Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Memberi Salam Sesama Muslim
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
_jukebox
Assalammualaikum

Dalam masyarakat kini, jarang sungguh orang kita beri salam dan untuk menerima salam. Padahal amalan ini sudah dipraktikkan dari sejak kewujudan Nabi Adam a.s. sendiri. Tak salah kalau kita praktikkan dalam setiap reply kita di forum sekalipun dengan memulakannya dengan memberi salam. secara automatik orang yang akan membacanya akan menjawab salam itu walau didalam hatinya sendiri.

Maaf, saya cuma ada Hadithnya dalam English sahaja.

Bukhary
Volume 4, Book 55, Number 543:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "Allah created Adam, making him 60 cubits tall. When He created him, He said to him, "Go and greet that group of angels, and listen to their reply, for it will be your greeting (salutation) and the greeting (salutations of your offspring." So, Adam said (to the angels), As-Salamu Alaikum (i.e. Peace be upon you). The angels said, "As-salamu Alaika wa Rahmatu-l-lahi" (i.e. Peace and Allah's Mercy be upon you). Thus the angels added to Adam's salutation the expression, 'Wa Rahmatu-l-lahi,' Any person who will enter Paradise will resemble Adam (in appearance and figure). People have been decreasing in stature since Adam's creation.

Didalam al-Qur'an banyak diperkatakan tentang peradaban ahli-ahli syurga dimana memberi salam adalah amalan yang dipraktikkan sentiasa apabila bertemu dengan saudara/saudari semuslim.

An-Nahl 16
32 Allatheena tatawaffahumu almala-ikatu tayyibeena yaqooloona salamun AAalaykumu odkhuloo aljannata bima kuntum taAAmaloona

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.

Al-A’raaf 7
46 Wabaynahuma hijabun waAAala al-aAArafi rijalun yaAArifoona kullan biseemahum wanadaw as-haba aljannati an salamun AAalaykum lam yadkhulooha wahum yatmaAAoona

Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

Allah juga menyatakan didalam al-Qur'an bahawa penghormatan yang akan diberikannya kepada makhluk ciptaannya ialah ucapan salam

Al-Ahzab 33

44 Tahiyyatuhum yawma yalqawnahu salamun waaAAadda lahum ajran kareeman

Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera) dan Dia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. juga menunujukkan peradaban yang menjadi contoh pada kita walau kepada budak-budak sekalipun.

Hadis Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w pernah datang kepada kanak-kanak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka

Dan Rasulluah s.a.w. juga bersabda akan pentingnya memberi salam ini sebagai salah satu dari kewajipan umat sesama islam.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah
Love_Letter
ada sorang yg bukan beragama islam selalu mai umah love..

dia bagi salam...(pomen keta ...love)

kekadang love taknampak muka dia.. sebab dok kat loteng umah...

love jawab.......(kan kita ada quick reaction pasal jawab salam ni)

pas... tu ... love mula berhati2.... nak jawab salam... takut silap sekali lagik

cam ner ngan salam yg love balas ke atas lelaki tadi...
zidane_ziege
KAMAR-KAMAR DI SYURGA - bagi pemberi salam

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para
sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begituia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."

Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
smile.gif
_jukebox
QUOTE(Love_Letter @ May 17 2004, 11:34 PM)
ada sorang yg bukan beragama islam selalu mai umah love..

dia bagi salam...(pomen keta ...love)

kekadang love taknampak muka dia.. sebab dok kat loteng umah...

love jawab.......(kan kita ada quick reaction pasal jawab salam ni)

pas... tu ... love mula berhati2.... nak jawab salam... takut silap sekali lagik

cam ner ngan salam yg love balas ke atas lelaki tadi...


Bukhary
Jilid 8, Buku 74, Nombor 275
Hadis Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Ahli Kitab mengucapkan salam kepadamu, maka jawablah kepada mereka: Waalaikum
QUEEN_ROSE
oo..ada gak org bukan islam beri salam...tp takut nak jawab..tak tau nak jawab camner...skang dah tau...thanx
lolipop
Salamun'alaikum ahli forum

perlu diterangkan di forum ini yang memberi salam sesama muslim adalah diperintahkan oleh Allah dalam firmannya

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

saya hendak menghighlight disini cara memberi salam adalah Salamun alaikum dan bukan Assalamuaikum. AjaranNya terkandung dengan jelas didalam Al-Quran jika ragu2 sila lihat kepada text asal (Arab).

Ada yang mungkin menyatakan bahawa maksud Assalamualaikum dan
Salamun alaikum adalah sama. Megapa kita tidak mengikut ajaran Al-Quran yang jelas?Sila renung ayat ini.

36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.

58:8. ..... Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

terima kasih.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2017 Invision Power Services, Inc.