Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Info dan Tips Berguna Utk Pengguna Kereta
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
Pages: 1, 2, 3
Ewan_sn
Articles Index : Sila KLIK pada tajuk untuk membaca.



Soal Jawab Permasalahan Kereta
Soal Jawab Permasalahan Kereta - by Zan
Soal Jawab Permasalahan Insurance - by Zan
Sembang-Sembang Tips Menjaga Kereta
Tips Jual Beli Kereta - by Zan

Minyak & Petrol
Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder
Cara terbaik bagi penjimatan petrol
Menjimat penggunaan petrol dengan Stromberg
Cara terbaik bagi penjimatan petrol
Cara pemanduan jimatkan petrol
Punca penggunaan minyak petrol bertambah


Engine
Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi
Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar
Cara sejukkan enjin kereta terlalu panas
Pastikan enjin panas sebelum mulakan perjalanan
Punca kereta hilang pecutan
Pastikan enjin panas sebelum mulakan perjalanan


Air
Kurang air dalam radiator punca enjin panas


Lampu
Lampu dan brek perlu sentiasa dalam keadaan baik
Tips penjagaan lampu


Mencuci / Jaga
Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul
Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama
Teknik baiki kereta jimat kos
Bahagian penting kereta perlu dijaga
Cara mengekalkan kilauan kereta


Radiator
Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya
Tips: Penjagaan radiator


Asap
Tindakan perlu jika asap ekzos kereta bertukar warna


Stereng
Punca stereng kereta menjadi berat


Brek
Malapetaka jika brek tidak berfungsi dengan baik


Bateri
Bateri rosak boleh dibaiki
Cara hidupkan kereta apabila bateri lemah
Bateri perlu dijaga dan diperiksa setiap minggu


Absorber
Penyerap hentak rosak boleh sebabkan kemalangan


Tayar / Rim
Tips menjaga tayar
Pengguna kereta perlu periksa tekanan angin tayar
PANDUAN MENGUKUR SAIZ RIM & TAYAR ANDA


Aircond
Punca pendingin hawa tidak berfungsi


Banjir
Hati ketika meredah jalan licin dan berair


Insuranse
Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlakunya kemalangan?


Jual Beli Kereta
Pandu uji secukupnya sebelum beli kereta terpakai


Ekzos
Punca ekszos keluarkan bunyi letupan

Ewan_sn
Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder


MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.



Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.



Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.

Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.
Ewan_sn
Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi


ENJIN adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.

Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak.

Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

l Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin.

Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta

automatik.

l Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan.

Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start.

Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk.

Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburator tetap melimpah. Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan sendiri, adalah lebih baik bawa ke bengkel untuk dibaiki.
Ewan_sn
Kurang air dalam radiator punca enjin panas

ENJIN yang terlalu panas boleh mengundang bahaya
sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan
kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya
meletup. – Gambar hiasan


APABILA anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Salah satu sebab ialah kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas.

Selain itu, enjin panas juga berpunca daripada paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk.

SISTEM penyalaan kurang
tepat, kerosakan pada
sistem saluran petrol,
ekzos tersumbat, masalah
cekam, brek bergesel
dan cara pengendalian
kenderaan yang kurang
baik boleh menyebabkan
kereta terbakar.
– Gambar hiasan

Malah, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.

Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.

Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.

Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.
Ewan_sn
Punca penggunaan minyak petrol bertambah


SEBELUM ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.

Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.

Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.

Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali

memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.
Ewan_sn
Lampu dan brek perlu sentiasa dalam keadaan baik

SEBELUM memulakan perjalanan, pemandu dinasihat memastikan lampu dan brek boleh berfungsi. Lampu kenderaan sama ada depan atau belakang perlu sentiasa berkeadaan baik bagi membolehkan anda melihat dengan jelas pada waktu malam selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat kereta anda.

Anda perlu faham dan sedar mengenai pentingnya semua lampu pada kenderaan diuji dan diselenggara dengan baik. Sebelum memulakan perjalanan jauh, anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri pada lampu kenderaan dengan memeriksa setiap penutupnya bagi memastikan tidak berlaku keretakan yang boleh menjejaskan pancaran lampu.

LAMPU depan
dan belakang
berkeadaan baik
akan membantu
pemandu
kenderaan
meluncur lebih
selesa pada
waktu malam.
– Gambar hiasan

Ini kerana setiap lampu kenderaan adalah berpasangan serta mempunyai penutup yang sama berwarna putih dan kuning. Jika satu daripada lampunya tidak berfungsi, pasangannya turut mengalami masalah.

Selain itu, anda juga perlu memeriksa pemantul cahaya yang biasanya bersalut aluminium bagi mengelakkan ia tidak terguris atau berkarat. Jika ia tercalar, seluruh pemantul perlu diganti kerana boleh menjejaskan kuantiti pancaran.

Anda boleh membersihkan pemantul itu dengan kain bersih, sabun dan air tetapi jangan sekali-kali gunakan penanggal karat, penggilap atau bahan kimia lain kerana ia boleh merosakkan salutan aluminium itu.

Untuk mengesan kerosakan lampu brek, lampu mengundur atau lampu isyarat membelok, anda perlu memeriksa belakang kenderaan dan minta bantuan rakan bagi menghidup enjin, memasang suis lampu atau atau menekan brek.

Sekiranya lampu masih menyala selepas brek dilepaskan, bermakna suis di bahagian pedal brek anda mengalami kerosakan tetapi jika sebaliknya, periksa lampu, pemegangnya, sambungan wayar dan fius.

Kaedah yang sama boleh dilakukan bagi memeriksa lampu lain termasuk lampu depan, lampu isyarat membelok dan lampu sorot. Anda boleh juga meminta bantuan mekanik atau pusat servis untuk memeriksa lampu dan brek berkenan.

Sekiranya lampu kenderaan berkelip-kelip, anda perlu periksa sistem pendawaian elektrik, kedudukan lampu dan sambungannya kerana kerosakan pada penebat wayar menyebabkan berlakunya litar pintas.

Jika satu lampu tidak menyala, anda perlu memeriksa lampu dan kedudukan kabelnya kerana kerosakan yang berlaku itu mungkin berpunca lampu rosak, hubungan lampu dan kabel kurang baik atau kabel terputus.

Sekiranya kedua-dua lampu tidak menyala, masalah itu mungkin disebabkan fius terputus. Keluarkan fius itu daripada kotak khas dan periksalah keadaannya. Jika fius putus atau rosak, ia perlu diganti tetapi harus sama nilainya dengan yang asal kerana kekuatan fius boleh diketahui melalui tulisan yang tercetak pada bekasnya.

Jika ketika itu anda tidak memiliki fius simpanan, gunakan fius dari bahagian lain yang tidak terlalu diperlukan.

Langkah mengesan kerosakan dan membaiki lampu:

1. Kerosakan pada lampu brek kenderaan anda boleh berpunca daripada mentol yang terbakar, lampu tidak dipasang dengan baik, suis lampu brek tidak berfungsi atau fius putus.

2. Sekiranya hanya satu lampu brek berfungsi, ia mungkin berpunca daripada mentol yang terbakar atau hubungan antara lampu dan kedudukannya kurang baik.

3. Untuk memeriksanya, anda perlu membuka penutup bahagian yang tidak menyala dan keluarkan mentolnya. Kemudian periksa mentol berkenaan menggunakan bateri.

4. Sekiranya selepas diuji lampu masih tidak menyala, bermakna mentol sudah terbakar dan ganti dengan yang baru tetapi sekiranya menyala, mungkin ia disebabkan hubungan antara mentol dan kedudukannya tidak sempurna.

5. Sekiranya kedua-dua lampu brek tidak menyala, besar kemungkinan ia berpunca daripada fius yang terbakar atau berlaku kerosakan pada suis penyalaannya.

6. Jika fius terbakar, ganti ia dengan fius baru atau gunakan fius pada bahagian lain yang kurang diperlukan terlebih dulu tetapi jika suis penyalaannya rosak, anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel untuk diperiksa.
Ewan_sn
Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul


PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidal dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.
Ewan_sn
Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya


RADIATOR adalah antara komponan penting dalam enjin kereta. Kerosakan pada radiator boleh menyebabkan enjin panas dan pecutannya kurang baik.



Sekiranya keadaan itu berlaku, anda tidak perlu panik sebaliknya berhentikan kenderaan dan cuba lakukan pemeriksaan. Cara ini lebih baik daripada membiarkan enjin kereta anda panas dan mungkin terbakar.

Panas pada bahagian enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Selain itu, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukkannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.

Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.
McTwist
Thanx for da infos bro
Ewan_sn
Tindakan perlu jika asap ekzos kereta bertukar warna


LAZIMNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator.



Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak.

Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya.

Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.
Ewan_sn
Punca stereng kereta menjadi berat


ADA ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutama ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku ialah tekanan angin tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Dalam pada itu, stereng automatik dan biasa memang berbeza. Namun, untuk tujuan meletak kereta, mengundur atau membelok, stereng automatik lebih mudah dan selesa.

Namun, ada ketikanya masalah stereng berlaku ketika anda memandu laju. Ketika kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi di atas jalan yang rata, roda depan terasa meliar dan stereng sukar dikendalikan.

Keadaan ini berbahaya terutama jika kenderaan bergerak laju melebihi 100 kilometer sejam apa lagi jika melalui jalan basah dan licin.

Punca keadaan ini terjadi antara lain disebabkan kehausan sambungan sistem roda kemudi terutama hujung dan pangkal rod pengikat, kehausan atau kesalahan penyelarasan alat pengemudian. Malah terlalu banyak gerak bebas pada pengalas roda depan dan kelonggaran pada stereng (di dalam kotak gear stereng) juga boleh menjadi puncanya.

Sistem pengemudian lazimnya membabitkan kerangka kereta. Dalam situasi roda depan meliar dan stereng sukar dikendalikan adalah masalah yang sering melanda sistem pengemudian apabila terlalu banyak gerak bebas pada stereng.

Jadi, apabila berhadapan dengan masalah stereng sukar dikawal, mula-mula usahakanlah agar kenderaan dapat bergerak lurus. Tetapi biasanya apabila ada kerosakan pada sistem penggerak roda depan, kenderaan tidak dapat bergerak lurus. Kenderaan akan bergerak seolah-olah ‘hanyut’ ke kiri dan kanan.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, antara pemeriksaan dan pembaikan kecemasan yang boleh dilakukan termasuk memeriksa gerak bebas stereng. Gerak bebas stereng adalah gerakan berputar stereng yang tidak menyebabkan roda depan bergerak ke kiri atau kanan. Gerak bebas normal stereng adalah sebesar 10-30mm dari suatu tanda tetap.

Apabila gerak bebas stereng terlalu besar, maka akan terjadi kenderaan bergerak dalam keadaan liar. Memang sukar untuk memeriksa sendiri rod kemudi dan sambungan yang longgar, jadi bawalah ke bengkel.

Kerosakan sistem gantungan terutama belakang juga menyebabkan pemanduan yang tidak selesa. Ketika sedang dipandu di atas jalan datar, bahagian belakang kenderaan bergoyang kuat sehingga menjejaskan keselesaan penumpang belakang.

Keadaan itu boleh terjadi disebabkan bolt pegas daun penyerap hentak belakang patah. Akibatnya kenderaan tidak stabil dan tidak dapat dipandu dengan mudah terutama pada kelajuan tinggi. Keadaan ini sering terjadi terutama pada kenderaan besar.

Gejala yang sama mungkin terjadi disebabkan tiupan angin sampingan yang kuat. Bagaimanapun, keadaan ini banyak terjadi pada kenderaan ringan.

Keadaan sistem pengemudian hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia berkaitan dengan keselamatan penumpang.
Ewan_sn
Malapetaka jika brek tidak berfungsi dengan baik


KETIKA memandu untuk perjalanan jauh dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam, selain tayar, satu lagi komponen kereta yang perlu difikir ialah brek. Ini kerana brek yang tidak berfungsi atau ‘tak makan’ boleh membahayakan keselamatan.



Namun sewaktu memijak brek, tiba-tiba anda terasa seolah-olah sedang memijak benda yang amat kenyal, tetapi brek tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Jika hal ini terjadi, pemeriksaan perlu dilakukan.

Ada pelbagai sebab mengapa keadaan sedemikian berlaku termasuk wujud udara dalam saluran minyak brek, sekatan wap, kebocoran atau kekurangan minyak brek, penyelarasan injak brek kurang tepat, gelendong brek sudah retak atau lubang saluran tersumbat dan bolt pemegang selindernya longgar.

Periksa jika wujud udara dalam saluran minyak brek. Dalam kebanyakan kenderaan, jarak antara lantai dan injak brek (ketika dipijak penuh) akan bertambah selepas injak dipijak beberapa kali. Sebab itu, brek berkesan.

Namun demikian, dalam sesetengah keadaan, jarak itu tidak bertambah manakala pemandu akan berasa seolah-olah memijak belon. Gejala ini menunjukkan ada udara dalam saluran minyak brek.

Periksa juga sama ada gelendong brek sudah retak, paip minyak brek usang atau bolt pemegang silinder longgar. Jika keadaan itu terjadi, jarak membrek akan bertambah dan kenderaan tidak dapat dihentikan dengan selamat.

Apabila berdepan keadaan begini, hentikan kenderaan, buka tutup bonet, dan lakukan pemeriksaan. Mula-mula periksa seluruh komponen sistem brek, mungkin ada kerosakan yang dapat dilihat.

Minta bantuan rakan untuk memijak injak brek beberapa kali sepanjang pemeriksaan. Goyangkan paip sambungan dan sebagainya. Bagi bahagian yang tidak dapat dilihat, rasa dengan tangan.

Periksa juga adakah kerosakan terjadi disebabkan sekatan wap. Sekatan wap berlaku ketika kenderaan sedang bergerak.

Contohnya, walaupun brek pada mulanya baik, keberkesanannya boleh berkurang kerana injak brek sering ditekan terutama ketika kenderaan bergerak menuruni jalan yang curam.

Membrek terlalu kerap seperti menuruni Genting Highlands boleh menyebabkan gelendong dan minyak brek panas. Dengan demikian, minyak brek akan mengewap dan untuk sementara waktu, gelembung wap itu tertinggal dalam saluran minyak brek.

Gelembung wap dalam saluran itu mengganggu kelancaran penyaluran minyak ke silinder brek pada roda.

Jika berdepan keadaan begini, segera hentikan kenderaan dan sejukkan roda serta gelendong breknya. Ini dapat dilakukan dengan menyiram roda dengan air atau menghembus angin pada gelendong dan paip brek.

Sebaik-baiknya, pemandu perlu segera menyedari apabila brek tidak berfungsi dengan baik. Tindakan pertama yang harus dilakukan adalah memijak injak brek berulang-ulang.

Kegagalan brek boleh menjadi petaka yang amat tidak diingini. Jadi, selalulah pastikan brek sentiasa dalam keadaan baik dengan sentiasa membuat pemeriksaan secara teratur.
Ewan_sn
Bateri rosak boleh dibaiki


BATERI adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak dihidupkan selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.



Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki, tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.

Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.

Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.

Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai aksesori kereta.

Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.

Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan. Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.

Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu lama mengecas bateri itu juga boleh merosakkan bahagian kepingan

plumbum seperti retak.

Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.
budak_nakal_jpn
jenuh aku nak baca...
yatiali
tuan doktor boleh ke bagitau cara-cara nak jaga warna kete supaya sentiasa nampak cam baru,terutama kete yang selalu parking kat tempat panas
rimbawarna
QUOTE(yatiali @ Mar 21 2005, 08:47 PM)
tuan doktor boleh ke bagitau cara-cara nak jaga warna kete supaya sentiasa nampak cam baru,terutama kete yang selalu parking kat tempat panas

guna kan wax berlilin ...dan 1/2 tahun sekali bawak gie polish....
san kelana
Guana gok kalu kereta tu dok buleh jalan. engin hidup tapi dok lawas, gegar jer... biggrin.gif
babyvirgo
QUOTE(budak_nakal_jpn @ Mar 21 2005, 02:23 PM)
jenuh aku nak baca...

walaupun pun jenuh tapi bagus knowledge nie... wink.gif
babyvirgo
QUOTE(yatiali @ Mar 21 2005, 08:47 PM)
tuan doktor boleh ke bagitau cara-cara nak jaga warna kete supaya sentiasa nampak cam baru,terutama kete yang selalu parking kat tempat panas

sama la masalah kita...
kat tempat keje keta aku berjemur...kat umah pun sama!! sad.gif cuma mlm jea la dia tak panas!!
girls2girls
QUOTE(budak_nakal_jpn @ Mar 21 2005, 02:23 PM)
jenuh aku nak baca...

info bagus ler tue
Ewan_sn
Penyerap hentak rosak boleh sebabkan kemalangan


KETIKA memandu, pernahkah anda mengalami kereta melantun terlalu kuat apabila termasuk ke dalam lubang atau bonggol jalan? Kereta akan terasa melantun-lantun lebih daripada sekali sebelum kembali ke posisi asal.



Ada ketikanya kereta terasa membuai-buai dan sukar dikawal pada kelajuan tinggi di lebuh raya. Pemandu akan sering membetulkan posisi stereng ketika sedang mengambil selekoh.

Situasi ini ada kaitan dengan penyerap hentak atau shock absorber. Apa yang pasti ia adalah adalah salah satu komponen terpenting kenderaan yang membabitkan keselamatan dan keselesaan memandu.

Penyerap hentak yang rosak boleh menyebabkan kerosakan lain pada kenderaan dan di dalam kes yang lebih serius, mampu menyebabkan kemalangan. Pada kelajuan tinggi, kereta akan terasa bergerak tidak lurus dan anda terpaksa membetulkan kedudukan stereng terlalu kerap (over-correct). Kereta juga akan terasa seperti "terapung" di atas lebuh raya. Ini bermakna penyerap hentak telah rosak dan perlu diganti dengan segera.=

Cara mengenal pasti kerosakan penyerap hentak kereta anda.

i) Tekan dengan kuat pada setiap sudut yang mempunyai penyerap hentak dan lepaskan. Jika ia tidak kembali ke kedudukan asal ataupun ia tidak turun sewaktu ditekan, ini bermakna penyerap hentak telah menjadi terlalu keras atau telah tersekat akibat tiada atau sedikit sangat pergerakan pada piston rod didalam penyerap hentak. Anda dinasihatkan untuk mengganti penyerap hentak baru.

ii) Anda juga boleh membuat pemeriksaan secara visual pada penyerap hentak kereta anda. Anda boleh perhatikan sebarang kebocoran dari atas penyerap hentak sehinggalah ke tapak pegas. Jika anda gunakan penyerap hentak gas, ia masih mengeluarkan minyak jika bocor oleh kerana penyerap hentak jenis ini menggunakan minyak sebagai pelincir.

Penting bagi anda untuk membezakan lelehan minyak dengan wap gas yang mengumpul habuk pada penyerap hentak kerana kes kedua tersebut adalah normal dan ia bukannya tanda kerosakan

penyerap hentak. Jika anda kurang pasti, anda boleh menghantar kereta anda ke bengkel kereta

untuk pemeriksaan. Jika terbukti penyerap hentak anda telah bocor, maka perlu tukar denganpenyerap hentak baru.

iii Tayar anda kelihatan tidak rata dan berbukit-bukit. Ini membuktikan bahawa tayar kereta andamendapat sentuhan pada jalanraya dengan tidak sekata. Ini juga bermakna bahawa penyeraphentak kereta anda mempunyai sistem penyerap hentak (damper) telah gagal menolak ataumenampung sentuhan tayar(contact-patch) secara sekata. Anda dinasihatkan untuk menukarpenyerap hentak kereta anda dan mengantikan tayar yang terlibat.
Ewan_sn
Cara terbaik bagi penjimatan petrol


CARA terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.



Antaranya, penggunaan gear dua atau tiga (kereta manual) terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol hingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.

Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Jalan yang sesak juga mengurangkan perbatuan. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.

Apa yang pasti, harga petrol yang sentiasa meningkat sejak 10 tahun lalu mendorong pengguna kenderaan bermotor terutama kereta akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling rendah.

Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol di pasaran.

Ini kerana pembelian alat berkenaan belum tentu memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.

Harus diingat, kereta besar berkuasa kuda tinggi adalah melebihi 2000 cc lazimnya menggunakan petrol yang banyak.
Ewan_sn
Teknik baiki kereta jimat kos


CARA mudah baiki kenderaan.– Gambar oleh Rozainah Zakaria

KEMEK dan calar-calar mencacatkan pandangan pada sebuah kereta. Dalam banyak keadaan kita terpaksa hidup dengannya kerana kemek dan calar kecil sedemikian sering kali dirasakan tak berbaloi untuk dihantar ke bengkel ketuk dan cat lantaran kos pembaikannya agak tinggi dan memakan masa beberapa hari.

Tetapi sebenarnya tanpa kebanyakan kita sedar, ada kaedah pembaikan yang lebih mudah dan murah. Kaedah pembaikan kemek dan calar kecil sebegini kini sedia ditawarkan di pasaran menerusi perkhidmatan Dr Dent. Ia adalah perkhidmatan pembaikan kemek dan calar tanpa memerlukan kereta dicat semula.

Menerusi kaedah pembaikan PDR yang sudah diamalkan di Amerika Syarikat sejak berpuluh-puluh tahun lalu itu, kemek dan calar kecil pada kenderaan boleh dihilangkan dengan mudah tanpa pemilik kenderaan perlu menghantar kereta ke bengkel. Sebaliknya, Dr Dent akan datang membaiki masalah itu pada kos yang munasabah di mana-mana lokasi yang diminta pelanggan.

Pembaikan bagi kemek tanpa kerosakan cat sebesar hingga satu inci (2 1/2 cm) akan dicaj RM80 dan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk disiapkan. Sedangkan ketuk dan cat seluruh panel yang boleh membabitkan kos sehingga RM200 dan perlukan satu hingga dua hari untuk disiapkan.

“Menerusi perkhidmatan ini, pelanggan tidak perlu bimbang kemungkinan cat panel yang baru diketuk tidak sama dengan cat asal kereta mereka,” kata Will Yong, Pengarah Urusan Dr Dent.

Dr Dent juga membaiki calar kecil terutama pada bamper. Sentuhan kemasan yang dilaksanakan dapat disiapkan dalam tempoh antara empat hingga lima jam dan dikenakan bayaran RM240.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan mengembalikan sinar lampu depan dan sistem penjimat bahan api,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Minggu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yong berkata, industri membaik pulih kenderaan masih baru di Malaysia dan sebahagian besar Asia, tetapi ia mempunyai potensi pertumbuhan besar sejajar dengan pertumbuhan pesat ekonomi serantau.

“Dengan persekitaran yang semakin berdaya saing, menghantar kereta ke bengkel bukanlah antara perkara yang digemari, justeru perkhidmatan Dr Dent mengatasi masalah itu,” katanya.

Perkhidmatan itu setakat ini hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang, tetapi rancangan sudah disusun untuk dikembangkan ke kawasan lain.
waniezz
QUOTE(budak_nakal_jpn @ Mar 21 2005, 02:23 PM)
jenuh aku nak baca...

hahahaha...sama ler..
faizfendyzzz
kalo yg kaki modified plak camno thehehe .. sajer jer blum.gif
Ewan_sn
Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama


ADA ketikanya anda ada urusan di luar negara dan terpaksa meninggalkan kereta berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Anda mungkin berasa bimbang kereta anda rosak dan prestasi menurun kerana tidak dihidupkan enjinnya.

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Ada yang jarang menggunakannya hingga diletakkan dalam garaj untuk tempoh yang lama.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah setahun tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan dengan situasi itu, apa yang paling utama ialah meletakkan kenderaan di garaj yang kering dan redup.

Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, bertujuan mengatasi masalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

Titiskan minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda untuk mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.
Ewan_sn
Cara terbaik bagi penjimatan petrol


CARA terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.



Antaranya, penggunaan gear dua atau tiga (kereta manual) terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol hingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.

Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Jalan yang sesak juga mengurangkan perbatuan. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.

Apa yang pasti, harga petrol yang sentiasa meningkat sejak 10 tahun lalu mendorong pengguna kenderaan bermotor terutama kereta akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling rendah.

Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol di pasaran.

Ini kerana pembelian alat berkenaan belum tentu memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.

Harus diingat, kereta besar berkuasa kuda tinggi adalah melebihi 2000 cc lazimnya menggunakan petrol yang banyak.
Ewan_sn
deleted
Ewan_sn
Tips menjaga tayar


TAYAR adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Keengganan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar tidak berbunga atau sering disebut tayar botak boleh mengundang masalah di jalan raya.



Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan.

Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:

l Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

l Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.

Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.

l Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.

l Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.

l Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.

l Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.

l Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.

l Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.

Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.

l Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.
Ewan_sn
Pastikan enjin panas sebelum mulakan perjalanan



UNTUK menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh
yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan
pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba,
kecuali dalam keadaan terdesak.


AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.

Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.

Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.

Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.

Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.

Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.
Ewan_sn
Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar


SETELAH beberapa tahun menggunakan kereta yang sama, anda mungkin berhadapan dengan situasi bahawa enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh. Keadaan sebegini biasanya mudah dirasai ketika mendaki bukit.

Ada ketikanya anda berasa enjin kereta sudah mengaum tetapi kereta tidak meluncur laju. Selain disebabkan kerosakan dan kebocoran ekzos, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti.

Malah, dalam keadaan biasa kereta dapat bergerak menaiki bukit dengan menggunakan gear ketiga. Tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak dan akhirnya terpaksa menukar kepada gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan pada sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, apabila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap sebab-sebab dan pembaikan kecemasan sebegini boleh dilakukan:


Pertama; periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis-suis penutup arus.


Kedua; periksa sama ada sistem penyaluran petrol berada dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas.

Periksa juga adakah cekam rosak atau brek yang bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

Masalah berkenaan sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya.

Seterusnya, enjin juga tidak mengeluarkan daya penuh apabila mampatan enjin tidak cukup tinggi. Biasanya kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua atau gasket kepala selinder bocor. Masalah ini sering terjadi kepada kereta yang menggunakan suntikan terus dan selalu dipandu laju dalam perjalanan jauh. Bagaimanapun, gejala ini kurang menjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.
Ewan_sn
Cara hidupkan kereta apabila bateri lemah

PEMILIK kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau ada temu janji.

Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin.

Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start.

Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran ditutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.
Rakit_silver
nice topic for newbie.......... biggrin.gif
Ewan_sn
Tips: Penjagaan radiator


RADIATOR adalah komponen sampingan kereta yang berfungsi untuk menyejukkan enjin. Namun begitu ada juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukan udara seperti VW atau Volkswagon, tapi rata-rata kereta di atas jalan raya sekarang menggunakan radiator.

Sistem penyejukan air dapat menghalang enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian enjin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam enjin.

Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun enjin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi enjin yang menggunakan sistem penyejukan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan enjin.

Cara penyelenggaraan radiator:
1. Buka kunci hos di bahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan enjin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila enjin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu enjin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

Penggunaan coolant boleh memendekkan jangka hayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat. Sekiranya radiator tersumbat, ada kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas.

Sekiranya radiator bocor, sila ke bengkel dengan segera untuk menukar sama ada baru atau terpakai.
tun_teja
hee..thanks edi...banyak info yg aku dapat nih.. laugh.gif
gidthegreat
blink.gif mata dah jadik mcm nie da.....
Ewan_sn
QUOTE(gidthegreat @ May 12 2005, 12:52 PM)
blink.gif mata dah jadik mcm nie da.....

Orang yg dahaga ilmu dan nak tahu jer yg akan membacanya...

P/s : Bacalah satu2 ikut tajuk...bukan surtuh baca semua... blum.gif wink.gif
Ewan_sn
Punca pendingin hawa tidak berfungsi


KETIKA memandu kereta dalam kesesakan jalan, anda tentu berasa gelisah dan tidak selesa jika sistem pendingin udara kereta tidak berfungsi – air-cond tidak sejuk, angin yang keluar berbau hapak dan saluran paip bocor.



Sistem pendingin udara (air-cond) sebenarnya berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk.

Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas itu. Begitulah secara asasnya bagaimana pendingin hawa kereta berfungsi.

Namun ada beberapa masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakan peralatan air-cond.

Angin panas atau air-cond tidak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas air-cond (tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan air-cond. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser.

Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu ditukar. Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga ditukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masih tidak sejuk, biar air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompresor ke cooling coil elok.

Tapi air-cond masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu dibuka dan gas perlu dibuang.

Air-cond tidak cukup sejuk juga menimbulkan masalah. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas air-cond diservis. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu air-cond dikawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan air-cond kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya air-cond lebih lama 'on'.

Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tidak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' air-cond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas.

Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis air-cond anda perlu di tukar.

Satu lagi masalah ialah angin air-cond berbau hapak dan tidak selesa. Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kereta anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di servis hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

Apabila anda mendapati corong keluar angin air-cond berminyak, ia juga bermasalah. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin air-cond akan panas.

Adalah lebih baik air-cond diservis setiap tahun dan untuk perjalanan jauh di lebuh raya. Jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat air-cond anda kerana ia sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.
onehazmir
PANDUAN MENGUKUR SAIZ RIM & TAYAR ANDA
dituju khas bg sape2x yg nak sambar Sport rim baru..

http://www.needforspeed.co.uk/htmlpages/TechWheels.htm

hehe..english ler brader.. tp tgk gambarajah pon dah paham.. laugh.gif
Ewan_sn
QUOTE(onehazmir @ May 19 2005, 10:57 PM)
PANDUAN MENGUKUR SAIZ RIM & TAYAR ANDA
dituju khas bg sape2x yg nak sambar Sport rim baru..

http://www.needforspeed.co.uk/htmlpages/TechWheels.htm

hehe..english ler brader.. tp tgk gambarajah pon dah paham.. lol.gif





Ewan_sn
Cara pemanduan jimatkan petrol

APABILA dijemput menyertai Cabaran Lebih Nilai Media Shell (3-5 Mei) yang dilancarkan sempena kempen Skimming Stone dengan cogan kata ‘Lebih Kilometer Dengan Petrol Shell’, barulah penulis diuji untuk memandu dengan cara yang boleh menjimatkan minyak.

Lebih Kilometer dengan Petrol Shell diperkenalkan pada 2003 dan berdasarkan kajian pada 2004, sembilan daripada 10 pemandu yang menggunakan petrol Shell ketika ditemubual mengaku mereka mendapat lebih kilometer.

TANGKI kereta peserta ditutup dengan pelekat sepanjang tempoh Cabaran Lebih Nilai Media Shell selama tiga hari.



Sebelum cabaran bermula, peserta diberikan baucar RM50 untuk mengisi tangki kereta masing-masing dengan minyak Shell. Pada hari yang dinanti-nantikan pada 3 Mei, semua kereta peserta berkumpul di stesen minyak Shell yang terletak di antara Plaza Tol Subang dan Damansara Lebih Raya Lembah Klang Utara (NKVE).

Oleh kerana penulis sudah mengisi minyak Shell pada petang 30 April dan hingga 3 Mei tidak begitu banyak bergerak, maka di stesen minyak ini, tidak banyak minyak boleh diisi.

Penutup tangki kemudian ditampal dengan pelekat untuk memastikan hanya minyak dalam tangki kereta itu digunakan dan tidak ditambah.

Selepas Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Mohzani Wahab, melepaskan kereta peserta, maka bermulalah cabaran saya.

Bagaimanapun, keadaan kerja tidak mengizinkan saya untuk menggunakan sepenuhnya minyak yang diisi ke dalam tangki. Ini kerana kerja lebih banyak dihabiskan masa di pejabat.

Maka berulanglah kereta antara rumah ke pejabat di Jalan Riong, Bangsar, sejauh kira-kira 36 kilometer atau 72 kilometer pergi dan balik. Dalam tempoh tiga hari itu, hanya sekali destinasi melencong, iaitu ke Kota Damansara.

Apabila tiba hari penamat, meter perbatuan di kereta mencatatkan sebanyak 216 kilometer. Dengan 12.92 liter yang digunakan sejauh itu, bermakna setiap satu liter membawa kereta penulis sejauh 16.7 kilometer.

Saya tidak tahu prestasi kereta lain. Mungkin ada yang lebih baik atau lebih teruk. Apa yang saya tahu semua peserta telah mencatatkan perbatuan sebanyak 1,760 kilometer.

Melalui program itu, setiap kilometer yang dicatatkan dalam pemanduan peserta bernilai RM4 dan akan disumbangkan kepada rumah amal. Berdasarkan keseluruhan perbatuan yang dicatatkan oleh peserta, maka jumlah derma yang dikumpulkan adalah sebanyak RM7,040. Bagaimanapun, Shell menambah jumlah derma itu hingga kepada RM20,000.

Berbalik kepada cerita rakan saya merungut sebelum ini, mungkin ada baiknya saya memberitahunya beberapa petua yang dipraktikkan sepanjang tempoh cabaran itu untuk menjimatkan penggunaan petrol, iaitu:


Memandu dengan tenang – Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.


Berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus).


Tayar – Tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus.


Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.


Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).


Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang.


Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.


Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.


Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.


Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus.

Kalau kawan saya membaca petua ini, cuba-cubalah mengamalkannya. Begitu juga dengan pembaca. Memang nanti akan ada orang kata ‘cakap bolehlah’. Bagaimanapun terpulanglah, tepuk dada tanya selera.

Jika anda hendak menjimatkan penggunaan minyak, cubalah dulu petua ini. Saya sudah mencuba, memang susah, tetapi apabila pemanduan berhemah dijadikan tabiat, hasilnya berbaloi!
Ewan_sn
Tips penjagaan lampu


KITA tidak harus beranggapan bahawa lampu kereta hanya untuk kegunaan pada waktu malam. Ada ketikanya perjalanan pada siang hari membawa ke sebelah malam. Lampu brek, misalnya digunakan sepanjang masa. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, lampu harus berfungsi.

Lampu kenderaan sama ada depan atau belakang perlu sentiasa berkeadaan baik bagi membolehkan anda melihat dengan jelas pada waktu malam selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat kereta anda.

Anda perlu faham dan sedar mengenai pentingnya semua lampu pada kenderaan diuji dan diselenggara dengan baik. Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri pada lampu kenderaan dengan memeriksa setiap penutupnya bagi memastikan tidak berlaku keretakan yang boleh menjejaskan pancaran lampu.

Harus diingat, setiap lampu kenderaan adalah berpasangan serta mempunyai penutup yang sama berwarna putih dan kuning. Jika satu daripada lampunya tidak berfungsi, pasangannya turut mengalami masalah.

Selain itu, anda juga perlu memeriksa pemantul cahaya yang biasanya bersalut aluminium bagi mengelakkan ia tidak terguris atau berkarat. Jika ia tercalar, seluruh pemantul perlu diganti kerana boleh menjejaskan kuantiti pancaran.

Anda boleh membersihkan pemantul itu dengan kain bersih, sabun dan air tetapi jangan sekali-kali gunakan penanggal karat, penggilap atau bahan kimia lain kerana ia boleh merosakkan salutan aluminium itu.

Untuk mengesan kerosakan lampu brek, lampu mengundur atau lampu isyarat membelok, anda perlu memeriksa belakang kenderaan dan minta bantuan rakan bagi menghidup enjin, memasang suis lampu atau menekan brek.

Sekiranya lampu masih menyala selepas brek dilepaskan, bermakna suis di bahagian pedal brek anda mengalami kerosakan tetapi jika sebaliknya, periksa lampu, pemegangnya, sambungan wayar dan fius.

Kaedah yang sama boleh dilakukan bagi memeriksa lampu lain termasuk lampu depan, lampu isyarat membelok dan lampu sorot. Anda boleh juga meminta bantuan mekanik atau pusat servis untuk memeriksa lampu dan brek berkenan. Sekiranya lampu kenderaan berkelip-kelip, anda perlu periksa sistem pendawaian elektrik, kedudukan lampu dan sambungannya kerana kerosakan pada penebat wayar menyebabkan litar pintas.

Jika satu lampu tidak menyala, anda perlu memeriksa lampu dan kedudukan kabelnya kerana kerosakan itu mungkin berpunca lampu rosak, hubungan lampu dan kabel kurang baik atau kabel terputus. Sekiranya kedua-dua lampu tidak menyala, masalah itu mungkin disebabkan fius terputus. Keluarkan fius itu daripada kotak khas dan periksalah keadaannya. Jika fius putus atau rosak, ia perlu diganti tetapi harus sama nilainya dengan yang asal kerana kekuatan fius boleh diketahui melalui tulisan pada bekasnya. Jika ketika itu anda tidak memiliki fius simpanan, gunakan fius dari bahagian lain yang tidak terlalu diperlukan.

Mengesan kerosakan dan membaiki lampu:

1. Kerosakan pada lampu brek kenderaan anda boleh berpunca daripada mentol yang terbakar, lampu tidak dipasang dengan baik, suis lampu brek tidak berfungsi atau fius putus.

2. Sekiranya hanya satu lampu brek berfungsi, ia mungkin berpunca daripada mentol yang terbakar atau hubungan antara lampu dan kedudukannya kurang baik.

3. Untuk memeriksanya, anda perlu membuka penutup bahagian yang tidak menyala dan keluarkan mentolnya. Kemudian periksa mentol berkenaan menggunakan bateri.

4. Sekiranya selepas diuji lampu masih tidak menyala, bermakna mentol terbakar dan ganti dengan yang baru tetapi sekiranya menyala, mungkin ia disebabkan hubungan antara mentol dan kedudukannya tidak sempurna.

5. Jika kedua-dua lampu brek tidak menyala, besar kemungkinan berpunca daripada fius yang terbakar atau kerosakan pada suis penyalaannya.

6. Jika fius terbakar, ganti dengan fius baru atau gunakan fius pada bahagian lain yang kurang diperlukan terlebih dulu tetapi jika suis penyalaannya rosak, anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel untuk diperiksa.
Ewan_sn
deleted
buzen5
abg mcm mana pulak kalau enjin tak boleh start...sekarang sy pakai Toyotake30 baru je baiki alternater...tapi sekarang tak boleh start balik le............. biggrin.gif
paper_less
keta bini aku...satria...kipas belah mana ek...kunci on kipas hidup tu dah tak leh pusing...brape kos ...alternator biasa brape ek...normally bile dia consider rosak...
Ewan_sn
Menjimat penggunaan petrol dengan Stromberg


TIDAK usah bimbang dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Pengguna diberikan pilihan untuk mencuba alat Penukar Berfrekuensi Tinggi Stromberg atau produk penjimat petrol yang saja mampu menjimatkan penggunaan petrol sehingga 14 peratus, tetapi dikatakan mampu meningkatkan kuasa enjin sehingga 20 peratus.

Pemilik kenderaan juga tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk mengubah suai enjin atau penyelenggaraan. Secara teknikalnya, produk penjimat Stromberg adalah alat yang dicipta khas untuk dipasang pada kabel palam pencucuh dalam kenderaan.

Ia menukarkan arus gelombang daripada frekuensi rendah kepada tinggi yang mampu memberikan pembakaran petrol maksimum iaitu 95 peratus berbanding kabel biasa yang hanya melakukan pembakaran petrol pada tahap mega_shok.gif peratus, ditambah pula dengan percikan api pada palam pencucuh lebih kuat.

Berdasarkan kajian, pengguna kenderaan tanpa Stromberg terpaksa menekan 50 peratus pedal minyak bagi mencapai kelajuan 120 kilometer sejam tetapi selepas menggunakan alat itu, mereka hanya perlu menekan 40 peratus saja pedal minyak bagi mendapatkan kelajuan sama.

Teknologi Jerman yang mula diguna pakai sejak 44 tahun lalu itu dijadikannya asas untuk memberikan sesuatu yang menarik kepada rakyat tempatan.

Baru-baru ini, Kerajaan memutuskan kenaikan harga runcit diesel dan petrol, masing-masing sebanyak 20 sen dan 10 sen seliter bagi membendung kenaikan subsidi yang ditanggung kerajaan bagi produk petroleum.

Berikutan itu, harga baru diesel di Semenanjung ialah RM1.081 seliter, petrol RON97 berharga RM1.52 sen seliter dan RM1.48 sen seliter bagi petrol RON92.

Harga diesel di Sabah pula ialah RM1.084 seliter; petrol RON97 berharga RM1.50 seliter dan RM1.48 seliter untuk RON92. Harga baru diesel di Sarawak ialah RM1.078 seliter, petrol RON97 berharga RM1.51 seliter dan RM1.48 seliter bagi RON92.

Pengarah Urusan Stromberg Fuel Saver (Malaysia) Sdn Bhd yang juga pemegang francais produk itu bagi sektor Asia, Abd Razak Abd Kadir menjelaskan penjimat petrol Stromberg bukan saja memberi jaminan produk selama tujuh tahun, malah mempunyai pelbagai jaminan terbaik kepada pengguna dan kenderaan masing-masing.

Antara jaminan itu ialah penjimatan petrol dan peningkatan kuasa enjin sehingga 20 peratus, memanjangkan jangka hayat palam pencucuh sehingga 30,000 kilometer dan memudahkan enjin dihidupkan.

Hanya 10 minit saja diperlukan bagi pemasangan setiap unit penjimat petrol Stromberg pada kenderaan. Ia sesuai dipasang pada kereta, motosikal, lori kecil, van, teksi, bot, mesin rumput dan generator yang menggunakan enjin karburetor, suntikan bahan api, turbo, atau gas cecair petroleum (LPG).

Kata Abd Razak, inilah masanya untuk pengguna Malaysia mencuba penjimat petrol Stromberg bagi membantu menyelesaikan perbelanjaan harian terutama penggunaan harian kenderaan masing-masing.

Hampir 200,000 kenderaan mengguna pakai penjimat petrol Stromberg di seluruh negara, tidak termasuk penggunaan di Singapura, Republik Rakyat China, Australia, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Terbaru, Stromberg Malaysia bersama Pengarah Urusan merangkap prinsipal Stromberg Afrika Selatan, W Robert Hoekstra berada di New Delhi, baru-baru ini, bagi mensasarkan penjualan produk penjimat petrol itu berdasarkan strategi pasaran yang baik.

Bagi menjamin keyakinan kepada pengguna, Stromberg International berpusat di Jerman pernah menerima anugerah Produk Teknologi Berprestasi Tinggi daripada Persatuan Automobil Jerman (AAG) di Berlin, dua tahun lalu.

Pengiktirafan anugerah itu diberikan berikutan keberkesanan dan fungsi produk penjimat petrol Stromberg.

Produk itu sudah menjalani satu uji kaji menyeluruh mengenai keberkesanannya melalui ujian Dyno di Pusat Taman Teknologi Automotif, Berlin.

Alat ini juga melancarkan sistem penyalaan iaitu menghasilkan pembakaran dalam enjin lebih cekap dan enjin mudah dihidupkan serta mengurangkan pembentukan karbon dalam enjin.
Ewan_sn
Punca kereta hilang pecutan

SETIAP kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan hanya diberi kepada masalah pada enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya. Biasanya, kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

Harus diingat, ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor atau tersumbat dan saat penyalaan terlalu lambat.

Kerosakan pada saluran minyak

KEROSAKAN pada saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan karburator iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan kembali. Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus (sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

Penapis udara tersumbat

KEMUDIAN anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera. Ada dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu dilakukan dengan cermat.

Sekiranya penapis udara itu sudah lama digunakan, langkah terbaik adalah menukarnya kepada penapis baru supaya pengedaran udara dalam enjin lebih lancar.

Selain itu, pembaikan kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat kemasukan petrol yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan pada paip petrol serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat penyalaan turut menjadi punca kepada masalah itu.

Penyalaan enjin tidak tepat
PENGGUNA kereta harus sedar dan sentiasa mengambil tahu apabila berhadapan dengan masalah prestasi pecutan kereta tidak memuaskan. Minta bantuan mekanik untuk memeriksa sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat atau tersumbat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, bila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap puncanya dan pembaikan kecemasan boleh dilakukan, sama ada melakukan memeriksa sendiri (jika tahu) atau memanggil mekanik.

Periksa sama ada penyalaan enjin kereta sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis penutup arus.

Sistem penyaluran petrol

PERIKSA sama ada sistem penyaluran petrol dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran. Periksa juga sama ada injap udara (choke) berada dalam keadaan tertutup.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas. Periksa juga adakah cekam rosak atau brek bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh
Ewan_sn
Hati ketika meredah jalan licin dan berair


CUACA di Malaysia tidak selamanya cerah. Ada ketikanya pemandu terpaksa meredah hujan lebat menyebabkan jalan licin dan becak. Ketika hujan lebat, pemandu perlu berhati-hati termasuk memperlahankan kenderaan dan tidak membrek sesuka hati terutama menggunakan tayar lama dan tidak berbunga.

Walaupun hujan memberi kelebihan baik kepada sistem penyejukan pada bahagian enjin kenderaan, namun cuaca seperti itu menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas apa lagi permukaan jalan licin yang boleh mengakibatkan kemalangan.


PEMANDU perlu berwaspada apabila merempuh air supaya air tidak terpercik membasahi enjin, khasnya bahagian sistem penyalaan.



Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai panduan jika terpaksa meredah pada waktu hujan.

Pastikan bahagian bawah kenderaan tiada kebocoran manakala semua pintu mempunyai kedapan (seal) yang baik dan bahagian enjin, kotak gear dan galas (bearing) tidak berlaku kebocoran.

Sistem cekam (clutch system), sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik manakala .

Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman mantap manakala penggilap (wiper), hon dan sistem elektrik seperti bahagian lampu hadapan dan juga lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika meredah jalan dinaiki air ialah memberi laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah tidak melebihi had tayar.

Sekiranya di bawah satu kaki tinggi, pemanduan boleh dilakukan tetapi harus ingat, pandu kenderaan anda secara perlahan yang boleh.

Ia bertujuan untuk mengelakkan percikan air membasahi enjin khasnya bahagian sistem penyalaan (ignition system).

Jangan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin basah dan pengguna lain terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena percikan air.

Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan memandu laju kerana sistem brek anda tidak berfungsi sepenuhnya kerana permukaan brek basah.

Bagi mengatasi masalah ini, gunakan gear satu atau dua bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear satu bagi sistem automatik.

Tekan pedal minyak dan brek serentak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
Ewan_sn
Cara mengekalkan kilauan kereta


MEMANG ada orang malas membasuh kereta dengan alasan tiada masa. Kebanyakannya menghantar ke tempat cucian kereta dan membayar antara R5 dan RM10 sekali cucian. Ada juga yang tidak berminat menjaga kebersihan bahagian dalam kereta hingga ada kanak-kanak menyindir sarang tikus’ dengan surat khabar, selipar, plastik dan bungkus gula-gula berselerak di sana-sini.

Namun, ramai juga yang rajin mencuci kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali sambil melihat minyak hitam, air bateri, tekanan tayar dan tar pada badan kereta. Bagi mereka, membasuh sendiri menimbulkan kepuasan selain kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Elak guna sabun basuh

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci bahagian luar dan dalam sekali dalam masa satu atau dua minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.

Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Pilih bahan pengilat bermutu

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta.

Bagaimanapun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau ######lik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.

Hati-hati mencuci enjin

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.

Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air. Versi Digital
Ewan_sn
Cara sejukkan enjin kereta terlalu panas


WALAUPUN enjin kereta anda dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Namun, enjin boleh disejukkan kembali dengan menghentikan kenderaan dan mematikan enjin, membuka bonet dan selepas itu, jika perlu mengisi radiator dengan air sejuk.

Enjin yang terlalu panas kerana terlalu lama dihidupkan setelah membuat perjalanan jauh juga boleh mengundang bahaya jika lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan.

Tapi ketika memandu, anda tentu bimbang jika penunjuk meter yang menentukan tahap kepanasan enjin menghampiri peringkat H (hot).

Kepanasan enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.


Ekzos tersumbat

SISTEM penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Jika perkara ini berlaku, beberapa langkah pertama boleh dibuat. Mula-mula buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi.

Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankan seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.


Hati-hati buka radiator

TIDAK lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Buka tutup radiator dan ketukkannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat sebelum kenderaan dibawa ke bengkel.


Paip radiator tersumbat

HARUS diingat, paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur akan menyebabkan aliran udara penyejuk terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.