Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Siri Petua-petua Kat Dapur...
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Info Berbagai Petua Di Dapur
Pages: 1, 2, 3, 4
Ewan_sn
Senarai Petua :
Sila KLIK pada tajuk untuk baca.

1) Hilangkan Bau Petai
2) Udang Sentiasa Segar
3) Kek Ringan Dan Lembut
4) Elak Rasa Pahit Pucuk Mengkudu
5) Kelapa Parut Tahan Lama
6) Menghilangkan tanda hitam/kerak/kesan hangus pada bahagian dalam periuk
7) Mengelak Telur Rebus Pecah
dirol.gif Masakan Termasin
9) Untuk Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar
10) Mengelakkan Tauhu Melekat Dikuali
11) Menghilangkan Bau Peti Sejuk
12) Hindarkan Bau Busuk Kulit Udang
13) Menghalau Semut
14) Memekatkan Sup....Siri (14)
15) Membersihkan minyak gorengan....Siri (15)
16) Petua Menyimpan Tomato....Siri (16)
17) Membeli Dan Menyimpan Kelapa....Siri (17)
18) Membeli, Menyedia dan Menyimpan Daging....Siri (18)
19) Nak Hilangkan Bendi Berlendir....Siri (19)
20) Menambah Lazat Masakan Bersambal....Siri (20)
21) Pekatkan Kuah Tomyam....Siri (21)
22) Memasak Ketupat....Siri (22)
23) Petua Melazatkan Air Suam....Siri (23)
24) Mengekalkan warna sayur hijau....Siri (24)
25) Meratakan garam untuk kerepek.....Siri (25)
26) Membuat sambal yang sedap.....Siri (26)
27) Tips menyediakan masakan Cina.....Siri (27)
28) Merasa garam dalam masakan...Siri (28)
29) Menghilangkan Bau Pedih Cili Semasa Memasak...Siri (29)
30) Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang...Siri (30)
31) Menghilangkan Bau Pada Botol Susu...Siri (31)
32) Menghalau Lalat Di dapur...Siri (32)
33) Petua Melembutkan Daging Liat...Siri (33)
34) Mengelak Ikan Masin Hancur...Siri (34)
35) Masalah Nasi Mentah...Siri (35)
36) Menyedapkan Air Kosong Sejuk ....Siri (36)
37) Cara Mudah Bersihkan Siput Sedut....Siri (37)
38) Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan...Siri (38)
39) Sup yang enak....Siri (39)
40) Hilangkan kesan teh pd cawan2 yg berwarna putih...Siri (40)
41) Mengenal Aneka Jenis Gula...Siri (41)
42) TIPS MEMBAKAR BISKUT...Siri (42)
43) Masak Lemak Tak Pecah Minyak...Siri (43)
44) Cucur Kodok Lembut...Siri (44)
45) Ikan Masin Rangup Dan Wangi....Siri (45)
46) Sambal Sardin Lebih Enak....Siri (46)
47) Nasi Lemak Lebih Sedap Dan Enak.....Siri (47)
48) Jemput-Jemput Menjadi Lembut...Siri (48)
49) Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong...Siri (49)
50) Segarkan Taugeh...Siri (50)
51) Menghalau Lalat Di Dapur...Siri (51)
52) Jernihkan Minyak Masak Terpakai
53) Elakkan Kuali Melekat
54) Pati Santan Lebih Banyak
55) Pekasam Tahan Lama
56) Cara Berkesan Bersihkan Kerang
57) Empukkan Kacang Hijau
58) Menghalau Tikus Di dapur







Hilangkan Bau Petai....Siri (1)

Rendam petai yg ingin dimakan atau dimasak selama 1/2 jam di dalam air basuhan beras. Jgn risau kerana kerana walaupun petai tersebut telah direndam lama dalam air, kesegaranya masih berkekalan. Cuma baunya sajer yg dikurangkan


Edirossa
Ewan_sn
Udang Sentiasa Segar....Siri (2)

Supaya udang tidak busuk dan kelihatan sentiasa segar, anda boleh cuba amalkan petua ini. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang itu segar dan tahan lama..
Ewan_sn
Kek Ringan Dan Lembut....Siri (3)

Biasanya untuk menghasilkan kek yg ringan dan lembut, kita letak bahan tambahan spt ovelet atau penstabil kek diperlukan. Tapi petua kali ini, anda cuma perlu jemur tepung gandum yg hendak digunakan utk membuat kek, atau goreng tanpa minyak tepung tu terlebih dahulu. Hasilnya nanti kek anda akan menjadi lebih lembut dan bertambah enak.
rani
thanks. info yang bagus. wink.gif
Adinda
Menghilangkan tanda hitam/kerak/kesan hangus pada bahagian dalam periuk


masukkan air coke..iya..coca cola tu..ke dalam periuk berkenaan..
banyaknya? sekadar menutup paras kesan hangus/kerak tadi..
didihkan di atas dapur..
tanpa disedari, kesan hangus tadi akan tanggal..
kacau2 sikit dgn senduk kayu jika mahu..kalau tak mahu pun takpe..
apabila semua kesan dah tanggal, cucilah periuk seperti biasa..
Adinda dah cuba dan berhasil..Alhamdulillah..
cubalah yer.. smile.gif)
Adinda
kerak nasi yg melekat pada periuk juga bole ditanggalkan dengan cara yg berikut..
cara ini diperolehi secara tak sengaja oleh Adinda..tetapi..hasilnya menakjubkan..
tudungkan periuk itu dgn tutupnya..
masukkan dalam peti sejuk..(bukan dalam freezer tau)
biarkan selama sehari atau dua..
apabila periuk itu dibuka..kerak nasi itu telah kembang dengan sendirinya ditambah pula dgn wap air yg dihasilkan..
dgn mudahnya anda dapat keluarkan kerak nasi itu..
kalau ada kulat tumbuh..ehek ehek..tak jamin ler..hehehe... tongue.gif)
ala..cuci ler dgn sabun Axion lepas tu..pasti berbau harum..hahahahaha... laugh.gif) laugh.gif))
Ewan_sn
Elak Rasa Pahit Pucuk Mengkudu...Siri (5)

Pucuk dan putik mengkudu tu dicuci kemudian direbus. Ketika hampir empuk, masukkan air perahan asam jawa. Setelah empuk, angkat dan tos. Nescaya pahit tiada lagi.
Ewan_sn
Kelapa Parut Tahan Lama....Siri (6)


Ada petua mudah menyimpan kelapa parut tanpa menyimpannya dalam peti sejuk. Apa yg perlu dilakukan ialah ambil selembar daun pisang dan letakkan dlm satu bekas. Letakkan kelapa parut atas daun pisang, kemudian kukus sebentar. Cara begini, puan boleh menyimpan kelapa parut itu sebelum diperah santannya. Ia tahan lama
Ewan_sn
Mengelak Telur Rebus Pecah....Siri (7)

Didihkan dahulu air dgn garam. Kemudian baru masukkan telur ke dalam air.
Ewan_sn
Masakan Termasin....Siri (dirol.gif

Potongkan kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah kentang lembut, keluarkan semula.
Qiena
QUOTE(Adinda @ Nov 26 2004, 05:56 AM)
menghilangkan tanda hitam/kerak/kesan hangus pada bahagian dalam periuk..

masukkan air coke..iya..coca cola tu..ke dalam periuk berkenaan..
banyaknya? sekadar menutup paras kesan hangus/kerak tadi..
didihkan di atas dapur..
tanpa disedari, kesan hangus tadi akan tanggal..
kacau2 sikit dgn senduk kayu jika mahu..kalau tak mahu pun takpe..
apabila semua kesan dah tanggal, cucilah periuk seperti biasa..
Adinda dah cuba dan berhasil..Alhamdulillah..
cubalah yer.. smile.gif)

guna air coke utk ilangkan kesan hangus...??
camne la kalo dah masuk dalam usus kita kan?

huh.gif
pUteRi eLiSa
ermm..good info.. wink.gif
Ewan_sn
Untuk Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar...Siri (9)

Hanya titikkan 3-4 titik peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan hingga warna kunyit dlm pengisar tu mengembang. Cucikan pula dgn hampas kelapa atau kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya..

Selamat mencuba!
Adinda
QUOTE(Qiena @ Nov 30 2004, 01:35 AM)
QUOTE(Adinda @ Nov 26 2004, 05:56 AM)
menghilangkan tanda hitam/kerak/kesan hangus pada bahagian dalam periuk..

masukkan air coke..iya..coca cola tu..ke dalam periuk berkenaan..
banyaknya? sekadar menutup paras kesan hangus/kerak tadi..
didihkan di atas dapur..
tanpa disedari, kesan hangus tadi akan tanggal..
kacau2 sikit dgn senduk kayu jika mahu..kalau tak mahu pun takpe..
apabila semua kesan dah tanggal, cucilah periuk seperti biasa..
Adinda dah cuba dan berhasil..Alhamdulillah..
cubalah yer.. smile.gif)

guna air coke utk ilangkan kesan hangus...??
camne la kalo dah masuk dalam usus kita kan?

huh.gif

wallahu'alam...
memang Adinda cuba kat periuk berkesan esp. bila kita nak guna periuk tu dgn segera.
taktahulah kenapa carbonated drink jenama Coca-cola yg disyorkan. Adinda cuba jenama Coca Cola, bole jer. Belum try plak dgn 7-up.. tongue.gif)
entah2 bole gak..
Ewan_sn
Mengelakkan Tauhu Melekat Dikuali....Siri (10)

Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu atau gaul dgn garam sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Nak senang lagi...belilah non stick pan laugh.gif
Adinda
tauhu...tauhu...tauhu...tauhu...tauhu...tauhu... tongue.gif tongue.gif
Ewan_sn
Menghilangkan Bau Peti Sejuk....Siri (11)

1) Letakkan ARANG dlm peti sejuk

2) Letakkan essen vanilla ke dalam bekas yg kecil dan simpan dlm peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar
Ewan_sn
Hindarkan Bau Busuk Kulit Udang....Siri (12)

Siramkan kulit udang dgn air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan kedalam tong sampah, ia juga mengelakkan dari dihurung lalat.
Ewan_sn
Menghalau Semut....Siri (13)

Letakkan beberapa batang kayu manis dan bunga cengkit ke dalam bekas berisi gula
Ewan_sn
Memekatkan Sup...Siri (14)

Kekadang kita tterlebih buh air dan menjadikan sup cair. Untuk memekatkannya, masukkan sedikit kentang rebus yg dilecek.
Ewan_sn
Membersihkan minyak gorengan...Siri (15)

Jika anda menghadapi masalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.
Ewan_sn
Petua Menyimpan Tomato...Siri (16)


Tomato memang sedap dimakan begitu saja. Ia berkhasiat utk tubuh badan. Tetapi adakalanya kita terlebih membeli tomato yg masak dan ia cepat rosak. Jika tomato terlalu masak atau lembik, rendamkan tomato itu dalam ais bergaram selama setengah jam, kemudian bolehlah disimpan. Selamat mencuba...
Ewan_sn
Membeli Dan Menyimpan Kelapa...Siri (17)

Buah kelapa yg baik adalah kelapa yg berwarna putih bersih, tebal dan renyah. Permukaannya tidak berlendir, kulit coklatnya bersih, tidak terkelupas dan beraroma khas kelapa. Lebih baik membeli kelapa yg masih utuh.

Kelapa parut hendaklah disimpan dalam peti sejuk di bahagian pembeku. Jangan simpan lebih dari seminggu.
Ewan_sn
Membeli, Menyedia dan Menyimpan Daging...Siri (18)


Ketika Membeli

- Tanda umum daging segar adalah berwarna merah cerah ,mengilat, tekturnya padat kenyal dan elastik bla ditekan dgn jari, serta beraroma khas daging. Bla ada lemak warnanya masih putih.

- Untuk daging ayam, berwarna pink segar mengilat, teksturnya padat, kenyal dan elastik, tidak ada lebabm, kulitnya utuh, bersih dari kotoran termasuk bulu ayam dan beraoma khas ayam.


Ketika Menyediakan

- Apabila daging beku, jgn cairkan di suhu bilik, kerana proses thawing akan memakan masa yg cukup lama. Dikhuatiri pada ketika tersebut mikrob boleh berkembang biak.. Lakukan thawing dlm peti sejuk. Daging yg telah mengalami proses ini diberikan kembali kerana zat daging boleh berkurang.

- Cara memasak daging yg bagus ialah dengan merebus (terutama dlm minyak buat rendang atau gulai, kerana titik didih minyak di atas 100 celcius.


Ketika Menyimpan

- Simpan daging dalam freezer, tak perlu dicuci, hanya dibilas sahaja di permukaannya dgn air lalu keringkan dgn kertas. Potong minimal 200-300 gram, bungkus dlm plastik, lalu bekukan. Sebaiknya tidak simpan daging beku lebih seminggu.

- Jgn menyimpan daging mentah bersama dgn bahan makanan lain, terutamanya makanan masak.
Ewan_sn
Nak Hilangkan Bendi Berlendir...Siri (19)

Setelah dipotong serong, rendam bendi ke dalam air garam terlebih dahulu kemudian baru masak. Itu jer....Senangkan! laugh.gif
alya huda
QUOTE(Qiena @ Nov 30 2004, 09:35 AM)
QUOTE(Adinda @ Nov 26 2004, 05:56 AM)
menghilangkan tanda hitam/kerak/kesan hangus pada bahagian dalam periuk..

masukkan air coke..iya..coca cola tu..ke dalam periuk berkenaan..
banyaknya? sekadar menutup paras kesan hangus/kerak tadi..
didihkan di atas dapur..
tanpa disedari, kesan hangus tadi akan tanggal..
kacau2 sikit dgn senduk kayu jika mahu..kalau tak mahu pun takpe..
apabila semua kesan dah tanggal, cucilah periuk seperti biasa..
Adinda dah cuba dan berhasil..Alhamdulillah..
cubalah yer.. smile.gif)

guna air coke utk ilangkan kesan hangus...??
camne la kalo dah masuk dalam usus kita kan?

huh.gif

blink.gif blink.gif blink.gif
alya huda
QUOTE(edirossa @ Jan 2 2005, 10:13 PM)
Nak Hilangkan Bendi Berlendir

Setelah dipotong serong, rendam bendi ke dalam air garam terlebih dahulu kemudian baru masak. Itu jer....Senangkan! laugh.gif

good info.. rolleyes.gif rolleyes.gif
Ewan_sn
Menambah Lazat Masakan Bersambal...Siri (20)

Bagi yg gemar masakan bersambal, anda boleh membuat masakan anda kadi lebih lazat. Caranya mudah jer. Masukkan sedikit air perahan limau kasturi sebagai ganti asam jawa. Insyallah masakan anda akan menjadi lebih lazat.

Selamat mencuba.. wink.gif
Ewan_sn
Pekatkan Kuah Tomyam...Siri (21)


Potongkan beberapa biji tomato dan kisar dgn sedikit air. Masukkan air tomato tadi ke dalam tomyam anda. Tomyam anda bukan saja sedap, malah warnanya juga berseri dan menarik utk dimakan. Anda juga boleh masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung.
mama_elin
Senarai Petua :

1) Hilangkan Bau Petai - letak dlm tupperware tutup rapat2 (dlm peti ais la)

2) Udang Sentiasa Segar - mama memang fav. seafood, tak kira sotong ataupun udang besar..bila dah basuh, nak simpan dlm fridge, susun bebaik..sekor2, dpt penuh 1 lapisan, taburkan garam kasar ataupun garam halus..tutup 1 layer tu ngan garam, and susun balik 2nd layer lak udang tu atas garam tu, then ulangi lagi..
baik yg sotong juga, nak simpan, buangkan skin dia yg warna hitam tukan, tinggalkan yg putih shj, then susun bebaik, then taburkan garam macam udang tadi tu..

3) Kek Ringan Dan Lembut - tak tahu

4) Menghilangkan Tanda Hitam Pada Bahagian Dalam Periuk.. - selalunya mama beli hak amway tunyer..memang berkesan la..

5) Elak Rasa Pahit Pucuk Mengkudu - ada yg pahit ker, mama sellau makan, tak dpt lak yg pahit..petik yg tua kot tu..

6) Kelapa Parut Tahan Lama - selalu beli dlm kotak shj, tapi mak mentua mama, selalunya perahkan jadi santan then letak di atas peti sejuk bekunyer..then bila nak pakai, dia potong2 la

7) Mengelak Telur Rebus Pecah - hmm takde cara lain lagi hanya letak garam..petua dulu kata, letak telur tu dulu then baru letak air.

dirol.gif Masakan termasin - tambahkan air jer..hahahahah..entah so far takde lak yg bebetul masin..masinn sikit tu adala...tapi selalunya mama tambah bahan lagi atau air la..

9) Untuk Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar - hmm tak pernah cuba lagi

10) Mengelakkan Tauhu Melekat Dikuali - pastikan kuali tu bukan jenis yg melekat, make sure minyak panas bebetul..
mama kat umah pakai deep fryer, senang, baik ayam ker, ikan ker, nugget ker, french fries ker..semuanya dlm tuh..easy. kuali hanya pakai utk masak sayur jer.

11) Menghilangkan Bau Peti Sejuk - letak bunga sundal malam..kekal lama

12) Hindarkan Bau Busuk Kulit Udang - ni memang tak dpt lari la, kalau di tangan boleh pakai limau, tapi mama semuanya pakai sabun yg hilangkan bau tu..hand odour.

13) Menghalau Semut - aper lagi redsect la..hahahaha

14) Memekatkan Sup - letak potato, hancurkan2 sikit..takpun ada yg cakap letak tepung jagung..tapi tak pernah cuba..cair biaq pilah cair..kalau nak pekat lagi..angkat semua lauk dlm tu, then biarkan lah sup tu mendidih lagi..pekat lah ia

15) Membersihkan minyak gorengan - tapis la..kekekeke
tak pun goreng kentang balik, dari warna hitam terus tukau ke kekuningan balik..selalu mama amalkan dlm deep fryer tu la.

16) Petua Menyimpan Tomato - selalunya mama beli tomato utk buat spaghetti shj..selalu siang awal2, then simpan dlm tupperware, simpan dlm petia ais..nak pakai shj, dah potong and kekal lah gak lama w/pun ia berair..lagi sedap jus dia tuh..

17) Membeli Dan Menyimpan Kelapa - seperti di atas tu..kelapa parut

18) Membeli, Menyedia dan Menyimpan Daging - jarang sebenarnya makan daging ni..tapi belah mak mentua mama org nogori..father in law mama rajin dia salai, then bungkus dlm paper & simpan la dlm peti sejuk..bila nak masak shj aper lagi cili api la..diorang ambil jelah..

19) Nak Hilangkan Bendi Berlendir - suker makan bendi (masak kari), tapi mama tak pernah beli coz papa x suka makan, jadi tak tahu..so kalau nak makan shj, kebetulan dlm masakan kari tu ada bendi..aper lagi masa tulah mama makan..beli kat gerai

20) Menambah Lazat Masakan Bersambal - hmm masakan sambal mama simple shj, letak cili boh, letak sos cili, letak bwang besar banyak2 then letak la lauk ker, ayam goreng ker..tahu2 jer licin lah jugak
tapi bila buat sambal tumis telor, tu pulang ke tradisional balik, ngan asam jawanyer, ngan belacan nyer, cili sos tetap tak tinggal..ngan bawang besar..

21) Pekatkan Kuah Tomyam
- tak pernah masak lagi..hahahaha, asal nak makan tomyam jer, gie la gerai in law mama, memang diorang berniaga tomyam pada malam harinya...kekekekeke
Ewan_sn
Petua Memasak Ketupat

Sewaktu merebus ketupat, tutup periuk dan letakkan pemberat kat penutup periuk berkenaan. Ini untuk mengelakkan ketupat dr terapung di permukaan. Perhatikan selalu air rebusan ketupat, tambahkan jika air mulai berkurangan. Tambahkan dengan air panas. Tukarkan ketupat dibahagian atas dgn bahagian bawah dan sebaliknya sehingga ketupat selalu terendam kat dalam air rebusan serta masak dgn sempura.

Insyallah..ketupat akan jadi padat, sedap dan lembut isinya..Selamat mencuba!! wink.gif
Ewan_sn
Petua Melazatkan Air Suam

Ketika anda memasak air, letakkan beberapa helai daun pandan (bergantung kepada isipadu air) ke dalam cerek air yang hendak di masak .....

Setelah di masak air tersebut akan lebih wangi dan sedap pabila diminum
Ewan_sn
Mengekalkan warna sayur hijau


Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
Ewan_sn
Meratakan garam untuk kerepek


Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau bagaimanapun kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.
Ewan_sn
Membuat sambal yang sedap

Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi
Ewan_sn
Mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi


Untuk mengelakkan nasi yang dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh beras kali pertama hingga ke tiga dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke empat bila anda masukkan air ke dalam beras itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur.
Ewan_sn
Tips menyediakan masakan Cina

1. Masakan Cina sebaiknya disiapkan sesaat sebelum dihidangkan. Kalau tidak, rasa sayur dan dagingnya tidak akan segar lagi.

2. Gunakan selalu api yang besar. Setelah semua bahan dimasukkan, tutup sejenak agar wap tidak keluar dan masakan cepat matang tanpa menjadi lembik.

3. ANG CIU adalah arak yang terbuat dari beras. Gunanya untuk mengurangi bau anyir. Sebagai pengganti, gunakan air jeruk nipis.

4. Minyak bijan memberikan rasa yang khas. Tetapi masukkan pada tahap yang paling akhir setelah
hidangan masak agar tidak tercium seperti bau hangus.

5. Kumpulkan lemak ayam, goreng dengan sedikit minyak. Sesudah semua lemak mencair, saring dan bekukan dalam peti sejuk. Setiap kali anda hendak memasak hidangan Cina, lemak ayam lazat untuk digunakan ketika menumis, terutama sayuran.

6. Untuk resipi yang memakai daging ayam atau lembu, pilihlah bahagian yang paling baik dan hiris
tipis-tipis supaya cepat matang tapi tidak liat.

7. Sos masakan Cina biasanya kental, ini diperoleh dengan cara masukkan campuran 1 sudu teh tepung sagu/maizena dgn 2 sudu makan air. Masukkan sesaat sebelum masakan diangkat dari api
Ewan_sn
Merasa garam dalam masakan

Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya. Selamat mencuba.
Ewan_sn
Menghilangkan Bau Pedih Cili Semasa Memasak


Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba.
Ewan_sn
Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang

Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih. Kemudian barulah dimasak.
Ewan_sn
Menghilangkan Bau Pada Botol Susu

Setelah beberapa bulan digunakan, botol susu bayi biasanya akan mengeluarkan bau yg agak kurang mneyenangkan. Bagi menghilangkan bau ini ikut cara di bawah;

- Mulu-mula basuh botol
- Kemudian rendamkan botol dengan iar sejuk kira-kira 10-15 minit
- Setelah itu masukkan air suam, sedikit serbuk sabun dan sedikit garam. Goncang sehingga berbuih dan biarkan sebentar.
- Setelah dibuang air sabun tadi, masukkan semula air suam dan sedikit garam ke botol lalu berus rata-rata. Akhir sekali bilas botol bersih-bersih dan keringkan.
Ewan_sn
Menghalau Lalat Di Dapur

Kehadiran lalat di dapur sangat tidak disenangi. Namun kini anda tidak perlu risau lagi kerana ada cara untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air.

Selepas itu lapkan kain tersebut pasa sekitar ruang dapur seperti meja makan, cabinet serta dapur memasak, juga tempat2 lain yg anda rasa perlu. Insyaallah, lalat pasti akan berkurangan..
Ewan_sn
Petua Melembutkan Daging Liat...Siri (33)

Kadang-kala anda tersilap membeli daging yg sudah liat...
Ini amat menyukarkan utk dimasak..
Kerana terpaksa direbus sehingga la lembut..

Utk memudahkan memasaknya..
Anda hanya perlu menumbuk halia sebsar ibu jari dgn bawang putih..
Gaulkan ramuan tersebut bersama daging sehingga sebati..
Dan biarkan setika..Insya-Allah..Daging tersebut akan menjd lembut ketika memasak..
Stainless Steel
Edi... aku nak tanya kau ni.. mana kau dpt segala petua2 ni. Ada je idea bagus kau ni. Takyah aku beli majalah2. Jimat duit aku.

Kakak-kakak.... surirumahtangga, sila lah rujuk petua Edi ni ada gunanya. Tak salah cuba.
Ewan_sn
QUOTE(Stainless Steel @ Apr 11 2005, 11:15 AM)
Edi... aku nak tanya kau ni.. mana kau dpt segala petua2 ni. Ada je idea bagus kau ni. Takyah aku beli majalah2. Jimat duit aku.

Kakak-kakak.... surirumahtangga, sila lah rujuk petua Edi ni ada gunanya. Tak salah cuba.

edie tahu sebab edie ambil tahu.

edie ambil tahu sebab edie perbah jadi pembantu tukang masak satu masa dulu

edie tahu sebab edie banyak tanya dan banyak baca.. wink.gif
Stainless Steel
Oooo penah jadi pembantu tukang masak ye.. patutla... serba tau.

Aku byk baca buku tapi byk pulak lupa nye... maklum laki cam aku ni janji bersih cukup...
Ewan_sn
QUOTE(Stainless Steel @ Apr 11 2005, 11:23 AM)
Oooo penah jadi pembantu tukang masak ye.. patutla... serba tau.

Aku byk baca buku tapi byk pulak lupa nye... maklum laki cam aku ni janji bersih cukup...

Kita sebagai lelaki, tak akan jatuh maruah kita kalau tahu semua tu... wink.gif
Stainless Steel
Ok.. OK noted. Ni ha Edi... aku tgh up kan lagi thread ko kat mesra ni... boleh kan. Byk infor berguna. Bila dah up, senang aku nak print tampal kat buku. Blkg sgt..

Ni baru lah betul infor petua berguna...
Ewan_sn
QUOTE(Stainless Steel @ Apr 11 2005, 11:35 AM)
Ok.. OK noted. Ni ha Edi... aku tgh up kan lagi thread ko kat mesra ni... boleh kan. Byk infor berguna. Bila dah up, senang aku nak print tampal kat buku. Blkg sgt..

Ni baru lah betul infor petua berguna...

ok...no hal..tak guna ada ilmu kalau cuma simpan kat dalam freezer..

Cuma tanya kat cikgu2 tu..kalau bukan sebab dia sebagai cikgu sampaikan ilmu kat org lain...rasa2nya dia leh ingat tak ilmu2 yg dia ada tu? Jawapannya TIDAK..malah akan lupa ditelan waktu..
Ewan_sn
QUOTE(Stainless Steel @ Apr 11 2005, 11:35 AM)
Ok.. OK noted. Ni ha Edi... aku tgh up kan lagi thread ko kat mesra ni... boleh kan.

Boleh tu mmglah boleh..tapi tak sedaplah..mesra ni bukan mak bapak aku yg punya...nanti penuh dgn thread aku jer..meluatlak org lain menengoknya.. takmo lah sampai camtu..sad.gif huh.gif

aku tak naklah org meluat-luat kat aku...sayang2 takper lah.. laugh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.