Help - Search - Members - Calendar
Full Version: 'qhada' sembahyang
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
AyuHannah
Assalamualaikum, kepada kawan2 sekelian saya ni dah lama nak tahu apa yg dimaksudkan dengan 'qhada' sembahyang dan bagaimana cara yg betul untuk saya lakukan?
Saya berharap sangat penjelasan yg ikhlas dari ruangan ini.

Terima kasih, Ayu
shOrt_cIrCuit
smile.gif w'slm wbt ayu..

aku nih xder aarr terer sgt nak explain bab 2 agama nih..lagi2 yg melibatkan bende 2 wajib..sunat..hall..haram..

ape yg aku tau...'qhada' sembahyang  wajib dilakukan...bila kite tertinggal solat sama ada secara sengaja @ x sengaja (tertido...gila..pengsan.etc...)...

lagi satu..'qhada' sembahyang boley dilakukan bile2 saja....lagi cepat lagi baik...

well, tu jer yg aku bole kongsi..correct me if i was wrong...
wallhua'lam...

smile.gif
Signal Power
Sememangnya konsep Qadha itu ada dalam solat.Jika ada makhluk Allah S.W.T yang menyatakan konsep Qadha tiada dalam solat ,ia adalah disebabkan dua perkara 1)kejahilan diri sendiri dan ia perlu belajar; 2) kerana berniat buruk dan ingin memusnahkan Islam dari dalam dan setiap orang Muslim perlu berhati - hati degna golongan seperti ini.

Qadha dalam ibadat merupakan satu perbuatan seperti sembahyang atau puasa yang dilakukan oleh hamba Allah sebagai ganti pada ibadat tersebut yang gagal dilaksanakan pada waktu yang telah ditetapkan.Jadi jika anda terlepas sembahyang Asar disebabkan tidur dan anda terjaga pada waktu Maghrib maka anda dihendaki menqadha' ibadat tadi dalam waktu maghrib.Wallahu A'lam.
Signal Power
Setiap sembahyang wajib yang tertinggal wajib diqadha' berdalilkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Bukhari dan Muslim:

Maksudnya:

Sesiapa yang tertidur dan meninggalkan sembahyang atau terlupa diwajibkan mengqadha'nya apabila ia teringat.  

Apalagi yang sengaja meninggalkannya lebih utama lagi.  Kerana itu orang yang sengaja meninggalkannya wajib mengqadha' dengan segera.  Adalah amat salah orang yang berpendapat tidak boleh atau tidak perlu diqadha' kerana ulama sejak dahulu iaitu salafussalih dan ulama yang terkemudian sepakat mengenai wajibnya.
Signal Power
tetap berdosa jika anda meninggalkan setiap perkara yg wajib itu dengan sengaja........
sitikhalisah
Waalaikumussalam wbt AyuHannah..

Alhamdulillah telah diterangkan oleh signal power dalam kewajipan mengqada'kan solat..

Dan sebagai tambahan sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja wajiblah ia bertaubat dan mengqada'nya semula dan menjadi syarat taubat ialah menyesal diatas perkara yang telah berlaku dan hendaklah berazam tidak akan mengulanginya lagi.

Wallahu a'lam
abang
QUOTE(Signal Power @ Sep. 09 2002,5:34)
Setiap sembahyang wajib yang tertinggal wajib diqadha' berdalilkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Bukhari dan Muslim:

Maksudnya:

Sesiapa yang tertidur dan meninggalkan sembahyang atau terlupa diwajibkan mengqadha'nya apabila ia teringat.  

Apalagi yang sengaja meninggalkannya lebih utama lagi.  Kerana itu orang yang sengaja meninggalkannya wajib mengqadha' dengan segera.  Adalah amat salah orang yang berpendapat tidak boleh atau tidak perlu diqadha' kerana ulama sejak dahulu iaitu salafussalih dan ulama yang terkemudian sepakat mengenai wajibnya.

Saya difahamkan bahawa tiada sembahyang Qadha'. Apa yang dimaksudkan hadis itu ialah bila seseorang tertidur dan terlepas waktu solat....apabila ia terjaga hendaklah dia terus menunaikan solat yang tertinggal itu walau pun waktunya telah habis. Dan apabila mengQadha kan solat tersebut dia melafazkan seperti solat waktu kebiasaannya (iaitu perkataan Qadha' tidak pon disebut). Dengan lain perkataan, solat itu wajib di tunaikan di dlm waktunya dan berdosa jika ianya meninggalkan dengan sengaja. Walau pun telah meninggalkan dengan sengaja ( dan telah berdosa), ia nya masih wajib menggantikan solat yang di tinggalkan. Di sini, dia kena mengQadhakan solat yang tertinggal itu....Tapi dia masih berdosa kerana telah meninggalkan solat yg sepatutnya ditunaikan dlm waktunya......
Osheen
Saya masih lagi confuse ttg masa utk menggantikan sembahyang yg tertinggal.
Patut digantikan pada masa atau waktu solat itu sendiri atau pada masa atau waktu solat yg lain. Contohnye, tertinggal solat zohor, kita ganti pada masa solat asar.
Bagaimana cara nak ganti solat yg telah sekian lama ditinggalkan
shaggy
biggrin.gif
Signal Power
QUOTE(abang @ Sep. 24 2002,3:49)
QUOTE(Signal Power @ Sep. 09 2002,5:34)
Setiap sembahyang wajib yang tertinggal wajib diqadha' berdalilkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Bukhari dan Muslim:

Maksudnya:

Sesiapa yang tertidur dan meninggalkan sembahyang atau terlupa diwajibkan mengqadha'nya apabila ia teringat.  

Apalagi yang sengaja meninggalkannya lebih utama lagi.  Kerana itu orang yang sengaja meninggalkannya wajib mengqadha' dengan segera.  Adalah amat salah orang yang berpendapat tidak boleh atau tidak perlu diqadha' kerana ulama sejak dahulu iaitu salafussalih dan ulama yang terkemudian sepakat mengenai wajibnya.

Saya difahamkan bahawa tiada sembahyang Qadha'. Apa yang dimaksudkan hadis itu ialah bila seseorang tertidur dan terlepas waktu solat....apabila ia terjaga hendaklah dia terus menunaikan solat yang tertinggal itu walau pun waktunya telah habis. Dan apabila mengQadha kan solat tersebut dia melafazkan seperti solat waktu kebiasaannya (iaitu perkataan Qadha' tidak pon disebut). Dengan lain perkataan, solat itu wajib di tunaikan di dlm waktunya dan berdosa jika ianya meninggalkan dengan sengaja. Walau pun telah meninggalkan dengan sengaja ( dan telah berdosa), ia nya masih wajib menggantikan solat yang di tinggalkan. Di sini, dia kena mengQadhakan solat yang tertinggal itu....Tapi dia masih berdosa kerana telah meninggalkan solat yg sepatutnya ditunaikan dlm waktunya......

yes.....bertepatan lah apa yg abg huraikan........

sebagai tambahan Qadha' adalah bahasa arab yg membawa maksud gantian........setiap perkara wajib perlu di bayar jika kita tidak sengaja melakukannya......jika perbuatan itu sengaja maka kita perlu bertaubat......dan sebagai denda kita perlu juga menggantikanya.....
rienniey
QUOTE(Signal Power @ Sep. 25 2002,9:03)

memang betul tu...
kesimpulan yang bole dibuat di sini...lengkap2kan lah solat mana yang tak lengkap...kalau kita dah tahu..kita kena buat..tak bole tangguh2 lagi..
kalau lepas ni saja-saja buat...dosa besarlah...sebab dah tahu..tapi buat tak tahu..
itulah sebahagian kelemahan manusia...dia tau perkara salah...tapi jarang benar nak elak buat perkara salah itu..
memang tak de istilah qada' solat melainkan kita tertidur....itu pun tidur yang memang tak sedar...bukan tidur yang dah sedar masuk waktu solat...pastu tangguhkan...kata banyak masa lagi...
ingatlah....bila2 masa saja Allah akan ambil nyawa hambanya..
takut2 tak sempat nak qada' solat...tambah lagi dosa kita...
bersama2lah kita bersolat apabila tiba waktunya...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.