Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Model2 Kereta Terbaru Di Pasaran...
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
newbie
QUOTE(McTwist @ Mar 19 2005, 01:58 AM)
Nissan Murano is my first choice..




hang byk duit leh la berlagak kt kami! tongue.gif (jgn marah haaa biggrin.gif)
Ewan_sn
QUOTE(McTwist @ Mar 19 2005, 01:58 AM)
Nissan Murano is my first choice..




baper herga menatang nie ekk...eddie tak nampak pun kat nissan showroom?
Ewan_sn
QUOTE(McTwist @ Mar 5 2005, 01:33 AM)
BUGATTI VEYRON W16

Kelajuan 0-100KMH dalam masa 2.5 saat sahaja.
Ader 7-speed gear tanpa clutch pedal.
Max. high speed 400KMH.
Dijual ngan harga RM4.5 juta (1 juta USD).



Ko ni Twist...bg keter yg bukan2 kat aku..Baper juta herga dia ni ekk..sajalah aku tanya..manalah tahu lagi 10 tahun aku mampun nak beli.. wink.gif
Ewan_sn
Civic 2.0 liter... cukup gagah


MEMILIKI Honda turut membuatkan pemiliknya meraih reputasi
status kemewahan (mungkin kelas kedua) seperti memandu
Mercedes-Benz atau BMW.


CIVIC 2.0 liter dijadikan pertaruhan Honda untuk menggalas saingan pengeluar automotif dalam persaingan penentu kemampuan mereka dalam Merdeka Millenium Endurance (MME) hujung tahun lalu.



Civic 2.0 liter membuktikan kejaguhannya dan muncul juara dalam pertarungan yang berprestij itu.

Kemenangan dalam perlumbaan menyatakan sesuatu. Ia membuktikan ketegaran dan kejituan kejuruteraan sesebuah kenderaan.

Begitupun, kereta untuk perlumbaan dan kereta untuk kegunaan harian tidak sama, meskipun dalam banyak keadaan teknologi daripada perlumbaan diaplikasikan sedikit seba nyak untuk kereta harian.

Ketika sesi uji pandu pelancarannya di sekitar Port Dickson dan Sepang lewat tahun lalu, Civic 2.0 liter memang mengujakan dengan prestasi kuasa yang mantap dan kemasan dalaman yang semakin mewah. Di samping kuasa dan kemantapan, ada dirasakan sedikit kelainan terutama dengan tindak balas stereng kereta ini.

Sistem stereng pada Civic 2.0 liter yang dijana kuasa daripada enjin yang menggerakkan kenderaan utiliti sukan terkemuka CR-V, agak lembut dan dengan itu cenderung untuk membuang. Kuasa sterengnya dibantu oleh sistem pelarasan elektronik. Ciri yang sepatutnya canggih, tetapi bagi pemandu biasa mungkin perlukan lebih masa untuk dibiasakan.

Justeru, saya membuat ‘lawatan semula’ terhadap jentera ini pada awal tahun ini. Dari segi kuasa, Civic 2.0 memang tidak perlu diperkokokkan lagi. Daripada kehebatan varian ini, Honda Malaysia baru-baru ini melahirkan sebuah versi sport, Civic RX2 khusus untuk peminat setia Civic yang mahukan jentera hebat dengan penampilan lebih bergaya dan sporty.

Sesi uji pandu ‘lawatan semula’ ini dibuat bagi memastikan kemantapan sebenar jentera ini. Ini kerana kereta yang baru keluar kilang biasanya belum mampu menghasilkan kuasa yang benar-benar optimum kerana komponen-komponennya belum ‘mesra’ sesama sendiri. Kereta baru biasanya akan menghasilkan kuasa optimum sebenar selepas mencatatkan antara 1,000-3,000 km perjalanan.

Seperti dijangka, kuasa jentera ini memang semakin mantap sesudah ia mencatat perbatuan yang memadai. Bagaimanapun, seperti yang dijangka sistem stereng tetap berperilaku seperti sebelumnya. Ia bertindak seperti menolong pemandu membuat pusingan tambahan.



VARIAN terbaru Civic ini dipadankan dengan enjin i-VTEC 2.0
liter yang hampir sama dengan yang ada pada CR-V.


Sistem dengan bantuan elektronik ini sebenarnya bagus kerana ia hendak mengurangkan beban pemandu memulas stereng, tetapi kadang kala apabila terlebih membantu, keadaan mungkin lebih sukar.

Begitupun, sistem stereng adalah isu kecil. Ia akan hanya menjadi tidak begitu baik jika dipandu laju. Jika memandu dalam lingkungan had laju kebangsaan, anda tidak akan perasan ada sesuatu dengan sistem sterengnya.

Secara keseluruhan kereta ini memang mantap. Selain itu, memiliki Honda turut membuatkan pemiliknya meraih reputasi status kemewahan (mungkin kelas kedua) seperti memandu Mercedes-Benz atau BMW.

Kredibiliti Honda selama ini membolehkannya meraih penghormatan dan menjadi kenderaan idaman pengguna. Cuma harganya yang agak berat (bagi kelas pengguna biasa), menghalang daripada sebahagian besar rakyat memilikinya.

Sebab itu jugalah, kereta Honda terpakai ada nilai. Bertitik tolak daripada keadaan inilah, maka pemilik Honda, apatah lagi dalam varian yang lebih mewah seperti Civic 2.0 dikagumi ramai.

Ini adalah seiring dengan peningkatan darjat Honda Civic daripada sebuah kereta rakyat kepada kereta premium sederhana, dan melengkapkannya dengan enjin yang lebih berkuasa adalah tindakan yang paling sesuai.

Honda Civic sudah menempatkan diri sebagai antara kereta Jepun yang digemari rakyat kerana pelbagai sebab termasuk mampu dimiliki, senang dijaga dan jimat. Civic 2.0 liter terbaru ini disasarkan kepada peminat setia Civic yang mahukan kenderaan lebih sporty dan berkuasa tetapi belum mencapai tahap Type-R.

Varian terbaru Civic ini dipadankan dengan enjin i-VTEC 2.0 liter yang hampir sama dengan yang ada pada CR-V. Dengan kuasa 114 kW/155bhp pada 6,500 rpm dan tork 177 Nm pada 5000 rpm, kereta ini adalah yang paling gagah dalam kelasnya.

Keistimewaannya, banyak terletak pada i-VTEC. Jika VTEC sudah mampu menjadikan kereta seperti dua dalam satu; untuk ekonomi dan pikap optimum, i-VTEC bermakna VTEC mendapat otak tambahan. Hasilnya i-VTEC membolehkan prestasi optimum diperoleh pada setiap kelajuan enjin.

Di bahagian dalaman, kemasan hitam pada kerusi, panel pintu dan papan pemuka menyerlahkan ciri sporty kereta ini. Meskipun sempit dengan tona sebegini, penampilan roda stereng bersalut kulit dan panel tengah berskima menyuntik seri dan mengembalikan kelegaan
Ewan_sn
Escape 3.0 segarkan semula jenama Ford



ESCAPE 3.0 V6 ini akan bersaing dengan beberapa jenama
terkemuka termasuk jenama premium Land Rover Freelander.

SEJAK Escape 2.0 liter diperkenalkan pada 2001, Ford Malaysia terpaksa merumus pelbagai strategi bagi memenuhi kehendak peminat jentera ini yang mahukannya dilengkapi dengan pilihan enjin lebih berkuasa.



Baru-baru ini Ford memperkenalkan versi 3.0 liter bagi Ford Escape sebagai tambahan kepada rangkaian Escape sedia ada. Versi 3.0 liter ialah model perdana dalam rangkaian model Escape. Model ini memang sudah ada sejak Escape mula diperkenalkan pada 2001. Tetapi ketika itu mungkin masalah yang membayangi Ford ialah menjualnya pada harga yang agak munasabah. Pada ketika itu sebuah Escape 3.0 liter V6 yang diimport dijangka datang dengan tanda harga tidak kurang RM200,000 seunit.

Begitupun, keadaan lebih memihak kepada Ford Malaysia sekarang apabila Escape yang dipasang di kilang pengeluaran Ford di Filipina, boleh memanfaatkan sepenuhnya Kawasan Perdagangan bebas Asean (Afta). Dengan itu ia dapat memanfaatkan duti import lebih rendah kepada kereta Asean, sekali gus Escape boleh dijual pada harga yang lebih berdaya saing.

Ini ditokok pula dengan kategorinya sebagai kenderaan utility sukan (SUV) yang melayakkannya dikenakan duti import lebih rendah berbanding kereta penumpang. Dengan menyandarkan kepada semua factor berkenaan, maka Ford Malaysia menjual model Escape 3.0 liter V6 ini pada harga atas jalan yang agak menarik iaitu RM161,232.20, mudah cakap - adalah antara yang terendah dalam kelasnya.

Sebagai bandingan, dalam segmen SUV kompak, Escape 3.0 V6 ini akan bersaing dengan beberapa jenama terkemuka termasuk jenama premium Land Rover Freelander 2.5 liter V6 pada harga lebih RM190,000; Toyota RAV4 dengan kuasa enjin 2.0 liter pada sekitar RM180,000; Nissan X-Trail 2.5 liter pada RM156,000 dan Honda CRV 2.0 liter RM146,000.



RUANG dalamannya yang menarik.

Melihatkan keadaan ini, Escape sebenarnya berada di tengah-tengah antara jenama berkenaan. Ini mungkin membentangkan kelebihan padanya kerana biasanya pembeli suka memilih jalan tengah. Bagaimanapun, daripada sebuah model besar timbul pula isu lain terutamanya minyak.

Dengan enjin sebegini besar, badan SUV yang berat sudah tentu ia perlukan penjana tenaga tambahan. Di ketika harga minyak yang dijangka terus naik, pembelian terhadap model dengan kuasa besar sebegini sudah tentunya datang daripada mereka yang mempunyai kantung yang sangat dalam. Bukan saja pembeli perlu berani berhabis melabur membeli jentera ini, kos penggunaannya juga perlu ditempuh dengan selamba.

Tetapi adalah dijangkakan Escape 3.0 liter V6 bukanlah sandaran jualan utama kepada Ford Malaysia tetapi ia perlu diadakan sebagai memberi lebih pilihan kepada pengguna tempatan. Seperti diunjurkan, varian 2.3 liter Escape menjadi model paling hangat, bukan saja kerana kuasa dan ekonomi penggunaannya, tetapi juga harganya yang sekitar RM140,000.

Pengenalan varian 3.0 liter V6 juga adalah sebahagian daripada strategi menyegarkan semula jenama Ford di Malaysia, seperti di era kegemilangannya pada awal 1980an. Enjin Duratec 3.0 liter V6 pada Escape ini memang terbukti berkuasa. Ia menghasilkan 206PS pada 6,000 rpm dan tork 276Nm pada 4,750 rpm. Cukup berkuasa, hinggakan apabila memandu di jalan sesak, jangan pijak minyak secara mengejut kerana ia seperti hendak terbang dan mungkin anda menyondol belakang kereta depan.


SPESIFIKASI
Enjin : Duratec 3.0 liter V6
Kuasa : 206 bhp pada 6,000 rpm
Tork : 276Nm pada 4,750 rpm
Harga : RM161,232.20 (harga atas jalan termasuk insurans)

Dengan sebab itulah, maka tidak hairan jika dikatakan antara komponen paling mahal pada jentera ini ialah enjinnya yang diimport dari Amerika Syarikat. Sedangkan komponen lain termasuk kerusi kulit dan bumbung suria, semuanya sama dengan varian 2.3. Apa yang berbeza pada varian 3.0 V6 ialah dua rona pada badannya, cruise control dan stereo enam penukar cakera padat dalam satu pemain.

Ford Escape ialah kenderaan untuk gaya hidup dan sudah membina reputasi sebagai kenderaan bergaya, tangkas dan seronok untuk dimiliki. Ia benar-benar mencerminkan komitmen `tiada-batasan' Ford dan memberi kebebasan kepada pemiliknya untuk mengecapi nikmati hidup sepenuhnya.

Kuasa yang boleh dikawal adalah cara terbaik untuk menerangkan mengenai kenderaan ini. Keunggulannya terletak pada sistem Kawalan Trac II pacuan empat roda Ford. Sistem pintar ini mengesan gelincir roda dan secara automatik membahagikan kuasa antara roda depan dan belakang bagi mengekalkan cengkaman. Trac-II bukanlah sistem pacuan empat roda sepenuh masa dan dalam keadaan biasa, sistem gandar dijalankan roda depan.

Apabila keadaan memerlukan pacuan empat roda sepenuh masa, pemandu boleh menekan butang 4WD yang tersedia di panel pempamer dan system ini mengagihkan tork 50:50 antara tayar depan dan belakang. Meskipun daripada pandangan luaran, tidak banyak beza antara varian V6 3.0 liter dengan 2.3 liter, ciri paling jelas yang berbeza ialah varian V6 dilengkapkan dengan dua tona warna, iaitu warna bamper dan badan yang berbeza.

Bagi membentangkan cabaran yang setara dengan pesaingnya di pasaran, Ford Malaysia juga menawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 km (mana-mana yang terdahulu) bagi kebanyakan modelnya dan paling penting, servis hanya diperlukan setiap 10,000 km, jadi tak payahlah selalu sangat ke pusat servis.
budak_nakal_jpn
kete sorong jer yg mampu aku beli takat nih laugh.gif
newbie
QUOTE(budak_nakal_jpn @ Mar 21 2005, 02:27 PM)
kete sorong jer yg mampu aku beli takat nih laugh.gif

kira ok la jugak...keta jenis tu tk ramai yg pakai...kira versatile apa! biggrin.gif
Ewan_sn
QUOTE(newbie @ Mar 22 2005, 07:16 AM)
QUOTE(budak_nakal_jpn @ Mar 21 2005, 02:27 PM)
kete sorong jer yg mampu aku beli takat nih laugh.gif

kira ok la jugak...keta jenis tu tk ramai yg pakai...kira versatile apa! biggrin.gif

aku tgh membayangkan dia duk dalam keter tu pusing2 Kuala Lumpur...glamour abis wooooo laugh.gif
Ewan_sn
MG Rover berada di ambang kejatuhan

KUALA LUMPUR 8 April - MG Rover Group (MG Rover) kini berada di ambang kejatuhan setelah pihak pengurusan syarikat automotif terkemuka itu telah melantik PricewaterhouseCoopers LLP untuk memberi nasihat mengenai kemungkinan ia jatuh bankrap.

Arahan untuk melantik firma akauntan itu dibuat sejurus selepas perjanjjian dengan pembuat kereta dari China, Shanghai Automotive Industrial Co (SAIC) menemui kebuntuan serta kegagalan untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan British.

MG Rover berkata, pihaknya telah melantik firma akauntan berkenaan bagi menjalankan siasatan ke atas buku akaun syarikat itu selepas MG Rover terpaksa menghentikan operasi pengeluaran kilangnya di Britain selepas gagal memperolehi bekalan pengeluaran.

Para pembekal dikatakan menghentikan bekalan pengeluaran setelah mendengar berita mengenai kegagalan rundingan antara MG Rover dengan SAIC, jelas AP.

Walau bagaimanapun, wujud sedikit kekeliruan mengenai status syarikat tersebut dan kemajuan yang dicapai dalam rundingan antara pihak eksekutif SAIC, MG Rover serta pegawai British di China.

Kerajaan British mengumumkan pada hari Khamis lalu bahawa Lembaga Pengarah MG Rover kini sedang menjalankan urusan pentadbiran ke atas aspek kewangan syarikat itu.
McTwist
EVO IX takde ke?
McTwist
QUOTE(edirossa @ Mar 19 2005, 07:40 PM)
baper herga menatang nie ekk...eddie tak nampak pun kat nissan showroom?

Dekat Nissan Showroom memang takde. Yang ader kat Naza showroom jer. Sebab keter ni keter import tak dibuat di Malaysia. Harganya dalam RM280,000.00 SAHAJA.
Ewan_sn
QUOTE(McTwist @ Apr 9 2005, 05:02 PM)
QUOTE(edirossa @ Mar 19 2005, 07:40 PM)
baper herga menatang nie ekk...eddie tak nampak pun kat nissan showroom?

Dekat Nissan Showroom memang takde. Yang ader kat Naza showroom jer. Sebab keter ni keter import tak dibuat di Malaysia. Harganya dalam RM280,000.00 SAHAJA.

SAHAJA ekk... laugh.gif
basikaltua
QUOTE(kodok @ Jan 15 2005, 11:50 AM)


daihatsu boon/toyota passo

ko ni banyak mengarut laa kodok...kereta tu takde kat malaysia....releven laa skit ngan pasaran malaysia ni....bukan takley nak beli kereta tu tapi nak kena order bla bla bla...cukai lagi...harga dah tentu tinggi....belum masuk spare part yang takde kat malaysia
Ewan_sn
BMW 525i kekal cita rasa pemanduan


PALING penting Siri 5 BMW mempunyai rekaan luaran terkini dan kuasa
yang biasanya hanya ada pada Siri 7. RM398,000

KERETA dalam segmen eksekutif mewah berdepan dengan saingan sengit. Pengeluar akan memastikan mereka mempunyai penampilan kukuh dan terus menguasai pasaran dan satu cara untuk mencapai maksud itu ialah dengan memberikan lebih pilihan varian.

BMW Malaysia turut menggalas cabaran saingan di pasaran tempatan. Justeru, BMW Malaysia memperkenalkan varian 525i bagi memperkukuhkan lagi rangkaian keluarga Siri 5 yang ada di pasaran.

Siri 5 BMW – daripada kod E12 yang dikeluarkan sejak 1970-an, sentiasa menghasilkan cita rasa pemanduan dan status kemewahan yang paling mantap untuk pemandu dan penumpang.

Sementara Siri 3, tidak kira berapa besar saiz kuasa enjinnya, ruang kaki belakangnya agak sempit. Siri 7 pula meskipun menawarkan puncak kenikmatan pemanduan dan bagaikan menaiki jet peribadi di daratan, ia agak besar dan tak sesuai untuk mereka yang suka menikmati sendiri kemantapan pemanduan.

Kami berpeluang memandu uji 525i baru-baru ini dan kami dapati keistimewaan Siri 5 terletak pada kedudukan pertengahannya antara Siri 3 dan Siri 7. Ia lebih besar dari Siri 3 dan mempunyai ruang kaki belakang yang selesa tetapi tidak terlalu besar seperti dalam Siri 7. Paling penting ia mempunyai rekaan luaran terkini dan kuasa yang biasanya hanya ada pada Siri 7.

Lantaran itu, Siri 5 itu menjadi sebagai antara siri yang paling berjaya di Malaysia. Bukan saja kerana wajah barunya yang sungguh solid dan gagah yang menterjemahkannya kepada kejituan pemanduan tanpa bandingan, malah ia juga menyuntik kemewahan dan menyerlahkan status pencapaian pemiliknya.

Sesuai dengan kedudukannya di pertengahan, Siri 5 boleh dipandu sendiri sebagai kereta keluarga tetapi tidak janggal jika anda dipandu di dalamnya.

Ketika dipandu di lebuh raya, 525i menterjemahkan kemewahan dan keselesaan seperti sebuah limosin mewah, kepantasan pemanduan yang sukar ditandingi, kendalian yang mantap – hinggakan lopak dan bonggol jalan tidak dirasai menerusi sistem gantungan aluminium.

Sementara sistem tebatan yang baik menghalang bunyi meresapi ke dalam kabin. Ruang dalamannya luas seperti duduk di sofa rumah – nyaman dan selesa. Tapi, awas jangan sampai tertidur sebab kerusinya terlalu mewah dan empuk.

Sementara di Jalan Persekutuan, seperti Rawang ke Tanjung Malim umpamanya, pemandu berpeluang untuk benar-benar merasai kehebatan teknologi Stereng Aktif dan penstabil Pacuan Dinamik yang memperjelaskan pengertian ketangkasan.

Teknologi Stereng Aktif menunjukkan nisbah transmisi stereng dalam keadaan pemanduan biasa pada kelajuan sederhana dan laju menjadikan stereng mudah dikawal, tidak berat sekali gus memudahkan kereta ini dikendalikan dalam kesesakan trafik di bandar, ketika parking dan mengambil selekoh.

Pada kelajuan tinggi, stereng seperti mengawal diri (tidak terlalu tegak) bagi memberikan lebih kawalan kestabilan dan tindak balas yang tangkas.

Kereta sekarang dihasilkan bukan setakat untuk boleh bergerak dan berhenti saja. Pelbagai teknologi yang digaul pada sesebuah kereta terutama pada jentera mewah seperti BMW umpamanya, menyuntik lebih sifat ‘hidup’, yang mana kereta boleh memahami kehendak pemandunya dengan lebih baik.

Inilah yang diperoleh daripada teknologi Stereng Aktif dan Penstabil Dinamik. Sementara teknologi enjin seperti Bi-Vanos pula menjadikan kos penggunaan minyak sangat berkesan. Siri 5 yang begini besar, sebenarnya sangat menjimatkan minyak.


PEMANDU berpeluang untuk benar-benar merasai kehebatan teknologi
Stereng Aktif dan penstabil Pacuan Dinamik yang
memperjelaskan pengertian ketangkasan.


BMW 525i tampil tidak lama selepas pelancaran model yang dipasang sepenuhnya di Malaysia iaitu salon 520i dan 530i dan kemudian diikuti BMW 545i yang dizahirkan dengan enjin 4.4 liter V8 Valtronic yang sebelum ini hanya ada pada model BMW 745i.

Lantaran itulah tidak hairan mengapa Siri 5 begitu popular dan menjadi sinonim dengan erti kemewahan dan kemantapan, seperti yang sudah diraih Mercedes-Benz menerusi E-Class atau Volvo menerusi S60.

Siri 5 BMW juga menang dari segi rupa paras. Rekaannya sungguh ekstrim berbanding model terdahulu dan ia mudah dikenali menerusi lampu depannya seolah-olah kelopak mata yang sedang merenung sesuatu, profil muskular gagah dan bahagian belakang yang moden mengelakkannya daripada dikaitkan sebagai kereta bisnes semata-mata.

BMW 525i akan menjadi varian ketiga yang dipasang di Malaysia (Shah Alam). Ia menampilkan enjin aluminium yang sudah tersohor; enam selinder sebaris Bi-Vanos yang mensasarkan 2,494cc serta menghasilkan kuasa sebanyak 141kW/192 bhp dan mencapai tork (kilas) maksimum 245Nm pada 3,500 rpm.

Faktor lain yang tambah memantapkan pemanduan dan kendalian jentera ini ialah padanannya dengan kotak gear enam kelajuan Steptronic.

BMW 525i melengkapkan rangkaian model Siri 5, sekali gus memberikan pilihan kereta eksekutif paling meluas yang ditawarkan di Malaysia. Jika diambil kira varian yang diimport sepenuhnya (CBU) ada tujuh varian dalam Siri 5. Dengan itu, bukan saja pengguna mendapat kereta premium tetapi pilihan yang premium juga.

Dengan kemewahan dan premium yang dikaitkan dengannya, BMW 525i ditawarkan pada harga atas jalan (tanpa insurans) RM398,000. Dengan harga sebegini, ia turut dilengkapkan pelbagai ciri terkini termasuk rim aloi 17 inci yang garang, beg udara sisi, kerusi kulit, telefon, enam penukar cakera padat dan iDrive iaitu komputer dalaman yang mengawal pelbagai fungsi sokongan
kodok
QUOTE(basikaltua @ Apr 10 2005, 07:39 PM)
QUOTE(kodok @ Jan 15 2005, 11:50 AM)


daihatsu boon/toyota passo

ko ni banyak mengarut laa kodok...kereta tu takde kat malaysia....releven laa skit ngan pasaran malaysia ni....bukan takley nak beli kereta tu tapi nak kena order bla bla bla...cukai lagi...harga dah tentu tinggi....belum masuk spare part yang takde kat malaysia

daihatsu boon/toyota passo tu mmg la xde kat mesia...tp keta baru perodua yg akan kuar bln dpn berasaskan model ni la...alahai ko nih nape la pikap sgt biggrin.gif
McTwist
QUOTE(edirossa @ Apr 9 2005, 05:33 PM)
SAHAJA ekk... laugh.gif

Bagi yang berkemampuan...~ laugh.gif
McTwist
QUOTE(newbie @ Mar 19 2005, 04:00 PM)
hang byk duit leh la berlagak kt kami! blum.gif (jgn marah haaa biggrin.gif)

Oitt mane ader banyak duit. Saje je pasang cita². Muehehe..
faizfendyzzz


just 4 u evo 9 -mivec tebabo oooo ohmy.gif
faizfendyzzz
McTwist
QUOTE(faizfendyzzz @ Apr 12 2005, 06:29 PM)
just 4 u evo 9 -mivec tebabo oooo ohmy.gif

EVO XI tak lawa ah. Lawa lagi VII ngan VIII
faizfendyzzz
QUOTE(McTwist @ Apr 12 2005, 06:32 PM)
QUOTE(faizfendyzzz @ Apr 12 2005, 06:29 PM)
just 4 u evo 9 -mivec tebabo oooo  ohmy.gif

EVO XI tak lawa ah. Lawa lagi VII ngan VIII

bg aku.... evo 6 tm x yh mods dh siap wide dah wink.gif
McTwist
EVO XI ni takde wide kat tayar depan. Buruk gler.. rata jer. Pastu logo terbenam kat dalam.
faizfendyzzz
QUOTE(McTwist @ Apr 12 2005, 06:35 PM)
EVO XI ni takde wide kat tayar depan. Buruk gler.. rata jer. Pastu logo terbenam kat dalam.

yup tp njin best ooo mivec tebabo mivec like vtec n then tebabo .... so in other word it cn tapau vtec waakakakaka laugh.gif
McTwist
Tebabo? Huhu.. dashyat nyer bunyi. Kasi spec keter tu kat sini.
faizfendyzzz


yg nie gak aku minat wink.gif
McTwist
Tommy Hilfiger.. wakakakak
faizfendyzzz
QUOTE(McTwist @ Apr 12 2005, 06:39 PM)
Tommy Hilfiger.. wakakakak

design lawa giler dah siap wise x yah nak makeup lg wink.gif
McTwist
Wise tu kao tau ape? Wise = Bijak
faizfendyzzz
QUOTE(McTwist @ Apr 12 2005, 06:43 PM)
Wise tu kao tau ape? Wise = Bijak

alamak wrong typing tongue.gif
McTwist
Meowhahahahaha
Ewan_sn
QUOTE(faizfendyzzz @ Apr 12 2005, 06:29 PM)


just 4 u evo 9 -mivec tebabo oooo ohmy.gif

Apsal mitsubishi tak banyak org pakai ekk...padahal keter dia daysat2...
trution
proton amik mitsubishi...
faizfendyzzz
QUOTE(edirossa @ Apr 13 2005, 12:33 AM)
QUOTE(faizfendyzzz @ Apr 12 2005, 06:29 PM)


just 4 u evo 9 -mivec tebabo oooo  ohmy.gif

Apsal mitsubishi tak banyak org pakai ekk...padahal keter dia daysat2...

sbb kalo rege cam proton sura proton x laku .. sbb mitsu mmg comfort .. kalo x namper semua kaki mods tukor part pg mitsu cth

brake pakai vr4
njin pakai vr4,mivec,mirage,ebo,vc6tt dll


fikirkan lah wink.gif
toriton
kalau harga evo mcm harga wira,jwbnye tutuplah kilang proton.aku pun tak nak pakai wira ni dry.gif lebih baik pakai evo.
Ewan_sn
QUOTE(faizfendyzzz @ Apr 18 2005, 10:14 AM)
QUOTE(edirossa @ Apr 13 2005, 12:33 AM)
[QUOTE=faizfendyzzz,Apr 12 2005, 06:29 PM
just 4 u evo 9 -mivec tebabo oooo  ohmy.gif

Apsal mitsubishi tak banyak org pakai ekk...padahal keter dia daysat2...

sbb kalo rege cam proton sura proton x laku .. sbb mitsu mmg comfort .. kalo x namper semua kaki mods tukor part pg mitsu cth

brake pakai vr4
njin pakai vr4,mivec,mirage,ebo,vc6tt dll


fikirkan lah wink.gif

Harga kereta mitsubishi pun bukan murah..mostly dikategorikan sebagai kereta mewah! Mostly harga dia ratusan ribu RM!
Ewan_sn
CR-V dengan varian baru




LAMPU depan yang diperbaharui.

SEGMEN kenderaan utiliti sukan (SUV) wujud secara tiba-tiba menerusi dua model keluaran Jepun, iaitu Honda CR-V dan Toyota RAV4 pada 1994. Sejak itu, idea untuk menjadikan kenderaan yang bersifat seperti pacuan empat roda (4x4) menjadi jentera yang lebih mesra penumpang dan anggun, terus dibangunkan hampir semua pengeluar hinggalah dewasa ini. Segmen SUV sudah menjadi trend baru dan CR-V sebagai antara pelopornya mengekalkan status eksklusif hinggakan ia terus digilai peminat


POKET sisi untuk
menyimpan majalah.

CR-V yang kini sudah memasuki separuh penggal generasi kedua, terus ditambah baik bagi memastikan minat terhadap model ini terus meluap-luap. Justeru, Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) melancarkan varian baru Honda CR-V 2.0 liter yang menampilkan beberapa perubahan luaran dan dalaman dengan harapan dapat menyaingi prestasi jualan dua varian CR-V yang dilancarkan sebelum ini.

Tampil dengan tema 'Bijak dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Aktif’, model terbaru dengan gaya dipertingkatkan itu memberi tumpuan khusus kepada aspek reka bentuk serta prestasi enjinnya.

Minggu ini Berita Minggu membuat penilaian CR-V berdasarkan pandangan pertama terhadap versi terbaru ini kerana kami sendiri belum memandu ujinya. Daripada pemerhatian, didapati walaupun ia masih menggunakan platform sebagaimana model CR-V generasi kedua yang diperkenalkan April 2002, CR-V berwajah baru ini boleh dianggap mengalami perubahan luaran dan dalaman yang agak ketara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Seiji Kuraishi, berkata dua generasi Honda CR-V sebelum ini sudah mencatatkan kejayaan menggalakkan dan menjadi antara kenderaan SUV paling berjaya di Malaysia.

“Varian baru ini dijangka mampu mengulangi kejayaan itu terutama dengan perubahan luaran dan dalaman yang dilakukan,” katanya.

Kuraishi berkata, pengenalan CR-V dengan gaya baru itu dilakukan secara teliti oleh jurutera Honda di Jepun tetapi disesuaikan dengan kehendak dan cita rasa pengguna negara ini.

Sejak model pertama CR-V diperkenalkan Oktober 1995, sebanyak 1.9 juta unit model itu dijual di seluruh dunia manakala model generasi kedua pula mencatatkan jualan sebanyak 8,400 unit sejak diperkenalkan di negara ini.


www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/17kusi.jpg
Kabin yang luas dan selesa terutama bagi perjalanan jauh.

Antara ciri baru pada model itu termasuk lampu depan rekaan baru, gril depan dengan kekemasan krom, reka bentuk baru bamper depan dan belakang serta dipadankan dengan lampu kabus manakala rim aloi bersaiz 16 inci.

Bahagian dalaman pula diberikan wajah baru pada meter, dipasang stereng kulit, sistem audio dengan enam ruang mengisi cakera padat sekali gus, pemain MP3 dan tempat letak kepala yang diberikan reka bentuk baru.

Ruang kabin yang lebih luas dan mewah memberikan lebih keseronokan kepada penumpang dan pemandu terutama untuk perjalanan jauh.

Dengan sistem audio menawan dan pendingin hawa yang menyegarkan tentunya perjalanan jauh tidak memenatkan terutama dengan susun atur tempat duduknya yang lebih fleksibel.

Tempat duduk dalam Honda CR-V baru juga boleh diselaras dan disesuaikan mengikut susunan kargo dan penumpang.

Tempat duduk penumpang depan misalnya, boleh dijatuhkan dan disambungkan dengan tempat duduk belakang bagi membentuk ruang tidur.

Tentunya keadaan ini akan memberikan rehat yang secukupnya bagi ekspedisi jauh.

Honda juga memberikan perhatian kepada aspek penyimpanan barang kecil dalam kenderaan ini dengan menyediakan poket simpanan majalah di belakang tempat duduk dan di pintu termasuk tempat meletak minuman di tempat duduk.

Model Honda CR-V yang menggunakan enjin i-VTEC DOHC dan sistem pacuan empat roda boleh ubah itu dipasarkan pada harga atas jalan RM149,mega_shok.gif0 seunit.

Lima warna menarik ditawarkan iaitu biru Artic, hitam Nighthawk, Opal Beige, perak New Vogue dan Silverstone.

Selain itu, Honda turut memberikan perhatian kepada ciri-ciri keselamatan kenderaan itu yang dipertingkatkan dengan dipadankan sistem penggera pencegah kecurian dan kunci ‘immbolilizer’ yang direka khas oleh jurutera Honda di Jepun.

Model yang dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan itu turut dilengkapi sistem brek anti-kekunci (ABS), dua beg udara keselamatan dan pengagihan tekanan brek elektronik (EBD) bertujuan memberikan kestabilan ketika di jalan raya.



BAHAGIAN pemandu dengan reka bentuk lebih menawan.



Honda CR-V adalah antara model SUV yang berjaya di negara ini dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan pasaran SUV Honda Malaysia.

Kuraishi berkata, model itu akan dipasang sepenuhnya di kilang milik Honda Malaysia di Melaka dengan sasaran jualan kira-kira 2,500 unit pada tahun ini.

Bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat dengan lebih dekat model itu, Honda Malaysia mengadakan pameran bergerak di pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama daripada 6 hingga 10 April dan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur daripada 15 hingga 17 April.
Ewan_sn
SERENA baru tepati cita rasa




NISSAN Serena MPV 2 Liter yang ditampilkan dengan
ciri baru lebih bergaya dan eksklusif
terutama bahagian dalaman yang selesa.

KEMUNCULAN semula Nissan Serena 2 liter generasi kedua baru-baru ini cukup berlainan kerana ia kini ditampilkan dengan rekaan dalaman yang benar-benar menepati cita rasa pengguna tempatan.

Menggabungkan ciri kemewahan, luas dan moden, model kali ini boleh dikatakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berkonsepkan perjalanan dalam kelas pertama seperti mana model terkemuka Nissan MPV Elgrand.

Keluasan dan ruang pergerakan dalam kokpit yang lebih selesa menjadi keutamaan kepada pengenalan semula model itu yang sebelum ini diperkenalkan di pasaran tiga tahun lalu walaupun reka bentuk luarannya masih mengekalkan reka bentuk menegak terkini.

Ruang dalamannya seluas 42 kaki persegi dengan pakej kekemasan menggunakan gabungan warna dua tona dan kekemasan kayu sekali gus menjadikan Serena terbaru ini cukup bergaya dan eksklusif.

Sebagai sebuah MPV yang dipasang sepenuhnya di negara ini (CKD), Nissan Serena boleh membawa sehingga tujuh penumpang dalam susunan berkonsepkan 2-2-3 itu, menjanjikan kepelbagaian penggunaan ruang ke tahap maksimum dan kerusi paling belakangnya boleh dilipat ke tepi seumpama barisan kerusi ketiga dalam kenderaan MPV, Toyota Unser.

Barisan kedua tempat duduknya pula boleh dilipat, direbah atau dipusing 45 darjah untuk menyediakan kepelbagaian maksimum cara duduk dan meletak barang manakala salah satu tarikan utama pada Serena adalah tangga masuk dan pintu dwi-gelungsur yang luas menjadikan masuk dan keluar dari kenderaan ini amat memudahkan.



RUANG dalaman serba mewah dengan saduran kerusi
kulit menjadikan perjalanan jauh cukup selesa bagi
membawa seramai tujuh penumpang.

Berbanding model terdahulu, kerusi barisan keduanya kali ini mempunyai lorong tengah sekali gus memudahkan pergerakan kepada penumpang yang menggunakan tempat duduk paling belakang.

Gaya serta reka bentuk luar dan dalam Nissan Serena baru mengatasi pesaing dalam kelasnya apatah lagi diberikan tanda harga yang cukup berdaya saing setanding dengan model yang sekelasnya.

Suntikan gaya dan imej sporty sudah cukup memberikan gaya tersendiri khususnya model Nissan Serena versi Highway Star automatik empat kelajuan yang dipandu uji penulis baru-baru ini.

Kepuasan memandu uji model itu cukup terasa apatah lagi dengan ciri kemewahan kerusi saduran kulit yang lengkap dengan tempat rehat tangan manakala kerusi baris ketiga boleh disesuaikan dengan sembilan jenis aturan tempat duduk mengikut keselesaan penumpang.

Model itu turut diuji sepenuhnya ketika meredah hujan lebat sepanjang perjalanan dari Manjung, Perak ke Kuala Lumpur dan didapati selesa serta stabil berikutan kelebihannya sebagai semua kenderaan MPV yang lebar dan tinggi.

Bagi mendapatkan ruang simpanan kargo lebih luas, barisan ketiga tempat duduk boleh dilipat sekali gus mampu membawa muatan sebanyak 1, 360 liter.

Ciri kemewahan versi Highway Star lebih terserlah apabila dilengkapkan dengan pemain DVD dan MP3 yang memiliki monitor LCD bersaiz 8.4 inci iaitu yang terbesar dalam kelasnya sekali gus menghilangkan kebosanan penumpang terutama membabitkan perjalanan jauh.

Bagi mereka yang memiliki anak ramai, ia sekurang-kurangnya mampu melekakan mereka seketika dengan memainkan video kegemaran mereka.

Model kali ini masih mengekalkan ciri penggunaan lampu besar depan CSR tiga dimensi yang membolehkannya melimpah cahaya ke haluan depan dengan cerah dan dibantu pula dengan lampu kabus bagi model Highway Star.

Berbanding model terdahulu, Serena baru ini dipadankan dengan enjin 2.0 liter petrol automatik, aci sesondol berkembar (DOHC) iaitu menggunakan enjin Nissan X-Trail SUV, dengan Kawalan Berterusan Injap Berubah Semasa (CVTC) yang mampu menghamburkan kuasa tork 198 Nm pada 4,000 rpm dan kuasa maksimum 108 kW pada 6,000 rpm.

Teknologi injap ‘fly-by-wire’ dan injap elektronik melancarkan lagi pengeluaran kuasa manakala transmisi automatik elektronik empat kelajuan dengan tork memperbaiki kelancaran transmisi untuk pemanduan yang selesa dan menjimatkan minyak.

Bagi keselesaan dan kawalan pemanduan mantap sama ada bandar atau luar bandar, Serena dipadankan dengan suspensi belakang pelbagai manakala cakera brek depan bersaiz 15 inci menjanjikan kawalan brek yang berkesan.



BAMPER belakang dan padanan skirting penuh bagi model
Highway Star cukup menarik dan sporty.


Model itu turut ditampilkan dengan sistem keselamatan aktif dan pasif termasuk sistem brek antikunci (ABS), sistem brek elektronik (EBD), binaan zon badan dan dua beg udara keselamatan SRS.

Terlalu banyak hendak diceritakan mengenai kereta itu dan generasi baru Nissan Serena itu boleh didapati dalam dua versi iaitu Comfort dan Highway Star yang dilengkapi ciri tambahan termasuk bumper depan yang berwajah lebih berani dengan lampu kabus dan pelindung ambang tepi dan belakang.

Harga atas jalan raya termasuk insurans bagi pendaftaran persendirian ialah RM128,976.79 bagi model Comfort (solid) dan RM139,900.79 bagi Highway Star (######lik).


SPESIFIKASI
Model: Nissan Serena Highway Star
Enjin: 2.0 liter DOHC 16 injap, empat silinder
Kuasa: 1,998 cc
Sistem minyak: ECCS, suntikan minyak kawalan elektronik
Kapasiti tangki minyak: 60 liter
Transmisi: Automatik empat kelajuan
Saiz Tayar: 195/65 R15
Berat keseluruhan: 1,590 kg
Tinggi keseluruhan: 1,825 mm
Ewan_sn
Nafas baru cara Mazda6



TAMPIL dengan rekaan yang paling anggun. Lampu depan seperti kening kucing
menyerlahkan lagi keanggunan dan kecomelan kereta ini.

CINTA saya kepada Mazda bermula sekitar tahun 1980-an. Ketika itu saya baru memasuki sekolah menengah dan Mazda Familia 323 adalah kereta idaman. Sejak itu, saya memendam cita-cita ingin memilikinya sendiri bila sudah kerja nanti.

Ketika di sekolah menengah, minat terhadap Mazda semakin bertambah apabila mula kenal dengan ikon kereta sport Jepun paling terkemuka - RX7, terutama kerana inovasi enjin rotary (berpusingan). Kemudian minat berkembang pula kepada kerata sedan separuh mewah apabila cikgu Shahidan bergaya dengan Mazda 626. Dalam rangkaian kereta Mazda, saya cuma tak minat dengan kereta Capella milik Pak Ngah Hassan.

Mazda yang dimilik Ford Motor Co tidak dapat mengelak mengeluarkan kenderaan yang hampir klon dengan Ford. Begitupun, dewasa ini Mazda sudah mula mengasingkan diri daripada abangnya itu dengan tampil menerusi teknologi dan rekaan sendiri. Dengan sebab itulah juga, kenderaan Mazda sekarang menjadi semakin menarik dan mantap.


SEPADAN dengan kedudukannya sebagai sport sedan, ia dilengkapkan dengan kemewahan kulit
di seluruh kerusi, stereng
dan kemasan pintu.

Mulai awal abad ke-21, Mazda tampil dengan rangkaian produk yang lebih berani dan ‘daring’. Ia menampilkan model gantian RX7 (yang banyak orang kata kereta sport orang tak berapa kaya) dengan versi enjin rotary lebih berkuasa pada RX8. Sejak diperkenalkan kepada umum pada hujung tahun 2003, RX8 terus menjadi ikon sekali lagi bagi kereta sport Jepun (mungkin alternatif kepada siri Mitsubishi Evolution).

Sementara dalam segmen kereta sedan dan MPV, pikap trak dan SUV, Mazda juga tampil dengan serangkaian lengkap produk yang diberi nafas baru sepenuhnya. Dalam mengenalkan semula produknya itu, Mazda mengurangkan singkatan bagi nombor-nombor modelnya, terutama bagi model kereta. Sebab itulah sekarang model baru Mazda 323 (Familia) hanya dikenali Mazda3, manakala kereta sedan legenda Mazda 626 hanya dikenali dengan Mazda6.

Jika dulu Mazda 626 ialah kereta sedan premium, sekarang Mazda6 ialah kereta sport sedan eksekutif yang pasti menarik perhatian sesiapa saja. Budak sekolah rendah sekali pun pasti akan kagum melihat jentera ini.

Seiring dengan kelahiran nafas baru Mazda ia juga tampil dengan motto baru iaitu, Zoom-Zoom yang mana ia adalah pernyataan mudah kepada kelajuan dan kepantasan.

Mazda6 turut disepadukan dengan motto itu dalam usahanya menongkah pasaran segmen sedan eksekutif sederhana. Ia perlu tampil dengan gempak kerana ini ialah segmen yang sangat berdaya saing kerana saingannya di pasaran adalah banyak, termasuklah di pasaran tempatan.

Senarai pesaingnya di pasaran termasuklah Honda Accord, Nissan Cefiro, Toyota Camry, Kia Optima, Hyudai Sonata, Lumina Chevrolet, Skoda Superb malah dengan Perdana keluaran negara kita sendiri. Itu belum diambil kira pesaing daripada kalangan jenama mewah seperti BMW Siri 3, Audi A4, dan Volvo S40.

Jadi, nak bersaing dengan pelbagai jenama lain berkenaan, sudah tentulah berkehendakkan suatu faktor sandaran yang melebihkannya berbanding yang lain. Menurut Cycle&Carriage Bintang Bhd, angka jualan kenderaan Mazda menggalakkan. Ini maknanya mereka OK di Malaysia tetapi belumlah mencapai tahap memberi saingan terlalu serius kepada pengeluar lain. Ini kerana, jenama Mazda sudah agak lama tidak begitu aktif di Malaysia, terutama ketika ia terlalu terikat dengan Ford. Sudah tentu untuk mencapai tahap aktif dan agresif sepenuhnya akan mengambil masa.

Kami baru-baru ini berpeluang memandu uji Mazda6 merah velocity dengan enam beg udara (varian tercanggih), untuk memastikan sama ada jenama lain sekelasnya perlu berasa bimbang dengan kehadiran semula jenama Mazda dengan agresif.

Antara perkara yang paling tidak dapat disangkal ialah Mazda6 ialah kereta sport sedan 2.0 liter yang paling ‘cun’ (bandingan dengan kereta Jepun dalam lingkungan harga yang sama saja). Di mana saja kami menyusur jalan dengan jentera ini, termasuklah di Parit Sulong dan Rawang sekalipun, ramai sangat yang pandang mengekor. Sudah pastilah kerana ia memang lawa dan kedua mungkin orang ramai nak pastikan jenamanya, maklumlah dah lama tiada model baru Mazda kat tanahair kita.

Mazda6 tampil dengan rekaan yang paling anggun, rekaan luaran yang sungguh kemas dan licin dengan penampilan bahagian depan yang gagah tetapi mesra, seperti juga yang dibuat pada model lain termasuk Mazda3, RX8 dan MPV Premacy. Lampu depan seperti kening kucing dan lampu belakang yang besar menyerlahkan lagi keanggunan dan kecomelan kereta ini.

Hampir serba serbi tentang kereta ini kena dan membuatkannya nampak cantik. Gaya luarannya membuatkan orang fikir kereta ini memang laju walaupun ketika sedang parkir.

Sepadan dengan kedudukannya sebagai sport sedan, ia dilengkapkan dengan kemewahan kulit di seluruh kerusi, stereng dan kemasan pintu. Sementara susunan kerusi pula serba selesa, ruang kaki penumpang belakang juga besar. Ia juga dilengkapi dengan sistem stereo seperti yang biasa ditemui pada kereta mewah seperti BMW, iaitu stereo terlaras. Volume suara akan laras sendiri mengikut kelajuan kereta. Hasilnya anda akan tetap mendengar suara stereo yang sama ketika memulakan perjalanan. Sering kali apabila laju bunyi angin dan tayar menenggelamkan suara stereo. Begitupun, saya tetap mencadangkan anda menukar pembesar suara dan letakkan juga sebuah amplifier untuk mutu bunyi yang lebih baik.

Sesudah menikmati segala yang menarik tentang penampilan dan kemasan jentera ini, bagaimana pula dengan ejin 1,999cc empat selinder ini bertindak?

Jika dilihat daripada aspek pengendalian termasuk keupayaan mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, Mazda6 mendapat markah penuh. Susah model lain hendak menyainginya. Ini sebahagian besarnya disandarkan kepada sistem brek cegah kunci (ABS) empat saluran dan sistem agihan daya brek (EBD). Keadaan tambah dibaikkan menerusi penggunaan sistem gantungan depan dua tulang rawan dan sambungan berbilang punca di belakang.

Bagaimanapun, dari segi prestasi kuasa, jentera ini sebenarnya perlukan jana kuasa lebih besar. Di lihat daripada perspektif lebih besar, enjin yang menghasilkan 136bhp (104kW) pada 6,000rpm memang sangat tidak padan dengan kejituan casis dan rekaannya, seperti menggunakan motosikal kapcai untuk membawa dua guni padi.

Sekadar perbandingan, Accod 2.0 liter (1,998cc) menghasilkan 110kW pada 6,000rpm sementara Camry 1,990cc menjana 106kW pada 5,600rpm. Untuk makluman bersama, di negara lain model Mazda6 dengan enjin 2.3liter lebih popular.
Ewan_sn
Edisi terhad Honda City


HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) memperkenalkan Honda City VTEC Edisi Terhad yang disasarkan kepada mereka yang mahukan kenderaan yang sporty tetapi menawan dan menarik untuk dipandang.

Edisi terhad ini memperjelaskan kepelbagaian gaya yang dapat dipersembahkan oleh sebuah Honda City menerusi gaya yang agresif, bermutu dan tahan lasak tetapi mengekalkan legenda kemantapan pemanduan yang dibentangkan sebuah Honda.

Edisi terhad ini menampilkan pakej aksesori tulen yang dikeluarkan oleh anak syarikat Honda, Honda Access Co Ltd.

Aksesori tulen Honda dibangunkan jurutera berpengalaman Honda dan memenuhi piawaian ketat Standard Kejuruteraan Honda (HES) yang tertakluk kepada ujian tertentu termasuk; ujian jalan sebenar bagi memastikan ketepatan pemasangan aksesori, ujian rim aloi dan ujian tahan lasak untuk spoiler.

Antara aksesori Honda Access yang dipadankan dengan edisi terhad ini termasuk, spoiler depan bawah, spoiler sisi bawah, spoiler bawah belakang, spoiler penutup but barang dan rim aloi 15 inci.

Edisi terhad City VTEC dijual pada harga atas jalan RM91,888. Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Mutiara Hitam Nighthawk dan Mutiara Biru Artik. Ada 90 unit Mutiara Hitam Nighthawk dan 60 unit Mutiara Biru Artik. Anda berminat?
April
nak tanya.. bila sebenanya kete perodua baru nak launch?...
kata bulan may kan... harap2... biar betul2 mcm boon.. teringin gakk smile.gif
MaS_BoNgSu
QUOTE(April @ May 9 2005, 12:51 PM)
nak tanya.. bila sebenanya kete perodua baru nak launch?...
kata bulan may kan... harap2... biar betul2 mcm boon.. teringin gakk smile.gif

dah open for booking.....
booking jgn tak booking...
dgr citer slps 2 bulan harga may b naik..
April
QUOTE(MaS_BoNgSu @ May 9 2005, 01:30 PM)
QUOTE(April @ May 9 2005, 12:51 PM)
nak tanya.. bila sebenanya kete perodua baru nak launch?...
kata bulan may kan... harap2... biar betul2 mcm boon.. teringin gakk  smile.gif

dah open for booking.....
booking jgn tak booking...
dgr citer slps 2 bulan harga may b naik..

betoi ka??.. kenaper tak tau pun... ohmy.gif tak announce kat TV ehh!..
april nak confirm rege n model... betul2 cantik ker?..
MaS_BoNgSu
QUOTE(April @ May 9 2005, 02:14 PM)
QUOTE(MaS_BoNgSu @ May 9 2005, 01:30 PM)
QUOTE(April @ May 9 2005, 12:51 PM)
nak tanya.. bila sebenanya kete perodua baru nak launch?...
kata bulan may kan... harap2... biar betul2 mcm boon.. teringin gakk  smile.gif

dah open for booking.....
booking jgn tak booking...
dgr citer slps 2 bulan harga may b naik..

betoi ka??.. kenaper tak tau pun... ohmy.gif tak announce kat TV ehh!..
april nak confirm rege n model... betul2 cantik ker?..

sebab ko April ko tatau..... s'rang dah May...kekkekek..(gurau jerk)
tp dah announce kat newspaper la..... smile.gif
kodok
QUOTE(April @ May 9 2005, 06:14 AM)
QUOTE(MaS_BoNgSu @ May 9 2005, 01:30 PM)
QUOTE(April @ May 9 2005, 12:51 PM)
nak tanya.. bila sebenanya kete perodua baru nak launch?...
kata bulan may kan... harap2... biar betul2 mcm boon.. teringin gakk  smile.gif

dah open for booking.....
booking jgn tak booking...
dgr citer slps 2 bulan harga may b naik..

betoi ka??.. kenaper tak tau pun... ohmy.gif tak announce kat TV ehh!..
april nak confirm rege n model... betul2 cantik ker?..

april keta tu mmg cam boon cuma lampu dpn dgn bumper dorang modified skit...logo perodua pun cun..siap ade wing cam logo mini cooper..rega aku dgr dari 42-52k..yg paling murah tu enjin 1.0 manual...yg paling mahal tu enjin 1.3 auto complete dgn airbags & abs
kodok

lampu dgn bumper dimodified dari model asal..ok lerrr biggrin.gif
kodok

kalo daihatsu boon, no plate kat bumper..tp perodua myvi ni no plate kat bonet plak
kodok

cd player tuh...kalo ade MP3 lg syok
Ewan_sn
QUOTE(kodok @ May 9 2005, 03:04 PM)

kalo daihatsu boon, no plate kat bumper..tp perodua myvi ni no plate kat bonet plak

Ni produa baru yg nak kuar tu ker?
waniezz
QUOTE(SeLiPaR^AdiDaS @ Jan 25 2005, 10:39 PM)
QUOTE(kodok @ Jan 20 2005, 10:31 AM)
QUOTE(edirossa @ Jan 20 2005, 01:25 AM)
Apapun kalau tak suka kereta proton pun, kita kena bagi moral support kat proton. Proton tu macam maruah buat kita juga. Proton lahir ditengah-tengah giant car industries. Kalau ikut pencapaian dan kemampuan untuk berkembang, proton kira boleh dibanggakan la juga sebab pengeluar kereta lain yg terdahulu mengambil masa sehingga 50tahun untuk established. Malah byk pengeluar dari Barat yg lain yg hilang ditelan masa. Dgn pengambil alihan Lotus UK, sepatutnya proton mampu menggunakan pengalama dan kepakaran Lotus utk diadaptasikan kedalam proton. Jadikan proton lebih berprestige.

Lagipun Proton tidak menghadapi masalah kewangan. Reserved kewangannya agak besar. Apa yg diperlukan Proton ialah seorang peneraju yg berkaliber dan berkemampuan.

Proton berpotensi utk berkembang. Beberapa syarikat2 pengeluar kereta  besar telah menyatakan hasrat untuk mengambil alih kepentingan dlm proton dgn menguasai saham majoriti tapi kerajaan bertindak menolak. Mungkin kerana sebab kepentingan negara  yg membuat kerajaan menolak permohonan mereka. Namun Eddie percaya, mereka sentiasa menunggu peluang untuk menguasai proton..

Satu cara utk mereka menguasai proton iaitu dgn cara melemahkan ekonomi malaysia dan berharap malaysia diletakkan di bawah IMF (Bank Dunia). Dgn itu mereka boleh mengambil alih proton seperti mana mereka menguasai hyundai dan beberapa syarikat gergasi lain korea semasa krisis kewangan asia dulu...

company yg menyebabkan rega keta naik..wat keta x berkualiti nak bg moral support?..lg cpt proton bankrap lg hepi aku..selagi ade proton selagi tu la rega keta kat mesia ni xkan turun sbb nak protect proton..dan disebabkan proton jugakla thailand lebih berjaya dlm menarik company besar keta melabur..sampai digelar detroit asia skg ni..

jgn lupa gak company cam hyundai,kia tu umo lebih kurang sama dgn proton..tgk dorang skg kalo compare dgn proton..kat U.S dah berlambak keta hyundai,kia tp proton sebiji pun xde..kalo baca review kat U.K psl gen2 lg wat malu..dari rating 5 star gen2 dpt 1 star je..compare dgn keta korea yg kurang2 dpt gak 3 star..siap suh naik beskal lg dari beli gen2 sbb material yg x thn lama..aaahh org barat mana leh caya ekk..dengki kat kita tuh..yg lotus lak dorang bkn tau ape..wat keta sport leh la tp nak suh wat enjin pun x tau..enjin lotus pun dibeli dari toyota dan rover..yg proton ni lak wat enjin dgn company yg langsung x penah wat enjin..pk sendiri la leh konfiden ke x dgn campro tuh..cuma yg leh dipuji lotus ni ialah kepakaran handling..mmg famous satu dunia keta lotus antara keta yg terbaik dari segi handling..mmg x leh nafikan la

aku x kisah kalo company luar nak beli proton..tgk je kat nissan yg dibeli renault..volvo dan mazda yg dibeli ford..w'pun sahamnya dipgg org luar tp bila dijual keluar negeri org ttp menganggap volvo dari sweden..mazda dan nissan dari jepun..ini bisnes bkn psl org nak jajah ke ape..kalo leh wat untung ape salahnya..yg penting nama proton x terkubur camtu je..org ttp anggap proton asal dari mesia..lg satu hyundai x dikuasai sesapa..majoriti saham still hyundai pgg

Lagipun Proton tidak menghadapi masalah kewangan. Reserved kewangannya agak besar. Apa yg diperlukan Proton ialah seorang peneraju yg berkaliber dan berkemampuan.
QUOTE


ni aku setuju..tengku mahalol tu patut dari dulu lg bla dari proton..xde ape aku tgk org tua ni buat selain dari ckp besar..ade kilang besar leh kuar sejuta keta la..waja cam BMW la..proton wat enjin sendiri la..tp problem basic pun x leh settle..baru2 ni gen2 naik harga rm500 sbb tambah satu aksesori iaitu spoiler..xkan spoiler sebiji rega rm500??..dgn reputasi proton yg guna material murahan..aku yakin spoiler ni bkn branded..x abih2 isap darah rakyat

byk lg aku nak cite tp skg ni cukupla..bkn x suka proton berjaya tp jgn sampai menyusahkan rakyat..isap darah rakyat..menipu rakyat..kalo x kerana tax aku x rasa proton ade lg skg ni..proton yg mensasarkan utk menjual gen2 sebyk 60k unit sethn hanya dpt menjual x sampai separuh dari jumlah tu..lg skg ni AFTA dah mai..makin byk keta2 murah kat market..selagi proton x leh settle isu kualiti, selagi tu la org ramai jauhkan diri..ikut contoh perodua tuh..x ckp besar wat keje senyap2 tp produk berkualiti
thanks for ur ilmiah explain biggrin.gif

terrornya korang...xsangka ada gak org yg berperasaan g2 cam kite..napalah kerajaan wat gini..sampai hati sungguh la..
kodok
QUOTE(edirossa @ May 9 2005, 07:08 AM)
QUOTE(kodok @ May 9 2005, 03:04 PM)

kalo daihatsu boon, no plate kat bumper..tp perodua myvi ni no plate kat bonet plak

Ni produa baru yg nak kuar tu ker?

yupp..aku dgr 20hb nak dilancarkan..pastu proton lak nak lancar TRM...nak lwn la tu dgn perodua myvi ni
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.