Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Koleksi Panduan Kesihatan Fizikal..
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Kelab Diet, Panduan Kesihatan Fizikal dan Pemakanan
Pages: 1, 2, 3, 4
Ewan_sn
Senarai Articles : Sila KLIK pada tajuk untuk membaca.

1) Tip Berhenti Merokok

2) Tips Untuk Menagatasi Masalah Migraine

3) Merokok Mempercepatkan Menopaus

4) Tindakan perlu rawat kanak-kanak mengalami luka

5) Tips Agar Selalu Nampak Awet Muda

6) Panduan Penjagaan Kesihatan: Persediaan sebelum lakukan senaman

7) RESDUNG - Punca Dan Cara Mengatasinya

8) Awasi Payudara Anda

9) Cara Kawal Tekanan (Stress)

10) Selesema..Jangkitan dan Pencegahan

11) Wanita hamil mudah kena kencing manis

12) Kekal sihat, cantik di usia menopaus

13) Wanita hamil perlu banyak minum susu

14) Pastikan Gosok gigi dua kali sehari

15) Kebersihan Kaki Menentukan Tahap Kebersihan Anda

16) Cuaca Panas - Strok haba ancam nyawa

17) Kanta lekap, risiko jangkitan dan kebutaan

18) Seks Menyimpang - Luar Tabii

19) Langkah keselamatan elak kemalangan di rumah

20) Awet muda alternatif selain botox

21) Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam Badan

22) Badan ramping, tampil hebat

23) Jangkitan kuman punca keputihan berlebihan

24) Hargailah Mata - Tips Penjagaan

25) 10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

26) Pernah kena tindih makhluk ghaib

27) 4 punca pening kepala

28) Petua merawat benjol, terseliuh

29) Tekanan antara punca lelaki andropaus awal

30) Persediaan menghadapi klimakterik

31) Kanser Payudara..Mengesan Cara PSP

32) Kerja Rumah Tidak Bantu Kurangkan Berat Badan

33) Fakta Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

34) Punca dan Cara Merawat Katarak

35) Kenali sakit kepala anda

36) Barah Payu Dara - Punca dan Tanda-Tanda

37) Kesan jangka masa tidur kepada mental

38) Kanser boleh dikesan awal

39) Tanda-tanda Alahan Dan Cara Mengatasinya

40) Urutan dan Kesannya Pada Tubuh

41) Pendedahan cahaya matahari punca utama proses penuaan kulit

42) Teknik penegangan kurangkan dagu berlapis

43) Tercekik: Jangan panik

44) Alahan dan Cara Mengatasi

45) Wanita mudah kena sakit kepala

46) Derma darah sihatkan badan

47) Cara atasi masalah buasir

48) Asma sensitif Jerebu

49) Punca Sakit Kepala

50) Penyakit sendi dan tulang

51) Influenza boleh bawa maut

52) Kanser buah dada

53) Perokok lelaki kurang sperma

54) Gout penyakit kuno boleh menyerang bila-bila masa

55) Hentikan ubat kurus badan jika hamil

56) Tip berpuasa bagi pesakit

57) Darah dari dubur tanda buasir

58) Tentang Gastrik

59) Bertungku - Pulihkan Perjalanan Darah

60) Tidur Peluk Bantal Paling Baik

61) Jangan minum dulu jika panas dan berpeluh

62) MEROYAN – Lelaki fahamkah keadaan ini?

63) Punca rabun warna

64) Cara atasi penyakit batu karang

65) Punca Tidak Subur Di kalangan Lelaki

66) Sumbing - Aspirin adalah antara penyebabnya

67) Garam Mandi

68) Tentang Mata dan Kanta Lekap

69) Bertemu Pakar Sakit Puan Bila

70) Cara menangani selesema burung

71) Wanita mudah dijangkiti virus maut

72) Berkhatan - Antara Tuntutan Agama dan Kesihatan

73) Tanda Dijangkiti HIV

74) Pentingnya Senaman

75) Bulu roma kemaluan kekalkan kelembapan dan Kaedah Membesarkan Payudara

76) Masalah Radang Kulit Pada Kanak-Kanak

77) Darah tinggi: Ambil serius!!

78) Faktor menyebabkan kitaran haid tidak teratur

79) Rokok racuni sperma

80) Kaedah tingkat sperma

81) Wanita ambil pil perancang kurang berahi

82) Elak minum ketika makan
Ewan_sn
Copy n Paste dengan izin Engku Salina..Tq!

Tips Untuk Menagatasi Masalah Migraine...Siri (2)

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Jenis-jenis migrain yang utama

Classic migraine

Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut :

- Terlihat cahaya terang (bright spots),
- Garisan zigzag (zigzag lines),
- Penglihatan berganda (double vision),
- Buta sementara (temporary blindness),
- Kebas (numbness),
- Kepala terasa berpusing (dizziness),
- Pening (drowsiness),
- Sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion).
* Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf - satu fenomena yang dikenali sebagai spreading depression of the cortex. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

Common migraine

Tanpa warning terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi. Sebab-sebab terjadinya migrain Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat.

Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

i) Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

ii) Pemakanan
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

iii) Diet
Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

iv) Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

vi) Hormon.
Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

vii) Mengandung.
Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

viii) Haid.
Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas dating haid.

ix) Pil perancang.
Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

x ) Menopause (putus haid).
HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

xi)Tidur.
Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

xii) Pemakanan yang tidak teratur.

xiii) Ubat
Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

xiv) Penyebab-penyebab lain.
- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
Merokok.

Rawatan Tanpa ubat

i) Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

ii) Pengurangan stress seperrti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan
teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena.

iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

vii) Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan
saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.

Ubat

a ) Ubat pemberhenti.


i) Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain.

ii) 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin.

iii) Isometheptene.

iv) Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

B ) Ubat melegakan.

i) Analgesic (ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.

ii) Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.

c) Ubat pencegahan.

i) Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga menganggu perjalanan hidup seharian.

ii) Beta blocker terutamanya propranolol melancarkan perjalanan darah.

iii) Calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah.

iv) Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), aspirin. Aspirin mengurangkan sakit dan juga mengurangkan pengumpulan platlet.

v) Ubat anti-depressant seperti amitryptyline boleh mengawal kandungan serotonin.

vi) Riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari. Herba, Antara rawatan herba yang digunakan untuk melegakan sakit migrain ialah St.John's wort (hypericum), feverfewdan gastrodia. Kelebihan rawatan jenis ini ialah ia tidak melibatkan ubat-ubatan yang selalunya mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Bagaimanapun, rawatan herba mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil herba tersebut untuk jangkamasa lama sebelum kesannya dapat dilihat.

TEORI MENGENAI MIGRAIN

Teori tentang migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Ada yang menyangkalnya dengan bertanya sekiranya teori di atas betul, kenapa migrain berlaku di sebelah kepala sahaja. Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm di saluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak.

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri - jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak. Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar). Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang mumbuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah.

Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain.

Jenis-jenis migrain yang lain

i) Hemiplegic migraine - rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.

ii) Ophtalmoplegic migraine - sekeliling mata.

iii) Basilar artery migraine - berlaku disturbance di saluran darah arteri ke otak yang utama.

iv) Benign exertional headache - disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin.

v) Status migraine - berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakaitan yang dirasa sangat teruk.

vi) Headache-free migraine - tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit.

Migrain di kalangan kanak-kanak

Sebelum baligh kejadian migrain di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan sama. Selepas itu, selalunya lebih ramai perempuan mengalami migrain. Selalunya kanak-kanak mengalami migrain di kedua-dua belah kepala atau di bahagian hadapan kepala sahaja. Jangkamasanya pula lebih pendek - ia mungkin berlaku selama 30 minit sahaja. Berbanding dengan migrain dewasa, migrain di kalangan kanak-kanak selalunya menyebabkan masalah perut yang lebih teruk. Antara tanda-tanda migrain berlaku ialah muntah, cirit-birit, selalu kencing, dahaga dan berpeluh.
Ewan_sn
Merokok Mempercepatkan Menopaus...Siri (3)

Selain dpd merosakkan kesuburan, sebuh kajian meyatakan wanita merokok mungkin mengalami menopaus lebih awal dibandingkan dgn yg tidak merokok. Mereka dikatakan mengalami perubahan hidup dua tahun lebih awal.

Para doktor telah lama memperingatkan bahawa merokok tidak baik utk kesihatan. Selain dgn berhadapan dgn risiko sakit jantung dan kanser, merokok juga boleh dikatakan mampu mempengaruhi kesuburan. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Reproductive Biomedicine Online. Kajian telah dijalankan terhadap 350 orang wanita yg telah datang ke pusat menopaus rumah sakit Civitanova Marche di Itali antara tahun 1996 dan 2001.

Bagi wanita perokok, menopaus bermula sekitar usia 47 tahun sementara mereka yg tidak merokok, menopaus bermula hampir pada usia 49 tahun enam bulan. Menurut Dr. Filiberto Di Prospero, perbezaan dua tahun bermulannya menopaus ini menyataka pengaruh rokok yg mengganggu fungsi telur dgn akibat merosak reproduksi secara biologi. Selain itu, merokok juga dikatakan boleh merosakkan DNA dalam sperma sehingga mengganggu perkembangan embrio yg sihat.
Ewan_sn
Tindakan perlu rawat kanak-kanak mengalami luka....Siri (4)


KANAK-KAKAK lasak sering terdedah dengan pelbagai kemalangan seperti terseliuh dan terjatuh yang menyebabkan luka.

Pendarahan sama ada disebabkan oleh luka atau kulit tergaris, atau yang berlaku di bawah lapisan kulit disebabkan luka, jelas menunjukkan bahawa anak anda cedera.

Darah yang mengalir di seluruh tubuh membawa bersamanya oksigen dan khasiat dari jantung melalui arteri kepada tisu dalam tubuh. Kemudian ia mengalir melalui saluran darah dan bahan buangan seperti karbon dioksida.

Aliran ini perlu berterusan dan sekiranya sebahagian tubuh tidak mendapat bekalan darah, ia boleh mengalami kerosakan selama-lamanya. Luka hanya menjejaskan sebahagian bekalan darah ke permukaan tubuh. Walaupun sedikit darah yang keluar, ia kelihatan banyak.

Seorang kanak-kanak yang mempunyai 1.6 liter darah dalam tubuhnya boleh kehilangan sehingga setengah cawan darah tanpa membahayakan nyawanya.

TANDA AWAL DAN YANG PERLU DILAKUKAN:
Luka dan kulit terguris biasanya menyebabkan darah keluar. Tenangkan anak anda dan basuh luka itu menggunakan air sejuk. Sekiranya pendarahan terus berlaku, letak sapu tangan bersih di atas dan sehelai kertas dapur atau pelapik luka (bukan kertas tisu atau bahan yang mudah mengembang apabila terkena cecair).

Tekan kain tadi di atas luka sehingga pendarahan berhenti. Luka akan sembuh lebih cepat berbanding penggunaan plaster.

Bagaimanapun, jangan teragak-agak untuk menggunakan plaster sekiranya luka boleh menyebabkan rasa tidak selesa apabila tersentuh pakaian.

Adalah lebih baik sekiranya lapisan plaster ditampal dengan pita surgical agar ia lebih kukuh. Luka di bahagian kepala menyebabkan pendarahan yang banyak kerana bahagian tubuh ini mengandungi banyak saluran darah.

Luka di bahagian dahi atau kulit kepala akan terdedah disebabkan keadaan kulit yang tertarik. Ikuti panduan rawatan kecemasan yang disertakan sebelum membawa anak anda ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya luka anak anda itu membabitkan saluran darah utama yang terkoyak, darah merah akan memancut keluar dari arteri.

Degupan jantung akan menjadi perlahan dan darah merah yang lebih pekat lagi akan keluar dari saluran darah. Balut dengan sapu tangan atau gunakan dressing untuk menekap luka. Naikkan bahagian tubuh yang luka supaya melebihi paras jantung dan pastikan tekanan yang sama dikenakan terhadap luka sehingga pengaliran keluar darah berhenti.

BILA ANDA PERLU MENDAPATKAN BANTUAN:
Kebanyakan keadaan pendarahan adalah sementara saja dan anda boleh mengatasinya sendiri. Namun ada kalanya anda perlu mendapatkan bantuan doktor dan ia perlu sekiranya:

- Pendarahan berterusan selepas anda menekap bahagian yang luka selama lebih 10 minit; bahagian yang luka lebih panjang daripada 1sm dan ia mungkin perlu dijahit;

- Sekiranya lukanya kotor atau kulit muka luka disebabkan terkena benda tajam seperti paku; pendarahan hidung, mulut atau telinga berlaku selepas kanak-kanak terjatuh atau kepalanya terhantuk; anak anda mengalami pendarahan hidung selama lebih 30 minit;

- Anak anda sering mengalami pendarahan hidung;

- Najis anak anda mengandungi darah;

- Lebam bertambah teruk atau bengkak. Mungkin ada tulang yang patah.

PANDUAN PRAKTIKAL:
Selepas mengalami keadaan hidung berdarah, jangan biarkan anak anda menghembus hingus sekurang-kurangnya tiga jam. Lap kesan darah kering dengan kapas basah untuk mengelakkan anak anda mengorek lubang hidungnya.

Lindungi anak anda daripada kemungkinan terjatuh dengan memasang pintu keselamatan. Ketepikan perabot yang boleh menghalang laluan anak anda.

Kebanyakan kanak-kanak takut melihat darah. Cuba tenangkan ia dan jika boleh lindungi penglihatan anak daripada darah itu.

Sekiranya anak anda luka, pastikan suntikan antitetanusnya masih berkesan. Jika tidak, ia akan memerlukan suntikan lagi
Ewan_sn
Tips Agar Selalu Nampak Awet Muda...Siri (5)

Banyak cara yang dapat membuat kulit anda tampak lebih muda. Faktor genetik tentu sahaja sangat berpengaruh. Namun sebenarnya ada sejumlah faktor yang biasa membantu orang menjadi awet muda.

1) Jauhkan Kebiasaan Buruk Anda

- Jangan merokok atau berhentilah merokok kerana merokok hanya membuat kulit anda menjadi tidak segar selain memancing sakit jantung dan paru-paru.

- Hindari alkohol kerana jumlah yang berlebihan akan merosakkan sel-sel, gen dan mendorong terjadinnya radang hati serta mencepatkan kerapuhan tulang.

- Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup sebab pada ketika tidur itulah tubuh akan berkerja memperbaiki sel-sel selain merehatkan jantung. Dengan tidur yang cukup, anda akan dapat hidup lebih cergas sepanjang hari. Jika anda mengalami kesulitan tidur malam, apakata cuba minum segelas susu terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

- Hindarkan makan terlalu banyak sebelum tidur jika anda ingin mudah terlelap hingga pagi hari.

- Hindari minuman ringan secara berlebihan

- Banyakkan minum air putih minimum 8 gelas sehari

- Bersenam. Jika terlalu sibuk memadailah dengan melakukan senaman jalan kaki setengah jam sebelum mandi setiap pagi

2) Jangan Lupa Perawatan Luar

- Jangan lupa gunakan sun block setiap hari. Tunggu setengah jam sebelum keluar untuk sun block menyerap kedalam kulit. Sinar matahari paling kuat menyenagt pada pukul 1 tengahari

- Melakukan olahraga secara teratur boleh mengawal kadar garam dalam makanan kita, tidak dilupakan ramuan jamu tertentu yg diyakini dapat menjadikan seseorang selalu nampak muda dan segar.

3) Amalkan Pengambilan Makanan Yang Mempunyai Magnesium

Pengambilan ikan secara teratur diyakini dapat menurunkan tekanan darah dan akan menjadikan jantung lebih stabil. Zat magnesium mudah didapati dalam ikan tuna, madu, kacang-kacangngan, bujian-bijian, sayur-sayuran hijau, serta ikan pada umumnya.

Selain itu, anda disarankan untuk minum anggur merah atau jus anggur secara teratur untuk membantu menurunkan kadar kolesterol tubuh. Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin C, E dan D.

Ambillah bawang putih, biji-bijian serta berbagai jenis makanan yang berasal dari laut, ternyata kaya dengan selenium. Selenium merupakan salah satu faktor yang dapat menurunkan kemungkinan kita diserang penyakit jantung, disamping penyakit lainnya.
Ewan_sn
Panduan Penjagaan Kesihatan: Persediaan sebelum lakukan senaman...Siri (6)


BERSENAM amat penting bagi mengekalkan kecergasan dan menjamin keadaan kesihatan yang terkawal. Bersenam meningkatkan stamina seseorang, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan rasa cemas dan amat baik untuk kesihatan keseluruhannya.

Apapun, sebelum memulakan program bersenam adalah amat penting bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah untuk mendapatkan kepastian doktor masing-masing terlebih dulu. Senaman fizikal meningkatkan tekanan darah tetapi tidak banyak menurun tekanan keseluruhan. Mereka yang bersenam akan mencatatkan naik turun dalam paras tekanan darah.

Ini amat berbahaya kerana boleh membebankan tugas yang berlebihan terhadap jantung.

Sekiranya anda disahkan oleh doktor mempunyai masalah darah tinggi dan doktor membenarkan anda bersenam, ikuti beberapa panduan seperti berikut.

- Pastikan anda memulakan setiap sesi bersenam dengan gerakan memanaskan otot termasuk jantung.

Permulaan mendadak melakukan senaman akan membebankan sistem kardiovaskular dan pernafasan.

Kekalkan kadar pergerakan senaman pada paras rendah ketika melakukan senaman aerobik.

- Elakkan terlalu banyak melakukan pergerakan mengangkat tangan melebihi paras bahu kerana ini boleh meningkatkan tekanan darah.

- Sekiranya anda tidak pernah bersenam sebelum disahkan oleh doktor mempunyai tekanan darah tinggi, janganlah mimpi bahawa melakukan larian maraton ialah satu cara yang baik untuk mengatasi masalah kesihatan anda.

- Ingat, lakukan senaman sedikit demi sedikit. Bermula dengan perlahan sebelum meningkatkan kepantasan pergerakan bersenam.

- Elakkan juga senaman statik seperti isometrik yang menyebabkan anda terpaksa menahan nafas.

- Angkat berat juga perlu dielakkan kerana ia banyak membabitkan pergerakan cepat yang berulang-ulang.

Ia menyebabkan seseorang itu terpaksa menahan nafas yang seterusnya membawa kepada tekanan darah tinggi.

- Berhati-hati apabila bernafas setiap kali melakukan senaman. Tarik nafas ketika melakukan pergerakan menurunkan anggota badan mengikut aliran graviti.

Ini amat penting ketika melakukan sit up.

- Sesi senaman perlu berhenti secara beransur-ansur bagi membolehkan otot kardiovaskular dan sistem pernafasan untuk mengurangkan paras aktiviti.

Menghentikan sesi senaman secara mendadak boleh menyebabkan banyak darah berkumpul di bahagian bawah anggota.

Ini menyebabkan pengaliran darah ke otak dan jantung tersekat. Berikutan itu, anda berasa pening dan seolah-olah mahu pitam.

- Lakukan senaman kerana ia satu cara baik untuk mengurangkan tekanan.

Berjalan jauh ialah satu cara yang baik bagi mengatasi kebimbangan serta melegakan otot tegang.

Sekiranya anda berasa tertekan dan sering kecewa, besar kemungkinan tekanan darah anda akan meningkat.

Yoga dan cara bersenam yang lain memberikan ketenangan amat penting untuk melegakan ketegangan dan mengurangkan paras tekanan darah.
Ewan_sn
RESDUNG - Punca Dan Cara Mengatasinya...Siri (7)

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.



Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.



Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.



Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah



Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.



Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Ewan_sn
Korbankan rasa malas, lakukan psp...Siri (8)

SAYA bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk kiri kaum Adam - dengan sebaik-baik ciptaan-Nya.

Pada minggu ini, saya suka menyentuh mengenai penyakit yang paling digeruni oleh kaum sejenis saya.

Tidak lain dan tidak bukan, kanser buah dada yang dikatakan menjadi pembunuh utama kaum wanita di dunia, tidak ketinggalan Malaysia.

Seorang dari setiap 19 wanita tempatan menghidap penyakit ini, sekali dalam seumur hidup mereka.

Saya ingin mengimbas kembali satu ceramah berkaitan yang pernah saya ikuti kira-kira sedekad nan lalu dan masih segar di dalam ingatan saya sehingga ke hari ini.

Kalau tidak silap saya, pada waktu itu tahun 1995 dan kerajaan sedang hebat mempromosikan kempen kesedaran kanser termasuklah, kanser buah dada ini.

Doktor berkenaan melahirkan kebimbangannya dengan sikap sebahagian wanita yang merelakan buah dada mereka yang telah dijangkiti kuman kanser dipicit untuk mengeluarkan nanah oleh pawang, kononnya untuk rawatan.

Akhirnya, mereka tetap diusung ke hospital setelah keadaan semakin teruk tetapi sayang seribu kali sayang, segala-galanya sudah terlambat apabila kanser berada di tahap lewat.

Ada juga yang berasa malu dan rendah diri apabila disahkan menghidapi kanser buah dada kerana bimbang menghadapi kemungkinan ditinggalkan oleh suami.

Saya menggeleng kepala dan mendapat kesedaran daripada kisah tersebut.

Bagi saya, kita tidak perlu kehilangan buah dada sama sekali kerana hakikatnya kanser berkenaan boleh dikenal pasti pada peringkat awal lagi.

Apatah lagi kanser buah dada adalah salah satu kanser yang paling mudah dikesan dan peluang menghapuskan sel-sel kanser dan seterusnya pulih, adalah sangat tinggi sekiranya dirawat awal.

Itu kisah 10 tahun lalu.

Ini pula hasil penyelidikan terkini oleh Persatuan Onkologi Malaysia yang mendapati 2/3 wanita tidak melakukan pemeriksaan sendiri buah dada (PSP).

Sementara itu, hanya 33 peratus daripada 1,000 responden wanita sekitar Lembah Klang yang melakukan PSP secara tetap.

Semua wanita berusia 20 tahun dan lebih disaran melakukan PSP setiap bulan sepanjang hayat mereka.

Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan pemeriksaan buah dada oleh seorang doktor setiap tahun.

Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika masih haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ketujuh hingga 10 selepas bermulanya haid anda.

Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan.

Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Ia boleh dilakukan sama ada dengan melihat sebarang perubahan, benjolan atau lekuk di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini juga, elok benar rasanya kita korbankan rasa takut yang tidak berasas dan tidak ambil peduli.

Kalau bukan untuk diri sendiri, ingatlah kepada orang-orang tersayang terutamanya anak-anak yang memerlukan kita.

Pesanan ini juga sebenarnya saya tujukan khas kepada kaum lelaki kerana kanser buah dada juga boleh berlaku kepada Ahmad, Sulaiman atau Mahmud serta rakan-rakan lain yang seangkatan dengannya.
Ewan_sn
Cara kawal tekanan...Siri (9)


BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita dibelenggu tekanan, sama ada disebabkan kerja, kewangan, masalah keluarga, kesesakan lalu lintas, berselisih faham dengan orang tersayang mahupun kerenah anak-anak.


Sebenarnya, setiap makhluk di dunia memerlukan tekanan. Ia membantu meningkatkan daya saing untuk terus hidup. Namun, tekanan berpanjangan tidak lagi membuatkan kita kuat, sebaliknya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Secara semula jadi, badan ber tindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan diterima dengan merembeskan hormon adrenocorticotropic (ACTH) yang memberikan isyarat kepada kelenjar lain untuk merembeskan hormon.

Rembesan ACTH yang bany ak akan mencetuskan amaran dalam otak, yang akan memberitahu kelenjar adrenal (di buah pinggang) untuk merembeskan hormon tekanan ke da lam sistem darah.

Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin, akan membantu daya tumpuan, m empercepatkan tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakan.

Selepas anda dapat menangani tekanan, paras hormon kortisol dan adrenalin akan menurun. Pada masa sama, tekanan darah, kadar degupan jantung dan ######bolisme serta sistem penghadaman kembali normal.

Namun jika tekanan berterusan, badan tidak berpeluang untuk pulih kepada keadaan normal.

Pengaktifan badan yang berpanjangan akibat gerak balas terhadap tekanan ini akhirnya mengganggu hampir semua sistem badan.

Ini termasuk meningkatkan risiko anda terhadap masalah obesiti, insomnia, kesukaran penghadaman, penyakit jantung dan kemurungan.

Sistem penghadaman juga terganggu. Orang yang mengalami tekanan juga biasanya berdepan masalah sakit perut dan cirit birit.

Hormon tekanan akan memperlahankan penghasilan asid dan merangsang usus yang akan mempercepatkan proses perkumuhan.

Tekanan yang berpanjangan juga meningkatkan paras hormon kortisol. Ini lebih bahaya kerana ia akan merangsang selera makan dan boleh menyebabkan masalah pertambahan berat badan!

Tekanan juga akan melemahkan sistem imun, anda lebih mudah mendapat selesema dan jangkitan lain. Hormon kortisol juga akan bertindak menghalang sistem imun badan.

Dalam sesetengah kes, tekanan akan menyebabkan sistem imun sangat aktif. Akibatnya, individu itu mendapat penyakit autoimun. Sistem imun akan menyerang sel badan sihat.

Malah, hormon kortisol juga mempengaruhi sistem kardiovaskular kerana ia meningkatkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan paras lipid (kolesterol dan trigliserid) dalam darah yang secara tidak langsung mendedahkan anda kepada risiko serangan jantung dan strok.

Hormon tekanan juga menyebabkan anda berasa cemas, tidak berguna, sensitif, murung, sukar tidur, hilang nafsu seks dan selera makan, selain mempengaruhi masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat.

Reaksi setiap individu terhadap tekanan adalah berbeza. Ada orang boleh menerima tekanan dengan hati tenang, tetapi tidak kurang juga yang mudah berasa tertekan sehingga memudaratkan diri.

Pengalaman juga banyak membantu seseorang menangani tekanan. Belajarlah cara mengawal tekanan supaya anda boleh terus hidup sihat. Antara kaedah yang boleh meredakan tekanan termasuk:

1) Hindari persekitaran yang memberikan tekanan kepada anda.

2) Jaga badan dengan mengambil makanan seimbang dan rehat secukupnya.

3) Bersenam. Senaman boleh ‘melarikan’ fikiran anda daripada memikirkan perkara yang membebankan, di samping mengeluarkan tenaga.

4) Belajar bertenang. Tarik nafas panjang-panjang, kira sampai 10 dan hembus pe . Teknik ini boleh diamalkan, walaupun anda tidak berasa tertekan. Ia memberi banyak bekalan oksigen kepada badan.

5) Belajar kaedah bersenam yang menenangkan seperti yoga dan tai chi. Senaman ini memerlukan penumpuan fikiran yang secara tidak langsung meredak an ketegangan fizikal.

6) Urut juga dikenal pasti boleh merehatkan badan dan fikiran, selain melancarkan aliran darah.

7) Pertimbangkan tekanan dari sudut positif. Anda mungkin na mpak faedah yang bakal diperolehi daripada tekanan berkenaan.

dirol.gif Bincangkan masalah anda dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan pakar psikiatri. Meluahkan masalah juga antara cara yang dapat meringankan tekanan.

9) Anggap tekanan sebagai cab aran yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya anda.
Ewan_sn
Selesema..Jangkitan dan Pencegahan...Siri (10)

DALAM keadaan cuaca berselang hujan dan panas ini, ramai terkena selesema. Selesema adalah jangkitan virus pada salur pernafasan. Selsema adalah penyakit biasa, tidak membahayakan tetapi menyebabkan seseorang berasa tidak selesa.

Lazimnya, seseorang itu akan mendapat selesema tiga atau empat kali setahun. Manakala kanak-kanak, terutama yang belum bersekolah, pula lebih kerap mendapat selesema.

Sebenarnya, ada lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selesema. Berita baiknya, simptom selesema akan sembuh dalam tempoh seminggu. Jika selesema anda berpanjangan melebihi dua minggu, segera berjumpa doktor bagi memastikan ia bukan jangkitan bakteria pada paru-paru, anak tekak, trakea (tenggorok), sinus atau telinga.

Simptom awal bermula beberapa hari sebelum anda dapat selesema. Tanda paling jelas adalah hidung berair, sakit dan gatal tekak, hidung tersumbat, sakit badan dan kadangkala pening kepala. Tanda lain termasuk hidung berhingus, bersin, mata berair, batuk, badan panas dan demam, tetapi suhu badan tidak melebihi 102º F.

Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Ia juga boleh merebak melalui udara (bersin dan batuk) serta sentuhan.

Menggosok mata atau hidung selepas menyentuh barang dipegang orang yang selesema seperti pen dan telefon boleh menyebabkan anda turut mendapat virus berkenaan.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat selesema kerana sistem pertahanan badan mereka belum imun dengan kebanyakan virus selesema. Namun ini bukan sebab utama. Kanak-kanak lebih banyak meluangkan masa bermain dengan rakan sebaya, menyebabkan penyakit ini mudah merebak.

Selesema juga adalah tindak balas terhadap alahan pada saluran pernafasan. Malah, mereka yang mengalami tekanan psikologi juga boleh mendapat selesema. Sehingga kini, tiada ubat untuk selesema. Biasanya selesema sembuh dalam tempoh seminggu. Jika suhu badan anda meningkat melebihi 102º F diikuti sakit dan cepat letih, ia mungkin influenza.

Jika selesema berpanjangan melebihi 10 hari dan ada masalah pernafasan yang kronik, segera berjumpa doktor. Secara amnya, keadaan kanak-kanak yang diserang selesema lebih teruk. Bawa anak berjumpa doktor jika mereka demam (suhu melebihi 103º F), muntah, mengadu sakit perut, kepala dan telinga; tidak boleh tidur, sukar bernafas dan asyik menangis.

Selesema yang sering dipandang ringan ini bagaimanapun boleh menyebabkan jangkitan telinga yang akut (otitis media); iaitu apabila bakteria memasuki gegendang telinga dan keadaan ini biasa di kalangan kanak-kanak.

Selesema berpanjangan juga boleh menyebabkan jangkitan sinus, tekak, bronkitis dan pneumonia. Jadi, jangan anggap selesema penyakit yang boleh diabaikan.

Untuk meredakan masalah hidung tersumbat, ada yang menggunakan semburan hidung.

Penggunaan yang berpanjangan akan menyebabkan anda memerlukan produk ini untuk melancarkan laluan pernafasan.

Semburan ini sebenarnya boleh menyebabkan membran mukus pada hidung mengalami keradangan. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan ia tidak melebihi beberapa hari saja.

Ubat yang dibeli di kedai atau farmasi tidak mampu merawat selesema. Malah, antibiotik juga tidak memberi kesan terhadap virus selesema.

Namun, beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak diserang penyakit berjangkit ini.

- Basuh tangan sekerap mungkin dan jadikannya amalan keluarga, terutama anak-anak yang aktif bermain.

- Pastikan bilik air dan dapur sentiasa bersih, terutama apabila ada anggota keluarga diserang selesema.

- Tutup mulut dengan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu ini selepas sekali digunakan.

- Jangan berkongsi cawan atau gelas dengan orang lain, terutama jika ada yang kena selesema.

- Jauhkan diri, terutama kanak-kanak, daripada orang yang diserang selesema. Jika diserang selesema, pastikan anda minum banyak air; sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jangan minum minuman beralkohol dan kopi serta merokok kerana ia boleh memburukkan simptom selesema.


Ambil cuti sakit dan berehat. Pada masa sama, anda mengelakkan virus daripada menjangkiti orang lain. Legakan tekak dengan minum minuman yang bercampur sedikit garam atau air limau bersama madu beberapa kali sehari. Ia juga baik untuk meredakan batuk.
Ewan_sn
Wanita hamil mudah kena kencing manis...Siri (11)


MENGANDUNG adalah pengalaman paling dinanti-nantikan bagi setiap wanita yang mendirikan rumah tangga terutama pada usia lewat. Namun begitu, dalam keghairahan menimang cahaya mata, ada banyak komplikasi yang perlu dihadapi.

Ramai wanita tidak menyedari mereka boleh menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika hamil (gestational diabetes) walaupun pada zahirnya (sebelum mengandung) tahap kesihatan amat memuaskan dan tidak pernah berhadapan dengan masalah itu.

Gestational diabetes adalah penyakit yang hanya diperolehi ketika hamil, terjadi akibat penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang terlalu tinggi.

Menurut Pakar Pemakanan, Hasreena Hashim, wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan mempunyai risiko mendapat kencing manis ketika hamil.

Katanya, kedua-dua hormon berkenaan memberi kesan terhadap me tabolisme gula dalam badan seseorang dan peningkatannya menjadikan kandungan gula dalam darah turut meningkat.

Sekiranya sistem perimbangan hormon tidak berjalan lancar terutama jika hormon insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka masalah diabetes akan timbul.

Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan insulin, kadar glukosa dalam badan juga turut meningkat yang secara tidak langsung mencetuskan masalah hiperglisemia (berlebihan glukosa dalam darah).

"Ini adalah masalah biasa di kalangan wanita yang terlalu gemuk dan ketika bayi dia dikategorikan sebagai 'besar'. Malah, risiko ini juga dihadapi mereka yang pernah menghidap penyakit kencing manis sebelum mengandung atau pernah melahirkan bayi yang besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramah kesihatan pemakanan sihat untuk ibu hamil dan gestational diabetes anjuran New Zealand Milk (M) Sdn Bhd di Kolej Kejururawatan, Kota Bharu Kelantan, baru-baru ini.

Selain itu, antara kumpulan berisiko termasuklah wanita yang pernah mengalami masalah kehamilan seperi darah tinggi ketika hamil, mengandung pada usia melebihi 25 tahun dan pesakit darah tinggi.

Kata Hasreena, wanita yang mempunyai ibu, bapa atau adik beradik pesakit kencing manis yang memerlukan suntikan insulin juga perlu berhati-hati. Faktor kaum juga sedikit sebanyak menyumbang kepada bilangan pesakit gestational diabetes terutama bangsa yang ramai menghidap kencing manis seperti Hispanic-Amerika, Asia-Amerika, Afrika-Amerika dan penduduk kepulauan Pasifik.

Kandungan gula

Kencing manis ketika hamil biasanya berlaku pada bulan kelima atau keenam kehamilan tetapi pada sesetengah wanita, kandungan gula dalam darah akan meningkat secara mendadak pada minggu ke-32 (lapan bulan kehamilan). Ia terjadi kerana perubahan paras puncak hormon dan adalah di luar kawalan setiap individu.

Ketika mengandung, wanita perlu menjalani rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah supaya ia tidak memberi kesan kepada kandungan. Biasanya selepas melahirkan anak, 90 hingga 95 peratus tahap kesihatan wanita akan kembali normal. Hanya sebahagian kecil saja (lima hingga 10 peratus) didapati menghidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).

Seperkara yang harus diingat, wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20 hingga 50 peratus mendapat diabetes dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. Diabetes tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu dan kandungan. Ibu boleh mengalami diabetic ketoacidosis, hiperglisemia, jangkitan, darah tinggi, komplikasi ketika bersalin dan sekiranya bayi terlalu besar, ibu mungkin perlu menjalani pembedahan.

Komplikasi kepada kandungan pula termasuklah kecacatan ketika lahir seperti sumbing dan kegagalan jantung, kelahiran pramatang, kematian bayi, macrosomia (bayi terlalu besar melebihi empat kilogram), hipoglisemia (kurang gula dalam darah), demam kuning dan risiko mendapat obesiti atau mengidap diabetes jenis II pada masa depan.

Kawalan makanan khususnya yang mengandungi kanji seperti nasi, roti dan mi sangat penting sepanjang kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kencing manis dan darah tinggi. Lebihkan sumber protein, vitamin dan zat besi seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kekacang.

"Makan tiga hidangan kecil setiap hari dengan dua atau tiga kali snek di antara waktu makan. Kurangkan makanan berkanji seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng pada sarapan pagi.

"Hampir 50 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan sepatutnya disumbangkan dari karbohidrat dan sebahagian besar dalam bentuk karbohidrat kompleks seperti barli, oat dan bran," katanya.

Selain itu wanita hamil juga disaran mengurangkan pengambilan makanan yang banyak gula seperti kek, biskut, aiskrim, minuman berkarbonat dan sajian bercampur madu. Sebaliknya lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang lebih mudah dihadam dan ditukar kepada glukosa.

"Secara keseluruhannya, gestational diabetes tidak membahayakan ibu tetapi boleh mengancam kandungan jika tidak dikawal. Kawalan pemakanan yang rendah dalam gula dan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang dapat mengurangkan risiko terjadinya diabetes ketika hamil.

"Jangan sekali-kali cuba untuk berdiet ketika hamil. Apa yang boleh dilakukan adalah mengubah cara pemakanan dan gaya hidup kita demi kesihatan diri sendiri dan kandungan," katanya.
Ewan_sn
Kekal sihat, cantik di usia menopaus...Siri (12)

SETIAP wanita mempunyai pengalaman menopaus berbeza. Ada yang menopaus cepat (awal 40 tahun) dan ada juga yang masih datang haid walaupun umur menjangkau 60 tahun, tetapi ia biasanya berlaku pada umur antara 50 atau 51 tahun.

Menopaus tidak dapat dihindarkan dan ramai wanita bimbang perubahan sistem biologi badan sedikit sebanyak mempengaruhi kestabilan emosi serta fizikal, khususnya saiz tubuh yang semakin mengembang.

Ia bermula secara semula jadi, iaitu apabila ovari kurang menghasilkan hormon estrogen dan progesteron. Ketika umur subur, kedua-dua hormon ini bertanggungjawab mengawal proses ovulasi (penghasilan telur) dan kitaran haid.

Mencecah lewat 30 tahun, jumlah progesteron akan berkurang dan kesuburan telur dalam ovari juga semakin menurun yang akhirnya mengakibatkan haid berhenti. Ketika ini wanita tidak boleh lagi mengandung.

Proses menopaus boleh dibahagikan kepada dua peringkat - perimenopaus dan posmenopaus. Ketika perimenopaus, paras hormon menjadi tidak menentu, menyebabkan wanita mengalami kepanasan dan kitaran haid tidak tetap.

Posmenopaus pula ditakrifkan sebagai tempoh selepas 12 bulan anda mendapat haid terakhir. Ketika ini fungsi ovari terhenti; ia tidak lagi menghasilkan estrogen, progesteron mahupun telur.

Walaupun ia proses semula jadi, beberapa masalah kesihatan boleh mempercepatkan menopaus seperti histeroktomi, iaitu pembuangan uterus (dan bukan ovari). Ini menyebabkan haid berhenti terus, walaupun ovari masih menghasilkan telur dan wanita yang menjalani histeroktomi tidak akan mengalami fasa perimenopaus.

Selain itu, rawatan radiasi dan kemoterapi (biasanya membabitkan pesakit kanser) akan mempercepatkan menopaus. Bagaimanapun, proses ini berlaku perlahan dan mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun sebelum memasuki fasa perimenopaus.

Simpton

Antara simptom lain yang lazim dialami wanita menopaus termasuk vagina dan kulit menjadi kering, kepanasan (penurunan paras estrogen boleh menyebabkan salur darah mengembang dan meningkatkan suhu kulit), susah tidur, emosi tidak stabil dan pertambahan berat badan yang ketara.

Pertambahan berat badan berlaku dengan cepat kerana lemak yang sebelum ini disimpan di paha dan pinggul akan beralih ke pinggang dan abdomen; menyebabkan wanita kehilangan bentuk badan.

Walaupun ini masalah biasa, ia tidak harus dibiarkan kerana pada usia begini, usaha mengekalkan berat badan sukar dilakukan.

Ada banyak sebab lemak mudah berkumpul di pinggang, antaranya:


1) Kebanyakan wanita menopaus mula mengurangkan aktiviti senaman.

2) Pengambilan makanan bertambah; dan tenaga daripada makanan ini akan ditukar kepada lemak jika tidak digunakan.

3) Kadar ######bolisme menurun. Pengurangan kadar ######bolisme bermakna jumlah tenaga diperlukan juga berkurang dan wanita menopaus harus mengawal pemakanan.

4) Faktor genetik juga memain fungsi. Sesetengah wanita mengalami masalah pengumpulan lemak pada pinggang sejak muda dan golongan ini lebih sukar mengekalkan bentuk badan.

Peningkatan usia bukan penghalang untuk kekal cantik. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang serta kerap berseman.

Senaman seperti aerobik, berbasikal, berjalan, berjogging atau menari boleh membantu meningkatkan kadar ######bolisme, menguatkan tulang dan membantu membakar lemak.

Senaman juga boleh menambah jisim otot yang bertanggungjawab menukarkan makanan kepada tenaga untuk mengelakkan ia ditukar kepada lemak.

Pada usia melebihi 50 tahun, wanita perlu mengurangkan 200 hingga 400 kalori berbanding ketika muda. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ambil makanan dalam kuantiti kecil dan kunyah perlahan-lahan. Paling penting, makan hanya apabila terasa lapar.
Ewan_sn
Wanita hamil perlu banyak minum susu...Siri (13)

MENGANDUNG adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada setiap wanita. Bahkan, ketika itulah ramai wanita sanggup menukar gaya pemakanan seperti disarankan doktor demi mendapatkan anak sihat.

Sepanjang hayat, setiap wanita mempunyai sekurang-kurangnya tiga fasa penting untuk dijaga pemakanan, iaitu ketika waktu subur, sebelum mengandung dan selepas melahirkan anak.

Menurut Pakar Pemakanan, Hasreena Hashim, sebaik disahkan mengandung, wanita perlu membuat semakan semula tabiat pemakanan mereka dan mengubahnya kepada pemakanan seimbang.

Ketika itu, katanya, wanita hamil juga perlu menambah beberapa nutrien penting seperti asid lemak perlu (EFA), folat (asid folik), kalsium, zat besi, lemak dan Vitamin C kerana semuanya mempunyai fungsi besar dalam perkembangan otak janin.

Secara purata, wanita berusia antara 11 hingga 50 tahun memerlukan 2,200 kilo kalori (kcal) setiap hari, tetapi keperluan ini meningkat kepada 2,500 kcal ketika mengandung dan 2,700 kcal apabila menyusukan anak.

“Ketika hamil, wanita disarankan banyak minum susu, sekurang-kurangnya dua gelas sehari, bagi menampung keperluan kalsium dan asid lemak perlu (EFA).

“EFA sangat penting untuk perkembangan janin, ia akan ditukarkan kepada Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) oleh ibu dan disalurkan melalui uri untuk membantu perkembangan otak, mata serta sel saraf,” katanya ketika ceramah kesihatan umum anjuran Pusat Perubatan Salam dan New Zealand Milk (M) Sdn Bhd.

Selepas dilahirkan, bayi mendapat sumber ini melalui susu ibu yang membantu proses perkembangan mega_shok.gif peratus otak bayi sehingga dia berumur dua tahun. Justeru, kanak-kanak yang diberikan susu ibu lazimnya lebih cerdik berbanding kumpulan yang bergantung kepada susu formula.

“Bagaimanapun, jangan makan untuk dua orang. Pertambahan tenaga (kepada 2,700 kcal) hanya diperlukan ketika trimester kedua dan ketiga. Selepas bersalin, wanita masih perlu mengambil EFA untuk menggantikan asid lemak yang disalurkan kepada anak dan memenuhi keperluan tubuh mereka sendiri.

“Sumber terbaik EFA datang daripada minyak sayur-sayuran (misalnya jagung, soya dan bunga matahari), ikan kembung, parang dan bawal putih serta makanan diperkaya dengan EFA seperti susu khas untuk wanita mengandung dan menyusukan anak,” katanya.

Menurut Hasreena, wanita yang merancang untuk hamil juga disaran supaya mendapatkan bekalan folat secukupnya kerana otak janin mula terbentuk ketika kehamilan berusia tiga atau empat minggu dan ia juga mampu mengurangkan risiko kecacatan saluran saraf bayi.

Kekurangan folat akan menyebabkan perkembangan gangguan terhadap pembentukan selaput otak dan saraf tunjang menjadi tidak lengkap serta boleh mengakibatkan kematian bayi.

Ketika hamil, folat berfungsi untuk menambah darah dan menggalakkan pertumbuhan sel tisu pada ibu serta janin. Manakala ketika menyusukan anak pula, ia berfungsi menggantikan semula bekalan darah yang hilang ketika bersalin.

Bekalan folat pula boleh diperolehi daripada sayur-sayuran hijau, buah-buahan, hati (satu atau dua hidangan dalam tempoh dua minggu) serta makanan yang diperkaya folat.

Selain itu, wanita hamil perlu memastikan mereka mendapat bekalan kalsium mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi kuat.

Kekurangan kalsium dalam jangka masa panjang akan menyebabkan bayi mengambil bekalan kalsium daripada tulang ibu dan akibatnya ibu mudah mengalami masalah tulang rapuh, mudah retak yang menjurus kepada osteoporosis.

Sumber terbaik kalsium boleh didapati daripada susu, keju, dadih, sardin, tauhu dan ikan bilis (tanpa kepala kerana ia tinggi kolesterol).

“Keperluan zat besi wanita hamil bertambah dua kali ganda kerana ketika ini isipadu darah meningkat 50 peratus dan ia penting untuk pembentukan uri serta perkembangan janin.

“Kekurangannya boleh menyebabkan wanita mudah mengalami anemia, pucat, letih, lesu, sukar bernafas dan pitam. Ini kerana zat besi berfungsi membawa bekalan oksigen dalam sel darah merah dan kekurangannya bermakna kurang oksigen dibekalkan kepada semua organ,” katanya.

Sama seperti folat, zat besi juga diperlukan untuk menggantikan semula bekalan darah yang hilang ketika bersalin. Ia terbahagi kepada dua, iaitu zat besi Haem (sumber haiwan dan mudah diserap) dan bukan Haem (sumber tumbuh-tumbuhan, sukar diserap).

Kedua-dua zat besi ini boleh diperolehi daripada hati, tiram, daging, ayam, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau serta makanan diperkaya zat besi seperti roti dan bijirin.

Hasreena berkata, penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan boleh dipertingkatkan dengan pengambilan vitamin C (sumber: oren, jambu batu, betik, buah kiwi, brokoli dan bayam).

Malah, vitamin C juga penting untuk menyokong sistem pertahanan badan, menyembuhkan luka serta membantu mengurangkan alahan.

“Jangan masak sayur terlalu lama, ia boleh memusnahkan vitamin yang terkandung di dalamnya. Cara paling mudah ialah mengamalkan makan buah sebagai pencuci mulut setiap kali selepas makan.

“Ketika menyusukan anak, wanita juga perlu dapat bekalan karbohidrat, protein, vitamin B (B1, B2, B3 dan B12) secukupnya. Karbohidrat berfungsi membantu perkembangan bayi, protein pula penting untuk membantu perkembangan sel tisu badan ibu, manakala vitamin B bertugas meningkatkan kualiti susu ibu," katanya
.
Ewan_sn
Pastikan Gosok gigi dua kali sehari...Siri (14)


GIGI berfungsi untuk menggigit dan menghadamkan makanan. Untuk itu, penjagaan gigi perlu dilakukan setiap hari agar tidak cepat rosak dan berbau.



Ibu bapa juga perlu memastikan gigi anak mereka sentiasa baik dan bersih. Salah satu cara ialah menggalakkan anak menggosok gigi dua kali sehari.

Dalam hal ini, mengajar anak menggosok gigi adalah tanggungjawab yang sering dilengah-lengahkan ibu bapa kerana amalan itu sangat penting dan berkait rapat dengan sikap dan tabiat.

Anda seharusnya mengajar anak menggosok gigi seawal mungkin malah ada persatuan doktor gigi yang menyarankan gigi atau mulut bayi dibersihkan beberapa hari selepas lahir.

Caranya mudah – setiap kali selepas makan, gunakan kain basah dan kesat pada gusinya. Cara ini membantu menghilangkan plak yang melekat pada gusi dan membiasakan anak-anak supaya sentiasa menjaga kebersihan gigi.

Biasanya gigi bayi akan mula tumbuh pada usia enam bulan. Di kalangan kita istilah gatal gusi digunakan merujuk pada tabiat suka menggigit ketika gigi bayi mula tumbuh.

Apabila gigi mula tumbuh, gunakan kapas basah untuk menghilangkan plak. Jika anda menunggu hingga anak berusia setahun atau dua tahun sebelum mengajarnya menggosok gigi, agak sukar menghilangkan plak yang mula melekat.

Memang kebanyakan anak kecil akan melawan dan enggan menggosok gigi. Tapi sebagai ibu bapa anda harus bertegas memberitahunya kepentingan tabiat itu. Kerosakan gigi lebih mudah berlaku di kalangan kanak-kanak.

Perkara asas yang boleh membantu anak-anak menggosok gigi dengan menjadikan amalan itu menyeronokkan. Contohnya benarkan dia menggosok gigi anda dan anda akan menggosok giginya pula.

Di pasaran ada pelbagai jenis berus gigi untuk kanak-kanak yang didatangkan dengan pelbagai warna dan dikemaskan dengan pelbagai watak kartun. Pilih satu yang anak ada gemar. Ia tentunya banyak membantu.

Begitu juga dengan pemilihan ubat gigi. Jika boleh belikan ubat gigi khas untuk kanak-kanak kerana ubat gigi untuk dewasa kadang kala memiliki bau dan rasa yang tidak disenangi mereka.

Satu lagi yang penting, anda harus juga pastikan anda memiliki tabiat menggosok gigi yang betul dan baik. Jika anda tidak memiliki tabiat menggosok gigi yang betul dan tidak memiliki gigi yang cantik, bagaimana untuk mengajar anak anda untuk menggosok gigi?
Ewan_sn
Kebersihan Kaki Menentukan Tahap Kebersihan Anda...Siri (15)

KAKI sering terabai dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan walaupun ia sebenarnya berupaya menjadi penunjuk terbaik kesihatan dan perilaku seseorang.

Seorang podiatrist boleh mengetahui kesihatan anda keseluruhannya dengan hanya meneliti tapak kaki dan jari kaki. Tidak seperti chiropodist yang hanya memfokuskan mengenai permukaan kulit, podiatrist melihat kepada fungsi kaki dan kaitannya dengan tubuh.

Mike O’Neill, pakar bedah kaki di The Princess Margaret Hospital di Windsor berkata, podiatrist menjelaskan tanda-tanda awal yang ditunjukkan kaki dan jari kaki antaranya:


Keguguran bulu-bulu di jari kaki – dikaitkan masalah aliran darah:


Urat kebiruan pada kaki (bagi mereka yang berkulit putih) – tanda biasa yang akan muncul pada seseorang yang kuat merokok. Ia mungkin tanda awal penyakit jantung atau masalah di pembuluh darah.


Kemunculan kutil atau gelembung – ia mungkin tanda awal diabetes atau kasut yang dipakai terlalu ketat.


Kaki bengkak, masalah biasa bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang atau jantung.


Dendi yang membengkak mungkin boleh dikaitkan dengan rheumatoid atau osteoarthritis.


Tumit yang kering dan merekah – ada kaitan dengan masalah kelenjar tiroid. jika anda mengalami masalah berat badan yang tidak tetap, lebih baik berjumpa doktor.


Kuku kaki yang mungkin berubah warna. Hijau menunjukkan adanya jangkitan bakteria. Hitam atau ‘brown’ biasanya tanda bengkak atau lebam tapi jika anda masih risau sila rujuk doktor anda kerana mungkin juga terjadi kanser di bawah kuku kaki.

Begitupun, jangan tunggu kaki anda bermasalah untuk dibelai dan dijaga. Seperti juga anggota tubuh yang lain, kaki boleh diurut dan dimanjakan. Apatah lagi kaki melangkah hingga 10,000 tapak sehari justeru, kaki memerlukan perhatian lebih bukan saja untuk kecantikan tapi kesihatan.

Urutan kaki boleh dibuat bila-bila masa sebagai sebahagian rawatan di rumah. Untuk urutan yang lebih menenangkan, campurkan dua sudu teh minyak zaiton, jojoba dengan tiga titik minyak lavender dan satu titik minyak geranium Jerman. Lebih bagus kalau campuran minyak ini dipanaskan terlebih dulu dan sejukkan sebelum digunakan. Atau gunakan saja minyak aromaterapi yang harum atau losyen pelembap.

Mulakan urutan dengan merehatkan kaki anda. Pegang kaki dan sapukan minyak dan urut dari buku lali ke kaki.

Urut kaki dengan belaian yang lembut bagi merangsang perjalanan darah di kaki dan memanaskannya. Kemudian, urut tapak kaki dan jari jemari secara bertentangan dengan langkah pertama tadi secara melawan jam. Kemudian urut mengikut urutan jam.

Mulakan langkah kedua dengan mengurut ibu jari dengan lembut sebelum memulas tiga kali kemudian tarik dan picit dengan lembut.

Gunakan ibu jari tangan dan picit ibu jari kaki dengan lembut dan urut hingga ke pangkal ibu jari. Urut jari jemari yang lain satu persatu selepas itu. Ulangi lagi dengan menggunakan ibu jari tangan yang lain dua pusingan.

Sekali lagi, guna ibu jari tangan untuk menekan ibu jari kaki ke bawah. Kemudian gunakan teknik yang sama pada jari jemari kaki yang lain. Ulang sekali lagi dengan menggunakan ibu jari tangan yang lain.

Pegang kaki dengan tangan, guna ibu jari untuk menekan tapak kaki dan garisan kaki hingga di tengah tapak kaki, mengikut garis ######tarsal. Ulang teknik yang sama pada jari jemari yang lain. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan pada arch (lengkung kaki).

Mulakan urutan di tumit, gunakan ibu jari tangan untuk menekan tumit hingga ke hujung jari. Tekan sekuatnya dan urut ikut garis di kaki sebelum mengulang teknik yang sama secara berlawanan.

Akhir sekali, urut tumit dengan dua jari. Sebelum itu urut buku lali dengan mengikut dan melawan jam.
Ewan_sn
Cuaca Panas - Strok haba ancam nyawa

Strok haba, salah satu jenis penyakit berkaitan cuaca panas paling teruk, melibatkan gangguan neurologi yang spektrumnya boleh bermula dari perubahan perangai seperti marah, keliru sehingga menjadi koma!

Beliau berkata, seseorang itu boleh mendapat penyakit berkaitan cuaca dan haba. Hipertermia adalah suatu keadaan di mana suhu badan meningkat melebihi paras normal suhu badan manusia sekitar 37o Celsius yang bukan disebabkan oleh perubahan paras suhu yang telah ditetapkanpada pusat termoregulasi otak, hipotalamus.

Perubahan suhu badan harian yang normal berlaku dalam lingkungan perpuluhan lima hingga 1o Celsius sahaja.

Dr. Loong berkata, peningkatan cuaca dan suhu yang berlaku dengan ketara dan mendadak boleh mengganggu fungsi-fungsi sistem badan yang disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang keterlaluan.

``Apabila terdedah kepada kepanasan yang keterlaluan, badan akan menyerap haba dan bukan lagi mengeluarkan haba.

``Ini ditambah dengan haba yang dijana oleh badan, maka badan perlu bekerja lebih keras untuk menghilangkan haba,'' katanya.

Apabila haba meningkat, hipotalamus iaitu bahagian otak yang berfungsi sebagai termostat tubuh yang terletak pada bahagian otak akan mengesan perubahan yang berlaku.

Ia sama ada mempengaruhi manusia untuk bertindak balas dengan cara sedar ataupun tidak. Secara sedar, seseorang itu akan melakukan sesuatu untuk menyejukkan badan seperti mencari tempat berteduh atau memasang alat penghawa dingin dan kipas.

Tindak balas hipotalamus yang tidak disedari pula memberikan kesan seperti vasodilatasi saluran darah dan peningkatan dalam perpeluhan supaya haba boleh hilang dengan lebih cepat.

Haba sama ada boleh hilang dengan cara penyejatan dan radiasi (meliputi 90 peratus cara kehilangan haba), konduksi ataupun konveksi.

Ahli sukan, pekerja yang banyak menghabiskan masa di bawah bahang panas, warga emas, orang obes, bayi atau kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, berisiko tinggi diancam strok haba, kata Dr. Loong.

Lain-lain terdiri daripada mereka yang mempunyai penyakit tertentu seperti masalah jantung, radang paru-paru dan mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu untuk merawat selesema, darah tinggi dan Parkinson.

Tambahnya, cuaca panas bukan setakat menyebabkan ketidakselesaan tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti mengalami masalah kulit, mata, selaran matahari (sunburn), ruam panas, kekejangan haba, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius, strok haba.

``Tip terpenting ialah ilmu pengetahuan terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi agar boleh mengecam gejala ini dan mengambil tindakan sewajarnya,'' kata Dr. Loong.
Ewan_sn
Kanta lekap, risiko jangkitan dan kebutaan

KANTA lekap - kanta yang dipakai terus pada mata bagi memperbetulkan kecacatan refraksi. Secara amnya, terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu keras, separa keras dan lembut.

Kanta lekap digunakan terutamanya untuk menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan tetapi ia mungkin juga digunakan untuk perlindungan dalam beberapa jenis penyakit kornea.

Selain berperanan besar sebagai alternatif dalam membantu gangguan penglihatan, pemakaian kanta lekap bagaimanapun mempunyai risikonya yang tersendiri jika tidak betul cara-cara penggunaannya.

Ada sejumlah penyakit yang menyerang si pemakai.

1) Gangguan kesihatan mata yang sering terjadi adalah iritasi (kegatalan) disebabkan oleh jangkitan mata.

2) Bahkan ada yang mengalami kebutaan disebabkan oleh infeksi tersebut,'' katanya.

Menurutnya, sebahagian besar jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak baik.

Justeru, bagi mereka yang memilih untuk memakai kanta lekap, tiada perkataan malas dalam hidup mereka.

Di samping itu, pemakai juga hendaklah mendisiplinkan dirinya agar aspek kebersihan mata, malah tangan dan udara di sekelilingnya, benar-benar terjaga.

Salhanizatul menjelaskan, tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria yang turut masuk ke dalam mata.

``Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing ke mata.

``Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersihkan mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan,'' katanya.

Jelasnya, mata juga memerlukan oksigen.

Pada malam hari, kadar oksigen akan berkurangan sehingga satu pertiga ketika mata tidak berada dalam keadaan tidur pada siang hari.

Sehubungan itu juga, lapisan permukaan mata cenderung mengalami pembengkakan terutamanya pada waktu pagi.

Ini kerana, mata lebih mudah tergores, teriritasi oleh kanta lekap dan biasanya mula menunjukkan gejala-gejala mata merah.

``Kalau nampak mata merah sahaja, terus tanggalkan kanta lekap kerana jika tidak, mata berpotensi dijangkiti kuman.

``Jika kuman pula kebetulannya dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata akan bertukar putih dalam masa 24 jam,'' katanya.

Kanta lekap yang dibawa tidur, tambah Salhanizatul, ternyata mudah mengakibatkan komplikasi dan amat disarankan agar ia ditanggalkan terlebih dahulu.

Di samping itu, penularan jangkitan kornea mata juga boleh bersumber daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan selama berhari-hari dan menjadi tempat pembiakan bakteria.


Berikut adalah beberapa komplikasi akibat pemakaian kanta lekap:

* Superficial punctate keratitis (SPK): Permukaan kornea mata rosak. Biasanya disebabkan oleh pemakaian yang terlampau ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.

Gejalanya: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (fotofobia), dan adanya bintik-bintik di kornea mata.

Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

* Alahan: Radang atau iritasi kerana dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.

Gejala: Rasa gatal, mata merah, hingga kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.

Rawatan: Hindari penyebab alahan, menghilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Apabila terjadi keradangan, ubat antiradang boleh diberikan manakala alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamin.

* Sindrom mata kering (keratoconjunctivitis sicca): Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah.

Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.

Gejalanya: Mata seperti terbakar, air mata sering keluar, dan cairan di mata berlebihan.

Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

* Kornea edema: Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.

Gejala: Fotofobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah, tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan, pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul SPK.

Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

* Infiltrates: Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.

Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, fotofobia dan timbul bintik putih di mata.

Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap semasa sedang aktif, kerap menggantikan kanta lekap, antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

* Jangkitan: Kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.

Gejala: Mata merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.

Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

* Microbial keratitis: Masuknya organisme berbahaya dalam kornea mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus hingga mengakibatkan pembengkakan.

Gejala: Sakit pada mata, fotofobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.

Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.

* Vaskularisasi kornea: Pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.

Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.

l Giant papillary conjunctivitis (GPC): Keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.

Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak bengkak.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.

Justeru, kata Salhanizatul, mencegah timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.

``Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi menghidapi komplikasi-komplikasi tersebut sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.

``Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Sayangilah mata anda,'' katanya.

Tip membersihkan kanta lekap:

* Cuci tangan sebersih-bersihnya dan keringkannya terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap

* Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan

* Jangan sembarangan memakai larutan pembersih kerana produk pembersih yang tidak tepat dapat membahayakan mata

* Sewaktu membersihkan kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan

* Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang sedia mengandungi agen pembasmi kuman, disinfektan

* Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.
Ewan_sn
Seks Menyimpang - Luar Tabii

Disini dihuraikan beberapa kaedah amalan seks menyimpang di kalangan Manusia

Seks sebenarnya adalah suatu yang baik jika dilakukan dengan betul mengikut syariat dan hukum.
Ia bertujuan untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri, seterusnya untuk mendapatkan zuriat untuk meneruskan kehidupan mansuia sejagat.

Namun terdapat segelintir manusia yang 'aneh' dan 'pelek' dimana mereka tersangat ingin melakukan seks diluar batasan manusia normal. Dalam istilah perubatan dikatakan 'seks Menyimpang' atau seks diLuar tabii'

Kalau sekali-sekala ingin mencuba, itu dianggap sebagai normal, tetapi kalau sudah menjadi kebiasaan, ia sudah 'abnormal' lagi.

Kebiasaan orang-orang yang mengamalkan seks cara salah ini tergulong dari manusia yang sadist, sedih, pilu, kecewa, pemabuk, zalim, bengis, egois, tidal mempunyai moral yang tinggi, yang yang berpoya-poya, suka pada night club, disko dan sebagainya.

Namun masih ada segelintir manusia yang pasif tetapi suka mengamalkan seks menyimpang seperti pondan atau maknyah dan sebagainya. Biasanya mereka dari golongan ini suka pada homeoseks, berasmara dan menghisap zakar dan sebagainya.

Untuk mengenali Seks Menyimpang disini,saya huraikan beberapa jenis yang diketahui:-

[COLOR=green]Onani, Mastbasi


Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melacap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau gesel-gesel dikelintik (clitoris) dikalangan remaja perempuan adalah dianggap normal dari sudut kesihatan.
Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan baik fisikal dan mental.

Tidak ada satu manusia lelaki yang normal yang tidak melalukan onani dalam hidupnya. Kalau ada manusia lekai yang menyatakan mereka tidak pernah melakukan onani, mereka adalah pembohong besar.

Jika anda melakukan onani janganlah melampau kerana akibat dari onani melampau anda akan menghadapi antaranya , kemungkinan:

1. Daya ingat menjadi lemah
2. Sendi-sendi berbunyi
3. Tuboh badan menjadi sentiasa keletihan.
4. Anda akan menjadi selalu mengantuk
5. Tidur menjadi berlebihan
6. Banyak khayalan
7. Bimbang akan terjebak dengan perzinaan

Bila terjebak dengan penzinaan / rogol, anda berisiko akan menghadapi:

1. Terkena jangiktan gonorrhoea atau siflis
2. Terkena AIDS atau HIV, Herpes Genitalis
3. Jail atau dipenjara

Fikirlah baik-baik sebelum melakukan sesuatu yang merugikan.

Homeoseks

Seks dikalangan lelaki sama lelaki, kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur. Lelaki jenis ini jika berkahwin sekali pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isteri melalui dubur.
Seks beginilah puncanya penyakit AIDS atau HIV

Lesbian

Lesbian dikalangan remaja melayu tidak begitu serius. Ia berlaku dikalangan anak-anak remaja perempuan yang tinggal diasrama atau di kilang-kilang.
Biasanya kumpulan perempuan ini tidak sukakan lelaki, maka mereka beraleh melakukan cumbuan-cumbuan dikalangan sesama mereka. Satu orang bertindak sebagai lelaki dan satu orang bertindak sebagai perempuan.
Ada yang teruk hingga sanggup membeli zakar plastik dan menusukkan kefaraj temannya.
Cara ini boleh merusakkan dara anda !

Scoptophilia

Ini sejenis manusia yang suka dan seronok melihat orang lain bersetuboh. Jangan terkejut mendapati manusia ini suka melihat isterinya atau anaknya sendiri disetubohi oleh orang lain.
Mudah-mudahan tidak ada golongan ini dalam masyarakat Melayu.

Voyeirisme

Orang yang suka mengintip perempuan mandi telanjang melalui mana-mana lubang yang terdapat dirumah mereka. Ada yang sanggup tidur satu malam diatas bumbung hanya sekadar melihat suami-isteri bersetuboh. Sambil mengintai, mereka juga turut melakukan onani.
Hal ini biasa berlaku dikalangan anak-anak kampong.
Mungkin - normal ! Wallahuallam.

Podophilia

Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa

Bestially

Orang yang suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itek, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang dengan ular.
Anak-anak dikampong selalu mencari ayam atau kambing untuk melakukan seks jenis ini.

Fetishisme

Lelaki yang suka menyimpan dan mengumnpul barang-barang perempaun seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya.

Nyamphomania

Perempuan yang kuat nafsu seks, tidak puas satu lelaki. Mereka akan melakukan seks dengan banyak lelaki.
( Ada dua kes dibawah rawatan saya dimana kes ini telah dapat dirawat dengan sempurna melalui ubat-ubat homeopati yang diimport dari Germany )

Satyriasis

Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan banyak perempuan.

Necrophilia

Orang yang melkukan seks dengan mayat

Incest

Melakukan seks dengan keluarga terdekat seperti ibu, adik, kakak, bapa.

Zoophilia

Orang yang suka melihat haiwan melakukan seks

Molested

Percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggong atau buah dada atau mengambil kesempatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan.

Trollisme

Lelaki yang suka melihat perempuannya disetubuhi oleh orang lain

Wifeswapping

Orang yang suka menggangu isteri dan suka lakukan seks pada isteri orang. Juga mereka suka bertukar-tukar isteri untuk seks.

Exhibitionisme
Orang yang suka melihat perempuan berjalan khusunya bahagian punggong sehingga menimbulkan keghairahan.
Ewan_sn
Langkah keselamatan elak kemalangan di rumah

IBU BAPA bukan saja perlu memastikan anak mereka tidak sakit, malah mengelakkan agar tidak cedera sama ada ketika bermain di dalam rumah atau di luar rumah.

Seorang bayi yang baru pandai merangkak, misalnya suka menarik kain alas meja. Bayangkan jika ada secawan kopi panas sehingga menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur.

Dalam kejadian lain, seorang kanak-kanak perempuan cuba menghiburkan hatinya dengan memasukkan sebatang jarum ke suis elektrik, manakala seorang wanita terjatuh di dalam bilik air menyebabkan tulang pahanya patah.

Kemalangan di rumah boleh membunuh dan mencederakan mangsa. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak yang mempunyai naluri ingin tahu serta mahu mencuba sesuatu yang baru.

Namun, dengan sedikit pengetahuan dan langkah pencegahan, kemalangan itu dapat dielakkan.

Dalam hal ini, ibu bapa dan pembantu rumah disyorkan mengetahui mengenai langkah keselamatan dan cara menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.

Pernah berlaku ibu bapa panik ketika anak mereka ditimpa kemalangan, contohnya terjatuh. Tindakan mereka ialah mengangkat kanak-kanak itu padahal mereka perlu tahu sama ada tulang patah atau sebaliknya.

Kerap kali nyawa yang dalam kecemasan berakhir dengan kematian disebabkan pengguna jahil mengenai aspek keselamatan dan langkah rawatan. Walaupun kemalangan itu adalah takdir Ilahi, namun sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan perlu ada supaya tidak panik apabila berlaku kecemasan.

Dalam hal ini, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Contohnya, jika ibu bapa mempunyai anak kecil, jangan biarkan mereka tidur dan bermain di tingkat atas katil bertingkat.

Ibu bapa perlu memastikan yang besi penghalang tingkat atas katil berkenaan selamat.

Langkah lain bagi mengurangkan kemalangan terhadap orang ramai dan kanak-kanak kecil ialah:

l Gantikan kain alas baru permaidani yang sudah lusuh dan baiki lantai yang rosak. Jangan letakkan tikar atau permaidani tebal di bawah tangga atau di permukaan lantai yang licin melainkan ia dilekatkan.

Keringkan dengan segera air yang tumpah di lantai.

l Letakkan pagar yang selamat pada tiap-tiap hujung anak tangga. Pastikan tangga itu terang. Jangan sekali-kali meletakkan barang permainan dan barang lain yang mengganggu perjalanan di tangga berkenaan.

l Jangan biarkan anak anda berada di buaian yang diletakkan di atas meja atau tempat yang tinggi.

l Pastikan setiap tingkap bilik anda tertutup dengan selamat bagi mengelakkan anak terjatuh.

l Tentukan pintu yang menghala ke balkoni dikunci jika anak tidak diawasi. Pastikan pagar di balkoni menghalang anak terjatuh.

l Pastikan bayi diikat dengan selamat jika diletakkan di kerusi yang tinggi.

Di samping itu, kebakaran yang kerap berlaku di rumah berpunca daripada kelalaian seperti merokok di tempat tidur atau apabila mengantuk.

Ibu bapa juga jangan biarkan anak mereka bermain dengan mancis atau pemetik api, bunga api dan bahan mudah terbakar.

Ibu bapa jangan membiarkan makanan yang dimasak di atas dapur tanpa jagaan di samping tidak meletakkan bahan yang dimasak menarik perhatian kanak-kanak berhampiran tempat memasak. Ibu bapa juga perlu membersihkan ruang memasak dari minyak.
Ewan_sn
Awet muda alternatif selain botox


JANGAN mudah percaya jika anda melihat wajah bintang pujaan anda yang kelihatan begitu menyerlah dan cantik di dada-dada akhbar mahupun majalah.

``Kalau ia nampak begitu cantik dan mengasyikkan seolah-olah ia terlalu bagus pada hakikatnya, tanggapan anda mungkin ada betulnya,'' kata Craig Jessup.

Amaran itu dikeluarkan oleh seorang jurusolek celebrity Hollywood ketika ditanya tentang raut wajah para artis di tempatnya yang tidak dimamah usia.

Bukan sahaja nama-nama seperti Kylie Minogue, Demi Moore dan Madonna tidak nampak tua, malah mereka juga nampak lebih muda daripada sebelumnya.

Bagaimanakah itu semua mungkin terjadi?

Daripada faktor genetik ke gaya hidup sihat, grooming, teknik foto dan pencahayaan, warna mekap, potongan rambut, kerja keras hasil bantuan jurulatih peribadi, pembedahan plastik serta pelbagai kaedah rawatan meremajakan kulit - semuanya memainkan peranan.

Pakar kecantikan yang bekerjasama dengan Jessup pula berkata, tidak kurang juga individu yang menjadi bertambah menawan selaras peningkatan usianya.

``Seseorang juga akan kelihatan semakin berseri-seri apabila dia menjadi seorang yang lebih terkenal,'' ujar beliau.

Pakar Estetik dan Antipenuaan, salah sebuah pusat perubatan estetik swasta di Klang, Selangor, Dr. Alice Prethima Michael berkata, proses penuaan menyebabkan perubahan tertentu pada kulit.

``Apabila usia bertambah, kolagen dan elastin iaitu serat yang mengekalkan ketegangan kulit akan menjadi lemah.

``Akibatnya, kulit menjadi longgar dan tidak kejap, menipis dan kehilangan lemak - membuatkan ia kelihatan tidak tegang dan berkedut,'' katanya.

Dalam pada perubahan-perubahan itu berlaku, graviti turut melaksanakan tugasannya dengan menarik-narik kulit, menyebabkannya menjadi kendur.

Menurutnya, matahari menjadi penyebab utama perubahan kulit.

Berapa banyak seseorang itu terdedah kepada sinarannya akan menentukan sejauh manakah kedutan pada kulit.

``Pendedahan terhadap cahaya matahari semasa remaja mahupun kanak-kanak memberikan impak yang besar kepada kulit pada usianya 30, 40 atau 50 tahun.

``Sebab itulah, pemakaian pelindung sinaran ultraungu adalah sangat penting dan menjadi asas dalam penjagaan kulit terutamanya pada bahagian wajah,'' katanya.

Merokok juga menjadi faktor penyumbang kepada kulit yang berkedut selain turut bergantung kepada ibu bapa kerana ia cenderung diwarisi.

Dr. Alice berkata, terdapat beberapa kaedah bagi merawat tanda-tanda penuaan seperti asid retinoik dalam menterbalikkan kesan-kesan kerosakan akibat matahari.

Sementara itu, garis-garis halus yang disebabkan oleh ekspresi wajah selama bertahun-tahun seperti senyum, mengelipkan mata, ketawa, mengunyah mahupun mengerutkan dahi boleh dirawat dengan beberapa teknik lain sama ada secara suntikan mahupun laser.

Botox, kata Dr. Alice, jenama singkatan daripada Botulinum Toxin merupakan rawatan awet muda yang berasal daripada racun clostridium botulinum, muncul pilihan nombor satu celebrity Hollywood.

``Suntikan `susuk moden' itu bertindak dengan cara menghalang penghasilan bahan kimia neurotransmiter asetilkolin oleh hujung-hujung saraf yang menghantar impuls pengecutan otot.

``Ringkasnya, ia menghalang saraf daripada menyampaikan mesej kepada otot-otot agar mengecut, sebaliknya merehatkan otot-otot,'' katanya.

Dalam sejarah industri kosmetik, tidak ada satu rawatan seumpamanya yang begitu pantas berkembang di dalam pasaran seperti mana botox meraih perhatian umum.

Khabar angin yang bertiup kencang mengaitkan penggunaan prosedur tidak sampai setengah jam ini dengan bintang-bintang terkemuka Hollywood.

Walaupun tidak mengakuinya secara terbuka tetapi Sylvester Stallone, Elizabeth Hurley, Celine Dion, Kim Bassinger dan pengacara American Idols, Ryan Seacrest dipercayai memakai botox.

Hanya beberapa orang yang berani membuat pengumuman terbuka mengenainya seperti aktor Cliff Richard, pelakon komedi Joan Rivers dan aktres Annie Potts.

Dan, apa-apa sahaja yang menjadi kegilaan para bintang Hollywood yang menjadi medan uji kaji oleh para pakar di bidang itu yang sama ghairahnya, turut menjadi obsesi di kalangan para peminat.

Malah, bahangnya turut sampai ke mari dan anda tidak mampu meneka sama ada orang yang duduk di sebelah anda pun menggunakan prosedur tersebut ataupun tidak.

Di sebalik kehebatannya itu, FDA melahirkan kebimbangan akan potensi botox yang kini diambil seolah-olah vitamin biasa, daripada disalah guna.

Isnin lalu, sepasang suami isteri di New York lumpuh satu badan selepas disuntik dengan cecair rawatan botox palsu yang mengandungi bahan toksin 2,000 kali ganda lebih kuat berbanding suntikan botox biasa.

``Botox merupakan preskripsi ubat-ubatan yang sangat kritikal dikendalikan oleh pakar berkelayakan sahaja, dalam suasana perubatan yang bersesuaian.

``Jika tidak kena caranya, seperti suntikan yang berlebihan misalnya, boleh menyebabkan kelopak mata atas terkulai ke bawah (ptosis) selain mengancam nyawa,'' kata Dr. Alice.

Beliau menjelaskan, sebenarnya, terdapat beberapa alternatif dalam rawatan memberikan keremajaan semula pada wajah di dalam pasaran.

Ia sesuai dilakukan oleh individu dengan gaya hidup yang sibuk dan tidak memerlukan cuti atau masa pemulihan yang panjang.

``Rata-ratanya hanya memakan masa lebih kurang 45 minit, waktu rehat selepas prosedur yang sangat sekejap (boleh meninggalkan klinik dengan segera).

``Proses penyembuhannya juga pantas dan paling penting, ketidakselesaan yang minimum darinya,'' katanya.

Antara soalan yang boleh diajukan kepada doktor sebelum prosedur dimulakan adalah dari segi kelayakannya, hasil yang boleh dijangkakan, jangka masa rehat, risiko, komplikasi serta kosnya.

Berikut adalah antara beberapa prosedur rawatan kosmetik terkini dan sebahagiannya semakin popular bagi masalah kulit menua:

* Mesoterapi

Gabungan vitamin, mineral, ubat-ubatan dan asid amino (isipadu jumlah mengikut kesesuaian individu) disuntik menggunakan jarum yang sangat halus, secara langsung di bawah permukaan kulit yang disasarkan.

Ia membantu melawan radikal bebas, merangsang fibroblas yang menghasilkan serat kenyal, kolagen dan elastin di samping mendorong ######bolisme badan.

Selain kegunaannya untuk merawat kedutan di muka, mesoterapi juga boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan, selulit, keguguran rambut, menghapuskan kesan parut dan membentuk badan.


* Laser

Menggunakan tenaga laser karbon dioksida (CO2) atau sumber cahaya yang dipancarkan ke atas kulit yang kemudiannya diserap oleh cecair di dalam sel-sel kulit, sekali gus menegangkan kedutan dan garis-garis halus.

Sel-sel kulit lebih tua disingkirkan dengan lembut, lapisan demi lapisan, digantikan dengan kulit baru, segar dan sihat.

Proses ini juga memulakan pengeluaran kolagen secara alami yang mengetat dan memberikan penampilan muka yang lebih `terangkat'.

Lazimnya digunakan untuk melenyapkan garisan pada bibir yang disebabkan oleh aktiviti merokok dan merawat parut daripada jerawat.

Kaedah ini juga berupaya menghilangkan tatu yang tidak dikehendaki sebagaimana menjadi kegemaran Geri Halliwell dan Cher.


* Endermologi

Teknik urutan ini meningkatkan pengaliran darah pada bahagian muka dan juga boleh dilakukan di seluruh badan untuk merehatkan otot-otot.

Bersama-sama rejimen senaman, diet dan vitamin, endermologi sangat baik untuk merawat selulit dan pembentukan badan.

* Microdermabrasion

Turut dikenali sebagai prosedur makan tengah hari di mana kristal-kristal aluminium oksida ditiup atau dilalukan di atas kulit sebelum ditanggalkan semula menggunakan vakum - membawa bersamanya lapisan luar kulit.

Rawatan ini turut menanggalkan bintik hitam dan putih yang menutup liang kulit, meratakan rona wajah serta mengecilkan luang roma.

* Pengelupasan kimia (chemical peel)

Rumusan kimia ditempatkan di atas bahagian wajah bagi menanggalkan lapisan kulit mati. Ia mengambil masa beberapa hari sehingga dua minggu sebelum menyerlahkan kulit bawah yang baru dan kelihatan lebih segar. Lazimnya digunakan bagi merawat garisan halus sekeliling mata dan mulut.

* Likatan kosmetik (cosmetic filler)

Aktres Melanie Griffith dan Pamela Anderson memilih cara ini kerana manfaatnya yang luas dari membuang parut jerawat hingga merawat kedutan dan menganjalkan semula bibir.

Likatan tisu lembut biasanya berupa kolagen atau lemak membantu mengisi tekstur pipi dan bibir yang kendur agar nampak penuh berisi.
Ewan_sn
Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam Badan

Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan? Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program diet?

Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh anda praktikkan.

1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam setiap kali anda teringat atau teringin untuk mmengudap snek.

2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.

3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun.

4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos Tobasco yg nyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%. (Sumber University Kyoto, Jepun).

5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi menghindarkan anda cenderung mengunyah makanan. Kajian yg dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras ######bolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.

6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan belanja yg keterlaluan.

7) Tahukah anda kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet berpandukan ABCs iaitu dgn menjauhkan alkohol, bread (roti putih) dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)

dirol.gif Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan kebanyakan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau dalam bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda dan tidur awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.

9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan ######bolisme dan memberi tubuh anda tenaga setelah menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak makan yg keterlaluan pd waktu tengahari.

10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika anda terasa anda teringin mengunyah makanan.

11) Sentiasa mendengar muzik yg memberikan ketenangan pada jiwa anda. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yg menenangkan jiwa mengurangkan mood untuk makan berlebihan.

12) Kajian yg dijalankan oleh University of Switzerland menyatakan minuman teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Dianjurkan 3 cawan sehari.

13) Perhatikan apa yg anda makan. Ketepikan semua jenis makanan tatkala anda menonton TV atau membuat actvt santai yg lain.

14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda mencai sumber makanan. Tapi ingat jgn berjalan di kompleks membeli belah, kerana di situ terdapat banyak kedai makan yg menduga 'puasa' anda.

15) Bila anda ke kompleks membeli belah, pesanlah salad, yogurt atau air kacang soya yg membuatkan anda berasa kenyang.
Ewan_sn
Badan ramping, tampil hebat


Kalau ditanya wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik? Tentulah jawapannya `semua wanita ingin nampak cantik'.

Tidak ada wanita yang tidak mahu kelihatan cantik. Cuma penampilan dan cara masing-masing yang membezakan kecantikan seseorang.

Pun begitu, kecantikan bukan sahaja dilihat secara zahir malah kecantikan batin tidak kurang penting dalam mencerminkan keperibadian seseorang wanita.

Mungkin ramai yang bersetuju, bagi seseorang wanita paling penting diutamakan ialah bentuk badan yang bersesuaian dengan ketinggian. Itulah yang paling ideal.

Kurus sangat pun tak cantik apatah lagi gemuk gedempol. Masalah berat badan wanita lazimnya berubah apabila sudah berumah tangga dan melahirkan anak.

Tanpa jagaan rapi ketika dalam pantang disertai selera makan yang sentiasa terbuka akan menyebabkan berat badan bertambah.

Inilah yang sering ditakuti kaum wanita. Kalau dah gemuk susah nak turun. Berbagai kaedah dicuba namun tidak juga serasi.
Ewan_sn
Jangkitan kuman punca keputihan berlebihan

KEPUTIHAN masalah biasa yang dihadapi wanita. Namun, sebanyak manapun maklumat dan penerangan yang diberi, wanita yang menghadapi masalah itu sering mengambil jalan mudah untuk bertemu doktor sebaliknya mengamalkan petua-petua tradisi atau membasuh kemaluan dengan bahan pencuci kimia yang banyak terdapat di pasaran.



Keputihan sebenarnya bukan satu masalah yang serius jika ia meleleh dalam kadar yang sedikit, normal iaitu tidak berbau dan biasanya hanya merembes pada waktu tertentu seperti beberapa minggu sebelum datang bulan atau beberapa hari selepas habis datang bulan.

Bagaimanapun, keputihan boleh dikategorikan sebagai serius apabila bertambah jumlahnya, mula berbau dan kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar. Keputihan juga mungkin akan berketul-ketul, beku seperti keju.

Ada juga kes apabila hampir tarikh didatangi haid, ia akan berubah warna menjadi hitam.

Mengupas isu ini, pakar perbidanan Dr Ismail Thamby berkata lelehan yang keluar dari salur reproduktif wanita dewasa yang produktif ialah lelehan semula jadi yang dihasilkan oleh pepundi dari salur reproduktif.

“Kuantitinya berbeza setiap hari mengikut putaran haid wanita justeru ia akan merembes dengan lebih banyak pada waktu subur wanita. Pada masa itu akan berlaku pengeluaran cecair serta lendir semacam putih telur yang masak,” katanya.

Lelehan ini katanya datang salur reproduktif wanita yang boleh juga terjadi dalam keadaan ia terdedah kepada bahan kimia seperti bahan pembersih alat sulit atau minyak wangi atau mungkin juga panty liner yang kadang kala mengandungi bahan penyerap kimia.

Begitupun, jangkitan kuman dan kulat juga boleh mengakibatkan pengeluaran keputihan yang berlebihan dengan simptom sampingan seperti kegatalan dan kepedihan selain keputihan yang bertukar warna dan berbau.

Apa sebenarnya punca jangkitan ini ? Ia terjadi akibat pencemaran seperti najis yang mengandungi kulat dan kuman bakteria yang terdapat dalam najis.

Kuman ini kemudiannya terseret ke anggota sulit pesakit sewaktu mereka membersihkan anggota sulit atau mungkin berjangkit melalui air kencing yang mengandungi kuman dan kulat.

“Kebiasaannya salur reproduktif wanita mengandungi kuman pelindung yang dikenali sebagai Doderlin Bacillus .

“ Ia menghasilkan asid laktik yang menjadikan faraj berasid dan tidak sesuai untuk kuman atau kulat dari luar,” kata Dr Ismail.

Bagaimanapun, apabila kawalan kuman semula jadi faraj menghilang disebabkan penggunaan bahan membersih yang bertindak secara langsung membunuh kuman semula jadi dalam faraj.

Kadang-kala mengambil antibiotik untuk jangka masa yang panjang juga akan membunuh kuman semula jadi.

Dalam situasi ini kuman dan kulat mudah membiak dan memberi kesan negatif kepada pesakit.

Keputihan yang merembes dalam bentuk ketulan atau kepingan tisu putih pula terjadi akibat jangkitan kulat.

Jika jangkitan ketara, salur reproduktif akan mengalami keradangan dan termasuk juga lapisan endometrium dan perubahan yang luarbiasa kepada darah haid.

Jika ini berlaku, pesakit perlu dapat rawatan dan perlu jumpa doktor.

Jika kulit anggota sulit mula melecit, kemungkinan kuman berbahaya akan dapat memasuki anggota sulit.
Ewan_sn
Hargailah Mata - Tips Penjagaan


MATA banyak mempengaruhi kita. Ada yang dikurniakan mata bundar dan ada yang sepet. Ada juga yang memiliki sepasang mata bersinar dan tidak kurang memiliki mata yang tidak bermaya.



Apabila usia meningkat, mata – organ penting dalam kehidupan juga akan mula kabur. Bagi kebanyakan kita, apabila usia mencecah angka 50, ramai yang sudah berkaca mata kerana rabun jauh atau dekat atau kedua-duanya sekali. Ada juga yang sudah memakai cermin mata sejak muda.

Mata yang banyak terdedah kepada komputer biasanya lebih cepat rabun. Justeru, dalam sibuk menyiapkan kerja, beri juga tumpuan pada mata. Beri mata peluang untuk rehat dan jangan lakukan perkara yang boleh mempercepatkan penglihatan berkurangan.

Jika anda tidak pernah mengambil berat mengenai penjagaan mata, mengapa tidak mulai hari ini anda lakukan beberapa langkah untuk merehatkan mata.

Mulakan dengan memandang ke atas untuk beberapa saat sebelum menjauhkan penglihatan daripada komputer anda. Berikan sedikit ruang untuk mata berehat. Anda juga boleh berdiri dan melakukan sedikit gerakan ringkas sebelum menarik nafas panjang.

Penggunaan lampu juga penting jika anda kerap membaca. Biasanya lampu untuk membaca tiga kali lebih terang daripada lampu di ruang tamu. Jangan membaca di tempat gelap. Duduk dengan tegak dan pastikan monitor komputer anda pada paras mata yang sesuai, bukan mendongak atau menunduk.

Bagus jika dapat menjarakkan pandangan daripada komputer 14 atau 16 inci. Jika menonton televisyen, pastikan anda duduk tegak dan pastikan jarak anda anda tujuh kali jauh dari televisyen. Jika menulis, pegang pen satu inci dari hujung jari jadi anda tidak perlu terlalu membongkok untuk melihat tulisan sendiri.

Pemakanan juga penting untuk mendapatkan mata yang sihat. Makanan tambahan dengan anti oksida dan botani memang popular sebagai sumber khasiat untuk mendapatkan mata yang sihat. Sesuatu yang menarik, pilihan warna pakaian juga sebenarnya mempengaruhi kesihatan mata. Warna hitam-kelabu dan hijau-kelabu misalnya memberi spektrum warna yang penuh tanpa herotan. Warna biru tidak sesuai untuk cahaya yang berserakan. Warna merah jambu dan kuning memberi lebih cahaya pada mata pada hari terang. Mereka yang berhadapan dengan katarak sepatutnya memilih warna dalam kelompok keperangan.

Kebanyakan kaca mata hitam yang ada di pasaran hari ini dihasilkan dengan perlindungan daripada sinaran UV termasuk ulta violet (UVA) dan visible spectrum (UVB). Sebelum membeli, pastikan anda tahu apakah jenis kaca mata itu.

Ada kaca mata yang masih kelihatan terang dalam terik matahari atau suram alam memiliki impak kelabu sepanjang masa disebabkan sinar UV dari lampu dalam rumah atau bangunan.

Untuk mereka yang bekerja menghadap komputer atau yang memandu pada malam hari, pemilihan kaca mata anti-imbasan akan lebih membantu.

Sebenarnya, tidaklah terlalu sukar untuk mengekal kesihatan mata dan penglihatan. Asalkan anda tahu apa yang terbaik dan lakukan yang terbaik, penglihatan tidak akan kabur dengan cepat.

Selalu ambil masa beberapa saat untuk merehatkan mata daripada menghadap komputer. Selalunya apabila tertekan, seseorang itu akan menahan nafas dan menyekat oksigen untuk sampai ke otak dan mata. Menarik nafas juga memberi rehat kepada badan dan mengurangkan tekanan.
Ewan_sn
10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Ewan_sn
Pernah kena tindih makhluk ghaib

Tetiba jek badan takleh gerak..baca ayat kursi pun tak leh gerak gak...mata je boleh terkebil2...suara tak berbunyi..nak minta tolong kat org kat sebelah pun tak berdaya..suara macam dah menjerit tapi sebenarnye tak kuar langsung...

tapi ini ada satu petua jika kena tindih...setakat ni mujarab...

caranya, bila badan kita tak boleh bergerak, hanya ada satu bahagian yg boleh digerak2kan sedikit iaitu samda jari2 tangan atau ibu jari kaki...

seboleh2nya, gerakkan jari2 tangan atau ibu jari kaki sekuat yg mampu...guna seluruh tenaga anda utk gerakkan jari dan lama kelamaan semua badan anda boleh digerakkan...rasa kejang akan hilang..

selepas tu jika nak tido lagi, segeralah beralih tempat tido atau cara pembaringan...
Ewan_sn
4 punca pening kepala

KEBANYAKAN ibu bapa runsing apabila anak kecil mereka mengadu pening atau sakit kepala. Masalah pening dan sakit kepala bukan masalah biasa bagi kanak-kanak, walaupun ia perkara lazim di kalangan remaja dan dewasa.

Mengikut statistik, lebih kurang 20 peratus kanak-kanak mula mengadu pening kepala ketika berusia tujuh tahun dan 70 peratus mengadu perkara sama apabila menjangkau usia 14 tahun.

Masalah ini mungkin merunsingkan ibu bapa apabila berlaku pada anak yang terlalu muda. Malah, pengamal perubatan menganggap penentuan sama ada anak benar-benar pening kepala sebagai perkara rumit.

Selain sejarah lengkap mengenai masalah pening kepala yang dialami kanak-kanak berkenaan, pemeriksaan rapi dan beberapa ujian mungkin perlu dilakukan untuk memastikan masalah sebenar.

Sebagaimana orang dewasa, empat jenis punca pening kepala boleh berlaku pada kanak-kanak dan remaja, iaitu intrakranium, ekstrakranium, organik dan psikogenik.

Intrakranium boleh disebabkan jangkitan seperti encephalitis, meningitis atau abses (pengumpulan nanah daripada tisu rosak atau jangkitan) pada otak, ketumbuhan dalam otak, masalah trauma seperti pendarahan di luar selaput otak dan pendarahan di dalam otak atau migraine (disebabkan dilatasi atau pengembungan saluran darah ke otak).

Ekstrakranium pula boleh berpunca daripada ketegangan otot pada bahagian kepala, rabun, sinus atau jangkitan telinga, sakit gigi atau masalah tulang sendi leher.

Organik pula boleh disebabkan demam panas, darah tinggi, penyakit lupus atau neurofibromatosis. Psikogenik pula boleh berpunca daripada masalah ketegangan (tekanan) atau kemurungan.

Daripada kajian yang dijalankan, kebanyakan ibu bapa risau jika masalah pening itu disebabkan ketumbuhan otak. Namun, hanya sebilangan kecil gejala pening kepala berpunca daripada masalah itu.

Kanak-kanak atau remaja yang mengalami masalah pening kepala berterusan akan diperiksa secara mendalam.

Ibu bapa dan kanak-kanak akan ditanya bila dan berapa lama pening berlaku, adakah ia boleh hilang dengan pengambilan ubat atau faktor yang boleh meringankan pening kepala (seperti tidur atau ada dalam bilik gelap).

Pesakit juga akan ditanya mengenai faktor yang boleh menyebabkan pening kepala bertambah (seperti pengambilan makanan tertentu).

Di samping masalah pening kepala, kanak-kanak akan ditanya jika mengalami masalah pandangan kabur, sakit gigi, telinga atau lemah pada sebahagian badan. Malah, ibu bapa juga ditanya jika ada ahli keluarga mengalami masalah sama.

Pemeriksaan tinggi dan berat badan anak anda akan diambil. Pemeriksaan tekanan darah, kulit, mata, telinga, gigi dan pemeriksaan sistem saraf juga akan dilakukan untuk memastikan punca pening kepala.

Ujian selanjutnya hanya akan dilakukan jika punca pening kepala tidak dapat dikesan atau disyaki ada masalah ketumbuhan otak. Ujian paling biasa dilakukan untuk memantau masalah ketumbuhan dalam otak adalah imbasan kepala.

Masalah migrain biasa terjadi, terutama kepada kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang ada sejarah migrain. Berita baiknya, simptom migrain biasanya tidak berlaku sepanjang hayat dan berakhir lima hingga tujuh tahun kemudian.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pening kepala harus mengelakkan pengambilan minuman mengandungi kafien atau makan keju berlebihan, coklat atau masakan yang banyak meletakkan perisa makanan. Di samping itu, ibu bapa dinasihatkan memastikan anak mereka mendapat tidur cukup.

Kanak-kanak akan dirujuk kepada pakar tertentu jika pening kepala mereka berpunca daripada masalah telinga, gigi, mata atau barah otak.

Jenis rawatan bergantung kepada punca masalah pening. Biasanya, kanak-kanak yang mengalami masalah pening akan dibekalkan ubat-ubatan tertentu seperti paracetamol, ubat tahan sakit dan jika pening kepala berpanjangan, ubat prophylaxis migraine mungkin dibekalkan.

Penting bagi kita melatih anak mengamalkan cara hidup sihat sejak kecil, mendapat tidur cukup dan memakan makanan berkhasiat. Amalan hidup sihat dapat mengurangkan kebanyakan punca pening kepala yang disebutkan di atas


Edirossa
Ewan_sn
Petua merawat benjol, terseliuh


BENJOL, terseliuh dan kekejangan otot adalah sakit luaran yang biasa berlaku pada masa yang singkat. Penyakit ini tidak mempunyai kesan pada kulit tetapi sekadar dirasai saja. Ia juga tidak mempunyai kesan jangka panjang dan boleh diubati dengan mudah.



Penyakit luaran boleh berlaku pada bila-bila masa kerana tidak menunjukkan apa-apa tanda. Penyakit ini menyerang pada semua peringkat umur menyebabkan seseorang itu berasa kesakitan yang keterlaluan.

Oleh sebab penyakit ini tidak mempunyai ubat khusus, terdapat beberapa petua yang mampu mengurangkan kesakitan ketika mengalaminya.

BENJOL:

BAGI kanak-kanak yang baru belajar berjalan, kerap kali mereka terhantuk sehingga kepala menjadi benjol. Benjol yang besar akan menyebabkan terasa sakit. Tidak ada ubat khusus merawat benjolan tersebut.

Ada petua mudah iaitu si ibu perlu mengulum setengah genggam rambut pada bahagian hujung. Kemudian rambut hendaklah disapukan pada dahi kanak-kanak yang benjol. Sapukan dengan rata sehingga kanak-kanak tidak menangis.

Sekiranya diamalkan petua ini, benjolan pada dahi kanak-kanak akan beransur hilang.

TERSELIUH:

TERSELIUH terjadi apabila urat bergerak daripada kedudukan asal sehingga menimbulkan kesakitan. Bagi golongan bekerja sebagai buruh, terseliuh sering dialami terutama pada bahagian pinggang kerana sentiasa memikul beban yang berat.

Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan minyak urut menghindarkan rasa sakit. Di sini terdapat satu petua mudah untuk mengatasi masalah ini. Caranya dengan mendapatkan daun limau nipis dan sedikit kapur. Sapukan kedua-dua bahan ini pada bahagian sakit dan urut secara perlahan. Sekiranya dilakukan dengan kerap, rasa sakit akibat terseliuh akan berkurangan dan kemudian akan terus hilang.

KEKEJANGAN:

KEKEJANGAN otot kerap berlaku terutama di kalangan atlit negara. Kebiasaannya kekejangan otot berlaku apabila pengaliran darah bergerak pantas secara tiba-tiba.

Kekejangan menyebabkan rasa sakit keterlaluan sehingga membuat seseorang itu kejang. Apabila kekejangan berlaku pada kaki, seseorang tidak dapat berjalan dengan baik.

Untuk mengatasinya, titiskan air bawang merah ke dalam lidah beberapa titik. Air itu juga boleh dimasukkan ke dalam lubang hidung.


Edirossa
Ewan_sn
Tekanan antara punca lelaki andropaus awal


LELAKI memasuki gerbang usia 40 hingga 55 tahun akan berhadapan fenomena andropaus – sama dengan menopaus yang dialami wanita. Tidak seperti wanita, lelaki tidak mengalami tanda atau isyarat yang jelas seperti putus haid untuk menandakan perubahan ini.



Apa yang jelas, penyusutan tahap hormon seperti estrogen bagi wanita dan testosteron bagi lelaki boleh menyebabkan perubahan tubuh lelaki secara beransur-ansur seperti sikap, ragam, cepat rasa letih, kekurangan tenaga fizikal dan kehilangan nafsu syahwat.

Kajian juga menunjukkan penyusutan testostetron boleh menimbulkan risiko kesihatan lain seperti penyakit jantung dan lemah tulang.

Namun, tidak ramai menyedari hakikat ini kerana kebanyakan lelaki beranggapan kesuburan mereka kekal sepanjang hayat, walaupun terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Ada yang cuba mempertahankan jika dituduh mati pucuk, hilang syahwat dan tiada selera seks.

Walaupun ini antara ‘kelebihan’ yang menjadi kebanggaan lelaki, tetapi sejak lahir mereka sebenarnya berdepan kadar kematian lebih tinggi berbanding wanita dan risiko ini bertambah.

Kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ke atas 351 lelaki di Lembah Klang berusia melebihi 50 tahun menunjukkan, secara umumnya lelaki mengamalkan gaya hidup tidak sihat, dengan 41.9 peratus merokok (atau pernah merokok) 43.3 peratus minum arak, 57.3 peratus sangat kurang bersenam dan 78.7 peratus mengalami obesiti.

Hasil kajian mendapati lelaki juga banyak mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi; kencing manis serta masalah jantung, prostat dan pendengaran.

Lebih 66.1 peratus dilaporkan menghadapi sekurang-kurangnya dua masalah kesihatan dan hanya 13.4 peratus benar-benar sihat. Meskipun senarai masalah kesihatan ini panjang, hanya 38.4 peratus menjalani pemeriksaan kesihatan.

Lebih malang, fenomena ‘malu dan liat’ berjumpa doktor lebih ketara di kalangan lelaki Melayu kerana ramai selesa membeli ubat di farmasi tanpa merujuk kepada pakar perubatan terlebih dulu.

Malah, kajian itu mendapati sebanyak 35.8 peratus mengalami masalah mati pucuk (ED), walaupun 78.9 peratus mengakui kehidupan seksual mereka aktif.

Sebagaimana wanita, peningkatan usia menyebabkan keupayaan lelaki menghasilkan hormon testosteron menurun dan keadaan ini dipanggil andropaus atau menopaus lelaki.

Jika penghasilan testosteron di bawah paras biasa, ia menimbulkan beberapa gejala antaranya mati pucuk, cepat letih dan marah, cepat lupa, keinginan seks yang rendah, kemurungan dan kepanasan.

Tabiat dan gaya hidup memberi pengaruh besar kepada kesihatan lelaki, terutama apabila umur meningkat. Merokok, terlalu banyak makan terutama makanan kaya lemak tepu dan garam, minuman keras dan kurang bersenam antara faktor risiko utama yang menyebabkan kematian dan penyakit di kalangan lelaki.

Merokok, penyakit kronik (jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, stroke dan kanser), Aids, ketagihan dadah dan arak, obesiti, suka terbabit dalam kegiatan berbahaya dan tekanan kerja adalah sebahagian faktor yang dikenal pasti memendekkan umur lelaki.

Semua faktor di atas, disertakan gaya hidup mewah dan pasif, corak makanan tidak seimbang serta kurang perhatian terhadap taraf kesihatan, turut mempercepatkan proses penuaan dan andropaus sebelum waktunya.

Isteri turut memainkan fungsi penting dalam memastikan kesihatan suami kerana kajian mendapati lelaki yang sering ditinggalkan 40 jam seminggu merosot 25 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, kekurangan hormon testosteron juga membawa beberapa kebaikan kepada lelaki tua, antaranya peningkatan ketumpatan tulang dan kesihatan keseluruhan, memperbaiki keadaan fizikal dan psikologikal, pengurangan jisim lemak serta masalah kardiovaskular.

Selain itu, makanan boleh membantu memperbaiki kesihatan, antaranya kacang soya (yang mampu mengurangkan masalah kanser prostat), brokoli, teh hijau, kunyit, bawang putih, avokado, ginseng serta pil vitamin, terutama Vitamin C, E, beta-karoten, selenium dan zink.

Bahkan, lelaki berumur juga dinasihati berhenti merokok, kurangkan minum minuman keras, makan makanan menyihatkan dan kurang berlemak serta mengamalkan sikap dan berfikiran positif bagi mengelakkan tekanan kerana ia bukan saja menjejaskan keupayaan seksual, malah mempercepatkan proses penuaan.


Edirossa
Stainless Steel
Good info....
Ewan_sn
Persediaan menghadapi klimakterik


Klimakterik di kalangan wanita adalah :

1) Menopos (putus haid)

2) Perubahan emosi dan seksual

3) Peningkatan penyakit seperti osteoporosis, penyakit jantung dan mudah mendapat jangkitan



Tanda-tanda awal menopos adalah :


1) Perasaan panas (hot flush)

2) kekeringan faraj

3) Berpeluh malam

4) Keletihan

5) Kesukaran untuk tidur




Klimakterik di kalangan lelaki (Kekurangan separa androgen lelaki berumur). Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan ini membawa kepada gejala-gejala berikut :

1) Kurang daya dan minat seks

2) Kurang keyakinan diri

3) Kurang daya tumpuan

4) Kemurungan

5) Rasa mudah tersinggung

6) Sukar untuk tidur

7) Kegelisahan

dirol.gif Sakit tulang dan sendi

9) Kelenturan kulit



Gejala-gejala klimakterik boleh dikurangkan dengan :

1) Amalkan pemakanan yang sihat

2) Bersenam

3) Berhenti merokok

4) Pemeriksaan sendiri payu dara dan menjalankan pemeriksaan pap smear secara berkala (wanita)

5) Tidur yang mencukupi

6) Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bersesuaian seperti hobi baru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baru

7) Perubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin, ubat herba dan sebagainya yang boleh membantu sedikit sebanyak

dirol.gif Bagi wanita, terapi gantian hormon (HRT) boleh mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan terlatih


Edirossa
Ewan_sn
Kanser Payudara..Mengesan Cara PSP

Ewan_sn
Kerja Rumah Tidak Bantu Kurangkan Berat Badan

Para penyelidik telah membuat kesimpuan bahawa kerja rumah tidak dapat meningkatakan kesegaran atau membantu menghilangkan berat badan. Dalam kajian yg melibatkan wanita berusia 60 hingga 79 tahun, membuktikan bahawa beerjalan-jalan santai dan melakukan kegiatan di luar rumah merupakan cara terbaik utk kesihatan dan kelangsingan tubuh, berbanding dengan membuat kerja rumah seperti menyapu lantai, membersihkan jendela dan mengelap lantai.

Menurut doktor Shah Ebrahim dalam bukunya Journal of Epidemiology and Community Health, mengemukana bahawa meskipun aktiviti kerja rumah itu memerlukan aktiviti fizikal, tapi hal ini tidak dapat meningkatkan tingkat denyut nadi atau mengurangkan berat badan bagi mereka yang berlebihan berat badan.


Edirossa
Ewan_sn
Fakta Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)



Siapakah yang berisiko tinggi

HFMD boleh berlaku di kalangan semua peringkat usia dan golongan tetapi kanak-kanak yang berusia sekitar 2 minggu hingga sepuluh tahun berisiko untuk dijangkiti.

Apakah gejala-gejalanya?

* Demam yang berterusan dua hingga tiga hari, diikuti dengan sakit tekak dan hidung berair. Lecur atau lepuh timbul di dalam mulut dan pecah atau `meletup' dengan meninggalkan lima hingga sepuluh ulser yang cukup menyakitkan.

Selalunya ia terjadi pada lidah, gusi dan di bahagian dalam pipi.

* Di waktu yang sama gelembung kecil kemerah-merahan seperti ruam timbul pada telapak tangan dan tapak kaki. Ruam ini juga timbul pada punggung dan sekeliling bahagian yang dibaluti lampin.

* Kanak-kanak mungkin hilang selera makan dan kadangkala mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

* Lesu, lemah dan tidak bermaya.

Bagaimanakah penyakit ini disebarkan?

HFMD sebenarnya mudah merebak dan berjangkit, lazimnya melalui sentuhan langsung dengan lelehan daripada hidung, air liur, najis dan cecair daripada gelembung atau lepuh.

Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan seperti tersentuh mainan, buku, pinggan mangkuk, pakaian, cadar dan apa juga yang digunakan oleh pesakit.

Tempoh pengeraman (iaitu masa yang diambil dari kali pertama disentuh sehingga gejalanya timbul) lazimnya mengambil masa tiga hingga lima hari.

Mereka yang dijangkiti penyakit ini mudah menyebarkannya semasa mereka menghidapnya.

Adakah penyakit ini serius?

Kebanyakan pesakit akan mudah sembuh dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari. Bagaimanapun, kadangkala berlaku juga komplikasi seperti miakarditis (radang jantung), meningitis dan ensefalitis (radang otak), terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Langkah-langkah pencegahan

* Tinggalkan anak-anak yang menghidap penyakit ini di rumah dan asingkannya daripada anak-anak yang lain.

* Elakkan daripada berkongsi mainan, buku-buku, pakaian dan peralatan yang digunakan pesakit.

* Cuci apa juga yang digunakan oleh pesakit di tempat yang berasingan dan bersihkanlah permukaan yang diduduki oleh pesakit dengan menggunakan bahan penyah penyakit atau disinfektan.

* Peralatan atau barang-barang yang digunakan pesakit hendaklah dibasuh dengan bahan pencuci yang berkesan dan merebuskannya sahaja.

* Lantai rumah hendaklah dicuci dengan menggunakan klorin bagi memastikan ia dalam keadaan yang bersih dan terkawal.

* Amalkan tabiat menjaga kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas ke tandas, sebelum atau selepas menyediakan makanan dan bertukar lampin.

Apakah yang patut dilakukan jika mengesyaki anak menghidap HFMD?

Segeralah berjumpa doktor jika merasakan anak anda menghidap penyakit tersebut. Jangan panik. Komplikasi amat jarang berlaku dan kebanyakan kanak-kanak sembuh tanpa ada sebarang komplikasi.

Penjagaan anak-anak yang menghidap HFMD

* Jika anak itu mengalami demam, dedahkan badannya dan jangan membalutnya dengan selimut.

Biarkan suhu badannya menurun.

Ambil suhu badan setiap empat jam sekali dan jika suhu badannya naik sehingga 39û Celsius bawalah dia ke hospital dengan seberapa segera.

* Anak yang menghidap penyakit ini boleh mandi setiap hari.

* Jika dia tidak dapat makan, suaplah makanan yang mudah hadam seperti bubur dan sup jernih.

Pastikan anak itu mendapat cecair yang mencukupi.

Elakkan makanan berminyak atau tenusu seperti susu lembu, mentega dan keju.

* Elakkan anak daripada menggaru atau menggosok ruam-ruam yang timbul.

Cegah pesakit daripada memecahkan gelembung-gelembung atau lepuh.

Pastikan ruam dan gelembung berada dalam keadaan bersih dan kering sentiasa.

Jangan sekali-kali menampal plaster atau menabur serbuk mahupun bedak serbuk di atasnya.

* Kanak-kanak tadika, bersekolah mahupun di pusat asuhan yang menghidap penyakit ini hendaklah berehat sekurang-kurangnya selama seminggu di rumah.

* Jika kanak-kanak yang menghidap penyakit ini menjadi lesu atau mengalami kesukaran untuk bernafas, bawalah dia ke bahagian kecemasan di mana-mana hospital yang berdekatan dengan rumah.


Edirossa
Stainless Steel
Satu lagi info bagus. Syabas Edi. Thanks.

Drpd tak tahu boleh jadi tahu.
Ewan_sn
Punca dan Cara Merawat Katarak



RAWATAN awal katarak berupaya mengelakkan mata menjadi buta.

ADAKAH pandangan anda kabur, sukar membaca dan kerap menukar cermin mata? Atau, adakah pandangan anda teruk dalam cahaya terang dan paling ketara, anak mata menjadi putih?

Anda mungkin mengalami katarak iaitu sejenis kerosakan mata di mana kanta semula jadi menjadi berselaput atau berkabus.

Cahaya yang tidak dapat menembusi kanta mata akibat keadaan berkeruh itu menyebabkan rabun dan lama-kelamaan berpotensi mengakibatkan kebutaan.

Bagaimanapun, rawatan awal berupaya menghalang penglihatan seseorang daripada langsung terjejas dan tidak dapat melihat sama sekali.

Jadi, sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti di atas, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan mata lebih lanjut.

Siapakah golongan yang berisiko menghidap katarak?

Memandangkan katarak merupakan satu proses yang berlaku seiring pertambahan usia seseorang, mereka yang berusia lebih 60 tahun rentan kepada penyakit ini.

Di Amerika Syarikat, katarak menjadi penyebab masalah penglihatan di kalangan lebih separuh daripada rakyatnya yang berusia 65 tahun ke atas.

Bagi kalangan berkenaan yang berusia di antara 55 hingga 65 tahun, katarak menjadi punca utama hilang penglihatan.

Lain-lain faktor penyebab katarak adalah:

* Diabetes melitus; kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak

* Merokok

* Sinar ultraungu

* Kecederaan

* Dilahirkan dengan katarak (kongenital); katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu menghidap jangkitan penyakit seperti rubela semasa kehamilan.

Bolehkah katarak dirawat?

Menurut pakar oftalmologi dari United Kingdom, Dr. Paul Rosen, rawatan mungkin tidak diperlukan pada peringkat awal di mana penglihatan tidak terganggu.

``Keseluruhan rawatan bergantung kepada keterukan dan keperluan-keperluan penglihatan masing-masing.

``Pada peringkat awal, doktor mungkin menasihatkan pesakit untuk memakai cermin mata sahaja,'' katanya pada Kongres Oftalmologi Asia Pasifik (APAO) di Bandar Sunway, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, apabila kaca mata tidak lagi dapat membantu, katarak hanya dapat dikeluarkan melalui kaedah pembedahan dan digantikan dengan kanta tiruan.

Hanya pembedahan dapat dilakukan bagi menyelesaikan masalah kerana perubahan pencahayaan dalam kanta mata tidak dapat diubati.

Ubat cecair mata atau vitamin tidak dapat merawat katarak.

Dalam konteks ini, kemajuan besar telah dicapai dalam prosedur pembuangan katarak Aqualase yang menggunakan rumusan cecair bagi memecah dan membuang bahan semula jadi kanta katarak dengan selamat.

Aqualase merupakan hasil teknologi perintis Alcon yang berjaya dihasilkan melalui Sistem Visi Infiniti Alcon, sebuah syarikat penjagaan mata yang terkemuka di dunia.

Sempena APAO itu juga, satu lintas langsung pembedahan mata Aqualase dari Hospital Mata Tun Hussein Onn telah disiarkan kepada ratusan pakar mata.

Pakar bedah mata terkemuka dari Itali, Dr. Francesco Carones telah mengetuai pembedahan tersebut yang dianggap salah satu sistem paling cekap dan anjal pernah dicipta untuk membuang katarak mata.

``Berbanding kaedah biasa pembedahan pembuangan katarak menggunakan peralatan logam, Aqualase mengurangkan komplikasi seperti kesan pembakaran torehan dan pecahan kapsular.

``Masa yang diambil untuk melakukan Aqualase juga adalah setanding dengan kaedah sedia ada yang digunakan sekarang oleh pakar mata di seluruh dunia,'' kata Dr. Carones.

Menggunakan alat tunggal ini, para doktor kini mempunyai tiga pilihan untuk membuang katarak, instrumen pembedahan pembuangan katarak trimodal pertama di dunia.

Tiga pilihan berkenaan adalah:

* Pemecahan atau penyerpihan ultrasound yang lebih maju

* Kombinasi ultrasound dan osilasi (pergerakan, ayunan atau getaran yang teratur dari sisi ke sisi)

* Alat pencairan baru Aqualase Alcon.

Selain Aqualase, lain-lain teknik yang digunakan untuk membuang katarak ialah kanta intraokular (IOL) seperti Acrysof Natural & Acrysof ReStor.

Sementara itu, Acrysof Natural merupakan satu lagi teknologi baru kanta tiruan dengan keupayaan menuras sinar ultraungu dan sinar biru yang dapat memudaratkan mata manusia.

``Tinta kuning yang digunakan di dalam kanta Acrysof Natural juga tidak mengubah warna semula jadi objek-objek yang dilihat oleh pesakit mahupun menjejaskan kualiti penglihatan mereka.

``Kanta berkenaan turut menyediakan perlindungan daripada radikal bebas atau benda asing yang dapat merosakkan retina,'' kata salah seorang panel lain, Dr. Abhay Vasavada dari India.

Acrysof ReStor pula adalah suatu teknologi menakjubkan yang dapat memulihkan kemampuan pesakit melihat objek dekat dan jauh tanpa bantuan cermin mata atau kaca mata berkanta dwifokus, dengan lebih baik.

Kongres APAO diadakan dua kali setahun bertujuan menjalinkan hubungan rapat serta bertukar-tukar maklumat di antara para oftalmologi dan persatuan berkenaan di rantau Asia Pasifik.


Edirossa
Ewan_sn
Kenali sakit kepala anda




Berdasarkan laporan Majlis Pendidikan Sakit Kepala Amerika (ACHE), dianggarkan hampir 90 peratus lelaki dan 95 peratus wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya rasa sakit kepala seumur hidup mereka terutamanya ketika jatuh sakit, keletihan ataupun tertekan.

Sesetengah orang mengandaikan sakitnya seperti getah yang secara perlahan-lahan mengikat sekeliling kepala manakala yang lainnya pula membayangkan kesakitan mereka bertambah teruk sebaik lampu dinyalakan.

Keadaan-keadaan tersebut merupakan sebahagian deskripsi sakit kepala walaupun berbeza jenisnya - dengan migrain dan ketegangan adalah yang paling biasa daripada lebih 150 jenis kesemuanya.

Dalam pada setiap orang sekali-sekala mendapat sakit kepala, mereka yang menderita sakit kepala kronik boleh dikatakan hidup dalam serba ketakutan, menanti bila pulakah serangan seterusnya akan berlaku.

Pakar-pakar berpendapat, kunci utama merawati sakit kepala adalah dengan cara mengenal pasti jenis sakit kepala anda.

Anda tidak perlu menjadi seorang ahli neurologi untuk mula mengklasifikasinya.

Profesor dan Ketua Jabatan Perubatan Penjagaan Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Datin Dr. Chia Yook Chin menghuraikan beberapa gejala sakit kepala yang paling biasa menyerang.

``Sakit kepala (rasa sakit dalam kepala) merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.

``Secara umumnya, ia terbahagi kepada dua yang utama iaitu primer dan sekunder,'' katanya.

Menurutnya, sakit kepala primer tidak disebabkan oleh lain-lain masalah perubatan seperti sakit kepala disebabkan oleh ketegangan, migrain dan yang tertumpu.

Sakit kepala sekunder pula berpunca daripada lain-lain masalah kesihatan seperti jangkitan atau tekanan yang meningkat di dalam tengkorak disebabkan oleh ketumbuhan misalnya.

Sebanyak 90 peratus daripada sakit kepala terdiri daripada jenis primer manakala selebihnya 10 peratus adalah sekunder.

``Sakit kepala disebabkan ketegangan biasanya dirasai di belakang kepala dan leher dan tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.

``Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari hingga berminggu-minggu lamanya dengan masa lega yang singkat di antara serangan,'' kata Dr. Chia.

Walau bagaimanapun, tahap keseriusannya mungkin berubah-ubah dan menyerang pada bila-bila masa.

Kesakitannya sering digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, jarang berdenyut dan tidak pernah disertai dengan demam.

Sementara itu, sakit kepala migrain katanya, berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.

``Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

``Sakitnya berdenyut-denyut, selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih,'' katanya.

Beliau berkata, sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan.

Migrain biasanya boleh berlarutan sekurang-kurangnya dua hingga empat jam atau lebih lama tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

``Jika pesakit berada dalam keadaan tertekan, mengambil alkohol atau sesetengah jenis makanan seperti coklat, sakit mungkin menjadi lebih teruk, sering kali disertai rasa loya dan muntah-muntah.

``Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migrain berisiko tinggi,'' katanya sambil menambah tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.

Sakit kepala yang seterusnya adalah jenis yang tertumpu, lazimnya, di kalangan lelaki pertengahan umur berbeza dengan migrain yang dikatakan tiga kali lebih kerap terjadi di kalangan wanita.

Sakit kepala tertumpu hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja.

Sakit biasanya terjadi di belakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama, mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.

Ia juga menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan memuncak dalam tempoh lima hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam lamanya.

``Sakit ini boleh menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur, beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti.

``Ia menyerang pada waktu yang hampir sama setiap hari selama beberapa minggu atau bulan,'' katanya.

Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selesema yang teruk terutamanya jika berlaku pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam farinks, dikategorikan sebagai sakit kepala keradangan sinus.

Sakitnya tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat.

``Seseorang akan mengalami kesakitan yang teruk pada waktu pagi sebelum lendir berpeluang untuk mengalir keluar.

``Sakit menjadi lebih teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba,'' katanya.

Pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang panas ke kawasan luar yang sejuk hanya akan memburukkan keadaan.

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai sejarah demam hay (rinitis alergik) serta alahan, ujar Dr. Chia lagi.

Jenis sakit kepala terakhir adalah arteritis temporal iaitu sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua berumur lebih 50 tahun.

``Sakit ini berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang mudah berasa sakit apabila disentuh dan sakit rahang.

``Penglihatan pesakit terganggu, sakit-sakit pada seluruh badan, kemungkinan berkait dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap dan penurunan berat badan pada sesetengah orang,'' katanya.

Tambahnya, sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan di mana pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.

Dr. Chia berkata, kebanyakan sakit kepala akan hilang sendiri atau mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.

Bagaimanapun, pesakit hendaklah berjumpa doktor jika tiba-tiba sahaja sakit kepala yang teruk atau paling teruk menyerang terutamanya pada waktu pagi dan tiada gejala-gejala lain yang timbul.

``Lain-lain termasuklah jika sakit kepala anda berlarutan lebih beberapa hari atau menjadi bertambah teruk dari hari ke hari.

``Sekiranya ia berkait dengan masalah penglihatan, pertuturan tidak jelas, sukar mengerakkan tangan dan kaki, mereka juga perlu berjumpa doktor segera,'' katanya.

Anda juga perlu menghubungi doktor jika:

* Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala

* Sakit kepala yang dikaitkan dengan demam dan leher berasa tegang

* Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik

* Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala daripada yang biasa anda alami

* Anda berasa mungkin anda menghidap arteritis temporal.


Edirossa
Ewan_sn
Barah Payu Dara - Punca dan Tanda-Tanda

KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree

relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI)nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.


Edirossa
Ewan_sn
Kesan jangka masa tidur kepada mental

ADA orang tidur lama dan ada orang tidur sekejap. Antara mereka ini ada yang rajin dan produktif, tetapi tidak kurang juga sebaliknya — malas serta tidak tidak produktif.

Adakah jangka masa tidur boleh menentukan kerajinan dan produktiviti seseorang? Jawapannya ya dan tidak.

Ini bermaksud terpulang kepada individu berkenaan — berapa umurnya, apakah tabiat dan jadual tidurnya, apa dilakukan sepanjang hari dan bagaimana pemakanannya.

Ada pemimpin negara maju dan ilmuan yang berwibawa, hanya tidur lebih kurang lima jam saja setiap hari, tetapi sangat produktif dan cemerlang dalam kerjaya mereka.

Ada juga makluman bahawa mereka yang tidur terlalu lama mempunyai risiko tinggi dilanda pelbagai penyakit, terutama gangguan kardiovaskular seperti strok dan kanser, jika dibanding dengan yang tidur sekejap.

Makluman ini dibuat berdasarkan kajian yang menunjukkan mereka yang kurang tidur terdedah pada risiko badan menjadi gemuk dan penyakit kencing manis.

Oleh itu, kita turut menjadi keliru, apakah jangka masa tidur yang baik dan bagaimana untuk mendapat tidur berkualiti supaya kita boleh mengelakkan pelbagai gangguan kesihatan mental dan fizikal.

Apabila dibicarakan mengenai jumlah jam seseorang itu harus tidur, ia satu dimensi saja. Maksudnya, ada orang hanya perlu tidur sekejap tetapi mampu membuat sesuatu yang produktif dan ada juga yang perlu tidur lama, namun mereka juga boleh menghasilkan kerja bermutu.

Oleh itu, jumlah jam diperlukan seseorang untuk mendapat kepuasan tidur adalah berbeza. Kepuasan dan keselesaan tidur subjektif, hanya individu berkenaan dapat memberitahu sama ada dia mendapat jumlah jam untuk tidur dengan sempurna atau sebaliknya.

Kajian menunjukkan mereka yang mengalami insomnia, iaitu gangguan tidur (mereka berasa tidak selesa apabila bangun pagi) kerap memaklumkan mereka tidak mendapat jumlah jam secukupnya untuk tidur.

Namun, apabila diuji di makmal tidur, jumlah jam tidur mereka didapati lebih daripada dinyatakan. Ini bermaksud mereka yang mengalami insomnia kerap membuat anggapan rendah mengenai jumlah jam tidur mereka.

Berbalik pada isu tidur lama dan tidur sekejap. Yang dimaksudkan tidur lama adalah tidur melebihi sembilan jam pada waktu malam, manakala tidur yang kurang daripada enam jam dikatakan tidur sekejap.

Secara puratanya, kedua-dua angka ini adalah untuk golongan dewasa kerana kanak-kanak dan warga tua memerlukan jumlah waktu tidur berbeza.

Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama, manakala warga tua hanya memerlukan jangka masa tidur yang sedikit.

Ritma tidur bayi dan kanak-kanak berkait rapat dengan rembesan hormon pertumbuhan. Ritma tidur warga tua pula berkait rapat dengan sindrom fasa tidur atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘advanced sleep phase syndrome’.

Seperti kita semua maklum, kualiti tidur dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk fizikal, mental dan spiritual. Oleh itu setiap orang akan menunjukkan reaksi dan tindak balas berbeza dari semasa ke semasa apabila ditanya mengenai kualiti tidur.

Sistem saraf

Namun, yang penting adalah tindak balas subjektif individu berkenaan. Jika dia berasa selesa dengan jumlah jam yang dia dapat tidur, dia seharusnya tidak perlu bimbang dengan status kesihatannya.

Andainya dia ingin ubah corak dan tabiat tidurnya, dia akan mengalami beberapa perubahan dalam rentak kitaran tidurnya untuk sementara waktu kerana sistem sarafnya perlu membuat penyesuaian.

Ini ada kaitan dengan kajian yang menunjukkan mereka yang sengaja dikurangkan jumlah tidurnya didapati mengalami peningkatan keletihan. Selain itu, ada juga perubahan molekular yang menyebabkan perubahan pada gen, peningkatan kortisol, aktiviti di lobes frontal meningkat, daya kognitif menurun serta ada perubahan struktur pada hipotalamus.

Semua ini menunjukkan jika seseorang cuba ubah ritma tidurnya, sama ada untuk menambah atau untuk mengurang jumlah jam tidurnya, dia pasti mengalami perubahan dalam sistem sarafnya untuk sementara waktu kerana sistem itu akan membuat penyesuaian sewajarnya.

Dalam kajian yang dibuat di sini, didapati ramai orang berpendapat mereka memerlukan antara tujuh dan lapan jam untuk tidur secara selesa setiap malam.

Namun, bagi yang mengalami gangguan kesihatan fizikal seperti kegagalan jantung dan ginjal atau gangguan mental seperti keresahan dan kemurungan, mereka kerap menyatakan kurang tidur (daripada jumlah jam dinyatakan). Ada juga yang berkata mereka tidur lebih lama daripada itu.

Walau apapun masa tidur dialami, perkara yang penting adalah perasaan individu itu terhadap dirinya. Jika seseorang itu mengantuk, lebih baik dia tidur daripada cuba melawan perasaan mengantuknya. Ini kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini.

Perasaan mengantuk bukan tanda malas. Individu yang produktif dan sihat daripada aspek fizikal dan mental sesungguhnya mahir mengendalikan masanya dengan teratur.

Dia tahu jumlah jam yang dia perlu tidur, bila dia perlu masuk ke kamar tidur untuk berehat dan bila perlu bangun serta berkerja untuk mencari nafkah.

Individu ini prihatin terhadap pemakanan yang diperlukan, tahu mengenai kebaikan makanan seimbang, membabitkan diri dengan riadah dan menjauhi perkara yang boleh mengganggu-gugat kesihatan dan keselamatan dirinya.

Oleh itu, bukan jumlah jam tidur semata-mata yang menentukan panjang atau pendek umur seseorang, mudah atau sukar diserang penyakit. Yang lebih penting adalah perasaan selesa, ketenteraman jiwa serta kepuasan diri bahawa dia sudah membuat sesuatu yang produktif dan berjaya dalam kerjaya dan tanggungjawabnya.

Ini bermaksud kualiti dan kuantiti tidur adalah satu fenomena istimewa, ia boleh menjadi satu isyarat kepada kita, sama ada kita hidup selesa atau sebaliknya.

Justeru, pembaca tidak perlu tergesa-gesa membuat perubahan secara mendadak terhadap tabiat tidur mereka hanya dengan membaca hasil kajian kerana mereka harus lihat secara keseluruhannya mengenai faedah atau kesan sampingan yang boleh berlaku mengenai jangka masa tidur lama atau sekejap.

Mudah-mudahan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang kita ada, kita boleh mempertingkatkan lagi kualiti hidup kita.


Edirossa
Ewan_sn
Kanser boleh dikesan awal




SOALAN YANG KERAP DIAJUKAN

1. Apa itu kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ‘mencuri’ zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

2. Apakah leukemia?

Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan ‘kanser luar biasa’ kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.

3. Apa yang menyebabkan kanser?

Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).

4. Bagaimana kanser merebak?

Sel kanser akan membuat ‘laluan’ sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

5. Bolehkah ia diwarisi?

Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser. Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupun melalui pemindahan darah.

6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?

Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna ia tidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista. Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehingga menjadi barah.

7. Adakah semua kanser sama?

Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jenis kanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.

8. Bolehkah kanser diubati?

Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.

9. Bolehkah ia dikesan awal dan dirawat?

Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.

10. Apakah tanda amaran kanser?

Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaik menyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.


- Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.

- Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.

- Ketulan pada buah dada.

- Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).

- Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.

- Air kencing berdarah.

- Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.

- Sakit tekak dan batuk berpanjangan.

- Sukar menelan makanan.


11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?

Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ia menyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak dan inilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangan tunggu hingga sakit.

12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?

Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.

13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?

a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru. Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripada semua jenis kanser di kalangan wanita.

b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum. Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semua jenis kanser yang menyerang lelaki.

14. Wujudkah ‘zon umur bahaya’ dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?

Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umur mereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40 tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.

Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hari selepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

15. Bagaimana kanser dirawat?

Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedah rawatan iaitu:

a. Pembedahan.

b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radium atau bahan radioaktif).

c. Ubat antikanser.

d. Hormon — kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepada jenis kanser. Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akan memusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawal menggunakan hormon.

Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabit dan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang boleh menjadi kanser.

16. Bolehkah kanser dielakkan?

Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan mega_shok.gif peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran


Edirossa
Ewan_sn
Tanda-tanda Alahan Dan Cara Mengatasinya


ALAHAN boleh berlaku kepada sesiapa saja, tanpa mengenal usia dan bangsa. Alahan adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu alah terhadap sesuatu bahan termasuk makanan seperti ketam dan sotong.

Seseorang itu boleh mengalami alahan apabila tersedut atau terhidu bahan tertentu seperti habuk atau mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan terhadap mereka.

Tanda-tanda alahan :

1) Bersin.

2) Gatal-gatal hidung.

3) Hidung tersumbat.

4) Berhingus.

5) Mata terasa gatal-gatal.

6) Mata menjadi kemerah-merahan dan seperti menangis.

7) Kadangkala batuk.

dirol.gif Lelangit terasa gatal.

9) Nafas berbunyi.

Jika anak anda mengalami alahan, ada kemungkinan ia berpunca daripada dua faktor gabungan iaitu genetik ataupun persekitaran.

Sebagai ibu bapa, jika anda ataupun suami mempunyai sejarah alahan, ini menunjukkan bahawa kemungkinan bagi anak-anak anda untuk mengalami alahan adalah kira-kira 40 peratus tetapi jika kedua-duanya (ibu dan bapa) mengalami sejarah alahan, kebarangkalian untuk anak-anak pasangan itu mengalami alahan meningkat kepada mega_shok.gif peratus.

Selain faktor genetik, pendedahan terhadap persekitaran juga menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah alahan di kalangan kanak-kanak. Kehadiran haiwan peliharaan, seperti kucing, anjing dan arnab di rumah sedikit sebanyak boleh meningkatkan risiko alahan terhadap golongan itu.

Bagaimanapun, apabila menyedari si kecil anda alah terhadap haiwan peliharaan berbulu, anda boleh mengatasi masalah itu dengan tidak lagi membela haiwan berkenaan.

Namun begitu, bagaimana pula jika ia tidak dapat dielakkan, contohnya, haiwan peliharaan itu boleh ditemui di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah dan bulu haiwan peliharaan yang melekat pada pakaian kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan sendiri di rumah.

Selain haiwan peliharaan, lipas dan habuk permaidani juga boleh menyebabkan anak anda mengalami alahan. Bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika anda sentiasa menitikberatkan kebersihan di dalam dan di luar rumah dalam usaha mengurangkan masalah alahan.

Sebagai usaha memastikan anak anda tidak terdedah kepada masalah alahan, adalah lebih baik untuk memberinya susu badan atau susu soya sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilahirkan selain melewatkan pemberian makanan pepejal kepada mereka (selepas berusia enam bulan).

Cara mengatasi dan mengawal alahan di kalangan kanak-kanak


1) Elak menggunakan permaidani.

2) Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur.

3) Pastikan anda sentiasa menutup tingkat pada sebelah malam dan awal pagi untuk mengelak dan mengurangkan risiko pendedahan terhadap pencemaran udara.

4) Elakkan faktor yang boleh mendedahkan anak anda kepada masalah radang seperti bau-bauan atau pewangi dan asap rokok


Edirossa
Ewan_sn
Urutan dan Kesannya Pada Tubuh

Urutan pada tubuh sememangnya akan membuatkan tubuh terasa lebih nyaman, tenang dan santai. Perkara ini sudah lama diketahui. Selain itu menurut pakar perubatan urutan juga sangat elok untuk kesihatan diri. Berikut adalah beberapa kesan urutan terhadap kesiahatn diri yang telah dihasilakn dalam sebuah kajian;

1) Urutan pada punggung yang dilakukan selama 30 minit dalam tempoh lima hari berturut-turut dapat menurunkan tahap depresi dan kecemasan pada anak dan remaja yang mengadapa masalah kejiwaan.

2) Bagi pengidap cancer, urutan secara rutin akan menurunkan rasa sakit (lebih kurang 60%) dan kecemasan (24%).

3) Urutan juga dapat mengurangkan rasa cemas, depresi, rasa tidak percaya diri, serta kelainan hormon dan saraf pada penderita penyakit bulimia.

4) Urutan selama 45 minit, lima kali dalam seminggu, untuk jangka waktu satu bulan, pada pengidap penyakit AIDS atau HIV dapat meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit.

5) Urutan dapat merangsang otak untuk menghasilkan bahan kimia yang disebut endophin yang berfungsi mengurangkan rasa sakit secara semula jadi tanpa kesan sampingan.

6) Bagi wanita yang sudah menopaus, urutan selama 30 minit setiap minggu, dapat mengurangkan gangguan emosional, rasa pening dan penimbunan cairan. Selain itu juga kononnya urutan yang teratur seminggu dua kali dapat menghancurkan lemak dalam tubuh serta melancarkan me-t-a-bolisme.


Edirossa
tirmidzi
mata blh jadi rabun jika merenung komputer terlalu lama dengan membaca topik yang panjang.. tambah2 lagi waktu kerja he he he he...

fuhhhh ... blh jadik migren aku mcm ni.. he he he.. tak habis bace nihh...


bagus .. good info....
biggrin.gif
Ewan_sn
Pendedahan cahaya matahari punca utama proses penuaan kulit

TUA sebelum masa, selalunya menjadi kegusaran terutama di kalangan wanita yang bimbang andai garis halus yang mula ketara meluruhkan kecantikan wajah. Sesungguhnya realiti itu tidak dapat dihalang, bagai tamu tidak diundang.

Saintis perubatan Switzerland, Dr Atti-La Dahlgren berkata, garis halus atau penuaan terjadi disebabkan empat faktor utama iaitu pendedahan terhadap matahari, pemakanan yang tidak seimbang, tekanan serta merokok dan alkohol.

Beliau berkata, hasil kajian mendalam mengenai penuaan yang dilakukan bersama bapanya, Prof Ake Dahlgren mendapati matahari memberi kesan terbanyak kepada kulit iaitu sebanyak mega_shok.gif peratus, diikuti merokok dan alkohol (10 peratus); pemakanan yang tidak seimbang dan tekanan masing-masing tujuh dan tiga peratus.

“Panahan matahari bertindak bagai peluru menerjah kulit tetapi tidak dirasai dalam masa yang singkat menyebabkan kecederaan radiasi kronik (CRI). Pendedahan sejam sinaran radiasi UV kepada kulit akan mempercepatkan proses penuaan selama empat jam.

“Antara tanda kulit ‘diserang’ ialah garis halus, jeragat, kekeringan serta kurangnya keanjalan kulit. CRI turut meninggalkan kesan parut mikro, dinding sel mengeras, kurangnya kerjasama antara sel dan lebih serius lagi kerosakan terhadap profil DNA seseorang,”


Edirossa
Ewan_sn
Teknik penegangan kurangkan dagu berlapis

SEJAK zaman berzaman lagi, kecantikan sudah menjadi isu penting dalam hidup wanita. Walau usia semakin menginjak, ingin sentiasa tampak cantik dan muda selalu menjadi sebahagian besar naluri wanita. Sehinggakan, ada segelintir yang begitu risau jika wajah sudah mula kendur dan hilang keremajaan.

Antara bahagian wajah paling membimbangkan wanita ialah pada dagu kerana dengan kulit yang lembut dan halus, kesannya dimakan usia begitu ketara. Akibatnya, terbentuk dagu berlapis atau tembam dan ini mula menimbulkan kegusaran serta rasa tidak senang hati.

Sememangnya, penuaan tidak boleh dielakkan kerana kajian mendapati ia berpunca daripada kemerosotan sel. Tubuh manusia dibentuk daripada jutaan sel yang secara berterusan mati dan digantikan dengan sel baru.

Proses ini mencapai kemuncaknya ketika seseorang berusia pertengahan 30-an dan selepas usia ini, proses penggantian sel baru mula menjadi perlahan, yang mengakibatkan kehilangan keanjalan otot serta wujudnya kedutan.

Bagaimanapun, masih terdapat cara untuk mengatasi masalah itu. Jika dulu, susuk atau jarum halus yang mistik digunakan untuk menjaga kecantikan wajah tetapi kini dalam dunia semakin canggih, terdapat banyak pilihan saintifik. Pembedahan plastik, suntikan kolagen dan botox antara kaedah moden digunakan untuk membentuk raut wajah.

Melalui kemajuan sains dan teknologi moden, pakar penyelidikan berjaya menghasilkan pelbagai produk untuk menegangkan dagu yang berlapis. Pengenalan produk yang mampu bertindak sebagai pemulih kulit kendur kepada tegang dan mengecilkan bentuk muka atau lebih dikenali kaedah face lift bagi mengatasi masalah dagu berlapis dilihat lebih disenangi kebanyakan wanita sejak akhir-akhir ini.

Faktor yang mempengaruhinya ialah kerana ia tidak perlu menjalani pembedahan plastik, manakala penegangan otot dibuat secara semula jadi. Sesetengah produk seumpama itu menghasilkan kesan yang ketara.

Ini tidak mustahil berlaku kerana tisu adipos secara lebih khusus terletak di bahagian bawah muka dan memainkan fungsi penting dalam menentukan raut wajah dan bentuk muka. Ia juga adalah satu daripada faktor yang membolehkan kita menukar raut wajah tanpa menjalani pembedahan kosmetik.

Jumlah tisu adipos muka bukan secara sistematik menjadi punca muka kelihatan tembam tetapi ia menambah satu lapisan tambahan pada otot muka dan boleh menyebabkan muka bulat kelihatan montel.

Tisu adipos muka yang berlebihan ini ‘menempel’ lama, berbanding tisu lemak yang terdapat dalam bahagian lain tubuh badan.

Bagaimanapun, proses ini mengambil masa yang lama dan enapan lemak berlebihan boleh muncul apabila usia meningkat menyebabkan wajah kelihatan berat dan kendur. Keadaan ini bertambah buruk apabila tisu sokongan menjadi lemah.

Itulah sebabnya kita perlu bertindak untuk mencegah dan membetulkan keadaan ini. Tekanan, keletihan, kehilangan atau tambahan berat badan dan usia yang meningkat akan memburukkan lagi keadaan.

Kesimpulannya, kaedah ini membawa konsep baru dalam dunia penjagaan kulit dan mencantikkan raut wajah, melicinkan kulit dan memulihkan seri semula jadi kulit supaya sentiasa kelihatan lebih jelita serta muda.

FAKTA: Kaedah asas untuk memulih wajah

1) Memekap dahi dengan dua telapak tangan selama 5 hingga 10 saat.

2) Memekap mata dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.

3) Memekap pipi dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.

4) Memekap dagu dengan dua telapak tangan, seperti orang sedang menongkat dagu selama 10 hingga 20 saat.

5) Akhir sekali pekap telinga, bermula di bahagian depan kemudian belakang telinga selama 10 saat.


Edirossa
Ewan_sn
Tercekik: Jangan panik

AHMAD Johari, 43, bapa kepada Samion, 8, dari Pekan Jitra, Kedah yang mati tercekik ikan puyu baru-baru ini, reda dengan pemergian arwah buat selama-lamanya dalam usia semuda itu.

Ikan sebesar ibu jari kaki itu dikatakan telah melompat ke dalam mulut Samion ketika anak ketiga daripada empat beradik itu sedang menundukkan kepalanya sambil mengocakkan air di dalam kolah.

Benarlah, apa yang telah berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnya, tragedi tersebut menyedarkan kita akan peri pentingnya pengetahuan bantuan kecemasan.

Sekadar mengambil beberapa contoh kes tercekik yang pernah mendapat perhatian umum.

Jika anda masih ingat, berita Presiden Amerika Syarikat George W. Bush yang pengsan beberapa ketika kerana tercekik ketika memakan biskut, pernah menghiasi muka depan hampir kebanyakan akhbar tempatan, Januari 2002.

Kejadian berlaku semasa Bush berseorangan menonton perlawanan bola sepak di antara Baltimore Ravens dan Miami Dolphins menerusi kaca televisyen di sebuah bilik di White House.

Doktor yang merawat Bush, Richard Tubb berkata, bosnya itu mungkin pengsan disebabkan oleh cara mengunyah dan menelan biskut yang tidak betul yang kemudiannya mengakibatkan kadar degup jantung yang perlahan.

Pengajarannya daripada kemalangan itu, Bush berkata: ``Saya perlu mengikuti nasihat ibu supaya mengunyah dahulu makanan sebelum menelannya dan memberikan perhatian ketika makan.''

Sementara itu, sekurang-kurangnya tiga warga Tokyo, Jepun mati setelah tercekik sejenis kuih beras yang melekit yang dijadikan hidangan istimewa menyambut tahun baru, terlekat di kerongkong dan menutup saluran pernafasan mereka.

Beralih ke dalam negara, seorang lelaki lumpuh berusia 62 tahun mengalami sesak nafas sebelum akhirnya meninggal dunia akibat tercekik dodol di Gua Musang, Kelantan.

Dalam kes berasingan di Kuala Lumpur, seorang kanak-kanak perempuan, 3, yang sedang mengunyah gula-gula jeli telah terjatuh dari basikalnya dipercayai sesak nafas, sebelum tidak sedarkan diri dan juga, mati tercekik.

``Masalahnya, apabila seseorang mengalami cekikan, mangsa selalunya akan mudah panik.

``Memburukkan keadaan apabila individu yang berada berhampiran dan berpotensi menjadi satu-satunya penyelamat, juga menjadi panik.''

Kenyataan itu dipetik daripada artikel Kecemasan: Tercekik yang disiarkan di dalam laman rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Menurut laporan itu lagi, adalah penting bagi seseorang untuk bertenang jika berdepan situasi serupa suatu hari nanti.

Berikut adalah laporan penuh artikel berkenaan. Sekiranya anda berhadapan dengan masalah kecemasan tercekik, ikutilah arahan di bawah sebagai panduan.

Pengurusan/pengendalian kanak-kanak yang menghadapi masalah cekikan bergantung kepada saiz tubuh mereka.


Mengendalikan masalah cekikan di kalangan orang dewasa/ kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 1.2 meter.

Sekiranya mangsa berada dalam keadaan sedar:

* Bercakap dengan mangsa

* Jika mangsa boleh menjawab, bermakna dia dapat menggerakkan udara di dalam salur pernafasannya (boleh bernafas)

* Galakkan mangsa untuk batuk. Jika mereka berupaya batuk dengan kuat, tunggu dan awasi sahaja keadaan mangsa.



Lakukan sesuatu jika:

* Mangsa tidak dapat menjawab

* Anda berpendapat bahawa tiada udara mengalir keluar dan masuk ke dalam salur pernafasannya (mangsa tidak bernafas)

* Mangsa hilang keupayaan untuk batuk dengan kuat.



Tindakan yang boleh dilakukan

Untuk mangsa yang sedang berdiri:

Berdiri di belakang mangsa. Letakkan sebelah tangan anda di atas genggaman tangan yang sebelah lagi di tengah-tengah badan mangsa iaitu betul-betul di bawah hujung tulang dada.

Sekiranya mangsa terlalu tinggi, baringkan mereka di atas permukaan yang rata.

Lakukan tekanan dengan cepat dan padu ke dada mangsa ke dalam dan ke atas. Lakukan sehingga benda yang tersekat itu terkeluar daripada tekak.

Bagi mangsa yang terbaring di atas lantai:

* Terlentangkan mangsa di atas permukaan yang rata dan keras

* Duduk melutut dengan mangsa berada di tengah-tengah

* Letakkan pangkal sebelah tangan anda di tengah abdomen mangsa (di bawah tulang dada) dengan tangan yang sebelah lagi menekan di atasnya

* Kemudian lakukan tekanan dengan cepat dan padu ke dada mangsa dengan membongkok sedikit ke hadapan.

Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri:

* Periksa laluan udaranya (salur pernafasan).

Buka mulut mangsa dengan memegang rahang bawah dan lidah dan menolaknya ke bawah.

* Jika anda dapat melihat sesuatu, masukkan jari anda di satu sisi tekak dan dengan menggerakkan jari anda ke sisi satu lagi, cuba mengorek keluar benda yang tersekat itu

* Jika mangsa tidak bernafas dengan spontan walaupun anda berjaya mengeluarkan benda yang tersekat, berikan dua hembusan nafas yang cepat melalui kaedah pernafasan mulut ke mulut

* Jika dada mangsa tidak bergerak naik, hembusan nafas yang anda berikan seperti terhalang oleh sesuatu dalam salur pernafasan mangsa atau anda tidak berjaya mengeluarkan benda yang tersekat di tekak, anda perlu bertindak segera.

Tindakan anda

* Baringkan mangsa menelentang. Duduk melutut merentang dengan mangsa berada di tengah-tengah

* Letakkan tapak sebelah tangan anda di bahagian bawah tulang dada dengan tangan satu lagi di atasnya

* Dengan membongkok ke hadapan, tekan abdomen mangsa dengan cepat dan padu beberapa kali


Mengendalikan masalah cekikan di kalangan orang dewasa/kanak-kanak dengan ketinggian kurang dari 1.2 meter.

Sekiranya kanak-kanak dalam keadaan sedar:

* Perhatikan bayi/kanak-kanak berkenaan. Jika mereka tidak bernafas, tidak boleh menangis atau batuk dengan kuat, terus ke langkah kedua.

Jika kanak-kanak tidak sedarkan diri:

Periksa saluran udara mangsa.

Buka mulut mangsa dengan memegang rahang bawah dan lidah dan menolaknya ke bawah.

Jika anda terlihat objek yang tersekat, masukkan jari anda di satu sisi tekak dan dengan menggerakkan jari anda ke sisi satu lagi, cuba mengorek keluar benda yang tersekat itu.

Jika mangsa tidak bernafas dengan spontan walaupun anda berjaya mengeluarkan benda yang tersekat, berikan dua hembusan nafas yang cepat melalui kaedah pernafasan mulut ke mulut.

Jika dada mangsa tidak bergerak naik, hembusan nafas yang anda berikan seperti terhalang oleh sesuatu dalam salur pernafasan mangsa atau anda tidak berjaya mengeluarkan benda yang tersekat di tekak, terus ke langkah kedua.

Kedudukan menelungkup/meniarap:

Letakkan bayi/kanak-kanak dalam keadaan meniarap. Ampu kepala dan badannya di atas lengan anda. (Anda perlu duduk untuk memudahkan proses ini).

Teknik tepukan belakang:

* Tepuk belakang bayi/kanak-kanak dengan cepat dan padu menggunakan dasar tapak tangan, di bahagian antara tulang kipasnya sebanyak empat kali.

Telentangkan bayi/kanak-kanak:

* Pusingkan bayi supaya menelentang dengan mukanya memandang ke atas. Ampu kepala dan badannya di atas lengan anda. (Anda perlu duduk untuk memudahkan proses ini).

Teknik lonjakan dada:

* Dengan menggunakan dua jari, tekan tulang dada bayi/kanak-kanak sebanyak empat kali dengan cepat.

* Teruskan langkah dua hingga lima sehingga objek yang tersekat dapat dikeluarkan.



INGAT...

Jangan panik. Bertenanglah dan ikuti arahan yang dinyatakan di atas.

Jika anda gagal mengeluarkan objek yang tersekat, dapatkan rawatan kecemasan segera di hospital yang terdekat.


Edirossa
Ewan_sn
Alahan dan Cara Mengatasi

JIKA habuk, gandum atau produk tenusu menyebabkan anda kerap bersin, terasa gatal, dan asyik tergaru-garu, anda tidak keseorangan.

Ramai yang menganggap bahawa masalah gatal-gatal atau hidung berair yang dialami sekali-sekala lumrah hidup dan tidak perlu dibimbangkan.

Lagipun keadaan kurang selesa atau sedikit gangguan ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan tugas harian, baik mengemas rumah mahupun menjaga anak, atau giat bekerja dari pukul 9 pagi hingga ke malam.

Namun bagi ramai orang di seluruh dunia yang mengalami alahan kronik dan berulang, serangan boleh berlaku begitu kerap dan serius sehingga mengganggu kehidupan mereka.

Masalah umum yang disebabkan oleh alahan termasuk keletihan kerana gejalanya boleh mengganggu kelenaan tidur dan menyebabkan seseorang cepat marah, hilang tumpuan dan menjejaskan prestasinya di sekolah atau di tempat kerja.

Kemunculan tanda-tanda ekzema atau rasa gatal-gatal juga memberikan kesan negatif terhadap keyakinan seseorang.

Dalam kes yang jarang berlaku, tindak balas alahan begitu serius sehingga menyebabkan masalah kesihatan yang dinamakan anafilaksis.

Dalam keadaan seperti ini, saluran pernafasan bengkak dan menyebabkan kesukaran bernafas.

Pada masa yang sama, kulit kelihatan merah padam dan terasa panas apabila disentuh dan tekanan darah turun secara mendadak.

Dalam tempoh beberapa minit, badan boleh mengalami kejutan anafilaktik, yang boleh membawa maut jika ubat tidak diberikan dengan serta-merta.


Mungkinkah anda menghidap alah?

Terdapat beberapa jenis alahan, yang berbeza dari segi keterukan dan tanda-tandanya, contohnya asma ialah sejenis penyakit alah yang menjejaskan saluran pernafasan, manakala demam alergi (rinitis alergik) mempunyai gejala-gejala seperti hidung berair dan mata gatal.

Ekzema dan gatal-gatal (ifiopatik urtikaria) menjelma sebagai tompokan kulit yang kering dan gatal dan tompokan radang pada kulit.

Memandangkan penyebab atau pencetusnya berbeza-beza dan termasuk pengawet makanan, ubat jenis tertentu, kutu habuk dan minyak wangi buatan, seseorang yang mengalami alahan teruk sentiasa diserang oleh pencetus yang boleh mengakibatkan gejala seperti gatal-gatal, mata berair dan bersin.

Justeru, adalah sukar untuk mengelakkan bahan-bahan ini dan ramai orang didapati menderita kerana serangan alahan.

Mengapa sesetengah orang kerap diserang alahan sedangkan orang lain tidak begitu mudah mengalaminya?

Jawapan masih belum jelas, tetapi didapati bahawa penghidap alahan mempunyai sistem imun yang menghasilkan terlalu banyak bahan kimia yang diberi nama immunoglobin E (IgE) yang menyebabkan badan terlalu sensitif kepada bahan yang lazim wujud dalam alam sekitar.

Setiap alergen, atau bahan yang mencetus tindak balas alahan, menyebabkan reaksi berturutan yang membawa kepada pengeluaran histamin, sejenis sebatian yang menyebabkan badan mengalami gejala seperti gatal-gatal dan mata berair.

Langkah pencegahan

Walaupun ramai orang mengaitkan alahan dengan musim pendebungaan di kawasan beriklim sejuk, hakikatnya ialah orang dari seluruh dunia boleh mengalami alahan.

Di Malaysia, salah satu daripada penyebab umum ialah kutu habuk, yang hidup di tempat-tempat yang gelap dan lembap.

Kutu habuk, yang merupakan organisma seni, hidup dengan sel kulit mati yang dibuang oleh badan setiap hari.

Dengan itu, tikar, permaidani, sofa upholsteri, kusyen, bantal dan katil menjadi tempat-tempat pembiakan kutu habuk.

Walaupun hidup di negara beriklim tropika dan dilimpahi sinaran matahari sepanjang tahun, kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa di dalam rumah yang biasanya dihiasi permaidani dan upholsteri, dalam persekitaran yang tidak mempunyai aliran udara yang baik,.

Mujurlah kutu habuk masih boleh dibuang dengan pendedahan kepada cahaya matahari dan cucian yang kerap.

Pencetus alahan lain termasuk ramuan makanan tertentu, seperti kacang, gandum, buah-buahan sitrus dan binatang bercengkerang seperti ketam dan udang antara punca paling umum.

Sesetengah orang juga alah kepada bahan pengawet, dan ubat tertentu seperti antibiotik dan aditif perasa seperti MSG (monosodium glutamat).


Lima cara mudah untuk menguruskan alahan

1) Elakkan pencetus alahan yang diketahui.

Jika anda sering alah selepas makan makanan laut, atau mengalami hidung berair atau mata berair apabila bermain dengan kucing, cuba jauhkan diri dariada punca-punca alahan tersebut.

2) Bersihkan habuk di rumah, di dalam kereta dan di pejabat.

Cuci, vakum atau tukar cadar, alas sofa, kain hamparan dan mainan lembut sekerap mungkin.

3) Tingkatkan kualiti udara persekitaran dengan membersihkan penapis udara dalam sistem penyaman udara secara kerap.

Kalau boleh, galakkan pengudaraan dengan membuka tingkap kereta, rumah dan pejabat.

4) Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai banyak pengawet dan pewarna.

5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan air.

6) Kunjungi doktor atau pakar alahan untuk mendapatkan ubat bagi melegakan gejala.


Edirossa
Ewan_sn
Wanita mudah kena sakit kepala



MEMPUNYAI personaliti ceria dan selalu tersenyum bukan saja disenangi ramai, tetapi ia juga antara rahsia utama yang boleh mengelakkan seseorang daripada mengalami sakit kepala.

Semua orang pernah sakit kepala dan kajian mendapati masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan individu yang mudah tertekan, cepat risau dan berasa marah walaupun disebabkan perkara kecil.

Inilah yang menyebabkan ramai orang, terutama wanita, mudah mendapat sakit kepala. Kajian komuniti yang dijalankan tahun lalu mendapati, insiden sakit kepala berlaku pada kadar satu kes bagi enam wanita berbanding satu kes bagi setiap 18 lelaki.

Maknanya kadar wanita mendapat sakit kepala adalah tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Insiden sakit kepala lebih tinggi bagi kumpulan antara 15 hingga 65 tahun, iaitu dalam lingkungan umur produktif bekerja.

Kajian epidemiologi yang dijalankan di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati, insiden migrain berlaku pada kadar 12 hingga 18 peratus daripada jumlah penduduk.

Pun begitu, masalah sakit kepala tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara punca utama cuti sakit di seluruh dunia.

Perunding Neurologi, Dr Lee Moon Keen, berkata sakit kepala boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, tetapi yang paling kerap berlaku ialah vaskular (seperti migrain) dan sakit kepala ketegangan (tension) disebabkan tekanan.

Punca migrain tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan faktor genetik dan fisiologi iaitu berlaku gangguan keseimbangan kimia neuro dalam kepala. Masalah ini juga ada kaitan dengan perubahan hormon akan menjadikan masalah sakit kepala lebih teruk bagi wanita apabila haid dan ketika fasa menopaus.

Bagaimanapun, kata Dr Lee, sakit kepala adalah masalah unik dan kesannya berbeza antara individu kerana ia boleh berlaku secara berkala, sesekali atau berlarutan.

Masalah migrain biasanya diwarisi dalam keluarga. Saintis berpendapat, individu yang mempunyai migrain mengalami gangguan keseimbangan kimia neuro dalam kepala dan keadaan boleh menjadi lebih teruk jika ia disertakan dengan lima faktor rangsangan.

Lima faktor ini ialah:

1) Psikologi — Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti.

2) Pemakanan — Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein.

3) Fizikal — Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca dan mandi air panas.

4) Fisiologi — Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.

5) Optik — Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer atau menonton televisyen.

“Simptom migrain berbeza dengan sakit kepala yang disebabkan tekanan. Sakit kepala jenis ini berlaku dalam kumpulan tertentu saja dan orang yang migrain akan mengalami sakit kepala yang teruk, berdenyut dan biasanya hanya di sebelah kepala. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa jam atau berlanjutan beberapa hari.

“Manakala sakit kepala ketegangan pula berdenyut pada kedua-dua belah kepala selama beberapa minit, jam atau hari. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama yang cepat resah dan naik marah, sukar mengawal emosi, tertekan sama ada disebabkan persekitaran, masalah kerja atau peribadi.

“Personaliti seseorang memainkan fungsi penting menentukan sama ada dia berisiko mendapat sakit kepala atau sebaliknya. Individu yang sentiasa ceria, mudah tersenyum dan berfikiran positif didapati kurang mengalami sakit kepala,” katanya.

Jika anda termasuk dalam kumpulan yang mengalami serangan sakit kepala teruk melebihi dua kali sebulan, Dr Lee menasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kesihatan untuk diberikan rawatan sewajarnya. Anda perlu lebih berhati-hati jika ia disertai gejala lain seperti sakit tengkuk, mata dan telinga, demam atau sakit kepala berpanjangan bagi individu yang jarang sakit kepala.

Simptom lain termasuk gangguan penglihatan seperti kabur, objek dilihat menjadi dua, tidak boleh fokus dan sakit kepala semakin teruk yang boleh menjadi amaran awal kepada masalah kesihatan lain, antaranya ketumbuhan otak, strok, jangkitan kuman dan meningitis.

Kanak-kanak daripada keluarga yang ada migrain juga boleh mendapat serangan yang dipanggil migrain kanak-kanak. Kanak-kanak berumur lima tahun ke atas boleh memberitahu masalah mereka, tetapi bagi yang tidak pandai bercakap, serangan sakit kepala boleh dikesan melalui tangisan berpanjangan, tidak bermaya, muntah atau pengsan jika terlalu teruk.

Bagaimanapun, kata Dr Lee, kes begini jarang berlaku dan jika ada, doktor akan merancang rawatan khas untuk mereka.

Antara rawatan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah migrain termasuk penggunaan ubat tahan sakit (analgesik) atau menghilangkan kesakitan seperti pelbagai jenis ubat triptans.

Untuk mengelakkan serangan sakit kepala, pesakit akan diberikan ubat seperti flunarizine dan pizotifen; manakala valproate, topiramate dan lamotrigine bertindak sebagai bahan penstabil antikonvulsi yang mengelakkan pengecutan otot yang menyebabkan sakit kepala.

Ubat ini perlu diambil mengikut jadual dan mesti dihabiskan walaupun sakit kepala hilang bagi mengelak serangan berulang. Malah, masalah migrain teruk ketika haid juga boleh diatasi dengan syarat pesakit memakan ubat secara teratur.

Dr Lee berkata, bagi kes yang terlalu teruk sehingga tidak dapat dihentikan dengan pengubatan, suntikan Botulinum boleh dipertimbangkan.

Perlu diingat, semua ubat yang disebut di atas hanya boleh diguna dengan arahan doktor.

Pun begitu, tidak semua sakit kepala memerlukan ubat kerana ia boleh dikawal dan dielakkan melalui beberapa perubahan iaitu amalan gaya hidup sihat, kerap bersenam dan menjaga pemakanan.

“Jika mampu bertahan, tidak perlu ambil sebarang ubat. Jalani kehidupan yang kurang tekanan. Paling penting, cari pendekatan yang boleh memberikan ketenangan jiwa dan fikiran, sama ada dengan mendekatkan diri pada agama supaya kita lebih kuat menangani cabaran hidup,” katanya.


Edirossa
Ewan_sn
Derma darah sihatkan badan

BAGAIMANAKAH reaksi kita apabila pembedahan anak atau ahli keluarga terpaksa ditunda berkali-kali kerana hospital kekurangan bekalan darah? Pasti perasaan marah, geram, kecewa dan sedih berkecamuk dalam dada, tetapi tidak tahu hendak diluahkan pada siapa.

Bagi yang tidak pernah melaluinya tidak akan tahu bagaimana gelodak dalam hati mereka. Memang ramai akan simpati, tetapi simpati saja tidak dapat membantu apa-apa. Malah, simpati juga tidak sedikit pun meringankan kesedihan yang ditanggung keluarga pesakit.

Sebagai anggota masyarakat yang sihat, kita secara tidak langsung turut bertanggungjawab menjaga kebajikan pesakit dengan memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

Penderma darah tetap adalah orang yang prihatin, penyayang dan menjadi nadi masyarakat kerana darah didermakan itu membolehkan pesakit meneruskan kehidupan mereka.

Sebenarnya, jangka hayat sel darah merah antara 115 hingga 120 hari dan ia boleh disimpan selama 42 hari dalam peti dingin beku untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana badan menghasilkan banyak sel darah yang baru setiap hari bagi menggantikan sel yang mati akibat ‘tua’.

Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim, berkata pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.

Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.

“Langkah ini bukan saja bertujuan memastikan darah didermakan adalah selamat, tetapi turut membolehkan penderma mengetahui tahap kesihatan mereka. Jika didapati penderma menghidap penyakit, PDN akan memaklumkan segera perkara itu supaya mereka boleh mendapatkan rawatan,” katanya.

Pada masa sama, kecekapan badan menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru.

Proses ini membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang secara tidak langsung merendahkan risiko sakit jantung.

Pun begitu, keinginan menderma perlu datang daripada kerelaan sendiri tanpa dipaksa mana-mana pihak. Yang nyata, PDN dan tabung darah di hospital sering berdepan masalah kekurangan bekalan, terutama pada musim perayaan dan cuti panjang.

Satu unit darah (antara 300 hingga 450 mililiter) dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan (yang kehilangan banyak darah), ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talasemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.

Dr Norris berkata, penderma kali pertama tidak perlu bimbang kerana proses pengambilan darah adalah selamat. Banyak langkah keselamatan diambil untuk kebaikan anda dan bakal penerima darah.

Ia dimulakan dengan ukuran tekanan darah (bagi memastikan tekanan darah adalah normal) diikuti ujian pengenalan jenis darah. Sampel sama akan digunakan untuk ujian darah seterusnya.

Malah, selepas contoh darah diambil untuk pengenalan jenis dan ujian darah, pegawai perubatan akan memberi kaunseling secara peribadi bagi memastikan anda penderma berisiko rendah.

Selepas menderma darah, penderma diberikan pil zat besi dan asid filik untuk merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah.

Ada beberapa ciri yang membolehkan anda layak menjadi penderma, iaitu:


1) Berumur 18 hingga 65 tahun.

2) Berat badan melebihi 45 kilogram.

3) Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.

4) Tidak menghidap penyakit kronik.

5) Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.

6) Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

7) Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.


Manakala kumpulan di bawah juga dilarang menderma buat sementara waktu, iaitu:


1) Demam.

2) Berat badan kurang 45 kilogram.

3) Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.

4) Tidur kurang lima jam.

5) Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.

6) Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.

7) Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.

dirol.gif Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.

9) Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.



Anda dilarang sama sekali menderma darah jika:


1) Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.

2) Menjalankan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.

3) Melanggani pekerja seks (pelacur).

4) Mengamalkan hubungan sejenis (homoseks).

5) Menjalankan hubungan seks dengan dua-dua jantina (biseksual).

6) Mengambil dadah secara suntikan.

Larangan ini bertujuan memberikan penderma menjalani ‘window period’ iaitu tempoh antara waktu kuman, bakteria atau virus memasuki badan hingga badan menghasilkan antibodi untuk menentang mikro organisma berkenaan.

Ini kerana ada penderma tidak sedar perlakuan tidak sihat boleh menjangkiti orang lain melalui darah mereka.

Jika penderma menderma darah dalam tempoh ini, ujian darah mereka mungkin menunjukkan keputusan negatif bagi kehadiran virus atau bakteria.

Bagaimanapun, tempoh ‘window period’ ini berbeza antara individu dan jenis virus atau bakteria. Justeru, jika mahu menjadi penderma, pastikan anda tergolong dalam kumpulan berisiko rendah.

Paling penting, jangan jadikan pendermaan darah untuk menguji kebersihan darah anda kerana ia boleh membahayakan nyawa insan tidak berdosa.

Darah yang diderma akan dibahagikan mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX — yang semuanya ada kegunaan tersendiri.

Contohnya, sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).

Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah.

Malah, plasma akan dibekukan sebelum dihantar ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia untuk dijalankan proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.


Edirossa
si_comel
edi...pm comel baca tak
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.