Edirossa
Jan 1 2005, 09:30 PM
Edirossa
Jan 1 2005, 09:37 PM
Apa Harus Dilakukan Jika Keracunan Makanan?Tanda keracunan makanan secara langsung ialah seperti berasa pening, mual, muntah dan cirit birit. Jangan Panik! Ambil langkah2 berikut ;
1) Minum norit dan banyakkan minum air masak
2) Jika cirit birit, minum larutan oralit atau larutan garam dicampur gula
3) Jika muntah, sesak nafas, cirit birit tanpa henti, dan pengsan, segera jumpa doktor...yg ini takder petua
4) Untuk mudahkan rawatan, ingatlah makanan yg anda ambil. Ambil sedikit dan bekukan di freezer utk mengesan racun yg anda telan.
5) Berapa banyak yg anda makan sebelumnya?
6) Ingat simpton keracunan yg anda alami itu bila?
7) Di mana anda mengalami keracunan?...0X
alya huda
Jan 3 2005, 02:57 AM
QUOTE(edirossa @ Jan 1 2005, 09:37 PM)
Apa Harus Dilakukan Jika Keracunan Makanan?Tanda keracunan makanan secara langsung ialah seperti berasa pening, mual, muntah dan cirit birit. Jangan Panik! Ambil langkah2 berikut ;
1) Minum norit dan banyakkan minum air masak
2) Jika cirit birit, minum larutan oralit atau larutan garam dicampur gula
3) Jika muntah, sesak nafas, cirit birit tanpa henti, dan pengsan, segera jumpa doktor...yg ini takder petua
4) Untuk mudahkan rawatan, ingatlah makanan yg anda ambil. Ambil sedikit dan bekukan di freezer utk mengesan racun yg anda telan.
5) Berapa banyak yg anda makan sebelumnya?
6) Ingat simpton keracunan yg anda alami itu bila?
7) Di mana anda mengalami keracunan? mana dapat semua ni..kira professer serba tahu lak..
Edirossa
Jan 8 2005, 03:38 PM
Kurma, Madu Dan Kismis
Kurma
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yangberasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baiksebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihirdan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurmayang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". Nabi saww bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akanmenyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi saww bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelumdia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadiseorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Kismis
Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 bijisetiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, makadia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkanpenyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapatmenghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa". Nabi saww bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapatmenghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Madu
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saww sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimumemperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran". Rasul saww bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Rasul saww bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Rasul saww bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapatmengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segalapenyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Rasul saww bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu danmenjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Rasul saww bersabda: "Lima perkara dapat menghilangkan lupa, menambah
hafalan dan menghilangkan lendir yaitu bersiwak (bersikat gigi), puasa,membaca Al-Quran, meminum madu dan memakan luban". (Dari kitab Makarimul Akhlaq)
P/s: Setiap apa yg ada disebut dalam al-quran dan hadith selalunya akan terbukti kebenaranya jika dilakukan ujian klinikal.
Edirossa
Jan 8 2005, 03:50 PM
FORMULA MENGIRA BERAT BADAN YG SESUAI (BMI)
Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) bahagi Ketinggian (m) kali Ketinggian (m)
Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6
Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese<berat badan berlebihan
Edirossa
Jan 14 2005, 08:42 AM
Tauhu banyak khasiat
SUDAH ramai yang mengetahui bahawa tauhu adalah antara makanan berkhasiat tinggi dan elok dijadikan menu di dalam sajian harian. Antara kandungan khasiatnya ialah mengandungi zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolesterol dan protein yang kaya dengan asid amino penting.
Di samping itu, tauhu juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium. Bukan saja banyak khasiat, tauhu juga adalah makanan yang paling senang untuk disediakan dan boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti menggoreng, rebus, kukus dan sebagainya.
Edirossa
Jan 20 2005, 10:25 PM
Makanan Untuk Hidup Lama
Buncis, blueberi, brokoli, gandum, limau, ikan salmon, kacang soya, bayam, teh hijau atau hitam, tomato, labu dan yogurt disebut-sebut sebagai makanan super kerana boleh membantu hidup seseorang lebih lama dan lebih sihat.
Makanan ini diyakini dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser dan diabetes.
Menurut pakar bedah plastik dari California Dr. Steven Pratt, makanan super yg dinyatakan ini boleh memberi khasiat terbaik utk setiap org.
Kerana itu, mekanan super itu mengandungi zat bagi meningkatkan vitamin, serat dan bahan kimia utk penyerang penyakit terbaik seperti lycopene yg diketahui boleh mencegah cancer selain mengelakkan kulit kendur dan menjaga tubuh tetap langsing. Menurut Dr. Pratt lagi, makan makanan yg betul boleh mengubah sebahagian dari biokimia utk membantu menghentikan kerosakan sel yg dapat berkembang menjadi penyakit.
Edirossa
Jan 20 2005, 10:36 PM
Pisang Jauhkan Stroke
Kajian menunjukkan dgn makan pisang setiap hari merupakan cara terbaik utk mencegak strok kerana pisang mengandungi potasium. Penemuan ini berdasarkan kajian yg dijalankan keatas 5600 lelaki dan wanita, di mana lebih dpd 65 peratus ditemui 1.5 kali lebih berisiko diserang strok kerena mereka kurang mengambil makanan yg mengandungi potasium dlm pola makanan mereka dibandingkan dgn yg mengambil byk potasium.
Menurut para pengkaji di Queen's Medical Centre di Hawaii, difinasi pengambilan potasium rendah adalah kurang dari 2.4 gram per hari sedangkan pengambilan dalam kategori banyak adalah lebih dari empat gram per hari.
Potasium berkerja dgn sodium untuk mengatur keseimbangan cairan, denyut jantung, konstraksi otot dan ransangan saraf. Ketika kadar potasium meningkat, kadar sodium akan menurun. Ini bermakna makanan yg kaya dgn potasium boleh membantu mengimbangi pengaruh sodium berlebihan seperti tekanan darah tinggi.
Tanda2 lain kekurangan potasium ialah lesu dan haus yg berlebihan. Sebiji pisang besar mengandungi sekitar 500mg potasium atau sekitar satu pertujuh dari pengambilan yg dicadangkan.
Selain kaya dgn potasium, pisang juga mengandungi labih dari satu perempat vitamin B6 yg diperlukan setiap hari termasuk asid folik. Ini menjadikan pisang sebagai makanan penting bagi ibu yg mengandung dan wanita yg ingin memiliki bayi. Di samping berguna untuk mengubati sembelit, ia juga boleh dimakan untuk mendapatkan tubuh yg langsing kerana hanya mengandungi sekitar 95 kalori.
Edirossa
Jan 22 2005, 11:16 AM
Khasiat Dan Kegunaan Asparagus
Asparagus kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, niasin, vitamin A dan C. Sayur-sayuran ini juga mengandungi elemen-elemen yg baik untuk kelenjar tiroid, pineal, adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Asparagus juga mengandungi sejenis bahan yg disebut asparajin yg memboleh sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Bagi mereka yg mengalami masalah buah pinggang, air rebusan asparagus mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif bagi meringankan masalah tersebut. Air rebusan asparagus ini dikatakan dapat menyerap mendapat asid urik dan memudahkan pengeluaran air kencing.
Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan makanan berlemak dan bergula. Tabiat pemakanan seperti ini menyebabkan asid terkumpul dgn banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yg tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekali gus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.
Di kalangan sayuran yang mengandungi asid folik, dikatakan asparagus adalah antara pembekal utama asid folik ini. Sebanyak 5.3 auns hidangan asparagus menyediakan 60% folacin yang dicadangakan bagi pembentukkan sel darah serta bagi pertumbuhan dan penghalang kepada penyakit hati. Di katakan folacin dapat memberi pencegahan kepada kecacatan saraf seperti spina bifida, satu keadaan penyakit yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian seramai 2,500 bayi setiap tahun. Selain itu terdapat bebera kajian yg mendapati bahawa asparagus dapat juga dijadikan sebagai ubat untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Melalui beberapa ujian klinikal mendapat asparagus dapat meningkatkan jumlah sperma. Asparagus juga kaya dengan vitamin A dan ini bermakna ia bagus untuk penglihatan.
Edirossa
Jan 22 2005, 07:13 PM
CEKUR - Khasiat Tonik Bagi Wanita Bersalin
Selain digunakan dalam resepi masakan, cekur adalah tumbuhan herba yg tidak mempunyai batang.
Cekur mempunyai akar yg berisi yg dinamakan rizom. Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning-oren. Ubi akar yg dikeluarkan daripada rizom adalah panjang, berisi, beraroma dan tidak bercabang. Bahagian rizom ini digunakan dalam merawat beberapa penyakit. Kajian saintifik menunjukkan akar cekur mempunyai minyak pati seperti kamprof, etil, alkohol dan borneol.
Di Malaysia, rizom ini sering digunakan sebagai rempah untuk menyedapkan nasi. Apabila digaul dgn minyak, cekur digunakan sebagai minyak sapu untuk menyembuhkan luka dan reumatisme. Apabila direbus, rizom diminum sebagai tonik utk meningkatkan tahap kesihatan wanita tersebut. Selain itu cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yg bengkak dgn menempelkan daun cekur yg telah digiling. Sekiranya terasa gatal pada anak tekak, sedikit rizom dikunyah bersama garam.
Selain dibuat kerabu ia juga boleh dimasak. Daun cekur biasanya dimasak sayur cekur manis. Ramai yg menggemarinya kerana ia manis dan berlemak.
Edirossa
Jan 23 2005, 02:31 PM
Khasiat, Sejarah Dan Adab Minum Air Zam-Zam
Bukan juga satu perkara baru khususnya penduduk Malaysia, pulang daripada mengerjakan haji di Makkah bersama satu atau dua bekas air zamzam yang dipersetujui fuqaha bahawa sunat meminum air berkat itu ketika melakukan ibadat haji atau umrah. Hukum sunat itu disahihkan nas asy-Syafi`eyah bahawa ia bukan hanya selepas mengerjakan tawaf tetapi nikmatnya boleh dikongsi bersama oleh mereka yang tidak berpeluang menunaikan haji di tanah suci.
Tidak hairanlah kalau ada jemaah haji yang pulang dari Makkah menghadiahkan ole-ole air zamzam kepada keluarga terdekat, saudara, handai dan taulan sebagai tanda menghormati khasiat air itu. Mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW gemar untuk meminum air zam-zam. Dalam satu kejadian, baginda pernah mencedok air perigi zamzam menggunakan tangannya. Kerana itu, ramai yang sanggup lakukan apa saja asalkan dapat bawa pulang air zamzam sebagai tanda sudah mengerjakan fardu haji.
Sejarah Wujudnya Air Zam-Zam
Yang nyata, air zamzam hanya ada di kota suci Makkah tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.
Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi perubatan dan kesihatan.
Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam
Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata: "Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."
Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."
Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.
Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.
Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada
2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.
Adab Minum Air Zam-Zam
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.
Khayty
Jan 23 2005, 03:24 PM
Bila bercakap pasal kesihatan dan pemakanan....saya teringat masa Ramadhan yg lalu...ada tikanya terlalu letih utk bangun sahur sebab dah tido lewat.Saya pun hanya jamah 2 butir buah tamar utk alas perut.Alhamdullilah..beberapa kali begitu bila saya lihat dan rasa,pada hari yg saya tak bangun sahuratau agak lewat bangun sahur, tapi hanya sempat jamah kurma,saya rasa cukup bertenaga sepanjang hari.
Edirossa
Jan 23 2005, 04:13 PM
QUOTE(khaytykhir @ Jan 23 2005, 03:24 PM)
Bila bercakap pasal kesihatan dan pemakanan....saya teringat masa Ramadhan yg lalu...ada tikanya terlalu letih utk bangun sahur sebab dah tido lewat.Saya pun hanya jamah 2 butir buah tamar utk alas perut.Alhamdullilah..beberapa kali begitu bila saya lihat dan rasa,pada hari yg saya tak bangun sahuratau agak lewat bangun sahur, tapi hanya sempat jamah kurma,saya rasa cukup bertenaga sepanjang hari.
Dr Tuah Iskandar gi umrah seminggu cuma makan kurma jer..tak makan lain..dia kata semakin sihat...!!
Khayty
Jan 23 2005, 04:15 PM
QUOTE(edirossa @ Jan 23 2005, 05:13 PM)
QUOTE(khaytykhir @ Jan 23 2005, 03:24 PM)
Bila bercakap pasal kesihatan dan pemakanan....saya teringat masa Ramadhan yg lalu...ada tikanya terlalu letih utk bangun sahur sebab dah tido lewat.Saya pun hanya jamah 2 butir buah tamar utk alas perut.Alhamdullilah..beberapa kali begitu bila saya lihat dan rasa,pada hari yg saya tak bangun sahuratau agak lewat bangun sahur, tapi hanya sempat jamah kurma,saya rasa cukup bertenaga sepanjang hari.
Dr Tuah Iskandar gi umrah seminggu cuma makan kurma jer..tak makan lain..dia kata semakin sihat...!! Tu lah..berkhasiat sungguh buah tamar tu...
eddie,kalau bukan bulan Ramadhan..kat mana nak carik buat tamar kat KL nie?
Edirossa
Jan 23 2005, 06:39 PM
QUOTE(khaytykhir @ Jan 23 2005, 04:15 PM)
QUOTE(edirossa @ Jan 23 2005, 05:13 PM)
QUOTE(khaytykhir @ Jan 23 2005, 03:24 PM)
Bila bercakap pasal kesihatan dan pemakanan....saya teringat masa Ramadhan yg lalu...ada tikanya terlalu letih utk bangun sahur sebab dah tido lewat.Saya pun hanya jamah 2 butir buah tamar utk alas perut.Alhamdullilah..beberapa kali begitu bila saya lihat dan rasa,pada hari yg saya tak bangun sahuratau agak lewat bangun sahur, tapi hanya sempat jamah kurma,saya rasa cukup bertenaga sepanjang hari.
Dr Tuah Iskandar gi umrah seminggu cuma makan kurma jer..tak makan lain..dia kata semakin sihat...!! Tu lah..berkhasiat sungguh buah tamar tu...
eddie,kalau bukan bulan Ramadhan..kat mana nak carik buat tamar kat KL nie?
Buah kurma ada kat rumah eddie sepanjang tahun..tak kira ramadhan ker tak ramadhan..Gitu gak dgn buah apple hijau..
Kurma kat pasaraya byk per...
Edirossa
Jan 25 2005, 11:35 AM
Keracunan makanan boleh dielak
RESMI kita bila memilih tempat-tempat makan mahupun restoran - tinjau dahulu dari jauh, ramai atau tidak pengunjungnya.
Kalau ramai, maknanya sedaplah makanan yang disediakan. Sebaliknya, jika lengang sahaja, `mesti tak sedaplah tu', begitu kesimpulan mudah yang dibuat.
Setelah berpuas hati dengan hasil tinjauan dan dalam pada kaki mengatur langkah menghampiri premis berkenaan untuk menjamu selera, tiba-tiba mata kita tersorot insiden ini.
``Arggkkkhhh... ptuih!'' Dengan tidak semena-mena pengendali makanan tidak kira sama ada tukang masak, pelayan, juruwang mahupun pemilik premis meludahkan air liur atau kahaknya sesuka hati.
Seorang pekerja yang lain pula mengorek hidung dan telinganya sambil menggaru-garu kepala atau bahagian-bahagian lain anggota badannya.
Salah seorang daripada mereka juga, kukunya kalau secara kiasannya, nah! Panjang sedepa.
Tidak kurang juga yang mengamalkan kelakuan buruk seperti merokok, bersin dan berbual-bual semasa sedang menyediakan makanan.
Sesekali ada kelibat seekor kucing yang keluar dari longkang tetapi rupa-rupanya tikus mondok bersaiz gergasi, menumpang lalu di situ.
Jika demikianlah senarionya, anda mempunyai peluang yang sangat cerah untuk mendapat keracunan makanan.
Pengarah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Abd. Rahim Mohamad berkata, keracunan makanan adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat memakan bahan-bahan tercemar.
``Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu bahan yang tidak seharusnya berada di dalamnya,'' kata beliau.
Tanggal 16 Januari lalu, seramai 126 pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan kerana dipercayai mengalami keracunan makanan.
Mereka mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi lemak, nasi ayam dan kari ayam yang memang agak berlainan rasanya, tidak seperti kebiasaannya, berdasarkan maklumat awal mangsa.
Enam daripada mereka yang sedang menjalani program induksi itu terpaksa ditahan di wad pemerhatian khas untuk rawatan lanjut.
Menurut Dr. Abd. Rahim, pencemaran makanan utama terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
* Biologi; bakteria, virus, fungus, kulat dan yis
* Fizikal; benda atau bahan asing seperti rambut, cebisan kaca, paku dan lain-lain
* Kimia; racun serangga, racun rumpai, bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet yang berlebihan.
Beliau berkata, memakan makanan atau meminum minuman yang mengandungi toksin atau racun semula jadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut dan sebagainya merupakan antara beberapa punca utama berlakunya keracunan makanan.
``Gejala yang dialami adalah berbeza bagi setiap orang.
``Ia bergantung kepada jenis racun atau bakteria, jumlah racun atau bakteria yang termakan, umur dan daya ketahanan tubuh seseorang,'' kata Dr. Abd. Rahim.
Tambahnya, tanda-tanda dan gejala biasanya mulai timbul beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar atau beberapa hari kemudian.
Ditanya mengapakah kes-kes keracunan makanan berlaku, beliau berkata, rata-ratanya ia disebabkan oleh sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika menyedia, menghidang mahupun menjual makanan.
``Mereka tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan selain membiarkan sahaja makanan terdedah kepada serangga atau haiwan lain dan pencemaran fizikal.
``Menggalakkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa kawalan atau konsep layan diri juga boleh meningkatkan risiko keracunan makanan,'' kata Dr. Abd. Rahim.
Katanya, keracunan makanan dapat dielakkan jika pengguna tidak melanggani atau dalam kata lain, ``pakat-pakat memboikot premis makanan yang kotor''.
Orang ramai juga disarankan agar tidak memakan makanan dalam tin kemik atau berkarat, paket bocor, menggelembung, rosak dalam apa jua bentuk serta tamat tempoh penggunaannya.
Cara paling berkesan untuk mencegah keracunan makanan yang boleh dikatakan dilaporkan terjadi dari semasa ke semasa, adalah dengan melindunginya daripada tercemar.
Langkah-langkah mengawasi punca pencemaran:
Manusia
* Membasuh tangan dengan bersih terutamanya selepas ke tandas, memegang bahan mentah, membuang sampah sarap atau sisa-sisa makanan
* Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak digunakan lagi
* Sentiasa menudung makanan yang dihidang
* Tidak menyediakan makanan terlalu awal
* Belajar tidak menjamah atau mengambil makanan dengan tangan yang kotor.
Bahan mentah
* Bahan-bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu rendah (kurang 4oC)
* Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan.
Ini dapat mengelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan.
* Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong berasingan bagi mengelakkan pencemaran silang
* Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran dan bendasing pada permukaannya
* Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendalikan makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad.
Serangga dan haiwan
* Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria
* Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.
Bekalan air
* Jika air yang digunakan tidak diperoleh secara langsung dari sumber utama, contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah, pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.
Sisa dan bahan buangan
* Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah
* Bekas sisa dan sampah sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas.
Edirossa
Jan 25 2005, 11:07 PM
Sarapan pagi kuatkan otak
PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.
Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.
Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.
Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.
Rangsang paras glukos
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.
Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.
Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.
Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!
Edirossa
Jan 25 2005, 11:47 PM
Tempe banyak khasiatWARGA desa terutama pembuat tempe sebenarnya tidak menyedari bahawa tanpa segulung ijazah mereka adalah ahli mikrobiologi. Tempe adalah salah satu produk yang membuktikan kemahiran penduduk kampung dalam bidang ini.
Kita mungkin pernah melihat datuk membeli kacang soya dalam kuantiti besar untuk dibuat tempe. Nenek akan merebus, menjemur dan melenyek kacang soya sebelum digaul bersama ragi.
Campuran berkenaan akan dibungkus dengan daun pisang atau rambai dan diperam semalaman. Hasilnya akan dibawa ke pasar sebagai punca pendapatan keluarga.
Tempe adalah makanan yang dibawa dari Indonesia dan mempunyai khasiat tinggi. Ini diakui USDA Nutrient Database for Standard Reference yang menyenaraikan beberapa nutrien utama tempe. Kandungan protein dan mineral tinggi dalam tempe membantu pertumbuhan dan memperbaiki sel badan yang rosak.
Tanpa disedari kebanyakan khasiat keperluan badan dapat dibekalkan oleh makanan tradisional ini, malah kandungan karbohidratnya juga berfungsi sebagai sumber tenaga.
Malah, tempe juga mempunyai zat dan kebaikan kacang soya walaupun sudah penapaian melalui proses yang membabitkan aktiviti kulat dipanggil Rhizopus oligoporus.
Menurut penyelidik Dominic N Afiteatro, kulat ini akan mengambil nutrien daripada kacang soya sebagai makanan dan mencipta asid untuk melengkapkan proses penapaian. Keseluruhan kacang soya akan disaluti jaringan lembut berwarna putih dipanggil mycelium iaitu pertumbuhan kulat Rhizopus ini.
Mungkin ramai penggemar tempe tidak tahu selama ini makanan kegemaran mereka adalah kacang soya bersalut kulat yang digoreng garing; enak dan berkhasiat.
Bahan antioksida
Dominic menambah, tempe dipercayai mengandungi Vitamin B12 dan bahan antioksida semula jadi yang amat diperlukan badan. Artikel yang diterbitkan Hopkins Technology menyatakan Vitamin B12 adalah larut air dan amat penting untuk pembentukan sel darah merah selain merangsang fungsi sistem saraf serta melancarkan ######bolisme lemak dan protein badan.
Bahan antioksida juga perlu terutama bagi mereka yang sering memerah otak seperti pelajar. Menurut Pensyarah Bioteknologi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mazatulikma Mat Zain, otak memerlukan oksigen untuk memproses maklumat. Ada masanya otak menjadi tepu, walaupun dibaca berkali-kali tidak ada sebarang maklumat diperolehi.
Antioksida berfungsi meneutralkan cas negatif dalam badan dan membenarkan oksigen disalurkan ke otak untuk pemprosesan maklumat.
Ragi pula adalah bahan terpenting dalam proses pembuatan tempe. Penyelidikan Saono S dari Bangkok pada 1977 mendapati ragi dibuat daripada hasil mampatan beras hancur atau tepung beras yang dibungkus dalam daun dan disimpan pada suhu bilik (20 hingga 30 darjah Celsius) beberapa hari.
Ketika proses penapaian, mikro organisma ini (kulat) menggunakan gula daripada beras hancur sebelum membebaskan asid. Antara kulat yang terbabit dalam proses ini adalah Rhizopus, Amylomycetes dan Aspergillus. Ragi yang dikeringkan boleh disimpan untuk jangka waktu panjang.
Bagaimanapun, tempe mempunyai tarikh luput dan jangka hayat yang pendek. Menurut pakar diet dari Minnesota, Susan M Kundrat, tempe sesuai disimpan dalam peti sejuk sehingga 10 hari bagi menjamin teksturnya yang mudah rosak.
Katanya, tempe sejuk beku pula mampu bertahan sehingga beberapa bulan. Tambahan pula pembabitan kulat dalam proses pembuatannya menyebabkan potensi tempe menjadi cepat busuk bertambah tinggi.
Faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan memainkan peranan penting bagi memastikan tempe dapat bertahan lama. Seperti keju, kulat pada permukaan tempe tidak membahayakan kesihatan.
Tempe terdiri daripada kalori (204), protein (17 gram), lemak (lapan gram), karbohidrat (15 gram), kalsium (
miligram), zat besi (dua miligram) dan zink (0.5 miligram).
Secara tidak langsung, pembabitan masyarakat desa dalam penghasilan tempe turut mendapat pengiktirafan dunia. Pelbagai kajian bagi membuktikan khasiatnya dijalankan bukan saja pengkaji tempatan malah saintis seluruh dunia.
Siapa sangka, produk yang dianggap lapuk dan kekampungan oleh segelintir masyarakat kita sebenarnya mendapat perhatian sebagai bahan kajian saintifik. Justeru, berbanggalah dengan barangan keluaran tempatan yang ternyata tinggi khasiatnya.
Edirossa
Feb 10 2005, 03:20 AM
Deleted
Edirossa
Feb 12 2005, 06:19 PM
10 Cara Tingkatkan Daya Ingatan
Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang.
Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya. Disini disenaraikan 10 perkara yang boelh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik.
Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori
Zat Besi
Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak
Kopi
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein
Latihan Mental
Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.
Latihan Fizikal
Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.
Mengunyah Gula-Gula Getah
Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.
Ginkgo Biloba
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.
Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.
Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.
Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.
Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.
Edirossa
Feb 12 2005, 06:41 PM
MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia
Artikel sumbangan Leila (Tq)
Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.
Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:
1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar ######bolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate 43. mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau radang paru paru
44. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga
Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.
Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya.
Edirossa
Feb 19 2005, 10:24 AM
Tapai ubi untuk mencegah kanser?
JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.
Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.
Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin.
Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.
Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.
Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).
Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960.
Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.
Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.
Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).
Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.
Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).
Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.
``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.
Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut.
Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.
Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.
``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza.
Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.
Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.
Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser.
Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan.
``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.
hans
Feb 21 2005, 08:28 PM
QUOTE
Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.
Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.
Vitamin B ada mcm2 jenis.....ade aper2 yg dikemenkan@disyorkan x? i think at this moment I really need this...
kat farmasi mcm Guardian@Watson mcm2 ade....tapi xtau nak pilih aper....any recommendation?
rani
Mar 3 2005, 01:45 AM
QUOTE(hans @ Feb 21 2005, 08:28 PM)
QUOTE
Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.
Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.
Vitamin B ada mcm2 jenis.....ade aper2 yg dikemenkan@disyorkan x? i think at this moment I really need this...
kat farmasi mcm Guardian@Watson mcm2 ade....tapi xtau nak pilih aper....any recommendation?
Nutrilite B Complex. cuba la. bukannya mahal pun.
Edirossa
Apr 20 2005, 02:36 AM
BUDU - Pemakanan Tambahan KesihatanMisteri yang baru terungkap Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune)yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yanglain.
Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin),asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa
(pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau dua sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100gram budu.
Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi didalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor
11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.
Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik(menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. Oleh kerana itu, Kementerian Kesihatan Mengesyorkan Pemakanan Tambahan Budu Untuk Kesihatan Anda 
Edirossa
Edirossa
Apr 20 2005, 02:39 AM
NILAI KHASIAT SUSU LEBAH & FUNGSINYASusu lebah mengandungi bahan-bahan berkhasiat tinggi seperti berikut:
1. PROTEIN : terdapat hampir 30 asid amino, iaitu bahan yg terhasil akibat pecahan protein
2. BAHAN GALIAN: terdapat 11 jenis bahan galian yg diketahui
3. ENZIM & HORMON : termasuk hormon seks yg biasanya dibebaskan drpd suprarenal di atas buah pinggang ( ginjal)
4. VITAMIN : A. B. D. E. kumpulan vitamin B kompleks paling kaya iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8, B9, B12
Sebagai tambahan kpd bahan-bahan berikut, beberapa bhn istimewa juga terdapat dlm susu lebah seperti yg disenaraikan :
1. 10-HDA : Asid 10-hidroksi Desenoik yg diketahui berfungsi merencat atau membantutkn pertumbuhan TUMOR (BARAH). Hanyalah susu lebah mengandungi bahan istimewa ini
2. PEPTIDA & INSULIN : sejenis bahan yg mempunyai ciri-ciri yg amat berfaedah bg penghidap kencing manis
3. KOLAGEN : membantu memulihkn kekenyalan otot. Sangat diperlukan oleh wanita bg memelihara kecantikan, terutama wanita yg baru melahirkn anak
4. ASETILKOLIN : mengekalkan limpa agar berada dlm keadaan normal
5. PAROTIN : memulihkan sel-sel badan, melambatkan proses penuaan
% kegunaan susu lebah adalah untuk wanita, memandangkan wanita mengidap pelbagai jenis penyakit seperti berikut :
a. Senggugut
b. Keputihan
c. Barah Pangkal Rahim
d. Barah Payudara
e. Haid tidak teratur
f. Tiada zuriat
Susu lebah juga berupaya mengubati penyakit seperti :
Kencing manis, Migrain, Barah usus, Barah otak, Gaut Dan pelbagai penyakit kronik
TESTIMONIAL
1. KEHILANGAN KEMAHUAN SEKS
Seorang lelaki british yg menghidap sawan terjun serta kehilangan kemampuan seks telah memulihkan kesihatannya setelah memakan susu lebah selama 2 bulan.
2. PENYAKIT KULIT
Seorang pemuda di Singapura mempunyai parut hitam di paha yang membuatnya berasa gatal. setelah menjalani rawatan doktor, didapati penyakitnya merupakan suatu penyakit WARISAN yg tidak dapat diubati. Setelah mengambil 5 kotak susu lebah, parutnya dapat disembuhkan kira-kira
%.
3. PENYAKIT ASMA
Seorang perantau Tionghua, Cik Fu Luk Kuan yg tinggal di Malaysia telah menghidap penyakit asma selama 3 tahun yg tidak dapat diubati doktor. Pengambilan susu lebah telah menyembuhkannya.
4. SENGGUGUT
Bagi seorang gadis England, setiap kali kedatangan haid merupakab penyeksaan besar kerana dia akan mengalami senggugut. Tetapi setelah mengambil susu lebah selama 3 minggu, dia tidak lagi mengalami senggugut.
5. MENCEGAH SEL-SEL KANSER DARI MEREBAK
Seorang wanita di Seremban telah disahkan menghidap kanser & sel-sel kanser itu telah merebak luas di sekeliling paru-parunya. Tetapi, setelah mengambil 20 bungkus susu lebah, pancaran sinar-X menunjukkan sel-sel kansernya hanya tertumpu pada suatu tempat kecil di bahagian paru-paru. Ini membuktikan bahawa susu lebah dapat mengawal sel-sel kanser dari merebak.
6. MENINGKATKAN PELUANG HAMIL
Dua pasang suami isteri di Malaysia yg telah berkahwin beberapa tahun masih belum mempunyai anak. Tetapi setelah memakan susu lebah, isteri menunjukkan kesan positif iaitu hamil.
7. PENYAKIT BUASIR
Seorang lelaki di malaysia yg telah membelanjakan beribu-ribu ringgit bg mengubati penyakit buasir di hospital tetapi masih tidak sembuh. Setelah mengambil susu lebah, penyakit itu dapat diatasi sama sekali
8. PENYAKIT GASTRIK
Gastrik boleh menyebabkan barah pencernaan di usus dan boleh disembuhkan dengan memakan susu lebah
9. PEMULIHAN KEKENYALAN OTOT
Seorang wanita Amerika, Irene Stein, merupakan pengguna setia susu lebah dan telah menjalani pembedahan di bahagian perut. Anehnya, lukanya cepat sembuh dan beberapa hari kemudian dia dapat bekerja seperti biasa. Terbuktilah susu lebah dapat membantu pertumbuhan otot dan pemulihan luka.
Daripada kajian testimoni itu tadi, keberkesanan susu lebah amat luas sehingga tiada batasnya. Ia benar-benar penyegar manusia paling sempurna di dalam dunia ini.
SUSU LEBAH SEBAGAI PEMELIHARA KECANTIKAN
Susu lebah mempunyai khasiat yg berfungsi:
PELBAGAI HORMON : menyeimbangkan perembesan hormon tisu badan, meredakan urat saraf, membantu met.abolisme, menghidupkan sel-sel dan memuluhkan fungsi-fungsi rahim
KOLAGEN : memulihkan kekenyalan otot, mencegah kulit dari berkedut
VITAMIN B KOMPLEKS : memastikan pertumbuhan sel-sel secara berturut, memperbaharui otot-otot, menyuburkan kulit, melambatkan proses penuaan agar kelihatan sentiasa muda
PROTEIN : menguatkan fungsi limpa supaya otot kulit kelihatan lebih asli, anjal dan berseri-seri
Kecantikan semulajadi merupakan impian setiap wanita. Dengan memakan susu lebah, impian ini akan menjadi kenyataan. Itulah sebabnya kenapa Perdana Menteri England, Margaret Thatchet turut memuji keistimewaan susu lebah dan mengatakan " Rahsia pemeliharaan kecantikan saya adalah bergantung kepada susu lebah!" SIAPA YG PERLU MENGGUNAKAN SUSU LEBAH?
1. Mereka yg menaruh perhatian terhadap kecantikan & wajah muda mereka
2. Anak-anak lemah & kurang makan
3. Para eksekutif yg sibuk & stress
4. Ibu yg hamil, ibu yg menyusui
5. Para siswa yg sedang belajar utk peperiksaan
6. Para pesakit yg sembuh dr penyakit yg parah
7. Mereka yg ingin melambatkan proses penuaan (30-40 tahun keatas)
8. Wanita yg sedang mengalami menopouse
9. Mereka yg memiliki tubuh yg rendah daya tahan penyakit
10. Mereka yg sedang pantang memakan daging ( susu lebah mengandungi sumber yg sangat kaya akan protein haiwan
Edirossa
Edirossa
Apr 26 2005, 12:53 AM
PANDUAN PERMAKANAN UNTUK KESIHATAN
Panduan pemakanan
Makanlah berjenis makanan dari setiap kumpulan mengikut kuantiti yang disarankan. Nikmati Iebih makanan jenis kekacang dan bijiran.
Amalkan 2-3 sajian sayur-sayuran, ulam ulaman dan 2-3 sajian buah-buahan setiap hari.
Kurangkan masakan berlemak dan berminyak; Banyakkan masakan berebus dan berkukus.
Amalkan sajian kurang masin dan kurang manis.
Anak damit mendapat pemakanan yang terbaik dari susu ibu. Nikmati pemakanan seimbang disamping bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Pilih jenis makanan berikut
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, galian dan serabut yang mana adalah penting untuk kesihatan yang baik dan mengelakkan penyakit.
Sayur-sayuran
Makan dengan banyak, sekurang-kurangnya semangkuk atau lebih pada waktu makan tengahhari/malam.
Buah-buahan
Makan 2-3 jenis setiap hari (bersema kulit jika dapat dimakan)
Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.
Nasi dan bijiran
Makanan ini mengandungi vitamin, galian, serabut dan tenaga. Makanlah dengan sederhana setiap hari tapi elok memilih makanan yang banyak mengandungi serabut seperti beras merah, roti dan biskut mil penuh, amping bijiran dan ubi.
Ikan, daging dan hasil tenusu
Makanan ini mengandungi zat protein ianya penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Ikan, ayam, daging, kacang pis, kacang dahl, kacang soya makan satu hidangan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Telur dan hasil tenusu: 2-3 kali dalam seminggu.
Susu : Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak sebaik baiknya meminum 3 gelas sehari. Kanak-kanak hendaklah minum 2 gelas setiap hari.
Lemak, garam dan gula
Bahan-bahan ini menambahkan kelazatan di dalam makanan tetapi gunakan sedikit sahaja dalam makanan dan minuman.
Ingat selalu
1) Jangan meninggalkan sarapan pagi setiap hari.
2) Elakkan makanan ringan dan jika awda berkeinginan makan, pilih buah-buahan segar atau minuman tanpa gula.
3) Kurangkan garam, kicap atau sambal dalam masakan.
Jika berat badan anda berlebihan
Selain daripada mengamalkan cara permakanan sihat, awda perlu:
1) Elakkan gula, manisan, oren campur, minuman bergas dan kuih-muih.
2) Kurangkan makanan berlemak, berminyak atau bergoreng
3) Hadkan penggunaan mentega/marjerin.
4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
5) Kurangkan memakan nasi, roti atau bijiran. Pilih jenis mil penuh.
6) Mengamalkan bersenam setiap hari. 
Edirossa
Edirossa
Apr 27 2005, 06:25 PM
KURANGKAN LEMAK
Mengapa kurangkan lemak?
Lemak sumber kalori terbanyak.
Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukkan yang juga dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.
Fakta lemak
Tanpa disedari, hampir semua makanan harian kita banyak mengandungi lemak seperti:
1. Makanan yang mengandungi lemak semulajadi: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan dan krim.
2. Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak: Kuih muih, karipap, roti canal, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng dan mayonis.
Walaupun ada beberapa jenis lemak, semuanya boleh menyebabkan kegemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awda. Ada 2 jenis lemak yang asas dalam makanan:
Lemak tapu
Lemak tepu ialah se jenis lemak yang men jadi beku dan keras dalam suhu bilik. Sumber utama adalah hasil haiwan dan sebahagian hasil tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit.
Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambahnya paras kolesterol di dalam badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
Lemak tidak tepu
Lemak tidak tepu ialah sejenis lemak yang lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. Sumber utama adalah hasil tumbuhan dan ianya terbahagi kepada 2 jenis: -
1. Mono tidak tepu: minyak zaitun, canola
2. Poll tidak tepu: minyak jagung, soya, bunga matahari dan marjerin lembut
Bertukarlah kepada minyak jenis ini didalam masakan tetapi gunakan secara sederhana.
Masakan sedap kurang lemak
1. Buangkan lemak sebelum memasak.
2. Kurangkan minyak dan lemak semasa memasak. Siut dan buang lemak beku dari sup atau masakan.
3. Ubahsuai resipi:
- kurangkan atau elakkan membubuh santan atau kerisik
- tambah sayuran dan kekacang
- kurangkan daging
- gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa
4. Amalkan cara masakan seperti: Rebus, kukus, pals, panggang, ampap, tumis, "microwave", "pressure cooker".
5. Kurangkan mentega, marjerin dan mayonis dalam sandwic, digalakkan membubuh hirisan timun, tomato dan salad.
Pilihan bijak kurang lemak
1. Bertukar kepada susu kurang lemak atau susu skim.
2. Bertukar kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, roti paun.
3. Bertukar menu kepada ayam dan ikan.
4. Bertukar kepada salad dan ulam.
5. Bertukar kepada ubi rebus atau kukus.

Edirossa
Edirossa
Apr 27 2005, 06:33 PM
KURANGKAN GARAM
Fakta garam
"Sodium Chloride" (NaCl) atau Natrium Klorid adalah nama lain untuk garam. Badan memerlukan sedikit garam sahaja (1 sudu teh sehari) untuk berfungsi secara normal.
Terlalu banyak garam dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada strok/ lumpuh, masalah buah pinggang atau penyakit jantung.
Sodium atau Natrium dalam darah bertindak seperti span, penghisap air ke dalam badan dan menaikkan tekanan darah seluruh badan.
Mengenali garam dalam makanan
Kebanyakkan kita makan berlebihan garam, kita tidak menyedari perkara ini kerana garam tersembunyi, disebalik makanan-makanan lain seperti:
Ikan masin, telur masin, sayur masin.
Makanan-makanan diproses dan diawet seperti makanan dalam tin.
Bahan perasa lain seperti serbuk perasa (MSG), kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, kiub perasa dan bumbu dalam mee segera.
Makanan segera seperti kentang goreng, keropok, keju, burger dan sosej.
Mengesan garam
Biasakan membaca label makanan sebelum membeli.
Ramuan yang awal disenaraikan ialah yang terbanyak dalam makanan itu.
Lain-lain bentuk garam termasuk: Monosodium Glutamate (MSG), Sodium Bicarbonate atau baking soda, Sodium Citrate, Sodium Inosinate dan lain-lain berasaskan Sodium atau Natrium.
Kurangkan garam lebih lazat
Sedikit demi sedikit kurangkan garam dalam masakan anda.
Kurangkan bahan yang banyak garam dalam masakan anda.
Kurangkan tabiat suka menambah kicap, sos cili, sos tomato dalam hidangan anda.
Sedikit demi sedikit hentikan penggunaan serbuk perasa.
Bertukar kepada rempah, daun sup, daun bawang, daun ketumbar, pasli, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan perasa-perasa asli untuk menyedapkan masakan.
Snek lebih sihat
Tukarkan tabiat suka makan keropok, kuaci, mee segera, kacang goreng, jeruk, samboi, coklat don seumpamanya
Kepada Buah-buahan segar, ubi rebus/ panggang, kacang rebus/panggang, jagung, roti, bun atau sandwich. 
Edirossa
masMerah
Apr 27 2005, 06:39 PM
mmg kurma byk khasiat lengkap..........

Perut melayu nak kena nasik gak...
at least sikit (separuh cawan)...
kalo tak....perot menangis tengah malam...
Edirossa
Apr 27 2005, 06:41 PM
KURANGKAN GULA
Fakta gula
Badan tidak memerlukan gula yang berlebihan untuk berfungsi sihat dan normal.
Sistem badan bertindak menukar makanan karbohidrat seperti nasi, roti, ubi don mee menjadi gula/glukos untuk kalori (tenaga) seharian.
Gula hanya membekalkan kalori (tenaga) dan tidak mengandungi zat-zat makanan lain yang lebih berkhasiat.
Terlalu banyak gula dikaitkan dengan kerosakan gigi.
Terlalu banyak gula juga dikaitkan dengan kegemukan yang menambah risiko penyakit kencing manis.
Kurang tenaga atau lemah badan tidak semestinya disebabkan oleh tidak memakan gula.
Mengesan gula dalam makanan dan minuman
Kebanyakan kita makan berlebihan gula. Kita tidak menyedari perkara ini kerana is tersembunyi disebalik makanan dan minuman seperti:
1. Minuman ringan, oren campur, manisan dan minuman bergas.
2. Gula-gula, coklat dan lollipop.
3. Susu manis, aiskrim dan jem.
4. Kuih-muih, kek, biskut, donat clan bingka
Tip mengurangkan gula
Tukarkan tabiat minum sirap atau oren campur selepas makan kepada minum air kosong.
Kurangkan atau elakkan gula dalam minuman.
Hidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Bertukur kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, ubi, roti paun, bun. Kurangkan susu manis atau bertukar kepada susu kurang lemak atau susu skim. Kurangkan minuman malt atau coklat. 
Edirossa
Edirossa
May 1 2005, 10:05 AM
Alasan Kenapa Kita Perlu Minum ...Siri (23)Seseorang boleh hidup berminggu-minggu tanpa sepotong makanan pun. Tapi tanpa air, seseorang paling tahan pun boleh hidp selama4-5 hari.
Air mempuyai fungsi berikut:
1) Mengangkut nutrisi ke seluruh tubuh memlaui darah dan sistem limpa.
2) Melancarkan sisitem perbuangan tubuh melalui urin dan faeces (kotoran)
3) Menjadi media bagi reaksi biokimia pada tubuh
4) Melembabkan makanan sehingga mudah utk dikunyah
5) Memelihara suhu tubuh
Selain fungsi diatas, banyak meminum air menghindarkan tubuh dari dihidrasi atau kekurangan cairan. Kekurangan cairan boleh memberikan kesan buruk bagi keadaan tubuh. Tubuh bukan saja boleh cepat penat tapi kulit juga menjadi cepat kering, otak sukar menumpukan perhatian, otot mudah kejang danbuah pinggang mungkin akan rosak.
Jadi, mulai sekarang jgn lupa minum banyak air. Jgn hanya meneguk segelas air ketika anda haus sahaja. Minumlah sepanjang waktu. Cuba tip ini:
1) Jangan lupa menyediakan minuman di meja anda. Selain mengambil air putih, cuba selangi dengan minuman lain seperti jus, susu aau teh
2) Membawa botol minuman kemana pun.
3) Ajar anak-anak betapa pentingnya minum air.
Edirossa
Edirossa
May 2 2005, 10:57 PM
Buah kiwi penuh khasiat..(24)
POKOK buah kiwi mampu bertahan sehingga berusia 50 tahun.
KHASIAT buah kiwi amat kurang diperkatakan, berbanding buah epal dan oren, ini mungkin kerana ia tidak begitu popular di negara ini apatah lagi promosi mengenainya amat kurang dilakukan sehingga penggunaannya juga tidak berkembang pesat.
Bagaimanapun sebenarnya buah kiwi berkhasiat tinggi malah ia mengandungi lebih vitamin dan mineral berbanding buah lain. Berdasarkan kajian yang dijalankan, dua biji buah kiwi khasiatnya bersamaan dengan semangkuk bijirin campur dua biji oren dan sebiji pisang.
Menurut kajian yang dijalankan syarikat Zespri International Limited, New Zealand, buah kiwi juga amat kaya dengan kandungan Lutein, iaitu anti oksidan yang penting dalam mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
Kandungan vitamin C nya yang tinggi juga menjadikan cukup bagus untuk menghapuskan bahan sampingan yang boleh menjejaskan tubuh di samping meningkatkan daya ketahanan badan dalam mengatasi serangan demam selesema.
Ia mengandungi kadar lemak yang amat rendah menjadikan ia makanan paling sesuai dalam menjaga kesihatan jantung, sekaligus pengambilannya dalam sistem pemakanan akan melahirkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Kandungan vitamin E yang tinggi pada buah kiwi juga membantu mengurangkan kadar kolesterol yang menyekat saluran darah ke jantung.
Selain itu, kandungan serat (fibre) memberikan tenaga yang membolehkan anda melakukan kerja harian dengan lebih cergas di samping itu kandungan potasium yang tinggi juga amat baik bagi anda yang mengalami kekurangan bahan itu akibat pengambilan pelbagai jenis ubat.
Bagi wanita mahupun lelaki yang amat prihatin akan kandungan kalori yang diambil setiap hari pula tidak perlu risau kerana kandungan kalori yang rendah pada buah kiwi menjadikan anda boleh menikmati keenakan rasanya pada bila-bila masa.
Bagi wanita mengandung dan mereka yang mahukan kulit bersih dan cantik, kandungan folate di dalam buah kiwi pastinya boleh membantu.
Begitu juga kandungan magnesiumnya yang membantu memberi tenaga di samping menguatkan tulang dan gigi.
Manakala kandungan zinc pula penting untuk kanak-kanak lelaki bagi meningkatkan jumlah hormon testosterone serta menjadikan rambut sihat, kuku, mata dan kulit cantik.
Kesimpulannya, buah kiwi memang ‘baik secara semulajadi untuk jasmani dan rohani’ seperti slogan Zespri Kiwifruit, syarikat pengeksport buah kiwi terbesar New Zealand.
Menurut Chef Connie Clarkson, buah kiwi boleh dipelbagaikan penggunaannya bukan sekadar dimakan secara mentah.
Contohnya dijadikan ais krim, pai, jus, sushi, salad, sos dan enak dimasak bersama ikan salmon atau dijadikan serbet.
“Buah kiwi kuning yang lembut dan manis contohnya, amat sesuai dijadikan makanan pencuci mulut manakala kiwi hijau sesuai untuk dibuat jus, ais krim juga makan begitu sahaja walaupun rasanya kurang manis,” katanya.
Beliau turut mengadakan demonstrasi memasak buah kiwi kepada rombongan media dari Malaysia dan Singapura yang berada di negara itu atas jemputan Zespri selama seminggu.
Selain itu buah kiwi juga dijadikan biskut, kek, barangan penjagaan kulit seperti sabun, losyen badan dan krim pencuci muka.
Kreativiti penduduk New Zealand dalam mempelbagaikan hasil keluaran buah kiwi menjadikan buah kebanggaan negara itu yang juga salah sebuah negara pengeksport terbesar dunia.
Edirossa
Stainless Steel
May 5 2005, 10:14 AM
Lagi info bagus. Thanks Edi.
Edirossa
Jun 20 2005, 08:29 AM
Ikan : Makanan Sihat Untuk Otak....Siri (25)Kita mungkin telah terlalu kerap diberitahu bahawa ikan adalah makanan yang baik untuk otak. Selain itu juga dinyatakan mampu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung atau mengurangkan pertumbuhan cancer payudara. Ini kerana ikan dikatakan mengandungi lemak yang amat berkhasiat untuk tubuh. Barangkali anda tidak terlalu mengenal jenis lemak seperti ini. Asid Lemak Omega-3 yang ternyata juga berkhasiat untuk mencegah depresi.
beberapa pakar pemakanan telah meninjau mengenai kebiasaan memakan ikan pada kebanyakan orang dan mereka membuat kesimpulan bahawa semakin banyak seseorang itu memakan ikan, semkin kecil risiko mereka terkena depresi.
Pakar-pakar ini juga merujuk pada hasil penyusunan lapisan lemak di dalam otak yang terdiri dari Omega-3s. Antara ikan yang mengandungi banyak lemak-lemak ini adalah iakn salmon dan ikan tuna. Jika kebetulan anda suka makan ikan ini, ada dua kebaikan yang anda perolehi iaitu memiliki otak yang sihat dan dikatakan mampu memperbaiki " Mood " anda..
Edirossa
babyvirgo
Jul 8 2005, 02:12 PM
more n more usefull info!
congrat's eddie..
keep up this great job!
mcm mana la plak selama ni tak perasan eak!?
aku tak sempat nk bca sekrg..tp aku dah transfer suma info ni dlm pda aku..
nnt senang aku baca bebila free!
tengkiu woo eddie!
kalu aku kurus nnt, aku blanjer ko eak!
hehehehe....
Kelantan
Jul 10 2005, 04:28 AM
bersungguh-sungguh si edi ni yer...
Edirossa
Jul 14 2005, 12:59 PM
Penyelidik akui kunyit rawat barah...Siri (26)KUALA LUMPUR: Penyelidik tempatan mengakui keberkesanan curcumin, sejenis bahan bioaktif berbentuk minyak mudah meruap yang berwarna jingga dalam kunyit dapat membantu merawat pelbagai penyakit barah.
Ketua Makmal Hasilan Semulajadi di Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Md Nordin Lajis, berkata penyelidik tempatan perlu menjalankan lebih banyak kajian terhadap curcumin supaya manfaatnya tidak terhad untuk rawatan barah kulit saja, malah juga barah lain.
Beliau berkata, penyelidikan kendaliannya turut menggunakan kunyit, temulawak, halia serta ulam-ulaman seperti ulam raja dan tenggek burung yang mengandungi banyak bahan antioksida, bagi merawat barah.
Nordin berkata, selain barah kulit, pasukan penyelidikannya turut menjalankan kajian mengenal pasti potensi merawat beberapa jenis kanser lain termasuk hati, payudara dan kolon menggunakan curcumin.
“Kajian lebih teliti perlu dijalankan membabitkan penggunaan herba, ulam dan tumbuhan lain kerana fokus penyelidikan kami tertumpu kepada proses memusnahkan sel kanser tetapi memelihara sel badan yang lain,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengurus Penyelidik, Majlis Kanser Nasional (Makna), Mohamed Yusof Mohamed Aris, berkata banyak kajian mengenai penggunaan curcumin merawat barah diterbitkan di luar negara dan ia diakui berkesan.
Bagaimanapun, Makna belum menjalankan penyelidikan terhadap curcumin bagi merawat barah kerana hanya mengkaji tiga jenis tumbuhan lain iaitu daun mambu, jarum tujuh bilah dan kemunting cina.
“Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti kemampuan setiap tumbuhan dalam meningkatkan imunisasi badan manusia seterusnya melawan sel kanser,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ada penyelidik tempatan mengkaji penggunaan herba dan bahan semula jadi untuk menentang kanser untuk digunakan bagi mendapatkan status profesor dan doktor. 
Edirossa
Edirossa
Aug 3 2005, 08:27 AM
Makanan Boleh Pengaruhi Kesihatan Kulit...Siri (27)Keanjalan, kelenturan dan kesegaran kulit setiap individu dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya pemakanan yang sihat, penjagaan yang rapi dan bekalan vitamin yang mencukupi. Selain itu ada beberapa faktor lain untuk membentuk kulit yang sihat. Namun begitu kalau pada kulit anda terpamer beberapa tanda seperti kulit kering, kusam atau kulit berlapis-lapis, itu menandakan ada yang tak kena pada kulit tubuh anda. Apa yang terlihat pada kulit anda adalah petunjuk daripada apa yang sedang terjadi dari dalam tubuh anda.
Jika kulit kusam, kering dan berlapis-lapis, itu menunjukkan anda makan terlalu banyak pati asid lemak yang terkandung dalam jenis ikan tertentu, biji-bijian dan kekacang. Kehilangan kelembutan kulit biasanya disebabkan oleh oksida, bahan kimia yang etrdapat dalam kotoran, asap rokok, makanan bergoreng dan pengaruh sinar matahari yang merosakkan struktur kulit.
Di sini terdapat lima masalah kulit dan cara merawatnya secara semula jadi;
1) Memelihara Elastis
Kelenturan kulit akan menurun akibat dua komponen; kolagen dan elastin. Kolagen membentuk struktur kulit. Elastin pula terbentuk dari balutan serat yang boleh menghilangkan elastin secara semula jadi atau kerosakkan.
Kehilangan kelenturan kulit terjadi setelah melalui proses penuaan dan oksida. Ia adalah kerosakan struktur pada kulit oleh bahan kimia atau faktor persekitaran seperti pencemaran, asap rokok, makanan bergoreng dan pengaruh matahari ketika ia bereaksi dengan oksigen dalam darah. Kerana faktor ini juga menyebabkan kulit perokok kelihatan lebih kusam berbanding mereka yang tidak merokok.
Untuk menjadikan kulit ealstis, cubalah jangan merokok. Banyakkan makanan anti oksida yang terdapat dalam lobak merah, tomato, tembikai dan avokado.
2) Mengelakkan Kulit Kering
Kulit yang gatal, berlapis-lapis serta radang, menunjukkan anda terlalu banyak makan makanan yang mengandungi pati asid lemak. Kulit yang sihat hanya memerlukan 15 peratus pati asid lemak. Makanan yang banyak mengandungi pati asid lemak terdiri dari minyak Omega 3. Antara ikan yang mengandungi minyak ini adalah ikan sardin.
3) Mencegah Kulit Berminyak
Kulit berminyak disebabkan oleh perubahan hormon sepanjang tempoh pusingan menstruasi dan juga stress. Ketika seseorang berada dalam keadaan stress, adrenal terangsang dan memproduksi lebih banyak sebum-partikel minyak yang membantu kulit agar lembut dan bebas bakteria. terlalu banyak sebum menyebakna terlalu banyak minyak yang beredar pada kulit.
Untuk mengurangkan pengaruh stress dan perubahan hormon pada kulit berminyak, kurangkan makan makanan bergoreng atau lemak tepu yang terdapat dalam makanan seharian dan daging. Untuk menggantikannya cubalah makan buah-buahan segar dan sayuran yang dikukus.
4) Mencegah Kulit Pucat
Sekiranya kulit anda kelihatan pucat, ia mungkin disebabkan oleh tubuh anda kekurangan zat besi. Hampir lapan peratus wanita mengalami kekurangan zat besi. Sumber terkaya zat besi adalah daging merah, tuna dan sardin.
5) Merawat Jerawat
Walaupun jerawat sering dikaitkan dengan remaja kerana faktor perubahan hormon, namun jerawat sebenarnya ada kaitan dengan stress. Anda boleh mengubati jerawat dari dalam. Kekurangan pati lemak dikatakan sebagai faktor terjadingan jerawat. Ini kerana lemak tersebut penting untuk mambran sel kulit bagi mengatur keseimbangan hormon. Kulit yang bersih memerlukan bekalan zat yang cukup untuk mengawal dan memperbaiki kulit.
Edirossa
Edirossa
Aug 8 2005, 12:38 AM
Dadih asli banyak zat...Siri (28)Dadih asli banyak zat
KEPELBAGAIAN jenis yogurt yang ada di pasaran kadangkala menyukarkan kita untuk memilih. Apabila membeli yogurt, baca label untuk mengetahui kandungan pemakanan dan bahan-bahannya. Ini kerana setiap jenama ada kultur hidup khas yang dipatenkan kepada syarikat tertentu.
Untuk memudahkan, panduan di bawah mungkin dapat membantu:
Pilihan terbaik adalah yogurt asli kerana ia hanya mengandungi dua bahan, iaitu kultur hidup dan susu. Lebih panjang senarai bahan, lebih banyak kalori dan semakin kurang khasiat pemakanan di dalamnya. Sesetengah yogurt berperisa buah mungkin mengandungi terlalu banyak gula.
Pastikan anda baca kandungan protein dan gula. Pilih jenama yang mengandungi banyak protein dan kurang gula. Namun, mungkin tidak ramai boleh menerima rasa yogurt asli, tetapi ia boleh diubah suai dengan mencampurkan sendiri buah-buahan, madu atau gula mengikut cita rasa anda.
Untuk mendapat manfaat, kultur bakteria dalam yogurt perlu hidup ketika dimakan. Justeru untuk pilihan terbaik, beli yogurt mengandungi kultur hidup aktif (atau ditulis LAC) dan susu.
Jangan beli yogurt yang diberikan haba tinggi (ditulis ‘heat treated’) atau dipasteur dua kali. Pasteur adalah proses memanaskan susu sehingga 65 atau 72º Celsius diikuti pendinginan segera.
Kedua-dua proses ini membunuh kultur bakteria dalam yogurt. Label LAC tidak sama dengan kultur hidup aktif. LAC bermakna ia mengandungi sekurang-kurangnya 100 juta bakteria bagi setiap gram ketika dibuat dan dipasteur.
Elakkan yogurt yang diberikan rawatan haba selepas dipasteur kerana ia membunuh bakteria diperlukan. Yogurt yang dijadikan kuah salad atau makanan lain tidak mengandungi kultur hidup.
Lihat kandungan kalsium. Yogurt yang baik membekalkan 35 hingga 40 peratus keperluan kalsium yang disarankan dalam setiap 240 gram.
Dalam yogurt berperisa buah, bahan penstabil digunakan (maknanya yogurt akan menjadi lebih pekat). Anda akan dapati ia mempunyai dua lapisan (bahagian atas lebih cair). Kacau hingga rata sebelum dimakan. Kadangkala anda dapati ada yogurt cair seperti susu dan ini dipanggil kefir. Biasanya ia dicampur bahan pemanis untuk menaikkan rasanya.
Ketahui khasiat yogurt asli. Tiga puluh gram yogurt asli lebih berkhasiat daripada yogurt berperisa buah. Ia juga:
1) Mengandungi separuh kalori daripada yogurt berperisa.
2) Kandungan protein dua kali ganda.
3) Mengandungi kurang bahan penstabil.
4) Kandungan kalsium lebih banyak.
5) Tiada gula, pewarna atau perisa tambahan.
Cara mempelbagaikan kegunaan yogurt:
1) Sebagai sarapan pagi bersama bijirin. Kanak-kanak yang diberikan yogurt sebagai sarapan dikatakan lebih cergas di sekolah.
2) Sebagai pengganti mayonis untuk perencah salad. Yogurt asli rendah lemak mengandungi kurang kalori berbanding mayonis.
3) Jadikan ia sebagai bahan cicah untuk kanak-kanak, terutama yang baru belajar makan makanan pejal. Kanak-kanak biasanya suka rasanya yang unik dan sedikit masam.
4) Jadikan ia pengganti krim masam. Kandungan kalori dan lemaknya jauh lebih rendah.
5) Masukkan ia untuk membuat mafin, kek atau penkek (menggantikan susu, krim masam atau mentega).
6) Gantikan aiskrim dengan yogurt berperisa buah. 
Edirossa
Edirossa
Aug 26 2005, 09:54 AM
Timun berkhasiat singkir bahan toksik..(29)- Fakta Sains
ANTARA nasihat yang diberikan untuk menjaga kesihatan ketika keadaan berjerebu ialah makan timun.
Apa kaitan timun dengan jerebu? Berdasarkan perubatan tradisional Cina, timun ada banyak khasiat untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.
Bagi orang yang mula sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk, timun antara cara mudah dan murah untuk mengatasinya. Caranya mudah, cuma gaulkan hirisan timun dengan sedikit garam dan makan sebagai ulam.

Edirossa
Edirossa
Aug 28 2005, 12:42 PM
Propolis lebah...Siri (30)
Jika dibandingkan dengan manusia, lebah menghadapi ancaman lebih teruk daripada bakteria kerana serangga ini keluar masuk sarangnya saban hari, dengan membawa bersamanya bakteria berbahaya yang boleh mengancam koloninya.
Lebah sangat mudah terkena jangkitan bakteria dan virus yang boleh memusnahkan sarang lebah sebagaimana hawar bubon yang melanda Eropah dan meragut banyak nyawa penduduk benua itu pada kurun ke-17.
Namun, lebah bernasib baik kerana propolis, iaitu sejenis bahan melekit berwarna perang yang diperbuat daripada resin pokok-pokok serta air liurnya sendiri bukan sahaja membolehkan lebah memastikan sarangnya sentiasa disteril dan bebas kuman.
Lebih penting lagi, ia menawarkan manusia bahan semula jadi untuk menjaga kesihatan kita semua.
Menurut Pakar Kaji Serangga atau Entomologi, Mokhtaruddin Husain, propolis atau nama lainnya penisilin Rusia merupakan satu lagi anugerah alam dan keajaiban daripada sarang lebah.
``Kajian mengesahkan bahawa propolis telah digunakan sebagai ubat oleh masyarakat purba sejak kira-kira 350 tahun Sebelum Masihi hingga ke zaman Aristotle.
``Hasil penyelidikan saintifik Barat dan Timur yang didokumentasikan turut mengiktiraf penggunaan propolis untuk melindungi dan memperkuat sistem imun,'' katanya.
Masyarakat Greek dan Roman purba juga, tambah beliau, menggunakan propolis untuk merawat jangkitan mulut dan tekak, bengkak bernanah, kudis dan ulser.
Pada zaman moden pula, propolis telah sekian lama digunakan di dalam pelbagai bentuk seperti larutan kumur mulut, lozen (gula-gula berubat), krim kosmetik dan ubat gigi, kata Mokhtaruddin.
Ubat gigi yang mengandungi fluorida dan ramuan-ramuan antimikrobial seperti propolis membantu melindungi gigi daripada kaviti dan mengurangkan plak dan masalah gusi jika digunakan secara tetap

Edirossa
Edirossa
Aug 28 2005, 12:43 PM
testing
Edirossa
Sep 8 2005, 12:39 AM
Edirossa
Sep 17 2005, 02:54 PM
Makan sayur hijau elak risiko kanser pankreas...Siri (32)WASHINGTON: Amalan memakan banyak sayur terutama sayur hijau gelap dan kuning setiap hari, mungkin dapat membantu mengurangkan sehingga separuh risiko barah pankreas, menurut kajian yang diumumkan semalam.
Penyelidik di Universiti California di San Francisco mendapati amalan memakan lima atau lebih hidangan keladi, jagung, lobak merah, bawang atau sayuran lain yang sama, dikaitkan dengan risiko rendah barah itu, penyakit yang dianggap amat berbahaya dan sukar dirawat.
Mereka juga berkata, sayuran hijau lain seperti bayam dan brokoli juga dapat membantu.
“Kita mendapat pengesahan kukuh iaitu dengan amalan memilih makanan ringkas boleh memberikan perlindungan ketara daripada barah pankreas dan menjadi kaedah paling mudah untuk mengurangkan penyakit maut ini,” kata penyelidik.
Penyelidikan itu diketuai Profesor Elizabeth Holly dari Sekolah Epidemiologi dan Biostatik dan rencana mengenainya diterbitkan oleh jurnal ‘Cancer, Epidemiologi, Biomakers, Biomarkers and Prevention’, edisi September.
Sayur yang berwarna hijau muda dan tomato agak kurang bermanfaat, lapor kajian itu yang dibiayai Institut Barah Kebangsaan Amerika Syarikat.
Hasil soal selidik ke atas 2,233 lelaki dan wanita termasuk 532 pesakit barah pankreas, penyelidik berjaya menghimpunkan data serta mengkategorikan jenis makanan yang mereka ambil dalam masa setahun.
Mereka turut ditanya mengenai faktor lain termasuk diet keseluruhan serta tabiat merokok.
Selepas itu mereka membandingkan amalan pemakanan pesakit barah itu dengan 1,701 responden lain, yang dipilih secara rawak. Hasil kajian mendapati mereka yang memakan lima hidangan sayuran dapat mengurangkan risiko barah sehingga separuh berbanding dengan mereka yang makan hanya atau dua hidangan sayur.
Edirossa
Edirossa
Sep 17 2005, 03:03 PM
Bilberry rawat penglihatan...Siri (33)MATA kita betul-betul menakjubkan. Sepanjang hidup, mata kita berupaya menangkap berjuta-juta imej yang berupaya menjadikan kita senyum, imej yang menawan hati atau imej yang membantu kita menjalani kehidupan seharian seperti memandu atau membaca akhbar.
Dapatkah anda membayangkan dunia tanpa menghayati gambaran warna atau imej? Tentunya kehidupan kita akan kejemuan.
Oleh kerana mata kita memainkan peranan yang begitu penting bukan saja dalam tugas seharian malah penglihatan juga mempengaruhi aspek sosial dan emosi kehidupan kita, maka tidak menghairankan apabila semua terpandang terhadap sejenis buah yang dipanggil Bilberry.
Reputasi moden Bilberry sebagai sejenis bahan herba yang dapat memperbaiki penglihatan ditemu waktu Perang Dunia II apabila tentera udara Britain mendapati bahawa visi mereka pada waktu malam lebih jelas apabila mereka memakan jam bilberry sebelum menjalani operasi serangan malam.
Saintis yang permulaannya hairan terhadap peningkatan penglihatan tentera yang memakan jam bilberry akhirnya mendapati bahawa unsur-unsur aktif yang terkandung dalam bilberry dikenali sebagai anthocyanosides.
Unsur-unsur ini didapati memperkuatkan dinding salur darah untuk memperbaiki pengaliran darah melalui kapilari darah kecil yang menyelubungi mata bagi menjaga kesihatan mata. Anthocyanosides didapati juga memperkuatkan kolagen iaitu protein yang memberi sokongan kepada tisu-tisu penghubung dalam mata.
Hari ini, Bilberry duduknya di kalangan makanan tambahan yang paling popular bagi memelihara mata yang sihat dan juga sebagai suplemen untuk membantu berbagai-bagai jenis masalah mata seperti rabun malam, katarak dan degenerasi macular.
Bilberry didapati membantu retina, bahagian mata yang sensitif terhadap cahaya. Ia menukar keadaan gelap atau terang dengan ketara. Sebab itu, ia membantu masalah rabun malam dengan menangkap gambaran dalam keadaan gelap ataupun apabila waktu terang keterlaluan.
Pakar sains mempercayai bilberry dapat membantu melewatkan keadaan katarak, iaitu kabur pada kanta mata yang biasa berlaku dalam orang tua. Dalam satu kajian, didapati jikalau bilberry dimakan bersama dengan vitamin E, ia akan menghentikan keadaan katarak pada sebahagian besar mereka yang mengambil bahagian dalam kajian itu. Namun demikian, ia masih tidak jelas sama ada bilberry atau kedua-duanya yang bertanggungjawab terhadap keberkesanan ini.
Bilberry juga didapati membantu dalam retinopati diabetik, di mana berlaku digenerasi pada tisu mata. Herba ini memperbaiki kepekaan retina dan membantu mengurangkan risiko pendarahan dan kerosakan tisu yang sering berlaku pada mereka yang mengalami retinopati diabetik.
Jika anda banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, anda mungkin sering mengalami simptom seperti sakit mata, mata berair, tegang, pandangan kabur, sakit kepala dan sakit otot leher. Permukaan monitor computer yang terang dan radiasi daripada komputer juga boleh menyebabkan keradangan pada mata dan mengganggu fungsi penglihatan. Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan simptom tersebut termasuk membetulkan kedudukan komputer dan tempat bekerja, postur duduk, penggunaan penapis antisilau, senaman mata dan pemakanan yang sihat. Herba nutrisi seperti bilbery juga boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan membekalkan tisu-tisu mata dengan nutrien yang diperlukan.
Dalam memilih supplemen bilberry yang sesuai, adalah amat penting untuk memilih bilberry yang dipiawaikan dengan 23 - 27 peratus anthocyanosides - bahan aktif bilberry. Bilberry yang tidak mengandungi jaminan piawai harus dielakkan kerana keberkesanan produk seperti ini selalunya tidak konsisten.
Dalam mengejar kehidupan yang lebih terang dan ceria, amalkanlah cara hidup yang sihat dan pilihlah pemakanan yang membantu mata anda kekal sihat selalu.
Edirossa
Edirossa
Sep 21 2005, 08:32 AM
Susu kuda liar bunuh sel kanser...Siri (34)PERNAHKAH anda minum susu kuda liar? Barangkali ramai juga yang pernah minum susu kuda tetapi hanya segelintir yang minum susu kuda liar!
Tahukah anda? Susu kuda liar dari baka tertentu memberikan banyak kelebihan dan berkhasiat berbanding dengan susu lembu dan kambing.
Ia berjaya dibuktikan secara saintifik melalui program penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik dari universiti-universiti tempatan.
Susu kuda liar ini mempunyai protein yang mengandungi nilai-nilai terapeutik unik serta mampu membunuh sel-sel yang memudaratkan melalui kajian klinikal di makmal.
Ia juga mengandungi bahan antikanser dan antioksidan yang dapat membantu mengawal dan mencegah sel-sel tubuh daripada menjadi rosak dan dijangkiti sel-sel kanser.
Susu kuda liar ini yang pada asalnya hanyalah minuman untuk kesihatan tubuh itu berupaya mencegah beberapa penyakit yang telah dikenal pasti.
Penemuan susu kuda liar
Pengarah Urusan, Setia Brothers Sdn. Bhd. (SBSB), Norhayati A. Rahim memberitahu, penemuan susu kuda liar itu adalah secara kebetulan.
Malah menganggap, ia lebih kepada anugerah yang Maha Esa untuk mereka menyebarkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Mengimbas detik-detik penemuan itu, Norhayati berkata, suaminya bertemu seorang kenalan dalam satu penerbangan ke luar negara yang memberitahu akan kelebihan susu kuda liar itu.
Dia menggunakannya sebagai penawar untuk merawat anak kenalannya yang sakit berpanjangan.
Sebaik sahaja mendengar cerita rakan barunya itu, suaminya berasa terpanggil untuk ke pulau yang dinyatakan di mana terdapatnya kuda-kuda liar berbaka unik ini.
Dia menemui lokasi tersebut dan berjaya mendapatkan susu kuda liar itu untuk diperkenalkan di Malaysia.
Sejak itu Norhayati telah menerima maklum balas yang amat positif daripada mereka yang mengamalkan minuman itu.
``Ini mendorong kami untuk melakukan kajian mengenai susu kuda liar ini bagi membolehkan kami menjualkannya kepada mereka yang memerlukan,'' ujar Norhayati.
Katanya lagi, minuman kesihatan susu kuda liar yang dikenali sebagai Niemans SKL telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Bahagian Kawalan Mutu Makanan sebagai makanan tambahan
Edirossa
babyvirgo
Sep 21 2005, 09:47 AM
masa kat carnival kuda kebangsaan aritu kt seri kembangan ada gak benda nie..selain amik2 gmbar berposing ngn kuda, ada gak pasal susu kuda liar..
aku siap interview lagi pengasasnya tue..
siap leh try..rasanya masam..aku try sesudu jer...rumet aku langsung taknak try..rugi woo..satu botol yg sebesar botol vitagen tu berharga rm100++..
khasiat mmg terbukti berkesan..sbb masa pameran tu ada gaks komen2 dr pesakit..
kalu ada sesaper yg berminat, leh pm aku..nnt aku bg no phone org tue..
nama dia en nek abd rahman..selalu kuar tv org nie..
Edirossa
Sep 21 2005, 10:55 AM
QUOTE(babyvirgo @ Sep 21 2005, 09:47 AM)
..rugi woo..satu botol yg sebesar botol vitagen tu berharga rm100++..
RM100
Edirossa
Sep 28 2005, 09:19 AM
Ekstrak minyak sawit boleh lindungi otak...Siri (35)
PETALING JAYA: Tokotrienol sawit, sejenis ekstrak daripada minyak sawit dikenal pasti boleh melindungi kecederaan otak akibat angin ahmar, demikian disahkan penyelidik Vitamin E, Profesor Chandan K Sen, pada Kongres Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC).
Beliau berkata, faedah pemakanan tambahan tokotrienol sawit bagi perlindungan neuro (otak) adalah penemuan baru.
Penemuan daripada kajian penyelidikan terbaru Sen itu menunjukkan pengambilan bahan pemakanan jangka pendek tokotrienol sawit boleh diserap organ utama – otak, jantung, paru-paru dan kulit.
Pada masa lalu, bentuk tokotrienol pemakanan lain tidak mencapai organ utama dan melembapkan penyelidikan dalam tokotrienol sebagai pemakanan tambahan, katanya di pada satu kenyataan yang dikeluarkan pada PIPOC 2005 di sini, semalam.
Vitamin E adalah keluarga tokopherol dan tokotrienol yang ada faedah kesihatan seperti mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan barah (kanser), meningkatkan fungsi sistem ketahanan dan bertindak sebagai sejenis antioksidan.
Penyelidikan Sen dibiayai geran penyelidikan melebihi AS$1.2 juta (kira-kira RM4.51 juta) daripada National Institute of Neurological Disorders & Stroke, di bawah Institut Kesihatan Negara AS.
Sen adalah Pengarah Makmal Perubatan Molekular, Pengarah DNA Microarray & Genetics di Davis Heart & Lung Research Institute dan Pengarah Ohio State Comprehensive Wound Center di Ohio State University Medical Center.
Mengikut ujian makmal yang dijalankan Sen dan dilaporkan Jurnal Kimia Biologikal, alpha-tokotrienol didapati lebih kuat daripada alpha-tokopherol yang ditemui dalam kebanyakan Vitamin E dalam melindungi sel otak.
Tokotrienol didapati melintasi halangan darah otak dan melindungi neuron, memberikan perlindungan terhadap angin ahmar.
“Kajian kesihatan otak daripada tokotrienol sawit amat memberangsangkan dan kami harap dapat menjalankan percubaan klinikal secara besar-besaran,” kata Sen.
Tokotrienol sawit dipaten syarikat Malaysia, Carotech Bhd dan dipasarkan di seluruh dunia oleh syarikat Malaysia lain, Hovid Bhd. Tanda dagangannya berdaftar ialah Tocomin 
Edirossa