Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Info dan Tips Berguna Utk Pengguna Kereta
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
Pages: 1, 2, 3
adlertag
Ada sape leh solve masalah aku ni tak? Enjin makan silinder. Dah overhaul tapi masih makan silinder. Adakah puncanya dari pomen aku yg buat kesilapan berikut?:

1. Pasang piston ring terbalik?
2. Oilsil pecah masa di pasang?
3. AC pump rosak?
4. Lain2 masalah?
Ewan_sn
QUOTE(adlertag @ Sep 21 2005, 11:03 AM)
Ada sape leh solve masalah aku ni tak? Enjin makan silinder. Dah overhaul tapi masih makan silinder. Adakah puncanya dari pomen aku yg buat kesilapan berikut?:

1. Pasang piston ring terbalik?
2. Oilsil pecah masa di pasang?
3. AC pump rosak?
4. Lain2 masalah?

sorilah..no idea.. unsure.gif
Ewan_sn
Bahagian penting kereta perlu dijaga

SETIAP orang menyayangi harta miliknya apa lagi membabitkan harga yang mahal. Kereta yang baru dibeli, misalnya sudah pasti dijaga rapi agar tidak calar, berkarat apa lagi rosak pada bahagian enjin.

Penjagaan kereta sangat perlu kerana ia adalah aset dan keperluan yang semakin penting untuk berulang alik ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau ke klinik selain untuk balik kampung dan bersiar-siar bersama-sama teman dan seisi keluarga.

Di samping memastikan perjalanan anda tidak tergendala, kereta yang sentiasa berkeadaan baik mempunyai pasaran yang baik jika mahu dijual semula.

Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km.
Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 5,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:– Enjin ‘tune up' bagi setiap 10,000 km
– Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
– Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
– Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
– Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
– Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
– Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.
Ewan_sn
Pastikan enjin panas sebelum mulakan perjalanan


AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.



Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.

Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.

Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.

Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.

Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.
Ewan_sn
Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlakunya kemalangan?


1) Mula-mula sekali, jangan panik.
Cuba ingati diri anda dan jika anda seorang Ijip, cuba ingati apa makanan kegemaran anda. Setelah itu cuba perhatikan nombor pendaftaran kereta di hadapan anda dan cuba ingatinya. Periksa juga mereka yang berada di dalam kenderaan anda sekiranya ada yang tercedera. Selepas itu cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta di belakang anda pula sekiranya ada dan anda telah dilanggar.

Sekiranya anda seorang wanita dan kejadian itu berlaku di waktu malam, maka anda dinasihatkan memandu (sekiranya kereta boleh dipandu) ke balai polis yang berhampiran. Laporan polis boleh dilakukan di mana-mana balai polis di dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika tidak, duduk sahaja di dalam kereta dan buatlah panggilan kepada kenalan anda ataupun bantuan penunda kenderaan.
Jika anda yakin situasi selamat dan anda ingin menyelesaikan sebarang perkara di situ juga (selalunya jika anda yang bersalah) pandu kereta anda di tepi jalan dahulu serta jauh dari aliran trafik. Jika anda benar-benar bersalah dan kesalahan itu dilaporkan, anda akan disaman maksimum RM300 serta merta dan jika tuntutan insurans pihak ketiga dibuat maka anda akan kehilangan Bonus Tiada Tuntutan @ NCB (No Claim Bonuses).

2. Melaporkan kejadian di balai polis
Perkara pokok yang perlu anda tahu ketika memberikan laporan ialah waktu kejadian, tempat kejadian, situasi bagaimana kemalangan terjadi, nombor pendaftaran kereta di hadapan, nombor pendaftaran kereta di belakang, kecederaan pemandu/penumpang dan bahagian kereta yang rosak.
Laporan polis akan dibuat menggunakan bahasan yang standard dan anda boleh menyemaknya sebelum membuat pengesahan. Pihak polis juga akan mengambil gambar kenderaan anda serta kenderaan yang melanggar / dilanggar oleh anda. Dapatkan nombor laporan serta pegawai penyiasat kes untuk rujukan.

3. Dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas kejadian
Anda perlu menyerahkan salinan kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan serta Cover Note insuran kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) cawangan trafik di mana kemalangan itu berlaku. Jika anda melaporkan kejadian bukan di IPD kawasan kemalangan, anda perlu berhubung dengan IPD trafik kemalangan bagi mengenalpasti siapakah pegawai penyiasat kes anda.
Ada perlu mendapatkan perkara berikut sebelum berhubung dengan pihak insuran:
a. Salinan laporan anda yang disahkan
b. Salinan laporan pihak ketiga yang disahkan
c. Rajah tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
d. Kunci penanda tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
e. Laporan kes yang disahkan oleh pegawai penyiasat
f. Gambar kenderaan anda yang disahkan

Proses memdapatkan segala dokumen di atas agak merumitkan sekiranya kemalangan berlaku di luar kawasan ie: Hulu Tembeling. Adalah disarankan anda sentiasa menghubungi pegawai penyiasat bagi mengetahui situasi dokumen yang diperlukan tetapi jangan sampai mendesak dan memberitahu apa yang perlu mereka lakukan. Di sini pentingnya diplomasi dan yang penting, anda berjaya mendapatkan apa yang anda perlukan *gelak penoh makna*

4. Prosedur membuat tuntutan
Setelah memperoleh segala dokumen yang diperlukan, anda boleh membawa kenderaan anda di mana-mana bengkel yang boleh membuat tuntutan insuran dan mempunyai kelengkapan membaiki, mengimpal dan mengecat di satu tempat. Jika anda membuat tuntutan atas insuran anda sendiri, maka anda mempunyai tempoh selama 2 tahun untuk berbuat demikian dan 5 tahun sekiranya membabitkan pihak ketiga.

Pihak bengkel akan membuat tuntutan kepada pihak anda dan pihak insuran anda pula akan membuat tuntutan kepada pihak insuran ketiga. Pastikan tidak ada barangan berharga (duit syiling, kad Touch & Go, CD etc) ditinggalkan di dalam kereta anda. Juga jangan sekali-kali tinggalkan Central Lock anda bersama kunci. Tinggalkan hanya kunci kenderaan dalam bentuk manual. Pastikan juga anda bertanya apakah barangan yang perlu diganti dan tandatangani borang perakuan sebelum anda meninggalkan kereta.

Seperti juga dengan pihak polis, anda juga memerlukan diplomasi & hubungan baik dengan pihak bengkel bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Hubungi mereka selalu (tapi jangan kerap!) bagi mengetahui situasi kenderaan anda.

5. Mengambil kenderaan
Pastikan anda memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum menandatangani apa-apa dokumen pelepasan. Bertanyalah dengan mekanik sekiranya anda tidak pasti, itu hak anda. Pihak bengkel juga akan menguruskan tuntutan hilang upaya kenderaan sementara (bergantung kepada cc kenderaan anda). Pastikan anda menguji kenderaan anda terlebih dahulu sebelum membawanya pulang
Ewan_sn
Pengguna kereta perlu periksa tekanan angin tayar


SALAH satu aspek yang kurang diberi perhatian pemilik kenderaan ialah tekanan angin pada tayar. Sesetengahnya tidak peduli sama ada tayar keretanya keras atau kurang angin.



Mahu tidak mahu tekanan angin hendaklah selalu diperiksa. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar. Pengguna harus menambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi dan jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin.

Harus diingat, membeli tayar berkualiti, saiz yang tepat untuk kereta serta mendapatkannya daripada peniaga yang memiliki reputasi dianggap ciri penting untuk keselamatan, memanjangkan jangka hayat tayar serta kepuasan memandu di atas setiap jenis permukaan jalan.

Namun, semua ciri itu hanya satu permulaan saja kerana tayar tetap perlukan penjagaan yang betul dalam usaha mendapatkan pulangan setimpal dari segi prestasi serta ketahanannya.

Walaupun pengetahuan cara menjaga tayar penting bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pemandu dan penumpang, tidak ramai arif dalam bidang berkenaan.

Sebaliknya, ramai yang hanya tahu mengisi tekanan angin dan menyerahkan tanggungjawab seterusnya kepada mekanik apabila kereta sesekali dihantar ke pusat servis.

Sebenarnya, tanggungjawab pemandu serta cara pemanduan berperanan penting bagi tayar dan Goodyear yang mengambil berat keselamatan dan keselesaan pengguna mahu berkongsi pengetahuan menjaga tayar dengan menawarkan buku panduan Bagaimana Menjaga Tayar Anda.

Buku dwibahasa itu menyediakan petua serta saranan yang boleh membantu pemandu mendapatkan prestasi optimum dan jangka hayat lebih lama, di samping mendapatkan pulangan lumayan daripada pelaburan ke atas tayar.

Sementara itu tolok pengukur tekanan angin pula tidak dijual di pasaran, tetapi ia penting untuk membaca tekanan angin yang menjadi faktor utama bagi tayar. Sebanyak mega_shok.gif peratus daripada masalah tayar selesai sekiranya tekanan anginnya mencukupi dan sentiasa dijaga dengan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Antara masalah biasa mengenai tekanan angin.

Berapa tinggi tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar kereta saya?

Tekanan angin adalah perkara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan pada buku panduan pemilik kenderaan.

Pengeluar kenderaan juga mempamerkan maklumat mengenai saiz tayar dan tekanan angin pada salah satu tempat berikut iaitu di sisi pintu pemandu, di kerangka pintu atau di dalam kotak sarung tangan.

Sekiranya saiz tayar berlainan daripada yang dicadangkan, pemandu dinasihatkan mendapat maklumat daripada pengeluar kenderaan atau pembuat tayar.

Bagaimana jika tekanan angin tayar dalam kereta saya rendah?

Tekanan angin rendah adalah punca utama yang memusnahkan tayar. Tayar yang bergerak di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu dan pengurangan kemampuan membawa beban akibat lenturan dinding sisi yang berlebihan.

Ia juga akan meningkatkan penggunaan petrol. Sementara itu angin yang diisi seperti dicadangkan akan meningkatkan jangka hayat tayar sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.

? Berapa kerapkah saya perlu memeriksa tekanan angin kereta saya?

Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penglihatan mata kasar saja terutama bagi tayar lapis jejarian (radial plytyre).
zan
QUOTE(paper_less @ Jun 14 2005, 10:02 AM)
keta bini aku...satria...kipas belah mana ek...kunci on kipas hidup tu dah tak leh pusing...brape kos ...alternator biasa brape ek...normally bile dia consider rosak...

hai, biar aku tolong edi jawap.

bagi satria/wira, kipas untuk penyejukan enjin terletak di sebelah kanan (dari kedudukan pemandu).
di sebelah kiri adalah untuk penyejukan air-cond.

jika motor rosak, anggaran sekitar RM80 untuk tukar tidak termasuk kos pemasangan.

alternator selalunya mengambil masa yang lama untuk rosak. adakalanya, bukan rosak cuma carbon brush habis. ianya boleh ditukar. mungkin tidak sampai RM50.

masalah bagi alternator ialah bila terdapat short circuit pada bahagian dalamannya. itu tidak boleh repair, kena tukar.

2nd hand lbh kurang rm100-120. baru lbh kurang rm300.

reconditioned sekitar rm180-200. harga berbeza antara kedai dan kawasan.

biler alternator rosak, petanda pertama yang ia akan beri ialah lampu bateri akan menyala sentiasa. bateri tidak akan dicaj, atau dicaj dengan sedikit. akan tiba satu ketika, enjin tidak galak untuk dihidupkan kerana voltej yang tersedia agak lemah.

terus bawa kereta anda berjumpa dengan electrician. bateri juga mungkin perlu ditukar sekali.
zan
QUOTE(adlertag @ Sep 21 2005, 11:03 AM)
Ada sape leh solve masalah aku ni tak? Enjin makan silinder. Dah overhaul tapi masih makan silinder. Adakah puncanya dari pomen aku yg buat kesilapan berikut?:

1. Pasang piston ring terbalik?
2. Oilsil pecah masa di pasang?
3. AC pump rosak?
4. Lain2 masalah?

leh beri maksud sebenar enjin makan silinder? atau enjin makan minyak hitam?

jika enjin makan silinder, adakah minyak hitam selalu berkurangan akibat bocor internal/external?

jika itu berlaku, baiki segala kebocoran external dan juga internal (valve seal, piston ring) dan pastikan minyak hitam sntiasa mencukupi.

periksa keadaan permukaan silinder. jika silinder haus dari paras 7/8 ke bawah, maka besar kemungkinan anda perlu tukar cylinder liner baru. anda juga boleh re-bore tetapi ini memerulakan anda menukar saiz piston dan piston ring yang lebih besar.

piston ring mempunyai kaedah biler nak memasang. tekan antara kedua belah setiap ring dan jika kedua hujungnya menunjuk ke bawah, maka anda perlu menterbalikkan ianya ke atas. setiap piston ring direka untuk menunjuk ke atas apabila di tekan di kedua belah.

oil seal baru adalah berkeadaan lembut, justeru sukar baginya untuk pecah berbanding dgn oil seal lama yang mudah pecah kerana telah keras akibat kepanasan. ada ketikanya menggunakan oil seal yang tidak tulen juga boleh menyebabkan minyak pelincir bocor. ini disebabkan oleh ketidaktepatan pembuatan oil seal. beza 0.1mm sudah mencukupi.

jika acpump rosak, anda menghadapi masalah yang besar sebenarnya. tanpa pam minyak yang berfungsi untuk mengepam minyak ke seluruh bahagian enjin, fungsi pelinciran tidak cekap dan akan mengakibatkan kesan panas lampau (overheating) di mana akhirnya, enjin boleh jadi kejang (jammed atau seized).

lain-lain masalah boleh diselesaikan dengan pergi membeli sebuah kereta baru. biggrin.gif
onehazmir
kekekeek!!! punya serius aku baca, last2x solution bg suh tukaq keta baru! hapa ra!!

encik adletaq! salin "henjin lama yg kuat" je lah! toksah nak rebow ker apa ker! tuh suma penangan webber tuh! laugh.gif
zan
apa yang aku katakan semuanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah.

cuma tak tahu apa sbenarnya masalah anda. adakah minyak hitam selalu berkurangan? atau sekadar minyak hitam meleleh ke lantai garaj?

adakah ekzos menghasilkan asap putih kebiruan? adakah asap itu keluar sepanjang masa? atau waktu memecut sahaja? semua itu penting baru leh beri jawapan apa sebenarnya masalah yang ada; melalui teori.

tukar keta baru juga satu cadangan yang tidak memeningkan kepala.

bagus kan?

p/s aku sendiri tak mampu nak beli keta baru..ekekekkekeke
Ewan_sn
QUOTE(onehazmir @ Nov 15 2005, 10:56 AM)
kekekeek!!! punya serius aku baca, last2x solution bg suh tukaq keta baru! hapa ra!!

encik adletaq! salin "henjin lama yg kuat" je lah! toksah nak rebow ker apa ker! tuh suma penangan webber tuh! laugh.gif

biggrin.gif laugh.gif
Ewan_sn
QUOTE(zan @ Nov 13 2005, 05:14 PM)
QUOTE(paper_less @ Jun 14 2005, 10:02 AM)
keta bini aku...satria...kipas belah mana ek...kunci on kipas hidup tu dah tak leh pusing...brape kos ...alternator biasa brape ek...normally bile dia consider rosak...

hai, biar aku tolong edi jawap.

bagi satria/wira, kipas untuk penyejukan enjin terletak di sebelah kanan (dari kedudukan pemandu).
di sebelah kiri adalah untuk penyejukan air-cond.

jika motor rosak, anggaran sekitar RM80 untuk tukar tidak termasuk kos pemasangan.

alternator selalunya mengambil masa yang lama untuk rosak. adakalanya, bukan rosak cuma carbon brush habis. ianya boleh ditukar. mungkin tidak sampai RM50.

masalah bagi alternator ialah bila terdapat short circuit pada bahagian dalamannya. itu tidak boleh repair, kena tukar.

2nd hand lbh kurang rm100-120. baru lbh kurang rm300.

reconditioned sekitar rm180-200. harga berbeza antara kedai dan kawasan.

biler alternator rosak, petanda pertama yang ia akan beri ialah lampu bateri akan menyala sentiasa. bateri tidak akan dicaj, atau dicaj dengan sedikit. akan tiba satu ketika, enjin tidak galak untuk dihidupkan kerana voltej yang tersedia agak lemah.

terus bawa kereta anda berjumpa dengan electrician. bateri juga mungkin perlu ditukar sekali.

ello pren...tq arr.. wink.gif
Ewan_sn
Pandu uji secukupnya sebelum beli kereta terpakai


BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.



Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.


SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.


JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.


TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.


KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.


KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.
Ewan_sn
Punca ekszos keluarkan bunyi letupan


KENAPA boleh berlaku letupan di dalam ekzos? Keadaan ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang memandu laju di lebuh raya.


Sebenarnya masalah ini berlaku kera-na pembakaran yang berlaku di luar enjin apabila campuran petrol-udara tidak terbakar dengan sempurna, maka beberapa bahagian petrol itu akan keluar dari silinder bersama asap ekzos sebelum ia sempat terbakar.

Disebabkan suhu sangat tinggi, apabila ia bertemu dengan udara di dalam ekzos, besar kemungkinan akan terjadi pembakaran dan letu-pan.

Punca berlaku sedemikian biasa-nya disebabkan campuran petrol dan udara yang terlalu banyak serta kegagalan penyalaan yang baik.

Apabila palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, petrol yang tidak terbakar akan keluar bersama lebihan gas apabila ada injap pembuangan yang tidak tertutup dengan sempurna sehingga ada petrol yang keluar sebelum sempat terbakar.

Injap tidak akan tertutup apabila rosak atau celah laluan injapnya tidak tepat. Bawa kenderaan ke bengkel untuk menyelaraskan semula celah injap itu.

Selain pembakaran di luar, bunyi enjin yang pelik juga membimbangkan apatah lagi jika tidak diketahui penyebabnya.

Bagaimana kita hendak membezakannya dan adakah bunyi itu boleh dibiarkan saja demikian atau perlukan pembaikan segera?

Biasanya bunyi pelik enjin boleh terjadi disebabkan tali kipas rosak, kebocoran arus elektrik pada kabel rentangan tinggi, berus suis pada generator rosak, kekurangan pelincir pada sesondol pengagih, gear atau tali penggerak gandar sesondol rosak, kekurangan pelincir pada alas pam, ketukan pembakaran dan enjin rosak.

Secara asasnya boleh dikatakan bahawa enjin akan mengeluarkan bunyi halus apabila semua bahagiannya berada dalam keada-an baik.

Tidak semua bunyi yang kedengaran menunjukkan tanda kerosakan enjin yang cukup berat, tetapi ada kalanya tanda itu menunjukkan kerosakan yang jika tidak diatasi segera akan membawa padah yang lebih teruk.

Oleh itu, sebaiknya periksalah kende-raan anda di bengkel apabila mendapati adanya kelainan bunyi daripada biasa.

Biasanya apabila enjin mengeluarkan bunyi pelik, ia adalah tanda awal terjadinya kerosakan. Apabila bunyi enjin begitu mengerikan segera mati-kan enjin dan tarik ke bengkel.

Untuk mencari bunyi kerosakan berkenaan, bagi mekanik profesional mereka menggunakan stetoskop dan bunyi pelik berkenaan dapat dicari dan dibezakan dengan mudah.

Akan tetapi bagi pengguna biasa macam kita yang tidak ada stetoskop, sebaliknya gunalah tongkat kayu dan letaklah hujungnya pada bahagian enjin yang dijangka mengeluarkan bunyi pelik itu. Sementara pangkalnya diletakkan di telinga anda.
mRnice
ed..
kete Kia spectra 1.6A-petrol Rm50 utk 220KM.
adakah itu std utk kete kia g pjalan'n dlm bandar??
idmadina
pomen aku cakap..

jika kereta kita kuat makan minyak petrol..
berkemungkinan kereta kita kena buat top overhaul..
bertujuan untuk membuang carbon yg berlebihan dipiston dan valve..

`ada kemungkinan juga... biggrin.gif
Khayty
kena antor servis lah camtu erk?
idmadina
QUOTE(khaytykhir @ Nov 20 2006, 12:46 AM)
kena antor servis lah camtu erk?

kalau kita reti buat sendiri..
tak payah antor... biggrin.gif
Khayty
tak reti lah...

baru tau isi minyak jerk... laugh.gif laugh.gif laugh.gif
idmadina
QUOTE(khaytykhir @ Nov 20 2006, 01:25 AM)
tak reti lah...

baru tau isi minyak jerk... laugh.gif laugh.gif laugh.gif

sama lah.. reti pandu jer..
nak tukar tayar pun orang tolong... biggrin.gif
radioactive
QUOTE(idmadina @ Nov 20 2006, 12:44 AM)
pomen aku cakap..

jika kereta kita kuat makan minyak petrol..
berkemungkinan kereta kita kena buat top overhaul..
bertujuan untuk membuang carbon yg berlebihan dipiston dan valve..

`ada kemungkinan juga... biggrin.gif

Aku rasa...tu kalo kuat makan minyak itam...bukan minyak petrol....
Damina
apa sebabnya stereng kete x seimbang w/pun dah buat balancing.. maksudnya walaupun dah diluruskan stereng tu tapi masih senget juga...ni yang pening ni ,.. ape la sebabnya????????????????? tolong le...kengkawan bg pendapat apa yagn perlu dibuat....t.q rolleyes.gif
idmadina
cuba perkara2 ini (dlm buku panduan membaiki kereta)

-buat aligement semula..
-buat pemeriksaan chamber.
-periksa semua boldjoint stering

`kadang brake lekat sebelah berkemungkinan juga..
zan
QUOTE(Damina @ Nov 22 2006, 12:38 PM)
apa sebabnya stereng kete x seimbang w/pun dah buat balancing.. maksudnya walaupun dah diluruskan stereng tu tapi masih senget juga...ni yang pening ni ,.. ape la sebabnya????????????????? tolong le...kengkawan bg pendapat apa yagn perlu dibuat....t.q rolleyes.gif

jika alignment ok, maknanya steering tu kena adjust. buka penutup horn ditengah, dan tanggalkan bolt steering. pastikan kedudukan tayar dalam tegk sepenuhnya. kemudian, cabun roda steering dan pasang semula supaya lurus.

jika kenderan anda menggunakan airbag, tidak dinasihatkan membuka penutup horn; airbag mungkin boleh meletup secara tidak sengaja.
mycomplid
Minta tolong kawan, aku ada masalah ni pasal kereta wiraku 1.5Gli... 2003 sad.gif

Masalahnya Utama:
1. Engine Indicator slalu 'on' bila lama sangat bawak kreta
2. Pastu engine tiba2 jer 'break down' sendiri (kadang2) dalam gear 1
atau time kreta meluncur dalam gear 3@4 (bila angkat sikit clucth.. time tu dalam bulatan... boleh gak mati???)
Brapa yek tuk baiki masalah yang timbul nie... NI yang aku risau sangat nie... waaaaa >.<

Masalah kedua:
Brapa yek tuk ganti kipas air-con ngan tangki gas air-con bagi wira

Masalah Ketiga:
Brape harga kit tuk 'jimat petrol' bagi Wira

Adusss habis bonus aku nie tahun nie sad.gif
zan
tunggu edirossa jawap memandangkan dia doktor kereta.

p/s laugh.gif
mycomplid
Laaa kan ko dah jawab post aku, Zan.. tapi tak tau plak kalo edirossa lain plak jawapannya... laugh.gif
zan
QUOTE(mycomplid @ Nov 25 2006, 09:29 AM)
Laaa kan ko dah jawab post aku, Zan.. tapi tak tau plak kalo edirossa lain plak jawapannya... laugh.gif

mmg aku pun tunggu edi jawap sebab dia kata dia doktor kereta.

aku cuma jururawat aje... laugh.gif

aku masih menanti... blink.gif
Damina
tolong ye kengkawan.....T.Q,
1) apa beza bateri basah & kering?????????? apa kelebihan dan kelemahan keudua2 bateri tu....... berapa lama tempoh penggunaan bateri...
2) Kenapa alarm kete x bfungsi (kdg ok dan kdg2 x ok) , adakah ia berkaitan dgn bateri kete???????????

T,q.. wink.gif
zan
QUOTE(Damina @ Nov 27 2006, 10:23 AM)
tolong ye kengkawan.....T.Q,
1) apa beza bateri basah & kering?????????? apa kelebihan dan kelemahan keudua2 bateri tu....... berapa lama tempoh penggunaan bateri...
2) Kenapa alarm kete x bfungsi (kdg ok dan kdg2 x ok) , adakah ia berkaitan dgn bateri kete???????????

T,q.. wink.gif

bateri sel basah diketahui kerana memerlukan asid sulfurik dan ditambah dgn air suling. tanpa cecair yg disebutkan, bateri tidak dapat menyimpan cas.

bateri kering ialah jenis bateri yg tak perlu asid sulfurik. tak perlu tambah air bateri. antara jenis bateri kering yg boleh di caj semula ialah nickel cadmium.

bateri sel basah boleh bertahan sekitar 2 tahun, bergantung pada maintenance. kalau jarang check dan tambah air maka hayatnya akan memendek.

bateri sel kering boleh bertahan lebih dari itu. ia bergantung pada jenama dan kualiti. ada yg tahan 3 tahun, ada 5 tahun. tlebih baik maka lebih mahal harganya.

alarm keta tidak berfungsi boleh disebabkan beberapa sebab.
1. kerosakan pada transmitter (kunci) atau bateri habis
2. kerosakan pada receiver
selain itu kerosakan boleh juga terjadi antara beberapa sebab lain yg tak terjumpa pada model alarm yg biasa saja.

contohnya
3. kerosakan pada transponder immobilizer
4. kerosakan pada rolling code
5. short circuit pada sistem atau wiring
Damina
bila tempoh kita perlu check minyak hitam kete? dan apa fungsi minyak tsbut?.. blink.gif
zan
QUOTE(Damina @ Nov 27 2006, 03:26 PM)
bila tempoh kita perlu check minyak hitam kete? dan apa fungsi minyak tsbut?.. blink.gif

minyak hitam merupakan sebutan bahasa pasar bagi minyak enjin. ianya lebih dikenali sbg minyak hitam atas sifatnya yg berubah menjadi hitam selepas digunakan.

secara teoretikal, minyak enjin ditukar setiap 5,000km atau 3 bulan; mana terdahulu. sebaiknya, ikut apa yg disyorkan oleh pengeluar tertuama ketika kereta anda dalam waranti. ini dilakukan untuk mengelakkan jaminan yg diberi akan rosak (null and void).

minyak enjin yg lebih berkualiti juga boleh digunakan dan tidak mendatangkan mudaratc cuma mahal sedikit. minyak enjin jenis semi sintetik misalannya, boleh digunakan sehingga 8,000km manakala full sintetik sehingga 10,000km.

perlu diambil kira, bahawa bagi kereta yg rendah perbatuannya teteapi sering di pandu dalam kesesakan lalu lintas perlu ditukar minyak enjin setiap 3 bulan kerana stress yg dialami juga tinggi.
Damina
semalam baru je tukar bateri baru jenis sel kering dah boleh stat..

tapi! ada satu lagi problem... ttg air-cond pulak...knpe ye...apb on aircond tu menyembur air keluar banyak lak tu!!! dr aircond tuh!...camne boleh jadi cam tu.???..

selama seminggu i tak start kete...tapi i dah cabut baterinya....

fenin2 selesai 1 problm ada lagi pulak......
recaro
QUOTE(Damina @ Nov 27 2006, 10:23 AM)
tolong ye kengkawan.....T.Q,
1) apa beza bateri basah & kering?????????? apa kelebihan dan kelemahan keudua2 bateri tu....... berapa lama tempoh penggunaan bateri...
2) Kenapa alarm kete x bfungsi (kdg ok dan kdg2 x ok) , adakah ia berkaitan dgn bateri kete???????????

T,q.. wink.gif

mmg bateri punye hal....

bateri kering tak boleh nak di cas semula....

kelebihan bateri basah....boleh di cas semula...
zan
QUOTE(Damina @ Dec 4 2006, 04:40 PM)
semalam baru je tukar bateri baru jenis sel kering dah boleh stat..

tapi! ada satu lagi problem... ttg air-cond pulak...knpe ye...apb on aircond tu menyembur air keluar banyak lak tu!!! dr aircond tuh!...camne boleh jadi cam tu.???..

selama seminggu i tak start kete...tapi i dah cabut baterinya....

fenin2 selesai 1 problm ada lagi pulak......

sistem aircond mempunyai saluran getah untuk melepaskan air yg tersejat (perhatikan bawah keta ada paip getah tergantung dan melelehkan air keluar). fungsi tersebut supaya tidak berlaku frost atau tepu akibat penyejukan. ada kemungkinan air dalam sistem aircond tidak dapat disalirkan keluar dan tinggal dalam blower sebegai residue.

jadi bila, on aircond ia dihembus keluar. selagi aircond kereta anda sejuk, ia bukan satu masalah serius.

recaro, bateri sel kering masih boleh dicas. tetapi ada caranya jangan sampai jadi terlalu panas.

contoh bateri sel kering yg boleh di caj semula ialah telefon bimbit.
mcputra
nak tanya berkenaan siri 4...pasal radiator kurang air...

setahun lepas gi perak, masa tu satria...sblm gerak tu semua ok lah, tapi bila sampai kat persimpangan apa tah tapi yg pasti sblm tol tapah...tiba2 je meter menurun dan kereta jadi slow, tekan minyak pun engine tak pick up, cuba tukar ke gear 3 then tekan minyak, ok...bila masuk gear 4 jadi tak pick up balik...at last kitaorg stop tepi n baru perasan masa tu temp naik wehh...masa tu jg baru perasan kepulan asap kat bonet depan tu...

apa lagi, towing ke bengkel ler...kat sana depa syak radiator liking tapi check tak pun, kitaorg teruskan perjalanan...baru je keluar tol tapah, meragam lagi...towing lagi sampai tol apa tah kat depan nung...kat situ pengawal plus check kereta kitaorg n advice balik kl memandangkan jauh lagi tmpt nak tuju,tgk la cara depa buat...isi air penuh2, biar kejap then start engine...

kitaorg balik kl semula...sepanjang jalan kelajuan cuma 50-70kmj, lebih je engine tak pick up...bila temp naik kitaorg stop n buat apa yg pengawal plus buat tu, kitaorg spare 5 botol air paip...bekal utk kereta...

apa mslh nya ya, tu pun lupa nak tanya sbb apa...tau nya bayor n drive je...dah rosak bg je org baikpulih, la ni baru nak belajor ambik tau sket2...berdikari ler katakan...
mcputra
QUOTE(recaro @ Dec 6 2006, 06:25 AM)
QUOTE(Damina @ Nov 27 2006, 10:23 AM)
tolong ye kengkawan.....T.Q,
1) apa beza bateri basah & kering?????????? apa kelebihan dan kelemahan keudua2 bateri tu....... berapa lama tempoh penggunaan bateri...
2) Kenapa alarm kete x bfungsi (kdg ok dan kdg2 x ok) , adakah ia berkaitan dgn bateri kete???????????

T,q.. wink.gif

mmg bateri punye hal....

bateri kering tak boleh nak di cas semula....

kelebihan bateri basah....boleh di cas semula...

kalau bateri kering tak yah nak top up air bateri lagi dah...
bateri basah kalau lupa habis ler...eden dah kena...tak pasei2 kena tukor baru, ishhh...

tapi kalau bateri basah kita bersama2 dgn kereta...maksudnya sentiasa take care kereta tu, selalu nak jenguk air cukup ke tak...
kalau yg kering dah tentu selamat...no need to checking...

...ni aku punya prinsip ler...lain org lain pendapat,
so, den teruskan juga guna sel basah...tapi selalu beringat n check sokmo ler bila tiba waktunya... wink.gif
Ewan_sn
QUOTE(zan @ Nov 25 2006, 11:26 AM)
QUOTE(mycomplid @ Nov 25 2006, 09:29 AM)
Laaa kan ko dah jawab post aku, Zan.. tapi tak tau plak kalo edirossa lain plak jawapannya...  laugh.gif

mmg aku pun tunggu edi jawap sebab dia kata dia doktor kereta.

aku cuma jururawat aje... laugh.gif

aku masih menanti... blink.gif

Laaa...sorilah ...aku terlupa nak jengah bengkel keter yg aku bukak nie...nasib korang lah... biggrin.gif laugh.gif
zan
sebarang soalan yang ada sila ajukan kat kedai kopi. di situ ada lebih 30 page info berguna dan saya sedia menjawap sebarang soalan tanpa perlu merujuk pada website lain mahupun copy and paste. smile.gif

klik untuk pergi ke kedai kopi
Ewan_sn
QUOTE(zan @ Dec 13 2006, 08:36 AM)
sebarang soalan yang ada sila ajukan kat kedai kopi. di situ ada lebih 30 page info berguna dan saya sedia menjawap sebarang soalan tanpa perlu merujuk pada website lain mahupun copy and paste. smile.gif

klik untuk pergi ke kedai kopi

Setuju dgn Zan...sebab kat sini lbh kpd infomation data...bukan untuk bersoal jawab..utk bersoal jawab..sila KLIK kat link yg zan bg tu..
Ewan_sn
Memeriksa punca stereng kereta berat


ADA ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.



Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.

Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Ewan_sn
Bateri perlu dijaga dan diperiksa setiap minggu


BATERI adalah antara kompon en yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.

Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.

Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.

Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.

Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.

Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.

Selepas kerja membaiki keretakan itu selesai, anda bolehlah memasukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.

Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.

Perlu diingat, jika terlalu lama mengecas bateri, ia boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum. Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan sekali gus bateri kenderaan anda terpaksa ditukar.

Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas di kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.
MR.diNO
ni ada satu website yang memaparkan kesalahan2 oleh pemandu2 di mesia..
kalu korang nk paste gambar pemandu2 yang careless pun bleh gak..

http://www.panducermat.org.my/gallery/albums.php
cikzann
aku ada problem ngan satria 1.3 aku nie..
beli 2nd hand..tahun 1996 nye keta..

baru2 nie aku ada problem ngan nak start keta..
bile dah start, enjin boleh mati tiba2 ms tgh panaskan enjin,
pastu kalo dah jln pun,katalah berhenti kat simpang, pun dia leh mati sendiri.
hari tu dah tukar fuel filter, fuel pump pun dah..

mlm td dia jd balik...mati tibe2..kat simpang...
mujur tak byk keta...
aku try start..susah sket..aku tekan2 myk,
tapi rase mcm pijak angin je..aku tgh panik...tekan2...hidup gak...
tp lepas tu dia sengguk2...risau aku...

apelah problem keta nie..nak kena overhaul ke...
mana ok..overhaul ke tukar enjin 1.5 terus?
atau ada kaitan ngan main fuel relay dia???
tolong!!!!!!!

kot edirossa leh tlg...tlg lah..
cikzann
aku ada problem ngan satria 1.3 aku nie..
beli 2nd hand..tahun 1996 nye keta..

baru2 nie aku ada problem ngan nak start keta..
bile dah start, enjin boleh mati tiba2 ms tgh panaskan enjin,
pastu kalo dah jln pun,katalah berhenti kat simpang, pun dia leh mati sendiri.
hari tu dah tukar fuel filter, fuel pump pun dah..

mlm td dia jd balik...mati tibe2..kat simpang...
mujur tak byk keta...
aku try start..susah sket..aku tekan2 myk,
tapi rase mcm pijak angin je..aku tgh panik...tekan2...hidup gak...
tp lepas tu dia sengguk2...risau aku...

apelah problem keta nie..nak kena overhaul ke...
mana ok..overhaul ke tukar enjin 1.5 terus?
atau ada kaitan ngan main fuel relay dia???
tolong!!!!!!!

kot edirossa leh tlg...tlg lah..
zan
cuba pm edirossa.....
sleeplessinsentul
QUOTE(zan @ Jun 26 2007, 10:53 PM) *
cuba pm edirossa.....

Salaam,

aku pun ada masalah yg lebih kurang sama, kereta kena warm up 5 minit tunggu rpm naik...

kereta tersengguk sengguk, lepas tu dah lama baru ok... tapi rasa macam kena tekan minyak kuat sikit... masalah apa ni?

aseana
Assalammualaikum,

saya nak tanya pada yg arif, keta saya kancil 98 auto...nape bila pasang air cond kuat sungguh makan minyak??...ada solution tak...boleh tolon...

timaceh....
Citizenship

To Edirossa,

Time kacih banyak kerana berkongsi maklumat di sini. Banyak ilmu kete yg aku dpt bila baca tips2 yg ko letakkan ni.

Thanks again

Czp
Citizenship
a
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.