Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kes Pembunuhan Modeling
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Pages: 1, 2, 3, 4, 5
JefryRomeo
aku rasa ceritanya macam ni Tengku,... mula Miss X tengah projek dengan jantan A, lepas tu jantan B masuk terserempak dengan dorang berdua, aplagi jantan A pun cabut ler (maksud aku cabut lari..), jadi jantan B marah dengan Miss X, dia lanyak Miss X, geram punya pasal dia ter kill Miss X, macam tu ler teori aku... yang aku kesian dgn jantan-jangan C,D,E,F,G dan H yang sama-sama terkena getah..ialah dah sama-sama makan cempedak.

Tak macam tu Tengku... unsure.gif
Al_Farabi
QUOTE(Tengku_Raq @ Dec 17 2003, 11:19 AM)
aweks memang gelojoh...kalau tidor mereka ni biasanya suka berbogel..

mmg dasar awek keberet....tak reti2 nak insap
amour
Astagfirullah...
allana
QUOTE(Al_Farabi @ Dec 17 2003, 11:49 AM)
QUOTE(Tengku_Raq @ Dec 17 2003, 11:19 AM)
aweks memang gelojoh...kalau tidor mereka ni biasanya suka berbogel..

mmg dasar awek keberet....tak reti2 nak insap

jangan laa...orang dah meninggal lagi nak kutuk...
sedekah al-fatihah ade le makna sket..

mana tau ni tenkuraq? penah ngintai ke wak?
060903
QUOTE(Tengku_Raq @ Dec 16 2003, 03:31 PM)
Menurut laporan akhbar, pihak polis menyatakan bahawa sebelum ditemu mati, mangsa ddipercayai telah mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki. Kesemua 8 lelaki yang ditangkap pernah mengadakan hubungan seksa dengan mangsa

ph34r.gif opocot..!!!!

semuanya dalam Pengetahuan ALLAH... orang nya dah meninggal...
Tengku_Raq
mungkin korang ni tak faham bahasa agaknya... <_<
capricorn girl
cop...nak tanya la. tp jgn mara ar. girl ni dah lm x bc paper.
ni kes noritta tu ke o s/body else?
arenie
Salam

...close the case please.....

..no speculations..

..jgn cerita lagi pasal keburukkan org yg telah mati...

..kasihanlah pada keluarganya
whoami?
QUOTE(Tengku_Raq @ Dec 16 2003, 04:31 PM)
Menurut laporan akhbar, pihak polis menyatakan bahawa sebelum ditemu mati, mangsa ddipercayai telah mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki. Kesemua 8 lelaki yang ditangkap pernah mengadakan hubungan seksa dengan mangsa

ph34r.gif opocot..!!!!

how come eh?
rasanya yg 8 orang tahanan tuh tak lah kesemuanye lelaki..
one of them perempuan.. hsmate si mati..
yg lagi sorang plak that girl's bf..
2 orang ni the first yg buat laporan polis..

so.. kesemua 8 orang pernah menjalinkan hubungan..?
boley percaya ke?

smile.gif smile.gif
Forensikman
entahlah, saya bukan nak cerita keburukan simati, banyak kes mati lain yg saya ceritakan tetapi ni pasal dah di utarakan dalam akhbar, sebab dia cantik, muda kematiannya jadi menarik...tapi cuba fikirkanlah untuk anak anak gadis wanita melayu muda yg cantik...:

1 ) umur 22th berapa gaji dia? mampukah tinggal di KONDO, bagi keluarga beratus sebulan, duit raya RM50 seorang pada anak buah, apa kelulusan dia hingga tetiba jadi exec? ingat umurnya baru 22th..
2) Berapa sewa kondo, kereta dia, bil api air, makan minum, pakaian etc...mampukah?
3) kenapa luarbiasa kawan kawannya? rerata pernah buat sex dgn dia, ada melayu,cina,mat salleh, ramaiii lak tu..apa dia buat sebenarnya
4) kekawanya pun semacam, stay mcm laki bini wania melayu dgn lelaki cina, balik kul 3-4 pagi...bangga ker wanita melayu dapat lelaki cina, mat salleh ni?
5) kalau dikatakan rogol...tiada kesan rogol, ada dua jenis air mani lelaki...rumah tak dipecah, kawalan ketat...siapa yang main dgn dia...musuh atau org yg bayar dia?
6) lagi satu dia mcm kikis satu lelaki ke satu lelaki...pas tu janji nak kawin dgn org lain...kekadang kematian org yg mcm ni...mcm patuttt jer..

kita bukan buat spekulasi apa apa..untuk renungan. ada sebab musababnya kan..
lipas_cermat
banyak plak info ko tu ek..ape2 pun tak silap aku perkara ni dorang declare as OSA..official secret act...ni yg wat aku makin minat nak kaji kes ni..off course in legal aspect..aku harap citer2 yg agak mengaibkan tu kurang tepat..yela kalau dibicarakan di mahkamah..everything will be disclose..then kalau dah ade diputuskan oleh mahkamah..kes akan tercatat dalam law report for precedent purpose...mintak2 ape yg di war warkan tak la tepat seperti yg disebarkan..bukannya ape..risau impaknya pada keluarga arwah..nauzubillah..harap tidaklah aku akan diuji dengan sebegitu sekali..
Forensikman
saya tertarik dgn satu teori:-

simati telah ditempah oleh seorang lelaki, tapi mungkin kerana apa apa alasan dia terima lelaki kedua yg akhirnya dibawa balik kerumah, dan mereka buat hubungan seks. tetiba lelaki pertama sampai ketika mereka baru selesai buat seks dan lelaki pertama cabut dengan meninggalkan air mani dalam faraj si mati, oleh kerana apa pun berlakulah hubungan seks kali kedua dgn lelaki kedua pulak...tetapi kali ini lelaki kedua mengajak si mati buat aksi aksi sadis macam di rogol, atau memang lelaki ini cuba bunuh si matio dgn cara menarik minat si mati untuk membuat seks dgn cara sadis..ikat, pukul macam rogol, maka berlakulah hubungan seks dalam keadaan si mati ( pada masa tu hidup ) di ikat dan sebagainya,

entah macam mana si mati menemui ajal kerasa sesak nafas ketika melakukan hubungan seks yang macam tu...lelaki kedua panik dan terus meninggalkan si mati dalam keadaan bogel ...sejurus lepas tu si Azora teman sekondo simati pun balik dgn boy dia si Kenneth tu...

kerana itulah dua jenis air mani di temui. satu pada tisu dan di dalam rahim simati.
kalau penjenayah mahu membunuh norita, tentulah cara bunuh lebih kuat bagi mendatangkan impak yg boleh menyebabkan kematian norita. sekadar ikatan yg sedemikian kematian jarang terjadi...kalau berlakupun adalah tanpa niat membunuh.

kalau ini dapat di buktikan dalam pembelaan maka tertuduh akan hanya di tuduh menyebabkan kematian mengikut sek 304 KK yg lazimnya hanya di penjara 1-2 th

mungkin simati mempunyai karektor wanita yg sangat teruk, pisau cukur dan lidah bercabang, suka mengikis ;lelaki dan menabur janji palsu, maka watak sedemikian tidak waar di teruskan, maka di tamatkan oleh yang Maha PenciptaNya.

sekadar teori sahaja...
lipas_cermat
s 304..penal code..yup cupable homicide not amounting to murder la..
dejayu2204
ermm..

memualkan..memalukan..
menyedihkan..menginsafkan...
Rose
QUOTE(dejayu2204 @ Dec 23 2003, 12:16 AM)
ermm..

memualkan..memalukan..
menyedihkan..menginsafkan...

erhmm..ntah la dejayu..dah xde idea nak komen..moga blh dijadikan iktibar..moga dijauhkan dr dimatikan dgn cara yg mengaibkan...kalau blh..selps kita pergi..biar la dikenang dgn cara yg elok..bkn diumpat dgn cara yg memalukan...
dejayu2204
itula kak rose...

jangan ler turn kita nanti jd mengaibkan cam tu..
sian mak-ayah..sian pd waris2 kita yg idup...
x tertahan rasenyer nk tanggung malu... rolleyes.gif

klu pn kita ni nanti x d kenang dgn perkara2 yg baik
tapi x nak ler pulak d ingat dengan cite2 yg x elok..
sleep.gif
JefryRomeo
QUOTE(Forensikman @ Dec 17 2003, 02:33 PM)
saya tertarik dgn satu teori:-

simati telah ditempah oleh seorang lelaki, tapi mungkin kerana apa apa alasan dia terima lelaki kedua yg akhirnya dibawa balik kerumah, dan mereka buat hubungan seks. tetiba lelaki pertama sampai ketika mereka baru selesai buat seks dan lelaki pertama cabut dengan meninggalkan air mani dalam faraj si mati, oleh kerana apa pun berlakulah hubungan seks kali kedua dgn lelaki kedua pulak...tetapi kali ini lelaki kedua mengajak si mati buat aksi aksi sadis macam di rogol, atau memang lelaki ini cuba bunuh si matio dgn cara menarik minat si mati untuk membuat seks dgn cara sadis..ikat, pukul macam rogol, maka berlakulah hubungan seks dalam keadaan si mati ( pada masa tu hidup ) di ikat dan sebagainya,

entah macam mana si mati menemui ajal kerasa sesak nafas ketika melakukan hubungan seks yang macam tu...lelaki kedua panik dan terus meninggalkan si mati dalam keadaan bogel ...sejurus lepas tu si Azora teman sekondo simati pun balik dgn boy dia si Kenneth tu...

kerana itulah dua jenis air mani di temui. satu pada tisu dan di dalam rahim simati.
kalau penjenayah mahu membunuh norita, tentulah cara bunuh lebih kuat bagi mendatangkan impak yg boleh menyebabkan kematian norita. sekadar ikatan yg sedemikian kematian jarang terjadi...kalau berlakupun adalah tanpa niat membunuh.

kalau ini dapat di buktikan dalam pembelaan maka tertuduh akan hanya di tuduh menyebabkan kematian mengikut sek 304 KK yg lazimnya hanya di penjara 1-2 th

mungkin simati mempunyai karektor wanita yg sangat teruk, pisau cukur dan lidah bercabang, suka mengikis ;lelaki dan menabur janji palsu, maka watak sedemikian tidak waar di teruskan, maka di tamatkan oleh yang Maha PenciptaNya.

sekadar teori sahaja...

Banyak gak infom mr Forensik ni, ada perkembangan terbaru ke. 3 yg disyaki dah dibebaskan, tapi house mate simangsa dan boyfriend masih ditahan untuk siasatan... <_<
SnowQueen
lg satu cba pk..
dlm laporan akhbar..balik2 ayatnya 'dipercayai dirogol'..
bknnye susah sgt nak tentukan kena rogol atau tak..
dah berminggu2..x abis2 dipercayai..
diorg mmg nak kaver line..

nauzubillah..bkn nak aibkan..
tp, bila dah dolak-dalik camni org yg x pk apa2
pun mesti wat spekulasi sendiri nyer..
JefryRomeo
QUOTE(SnowQueen @ Dec 18 2003, 05:10 AM)

pihak polis tak pernah keluarkan statementt mengatakan mangsa dirogol, sebaliknya hanya melapurkan berlakunya hubungan seks antara mangsa dengan kemungkinan lebih dari dua orang lelaki, hanya pihak akhbar saja mentakan mangsa dirogol, ada perbezaan tu.. <_<
SnowQueen
QUOTE(JefryRomeo @ Dec 18 2003, 01:12 PM)
QUOTE(SnowQueen @ Dec 18 2003, 05:10 AM)
lg satu cba pk..
dlm laporan akhbar..balik2 ayatnya 'dipercayai dirogol'..
bknnye susah sgt nak tentukan kena rogol atau tak..
dah berminggu2..x abis2 dipercayai..
diorg mmg nak kaver line..

nauzubillah..bkn nak aibkan..
tp, bila dah dolak-dalik camni org yg x pk apa2
pun mesti wat spekulasi sendiri nyer..

pihak polis tak pernah keluarkan statementt mengatakan mangsa dirogol, sebaliknya hanya melapurkan berlakunya hubungan seks antara mangsa dengan kemungkinan lebih dari dua orang lelaki, hanya pihak akhbar saja mentakan mangsa dirogol, ada perbezaan tu.. dry.gif

mmg la..
tp kbnykn org bersumberkan akhbar..
Rose
bkn utk mengaibkan sesiapa..cuma..utk bacaan dan iktibar buat kita..

Noritta Yang Mati, Kertas Siasatan Dikerandakan

Sedari awal, mengikuti kes rogol-liwat-bunuh gadis cantik, Noritta Samsudin, saya merasa seperti ada sesuatu terselindung di sebaliknya. Maaf cakap, entah macam mana hati saya keberatan untuk memberi rasa simpati kepada beliau, rasanya saya lebih kasihan dengan tragedi yang menimpa Canny Ong.

Jauh dari cuba mahu bersangka buruk, tetapi fakta-fakta tentang kehidupan peribadi dan hubungan sosialnya tetap membuat otak saya berfikir ligat. Nisbah antara kerjaya dengan kemewahan hidup beliau terlalu tidak sekata, beliau cuma seorang pegawai pemasaran!

Lalu siapakah sebenarnya yang terlibat di sebalik kematian beliau ini? Mayat beliau dikatakan dijumpai dalam keadaan terikat tetapi tiada kesan pergelutan di dalam KONDO MEWAH tersebut. Pada awalnya ada khabar yang mengatakan wujudnya penglibatan anak orang kenamaan, tetapi segera dinafikan oleh pihak polis.

Beberapa tangkapan telah dibuat, lapan orang setakat ini, cebisan tisu dengan kesan air mani juga dijumpai. Dengan tangkapan dan bukti ini, polis percaya bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan kes ini.

Di ketika cerita ini di tahap klimaks, pewartaan berterusan media terhadap tragedi ini telah menjadikan ia sebagai national public interest, cuma menunggu keputusan ujian DNA sahaja, tiba-tiba malam tadi (14 Disember 2003, Buletin Utama TV3), Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Omar secara mengejut mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini sekarang adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apakah maksudnya? Apakah selepas ini tidak ada lagi laporan? Bagaimana pula dengan keputusan siasatan? Adakah ia juga akan dirahsiakan? Maka sesiapa yang mendedahkan nanti akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi? Keputusan Ujian DNA Saddam Hussein cuma mengambil masa sehari sahaja, sepatutnya kita sudah dapat tahu siapa pembunuh Noritta, mungkinkan ia "seseorang" sehingga ia perlu dirahsiakan?

Kata Datuk Seri KPN lagi, jangan buat andaian sendiri, jangan buat spekulasi, setelah mengOSAkan kertas siasatan kes bunuh Noritta... tetapi tindakan beliau itu sendiri sebenarnya telah menimbulkan banyak andaian, menimbulkan banyak spekulasi.

Kes Norita Shamsuddin: Pembunuhan Ke Overdose?

Selain dari kes bunuh - rogol Nur Suzaily Mokhtar dan Canny Ong, kes terbaru yang melibatkan Noritta Shamsuddin begitu menggemparkan masyarakat Malaysia Boleh!

Ape pun kes Noritta mendapat liputan agak luwar biyase hebatnye daripade keduwe kes terdahulu. Sehingge kini lapan orang sudah ditahan reman untuk membantu PdRM untuk menyiasat kes itu.

Jike Allahyarhamah Suzaily dan Mendiang Canny dirogol dan dibunuh di luwar kediyaman mereke, tetapi kejadian yang menimpe Noritta berlaku di kondominium supermewah yang menempatkan golongan elit di Sri Hartamas. Insiden malang itu terjadi terjadi di dalam rumah Noritta sendiri. Maknenye perogol dan pembunuh berkenaan bukanlah perogol jalanan (sex-maniac) tetapi lebih merupekan perogol terhormat yang bebas keluwar masuk ke dalam kawasan perumahan yang dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan tercanggih.

Calang-calang pengunjung@penyangak tidak akan berupaye menjejaki kawasan kondominium itu kerane tapisan ketat dimulai dari pondok keselamatan lagi.

Mungkin ade pihak-pihak yang kurang senang hati, jike dikatekan segale laporan yang dipaparkan oleh media massa pembodek berhubung dengan kes Noritta itu lebih bersifat ingin menyembunyikan cerite sebenar.

Terdapat desas-desus yang mengatekan Noritta tidak dirogol dan dibunuh, sebaliknye mati akibat overdose penangan pil khayal Ecstasy. Kematiyan tragik itu terjadi ketike simati bersame seorang lagi betine dan tige jantan sedang melakukan adegan ranjang.

Sekiranye desas-desus itu ade kebenarannye, siyapekah musibat yang terpakse dilindungi itu? Apekah kes Noritta itu ade sikit sebanyak persamaannye dengan kes Mustakizah? Banyak persoalan yang harus dijawab.

Mudah-mudahan desas-desus itu tidak benar dan rakyat jelate mengharapkan agar pihak berkuwase lebih telus dalam mengendalikan kes-kes sebegitu. Jangan disebabkan ingin melindungi seseorang yang ade kedudukan dalam masyarakat, rakyat dinafikan hak daripade mengetahui cerite sebenar.

Kalaulah benar ade VIP yang bertindak sebagai `Sugar Daddy` Arwah Noritta, diye mesti diheret same ke muke pengadilan. Wang ringgit yang dimiliki oleh situwe keparat itu tidak mengharuskan maruwah dan nyawe anak gadis dikorbankan tanpa pembelaan.

Hari ini Noritta telah menerime nasib malang yang pasti amat memilukan hati ibu bape dan saudare marenye,mungkin esok anak gadis orang lain pule akan menerime nasib yang same. Sekali lagi rakyat mengharapkan sesuwatu yang positif dapat dipaparkan oleh pihak berkuwase apebile penyiasatan terhadap kes tersebut selesai nanti. Kite ingin benar melihat wajah-wajah `penyangak terhormat` itu dibicarekan.

SnowQueen
wallahualam..
x berani nak ckp lelebih wpun eager sgt nak tau..
hrp2 nye kita dilindungi dr mati camtu...
sesapa yg lifestyle nye sama ngan si mati ni bwk2
la bertaubat..
dejayu2204
huh.gif
Rose
QUOTE(SnowQueen @ Dec 23 2003, 06:02 AM)
wallahualam..
x berani nak ckp lelebih wpun eager sgt nak tau..
hrp2 nye kita dilindungi dr mati camtu...
sesapa yg lifestyle nye sama ngan si mati ni bwk2
la bertaubat..

peringatan buat sesama kita..moga dijauhkan dr perkara yg x elok..naudzubillah...kalau blh biar senang di dunia dan senang di 'sana'...
anak^doraemon
kite pun teringin sgt nk tau pasal citer nie..try2 gak carik info dlm net..tapi xde laaa.....interesting sgt rasanya kes nie....sape2 ade latest info post la ekk..bole jadik iktibar utk semua..ape pun...jadikan semua yg terjadi sgn penagajaran kpd kita....moga rohnya dicucuri rahmat..aminnn wink.gif
gelas_plastik
bagus .. ramai kat sini ada bakat jadik detektif, bole nanti gantikan sherlock holmes atau yg mungkin .. yg lebih moden sikit, magnum PI ..

aperpun bagi aku .. kita yg masih idup ini harap beringat-ingat ttg di mana batas kita .. di mana had kita .. tak kira dalam aper jua perkara .. dalam pergaulan .. dalam percintaan .. dalam perdebatan .. termasuklah dalam membualkan kisah2 orang yg sudah mati spt ini ..

Noritta dahpun selamat di dalam kubur, segala apa yg terjadi lepas ini baginya .. antara dia dgn Tuhan .. aper yg berlaku di dunia ini biarlah pihak polis yg uruskan .. kita yg berada di luar ni tak payah panjang-panjang cerita .. sbb kita takut terjadi bahaya fitnah .. biar kemungkinan betul fakta kita tu, tapi risiko tersasar/tersilap tu tetap ader ...

yg terbaiknya bagi kita .. yg mana kita rasakan buruk, jadikan ajer pengajaran .. tanpa perlu melibatkan identiti si mati .. yg baik kita jadikan teladan .. itupun kalau ader ...
dejayu2204
Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
(Surah an-Nur: 19) .......

errrr..aku pn insaf gak..
perkara ni kita tahu sekadar
berdasarkan jangkaan manusia..
sedang yg sebenar Allah jua
yg lebih mengetahui..

sleep.gif
Rose
QUOTE(dejayu2204 @ Dec 23 2003, 06:27 AM)

yup..hanya Allah yg Maha mengetahui..... ph34r.gif
alkautsar^ck
~SeKaRaNg NIe SeMua DoK keCoH NgaN KeS Nie...aWaT TaK KeCoH FaSaL peRuNDaNgaN NeGaRa...YaNg DoK TaK sTaBiL...

~BiaQLaH Dia TeNaNg KaT SaNa...WaLaUpuN aRWaH Tu MuNGkiN TeRSeDaK...HaNgPa DoK MeNgaTa KaT Dia...

~YaNg seBaiKNYa HaNgPa aMBiLLaH peNGajaRaN...JaNgaN LuPo DiRi WaLau KaT BaNDaR BeSaQ... cool.gif
rosa654
simpang malaikat...mintak dijauhkan perkara2 yg cam gini
nauzubillah...
mamacun
mengejar kemewahan......... cool.gif
060903
QUOTE(Rose @ Dec 18 2003, 02:13 PM)
QUOTE(SnowQueen @ Dec 23 2003, 06:02 AM)
wallahualam..
x berani nak ckp lelebih wpun eager sgt nak tau..
hrp2 nye kita dilindungi dr mati camtu...
sesapa yg lifestyle nye sama ngan si mati ni bwk2
la bertaubat..

peringatan buat sesama kita..moga dijauhkan dr perkara yg x elok..naudzubillah...kalau blh biar senang di dunia dan senang di 'sana'...

semuanya dalam pengetahuan ALLAH... kita cuma mengandaikan sahaja... ALLAH maha adil...
meowth
A'kum

bagus le komen korang sume.. tapi tulah.. dunia akhir zaman le katakan. memacam perangai manusia kita bley jumpa. mudah2an mana yg baik tu bley le sesama kita ambil teladan & yg buruk kita ambil iktibar & sempadan. yg selebihnya tu kita bertawakkal je le pd Allah
ph34r.gif
haslinda
biaqla Tuhan yg tentukan....
juwitaku88
hehehe...kalo nak settle kes ni cepat, panggil la CSI Las Vegas @ CSI Miami. sure settle within 24 hours.... rolleyes.gif
puteri^blues
hm...
capricorn girl
ya Allah...cam x caya je kan? tgk muka cam baik je. tp d sebalik tu ada yg t'selindung. naper la mati dlm keadaan aib skali.
skang ni sian kat mak bapak dia. mana nak letak muka. camne la nak ngadap masyarakat.
JefryRomeo
apa berita terkini..
rosa654
QUOTE(JefryRomeo @ Dec 19 2003, 02:10 PM)
apa berita terkini..

baca paper...
noriko humaira
emm..kes norita boleh menyedarkan sesiapa yang terlalai......

arwah telah pergi menghadap illahi...perbuatan dia di dunia hanya diri dia dan Allah yang mengetahui.apa yang dibuat..

tapi yang buat aku sedih...keluarga arwah telah mendapat aib atas kelakuan arwah yang lampau......macam mana la keluarga arwah menerima kenyataan ini...

itu la.kalau nak buat perkara tuer,...ingat Allah dan ingat mak bapak.........

iskk,,insap cool.gif
Forensikman
Saya kagum dengan semua yg terlibat dalam Forum ini, dan tiada salahnya kita membuat andaian, asalkan niat kita baik, ramai org yg mati dalam kata nesta, hidup dalam umpat keju orang...TAPI moralnya yg nak kita sampaikan di sini : pandai pandai lah bawa diri agar mati tidak dikata orang hidup tidak di keji manusia. Bagi pehak polis pula, menyiasat dan membuat andaian adalah memeng tugas mereka, tiada andaiain, spekulasi, tiada tangkapan bukanlah siasatan namanya. Tidak boleh tidak kita memang terpaksa membuat andaian, dan tidak salah. Kata org jangan hampiri zina...jangan hampiri maksiat...agar kita tak dikaitkan dengan zina dan maksiat. Kalau di kaitkan pun, kita pasti punya bukti bagi pembuktian yg kukuh.

apakata....dia yg bekerja sebagai pegawai pemasaran ni menjaga kehidupan sosialnya, tidak memungkinkan semua ini terjadi. jauh beza di antara norita dan canny ong, apatah lagi Suzaily.

saya adalah sebahagian atau di antara pasukan penyiasat.....saya keluar masuk tempat kejadian, dan alamai penyiasatan berbagai jenis kes bunuh rogol dan liwat. nampak segenap unsur pelakunya, bahkan buruk baik mangsanya...saya dapat tahu seorang lelaki yang suka seks luar tabie dengan lelaki yg normal. yg masuk depan atau belakang, yg di rogol atau tidak ini semua ilmu yang saya pelajari dengan izin Tuhan jua.

Bagi kes Noritta, simpati padanya, bukan kerana orgnya...bahkan kenapa dia jadi begitu...Kita tunggu pendedahan dalam perbicaraan nanti...

Semoga semua daripada kita memohon akan keampunan Allah kepada Rohnya...semoga dia di ampuni Allah, Al-fatihah

kepada si gadis yg rasa diri mereka cantik, lawa..bergetah...jangan lah mengada ngada bila dibawak bangsa asing...mengeledik lalu di depan org lelaki..tak kiralah di mana pun...mungkin kalau kejadian yg menimpa Norita terjadi...mayat anda akan terbujur kaku, telanjang bulat di dalam bilik post mortem yang sejuk...dingin..dan mungkin saya yang akan mengeluarkan segenap isi perut anda....tanpa malu...tanpa takut tanpa apa apa pun....
Didiharaiss
kerja U ni thrill gak ye....
haslinda
moga2 dijauhkan dr benda2 yang tak elok....
Tengku_Raq
aku rasa norita ni tak bersunat lagi...pasai tu ler nafsu seksnya kuat...HYPERSEX gitu...
dalam satu masa..boleh lebih dari satu orang...
yang kena tangkap untuk disiasat tu semuanya adalah mereka mereka yang pernah berzina dengannya....

pasai tu susah nak siasat siapa yang membunuhnya kerana ramai saspeknya...

mungkin norita terbunuh dalam perjuangannya dalam menempuh bahtera dan bukan saja karam dilautan nafsu serakahnyan tapi lemas tak bernyawa...

dan yang sedeynya...lain yang buat lain yang dituduh membunuhnya...

so janagan terlibat dalam gejala macam ni.....
Forensikman
QUOTE(Didiharaiss @ Dec 19 2003, 04:52 PM)
kerja U ni thrill gak ye....

sebahagian kerja saya buat post mortem, di samping membuat siasatan forensik, saya menginsafi kebesaran tuhan didalam menjadikan hambanya yg bersifat lemah ini.selalu mengingati mati...
Forensikman
tengku....rasanya awak telah hampir kepada pembongkaran kes pembunuhan Noorita.

anda mempunyai fakta..mari kita sambung....
Badang
pompuan tu mati dalam syurga... so jangan kutuk lebih-lebih
dejayu2204
rolleyes.gif
awek kayu
QUOTE(Badang @ Dec 19 2003, 05:50 PM)
pompuan tu mati dalam syurga... so jangan kutuk lebih-lebih

mana ko tahu ko tu Tuhan ker tahu org tu masuk syurga ker neraka
penyangak
tak payah nak disebut2kan lai....kira kes dah tutup...keskeskeskeskeskes
biggrin.gif biggrin.gif biggrin.gif
NORITTA YANG MATI, KERTAS SIASATANNYA YANG DIKERANDAKAN

Sedari awal, mengikuti kes rogol-liwat-bunuh gadis cantik, Noritta Samsudin, saya merasa seperti ada sesuatu terselindung disebaliknya. Maaf cakap, entah macam mana hati saya keberatan untuk memberi rasa simpati kepada beliau, rasanya saya lebih kasihan dengan tragedi yang menimpa Canny Ong.

Jauh dari cuba mahu bersangka buruk, tetapi fakta-fakta tentang kehidupan peribadi dan hubungan sosialnya tetap membuat otak saya berfikir ligat. Nisbah antara kerjaya dengan kemewahan hidup beliau terlalu tidak sekata, beliau cuma seorang pegawai pemasaran!

Lalu siapakah sebenarnya yang terlibat di sebalik kematian beliau ini? Mayat beliau dikatakan dijumpai dalam keadaan terikat tetapi tiada kesan pergelutan di dalam KONDO MEWAH tersebut. Pada awalnya ada khabar yang mengatakan wujudnya penglibatan anak orang kenamaan, tetapi segera dinafikan oleh pihak polis.

Beberapa tangkapan telah dibuat, lapan orang setakat ini, cebisan tisu dengan kesan air mani juga dijumpai. Dengan tangkapan dan bukti ini, polis percaya bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan kes ini.

Di ketika cerita ini di tahap klimaks, pewartaan berterusan media terhadap tragedi ini telah menjadikan ia sebagai national public interest, cuma menunggu keputusan ujian DNA sahaja, tiba-tiba malam tadi (14 Disember 2003, Buletin Utama TV3), Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Omar secara mengejut mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini sekarang adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apakah maksudnya? Apakah selepas ini tidak ada lagi laporan? Bagaimana pula dengan keputusan siasatan? Adakah ia juga akan dirahsiakan? Maka sesiapa yang mendedahkan nanti akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi? Keputusan Ujian DNA Saddam Hussein cuma mengambil masa sehari sahaja, sepatutnya kita sudah dapat tahu siapa pembunuh Noritta, mungkinkan ia "seseorang" sehingga ia perlu dirahsiakan? Seterusnya, apakah kita akan melihat tragedi Mustakizah berulang lagi? Terus senyap... tertegakkah keadilan? Akhirnya Istana Keadilan yang tersergam itu akan menjadi kubur besar menyemadikan keadilan-keadilan yang mati.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.