Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Koleksi Panduan Kesihatan Fizikal..
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Kelab Diet, Panduan Kesihatan Fizikal dan Pemakanan
Pages: 1, 2, 3, 4
si_comel
QUOTE(edirossa @ Jul 22 2005, 08:49 AM)
Alahan dan Cara Mengatasi...Siri (44)

JIKA habuk, gandum atau produk tenusu menyebabkan anda kerap bersin, terasa gatal, dan asyik tergaru-garu, anda tidak keseorangan.

Ramai yang menganggap bahawa masalah gatal-gatal atau hidung berair yang dialami sekali-sekala lumrah hidup dan tidak perlu dibimbangkan.

Lagipun keadaan kurang selesa atau sedikit gangguan ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan tugas harian, baik mengemas rumah mahupun menjaga anak, atau giat bekerja dari pukul 9 pagi hingga ke malam.

Namun bagi ramai orang di seluruh dunia yang mengalami alahan kronik dan berulang, serangan boleh berlaku begitu kerap dan serius sehingga mengganggu kehidupan mereka.

Masalah umum yang disebabkan oleh alahan termasuk keletihan kerana gejalanya boleh mengganggu kelenaan tidur dan menyebabkan seseorang cepat marah, hilang tumpuan dan menjejaskan prestasinya di sekolah atau di tempat kerja.

Kemunculan tanda-tanda ekzema atau rasa gatal-gatal juga memberikan kesan negatif terhadap keyakinan seseorang.

Dalam kes yang jarang berlaku, tindak balas alahan begitu serius sehingga menyebabkan masalah kesihatan yang dinamakan anafilaksis.

Dalam keadaan seperti ini, saluran pernafasan bengkak dan menyebabkan kesukaran bernafas.

Pada masa yang sama, kulit kelihatan merah padam dan terasa panas apabila disentuh dan tekanan darah turun secara mendadak.

Dalam tempoh beberapa minit, badan boleh mengalami kejutan anafilaktik, yang boleh membawa maut jika ubat tidak diberikan dengan serta-merta.


Mungkinkah anda menghidap alah?

Terdapat beberapa jenis alahan, yang berbeza dari segi keterukan dan tanda-tandanya, contohnya asma ialah sejenis penyakit alah yang menjejaskan saluran pernafasan, manakala demam alergi (rinitis alergik) mempunyai gejala-gejala seperti hidung berair dan mata gatal.

Ekzema dan gatal-gatal (ifiopatik urtikaria) menjelma sebagai tompokan kulit yang kering dan gatal dan tompokan radang pada kulit.

Memandangkan penyebab atau pencetusnya berbeza-beza dan termasuk pengawet makanan, ubat jenis tertentu, kutu habuk dan minyak wangi buatan, seseorang yang mengalami alahan teruk sentiasa diserang oleh pencetus yang boleh mengakibatkan gejala seperti gatal-gatal, mata berair dan bersin.

Justeru, adalah sukar untuk mengelakkan bahan-bahan ini dan ramai orang didapati menderita kerana serangan alahan.

Mengapa sesetengah orang kerap diserang alahan sedangkan orang lain tidak begitu mudah mengalaminya?

Jawapan masih belum jelas, tetapi didapati bahawa penghidap alahan mempunyai sistem imun yang menghasilkan terlalu banyak bahan kimia yang diberi nama immunoglobin E (IgE) yang menyebabkan badan terlalu sensitif kepada bahan yang lazim wujud dalam alam sekitar.

Setiap alergen, atau bahan yang mencetus tindak balas alahan, menyebabkan reaksi berturutan yang membawa kepada pengeluaran histamin, sejenis sebatian yang menyebabkan badan mengalami gejala seperti gatal-gatal dan mata berair.

Langkah pencegahan

Walaupun ramai orang mengaitkan alahan dengan musim pendebungaan di kawasan beriklim sejuk, hakikatnya ialah orang dari seluruh dunia boleh mengalami alahan.

Di Malaysia, salah satu daripada penyebab umum ialah kutu habuk, yang hidup di tempat-tempat yang gelap dan lembap.

Kutu habuk, yang merupakan organisma seni, hidup dengan sel kulit mati yang dibuang oleh badan setiap hari.

Dengan itu, tikar, permaidani, sofa upholsteri, kusyen, bantal dan katil menjadi tempat-tempat pembiakan kutu habuk.

Walaupun hidup di negara beriklim tropika dan dilimpahi sinaran matahari sepanjang tahun, kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa di dalam rumah yang biasanya dihiasi permaidani dan upholsteri, dalam persekitaran yang tidak mempunyai aliran udara yang baik,.

Mujurlah kutu habuk masih boleh dibuang dengan pendedahan kepada cahaya matahari dan cucian yang kerap.

Pencetus alahan lain termasuk ramuan makanan tertentu, seperti kacang, gandum, buah-buahan sitrus dan binatang bercengkerang seperti ketam dan udang antara punca paling umum.

Sesetengah orang juga alah kepada bahan pengawet, dan ubat tertentu seperti antibiotik dan aditif perasa seperti MSG (monosodium glutamat).


Lima cara mudah untuk menguruskan alahan

1) Elakkan pencetus alahan yang diketahui.

Jika anda sering alah selepas makan makanan laut, atau mengalami hidung berair atau mata berair apabila bermain dengan kucing, cuba jauhkan diri dariada punca-punca alahan tersebut.

2) Bersihkan habuk di rumah, di dalam kereta dan di pejabat.

Cuci, vakum atau tukar cadar, alas sofa, kain hamparan dan mainan lembut sekerap mungkin.

3) Tingkatkan kualiti udara persekitaran dengan membersihkan penapis udara dalam sistem penyaman udara secara kerap.

Kalau boleh, galakkan pengudaraan dengan membuka tingkap kereta, rumah dan pejabat.

4) Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai banyak pengawet dan pewarna.

5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan air.

6) Kunjungi doktor atau pakar alahan untuk mendapatkan ubat bagi melegakan gejala.


Edirossa

rajin betul edi hantar info tentang kesihatan. tapi molek jika edi compile artikel tentang alahan dalam satu topik yang sama & artikel tentang kanser dalam topik yang lain.

by the way comel nak tanya, ada tak cara nak bezakan antara alahan dan resdung? setahu comel resdung juga kadangkala mempunyai tanda-tanda yang sama seperti alahan.

& ada tak cara nak kurangkan inflamasi yang mengakibatkan resdung selain rawatan tradisional yang gunakan asap tu???
Ewan_sn
Cara atasi masalah buasir


JIKA anda mengalami kesakitan selepas membuang air besar atau najis disertai darah, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah buasir.

Tidak ramai sanggup membincangkan masalah ini secara terbuka kerana ia dianggap memalukan. Bagaimanapun, pendarahan ketika buang air besar tidak semestinya disebabkan buasir saja.



Beberapa faktor boleh menyebabkan buasir, iaitu:

1) Sembelit.

2) Keturunan.

3) Mengandung, melahirkan anak dan sindrom sebelum haid (bagi sesetengah wanita).

4) Pengambilan alkohol dan merokok.

Sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan darah pada rektum (bahagian hujung usus besar) seperti kanser rektum, pemakanan rendah serat, obesiti dan penyakit hati yang serius.



Walaupun ia boleh diubati, tetapi lebih mudah untuk mencegahnya melalui:


1) Mengelakkan makanan pedas dan berempah.

2) Jangan minum minuman keras.

3) Kurangkan pengambilan kafein.

4) Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

5) Minum banyak air sekurang-kurangnya satu liter sehari.

6) Banyakkan makan makanan yang banyak serat seperti bijirin.

7) Cuba tetapkan jadual ke tandas.

dirol.gif Kerap bersenam.


Edirossa
waniezz
edi,thanks 4 de info utk migrain tuh...
Ewan_sn
QUOTE(si_comel @ Aug 9 2005, 07:32 AM)
rajin betul edi hantar info tentang kesihatan. tapi molek jika edi compile artikel tentang alahan dalam satu topik yang sama & artikel tentang kanser dalam topik yang lain.

Maaflah..edie tak minat nak letak semua tajuk secara berasingan...cuma tajuk2 yg edie rasa perlu saja yg akan edie keluarkna dan asingkan di thread yg berlainan. Dalam ni cuma eide nak kumpulkan dalam satu tempat supaya senang edie nak refer, tak lah kelamkabut nak cari bila time nak cari..Kalau edie keluarkan semua tajuk yg ada disini dan diletakkan dalam tajuk yg berlainan..takut sudut petua ni dipenuhi oleh tajuk2 dari edirossa... wink.gif

Apapun terimakasih atas perhatian anda..
Ewan_sn
Asma sensitif Jerebu


SEBELAH kanan bronchiole normal manakala brochiole
sebelah kiri bagi penghidap asma.


Anda boleh menjalani kehidupan biasa jika mampu mengawal asma

JEREBU yang melanda negara sekarang boleh menyebabkan penyakit asma, jangkitan saluran pernafasan dan sakit mata.

Mereka yang berpenyakit asma perlu berhati-hati ketika melakukan kegiatan luar. Soalnya apa yang anda ketahui berkaitan penyakit asma? Tidak boleh bersukan? Tidak boleh makan ais krim? Tidak boleh hidup tanpa ubat? Anda salah jika jawapannya ya. Sebenarnya anda boleh menjalani kehidupan biasa jika mampu mengawal asma.

Asma atau lelah dirujuk pada keadaan sukar untuk bernafas. Biasanya mereka yang berhadapan dengan masalah ini sangat sensitif terhadap persekitaran. Kini, ia menjadi masalah kesihatan biasa malah sembilan dari 11 peratus kanak-kanak di Malaysia berhadapan dengan masalah itu. Malah 50 peratus ketidakhadiran ke sekolah disebabkan asma.

Kata Pakar Perunding Perubatan dan Pernafasan, Dr Zainudin Md Zin, jumlah itu jika dibanding dengan 22 juta penduduk Malaysia, ia satu angka yang tinggi.

Ada dua jenis asma yang harus kita tahu. Satu, alahan asma dikalangan kanak-kanak dan golongan dewasa. Kadangkala (tetapi tidak selalu) alahan itu menyebabkan asma sebelum usia mencecah usia 35 tahun. Serangan asma terjadi apabila seseorang itu berhadapan dengan punca alahannya.

Tiada alahan asma (nonallergic asthma) adalah asma biasa kepada golongan dewasa pertengahan usia. Ia menyerang sebagai respon kepada faktor pencetus seperti bersenam, sejuk atau jangkitan pernafasan tetapi mekanisme alahan ini tidak bertanggungjawab kepada reaksi asma.

Asma sebenarnya satu keadaan kronik. Kadangkala pesakit asma merasakan penyakit itu sudah ‘hilang’ dari mereka tetapi sebenarnya tidak. Ia masih di situ cuma ia tidak ‘dirangsang’.

Secara tipikal, kebanyakan orang mengaitkan asma dengan pengambilan makanan tetapi asma menyerang hampir semua etnik di dunia dan ada pantang larang tersendiri terhadap asma. Apapun sebenarnya, jika pesakit mampu mengawal asma, kehidupan biasa sebenarnya mampu menjadi milik anda.

Ada dua faktor yang boleh merangsang asma. Faktor pertama dikenali sebagai pencetus. Keadaan yang didefinisikan sebagai pencetus termasuklah cuaca yang sejuk, berdebu, asap (asap rokok adalah pencetus terhebat), gangguan bernafas, bersukan (bagi golongan yang gagal mengawal asma) dan emosi yang terganggu.

Faktor kedua dikenali sebagai punca. Dua punca yang normal adalah alahan dan jangkitan pernafasan. Kemungkinan 75 hingga mega_shok.gif peratus pesakit muda sebenarnya berhadapan dengan masalah alahan ini. Punca alahan mungkin datang dari haiwan (kucing atau kuda), hama dan bebunga (dari pokok, bunga, rumput atau benih). Pendedahan kepada punca alahan ini akan mengakibatkan simptom serta-merta seperti bersin atau batuk. Di kalangan kanak-kanak juga, jangkitan pernafasan ini menjadikan asma bertambah teruk.

Menariknya, kebanyakan faktor ini dikaitkan dengan sejauh mana pembangunan sesebuah negara itu. Jika dilihat semakin moden negara itu, semakin bersih persekitarannya semakin banyak kes asma. Contoh klasik, kes asma di Jerman Timur dan Jerman Barat. Malah dalam laporan Global Burden of Asthma oleh Global Intiative for Asthma tahun lalu, peningkatan masalah asma di seluruh dunia adalah misteri terbesar dalam perubatan moden.

Selain itu, faktor genetik juga dikaitkan dengan peningkatan kes asma ini. Apapun, angka yang meningkat ini tidak menjadi soal jika setiap pesakit tahu bagaimana menangani asma. Tidak dinafikan, asma tidak boleh disembuhkan. tetapi dengan rawatan yang betul ia boleh dikawal dan anda boleh menjalani kehidupan yang normal.

KAWALAN ASMA YANG BAIK:

KAWALAN asma yang baik merangkumi pemahaman terhadap penyakit itu dan perkembangan dalam teknik perawatan selain peka dengan setiap simptom, Memang tidak dinafikan ada yang tidak menyedari mereka menghidap asma kerana tiada tanda.

Anda harus tahu kegagalan mengawal asma akan menyebabkan kerosakan sistem pernafasan dalam tempoh jangka panjang.

Ia akan mengehadkan aktiviti fizikal anda, mungkin gagal menjalankan amanah kerja dengan baik selain kerap berulang alik ke hospital.

Sesuatu yang harus anda ingat, untuk rawatan asma yang berjaya, anda harus tahu tentang asma dan rawatannya, berhubung rapat dengan doktor selain merujuk kepada Majlis Asma Kebangsaan yang beralamat di Unit 903, Menara PJ, Pusat Perdagangan Amcorp, 18 Jalan Persiaran Barat 46050 Petaling Jaya Selangor.


Edirossa
Ewan_sn
Punca Sakit Kepala

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

1) Punca Dari Pakaian

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

2) Punca Dari Cahaya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

3) Punca Dari Mata

Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

4) Punca Dari Penyakit

Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

5) Punca Dari Kepala

Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala


Edirossa
Ewan_sn
Penyakit sendi dan tulang


ARTRITIS secara umumnya dikenali sebagai keradangan sendi yang mungkin boleh berlaku di mana-mana bahagian anggota tubuh.

Ia biasanya menyerang bahagian sendi termasuklah jari, pergelangan tangan atau kaki, siku, leher dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis keradangan tetapi yang biasa adalah:

Osteoporisis

Ia merupakan keradangan yang disebabkan oleh kekurangan fungsi rawan yang berperanan sebagai pelapik yang menyokong lutut dan punggung.

Apabila rawan menjadi semakin haus dan nipis, pergerakan yang berterusan menyebabkan terjadinya pembengkakan dan kesakitan. Kekerapan serangan seperti kebas lebih cenderung berlaku pada waktu awal pagi.

Bahagian yang paling berisiko adalah bahagian yang memikul berat bebanan seperti tangan, lutut, punggung dan lain-lain.

Artritis reumatoid

Ia merupakan artritis yang menyerang membran sonovial yang mengelilingi cecair pelincir dalam sendi.

Faktor risiko bagi artritis reumatoid selalunya berkaitan dengan tekanan emosi, fizikal, cara pemakanan yang tidak baik ataupun jangkitan bakteria.

Keadaan ini menyebabkan terjadinya demam, keletihan, kelemahan sistem pertahanan badan, enemia dan permasalahan lain termasuk kesakitan sendi.

Peratusan pesakit wanita lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 3:1, bagi yang berumur 20 hingga 40 tahun.

Gout

Gout disebabkan oleh kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Kepekatan asid urik yang tinggi menyebabkan terbentuknya kristal yang terkumpul di bahagian sendi.

Kaum lelaki biasanya lebih berisiko berbanding dengan wanita. Serangan gout biasanya datang menyerang tanpa sebarang tanda.

Walaupun kejadian artritis selalu dikaitkan dengan peningkatan usia, namun ia boleh terjadi di semua peringkat umur.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada artritis seperti faktor umur, jantina, gaya hidup, kegemukan dan lain-lain.

Pengambilan makanan tambahan didapati berkesan dalam membantu menangani masalah artritis.

Pengambilan kombinasi kalsium, mangan, zink dan vitamin D3 memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang.

Kekurangan mineral dan vitamin D3 mengancam pertumbuhan tulang serta meningkatnya risiko terjadinya osteoporosis.

Kombinasi beta-kerotin, vitamin C, E dan zink dapat mencegahnya daripada menjadi serius. Ini kerana ia dapat meneutralkan dan membaiki kerosakan dan mengekang kerosakan rawan.

Asid lemak yang mengandungi minyak omega seperti Omega 3 dan Omega 6 didapati dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin yang mampu mengurangkan keradangan kerana ia boleh bertindak sebagai agen antiradang yang berkesan bagi melegakan simptom penyakit artritis.

Penggunaan herba terutamanya yang mempunyai kandungan biji saderi yang tinggi bermanfaat dalam rawatan masalah sakit sendi yang kronik dan masalah keradangan yang lain.

Biji benih saderi berupaya meneutralkan asid urik dan asid lain yang berlebihan dalam badan. Kombinasi Guaiacum halia, dan capsicum juga membantu untuk mengurangkan kesakitan sendi dan otot-otot.

Pengamalan gaya hidup sihat adalah amat digalakkan, seperti senaman yang dapat menguatkan tulang.

Penjagaan berat badan juga penting kerana berat yang berlebihan akan memberi bebanan yang berlebihan kepada otot dan sendi. Urutan tradisi dan Bowen Therapi juga membantu merawat masalah artritis.
Ewan_sn
Influenza boleh bawa maut


Apa itu influenza?
Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan virus influenza. Ia juga dikenali sebagai penyakit sistem pernafasan, tetapi ia sebenarnya menjejaskan seluruh badan.

Adakah ia sama dengan selesema?
Tidak, walaupun kedua-duanya ada simptom hampir sama. (Rujuk jadual perbandingan). Flu menyebabkan penyakit lebih teruk dan boleh membawa komplikasi mengancam nyawa, sedangkan selesema tidak mencetuskan komplikasi.

Bagaimana virus merebak?
Virus menjangkiti melalui udara, sama ada secara batuk, bersin atau menyentuh permukaan dicemari, lalu memindahkannya ke dalam sistem pernafasan.

Siapa yang boleh dijangkiti?

Semua orang. Anda juga boleh menjangkiti orang lain tanpa disedari kerana influenza mengambil masa antara satu hingga empat hari untuk menunjukkan tanda penyakit. Kumpulan lebih berisiko (dan boleh mengancam nyawa jika dijangkiti flu) ialah orang tua, kanak-kanak dan penghidap penyakit asma, paru-paru, kencing manis dan jantung.

Bagaimana ia boleh dicegah?

Melalui suntikan vaksin dan menjaga kebersihan. Kajian di Hong Kong menunjukkan kebanyakan kes sawan pada kanak-kanak disebabkan jangkitan virus influenza.

Berapa kerap perlu mendapatkan vaksin?

Setiap tahun kerana virus influenza sentiasa berubah mengikut musim. Jadi kandungan vaksin juga perlu diubah mengikut jenis virus.

Adakah vaksin ini selamat?

Secara umumnya ia selamat dan risiko kesan sampingan sangat rendah.
Kesan sampingan paling biasa adalah bengkak pada tempat suntikan, tetapi ia surut dalam masa 24 hingga 48 jam. Individu yang alah pada telur tidak dibenarkan mengambil vaksin influenza.

Kekerapan berlaku jangkitan?

Berdasarkan kajian dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), 70 peratus daripada kemasukan kanak-kanak ke hospital itu disebabkan serangan virus influenza.

Bila masa terbaik mendapatkan vaksin?

Pada bila-bila masa, terutama sebelum waktu puncak (April hingga Jun dan November hingga Januari). Vaksin mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk mencapai tahap imunisasi maksimum selepas disuntik.
Ewan_sn
Kanser buah dada



Hanya dua kali kepitan diperlukan bagi setiap buah dada semasa prosedur mamografi.

SUDAH agak lama rasa-rasanya kita tidak berbicara tentang kanser buah dada. Biasanya, cakap-cakap mengenainya lebih ketara menjelang bulan kesedarannya pada Oktober, walaupun setiap hari sepatutnya menjadi hari kesedaran akan peri bahayanya kanser buah dada, khususnya bagi kaum wanita.

Memang kemunculannya tidak dapat dihalang-halang. Kalau mahu, sel-sel kanser boleh sahaja menempel bila-bila sahaja yang ia suka di buah dada anda.

Bagaimanapun, kesedaran, langkah-langkah pengesanan proaktif, aktiviti fizikal, pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat secara keseluruhannya merupakan bonus dalam membantu mengurangkan risiko kejutannya.

Kenyataannya, apabila kanser buah dada berjaya dikesan awal, ia meningkatkan prospek hidup pesakit dengan ketara. Ini kerana, diagnosis pada tahap yang masih belum terlambat menjadi penentu kejayaan satu-satu rawatan yang diberikan.

Fakta inilah yang sehingga kini tidak henti-henti diperjuangkan oleh banyak persatuan mahupun institusi berkaitan untuk menyedarkan wanita betapa mereka sebenarnya mempertaruhkan nyawa.

Jadi, berapa besarkah masalah berkaitan kanser buah dada di Malaysia?

Kanser buah dada merupakan kanser yang paling banyak dikesan di kalangan wanita di Malaysia tanpa mengira kumpulan etnik.

Ia juga adalah penyebab utama kematian yang disebabkan oleh kanser - merangkumi 30.4 peratus kanser yang baru dikesan di kalangan wanita Malaysia.

Bilangan kes kanser buah dada juga meningkat dari tahun ke tahun sebagaimana laporan terakhir Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia.

Insidennya adalah 4,337 pada tahun 2002 berbanding 3,825 pada tahun 2000. Seorang dari 19 orang wanita di Malaysia mempunyai kebarangkalian untuk mendapat penyakit ini.

``Berbeza dengan kebanyakan negara membangun yang lain di mana kanser ini banyak dikesan pada wanita yang berusia lanjut, lebih dari separuh atau bersamaan 52.3 peratus pesakit di Malaysia adalah berumur kurang dari 50 tahun.

``Penyakit ini boleh berlaku bila-bila masa ketika wanita masih mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan ketika kebanyakan wanita masih lagi berada dalam alam pekerjaan,'' kata Pakar Runding Radiologi, Hospital Kanser NCI (NCICH), Dr. Azubah Awang Abd. Rahman.

Menurutnya, kajian turut mendapati bahawa kanser adalah lebih susah untuk dikesan ketika wanita masih mengalami kitaran haid.

Apakah perlunya penyakit ini dikesan pada peringkat awal?

Dr. Azubah berkata, wanita yang kurang berpeluang menjalani pemeriksaan buah dada mempunyai risiko yang tinggi kanser buah dada dikesan pada peringkat yang lewat.

Sebanyak 50 hingga 60 peratus kes yang baru dikesan di Malaysia adalah di peringkat lewat.

``Kajian telah menunjukkan, semakin lewat kanser itu dikesan, semakin tipis peluang untuk sembuh selepas rawatan.

``Wanita Melayu adalah yang paling ramai di mana penyakit ini didiagnos pada peringkat yang sudah lewat,'' katanya.

Seperti yang diketahui, sifat kanser adalah keupayaannya untuk merebak ke organ lain.

Jika kanser buah dada dikesan ketika ia masih terhad di buah dada, kadar pesakit masih sihat selepas lima tahun adalah 98 peratus.

Jika ia telah merebak ke kelenjar limfa setempat ketika dikesan, peratusannya menurun ke mega_shok.gif peratus manakala jika ia telah merebak ke organ lain seperti hati, otak atau tulang, peratusan yang masih hidup selepas lima tahun hanyalah 26 peratus.

``Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penemuan di atas adalah betapa pentingnya kanser buah dada dikesan di peringkat awal,'' tegas beliau.

Apakah yang perlu dilakukan untuk pengesanan awal kanser buah dada?

Setiap wanita digalakkan menjalani pemeriksaan buah dada sendiri setiap bulan seawal usia 20-an supaya mereka tahu apabila terdapat sebarang perubahan yang terjadi pada buah dada mereka.

Teknik pemeriksaan yang betul boleh dipelajari di kebanyakan klinik dan hospital. Risalah tentang teknik ini juga senang didapati di klinik dan hospital.

Jika seseorang wanita mengesan sebarang tanda atau gejala pada buah dada, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Antara tanda atau gejala dimaksudkan adalah:

- Rasa sakit

- Perubahan pada bentuk

- Perubahan kedudukan atau rupa puting

- Adanya ketulan

- Terdapatnya lelehan pada puting



``Apabila seseorang wanita mencecah umur 40 tahun, mereka digalakkan menjalani mamografi.

``Sebahagian wanita terutamanya yang mempunyai ahli keluarga terdekat dengan sejarah kanser ini mungkin dinasihatkan untuk memulakan pemeriksaan berkala mamografi,'' kata Dr. Azubah.

Seelok-eloknya, mereka yang berada dalam golongan ini mendapatkan nasihat doktor tentang bila perlunya mereka memulakan pemeriksaan ini.


Apakah mamografi?

Mamografi adalah pemeriksaan menggunakan sinar-X dengan dos yang selamat untuk mengesan perubahan pada buah dada.

Kemudahan untuk pemeriksaan ini boleh didapati di hospital-hospital kerajaan di setiap negeri dan di hampir semua hospital swasta.

Menurut Ketua Radiologi di hospital yang sama itu, pemeriksaan ini bertujuan mengesan kanser buah dada ketika saiznya masih kecil.

``Dan belum pun lagi dapat dirasai oleh wanita berkenaan atau doktor yang memeriksanya.

``Jika ia dapat dikesan pada masa ini, peluang wanita berkenaan untuk pulih selepas rawatan adalah amat cerah,'' jelas Dr. Azubah.

Mengulas lanjut prosedur berkenaan, untuk mendapatkan imej yang memuaskan dari pemeriksaan tersebut, buah dada yang diperiksa perlu dikepit secukupnya.

``Walaupun kepitan ini menimbulkan rasa tidak selesa atau sakit, tetapi ia amat penting untuk menjamin kualiti mamografi yang bagus dan laporan dapat dibuat. Dua kali kepitan perlu diberi untuk setiap buah dada.

``Keseluruhan proses mengambil masa lebih kurang lima hingga 10 minit. Pesakit perlu menunggu lebih kurang setengah jam untuk filem selesai diproses,'' katanya.

Laporan bagi filem mamografi yang selesai diproses diberikan oleh pakar radiologi. Beliau akan memberikan laporan atau mencadangkan pemeriksaan yang seterusnya, jika keadaan memerlukan.

Di antara pemeriksaan lanjut yang mungkin diperlukan adalah filem tambahan, pemeriksaan ultrasound atau biopsi.

``Walau apa pun pemeriksaan tambahan yang mungkin dicadangkan, wanita berkenaan perlu bertenang kerana ia tidak semestinya bermakna mereka pasti menghidapi barah.''

Dalam keadaan yang biasa, setiap wanita digalakkan untuk mengulangi pemeriksaan ini setiap satu hingga dua tahun di samping melakukan pemeriksaan sendiri buah dada pada setiap bulan.

Kesimpulannya, kata Dr. Azubah, kanser buah dada adalah barah yang paling banyak berlaku di kalangan wanita.

``Setiap wanita perlu diberikan kesedaran untuk melakukan pemeriksaan sendiri buah dada dan menjalani pemeriksaan mamografi agar penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal.

``Ini akan meningkatkan peluang mereka untuk sembuh selepas rawatan.''

Awas lelaki!

Setiap tahun, kira-kira 1,600 lelaki di Amerika Syarikat bakal didiagnos dengan kanser buah dada dan sebanyak 400 daripada mereka akan mati pada tahun ini!Sesungguhnya, apa yang masih kurang disedari oleh kebanyakan kaum Hawa di negara ini adalah betapa pengesanan awal kanser memainkan peranan penting dalam merangka strategi menyeluruh untuk merawat penyakit tersebut.


Edirossa
Ewan_sn
Perokok lelaki kurang sperma


LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu. – Agensi

Faktor lain termasuklah pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor - 44 peratus - mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.

Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

“Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

“Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga,” katanya. —Agensi


Edirossa
Ewan_sn
Gout penyakit kuno boleh menyerang bila-bila masa

GOUT atau dirujuk sebagai “ancient disease” dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat-ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.


Antara makanan yang harus dielakkan:


1) Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

2) Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

3) Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

4) Daging merah

5) Cendawan

6) Yis (roti putih, roti manis)



FAKTA: Golongan berisiko

1) Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

2) Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

3) Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

4) Wanita putus haid

5) Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

6) Mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolesterol tinggi.


Edirossa
Ewan_sn
Hentikan ubat kurus badan jika hamil


Ubat menguruskan badan kebanyakannya memberi tekanan kepada pusat selera makan dalam otak. Jika pusat itu tertekan, selera akan menurun dan sebaliknya jika tekanan reda atau tiada. Jika secara kebetulan wanita yang sedang mengamalkan ubat untuk menguruskan badan hamil dia perlu hentikan pengambilan ubat berkenaan dan menjalani pemeriksaan kehamilan dan pemeriksaan pranatal secara berkala.

Kehamilan yang tidak sihat tidak akan berkembang dan kesudahannya seseorang wanita itu akan mengalami keguguran kandungan dalam masa tiga bulan awal kehamilan. Jika kehamilan itu berjalan lancar, tidak ada sebab kenapa seseorang wanita perlu khuatir walaupun dia ada mengamalkan ubat menguruskan badan.

Seseorang wanita itu perlu terus mengadakan pemeriksaan susulan dengan doktor.


Edirossa
Ewan_sn
Tip berpuasa bagi pesakit

PEMAKANAN pada bulan Ramadan untuk mereka yang anda kasihi, khasnya yang sudah berumur atau mereka yang sedang beransur pulih merupakan sesuatu yang agak mencabar.

Walau bagaimanapun, pemakanan yang seimbang bukanlah sukar dicapai sekiranya kita mengamalkan tabiat makan berikut.

Panduan berguna yang perlu diingati semasa Ramadan

* Minum air yang mencukupi di antara waktu berbuka dan sebelum tidur serta waktu sahur untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan/dehidrasi.

Minumlah dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk menggantikan air yang hilang. Jika tidak, tubuh boleh berasa letih dan tidak bermaya. Pastikan waktu makan dan snek disertai dengan air sebanyak satu hingga dua gelas.

* Ambil sayur-sayuran yang mencukupi semasa makan. Pengambilan buah-buahan digalakkan selepas makan

* Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih-muih dan pencuci mulut yang manis atau minuman bergula

* Elakkan makanan yang terlalu berempah atau pedas sekiranya mengalami masalah gastrik

* Kurangkan pengambilan minuman berkafeina seperti kola, kopi dan teh. Kafeina boleh bertindak seperti diuretik dan boleh menyebabkan pembuangan air yang berlebihan dan boleh mengakibatkan badan kekurangan air dan garam.

Pengurangan kafeina ini boleh dilakukan dengan perlahan-lahan sebelum bulan Ramadan untuk mengelakkan gejala seperti sakit kepala dan perilaku atau mood yang tidak menentu.

* Merokok adalah salah satu faktor risiko beberapa penyakit seperti kanser dan juga penyakit koronari.

Bulan Ramadan adalah waktu yang baik untuk individu yang menghisap rokok supaya berhenti berbuat demikian. Menghisap rokok boleh meninggalkan kesan negatif kepada proses ######bolisme di dalam badan.

* Jangan lupa untuk membersihkan mulut dengan memberus gigi sebelum tidur dan selepas bersahur untuk kesihatan gigi yang baik

* Mengekalkan berat badan yang sesuai amat penting untuk kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan yang rendah atau kurang tidak digalakkan untuk kehilangan berat badan lagi.

Pengambilan makanan yang tidak mencukupi, akan mengakibatkan pengurangan berat badan. Sebaik-baiknya individu berkenaan sentiasa menimbang berat badan.

* Elakkan pengambilan makanan yang berlebihan sewaktu makan sahur juga

* Digalakkan untuk terus melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan senaman walaupun berpuasa. Contoh senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan atau regangan.

Adalah amat penting untuk mempraktikkan pengurusan masa yang baik agar dapat melakukan ibadah, bekerja atau belajar dan juga melakukan aktiviti fizikal pada hari yang sama.


Masalah yang sering dihadapi pada bulan Ramadan

* Sembelit

Penyebabnya adalah pengambilan makanan yang diproses dengan terlalu banyak, air yang tidak mencukupi dan juga kekurangan serat diet. Memburukkan keadaan adalah pengurangan aktiviti fizikal secara mendadak.

Ia dapat dielakkan dengan minum air yang mencukupi pada sebelah malam, mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan mengurangkan makanan yang telah diproses.

Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh sering diabaikan semasa bulan Ramadan.

* Salah penghadaman dan kembung perut

Ia boleh disebabkan oleh makan terlalu banyak dan mengambil makanan yang berminyak, makanan berempah dan makanan yang banyak mengeluarkan gas seperti kacang dal, kubis ataupun minuman bergas.

Boleh dielakkan dengan mengambil makanan dengan tidak terlalu banyak pada satu-satu masa. Untuk individu yang sensitif, makanan yang boleh menyebabkan angin perlulah dielakkan.

* Tekanan darah yang rendah

Berpeluh dengan berlebihan, badan yang lemah, pening dan rasa seperti mahu pitam terutamanya apabila bangun dari tempat duduk. Ia kerap berlaku pada sebelah petang.

Puncanya adalah pengambilan air dan garam yang tidak mencukupi.

Pesakit darah tinggi perlulah memeriksa tekanan darah apabila mengalami tanda-tanda berkenaan. Ada kalanya ubat tekanan darah tinggi perlu diubah dosnya dengan nasihat doktor.

* Sakit kepala

Boleh berlaku apabila mengalami withdrawal daripada pemberhentian kafeina ataupun rokok secara mendadak.

Punca lain ialah tidur atau rehat yang tidak mencukupi. Ia juga akibat terlalu lapar sekiranya keadaan ini berlaku menghampiri waktu berbuka.

Oleh itu pengambilan minuman berkafeina perlulah dikurangkan dengan perlahan-lahan sebelum bulan Ramadan lagi dan diganti dengan teh atau kopi yang tidak mengandungi kafeina.

* Gula darah rendah (hipoglisemia)

Tanda-tanda yang boleh dialami adalah seperti lemah, pening, tidak dapat menumpukan perhatian dan sakit kepala.

Sekiranya individu berkenaan bukan pesakit diabetes, ia mungkin disebabkan pengambilan karbohidrat ringkas yang berlebihan seperti gula pada waktu makan sahur. Ini kerana reaksi badan yang akan mengeluarkan lebihan insulin dan menyebabkan gula darah menurun.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, makan dengan sederhana sewaktu sahur dan mengelakkan pengambilan gula ringkas yang berlebihan.

* Ketegangan otot

Kekurangan pengambilan makanan tinggi kalsium, magnesium dan kalium. Boleh dielakkan dengan memastikan pengambilan makanan yang mengandungi mineral berkenaan, contohnya sayuran, hasil tenusu, daging dan juga kurma.

Pesakit yang mengambil ubat tekanan darah tinggi dan juga yang mengalami penyakit batu karang perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu.

* Ulser peptik dan gastrik

Peningkatan paras asid dengan perut yang kosong boleh memburukkan keadaan berkenaan. Tanda yang boleh dirasai adalah rasa sakit atau rasa panas terbakar dari dalam perut, dari bawah rusuk dan boleh dirasai hingga ke anak tekak.

Makanan berempah, pedas dan minuman berkafeina seperti kopi dan kola boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Terdapat ubat antiasid yang boleh mengawal keadaan ini.

Oleh itu individu yang mengalami masalah sedemikian perlulah berjumpa doktor sebelum Ramadan bermula.

* Batu karang

Penyakit batu karang boleh berlaku apabila kurang pengambilan cecair. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan pengambilan cecair yang mencukupi daripada air ataupun sup pada sebelah malam.

* Sakit sendi

Semasa Ramadan, solat sunat tarawih dan solat sunat tambahan lain yang dilakukan akan memberikan kesan kepada sendi. Di kalangan warga tua atau bermasalah radang sendi (atritis), boleh mengalami kesakitan, kejang, bengkak dan rasa yang tidak selesa.

Senaman terutamanya untuk kaki sangat penting malah baik dilakukan sebelum bulan Ramadan untuk membiasakan diri dengan aktiviti fizikal tambahan ini. Dengan tubuh yang cergas dan sihat akan lebih mudah untuk mengamalkan solat sunat ini.



Garis panduan untuk pesakit diabetes atau kencing manis
Sebelum berpuasa pada bulan Ramadan, pesakit diabetes digalakkan untuk melakukan beberapa perkara seperti:

* Mengawal paras glukosa darah supaya diabetes berada dalam keadaan yang terkawal. Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang berlebihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ini akan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan air.

* Menjalani pemeriksaan dan berbincang dengan doktor serta meminta nasihat berkenaan dengan rejimen ubat-ubatan ataupun insulin yang sesuai dan juga dos yang perlu diambil semasa berpuasa

* Berjumpa dengan perunding dietetik dan meminta nasihat pemakanan yang sesuai dengan ubatan ataupun insulin yang digunakan

* Pesakit digalakkan berpuasa sunat untuk menyesuaikan diri dengan ubat-ubatan yang diambil sebelum bulan Ramadan lagi

Pada masa yang sama, mereka digalakkan untuk menguji darah bagi melihat paras glukosa dan cuba menyesuaikan dos ubat atau insulin dengan diet yang betul

* Mereka juga mesti boleh mengenal pasti gejala-gejala dehidrasi, hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah) dan hiperglisemia (paras gula darah tinggi) serta lain-lain komplikasi.


Ubat-ubatan oral

Bagi pesakit yang tidak bergantung kepada suntikan insulin dan mengalami masalah lebihan berat badan, ibadah puasa dapat membantu mengurangkan berat badan.

Elakkan daripada makan secara berlebihan terutamanya makanan yang berkalori tinggi dan manis seperti kuih-muih, air dan juga bubur manis.

Makanan yang digalakkan adalah jenis yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, rendah lemak dan karbohidrat yang lambat dihadamkan. Ini untuk membekalkan tenaga yang dalam jangka masa yang panjang dan berfungsi lebih baik untuk menahan lapar.

Senaman ringan dan sederhana tidak berbahaya untuk dilakukan pada bulan Ramadan sekiranya tidak mengalami sebarang komplikasi dan mengikut nasihat doktor.

Insulin

Pesakit yang bergantung kepada insulin akan memerlukan kawalan dan penjagaan yang lebih ketat.

Mereka perlu memantau paras glukosa darah mereka sebelum dan selepas berbuka, sebelum dan selepas sahur, untuk memastikan mereka tidak mengalami hipoglisemia.

Secara amnya, peraturan pemakanan semasa hari-hari biasa masih perlu dipatuhi pada bulan Ramadan.

Pengambilan makanan yang berlebihan semasa berbuka dan memakan makanan berkarbohidrat dan berlemak terlalu banyak boleh menyebabkan hiperglisemia dan kenaikan berat badan.

Adalah disarankan agar keadaan seumpama ini dapat dielakkan dengan mengambil makanan pada waktu berbuka dan diikuti oleh hidangan ringan selepas sembahyang maghrib dan kemudiannya snek malam selepas sembahyang tarawih. Waktu makan sahur juga penting untuk pesakit diabetes.


Edirossa
Ewan_sn
Darah dari dubur tanda buasir


PERMASALAHAN pendarahan dari dubur boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti:

1. Buasir
2. Anal fissure (luka pada dubur)
3. Terdapat polyp
4. Jangkitan pada usus
5. Barah


Penyakit yang lazim menyebabkan pendarahan pada dubur ialah buasir. Buasir terjadi apabila terdapat saluran vena yang mengembang pada dubur dan lama kelamaan saluran ini akan membesar dan terkeluar daripada dubur.


Beberapa faktor yang menyebabkan buasir:

1. Keturunan: buasir lazim berlaku pada ahli-ahli dalam satu keluarga. Keadaan ini mungkin disebabkan terdapatnya kelemahan pada dinding saluran vena. Masalah buasir biasa juga berlaku pada seseorang yang berpenyakit "varicose vein" kerana asas masalahnya adalah sama.

2. Terdapat faktor tekanan yang tinggi pada usus seperti meneran kuat semasa membuang najis iaitu ketika sembelit.

3. Dipercayai bahawa masalah buasir berkait rapat dengan cara/gaya pemakanan yang mengandungi serat yang rendah. Keadaan sebegini akan menggalakkan masalah sembelit.


Tanda-tanda buasir:

1. Pendarahan semasa membuang air besar. Tanda ini ialah tanda awal buasir (buasir tahap pertama). Lazimnya pendarahannya sedikit dan berwarna merah cerah. Seseorang mungkin menghidap masalah anaemia (kurang darah) jika pendarahan daripada buasir ini tidak dirawat.

2. Terdapat ketulan di dubur. Masalah ini berlaku apabila buasir menjadi lebih teruk daripada keadaan di atas. Pada mulanya ketulan ini hanya berlaku pada masa membuang air besar dan akan masuk semula ke dalam dubur dengan sendirinya setelah selesai membuang air besar. Apabila keadaan menjadi lebih teruk, ketulan ini menjadi tetap dan tidak masuk ke dalam dubur dengan sendirinya selepas selesai membuang air besar. Seseorang pesakit perlu memasukkan ketulan tersebut ke dalam dubur dengan jarinya. Tahap ini adalah buasir tahap kedua. Apabila ketulan menjadi tetap di bahagian dubur, tahap ini dikenali sebagai buasir tahap ketiga. Pada tahap ini pesakit sudah mula merasa tidak selesa dengan adanya ketulan pada dubur dan merasa berat pada dubur.

3. Terdapat cairan pada dubur apabila buasir sudah pada tahap ketiga. Cairan ini juga boleh menyebabkan kegatalan pada dubur.

4. Kesakitan apabila terdapat komplikasi seperti “thrombosis” ia itu darah beku dalam saluran vena.



Komplikasi buasir:

1. Anaemia
2. Pendarahan yang banyak
3. Thrombosis
4. Terdapat ulser pada buasir yang terkeluar.
5. Saluran darah tersekat oleh sphincter (strangulation) pada dubur dan boleh menyebabkan tisu pada dubur mati (gangrene).
6. Jangkitan pada buasir yang thrombosed.

Rawatan penyakit buasir ini bergantung pada tahap keparahan penyakit. Ada yang dirawat dengan ubat-ubatan dan bagi yang paling teruk, pembedahan dilakukan untuk membuang saluran vena yang bengkak.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, eloklah mula mengubah cara makan dengan memastikan pengambilan makanan yang mempunyai kadar serat yang tinggi. Serat terdapat dalam makanan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di samping itu, pengambilan cairan perlu juga ditingkatkan. Pengambilan air diperlukan sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Masalah sembelit lazim berlaku semasa hamil dan selepas bersalin kerana faktor fisiologi dan ditambah pula dengan kurangnya pengambilan cairan dan serat dalam makanan.

Pastikan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi serat dan juga cairan yang secukupnya untuk mengelak daripada masalah sembelit.


Edirossa
Ewan_sn
Gastrik....


Gastrik bukan alasan tidak puasa
Pesakit lewatkan makan sahur dan ketika berbuka elak makanan pedas

GASTRIK tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa meskipun ramai yang beranggapan tidak makan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan asid di dalam perut bertindak balas menyebabkan perut sakit.

Tapi sebenarnya, jika kita memahami sebenarnya apa itu gastrik, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa. Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad berkata, gastrik atau peptik ulcer disease (PUD) adalah penyakit yang disebabkan oleh berlakunya lebihan rembesan asid hydroklorik di dalam perut atau hyperacidity yang seterusnya menyebabkan iritasi dan luka di dalam perut.


KEADAAN gastrik yang
menyerang pesakit.

Begitupun kata Dr Fazilah, dari kajian yang dilakukan tidak pula menunjukkan ketika berpuasa rembesan asid hydroklorik ini bertambah malah didapati puasa boleh mengurangkan rembesan asid ini.

“Begitu juga dengan keadaan hyperacidity, keadaan ini tidak menjadi teruk ketika berpuasa. Malah ketika perang dunia kedua, di mana ramai banduan yang kebuluran, kadar penyakit PUD ini tidak bertambah,” katanya.

Justeru jelas Dr Fazilah, pesakit gastrik berupaya untuk berpuasa. Paling baik katanya, seseorang itu tahu tahap kroniknya penyakit yang mereka hadapi.

“Seeloknya mereka perlu menjalani ujian seperti ujian Endoskopi dan doktor akan dapat menentukan keseriusan tahap gastrik mereka. Mereka juga perlu memastikan dapat rawatan yang sempurna untuk penyakit gastrik itu. Pada masa kini banyak ubat-ubatan yang boleh didapati seperti kumpulan ubat-ubatan H2 antagonist seperti Zantac, tagamet serta ubat PROTON PUMP inhibitors seperti Nexium, Pariet dan sebagainya yang boleh menyembuhkan pesakit ini. Pesakit perlu mengambil rawatan ini ketika berpuasa,” jelasnya.

Begitupun, jika pesakit yang masih berasa sakit di bahagian ulu hati, muntah dan membuang air besar dengan najis berwarna hitam dan sangat busuk walaupun sudah mengambil ubat-ubatan, mereka perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Keadaan ini kata Dr Fazilah, menunjukkan keadaan peptik ulcer mereka menjadi lebih teruk dan mungkin mengalami pendarahan atau perfosi.

“Selain menjalani rawatan perubatan dan mematuhi nasihat doktor, pesakit itu sendiri sebenarnya harus mengambil langkah berjaga-jaga, Antaranya, ketika berbuka mungkin mereka boleh mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi berulang-ulang, lewatkan bersahur, elakkan dari memakan makanan yang pedas dan berempah kerana ini mungkin menerukkan penyakit mereka, elakkan dari meminum minuman berkarbonat atau kandungan kaffine yang tinggi dan sebaik-baiknya berhenti merokok,” katanya.



Gejala

1) Sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.

2) Rasa pening kepala.

3) Terasa sakit di ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.

4) Loya atau muntah.

5) Badan rasa lemah lesu.

6) Berat badan menurun

7) Najis menjadi hitam atau gelap dan mungkin keluar darah ketika buang air besar yang menunjukkan ulser sudah menyebabkan pendarahan.


Apa yang perlu anda tahu

1) Gastrik atau nama perubatannya, gastritis secara amnya merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa), tetapi ia juga lazim digunakan untuk menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.

2) Punca sebenar gastritis ialah jangkitan sejenis bakteria, Helicobacter Pylori atau lebih dikenali sebagai H Pylori yang lazim ditemui pada pesakit gastritis kronik.

3) Saintis masih tidak mengetahui bagaimana bakteria itu menjangkiti manusia.


Edirossa
Ewan_sn
Bertungku - Pulihkan Perjalanan Darah

Sebenarnya bertungku mempunyai banyak kebaikan. Antaranya bertungku elok untuk membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

Terdapat dua kaedah bertungku; Tungku refleksiologi yang menggunakan batu gunung berapi dan bertungku badan menggunakan batu sungai. Tungku refleksiologi diletakkan di tapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita. Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dan organ badan yang lain.

Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit. Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Cara-cara Bertungku

Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku

Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungkuk dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang, selepas waktu asar. Tetapi bertungku boleh juga dilakukan sewaktu badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar. Tungku perlu dibakar semula sekiranya telah sejuk.


Edirossa
Ewan_sn
Tidur Peluk Bantal Paling Baik

Anda selalu tidur sambil peluk bantal, teruskan amalan tidur sebegini kerana ini merupakan posisi tidur yang paling elok. Tidur dengan kepala dan badan mengiring, punggung menekuk sambil satu kaki di tekuk ke arah dada dipanggil posisi fetal. Posisi tidur ini memudahkan anda bernafas dan ia memastikan jumlah oksigen yang disedut memenuhi keperluan tubuh. Pastikan anda menggunakan bantal yang empuk di kepala agar tidak menahan beban ketika anda tidur.

Posisi tidur bagaimanapun bergantung kepada keselesaan masing-masing. Selagi anda dapat berehat dengan nyaman dan bangun dalam keadaan segar, maka posisi tidur anda masih baik. Akan tetapi terdapat posisi tidur yang tidak disarankan seperti menelungkup atau menyembamkan muka ke tilam. Posisi tidur sebegini menekan paru-paru dan anda akan sukar bernafas.

Jika anda bangun dari tidur dan tubuh berasa sakit atau sengal mungkin posisi tidur anda adalah salah. Sebagai tindakan susulan, bertemulah doktor untuk mencari sebab lain yang membuatkan tidur anda tidak selesa.


Edirossa
Ewan_sn
Jangan minum dulu jika panas dan berpeluh

Anda perlu kerap minum air sebelum, semasa dan sesudah bersenam untuk mengganti cairan yang hilang. Anda akan kehilangan hampir satu liter air setiap satu jam anda bersenam.

Bagi mengelakkan dihidrasi, minumlah air sebanyak kira-kira 230ml setiap 15 minit semasa bersenam dan setelah selesai minum lagi air dalam jumlah yang sama. wink.gif


Edirossa
Ewan_sn
MEROYAN – Lelaki fahamkah keadaan ini?

Kalau suami cepat-cepat faham tanda-tanda isteri meroyan tentu ia tidak melarat teruk. Sanggupkah ibu yang tahap kesihatan mentalnya normal menghempuk anaknya dengan seterika panas? Atau merendam bayi sehingga lemas di dalam besin mandi? Mencekik bayinya kerana menangis?

Ibu itu pula berpelajaran dan datang daripada keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Mengapa dia sanggup atau sampai hati berbuat begitu? Ada mendera dan tidak kurang yang membunuh terus. Mesti ada yang tidak kena ni…

Logikkah ibu yang bersusah payah mengandung anak sembilan bulan berbuat begitu? Baik tak payah mengandung atau beranak terus.

Sebenarnya, ramai yang sudah tahu keadaan ini terutama wanita. Ramai yang tahu ada suatu penyakit yang menyerang wanita selepas melahirkan, yang membuatkan dia hilang pertimbangan atau lebih tepat lagi mengalami gangguan mental. Wanita begini diistilahkan masyarakat sebagai gila meroyan. Bunyinya memang kejam dan ada unsur-unsur menghina. Kita biasanya akan marah jika kaum keluarga kita dikatakan berpenyakit itu. Kalau boleh kita mahu sorok-sorokkan lagi. Namun sebenarnya, keprihatinan lelaki yang merupakan orang paling terdekat isteri adalah paling penting dalam situasi isteri meroyan ini. Persoalannya, adakah lelaki tahu atau buat-buat tidak tahu kerana menganggap sebagai ‘penyakit’ wanita yang diibaratkan seperti datang bulan saja.

Pada kebanyakan kes isteri meroyan, pihak suami acap kali menganggap pasangan mereka berubah laku itu sebagai semula jadi. Keadaan inilah yang membuatkan keadaan menjadi semakin teruk. Apabila suami tidak memahami. Sedangkan penyakit ini perlu diberi bantuan rawatan awal.

Lagi malang apabila pihak keluarga pesakit tidak percaya dengan perubatan moden dan menganggap meroyan hanya boleh dirawat dengan perubatan tradisional saja. Di sinilah juga sepatutnya terletaknya kebijaksanaan suami. Jika mereka memahami keadaan dan cepat bertindak menyelamatkan keadaan, mungkin nyawa dapat diselamatkan.

Untuk lelaki dan masyarakat sekalian, anda sepatutnya lebih mengetahui tentang ‘penyakit’ ini! Masyarakat dan suami terutamanya harus sedar yang postnatal depression adalah suatu penyakit yang perlu dirawat.

- Istilah psikologinya: psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar Negara, penyakit ini menyerang kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran. Istilah perubatan pula postnatal depression yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

- Keadaan meroyan ini biasanya menyerang ibu yang pertama kali melahirkan. Ingat, dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang. Jadi amat bahaya jika ibu ini dibiarkan menjaga bayi.

Tanda-tanda meroyan boleh dilihat seawal dua hari selepas bersalin. Tanda-tandanya termasuk:

1) gangguan tidur

2) keresahan

3) sensitif

4) rendah diri

5) kurang selera makan

6) selalu bersedih.

7) Sikapnya juga berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia
realiti akan hilang.

dirol.gif Bersikap luar biasa seperti fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi, kononnya melihat lembaga menakutkan atau mendengar suara ghaib yang menyuruh melakukan sesuatu. Delusi pula apabila dia merasa yang ada orang merancang untuk memusnahkannya. Keadaan itu menyebabkan dia berasa waswas dan syak wasangka dengan orang. Sering berhadapan halusinasi dan delusi, si ibu tidak akan kisah kebajikan anak yang baru dilahirkan. Dia akan terdorong melakukan jenayah, seperti membunuh anaknya.


Faktor yang menyebabkan meroyan
Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental inil Antaranya:

1. Faktor genetik atau baka

2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak

3. Tekanan emosi ketika dalam pantang

4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir



Suami selalu tidak memahami tekanan emosi si isteri
- Sebenarnya tekanan emosi wanita baru bersalin berbeza. Tidak dinafikan anak merupakan pengikat kasih antara pasangan suami isteri dan kebanggaan keluarga keseluruhannya. Tetapi bagaimana jika anak yang dilahirkan tidak kehendaki? Contohnya pasangan yang belum bersedia menambah ahli keluarga atau tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

- Emosi semakin tertekan apabila wanita itu sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya atau mentua.

- Sakit bersalin. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Namun suami menganggap isteri telah biasa. Langsung tidak mahu membantu menjaga anak yang menangis saban malam. Isteri tidak dapat berehat dengan secukupnya dan ini membuatkan tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya membosankan. Lagi teruk, suami masih beranggapan isteri akan pulih selepas dua tiga hari dan mahu makan minumnya terhidang seperti biasa dan marah melihat rumah masih bersepah.


Rawatan?

- Dikatakan kurang 70 peratus wanita yang terbabit akan sembuh dengan rawatan yang betul. Risiko penyakit berulang selepas kelahiran seterusnya lebih kurang 15 peratus. Dalam proses rawatan, faktor jika adanya ahli keluarga lain yang berpenyakit mental dan pertelingkahan suami isteri akan menjejaskan proses pemulihan pesakit. Adalah lebih baik pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit dalam di hospital jika keluarga tidak dapat mengawalnya. Selain ubat-ubatan, kaunseling hubungan suami isteri perlu dibuat serentak memandangkan wanita berpenyakit ini amat membenci hubungan seksual. Jadi kaunseling amat perlu bagi menyelamatkan rumahtangga.

- Sokongan emosi orang terdekat. Tidak banyak kajian dilakukan ke atas punca berlaku postnatal depression dan perubahan hormon merupakan faktor kecil saja. Faktor sekitar lebih menyumbang kepada tekanan itu. Bagi yang pertama kali melahirkan, sokongan moral dan emosi daripada orang terdekat amat perlu seperti suami. Sokongan suami merupakan penawar yang paling mujarab.

- Ahli keluarga perlu bekerjasama mengembalikan keyakinan dan keriangan ibu yang tertekan. Pujuk dan bimbing dia selalu. Ingatkannya supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Mohon ketenangan melalui solat dan doa.


Persediaan sebelum menimang cahaya mata.

- Bersedia dari segi mental, fizikal dan material.

- Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat persediaan menghadapi kelahiran.

- Jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling perkahwinan supaya berbincang tentang aspek persediaan emosi dan persediaan menimang cahaya mata.

- Dapatkan ilmu tentang sebelum dan selepas kelahiran anak.


Wahai suami!!!
Pekalah dengan perubahan isteri. Lelaki sepatutnya lebih didedahkan dengan penyakit ini kerana mereka orang terdekat isteri. Mungkin dalam kursus pra perkahwinan, penceramah perlu menggalakkan lelaki supaya lebih mengetahui tentang penyakit wanita dan kemungkinan terjadi meroyan. Lelaki sendiri perlu banyak membaca atau bertanya pada yang lebih tahu terutama doktor

Penyakit ini penting dikesan dan diketahui lelaki supaya tidak terjadi seperti satu kes di Texas, bapanya meninggalkan anak sendirian dengan ibu bermasalan yang mengakibatkan tangan anak mereka dipotong. Si suami mengaku yang isterinya berkeadaan ganjil selepas kelahiran anak ketiga mereka tetapi masih keluar bekerja seperti biasa.


Edirossa
Ewan_sn
Punca rabun warna

CUBA bayangkan betapa bosannya jika hidup kita hanya dikelilingi warna hitam dan kelabu. Kehidupan inilah dilalui individu yang mempunyai masalah penglihatan, termasuk yang rabun warna.

Ada orang menyebutnya buta warna, tetapi istilah ini kurang tepat kerana masalah buta warna, iaitu hanya boleh melihat warna kelabu, jarang berlaku.

Kebanyakan orang yang rabun warna tidak boleh membezakan beberapa tona warna merah dengan hijau atau biru dengan kuning, sama ada dalam keadaan terang atau cahaya samar.

Dalam kebanyakan kes, rabun warna adalah masalah keturunan. Namun, penyakit mata dan kesan sampingan ubat tertentu juga boleh menyebabkan masalah rabun warna.

Masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan lelaki pada nisbah lapan lelaki kepada seorang wanita. Kebolehan melihat warna dalam spektrum warna bermula dengan keupayaan mata membezakan secara tepat tiga warna utama iaitu merah, biru dan hijau.

Cahaya memasuki mata melalui kanta dan menerobos masuk ke bahan lut sinar seperti jeli (yang mengisi ruang di belakang kanta mata) dipanggil jasad untuk sampai ke sel yang sensitif terhadap warna (kon) di retina.

Bahan kimia dalam sel kon ini akan membezakan warna dan menyalurkan maklumat ini melalui saraf optik untuk dihantar ke otak. Jika mata anda normal, anda akan dapat membezakan beratus-ratus nada warna.

Jika sel kon ada kekurangan bahan kimia yang sensitif terhadap cahaya, anda hanya boleh melihat dua warna utama dan biasanya individu rabun warna ada masalah melihat warna merah dan hijau.

Sebaliknya, jika diberikan spektrum warna, individu ini akan melihat warna merah atau hijau sebagai kelabu. Bagaimanapun, tidak semestinya mereka tidak boleh melihat warna merah atau hijau.

Masalah rabun warna boleh dibahagikan kepada tiga; ringan, sederhana dan serius; bergantung kepada jumlah kehilangan bahan kimia yang sensitif kepada cahaya dalam sel kon.

Kekurangan sensitiviti pada warna merah biasanya memberi kesan sama kepada warna hijau. Jadi, lebih ramai individu yang mengalami masalah rabun warna lebih sukar melihat warna hijau.

Malangnya, ramai yang mengalami masalah ini tidak menyedari mereka rabun warna. Mereka tahu hijau untuk daun dan bunga mawar pula warna merah, tetapi mereka mungkin melihat warna yang tidak sama dengan orang lain.

Pada mereka, hijau adalah warna yang kita lihat kuning, tetapi disebabkan sudah diajar dari kecil daun warnanya hijau, mereka menerima ‘kuning’ sebagai hijau.



Ada beberapa punca yang menyebabkan rabun warna:


1) Faktor genetik. Dalam kebanyaan kes, gen rabun warna diturunkan daripada emak kepada anak lelaki. Wanita lebih beruntung kerana mempunyai bahan baka yang boleh mengatasi masalah ini. Faktor genetik juga menyebabkan kebanyakan orang sukar melihat warna merah dan hijau. Tahap masalah tidak berubah dengan peningkatan umur.

2) Penyakit mata. Apabila retina mata dijangkiti penyakit tertentu, anda mungkin mengalami masalah membezakan warna biru dan kuning.

3) Gangguan saraf optik juga boleh menyebabkan kerengsaan pada saraf.

4) Kekurangan zat seperti vitamin A juga didapati menyukarkan anda mengenalpasti warna.

5) Kerengsaan menyebabkan sebelah mata membuat penafsiran warna yang berbeza dengan mata sebelah lagi. Malah, pandangan kabur akibat masalah katarak akan menyukarkan anda melihat warna.

6) Kesan sampingan ubat seperti tamozifen; yang diambil untuk mengelakkan barah payu dara.

7) Umur. Kebolehan melihat warna akan bertambah baik dengan peningkatan umur, terutama pada umur 30-an. Keupayaan ini akan berkurangan apabila seseorang bertambah tua.


Biasanya orang tidak sedar mengalami masalah rabun warna. Rasa syak hanya timbul apabila anak keliru atau selalu membuat kesilapan mengenal warna lampu isyarat atau bahan pendidikan berwarna.

Jika ini berlaku, bawa segera anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan supaya punca masalah ini dapat diketahui. Jika rabun warna disebabkan penyakit, dia sebenarnya ada peluang melihat warna dengan lebih baik jika penyakitnya dapat diubati.

Ujian untuk rabun warna boleh dilakukan mana-mana oftamologi dengan menggunakan kad bintik warna dan nombor. Jika mata anda tidak bermasalah, anda dengan mudah dapat membezakan nombor dan bentuk yang tersembunyi dalam bintik warna tadi.

Sebaliknya, jika anda rabun warna, anda sukar melihat nombor atau bentuk dimaksudkan. Ada kemungkinan semua yang ditunjukkan kelihatan sama saja.

Walaupun tiada rawatan dan cara mengelakkan masalah rabun warna, tetapi perubatan moden dapat membantu anda melihat warna dengan lebih baik dengan memakai kaca mata berpenapis atau kanta sentuh berwarna.

Bagaimanapun, teknik ini ada kelemahannya kerana ia biasanya bertindak pada sebelah mata saja dan boleh mengganggu keupayaan anda menentukan jarak.


Edirossa
Ewan_sn
Cara atasi penyakit batu karang

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:


1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

2) Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

3) Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

4) Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

7) Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

dirol.gif Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.


Edirossa
Ewan_sn
Punca Tidak Subur Di kalangan Lelaki

Ketidak suburan bukan sahaja berlaku di kalangan wanita tetapi boleh juga berlaku di kalangan lelaki. Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.

Berdasarkan kajian, masalah kesuburan boleh dipecahkan kepada 20 peratus membabitkan lelaki saja dan 30 peratus membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15 peratus lagi pasangan didapati normal.

Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50 peratus masalah di kalangan pasangan yang tiada anak.

Penyelaras Pusat Kesuburan Konsep, Vivian Tan, berkata lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani, sedangkan si isteri terpaksa melalui beberapa pemeriksaan iaitu ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi bagi memastikan rahim dan saluran tiub fallopia tidak bermasalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.

Malangnya, tidak ramai lelaki sanggup merendahkan tembok keegoan kerana bimbang jika disahkan masalah kesuburan berpunca daripada mereka, ia boleh dianggap mencalarkan harga diri.

Namun, anggapan lapuk ini perlu diketepikan kerana lebih cepat mereka menjalani pemeriksaan (iaitu selepas setahun berkahwin dan kerap mengadakan hubungan kelamin tetapi masih tiada anak, terutama di kalangan pasangan berusia), masalah lebih mudah diselesaikan.

“Lelaki hanya perlu jalani pemeriksaan air mani. Jangan ingat, bila ada air mani bermakna lelaki itu subur, kerana ada banyak kes lelaki mengalami masalah kekurangan atau tiada sperma. Jika dua kali pemeriksaan menunjukkan keputusan normal, pemeriksaan seterusnya berpindah kepada isteri.

“Keputusan normal ini bermakna lelaki mempunyai jumlah sperma sebanyak 40 juta/mililiter. Secara kasarnya jumlah ini memang banyak, tetapi sebahagiannya mungkin mati, cacat atau tidak boleh berenang.

“Daripada jumlah ini, 20 juta sperma perlu bergerak aktif dan boleh berenang pantas untuk melepasi ruang dalam rahim dan salur tiub fallopia. Ini penting kerana sperma perlu berenang sejauh 18 kilometer mengikut jarak sperma sebelum sampai ke telur,” katanya.

Sebanyak 15 peratus sperma yang boleh berenang aktif ini pula mesti mempunyai bentuk normal. Sperma tidak normal seperti berkepala dua, bentuk kepala kecil, terlalu besar, tajam atau bengkok ekor bercabang dua tidak boleh bersenyawa dengan telur.

Bagaimana sperma dihasilkan? Sperma terhasil daripada pembahagian sel yang berulang dalam testis pada kadar 100 juta sel sehari. Penghasilan sperma adalah satu proses panjang dan ia mengambil masa tiga bulan untuk matang.

Sperma matang ini akan berpindah ke dalam epididimis iaitu tiub bergelung, sepanjang tujuh meter dan menyambungkan antara testis dan vas deferens. Sperma matang akan bergerak sepanjang tiub dan disimpan di bahagian bawah (antara dua hingga 10 hari) sehinggalah diperlukan ketika ejakulasi.

Secara purata, lelaki normal mengeluarkan kira-kira tiga mililiter setiap dua hari ketika ejakulasi. Ketika ejakulasi, sperma akan dikeluarkan dulu bersama cecair prostatik, disusuli cecair semi vesikal (yang akan beku dan menjadikan air mani pekat seperti gel).

Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

1) Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:

- Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.

Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.

- Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.

2) Air mani tidak dapat dikeluarkan, sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.

3) Genetik — Sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.

4) Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.

5) Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.

6) Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.

7) Senaman keterlaluan seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.

dirol.gif Tekanan, terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.

9) Obesiti — Kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.

10) Pengambilan dadah, alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.

11) Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.

12) Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.

13) Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu Tan menasihatkan lelaki yang perlu menjalani rawatan ini supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.

14) Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.


“Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.

“Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.

“Banyak kaedah moden boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama,” katanya.

Antara teknik yang biasa digunakan ialah persenyawaan dalam rahim (IUI, sperma terbaik akan dipilih dan dimasukkan ke dalam rahim isteri untuk persenyawaan) sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).

Jika tidak berjaya, pasangan boleh beralih kepada teknik IVF (persenyawaan luar rahim, embrio akan disuntik ke dalam rahim isteri).

Namun, pasangan berumur disarankan supaya terus menggunakan kaedah ini.

Kaedah terbaru adalah suntikan sperma Intra-sitoplasmik (ICSI) iaitu teknik persenyawaan secara mikromanipulasi atau bantuan di mana sperma akan disuntik ke dalam telur di bawah mikroskop supaya tersenyawa menjadi embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim.

“Jika anda mengalami masalah kesuburan, jangan malu kerana anda bukan bersendirian. Lebih baik jalani pemeriksaan saintifik (rawatan moden) untuk mencari puncanya.

“Namun, jangan harap boleh berlaku perubahan mendadak selepas menjalani rawatan kerana sperma mengambil masa lama untuk dihasilkan.

“Sehingga kini tiada kaedah boleh membantu memulihkan keadaan sepenuhnya atau mencapai tahap normal, tetapi jangan cepat putus asa, sebaliknya terus berusaha mendapatkan zuriat,” katanya.


Edirossa
Ewan_sn
Sumbing - Aspirin adalah antara penyebabnya

PETALING JAYA: Pengambilan ubat mengandungi aspirin oleh wanita mengandung boleh menyebabkan risiko melahirkan bayi yang sumbing iaitu mengalami rekah mulut dan lelangit tinggi.

Selain itu, faktor utama yang menyebabkan kecacatan berkenaan ialah pengambilan alkohol dan rokok ketika kandungan berusia lapan minggu.

Ketua Jabatan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Universiti Malaya, Prof Dr Zainal Ariff Abdul Rahman, berkata kecacatan itu berlaku apabila bahagian yang membentuk bibir dalam janin tidak bercantum.

“Berdasarkan kajian, 65 peratus bayi yang mengalami rekah mulut dan lelangit disebabkan oleh faktor persekitaran dan pemakanan, selebihnya oleh faktor genetik.

“Bagaimanapun, kecacatan ini boleh dirawat menerusi pembedahan bagi membolehkan pesakit hidup normal,” katanya kepada Berita Harian, di sini.

Dr Zainal berkata, rekod menunjukkan satu kes rekah bibir dan lelangit dilaporkan bagi setiap 600 kelahiran bayi hidup di negara ini.

Katanya, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjaya memulihkan seramai 100 pesakit rekah bibir dan lelangit dari peringkat bayi sehingga 40 tahun sejak 1995.

“Kami berjaya menjalankan pembedahan terhadap 100 pesakit termasuk 20 bayi sumbing yang kini sudah kembali normal seperti orang lain.

“Bagaimanapun, ada yang menjalankan pembedahan kecil berulang kali bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna termasuk hidung, menghilangkan parut dan tanam gigi,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Zainal berkata, ada empat peringkat pembedahan yang dijalankan terhadap pesakit bermula dari peringkat bayi.

Katanya, pembedahan awal biasanya dijalankan ketika bayi berusia tiga bulan bagi memastikan pesakit tidak menghadapi penyakit lain sehingga mengganggu operasi pembedahan.

“Pembedahan penutupan bibir juga boleh dilakukan pada bayi yang baru lahir. Ini kerana kesan parut adalah lebih kecil jika pembedahan dilakukan pada peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata, ia diikuti dengan pembedahan lelangit ketika berusia antara 10 hingga 18 bulan bagi memastikan pesakit boleh bertutur dengan normal.

“Hospital juga akan menjalankan pembedahan percantuman gusi ketika mereka berusia antara sembilan hingga 11 tahun. Peringkat terakhir ialah pembedahan ortognatik bagi membetulkan ketidakseimbangan pada rahang atas dan bawah pesakit yang berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zainal berkata, kos keseluruhan pembedahan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000.


Edirossa
Ewan_sn
Garam Mandi

Selain penting dalam masakan, garam juga bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Garam mandian, umunya mengandungi 10 kali lebih konsentrasi mineral dibandingkan dengan garam biasa. Berendam dalam garam ini boleh membantu tubuh memperbaharui kandungan mineral dalam tubuh, menjaga m-etabolisme sel kulit, dan membuat anda terasa relaks. Selain garam mandian, apa lagi manfaat lain yang boleh anda dapati daripada garam?

1) Campur 1/2 sudu teh garam kedalam segelas air mineral. Gunakan untuk membasuh mata yang keletihan.

2) Campurkan garam dengan baking soda dalam jumlah yang sama banyak. Ia berguna sebagai pencuci mulut (berkumur) untuk kesegaran nafas.

3) Campur satu teh garam dengan air panas untuk merendam kapas. Gunakan kapas untuk menjaram bahagian mata yang bengkak/sembap.

4) Rendam kaki yang keletihan dengan campuran air suam panas dengan segenggam garam. Basuh dengan air sejuk. Kaki akan terasa segar semula.

5) Masih dalam keadaan basah selepas mandi, urutkan tubuh, kaki dan tangan dengan garam. Hasilnya sel-sel mati akan terkeluar dan pusingan sel kulit akan meningkat

6) Campurkan garam secukupnya dengan minyak zaitun. Dengan cara yang lembut dan perlahan dengan tarikan arah atas, urutkan campuran tersebut ke wajah dan leher. Biarkan 5-10 minit kemudian cuci. Facial ringkas ini akan menyegarkan tubuh.


Edirossa
Ewan_sn
Tentang Mata dan Kanta Lekap


Seiring dengan putaran kehidupan, mata juga mencapai banyak kemajuan bukan saja dari segi sudut perubatan malah sudah mencapai evolusi fesyen sebagai memenuhi impian masyarakat moden yang inginkan kehidupan lebih sempurna.

Kanta lekap juga tidak terkecuali menjadi alternatif menggantikan penggunaan cermin mata sejak diperkenalkan pada awal 70-an.

Jika dulu, kanta lekap hanya digunakan untuk membantu mengatasi masalah rabun jauh (myopia) rabun dekat (hyperopia) atau silau (astigmatism), kini penggunaan kanta lekap turut terdedah dengan pengaruh fesyen.

Lihat saja lambakan jenama kanta lekap yang dijual di pasaran. Bukan saja berupaya mengubah penampilan anda dalam sekelip mata, malah penggunaan kanta lekap juga boleh membangkitkan `tarikan’ pesona wajah.

Pilih saja mengikut kehendak hati kerana kini kanta lekap mempunyai banyak pilihan warna dan motif yang mengikut peredaran fesyen. Selain kanta lekap berwarna yang menjadi pilihan kaki fesyen, kanta tidak berwarna menjadi pilihan untuk keadaan tertentu khususnya ketika bersukan berbanding pemakaian cermin mata.

Menariknya mengenai penggunaan kanta lekap, ia tidak akan mengganggu pandangan dari semua sudut (bagi yang memakai kaca mata, pandangan biasanya diganggu bingkai cermin mata, khususnya jika cermin mata itu terlalu kecil saiznya).

Jika anda berhasrat untuk memakai kanta lekap, adalah lebih baik elak penggunaan kanta yang berwarna kecuali disarankan oleh pakar mata. Mengikut kajian, kanta berwarna akan mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam kornea berbanding kanta lekap tanpa warna.

Walaupun anda merasakan mata anda sudah cukup sihat dan terang, adalah dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan mata dari semasa ke semasa untuk memastikan kesihatan mata terus terpelihara.

Malah jika anda perasan, di mana-mana saja, terutama di gedung beli-belah terkemuka, banyak kedai menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma. Jangan ragu-ragu! Kekerapan pemeriksaan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya umur, taraf kesihatan dan risiko mendapat penyakit mata.

Bagaimanapun, anda masih perlu menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh umur 20 hingga 29 tahun, dua kali (umur 30 hingga 39 tahun), setiap dua atau empat tahun (40 hingga 65 tahun) dan setiap tahun bagi warga emas melebihi usia 65 tahun.

Nyata, selepas kira-kira 30 tahun berada di pasaran, kanta lekap terus menjadi trend dari semasa ke semasa dan menjadi ‘kegilaan’ bagi remaja yang gemarkan sesuatu yang baru dan mudah untuk digunakan. Paling penting, pastikan anda mengikut aturan penggunaan kanta lekap dengan betul!

UMUR?

Umum pasti ingin mengetahui peringkat umur berapakah sesuai untuk menggunakan kanta lekap. Mengikut kajian yang dijalankan Universiti Indiana, kanak-kanak yang berusia 11 hingga 13 tahun sudah mampu mengendalikan cara pemakaian kanta lekap dengan betul.

MAHAL?

Masih ramai beranggapan kanta lekap memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Tanggapan ini nyata tidak benar kerana harga bingkai cermin mata (jenama terkenal) juga mencapai ratusan ringgit.

RUMIT?

Memang penjagaan kanta lekap sedikit merumitkan tetapi proses yang perlu dilakukan itu sebenarnya untuk menjaga kebersihan kanta lekap dan mata secara keseluruhannya. Kini, kebanyakan pengeluar kanta lekap yang dijual di pasaran mencipta kanta yang memudahkan pengguna.

TEMPOH?

Elak memakai kanta lekap melebihi waktu ditetapkan pengeluar kerana ia akan meningkatkan risiko komplikasi mata. Tempoh sesuai dari lima jam hingga lapan jam sehari.

JANGKA HAYAT?

Patuhi had masa pemakaian kanta lekap. Contohnya, jika ia adalah kanta lekap pakai buang, biasanya ia direka untuk dipakai dalam masa sebulan. Selepas tempoh itu, gunakan kanta lekap baru untuk mengelakkan masalah mata.

TIDUR?

Jangan sesekali tidur tanpa menanggalkan kanta lekap terlebih dulu kerana ia berisiko tinggi mendapat ulser kornea.

RISIKO?

Penjagaan sambil lewa kanta lekap dan penggunaan melebihi tempoh yang dihadkan memang memberi kesan buruk pada kesihatan mata. Ini kerana mata perlu oksigen yang secukupnya dan tanpa kebersihan yang cukup akan memburukkan lagi kesihatan pada mata.

RAWATAN?

Jika anda mengalami komplikasi pada mata seperti menjadi merah, bengkak, berair atau terlalu kering, segeralah menemui doktor untuk pemeriksaan lanjut.

TAHUKAH ANDA?

KAJIAN yang dijalankan di negara ini menunjukkan hanya 5.5 peratus daripada 25 peratus mereka yang memerlukan pembetulan penglihatan memilih menggunakan kanta lekap berbanding cermin mata.

Ini menunjukkan kadar yang rendah dan penggunaan kanta lekap tidak popular di negara ini berbanding di Singapura iaitu sebanyak 18 peratus dan di Amerika Syarikat iaitu seramai 50 hingga 52 peratus menggunakan kanta lekap.

Malah, 56 peratus mendakwa, hubungan intim mereka semakin baik sebaik saja memakai kanta lekap. Memakai kanta lekap juga dikatakan boleh membuatkan seseorang berasa bertuah dan hampir setengah penggunanya (61 peratus) mengatakan ia meningkatkan peluang yang lebih baik dalam hidup mereka. Kanta lekap juga memberi peluang menjalankan kegiatan dengan lebih bebas oleh hampir 95 peratus pemakainya.

*Sumber: Kajian oleh Roper Starch Worldwide di New York pada 1999 yang ditaja oleh Johnson & Johnson.


TANGGAPAN MASYARAKAT

Soalan: Penggunaan kaca mata yang salah boleh mengakibatkan masalah penglihatan semakin teruk.

Kenyataan: Keadaan akan bertambah buruk jika tidak menggunakan kaca mata atau kanta lekap kerana ia akan mengakibatkan rasa tegang pada mata dan pening.

Soalan: Pemeriksaan mata hanya perlu sekiranya mengalami masalah penglihatan.

Kenyataan: Kesihatan mata perlu diperiksa dari semasa ke semasa. Penyakit mata tertentu seperti glaukoma tidak mendatangkan rasa sakit dan pada peringkat awal tidak menjejaskan penglihatan.

Sehubungan itu, golongan dewasa dinasihatkan menjalani pemeriksaan mata yang lengkap setiap dua tahun manakala kanak-kanak dan warga tua pula setiap tahun.

Soalan: Memakan lobak merah membantu memiliki penglihatan lebih baik.

Kenyataan: Lobak merah kaya dengan vitamin A dan penting bagi kesihatan mata dan penglihatan yang baik. Bagaimanapun hanya sejumlah kecil vitamin A saja diperlukan bagi keperluan mata. Pengambilan vitamin A yang banyak belum lagi terbukti mendatangkan kesan membantu penglihatan seseorang lebih baik.

Soalan: Menonton televisyen pada kedudukan yang dekat boleh merosakkan mata.

Kenyataan: Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak gemar duduk berhampiran dengan televisyen kerana mereka sememangnya rabun dekat. Bagi mereka, dengan cara itu gambar yang terpancar nampak lebih besar. Jika anak anda menunjukkan tanda seperti itu, ia harus menjalani pemeriksaan mata. Duduk terlalu dekat dengan televisyen tidak membuatkan mata rosak atau berisiko terkena radiasi.

Soalan: Aktiviti membaca di bawah sinaran lampu yang kelam boleh merosakkan mata
Kenyataan: Fakta ini tidak semestinya benar. Biarpun ada pakar mata yang yakin perbuatan sedemikian tidak merosakkan mata, ada yang mempercayai ia boleh menyebabkan rabun mata. Cara terbaik adalah menggunakan lampu yang terang ketika membaca.

Soalan: Adakah kaca mata daripada kedai biasa boleh merosakkan mata?

Kenyataan: Tidak, tetapi ia boleh menyebabkan ketegangan pada mata jika dipakai terlalu lama. Ramai yang bernasib baik kerana memiliki penglihatan yang baik sehingga berusia 40-an apabila perkataan yang tertera sukar dibaca. Ini adalah biasa kerana perubahan di dalam mata yang dikenali Presbyopia kerana faktor usia.


MASALAH PENGLIHATAN

ULSER KORNEA

Ulser kornea boleh menyebabkan seseorang kehilangan pandangan. Bagi kes seperti ini, satu-satunya rawatan yang ada ialah pembedahan penggantian kornea (tetapi perlu diingat, bukan mudah untuk mendapat penderma mata).

Tanda-tanda mengalami ulser kornea:


1) Seseorang itu mengalami kecederaan, contohnya serpihan kayu dan batu termasuk ke dalam mata. Selalunya mereka akan cuba mengeluarkan serpihan itu sendiri dan tidak menghiraukan kesan yang akan dihadapi.

2) Lama kelamaan mata menjadi merah.

3) Mata mulai kabur dan tidak dapat melihat cahaya.

4) Kesakitan di mata, terutama ketika terdedah kepada sinaran matahari

5) Mata membengkak.



KATARAK

Katarak ialah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta jika tidak dirawat.

Golongan berisiko


1) Pesakit diabetes yang tidak mengawal penyakitnya. Kelebihan gula yang ada dalam darah akan menyebabkan katarak.

2) Orang dewasa berusia 60 tahun ke atas kerana katarak adalah
suatu proses disebabkan penuaan.

3) Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi. Katarak boleh berlaku jika ibu menghidap infeksi seperti penyakit Rubella ketika hamil.


Gejala katarak

1) Penglihatan semakin kabur.

2) Sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas.

3) Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

4) Selaput putih pada anak mata.

5) Berasa silau terhadap cahaya.



Rawatan

Penyakit katarak hanya boleh dirawat dengan pembedahan. Pembedahan ini mengambil masa 30 atau 40 minit saja. Sewaktu pembedahan, kanta asal yang kabur akan dibuang dan digantikan dengan kanta tiruan untuk memulihkan penglihatan pesakit.

Selain daripada menggunakan kanta tiruan, pesakit juga boleh menggunakan cermin mata atau kanta lekap untuk memulihkan penglihatan.

Pesakit akan sembuh dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh ini, pesakit dinasihat mendapatkan rawatan susulan yang rapi, mengambil ubat-ubatan, memakai cermin mata gelap kerana mata masih sensitif pada sinaran matahari.



Melambatkan pembentukan katarak

1) Jangan merokok. Rokok boleh menghasilkan radikal bebas yang boleh meningkatkan risiko katarak.

2) Amalkan diet seimbang dan banyakkan sayur-sayuran.

3) Lindungi diri daripada terdedah kepada cahaya matahari melampau.

4) Cahaya ultra lembayung boleh menyumbang kepada pembentukan katarak.

5) Jika anda menghidap penyakit contohnya diabetes, pastikan ia dirawat dan sentiasa dalam keadaan terkawal.


Edirossa
Ewan_sn
Bertemu Pakar Sakit Puan Bila

Wanita mempunyai pelbagai risiko penyakit yang memerlukan anda mendapatkan pemeriksaan pakar sakit puan. Buangkan rasa malu dan dapatkan bantuan pakar terutama bila keadaan berikut berlaku pada diri anda.

1) KEPUTIHAN - Keputihan yang dialami oleh wanita bujang biasanya disebabkan stress namun perkara ini jangan dipandang remeh. Ada kemungkinan juga keputihan itu disebabkan bakteria endometriosis.

2) Sekiranya anda merasakan ada benjolan di bawah perut ataupun permukaan vagina.

3) Berasa gatal atau berasa ada sesuatu yang tumbuh di bahagian sulit. Lekas bertemu pakar terutama jika anda berasa sakit ketika membuang air kecil.

4) Tiba-tiba tidak mengalami haid atau mendapat haid lebih dari sekali dalam sebulan.

5) Belum mengalami haid walaupun sudah berusia lebih 15 tahun.

Edirossa
Ewan_sn
Cara menangani selesema burung

Virus H5N1 yang menyerang sekarang pernah menjangkiti manusia pada 1918

SELESEMA burung yang melanda beberapa negara Asia hari ini dikaitkan dengan virus H5N1. Ia adalah sejenis penyakit yang berjangkit di kalangan spesies burung termasuk ayam, itik dan burung liar yang disebabkan oleh virus influenza jenis A.



Selesema burung yang menyerang spesies burung termasuk ayam, itik dan burung buat kali pertama dilaporkan menjangkiti manusia pada 1997 di Hong Kong dan sehingga kini, masih belum ada jangkitan selesema burung dari manusia ke manusia dilaporkan.

Tetapi menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Atlanta mengenal pasti virus yang menyerang sekarang adalah sama dengan virus yang pernah menjangkiti manusia pada 1918. Analisis yang dijalankan menunjukkan selesema burung H5N1 telah melalui beberapa mutasi yang serupa seperti virus 1918.

Dalam usaha membantu dunia bersedia menghadapi wabak selesema buruang, pusat itu telah membangunkan semua virus influenza yang membunuh 50 juta manusia pada 1918. Dengan penyelidikan lanjutan, saintis mungkin dapat mengenal pasti perubahan pada virus selesema burung H5N1 sebelum ia berupaya menjangkiti antara manusia.

Penghasilan semula virus selesema 1918 itu bagaimanapun tidak sepi daripada kontroversi kerana ia bukan tanpa risiko kesihatan dan belum pasti ia dapat membantu dalam usaha menghasikan vaksin.

Genom virus 1918 itu dikatakan diambil daripada tisu mangsa selesema ketika itu, iaitu mayat dua askar muda dan mayat seorang wanita.



Golongan berisiko pada selesema burung

- Tinggal berdekatan dengan tempat pembiakan burung atau kawasan ternakan ayam, itik dan burung-burung.

- Bekerja di ladang ternakan, rumah penyembelihan dan pasar.

- Bertugas memeriksa tempat ternakan ayam,itik dan burung-burungan.

Simptom di kalangan manusia

- Panas badan

- Sakit tekak/kerongkong

- Selesema

- Batuk

- Jangkitan mata

- Sesak nafas atau susah bernafas



Apa yang perlu anda buat

- Jaga kebersihan persekitaran; rumah, terutama di ladang ternakan, rumah penyembelihan dan pasar.

- Kebersihan juga harus dijaga semasa mengendalikan ayam atau burung-burungan yang hendak dimasak.

- Jaga kebersihan diri dengan sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih.

- Pastikan ayam atau burung-burungan dimasak dengan sempurna, sekurang-kurangnya pada suhu70°C untuk memastikan virus tersebut musnah.Telur juga hendaklah dimasak dengan sempurna, elakkan memakan telur setengah masak atau telur masak mata kerbau.

- Dinasihatkan supaya tidak mengunjungi ladang ternakan.

- Pastikan ayam perliharaan dikurung dan tidak dibiarkan berkeliaran.

- Hindarkan kanak-kanak daripada menghampiri atau bermain-main dengan ayam dan burung-burungan.

- Jika anda mempunyai risiko tinggi bagi penyakit selesema burung dan mempunyai tanda-tanda penyakit selesema burung, segera berjumpa doktor.


Edirossa
Ewan_sn
Wanita mudah dijangkiti virus maut
.
KEDENGARANNYA memang menakutkan apabila ada dakwaan mengatakan wanita adalah mangsa utama jangkitan virus berbahaya seperti HIV dan Human Papiloma Virus (HPV) yang dipercayai menjadi satu faktor penyebab barah rahim.

Dakwaan itu bukan sekadar ‘cakap kosong’ kerana ia hasil kajian saintifik beberapa institusi seperti Harvard Aids Institute, AGIT Clinical Centre dan Harvard University Medical School.

Saintis Antipenuaan dan Bioteknologi Perubatan Aaride International, Dr Kogelen Govindasamy, berkata penyakit disebabkan virus berkenaan tiada penawar dan boleh membuatkan mangsa dan ahli keluarga menderita.

Katanya, ramai artis popular bertaraf antarabangsa dan orang kenamaan di serata dunia dijangkiti virus berkenaan dan kebanyakan mereka menderita secara senyap.

“Banyak laporan kajian saintifik membuktikan virus berkenaan makin tersebar luas dan menjangkiti wanita setiap hari melalui hubungan intim tanpa kondom dengan pasangan yang menjadi pembawa virus.

“Hasil kajian di sesetengah negara mendapati, seorang daripada setiap lima orang wanita dijangkiti HIV dan separuh daripada wanita terbabit ada potensi melahirkan bayi dijangkiti virus HIV,” katanya.

Dr Kogelen berkata, selain HIV dan HPV, banyak lagi virus yang boleh membawa maut mudah dijangkiti wanita melalui hubungan seks.

“Selain mengamalkan sikap berhati-hati ketika mengadakan hubungan seks dengan penggunaan kondom, adalah penting wanita memastikan tahap kebersihan maksimum di sekitar alat sulit.

“Justeru, penggunaan alat pencuci mengandungi ramuan selamat dan semula jadi serta mendapat pengiktirafan sangat penting,” katanya.

Dr Kogelen berkata, seseorang wanita boleh mengelak dijangkiti jangkitan berbahaya jika mengambil berat penjagaan kesihatan dan kebersihan.



Katanya, antara panduan berguna yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:


1) Memastikan kulit di bahagian alat sulit sentiasa sihat, tidak basah tanpa rekahan halus dan tidak terhakis. Segera dapat bantuan doktor jika mengalami simptom itu.

2) Melakukan ‘Pap Smear Test’ setiap enam bulan sekali untuk rawatan awal jika positif dijangkiti virus.

3) Elakkan penggunaan tuala di hotel dan air tandas daripada tandas awam yang kotor terpercik ke kulit alat sulit.

4) Pastikan pasangan anda melakukan ujian darah bagi memastikan bebas daripada kuman berbahaya. Jika tidak pasti, gunakan kondom.

5) Elakkan pakaian ketat dan sentiasa gunakan fabrik kapas untuk pakaian dalaman dan basuh pakaian dengan bersih.

6) Elakkan jenama tuala wanita yang menyebabkan alahan kulit seolah-olah permukaan melecur.

7) Elakkan ‘vaginal douches’ yang boleh mengganggu keseimbangan bakteria baik dan keasidan faraj.

dirol.gif Bincang dengan doktor anda sebelum mengambil ‘antibiotik spectrum luas’ yang boleh mengganggu keseimbangan bakteria baik di bahagian alat sulit.

9) Amalkan pengambilan minuman yogurt kurang gula dan kurang lemak.


“Jika wujud rekahan kulit halus dan permukaan kulit bahagian alat sulit yang tidak sihat, kedua-dua pasangan harus berjumpa doktor dengan segera sebelum jangkitan sekunder berlaku,” katanya.

Dr Kogelen berkata, bagi memastikan alat sulit benar-benar bebas daripada jangkitan virus, pastikan pencuci wanita yang digunakan sesuai dan selamat untuk menjaga kebersihan setiap kali ke tandas, ketika haid dan selepas serta sebelum mengadakan hubungan seks.

Katanya, kriteria pencuci alat sulit wanita yang sesuai seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut, iaitu bebas kandungan SLS iaitu sejenis ramuan karsinogenik, kadar pH hanya di antara 5 hingga pH 5.5, tidak mengandungi pewarna berasaskan ‘formaldehyde’, pastikan ekstrak tulen kod ketulenan ‘AIC 99 oak gold’ dan ‘piper betel’ yang diiktiraf ketulenannya oleh Gifted Institute of Technology, pilih ‘Glycerine’ berasaskan 100 peratus tumbuhan serta bebas ‘glycerine’ haiwan, ada ramuan Vitamin E dalam bentuk ‘tocopherol acetate’ dan bebas daripada sebatian silikon dan ammonium yang kuat.


Edirossa
Ewan_sn
Berkhatan - Antara Tuntutan Agama dan Kesihatan

BERSUNAT yang juga disebut berkhatan atau berkhitan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Mengikut kitab al-Majmu‘ dan kitab Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, berkhatan wajib ke atas lelaki dan perempuan yang dilahirkan tanpa berkhatan.

Hal ini berdasarkan firman Allah yang maksudnya: “Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad SAW): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.” (Surah an-Nahl, ayat 123)

Dalam ayat itu Allah memerintahkan Nabi Muhammad mengikut ajaran agama Nabi Ibrahim yang mana antara ajaran itu ialah berkhatan.

Amalan itu dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim sendiri yang mengkhatan dirinya pada masa umurnya mega_shok.gif tahun.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: “Berkhatan Nabi Ibrahim ketika Baginda berumur mega_shok.gif tahun dengan alat qadum.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut kitab Syarh al-Muhadzdzab, ulama berkata, salah satu perkara dalam agama Nabi Ibrahim ialah berkhatan dan amalan itu adalah wajib dalam agamanya.

Hukum wajib berkhatan termasuk dalil daripada hadis Rasulullah yang bermaksud, “Buanglah rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.” (Riwayat Abu Daud)

Seperti amalan khatan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya apabila isterinya Sarah, dikhatankan.

Peristiwa itu bermula apabila Hajar yang juga isteri Nabi Ibrahim mengandung, Sarah berasa cemburu lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri.

Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan. Setelah itu amalan khatan menjadi sunnah bagi wanita Islam.

Berkhatan turut diamalkan pada zaman Firaun dengan didapati mumia perempuan Mesir purba mengamalkannya, begitu juga di negara lain di Afrika seperti di Habsyah dan Sudan.

Berkhatan seterusnya diamalkan di merata dunia termasuk Malaysia tetapi ada yang menganggap amalan itu sebagai tuntutan agama sementara ada pula menganggapnya sebagai adat.

Di sebalik pelbagai pendapat dikemukakan, wujud juga kekeliruan disebabkan timbul pendapat menyatakan berkhatan bagi perempuan tidak wajib, malah sesetengahnya minta amalan itu dihapuskan.

Alasannya, amalan itu menghina wanita dengan mencederakan mahkotanya yang sensitif dan mengurangkan nafsu seks.

Ketua Jabatan di Akademi Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, berkata walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan wanita, amalan berkhatan elok dilaksanakan sebagai fitrah insaniah seiring fitrah Islam.

Selain itu, katanya, ia adalah sunnah yang diamalkan pada zaman Rasulullah yang mengajarkan kepada wanita dan jika tidak diamalkan bererti kita mengetepikan salah satu daripada amalan wanita zaman Rasulullah.

Beliau juga menyokong pendapat Imam al-Akbar Mahmud Syaltut, bahawa hukum khatan bagi lelaki dan perempuan bukan didasarkan kepada nas naqli, tetapi disandarkan kepada kaedah umum syariah iaitu untuk kemaslahatan.

Khatan bagi lelaki ada maslahah yang perlu dijaga iaitu menghindarkan jangkitan kuman yang menyebabkan kanser zakar atau penyakit lain berbahaya, tetapi dalam persoalan khatan bagi kaum perempuan, tiada maslahah perlu dijaga.

“Menurut Imam al-Akbar juga, lemah atau kuat nafsu perempuan bergantung kepada pembinaan hormon dalam diri.

“Begitu juga dalam bab berakhlak atau tidak seseorang bergantung kepada pendidikan agamanya dan keprihatinan ibu bapa mendidik anak.

“Lagipun, khatan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang dipotong hanyalah sedikit bukan memotong semua sekali,” katanya.


................................................................................
...............

Pakar perubatan Barat sahkan berkhatan dapat hindari barah


PADA musim cuti akhir tahun persekolahan, ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Di negara ini, lazimnya amalan berkhatan anak lelaki dilakukan secara berkumpulan atau lebih dikenali dengan majlis berkhatan beramai-ramai. Rasionalnya, selain daripada melaksanakan tuntutan syarak, amalan sebegini boleh mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat.



Bagi kaum lelaki, khatan (atau dalam bahasa Arabnya disebut khitan) ialah amalan memotong qulfah (kulit yang menutupi kepala) zakar lelaki. Ia juga sering disebut ‘bersunat’.

Menurut pendapat kebanyakan ulama seperti al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Azra'i, Yahya bin Sa'ad al-Ansari, Malik, al-Syafi'i dan Ahmad, amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki.

Ada banyak hadis yang menunjukkan pensyariatan khatan. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ammar Yasir, katanya, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Antara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan dan berkhatan." (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, Abdullah Nasih Ulwan (1990:113) menjelaskan, meskipun Rasulullah menyebut khatan bersama perkara sunat, namun tidak bermakna hukum berkhatan itu sunat.

Katanya, hadis di atas membicarakan dua perkara utama iaitu perkara wajib dan sunat.

Dalam hal ini, al-Khattabi pula berpendapat, meskipun khatan selalu disebut bersama dengan perkara sunat seperti mencukur bulu ketiak dan memotong kuku, kebanyakan ulama mengiranya sebagai wajib. Ia adalah syiar Islam dan pembeza antara Muslim dan kafir.

Sekiranya seorang yang berkhatan mati di kalangan sekumpulan manusia yang tidak berkhatan, maka hendaklah dia disembahyangkan dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyyah al-Awlad, 1990 jil.1, hal.112).

Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada 'Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud: "Bersihkanlah dirimu daripada rambut kufur dan berkhatanlah." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya: "Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan."

Maka, jelas bahawa khatan itu adalah fitrah manusia, syiar Islam dan ia wajib ke atas kaum lelaki. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyegerakan khatan sejak mula memeluk Islam dan tidak melaksanakan juga hingga masa balighnya, maka dia dikira berdosa.

Kebanyakan ulama menyatakan bahawa khatan adalah wajib ketika seseorang anak itu sudah hampir baligh. Tidak berapa lama lagi anak itu akan menjadi mukallaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah Allah.

Tetapi masa yang paling afdal (baik) ialah pada hari pertama kelahiran. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Jabir, katanya, bahawa Rasulullah telah mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh (selepas kelahiran) mereka.

Setiap amalan yang disyariatkan oleh Allah tidaklah sia-sia, malah ada hikmah dan kelebihannya.

Justeru, amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedahnya. Paling penting ialah faedah dari aspek kesihatan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani di dalam bukunya Hayatuna al-Jinsiyyah, antara faedah terpenting berkhatan ialah seseorang lelaki itu akan dapat menghindari daripada penyakit kulit yang disebabkan oleh peluh yang berkumpul dalam kulit qulfah itu.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Dr Gerald Weiss, seorang pakar bedah. Beliau menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat infeksi (cesspool of infection). Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Menurut Dr Sobri al-Qubbani lagi, berkhatan juga dapat menghindari daripada penyakit kanser. Hal ini dibuktikan oleh Dr Edgar J Schoen, seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan.

Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap kanser zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, 6 Mac 2000).

Seperti dijelaskan Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya Perubatan Islam Kontemporari, ada banyak kajian yang menunjukkan khatan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Antaranya:

l Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan.

Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.

l Mengikut Dr Edgar J Shoen, seorang pakar kanak-kanak terkenal, luka yang sering berlaku pada kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan seseorang lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutama siplis, chancroid dan genital herpes. (Dr Edgar J Shoen, Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, Medicirc, 2000)

Berdasarkan hasil kajian di atas, jelaslah bahawa orang yang berkhatan itu akan dapat menikmati kesihatan yang baik serta terhindar daripada pelbagai penyakit berbahaya.




Edirossa
Ewan_sn
Tanda Dijangkiti HIV....Siri (73)

HIV adalah sejenis virus yang mengganggu sistem pertahanan badan manusia yang akan menyebabkan kematian akibat Aids di mana sistem pertahanan dimusnahkan sama sekali. Jangkitan HIV boleh tersebar kepada mangsa daripada pembawa virus melalui hubungan seks dan melalui pendedahan darah yang dijangkiti. Wanita mengandung juga boleh menjangkiti bayi yang masih dalam kandungan.

Seseorang yang ingin tahu sama ada dia dijangkiti HIV adalah dengan melakukan salah satu daripada ujian berikut:

1.Ujian PCR (Polymerase Chain Reaction). Ujian darah yang mengesan maklumat genetik HIV. Ujian kompleks ini boleh mengesan HIV walaupun mangsa baru sahaja dijangkiti.

2. Radioimmunoprecipitation Assay(RIPA) adalah ujian yang paling jitu menguji darah untuk mengesan tahap antibodi yang sangat rendah dan sukar dikesan oleh ujian Western Blot. Keputusannya lebih jitu.

3. Ujian p24 Antigen Capture Assay tidak begitu jitu walaupun masih digunakan oleh sesetengah hospital.

4. Ujian Rapid Latex Agglutination Assay - Cepat, murah dan mudah dilakukan di negara Afrika dan Asia di mana Aids telah berleluasa.

Jangkitan HIV daripada lelaki terhadap wanita lapan kali lebih meruncing berbanding sebaliknnya, iaitu jangkitan daripada wanita terhadap lelaki.

1. Dalam kebanyakan jangkitan HIV di kalangan suami isteri, kajian mendapati suami adalah pembawa virus terbabit terhadap isteri. Puncanya suami kurang arif mengenai jangkitan HIV dan enggan menggunakan kondom.

2.Sifat fizikal permukaan kulit bahagian sulit wanita menyebabkan jangkitan lebih mudah akibat pendedahan sel dan saluran darah akibat luka kecil yang memudahkan jangkitan.

3. Wanita bawah 30 tahun merangkumi 22 peratus daripada jumlah kes Aids yang direkod di USA pada 1996.

Tanda jangkitan hanya boleh ditentukan dengan ujian darah yang komprehensif dan tanda berikut hanya sebagai panduan.



Tanda-tanda Diajangkiti HIV

- Kehilangan berat badan.

- Demam berterusan dan berpeluh waktu malam.

- Batuk yang kering

- Rasa terlalu letih dan lesu selalu.

- Kelenjar limfa bengkak di ketiak, celah paha dan leher.

- Cirit-birit lebih seminggu.

- Bintik putih pada lidah, mulut, kerongkong.

- Pneumonia dan paru-paru berair.

- Banyak bintik bisul kecil berwarna merah, perang keungguan di bawah kulit dan di dalam mulut, hidung dan kelopak mata.

- Ingatan lemah, sentiasa muram dan kerosakan saraf.


Edirossa
Ewan_sn
Pentingnya Senaman

Senaman adalah penting untuk kesihatan dan masa untuk ini harus dicari dalam kesibukan terhadap kerja dan keluarga. Ia memberikan kebaikan dari segi:


1) Mengawal dan memperbaiki kedudukan tulang

2) Memperbaiki kesihatan jantung

3) Meningkatkan tenaga dan mutu kehidupan

4) Dapat tidur nyenyak

5) Mengurangkan kegelisahan dan tekanan.


Edirossa
Ewan_sn
Bulu roma kemaluan kekalkan kelembapan dan Kaedah Membesarkan Payudara

BULU roma pada celah kemaluan memang ada fungsinya, iaitu mengekalkan kelembapan kulit kerana kulit bahagian kemaluan itu jenis kulit yang lembut dan sensitif. Kulit anggota sulit lelaki dan perempuan mengandungi lapisan sel malphigian yang banyak dan mengandungi pewarna kulit dan memberi ciri warna anggota sulit mengikut keturunan dan bangsa.

Jadi untuk individu yang berkulit gelap bahagian itu akan kelihatan lebih gelap dan sebaliknya untuk individu yang berkulit cerah, yang mana anggota sulit mereka kelihatan cerah, tapi tidak secerah badan mereka!

Kadangkala keradangan kulit bahagian itu boleh mengakibatkan peningkatan warna gelap kepada warna kulit anggota itu dan jika keradangan itu lega, kulit akan kelihatan cerah sedikit.

Bulu roma bahagian anggota sulit elok dikekalkan untuk mengawal kelembapan kulit. Bagaimanapun, bulu roma tersebut boleh ditrim supaya kelihatan kemas supaya dapat memudahkan sentuhan intim dengan mulut dan lidah dalam hubungan keintiman seksual kelak jika itu menjadi pilihan pasangan.

Berkenaan cara untuk mencerahkan kulit anggota sulit, tiada krim yang boleh memulihkannya, lagipun krim yang menekankan kulit itu boleh mengakibatkan keradangan kulit dan peningkatan kegelapan kulit.

Jika ada keradangan kulit seperti kulit kering dan gatal dan digaru, sudah tentu kulit itu akan kelihatan kurang cerah dari bahagian lain dan jika keradangan itu reda, kecerahan kulit akan kembali. Menggunakan krim pelembab setiap kali selepas mengeringkan badan dapat melembutkan kulit dan mencerahkannya. Krim untuk kecerahan muka bukan untuk disapu kepada kemaluan. Ia tidak sesuai, malahan boleh mengakibatkan alahan kerana kandungan kimia.

Isi yang menjadi kulop untuk klitoris atau kelentit ialah bibir kecil dan ia boleh berada dalam keadaan tidak seimbang. Bibir kecil ini ketika terangsang boleh mengembang dan memanjang kerana kemasukan darah dalamnya. Jika kulit itu mengalami keradangan misalnya kegatalan kerana tergigit serangga akan kelihatan kembang dan memanjang. Perkara ini semula jadi.

Memang mustahak untuk menjaga kesihatan anggota kelamin, terutama jika sudah bersuami. Jika anggota sihat ia dapat berfungsi dengan baik dan sebaliknya jika ada masalah.

Untuk kesegaran bahagian luar anggota kelamin, boleh mencucinya dengan bahan pencuci yang dirumus khas seperti Latacyd, dan juga yang lain.

Apa yang mustahak ialah bahan pencuci ini bukan untuk dicuci di dalam, kerana perbuatan ini akan menjejaskan bahagian dalam faraj dan mengakibatkan keradangan.

Penting juga untuk wanita mengamalkan pemeriksaan sendiri anggota kelamin (self vulval examination atau SVE) sebulan sekali dengan cermin tangan dan dalam suasana lampu yang terang untuk meneliti keseluruhan anggota kelamin sama ada terdapat keadaan yang kurang menyenangkan supaya boleh dirujuk kepada doktor untuk nasihat dan rawatan.

Saiz dan bentuk payu dara menjadi isu penting kepada perempuan seperti saiz dan bentuk anggota sulit lelaki. Ada juga wanita yang risaukan payu dara mereka seperti anda, tetapi semua isu ini sebenarnya isu luar kawalan mereka.

Cara untuk membesarkan payu dara ialah melalui pembedahan 'breast augmentation' dengan memasukan 'implan' supaya payu dara kelihatan tegap dan besar. Ini ada risikonya. Payu dara boleh membesar secara semula jadi apabila berat badan wanita itu naik, pundi susu aktif selepas melahirkan anak dan perubahan semasa.

Lagi pun saiz dan bentuk payu dara dalam kawalan baka dan keturunan. Bagaimanapun kasih dan sayang tidak terletak kepada saiz payu dara atau anggota sulit, tetapi kepada individu itu secara menyeluruh. Apa yang mustahak ialah keyakinan diri dan bertolak ansur dan toleransi.



Fungsi bulu roma dan kulit kemaluan

1) Bulu roma mengekalkan kelembapan kerana kulit bahagian kemaluan lembut dan sensitif.

2) Kulit anggota sulit lelaki dan perempuan mengandungi lapisan sel malphigian yang banyak dan mengandungi pewarna kulit, memberikan ciri warna anggota sulit mengikut keturunan dan bangsa.

3) Individu yang berkulit gelap, bahagian kemaluannya akan kelihatan lebih gelap dan sebaliknya untuk individu yang berkulit cerah.

4) Bulu roma bahagian anggota sulit elok dikekalkan untuk mengawal kelembapan kulit.

5) Bulu roma boleh ditrim supaya kelihatan kemas dan memudahkan sentuhan intim.

6) Tiada krim yang boleh mengubah warna kulit kemaluan. Penggunaan krim yang menekankan kulit kemaluan boleh mengakibatkan keradangan dan peningkatan kegelapan kulit
.

Edirossa
Ewan_sn
Masalah Radang Kulit Pada Kanak-Kanak

SI kecil mudah terdedah kepada penyakit hingga kadang kala membuat ibu bapa panik. Antara masalah yang kerap dihadapi mereka adalah atopik dermatitis (AD) atau dikenali juga sebagai atopik ekzema.

AD sejenis penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah. Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit.

Jangan ambil mudah tentang AD kerana ia dikategorikan sebagai kronik dan sering kali menjadi bertambah buruk dalam tempoh beberapa tahun atau sepanjang hayat penghidapnya.

Ciri utama AD termasuklah kulit kering, gatal dan lama kelamaan kesan garu itu menjadi tebal. Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki sementara bagi kanak-kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.

Pakar runding dermatologi, Pusat Perubatan Gleneagles, Dr Steven Kim Weng Chow, berkata luka ini akan menjadi merah, sangat sakit dan hodoh.

“Dalam kebanyakan kes, AD lebih membebankan individu yang mempunyai sejarah gangguan kesihatan atopik keluarga atau peribadi seperti lelah, demam alergi atau juga AD.

Katanya, daripada kira-kira 70 peratus pesakit AD, mereka berhadapan dengan masalah ini bermula dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan mereka.

AD boleh dibahagikan kepada dua jenis, atopik dermatis alergi, di kenali juga sebagai alergi AD, paling biasa dan dialami lebih 70 peratus pesakit AD. Ia dikaitkan dengan abnormaliti sistem imun, iaitu peningkatan sejenis antibodi , IgE.

Kategori kedua pula atopik dermatis bukan alergi, berlaku dalam kira-kira 30 peratus kes AD. Ia jarang berlaku kerana tiada peningkatan tahap IgE tetapi mempunyai ciri-ciri klinikal luaran yang hampir sama dengan AD alergi.


Simptom
Kulit kering dan bersisik.

Bintik kecil yang terbuka dan luka bila digaru.

Kulit kemerahan dan mengelupas

Kulit nipis – jika berada ditahap kronik.

Kekerapan menggaru akan menyebabkan kulit mengelupas dan mengalami jangkitan.

Jelas Dr Steven, sifat AD yang kompleks menyukarkan punca sebenar AD diketahui. Begitupun, ada banyak perkara yang dikaitkan sebagai pencetus kepada ekzema. Antaranya termasuk; mandi tanpa sabun, berpeluh, kesejukan, jangkitan bakteria, kurap dan sebagainya. Tetapi perlu diingat, setiap orang memiliki pencetus yang tidak sama.

Tetapi semua itu boleh dikategorikan sebagai faktor persekitaran. Kerana faktor genetik juga sebenarnya berkemampuan untuk menyebabkan ekzema. Kata Dr Steven, tiada satupun abnormaliti genetik menjadi punca AD sebaliknya ada kemungkinan wujud gen yang tidak normal dikaitkan dengan AD terdapat di kalangan penduduk. Bilangan dan jenis gen yang dikaitkan dengan AD diwarisi individu, menentukan tahap penerimaan serta ciri-ciri klinikal seperti tahap keseriusan penyakit.

“Kajian terhadap gen dikaitkan dengan AD masih diteruskan. Sejumlah gen sudah pun dikenalpasti tetapi masih memerlukan kajian mendalam untuk membuktikan kerencatan sesuatu gen itu menjadi punca ataupun menyumbang pada tahap keseriusan penyakit. Kebanyakan gen yang dikenalpasti mengandungi protein dan terbabit dalam tindak balas sistem imun dan ini menunjukkan kepentingan peranan sistem imun dalam penyakit ini,” katanya.


Rawatan

Antara rawatan konvensional yang digunakan termasuklah memastikan kebersihan persekitaran, mengenalpasti dan mengelak pencetus khusus. Selain itu pengekalan lembapan kulit dengan kegunaan pelembab mungkin satu rawatan yang baik.

Terapi topikal kortikosteroid, rawatan terhadap simptom AD juga diamalkan malah ia rawatan utama AD sejak 50 tahun lalu. Tindak balas meluas rawatan anti radang ini sangat berkesan tetapi ia berpotensi menimbulkan beberapa kesan sampingan lain.

Satu lagi kaedah rawatan yang ada di pasaran ialah penggunaan krim yang dinamakan Protopic. Ia tergolong dalam rawatan terapeutik bebas steroid dikenali sebagai topikal immunomodulator (TIMs). Ia menawarkan rawatan pilihan selain topikal kortikosteroid bagi merawat AD.


Edirossa
Ewan_sn
Darah tinggi: Ambil serius!...Siri (77)


Di Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.

Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.

``Lebih membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat,'' katanya.

Beliau yang juga Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN) berkata demikian pada majlis pelancaran Co-Diovan 160/25mg, satu formula baru bagi rawatan hipertensi daripada Novartis.

Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan jurang rawatan yang serius membabitkan pesakit dan juga doktor.

``Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.''

Sementara itu, Ketua Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher mengakui cabaran untuk meyakinkan pesakit bahawa mereka perlu mengambil ubat bagi mengawal tekanan darah.

``Walaupun hipertensi merupakan antara penyakit kardiovaskular yang paling mudah dirawat, kematian yang disebabkan oleh pembunuh senyap ini terus meningkat.

``Ini kerana, apabila rawatan disyorkan, pesakit sering tidak mengambil ubat seperti yang diarahkan,'' kata Dr. Zaki Morad merangkap pengerusi jawatankuasa kerja yang merangka garis panduan Malaysia bagi rawatan hipertensi.

Kumpulan kerja tersebut ditugaskan untuk merangka garis panduan bagi pihak Kementerian Kesihatan dan Akademi Perubatan.

Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan pada tahun hadapan akan membuat penyiasatan lanjut ke atas 70,000 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas untuk membuktikan penularan penyakit hipertensi, kardiovaskular dan diabetes di negara ini.

Peningkatan kejadian hipertensi amat ketara dengan kenaikan berganda, daripada 58,961 pada 1985 kepada 103,512 pada 1998.

Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020.

Bagaimanapun, kata Dr. Zaki Morad, ramai yang tidak tahu mereka sebenarnya menghidap hipertensi memandangkan masalah ini sering timbul tanpa gejala.

``Bagi mereka yang sedar, bukan semuanya menerima rawatan dan di kalangan mereka yang diberi rawatan tersebut, hanya segelintir dapat mengawal tekanan darah mereka.

``Oleh kerana hipertensi adalah penyakit tidak bergejala, pesakit sering mengabaikan rawatan,'' katanya.

Tidak sampai separuh daripada pesakit yang menghidap hipertensi berjaya dirawat dengan pengambilan ubat. Memandangkan hanya segelintir pesakit dapat mengawal tekanan darah mereka, situasi ini perlu dinilai dengan lebih mendalam.

Ini mungkin bermakna mereka tidak mematuhi arahan rawatan, mereka tidak mendapatkan ubat yang betul atau kombinasi ubat yang betul. Sementara itu, doktor mereka mungkin tidak cukup agresif merawat masalah tekanan darah mereka.

Sudah tentulah terdapat juga pelbagai sebab lain. Adanya pelbagai jenis ubat tekanan darah membolehkan doktor menyesuaikan rawatan mengikut pesakit dan keadaan mereka.

Menurut Dr. Zaki Morad lagi, pada tahun-tahun kebelakangan ini, bukti kukuh telah dikumpulkan tentang sasaran rawatan bagi hipertensi.

``Jelas sekali tekanan darah kini perlu dikawal pada tahap yang lebih rendah berbanding sebelumnya bagi mengurangkan kerosakan kepada jantung.

``Usaha mencapai sasaran ini biasanya memerlukan dua atau tiga ubat antihipertensi, namun begitu pematuhan kepada rawatan mungkin menjadi masalah,'' katanya.

Apa yang lebih membimbangkan, ujar beliau, hipertensi menjadi punca utama sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Dari segi kesan ekonomi, ia memberikan kesan besar ke atas produktiviti walaupun sukar untuk memberikan ukurannya.

Di beberapa negara, tekanan darah yang dikawal secara berkesan berupaya mengurangkan kejadian strok dan sakit jantung, sekali gus menghasilkan penjimatan besar kepada sistem penjagaan kesihatan.

Dr. Zaki Morad menjelaskan, satu lagi aspek penting rawatan adalah usaha memastikan jadual rawatan dipatuhi.

``Pilihan ubat penting. Faktor yang diambil kira termasuk ketiadaan kesan sampingan besar, jadual dos yang menyenangkan, kos dan penyakit yang berkaitan.

``Kelas ubat yang dinamakan ARB memberikan sedikit atau tiada langsung kesan sampingan dan mungkin menggalakkan tahap pematuhan yang lebih tinggi,'' katanya.

Terdapat kos ekonomi yang dikaitkan dengan ketidakpatuhan kepada rawatan. Ubat yang terbuang dan kemerosotan tahap kesihatan seseorang, meningkatkan lagi kos penjagaan kesihatan.

Usaha memantau cara pesakit mengambil ubat dan melaksanakan sistem lebih baik mungkin menjimatkan kos kewangan di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kebajikan rakyat.

``Usia purata strok di Malaysia adalah 59 tahun. Usia ini sangat rendah. Purata usia serangan jantung dialami ialah 57 dan ini juga sangat rendah,'' kata Dr. Azhari.

Beliau turut mengaitkan sesetengah isu dan halangan kepada penjagaan lebih baik dengan sikap dan budaya.

``Sesetengah doktor tidak yakin bahawa hipertensi adalah masalah serius seperti yang didakwa, dan dengan itu tidak menekankan betapa pentingnya rawatan kepada pesakit.

``Di samping itu, rata-rata penduduk Asia tidak suka makan ubat. Sentimen ini, ditambah pula kecenderungan penggunaan herba atau ubat tradisional boleh menyukarkan lagi rawatan,'' ujar beliau.

Generasi baru ubat mempunyai sedikit kesan sampingan termasuk pening, keletihan, sesetengah masalah disfungsi seks, justeru rawatannya menyebabkan lebih banyak gejala daripada penyakit.

``Langkah memperkenalkan Co-Diovan 160/25mg memberikan fleksibiliti tambahan bagi ubat khusus ini. Tekanan darah tinggi ialah faktor risiko tunggal yang paling boleh dirawat.

``Co-Diovan ialah salah satu ubat yang saya gunakan untuk menjamin pematuhan pesakit kepada rawatan. Formula dos lebih tinggi ini berguna untuk mencapai sasaran,'' kata Dr. Azhari.

Co-Diovan 160/25mg ialah kombinasi dos tetap antara valsartan 160mg (valsartan ialah sejenis ARB) dan 25mg hydrochlortiazide (hydrochlorothiazide ialah sejenis diuretik).

Ia merupakan formulasi terkini ubat antihipertensi yang dilancarkan oleh Novartis Malaysia dan disyorkan kepada pesakit yang perlu menurunkan tekanan darah tinggi.

Seperti formulasi lain valsartan, Co-Diovan 160/25gm merupakan rawatan sekali sehari yang menyenangkan.

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, ujian menunjukkan Diovan/Co-Diovan juga melindungi jantung daripada mengalami kerosakan.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini meluluskan Diovan untuk meningkatkan peluang hidup pesakit yang mengalami serangan jantung.

Dengan kelulusan tersebut, Diovan merupakan satu-satunya ARB yang disyorkan bagi rawatan pascaserangan jantung, kegagalan jantung dan hipertensi.

Sebarang jenis ubat tentunya mempunyai kesan sampingannya tersendiri. Secara amnya, kesan-kesan sampingan Diovan/Co-Diovan amat mudah ditoleransi.

Apa itu tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.

Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.

Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.

Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.


Penyebabnya

- Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.

Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

- Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

- Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

- Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

- Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

Kegagalan jantung kongestif

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


Langkah-langkah pencegahan

Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.


Rawatan

Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal.

Sasaran bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.

Sekiranya perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah tinggi.


Jenis-jenis ubat darah tinggi

- Diuretik: Membuang garam dan air berlebihan daripada badan

- Penghalang beta: Memperlahankan degup jantung supaya jantung tidak perlu bekerja lebih bagi mengepam darah

- Penghalang saluran kalsium: Mengendurkan saluran darah bagi menghalang kalsium daripada memasuki sel-sel otot

- Perencat enzim menukarkan angiotensin II (ACE): Merencat pembentukan angiotensin II, sejenis hormon yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah

- Penghalang penerima angiotensin II (ARB): Menyekat secara langsung kesan-kesan bahaya angiotensin II ke atas pembuluh darah.


Petua-petua agar anda tidak lupa mengambil ubat

- Ambillah ubat pada masa sama setiap hari. Cuba kaitkan dengan sesuatu perkara yang anda sering lakukan seperti memberus gigi.

Sekiranya doktor menyarankan anda mengambil ubat selepas makan, cubalah ambil ubat ketika waktu makan anda setiap hari.

- Catatkan nota. Letakkan nota pada peti sejuk, berdekatan telefon, di kabinet ubat-ubatan atau cermin bilik mandi. Cuba tukarkan nota sekerap mungkin, gunakan warna berlainan bagi menarik perhatian atau alihkan nota ke sudut lain.

- Cuba gunakan bekas khas bagi membantu mengaturkan ubat-ubat anda. Bekas pil ini boleh didapati di kebanyakan farmasi atau kedai ubat.

- Mintalah bantuan ahli keluarga atau rakan. Mereka boleh menjadi sistem sokongan yang kuat. Sekiranya anda mempunyai rakan-rakan yang juga mengambil ubat, amalan ingat-mengingati adalah sangat baik.

- Jangan lupa mendapatkan bekalan ubat. Setiap kali anda mendapatkan bekalan ubat, catatkan pada kalendar untuk pesanan ubat bulan berikutnya, seterusnya mengambil bekalan ubat seminggu sebelum ubat habis.


Edirossa
Ewan_sn
Faktor menyebabkan kitaran haid tidak teratur....Siri (78)

Alangkah seronoknya kalau kita dapat mengawal haid yang datang tiap-tiap bulan seperti paip. Apabila tiba masanya, kita hanya perlu buka paip dan membiarkan semua darah keluar, apabila sudah habis mengalir boleh tutup balik paip sampai bulan depan!

Tetapi badan kita lebih kompleks daripada itu, dan ia tertakluk kepada perubahan-perubahan dalaman, seperti berat badan yang menaik atau menurun, stress dari segi fizikal dan emosi dan beberapa lagi masalah perubatan, termasuk thyroid, kencing manis dan masalah hormonal.

Keadaan yang dialami ini berkaitan dengan masalah pengeluaran telur dari ovari pada tiap-tiap kitaran haid. Adalah proses naluri badan kita pada tiap kitaran haid, rangsangan hormon yang dikeluarkan dari ovari akan menyesuaikan badan untuk mengandung. Itulah sebabnya buah dada membengkak, badan terasa buncit dan berbagai lagi perasaan yang termasuk dalam keadaan yang dipanggil sindrom pre-menstual. Jika telur itu tidak disenyawakan oleh sperma, kandungan tidak berlaku dan selepas suatu masa tertentu, darah haid akan keluar dan proses mengeluarkan telur atau ovulasi, berlaku lagi.

Ada kalanya, jika ovulasi tidak terjadi pada satu kitaran, hormon dari ovari menjadi tidak seimbang, menyebabkan haid lambat datang, seperti yang dialami oleh puan. Saya cadangkan puan tanda pada kalendar tiap-tiap kali datang haid supaya dapat mengetahui berapa lama setiap kitaran, jika ia dalam lingkungan 35 hari atau lebih sedikit, ini masih lagi normal. Kalau ia terlebih satu bulan, tetapi pada bulan-bulan lain mengikut masa, saya rasa puan jangan terlalu bimbang, badan puan sendiri sudah membetulkan kitarannya.

Begitu juga dengan aliran darah yang keluar. Lapisan dalaman rahim akan menebal mengikut kitaran juga, bila tiba masa haid, lapisan ini akan gugur dan ini menyebabkan perdarahan. Jadi apa yang keluar bukan semata-mata darah, tetapi sisa lapisan dalam (yang dipanggil secretory endometrium). Pada awalnya hanya sedikit dihakis dulu yang tidak menyebabkan perdarahan yang banyak dan berupa warna coklat. Apabila lebih banyak dihakis, lebih banyak perdarahan berlaku dan ia akan keluar merah pekat kehitaman. Apabila perdarahan berhenti, apa yang tertinggal di dalam akan berubah disebabkan proses degenerasi darah dan tisu dan inilah yang berwarna coklat yang akan keluar hingga lendir menjadi putih kembali. Jika sudah mengandung, anda akan bebas daripada haid selama sembilan bulan, ia tidak menjadi masalah lagi!


Edirossa
Ewan_sn
Rokok racuni sperma...Siri (79)


“SETAKAT letak amaran ‘Merokok Membahayakan Kesihatan’ tidak memberi kesan pada lelaki. Kita patut ikut contoh amaran pada kotak rokok di Indonesia yang tertulis ‘Merokok Membahayakan Kesihatan dan Menyebabkan Impoten’.

“Lelaki memang takut jika perkataan ini ada pada mereka,” kata seorang teman yang bekerja di sebuah pusat kesuburan di ibu kota.

Kata-kata ini lahir daripada kekecewaannya terhadap sikap lelaki yang kurang memberi kerjasama kepada isteri dalam usaha mendapatkan anak.

Kerjasama di sini bukan sekadar menemani isteri atau menepati temujanji dengan pakar embriologi, tetapi mesti sanggup mengorbankan tabiat merokok yang boleh meracuni sperma mereka.

Sama ada tidak tahu, tidak sedar atau sengaja tidak ambil endah, tetapi inilah hakikatnya. Kajian American State University mendapati sperma perokok lelaki mengalami perubahan yang menyebabkan proses persenyawaan menjadi sukar.

Kajian terbaru yang diketuai Profesor Madya Lani Burkman dari Jabatan Ginekologi dan Obstetrik universiti itu juga menunjukkan, nikotin dan hasil sampingannya, nikotinin yang diletakkan pada sperma dalam makmal menyebabkan perubahan pada gaya gerakan sperma.

Walaupun ada sperma berjaya menembusi dinding telur (ovum) ia tidak melekat kuat. Pada masa sama, jika ekor sperma tidak cukup kuat ia tidak akan berjaya berenang mendekati ovum. Kajian itu juga mendapati, perokok tegar (individu yang merokok sekurang-kurangnya empat batang sehari selama dua tahun) dikatakan 75 peratus kurang subur berbanding bukan perokok.

Semua perubahan ini berlaku kerana kandungan bahan dalam tembakau boleh meniru bahan kimia semula jadi badan, iaitu asetilkolin. Asetilkolin ialah kimia yang membawa maklumat ke sel saraf dan ketidakseimbangannya boleh memberi kesan kepada tekanan darah, corak tidur, ingatan, fungsi mental dan aktiviti seksual.

Selain memberi kesan kepada kualiti sperma, asap rokok mempengaruhi sistem saraf, hormon dan vaskular. Seperkara yang perokok perlu tahu ialah, ketiga-tiga sistem ini ‘bekerja bersama-sama’ dengan tisu otot untuk mengekalkan ereksi.

Kajian sebelumnya yang dijalankan ke atas 1,290 lelaki yang mendapatkan rawatan impotensi di Massachusetts, Amerika Syarikat mendapati, 56 peratus perokok menghadapi risiko dua kali ganda untuk mengalami masalah impoten berbanding lelaki tidak merokok.

Namun bagi perokok tegar, kajian ini tidak memberi makna kepada mereka. Apatah lagi mereka yang berupaya mendapatkan anak walaupun sudah berbelas (atau berpuluh tahun) merokok. Dakwaan ini ada benarnya dan orang seperti ini dianggap individu yang bertuah serta perlu bersyukur.

Banyak pasangan terpaksa berhabis, malah bergolok bergadai untuk mendapatkan anak kerana masalah kesuburan, kekurangan sperma atau sperma tidak normal. Bahkan ada juga yang tetap tidak dapat anak, walaupun berhenti merokok.

Ketua Pakar Embriologi, Pusat Kesuburan Konsep, Yee Siew Yin, berkata dianggarkan 60 hingga 70 peratus perokok mengalami masalah kesuburan.

Hanya 30 hingga 40 peratus termasuk dalam kumpulan bertuah yang tetap ‘subur’ dan boleh mendapat anak, walaupun bermacam jenis racun tersimpan dalam badan mereka.

Katanya, racun daripada asap rokok memberi kesan jangka panjang kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sel yang bertanggungjawab menghasilkan sperma, mengakibatkan kurang sperma dihasilkan.

“Asap rokok juga boleh mengubah bentuk sperma. Pada umumnya lelaki subur mesti mempunyai sekurang-kurangnya 20 juta sperma dalam setiap mililiter air mani dan daripada jumlah ini hanya 15 peratus mempunyai bentuk normal dan boleh berenang aktif untuk sampai ke telur. Bagi perokok, jumlah ini jauh lebih rendah dan tidak cukup untuk membuatkan pasangan mengandung.

“Pada keadaan biasa, sperma mengambil masa dua hingga tiga hari untuk sampai ke telur, tetapi asap rokok melambatkan pergerakan sperma yang menyebabkan ia terpaksa berenang antara empat hingga lima hari,” katanya.

Ini menyukarkan proses persenyawaan dan peluang mendapat anak semakin tipis. Secara umumnya, rokok memberi kesan negatif terhadap kesihatan seksual lelaki melalui empat cara iaitu:


Mengurangkan kadar ejakulasi.


Merendahkan bilangan sperma.


Mengubah bentuk sperma kepada tidak normal (ingat, hanya 15 peratus sperma yang normal dan boleh bergerak pantas untuk sampai ke telur).


Melambatkan pergerakan sperma.

Sebenarnya kepala sperma ada satu lapisan seperti tudung dipanggil akrosom yang berfungsi sebagai enzim untuk ‘menebuk’ lubang pada dinding telur (zona pellucida) bagi membolehkan ia masuk dan mensenyawakan telur.

Bagaimanapun, sperma perokok tidak mempunyai lapisan akrosom ini. Ini menyebabkan sperma perokok tidak boleh masuk ke dalam telur; akhirnya akan mati dan disingkirkan daripada badan.

Namun, ini bukan bermakna perokok tidak boleh mendapat anak. Peluang itu ada, tetapi rendah berbanding lelaki tidak merokok. Bagaimanapun, peluang boleh ditingkatkan dengan berhenti merokok bagi mengelak lebih banyak kerosakan berlaku pada sel yang menghasilkan sperma dan mendapat sperma baru yang sihat.

Walaupun sperma baru diha silkan setiap tiga bulan, kesan racun asap rokok yang tersimpan dalam badan masih boleh memberi kesan. Dianggarkan badan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan selepas berhenti merokok untuk melihat kesan positif pada sperma.

“Air mani bukan lambang kesuburan. Ramai lelaki salah anggap mengenai perkara ini kerana ada lelaki yang tiada sperma langsung. Jadi, jika anda merancang mendapat anak, berhentilah merokok.

“Apabila merokok, anda juga memberi asap (dan racun) kepada orang di sekeliling, terutama isteri, yang dipanggil ‘perokok tahap kedua’. Asap dihidu orang sekeliling sebenarnya lebih berbahaya kerana turut mengandungi 4,000 bahan kimia seperti yang masuk ke paru-paru perokok tetapi pada kuantiti lebih tinggi, dua kali ganda kandungan tar dan lima kali ganda karbon monoksida.

“Lebih teruk, ia turut memberi kesan kepada sel ovari isteri. Sel ovari akan cepat mati dan keadaan ini lama kelamaan menyebabkan saiz ovari mengecut. Ovari yang kecut bukan saja menghasilkan telur tidak berkualiti, tetapi turut menghentikan penghasilan telur, seterusnya mengakibatkan wanita menopaus awal. Jika mengandung, ada risiko melahirkan anak tidak normal,” katanya.

Kajian juga menunjukkan asap rokok suami boleh menyebabkan isteri keguguran, anak mati dalam kandungan (ketika berusia lapan atau sembilan bulan), bayi dilahirkan tidak cukup berat atau ada kecacatan sumbing bibir dan lelangit.

Malah, kata Yee, tabiat merokok anda hari ini bukan hanya mempengaruhi kesihatan diri, tetapi turut memberi kesan kepada kesuburan anak yang bakal dilahirkan, terutama jika anak itu lelaki.

Justeru, jangan berlaku kejam (walaupun secara tidak sedar) kepada isteri dan anak. Jika anda baru mula merancang menambah bilangan keluarga, inilah masa terbaik untuk menghentikan tabiat buruk itu supaya anak dilahirkan tidak menghadapi masalah kesihatan seperti asma, autisme, mendapat jangkitan telinga, kecacatan mata atau lebih teruk, mati dalam kandungan.


Edirossa
Ewan_sn
Kaedah tingkat sperma...Siri (mega_shok.gif)


SPERMA dihasilkan dalam testikel pada kitaran tiga bulan sekali. Setiap sperma mempunyai satu ekor panjang untuk menolaknya bergerak ke depan. Daripada 500 juta sperma yang dikeluarkan ketika ejakulasi, kira-kira 200 akan sampai ke telur dalam tiub fallopian, tetapi hanya satu berjaya mensenyawakan telur berkenaan.

Bagi perokok, peluang mendapat 200 sperma yang berjaya mendekati telur mungkin rendah dan ia hanya dapat dicapai dengan berhenti merokok.

Selain itu, beberapa kaedah boleh diambil untuk meningkatkan kualiti sperma seperti:

- Amalkan pemakanan seimbang. Jika tidak, disarankan ambil multivitamin supaya badan dapat cukup bekalan zink, selenium dan asid folik — tiga mineral yang penting untuk penghasilan dan fungsi sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksidan seperti Vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.

- Kurangkan tekanan. Tekanan berpanjangan dan tidak diatasi akan mengganggu hormon diperlukan untuk penghasilan sperma. Jika anda mengalami masalah kesuburan, segera cari jalan mengatasinya kerana jika dibiarkan ia akan membuat anda lebih tertekan.

- Bersenam selalu. Aktiviti fizikal bukan saja baik untuk kesihatan badan, malah dapat mengurangkan tekanan.

- Kekalkan berat badan seimbang. Terlalu banyak atau sedikit lemak boleh mengganggu penghasilan hormon kesuburan.


Lindungi kesuburan dengan:


- Jauhi bahan beracun.

- Jangan merokok.

- Elak minum minuman keras (alkohol merendahkan kuantiti dan kualiti sperma). Gabungan merokok dan minum minuman keras akan memburukkan keadaan dan merendahkan kesuburan.

- Elakkan mandi sauna, mandi wap panas. Kajian menunjukkan berendam dalam air panas (40º Celsius) selama 30 minit boleh mengurangkan jumlah sperma.

- Jangan duduk terlalu lama untuk memberikan suhu lebih sejuk kepada testis (sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan).

- Berhati-hati dengan ubat yang diambil kerana kebanyakan ubat boleh mempengaruhi penghasilan dan kualiti sperma.

- Kurangkan duduk atas permukaan keras. Jika terpaksa, bangun setiap 30 minit untuk merendahkan suhu pada bahagian berkenaan.


Edirossa
Ewan_sn
Wanita ambil pil perancang kurang berahi....Siri (81)


NEW YORK: Wanita yang menggunakan pil perancang berdepan risiko hilang keinginan untuk melakukan hubungan seks sehingga setahun selepas berhenti mengambil ubat itu, menurut kajian.

Kehilangan syahwat, tidak berupaya mencapai kemuncak dan sakit ketika bersetubuh sudah lama diketahui sebagai kesan sampingan pengambilan pil perancang.

Penyelidikan terdahulu menyatakan nafsu seks wanita akan kembali normal dalam masa empat minggu selepas berhenti mengambil pil perancang.

Bagaimanapun, kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik diketuai Dr Claudia Panzer, pakar endokrinologi di Denver, Colorado, menunjukkan kimia yang dikeluarkan pil itu untuk menahan pengeluaran tahap testosterone, berterusan sehingga setahun selepas wanita berhenti mengambilnya, lapor akhbar The Sunday Times.

Wanita yang mengambil pil perancang mempunyai empat kali lebih tinggi tahap hormon seks binding globulin (SHBG) yang menghentikan pengedaran testosterone dalam badan berbanding wanita yang tidak mengamalkan pengambilan pil perancang.

Penyelidikan dalam Jurnal Perubatan Seksual bulan ini berdasarkan kajian ke atas 124 wanita pra menopaus yang menghadiri klinik masalah seksual.

Separuh daripada wanita berkenaan menggunakan pil, 39 daripada mereka sudah berhenti menggunakannya dan 23 lagi tidak pernah mengambil pil itu. – Agensi


Edirossa
Ewan_sn
Elak minum ketika makan...Siri (82)


PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Sindrom Usus Rengsa ini menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.

Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu:

- Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
- Kembung
- Cepat penat
- Mudah berparut
- Keradangan kulit
- Berat badan bertambah dengan cepat
- Sering sendawa
- Pedih ulu hati
- Makanan tidak hadam
- Keradangan lain

Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah:

1) Jangan makan terlalu banyak
Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut.

2) Kunyah makanan hingga betul-betul lumat.
Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

3)Minum sebelum atau selepas makan.
Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

4) Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari.
Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.

5) Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.

6) Minum air secukupnya.
Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

7) Bersenam selalu.
Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.

dirol.gif Elakkan diri daripada tekanan.
Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi ######_lbolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.

9) Makan produk tenusu kultur (contohnya dadih dan keju) atau probiotik kultur tempatan.


Edirossa
Khayty
Onani, Mastubasi

Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melacap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau gesel-gesel di clitoris, dikalangan remaja perempuan adalah dianggap normal dari sudut kesihatan.

Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan baik fisikal dan mental.

Tidak ada satu manusia lelaki yang normal yang tidak melalukan onani dalam hidupnya. Kalau ada manusia lekai yang menyatakan mereka tidak pernah melakukan onani, mereka adalah pembohong besar.

Jika anda melakukan onani janganlah melampau kerana akibat dari onani melampau anda akan menghadapi antaranya , kemungkinan:


1. Daya ingat menjadi lemah
2. Sendi-sendi berbunyi
3. Tuboh badan menjadi sentiasa keletihan.
4. Anda akan menjadi selalu mengantuk
5. Tidur menjadi berlebihan
6. Banyak khayalan
7. Bimbang akan terjebak dengan perzinaan
Ewan_sn
Kencing Manis - Penyebab Utama Kebutaan


JIKA anda sudah bertahun-tahun menghidap kencing manis serta selalu ‘terlupa dan terleka’ mengawal paras gula dalam darah, berhati-hatilah kerana anda mempunyai risiko tinggi untuk menjadi buta.

Benarkah kencing manis boleh menyebabkan buta? Benar. Ia penyebab utama kebutaan di negara ini. Kajian Mata Kebangsaan pada 1996 mendapati, antara penyebab utama masalah kehilangan penglihatan ialah katarak dan penyakit retina.

Kencing manis boleh mengakibatkan kebutaan dengan merosakkan salur darah dalam retina (saraf di belakang mata). Kemungkinan menjadi buta akibat kencing manis adalah 25 kali lebih tinggi berbanding individu sihat.

Pandangan akan terganggu jika pembuluh darah pada retina tersumbat atau berlaku kebocoran yang menyebabkan pendarahan dan pembengkakan pada retina.

Penyumbatan salur darah ini akhirnya boleh menyebabkan pertumbuhan salur darah baru yang tidak normal dalam mata pesakit.

Salur darah ini juga sangat lemah dan boleh pecah bila-bila masa. Apabila salur darah pecah, ia mengeluarkan darah dan lemak di dalam mata. Kehadiran darah dan lemak ini membuatkan pandangan pesakit kencing manis menjadi kabur.

Malah, mereka juga nampak seolah-olah ada tompok hitam pada objek yang dipandang. Jika tidak dirawat segera, gejala ini boleh menyebabkan kebutaan.

Kira-kira 39 peratus daripada 18,000 penduduk yang mengalami masalah katarak menjadi buta, manakala 24 peratus lagi hilang penglihatan akibat penyakit retina (juga dipanggil retinopati diabetis) yang disebabkan kencing manis tidak terkawal.

Ini adalah masalah yang membimbangkan kerana jumlah pesakit kencing manis bertambah setiap tahun. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2000 menyatakan, 2.8 peratus penduduk dunia atau 135 juta orang menghidap kencing manis.

Keadaan sama berlaku di negara kita. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 menunjukkan, 8.3 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis dan 49 peratus (lebih separuh) mempunyai kawalan kandungan gula dalam darah yang tidak baik. Ini bermakna satu daripada dua pesakit kencing manis tidak mengawal pemakanan mereka.

Menurut Perunding Kanan Oftalmologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Muhaya Mohamad, penyelidikan yang dijalankan di beberapa hospital mendapati ramai pesakit kencing manis mempunyai masalah retinopati diabetis iaitu 49 peratus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), 49 peratus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan 52 peratus di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Lebih membimbangkan, keputusan kajian di Hospital Muar pada 2003 menunjukkan, retinopati diabetis berlaku pada 72 peratus pesakit kencing dan 41 peratus daripadanya ada masalah mata yang menyebabkan buta.

“Ini menunjukkan lebih separuh pesakit kencing manis yang dirujukkan ke hospital kurang memberi perhatian terhadap kawalan pemakanan, walaupun tahu risiko akibat berlebihan gula dalam darah,” katanya sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia 12 Oktober lalu anjuran bersama Persatuan Oftalmologi Malaysia, Tabung Mata Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, PETRONITA dan Petronas.

Sempena hari itu juga, beliau menghasilkan poskad mengenai bahaya kebutaan kepada pesakit kencing manis. Ia akan diedarkan kepada semua stesen minyak Petronas di Semenanjung mulai 17 Oktober ini.

Tidak kira sama ada pesakit kencing manis lelaki atau perempuan, kedua-duanya mempunyai risiko sama untuk buta jika paras gula dalam darah tidak dikawal.

Katanya, setiap pesakit kencing manis berdepan risiko mengalami masalah retina. Penyelidikan menunjukkan selepas lima tahun, hampir 50 peratus pesakit kencing manis mempunyai masalah retinopati diabetis. Semua ini disebabkan kebanyakan penduduk di negara kini, khususnya penghidap kencing manis, jarang atau tidak pernah menjalani pemeriksaan mata.

Apa pentingnya jalani pemeriksaan mata?

Kencing manis adalah penyebab kebutaan di kalangan pesakit berumur antara 20 hingga 70 tahun dan ia sebenarnya boleh dicegah. Pemeriksaan mata sangat penting, terutama pada yang masih dalam peringkat umur produktif.

Setiap tahun hampir 10,000 penduduk Amerika Syarikat buta akibat kencing manis. Di Malaysia, kebanyakan pesakit kencing manis yang mendapatkan rawatan di klinik mata dikesan mempunyai retinopati diabetis kerana lewat dirujuk.

Jika tidak dirawat dan mengawal paras gula dalam darah, mereka boleh menjadi buta. Di kalangan pesakit kencing manis kanak-kanak (diabetis Jenis 1) ketika penyakit mereka mula dikenal pasti, sebanyak 10 peratus sudah mempunyai masalah retina.

Selepas 10 tahun menghidap kencing manis, hampir 43 peratus pesakit kanak-kanak ada penyakit retina. Biasanya penyakit retina akan muncul selepas lima tahun menghidap kencing manis.

Pesakit kencing manis yang mengalami mendapat sakit mata dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan kesihatan. Ini kerana apabila ada kerosakan mata, mereka juga berkemungkinan menghadapi masalah kerosakan saraf. Pada masa sama, mereka perlu jalani ujian air kencing bagi mengesan kehadiran protein yang menunjukkan ada masalah buah pinggang.

Rawatan

Perkara paling utama ialah pencegahan. Sehingga kini tiada ubat boleh mencegah masalah retinopati diabetis. Malah, rawatan terbaik ialah sentiasa mengawal paras gula dalam darah supaya sentiasa dalam lingkungan 6 mmol/liter (ketika berpuasa) dan tidak melebihi 7.5 mmol/liter selepas makan.

Bagi yang ada masalah retinopati diabetis, pesakit boleh menjalani rawatan laser. Usah bimbang dengan perkataan laser. Ia adalah rawatan cahaya, tidak menyakitkan, mata tidak perlu dibedah dan pesakit dirawat sebagai pesakit luar.

Rawatan laser ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 30 minit. Ia sesuai bagi pesakit yang mengalami masalah kebocoran lemak di tengah mata atau pendarahan. Ia juga boleh mencegah kerosakan berterusan dan pesakit biasanya dibenarkan balik ke rumah pada hari sama.

“Penyakit retina hanya boleh dikesan pakar mata dan kini terdapat teknik mudah untuk mengesan retinopati diabetis melalui kamera khas. Sehingga kini Kementerian Kesihatan menyediakan 23 kamera yang ditempatkan di hospital utama dan klinik di seluruh negara.

“Sebaik disahkan menghidap kencing manis, pesakit perlu minta doktor menyediakan surat rujukan untuk mereka mendapatkan perkhidmatan pengambilan gambar retina. Perkhidmatan ini ada di semua hospital besar,” katanya.

Gunakan peluang ini untuk menambah pengetahuan mengenai penjagaan mata, khususnya di kalangan pesakit kencing manis.

Perangsang kebutaan

MENURUT Dr Muhaya, beberapa faktor boleh mempercepatkan proses kebutaan iaitu apabila pesakit turut mengalami masalah:

- Paras gula dalam darah tidak terkawal (paras gula perlu dikekalkan ialah 6 mmol/liter ketika puasa dan tidak melebihi 7.5 mmol/liter selepas makan).

- Tekanan darah tinggi (melebihi 130/80 mmHg).

- Paras kolesterol tinggi (melebihi 5.2 mmol/liter).

- Merokok.

- Mengandung.

Bagi kes wanita yang ada kencing manis dan mengandung, risiko mereka lebih tinggi.

Mereka disaran menjalani pemeriksaan mata sejak awal sebaik disahkan mengandung dan setiap kali pemeriksaan kehamilan.

“Wanita yang hanya mendapat kencing manis ketika mengandung juga perlu menjalani pemeriksaan mata secara berterusan sepanjang kehamilan. Ketika mengandung, paras hormon akan berubah.

“Perubahan paras hormon ini menyebabkan masalah retina berlaku lebih cepat. Mereka juga perlu terus diperiksa dan mengawal paras gula dalam darah sehingga enam bulan selepas bersalin,” katanya.

Penjagaan untuk lelaki sebenarnya lebih mudah kerana mereka tidak mengandung. Yang penting, pesakit kencing manis yang merokok mesti berhenti merokok secepat mungkin.

Pesakit kencing manis juga berdepan masalah lain iaitu katarak dan glaukoma. Mereka juga biasanya lebih cepat mengalami katarak berbanding individu sihat.

Pun begitu, bukan semua pesakit kencing manis akan menghadapi penyakit retina kerana ia boleh dielakkan dengan menjaga pemakanan dan mengawal paras gula dalam darah sepanjang masa.


Edirossa
Ewan_sn
Ubat Pelupa - Pentingnya Bersenam

Kesan positif bersenam

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:
> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.


................................................................................
..................................................

Ubat Pelupa

Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.


Edirossa
Ewan_sn
Bagaimana Terjadinya Sindrom Down

KEISTIMEWAAN anak Sindrom Down tidak boleh dinafikan kerana mereka sentiasa mendapat perhatian, terutama saintis dunia yang tidak jemu mencari rawatan terbaru untuk meningkatkan keupayaan serta memberi ciri tersendiri kepada setiap individu.

Sindrom Down berlaku akibat kecacatan genetik yang tidak dapat dikawal atau dielakkan dan bagaimana pesakit boleh mempunyai tiga kromosom pada pasangan kromosom ke-21 masih tidak difahami dengan jelas.

Manusia normal mempunyai 23 pasang kromosom (bahan baka yang mengandungi maklumat mengenai seseorang). Satu daripada setiap pasang kromosom diwarisi daripada ibu dan separuh lagi daripada ayah.

Namun bagi pesakit Sindrom Down, kromosom ke-21 mereka ada tiga. Ini bermakna mereka mempunyai 47 kromosom berbanding hanya 46 kromosom pada orang normal. Kromosom ketiga pada kromosom ke-21 menyebabkan pelbagai masalah dan menimbulkan ciri-ciri khas Sindrom Down.

Insiden Sindrom Down di negara kita tinggi, iaitu satu kes bagi setiap 660 kelahiran. Risiko mendapat anak Sindrom Down dikaitkan dengan usia ibu ketika mengandung, terutama jika mengandung pada umur melebihi 35.

Kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down ialah satu kes bagi setiap 350 kelahiran (jika umur ibu dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun) dan satu kes bagi 25 kelahiran jika usia ibu melebihi 45 tahun.

Peningkatan umur menyebabkan wanita menghasilkan telur yang ‘berumur’ juga. Ini menyebabkan kromosom kehilangan keupayaan membahagi dengan baik dan akibatnya anak mungkin mengalami kecacatan genetik.

Namun, ia bukan penyakit keturunan dan tiada apa perlu dimalukan jika mendapat anak Sindrom Down kerana semuanya anugerah Allah. Malah, ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan sebaik mungkin bagi membolehkan mereka berdikari.

Secara umumnya semua individu Sindrom Down di seluruh dunia mempunyai ciri dan iras wajah sama. Mereka juga menghadapi pelbagai masalah perkembangan otak dan fizikal yang lebih lambat berbanding kanak-kanak lain.

Individu Sindrom Down juga kerap berdepan kerosakan organ utama seperti kecacatan jantung kongenital (sejak dilahirkan), telinga dan daya ketahanan badan yang lemah.

Malah, semua individu Sindrom Down mengalami kecacatan otak pada tahap berbeza-beza. Ada kecacatan yang terlalu kecil, tetapi tidak kurang juga yang alami kecacatan otak serius. Ini sebabnya kebanyakan individu Sindrom Down mengalami masalah pembelajaran.

Atas dasar ini ramai saintis mencipta pelbagai kaedah rawatan untuk mengatasi masalah kesihatan selain ‘memberikan’ wajah sebenar kepada setiap individu Sindrom Down melalui pemindahan sel induk (sel stem).

Menurut Pengarah Sel Stem dari Organisasi Penyelidikan Bio-Selular di Newark, Amerika Syarikat, Dr Michael Molnar, bayi mempunyai neuron atau sel saraf otak sama seperti orang dewasa tetapi saiznya lebih kecil.

Lebih banyak sel saraf ini berhubungan antara satu sama lain, kanak-kanak berkenaan akan menjadi lebih bijak dan mampu belajar pelbagai perkara dengan cepat. Namun di kalangan individu Sindrom Down, perhubungan antara sel saraf ini lambat atau sukar berlaku disebabkan kecacatan otak yang dialami.

Katanya, rawatan pemindahan sel stem kultur mampu mengembalikan pendengaran individu Sindrom Down, memperbaiki ‘perhubungan’ antara sel saraf otak, meningkatkan daya ketahanan badan serta fungsi organ mereka.

“Rawatan pemindahan sel stem kultur ini diberikan melalui suntikan pada punggung. Kesannya lebih baik jika rawatan dilakukan awal iaitu pada usia enam bulan hinggalah sebelum mencecah empat tahun.

“Ini kerana pada usia empat tahun, otak kanak-kanak berkembang sepenuhnya. Jadi kesan rawatan mungkin tidak ketara. Pada masa sama, individu Sindrom Down perlu diberikan rawatan lain seperti latihan fisioterapi bagi merangsang fungsi motor (pergerakan) mereka,” katanya ketika memberikan penerangan mengenai rawatan terbaru itu anjuran Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM).

Setiap pesakit memerlukan rawatan sel stem khusus untuk mereka kerana masing-masing mengalami masalah kecacatan otak berbeza. Kejayaan rawatan juga semakin tinggi jika ia dimulakan pada usia muda kerana sel induk berkenaan mampu merangsang perubahan pada peringkat genetik seperti diharapkan.

Berdasarkan rawatan yang dilakukan kepada lebih 500 individu Sindrom Down, didapati 60 peratus daripada mereka menunjukkan peningkatan kecerdasan otak, perkembangan tengkorak kepala seperti kanak-kanak normal (30 hingga 40 peratus), penurunan masalah saluran pernafasan dan pendengaran (70 peratus) dan perubahan pada wajah sebanyak 30 peratus.

Pun begitu Presiden PSDM, Prof Madya Dr Sharifah Zainiyah Syed Yahya, berkata persatuan tidak menyokong atau menghalang jika ada ibu bapa ingin mencuba rawatan berkenaan untuk anak mereka kerana kosnya mahal. Ia terpulang kepada kemampuan ibu bapa.

Namun yang pasti, penemuan ini memberi harapan baru kepada individu Sindrom Down untuk menjadi lebih normal seperti orang lain. Kata Dr Sharifah, yang penting ialah anak Sindrom Down perlu diberikan pendidikan terbaik untuk masa depan mereka.


Edirossa
Ewan_sn
Tip henti rokok...

Perokok perlu melakukannya segera tanpa menoleh ke belakang lagi
BAGAIMANA hendak berhenti merokok? Inilah persoalan yang terpaksa dihadapi dan difikirkan perokok tegar yang sudah ketagih dengan nikotin apabila memasang niat hendak berhenti merokok.

Berdasarkan siri kajian ‘National Health and Morbidity Survey I & II’ yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada 1986 dan 1996, jumlah perokok di negara ini meningkat setiap hari.

Setakat ini, lebih 50 peratus daripada semua penduduk lelaki dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini adalah perokok. Ia semakin bertambah walaupun harga rokok kini sudah meningkat ke RM6.50 dan apa yang pasti, lelaki begitu sinonim dengan rokok.

Memang sukar bagi perokok tegar untuk berhenti merokok. Selain ketagih, mereka juga terpaksa berhadapan dengan pengaruh rakan yang merokok dan sering mempersendakan hasrat mereka. Hasilnya, mereka tidak mampu bertahan lama dan kembali menghisap dan membeli rokok.

Mengapa perlu berhenti merokok? Pada mulanya adalah kerana kesihatan berikutan ia dapat mengurangkan risiko dijangkiti kanser. Di samping itu, nafas anda tidak lagi berbau dan apa yang paling penting, wang tidak lagi dibazirkan.


Bagi anda yang sukar untuk menghentikan tabiat itu, berikut adalah beberapa langkah yang dirasakan berkesan terutama pada Ramadan ini :

- Tetapkan bila

Sebaik membuat keputusan, anda perlu menetapkan segera bila masanya anda mahu berhenti merokok. Jika gagal berbuat demikian, ia akan menggalakkan anda melambat-lambatkannya. Berhenti secara terus adalah digalakkan kerana jika anda hanya mengurangkan merokok, peluang anda untuk kembali merokok seperti sebelumnya agak cerah.

- Tandatangani ‘Kontrak Berhenti Merokok’

Mungkin agak keterlaluan tetapi perlu dilakukan jika anda betul-betul serius. Buat dan tandatangan ‘Kontrak Berhenti Merokok’ bersama ahli keluarga atau rakan rapat dan pastikan semua kenalan anda tahu hasrat anda itu. Jika boleh, letakkan tanda Dilarang Merokok dalam rumah, pejabat dan kereta anda. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berjaga-jaga.

- Buang segala berkaitan dengan rokok

Menyimpan barang berkaitan dengan rokok yang besar kemungkinan boleh membuatkan anda kembali merokok. Jadi buang segala-galanya seperti rokok, bekas habuk rokok dan pemetik api. Mungkin anda perlu mengecat semula rumah untuk menghilangkan bau rokok dan mendapat persekitaran baru. Ia mampu membuatkan anda lupa terus kepada rokok.

- Ganti ketagihan

Merokok adalah satu ketagihan. Namun anda boleh hilangkan ketagihan itu dengan mengunyah gula-gula getah atau gula-gula dan makan sayur-sayuran. Jika masih terasa hendak merokok, minumlah banyak air atau tarik nafas untuk kelegaan.

- Tukar rutin harian

Mengambil keputusan untuk berhenti merokok menandakan akan bermula satu era baru dalam kehidupan anda, jadi rutin harian anda juga perlu ditukar. Sekiranya anda sering menghisap rokok selepas makan atau ketika buang air besar, jangan amalkannya lagi. Cuba tukarkannya dengan membaca surat khabar, majalah atau novel.

- Jauhi perokok

Ini bukanlah bermaksud anda perlu meninggalkan terus rakan anda yang merokok, tetapi cuma jauhi tempat dibenarkan merokok yang sering dikunjungi bersama sebelum ini seperti restoran dan kelab. Paling baik jika berkunjung ke restoran, duduk di kawasan yang dilarang merokok


Edirossa
Ewan_sn
Masalah Mata Juling



Bola mata tak selari

Kejulingan berlaku apabila posisi atau kedudukan bola mata tidak selari atau sejajar. Anak mata individu yang juling terletak pada kedudukan tidak sama apabila melihat sesuatu objek.

Ada yang mengalami juling ke arah luar dan ada ke dalam. Walaupun biasanya kejulingan membabitkan kedua-dua belah mata, ia juga boleh berlaku pada sebelah mata saja pada satu masa dan secara berganti-ganti iaitu sekejap pada mata kiri dan ada kalanya beralih ke mata kanan.

Walaupun ia dianggap satu daripada masalah mata, ramai ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada perkara ini, terutama jika kejulingan dialami anak mereka adalah ‘sedikit’ atau dipanggil juling air bagi sesetengah orang.

Jika anda turut beranggapan sedemikian, timbangkan semula pendapat ini kerana kejulingan boleh menimbulkan banyak masalah di kemudian hari terhadap anak, sama ada lelaki atau perempuan.

Menurut Perunding Kanan Oftalmologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Muhaya Mohamad, masalah kejulingan bukan saja boleh mengganggu keupayaan untuk melihat, tetapi turut menjejaskan rupa paras yang secara tidak langsung mempengaruhi keyakinan diri seseorang.

Katanya, individu yang memiliki mata juling biasanya berasa rendah diri, kurang yakin dan malu untuk berdepan masyarakat. Semua faktor ini menjejaskan peluang mereka untuk bersaing dengan orang lain bagi memajukan diri.

Inilah keadaan yang dilalui seorang pesakitnya yang berumur 20-an. Masalah juling menyebabkan dia berasa rendah diri dan tidak yakin apabila berdepan kawan.

Setiap kali bertemu atau berbincang, pesakitnya cuba mengelak bertentang mata dengan kawannya. Dia malu dengan keadaan matanya yang kurang sempurna.

Menurut Dr Muhaya, masalah itu berpunca daripada sikap ibu bapa pelajar berkenaan yang tidak membenarkannya menjalani pembedahan kerana menganggap juling adalah anugerah Tuhan dan ia tidak boleh diubah.

Namun selepas menjalani pembedahan, kehidupan pelajar itu banyak berubah. Dia lebih yakin untuk berdepan kawannya dan mula bergaul dengan orang ramai.



Punca

Dr Muhaya berkata, ada dua punca utama menyebabkan juling, iaitu:


Faktor semula jadi — yang dialami sejak lahir.


Berlaku kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan mata atau diakibatkan penyakit otot yang juga bertugas mengawal pergerakan mata.

Masalah kerosakan saraf yang menyebabkan kejulingan biasanya berlaku pada orang dewasa yang menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi. Pesakit akan mengalami diplopia, iaitu mata mereka nampak dua imej, sedangkan hanya ada satu objek di depan mereka.



Jenis

Kejulingan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, sama ada mata mengarah ke dalam (esotropia) atau ke luar (ekstropia).

Dalam kebanyakan kes, satu mata bayi mengalami kejulingan sedikit, terutama ketika tempoh neonatal (bulan pertama selepas dilahirkan) dan bola mata menjadi selari dalam tempoh tiga bulan.

Sebenarnya ini masalah biasa di kalangan bayi kerana tulang hidung mereka belum terbentuk sepenuhnya. Perkara ini beransur hilang apabila bayi membesar dan mata mereka akan kelihatan normal. Jika bayi benar-benar mengalami juling esotropia kongenital (sejak dilahirkan) masalah ini dapat dilihat apabila mereka berumur antara dua hingga empat bulan.

Juling ekstropia pula boleh berlaku apabila merenung objek yang dekat mahupun jauh. Kebanyakan kes juling ekstropia berlaku sekali sekala.

Bagi individu yang mengalami juling kedua-dua belah mata, tiga perkara boleh berlaku iaitu:


Objek yang dilihat mempunyai imej berganda (kelihatan dua imej atau diplopia).


Pada kanak-kanak, mata yang juling akan mengalami ambliopia atau mata malas kerana perkembangan saraf mata terencat.


Otak akan membuat penyesuaian dengan setiap mata supaya individu berkenaan boleh melihat dengan terang, walaupun bola mata tidak selari.



Adakah juling mengganggu penglihatan?

Ya. Juling boleh menyebabkan tahap penglihatan menurun. Jika juling itu hanya berlaku pada sebelah mata, masalah ambliopia atau ‘mata malas’ boleh berlaku.

Ambliopia boleh terjadi apabila kanak-kanak mengalami kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umur mereka seperti mata juling, berselaput, rabun jauh atau rabun dekat yang teruk dan kabur. Pandangan kurang jelas akibat ambliopia tidak boleh dibetulkan dengan pemakaian kaca mata atau kanta sentuh.

Dr Muhaya berkata, ketika perkembangan saraf mata, imej jelas perlu terbentuk di bahagian retina. Ini penting untuk membolehkan perkembangan saraf yang baik dan memberi potensi kepada kedua-dua mata dan otak memproses imej dengan betul.



Apa perlu dilakukan jika anak mengalami kejulingan?

Ibu bapa yang mendapati mata anak mereka juling sejak lahir perlu memerhatikan keadaan juling itu sehingga anak berumur enam bulan. Biasanya masalah juling pada bayi hilang apabila mereka membesar.

“Jika masalah juling berlarutan, kanak-kanak itu perlu dibawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan sebelum diberi rawatan. Selalunya masalah juling sejak kecil yang tidak dirawat boleh membahayakan kanak-kanak kerana mata juling menghalang kanak-kanak melihat objek dengan jelas.

“Pada keadaan biasa, apabila mata melihat sesuatu objek, bola mata akan bergerak ke satu arah sama. Namun bagi seseorang yang juling, jika dia melihat sebelah kiri, hanya sebelah mata bergerak ke arah itu, sedangkan sebelah lagi melihat ke arah lain.

“Fenomena ini menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata akan difokus ke bahagian yang tidak sama pada retina. Lama kelamaan mata yang tidak mendapat imej tepat akan menjadi malas (ambliopia) yang mengurangkan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas,” katanya.



Adakah juling berbahaya?


Dr Muhaya berkata, kanak-kanak yang mengalami masalah juling perlu mendapat pemeriksaan kerana masalah ini mungkin disebabkan penyakit mata seperti barah retina.

Pernah terjadi seorang kanak-kanak mengalami masalah kejulingan tetapi ibu bapanya tidak membawanya menjalani pemeriksaan. Selepas setahun, barah pada retina kanak-kanak itu menjadi bertambah besar hingga menyebabkan matanya menjadi buta dan mengancam nyawanya.



Apa harus dilakukan?

Jika perkara ini berlaku, pesakit perlu segera berjumpa doktor kerana mungkin berlaku kerosakan pada saraf pada otak yang mengawal pergerakan bola mata.

Bahkan seseorang individu itu juga boleh mengalami kejulingan jika mengalami penyakit seperti jangkitan kuman atau barah di otak. Ia juga boleh disebabkan kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal, iaitu apabila timbulnya gangguan kepada salur darah yang memberi oksigen kepada saraf yang mengawal otot mata.



Bolehkah barah otak menyebabkan juling?

Berdasarkan pengalamannya dua tahun lalu, Dr Muhaya berkata ia boleh berlaku. Seorang mahasiswa institut pengajian tinggi mengalami kejulingan secara tiba-tiba dan masalah ini disertai dengan diplopia (satu objek kelihatan dua).

Apabila pemeriksaan dibuat, mahasiswa itu didapati menghidap barah otak yang serius. Dua bulan sebelum itu beliau sering menghidap sakit kepala, tetapi membeli ubat sendiri di kedai dan tidak menjalani pemeriksaan secara menyeluruh.



Adakah juling sejak lahir boleh dirawat?

Boleh, tetapi bergantung kepada punca kejulingan. Ada yang dapat dirawat dengan cermin mata dan ada yang memerlukan pembedahan. Pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata boleh dilakukan dan ia membabitkan otot yang mengawal pergerakan mata.



Adakah pembedahan untuk membetulkan kejulingan mata dibenarkan dalam Islam?

Ya, kerana juling adalah penyakit yang harus dirawat. Dalam hal ini, jika kecacatan (juling) seseorang menimbulkan rasa rendah diri, ada keharusan untuk melakukan pembedahan dengan tujuan membetulkan kedudukan matanya.

Malah, Dr Muhaya menasihatkan individu yang mempunyai mata juling segera menjalani rawatan atau pembedahan demi masa depan mereka. Apatah lagi ia pembedahan mudah dan selamat.



Apa yang akan doktor lakukan ketika pemeriksaan?

Ketika pemeriksaan, doktor akan mencari punca kejulingan dengan mengambil riwayat penyakit dan pemeriksaan tubuh secara keseluruhan. Jika ada tanda penyakit di dalam otak (seperti muntah dan pening kepala yang kuat) ujian imbasan CT dilakukan. Ini akan dapat mengesan barah otak.



Rawatan


Bagi juling yang tidak disebabkan masalah lain yang serius, ada beberapa kaedah rawatan. Ada masalah juling yang dapat dirawat dengan hanya memakai cermin mata khas. Bagi kanak-kanak pula, ambliopia dapat diatasi jika rawatan pertama bermula sebelum mereka berumur sembilan tahun.


Mungkin anda pernah melihat orang menutup mata yang normal bagi menggalakkan kanak-kanak membaca dengan mata yang kurang jelas penglihatannya. Adakah ini tindakan yang baik?

Sebenarnya, kata Dr Muhaya, ini kaedah rawatan untuk ambliopia. Pesakit akan diberi rawatan dengan menggalakkan penggunaan mata yang mengalami ambliopia dan menutup mata yang normal.

Kaedah itu akan memaksa kanak-kanak menggunakan mata yang mengalami ambliopia untuk membuat ‘kerja rumit’. Bagaimanapun, kaedah itu hanya berkesan sebelum kanak-kanak berkenaan berumur sembilan tahun kerana selepas umur itu perkembangan mata kanak-kanak sudah sempurna dan sukar diubah.

Rawatan ini boleh dilakukan sendiri di rumah sebanyak tiga hingga empat kali selama dua hingga tiga jam sehari. Doktor mata akan mengajar ibu bapa untuk melatih anak masing-masing bagi mengatasi masalah mata malas.

“Pembedahan atau memakai kaca mata juga mampu memulihkan juling. Namun ia bergantung kepada tahap masalah setiap individu dan pembedahan hanya dilakukan untuk mengembalikan kesejajaran mata.

“Pembedahan ini mudah, tidak berbahaya, berkesan dan dapat mengembalikan rupa paras normal seseorang. Jadi tidak perlu risau untuk mendapatkan rawatan jika anda mengalami masalah juling,” katanya.


Edirossa
Ewan_sn
Kencing kotor tanda sakit buah pinggang



JIKA anda berada dalam kelompok ini - lelaki dan mengalami kencing berdarah - lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang.

Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.

Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

“Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh perjalanan panjang untuk sampai di situ.

“Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.

“Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain,” katanya.

Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.

Dr Thiruventhiran berkata, dianggarkan kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara kini bergantung hidup kepada dialisis darah manakala 2,400 kes baru dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang dijangka berjumlah 20,000 orang.

“Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.

“Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan pesakit kembali normal.

“Di sinilah pentingnya tahap kesedaran dalam diri seseorang. Jangan biarkan keadaan menjadi melarat, baru hendak pergi berjumpa doktor. Kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini juga harus diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat,” katanya.

Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.

Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang, membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan tekanan darah.

Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem badan.

Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).

Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya disedari selepas beberapa lama.

Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan dengan kesukaran.

“Penyakit ini perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan saja menyebabkan pesakit menghadapi kesakitan, bebanan emosi malah terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk merawatnya.

“Dalam sesetengah situasi, bukan semua orang mampu mengeluarkan kos rawatan susulan atau menjalani dialisis. Oleh itu, langkah pengawalan awal harus diwar-warkan kepada semua bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.

Dianggarkan kos rawatan untuk sekali dialisis berharga RM120 hingga RM140 di hospital kerajaan, manakala di pusat perubatan swasta pula antara RM160 hingga RM170 dan secara keseluruhan, perbelanjaan rawatan penyakit ini di seluruh dunia membabitkan RM300 juta setahun.

Selain dialisis darah atau hemodialisi, terdapat kaedah dinamakan Peritoneal dialisis iaitu cecair dialysate yang bertindak memerangkap bahan buangan daripada darah diletakkan di dalam perut. Selepas beberapa jam, ia dikeluarkan dan pesakit boleh melakukan kaedah ini sendiri di rumah.
Ewan_sn
Kencing kotor tanda sakit buah pinggang



JIKA anda berada dalam kelompok ini - lelaki dan mengalami kencing berdarah - lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang.

Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.

Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.

“Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh perjalanan panjang untuk sampai di situ.

“Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.

“Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain,” katanya.

Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.

Dr Thiruventhiran berkata, dianggarkan kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara kini bergantung hidup kepada dialisis darah manakala 2,400 kes baru dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang dijangka berjumlah 20,000 orang.

“Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.

“Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan pesakit kembali normal.

“Di sinilah pentingnya tahap kesedaran dalam diri seseorang. Jangan biarkan keadaan menjadi melarat, baru hendak pergi berjumpa doktor. Kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini juga harus diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat,” katanya.

Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.

Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang, membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan tekanan darah.

Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem badan.

Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).

Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya disedari selepas beberapa lama.

Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan dengan kesukaran.

“Penyakit ini perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan saja menyebabkan pesakit menghadapi kesakitan, bebanan emosi malah terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk merawatnya.

“Dalam sesetengah situasi, bukan semua orang mampu mengeluarkan kos rawatan susulan atau menjalani dialisis. Oleh itu, langkah pengawalan awal harus diwar-warkan kepada semua bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.

Dianggarkan kos rawatan untuk sekali dialisis berharga RM120 hingga RM140 di hospital kerajaan, manakala di pusat perubatan swasta pula antara RM160 hingga RM170 dan secara keseluruhan, perbelanjaan rawatan penyakit ini di seluruh dunia membabitkan RM300 juta setahun.

Selain dialisis darah atau hemodialisi, terdapat kaedah dinamakan Peritoneal dialisis iaitu cecair dialysate yang bertindak memerangkap bahan buangan daripada darah diletakkan di dalam perut. Selepas beberapa jam, ia dikeluarkan dan pesakit boleh melakukan kaedah ini sendiri di rumah.


Edirossa
Ewan_sn
Lelaki lebih mudah hidap batu karang


KATA seorang pesakit wanita yang ditemui, rasa sakit menghidap batu karang melebihi kesakitan ketika melahirkan anak!

Sakitnya berpanjangan dan menjadi bertambah sakit setiap kali pesakit membuang air kecil. Rasa sakit itu pula bergantung kepada saiz batu karang. Jika saiznya melebihi saiz salur kencing yang biasanya antara tiga dan lima milimeter, sakitnya begitu azab. Bagaimanapun, jika saiznya kecil, ia boleh hilang apabila pesakit minum banyak air.

Pakar Urologi, Dr Abdul Rashid Subahan, berkata warga Malaysia lebih kerap berhadapan dengan masalah batu karang kerana keadaan cuaca negara ini yang panas.

“Ia adalah sesuatu yang normal. Bagaimanapun, lelaki lebih kerap berhadapan dengan masalah itu berbanding wanita kerana saiz salur kencing lelaki lebih panjang,” katanya.

Beliau berkata, batu karang terbahagi kepada lapan jenis yang mana setiap satu terbentuk disebabkan faktor yang berbeza.

Biarpun begitu, katanya semuanya mempunyai simptom yang sama.

“Anda perlu tahu, apabila simptom muncul, biasanya batu karang sudah besar saiznya dan berpotensi untuk menyekat saluran kencing,” katanya.

Berikut adalah antara simptom batu karang:

a) Berasa sangat sakit pada bahagian belakang atau pinggang hingga ke bahagian depan perut. Rasa sakit ini berpanjangan dan seakan tidak hilang.
cool.gif Darah dalam air kencing
c) Demam dan rasa seram sejuk
d) Air kencing yang berbau busuk dan warnanya gelap
e) Rasa terbakar “burning sensation” setiap kali membuang air kecil

Masalah batu karang bukan masalah keturunan tetapi jika seseorang itu mempunyai ibu bapa yang berhadapan dengan masalah ini, dia berisiko untuk turut mengalaminya.

Malah, batu karang juga boleh terjadi pada bayi yang baru lahir. Bagi bayi, masalah batu karang yang dihidapinya dipengaruhi faktor genetik selain dia mungkin menghidap penyakit yang menyebabkan kandungan uric asid dan kalsium tinggi dalam air kencing.

FAKTA

Risiko untuk berhadapan dengan batu karang memang sangat besar kepada pesakit gout. Kajian menunjukkan sakit gout disebabkan kandungan asid uric yang tinggi. Asid uric boleh didapati dalam makanan seperti makanan laut, organ dalaman, daging merah, kacang, kobis dan bayam.

Ada pelbagai jenis batu karang tetapi yang biasa ditemui adalah sebanyak empat jenis, iaitu batu kalsium (calcium stone), batu asid uric (uric acid stone), batu cystine (cystine stone) dan batu struvite (struvite stone).

Rawatan

Masalah batu karang boleh menyebabkan buah pinggang rosak jika batu terlalu besar dan boleh menyumbat saluran kencing. Justeru, rawatan segera perlu dilakukan.

Jika ia tidak begitu serius, biasanya ditangani dengan cara konvensional. Setiap orang disarankan minum lebih banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Batu yang bersaiz kecil biasanya berupaya untuk keluar dari saluran kencing apabila ‘ditolak’ air. Tetapi batu karang bersaiz besar dan tersangkut dalam buah pinggang akan membuatkan buah pinggang membengkak.

Rawatan biasanya bergantung pada saiz batu karang yang terbentuk. Jika ia kurang dari dua sentimeter, pesakit akan dirawat dengan kaedah ESWL (Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy). Ia kaedah memecahkan batu kepada saiz yang lebih kecil dan mudah keluar menerusi air kencing.

Bagaimanapun, jika saiz batu karang lebih daripada dua sentimeter, pesakit akan menerima rawatan yang dikenali sebagai “stack horn”. Menerusi rawatan ini, kamera kecil akan dimasukkan ke dalam buah pinggang untuk memecah batu karang dan menyedutnya keluar.


Edirossa
Ewan_sn
Tentang ASMA
Article disumbang oleh Nurr

Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.

Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan di susuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.

Kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

Adakah keadaan ini serius?

Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.

Tanda-tanda

Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
Rasa lemas.
Bunyi nafas yang berdehit.
Batuk yang berterusan.
Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.
Apakah tindakan pertama?

Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami serangan asma.
Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.
Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut.
Semasa menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja anak mengalami serangan asma.

Apakah tindakan doktor?

Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus kedaalm bronkus. Serangan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan hospital dan dos yang lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.
Jika terdapat tanda-tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan.
Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang. Doktor mungkin menentukan alergennya, sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah. Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik sahaja serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak anda mengalami serangan yang teruk atau sekiranya serangan tidak reda walaupun anak anda diberi dua dos bronkodilator.
Doktor mungkin akan mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid yang rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos yang lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukannya sendiri. Catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih vakum untuk memvakum habuk di rumah.
Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan, minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini akan berlaku.
Rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan.
Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya.
Senaman ringan dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik.
Anak disyorkan memakai lencana "Medic Alert".
Ewan_sn
ANEMIA
Article disumbangkan oleh Nurr

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, sama ada disebabkan kekurangan dalam bilangan sel darah merah atau hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen. Ferum menyebabkan sel darah merah berwarna merah. Kekurangan ini boleh disebabkan pengeluaran sel merah yang tidak mencukupi oleh sum-sum tulang, kekurangan ferum dan bahan membetuk darah yang lain melalui penyakit seperti leukemia dan talasemia, kehilangan darah yang berlebihan atau jangkitan.

Tanda-tanda
Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.
Lesu, tidak bermaya dan lemah.
Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
Pening.
Kadar nadi meningkat.

Apakah tindakan pertama?

Jika anak kelihatan lesu, pucat dan tidak berselera makan, periksa warna mata, mulut, jari dan lidahnya.
Perhatikan sama ada anak anda kurang aktif berbanding kawan-kawannya.
Perlukah saya berjumpa doktor?

Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengesyaki anak menghidap penyakit anemia. Keadaan anak perlu disiasat dan pemeriksaan yang lengkap perlu dilakukan. Jangan sesekali cuba merawat sendiri penyakit anak.

Apakah tindakan doktor?

Doktor akan mengambil sampel darah dan menghantarnya ke makmal untuk dianalisis. Jika diagnosis sudah dipastikan, anak anda mungkin perlu dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut dan ditentukan punca anemia. Jika keadaannya teruk, pemindahan darah mungkin diperlukan.

Jika anemia disebabkan kekurangan ferum, doktor mungkin akan memberikan preskripsi ferum dan mengesyorkan pemakanan yang mempunyai kandungan ferum yang tinggi. Tambahan, punca kekurangan ferum ini harus disiasat oleh pakar pediatrik. Anak anda mungkin perlu dibawa ke klinik untuk menjalani ujian.

Bagaimana saya boleh membantu?

Pastikan anak anda mendapat makanan yang seimbang seperti yang ditetapkan oleh doktor atau pakar pemakanan. Makanan yang kaya dengan ferum termasuk hati, kuning telur, sayur berdaun hijau gelap dan kekacang. Oleh sebab Vitamin C membantu dalam penyerapan ferum, beri anak minuman jus oren bersama-sama makanannya
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.