Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Puasa Dlm Keadaan Junub
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
oranje
sah tak berpuasa dlm keadaan junub..

contoh.. sepasang suami isteri melakukan jima' pada ketika waktu imsak hampir tamat.. andaikan sebelum sempat mereka bermandi junub, waktu subuh pun masuk..camane?

terimakasih in advance..
anum03
siapa yg tau jawab la... ohmy.gif
lipas_cermat
lupa la plak..
zayed
QUOTE(oranje @ Nov 5 2003, 04:37 AM)
sah tak berpuasa dlm keadaan junub..

contoh.. sepasang suami isteri melakukan jima' pada ketika waktu imsak hampir tamat.. andaikan sebelum sempat mereka bermandi junub, waktu subuh pun masuk..camane?

terimakasih in advance..

Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:

Yang membatalkan puasa ialah jimak pada siang hari. Sedangkan pada malam harinya dibolehkan, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci dari hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.

Syarat-syarat sah puasa (mazhab Syafi'i):
1. Islam ketika berpuasa
2. Mumauyiz
3. Suci dari haidh, nifas dan wiladah
4. Berpuasa pada waktunya.

-----------
Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:
"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)

Katanya lagi:
"Ada hadis sahihain (Bukhari & Muslim) yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub dari jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)

Katanya lagi:
"Adapun hadis Bukhari: "Barangsiapa yang berjunub, maka tiada puasa baginya", ia dimengertikan dengan orang yang berjima' ketika mendekati waktu subuh dan meneruskannya (sehingga masuk waktu). Sebahagiannya pula mengatakan bahawa hukum dari hadis berkenaan telah dimansuhkan." (ibid.)

P/s: Berpuasa dalam waktunya bermaksud - bermula masuknya waktu subuh. Jadi, ketika bersetubuh sblm waktu subuh tetapi tidak mandi selepas waktu subuh ia dikira waktu sebelumnya.

Rujukan
Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1, Abdul Rahmana al-Jaziri
Mughnil Muhtaj, vol 1
arenaz_
terima kaseh sedara zayed atas jawapan yg begitus bernas...
Taurusz
tak berapa paham sangat..
tapi faham laa jugak..
mellow.gif
thurayein
memandangkn i ni librarian, tis some info utk semua..

1. Tidak batal orang yg bersetubuh sebelum terbit fajar, kemudian dicabut zakarnya saat terbit fajar. Inilah pendapat Imam Hanafi, pengikut mazhab Syafi’I, dan pendapat yang masyur dari mazhab Ahmad. Sedangkan Imam Maliki berpendapat rosak puasa orang itu dan wajib atasnya qhada saja.

Imam Maliki, Syafi’i dan Imam Ahmad mengatakan kalau tidak dicabut setelah terbit fajar, maka batal puasanya, dan wajib atasnya membayar qhada dan kafarat. Sedangkan Imam Hanafi memandang wajib atasnya qhada saja dan tidak wajib kafarat.

Hassan Muhammad Ayub (penerjemah: Wardana). Puasa dan I’tikaf Dalam Islam. Jakarta: Bumi Aksara, 1985.
Original title: Ash-Shiyaamu fil Islaam

2. Sesiapa yang pada pagi harinya masih junub kerana pada malam harinya dia bermimpi, atau mengeluarkan sperma ketika tidur, atau menyetubuhi isterinya pada malam hari, dan dia tidak mandi kecuali setelah terbitnya fajar, maka puasanya tidak batal.

Abd. Al-Karim Zaidan (penerjemah: Bahruddin Fannani). Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jilid II: Zakat dan Puasa. Bandar Baru Bangi: Syabab Pub. House, 1999.

3.i- Daripada ‘Aishah R.A., katanya “ Pernah Rasulullah S.A.W. berada di dalam keadaan berjunub yang bukan kerana bermimpi sehingga ke waktu fajar di dalam bulan Ramadhan, lalu baginda bersuci/mandi wajib dan terus berpuasa”
(Hadis riwayat Muslim)

ii- daripada ‘Aishah R.A.: “seorang lelaki telah datang menemui Nabi S.A.W. untuk mendapatkan fatwa baginda dan ia (Aishah) mendengarnya dari belakang pintu. Kata lelaki itu kepada baginda: “Ya Rasulullah, saya berada di dalam keadaan berjunub sehingga masuk waktu sembahyang, adakah harus saya berpuasa?. Baginda menjawab: “Saya berada dalam keadaan berjunub sehingga masuk waktu sembahyang dan saya terus berpuasa.”
(hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Hadis-hadis ini menunjukkn adalah menjadi dalil bagi mereka yang mengatakan: Puasa seseorang yang berjunub adalah sah, dan tidak wajib ia mengqhadakannya, tanpa membezakan sama ada janabah itu berlaku dengan kerana bersetubuh atau lainnya. Pendapat ini adlah dari jumhur fuqaha’.

Yang afdal hendaklah otang yang berjunub itu mandi sebelum naik fajar, tetapi kalau ia enggan mandi pada ketika itu, maka perbuatannya itu diharuskan. Kalau ditanya: Bagaimana dikatakan mandi sebelum naik fajar itu afdal sedangkan telah sabit daripada Nabi S.A.W. amalan yang berlainan?. Maka jawapannya: Nabi S.A.W. semasa bertindak begitu adalah berujuan menjelaskan hukum harus, dengan itu tindakannya dikira afdal bagi dirinya kerana ia mengandungi satu penjelasan hukum bagi orang ramai dan baginda memang ditugaskan untuk memberi penjelasan itu

Muhammad ‘Atiyyah Khamis. Fiqh al-Nisa’fi’l Zakat wa’l Siyam. Qahirah: Darul I’tisam, 1987.
Jambul putih
Apa pening2 bagi jawapan?

Senang jer...Puasa nko tu sah....tapi takkan nko tak solat subuh? Solat tu yg patut menjadi keutamaan nko...tiang agama. So takde makna nko puasa tanpa solat. Ada pahaamm!
thurayein
QUOTE(Jambul putih @ Nov 17 2003, 11:30 PM)
Apa pening2 bagi jawapan?

Senang jer...Puasa nko tu sah....tapi takkan nko tak solat subuh? Solat tu yg patut menjadi keutamaan nko...tiang agama. So takde makna nko puasa tanpa solat. Ada pahaamm!

laaa tak paham soalan hang nieee.....

dia ckp dia bersetubuh sehingga waktu subuh msk dan belum manji junub. so dia tanya sah tak pose sbb dia x mandi sebelum masuk waktu. masa nak solat subuh tu dia mandi laaaaaa........ dry.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.