka” jawab Mat Kilau bangga.

“bolehkah kami melihatnya” kata Gabenor itu lagi.

“Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya” kata Mat kilau lagi.

Kepulangan Gabenor Sir Andrew Clarke ke England digantikan pula oleh Gabenor yang baru iaitu Sir William Jervois. Gabenor yang baru ini telah membaca semua laporan tentang negeri Pahang lalu menghantar seorang pegawai penyelidiknya yang bernama William Cameron ke pahang kononnya untuk menyelidik dan melihat keindahan alam! Padahal ingin mengkaji dan menyelidik dimanakah terdapatnya bijih dan emas yang banyak kerana Pahang memang terkenal kaya dengan hasil bijih dan emasnya, lagipun Pahang sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.

Pada pendapat saya, persetujuan Bendahara Ahmad inilah yang menjadi penyebab berlakunya malapetaka dan bencana di pahang serta pencetus kepada kebangkitan semangat penentangan penjajah oleh Pahlawan pahang seperti Mat Kilau , Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Bermulanya era penjajahan Inggeris di Pahang….

Mat Kilau ditembak …. Tetapi peluru biasa tidak mampu menembusi kulitnya…. Hanya peluru emas sahaja yang boleh merobek sedikit kulitnya tetapi tidak pada daging dan tulangnya!

Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang juga Kebal dari segala macam senjata tajam dan tidak lut peluru! Pernah belajar ilmu kebatinan di Siam! Beliau amat berdendam dan memusuhi Mat Kilau.

Mat Kilau boleh ghaib dalam sekelip mata… ada orang kata, kebolehannya itu berkait rapat dengan amalan beliau yang amat meminati dan istiqamah mengamalkan zikir Ya Latif

Bendahara Ahmad masuk dalam perangkap Inggeris … menjadi raja boneka Pahang.

Mat Kilau diisytiharkan penderhaka dan pemberontak, hadiah wang ditawarkan untuk menangkapnya.

Mat Kilau mengalahkan Panglima terhebat dari Perak Datuk Awang Kelana yang dipinjamkan oleh Hugh Clifford untuk mengalahkan Mat Kilau.

Pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi: “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri !

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja!

Rupa-rupanya benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa ”Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26hb. Disember 1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.


Mat Kilau diusung untuk masuk ke masjid di kampong kelahirannya sebelum membuat pengakuan terbuka dirinya sebenar

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.


Mat Kilau meninggal dunia ketika berusia 122 tahun pada 16hb. Ogos 1970. Jenazahnya dikebumikan di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 40 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!


Makam Pahlawan Terbilang , Muhammad Bin Imam Rasu @ Mat Kilau

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka !”

Pada pendapat saya, Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman dan pasukannya mampu berlawan dan boleh menang dengan Inggeris di Pahang, tetapi SEBENARNYA mereka tidak mahu bertempur dengan Bendahara Ahmad dan pasukannya yang terdiri dari orang-orang melayu yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Mereka juga tahu Bendahara Ahmad telah dipaksa oleh Inggeris untuk menghapuskan mereka! Mereka rela mengambil keputusan untuk melarikan diri, bukan kerana takut tetapi demi menjaga kepentingan Raja dan Rakyat Pahang agar mereka tidak terkorban secara sia-sia akibat tipu muslihat licik penjajah!




Mat Kilau ketika ditemuramah wartawan


Disinilah tempat Pahlawan Mat Kilau tinggal semenjak beritanya tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan yang menyatakan bahawa Mat Siam itu ialah Mat Kilau.


Pahlawan Mat Kilau kelihatan terbaring dikatilnya waktu ia sedang sakit tenat dirumah cucunya Kampung Gambang, Batu 5, Kuantan.


Mengapa kita terbitkan Kitab Mat Kilau ini setelah kita teliti dan halusi maka kita dapati ada beberapa sebab yang buku ini patut diterbitkan antara sebab-sebab, kita ingin menyatakan kepada masyarakat orang-orang Melayu hari ini, bahawa seratus dua puluh tahun dahulu orang-orang Melayu sudah maju dalam lapangan perusahaan. Ini dapat di buktikan dengan jilidan kitab asal Kitab Mat Kilau yang cantik dan kemas itu, kalau keluarkan penjilidan kitab tersebut meneruskan perusahaannya, hari ini kita tentu dapat melihat penjilid bumiputra yang setanding dengan penjilid-penjilidan antarabngsa.

Sebab lain ialah kerana ingin mengenalkan ilmu-ilmu kepahlawanan orang-orang Melayu dahulu kala disamping hendak menunjukkan akan rupa bentuk perbendaharaan sastera lama, yang mana setengah dari simpulan kata-katanya lebih tepat dan padat ertinya bagi pengetahuan generasi kita yang muda ini. Apa yang kita harapkan dengan terbitnya buku ini nanti dapatlah kita jadikan bahan ukuran, kajian, dan selidikan terutama dalam hal-hal kemasyarakatan, ekonomi, dan agama oleh mereka-mereka yang ingin mencari kemajuan yang lebih pesat sesuai dengan zaman angkasa lepas hari ini “Biar maju dengan penuh ilmu di dada, jangan maju dengan meninggalkan sesuatu yang telah ada”


Muhammad Idris bin Hj Ibrahim, Pengurus Besar Utusan Melayu Malaysia Berhad sedang memangku pahlawan Mat Kilau sewaktu beliau mengunjungi dirumahnya semasa beliau sedang sakit. dalam kunjungan ini Mat Kilau telah memberi keizinannya kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad untuk mencetak kitabnya yang ada didalam simpanan Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.





Buku ini dapat diterbitkan atas kerjasama dari Datuk Hasan Nordin pengarah urusan Utusan Melayu Muhamad Idris bin Haji Ibrahim pengurus besar Utusan Melayu, Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan yang menyimpan naskhah asal Kitab Mat Kilau, Tuan Haji Muhammad Soleh Hasan Farid Imam besar masjid negara, Abdullah Idris. Kepada mereka yang berkenaan di ucapkan berbanyak-banyak terima kasih

-Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu-

Salasilah Kitab Mat Kilau

Kitab disusun dan dipunyai oleh Mat Kilau pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajahan inggeris kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa pindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah inggeris sehinggalah putus hubungan mereka.

Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhamad oleh Mat Saman kemudian diserahkan pula kepada Yang Teramat Mulia Tengku Bongsu Kelantan yang kemudiannya diserahkan pula kepada Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan. Selain dari menjadi Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Muhamad ialah pengarang Kitab Peti Rahsia sebuah kitab mengenai ilmu-ilmu kebal yang diterbitkan di negeri Kelantan.

Dari Haji Nik Muhamad inilah kitab ini diserahkan kepada Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan satu-satunya murid kepada Datuk Nik Muhamad yang telah menamatkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-ketiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau dan yang mengamalkannya sehingga sekarang yang kemudiannya telah diamanahkan kepadanya supaya menyimpan kitab-kitab tersebut kitab ini telah ditulis oleh Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan yang sultanya ialah Sultan Ismail. Beliau jugalah yang telah menangkap pahlawan Tuk Janggut Pasir Putih Kelantan waktu ia menentang kerajaan Kelantan kerana tidak mahu membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan beliau telah juga mengharamkan polis bangsa Singh berkhidmat di negeri Kelantan
Ewan_sn
Mat Kilau (3)






Pahlawan Mat Kilau digambar bersama-sama rakan seperjuangan Mat Kelantan sewaktu ditemukan oleh jawatankuasa penyiasat dirumah cucunya di Batu 5, Kuatan.



Bersama Mek Munah,Mat Kelantan (berkaca mata hitam) dan Raja Ibrahim

Ewan_sn
Setelah beratus tahun org Melayu menganggap Jebat itu penderhaka, kini Jebat dianggap sbg wira kbenaran. Setelah berpuluh tahun Tok Janggut dianggap sbg pnderhaka, kini dia diangkat sbg pejuang. Kini timbul persoalan adakah Leftenan Adnan, Polis Bukit Kepong atau Sarjan Hassan (filem) adlh pjuang kemerdekaan sedangkan mereka tabik hormat pd bendera Union Jack. Jebat moden... penderhaka atau wira?
Ewan_sn
Soalan untuk renungan anak pasca merdeka

1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?

15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].

23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?

24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.

32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?

34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?

38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?

39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?

40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?

41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?

43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?

44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?

49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?

50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?

52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?

53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?
Ewan_sn
...Mat Indra (1)

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera
Mohamed Hadi al-Majwi


Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera


Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?
Ewan_sn
...Mat Indra (2)

....petikan dari akhbar Berita Harian pada 13/12/2010 sebut Mat Indra adalah seorang pejuang Melayu, tapi setelah diarahkan oleh UMNO pada hari ini Mat Indra telah dilabelkan sebagai komunis...betapa busuknya UMNO..!!

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera
2010/12/13
Berita Harian


NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah. Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.
Ewan_sn
....Mat Indra (3)



Bersih nama Mat Indera, keluarga hargai PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Keluarga Mat Indera mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersusah payah membersihkan nama allahyarham.

Adiknya, Johan Shah menyatakan demikian di dalam sistem mesej singkat (SMS) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bertemunya dan keluarga terdekat Mat Indera di Muar, pagi tadi.

Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar pula Timbalan Presiden PAS itu kepada media.

"Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas"

Menurut laman web Wikipedia, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong.

PakCikMuda

EDIROSSA,

Adakah engko mentafsirkan orang melayu yang bekerja dengan pihak Inggeris di zaman sebelum merdeka iaitu pegawai daerah, kerani,cikgu malah peon jugak baruah orang putih?

Abis,yang melayu berfahaman dan sama-sama berjuang dengan komunis baguslah nak dijulang sebagai wira lah.

Ideologi komunis yang hendak bertapak adalah datang dari pengaruh komunis negara China maka secara tidak langsung kedudukan orang melayu dan Islam bakal terancam.

Edi,kalau ada sedara atau ahli keluarga engko terkorban kerana angkara penganas komunis termasuk polis yang mati dalam bukit kepong tak rase terguriskah engo,edi
~SaTRiaBiRU~

kalau dah kita gelar melayu yg berkerjasama dgn jepun sebagai talibarut/barua
yg bekerjasama dgn komunis sebagai pengganas
apa pulak istimewanya mereka yg bekerjasama dgn inggeris... maksum ka mereka
idealogi yg dibawa oleh inggeris tu baguslah ya...
membunuh pejuang2 melayu spt tok janggut dsbnya kira bagus lah ya?

berfikirlah menggunakan akal bukan sekadar emosi semata2
terimalah hakikat walaupun pahit
Ewan_sn
QUOTE(PakCikMuda @ Sep 6 2011, 10:24 AM) *
EDIROSSA,

Adakah engko mentafsirkan orang melayu yang bekerja dengan pihak Inggeris di zaman sebelum merdeka iaitu pegawai daerah, kerani,cikgu malah peon jugak baruah orang putih?

Abis,yang melayu berfahaman dan sama-sama berjuang dengan komunis baguslah nak dijulang sebagai wira lah.

Ideologi komunis yang hendak bertapak adalah datang dari pengaruh komunis negara China maka secara tidak langsung kedudukan orang melayu dan Islam bakal terancam.

Edi,kalau ada sedara atau ahli keluarga engko terkorban kerana angkara penganas komunis termasuk polis yang mati dalam bukit kepong tak rase terguriskah engo,edi


Mendalah Pakcikmuda ni...ni board himpunan berita pelbagai sumber untuk membolehkan kita membaca, menilai dan berfirkir setelah dapat input yg tak akan disirkan oleh TV3 dan Utusan..
Ewan_sn
Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?
PakCikMuda
QUOTE(Edirossa @ Sep 7 2011, 12:02 AM) *
Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?


Walaupun british menjajah negara ni dulu tapi takpun sampai kewujudan raja-raja melayu terancam dan terhapus.
akatsuki
QUOTE(PakCikMuda @ Sep 7 2011, 05:09 PM) *
QUOTE(Edirossa @ Sep 7 2011, 12:02 AM) *
Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?


Walaupun british menjajah negara ni dulu tapi takpun sampai kewujudan raja-raja melayu terancam dan terhapus.


mmg la tak terhapus tapi jadi boneka british ja raja2 melayu tu...
adlertag
Isu ni menarik sebab membuat aku berfikir.....ada logiknya jugak apa yg abg mat sabu tu kata. Perjuangan menuntut kemerdekaan oleh PKM masih releven pada tahun 1950 sbb atas fakta mudah bahawa Malaya belum merdeka lagi masa tu. Mereka boleh dipanggil pejuang kemerdekaan cuma dengan cara yg berbeza. Paham2 je la cara apa tu....

Hanya selepas 31 Ogos 1957, baru la perjuangan berterusan PKM menjadi tidak releven. Aku cuma x suka cara PKM menuntut kemerdekaan tu dan usaha mereka untuk tubuh kerajaan komunis.
adlertag
QUOTE(Edirossa @ Sep 7 2011, 12:02 AM) *
Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?


Keluarga aku pon menghadapi dilema yg agak sama. Bukan zaman british tapi masa zaman pendudukan jepun. Arwah atok aku pernah bekerja dengan jepun pada masa tu. Potret dia memakai pakaian seragam tentera/polis jepun masih tergantung kat umah nenek aku. Adakah dia pengkhianat bangsa atau hero kerana bekerja dengan jepun yg membebaskan Malaya dari tangan British?
akatsuki
UMNO, British dan PKM.. Sejarah yang tidak dicatat sebagai Sejarah..
Ditulis oleh Tongkat Bahaman

“Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat…..” Prof. Shamsul Amri Baharudin.

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar.

Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!


Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip mata menerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter – Face book; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital – generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.

Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.

Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana “sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…” Apakah maksud ungkapan ini ?

Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang berani bercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan “MERDEKA”.

Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris.

Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948. Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi dengan British atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita.

Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambilalih kuasa dari British. Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat.

Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM. Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya.

British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.

Kita juga tidak tahu tentang sejarah Pasukan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) pernah bersama British untuk melumpuhkan tentera fasis Jepun pada tahun 1942-1945. Inilah pasukan yang berani menentang tentera fasis Jepun yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya yang tidak berdosa.

Kisah ini tidak pernah dibangkit oleh pemerintah sedang British yang lari seperti itek meninggalkan Malaya mengiktiraf jasa-jasa TAJRM yang dipimpin oleh Chin Peng dengan dua anugerah yang besar di London.

British masuk semula pada tahun 1945 melihat kebangkitan baru untuk menuntut merdeka - KRIS, PKMM, PKM,API,AWAS kesatuan Buruh dan lain-lain yang membentuk PUTERA-AMCJA. Pada tahun 1948 Mereka menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

PUTERA-AMCJA pernah menyanggah Dato’ Onn yang memberi kerjasama kepada Inggeris memaksa raja-raja Melayu menandatangani perjanjian ini kerana ia sedikitpun tidak menyebut soal merdeka.

Justeru akhirnya perjanjian ini gagal dan PUTERA-AMCJA telah mengemukakan 10 pasal perlembagaan Malaya Merdeka serta bendera Sang Saka Merah Putih lambang tuntutan kemerdekaan. Mereka menggabung pertubuhan politik dan seluruh warga Malaya patriotik-demokratik bangun melancarkan HARTAL di seluruh negara sehingga ia begitu mencemaskan British.

Dalam perjuangan kemerdekaan Dato’ Onn dianggap oleh golongan progresif sebagai duri dalam daging yang sentiasa menghalang gerakan yang menuntut kemerdekaan.

British telah merencana beberapa rusuhan kaum di Batu Pahat dan Muar Johor, begitu juga di Sungai Manik Perak yang kemudiannya di damaikan oleh PKM. Dato Onn lebih selesa hidup di bawah British kerana katanya dengan Inggeris kita boleh makan daging tetapi kalau merdeka kita akan makan ubi kayu.

Dato’ Onn memusuhi golongan kiri dan parti-parti progresif kiri seperti PKMM, API, AWAS dan PKM. HARTAL 1948 yang dilancar secara besar-besaran dan tuntutan) kemerdekaan (tekanan ditambah) menyebabkan British mengistiharkan Undang-Undang Darurat.

400,000 askar British telah dibawah masuk untuk melancarkan perang terhadap pemimpin-pemimpin kiri yang menuntut merdeka.

British dengan persetujuan Dato’ Onn telah mengharamkan seluruh parti-parti politik di Malaya pada tahun 1948 – ribuan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dipenjara dan dibunuh.

Inilah detik malapetaka paling besar buat pejuang-pejuang progresif di Malaya yang akhirnya kemenangan memihak kepada UMNO kerana seluruh parti-parti politik di Malaya ketika itu telah diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap. Mulai detik inilah pena dan lembaran sejarah terlepas kepada Kapitalis Birokrat aka Kelas Bangsawan Melayu.

UMNO pada ketika itu hanya gerombolan seperti PERKASA yang muncul pada hari BERSIH 709 sedangkan golongan patriotik-demokratik PUTERA-AMCJA mempunyai hampir sejuta ahli. Di bawah undang-undang darurat ini pemimpin-pemimpin politik selain UMNO di buru, ditangkap dan dipenjara malah ramai yang dibunuh. Mereka dituduh mengancam keselamatan negara oleh British.

Yang terselamat telah melarikan diri ke hutan melancarkan perang gerila atas nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya atau Tentera Rakyat. Mereka termasuklah Regimen 10 Melayu yang begitu digeruni British yang dipimpin oleh Abdullah CD bekas anggota PKMM.

Regimen 10 Melayu ini adalah terdiri daripda pengikut-pengikut Dato’ Bahaman yang masih hidup yang berpengkalan di Pahang. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menentang Inggeris hingga pada tahun 1957 Malaya mencapai kemerdekaan.

Percubaan untuk menzalimi anggota PSM yang terbaru di bawah Ordinan Darurat bukanlah suatu yang pelik. Apa yang pernah dilakukan oleh Dato’ Onn kini ingin dicuba sekali lagi oleh cucunya pula.

Bersih dikatakan haram dan mengancam keselamatan negara sebagaimana PUTERA-AMCJA dan parti-parti politik progresif di haramkan pada tahun 1948 oleh British. Pada ketika ini ramai yang ditahan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan PKM termasuk pengerusi API, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi, Pak Sako dan lain-lain.

Osman Awang terselamat kerana beliau hanya menulis sajak walaupun beliau sendiri adalah lebih kiri daripada Pak Samad yang menjadi antara ikon dalam BERSIH 2.0.

Sesiapa yang tidak sealiran dengan UMNO boleh sahaja dikaitkan dengan PKM dan mereka boleh dituduh mengancam keselamatan negara. Idea ini adalah idea penjajah Inggeris sejak melancarkan akta darurat 1948 lagi.

Artikel ini dipetik dari Tongkat Bahaman.Com
mirza
QUOTE(adlertag @ Sep 8 2011, 10:54 AM) *
QUOTE(Edirossa @ Sep 7 2011, 12:02 AM) *
Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?


Keluarga aku pon menghadapi dilema yg agak sama. Bukan zaman british tapi masa zaman pendudukan jepun. Arwah atok aku pernah bekerja dengan jepun pada masa tu. Potret dia memakai pakaian seragam tentera/polis jepun masih tergantung kat umah nenek aku. Adakah dia pengkhianat bangsa atau hero kerana bekerja dengan jepun yg membebaskan Malaya dari tangan British?

adlertag.....senario tu tak jauh bezanya dgn apa yg berlaku di depan kita skrg....just because ada yg tak menyokong kerajaan....mcm yg atas pagar, adakah mrk ini dikatakan pengkhianat bangsa? malah ada yg lbih lantang...soh dilucutkan kewarganegaraan mrk yg yg menentang kerajaan.....!
akatsuki
Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia.PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu. PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno.

18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.

Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu

1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British
2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling
3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka.

Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu
alfa_jr
QUOTE(Edirossa @ Sep 1 2011, 10:23 PM) *


sedih lihat gambar tok janggut di perlakukan sebegitu.

seorang alim. ulamak , seorang yang mengerja solat diseksa oleh bangsanya sendiri yang menjadi tali barut inggeris.

adakah TOK JANGGUT yang menyerang BALAI POLIS PASIR PUTEH dikira sebagai pengkhianat??

adakah tok janggut yang membunuh SARJAN SULAIMAN ( che wan) yang berbangsa sama dengan beliau dikira sebagai pengkhianat??

siapa sebenarnya pengkhianat.........TOK JANGGUT yang menentang PENJAJAHAN INGGERIS ataupun SARJAN SULAIMAN dan orang melayu yang lain yang menjadi TALI BARUT inggeris sebenarnya pengkhianat???

begitu jugalah kisah simelayu yang menyerang BUKIT KEPONG.....



..................................

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.



alfa nk tnye saudara edi ni ckit la..

1) apa kaitan sarjan sulaiman tu ngn UMNO..klau ade kaitan, dr mne mklumat ko dpt yg sarjan sulaiman tu org UMNO..
alfa_jr
Alfa rasa ade baik nye slh seorg dri ahli kluarga anda ade yg terkorban ktka mnentang penjajah, pastu
kitrog akn ckp, ahli kluarga ko yg terkorban tu byk mkn rasuah, terkorban pun sbb main tembak2, mmg ptut mati pun ahli kleuarga ko tu, penyangak negara.
apa prasaan ko org ea..
rolleyes.gif
alfa_jr
QUOTE(Edirossa @ Sep 1 2011, 10:30 PM) *
Siapa ada gambar Dato Maharaja Lela yang di gantung British dahulu.
macam sama seperti Tok janggut jer!
apa apa pun suka kah kita Pejuang kita me;ihat jasad Pejuang2 kita yang telah meninggal dunia di buat sebegitu Rupa..
apakah ini ajaran Islam kepada umatnya.?

harap2 Pencacai boleh menjawab.



anggota polis yg terkorban kat bkit kepong tu bkn pejuang ke.. mellow.gif
alfa_jr
QUOTE(Edirossa @ Sep 1 2011, 10:47 PM) *
Tulisan Jawi dimansuhkan dari menjadi sebagai tulisan bahasa Melayu untuk membendung kebagkitan Nasionalist berlandaskan Ugama Islam. Pemansuhan tulisan Jawi dan diganti dgn tulisan rumi utk bahasa melayu bertujuan memisahkan antara ISlam dgn POLITIK. Waktu ini dah ramai dari org melayu yg tak tahu baca AlQuran disebabkan penghayatan tulisan jawi dihapuskan.


mne ko dpt fakta ni..ko buat kajian sendri ea hehehehe...
pasni, ko cite psal buat KLCC plk, pastu ko buat kjian tntg KLIA plk, pastu pasal mesra.net ni pun
ko kata sbb UMNO punya angkara hahahahaa...
jgn lupa buat kjian tntg nape kpala u tak ckup rambut plk hehehehhee..
yahoo.gif
alfa_jr
QUOTE(adlertag @ Sep 8 2011, 10:47 AM) *
Isu ni menarik sebab membuat aku berfikir.....ada logiknya jugak apa yg abg mat sabu tu kata. Perjuangan menuntut kemerdekaan oleh PKM masih releven pada tahun 1950 sbb atas fakta mudah bahawa Malaya belum merdeka lagi masa tu. Mereka boleh dipanggil pejuang kemerdekaan cuma dengan cara yg berbeza. Paham2 je la cara apa tu....

Hanya selepas 31 Ogos 1957, baru la perjuangan berterusan PKM menjadi tidak releven. Aku cuma x suka cara PKM menuntut kemerdekaan tu dan usaha mereka untuk tubuh kerajaan komunis.



tp cara komunis tu la yg di sukai saudara edi..
klau tembak org kmpung pun ikut suka hti die je, nk rogol anak bini org pun selamba je blh buat dpn kluarga..alfa rasa klau itu la yg korg sokong,
bgus la, mgkin agama kamu cuma Islam hnya pd nama, tp ikutan ikut cra komunis dn jepun..
PakCikMuda

Memang diakui kerana komunislah salah satu punca pihak British terpaksa memberi kemerdekaan kepada Malaya pada tahun 1957 tetapi bila terbentuknya negara ni maka perlukah komunis terus mengganas untuk menjatuhkan sistem beraja berpelembagaan?

Tunku menolak tuntutan Chin Peng agar parti komunis diiktiraf sebagai parti yang sah sebagai cara menamatkan pemberontakan senjata pihak komunis,tahukah korang bertapa bahayanya negara bila komunis diiktiraf sebagai parti politik yang sah hampir sama bahayanya dengan pergerakan mazhab Syiah.

Cina DAP pun tak angkat Chin Peng sebagai wira-aparaaa.....
iezamjb
“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup.
Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British.
Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)



Sebahagian artikel daripada pandangan xpress minda....

1. Penulis biografi Mat Indera dalam buku Pengukir Nama Johor itu sendiri mengakui sejarah Mat Indera penuh kontroversi. Tentu sekali kerana penglibatan Mat indera bersama komunis. Tetapi buku tersebut tidak sesekali mencadangkan supaya keganasan bersenjata komunis PKM diiktiraf sebagai perjuangan untuk kemerdekaan.

2. Penglibatan seorang Melayu Islam yg mengetuai pasukan komunis tidak mampu memadam fakta sejarah bahawa komunis itu pengganas dan membawa banyak kerosakan pada kehidupan rakyat.

3. Mat Indera memusuhi British adalah fakta. Mat Indera seorang Melayu Jawa dan beragama Islam juga fakta.

4. Mat Indera menyokong perjuangan ganas komunis adalah fakta.

5. Mat Indera bukannya secara berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ini fakta.

6. Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis menyerang dan mengganas di Bukit Kepong, ini fakta

7. Ideologi komunis yg menolak ketuhanan yakni tidak menyakini kewujudan Allah s.w.t jugak adalah fakta.

8. Matlamat komunis utk mendirikan Republik Komunis seperti mana republik komunis Soviet Union dan negara Cina adalah fakta.

9. Hak kehidupan umat Islam mengamalkan Islam di Soviet Union dan China di kekang dan dinafikan, ini fakta.

10. Dan komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah berambus dari Tanah Melayu (Malaysia) pun adalah fakta.

11. Menentang penjajahan British tidak menghapuskan hakikat bahawa Mat Indera telah bersekongkol dengan komunis yg matlamatnya jelas bertentangan dengan Islam.

12. Mat Indera tidak layak di sama tarafkan dgn perjuangan tokoh lain seperti Maharaja Lela, Dol Said, Tok janggut, Mat Kilau atau Abdul Rahman Limbong. Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lain pahlwan & pejuang kemerdekaan menentang penjajahan British namun mereka tidak pula menyertai organisasi yg menolak kewujudan Allah s.w.t. Tidak pula Tok Janggut atau Mat Kilau berangan-angan utk mewujudkan republik yg bercorak komunis atau atheis.

13. Kalau nak jadikan alasan menentang penjajahan British sebagai sandaran utama utk iktiraf seseorang, maka eloklah kita iktiraf Jepun sebagai pejuang kemerdekaan kita atas sebab Jepun berjaya menghalau British keluar daripada Tanah Melayu.

14. memberi pendapat jika kena dgn faktanya dan tak menguris luka lama tak apa. Orang tak marah dan takde orang yg bersedih. Mungkin ia tak terasa pada generasi selepas merdeka. Kesan emosi pd keluarga mangsa keganasan komunis tentunya ada. Kesanya pd generasi sebelum dan awal merdeka tentu besar sebab mereka mengalaminya.

15. Kita tak tahu apa sebenarnya terjadi ketika itu. Pembabitan Mat Indera dengan komunis mungkin secara kebetulan atau kerana kurangnya kefahaman. Tetapi kesilapan dan kurangnya kefahaman tidak selamanya boleh dimaafkan, apatah lagi kalau membabitkan perkara-perkara besar seperti ini. Sebab itulah, dalam melakukan apa pun kita dituntut menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan akal fikiran dengan sebaik-baiknya. Sekali kita tersilap, segala niat baik mungkin binasa begitu sahaja. (Pandangan daripada anakcucuatuk)

kucing putih
QUOTE(akatsuki @ Sep 8 2011, 09:07 AM) *
QUOTE(PakCikMuda @ Sep 7 2011, 05:09 PM) *
QUOTE(Edirossa @ Sep 7 2011, 12:02 AM) *
Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?


Walaupun british menjajah negara ni dulu tapi takpun sampai kewujudan raja-raja melayu terancam dan terhapus.


mmg la tak terhapus tapi jadi boneka british ja raja2 melayu tu...

betul....berapa ramai yg bangkit bersama2 rakyat menuntut kemerdekaan?
PakCikMuda

iezamjb-tahniah atas ulasan yang cukup bernas sekali.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.