Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Koleksi Panduan Kesihatan Fizikal..
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Kelab Diet, Panduan Kesihatan Fizikal dan Pemakanan
Pages: 1, 2, 3, 4
Ewan_sn
AUTISME
Article disumbang oleh Nurr

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

Tidak suka bersosial.
Pendengaran tidak normal.
Mengelak daripada bertentang mata.
Gangguan pertuturan.
Corak kelakuan yang berulang.
Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.
Ewan_sn
BATUK KOKOL
Article di sumbang oleh Nurr

Batuk kokol merupakan salah satu penyakit kanak-kanak yang paling berbahaya, terutamanya pada bayi bawah umur 12 bulan. Penyakit ini berpunca daripada bakteria bordatella pertussis yang menyebabkan saluran udara berlendir dan tersumbat.

Batuk kokol bermula sebagai selesema biasa yang disertai batuk. Batuk menjadi semakin teruk dan serangan batuk yang spasmodik menyebabkan anak sukar bernafas. Apabila anak anda menarik nafas selepas serangan batuk, nafasnya kedengaran berbunyi "whoop" semasa udara melalui larinks yang bengkak. Bagi bayi, pernafasan adalah semakin sukar kerana anak gagal mempelajari teknik menyedut udara dan keadaan ini boleh membawa maut. Kadangkala anak akan muntah selepas serangan batuk. Batuk ini boleh berlanjutan sehingga sepuluh minggu. Risiko mendapat jangkitan sekunder seperti pneumonia atau bronkitis sangat tinggi selepas penyakit tersebut.

Oleh itu, pastikan anak mendapat suntikan imun terhadap penyakit ini. Namun, ada kanak-kanak yang perlu dimasukkan dalam kategori khas dan tidak boleh diberi suntikan tersebut. Misalnya, kanak-kanak yang ada sejarah epilepsi dalam keluarga mereka. Dapatkan nasihat doktor.

Tanda-tanda

Tanda-tanda selesema iaitu demam, hidung berhingus, rasa sengal dan sakit-sakit.
Batuk teruk yang mempunyai bunyi "whoop" semasa anak menarik nafas.
Muntah selepas serangan batuk.
Tidak boleh tidur kerana batuk.

Apakah tindakan pertama?

Jika selesema anak tidak sembuh dan batuknya semakin teruk, bawanya berjumpa doktor.
Jika anda mengesyaki anak dijangkiti batuk kokol, bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.
Jika anda mengesyaki anak menghidap batuk kokol, jangan biar dia pergi ke sekolah atau tadika sebelum membawanya berjumpa doktor terlebih dahulu.
Jika anak anda mengalami serangan batuk yang berterusan, dudukkan anak dan pegang anak supaya badannya menjengah sedikit ke depan. Pegang mangkuk dekat mulutnya supaya dia boleh meludahkan kahak ke dalam mangkuk.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anda mengesyaki anak dijangkiti batuk kokol.

Apakah tindakan doktor?

Doktor mungkin memberi antibiotik untuk meredakan batuk dan mengurangkan jangkitan. Namun, batuk kokol sukar dilakukan diagnosis semasa peringkat permulaan jangkitan dan ubat yang perlu diambil hanya berkesan jika diambil pada peringkat awal. Doktor mungkin perlu melakukan sapuan tekak untuk membuat diagnosis batuk kokol kerana bayi jarang sekali menghasilkan bunyi "whoop".
Doktor akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan jika penyakit ini teruk, dia akan mengesyorkan bayi dimasukkan ke hospital untuk mengelak berlakunya penyahhidratan. Jika perlu, anak anda akan diberi oksigen.
Doktor akan menunjukkan cara memegang anak semasa berlaku serangan batuk. Dia mungkin mengesyorkan supaya hujung kot bayi dinaikkan sedikit dan anak anda dibaringkan secara meniarap.

Bagaimana saya boleh membantu?

Semasa serangan batuk, pegang anak seperti yang ditunjukkan dan tenangkannya. Panik akan menyebabkan nafas anak semakin sesak. Pegang mangkuk di bawah dagunya supaya dia boleh meludahkan kahak.
Letak mangkuk di setiap bilik di dalam rumah supaya anak boleh membuang kahak atau muntah tanpa perlu pergi ke tandas. Basuh mangkuk dengan air didih untuk mengelak daripada merebaknya jangkitan.
Jika anak anda muntah selepas serangan batuk, beri dia sedikit makanan dan minuman. Ini akan mengembalikan semula tenaga anak.
Jangan biar anak melakukan aktiviti yang berat semasa dia sedang pulih kerana ini akan menggalakkan serangan batuk dan meletihkannya.
Jauhkan anak dari asap rokok.
Tidur bersama anak supaya dia tidak keseorangan semasa serangan batuk berlaku.
Jangan beri anak sebarang ubat batuk tanpa nasihat doktor.
Jika batuk kokol anak sudah sembuh tetapi anak masih kelihatan tidak sihat dan sukar bernafas, bawanya berjumpa doktor dengan segera. Ini kerana anak mungkin menghidap jangkitan sekunder seperti pneumonia atau bronkitis.
Jangan risau jika anak anda menghasilkan bunyi "whoop" apabila dia menghidap selesema selepas itu. Ini bukannya ulangan batuk kokol. Anak anda hanya mengulangi tingkah laku yang dipelajarinya semasa serangan batuk dahulu.
Ewan_sn
Aktiviti Untuk Mencapai Kecergasan


Berjalan Kaki

Mereka yang tidak pernah berjalan kaki, mungkin akan menghadapi masalah tercungap-cungap atau keletihan apabila berjalan kaki walaupun untuk jarak dekat. Jangan memaksa diri. Amalkan strategi berjalan kaki secara berperingkat hingga akhirnya, mampu untuk jarak lebih jauh atau tempoh masa lebih lama.

Seelok-eloknya, berjalan kaki dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi sebanyak tiga kali seminggu.

Joging

Sebelum memulakan aktiviti ini, pastikan anda boleh berjalan kaki pantas sejauh dua atau tiga kilometer tanpa menghadapi masalah. Sebagai permulaan, anda boleh berjoging dan berjalan kaki bersilih ganti pada jarak 100 meter. Jika tiada masalah, tambah tempoh masa hingga mampu berjoging sepenuhnya.

Berenang

Berenang adalah kegiatan yang amat baik untuk mempertingkatkan kecergasan. Aktiviti ini secara teratur mengurangkan kekerapan tempoh seseorang mengambil nafas sebelum nafas berikut. Anda mesti menetapkan sasaran untuk berenang pada kadar sekata selama 20 minit. Bagaimanapun, jangan berenang setiap hari dan sebaliknya secara berselang hari untuk merehatkan otot.

Berbasikal

Berbasikal adalah antara aktiviti yang menyeronokkan, malah anda boleh menggunakan basikal untuk kegiatan harian seperti ke kedai atau ke pejabat. Bagaimanapun, pastikan jalan yang dilalui tidak terlalu sibuk untuk mengurangkan risiko terbabit dalam kemalangan. Gunakan topi keledar dan jaket pemantul cahaya sebagai langkah keselamatan.

Lompat Skip

Aktiviti ini juga menyeronokkan apabila anda menguasai tekniknya. Anda boleh melakukan lompat skip ketika aktiviti berjoging. Apabila bosan berjoging, berhenti sebentar dan ambil tali skip untuk melompat setinggi 10 sentimeter.
nurr
Demam

Julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak.

Adakah keadaan ini serius?

Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi.

Apakah tindakan pertama?

Jika anda mengesyaki anak demam, ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Catatkan setiap bacaan.
Baringkan anak di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupuin bilik tidak panas. Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis.
Jika suhu badan anak melebihi 40 darjah C, lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C. Jangan gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi.
Beri anak sirap parasetamol hanya selepas cara lain tidak berjaya mengurangkan demam anak. Jangan sesekali memberi aspirin kepada anak yang menunjukkan tanda penyakit cacar air atau influenza kerana kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan aspirin dan pembentukan sindrom Reye.
Galakkan anak minum banyak air. Beri anak minum sedikit air beberapa kali dalam sehari.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak.

Apakah tindakan doktor?

Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Kerap mengganti kain cadar anak dan selimutkannya dengan kain nipis sahaja.
Letakkan tuala yang lembab pada dahi anak.
Jangan kejutkan anak untuk mengambil suhu badannya. Tidur adalah lebih penting.
nurr
JANGKITAN SALURAN KENCING

Jangkitan ini boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing. Ini termasuk ginjal, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan). Biasanya bahagian yang terlibat ialah lapisan pengalas pundi kencing. Keadaan ini dikenali sebagai sistisis.

Anak perempuan lebih kerap menghidap penyakit ini berbanding lelaki. Ini kerana uretra perempuan adalah lebih pendek dan mikrob yang terlibat mudah sampai ke pundi kencing. Kadangkala anak tidak membasuh bahagian kemaluannya dengan bersih selepas menggunakan tandas. Jika dia menyapu dari dari belakang ke depan, kesan tinja yang tinggal mungkin mengenai bukaan uretranya dan menyebabkan jangkitan. Jarang sekali keabnormalan saluran kencing menjadi punca jangkitan. Tanda jangkitan yang biasa ialah rasa sakit semasa membuang air kecil dan kekerapan membuang air kecil.

Adakah ini serius?

Jangkitan saluran kencing adalah serius.

Tanda-tanda

Sakit atau pedih bila membuang air kecil.
Kerap membuang air kecil. Ini boleh menyebabkan anak kencing malam.
Demam.
Air kencing berbau busuk dan/atau keruh.
Sakit di bahagian bawah abdomen.
Sakit di bahagian bawah belakang badan.

Apakah tindakan pertama?

Jika anak mengadu sakit semasa membuang air kecil, periksa suhu badannya.
Tentukan sama ada air kencingnya keruh atau berbau busuk.
Kerap memberi anak minum air untuk membersihkan ginjalnya.
Letak botol air panas pada bahagian belakang anak jika dia mengalami sakit di bahagian bawah belakang badan.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengadu sakit bila membuang air kecil.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan memeriksa anak dan mengambil sampel air kencing untuk diuji tentang jenis organisme yang menyebabkan jangkitan. Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai. Ini biasanya dengan antibiotik.
Jika jangkitan berulang, doktor mungkin merujuk anak kepada pakar pediatrik untuk dilakukan siasatan sepenuhnya untuk memastikan keabnormalan anatomi.
Bagaimanakah saya boleh membantu?

Latih anak cara mengelap yang betul selepas mencuci diri iaitu mengelap dari depan ke belakang supaya uretranya tidak dicemari tinja.
nurr
HERNIA

Hernia berlaku apabila kecacatan kecil di dinding otot abdomen menyebabkan tisu yang lembut menonjol keluar. Ini kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat. Keadaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak ialah hernia pusat.. Keadaan ini berlaku di bahagian pusat. Masalah ini disebabkan kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Hernia inguinal berlaku di bahagian groin dan biasanya dialami oleh anak lelaki. Kecacatan ini berlaku selepas testikel telah turun ke dalam skrotum. Biasanya hernia pusat tidak memerlukan rawatan kerana keadaan ini akan pulih dengan sendirinya. Hernia inguinal juga boleh pulih sendiri tetapi jika sebahagian kecil usus terperangkap dalam hernia, ini perlu dibetulkan melalui pembedahan.

Adakah keadaan ini serius?

Jika usus tidak terperangkap dalam hernia, keadaan ini biasanya tidak serius.

Tanda-tanda

Bonjolan tidak sakit di permukaan kulit berdekatan pusat atau groin yang menjadi besar semasa anak batuk, bersin atau menangis.
Muntah dan abdomen terasa sakit jika usus tersepit.

Apakah tindakan pertama?

Cuba tolak hernia dengan lembut. Hernia biasanya boleh ditolak masuk ke dalam dinding otot dengan mengenakan sedikit tekanan.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda melihat bonjolan pada perut bayi yang berumur kurang enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika hernia menjadi keras dan bonjolan tidak masuk apabila ditolak dengan lembut atau anak mengalami kesakitan dan muntah.

Apakah tindakan doktor?

Jika hernia terasa keras atau tidak masuk semula, doktor akan merujuk anak kepada pakar pediatrik. Hernia tersebut mungkin perlu dibetulkan melalui pembedahan. Pembedahan bagi hernia sangat mudah. Jika umur anak anda kurang enam bulan dan dia menghidap hernia inguinal, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk mengelak usus dari tersepit.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Selagi hernia pusat masih wujud, lakukan pemeriksaan dengan kerap, misalnya selepas mandi, untuk memastikan hernia tidak membesar atau menjadi keras. Pastikan juga hernia masuk semula selepas ditekan.
Berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menentukan sama ada untuk membiarkan hernia pulih dengan sendiri atau dibedah.
Pastikan anda membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
nurr
EPILEPSI

Epilepsi atau sawan babi merupakan gangguan yang menyebabkan serangan berkala yang berlaku apabila impuls elektrik otak terganggu. Ada dua jenis serangan epilepsi. Bentuk grand mal melibatkan serangan konvulsi yang berulang. Serangan ini boleh menyebabkan anak pengsan dan mengalami kekejangan yang berterusan selama satu minit. Anggota badannya akan meronta-ronta, gigi terkancing (semasa ini lidah anak mungkin tergigit), kencing yang tidak terkawal dan berbuih di mulut. Selepas konvulsi, anak biasanya akan tidur.

Jenis epilepsi petit mal tidak melibatkan konvulsi. Keadaan pengsan hanya berterusan selama beberapa ketika sahaja dan mata anak kelihatan memandang kosong. Anak tidak mendengar atau melihat apa-apa. Bentuk epilepsi jenis ini biasanya tidak dapat dikesan dan tidak dikenalpasti sebagai epilepsi. Walaupun epilepsi jenis ini berbeza daripada konvulsi grand mal, serangan petit mal yang kerap boleh mengganggu kehidupan anak, terutamanya dalam persekolahan dan aktiviti luar seperti menunggang basikal. Epilepsi biasanya penyakit keluarga dan tidak ada kaitan dengan kecacatan mental.

Kira-kira tiga hingga lima peratus daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur bawah enam tahun mengalami konvulsi tetapi ramai daripada mereka hanya mengalami konvulsi febril tidak berbahaya. Keadaan ini timbul apabila berlaku gangguan elektrik di otak yang berpunca daripada suhu badan yang tinggi.

Adakah keadaan ini serius?

Epilepsi bukan merupakan gangguan yang berbahaya. Setiap kanak-kanak biasanya akan mengatasi keadaan petit mal di akhir zaman remaja mereka. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang menghidap epilepsi grand mal memerlukan pertimbangan yang khusus sepanjang hayat mereka walaupun keadaan ini boleh dikawal oleh penggunaan dadah. Anak yang menghidap penyakit epilepsi jenis ini memerlukan pengawasan semasa melakukan aktiviti seperti berenang dan menunggang basikal.

Tanda-tanda

Grand mal

Pengsan
Kancing gigi
Anggota badan mengalami kekejangan dan meronta-ronta
Kencing tidak terkawal
Mulut berbuih
Petit mal

Anak seakan-akan termenung buat beberapa ketika dan tidak sedar

Apakah tindakan pertama?

Semasa serangan grand mal

Lindungi anak anda daripada kecederaan dengan mengalihkan perabot supaya anggota yang meronta tidak menghantuk objek keras.
Longgarkan pakaiannya di leher dan dada.
Sentiasa berada di sisi anak sehingga serangannya berhenti.
Jangan cuba meregangkan rahang mulut jika berlaku kancing gigi atau cuba memasukkan benda ke dalam mulutnya. Sebarang kecederaan yang berlaku pada lidahnya berlaku di permulaan serangan. Oleh itu, tidak ada apa yang anda boleh lakukan sehingga serangan ini berhenti.
Sebaik sahaja serangan berhenti, iringkan badan anak supaya dia tidak tercekik pada lidah atau liurnya.
Perhatikan apa yang berlaku semasa serangan ini. Pemerhatian anda dapat membantu doktor membuat diagnosis.

Semasa serangan petit mal

Alihkan anak ke tempat yang selamat jika dia berada di jalan atau di atas tangga.
Pastikan anda berada di sisi anak sehingga serangan epilepsi berhenti.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja serangan epilepsi berhenti, tidak kira sama ada anda mengesyaki serangan konvulsi tersebut adalah jenis grand mal atau petit mal.

Apakah tindakan doktor?

Jika anak mengalami serangan konvulsi, doktor akan melakukan pemeriksaan untuk menentukan jenis epilepsi.
Jika konvulsi yang dialami anak adalah jenis berulang, anak akan dirujuk ke hospital untuk menjalani ujian makmal. Ini mungkin melibatkan ujian darah untuk memeriksa kandungan glukos dan kalsium, ECG (elektrosefalogram) dan mungkin pengimbasan otak untuk menentukan bahagian otak yang terlibat. Semasa imbasan, otak anak akan dirangsang, misalnya, dengan cahaya strob supaya sebarang keadaan luar biasa dalam otak dapat dikesan oleh alat pengimbas. Beberapa ujian ini juga digunakan untuk membuat diagnosis bagi serangan petit mal.
Pakar pediatrik hospital akan mengesyorkan ubat antikonvulsan yang perlu diambil setiap hari bagi mengurangkan kekerapan serangan grand mal. Serangan jenis ini tidak boleh diubati.
Keadaan anak akan dikaji semula dari semasa ke semasa. Jika serangan tidak berlaku selama satu atau dua tahun, doktor mungkin akan menghentikan pengambilan ubat.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Anda mungkin akan berasa terkejut apabila mengetahui anak mengalami epilepsi dan kedua-dua ibu bapa dan anak perlu memulihkan yakin diri masing-masing. Doktor akan menasihatkan anda tentang cara menagani masalah ini.
Catatkan kekerapan serangan petit mal anak dan berikan maklumat ini kepada doktor.
Awasi anak dan laporkan sebarang perbezaan mental atau personaliti yang mungkin timbul hasil ubat yang diambil. Ubat perlu diambil mengikut jumlah yang ditetapkan untuk mengelak berlakunya kesan sampingan.
Layan anak seperti biasa. Beritahu rakan-rakan atau guru tentang masalah anak supaya mereka tidak berasa takut atau terperanjat apabila berlaku serangan epilepsi.
Jika anak diberi ubat antikonvulsan, jangan hentikan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor. Penghentian memakan ubat akan menyebabkan konvulsi yang berpanjangan selepas beberapa hari.
Latih anak untuk mengenali tanda-tanda sebelum serangan epilepsi. Ada pesakit yang mengalami perasaan aneh seperti bau yang busuk, gangguan penglihatan atau perut rasa tidak sedap. Perasaan ini dikenali sebagai "aura" dan jika anak sudah boleh mengenali tanda-tanda amaran ini, dia mungkin dapat mengelak daripada berlaku sebarang kemalangan
nurr
JANGKITAN SALURAN KENCING

Jangkitan ini boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing. Ini termasuk ginjal, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan). Biasanya bahagian yang terlibat ialah lapisan pengalas pundi kencing. Keadaan ini dikenali sebagai sistisis.

Anak perempuan lebih kerap menghidap penyakit ini berbanding lelaki. Ini kerana uretra perempuan adalah lebih pendek dan mikrob yang terlibat mudah sampai ke pundi kencing. Kadangkala anak tidak membasuh bahagian kemaluannya dengan bersih selepas menggunakan tandas. Jika dia menyapu dari dari belakang ke depan, kesan tinja yang tinggal mungkin mengenai bukaan uretranya dan menyebabkan jangkitan. Jarang sekali keabnormalan saluran kencing menjadi punca jangkitan. Tanda jangkitan yang biasa ialah rasa sakit semasa membuang air kecil dan kekerapan membuang air kecil.

Adakah ini serius?

Jangkitan saluran kencing adalah serius.

Tanda-tanda

Sakit atau pedih bila membuang air kecil.
Kerap membuang air kecil. Ini boleh menyebabkan anak kencing malam.
Demam.
Air kencing berbau busuk dan/atau keruh.
Sakit di bahagian bawah abdomen.
Sakit di bahagian bawah belakang badan.

Apakah tindakan pertama?

Jika anak mengadu sakit semasa membuang air kecil, periksa suhu badannya.
Tentukan sama ada air kencingnya keruh atau berbau busuk.
Kerap memberi anak minum air untuk membersihkan ginjalnya.
Letak botol air panas pada bahagian belakang anak jika dia mengalami sakit di bahagian bawah belakang badan.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengadu sakit bila membuang air kecil.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan memeriksa anak dan mengambil sampel air kencing untuk diuji tentang jenis organisme yang menyebabkan jangkitan. Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai. Ini biasanya dengan antibiotik.
Jika jangkitan berulang, doktor mungkin merujuk anak kepada pakar pediatrik untuk dilakukan siasatan sepenuhnya untuk memastikan keabnormalan anatomi.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Latih anak cara mengelap yang betul selepas mencuci diri iaitu mengelap dari depan ke belakang supaya uretranya tidak dicemari tinja.
nurr
LEUKEMIA

Leukemia ialah sejenis barah yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Sel darah putih berbarah ini akan menyekat penghasilan sel darah merah. Ini menyebabkan pesakit mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Sel-sel ini juga menyekat penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah tubuh badan. Kerap kali petunjuk pertama bagi penyakit leukemia ialah anak mengalami masalah anemia dan sebarang jangkitan penyakit yang dihidap oleh anak sukar sembuh.

Tanda-tanda

Anemia - pucat, letih dan pendek nafas.
Mudah jatuh sakit.
Sakit anggota badan. Jika sakit pada bahagian kaki, keadaan ini akan menyebabkan anak berjalan tempang.
Purpura - ruam berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
Mudah lebam.
Hidung kerap mengalami pendarahan.

Apakah yang boleh dilakukan?

Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tetapi dalam dekad ini, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 peratus kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik yang berpengalaman dalam penyakit leukemia kanak-kanak. Beberapa jenis dadah akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. Manakala pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, anak akan diasingkan untuk mengelak anak daripada diserang oleh sebarang jangkitan. Setiap pelawat diperlukan memakai pelindung dan pakaian khas. Selepas beberapa minggu, anak akan dibenarkan pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.

Peranan anda sebagai ibu bapa ialah memberikan sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan. Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. Anak akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.
nurr
Ketahui label makanan anda

Sama seperti yang diperkatakan dalam insurans atau kontrak-kontrak lain, cetakan kecil itulah yang diambil kira. Begitu juga dengan label pada produk makanan. Cetakan kecil pada belakang label sering memberitahu anda lebih daripada apa yang tertera pada label depan (berserta gambar yang menarik). Ramai pembeli sama ada tidak menyedari, tidak mempunyai masa atau tidak melihat dengan teliti untuk mendapatkan kebenaran. Malah mungkin mereka tidak memperdulikannya langsung.

Namun label ini yang boleh memberitahu banyak perkara mengenai apa yang anda makan. Ia boleh membantu anda membandingkan mutu dan nilai pemakanan sesuatu produk. Malah ia juga membantu anda mengelakkan daripada produk yang menimbulkan kesan alahan atau yang anda cuba elakkan atas alasan kesihatan atau diet.

Bagi pengguna biasa yang memeriksa senarai ramuan, mereka sering keliru kerana seseorang itu perlu menjadi ahli kimia atau pakar makanan untuk mentafsirkan makna nama bahan kimia atau nombor kod terutamanya yang didapati pada produk import.

Bagaimanapun, ada baiknya anda mempelajari beberapa istilah. Selepas membaca bab ini, anda mungkin mendapat makanan tertentu yang anda beli atas dasar kepercayaan tidak lagi sama seperti sebelumnya. Berikut kami kemukakan beberapa fakta mengenai pembungkusan makanan.

Apa ada pada nama

Nama produk adalah panduan pertama untuk mengetahui apakah kandungan makanan. Anda perlu membacanya dengan teliti kerana bukan semua benda sama seperti yang dilihat. Sebagai contoh, anda mengharapkan "jeli raspberi" atau jeli "berperisa raspberi" mengandungi raspberi sebenar tetapi ia mungkin hanya mengandungi perisa tiruan.

Nama mestilah juga menunjukkan sama ada makanan itu telah menjalani sebarang pemerosesan, contohnya susu UHT. (Tetapi bukan semua makanan yang mengandungi ramuan yang diubah suai secara genetik perlu diberitahu dalam senarai nama atau ramuan.)

Sesetengah makanan mempunyai nama biasa seperti "krim kraker". Ia tidak mengandungi krim tetapi namanya dianggap cukup dikenali dan tidak mengelirukan. Makanan lain dengan nama yang dijelaskan mempunyai peraturan yang ketat berhubung penggunaannya. Sebagai contoh untuk dipanggil majerin, sapuan mestilah mengandungi mega_shok.gif% lemak.

Senarai ramuan

Ramuan untuk produk yang diimport biasanya disenaraikan mengikut susunan berat. Sesetengahnya pula disenaraikan dalam bentuk peratusan. Perlu diingat bahawa beberapa ramuan mempunyai banyak nama. Fruktosa, sukrosa, dektrosa, glukosa sirap jagung, madu dan sirap pekat hitam yang ditapis dari gula mungkin disenaraikan secara berasingan tetapi kesemuanya adalah gula tambahan.

Senarai ramuan jarang memberikan jumlah sesuatu bahan dalam produk secara khusus melainkan diberi penekanan khas, misalnya: "dibuat dengan ayam tambahan" atau "dibuat dengan kuning telur segar". Jika dakwaan seperti ini dibuat, peratusan minimum ramuan itu biasanya diberikan.

Jika bahan penambah makanan digunakan seperti pewarna, perisa, pengawet, pemantap atau pemanis, ia mestilah disenaraikan. Beberapa produk import mempunyai kod atau nombor E, yang bermakna ia telah diterima oleh Kesatuan Eropah.

Maklumaat pemakanan

Banyak label makanan memberikan maklumat sedemikian tetapi biasanya hanya jika dakwaan dari sudut pemakanan atau manfaatnya dibuat. Terdapat dua senarai yang seragam:

"label asas" dengan karbohidrat, tenaga, lemak dan protein.
dan "label penuh" yang juga memberikan serat, lemak tepu, natroium dan gula.
Tidak kira ramuan mana yang digunakan, kandungan pemakanan mestilah diberikan bagi setiap 100 gram atau mililiter untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan antara produk. Selain itu, sukatan juga boeh diberikan bagi setiap hidangan.

Karbohidrat sebahagian besarnya adalah kanji dan gula. Garis panduan pemakanan yang sihat menyarankan kita memakan lebih banyak kanji berbanding gula. Bagaimanapun jika produk hanya mempunyai label asas, anda tidak akan mengetahui apakah jenis karbohidrat yang anda makan. Begitu juga kita dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan lemak terutama lemak tepu, yang meningkatkan paras kolesterol dan risiko penyakit jantung.

Hanya label yang lengkap mampu menjelaskan jumlah lemak tepu dalam makanan.

Dakwaan nilai pemakanan

Dakwaan mengenai nilai pemakanan pada pembungkus mungkin menarik perhatian anda tetapi anda perlu berhati-hati. Tidak terdapat sebarang definisi undang-undang untuk kebanyakan daripadanya. Sebagai contoh "rendah lemak" atau "kaya dengan serat". Sesetengah dakwaan seperti "kalori rendah" memang dikawal tetapi amat penting dan berbaloi anda membaca semua label untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai makanan
nurr
Jauhi Makanan Segera

Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai perkara sebaiknya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.

Kami tidak mengatakan semua makanan segera adalah makanan remeh. Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit - mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.
Secara keseluruhan, kita dapat lihat terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin yang baik. Namun kebanyakan bahan itu tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan dipenuhi gula dan garam. Ia kekurangan serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian perlu. Apa yang kurang ialah keseimbangannya.

Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta protein yang anda perlukan sepanjang hari. Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh. Anda akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.

Lemak

Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik (dari segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. Lebih buruk, ia biasanya disediakan separa masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 g lemak.

Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.

Jangan menyangka ayam dan ikan kurang lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak minyak di mana kebanyakkannya sama buruknya.

Jadual 1. Lemak di dalam makanan segera

Makanan Jumlah lemak ( ) Bahagian kalori daripada lemak (%)
Big Mac McDonald's 54 g (27 g) 59
Aiskrim vanilla Baskin Robbins 100g (12 g) 52
Burger King Whopper 36 g ( 12 g) 52
Ayam goreng Kentucky (4 ketul) 45 g ( 12 g) 58
Burger McDonald's bersama keju 25 g ( 12 g) 46
Fillet-o-fish McDonald's 26 g ( 7 g) 56


Sumber : Tim Lobstein (dari Suruhanjaya Makanan London), Fast Food Facts, Camden Press Ltd., London, 1988.



Kandungan daging

Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya daging semata-mata. "Daging tanpa lemak" boleh (secara haram) termasuk tulang, kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta ekor yang dikisar. Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan menggunakan pengemulsi dan pemekat.

Sebiji burger boleh mengandungi daripada 50% hingga serendah 25% "daging tanpa lemak" sedemikian. Burger lain dicampurkan lemak dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing (rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang. Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat (seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan pewarna tiruan seperti Tartrazine, gula, perisa kimia, MSG dan garam.

Pada 1989, CAP menguji 9 contoh burger beku dari pasar raya dan mendapati sejumlah besar lemak dicampurkan. Jumlah ini dalam lingkungan 11- 24% (iaitu 9 hingga 18 g lemak tepu tulen di dalam sebiji burger sederhana saiznya kira-kira 75 g), berbanding dengan protein yang terdiri daripada 12 - 18%. Yang lain merupakan isi bukan daging, biasanya roti yang sudah berkulat.

Garam

Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada 5 g atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji Big Mac boleh mengandungi 2 hingga 3 g garam, sementara tiga ketul ayam goreng Kentucky boleh mengandungi 3 hingga 4 kg.

Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Malah bahan makanan yang tidak manis mengandungi gula kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk menyedapkannya.

Bahan makanan Jumalh gula (%) Bil. sudu teh
Pai epal digoreng dengan banyak minyak 15 3
Milk shake (kecil) 8 - 12 3
Cola 11 14
Daging dalam ban bijan 6 3
Pizza keju dan tomato 3 2

Sumber : Fast Food Facts, Camden Press Ltd., London, 1988.



Serat

Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit, atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Ia juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses, ia hampir tidak mengandungi serta diet. Tidak terdapat di dalam burger, ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad seperti makanan seimbang kepada pelanggan.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan milkshake, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun dalam sehari, anda perlu mengunyah empat burger seberat suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15 paket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan kalsium secukupnya.

*******************

Kesimpulannya, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada makanan segera, anda mungkin menjadi terlalu gemuk hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran McDonald's!
Ewan_sn
Tip Mudah Atasi Stres

Sibuk dengan urusan kerja ehingga membebankan dan mnedatangkan stress pada anda? Jangan bimbang. Ikuti beberapa tip di bawah untuk menghalau stree yg anda alami.

Ketawa
Tidak ada yang lebih mudah dan murah selain dari ketawa. Tahukah anda dengan ketawa selama 15 minit setiap hari sudah cukup utk memperbaiki aliran darah ke hati

Urutan
Tidak perlu orang lain untuk melakukan urutan. Anda sendiri mampu untuk melakukannya. Untuk mengatasi pening-pening kepala, cuba urut bahagian-bahagian lembut di sekitar titik akupunktur di kedua belah sisi hidung dan mata untuk melegakan ketidak selesaan anda.

Berjalan
Aktiviti berjalan sedikit sebanyak dapat membantu anda mengurangkan rasa stres. Berjalanlah selama lebih kurang 10 minit. Ini bermanfaat untuk mengurangkan keadaan tubuh yang sedang stres.

Tidur
Ambil masa untuk tido sebentar tanpa gangguan. Usahakan tidur dengan tenang untuk mengurangkan kegelisahan di pagi hari ketika anda terbagngun. Panaskan sekitar 250 gram susu dan campurkan bersama satu sudu serbu kayu manis berserta sedikit madu. Ini membantu anda tidur lena setelah meminumnya.

Makan Vitamin
Amalkan mengambil vitamin terutamanya vitamin B. Vitamin B akan membantu mengurangkan racun yang terhasil didalam tubuh akibat daripada stres.

Berdoa
Di saat anda berasa tegang dan gelisah, kelenjar adrenalin tubuh akan mengeluarkan zat kimia yang meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, serta menurunkan kekebalan tubuh. Berdoa membuatkan anda berasa lebih tenang kerana di saat berdoa, anda menyerahkan segalanya kepada yang Esa. Di samping itu, berdoa juga mendekatkan anda kepada-Nya.
Ewan_sn
10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Ewan_sn
Paru-paru berair - Minuman berais dan mandi malam?
Petikan Article


Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

KESAN MANDI MALAM

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.

Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??

Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam.

Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil.


KESAN MINUM AIR BATU

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.


Dengan ini dirumuskan bahawa:-
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.


Edirossa
Ewan_sn
Wanita lebih mudah hidap urat bersimpul


JIKA mengalami masalah urat bersimpul (varikos), jangan ambil mudah dan dibiarkan saja. Walaupun ia selalunya bukan petanda masalah kesihatan serius, tetapi dalam sesetengah kes, ia boleh menjadi berlaku tanda sekatan (blockage) dalam pembuluh darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘deep vein thrombosis’ dan memerlukan penilaian dan rawatan.

Urat bersimpul, urat berpintal atau apa saja nama yang digunakan ia sebenarnya merujuk pembuluh darah yang kembang dan berpintal-pintal. Ia kelihatan membesar dan timbul di permukaan kulit.

Varikos lazimnya terjadi di betis, kaki dan buku lali. Ia terjadi apabila secara tidak sengaja ada gelinciran atau kesilapan injap dalam pembuluh darah dan melemahkan dindingnya.

Secara normal, injap satu hala dalam pembuluh darah membantu darah mengalir secara efisien menentang grativiti menuju ke jantung.

Apabila injap tidak berfungsi sempurna, darah bertakung, tekanan terbina dan pembuluh darah menjadi lemah, membesar dan terpulas. Ia dikenali sebagai venous insufficiency.

Sesetengah orang lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding yang lain disebabkan genetik, obesiti dan proses penuaan. Wanita lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding lelaki disebabkan kognitif tisu dan kehamilan.



Anda Perlu Tahu

- Selalunya anda akan berasa letih dan kaki terasa berat pada sebelah malam antara simptom awal varikos. Tidak lama selepas itu, kaki akan membengkak.

- Mereka yang mengalami varikos selalunya tidak peka pada simptom sebaliknya lebih mengambil berat mengenai rupa pembuluh darah yang kelihatan di permukaan kulit.

- Varikos mudah dilihat kerana kemunculannya menyebabkan kaki kelihatan hodoh. Biasanya ia berwarna biru gelap, bengkak dan kelihatan berpintal. Kaki juga terasa berat, gatal, sakit dan anda terasa letih.

- Simptom semakin buruk selepas berdiri atau duduk terlalu lama.

- Varikos juga boleh menyebabkan warna kulit berubah, kering, menipis, radang kulit atau berdarah selepas kecederaan ringan.

- Superficial thrombophlebitis (apabila darah beku terbentuk dan radang terjadi dalam pembuluh darah kecil berdekatan permukaan kulit) juga boleh terjadi dalam varikos.

- Ada sesetengah lelaki percaya varikos boleh menyebabkan kemandulan. Sebaliknya, ia tidak memberi kesan kepada kesuburan jika urat buah zakar tidak kembang dan berpintal.

- Keadaan kembang dan berpintal pada pembuluh darah veins buah zakar dikenali sebagai `varicosele' dan lelaki dapat mengenalinya jika pembuluh darah itu berpintal-pintal. Apapun, jika masih ragu, pesakit boleh berjumpa doktor untuk pengesahan.


Faktor

- Peningkatan tekanan pada pembuluh darah kaki

- Kerosakan pembuluh darah di kaki

- Kerosakan pada injap pembuluh darah di kaki

- Genetik. Anda mungkin lahir dengan kecacatan injap atau lemah pada dinding pembuluh darah. Atau ia mungkin boleh terjadi kemudian dalam kehidupan anda.

- Kehamilan adalah penyebab biasa terjadinya varikos. Ketika hamil, lebih banyak darah melalui pembuluh darah. Tambahan berat badan dan rahim yang memberat juga memberi tekanan pada pembuluh darah di bahagian kaki.

- Selalunya juga walaupun tidak kerap, varikos adalah tanda penyakit yang lebih serius seperti darah beku, kecederaan pada pembuluh darah di bahagian dalam, abnormal salur darah antara arteri dan pembuluh darah (arteriovenous fistulas) atau tumor (jarang sekali)
Ewan_sn
Bekam berkesan cegah penyakit


Akubekam gunakan alat peniti khas berjarum halus, manakala di kepala tidak perlu cukur rambut.


KEINGINAN untuk hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Antara kaedah yang sudah lama wujud di negara ini, tetapi tidak begitu mendapat perhatian masyarakat ialah bekam.

Apakah bekam? Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia.

Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.

Teknik ini dikatakan berasal dari China sejak 1,500 tahun lalu. Ada juga pendapat menyatakan asal-usul bekam bermula di Timur Tengah dengan masyarakat Arab memanggil teknik ini sebagai al-Hijamah yang bermaksud membuang darah kotor.

Bagaimanapun, sejak sekian lama bekam mempunyai imej negatif bukan saja di negara ini, malah di kebanyakan negara yang mengamalkan teknik ini.

Masih wujud hingga hari ini, pemandangan orang berkerumun di tepi jalan menyaksikan tukang bekam melaksanakan tugas. Pelanggan pula duduk di atas kerusi dengan gelas kaca atau tanduk kerbau melekat pada belakang badan.

Tanpa menghiraukan suasana sesak dan habuk berterbangan, bekam dilabelkan sebagai amalan perubatan tradisional tepi jalan.

Ini menyebabkan bekam sering dipandang serong oleh majoriti masyarakat di negara ini, terutama apabila kemudahan perubatan moden semakin baik dan mudah diperoleh, apatah lagi apabila perubatan tradisional diukur berdasarkan piawaian perubatan moden.

Ketika gambaran ini terpahat kukuh di kalangan masyarakat, Dr Helena Abdullah, yang mengasaskan Akubekam mengubah pandangan negatif ini apabila memodenkan teknik bekam dengan menggunakan teknologi moden.

Beroperasi di premis menyerupai sebuah klinik perubatan moden, katanya seperti amalan perubatan moden, peralatan yang digunakan dibersihkan melalui proses pensterilan selepas digunakan.

“Teknik Akubekam membolehkan kesan torehan yang selalunya boleh dilihat dengan jelas selepas berbekam tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui di Pusat Akubekam di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Dr Helena, 67, berpendapat bahawa gaya hidup moden dengan pengambilan makanan mengandungi kimia dan pencemaran, kesibukan dan tekanan hidup, menyebabkan darah toksik berkumpul dalam badan hingga menyebabkan tubuh lemah dan lebih mudah dihinggapi penyakit.

Katanya, Akubekam yang bermaksud ‘berbekam atas titik istimewa dalam badan’ diperkenalkan pada 1990 menggabungkan dua teknik perubatan tradisional, akupuntur dan bekam yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Berbanding teknik berbekam tradisional yang menggunakan pisau, katanya Akubekam menggunakan alat peniti khas yang berjarum halus, manakala berbekam di kepala tidak memerlukan pesakit mencukur rambut.

Dr Helena berkata, rawatan bermula dengan penilaian terhadap keadaan kesihatan dengan melihat keadaan mata dan kuku.

“Bahagian tubuh yang dipenuhi darah toksik selalunya berasa sakit, tegang, berdenyut, tidak selesa dan ketika rawatan, darah toksik pada badan yang sakit dikeluarkan. Apabila selesai, simptom penyakit akan mulai reda dan fungsi tubuh kembali kepada sepatutnya,” katanya.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya, tetapi berkesan untuk mengubat dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, katanya bekam memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

Mengapa berbekam menjadi pilihan? Dr Helena berkata, kajiannya mendapati bahawa berbekam mempunyai kaitan rapat dengan umat Islam.

“Orang Cina berbangga dengan akupuntur dan India dengan Ayurveda, tetapi orang Islam? Tidak ada apa yang boleh dibanggakan hingga saya mengetahui bahawa bekam sebenarnya diamalkan oleh Rasulullah.

“Malah, dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi menyatakan ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan,” katanya.

Katanya, Nabi Muhammad juga diriwayatkan berbekam di atas kepala dan antara dua bahu, sekali gus menunjukkan berbekam mempunyai banyak manfaat.

Berasal dari Pulau Pinang, Dr Helena (gambar)yang pernah menjadi jururawat bertauliah, termasuk mendapat latihan di Australia, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Sri Langka dalam bidang perubatan tradisional sebelum membuka Pusat Akubekam.

Beliau mengakui masyarakat menjauhi bekam kerana imej negatif serta salah tanggapan terhadap perubatan tradisional.

“Ada yang mendakwa bahawa berbekam boleh menyebabkan ketagihan. Selepas berbekam, seseorang itu berasa hendak dibekam lagi. Sebenarnya tanggapan ini salah kerana toksik terus bertambah dalam tubuh jika gaya hidup tidak sihat, pemakanan tidak seimbang dan hidup dalam tekanan.

“Ini yang menyebabkan keperluan berbekam kepada individu. Ada yang perlu kerap dan ada yang mungkin sebulan sekali,” katanya.

Bagaimanapun, katanya melalui imej positif seperti suasana yang bersih dan cantik serta menggunakan teknik moden yang selamat, bekam akan diterima masyarakat.


FAKTA BEKAM

A. Jenis Bekam
Bekam Kering


Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Waktu Berbekam

Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.


Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

- Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

- Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

- Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

- Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

- Membantu menghilangkan pening dan migrain.

- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

- Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.

- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

- Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Ewan_sn
Wanita lebih mudah hidap urat bersimpul


JIKA mengalami masalah urat bersimpul (varikos), jangan ambil mudah dan dibiarkan saja. Walaupun ia selalunya bukan petanda masalah kesihatan serius, tetapi dalam sesetengah kes, ia boleh menjadi berlaku tanda sekatan (blockage) dalam pembuluh darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘deep vein thrombosis’ dan memerlukan penilaian dan rawatan.

Urat bersimpul, urat berpintal atau apa saja nama yang digunakan ia sebenarnya merujuk pembuluh darah yang kembang dan berpintal-pintal. Ia kelihatan membesar dan timbul di permukaan kulit.

Varikos lazimnya terjadi di betis, kaki dan buku lali. Ia terjadi apabila secara tidak sengaja ada gelinciran atau kesilapan injap dalam pembuluh darah dan melemahkan dindingnya.

Secara normal, injap satu hala dalam pembuluh darah membantu darah mengalir secara efisien menentang grativiti menuju ke jantung.

Apabila injap tidak berfungsi sempurna, darah bertakung, tekanan terbina dan pembuluh darah menjadi lemah, membesar dan terpulas. Ia dikenali sebagai venous insufficiency.

Sesetengah orang lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding yang lain disebabkan genetik, obesiti dan proses penuaan. Wanita lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding lelaki disebabkan kognitif tisu dan kehamilan.


Anda Perlu Tahu

- Selalunya anda akan berasa letih dan kaki terasa berat pada sebelah malam antara simptom awal varikos. Tidak lama selepas itu, kaki akan membengkak.

- Mereka yang mengalami varikos selalunya tidak peka pada simptom sebaliknya lebih mengambil berat mengenai rupa pembuluh darah yang kelihatan di permukaan kulit.

- Varikos mudah dilihat kerana kemunculannya menyebabkan kaki kelihatan hodoh. Biasanya ia berwarna biru gelap, bengkak dan kelihatan berpintal. Kaki juga terasa berat, gatal, sakit dan anda terasa letih.

- Simptom semakin buruk selepas berdiri atau duduk terlalu lama.

- Varikos juga boleh menyebabkan warna kulit berubah, kering, menipis, radang kulit atau berdarah selepas kecederaan ringan.

- Superficial thrombophlebitis (apabila darah beku terbentuk dan radang terjadi dalam pembuluh darah kecil berdekatan permukaan kulit) juga boleh terjadi dalam varikos.

- Ada sesetengah lelaki percaya varikos boleh menyebabkan kemandulan. Sebaliknya, ia tidak memberi kesan kepada kesuburan jika urat buah zakar tidak kembang dan berpintal.

- Keadaan kembang dan berpintal pada pembuluh darah veins buah zakar dikenali sebagai `varicosele' dan lelaki dapat mengenalinya jika pembuluh darah itu berpintal-pintal. Apapun, jika masih ragu, pesakit boleh berjumpa doktor untuk pengesahan.


Faktor


- Peningkatan tekanan pada pembuluh darah kaki

- Kerosakan pembuluh darah di kaki

- Kerosakan pada injap pembuluh darah di kaki

- Genetik. Anda mungkin lahir dengan kecacatan injap atau lemah pada dinding pembuluh darah. Atau ia mungkin boleh terjadi kemudian dalam kehidupan anda.

- Kehamilan adalah penyebab biasa terjadinya varikos. Ketika hamil, lebih banyak darah melalui pembuluh darah. Tambahan berat badan dan rahim yang memberat juga memberi tekanan pada pembuluh darah di bahagian kaki.

- Selalunya juga walaupun tidak kerap, varikos adalah tanda penyakit yang lebih serius seperti darah beku, kecederaan pada pembuluh darah di bahagian dalam, abnormal salur darah antara arteri dan pembuluh darah (arteriovenous fistulas) atau tumor (jarang sekali)
Khayty
kat mana saya boleh tanya pasal artikel terbaru yg Edi letak ni???
Ewan_sn
Kecantikan Melalui Laser


‘Googles’ dipakai sepanjang rawatan.
Tahukah anda bahawa teknik laser kini digunakan secara meluas dalam kosmetik dermatologi bagi menyelesaikan pelbagai masalah kulit dan membuang rambut yang tidak diingini selepas beberapa kali rawatan. Lebih menarik, kaedah itu dikatakan selamat. Jika ada pun kesan sampingan, ia sangat kecil dan tidak berbahaya. Selain itu kaedah laser sesuai semua peringkat umur. Namun anda perlu ingat, hanya golongan pakar yang boleh mengendalikan rawatan ini kerana tersilap langkah ia boleh mengundang bahaya.

Pertemuan penulis dengan Pakar Dermatologi, Dr. Allan K.C. Yee dari sebuah klinik swasta menjelaskan tentang kaedah itu. Perkataan LASER berasal daripada singkatan Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation. Cahaya laser terhasil daripada 'excited atom' yang mengeluarkan satu sinaran yang mempunyai tenaga yang tinggi.

Cahaya laser juga hanya satu hala berbanding cahaya lampu suluh yang pecah. Kita boleh mendapati penggunaannya begitu meluas seperti pemain cereka padat, 'laser pointers' dan lain-lain lagi. Laser boleh digunakan untuk merawat seluruh tubuh walaupun di kawasan sensitif seperti kawasan mata, mulut, dagu dan leher. Ia boleh merawat kesan penuaan, pigmentasi, parut, tanda lahir, jeragat, tatu dan lain-lain tanpa mengira jenis kulit. Ia juga boleh membuang rambut yang tidak diingini seperti di bawah lengan, betis dan lain-lain melalui IPL (Intense Pulse Light).

Selain itu, rawatan laser juga boleh dilakukan untuk semua peringkat umur termasuklah bayi yang berusia empat minggu yang mengalami 'Portwine stain' iaitu sejenis kecacatan kekal yang berlaku pada kulit wajah khususnya. Ia berwarna kemerahan (setompok) dan bersifat kekal dan dianggarkan berlaku kepada tiga daripada 1,000 orang bayi.

Bagi merawat pelbagai masalah kulit, beberapa alat moden berteknologi tinggi digunakan seperti:

- Cool Touch II & Aramis - Merawat kesan penuaan dengan memperbaiki kolagen seterusnya memperbaiki struktur kulit menjadi lebih tegang. Ia juga merawat parut.
- Medlite Q-Switched Nd: YAG Pigment Laser; Merawat pigmentasi, tanda lahir (1064nm), dan jeragat. Ia menggunakan 532 nm cahaya laser hijau untuk lapisan atas sementara 1064 nm untuk lapisan lebih dalam misalnya pigmen tatu.

Walaupun penggunaannya begitu meluas, namun masih ramai yang tertanya-tanya kesan sampingannya. Malah ada yang berpendapat, kaedah itu berbahaya. Bagaimanapun pendapat tersebut salah kerana laser selamat digunakan dan tidak memberi risiko besar. Lazimnya, kecenderungan meninggalkan kesan parut adalah perkara biasa terutamanya bagi kulit orang Asia. Oleh sebab itu, anda tidak boleh membenarkan pakar kecantikan melakukannya sebaliknya hanya pakar dermatologi yang layak merawatnya.


Rawatan laser hanya boleh dilakukan oleh doktor.
“Hanya pakar dermatologi yang boleh melakukan rawatan ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya. Laser bertindak berubah daripada cahaya yang lembut ke cahaya yang kuat. Ia akan membakar kulit seterusnya meninggalkan kesan parut. Selain itu ia juga boleh merosakkan mata jika tidak memakai 'googles'. Ia juga sensitif terhadap alkohol dan boleh menyebabkan kebakaran,” jelas Dr. Allan.

Katanya lagi, ada rawatan yang menyakitkan dan ada yang tidak bergantung kepada jenis masalah kulit dan tenaga laser yang digunakan. Bagaimanapun, krim disapu terlebih dahulu di tempat bermasalah setengah jam sebelum rawatan bagi mengurangkan rasa sakit.

Sebelum menjalani sebarang rawatan, biasanya doktor akan mengenal pasti masalah terlebih dahulu. Pesakit juga dinasihatkan agar jangan banyak terdedah kepada cahaya matahari selepas rawatan bagi mengelakkan sebarang masalah. Bagaimanapun, tidak semua pigmentasi boleh dirawat menggunakan teknik laser misalnya malasma. Menurut Dr. Allan, rawatan laser biasanya tidak mengambil masa yang lama bergantung kepada masalah kulit. Misalnya rawatan tersebut boleh dilakukan ketika anda rehat makan tengah hari.

Bercerita tentang kos, sememangnya tidak dinafikan ia melibatkan kos yang agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit untuk sekali rawatan. Ini kerana teknologi laser itu sendiri memerlukan kos yang tinggi. Bagaimanapun kos bergantung kepada keluasan kulit yang bermasalah. Semakin besar kawasan yang memerlukan rawatan, maka tinggilah kosnya. Namun bagi masalah kecil, hanya sekali atau dua kali rawatan sudah mencukupi.


Langkah selepas rawatan- Sapukan krim antibiotik untuk membunuh kuman. Rawatan susulan diperlukan bagi memastikan tidak ada masalah lain yang timbul.
- Rawatan yang kesannya lambat lebih baik berbanding dengan kesan yang cepat.
- Elakkan daripada banyak terdedah di bawah sinaran matahari.
- Pastikan anda mengenakan krim pelindung UV jika keluar rumah.
- Jika masalah tersebut kembali, anda perlu mengulangi rawatan.


Langkah sebelum rawatan- Kenal pasti masalah kulit. Dapatkan rawatan pakar dermatologi dari klinik yang sah.
- Pastikan anda mendapat nasihat yang betul sebelum membuat rawatan.
- Pastikan bajet mencukupi.
- Pastikan anda memilih rawatan yang memberikan kesan yang lambat kerana ia lebih selamat.


Laser akan:- Mengakibatkan pemusnahan folikel rambut secara terpilih.
- Memberi keputusan yang memuaskan terhadap masalah kulit atau rambut selepas beberapa kali rawatan.
- Mengakibatkan beberapa kesan sampingan yang tidak memudaratkan seperti bengkak dan pigmen kulit terutamanya bagi mereka yang berkulit gelap.


Laser tidak akan:
- Menyebabkan pemusnahan rambut yang berkekalan selepas satu rawatan. Begitu juga dengan masalah kulit.
- Memberikan keputusan yang sama terhadap semua pesakit kerana setiap sistem laser bertindak secara berlainan mengikut jenis dan masalah kulit pesakit. Amnya, pesakit yang mempunyai rambut hitam dan kulit cerah akan bertindak balas dengan lebih baik.
Ewan_sn
Rabun jauh masalah biasa kanak-kanak

Penjagaan mata perlu dilakukan sejak awal kerana cermin mata bukan penyelesaian masalah

RABUN jauh masalah yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak sekolah. Selalunya masalah ini dikesan pada awal usia persekolahannya tetapi semakin serius pada usia remaja.

Masalah penglihatan itu mudah dibetulkan dengan cermin mata dan selalunya stabil apabila usianya menjelang 20 tahun.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Azrin E Ariffin, berkata penjagaan mata perlu dilakukan pada peringkat awal kerana bukan semua masalah mata boleh diselesaikan dengan memakai cermin.

Masalah penglihatan bukan hanya rabun jauh tetapi termasuklah kabur, penglihatan berganda dan penglihatan tidak selesa (seperti imej yang terherot dan penglihatan yang kadang kala berwarna).

Selain itu, ada antara masalah penglihatan sebenarnya simptom kepada penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, endokrin dan masalah neurologi.

Bagi kanak-kanak secara umumnya, masalah penglihatan adalah rabun jauh. Secara perubatan rabun jauh disebut myopia. Ia menjelaskan mengenai kesukaran melihat objek yang jauh. Mereka yang rabun jauh, bola mata akan lebih panjang berbanding biasa dari hadapan ke belakang.

Ada dua peringkat kanak-kanak yang berhadapan masalah rabun jauh. Kanak-kanak yang sudah bersekolah dan kanak-kanak yang belum bersekolah.

Pada peringkat usia terlalu awal dan belum bersekolah, anak-anak tidak tahu untuk memberitahu mengenai masalah penglihatannya.

Apatah lagi ia berlaku terlalu awal, dia sudah biasa dengan penglihatan begitu dan menganggapnya normal. Justeru, ibu bapa harus peka dengan perlakuan anak. Misalnya dia sukar menentukan jarak antaranya dan objek.

Perlu diketahui, rabun jauh lebih kerap terjadi kepada anak-anak yang lahir dari pasangan yang rabun jauh juga.

“Masalah rabun jauh diwarisi dari keluarga misalnya, ibu bapa yang rabun jauh. Tetapi bukan semua anak dari pasangan rabun jauh akan mengalami masalah ini,” katanya.

Kata Prof Azrin, pada peringkat usia persekolahan, memang kerap rabun jauh dikesan pada usia begini. Ia disebut ‘school myopia’.

Rabun jauh bukan sekadar masalah yang diwarisi secara genetik tetapi dipengaruhi juga dengan masalah persekitaran seperti menonton televisyen terlalu lama, membaca dalam keadaan gelap dan persekitaran yang sempit.

Seperti kepercayaan orang dahulu kala, mata untuk persekitaran yang luas tetapi kebanyakan kita membaca dalam ruang yang kecil. Justeru ia mengehadkan keupayaan mata melihat.

Bagi golongan dewasa, mereka yang berhadapan dengan rabun jauh adalah yang berusia 40 tahun ke atas.

Bagi mereka yang berusia pada lingkungan 20 ke 30 pula, ada sesetengahnya disebabkan penyakit. Gangguan penglihatan adalah simptom penyakit. Tetapi bukan semua masalah penglihatan pada usia itu dikaitkan dengan penyakit.

Langkah Pencegahan

Justeru rabun jauh selalunya diwarisi, agak sukar untuk mencegahnya secara keseluruhan. Tetapi ada beberapa langkah boleh meminimumkan.

- Buat pemeriksaan mata awal

- Jika dia tidak selesa untuk melihat televisyen dengan jarak jauh, dia mungkin sudah mengalami rabun jauh dan perlu diperiksa.

- Peka pada rungutan misalnya dia tidak nampak apabila guru menulis di papan hitam

- Penglihatan berkembar

- Mengadu pening jika membaca terlalu lama

Selalunya kanak-kanak dengan masalah rabun jauh akan mengadu sakit kepala, sakit mata dan letih apabila cuba memfokus pada sesuatu objek lebih beberapa kaki jauh daripadanya.

Lazimnya juga, kanak-kanak dengan rabun jauh mengadu sukar melihat objek yang jauh. Dia akan cuba merapati untuk melihatnya secara jelas. Jika kanak-kanak mengadu simptom ini, buat temu janji dengan doktor.

Sebagai tambahan pastikan matanya diperiksa pada usia setahun, tiga tahun dan setiap dua tahun selepas itu terutama jika anda memiliki sejarah keluarga yang rabun jauh.

FAKTA

- Rabun jauh masalah genetik yang boleh dikesan menjelang usia persekolahan.

- Semakin serius menjelang usia akil baligh

- Selalunya menjelang 20 tahun, masalah rabun jauh sudah ditangani. Tetapi jika rabun jauh makin serius, ia dikenali sebagai ‘myopia on set’ lewat.
Ewan_sn
Senaman usia emas


Menaiki tangga cara terbaik bersenam kerana jantung, paru-paru, otot dikerah bekerja

USIA emas bagi kebanyakan orang bermakna tubuh menjadi lesu dan tidak bermaya serta tidak boleh berdiri lama kerana kaki sakit.

Bagaimanapun dari semasa ke semasa, laporan media massa mengenai perlumbaan berjalan kaki atau maraton yang turut disertai peserta veteran berusia 70 tahun, membuktikan anggapan itu tidak boleh diterima sepenuhnya.

Mengapa segelintir warga emas tetap cergas dan boleh menyertai kegiatan sukan yang bagi sesetengah orang muda pun tidak mampu dilakukan.

Ini yang menyebabkan mengekalkan keadaan fizikal dalam keadaan baik dengan membuat beberapa bentuk latihan senaman membolehkan sendi, tulang, otot, tendon dan ligamen manusia, lebih bersedia apabila memasuki usia emas.

Terdapat banyak bukti bahawa senaman yang dilakukan secara konsisten adalah ubat terbaik untuk mencegah menghidapi penyakit.

Antara keadaan yang sering dialami warga emas ialah masalah terjatuh yang menyebabkan kecederaan serius, terutama keretakan pergelangan tangan dan pangkal paha.

Ini yang menyebabkan senaman penting kerana kegiatan fizikal mengurangkan risiko terjatuh dengan menjadikan sendi terus berfungsi dengan baik serta memantapkan kekuatan, keseimbangan dan penyelarasan otot.

Selain memastikan terus berdikari dan bergerak tanpa masalah, senaman memperlahankan proses osteoporosis, suatu keadaan yang sering berlaku di kalangan wanita, berbanding lelaki yang menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan mudah patah.

Warga emas perlu cergas dan aktif, tetapi ini memerlukan tulang yang kuat untuk mengelakkan menghadapi masalah keretakan tulang apabila terjatuh.

Oleh itu, tidak menghairankan dalam perlumbaan berjalan kaki dan maraton, sama ada dalam negara atau luar negara, ada peserta warga emas berumur 70 tahun.

Warga emas yang ingin mengikuti jejak langkah segelintir rakan mereka yang istimewa ini tidak boleh memaksa diri kerana perbuatan itu membahayakan diri, apatah apabila sudah lama tidak aktif.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna warga emas boleh menyerah kalah begitu saja kerana masih belum terlewat untuk memulakan program kecergasan terancang dengan perkara pertama perlu dilakukan ialah mendapatkan nasihat doktor.

Selepas mendapat lampu hijau doktor, senaman boleh dilakukan dengan berhati-hati. Perlu ingat bahawa pada usia lebih tua, tubuh tidak boleh dipaksa untuk melakukan aktiviti fizikal seperti yang diinginkan.

Sebagai permulaan, kegiatan seperti berjalan kaki dan berenang sesuai dilakukan, tetapi apa pun kegiatan yang dipilih, ia akan menyebabkan keadaan seperti kurang bernafas sedikit dan letih, tetapi bukan hingga termengah-mengah dan tubuh menjadi lembik.

Bekerja terlalu kuat dalam keadaan tubuh tidak cukup cergas membahayakan diri. Pendekatan terbaik adalah dengan meningkatkan kegiatan senaman secara beransur-ansur.

Sebagai contoh, jarak atau masa berjalan kaki boleh ditambah mengikut kemampuan diri dengan matlamat akhir ialah bersenam dalam tempoh 20 minit secara berterusan sekurang-kurang dua kali seminggu.

Apabila umur semakin meningkat, otot mengambil masa lebih lama untuk pulih daripada senaman. Kadang-kadang rasa kejang boleh berlaku dalam tempoh satu atau dua hari selepas senaman dan jika mengalami kecederaan, tempoh sembuh mengambil masa lebih lama.

Cara terbaik melakukan senaman ialah dengan menjadikan kegiatan ini sebagai sebahagian gaya hidup seperti berjalan kaki atau menunggang basikal menggantikan memandu kereta ke tempat berdekatan seperti kedai runcit dan jika menaiki bas, berhenti di perhentian yang jauh sedikit dari rumah.

Menggunakan tangga berbanding menaiki lif adalah senaman terbaik kerana jantung, paru-paru dan otot dikerah untuk bekerja.

Bagaimanapun, kegiatan ini tidak sesuai dilakukan jika simptom seperti sakit dada dan kesukaran bernafas atau lutut dan pangkal paha berasa sakit.
Ewan_sn
Panaskan badan sebelum bersenam

Regangan badan penting supaya otot berfungsi dengan baik, elak kecederaan



PAKAR kenderaan sering menasihat pemandu supaya memanaskan enjin terlebih dulu sebelum memulakan perjalanan, terutama pada waktu pagi.

Apakah tujuan membiarkan enjin dalam keadaan melahu selama beberapa minit sebelum digerakkan? Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Akibatnya, bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan berat hingga enjin lebih cepat rosak.

Apakah kaitan memanaskan enjin dengan senaman? Tubuh manusia sama seperti enjin. Jika enjin menerima kesan buruk akibat kegagalan pemandu memanaskan enjin, tubuh manusia juga berkeadaan serupa.

Sesetengah orang bersenam untuk lebih sihat, tetapi selepas sekali atau dua kali melakukan senaman terus patah semangat untuk bersenam kerana bukan kesihatan bertambah baik, tetapi mengadu bahagian tertentu tubuh seperti kaki terseliuh dan sakit.

Masalah yang dialami Itu menunjukkan tubuh manusia perlu melalui proses sama seperti enjin kenderaan, memanaskan badan sebelum bersenam.

Memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus mengelakkan kecederaan.

Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.

Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan.

Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.

Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif.

Ketegangan otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa memanaskan badan sepenuhnya.

Kebaikan memanaskan badan

FAKTOR utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan.

Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia.

Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.

Kebaikan menyejukkan badan

SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya.

Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot.

Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.

Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.

INFO

Teknik memanaskan badan

PASTIKAN aktiviti memanaskan badan dilakukan mengikut teknik yang betul. Tempoh masa yang sesuai sekurang-kurangnya 10 minit. Kaedah lain yang digunakan ialah urutan kerana meningkatkan pengaliran darah melalui otot, tetapi mesti diikuti regangan otot.

Regangan betis

Berdiri dengan sebelah kaki berada di depan. Secara perlahan-lahan pindahkan berat badan kepada kaki depan. Ini menyebabkan otot betis diregang ke arah belakang. Kekalkan kedudukan itu kira-kira lima minit.

Kepantasan

Aktiviti berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.

Regangan bahu dan dada

Kedua-dua belah tangan di bahagian belakang dalam keadaan seperti bersalam. Tangan kemudian digerakkan ke atas dan kekalkan keadaan itu selama lima minit.

Melonggarkan bahagian atas tubuh

Gerakkan kedua belah tangan dari bahagian atas secara berperingkat-peringkat hingga ke bawah.

Teknik menyejukkan badan

BERSENAM tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam tidak boleh diabaikan.

Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.

Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

Penyejukan

Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.

Memperlahankan kepantasan

Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.

Menurun

Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.
Ewan_sn
Turun naik tangga bantu Dr Mohd Ismail sentiasa sihat

“TURUN naik tangga sekurang-kurangnya dua tingkat sambil melangkau dua anak tangga. Tiada senaman lain yang saya amalkan kerana kekangan masa,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican ketika ditanya rahsia kelihatan cergas selalu.

Tenaga dan semangat yang ditunjukkan beliau setiap hari kadang kala mengatasi anak muda, tidak setanding dengan usianya yang kini mencecah 58 tahun dan sentiasa sibuk dengan tugas yang diamanahkan kepadanya.

“Selain menggunakan tangga, saya juga mengamalkan berjalan dengan laju setiap hari tetapi janganlah ketika cuaca panas terik. Saya perlu pastikan badan sentiasa sihat kerana tidak mahu banyak kerja tertangguh.

“Jika saya perlu menghadiri mesyuarat, saya akan pastikan berhenti di beberapa tingkat dan menggunakan tangga untuk ke tingkat selebihnya. Semuanya itu untuk memastikan saya sentiasa cergas tidak kira di mana saja,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, dengan meletakkan kenderaan jauh sedikit dari tempat dituju membolehkan aktiviti berjalan laju dilakukan setiap hari tanpa jemu. Jika ia dilakukan secara kerap, peredaran oksigen dalam badan pastinya berjalan lancar sekali gus mengelakkan penyakit.

"Saya tidak berapa suka makan. Jadi tiada masalah jika saya mahu berdiet. Bagi saya, makan hanya untuk memenuhi keperluan dan mendapatkan tenaga meneruskan kerja sepanjang hari, bukannya mengikut nafsu semata-mata.

"Tabiat buruk saya ialah tidak mempunyai waktu makan yang tetap terutama apabila terlalu banyak mesyuarat atau majlis yang perlu dihadiri. Sebenarnya ia tidak bagus tetapi kadang-kala tidak dapat dielakkan," katanya.

Oleh kerana kerja yang tidak menentu, beliau berkata, beberapa jenis makanan tambahan dan vitamin seperti C, E dan D diambil secara teratur bagi menggantikan kekurangan vitamin dalam badan berikutan cara pemakanan tidak menentu.

Beliau berkata, pengambilan vitamin penting terutama apabila usia semakin meningkat dan bagi individu yang terlalu gilakan kerja sepertinya, mengamalkan cara hidup sihat membantu seseorang itu melaksanakan kerja dengan mudah tanpa perlu risau penyakit.

Bagi mengelakkan kelesuan, beliau berkata, pengambilan nasi perlu dihadkan kerana jika keterlaluan akan menyebabkan badan menjadi malas dan lesu. Bagaimanapun, ia masih perlu diambil kerana pembekal tenaga utama.

“Saya mengamalkan diet dengan melebihkan pengambilan protein seperti ikan dan tidak sesekali melupakan sayur-sayuran. Karbohidrat jika boleh dikurangkan.

"Sebelum ke pejabat, saya akan pastikan bersarapan sekurang-kurangnya dengan hanya minum secawan milo supaya perut tidak terlalu kosong ketika dalam perjalanan ke pejabat. Perut kosong membuatkan mood terganggu.

"Saya tidak pernah tinggalkan sarapan pagi kerana ia membuatkan kita bertenaga sepanjang hari dan mendisiplinkan diri mengambil sarapan pagi sangat penting kerana hari yang baik bermula seawal pagi,” katanya.

Beliau berkata, paling penting setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah ikhlas kerana ia pasti terpancar pada wajah dan sentiasa tersenyum, selain jangan lupa melakukan pemeriksaan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Ewan_sn
Tips for your skin

The following list are tips on how to maintain your skin clear and healthy. These tips are good and easy to do. So, let's try it :

1) Drink at least 8 glasses of water every day.

2) Cut some beet root into small pieces and grind them. Squeeze juice from beet root and massage to your face for 5 minutes. Shower after 10 minutes with mild soap or gram flour.

3) Mix sandalwood powder with rose water and add 4 to 5 drops of milk in it and apply on to your face and body. Shower after 15 minutes with warm water.

4) Mix honey in water and drink daily in the morning to keep your skin shiny and smooth.

5) Warm honey and mix with lemon juice and apply on to face. Wash after it dry.

6) Massage your skin with milk. Milk has moisturizer, it will keep your skin smooth.

7) Use humidifiers and keep room temperature moderate to keep your skin away from dryness.

8 ) Hot water blushes your skin and you don t feel fresh unless you have bath with little cold water. If you have shower for a longtime, dead skin will be automatically be removed. Do not rub with towel, be gentle on your skin.

9) Take food which contains more A and C vitamin.

10) Grate carrot and boil. Massage that mixture to body to get fair and smooth skin.

11) For natural bleaching: - mix milk and lemon juice. The milk will break as soon as you mix the lemon juice in it. Use that mixture to massage on your body. It works as natural bleaching.

12) If you go into sun your skin will lost the fairness. To get your skin color to normal take equal quantities of cucumber juice and tomato juice and apply on to skin. Shower after 10 minutes.

13) Massage mustard oil to your skin for 5 minutes and have shower with gram flour or mild soap.

14) Mix cream on the top of milk and all-purpose flour and apply that paste on to your skin avoid eyes, eyebrows and lips. Shower after 5 minutes. This will make skin smooth.

15) Mix curds (yogurt) with wheat flour and apply to your skin and take shower after 5 minutes.

16) Grind rose petals and mix with cream on the top of milk and apply to your body. Shower after 10 minutes.

17) Scaly skin is a result of fluorine deficiency. Fluorine is the anti-resistant element of the human body, the absence of which creates problems in the blood and spleen. Since cooking and heating foods destroys fluorine, it is better to eat uncooked raw fruits and vegetables. Other foods rich in fluorine are goat milk and cheese, rye flour, avocados, sea plants and cabbage, cream whey and cottage cheese.

18) Wrinkle skin is a result of Sodium deficiency and makes skin sticky. Cucumbers are ideal for combating and preventing sodium deficiency because they are not only high in sodium, but also help in keeping the body cool, a great summer' s treat.

19) Skin rashes are the result of silicon deficiency. To avoid pus and rashes, eat plenty of sprouts, alfalfa, barley, tomatoes, spinach, strawberries and figs.

22) Skin eruptions are the result of Chlorophyll. And are found in wheat grass and other green leafy vegetables
Ewan_sn
RF bantu wanita buang selulit

BENJOLAN lemak di bahagian tertentu membuat wanita berasa penampilan diri tidak menarik sehingga mencetuskan masalah kecelaruan perasaan.

Tapi kini, melalui rawatan Teknologi Tripolar Radio Frequency (RF) wanita yang sudah lama mengimpikan bentuk badan sempurna dengan tubuh yang bebas dari lemak yang menggeleber serta selulit sudah boleh menarik nafas lega.

Istimewanya, rawatan itu langsung tidak menyakitkan kerana tidak membabitkan sebarang penggunaan jarum. Malah rawatan ini boleh diibaratkan seperti ‘walk in work up’ kerana selepas rawatan, pesakit boleh melakukan tugasan harian seperti biasa.

Rawatan RF ialah teknologi memfokuskan kepada penggunaan frekuensi haba yang disalurkan melalui rod elektod.

Haba yang disalurkan itu berkesan memecahkan lemak degil yang selama ini selesa berlindung di bawah lapisan kulit atas (epidermis) dan bawah (dermis).

Pengurus Pembangunan Perniagaan CN Health and Beauty, Joyce Sarangapany, berkata teknologi tripolar adalah kaedah terkini membuang lemak menggabungkan teknologi monopolar dan bipolar RF dan bertindak lebih baik terhadap lapisan lemak dalam tubuh.

“Kekurangan kaedah monopolar dan bipolar, pesakit akan merasai kesan panas pada kulit berkali ganda lebih berbanding tripolar kerana melalui rawatan ini, pesakit hanya akan merasai kesan hangat pada kulit kurang sejam selepas rawatan.

“Malah, ia juga bertindak dwi-fungsi iaitu sebagai rawatan memecah lemak serta selulit (cellulite reduction and body remodelling) dan juga mampu membentuk semula badan serta wajah (facial contouring and skin tightening) supaya kelihatan lebih sempurna,” katanya.

Pesakit perlu melakukan enam hingga lapan kali rawatan dan untuk mengekalkannya manakala rawatan perlu diulangi setiap empat atau lapan minggu.

Hasilnya amat mengejutkan kerana hanya selepas satu sesi rawatan, pesakit sudah dapat merasakan perubahannya.

Beliau berkata, rawatan Tripolar FR sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh dilakukan wanita dan lelaki mengikut keperluan. Ia sesuai untuk membuang lemak dan selulit di kawasan tubuh juga wajah seperti perut, punggung, paha, lengan serta dagu.

“Namun, apa pun kaedah yang dilakukan untuk membuang lemak dan selulit, mereka dinasihatkan supaya menjaga diet serta melakukan senaman kaedah itu paling berkesan dalam memastikan tubuh kekal sihat,” katanya.


FAKTA: Kenali selulit

Ada dua lapisan lemak pada kulit manusia iaitu lemak luaran dan lemak simpanan dalaman. Lemak luaran adalah normal dan tidak boleh disingkirkan. Lemak simpanan dalaman adalah lemak berlebihan.

Selulit adalah gangguan tisu lemak di bawah kulit. Selulit sentiasa dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.


Petua:

Kurangkan kadar kolesterol

Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan minum dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi. Kesannya dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Mengelak perut buncit

Jika makan nasi, jangan disulami air. Minum air selepas selesai makan. Sebaik-baiknya minum ½ jam atau 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Ewan_sn
Cara mudah tingkat daya tahan tubuh


MENGELAK daripada diserang pelbagai penyakit tidak semestinya bergantung kepada ubat-ubatan atau menjalani lebih kerap rawatan pemeriksaan kesihatan. Hakikatnya, terdapat pelbagai cara untuk memiliki tubuh badan kuat dan sihat.

Tubuh manusia sebenarnya memiliki perisai atau ‘imune sistem’ yang melindungi tubuh daripada benda asing yang berbahaya termasuk virus, bakteria dan kuman yang menyebabkan kemudaratan.

Bagi memiliki tubuh yang sentiasa sihat ia bukan saja menuntut aktiviti fizikal seperti senaman dan pengambilan makanan berkhasiat, malah faktor psikologi juga harus diambil kira.

Gaya hidup sihat menyumbang ke arah kesihatan maksimum. Bagi memiliki kesihatan berkualiti anda boleh mempraktikkan beberapa panduan ini supaya kebergantungan terhadap ubat-ubatan dapat dikurangkan.

Melatih otak

Kajian ahli saraf, Marin Diamond yang memiliki Ijazah Doktor Fasafah (PhD) dari Universiti California menjelaskan permainan yang memerlukan kemahiran berfikir boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan seseorang. Ini kerana aktiviti mental yang menggunakan satu atau lebih kombinasi fungsi intelektual dapat membantu tubuh lebih berdaya tahan.

Bersosial

Seseorang itu akan memiliki kekebalan tubuh badan yang lebih baik jika kerap bersosial. Ia dibuktikan secara ilmiah oleh Barry Bittman, Pengarah Urusan Mind-Body Wellness Center di Meadvile, Amerika Syarikat.

Kaedah yang digunakan Barry adalah dengan menyebarkan virus selsema kepada beberapa individu. Kajian itu membuktikan semakin kerap seseorang bersosial, semakin nipis kebarangkalian mereka dijangkiti selsema.

Berfikiran positif

Menurut pakar dari Klinik Mayo, Amerika Syarikat, golongan yang pada masa mudanya selalu berfikiran optimis mempunyai kecenderungan untuk hidup 12 tahun lebih lama berbanding mereka yang selalu pesimis. Malah, Anna L Marsland dari Universiti Of Pittsburg Medical Center pula mendapati mereka yang selalu berfikiran negatif dan mudah tertekan mempunyai respon terhadap vaksin hepatitis yang lebih berganda berbanding golongan yang positif.

Makan secara sihat dan teratur

Walaupun anda sedang berusaha menurunkan berat badan, pastikan anda sentiasa peka dengan keperluan nutrisi pada tubuh bagi memastikan ia mencukupi. Ini kerana tubuh badan yang kurang nutrisi akan cenderung menghasilkan lebih banyak hormon yang menyumbang kepada tekanan.

Ketawa

Menurut kajian Fakulti Perubatan, Universiti California, Amerika Syarikat, membuktikan gerakan otot perut ketika ketawa boleh merangsang penghasilan antibodi dan sel-sel aktif yang berguna untuk memerangi jangkitan penyakit. Ketawa juga meningkatkan peredaran darah, melancarkan sistem pencernaan, menurunkan tekanan darah dan menghilangkan ketegangan otot.

Gerakkan tubuh

Aktiviti bersenam sekiranya dilakukan dengan betul dan teratur ia dapat memperbaiki mood, mengurangkan tekanan selain mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Namun jika anda dibelenggu tekanan yang berat jangan memaksa diri melakukan senaman yang keterlaluan ia menyebabkan tubuh anda mudah jatuh sakit.
Ewan_sn
Kesuburan terjejas


LELAKI yang suka mandi berendam dalam air panas (untuk menghilangkan lenguh seluruh badan) disaran berfikir dua kali sebelum berbuat demikian kerana ia boleh menjejaskan kesuburan selama beberapa bulan.

Amalan mandi berendam dalam air panas didapati boleh menurunkan kesuburan lelaki sehingga 491 peratus; berdasarkan kajian penyelidik Universiti California, San Francisco ke atas 11 lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.

Kajian dilakukan ke atas lelaki yang kerap mandi berendam dalam air panas (melebihi 30 minit seminggu) sama ada di dalam tab mandi di rumah atau jakuzi.

Bagaimanapun, kesan mandian air panas ke atas kesuburan boleh kembali ke tahap normal kerana kajian itu juga mendapati selepas tiga hingga enam bulan lelaki terbabit tidak melakukannya, tahap pergerakan sperma meningkat di antara 12 hingga 34 peratus.

Lima daripada enam lelaki yang tidak menunjukkan perubahan adalah perokok tegar dan ‘kronik’ — antara faktor utama yang dikatakan turut menyumbang kepada masalah kesuburan dan menyebabkan badan kurang bertindak balas.

Walaupun kajian ini membabitkan responden kecil, ia boleh dijadikan rujukan terhadap tahap kesuburan lelaki kerana semakin ramai pasangan sukar mendapatkan anak, walaupun sudah lama berkahwin dan disahkan sihat.

Apatah lagi sebelum ini banyak kajian membuktikan sperma berkembang dengan baik dalam persekitaran lebih sejuk daripada suhu badan dan sebab itu testikel terletak di luar badan lelaki.

Ini sebabnya lelaki juga tidak digalakkan memakai seluar terlalu ketat kerana ia bukan saja tidak selesa dan boleh mengganggu kelancaran aliran darah, bahkan turut meningkatkan suhu di sekeliling testikel.

Baru-baru ini ada penyelidik menyarankan lelaki mengelak meletakkan komputer riba di atas paha kerana haba komputer juga dikatakan boleh menjejaskan kualiti sperma.

Meletakkan komputer riba di atas paha boleh meningkatkan suhu pada skrotum sehingga 2.7° Celsius (jika digunakan) dan 2.1° Celsius jika tidak digunakan.

Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh meningkat sehingga 31 hingga 40° Celsius, iaitu empat hingga 13 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal.

Kajian lain mendapati, jumlah sperma boleh menurun sebanyak 40 peratus jika suhu pada skrotum meningkat satu darjah Celsius. Bayangkan kesannya jika suhu pada anggota itu meningkat melebihi dua atau tiga darjah Celsius.

Secara purata, lelaki mampu menghasilkan di antara 100 hingga 300 juta sperma setiap hari dan sekurang-kurangnya mega_shok.gif juta sperma diperlukan bagi membolehkan seseorang wanita mengandung.

Jika bilangan sperma terlalu sedikit dan banyak mengandungi sperma tidak normal, kemungkinan untuk wanita hamil adalah rendah.

Sebenarnya banyak faktor lain boleh menjejaskan kesuburan lelaki. Seperti wanita, faktor pertambahan umur juga boleh merendahkan kualiti sperma, menyebabkan lelaki menjadi kurang subur.

Antaranya ialah merokok, terlalu banyak makan dan minum minuman keras. Tiga perkara ini antara faktor gaya hidup yang boleh menyebabkan lelaki kurang subur.

Tiga faktor berkenaan juga juga dikenal pasti menjadi penyumbang utama menyebabkan kira-kira dua setengah juta lelaki Britain berisiko tinggi mengalami masalah kesuburan.
Ewan_sn
Pentingnya Pemeriksaan Darah
Penting untuk memastikan kita tidak termasuk dalam kumpulan pesakit kencing manis


BILA kali terakhir anda menjalani pemeriksaan paras glukos (gula) dalam darah? Setahun, dua tahun lalu atau tidak pernah langsung? Jika tidak pernah, hari ini luangkan sedikit masa dan pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Apabila ada kempen kesihatan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan darah di kawasan berdekatan, usah dipersia-siakan peluang itu.

Walaupun nampak remeh dan mudah, pemeriksaan darah antara ujian asas paling penting untuk mengetahui status kesihatan kita.

Jangan jadikan sibuk sebagai alasan kerana pemeriksaan setahun sekali sudah memadai, kata Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Pemeriksaan ini penting untuk memastikan anda tidak termasuk dalam kumpulan lebih sejuta pesakit kencing manis di negara kita.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jumlah pesakit kencing manis di Malaysia akan meningkat 164 peratus iaitu 2.5 juta menjelang 2030.

Jangan anggap penyakit ini tidak akan terjadi kepada anda hanya kerana anda masih muda dan sentiasa sihat kerana ini yang berlaku pada kebanyakan pesakit kencing manis. Boleh dikatakan semua pesakit tidak sangka mereka akan dapat kencing manis.

Jadi, jika anda berumur 35 tahun, bermakna tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, termasuk ujian darah secara berkala.

Individu berisiko (mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga sama ada ibu, bapa atau adik beradik) perlu menjalani pemeriksaan lebih awal.

Mengikut garis panduan Diabetes Malaysia, paras glukos normal tidak melebihi 6.5 mmol/liter (ketika lapar) dan kurang daripada 7.8 mmol/liter dua jam selepas makan.

Jika paras glukos anda dalam lingkungan 6.5 hingga 7 mmol/liter (ketika lapar) dan 7.8 hingga 11.1 mmol/liter (dua jam selepas makan) bermakna anda memasuki fasa pra diabetes.

Kini penyelidik lebih memberi tumpuan terhadap paras glukos darah ketika lapar dan hemoglobin glikosilat (HbA1c) yang dijadikan penanda penting dalam pengurusan penyakit kencing manis.

Dr Mafauzy berkata, ini adalah peringkat awal sebelum mendapat kencing manis dan ia boleh diundurkan ke belakang menjadi normal semula dengan melakukan dua perkara penting iaitu bersenam dan menjaga pemakanan.

“Bagaimanapun, jika anda masih buat tidak tahu atau tidak mahu menjalani pemeriksaan paras glukos darah, bermakna anda sengaja menempah tiket menjadi pesakit kencing manis. Jika dibiarkan, risiko mendapat kencing manis meningkat sebanyak 10 peratus setahun,” katanya.

Seperkara penting harus diingat, sekali terjebak dengan kencing manis, bermakna sepanjang hayat kita akan bergantung kepada ubat untuk merendahkan paras gula ke tahap selamat.

Mengapa pakar perubatan terlalu memberi penekanan terhadap paras glukos darah? Kencing manis yang tidak terkawal boleh dianggap ‘ibu’ kepada pelbagai masalah kesihatan lain.

Antara punca utama kencing manis jenis 2 (yang dialami 98 peratus pesakit) ialah disfungsi sel beta dan kekurangan kepekaan insulin (disebabkan kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin). Akibatnya, paras gula dalam darah lebih sukar dikawal.

Katanya, kebanyakan masalah berlaku kerana pesakit kencing manis gagal mengawal paras glukos mereka. Kajian yang dilakukan 49 klinik swasta ke atas 438 pesakit mendapati 94 peratus mempunyai tahap gula darah yang tidak terkawal.

Senario sama turut ditunjukkan di hospital kerajaan kerana 895 (81.4 peratus) daripada 1,099 pesakit juga gagal mengawal paras gula darah mereka.

Ini menyebabkan mereka berdepan pelabagai komplikasi kesihatan seperti disenaraikan di atas. Justeru, pesakit memerlukan satu atau lebih jenis ubat untuk menghentikan atau memperlahankan kerosakan sel beta pankreas yang secara tidak langsung dapat membantu mengawal paras glukos darah.

Menurut Perunding Kanan Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Chan Siew-Pheng, penurunan satu peratus paras glukos darah boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan pesakit secara keseluruhan.

Ini berdasarkan keputusan kajian ADOPT (A Diebetes Outcome Progression Trial) selama lima tahun ke atas 4,360 pesakit di Amerika Utara dan Eropah berumur 30 hingga 75 tahun yang menggunakan TZD dalam rawatan awal diabetes.

Kajian berkenaan dibuat kerana kebanyakan pesakit masih mengalami masalah penurunan fungsi sel beta (daripada pankreas) yang menyebabkan kawalan paras gula darah semakin sukar, walaupun mengambil ubat antidiabetes paling lazim.

Didapati penurunan satu peratus glukos (atau lebih tepat HbA1c) dapat mengurangkan risiko kematian sehingga 21 peratus, serangan sakit jantung (14 peratus), komplikasi saraf terutama pada mata dan buah pinggang (37 peratus) dan penyakit salur darah (43 peratus).

Kajian Prospekstif Diebetes United Kingdom (UKPDS) ke atas 3,867 pesakit yang menggunakan TZD juga menunjukkan ubat berkenaan mampu mencegah kehilangan kawalan dan dapat mengurangkan risiko komplikasi salur darah sehingga 25 peratus, serangan jantung (16 peratus) dan kematian sebanyak 10 peratus.

TZD antara ubat baru antidiabetes, tetapi digunakan secara meluas di seluruh dunia, termasuk di negara kita. Ia mampu meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan kadar kehilangan fungsi sel beta secara ketara.

Pesakit yang mengambil ubat antidiabetes lain juga boleh mengambil TZD pada satu masa kerana ia dapat memberi lebih manfaat.

Bagaimanapun, mempunyai ubat yang baik saja tidak cukup jika jadual pengambilannya tidak dipatuhi. Untuk mendapat kesan lebih baik, pesakit juga perlu mengawal pemakanan dan kerap bersenam.

Akibat kencing manis

> Kebutaan (punca buta paling utama di kalangan orang dewasa).
> Kudung kaki (punca utama kaki pesakit terpaksa dipotong).
> Kerosakan saraf (pada 60 hingga 70 peratus pesakit, juga penyebab masalah disfungsi erektil di kalangan pesakit lelaki).
> Kegagalan buah pinggang.
> Risiko penyakit jantung meningkat dua hingga empat kali.
> Memendekkan umur atau jangka hayat (lima hingga 10 tahun, rujuk Jadual1).
> Kematian (antara enam punca utama kematian di negara kita).

Lima jenis ubat

> Sulphonylureas.
> Meglitinides.
> Biguanides.
> Alpha-glucosidase inhibitors.
> Thiazolidinedione (TZD).
Ewan_sn
Rawatan mesin galvanik Untuk Rawatan Kulit Muka

Kaedah iontoforesis rawat jeragat, tompok hitam pada permukaan kulit manis, lambatkan penuaan

MENJELANG cuti sekolah hujung bulan ini pastinya anda menerima banyak undangan perkahwinan terutama daripada sahabat baik yang sudah lama tidak bersua muka. Namun, apabila melihatkan keadaan kulit wajah yang ‘dihiasi’ tompok gelap kesan jeragat menyebabkan semangat bertemu sahabat lama pudar.

Pemilik Pusat Kecantikan Mar Art, Subang Jaya, Nik Raziah Nik Mohamed, berkata kebiasaannya jeragat berlaku ke atas wanita pertengahan umur dan bagi mereka yang berusia awal 20-an kebarangkalian menerima risiko kulit berjeragat sangat kurang.

Beliau yang berkemahiran dalam ilmu kosmetologi berkata, jeragat diklasifikasikan sebagai tompok gelap kebiasaannya bersaiz duit syiling 20 atau 50 sen yang wujud pada permukaan kulit muka sehingga memperlihatkan wajah seseorang kusam, tidak bermaya dan kotor.

“Tompok gelap yang wujud pada permukaan kulit ini berlaku dalam beberapa bentuk sama ada timbul atau rata di dalam kulit seseorang. Selalunya, jeragat dihidapi wanita pertengahan umur berikutan proses penuaan selain terdedah dengan cahaya UV dan pengambilan pil-pil hormon.

“Daripada aspek kosmetologi, jeragat dikelaskan kepada tiga jenis iaitu jeragat yang berkumpul pada permukaan kulit (superfisial), jeragat yang terbentuk dan terbenam dalam lapisan epidermis (pigmentasi pertengahan) dan jeragat yang berkumpul pada pertengahan atau lapisan dalam kulit (pigmentasi dermal),” katanya.

Beliau berkata, kaedah rawatan yang berkesan merawat masalah jeragat adalah melalui rawatan Iontoforesis iaitu menggunakan mesin galvanik iaitu pengaliran arus elektrik berfungsi mempercepatkan proses penyerapan bahan rawatan seperti losyen pemutihan Ionto yang diaplikasi pada wajah seseorang sebelum rawatan.

“Kesan rawatan Iontoforesis ini lebih cepat berbanding sapuan krim, kerana mesin glavanik mampu mempercepatkan proses resapan losyen kepada wajah bermasalah bagi memastikan kesan tindak balas segera ke atas sel tompok hitam dan memastikan ton kulit wajah sekata.

“Rawatan Iontoforesis sesuai bagi semua jenis kulit kerana losyen pemutihan Ionto tidak mempunyai bahan kimia berlebihan yang menyebabkan sel kulit muka rosak. Malah, losyen ini berfungsi untuk mengembalikan warna kulit terutama sekitar wajah agar sekata dan mengatasi masalah warna kulit tidak seimbang,” katanya.

Beliau berkata, sebelum rawatan, wajah individu perlu dibersihkan terlebih dulu bagi menghilangkan kekotoran seperti debu, habuk dan bakteria yang melekat pada wajah selain menghilangkan bahan kimia daripada bahan alat solek.

“Pertama sekali, wajah akan dianalisis terlebih dulu bagi memastikan rawatan yang diberikan bersesuaian dengan masalah dihadapi individu. Analisis wajah penting kerana kebiasaannya tompok hitam yang ada pada wajah wanita muda atau remaja bukan jeragat tetapi sel kulit mati akibat jerawat.

“Sebelum rawatan, individu diminta menanggalkan semua barang kemas yang dipakai bagi mengelakkan berlaku kecederaan atau kemalangan ketika sesi rawatan kerana penggunaan mesin galvanik dalam rawatan Iontoforesis akan menjana kuasa elektrik,” katanya.

Beliau berkata, losyen pemutihan Ionto akan dititikkan bermula pada dahi, hidung, pipi dan dagu. Kemudian, losyen disapu perlahan-lahan pada wajah untuk memastikan ia rata dan mengenai seluruh permukaan kulit muka.

“Urutan refleksologi wajah dilakukan daripada bawah bermula dagu, pipi, kening dan dahi. Urutan bertujuan merangsang losyen pemutihan Ionto itu meresap lebih cepat ke dalam lapisan kulit selain melancarkan pengaliran darah pada wajah seseorang.

“Kemudian mesin galvanik diaktifkan dan individu akan diminta memegang elektrod panjang bagi memastikan cas ion negatif terhasil pada elektrod berkenaan. Sebagai keselamatan pemegang elektrod akan dibalut dengan penebat seperti kain atau tisu,” katanya.

Beliau berkata, sejurus elektrod dipegang, satu lagi penggelek elektrod yang disambungkan daripada mesin galvanik diletak pada dahi individu. Katanya, penggelek berkenaan mempunyai ion positif iaitu cas yang bertentangan dengan ion negatif yang ada pada elektrod yang dipegang.

“Intensiti mesin galvanik yang dipasangkan akan ditingkatkan secara perlahan sehingga individu berasa sedikit gatal dan panas. Ia bertujuan memastikan tidak balas ion positif dan losyen pemutihan Ionto sampai ke kawasan kulit berjeragat dan proses memecahkan sel tompok hitam dan meratakan warna ton wajah dapat disempurnakan,” katanya.

“Gelekan elektrod dilakukan daripada bahagian dahi ke tepi muka sebelah kanan kemudian turun ke dagu dan naik semua ke tepi muka sebelah kiri, pergerakan dilakukan mengikut bulatan muka dan penggelek elektrod tidak boleh diangkat daripada kulit wajah kerana ia akan mengganggu proses tindak balas losyen Ionta kepada kulit,” katanya.

Beliau berkata, sebagai tambahan losyen Ionto juga boleh dititikkan berlebihan khususnya kepada kawasan bermasalah, namun elakkan daripada terkena mata dan kawasan sensitif bagi menghindari daripada kecederaan yang mendatangkan kesan mudarat.

“Penggunaan mesin galvanik ini hanya mengambil masa tujuh hingga lapan minit saja. Bagi memperlihatkan kejayaan rawatan ia perlu dilakukan kerap antara tiga hingga empat kali bergantung kepada masalah jeragat yang dihidapi individu dan pemakaian alat solek hanya dibenarkan selepas dua jam rawatan,” katanya

Rawatan Iontoforesis

Mesin rawatan diperiksa dan pastikan kedudukannya di atas troli

Pastikan semua barang kemas dan aksesori individu ditanggalkan sebelum rawatan

Kulit individu akan dianalisis

Titikkan losyen pemutihan Ionto

Sapuan losyen supaya sekata pada kulit wajah

Urutan refleksologi dilakukan pada wajah individu untuk melancarkan pengaliran darah

Individu akan diminta memegang elektrod panjang, pastikan elektrod dipegang sempurna

Letakkan penggelek elektrod pada wajah individu dan pastikan intensiti mesin berada tahap 0 dan berada pada gelombang positif (+)

Pasangkan mesin galvanik dan naikkan intensiti dengan perlahan sehingga tahap pelanggan akan berasa sedikit panas dan gatal

Gerakkan elektrod daripada dahi ke tepi muka sebelah kanan ke dagu naik ke tepi muka sebelah kiri (gerakan secara bulatan)

Titikkan tambahan losyen pemutihan Ionto ke kawasan bermasalah elakkan terkena bahagian sensitif seperti mata


Kelebihan rawatan

Merangsang dan mempercepatkan aktiviti sel kulit iaitu penyerapan oksigen dan nutrien secara berkesan

Merangsang kadar autolisis (aktiviti sel)

Merangsang penyerap bahan aktif lebih cepat untuk menyingkirkan sel kulit mati

Meningkatkan penerimaan kulit kepada bahan aktif mikro

Meratakan ton warna kulit

Mencerahkan wajah

Melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko pigmentasi
Ewan_sn
Jeragat - Punca dan Cara Mengatasi


JERAGAT adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Beliau berkata, hakikatnya makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan. Namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi yang terdapat pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

“Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes .

“Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit tetapi ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” katanya.

Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari yang merangsang kehadiran jeragat pada muka dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.

“Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik yang mempunyai hubung kait dengan ibu bapa individu.

“Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar berbanding golongan yang berkerja dalam kawasan redup yang melindungi kulit daripada kesan pancaran matahari berlebihan.

“Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain lagi,” katanya.

Dr Noraziah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim tidak sesuai.

“Seborrhoiec keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan ‘heat’ (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.

“Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia (chemical peeling ),” katanya.

Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi terdapat juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil lebih baik.

“Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

“Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,” katanya.

FAKTA - Jeragat

Sejenis penyakit kulit

Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag

- Seborrhoeiv keratoses - timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
- Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit
- Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor

Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim

Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat


Kulit

- Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia

- Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E secara seimbang untuk kekal sihat

- Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.

- Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.

- Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.

- Kandungan air penting untuk kelembapan kulit

- Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.

- Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D

- Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.

- Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit


Penjagaan kulit

- Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari

- Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang

- Gunakan krim tabir suria dengan SPF 15 dan ke atas.

- Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.

- Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.

- Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.

- Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses. penuaan dan pigmentasi elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

Ewan_sn
Merancang Kehamilan : Kaedah Alat Instrauterin (intra-uterine Device - Iud)
Sumbangan Artikel Oleh Helang Emas

Kaedah Alat Instrauterin (IUD)

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat dripada plastik berbentuk `T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.

Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan. Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.

Terdapat dua jenis IUD iaitu:-



A. Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan "T". Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih.

B. Progestasert Progesterone berbentuk "T" yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.


Bagaimana IUD berfungsi.

Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan.

Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur. Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim.

Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.


Pemasangan alat IUD

Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-

1. Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.

2. Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

3. Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, guna kaedah mencegah kehamilan yang lain.

4.Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-

Tamat tempoh masa :-
10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
1 tahun untuk Progestasert Progesterone
Anda mengandung atau ingin mengandung.
Anda ingin berhenti memakai IUD.




Kesan sampingan.

Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan.

Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-
1. Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah "anemia".
2. Kekejangan masa haid yang menyakitkan.

Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-
1. Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin.
2. Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.


Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)

Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :-

Jangkitan atau keradangan pelvik.
Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.

Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.
Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku.

Penyingkiran IUD.
Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks.

Keguguran
Sekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran.

Mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy"
Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy" sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.


Tanda-tanda amaran.



Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-
- Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.)
- Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim "ectopic pregnancy infection"
- Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan)
- Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)

Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-
- Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu.
- Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku.
- Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.


Memastikan keberkesanan IUD.

Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :-

1. Sering memeriksa benang IUD

2. IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan, iaitu:-

- 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
- 1 tahun untuk Progestasert Progesterone

3. Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.


Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-
- Tidak menghalang hubungan seks.
- Berkesan untuk menghalang kehamilan.
- Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-
- Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
- Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
- Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
- Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.

Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.
Ewan_sn
Photo2 Kelahiran Songsang
Photo2 disumbang oleh Belacan






Ewan_sn
Bela kucing boleh jejaskan kehamilan
Oleh: Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.

Sumbangan artikel oleh Helang Emas

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui - toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
  • Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
  • Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
  • Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
  • Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Ewan_sn
Sukar bau tanda awal nyanyuk


Kajian bertujuan tentukan individu berisiko hidap penyakit otak

WASHINGTON: Satu kajian terbaru penyelidik Amerika Syarikat mendakwa masalah kesukaran mengenal pasti bau biasa seperti limau nipis, pisang dan kulit kayu manis mungkin petanda pertama penyakit Alzheimer.

Kajian membabitkan ujian kaedah ‘cakar-dan-bau’ itu bertujuan menentukan sama ada seseorang itu berisiko menghidap penyakit otak berkenaan.

Ujian seumpama itu adalah penting jika saintis menemui cara untuk melambatkan atau menghentikan Alzheimer - sejenis penyakit yang menyebabkan kehilangan daya ingatan serius.

Buat masa ini, tiada penawar untuk lebih lima juta penduduk Amerika yang menghidap Alzheimer.

Penyelidik sudah lama mengetahui bahawa perubahan mikrokospik yang dianggap petanda Alzheimer mula muncul di bahagian otak yang penting untuk deria hidu.

“Berdasarkan anatomi, ini memang masuk akal,” kata pakar pemerhatian bau dan otak di Universiti Cincinnati, Robert Franks. Dia, bagaimanapun tidak terbabit dalam kajian baru yang disiarkan dalam Arkib Psikiatri Umum.

Kajian lain mengaitkan kehilangan deria hidu dengan Alzheimer, kata Franks, tetapi ini kali pertama mengukur keupayaan menghidu orang sihat dan mengawasi mereka selama lima tahun, menguji petanda penurunan mental.

Dalam kajian, lebih 500 peserta antara 54 dan 100 tahun diminta mengenal pasti bau biasa: bawang, limau nipis, kulit kayu manis, lada hitam, coklat, bunga mawar, pisang, nanas, sabun, penanggal cat, minyak tanah dan asap.

Bagi setiap wangian misteri, mereka mendengar dan melihat pilihan empat jawapan.

Bagi kulit kayu manis, mereka ditanya dengan kuat: “Buah? Kulit Kayu Manis? Kayu? Atau Kelapa?” sambil turut melihat pilihan dalam teks.

Satu perempat peserta dapat mengenal pasti semua bau dengan tepat atau cuma satu jawapan salah.

Separuh mengetahui sekurang-kurangnya sembilan daripada 12 bahan itu dan tidak sampai satu perempat mengenal pasti lapan atau kurang bau itu secara tepat.

Subjek mengambil 21 ujian kognitif setiap tahun selama lima tahun selanjutnya.

Kira-kira satu pertiga daripada mereka menunjukkan sekurang-kurangnya masalah kecil dengan ingatan dan pemikiran.

Peserta yang melakukan sekurang-kurangnya empat kesalahan dalam mengenal pasti bau mempunyai risiko sehingga separuh untuk mengalami masalah daya ingatan lemah berbanding mereka yang tidak melakukan atau cuma membuat satu kesilapan.

Penyelidik Alzheimer di Universiti San Diego, Clair Murphy, berkata warga tua patut melaporkan masalah kehilangan deria bau kepada doktor mereka kerana ia cuma mungkin disebabkan lendir di dalam hidung atau jangkitan.

– Agensi
Ewan_sn
Tip penjagaan jantung

JANTUNG merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalam tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa.

Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada, untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.

Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia.

Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak. Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung – Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti aras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan selain mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya.

Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Ewan_sn
Kencing tidak terkawal


MEMALUKAN. Tetapi, boleh dirawat. Inkontinens urinari bermakna anda tidak berupaya untuk mengawal pembuangan air kecil. Akibatnya, celana dalam dan pakaian anda basah dengan air kencing.

Walaupun masalah ini menjejaskan jutaan orang, ia bukanlah sebahagian daripada penuaan yang semulajadi ataupun sesuatu yang normal di kalangan wanita disebabkan oleh proses bersalin atau menopaus.

Hakikatnya, ia merupakan satu keadaan perubatan yang berpunca daripada banyak sebab – ada yang relatifnya simple dan ada juga yang lebih kompleks.

‘‘Wanita lebih banyak mengalami ketidakupayaan pengawalan air kencing berbanding dengan lelaki. Tidak mengapa sekiranya sekali sekala berlaku insiden terkeluarnya air kencing.

‘‘Tetapi sekiranya ia menganggu kehidupan seharian anda, jangan segan dan malu untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakan permasalahan ini dapat dirawat. Jangan jadikan umur sebagai satu alasan,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, ramai wanita yang mengalami kebocoran air kencing pada masa-masa tertentu.

Situasi-situasi yang memungkinkan mereka tidak dapat mengawal pengaliran air kencing adalah:

* Apabila melakukan aktiviti fizikal seperti senaman

* Tegasan tertentu seperti batuk berlebihan atau meneran

* Persekitaran seperti apabila mendengar deruan air mengalir dan juga mungkin bila saja tersentuh dengan air

* Semasa mengandung

* Ada juga yang tidak boleh menahan sebaik sahaja rasa nak kencing.


Kenali sistem perkumuhan air kencing.

Sistem perkumuhan wanita terdiri daripada:

- Buah pinggang, menghasilkan air kencing

- Ureter/salur kencing, menyalurkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing

- Pundi kencing, organ penyimpanan air kencing

- Uretra, salur yang mengeluarkan air kencing keluar dari pundi kencing

Pembuangan air kecil berlaku apabila isipadu air kencing di pundi kencing mencapai tahap di mana ia akan merangsang anda untuk kencing.

Otot-otot di sekitar uretra akan melonggar manakala otot-otot pundi kencing pula akan berkontraksi (mengecut) menyebabkan air kencing dilepaskan keluar dan sebaliknya berlaku apabila pembuangan air kencing dihentikan.


Jenis-jenis inkontinens urinari

Ketegasan/ketegangan/stres. Berlaku pada wanita yang muda apabila tekanan di dalam pundi kencing melebihi tekanan di uretra menyebabkan kebocoran air kencing apabila anda bersin, batuk ataupun ketawa. Kebocoran mungkin juga berlaku semasa berjalan, berlari ataupun senaman aerobik. Puncanya, otot-otot pundi kencing ataupun otot-otot di uretra menjadi lemah

Desakan. Berlaku mungkin kerana pundi kencing wanita terlampau aktif ataupun mungkin juga kerana saraf-saraf yang menghantar isyarat pada pundi kencing. Ini menyebabkan anda tidak sempat untuk ke bilik air apabila terasa hendak kencing.

Kombinasi. Apabila faktor ketidakupayaan bergabung di antara ketegasan dan desakan keterlaluan, jadi kebocoran berlaku sama ada pada satu fasa ataupun kedua-duanya sekali.

Limpahan/tumpahan. Berlaku apabila otot-otot pundi kencing tidak aktif ataupun berlakunya rintangan pada uretra, jadi pembuangan air kencing tidak lengkap dan tidak puas. Isipadu air kencing yang masih banyak menyebabkan kebocoran berlaku.

Faktor fungsian. Mungkin disebabkan oleh permasalahan kesihatan yang menghalang seseorang wanita dari bergegas ke bilik air dengan serta merta. Antara lain, permasalahan tersebut mungkin kerana penyakit sendi seperti artritis, strok, penyakit sistem saraf, masalah pergerakan dan koordinasi (contohnya, susah untuk berjalan).


Rungutan

Bergegas. Keinginan keterlaluan untuk kencing walaupun isipadu air kencing belum lagi mencukupi, kadang kala diikuti dengan rasa ketegangan pada pinggul

Acap kali. Terpaksa ke bilik air berulang kali melebihi dari urutan normal anda, rasa seperti tidak puas kencing

Nokturia. Terpaksa bangun malam beberapa kali untuk kencing

Disuria. Mengalami proses pembuangan kencing yang menyakitkan

Enuresis. Terkencing tanpa disedari semasa tidur.


Punca

Infeksi/jangkitan pundi kencing. Tanda- tanda penyakit seperti sakit untuk kencing, acap kali ke bilik air dan juga mungkin kehadiran darah di dalam air kencing. Infeksi pundi kencing dan juga uretra lazim berlaku pada wanita kerana struktur anatominya. Jangan bimbang, mereka ini mudah dirawati

Keteguhan tisu-tisu penyokong organ pinggul. Ini mungkin kerana faktor usia, kelahiran anak yang ramai dan juga mungkin kerana proses kelahiran itu sendiri, lambat laun akan melemahkan tisu-tisu penyokong di pinggul. Ini menyebabkan gangguan terhadap anatomi yang tidak selari

Keabnormalan sistem saluran kencing. Mungkin kerana kehadiran fistula iaitu pembukaan abnormal dari sistem kencing ke dalam faraj. Ini berlaku mungkin kerana pembedahan pelvik, proses kelahiran, rawatan radiasi, kanser di pinggul dan sistem perkumuhan air kencing

Permasalahan neuromuskular. Berlaku apabila isyarat dari otak dan korda spinal tidak berhubungan dengan organ-organ pundi kencing dan uretra. Keadaan seperti kencing manis dan strok merupakan contoh yang biasa berlaku

Penggunaan ubat-ubatan tertentu. Ubat diuretik yang digunakan seperti dalam perawatan sakit jantung ataupun darah tinggi menyebabkan isipadu air kencing bertambah dengan cepat.


Diagnosis

Diari kencing. Dr. Shah Reza berkata, seseorang wanita yang disyaki menghidapi keadaan ini akan diminta merekodkan berapa kali ke bilik air, jenis minuman yang diambil, apa yang telah dilakukan hingga menyebabkan kebocoran atau kekerapan kencing.

‘‘Isipadu air kencing juga diamati. Sebelum itu, sejarah kesihatan akan diteliti untuk memastikan tidak ada faktor luaran yang menjadi penyebabnya. Lain-lain termasuklah pemeriksaan pinggul, meneliti kelainan anatomi atau kecederaan yang mungkin berlaku.’’


Ujian-ujian lain

- Ujian ketegasan. Anda akan diminta batuk dan kebocoran air kencing direkodkan

- Ujian pewarna. Pewarna yang selamat dimasukkan ke dalam pundi kencing dan sekiranya berlaku tompokan pada tuala wanita yang dipakai, bermakna ada kebocoran

- Ujian urodinamik. Ujian terhadap isipadu dan tekanan di dalam pundi kencing semasa pengumpulan air kencing di dalamnya. Kadar pengosongan pundi kencing juga diteliti

* Sistoskopi. Alat visual khas untuk memerhatikan keadaan di dalam pundi kencing


Rawatan

Seseorang wanita itu mungkin terpaksa melalui banyak ujian dan juga menerima lebih dari sejenis rawatan.

* Perawatan diri/perlakuan. Matlamat utama untuk mengenalpasti apa-apa yang menyebabkan kebocoran berlaku dan cuba untuk mengelakkannya. Mana-mana keadaan yang memberikan tekanan di dalam abdomen/dada, juga tisu-tisu penyokong organ- organ pinggul akan dikenalpasti. Pesakit disarankan agar:

1. Kurangkan berat badan

2. Mengelak dari sembelit

3. Hindari daripada mengangkat barang-

barang berat

4. Kurangkan minuman berkafeina seperti kopi, teh dan setengah setengah minuman bersoda

5. Merawat penyakit paru-paru yang menyebabkan batuk keterlaluan

6. Berhenti merokok


Latihan terhadap pundi kencing juga dilaksanakan. Pembuangan air kencing pada waktu yang ditetapkan seperti sebelum aktiviti senaman.

Cuba lawan rasa hendak ke bilik air sekiranya perasaan itu berlaku pada waktu yang bukan dijadualkan. Kenal pasti juga pengeluaran kencing yang normal dan tidak normal.

* Perawatan fizikal. Contoh yang biasa seperti latihan Kegel, boleh membantu menguatkan otot-otot yang terlibat dengan pengawalan sistem pengeluaran kencing. Banyak lagi latihan fizikal yang memfokuskan otot-otot yang membantu supaya kebocoran air kencing tidak berlaku. Doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar-pakar fisioterapi untuk tujuan ini.

* Penggunaan peralatan/peranti tertentu. Kadangkala perkakasan/peranti digunakan untuk menguatkan otot-otot pinggul dan menghalang air kencing dari keluar. Antara yang biasa diguna pakai:

1. Kon pemberat yang diletakkan di dalam faraj untuk beberapa ketika dalam sehari. Anda akan mengecutkan otot-otot di faraj dengan tujuan menghalang kon pemberat dari jatuh keluar. Ini sama seperti latihan bina badan cuma otot-otot yang ditujukan berbeza. Lama kelamaan otot-otot ini akan bertambah kuat.

2. Alat pesari yang diletakkan di dalam faraj bertindak sebagai baji dan juga penyokong untuk tisu-tisu penyokong pinggul, ia juga berupaya mengurangkan kebocoran dengan menekan pada pangkal uretra

* Ubat-ubatan. Biasanya ubat ini mengawal spasma/kekejangan otototot penyokong pinggul. Ada ubat yang menguatkan uretra dan ada juga ubat yang mengawal keaktifan terlampau pundi kencing. Kesan samping ubat-ubat yang digunakan adalah seperti mulut kering, sembelit, loya, kabur penglihatan dan juga mungkin menganggu tidur. Antibiotik diberikan sekiranya ia berpunca daripada infeksi pundi kencing

* Pembedahan. Bergantung pada jenis kebocoran yang dialami. Banyak faktor yang akan dibincangkan sebelum keputusan pembedahan diambil, ini termasuklah umur, tahap kesihatan, tatacara serta gaya hidup harian, lain-lain masalah perubatan yang mencetuskan kebocoran dan riwayat perubatan serta pembedahan lampau di kawasan pinggul.
Ewan_sn
Pentingnya Urutan Dan Rawatan Selepas Bersalin
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar


Amalan mandi 44 air rebusan rempah ratus penting untuk buang hanyir darah pada badan


SELEPAS bersalin, wanita sanggup berpantang 44 hari untuk mendapatkan bentuk badan asal. Namun bagi yang pertama kali menjadi ibu, tempoh itu dirasakan begitu menyeksakan.

Sepanjang berpantang, wanita terpaksa mendisiplinkan diri dengan mengamalkan rawatan tradisional untuk kesegaran badan selain mengembalikan bentuk tubuh yang sudah ‘lari’ daripada potongan asal.

Pemilik Dratu Beauty Spa and Salon, Wan Noormala Wan Lah, berkata banyak pantang larang yang perlu dititik beratkan wanita selepas bersalin termasuk menjalani rawatan mandi air rebusan rempah ratus, bertungku, mengurut dan berbengkung.

“Keempat-empat rawatan ini adalah amalan masyarakat Melayu dalam usaha mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Malah, bagi wanita yang mementingkan kesihatan amalan berkenaan dianggap peluang memulihkan kesihatan dalaman yang sekian lama terabai,” katanya.

Beliau berkata, amalan paling utama selepas berpantang adalah mengurut kerana ia dapat melancarkan perjalanan darah.

“Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.

“Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,” katanya.

Urut katanya, bukan saja untuk wanita selepas bersalin. Malah, membantu membetulkan organ dalaman wanita supaya kembali berfungsi dengan baik.

Katanya, bagi wanita yang ingin mencuba sendiri urutan di rumah, bahan mengurut boleh disediakan sendiri seperti minyak kelapa, tiga camca besar halba, halia sebesar ibu jari, kunyit hidup, tiga ulas bawang putih dan lima biji bawang merah.

“Minyak kelapa itu boleh dihasilkan sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa yang dimasak hingga menjadi minyak. Urutan juga merangsang pembakaran lemak di bahagian tubuh bermasalah supaya ia mudah dibakar,” katanya.

Beliau berkata, amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.

“Mandian air rebusan rempah ratus ini perlu disediakan tidak terlalu sejuk, kepanasan air mandian berkenaan bergantung kepada ketahanan individu. Tubuh wanita yang baru melahirkan anak biasanya mengeluarkan bau tidak enak iaitu hanyir darah ketika melahirkan anak,” katanya.

Wan Noormala berkata, bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

“Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam.

“Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari,” katanya.

Beliau berkata, sebelum berbengkung, wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.

“Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut,” katanya.

Beliau berkata, sebelum mengakhiri rawatan ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.

“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi,” katanya.


FAKTA: Rawatan selepas bersalin

Mandi air akar kayu dan rempah
-Membuang bau hanyir
-Mengembalikan kecergasan badan
-Mencantumkan urat putus

Urut
-Melancarkan pengaliran darah
-Menaikkan rahim
-Membetulkan urat
-Memecah lemak
-Membentuk tubuh

Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Berbengkung
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Minuman Herba
-Memanaskan badan
-Mengurangkan berat
-Mewangi tubuh
-Membuang toksin dalam badan


FAKTA: Khasiat tumbuhan

Avocado
- Paling banyak digunakan dalam industri pembuatan produk kosmetik.
- Dikenali dengan nama saintifik ‘Persea americana’
- Berasal dari keluarga ‘Lauraceae’.
- Banyak terdapat di Selatan Amerika.
- Isi buah ini kaya dengan protein.
- Mengandungi vitamin A, B, C dan E.
- Mengandungi 17-27 peratus minyak. Manakala, lemak tumbuhan ini diekstrak untuk kegunaan industri kosmetik.
- Komposisi minyak, vitamin dan protein yang tinggi menyebabkan buah ini banyak digunakan pengeluar kosmetik.
- Memberi lembapan kepada kulit selain digunakan juga untuk pembersihan kulit muka.
- Vitamin E yang yang terkandung dalam avacado membantu memperbaiki sel kulit mati atau rosak

Zaitun
- Turut dikenali sebagai ‘Olea europaea’
- Buah Zaitun digunakan sebagai bahan kosmetik dan masakan.
- Tumbuhan ini digunakan untuk kecantikan dan kesihatan rambut.
- Kandungan protein dan lembapan minyak zaitun membantu melebat serta menyihatkan rambut.

Lobak merah
- Nama saintifiknya ‘Daucus carota’
- Selain sumber makanan, lobak merah berkesan menambah seri wajah serta menampakkan pipi kelihatan kemerah-merahan.
- Ia juga amat sesuai jika diamalkan bakal Raja Sehari untuk menaikkan seri wajah.
- Lobak merah ini juga dijadikan sebagai penyegar dalam produk kosmetik.

Lidah buaya
- Dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Aloe vera .
- Tumbuhan ini amat mudah hidup dan tahan kemarau.
- Minyak lidah buaya mudah meresap ke dalam kulit kerana ia memiliki kadar kelembapan yang tinggi.
- Kebiasaannya Aloe vera dijadikan ramuan kosmetik.
- Aloe vera digunakan sebagai krim untuk melembap, melindung daripada sinaran matahari, membersih selain digunakan sebagai syampu.
- Mengandungi komposisi zat yang diperlukan kulit
- Tumbuhan ini berkesan menghilangkan kesan parut dan membaikpulih sel kulit yang rosak atau mati.
- Ia juga mampu mengatasi alahan kulit seperti gatal-gatal

Betik- Dikenali dengan nama sainsnya Carica papaya
- Digunakan sebagai pembersih muka.
- Membantu merawat kulit yang luka terutama di tumit kaki akibat alahan simen
- Menyapu getah betik muda pada bahagian tumit pecah dapat menyembuhkan kawasan merekah
- Biji betik membantu menghitamkan rambut beruban

Kacang Soya - Dikenali juga sebagai ‘Glycine max’
- Berasal dari keluarga pea atau ‘leguminosae’
- Air kacang soya dapat memperbaiki kesihatan kulit
- Kacang soya kering mempunyai komposisi protein (40 peratus), karbohidrat (34 peratus), lemak (21 peratus) dan mineral (5 peratus)
- Kandungan protein tinggi membantu individu mendapatkan kulit sihat
- Kacang soya juga mengandungi kalsium, fosforus dan zat besi yang tinggi.
Ewan_sn
Kesihatan Anak: Langkah terbaik hadapi saat cemas di rumah


BAGAIMANA anda menangani situasi cemas di rumah? Bagaimana jika anak terjatuh, melecur atau tercekik? Perkara paling asas, jangan panik. Pastikan anda tahu cara mengendalikan keadaan si kecil. Jika tidak, dapatkan bantuan pakar.

Berikut adalah tip menangani kecemasan. Bagaimanapun, jika anda tidak yakin atau masih ragu, dapatkan bantuan doktor secepat mungkin.

Jatuh

Jika anak terjatuh dan keadaannya tidak serius, anda boleh menangani keadaannya. Misalnya selepas jatuh, kulitnya bengkak atau merah, gunakan pek ais bagi mengurangkan bengkak. Jika dia tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, gunakan bahan yang keras dan kuat (kayu misalnya) untuk membuat anduh.

Bagaimanapun, jika kecederaan itu di kepala atau mungkin serius, perhatikan simptom berikut:


Keliru


Muntah lebih daripada sekali


Mengantuk dengan berlebihan atau sukar untuk terjaga


Hilang keupayaan yang sepatutnya boleh dilakukan kanak-kanak seusianya (seperti merangkak atau berjalan)


Keluar darah atau lendir daripada telinga


Sawan


Anak mata tidak sama saiz

Jika ini berlaku, bawa anak ke hospital secepat mungkin.

Terbakar atau melecur

Lazimnya kanak-kanak melecur atau terbakar akibat cecair panas seperti kopi atau teh, botol susu panas, percikan api atau habuk rokok. Tidak kurang juga kanak-kanak yang melecur kerana air mandian terlalu panas. Kebakaran dan melecur boleh terjadi sama ada serius atau ringan.


Kebakaran tahap pertama - kulit kemerah-merahan dan bengkak, hanya membabitkan lapisan kulit luar


Kebakaran tahap kedua - kulit melepuh, kemerah-merahan, bengkak dan kesakitan. Lapisan atas kulit terbakar dan lapisan kedua turut rosak.


Kebakaran tahap ketiga - nampak keputihan dan hangus, meliputi semua lapisan kulit. Kerosakan saraf yang teruk mungkin menyebabkan rasa sakit.

Apa perlu dilakukan?

Kebakaran atau melecur yang ringan.

Gunakan air sejuk pada bahagian melecur.

Tanggalkan pakaian dari bahagian terbakar atau melecur tetapi jangan tanggalkan pakaian atau apa saja yang melekat pada kulit.

Tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih, ringan dan tidak berbulu.

Jangan sapukan krim atau minyak.

Kebakaran atau melecur yang serius

Dapatkan bantuan kecemasan.

Baringkan anak.

Tutup bahagian terbakar dengan tuala yang direndam dalam air sejuk untuk menghentikan proses terbakar.

Jangan letakkan ais pada bahagian terbakar. Ia boleh menyebabkan kerosakan tisu.

Alihkan tuala basah yang diletakkan awal tadi dan tutup bahagian itu dengan kain bersih dan kering.

Periksa dan pastikan kadar pernafasan dan nadi setiap 10 minit ketika menanti kedatangan ambulans.


Kebakaran elektrik


Tutup aliran elektrik dengan serta-merta.

Panggil bantuan kecemasan atau ambulans.


Tercekik

Apabila tekak atau kerongkong tersumbat, anak akan terbatuk, tercungap-cungap atau hampir muntah.

Jika anak tidak mengeluarkan sebarang bunyi, berhenti bernafas dan kelihatan biru, bertindak dengan cepat kerana dia mungkin tercekik. Kanak-kanak kecil biasanya tercekik kerana tertelan bahagian mainan yang boleh ditanggalkan atau barang kecil yang biasa dijumpai di rumah (duit syiling, butang, getah pemadam).


Apa yang perlu dilakukan?

Bagi kanak-kanak kecil:


Letakkan kanak-kanak di atas paha anda dengan kepala ke bawah

Tepuk di antara tulang belikat

Jika tepukan tidak berhasil, gunakan tujahan abdomen tetapi jika anda terlatih untuk berbuat demikian.

Jika tidak, mulakan CPR.


Bagi bayi:

Pangku bayi antara lengan anda.

Tepuk di antara tulang belikat tetapi jangan terlalu kuat. Buatlah memadai usianya.

Ulang sehingga bahan yang menyebabkan bahan yang tercekik itu keluar.

Jika bayi tidak sedarkan diri, mulakan CPR

Jangan gunakan tujahan abdomen pada bayi.


Keracunan

Anda perlu mengesyaki keracunan berlaku jika anak bermain berdekatan bahan atau tempat bertoksik. Perhatikan tingkah lakunya, bibir atau tangan yang mungkin melecur. Dia juga mungkin muntah, nafas juga berbau seperti bahan kimia atau sukar untuk bernafas dan mungkin sawan.

Jika dia tertelan racun atau kulit dan tangannya terkena racun, alihkan segera sumber racun dan dapatkan bantuan kecemasan.

Berikan maklumat racun yang anda tahu misalnya jumlah yang mungkin ditelan dan perubahan fizikal anak.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika bahan kimia terkena kulit


Cuci sebarang lebihan bahan kimia pada kulit dengan air yang banyak.

Dapatkan bantuan doktor sambil memantau perkembangan dan perubahan fizikal anak. Maklumkan kepada doktor sebaik tiba di hospital.


Jika tertelan racun:

Periksa dan jika perlu pastikan ruang pernafasannya tidak tersumbat dan dia boleh bernafas.

Jika anak tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan nadinya. Ketika ini anda sepatutnya sudah bersedia untuk membuat CPR.

Jika bibirnya melecur akibat bahan yang terhakis, beri kanak-kanak minum air atau susu sedikit demi sedikit dengan kerap.

Jangan cuba buat anak termuntah jika dia sudah termakan minyak tanah. ~ Sumber Persatuan Pediatrik Malaysia.
Ewan_sn
Perubahan Selepas Haid Pertama
Oleh: PROF. MADYA DR. SHAH REZA JOHAN NOOR (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)

RAMAI gadis belasan tahun terutamanya mereka yang berada di tahun-tahun terakhir sekolah rendah dan juga pada tahun-tahun terawal sekolah menengah mengalami perubahan pada diri mereka sama ada dari segi fizikal dan juga emosi.

Banyak persoalan yang timbul tetapi tidak banyak jawapan yang diperoleh. Tidak ada subjek rasmi di sekolah yang memberi pengenalan pada mereka ini.

Malahan ibu bapa pula tidak berbincang secara langsung dengan anak perempuan mereka, mungkin kerana pengaruh kawalan tradisional amalan dan pegangan selama ini.

Kemungkinan besar juga, ibu bapa sendiri tidak tahu-menahu akan perubahan ini dan menganggapnya tidak lebih sekadar satu rutin yang tidak mempunyai persoalan.

Badan anda berubah semasa proses kematangan umur iaitu ke arah akil baligh. Perubahan ini terjadi di dalam badan dan juga di luar badan. Perubahannya mungkin ketara. Perlu diingatkan bahawa perubahan ini tidak datang kesemuanya sekali gus. Ia juga berbeza di antara anda dengan kawan-kawan.

Kelainan ini mungkin datang seawal umur 8 tahun dan juga ada yang masih tidak berubah walaupun pada umur 14. Sekalipun dari segi luaran perubahan tidak begitu ketara, tetapi perubahan dalaman sedang berlaku.

Artikel ini akan membincangkan bagaimana badan anda berubah, mengapa perubahan ini berlaku dan bilakah kitaran haid boleh dijangkakan.

Perubahan terhadap badan anda semasa tumbesaran akil baligh

Dengan peningkatan umur, sebahagian dari otak anda mengeluarkan isyarat kelenjar seks iaitu ovari, supaya berfungsi dan mengeluarkan hormon-hormon wanita.

Hormon-hormon ini akan merangsang bahagian-bahagian badan tertentu untuk tumbesaran lanjutan. Rangsangan dari hormon-hormon ini menyebabkan badan anda mengalami perubahan-perubahan seperti

* Payudara membesar

* Ketinggian serta berat badan bertambah

* Punggung melebar serta membesar

* Tumbuhnya rambut di ketiak dan juga kawasan organ jantina luaran

* Perubahan bau badan

* Kehadiran jerawat serta perubahan pada kulit.

Jangan terkejut sekiranya perubahan pertama yang anda sedari adalah pada bahagian payudara anda. Kawasan di sekitar puting payudara yang dipanggil areola membengkak dan timbul.

Jisim payudara juga lebih menegang, membulat dan rasa lebih kemas. Kadangkala perubahan ini lebih ketara pada satu payudara sahaja dan bukannya kedua-dua secara serentak.

Mungkin juga anda merasakan tidak selesa dan kemungkinan juga sakit. Jangan takut, ini adalah sesuatu yang normal.

Sebenarnya, hormon-hormon wanita yang dikeluarkan ini mengubah struktur dalaman serta luaran badan ke arah kesinambungan genetik iaitu persenyawaan dan seterusnya mengandung.

Ovulasi bermaksud telur dikeluarkan dari ovari setiap bulan, telur ini akan melalui tiub fallopio dan langsung ke dalam rahim.

Disebabkan tidak adanya persenyawaan berlaku, lapisan dalam rahim (endometrium) yang menebal akibat rangsangan hormon akan gugur dan dikenali sebagai darah haid.

Kitaran haid anda

Sukar untuk tahu secara tepat bila haid pertama anda akan datang. Ada yang datang semasa di sekolah rendah dan ada pula di sekolah menengah.

Purata haid pertama berlaku pada umur 12 tahun. Kitaran pertama lazimnya tidak banyak, hadir selama tiga hingga tujuh hari dan akan berlangsung sekali setiap bulan.

Jangan cemas sekiranya haid anda tidak teratur terutamanya untuk dua tahun pertama. Mungkin juga haid anda untuk tempoh berikut bukan bercorak bulanan, contohnya sekali setiap dua bulan. Badan mengambil masa supaya keteraturan kitaran haid berlaku.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya selepas dua tahun bermulanya haid, kitaran masih tidak teratur atau bila-bila masa sekiranya kehadiran haid menyakitkan.

Persediaan diri

Bagus sekali sekiranya anda mempunyai kalendar atau diari tentang bila dan juga apa-apa mengenai haid, satu pengalaman baru meningkat dewasa dan kematangan.

Hari-hari haid datang ditandakan, begitu juga hari-hari di mana haid tidak berlangsung. Ini akan memberikan gambaran terhadap julat hari terakhir dan hari pertama berikutnya.

Mungkin kehadiran haid anda setiap 28 hari, ada juga mereka yang datang bulan di antara 21 hingga 45 hari untuk beberapa bulan pertama. Ini membuat anda lebih yakin serta bersedia akan kedatangannya.

Bersedia dengan membawa tuala wanita di dalam beg sekolah. Penukaran tuala wanita digalakkan setiap empat jam terutamanya pada hari-hari pertama di mana jumlah darah mungkin banyak. Jika terlalu banyak, tuala mungkin terpaksa ditukar lebih kerap.

Ketidakselesaan

Kadangkala anda mungkin berasa kekejangan di bahagian abdomen bawah dan juga di bahagian belakang semasa datang haid terutamanya bila darah banyak keluar.

Mungkin juga pengalaman baru seperti sakit kepala, pening, loya-loya dan juga cirit- birit berlaku. Berjumpalah dengan doktor jika ini terjadi.

Bercakap dengan doktor

Anda ingin tahu bila sepatutnya doktor diberitahu akan masalah haid anda?

* Anda sudah pun berumur 15 tahun dan akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kelak tetapi masih belum datang haid bulanan

* Haid anda sebelum ini bercorak bulanan serta teratur, tiba-tiba sekarang tidak lagi begitu

* Kitaran haid anda begitu cepat setiap 21 hari ataupun sangat lambat, setiap 45 hari

* Haid melebihi tujuh hari dengan jumlah darah pada tuala wanita sama seperti hari-hari awalnya

* Tidak datang haid sehingga 90 hari

* Jumlah pendarahan yang banyak sehingga ketulan darah keluar dan memerlukan penukaran tuala wanita dengan kerap, mungkin setiap 1 hingga 2 jam.

Keterampilan dan kesihatan

Perubahan hormon serta fizikal badan anda menyebabkan ketidakselesaan akibat dari penyesuaian baru.

Jagalah kesihatan melalui pemakanan serta aktiviti-aktiviti sosial dan fizikal supaya badan menjadi lebih anjal dan sihat.

Badan anda memerlukan pemakanan seimbang untuk tumbesaran, banyakkan makanan berkhasiat, kurangkan memakan makanan segera kerana ia mempunyai banyak gula dan karbohidrat.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta susu. Susu mengandungi kalsium dan keperluan anda semasa membesar minimum 1,200mg sehari, pembentukan tulang yang gagah perlu untuk menghindari kerapuhan tulang di kemudian hari nanti.

Untuk mengekalkan bentuk badan yang cergas dan sihat serta berat badan yang sesuai dengan ketinggian serta umur, banyakkan senaman serta aktiviti yang aktif.

Senaman juga boleh mengurangkan ketegangan mental serta kekejangan semasa kehadiran haid selain menguatkan otot-otot, tulang dan membuat anda lebih ceria dan bertenaga.

Bagaimana pula dengan jerawat?

Jerawat terhasil akibat dari proses kedewasaan di mana sebum iaitu bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum dihasilkan secara berlebihan, lambat-laun menyekat aliran keluar dari lubang-lubang halus di kulit.

Sebum ini merupakan minyak semula jadi kulit. Adalah penting bagi anda membersih muka dengan air bersih beberapa kali sehari supaya cecair atau bendalir sebum di muka dibersihkan. Ini akan mengurangkan kehadiran jerawat dan ruam-ruam di muka anda.

Akhir kata, akil baligh adalah satu titik perubahan pada diri anda. Janganlah berasa takut dan malu kerana ia merupakan sesuatu yang normal di mana semua wanita melaluinya dengan pengalaman yang berbeza.

Tidak perlu membanding-bandingkan perubahan ini dengan kawan-kawan kerana anda mungkin akan berasa kecewa apabila hasilnya tidak sama dengan mereka.

Saya sarankan juga agar anda memperbanyakkan bahan-bahan bacaan berkaitan, yang menceritakan tentang perubahan biologi alam kedewasaan anda yang boleh membantu. Ia pasti menjadi satu pengalaman manis dan menyeronokkan.
Ewan_sn
Lulur kopi atasi masalah selulit
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar (sitifatimahanwar@nstp.com.my)


KETAGIH kopi! Dalam kehidupan seharian ada antara individu yang menjadi penggemar kopi. Malah, ‘si mabuk’ kopi ini menyifatkan minuman ini mampu merangsang mood serta minda.

Tanpa disedari, kopi kini bukan sekadar minuman ‘berhantu’ tetapi turut digunakan sebagai bahan kecantikan kulit terutama bagi wanita.


Pemilik Dratu Beauty Spa and Salon, di Jalan Klang Lama, Wan Noormala Wan Lah, berkata lulur kopi juga membantu wanita mengatasi masalah selulit.

Beliau berkata, lulur kopi ini juga berkesan mengatasi masalah kulit badan seperti berjerawat di belakang badan selain memberi kesegaran kepada tubuh dan mengurangkan tekanan kerana aromanya memberi kesan terhadap psikologi seseorang.

“Dengan urutan lembut ala bali serta diiringi muzik yang tenang, pastinya individu berasa selesa dan tenang. Manakan tidak, selepas seharian bekerja keras menghadap komputer dan memerah otak pastinya tubuh memerlukan belaian dan terapi untuk kesihatan fizikal dan psikologi.

“Lulur kopi ini turut dicampur dengan beberapa ramuan tradisional mampu membersihkan badan secara menyeluruh dengan membuang sel kulit mati yang melekat pada kulit,” katanya.

Beliau berkata, bagi wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, mereka juga disaran menjalani rawatan ini kerana ramuan yang terkandung di dalam penyental kopi ini berkesan menyingkir lemak dan selulit hodoh pada tubuh.

“Lulur kopi ini juga dirumus khusus buat lelaki dan wanita. Mengamalkan teknik melulur menggunakan serbuk kopi ini juga dapat memperbaiki tekstur kulit yang semakin mengendur kesan penuaan.

“Kopi yang diadun bersama minyak zaitun dan air suam ini mampu menyerap ke dalam liang roma selain bertindak menyingkir patikel halus yang lama bersarang dalam liang roma individu. Daki badan yang melekat di dalam lapisan kulit ini menjadi penyebab kulit badan kelihatan kusam dan gelap,” katanya.

Beliau berkata, bagi wanita aktif yang terdedah dengan kerja luar selain bergelumang dengan peluh disaran menjalani rawatan lulur kopi untuk menyingkir kotoran yang melekat khususnya pada kawasan tertutup seperti celah ketiak, leher, pelipat paha dan tengkuk.

“Wanita aktif selalu berdepan masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Daki ini akan menjadi lebih menebal sekiranya aktiviti menyental tidak dijalankan.

“Jika dibiarkan daki yang melekat pada badan akan membentuk garis-garis hitam terutama di garisan lipatan kulit sekali gus membuatkan kulit seseorang kelihatan hodoh dan kotor. Amalan bersabun tidak berkesan untuk membuang kotoran degil ini kerana ia sudah sebati di dalam kulit,” katanya.

Beliau berkata, selain aktiviti menyental, individu juga perlu menjalani rawatan mandi wap herba yang bertujuan merangsang proses perpeluhan sekali gus memudahkan kerja penyingkiran daki dilakukan.

“Bagi mereka yang mempunyai berat berlebihan, lulur kopi ini juga berkesan membuang kesan selulit di bahagian tubuh. Golongan bersaiz besar kebiasaannya mempunyai tekstur kulit hodoh kerana gumpalan lemak selulit sudah tubuh dan berbiji terutama pada bahagian perut dan paha.

“Apabila ahli terapi menggosok badan dengan lulur kopi ini, ia akan disertai dengan urutan terutama di kawasan kulit yang mempunyai masalah selulit bagi memecah lemak,” katanya


FAKTA: Penyental kopi

Membuang daki dan kotoran pada badan

Melicinkan dan melembutkan kulit

Menghilangkan garis dan biji selulit

Memberi kesegaran kepada tubuh

Mengurangkan tekanan


Bahan

Biji kopi

Air suam

Minyak zaitun

Rempah ratus
Ewan_sn
Apa itu penyakit jantung koronari?
Oleh: DR. NOORFAIZAN SAAIDIN (Pensyarah dan Pakar Perunding Kardiologi Unit Kardiologi, Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)


TURUT dikenali sebagai penyakit koronari arteri, ia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang kesemuanya berkaitan dengan pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung itu sendiri bagi membolehkannya mengepam darah.

Apabila deposit lemak terkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya semakin berkurangan. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dinamakan aterosklerosis.

Pembuluh darah ini sama ada tersumbat dan menyebabkan serangan jantung yang boleh membawa risiko kematian lebih-lebih lagi jika tidak dirawat dengan segera, ataupun tersempit, yang mana selalunya menyebabkan sakit dada atau istilah perubatannya, angina.

Angina sering berlaku apabila jantung terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa misalnya ketika melakukan senaman ataupun terdapat gangguan emosi. Bahagian jantung yang arterinya sempit tidak mendapat oksigen secukupnya, akibatnya seseorang mengalami sakit dada.

Sementara itu, serangan jantung pula terjadi apabila arteri yang sempit tadi secara tiba-tiba menjadi tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.

Otot-otot jantung yang mendapat bekalan darah daripada arteri yang tersumbat itu tidak mendapat oksigen dan sekiranya aliran darah tidak dipulihkan dengan kadar segera, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Sayugia diingatkan bahawa penyakit jantung yang dahulunya merupakan penyakit yang hanya terdengar di negara barat ataupun negara maju, sekarang ini sudah endemik dan menjadi masalah di mana sahaja.

Ia telah membunuh ramai penduduk yang rata-ratanya masih berkemampuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara dan juga mereka yang menjadi pencari rezeki untuk keluarga.

Adalah sesuatu yang menyedihkan jika ini melibatkan bapa kepada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Terdapat juga pesakit yang mengalami beberapa serangan jantung pada masa lepas tanpa mereka sedari sama ada disebabkan oleh masalah kencing manis ataupun risiko-risiko jantung yang lain, yang tidak pernah dirujuk kepada doktor sebelumnya, termasuklah kolesterol tinggi.

Lazimnya, disebabkan oleh serangan bertubi-tubi secara senyap ini, pesakit akan mendapat komplikasi serius. Ini sama ada melibatkan kerosakan sebahagian atau keseluruhan dinding jantung ataupun kerosakan injap.

Akibatnya pesakit akan menghidap lemah jantung dan kerap kali akan memerlukan rawatan hospital disebabkan masalah paru-paru berair.

Wajar diingatkan bahawa sehingga hari ini, komplikasi serius sebegini masih memberikan permasalahan dan menjadi perbincangan di kalangan pakar-pakar jantung di seluruh dunia dari segi rawatan dan ubatan yang bersesuaian untuk mengawal simptom dan melanjutkan peluang usia pesakit.

Simptom yang perlu dikhuatiri

Gejala-gejala yang selalu dikaitkan dengan sakit jantung koronari adalah sakit dada.

Walaupun ada banyak penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit dada, yang patut diberikan perhatian adalah apabila sakit dada itu berupa seperti 'dada terasa berat', 'dada tertekan' ataupun sakit dada yang dirasakan beralih ke tangan dan kadang-kadang ke rahang mulut.

Ini mungkin berlaku secara tiba-tiba ataupun semasa atau selepas senaman kecil dan selepas melakukan aktiviti yang menggunakan lebih tenaga.

Yang perlu diberikan perhatian lebih adalah apabila sakit itu berterusan lebih dari 20 minit ke setengah jam atau intensiti semakin meningkat, lebih-lebih lagi jika disertakan dengan rasa pening, loya atau berpeluh secara tiba-tiba.

Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda di atas, adalah dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor berkelayakan dengan seberapa segera yang mungkin..

Siapakah yang berisiko menghidap penyakit ini?

Penyebab tradisi kepada penyakit yang berbahaya ini semuanya melibatkan gaya hidup seseorang.

Ia termasuklah merokok (sama ada aktif merokok atau pasif, iaitu menghidu asap rokok orang lain), kencing manis, kolesterol tinggi (lemak dalam darah), darah tinggi, berat badan yang berlebihan dan kurang bersenam.

Seseorang yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap sakit jantung dalam usia yang muda juga berkemungkinan mengalami risiko yang sama.

Adalah dikatakan bahawa lelaki lebih banyak terlibat berbanding wanita, tetapi disebabkan trend pada masa kini di mana lebih ramai wanita yang merokok, andaian ini mungkin tidak benar lagi.

Masalah berat badan atau obesiti sedang hangat diperkatakan di merata dunia, dan negara kita tidak terkecuali.

Dikhuatiri jika masalah ini tidak diberikan perhatian sewajarnya, bilangan pesakit jantung dan penghidap kencing manis pada usia yang muda, akan meningkat secara mendadak dalam sedekad dua ini.

Diagnosis

Apabila doktor mengesyaki anda menghidap penyakit jantung, selepas mengambil maklumat secara lisan daripada anda, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal.

Berdasarkan kepada maklumat awal ini, pemeriksaan seterusnya melibatkan ujian darah, bacaan elektrikal jantung (elektrokardiogram) atau singkatannya ECG dan ujian senaman ECG.

Di atas pertimbangan doktor, selalunya prosedur penyiasatan yang penting iaitu angiogram koronari, sejenis sinar X pembuluh darah jantung akan dilakukan untuk melihat sama ada ia sempit atau tersumbat.

Satu tiub panjang dan halus akan dimasukkan ke dalam arteri sama ada di pangkal paha atau lengan anda menggunakan pembiusan setempat. Pesakit perlu sedar sepanjang ujian tersebut dijalankan untuk mengikuti arahan doktor.

Anda mungkin biasa mendengar orang menyebut pengkateteran jantung. Inilah prosedurnya. Ia dirujuk sedemikian mengambil sempena tiub tersebut yang turut dikenali sebagai kateter.

Kateter digerakkan melalui pembuluh darah utama tubuh ke aorta dan ke punca arteri koronari jantung. Pergerakan ini dilihat menerusi gambar sinar X yang dipamerkan pada skrin televisyen.

Apabila kateter sampai ke bahagian yang dikenal pasti, sedikit pewarna akan disuntik ke dalamnya dan gambaran sinar X diambil mengikut pewarna yang bergerak melalui arteri koronari.

Kebanyakan pesakit tidak akan berasa sakit sepanjang prosedur ini yang biasanya mengambil masa di antara 30 hingga 40 minit.

Apakah rawatan yang boleh didapati?

Apabila seseorang itu disahkan menghidap sakit jantung koronari ataupun dilabelkan berisiko tinggi, sebagai permulaan, ubat-ubatan akan diberi.

Ubat-ubatan selalunya merangkumi antiplatelet untuk mencairkan darah, beta-blocker untuk mengawal rentak jantung dan ubat kawal kolesterol. Jika menghidap kencing manis dan darah tinggi, ubat yang bersesuaian juga akan diberikan.

Jika mengadu sakit dada, pesakit akan dinasihati supaya mengambil sejenis ubat yang diletakkan di bawah lidah, yang mampu melegakan sakit dalam beberapa minit. Walau bagaimanapun, jika sakit berterusan, pesakit disarankan berjumpa doktor terdekat dengan seberapa segera.

Satu rawatan yang menjadi kelaziman di kalangan pakar jantung ketika ini adalah rawatan angioplasti belon dan stent (sejenis rerelung dawai logam), yang dijalankan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada prosedur penyiasatan angiogram koronari yang sama ada dilakukan terdahulu pada waktu yang berasingan ataupun serentak.

Saluran sempit atau tersumbat itu dirawat dengan belon khas dan diikuti dengan stent, untuk memastikan saluran darah itu terbuka luas untuk membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung yang berkenaan.

Jika saluran pembuluh darah itu tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, selalunya jika melibatkan banyak tempat ataupun saluran yang kritikal, pembedahan pintasan koronari akan disarankan. Ini selalunya adalah hasil dari perbincangan lanjut antara pakar jantung dan pakar bedah jantung.

Cara-cara untuk mengurangkan risiko

Oleh kerana penyakit jantung koronari rata-ratanya berkait rapat dengan cara dan gaya hidup, langkah yang paling sesuai adalah untuk mengubahnya.

Perokok mesti berhenti daripada meneruskan tabiat yang tidak berfaedah itu. Berat badan mesti dikawal supaya tidak berlebihan.

Pemakanan sepatutnya bercirikan kesihatan iaitu yang kurang lemak, kurang manis, kurang masin dan berpatutan dari segi sukatannya.

Pesakit yang menghidap kencing manis semestinya perlu mengikut nasihat doktor, dan mengamalkan pemakanan yang tidak berasaskan gula atau karbohidrat yang terlalu tinggi.

Bersenam memang sudah diketahui akan menyihatkan badan, apatah lagi menjauhi seseorang dari gejala penyakit jantung koronari.

Sememangnya seseorang itu tidak dapat mengubah nasib keluarga yang berisiko tinggi ataupun genetik/keturunan penghidap penyakit ini tetapi amalan cara hidup sihat telah terbukti dapat menjauhi kita dari gejala-gejala penyakit yang amat berbahaya ini.


Edirossa
Ewan_sn
Bunyi berdesing dalam telinga

Bunyi berdesing di dalam telinga dikenali sebagai tinnitus. Bunyi itu boleh terdiri dari bunyi berdering, berdesing, berdengung, bunyi serangga dan pelbagai yang lain.

Punca bunyi ini lazimnya disebabkan oleh kerosakan deria pendengaran ataupun disebabkan oleh patologi di telinga tengah, telinga dalam mahupun di bahagian otak yang tertentu.

Deria pendengaran boleh mengalami kerosakan disebabkan oleh beberapa perkara seperti selesema virus, beguk dan penyakit virus yang lain.

Bekerja di tempat yang sentiasa berbunyi kuat seperti kedai percetakan, kedai industri logam, kedai mekanik dan sebagainya juga boleh menyebabkan trauma bunyi atau trauma akustik ke atas telinga yang terlibat.

Usia juga memainkan faktor utama menyebabkan deria pendengaran menjadi kurang peka dan proses ini boleh menjadi lebih serius jika ditambah dengan trauma bunyi.

Memandangkan anda sentiasa mendengar muzik dengan nada yang kuat lebih dari sepuluh jam sehari, ia sama seperti bekerja di tempat yang bising malah lebih teruk lagi.

Ini kerana, selalunya waktu bekerja di tempat-tempat ini dihadkan untuk tidak lebih dari lima hingga enam jam dan para pekerja patut memakai alat pelindung telinga ketika bekerja.

Ini boleh membawa trauma atau kecederaan kepada telinga dalam dan saraf pendengaran yang boleh merosakkannya, justeru itu boleh mendatangkan bunyi berdesing yang anda alami.

Masalah ini akan menjadi lebih teruk jika anda terus mendengar muzik dengan nada yang kuat melalui fon telinga. Saya sarankan anda berhenti mendengar muzik dengan nada yang kuat melalui fon telinga.

Anda juga perlu berjumpa dengan seorang pakar ENT untuk pemeriksaan pendengaran dan juga pemeriksaan selanjutnya untuk memastikan bunyi tinnitus yang anda alami ini tidak disebabkan oleh gejala-gejala lain yang tidak diingini.


Edirossa
Ewan_sn
Tip menjaga jantung


KAJIAN telah membuktikan bahawa kejayaan lebih mudah dicapai melalui sokongan rakan-rakan serta ahli keluarga.

Individu yang mengamalkan gaya hidup sihat semasa kecil mereka didapati cenderung mengekalkan tabiat yang sama sepanjang hidup mereka.

Sekeluarga yang makan makanan berzat bersama-sama, tinggal dalam persekitaran bebas rokok dan aktif secara fizikalnya, berada dalam landasan yang betul untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikut bagi membantu melindungi keluarga anda daripada penyakit jantung dan strok. Berubahlah mulai hari ini!

1. Galakkan setiap orang untuk makan hidangan yang sihat dan seimbang. Ini termasuklah daging tanpa lemak sama ada dikukus, rebus, panggang atau bakar), ikan, sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan dan produk rendah lemak

2. Sediakan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan, sehari

3. Minum air putih, susu segar atau rendah lemak, jus buah-buahan tanpa pemanis berbanding minuman ringan

4. Masukkan sayur-sayuran atau buah-buahan dalam makanan tengah hari atau snek/kudapan anak-anak anda di sekolah. Pujuk dan yakinkan ibu bapa kepada kawan-kawan anak anda agar melakukan perkara yang sama. Dapatkan juga sokongan daripada guru-guru mereka untuk menjadikan pemakanan sihat sebagai agenda sekelas

5. Pastikan anda tidak menggunakan garam yang berlebihan terutamanya yang didapati di dalam makanan diproses

6. Rancang lebih banyak aktiviti bersama keluarga di luar rumah. Bersenamlah 30 minit setiap hari dan terapkan rutin kerja seharian anda sebagai aktiviti fizikal. Misalnya, gunakan tangga berbanding menaiki lif

7. Jadikan rumah anda bebas rokok dan cubalah untuk memastikan yang anak-anak anda tidak merokok atau menghisap tembakau walaupun jauh dari pandangan anda

8. Hadkan masa melihat skrin - baik televisyen atau komputer, tutup suisnya sebanyak masa yang mungkin. Pastikan masa-masa terluang anak anda dipenuhi dengan aktiviti fizikal. Kenapa anda tidak berjalan kaki atau berbasikal sahaja dengan anak- anak ke sekolah?

9. Sebagai salah seorang ahli keluarga, tunjukkan contoh yang baik dengan makan secara sihat, aktif secara fizikal dan tidak merokok

10. Jika anda rasa sesiapa sahaja di dalam ahli keluarga anda berisiko mendapat penyakit jantung, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor.


Edirossa
Ewan_sn
Ramping dengan kaedah hipnosis
Oleh NOOR Fazrina Kamal



PELANGGAN dihipnosis sebelum proses HypnoRamping bermula. Ia bertujuan membuatkan pelanggan berasa tenang sebelum diprogramkan.
--------------------------------------------------------------------------------



HYPNORAMPING, bunyinya mungkin agak janggal bagi yang pertama kali mendengarnya. Bagi yang belum tahu, HypnoRamping adalah satu kaedah yang telah lama digunakan oleh sebilangan selebriti lelaki dan wanita di negara Barat bertujuan untuk membentuk dan mengekalkan bentuk badan yang sempurna.

Menggunakan metodologi hipnosis sebagai perantara, program ini merupakan satu kaedah hipnoterapi yang membantu mengawasi bentuk badan tanpa diet tertentu.

Malah HypnoRamping juga turut mempengaruhi tubuh badan untuk melakukan aktiviti sihat bagi membentuk badan dan perwatakan melalui saranan yang dimasukkan ke dalam sistem kawalan diri dan minda seseorang.

Pengarah Urusan Mind Tech Resources, Dr. Zulkifli Alias berkata, program ini juga membantu anda untuk menaikkan imej diri, membina personaliti, memberi keyakinan, menaikkan karisma diri, keterampilan diri kepada yang diidamkan selama ini.

“Caranya mudah dan tidak memerlukan banyak alatan mahupun diet tertentu. Elemen saranan digunakan pada minda bawah sedar pelanggan untuk mengubah bentuk tubuh mereka seperti yang dimahukan,” kata beliau.

Menurut Dr. Zulkifli, pelanggan perlu mencapai tahap ketenangan optimum sebelum proses hipnosis ramping bermula.

Beliau yang memiliki pengalaman sebagai penasihat dalam bidang hipnoterapi selama lebih 20 tahun berkata, HypnoRamping juga membolehkan seseorang menukar personaliti kepada yang lebih baik seperti yang dimahukan.

“Prosesnya bermula dengan mengenalpasti bentuk tubuh yang diingini, pelanggan boleh mengambil contoh bentuk badan yang diinginkan menerusi gambar dan mengambil masa hingga beberapa ketika menghayati gambar tersebut sebelum proses hipnosis dimulakan,” jelas beliau lagi.

Dr. Zulkifli berkata, tahap keberkesanan proses HypnoRamping terhadap seseorang bergantung kepada sedalam mana tahap ketenangan mereka.

“HypnoRamping telah terbukti berkesan di mana beberapa orang pelanggan kami telah turun berat badannya dalam masa dua hari sebanyak dua kilogram dan penukaran fizikal yang ketara selepas lima jam rawatan HypnoRamping,” ujar beliau yang juga merupakan pengasas teknik tersebut.

Selepas pelanggan mengenalpasti apa yang mereka mahukan, sesi hipnoterapi dimulakan dalam sebuah bilik yang menggunakan pencahayaan suram.

“Hanya pelanggan dan ahli terapi dibenarkan berada di dalam bilik rawatan. Bagi wanita, ahli terapi wanita digunakan dan begitulah sebaliknya.

“Proses rawatan adakalanya mengambil masa sehingga berjam-jam lamanya, walau bagaimanapun ia bergantung kepada tahap ketenangan serta penerimaan pelanggan.

“Saranan demi saranan serta beberapa sentuhan fizikal oleh ahli terapi dengan pelanggan sepanjang proses berlangsung.

“Pelanggan juga perlu menghadiri beberapa sesi rawatan sebelum mendapatkan hasil yang diingini,” jelas beliau.

Kata Dr. Zulkifli, ada antara pelanggan wanita yang baru bersalin berjaya mengembalikan bentuk badan yang lebih langsing berbanding sebelum bersalin.

“Kita tidak perlu membuat andaian. Keberkesanan hipnoterapi telah terbukti di Barat, bagi yang berminat boleh mencubanya dengan ahli hipnoterapi bertauliah,” kata beliau menutup bicara.


Edirossa
Ewan_sn
Terapi Yoga tingkat sistem imun badan
Oleh Siti Nur Almizan Aripin


LENGKUNGKAN badan dapatmembantumelegakan ketegangan otot serta menyingkirKan lemak.



Teknik senaman dari India boleh diamalkan ketika Ramadan, perbaiki kesihatan tubuh

MELIHAT liuk lentuk dan pergerakan guru yoga yang lembut serta berseni membuatkan hati tertanya-tanya apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik keindahan senaman itu. Malah, tiada lemak mengelebir, yang kelihatan hanya otot pejal dengan wajah ceria dan bersinar menguatkan lagi keinginan untuk mata terus memerhati setiap gerak langkah senaman yang dikatakan berasal dari India ini.

Satu saja halangannya, yoga atau apa saja senaman memerlukan komitmen yang tinggi. Namun, percayalah setiap kejayaan bermula dengan satu langkah pertama. Justeru, bagi yang ingin kekal sihat, terapi yoga adalah jawapannya.



Ketua Unit Yoga di Pusat Kecergasan True Fitness, Diptom Bose, berkata terapi yoga adalah sejenis senaman bersifat terapeutik (untuk tujuan rawatan) dan sesuai diamalkan pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak dan warga emas.

"Ia juga adalah jenis yoga yang sememangnya disarankan untuk individu yang berada pada awal peringkat mendalami teknik yoga selain soft yoga, ananda, hatha, asana dan pranayama.

"Mungkin ada yang keliru melihat pelbagai jenis yoga termasuk yang diajar untuk kumpulan yang sudah mahir tetapi teknik yoga berkenaan berbeza dan mempunyai kelebihan tersendiri," katanya.





Keistimewaan terapi yoga dicipta khusus untuk mereka yang mengalami kecederaan akibat bersukan atau masalah kesihatan seperti tekanan, darah tinggi, sakit tengkuk dan belakang, asma, gastrik dan sembelit.

Selain itu, dalam kesibukan seharian di tempat kerja, duduk dalam posisi yang sama berjam-jam, mengadap komputer atau terperangkap dalam kesesakan jalan raya menyebabkan individu mengalami ketegangan otot pada belakang dan tengkuk serta stres.

"Justeru, teknik tertentu dalam terapi yoga dapat membantu untuk melegakan ketegangan otot, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan sistem imun badan.

"Terapi yoga juga dapat memperbaiki kesihatan dalaman wanita seperti perjalanan haid yang tidak normal dan senggugut," katanya.

Diptom berkata, terapi yoga sesuai dijadikan aktiviti riadah dan senaman ringan yang boleh diamalkan ketika Ramadan kerana sifatnya yang tidak terlalu lasak dan agresif.

"Mungkin ramai yang beranggapan ketika bulan puasa, dengan tenaga yang terhad dan perut kosong, kita tidak digalakkan bersenam tetapi ia sebenarnya tidak betul sama sekali.

"Malah, dalam ajaran Islam sendiri, puasa adalah untuk kesihatan dan jika diperhalusi sebaiknya, ada beberapa jenis teknik yoga dengan pergerakan tertentu yang tidak mengeluarkan peluh boleh membantu meningkatkan kecergasan ketika sedang berpuasa," katanya.

Bagaimanapun, Diptom menegaskan bahawa tindakan segelintir individu yang membuat yoga secara melulu misalnya berdasarkan pemerhatian daripada video atau buku adalah tindakan yang tidak betul.

"Guru adalah individu yang terbaik untuk dijadikan rujukan apabila membuat apa jua jenis yoga termasuk terapi yoga kerana mereka sememangnya terlatih dan kebanyakannya mempunyai sijil khas untuk mengajar teknik yoga," katanya.

Jangan sangsi atau bimbang kerana teknik yoga tidak mempunyai hubung kait dengan amalan spiritual, Diptom berkata, terapi yoga adalah teknik untuk individu mencari ketenangan dan keharmonian yang selari dengan sistem anatomi tubuh sekali gus mendapatkan tahap kesihatan seimbang.

Diptom berkata, teknik yoga menjadi satu amalan kesihatan yang semakin diterima dalam masyarakat negara ini terutama wanita bekerjaya. Malah, kelas yoga di True Fitnes yang terletak di Desa Sri Hartamas, Subang Jaya dan Petaling Jaya sentiasa padat.

"Mereka sangat teruja untuk terus mempelajari teknik yoga dan sanggup datang ke kelas seawal 6.15 pagi sebelum ke tempat kerja setelah mendapati badan semakin ringan dan sihat selepas mengamalkannya," katanya.



INFO: Yoga

Jangan lakukan senaman yoga ketika perut kenyang atau selepas makan.

Amalkan teknik yoga untuk 20 hingga 30 minit setiap sesi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Ewan_sn
Inai boleh merawat pelbagai penyakit
Oleh Siti Nur Almizan Aripin





Lawsonia Inermis miliki asid untuk rawat penyakit lelaki, wanita

SEWAKTU kecil dulu menjelang Aidilfitri kanak-kanak perempuan adalah antara golongan paling seronok mencari daun inai untuk dipakai beramai-ramai.

Itu adalah antara kenangan yang sukar dilihat kalangan kanak-kanak terutama yang tinggal di kota besar ketika ini. Namun, inai tetap istimewa kerana nilai pokok yang berdaun kecil dan mempunyai ranting yang banyak ini membuat khasiat serta nilai perubatan yang sangat tinggi.



Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis sebenarnya berasal daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ia dibawa orang Mongolia ke India pada kurun ke-12, namun ada pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi dalam kajiannya pula menemui bukti bahawa inai sudah digunakan orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu sejenis pewarna merah dipercayai inai.

Rahsia merah inai

Daun ini mempunyai kandungan bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang ada dalam asid itu bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku serta rambut.

Kelebihan

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutama pada daunnya. Selama berkurun lamanya inai digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utamanya ialah sebagai ejen penyejuk.

Seperti amalan kaum India yang menggunakan daun inai yang disapu pada kulit untuk menyembuhkan sakit kulit, bisul dan melepuh, ia juga turut digunakan untuk menyembuhkan sakit kepada dan rasa panas pada kaki.

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis pada sekeliling kuku. Caranya adalah dengan membersihkan daun terlebih dulu, ditumbuk sehingga lumat. Kemudian gunakan ramuan itu untuk disapu pada tempat yang sakit.

Daun ajaib ini juga boleh digunakan untuk melegakan sakit perut. Hanya minum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang halus. Nescaya perut yang sakit akan pulih.

Serbuk daun inai pula boleh digunakan untuk menyembuhkan luka ketika berkhatan, bisul, penyakit kulit dan sengal tulang. Malah, sesiapa yang mula gusar apabila rambut mula menipis, mungkin boleh anda cuba petua turun temurun ini. Rebus minyak biji sawi bersama daun inai dan disapukan pada kepala.

Bagi kaum India, air daun inai digunakan sebagai astrigen yang boleh mengecutkan tisu organik sekali gus membantu mengawal pendarahan berlebihan. Malah, mereka juga percaya, amalan berkumur dengan daun inai boleh membantu menyembuhkan sakit tekak.

Merawat penyakit wanita

Wanita yang berdepan dengan masalah haid berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Masyarakat Melayu sendiri mengamalkan meminum jus daripada daun inai segar untuk merawat masalah sakit tuan seperti ejakulasi yang tidak terkawal.



FAKTA

Kulit batang inai - boleh merawat penyakit hati seperti demam kuning dan bengkak hati serta cirit-birit.


Bunga - merawat masalah sakit kepala disebabkan cuaca panas. Caranya dengan meletakkan bunga inai yang dicampur cuka sekeliling kepala.

Akar - digunakan untuk merawat bisul.

Daun - air rendaman daun ini mampu merawat keputihan dan masalah haid berlebihan. Juga digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Selain itu, digunakan untuk menutup uban dan sebagai pewarna tekstil.
Ewan_sn
Teknik rawat kuku tangan, kaki, di rumah


BAGI yang ingin membuat rawatan kuku tangan (manicure) dan kuku kaki (pedicure) tanpa mengeluarkan perbelanjaan, anda boleh mencuba melakukannya sendiri di rumah. Kadangkala, ada yang ingin masa yang lebih privasi dan seronok bersama keluarga dan rakan.

Tidak ada salahnya kerana masa yang terluang itu sekurang-kurangnya terisi dengan pelbagai aktiviti yang bukan saja memberi faedah kepada kesihatan anda malah lebih baik daripada sekadar keluar melepak.

Ayuh, cari pasangan anda dan mulakan spa kuku anda di rumah. Sebagai permulaan, mungkin anda boleh gunakan suami, isteri, adik atau kawan baik anda untuk melakukan eksperimen. Apabila sudah mahir, tidak mustahil anda boleh mulakan bisnes spa kuku pula suatu hari nanti.



Spa tangan

1. Ambil pupur tangan, sapu ke seluruh tangan dan tapak tangan anda. Pupur itu seelok-eloknya mengandungi garam kerana ia berupaya menanggalkan kulit mati dengan berkesan.

2. Sapukan serum pada kedua-dua tangan yang sudah dipupur halus untuk melembapkan dan melembutkan kulit.

3. Ambil plastik, bungkus kedua-dua tangan hingga ke pergelangan untuk mempercepatkan proses penyerapan serum (sekurang-kurangnya 3 hingga 4 minit).

4. Buka balutan dan sapu losyen pelembap pada tangan. Pilih losyen yang mempunyai fungsi melembap dan mengandungi UV sebagai pelindung kepada kulit tangan anda yang sentiasa terdedah pada cahaya matahari.

Nota: Teknik yang sama digunakan untuk spa kaki.


Manicure dan pedicure

1. Masukkan air suam ke dalam besen besar Kemudian anda merendam kaki anda di dalam besen berkenaan.

2. Masukkan serbuk antiseptik untuk proses penyahbau dan membunuh kuman pada kaki.

3. Sambil kaki direndam, kikir bahagian lebihan kulit mati pada jari kaki, letakkan pelembut, buang sel mati di atas permukaan kuku menggunakan pusher dan bentukkan kuku seperti yang diinginkan.

4. Jika anda ingin kuku lebih cantik dan berkilat, anda boleh lakukan teknik buffing pada kuku kaki anda. Selepas buffing, sapukan minyak kutikel pada kuku kaki anda.

Nota: Teknik yang sama dilakukan untuk manicure.


Melembutkan tapak kaki

1. Sembur bahan pelembut (softener) pada keseluruhan tapak kaki.

2. Kikir kulit tapak kaki yang kasar menggunakan alat khas, scripper.

3. Gosok kaki menggunakan batu pengasah (boleh dibeli di farmasi).

4. Diakhiri dengan scrub (perisa mint) pada keseluruhan kaki daripada paras lutut ke bawah.

5. Basuh kaki anda dan lap sehingga kering.


Ewan_sn
Akar, buah sintok pengganti syampu
Oleh Siti Nur Almizan Aripin


SESIAPA yang gemarkan aktiviti lasak di hutan pasti pernah melihat batang pokok yang memanjat digelar akar sintok atau di Pantai Timur, dipanggil akar beluru. Malah, batang akar ini mengeluarkan air yang boleh diminum jika terputus bekalan minuman ketika mendaki gunung di kawasan habitatnya iaitu di hutan hujan tropika.

Akar sintok ini walaupun kelihatan seperti tidak berguna namun sebenarnya ia mempunyai seribu satu khasiat yang boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kaum wanita.

Kebaikan

Pokok sintok membiak melalui biji benih, buahnya yang matang berwarna hitam boleh digunakan sebagai pengganti syampu. Malah, ada yang mengatakan buih daripada akar pokok itu boleh menangani masalah kelemumur. Syampu daripada bahan semula jadi ini juga boleh membuatkan mahkota anda kelihatan hitam berkilat.

Caranya, ketuk batang akar berkenaan sehingga leper dan siatkan di dalam air. Ia akan mengeluarkan buih yang boleh digunakan untuk syampu dan kulitnya bertindak sebagai pembersih dengan menyentalnya pada tubuh ketika mandi.

Selain berguna untuk menghilangkan kotoran dan daki, ia juga membuatkan badan menjadi wangi dan menyegarkan. Oleh kerana sifatnya yang menyegarkan, ramai pengamal perubatan tradisional menggunakan akar sintok dalam campuran mandian rawatan untuk mengembalikan kecergasan selain memulihkan semangat.

Dalam masyarakat Melayu tradisional, akar sintok diamalkan kalangan wanita untuk dibuat mandi selepas suci daripada haid. Ia dipercayai dapat membantu mengembalikan kecergasan selain mengharumkan badan.

Akar ini juga dipercayai mampu merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa serta meredakan sedu dan merawat buang air besar berdarah.

Ramuan Pilis

Tahukah anda, akar sintok ini juga salah satu bahan yang digunakan untuk membuat pilis (bersama campuran akar tinggal dan kapulaga) yang disapukan pada dahi ibu selepas bersalin bagi mengelakkan pening kepala dan angin meroyan.
Ewan_sn
Prestasi lebih baik jika tidak berjaga malam

ALBANY, Amerika Syarikat 14 Dis. – Pelajar yang berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran didapati memperoleh gred lebih rendah berbanding sebaliknya, demikian satu kajian terbaru.

Tinjauan ke atas 120 pelajar kolej seni di Universiti St. Lawrence menunjukkan, pelajar yang tidak pernah mengulangkaji pelajaran pada waktu malam mempunyai gred yang lebih tinggi berbanding yang berjaga sepanjang malam.

Kajian turut menunjukkan, secara purata, pelajar yang tidak mengulangkaji pelajaran waktu malam memiliki nilai gred 3.1 berbanding pelajar yang berjaga hanya mempunyai nilai gred sebanyak 2.9 sahaja.

Menurut seorang pembantu profesor, Pamela Thacher berkata, kajian yang dibuat mendapati tiada sesiapa yang mampu berfikir serta memberikan tumpuan lebih baik sekiranya berjaga hingga ke jam 4 pagi, namun ramai yang berpendapat mereka boleh tetapi sebenarnya tidak.

Beliau turut mendapati kajian yang sama dijalankan oleh ahli psikologi klinikal menunjukkan keputusan yang sama dengan tinjauan yang dilakukannya.

– AP
Ewan_sn
Mandi air sejuk


--------------------------------------------------------------------------------


LUPAKAN dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat. Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.

Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting.

Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.

Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.

Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.


This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2017 Invision Power Services, Inc.