QUOTE(reformist101 @ May 11 2004, 09:54 AM)
Nak mencelah skit boleh.. 2 bulan lepas aku baru beli GPS handheld, Garmin GPSmap 76S. Very useful. Ada digital kompas. Ada map. Ada elevation. Dan juga boleh track point yang kita dah tag. Tapi sebelum tu aku nak pesan, elevation yang ada pada mana2 GPS tool tak boleh digunapakai kerana elevation tu berdasarkan geoid bumi bukan berdasarkan mean sea level (aras purata laut).
Lupa nak kasi tau. Accuracy Garmin ni antara 10m ke 20m. Jauh sangat beb. Disertakan sekali software nama dia Mapsource. Map Malaysia tak lengkap cuma ada nama tempat jer. Contoh kalau kita on GPS kat PJ. Alat tu akan menunjukkan kita ada di PJ. Tapi kalau kita guna alat tu di US, siap nama jalan yang kita duduk alat tu akan paparkan.
Cerita yang lebih panjang lagi, aku dalam proses nak menggunakan iPaq dicampurkan dengan GPS dan software GIS (Mapinfo) dengan menggunakan mapbase satellite image dari Quickbird. Resolusi submeter. Kapchai aku pun leh nampak. Bila aku dah berjaya nanti, aku tunjuk kat korang.
Untuk pengetahuan ko, alat Garmin mempunyai ciri yang boleh dikatakan hampir tepat juga. Alatan Garmin ini digunakan secara meluas oleh Jabatan Ukur & Peta Malaysia. Tapi ia bergantung pada uplink/downlink satelit itu sendiri. Berkenaan kompas digital yang ko maksud tu, harus dikira semula kerana kutub bumi dan kutub magnet bumi mempunyai 'gelincir' yang mempunyai perbezaan amat ketara iaitu kutub utara dan utara magnet.
Untuk maklumat GIS, ko boleh surf dan daftar di
http://www.geodesi.jupem.gov.myKo sebut pasal Quickbird. Ko nak gunakan GPS tracking ke?
Tentang map Malaysia yang kurang lengkap tu, sebenarnya Jabatan Ukur & Peta Malaysia sedang dalam proses untuk membina satu platform GIS yang boleh didapati dengan mudah untuk kegunaan orang awam.
Pada sesiapa yang ingin berbincang secara terbuka, Helang akan berada di KL dalam bulan Jun ini. Kita boleh bertemu secara kumpulan untuk berkongsi pendapat dengan lebih jelas.