Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Ciri-ciri suami yang baik dari sudut islam......
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
paksumat
Latar belakang keluarga,asuhan keluarga,orientasi pembelajaran,dan pangaruh alam sekitar yang membentuk seseorang lelaki itu menjadi seorang yang berdisiplin,
berbudi pekerti,bertanggungjawab,dan matang dalam semua
tindak tanduknya.Bukan ia saja-saja adjust dirinya untuk
dilihat sebagai bakal suami yang wara',baik,dan penyayang.

Ada juga lelaki yang pandai adjust dirinya ikut  "minat" atau rentak kegemaran keluarga prempuan.Kalau dia jahil dia boleh berpura pura jadi alim semasa nak memikat atau ambil hati si prempuan.Jadi berwaspadalah dalam nak mengesahkan perwatakan seseorang lelaki.Jangan terpilih pelakon professional.
aina yasmin
Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkannasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;
Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa menajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

Datang daripada keturunanorang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
puterajebat
smile.gif  :)  :)  :)  :)
einnelhakita
Inilah yang einnel mahu. amin.
zzzz
mmm... kalau camtu einnel dah jumpa la.... nak tau sapa ?
SAYA laaa  :)
paksumat
zzzz

Jangan dok acah2 saja
pegilah masuk memi.....
Jangan tunggu lama-lama
nanti berlaku gunung berapi
tak sempat mu nak kecap
nikmat perkahwinan.
lingkaran
.. beruntung ler kalau koma pompuan dapat laki cam aina yasmin citer kan tu....
.. kalau tak dapat, camna?... nak membujang ker?...
.. kawan nak seru semua kaum laki, terutama diri kawan ler, semuga sentiasa memperbaiki diri sendiri kearah kebaikan agar kaum pompuan tak ler payah nak mencari2 nanti.. he.. he..
.. amacam?..
einnelhakita
(",)
mindacreative
Apabila wanita semua tidak mudah melatah dalam memilih pasangan atau teman hidup, saya yakin pasti semua lelaki berusaha menjadi lelaki yang baik.

Malangnya ramai wanita yang mudah sangkut dengan lelaki2 sedemikian, maka lelakipun makin kuranglah yang berminat menjadi lelaki beriman, kerana lelaki 'haprak' pun ramai pompuan suka.

Itu;ahs ebabnya saya sering tegaskan, apabila wanita mengamalkan cara hidup menurut fitrah wanita sebenar yang berasaskan agam da adat melayu tulin, Insya'Allh akan putih mata lelaki kerana sukar nak goda dan pikat pompuan kerana lelaki perlu membentuk imej dan cara hidup yang benar2 diperlukan oleh seorang wanita yang beriman dan bermaruah.
puterajebat
hmmmmm
assalamualaikummmm
utk mengelakkan dari dapat pelakon proffessional kenelah kenal hati budi....bukannya paras rupa.....
zzzz
paksumat boleh la jadi wakil saya gi memi**** einnel...
amacam ? berani ? wink.gif
idacute
wink.gif Hmn... korang ni, ni dah solat semua ke ni???
antu82
ehhh..mestilah dah...
ahaks malulah pulak sebab ciri2 ade pade antu...kehhh..keh...
paksumat
QUOTE(zzzz @ June 16 2002,1:55)
paksumat boleh la jadi wakil saya gi memi**** einnel...
amacam ? berani ? wink.gif

zzzz, harap ke paksumat jadi wakil.Takut jadi harapkan pagar
pagar makan padi,atau harapkan wakil nanti wakil pakai sendiri.
Orang tua-tua pesan kita boleh amanah emas sebakul untuk
dijaga oleh kawan baik kita tetapi belum tentu dia boleh
bberamanah untuk menjaga isteri kita.

So nampaknya zzzz kenallah beranikan  diri sendiri,bila lagi
nak    tunjuk kehebatan anak jantan.
heartz
wink.gif harap-harap dapat suami yang penyayang dan dapat melaksanakan tugas dengan baik....will be married next year
AfrinPu3
QUOTE(puterajebat @ June 16 2002,01:46)
hmmmmm
assalamualaikummmm
utk mengelakkan dari dapat pelakon proffessional kenelah kenal hati budi....bukannya paras rupa.....

akum,

masalahnye yg jadi 'pelakon terkenal' tu pun tak kira paras rupa. kekadang 'hati budi' pun diaorg leh buat lakonan...

paham ke??

kiranye depan lain belakang lain lah
N1K
mmm alangkah bahagia nyer kalau dapat suami yg camtu...tapi yg saye dapat sebaliknyer...sedihhh bile kenangkan hidup nie yg penuh ngan liku2...
fish
QUOTE(N1K @ Sep. 12 2002,5:06)
mmm alangkah bahagia nyer kalau dapat suami yg camtu...tapi yg saye dapat sebaliknyer...sedihhh bile kenangkan hidup nie yg penuh ngan liku2...

yes betul tu..
tapi fish selalu berkata2 dalam hati

"sebuah kehidupan yang indah atau pun tidak adalah kehendak Tuhan, hanya kita perlu perbaiki untuk sebuah kehidupan yang kita ingin kan"
einnelhakita
QUOTE(paksumat @ June 16 2002,3:58)
QUOTE(zzzz @ June 16 2002,1:55)
paksumat boleh la jadi wakil saya gi memi**** einnel...
amacam ? berani ? wink.gif

zzzz, harap ke paksumat jadi wakil.Takut jadi harapkan pagar
pagar makan padi,atau harapkan wakil nanti wakil pakai sendiri.
Orang tua-tua pesan kita boleh amanah emas sebakul untuk
dijaga oleh kawan baik kita tetapi belum tentu dia boleh
bberamanah untuk menjaga isteri kita.

So nampaknya zzzz kenallah beranikan  diri sendiri,bila lagi
nak    tunjuk kehebatan anak jantan.

???
paksumat
Einnel

Maaflah dalam cara berbicara dengan zzzz tu nama einnel
terheret sama.Itu hanya senda gurauan  antara zzzz
dan saya sahaja.
aima hanna
smile.gif alhamdulillah.....
sxzsw
aku nak tanya korang boleh takkk
lelaki yang emisonal macam bodo saja perempuan suka tak ?
aku nak tanya korang nie ...pas ni jangan marah aku pulak...aku bukan perempuan !@
aku tak nak belakon ! begini lah perangan aku sewaktu masa dahulu :{ mad.gif
shaggy
cirix2 suami yg bagus ye..
suami yg bertanggung jawab,
suami yg boleh mendidik ajaran yg betul,...
suami yg penyayang...
suami yg paham persaan isterinye....
biggrin.gif  :cool:
fish
QUOTE(shaggy @ Sep. 27 2002,7:49)
cirix2 suami yg bagus ye..
suami yg bertanggung jawab,
suami yg boleh mendidik ajaran yg betul,...
suami yg penyayang...
suami yg paham persaan isterinye....
biggrin.gif  :cool:

nak faham perasaan orang bukan senang..

fish lebih suka menghargai dan dihargai

perasaan seseorang susah nak faham.
CiKLiLiN778
Assalamualaikum...  :)

tul cakap fish tu (Y)

Dan sebagai lelaki dialah ketua keluarga kepada keluarganya,
suami kepada isterinya dan ayah kepada anak-anaknya.

???
alkautsar^ck
smile.gif Assalammualaikum wbt smile.gif

Bagi saya yang penting suami isteri saling memerlukan...kalu suami baik...isteri queen control takleh jalan gak...yang penting adernya tolak ansur...insya-Allah suami yang baik untuk isteri yang baik & begitulah sebaliknya...aku nak cari seperti Ainul Mardhiahinsya-Allah
Putri Nur_Zahirah
QUOTE(aina yasmin @ June 13 2002,10:41)
Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkannasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;
Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa menajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

Datang daripada keturunanorang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

.....semoga DIA seperti itu..............
rienniey

memang ini yang selalu di idam2kan olek seorang perempuan....
memiliki seorang suami yang dapat mendidik...bukan nya di didik....
tapi,, berjaya kah kita mendapatkannya?
sxzsw
caya lah kau fish ....aku repek kau ![B]aku pon rasa macam perempuan ini mahu di hargai...aku nak cuba tanya orang yang dah ada suami....saper yang dah ada suami agi lah email korang aku nak kontek...tapi bukan nak buat kacau la...cuma nak minta pandangan saja kalau kowang nak email aku aku sedia bagi email aku ini home page aku ![EMAIL]sxzsw@hotmail.com [/EMAIL] atau pun pergi saja ke laman di atas dan terus taip hantar email kat aku tak perlu bukak email kowang just masuk saja dalam laman aku tue
fish
bukan sebagai isteri saje nak dihargai tapi juga sebagai sahabat pun nak juge persahabatan di hargai..baru boleh kekal..
einnelhakita
suami yang beriman tunggak rumahtangga bahagia...
paksumat
QUOTE(einnelhakita @ Oct. 05 2002,7:36)
suami yang beriman tunggak rumahtangga bahagia...

nak tambah sikit

selain drp briman suami perlu juga romantik dan penyayang baru lah si isteri dapat enjoy every moment of her marriage life.
einnelhakita
QUOTE(paksumat @ Oct. 04 2002,8:50)
QUOTE(einnelhakita @ Oct. 05 2002,7:36)
suami yang beriman tunggak rumahtangga bahagia...

nak tambah sikit

selain drp briman suami perlu juga romantik dan penyayang baru lah si isteri dapat enjoy every moment of her marriage life.

einnel suka suami yang romantik walaupun dah kahwin bertahun˛ bersama tapi masih romantik macam orang bercinta..
actually itu yang menjadi punca bahagia dalam rumahtangga.. nampak macam remeh tapi itu yang utama.
alkautsar^ck
biggrin.gif sebab itulah Rasullullah contoh suami yang terbaik...bukan saja pemimpin umat manusia menuju jalan Allah tapi pemimpin keluarga yang cemerlang... smile.gif
more
eiiii...naknyer suami gitu...
bAjUkUrUnGbIrU
Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan

1. Taat kepada Allah dan Rsul-Nya2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama                          
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukansesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan   baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana
sebaik-baik suami adalah    suami yang paling baik terhadap isteri
 
Lelaki pilihan wanita

1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Petua menghadapi pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang
kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama
sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran
adalah hidup yang sendirian.Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun
ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan
tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi.
Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran
juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini
berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu
yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk
peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah
Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan
selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut
berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya
ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akandatang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa
kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi
perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat
kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan
rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu
kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri
anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin
salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu
menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran
itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran
agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi Pertengkaran

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan
pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya
ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai
kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah
masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan
suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak
menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah
akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan
tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:
"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu
melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah
perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan
itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." danlain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri,
kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan
diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan.
Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yanglebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran
keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik
beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah
menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suamiisteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan
anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku,
akan ujud banyak lagi masalah lain.F. Petua memilih wanita idaman atau
perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan
keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri
dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanitaidamannya.

Calon-calon isteri pilihan.

1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Wallahualam
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.