Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Lafaz Cerai
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
cutehoney
A'kum...
saya ada sedikit pertanyaan dari seorang teman... yang saya sendiri tak pasti
untuk berikan jawapan... harap kawan2 boleh tolong beri pandangan...
agar kekeliruan dapat diselesaikan...

suami sahabat saya telah berniat didalam hati untuk menceraikan sahabat saya ni...
soalannya adakah terjatuh talak ke atas si isteri apabila si suami berniat sebegitu di dalam hati?
masih belum dilafazkan, sekadar niat untuk melepaskan? kalau terjatuh talak ke atasnya..
apa yang perlu mereka lakukan? kalau tidak pula, apa jalan penyeliesaian?

terima kasih kawan2 semua... wassalam...
apak
camner boleh tahu dia berniat atau tidak di dalam hati...
cutehoney
QUOTE(apak @ Nov 3 2003, 11:23 AM)
camner boleh tahu dia berniat atau tidak di dalam hati...

suami dia bagi tau dia apak...
dia kata masa suami dia marah suami dia ada terniat nak lafazkan cerai pada dia
tapi suami dia sempat beristighfar.. so.. tak terlafazlah perkataan tu... camner tu apak?
ain82
tanya la pd yg pakar... harpic pilihan ku.... he...he.... rs nyer selagi dier tak lafaz takder apa2 kot.... nak tau lebih lanjut tny la jabatan agama islam.... biggrin.gif
cutehoney
sian kawan aku... dia tu dah la baik...
camana nie kengkawan? aku tak reti nak bagi jawapan kat dia..
apak
aisey..bab hukum ni ada baiknya jumpa kadi, nanti tersalah jawab ..lain pulak jadinya..lagipun yang menentukan sah atau tidak ialah hakim. bukan apak doooohhh
cutehoney
QUOTE(apak @ Nov 3 2003, 11:44 AM)
aisey..bab hukum ni ada baiknya jumpa kadi, nanti tersalah jawab ..lain pulak jadinya..lagipun yang menentukan sah atau tidak ialah hakim. bukan apak doooohhh

takde la... manalah tahu kan.. kalau kawan2 kat sini ada yang sekolah arab ke dulu...
ada ilmu agama lebih ke.... sebab setahu saya la kan.. kalau dilafazkan baru jatuh talak..
sekadar niat didalam hati tak jatuh lagi kan??
betul tak?? ada sesapa yang tahu??
aku,dia dan korea
aku pun rasa mcm tu.....selagi tak lafaz.....tak jatuh lagi talak....tapi kalu dah lafaz ......walaupun suami dia tak berniat....tetap jatuh talak tu........
Rose
erkk..tak brani nk komen..form 5 dulu ada blaja munakahat..tp, forgot already..hmm..baik tanye ustaz2 ke..sape2 le yg lebih ariff..
HarleemsPP
QUOTE(aku @ dia dan korea,Nov 3 2003, 02:25 PM)
aku pun rasa mcm tu.....selagi tak lafaz.....tak jatuh lagi talak....tapi kalu dah lafaz ......walaupun suami dia tak berniat....tetap jatuh talak tu........

Yup!saya bersetuju....perkara talak ni jangan dibuat main......bahaya...boleh menyesal......sampai gantung baju..... tongue.gif
anum03
QUOTE(aku @ dia dan korea,Nov 3 2003, 02:25 PM)
aku pun rasa mcm tu.....selagi tak lafaz.....tak jatuh lagi talak....tapi kalu dah lafaz ......walaupun suami dia tak berniat....tetap jatuh talak tu........

betul alh tu.. berdasar kan aper yg aku ingat masa belajar dulu laa... kalau dah lafazz.. maka sah alh cerai dia tu walaupun cuma berniat nak main-main.. atau sesajer lafaz.. walaupun isteri dia tak dengar.. hmm.. betul kan??
tapi kalau niat dalam hati.. tak der aper-aper lagi...
brightgirl
suh la dia pi pejabat agama cepat.....tanya kt sana......
zayed
Salam,

Untuk memahami masalah di atas , kita hendaklah mengenal terlebih dahulu apakah RUKUN TALAQ ( CERAI ) dan apakah pula PEMBAHAGIAN LAFAZ TALAQ dan segala yang berkaitan dengannya .

Secara ringkasnya begini :

RUKUN TALAQ ( CERAI ) :

1 - Suami mestilah berakal , baligh dan di atas kemahuannya sendiri .

2 - Isteri yang dijatuhi hukum TALAQ itu mestilah isterinya sendiri yang sah .

3 - Diqasadkan ( diniatkan ) talaq itu .

4 - Isteri itu masih lagi di dalam kekuasaan suami, walaupun isteri itu di dalam tempoh 'iddah raj'ie ( tempoh yang dibenarkan untuk si suami rujuk kembali kepada isterinya ) .

5 - Adanya bentuk lafaz yang digunakan semasa bercerai seperti : " Aku ceraikan engkau " , " Aku talaqkan engkau " dan seumpamanya .


BAHAGIAN LAFAZ TALAQ :


1 - TALAQ SORIH :

Iaitu lafaz talaq ( cerai ) yang nyata tanpa berkehendak lagi kepada niat seperi lafaz " Aku ceraikan engkau " ataupun " Engkau , aku talaq " .


2 - TALAQ KINAYAH :

Iaitu lafaz yang samar-samar di antara betul-betul hendak diceraikan isteri itu ataupun berpisah seketika ( demi meredakan ketegangan rumah-tangga ) . Lafaz secara kinayah ini ada berbagai-bagai kerana itu ia perlu kepada niat .

Contohnya : " Engkau boleh pergi dari sini " . " Engkau baliklah ke rumah ibu-bapa engkau " , " Engkau haram bagiku " dan seumpamanya .

Jika lafaz-lafaz itu diniatkan sebagai TALAQ ( CERAI ) oleh si suami , maka tercerailah ( tertalaqlah ) isterinya .

Jika tidak diniatkan sebagai TALAQ ( CERAI ) tetapi sebagai suatu amaran ataupun supaya masing-masing dapat berfikir kembali mencari jalan penyelesaian , maka tidaklah jatuh talaq itu .


3 - TALAQ TA'ALIQ ( TAKLIK ) :

Iaitu talaq yang bergantung kepada suatu perkara ataupun perbuatan , seperti kata suami kepada isterinya : " Jika engkau keluar rumah ini tanpa izinku , jatuhlah satu talaq " .

Jatuhkah ataupun tidak ? .

Ini masalah KHILAFIYAH ( diperselisihi ) di kalangan cendekiawan Islam dan ianya telah banyak kali dijelaskan oleh al-Fadhil Ustaz thtl ( ahli panel fiqh kita di al-Ahkam Online ) .

Dan kita tidak akan membahaskan masalah Talaq Ta'aliq di dalam jawapan ini .


****************************************

Perkataan " CERAI " itu adalah perkataan bahasa Melayu , ia juga membawa maksud : Proses perpisahan seorang suami dengan isterinya sehingga tidak lagi dianggap sebagai suami-isteri yang boleh hidup serumah , tidur sebantal , makan sepinggan dsbnya .

Perkataan " TALAQ " pula adalah perkataan yang dipinjam daripada B. Arab .

Oleh itu jika ada orang Melayu ataupun apa-apa bangsa yang memahami benar bahasa Melayu yang mengucapkan kepada isterinya : " Engkau ku cerai ! " , maka sudah tentu ia bermaksud : " Engkau ku talaq ! " di sisi orang-orang yang benar-benar memahami B. Melayu .

Itulah penjelasanya berdasarkan kitab-kitab Fiqh .

Adapun MENURUT ENAKMEN HUKUM KEKELUARGAAN ISLAM DI MALAYSIA pula :

Tuan Qadhi ( pihak jab. agama ) biasanya akan bertanya kembali setiap pasangan suami-isteri mengapakah bercerai ? , apakah lafaz yang digunakan semasa hendak bercerai ? , apakah niat sebenar si suami ketika melafazkannya ? ........dsbgnya .

Dan disebabkan segala urusan nikah-cerai hendaklah didaftarkan di pejabat pendaftar @ Qadhi ( Pejabat Agama ) , maka siapa sahaja yang gagal berbuat demikian akan didakwa di mahkamah syariah .
lipas_cermat
sekadar berniat tak jatuh talak lagi..kalau dilafazkan baru la jatuh talak itu..walaupun sekadar gurauan ataupun tidak berniat untuk melafazkannya..
cutehoney
terima kasih atas pandangan semua..
InsyaAllah sahabat saya akan merujuk kepada
Pejabat Agama atau kepada ustaz dan ustazah di madrasah..
saya hanya berusaha membantu... semoga Allah melimpahi Rahmat ke atas
sahabat saya itu... Amin..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.