Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Tempat Utk Ibu (juga Utk Bapa) Mendapatkan Info...
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan > Info Keibubapaan dan penjagaan anak
Pages: 1, 2, 3
Ewan_sn


Senarai Articles Menarik...Sila klik pada tajuk untuk membaca isi kandungannya.

1) Olahraga Ketika Hamil Mudahkan Proses Bersalin

2) 15 Panduan keselamatan untuk kanak-kanak

3) Berhati-Hati Ketika Perjalanan Jauh Ketika Hamil

4) 'Baby blues' selepas melahirkan

5) Jangan pisahkan anak dengan ilmu akidah

6) Tips Untuk Menyayangi Anak

7) Tips Ibu Mengandung

dirol.gif Gagah Semasa Hamil

9) Sakit bahagian sulit selepas lahir anak

10) Cara Menentukan Anak Lelaki dan Perempuan

11) Pengiraan Tarikh Bayi Anda Akan Lahir...Siri (11)

12) Keadaan Yang Memerlukan Pembedahan Ketika Bersalin

13) Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Bayi Dalam Kandungan Lemas

14) Sembelit Selepas Kelahiran

15) Masalah Hubungan Seks Selepas Bersalin

16) Masa Yg Selamat Mengandung Semula Selepas Pembedahan

17) Adakah Parut Bedah Pecah Jika Hamil Lagi?

18) Anak kerap kencing ketika tidur

19) Ibu hamil risau posisi uri di bawah

20) Maksud rahim terbalik selepas bersalin

21) Kawal SLE sebelum hamil

22) Virus bronkiolitis serang bayi

23) Mengapa Penyusuan Susu Ibu Paling Sesuai Untuk Bayi

24) Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu

25) BAGAIMANA PROSES PENGELUARAN SUSU BERLAKU

26) MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI

27) MASALAH YANG SERING BERLAKU SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU

28) Tanda Alahan Pada Kanak-Kanak Dan Cara Mengatasinya

29) PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL...Siri (29)

30) Anak-anak tidak akan belajar....Siri (30)

31) Persedia Perlu Sebelum Hamil....Siri (31)

32) Tanda-Tanda Kehamilan....Siri (32)

33) Fasa Kehamilan ....Siri (33)

34) Cecair berbau dari kemaluan anak...Siri (34)

35) Urut bayi anda banyak manfaat....Siri(35)

36) Jangkitan kuman boleh jadi sebab kelahiran pramatang...Siri (36)

37) Bengkak Kaki Ibu Hamil...Siri (37)

38) Keguguran buat bakal ibu fobia....Siri (38)

39) Risiko kencing manis bagi ibu hamil...Siri (39)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2781659

40) Faktor Mempengaruhi Perkembangan Anak...Siri (40)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2786785

41) Hentikan ubat kurus badan jika hamil...Siri (41)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2794555

42) Petua menyusu bayi pada Ramadan...Siri (42)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2794562

43) Bertungku - Pulihkan Perjalanan Darah....Siri (43)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2796639

44) Kelahiran Paksa ....Siri (44)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2797556

45) Nama-nama yang dilarang di dalam Islam...Siri (45)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2805350

46) Kanak-kanak dibiar bebas meneroka cepat menulis....Siri (46)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2805354

47) Tips hadapi rawatan kehamilan...Siri (47)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2805455

48) MEROYAN – Lelaki fahamkah keadaan ini?...Siri (48)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...5&#entry2806303

49) Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak...Siri (49)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2807177

50) Ingin perbetul rahim ke belakang

51) Perubahan Ke arah Kedewasaan - Wanita

52) Masalah Radang Kulit Pada Kanak-Kanak

53) Kahwin lambat risiko semasa hamil

54) Dapat anak lelaki jika lewat hamil

55) Adab Suami Ketika Isteri Dalam Hamil

56) Punca kepala bayi membesar

57) Hak isteri selepas berkahwin dan apabila diceraikan

57) Elak bayi lemas di tempat tidur

57) Tanda-tanda Mengandung dan Tips Ibu Mengandung








................................................................................
....................



Olahraga Ketika Hamil Mudahkan Proses Bersalin....Siri (1)

Sepanjang tempoh kehamilan, tidak bermakna anda tiba-tiba bertukar menjadi susuk tubuh yg ‘rapuh’, sehingga semua yg yg dilakukan harus dibuat dlm keadaan esktra hati-hati sampai menggerakkan tubuh utk olahraga pun cuba anda hindari. Bukan begitu caranya! Berhati-hati memang perlu, tapi kesihatan anda dan si bayi juga mesti diberi kutamaan.

Menurut satu kajian perubatan di Amerika, wanita hamil yg menjalani kegiatan olahraga, akan ‘menikmati hasilnya’, seperti ;

1) Kehamilan berjalan lancar
2) Proses melahirkan menjadi lebih mudah
3) Sembuh/sihat lebih cepat setelah melahirkan
4) Lebih mudah menepis galau, perasaan normal yg timbul setelah melahirkan.

Bagi anda yg memang rajin melakukan olahraga sebelum mengandung, teruskan, jgn menghentikannya. Yg penting kekerapan melakukan olahraga itu mestilah disesuaikan dgn bulan kehamilan.

Tapi bagi anda yg sememangnya jarang atau hampir tidak pernah berolahraga, mulailah melakukannya ketika tubuh berbadan dua. Tidak memudaratkan jika memulainya dgn secara perlahan-lahan. Yg penting olahraga itu mengikut jadual tetap dan teratur.

Dengan melakukan kegiatan sihat ini, bayi yg dilahirkan akan memiliki kapasiti yg lebih besar utk menyimpan oksigen dlm tubuhnya dan risiko berlebihan berat badan bayi dalam kandungan semakin mengecil. tetapi ingat jgn sampai dihidrasi ketika berolahraga, minumlah air pituh sekerap mungkin. Hentiak olahraga jika anda mulai berasa panas yg berlebihan.

American Journal of Public Health (1998) turut menjawab pertanyaan...’Perlukah wanita hamil berolahraga?’. Dalam kajian jurnal itu turut menegaskan keperluan senaman ini terhadap wanita hamil. Catatan kesihatan yg berasakan kajian ini menyebut adanya peningkatan bukti perubatan yg menunjukkan bahawa kegiatan olahraga adalah amalan yg sgt sihat dilakukan ketika wanita sedang hamil., Di samping itu, wanita hamil yg rajin berolahraga kebanyakannya berjaya mencapai waktu kandungan yg ideal iaitu sembilan bulan, berbanding wanita hamil yg malas berolahraga.

Apabila anda sudah mendapat ‘lampu hijau’ dpd doktor, segeralah melakukan olahraga itu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap kali melakukannya.

Jenis olahraga yg boleh dan mudah dilakukan seperti jalan kaki, berenang, megayuh basikal statik atau bergabung dgn kelas aerobik khusus utk wanita yg sedang hamil. Hindari dari berolahraga di tempat terbuka atau di bawah terik matahari, atau olahraga yg sifatnya melompat-lompat. Jangan melakukakan sit up dgn posisi kaki ditekuk kebelakang lutut. Gerakan yg ada hubungan dgn tidur terlentang dan target menyentuh ibujari kaki sebaik-baiknya tidak anda lakukan ketika kandungan berada pada tiga semesta pertama. Hindari juga olahraga yg seperti menunggang kuda apalagi mendaki gunung!

Persiapan ketika berolahraga juga mesti mesti lengkap seperti memakai supportive bra, kasut olahraga yg selesa dan berukuran sesuai serta sebotol air putih. Segera berhenti dari berolahraga jika anda mula terasa pening, kepanasan, sakit pada bahagian tertentu atau terasa mahu pengsan.

Beberapa doktor dan kajian yang dibuat oleh mereka, menunjukkan hasil susah payah anda berolahraga itu amat berguna ketika proses melahirkan.

Tambahan lagi, otot yg terbentuk dgn baik itu, mempermudahkan tubuh utk cepat ‘mengecil’ setelah melahirkan, sehingga anda akan kembali langsing sebaik sahaja habis tempoh berpantang.

Diet Selepas Melahirkan

Tubuh mengembang setelah melahirkan sudah pasti membuat ibu-ibu ‘ baru’ terburu-buru mencari cara utk mengembalikannya ke ‘ bentuk asal’. Uasaha ini tidak salah asalkan diet yg dilakukan itu tidak mempengaruhi keseimbangan keperluan nutrisi bagi anda mahupun si bayi. Menurut satu kajian yg ditulis dalam buku, medicine and Science in Sports and Exercise, vitamin V6 (suplement) adalah satu vitamin yg penting utk para ibu yg baru melahirkan.

Vitamin V6 berperanan dlm melancarkan ######.bolisme tubuh dan meransang otak serta dapat menurunkan tingkat depresi yg biasa dialami oleh para-para ‘ibu baru’ ini. Untuk bayi apalagi, kerana keperluan vitamin V6 yg rendah akan berpengaruh terhadap pertumbuhan fizikal dan mentalnya.

Jika ingin merampingkan tubuh tapi anda masih menyusukan bayi, olahraga dan diet boleh anda lakukan asalakan anda tetap membekalkan vitamin V6, dlm doa yg lebih tinggi secara rutin. Vitamin ini akan membantu anda menjaga kadar vitamin ideal yg terkandung dlm air susu badan utk si bayi.

Kalau anda ingin menambah makanan segar selain suplement yg mengandungi vitamin V6, pilihlah makanan seperti kacang soya, ikan tuna, ikan salamon, bijirin dan hati.


Edirossa
Ewan_sn
15 Panduan keselamatan untuk kanak-kanak....Siri (2)

1) Jangan cuba mengambil apa-apa yang tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja kerana kamu mungkin terjatuh dan tercedera. Minta bantuan orang dewasa. Jangan duduk atau berdiri di tempat yang lebih tinggi dari lantai.

2) Kemaskan barang permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan terjatuh.

3) Jangan buka tingkap atau menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.

4) Jangan berlari atau melompat apabila ada makanan di dalam mulut kamu atau jika kamu sedang memegang benda tajam seperti gunting.

5) Jangan berlari atau bermain di tangga. Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.

6) Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.

7) Jangan sekali-kali bermain di dapur. Jangan masuk ke dapur ketika ibu sedang memasak. Kamu mungkin melecur jika terpegang benda panas atau luka akibat pisau tajam.

dirol.gif Jangan bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.

9) Jangan bermain dengan tali langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik.

10) Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya. Ia boleh tertumpah dan kamu boleh melecur dengan teruk. Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.

11) Jangan masuk ke dalam besen berisi air atau pergi berenang seorang diri kerana kamu mungkin lemas.

12) Jangan bermain dengan suis atau peralatan elektrik kerana kamu mungkin terkena kejutan elektrik.

13) Jangan bermain atau memakan sebarang ubat kecuali jika diberikan oleh orang dewasa. Ubat yang tidak sesuai untuk kamu boleh menyebabkan kamu jatuh sakit.

14) Jangan minum atau bermain dengan botol yang mengandungi bahan pencuci, penyembur serangga, baja atau apa-apa bahan yang disimpan di dalam stor kebun atau almari.

15) Jangan masukkan benda-benda kecil seperti butang, guli, duit syiling atau bateri ke dalam mulut.


Edirossa
Ewan_sn
Berhati-Hati Ketika Perjalanan Jauh Ketika Hamil....Siri (3)

Perjalanan jauh bukan tidak boleh bagi ibu hamil, sebaliknya perlulah dirancang supaya semuanya berjalan dengan baik Insya-Allah.

Pertamanya anda perlulah meminta nasihat doktor yang menjaga sama ada perjalanan jauh itu sesuai untuk anda dan kandungan.

Jika perlu, dapatkan laporan ringkas mengenai kehamilan supaya dapat memudahkan kesinambungan penjagaan kandungan jika wujud masalah dalam perjalanan atau ketika di kampung.

Selain itu, langkah-langkah berikut boleh diambil:

1. Pastikan anda sudah berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

2. Lebih penting lagi, suami yang akan memandu juga perlu cergas dan sudah cukup berehat supaya tidak mengantuk dan letih ketika dalam perjalanan.

3. Memakai pakaian dan kasut yang selesa.

4. Pastikan anda membawa bekalan makanan dan minuman (walaupun berpuasa).

5. Elakkan daripada mengambil minuman bergas.

6. Seseorang wanita yang hamil dan bermusafir pula, boleh berbuka puasa.

7. Pastikan anda minum air secukupnya ketika dalam perjalanan jika mengambil keputusan untuk tidak berpuasa.

8. Apabila anda berada dalam keadaan duduk yang agak lama, letakkan bantal kecil di belakang dan cuba lunjurkan kaki. Keadaan ini boleh mengurangkan kaki menjadi bengkak dan juga memperbaiki peredaran darah.

10. Posisi ini penting terutama bagi ibu yang mengalami urat bersimpul atau vena varikos, iaitu saluran (darah) vena menjadi kembang dan bengkak di bahagian kaki.

11. Urat bersimpul menjadi lebih teruk pada akhir kehamilan apabila berdiri atau kaki tergantung buat masa yang lama. Oleh itu, mengangkat kedua-dua kaki ke atas boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak vena.

12. Pada posisi ini, pengaliran darah berlaku dengan lebih baik dan tidak terkumpul di bahagian kaki. Jika anda melakukan perjalanan dengan kereta, pastikan kereta berkeadaan baik dan baru diservis.

13. Perjalanan hendaklah dirancang dan jangan tergesa-gesa di jalan raya.

14. Anda boleh berhenti pada bila-bila masa diperlukan untuk meregangkan badan dan memperbaiki peredaran darah.

15. Ketika di dalam kereta, pastikan anda memakai tali keledar. Langkah ini penting untuk menyelamatkan nyawa jika berlaku kemalangan.

16. Jangan risau mengenai janin akan terhimpit oleh tali itu kerana janin mempunyai air ketuban di sekeliling. Air itu adalah mekanisme untuk perlindungannya. Tidak ada bukti menunjukkan bahawa tali keledar boleh meninggikan risiko kecederaan janin.

17. Pakai tali keledar dengan meletakkan tali itu di bahagian perut, iaitu pada paras bawah yang mungkin. Tali di bahagian dada pula diletakkan di antara kedua-dua payu dara.

18. Anda mungkin perlu membuat pertukaran kedudukan tali dari semasa ke semasa supaya ia betul-betul selesa.

19. Jika anda ingin menaiki pesawat, anda mungkin memerlukan surat doktor yang menyatakan bahawa anda dan kandungan berkeadaan sihat dan sesuai untuk perjalanan itu.

20. Bagi memudahkan kedudukan dan pergerakan, anda dinasihatkan meminta tempat duduk berdekatan dengan laluan dan bukan di tepi tingkap.

21.Gerakkan kaki sekerap mungkin untuk memperbaiki peredaran darah.


Edirossa
Ewan_sn
'Baby blues' selepas melahirkan....Siri (4)


Sesetengah ibu akan mengalami ketegangan sebaik sahaja selepas bersalin. Ini dikenali sebagai ‘postpartum depression’ atau ‘baby blues’ atau dikenali juga sebagai ‘third day blues’ kerana biasanya terjadi selepas hari ketiga kelahiran. Sesetengah kes berlaku selepas satu atau dua minggu kelahiran, yang mana mereka berasa terlalu sensitif dan emosional meskipun terhadap perkara-perkara yang kecil dan remeh.

Kajian menunjukkan wanita yang mengalami ketegangan ini biasanya mempunyai bayi yang kerap menangis. Namun belum dibuktikan sama ada bayi meragam yang membuatkan si ibu tertekan, atau pun keadaan ibu yang tidak gembira membuatkan bayi turut meragam. Namun kemungkinan kedua-dua hal ini benar, ia merupakan satu putaran yang terus berulang.

Mungkin anda berfikir bahawa anda tidak pernah mengalami ketegangan seumpamanya. Namun kajian menunjukkan hampir semua ibu mengalami fenomena ini, cuma tempoh yang singkat menyebabkan mereka tidak menyedarinya. Biasanya mereka mengalaminya hanya selama beberapa hari dan terus lupa sebaik sahaja fenomena itu berakhir
.


Penyebab berlakunya 'baby blues'

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini:

1. Perubahan hormon
Semasa hamil, terdapat beberapa perubahan dari segi paras hormon. Hormon-hormon ini berada pada paras tertentu untuk mengekalkan kehamilan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, paras hormon tersebut akan turun secara mendadak. Penurunan paras hormon secara mendadak ini biasanya penyebab kepada ketidakstabilan emosi.


2. Pengalaman melahirkan
Kelahiran yang sukar dan mencabar juga menyumbang kepada perubahan emosi. Realiti yang meleset daripada jangkaan atau apa yang diharap-harapkan merupakan penyumbang terbesar kepada ketegangan perasaan ini. Misalnya, keinginan yang meluap-luap untuk mendapatkan anak lelaki tetapi melahirkan anak perempuan mungkin menyebabkan kekecewaan.


3. Keletihan
Proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak dan amat meletihkan. Berbaring tanpa melakukan sebarang pekerjaan kadangkala menjemukan dan boleh menimbulkan tekanan.


4.Perubahan cara hidup
Sebaik sahaja mempunyai anak kecil, terutamanya anak sulung, cara hidup pasangan tersebut akan serta-merta berubah. Perasaan mempunyai anak kecil dan komitmen yang perlu diberikan kepadanya boleh membuatkan seseorang itu rasa terperangkap dan tidak bebas melakukan apa yang diingini.


5. Rasa tidak berkebolehan
Wanita moden berkerjaya sentiasa rasa berkebolehan dan cekap melakukan sesuatu pekerjaan. Apabila pertama kali mempunyai anak, perasaan tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan perkara-perkara yang di luar kawalan boleh menimbulkan rasa tawar hati dan menyebabkan tekanan perasaan.


6. Pengasingan
Berpantang di dalam rumah kadangkala menimbulkan rasa keseorangan dan terasing, terutama apabila kunjungan rakan-rakan dan saudara-mara semakin berkurang. Tempoh dua bulan bercuti menimbulkan rasa jemu terutama bagi wanita bekerja yang mempunyai ramai kawan. Berbual bersama rakan, mesyuarat dengan pelanggan dan interaksi dengan pekerja lain menimbulkan rasa penting pada seseorang. Hal ini akan lenyap apabila berada di rumah.


7. Komplikasi pada bayi
Sekiranya bayi yang dilahirkan berhadapan dengan sebarang komplikasi, hal ini akan menimbulkan tekanan kepada si ibu.



Bagaimana 'baby blues' bermula?

Perasaan yang tidak menentu boleh bermula dengan sesuatu perkara remah yang adakalanya tidak berkaitan sama sekali. Misalnya, seorang rakan anda masuk ke bilik anda dan bertanya khabar. Tanpa sebab munasabah, anda tiba-tiba saja menangis. Reaksi suami yang tidak pandai memujuk, melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak anda akan menambah lagi tekanan perasaan. Sesetengah wanita tidak suka menangis di hadapan orang lain terutama suami mereka, oleh itu mereka sentiasa menahan perasaan. Keadaan ini menyebabkan perasaan mereka semakin tertekan.



Cara mengatasi

Perasaan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Misalnya, anda sendiri yang memutuskan untuk menghentikannya dengan mengatasi segala masalah yang timbul dan lebih berani berhadapan dengan segala perkara yang mendatang. Sekiranya anda boleh menyelesaikan tugas-tugas di sekeliling anda dengan lebih teratur anda akan rasa lebih selesa. Minta suami atau orang lain untuk membantu anda. Selepas berakhir, adakalanya ‘baby blues’ akan menyerang semula. Walaupun begitu, tempoh antara dua episod ‘baby blues’ akan menjadi lebih panjang dan lama-kelamaan anda akan rasa semakin berupaya menghadapi cabaran bayi baru.



Tip

1. Kurangkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja rumah, usahakan seseorang untuk membantu anda.

2. Jangan pendam perasaan. Biarkan diri anda menangis kerana ia cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Jangan rasa malu untuk meluahkan perasaan.

3. Jelaskan kepada suami anda kenapa anda menjadi emosi dan jelaskan kepadanya bahawa anda tidak mengharapkannya untuk menyelesaikannya tetapi cukup sekadar memahami. Misalnya memeluk anda sewaktu anda menangis.

4. Bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memahami tekanan perasaan yang anda alami. Menyembunyikan perasaan tidak menyelesaikan masalah.

5. Minta pertolongan. Jika anda memerlukan pertolongan atau nasihat, carilah seseorang yang boleh membantu anda.

6. Luangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri anda. Minta seseorang untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukannya.


‘Baby blues’ yang serius dan semakin parah dinamakan ‘postpartum depression’. Dalam kes ini, keluarga yang terlibat haruslah mendapatkan bantuan profesional.

Edirossa
Ewan_sn
Jangan pisahkan anak dengan ilmu akidah....Siri (5)

Sebagai ibu bapa moden masa kini, pastinya anda bijak dan tahu tentang peranan asas ibu bapa, namun pendidikan akidah perlu dilakukan dengan pendekatan yang tidak formal bagi memastikan anak-anak dapat menghayati sepenuh jiwa raga tanpa paksaan atau takutkan kepada ibu bapa itu sendiri. Beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik akidah anak-anak, antaranya sebagai ikutan atau role model, sebagai pendidik, sebagai pendorong dan sebagai penyampai maklumat atau ilmu.


Ibu bapa sebagai role model

Ibu bapa merupakan role model yang paling berkesan untuk anak-anak. Segala apa yang mereka lakukan akan dilihat dan diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, setiap ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik dari segi akidah mereka terlebih dahulu. Ibu bapa yang tidak mementingkan persoalan ini boleh menjadikan anak-anak hilang pedoman. Merekalah yang akan menentukan arah mana yang akan menjadi ikutan anak-anak.


Pendidik tidak formal

Selain menjadi role model bagi membentuk akidah, ibu bapa juga bertindak sebagai pendidik secara tidak formal. Pendekatan secara nyata dan tersurat boleh digunakan dalam pendidikan akidah. Misalnya, memperkenalkan cerita-cerita para Rasul dan orang-orang soleh untuk kanak-kanak. Begitu juga dengan cara mendedahkan anak-anak kepada al-Quran atau tulisan jawi. Dengan ini pegangan agama dan akidah tersemat erat dalam diri kanak-kanak. Mereka boleh menghubungkan segala aspek kehidupan dengan pegangan akidah.


Pendorong anak-anak

Ibu bapa juga boleh bertindak sebagai pendorong kepada anak-anak. Mereka boleh menguatkan pegangan akidah dengan menyediakan segala kemudahan pembelajaran. Begitu juga mereka boleh menjawab persoalan yang dikemukakan oleh anak-anak dengan mewujudkan suasana mesra di dalam rumah. Ibu bapa juga merupakan penghalang utama kepada pengaruh negatif yang mungkin menyerang kanak-kanak daripada pelbagai sudut seperti bahan bacaan, hiburan dan keadaan sekeliling.

Di samping itu, ibu bapa bertindak sebagai penyampai maklumat atau ilmu. Ini kerana, ibu bapa merupakan orang pertama yang dikenali oleh kanak-kanak. Mereka hendaklah menyampai maklumat sepenuhnya tentang Islam terutama berkenaan akidah keimanan dan tatacara kehidupan seorang Muslim.

Jika mereka gagal menyampaikan ilmu, nasib anak-anak akan terbiar. Mereka menjadi jahil kerana sikap ibu bapa yang tidak mengambil peduli pada penyampaian ilmu. Ini penting kerana ilmu berkaitan akidah dan sebagainya dipindahkan menerusi cara perkhabaran, terutamanya pada peringkat kanak-kanak.


Pendidikan kolektif

Kanak-kanak juga perlu mendapat pendidikan secara kolektif di rumah. Antaranya solat berjemaah, membaca al-Quran, makan bersama, lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan dengan Islam, perbincangan atau sambutan hari kebesaran Islam. Salah satu amalan yang boleh dilakukan oleh pihak keluarga dan sekolah untuk kanak-kanak adalah solat jemaah.

Setiap hari, pihak sekolah misalnya menyediakan suatu waktu supaya murid-murid dapat melaksanakan amalan solat secara jemaah dengan bapa sebagai imam. Dengan adanya amalan sedemikian, ia dapat menguatkan pegangan akidah kanak-kanak. Amalan solat kemudiannya akan menjadi sebati dalam diri mereka.


Membaca al-Quran

Selain itu, pihak ibu bapa dan sekolah juga perlu memperuntukkan masa untuk mengajar al-Quran kepada kanak-kanak. Di rumah, ibu ataupun bapa boleh mengajar anak-anak dengan al-Quran. Ia boleh dimulakan dengan mengajar buku Iqra’ atau lain-lain buku permulaan bagi membolehkan kanak-kanak mengenal dan kemudiannya dapat membaca al-Quran dengan lancar.

Setelah itu, mempelajari al-Quran bukan hanya terhad kepada pembacaan semata-mata, tetapi perlu menjurus kepada pemahaman dan pengamalan kandungannya. Pendedahan awal kepada bahasa Arab memudahkan usaha memahami al-Quran. Dengan itu, pihak sekolah perlu berusaha supaya pendidikan bahasa Arab diperkenalkan kepada semua murid beragama Islam.


Makan bersama

Anak-anak juga perlu dididik dengan amalan makan bersama ahli-ahli keluarga. Di samping menikmati hidangan bersama, ibu bapa boleh menggunakan kesempatan memberi nasihat sambil berbual-bual. Antara perkara yang boleh dijelaskan adalah ilmu berkaitan halal haram sesuatu makanan dan minuman. Ibu bapa boleh menjelaskan sebab-sebab ia diharamkan.

Di samping hari-hari biasa, para ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan pada waktu berbuka puasa ketika Ramadan. Ini adalah peluang yang baik memberi nasihat dan sebagainya. Ini kerana semua ahli keluarga berkumpul untuk menanti waktu berbuka dan menikmati hidangan bersama.

Dalam sejarah dakwah Rasulullah, baginda pernah menjemput kaum keluarga baginda bagi menyampaikan seruan Islam. Oleh itu, masa makan sepatutnya digunakan sebaik-baiknya untuk menanam ajaran Islam terutama akidah dan nilai-nilai murni.


Lawatan ke tempat bersejarah

Satu lagi aktiviti yang boleh dijalankan oleh ibu bapa ialah lawatan ke tempat bersejarah. Hal ini bertepatan dengan ajaran al-Quran yang menganjurkan umatnya mengembara ke merata tempat bagi mengambil pengajaran dan menambah pengalaman hidup.

Anak-anak tidak sepatutnya dibiarkan terperap di dalam rumah sehingga membantutkan akal dan pemikiran mereka. Kata orang, banyak berjalan banyak pengalaman. Oleh kerana lawatan sebegini memerlukan perbelanjaan dan juga masa, ia perlu dirancang terlebih awal begitu juga dengan pengisiannya.


Berbincanglah

Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk berbincang dengan anak-anak dan berusaha mewujudkan suasana perbincangan dalam keluarga. Pendekatan sebegini akan memudahkan kanak-kanak meluahkan masalah yang mereka hadapi.


Sambutan hari besar
Meraikan sambutan hari-hari penting dalam kalendar Islam seperti Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban, permulaan puasa bulan Ramadan, tahun baru Hijrah, Maulidur Rasul dan sebagainya boleh mengeratkan hubungan anak-anak dengan Islam. Ia juga boleh membentuk jati diri anak-anak apabila kuatnya tautan mereka dengan ajaran agama.


Tip membentuk akidah anak

Ibu bapa perlu memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dalam menjalankan tanggung jawab menjaga dan memberi pendidikan kanak-kanak:

1. Mewujudkan suasana kasih sayang dan harmoni untuk memastikan perkembangan diri anak-anak yang betul.

2. Menjaga mereka daripada sebarang jenis kejahatan termasuk pengabaian, penganiayaan dan penyalahgunaan.

3. Menyediakan makanan yang seimbang, rumah yang sesuai, kemudahan riadah dan perkhidmatan kesihatan.

4. Membuka peluang dan memberi kemudahan agar kanak-kanak dapat mengembangkan potensi diri dalam keadaan bebas dan penuh mulia bersesuaian dengan al-Quran sebagai kod aturan hidup.

5. Memberi pendidikan formal yang terbaik bersesuaian dengan bakat dan kebolehan kanak-kanak

6. Memberi pendidikan rohani setinggi yang mungkin agar ia menjadi insan yang merupakan asas utama seorang Muslim.


Edirossa
Ewan_sn
Tips Untuk Menyayangi Anak....Siri (6)

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa hendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Edirossa
Ewan_sn
Tips Ibu Mengandung....Siri (7)

ADAB KETIKA MENGANDUNG

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

+ SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
+ MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
+ MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
+ JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
+ JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
+ JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
+ JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
+ JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
+ Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
+ Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.


AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG

Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

+ BANYAK BERTAUBAT
+ MENUTUP AURAT
+ BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
+ Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
+ Membaca surah Yassin hingga akhir
+ Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
+ Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
+ Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
+ Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
+ Membaca surah An-Nahl, ayat 78
+ Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
+ MEMBACA DOA ( senarai doa; akan datang )


NASIHAT UNTUK IBU YANG MENGANDUNG
Berusalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Cth; berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia).

Lakukan senaman berikut;
+ Telentang, kemudian, satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan kelahiran kelak.
+ Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.
+ Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.
+ Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.
+ Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak.


Ingat : MOM's MILK IS THE BEST.

+ Selalu menjalani pemeriksaan doktor terutamanya kehamilan pertama. Periksa tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
+ DILARANG meminum alkohol, merokok.
+ JANGAN menganiaya makhluk sama ada manusia atau binatang.
+ Elakkan berhibur di tempat-tempat yang tidak dipandang baik dalam Islam.
+ Elakkan diri daripada perasaan marah kerana marah itu sifat TERCELA.
+ Jauhi daripada sifat benci-membenci.
+ Hindari daripada sifat dendam, sebaliknya mudah memaafkan orang lain.
+ Hindari daripada perasaan dengki-mendengki, iri hati.
+ Jauhi daripada perasaan cemburu buta terhadap suami. Ini dapat merosakkan keharmonian rumahtangga anda.


Edirossa
Ewan_sn
Gagah Semasa Hamil...Siri (dirol.gif

Masyarakat sering mengaitkan wanita hamil dengan fenomena letih, gemuk, berat dan sebagainya. Faktor ini mungkin disebabkan wanita hamil sendiri yang menonjolkan imej sebegitu rupa di khalayak. Walhal, wanita hamil boleh tampil cergas dan “gagah” biarpun mereka sedang sarat mengandung malah terpaksa pula bekerja di pejabat seperti individu lain.

Mengandung merupakan suatu proses semulajadi yang dialami oleh wanita normal yang telah berumahtangga. Selepas persenyawaan berlaku diikuti dengan beberapa proses lahiriah, maka wanita hamil akan mengalami pelbagai peringkat sewaktu tempoh kehamilan mereka itu.

Apabila disahkan hamil, janin atau embrio dalam uterus anda akan membesar hari demi hari. Bermula daripada sekecil biji anggur ia akan membesar berkali-kali ganda hingga kadang-kadang mencecah berat lima kilogram beras. Proses pembesaran inilah yang membuatkan tubuh badan wanita hamil berubah, mengembang dan menjalani proses kematangan yang tertentu.

Selama sembilan bulan berikutnya semua organ dalam badan wanita hamil seperti hati, paru-paru, darah, payu dara, sistem penghadaman, buah pinggang, kulit dan sudah tentunya uterus akan mengalami perubahan yang besar. Perubahan ini berlaku apabila kandungan hormon dalam badan seperti progesteron bertindak balas dengan tubuh badan wanita hamil.

Soalnya, bagaimana anda ingin kelihatan gagah biarpun anda terpaksa mengusung perut yang memboyot ke sana dan ke mari? Rahsianya mudah sahaja. Anda perlu faham kitaran kehamilan anda sendiri dan berusaha untuk mengatasi segala masalah dengan bijak.

Bermulanya sebuah kisah...

Jika sebelum mengandung, perut anda kelihatan begitu ramping. Kini setelah anda mengandung sebulan, dua atau tiga bulan dan seterusnya, perut anda akan kelihatan sedikit menonjol dan berisi. Walau bagaimanapun, saiz perut ini terpulang kepada individu.

Ada wanita yang perutnya kelihatan sangat kecil malah seperti tidak mengandung biarpun sedang hamil lima bulan. Ini mungkin disebabkan faktor genetik ataupun tulang selangka mereka yang memang kecil dan molek. Tip yang boleh diamalkan di sini ialah meminta pasangan anda mengambil gambar anda bermula bulan pertama kandungan sehinggalah bulan kesembilan. Secara psikologinya, jika anda mempunyai turutan foto anda sebegini, anda mungkin tidak terasa sangat keletihan ekoran mengandung. Maka dengan sendirinya anda akan berasa selesa dan cergas sentiasa.

Hati membesar

Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah dan organ hati wanita hamil akan mengepam lebih dua liter berbanding 5 liter sewaktu tidak mengandung. Keadaan ini membuatkan anda berasa kurang selesa, lesu dan tidak bermaya sepanjang masa.

Jika anda berasa demikian, apabila anda mahu berbaring, cuba berbaring secara mengiring. Dengan berbaring mengiring, simpulan-simpulan urat dalam tubuh anda tidak menyekat perjalanan darah. Anda juga akan berasa tendangan kaki bayi anda dengan lebih jelas dan ketara.

Susah untuk bernafas

Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan ibu hamil sukar untuk bernafas. Hal ini kerana perut yang membesar telah menekan diafragma dan keadaan ini menyebabkan anda sukar untuk menyedut udara dan sering kali berasa sebu pada ulu hati. Keadaan ini tidak berlarutan dan ia hanya untuk sementara sahaja. Apabila anda melahirkan bayi kelak, kesemua perasaan tidak selesa dan rasa sukar bernafas akan hilang begitu sahaja.

Walaupun kebanyakan orang menganggap ibu hamil terpaksa makan dan bernafas untuk dua orang iaitu dirinya dan anak yang dikandung, namun yang ajaibnya hal itu tidak begitu. Ibu hamil seolah-olah mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini.

Tip bagi kelihatan gagah dan tangkas serta tiada masalah pernafasan ketika mengandung ialah dengan mempelajari teknik-teknik bernafas dengan betul. Yoga adalah teknik senaman dalaman yang baik untuk pernafasan ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong dan teknik-teknik meditasi lain boleh diamalkan. Bagi wanita Islam, anda digalakkan banyak bersembahyang dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apabila hati tenang maka dengan sendirinya anda akan berasa mudah untuk bernafas.

Sukarnya berjalan

Dengan perut yang sudah membesar dan payu dara yang ikut membesar, anda seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga. Kebanyakan ibu hamil akan berasa mengah dan nafas menjadi tercungap-cungap setelah berjalan agak lama dan jauh kerana anda terpaksa membawa badan yang begitu berat dengan pertambahan cecair dalam badan.

Untuk kelihatan segar dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang. Pakailah kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih ingin kasut yang bertumit, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja. Selain itu, amalan meminum susu dan sumber makanan yang kaya khasiat kalsium juga boleh menguatkan tulang dan anda tidak mudah penat jika berjalan jauh.

Bentuk payu dara lebih menawan

Jangan risau dengan penampilan diri anda yang tidak lagi menawan seperti dahulu terutamanya pada payu dara. Payu dara wanita hamil memang akan membesar sedikit sepanjang kehamilan. Jika sebelum mengandung saiz mangkuk payu dara anda ialah 34A maka sewaktu hamil, ia mungkin bertukar ke saiz mangkuk 38B atau 36C. Keadaan ini disebabkan bertambahnya pelbagai cecair dalam badan dan payu dara ekoran pertambahan bermacam-macam hormon khusus ketika mengandung.

Antara hormon-hormon tersebut ialah: 1. Estrogen - berfungsi membentuk sistem pemprosesan susu dalam payu dara2. Progesteron - berfungsi membentuk sel pengeluaran susu dan membentuk puting susu agar lebih jelas menonjol3. Prolaktin - berfungsi mengeluarkan kolustrum - susu berwarna kuning yang keluar pada minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Ia amat kaya dengan antibodi yang bertindak menghalang bayi daripada terkena jangkitan penyakit.

Lebih menawan

Ada yang berpendapat bahawa wanita hamil kelihatan lebih seksi berbanding sebelum mengandung. Kenyataan ini ada benarnya kerana jika dulu anda terlalu kurus kini setelah hamil tubuh anda tambah berisi dengan dada dan punggung yang penuh. Di samping itu, sewaktu hamil anda akan mengalami perubahan pada warna dan tekstur kulit. Malah, jika anda mahu berjemur untuk mendapatkan kulit ‘tan’, inilah masa dan ketikanya. Malah, sesetengah wanita nampak lebih gebu kulitnya ketika hamil. Sebahagian wanita lain mungkin mendapati kulit pada wajah mereka menjadi sangat lembut.

Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada individu. Ada wanita yang mengalami bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Bagi wanita berkulit putih, kadang-kadang akan muncul bintik-bintik merah di wajah mereka. Manakala, wanita hamil yang berkulit hitam manis akan mengalami bintik-bintik yang lebih terang warnanya.

Dengan wajah yang ketara lembut dan gebu, anda berhak membayangkan bahawa anda adalah wanita hamil yang istimewa. Malah, rambut wanita hamil akan menjadi bertambah lebat dan bersinar-sinar. Hal ini mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun, ada wanita yang mengalami keguguran rambut dalam tempoh ini.

Berfikiran positif

Walaupun tubuh anda gagah dan sentiasa cergas, namun kadangkala mental pula yang bermasalah. Ada wanita yang cergas fizikalnya tetapi lemah apabila berhadapan dengan tanggungjawab baru ataupun perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan.

Amat penting anda berfikiran positif ketika ini kerana pelbagai perubahan mendadak mungkin tidak dapat diterima oleh anda apatah lagi dengan perubahan bentuk badan. Tidak kira anda sedang hamil anak pertama, kedua ataupun yang ketujuh, anda wajar bersikap positif sentiasa. Dengan sikap yang positif dan fizikal yang cergas, anda akan kelihatan seperti “Superwoman”.

Kesimpulannya, anda sebagai wanita hamil masih boleh tampil cergas, gagah dan riang sentiasa biarpun sedang sarat mengandung. Kesemua masalah tersebut tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk anda bergaya dan sihat seperti wanita lain dan sudah tentu sekali berhak dipanggil “SUPERWOMAN”.:: Ke Atas ::


Edirossa
Ewan_sn
Sakit bahagian sulit selepas lahir anak....Siri (9)
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi


SOALAN: SAYA melahirkan anak pada Julai tahun lalu. Masalahnya, sewaktu dalam pantang, saya terasa sakit ketika membuang air kecil. Sakitnya di bahagian klitoris yang menimbulkan ketidakselesaan selepas membuang air kecil. Apabila dibuat pemeriksaan, doktor mengesyaki air kencing saya kotor dan menasihatkan saya minum banyak air.



Masalahnya, penyakit saya tidak berkurangan selama hampir sebulan tetapi lama-kelamaan kesakitan itu hilang. Kini, saya hamil anak kedua dan kandungan saya masuk lima bulan. Masalahnya, klitoris saya kembali sakit dan senak tetapi kali ini bukan lagi sewaktu membuang air kecil saja, malah sewaktu duduk juga saya rasa kesakitannya.

Mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah kesan koyakan yang banyak ketika melahirkan anak sulung menyebabkan saya mengalami kesakitan itu?

MAMA RISAU
Kuala Pilah, Negeri Sembilan


JAWAPAN: KELAHIRAN anak sulung suatu pengalaman yang amat menakjubkan untuk wanita. Sebahagian wanita perlu menjalani pembedahan 'episiotomi' iaitu pembedahan untuk meluaskan pembukaan faraj untuk memudahkan kelahiran bayi dan kebiasaannya pemotongan kecil dilakukan dan itu sudah mencukupi.

Ada juga sebahagian wanita perlu menjalani pembedahan yang lebih luas lagi kerana bayi besar. Ada juga sebilangan wanita yang mengalami kekoyakan faraj walaupun pembukaan faraj sudah pun diluaskan tetapi tekanan yang diberi oleh pengeluaran kepala bayi itu menyebabkan luka luar biasa itu berlaku.

Justeru, tidak hairan jika bahagian langit faraj dan berdekatan klitoris juga terkoyak dan menyebabkan keadaan tidak selesa kepada anggota terbabit.

Mana-mana luka akan menjadi parut dan kadangkala parut itu boleh membesar dan meluas.

Ini menyakitkan apabila bahagian sekeliling parut turut meluas, membesar dan menekan parut. Mungkin cara terbaik bagi wanita yang mengalami kesakitan kepada parut lamanya itu ialah merujuk kepada doktor untuk melakukan pemeriksaan lebih teliti dan jika sesuatu pemulihan perlu dilakukan, ia harus dibuat.

Cara konservatif adalah untuk wanita itu melembutkan parut dengan menyapu ubat yang dapat melembutkan parut yang boleh dibeli di farmasi. Anda boleh tanya ahli farmasi untuk bantuan mendapatkan ubat pelembut parut.


Edirossa
Ewan_sn
Cara Menentukan Anak Lelaki dan Perempuan..Siri (10)





Tidak salah jika pasangan menggunakan teknologi merancang mendapatkan anak mengikut jantina diinginkan. Bagaimanapun Allah saja yang menentukan, kita hanya boleh merancang.

Jika ingin anak perempuan, lakukan persetubuhan lebih kerap sebelum waktu subur perempuan dan hentikan tiga atau empat hari sebelum telur keluar. Sperma yang menentukan anak perempuan tahan lama daripada sperma yang menentukan anak lelaki.

Jika merancang untuk anak lelaki pastikan bersetubuh kerap pada waktu subur wanita. Sperma yang menentukan anak lelaki (sperma Y) cepat bergerak dan akan tuju ke telur dulu daripada sperma yang menentukan anak perempuan (sperma X).

Pastikan mencuci faraj dengan cecair dari bancuhan 'Latacyd' bahan berasid biologi sebelum bersetubuh untuk anak perempuan dan bancuhan soda bikarbonat atau baking powder untuk anak lelaki.

Tinjauan rambang mendapati pasangan yang suka makanan laut, berkemungkinan mendapat anak lelaki dan mereka yang kuat minum susu dan mengambil makanan diperkaya dengan kalsium, kemungkinan tinggi mendapat anak perempuan


Edirossa
Ewan_sn
Pengiraan Tarikh Bayi Anda Akan Lahir...Siri (11)

http://larrijal.tripod.com/ibuhamil/edd.htm

Edirossa
SiTiAwaN
QUOTE(edirossa @ Apr 26 2005, 12:39 AM)
Pengiraan Tarikh Bayi Anda Akan Lahir...Siri (11)

http://larrijal.tripod.com/ibuhamil/edd.htm

Edirossa

edi ngapa x leh bukak... rolleyes.gif unsure.gif
Ewan_sn
QUOTE(SiTiAwaN @ Apr 27 2005, 03:59 PM)
QUOTE(edirossa @ Apr 26 2005, 12:39 AM)
Pengiraan Tarikh Bayi Anda Akan Lahir...Siri (11)

http://larrijal.tripod.com/ibuhamil/edd.htm

Edirossa

edi ngapa x leh bukak... rolleyes.gif unsure.gif

boleh la...edie dah cuba byk kali..boleh.. unsure.gif
SiTiAwaN
QUOTE(edirossa @ Apr 27 2005, 04:33 PM)
QUOTE(SiTiAwaN @ Apr 27 2005, 03:59 PM)
QUOTE(edirossa @ Apr 26 2005, 12:39 AM)
Pengiraan Tarikh Bayi Anda Akan Lahir...Siri (11)

http://larrijal.tripod.com/ibuhamil/edd.htm

Edirossa

edi ngapa x leh bukak... rolleyes.gif unsure.gif

boleh la...edie dah cuba byk kali..boleh.. unsure.gif

siti dah try banyak kali pon x leh... dry.gif
Ewan_sn
Keadaan Yang Memerlukan Pembedahan Ketika Bersalin....Siri (12)

SETIAP ibu inginkan kelahiran anak secara normal. Pembedahan caesarian akan dilakukan sekiranya kelahiran secara normal membawa risiko yang lebih kepada ibu dan bayi yang dikandung. Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan kelahiran secara pembedahan:

1. Tulang pelvis yang kecil (CPD- cephalopelvic disproportion)

2. Terdapat permasalahan uri seperti placenta praevia (kedudukan uri di bawah menutupi saluran peranakan), placental abruption (uri berkedudukan normal tetapi terpisah daripada dinding rahim lebih awal, sebelum kelahiran bayi).

3. Bayi lemas.

4. Kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang atau melintang.

5. Proses kelahiran bayi memakan masa yang terlalu lama melebihi 12 jam.

6. Ibu berpenyakit seperti mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk.

7. Mempunyai sejarah pembedahan caesarian (dua kali atau lebih, atau mempunyai parut klasikal ia itu parut di otot rahim menegak).


Edirossa
Ewan_sn
Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Bayi Dalam Kandungan Lemas...Siri (13)

Kadar jantung janin ini akan berkurangan jika penyaluran oksigen kepada janin terjejas. Jika penyaluran oksigen kepada janin terjejas terlalu lama, otak janin akan terjejas dan boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat seperti mengalami cerebral palsy. Kadangkala ia boleh menyebabkan kematian janin sebelum dilahirkan atau kematian perinatal (kematian dalam masa 7 hari kelahiran) akibat lemas semasa proses kelahiran.

Sebagaimana yang diketahui penyaluran oksigen daripada ibu kepada janin harus melalui otot rahim, uri dan tali pusat dan terus ke janin. Jika terdapat penghalang pada mana-mana tempat ini, maka akan terjejaslah penyaluran oksigen kepada janin. Keadaan yang boleh menjejaskan penyaluran oksigen ialah:

1. Ketika otot rahim mengecut (contraction) dalam proses kesakitan untuk melahirkan anak, seperti dalam kes puan. Bayi yang terlalu kecil seperti kes intrauterine restriction (IUGR) lazimnya tidak dapat menahan kesan pengecutan otot rahim menyebabkan ia lemas. Pengecutan otot rahim yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan bayi lemas.

2. Uri yang mempunyai masalah seperti uri yang kecil, terlalu matang (calcified) atau uri yang terpisah daripada dinding rahim.

3. Tali pusat yang tersimpul mati (true knot) atau tali pusat yang membelit tengkok bayi sehingga tercekik terutamanya semasa kesakitan berlaku (contraction).

Jika berlaku keadaan ini, maka pembedahan perlu dilakukan serta merta untuk menyelamatkan anak dalam kandungan dan bayi dapat diberi oksigen secara langsung ke dalam paru-paru dan tidak lagi melalui uri dan tali pusat bayi. Lagi lama janin dibiarkan lemas di dalam rahim ibu, lagi rumit untuk memulihkannya dan lagi tinggi risiko kecacatan bayi dan kematiannya akibat lemas, kekurangan oksigen dan pemakanannya


Edirossa
Ewan_sn
Sembelit Selepas Kelahiran...Siri (14)

Sembelit selepas kelahiran adalah suatu masalah yang sangat lazim di alami ibu-ibu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan ibu yang dalam pantang ini "dinasihati" supaya kurangkan meminum air dan tidak dibenarkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan air yang banyak kononnya akan menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula dikatakan menyebabkan angin dan sejuk.

Sembelit selepas bersalin berlaku kerana perjalanan najis di dalam saluran usus lazimnya menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Otot di perut(abdomen) menjadi kendur menyebabkan tekanan di dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

2. Otot di usus juga menjadi kendur kerana terdapat kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.

3. Jika terdapat luka episiotomy, ibu-ibu mungkin takut hendak membuang air besar kerana takut sakit ataupun takut terbuka jahitan.

Untuk mengatasi masalah sembelit, seseorang ibu perlu mengambil langkah seperti di bawah ini:

1. Banyak meminum air atau cairan 2-3 liter sehari. Air ini akan membantu pengeluaran susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman pada pundi-pundi kencing serta mengurangkan sembelit. Lebihan air ini akan dikeluarkan daripada badan seseorang melalui peluh atau air kencing dan bukannya ke tisu faraj.

2. Memakan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain daripada serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk proses pemulihan tisu-tisu yang telah tercedera semasa kelahiran bayi dan juga penyembuhan luka seperti luka episiotomy ataupun luka pembedahan caesarian.

3. Tidak digalakkan bagi ibu-ibu untuk hanya berbaring di katil semasa pantang. Banyakkan bergerak dan berjalan untuk memudahkan membuang air besar serta membuat senaman menguatkan otot abdomen apabila pendarahan nifas sudah berkurangan. Senaman untuk menguatkan otot-otot di pelvis juga penting dilakukan untuk memulihkan semula keadaan otot-otot di sekeliling dubur dan faraj.

4. Ibu mungkin perlu diberi rawatan dengan ubat-ubatan untuk merawat sembelit.


Edirossa
Ewan_sn
Masalah Hubungan Seks Selepas Bersalin...Siri (15)

Masalah hubungan seks selepas bersalin mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:

1.Masalah kesakitan pada luka episiotomy yang telah sembuh. Kadangkala kesakitan ini agak lambat untuk hilang bagi sesetengah wanita. Ada kalanya wanita berperasaan takut, takut sakit dan takut jahitan terbuka kembali. Keadaan begini boleh diatasi jika wanita-wanita ini datang berjumpa semula doktornya selepas 6 minggu bersalin dan berbincang mengenainya.

Doktor boleh memberi jaminan bahawa jahitan yang telah sembuh menjadi parut dan ia tidak mungkin terbuka semula.

2. Masalah takut hamil semula dalam masa yang terdekat. Ibu-ibu yang datang berjumpa doktor semasa lawatan postnatal, enam minggu selepas bersalin berkesempatan untuk berbincang mengenai merancang kelahiran anak.

Pengamalan cara-cara merancang keluarga dapat memberi keyakinan diri kepada ibu-ibu ini dan mereka dapat memulakan hubungan seksual dengan tenang tanpa ragu-ragu dan bimbang apabila haid terlewat.

3. Nafsu seks ataupun libido memang agak kurang selepas seseorang wanita melahirkan anak. Wanita ini juga memerlukan masa yang agak lama untuk diransang. Suami perlu memahami fakta ini kerana jika kemasukan zakar dilakukan terlalu cepat sebelum isterinya terangsang, keadaan tersebut boleh menyebabkan kesakitan kerana faraj belum bersedia dengan pengeluaran cairan yang lazimnya berlaku apabila wanita terangsang.

4. Keadaan faraj yang kering lazim berlaku kerana kadar hormon yang berkurangan terutama jika seseorang ibu menyusui anaknya sepenuh masa. Ibu-ibu sebegini dinasihatkan mengguna pelincir untuk mengurangkan kesakitan. Ubat pelincir yang larut dalam air seperti KY jelly adalah lebih baik daripada pelincir lain seperti petroleum jelly.

Pasangan dianjurkan supaya berbincang mengenai masalah yang dihadapi dan sama-sama mencuba untuk mengatasinya seperti menggunakan pelincir atau mencuba posisi hubungan seks yang berbeza yang boleh mengurangkan kesakitan.


Edirossa
Ewan_sn
Masa Yg Selamat Mengandung Semula Selepas Pembedahan...Siri (16)

Bagi seorang ibu yang baru melahirkan anak secara pembedahan (Caesarean Section) sebaik-baiknya menunggu sehingga 2 tahun untuk mengandung lagi. Biasanya doktor yang melakukan pembedahan akan memberi penerangan dan panduan mengenai cara-cara untuk merancang keluarga sebelum discaj dari wad selepas pembedahan/ketika follow-up postnatal dengan doktor setelah enam minggu bersalin.

Kebiasaannya, luka dari melahirkan secara pembedahan ini boleh sembuh setelah enam bulan,seperti dalam kes puan, tetapi, tidak semua pesakit adalah sama di mana tahap pemulihan setiap orang berbeza-beza bergantung kepada kekuatan tubuh masing-masing. Di sini pemakanan yang sihat dan berzat (banyak sayur-sayuran hijau yang kaya dengan zat besi serta vitamin, daging, ikan seperti ikan haruan dan makanan laut kaya protein dan kalsium membantu dalam pemulihan yang lebih cepat).

Ini bermakna, risiko tetap ada bagi ibu yang mengandung lagi setelah enam bulan pembedahan walaupun secara umum setelah enam bulan luka tersebut telah sembuh. Sebaik-baiknya untuk kali ini,follow-up antenatal puan dengan pakar obstetrik perlu diadakan lebih kerap dan lebih rapi berbanding dengan mengandung biasa


Edirossa
Ewan_sn
Adakah Parut Bedah Pecah Jika Hamil Lagi?....Siri(17)
Dr Fauziah Mohd Hassan


PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan caesarian section. Pembedahan yang lain seperti membuang sista dan membuang fibroid masing-masing mempunyai namanya yang tersendiri untuk memerihalkan prosedur yang dilakukan. Pembedahan membuang sista dikenali sebagai “cystectomy” dan pembuangan fibroid dikenali sebagai “myomectomy”.

Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.

Parut yang terbentuk di kulit (luar) tidak mungkin pecah setelah sembuh walaupun sudah dibedah beberapa kali. Setiap kali pembedahan yang baru dilakukan parut yang telah terbentuk akan dibuang dan parut baru akan terbentuk. Perlu diketahui bahawa kulit boleh ditegangkan beberapa kali ganda tanpa ianya pecah terburai. Keadaan ini boleh diperhatikan apabila seseorang ibu hamil kembar ataupun hamil berganda melebihi dua atau apabila perut sudah terlalu gemuk hingga perut membuncit.

Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor.

Penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman semasa proses penyembuhan. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah. Parut yang dibuat di bahagian bawah rahim “lower segment caesarian section” adalah lebih kuat daripada parut yang dibuat menegak pada otot rahim “classical caesarian section”. Parut yang berbentuk T terbalik pada otot rahim adalah parut yang paling lemah.

Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion). Melahirkan anak melalui saluran tulang pelvis yang sempit dan pada masa sama mempunyai parut pada rahim akan meninggikan risiko parut di otot rahim itu pecah disebabkan saluran “tersumbat” dan rahim akan pecah pada tempat yang paling lemah ia itu pada parutnya.

Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian. Pembedahan lain seperti pembedahan untuk membuang sista, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) tidak diambil kira untuk menentukan kekuatan parut pada rahim. Pembedahan-pembedahan lain tidak membabitkan pembedahan dan pembentukan parut pada rahim melainkan jika pembedahan dibuat pada rahim seperti pembedahan untuk membuang fibroid semasa tidak hamil.

Oleh itu dalam kes puan, kehamilan yang ke enam ini akan insya Allah dilahirkan secara pembedahan caesarian satu hingga dua minggu sebelum tarikh jangka lahirnya. Pembedahan ini dilakukan pada masa sebegini untuk mengelak puan mengalami kesakitan untuk bersalin. Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).

Puan dinasihatkan meneruskan kandungan ini dan mungkin patut berbincang dengan suami mengenai pemandulan. Prosedur untuk pemandulan boleh dilakukan pada masa pembedahan caesarian.

Perlu diingatkan juga bahawa lagi banyak pembedahan dilakukan akan membuatkan pembedahan seterusnya menjadi lebih susah disebabkan oleh pelekatan organ-organ seperti usus dan pundi-pundi kencing. Berulangnya pembedahan caesarian juga meninggikan risiko uri di bawah menutupi saluran kelahiran, plasenta praevia dan juga keadaan uri melekat pada otot rahim (placenta accreta).

Menggugurkan janin dengan melakukan prosedur “D&C” adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang di Malaysia. Prosedur ini juga boleh melukakan dinding rahim dan mempunyai komplikasinya yang tersendiri.


Edirossa
Ewan_sn
Anak kerap kencing ketika tidur...Siri (18)

MASALAH ini dinamakan enuresis. Hanya 15 peratus kanak-kanak mengalami enuresis pada usia tiga tahun ke atas. Tidak seperti anak anda, kebanyakan kes (kira-kira 85 peratus) mempunyai sejarah keluarga dengan masalah yang sama (sama ada adik-beradik atau ibu bapa).

Kebanyakannya tiada penyebab khusus dan ia hilang dengan sendirinya. Dalam hal lain, ia berkait dengan kelewatan keupayaannya mengawal pundi kencing.

Kadangkala, enuresis boleh juga berlaku akibat jangkitan kuman di dalam sistem air kencing (lebih kepada kanak-kanak perempuan), yang menyebabkan gangguan kepada pundi kencing. Dalam hal ini, pakar urologi mungkin memberikan ubatan tertentu untuk menstabilkan pundi kencing.

Masalah lain pula mungkin berkaitan kepada kesan tekanan psikologi yang dialami oleh kanak-kanak ini seperti masalah persekolahan, tekanan sosial adik beradik, kurang perhatian, masalah rumah tangga dan seumpamanya.

Ini jarang berlaku. Malah, kebanyakan kanak-kanak ini normal dari segi fizikal dan emosional. Sebahagian doktor mungkin menggunakan ubat imipramine bagi merawat tekanan atau kemurungan ini.

Harus diingat, enuresis kebiasaannya bukanlah sesuatu yang sengaja dibuat-buat untuk mendapatkan perhatian.

Usah ditambah perasaan malu serta kebimbangan yang sedang dialami oleh anak anda.

Berilah pujian atau galakan selepas malam yang “kering” dan kepercayaan bahawa ini hanyalah sementara sahaja.

Dia juga mungkin berasa bertambah yakin sekiranya anda membawanya untuk mendengar nasihat doktor.

Bawalah anak anda berjumpa pakar urologi ataupun pakar paediatrik (kanak-kanak) dalam hal ini.

Di samping itu, anda bolehlah mencuba beberapa petua berikut:

- Menghadkan minum air pada waktu malam;

- Menggalakkan anak membuang air kencing sebelum masuk tidur;

- Memberi pujian keesokannya apabila dia tidak kencing malam;

- Cuba mengelakkan sifat negatif seperti marah, sindiran dan ejekan; dan

- Mengejutkan anak sewaktu tengah malam untuk membuang air kencing.


Edirossa
Ewan_sn
Ibu hamil risau posisi uri di bawah...Siri (19)

URI (plasenta) adalah organ utama dalam kehamilan. Pada awal kehamilan, janin yang baru tiba memasuki ruang rahim akan “melekat” pada permukaan dinding dalam. Kawasan perlekatan inilah merupakan lokasi uri terbabit.

Sewaktu awal kehamilan, saiz rahim masih kecil, uri boleh kelihatan berada berhampiran pintu rahim iaitu di bawah. Lama kelamaan, saiz rahim akan membesar, maka sempadan uri yang dahulunya kelihatan berhampiran dengan pintu rahim kini berada semakin jauh akibat pelebaran dinding rahim.

Pembentukan bahagian bawah (disebut ‘lower segment’) ini mula berlaku pada minggu ke-28 dan berterusan. Pada ketika ini, barulah doktor mengesahkan keadaan uri sama ada uri bawah (plasenta previa) ataupun sebaliknya.

Dalam keadaan tertentu, uri dilihat berada melitupi kawasan pintu rahim, maka kemungkinan untuk ia “naik ke atas” adalah kurang. Jarak ini boleh dijadikan panduan untuk menjangka sama ada ia akan kekal plasenta previa atau tidak lagi. Tahap plasenta previa bergantung kepada jarak dan keadaannya berkait dengan pintu rahim sama ada semasa kehamilan dan juga sewaktu pembukaan pintu rahim kelak.

Semakin hampir jaraknya dengan pintu rahim, semakin tinggilah risikonya terhadap ibu dan janin. Risiko utama adalah pendarahan. Pendarahan ini mencemaskan, ia boleh terjadi dengan tiba-tiba dan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Ia kebiasaannya dicetus oleh aktiviti pengecutan rahim (disebut kontraksi ‘braxton hicks’) yang bermula seawal minggu ke-28. Wanita dinasihatkan meminimumkan aktiviti dengan banyak berehat. Oleh kerana pendarahan ini sukar dijangka, wanita kebiasaannya dinasihatkan berehat di hospital supaya rawatan optimum dapat diberi secepat mungkin sejurus kecemasan ini berlaku.

Dalam hal ini juga, berkemungkinan kelahiran akan dipercepatkan (kebiasaannya melalui pembedahan caesarean). Cara kelahiran (selain daripada sebab-sebab tidak berkaitan seperti kedudukan janin dan sebagainya) bergantung kepada tahap plasenta previa terbabit dan sama ada berlaku pendarahan.

Pembedahan kebiasaannya dilakukan kira-kira dua minggu daripada tarikh jangkaan bersalin ataupun lebih cepat sekiranya berlaku pendarahan. Tahap pendarahan berbeza-beza. Tahap serius mungkin memerlukan pemberian ubat-ubatan tertentu, pendermaan darah, pembuangan rahim dan sebagainya. Patuhilah nasihat doktor anda. Sebaiknya anda mengambil pil zat besi bagi meningkatkan paras hemoglobin darah anda.


Edirossa
Ewan_sn
Maksud rahim terbalik selepas bersalin...Siri (20)

Kemungkinan pertama adalah suatu keadaan yang disebut “retroverted uterus.” Pada kebiasaannya paksi badan rahim berada dalam kedudukan menghala ke hadapan (anteverted).

Dahulunya retroverted uterus dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun, kajian terkini membuktikan tiada kaitan ketara antara ‘retroverted uterus’ dengan masalah kesuburan. Anda juga sudah berjaya mempunyai anak. Malah, kebanyakan doktor kini juga tidak lagi menjalankan pembedahan “membetulkan kedudukan rahim.” Berurut juga tidak membetulkan kedudukan rahim.

Kemungkinan kedua rahim terbalik sejurus selepas bersalin. Keadaan ini disebut “uterine inversion” dan boleh disamakan dengan keadaan stokin selepas ditanggalkan secara terbalik daripada kaki. Keadaan uri yang melekat kuat pada rahim boleh menyebabkan rahim terbalik keluar bersama sewaktu doktor menarik uri anda.

Ia adalah salah satu keadaan kecemasan bersalin dan perlu dibetulkan segera kerana boleh membahayakan nyawa ibu.

Uri lambat keluar (retained placenta) boleh disebabkan rahim yang lambat mengecut serta melekangkan perlekatan uri padanya, Uri melekat jauh ke dalam otot rahim sehingga sukar dipisahkan dan ia juga lebih kerap pada wanita yang pernah mengalaminya pada kelahiran terdahulu.

Anda dinasihatkan memaklumkan kepada doktor sewaktu pemeriksaan antenatal kehamilan akan datang. Bersalinlah di hospital yang mempunyai kemudahan bekalan darah kerana ia boleh mengakibatkan pertumpahan darah sehingga membahayakan nyawa.

Selain itu, amalkan diet yang sihat serta pengambilan pil zat besi bagi memastikan paras hemoglobin darah anda optima. Menjarakkan kehamilan juga membolehkan keadaan tubuh badan anda pulih seperti sedia kala sebelum menempuh kehamilan baru.


Edirossa
Ewan_sn
Kawal SLE sebelum hamil...Siri (21)

APABILA disebut penyakit Sistemik Lupus Eritomatosus (SLE), ramai mengerut dahi kerana banyak sebab — tidak faham, tidak tahu, malah ada juga yang tidak pernah dengar langsung.

SLE yang juga disebut lupus sebenarnya bukan penyakit yang jarang berlaku di negara kita. Ia sebahagian daripada gangguan sistem imunisasi badan yang juga dipanggil penyakit autoimun.

Puncanya tidak diketahui dan penawarnya juga belum ditemui. Badan pesakit akan menghasilkan banyak protein darah iaitu antibodi. Dalam keadaan biasa, antibodi melindungi badan daripada jangkitan dan menyerang benda asing (seperti bakteria) yang masuk ke badan.

Namun bagi pesakit SLE, antibodi bukan saja melindungi badan daripada benda asing, tetapi turut menyerang tisu badan pesakit sehingga boleh menyebabkan radang dan kerosakan organ.

Antibodi turut menyerang organ, kulit, jantung, buah pinggang, paru-paru, sendi, salur darah dan otak. Sebab itulah ia dipanggil penyakit autoimun.

Lain orang lain simptomnya, tetapi gejala biasa dialami pesakit ialah cepat letih, sendi bengkak dan sakit, demam tanpa sebab, ruam pada kulit dan masalah buah pinggang. Penyakit boleh berulang dan bertambah teruk, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat.

Antara simptom umum ketika penyakit dalam peringkat aktif termasuk keletihan, demam, selesema, sakit otot dan sendi, tompok merah berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi (lebih teruk jika terdedah pada cahaya matahari), rambut gugur, radang pada tisu luar jantung dan paru-paru, tiada selera makan dan hilang berat badan.

Walaupun serangan penyakit lupus biasanya menyerang golongan berumur antara 15 hingga 45 tahun, ia boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang tua, tetapi lazimnya membabitkan pesakit wanita.

Penyakit SLE ada pelbagai tanda yang kadangkala disalah tafsir sebagai penyakit lain. Ia boleh berlaku secara akut (tiba-tiba) atau penyakit yang teruk selama bertahun-tahun tanpa dapat dikesan puncanya.

Oleh itu, pesakit lupus dinasihatkan tidak mengandung sehingga penyakit mereka terkawal kerana ada beberapa jenis ubat diambil boleh menyebabkan komplikasi kehamilan, termasuk keguguran serta membahayakan nyawa ibu dan anak.

Pakar Perunding Perubatan Reumatologi, Hospital Selayang, Dr Ong Swee Geik, berkata beberapa faktor risiko boleh menyebabkan pesakit SLE mengalami masalah ketidaksuburan iaitu:


Pernah mengambil ubat imunosupresif seperti cyclophosphamide. Jika pesakit mengambil ubat ini pada dos tinggi, ia boleh memberi kesan negatif terhadap ovari dan mengurangkan penghasilan telur.


Umur pesakit SLE ketika menerima rawatan. Jika umur kurang daripada 30 tahun, kebarangkalian untuk mengandung adalah lebih tinggi berbanding pesakit melebihi 35 tahun.


Kegagalan ovari disebabkan tindakan autoantibodi pesakit. Sebelum 1990, doktor menasihatkan pesakit supaya tidak mengandung kerana boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. Namun kajian seterusnya mendapati ia tidak benar, kerana pesakit boleh mengandung asalkan penyakitnya terkawal.

“Terkawal bermakna penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan dan pesakit mengambil ubat pada dos rendah, contohnya kurang daripada 10 miligram steroid sehari.

“Paling penting, pesakit mesti berbincang dengan doktor sebelum mengandung, terutama mengenai tarikh, komplikasi dan jenis ubat yang sesuai kerana jika SLE aktif (bermakna pesakit memerlukan ubat pada dos tinggi), ia boleh mengakibatkan keguguran dan membawa masalah kepada bayi.

“Masalahnya, ramai pesakit berhenti mengambil ubat ketika hamil dan ini menyebabkan risiko penyakit menjadi aktif adalah sangat tinggi,” katanya ketika ceramah umum mengenai kesuburan dan SLE anjuran Persatuan SLE Malaysia di ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.

Dr Ong berkata, pesakit SLE berdepan risiko 20 peratus lebih tinggi mengalami keguguran berbanding wanita normal. Selain itu, bayi mungkin dilahirkan pra matang (tidak cukup bulan) atau meninggal dalam perut.

Antara faktor risiko mengapa kejadian ini berlaku:


1) Penyakit SLE aktif ketika hamil.


2) Kehadiran antibodi antifosfolipid dalam badan pesakit. Jika ada antibodi ini, risiko keguguran lebih tinggi. Pesakit akan diberikan ujian khas untuk mengesan antibodi ini kerana ia boleh merencatkan tumbesaran janin, praeklampsia (tekanan darah tinggi, bengkak pergelangan kaki dan air kencing mengandungi protein pada akhir kehamilan) serta kelahiran pra matang.


3) Ada penyakit buah pinggang (lupus nephritis); yang dihadapi 50 hingga mega_shok.gif peratus pesakit SLE.


4) Mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil dan sukar dikawal yang boleh mengakibatkan janin mati dalam kandungan.

Ubat yang boleh dimakan ketika hamil:

1) Steroid — seperti prednisolone. Ia perlu diambil sepanjang kehamilan pada dos rendah, iaitu kurang daripada 10 miligram atau empat biji sehari.

Kesan sampingan: tekanan darah tinggi, praeklampsia, kencing manis dan air ketuban pecah awal. Tiada bukti ia boleh mencacatkan janin.

2) Ubat anti malaria — seperti Hydroxychloroquinone. Ubat ini juga tidak mencacatkan janin, tetapi kesan ubat masih ada dalam badan selepas tiga bulan pengambilannya dihentikan.

3) Ubat imunosupresif — contohnya Azathioprine. Pesakit yang mengambil ubat ini dilarang memberi susu badan kepada bayi kerana ia boleh melemahkan sistem imunisasi anak.

4) Aspirin — boleh diambil pada dos rendah (75 miligram sehari). Dos tinggi boleh menyebabkan masalah jantung pada janin serta gangguan pendengaran pada ibu dan anak ketika kelahiran. Ia biasanya diberi kepada wanita yang mengalami sindrom antifosfolipid iaitu masalah darah pekat ketika mengandung.

Dr Ong berkata, kebanyakan pesakit SLE mengalami masalah darah lebih pekat daripada individu normal dan masalah ini bertambah buruk ketika hamil. Jika tidak dirawat, darah menjadi lebih pekat dan boleh menyebabkan kematian janin.

Sementara itu, beberapa jenis ubat perlu dielakkan sama sekali ketika hamil iaitu:


1) Cyclophosphamide — boleh mengakibatkan kecacatan janin. Pesakit yang mengambil ubat ini tidak dibenarkan memberi susu badan kepada bayi.

2) Mycophenolate mofetil.

3) Methotrexate.

“Beberapa perkara perlu diambil perhatian pesakit SLE iaitu berbincang dengan doktor sebelum merancang untuk mengandung. Pastikan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan dan berjumpa doktor lebih kerap ketika hamil.

“Ini akan memudahkan doktor mengawal dan mengesan kemungkinan tidak diingini. Memang susah sedikit, tetapi ia penting untuk kesihatan pesakit dan anak dalam kandungan,” katanya.


Edirossa
Ewan_sn
Virus bronkiolitis serang bayi...Siri (22)


JANGKITAN bronkiolitis adalah jangkitan pada sistem pernafasan yang biasanya (lebih mega_shok.gif peratus kes) terjadi kepada bayi berusia antara dua hingga 12 bulan.

Ia berpunca daripada serangan virus ke atas saluran pernafasan bronkiol di paru-paru yang menyebabkan inflamasi ke atas saluran pernafasan dan seterusnya saluran pernafasan menjadi sempit.

Melalui kajian di Barat, virus RSV dikenal pasti sebagai penyebab utama jangkitan bronkiolitis (lebih 90 peratus).

Selebihnya disebabkan virus seperti parainfluenza, adenovirus dan rhinovirus.

Pada peringkat awalnya, kanak-kanak yang mendapat jangkitan bronkiolitis akan menunjukkan simptom seperti selesema, batuk dan demam. Kemudian, batuk semakin teruk dan kanak-kanak sukar bernafas dan kemungkinan nafas mereka kedengaran seperti bunyi lelah.

Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami masalah hilang selera makan dan sukar tidur akibat masalah lendir yang menyumbat saluran pernafasan. Masalah nafas berbunyi mungkin pulih selepas lima hari, tetapi masalah batuk berkemungkinan berterusan sehingga sebulan lamanya.

Di negara Barat, ada sekumpulan bayi yang dikenal pasti mempunyai risiko tinggi jika mengalami serangan virus bronkiolitis sehingga mereka mungkin memerlukan alat bantuan pernafasan jika mendapat masalah bronkiolitis teruk.

Ini termasuk bayi yang lahir tidak cukup bulan, ada masalah penyakit paru-paru kronik (CLD-Chronic Lung Disease), masalah jantung kongenital dan bayi berusia kurang empat bulan.

Kadar kematian disebabkan masalah bronkiolitis juga tinggi. Kajian menunjukkan jika bayi mendapat masalah bronkiolitis ketika peringkat bayi, mereka berisiko untuk mendapat asma (lelah) apabila besar.

Malah, risiko mendapat masalah bronkiolitis bertambah jika bayi berkenaan terdedah kepada asap rokok dan habuk (seperti rumah di tepi jalan atau kuari), bayi yang dihantar ke rumah asuhan, tinggal di rumah sempit dan ramai anggota keluarga serta bayi yang tidak pernah mendapat susu ibu.

Masalah bronkiolitis dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor. Bayi yang mendapat masalah bronkiolitis akan mengalami selesema, batuk, demam dan masalah pernafasan.

Doktor akan dapat mengesan sama ada masalah bronkiolitis itu ringan, sederhana atau teruk. Bagi masalah bronkiolitis yang sederhana dan teruk, bayi perlu mendapat rawatan susulan di wad.

Namun, bagi kes bronkiolitis yang ringan, cukup sekadar rawatan di rumah diikuti rawatan susulan di klinik.

Walaupun biasanya bronkiolitis hanya terjadi sekali ketika peringkat bayi, ia boleh berulang. Kebiasaannya kanak-kanak akan pulih dalam tempoh seminggu hingga 10 hari.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia mengalami masalah pernafasan, kurang selera makan dan tidur terganggu. Rawatan seterusnya seperti cecair intravena (jika kurang minum) dan rawatan oksigen mungkin diberi diikuti pemantau pernafasan secara rapi.

Walaupun jangkitan virus bronkiolitis tiada rawatan khusus, kanak-kanak berkenaan mungkin diberi rawatan gas Ventolin untuk membantu pengembangan saluran pernafasan yang menyempit akibat kesan inflamasi virus ke atas saluran pernafasan bronkiol.

Kepada bayi berisiko tinggi, rawatan pencegahan melalui pemberian immunoglobulin mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat bronkiolitis teruk.


Edirossa
Ewan_sn
Mengapa Penyusuan Susu Ibu Paling Sesuai Untuk Bayi...Siri (23)



Penyusuan inu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :

1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

2) Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

3) Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

4) Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

5) Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

6) Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.

7) Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.

dirol.gif Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.


Edirossa
Ewan_sn
deleted
Ewan_sn
Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu....Siri (24)

Berikut adalah sebab-sebabnya :

1) Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.

2) Berita baik , Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.

3) Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko.

4) Ia mengurangkan risiko barah buat dada dan ovari.

5) Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Bukankah ini menguntungkan anda ?


Edirossa
Ewan_sn
BAGAIMANA PROSES PENGELUARAN SUSU BERLAKU....Siri (25)

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf dalam punting anda dirangsang bila bayi anda menetek. Seterusnya satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada anda. Semakin kerap bayi anda menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan. Dan lebih banyak hormon dikeluarkan. Dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil. Apabila bayi menetek, ini akan merangsang pengeluarkan hormon oksotosin yang menyebabkan susu mengalir keluar. Walau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semulajagi ini tidak akan berjaya sekiranya diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan. Jadi anda mesti sentiasa berfikiran positif.

Edirossa
Ewan_sn
MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI...Siri (26)

Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya.

Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya. Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Susui bayi anda selama mana yang di mabu. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini dinamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’.

Amatlah penting anda menyusukan bayi selama mungkin atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu yang terus menyusu walaupun setelah berkerja semula (baca bahagaian tentang ‘MENYUSU BAYI UNTUK IBU-IBU BEKERJA’).

Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.


Edirossa
Ewan_sn
MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI...Siri (26)


Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya.

Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya. Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Susui bayi anda selama mana yang di mabu. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini dinamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’.

Amatlah penting anda menyusukan bayi selama mungkin atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu yang terus menyusu walaupun setelah berkerja semula (baca bahagaian tentang ‘MENYUSU BAYI UNTUK IBU-IBU BEKERJA’).

Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.


Edirossa
Ewan_sn
MASALAH YANG SERING BERLAKU SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU...Siri (27)

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama mungkin mengalami sedikit masalah untuk dua minggu pertama dalam penyusuan susu ibu.

Berikut adalah beberapa masalah penyusuan yang sering dialami :

1) Bengkak buah dada Sebab – Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian – Sebelum menyus, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap putting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.

- Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan

- Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik.

- Tentukan kedudukan anda betul dengan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.

2) Punting yang luka atau merekah Sebab – Jika bayi hanya menghisap putting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan putting luka atau merekah.

Penyelesaian :–

- Pilih kedudukan yang sesuai dan selesa. Dekatkan bayi ke buah dada dan bukan sebaliknya.

- Pastikan bayi menghisap putting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luar dan dagunya menyentuh bauah dada anda.

- Amat penting anda terus menyusukan anak dalam keududkan yang betul.

- Beri bayi hisap buah dada yang tidak sakit dahulu. Bila susunya mengalir dengan elok, beralihlah ke buah dada yang sakit itu.

- Selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.

- Sapukan putting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak daripada menggunakan sabun, krim atau losyen pada puttng.

- Dedahkan putting anda ke udara sekerap mungkin. Elak dariapda memakai coli sehingga kesakitannya reda.

- Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusi.

3) Kekurangan Susu Ibu – Sebab – Pengaliran susu anda akan menyusut kerana kurang rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut

- Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.

- Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol

- Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.


Edirossa
Ewan_sn
Tanda Alahan Pada Kanak-Kanak Dan Cara Mengatasinya...Siri (28)

ALAHAN boleh berlaku kepada sesiapa saja, tanpa mengenal usia dan bangsa. Alahan adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu alah terhadap sesuatu bahan termasuk makanan seperti ketam dan sotong.

Seseorang itu boleh mengalami alahan apabila tersedut atau terhidu bahan tertentu seperti habuk atau mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan terhadap mereka.

Tanda-tanda alahan :

1) Bersin.

2) Gatal-gatal hidung.

3) Hidung tersumbat.

4) Berhingus.

5) Mata terasa gatal-gatal.

6) Mata menjadi kemerah-merahan dan seperti menangis.

7) Kadangkala batuk.

dirol.gif Lelangit terasa gatal.

9) Nafas berbunyi.

Jika anak anda mengalami alahan, ada kemungkinan ia berpunca daripada dua faktor gabungan iaitu genetik ataupun persekitaran.

Sebagai ibu bapa, jika anda ataupun suami mempunyai sejarah alahan, ini menunjukkan bahawa kemungkinan bagi anak-anak anda untuk mengalami alahan adalah kira-kira 40 peratus tetapi jika kedua-duanya (ibu dan bapa) mengalami sejarah alahan, kebarangkalian untuk anak-anak pasangan itu mengalami alahan meningkat kepada mega_shok.gif peratus.

Selain faktor genetik, pendedahan terhadap persekitaran juga menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah alahan di kalangan kanak-kanak. Kehadiran haiwan peliharaan, seperti kucing, anjing dan arnab di rumah sedikit sebanyak boleh meningkatkan risiko alahan terhadap golongan itu.

Bagaimanapun, apabila menyedari si kecil anda alah terhadap haiwan peliharaan berbulu, anda boleh mengatasi masalah itu dengan tidak lagi membela haiwan berkenaan.

Namun begitu, bagaimana pula jika ia tidak dapat dielakkan, contohnya, haiwan peliharaan itu boleh ditemui di pusat jagaan kanak-kanak, sekolah dan bulu haiwan peliharaan yang melekat pada pakaian kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan sendiri di rumah.

Selain haiwan peliharaan, lipas dan habuk permaidani juga boleh menyebabkan anak anda mengalami alahan. Bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika anda sentiasa menitikberatkan kebersihan di dalam dan di luar rumah dalam usaha mengurangkan masalah alahan.

Sebagai usaha memastikan anak anda tidak terdedah kepada masalah alahan, adalah lebih baik untuk memberinya susu badan atau susu soya sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilahirkan selain melewatkan pemberian makanan pepejal kepada mereka (selepas berusia enam bulan).

Cara mengatasi dan mengawal alahan di kalangan kanak-kanak


1) Elak menggunakan permaidani.

2) Pastikan anda kerap menukar cadar di dalam bilik tidur.

3) Pastikan anda sentiasa menutup tingkat pada sebelah malam dan awal pagi untuk mengelak dan mengurangkan risiko pendedahan terhadap pencemaran udara.

4) Elakkan faktor yang boleh mendedahkan anak anda kepada masalah radang seperti bau-bauan atau pewangi dan asap rokok


Edirossa
Ewan_sn
PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL...Siri (29)



Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.

Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.

PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL

Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-

1) Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2) Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.

3) Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.

4) Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.


BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?

Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang berikut :-

1) 2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.

2) 4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.

3) 4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.

4) 2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.


PENTING

Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu
Ewan_sn
Anak-anak tidak akan belajar....Siri (30)

Anak-anak tidak akan belajar untuk memaafkan orang lain melainkan ibu & ayah nya sendiri sentiasa memaafkan kesalahannya. Mereka tidak akan belajar untuk bersabar menghadapi cabaran sekirannya segala permintaannya dipenuhi. Mereka tidak akan belajar untuk bekerjasama sekiranya setiap anak-anak dipenuhi keperluan masing2.


Sebagai controh, jika kite mempunyai empat orang anak, kesemuanya kite belikan komputer didalam bilik masing2. Akhirnya, anak-anak ini menjadi individualistik didalam masyarakat nye kelak.


Anak-anak tidak akan kreatif jika semua barang permainan dan kehidupannya dibuatkan untuk mereka. Anak-anak tidak akan belajar membelas ihsan dan menghormati orang lain melainkan mereka sendiri merasa luka dihati dan kehilangan barang kesayangan mereka.


Mereka tidak akan belajar untuk menjadi kuat dan tabah sekiranya semuanya mudah untuk mereka. Mereka tidak akan belajar bermuhasabah diri sendiri melainkan pernah membuat kesilapan dan mengalami kegagalan.


Mereka tidak akan merasai keyakinan diri melainkan pernah berjaya mendapat sesuatu melalui kepayahan. Mereka tidak akan membina jati diri melainkan diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.


Kesengsaraan dan kepahitan bukan sahaja tidak boleh dieleakkan didalam kehidupan malah ianya adalah penting untuk anak-anak membangunkan minda dan perkembangan kemahiran bersosial untuk masa hadapan.


Edirossa
Ewan_sn
Persedia Perlu Sebelum Hamil....Siri (31)

Kehamilan merupakan saat istimewa dalam kehidupan seseorang. Mendidik diri dalam penjagaan kesihatan yang baik, dan mengetahui pilihan dalam menyediakan diri dengan penjagaan terbaik adalah perlu untuk kehamilan yang sihat.

Nikmatilah pelbagai pautan tentang maklumat dan pendidikan kesihatan, serta penjagaan kesihatan daripada laman MyGoverment kami. Laman ini menyediakan maklumat sokongan tentang kehamilan dan kelahiran.


Untuk memastikan proses kehamilan anda bermula dengan sebaik-baiknya, adalah sewajarnya anda berpandangan jauh dan merancang kehamilan. terdapat beberapa langkah yang boleh di ambil, bukan sahaja meningkatkan peluang anda untuk hamil, malahan juga juga menjamin bayi anda lahir secara normal dan sihat.

Sebaik-baik perancangan untuk kehamilan ialah dalam tempoh 3 bulan sebelum anda hamil. Ini adalah kerana dalam beberapa minggu pertama inilah, ketika anda tidak menyedari anda hamil, perkembangan bayi dalam kandungan mudah terjejas. Justeru itu, menjaga kecergasan badan dan pemakanan yang sempurna dapat memastikan anda telah melakukan langkah yang sebaik-baiknya dalam menjaga dan membekal zat yang perlu kepada bayi dalam kandungan.

Senarai Semakan Untuk Kehamilan :

Adakah anda lali terhadap Rubela ?

Jangkitan Rubela atau German Measles boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi dalam kandungan, terutama pada awal kehamilan ketika organ dalaman bayi sedang berkembang. Oleh itu sebelum hamil, mintalah doktor menjalani pemeriksaan darah terhadap anda untuk memastikan anda mempunyai pelalian terhadap penyakit Rubela. Jika tidak ada, doktor boleh memberikan anda vaksin ( suntikan pelalian Rubela ).

Anda tidak sepatutnya hamil sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh suntikan tersebut.

Adakah anda atau pasangan anda mempunyai masalah penyakit keturunan ?

Beberapa masalah perubatan, contohnya Hemofilia dan Fibrosis Bersista, dijangkiti secara keturunan. Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai saudara rapat yang dijangkiti penyakit keturunan, maka ada kemungkinan penyakit itu akan diturunkan kepada bayi anda.

Rujuklah kepada doktor atau kaunselor genetik yang boleh menjangka tahap risiko yang mungkin anda hadapi.

Adakah anda mengambil atau pernah mengambil pil perancang ?

Sekiranya anda ada mengambil pil perancang maka di syorkan berhenti mengambilnya untuk suatu jangka masa yang panjang sebelum anda bercadang untuk hamil supaya badan anda mempunyai masa untuk kembali ke kitaran normalnya. Seelok-eloknya, berhenti selama 3 kitaran haid sebelum anda cuba untuk hamil.

Adakah anda mempunyai keadaan perubatan jangka panjang ?

Sekiranya anda mempunyai gangguan dari segi perubatan, contohnya kencing manis atau Epilepsi, anda sepatutnya berbincang dengan doktor anda sebelum cuba hamil. Doktor anda mungkin akan mengubah rawatan anda kerana ubat yang anda ambil mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan atau mengakibatkan kesukaran waktu hamil.

Adakah kerja anda memungkinkan anda menghadapi sebarang risiko ?

Jika kerja anda terdedah kepada bahan kimia, plumbum, ubat bius atau sinar-X, ini mungkin mempengaruhi peluang anda untuk hamil atau mendatangkan risiko kepada bayi. Dapatkan nasihat doktor. Adalah lebih baik anda bertukar pekerjaan sebelum hamil. Anda juga boleh berbincang dengan majikan anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan kerja berat dan membebankan yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan anda dan bayi.

Berapakah berat badan anda ?

Sebaik-baiknya berat badan anda berada pada paras normal, iaitu bersesuaian dengan ketinggian anda ( berat badan unggul ), selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda hamil. Dapatkan nasihat doktor bagi mencapai berat bandan yang sesuai. Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil, kecuali anda menghadapi masalah berat badan yang serius, kerana ini mungkin menyebabkan badan anda kekurangan zat penting.

Adakah anda makan dengan sempurna ?

Amalkan tabiat pemakanan yang sihat yang banyak mengandungi makanan segar, ini akan meningkatkan peluang anda untuk hamil dan mendapatkan bayi yang sihat.

Adakah anda merokok atau minum minuman keras ?

Anda dan pasangan anda patut berhenti merokok atau berhenti meminum minuman keras sebaik sahaja anda ingin hamil kerana tembakau dan alkohol mempengaruhi kesuburan lelaki dan wanita di samping boleh memudaratkan bayi sebelu dan selepas bersalin.

Adakah anda banyak melakukan senaman ?

Untuk memastikan badan anda sentiasa sihat dan cergas, anda perlu bersenam, contohnya berjalan atau berenang selama 20 minit setiap hari.


Edirossa
Ewan_sn
Tanda-Tanda Kehamilan....Siri (32)

Satu atau lebih perubahan berikut dapat memberitahu anda bahawa anda hamil. Anda mungkin tidak menyedari perubahan ini pada mulanya tetapi naluri anda memberitahu anda bahawa anda hamil kerana anda rasa 'berlainan'.

1) Tidak datang haid - tetapi jika kitaran haid anda biasanya tidak tetap atau anda sedang risau, sibuk atau sakit, ini tidak boleh di jadikan petunjuk. Anda juga mungkin mengalami sedikit perdarahan sekitar waktu yang anda jangka anda akan didatangi haid, selepas anda telah hamil.

2) Buah dada semakin besar, lembut dan mungkin rasa berdenyut-denyut sedikit.

3) Rasa berlogam yang ganjil dalam mulut.

4) Berasa keletihan, bukan sahaja pada waktu malam, tetapi juga pada siang hari.

5) Berasa hendak pitam dan mungkin pening.

6) Penigkatan dalam pembuangan air dari faraj.

7) Berasa mual dan mungkin muntah; ini boleh berlaku pada bila-bila masa.

dirol.gif Perasaan tidak suka yang kuat terhadap beberapa bahan seperti alkohol, kopi atau asap rokok, sebaliknya mempunyai keinginan kuat terhadap bahan lain.

9) Mengalami perubahan emosi yang luar biasa disebabkan perubahan hormon dalam badan.

10) Rasa hendak buang air kecil yang kerap

Ibu sebaiknya segera memeriksakan diri ke bidan atau doktor untuk memastikan kehamilannya dan meminta nasihat mengenai kehamilannya dan meminta nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan selanjutnya.


Edirossa
Ewan_sn
Fasa Kehamilan ....Siri (33)



Trimester pertama ( minggu 1-12 ) :

Tiga bulan pertama pembangunan janin merupakan tempoh yang paling penting. Sepanjang 60 hari yang pertama, kebanyakan organ bayi terbentuk. Pada trimester ini bayi yang belum lahir amat sensitif pada persekitaran kimia, ubat dan virus yang boleh menyebabkan kecacatan.


Trimester kedua ( minggu 13-28 ) :

Pada tempoh ini, janin mula membesar dan organ bertambah matang. Pembesaran saiz uterus lebih ketara dalam trimester kedua kehamilan, apabila perut wanita mengandung semakin membesar. Pada masa ini, kebanyakan wanita perlu memakai pakaian longgar atau pakaian mengandung.



Trimester ketiga ( minggu 29-40 ) :

Trimester ketiga bermula pada minggu ke-27 kehamilan dan berakhir sehingga kelahiran. Bayi terus membesar dan beratnya terus bertambah dalam tempoh ini. Pada bulan terakhir kehamilan, janin membesar setengah paun seminggu.


~ Edirossa ~
Ewan_sn
Cecair berbau dari kemaluan anak...Siri (34)


SAYA mempunyai dua anak perempuan berusia empat dan enam tahun. Masalahnya, kadangkala keluar cecair dari faraj mereka yang berwarna kekuningan atau kehijauan dan kadangkala berbau.

Adakah ini normal bagi kanak-kanak seusia mereka? Mengapakah keadaan ini berlaku, adakah disebabkan jangkitan kuman atau penyakit tertentu.

IBU SUSAH HATI
Selangor


CAIRAN yang dikeluarkan oleh seseorang perempuan adalah disebabkan oleh rangsangan hormon estrogen dan progesterone terhadap organ-organ reproduktif seperti rahim, serviks dan faraj. Oleh itu cairan hanya akan berlaku apabila seseorang budak perempuan menghampiri masa untuk mencapai akil baligh (menarche). Lazimnya keadaan ini akan berlaku dalam lingkungan umur 9 tahun. Cairan yang dikeluarkan oleh wanita semasa alam reproduktif bertukar warna dan kepekatannya bergantung pada fasa dalam kitaran haid.

Bagi kanak-kanak perempuan seperti anak-anak puan, lazimnya tisu pada faraj menjadi nipis dan kering kerana ketiadaan hormon estrogen untuk merangsangnya. Keadaan ini berlaku kerana kilang ovari masih belum berfungsi untuk mengeluarkan hormon-hormon kewanitaan. Keadaan tisu pada faraj tersebut menyerupai faraj wanita yang telah mencapai alam putus haid beberapa tahun. Keadaan ini berlaku kerana kilang ovarinya sudah tidak berfungsi lagi.

Oleh kerana ketiadaan hormon untuk merangsang tisu pada organ reproduktif seperti di faraj dan serviks, lazimnya tiada cairan yang akan keluar daripada faraj kanak-kanak seperti ini. Begitu juga bagi wanita yang telah menopaus.

Jika terdapat cairan yang keluar dan mengotori seluar dalam mereka serta mempunyai bau, tentulah keadaan sebegini memerlukan pemeriksaan dan rawatan. Puan dinasihatkan membawa kedua-dua anak puan berjumpa doktor untuk tujuan ini.


Fakta: Punca ada cairan berwarna serta berbau pada kanak-kanak:


1) Terdapat jangkitan kuman. Keadaan ini perlu dirawat dengan memakan antibiotik. Anak-anak perlu diajar menjaga kebersihan, dan pada umur yang agak muda, pengawasan daripada ibu bapa amatlah diperlukan. Menggunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas adalah digalakkan.


2) Kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk memasukkan barang (benda asing) ke dalam lubang pada tubuh badan mereka seperti lubang hidung, telinga dan faraj. Jika cairan masih berlarutan walaupun setelah diubati dengan antibiotik, pemeriksaan pada faraj perlu dilakukan untuk memastikan tiada benda asing berada di dalam faraj. Pemeriksaan ini lazimnya dilakukan semasa kanak-kanak dibius supaya pemeriksaan mudah dilakukan tanpa rontaan.

Langkah ini penting supaya kanak-kanak tidak mengalami trauma dengan pemeriksaan yang akan dilakukan. Ibu bapa tidak perlu risau tentang hymen yang mungkin terjejas ketika pemeriksaan dilakukan. Lazimnya hymen tidak terjejas pada pemeriksaan ini kerana alat yang digunakan adalah kecil dan doktor lazimnya akan berhati-hati agar hymen tidak terluka semasa pemeriksaan.

Walaupun hymen terluka semasa pemeriksaan ini, kanak-kanak perempuan ini masih lagi suci kerana tidak pernah melakukan hubungan jenis. "Dara" akan hanya hilang jika seseorang perempuan telah melakukan seks sebelum bernikah dengan sah di sisi agama Islam. Sebaliknya, walaupun tidak terdapat luka pada hymen semasa melakukan seks luar nikah, daranya tetap sudah hilang.


3) Kemungkinan kanak-kanak didera secara seksual.


4) Kemungkinan terdapat tumor atau ketumbuhan pada faraj. Kemungkinan ini amat jarang sekali berlaku.


Edirossa
Ewan_sn
Urut bayi anda banyak manfaat....Siri(35)

URUTAN bayi diiktiraf pelbagai bangsa dan negara di dunia sejak turun temurun sebagai terapi sentuhan terbaik, malah kebaikan terapi sentuhan ini juga diakui secara saintifik.

Urutan bayi kini menjadi teknik popular kerana kebaikannya dari segi perubatan, fisiologi dan emosi. Sentuhan lembut yang diberikan kepada si kecil yang comel boleh menggalakkan pertambahan berat dan koordinasi otot badan bayi, di samping merangsang sistem pengedaran darah yang dapat memberi kebaikan kepada jantung, pernafasan dan sistem perkumuhan.

Kaedahnya mudah dan bahan yang boleh digunakan juga murah, tertakluk kepada pilihan ibu bapa sendiri. Urutan untuk si kecil ini boleh menggunakan minyak atau losyen bayi.

Ia membabitkan urutan di seluruh anggota badan bayi menggunakan sentuhan yang sederhana kuat (cukup untuk mengubah warna kulit bayi dari merah ke cerah). Seelok-eloknya ia dilakukan secara berulang-ulang selama 15 minit selepas mandi atau sebelum tidur.

Sebaik-baiknya, urutan ini dilakukan ketika bayi dalam keadaan selesa dan tidak lapar kerana bayi mempunyai jangkamasa penumpuan yang pendek.

Bagaimanapun, pastikan tangan kita dibasuh bersih dan kuku dipotong pendek sebelum melakukan urutan kepada bayi anda kerana kulit bayi sangat halus dan sensitif.

Ada pelbagai kajian saintifik dijalankan ke atas urutan bayi dan semuanya membuktikan kaedah ini boleh mengekalkan kulit cantik bayi yang halus dan lembut.

Lebih penting, urutan ini juga boleh mengurangkan masalah kembung perut dan sembelit yang kerap dialami bayi.

Kajian yang dijalankan di Touch Research Institute di Miami, Florida mendapati urutan bayi boleh memperkuatkan sistem imun (pertahanan badan) bayi.

Kajian itu juga mendapati, bayi yang diurut mempunyai bilangan sel NK (sejenis kumpulan sel darah putih yang dapat bertindak ke atas sel-sel barah) yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diurut.

Implikasi positif

Ini boleh memberi implikasi positif terhadap bayi yang mempunyai masalah barah atau Aids. Kajian lain menunjukkan bayi yang disentuh dan diurut memiliki paras immunoglobulin lebih tinggi yang berfungsi mempertahankan bayi terhadap penyakit berjangkit.

Kajian terbaru juga mendapati urutan boleh membantu bayi membentuk ritma tidur-jaga yang teratur. Ia boleh memendekkan masa untuk bayi terlelap dan mengurangkan masalah terjaga malam.

Tidur umpama sumber makanan untuk bayi. Hormon yang menggalakkan tumbesaran dan perkembangan bayi dirembeskan, terutama ketika fasa tidur nyenyak (deep sleep).

Jika fasa berkenaan terganggu, bermakna proses tumbesaran bayi juga terganggu.

Malah, urutan dan sentuhan ini juga memberi faedah kepada si ibu. Ketika menyentuh dan menjaga bayinya, badan wanita akan merembeskan hormon prolaktin yang dapat membantu penghasilan susu ibu.

Secara psikologinya, sentuhan ini akan membuatkan perasaan ibu lebih terjamin kerana dapat menyumbang sesuatu yang penting kepada bayinya. Ini secara tidak langsung dapat merapatkan kemesraan ibu terhadap si anak.

Walaupun urutan bayi banyak kebaikannya, ia tidak boleh dilakukan jika bayi anda ada masalah kulit seperti luka atau melecet, jangkitan kulit, tulang patah, luka akibat kebakaran dan bengkak atau benjol di badan yang belum diperiksa oleh doktor.

Teknik urutan bayi boleh dipelajari melalui doktor kanak-kanak anda. Setiap sentuhan yang dilakukan dapat memanfaatkan bayi anda. Oleh itu, lakukan dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan perhatian.

Urutan dimulakan di bahagian dada, depan badan, kaki (berguling) dan belakang secara berulang alik.

Urutan bayi seronok dilakukan. Berkomunikasilah dengan bayi anda setiap kali sentuhan diberikan kerana walaupun si kecil belum memahami kata-kata anda, ia sebenarnya mempunyai manfaat besar; boleh merangsang deria sentuhan, penglihatan dan pendengaran bayi anda.


Edirossa
Khayty
sentuhan memang boleh menyembuhkan banyak penyakit
Ewan_sn
QUOTE(khaytykhir @ Sep 4 2005, 11:28 PM)
sentuhan memang boleh menyembuhkan banyak penyakit

wink.gif
Ewan_sn
Jangkitan kuman boleh jadi sebab kelahiran pramatang...Siri (36)

Pastikan kandungan puan dipantau doktor yang mengetahui sejarah kehamilan

SAYA sedang hamil anak ketiga. Tetapi saya juga menghadapi masalah kencing kotor selain demam dan denyutan jantung yang laju. Selepas menerima rawatan semuanya kembali normal tetapi saya masih bimbang. Saya ingin tahu kesan kencing kotor pada bayi yang dikandung.

IBU RISAU
Kuala Kangsar


PENYAKIT yang puan alami itu ialah jangkitan pada sistem perkumuhan air kencing (urinary tract infection - UTI). Lazimnya dalam bahasa umum, jangkitan ini dikenali dengan istilah kencing kotor.

Organ-organ yang terbabit dalam sistem ini ialah:

1. Sepasang buah ginjal (buah pinggang - kidneys)

2. Sepasang ureter iaitu saluran yang menyalurkan air kencing yang terbentuk ke pundi kencing.

3. Satu pundi kencing (bladder), stor tempat pengumpulan air kencing sebelum dikeluarkan daripada badan.

4. Satu urethra, saluran yang menyalurkan air kencing daripada pundi kencing ke luar.

Lazimnya jangkitan berlaku pada air kencing yang bertakung di dalam pundi kencing. Kadangkala jangkitan ini merebak ke buah ginjal (pyelonephritis) dan berkemungkinan merebak ke dalam sistem darah. Jangkitan yang telah merebak ke ginjal lazimnya lebih serius. Jangkitan pada sistem perkumuhan sering berlaku terutama ketika hamil kerana saluran ureter lazimnya kembang. Kadar jangkitan kuman pada sistem ini semasa hamil adalah antara 4 - 7 peratus dan 40 peratus daripadanya akan mempunyai tanda-tanda jangkitan. Jangkitan merebak ke buah ginjal dalam 1 - 2 peratus kes.

Wanita hamil yang mempunyai risiko tinggi untuk jangkitan ini ialah wanita yang mempunyai:

1. Penyakit kencing manis

2. Wanita yang telah mempunyai sejarah jangkitan air kencing sebelum hamil.

3. Wanita yang mempunyai masalah buah ginjal seperti polycystic kidneys iaitu penyakit keturunan yang menyebabkan terdapat banyak sista pada buah ginjal.

4. Wanita yang mempunyai anatomi yang tidak normal seperti terdapat saluran ureter yang bercabang.

5. Wanita yang mempunyai masalah batu karang.

Jangkitan kuman pada sistem ini tidak ada sangkut paut dengan pemakanan seseorang seperti yang disangka. Oleh kerana wanita mempunyai saluran urethra yang pendek berbanding lelaki, serangan jangkitan kuman berlaku lebih kerap pada wanita.

Tanda-tanda jangkitan pada sistem perkumuhan air kencing:

1. Membuang air kecil dengan kerap

2. Berasa tidak puas selepas membuang air kecil

3. Sakit ketika membuang air kecil

4. Terdapat pendarahan dalam air kencing

5. Kesakitan pada perut.

6. Air kencing berbau busuk dan berwarna keruh.

Jika jangkitan telah merebak ke buah ginjal, lazimnya tanda-tanda menjadi lebih serius:

1. Demam, suhu badan yang agak tinggi, iaitu 38 - 39 darjah Celsius. Lazimnya jantung berdenyut dengan laju jika suhu badan tinggi semasa pesakit demam.

2. Sakit belakang

3. Muntah-muntah

4. Badan menggigil.

Untuk memastikan jenis kuman yang menjangkiti saluran kencing, pesakit perlu memberi sampel air kencing untuk diuji dalam makmal. Pesakit perlu mengambil air kencing pada pertengahan pengaliran air kencing untuk mamastikan ketepatan keputusannya. Pesakit diberikan ubat antibiotik untuk menghapus kuman yang menjangkiti sistem ini. Selepas keputusan ujian air kencing dapat memastikan jenis kuman, barulah ubat antibiotik yang tepat diberikan.

Di samping ujian mengenal pasti jenis kuman ini, ujian juga dilakukan untuk mengenal pasti jenis ubat antibiotik yang dapat menghapuskan kuman tersebut. Terdapat kuman yang sudah tahan (resistant) dan tidak lagi dapat dihapuskan dengan antibiotik yang lazim digunakan. Pesakit dinasihatkan untuk mengabiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor untuk mengelak masalah ini berlaku. Ramai pesakit mengamalkan pengambilan antibiotik yang tidak sempurna iaitu mereka berhenti mengambil antibiotik sebaik saja sakitnya hilang walaupun ubat yang diberikan belum dihabiskan. Keadaan ini menyebabkan kuman yang belum dihapuskan sepenuhnya berupaya bertahan terhadap antibiotik tersebut pada masa akan datang.

Jika jangkitan sudah merebak ke buah ginjal, pengambilan antibiotik perlu diberikan melalui saluran darah (intravenous) sehingga suhu badan menjadi normal. Antibiotik lazimnya perlu diteruskan selama 7 - 10 hari untuk memastikan semua kuman sudah dihapuskan.

Jangkitan kuman pada sistem ini boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Oleh itu, amat penting bagi keadaan ini dirawat dengan berkesannya. Selepas keadaan ini dirawat, puan tidaklah perlu risau lagi. Perbanyakkan minum air untuk mengurangkan risiko jangkitan. Pastikan kandungan puan dipantau doktor yang mengetahui sejarah kandungan puan. Ujian air kencing secara berkala diperlukan untuk mengesan jangkitan pada tahap awal bagi mengelakkan kesan pada janin dan juga merebaknya jangkitan ke buah ginjal.


Edirossa
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...0&#entry2775306

Bengkak Kaki Ibu Hamil...Siri (37)

Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

Edirossa
Ewan_sn
Keguguran buat bakal ibu fobia....Siri (38)


JANIN yang digugurkan secara haram.

KEGUGURAN pada usia dua atau tiga bulan memang sering didengar. Bagi kebanyakan wanita, pengalaman sendiri atau kisah daripada rakan menjadikan mereka lebih berhati-hati pada awal kehamilan.

Tetapi apa sebenarnya yang anda tahu mengenai keguguran? Mengikut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Salleh Mohd Yatim, kandungan yang ‘jatuh’ 28 minggu ke bawah didefinasikan sebagai keguguran tetapi jika ia ‘jatuh’ selepas tempoh itu ia dinamakan kelahiran.

“Dari sudut kesihatan, anda harus tahu keguguran dibahagi kepada beberapa jenis (type) dan sama ada keguguran itu adalah keguguran normal (spontan) atau pengguguran haram, kedua-duanya memiliki risiko jika tidak dirawat dengan betul,” katanya.

Dari sudut kesihatan, Dr Salleh berkata, keguguran sebenarnya berlaku disebabkan faktor ibu dan janin. Dalam kebanyakan kes, usia ibu yang lanjut, ibu berpenyakit seperti kencing manis, buah pinggang, endokrin dan lain-lain penyakit yang tidak dirawat atau dikawal rapi boleh membawa kepada keguguran.

Selain itu, kecacatan pada pangkal rahim (cervical incompetence) dan kecacatan rahim (uterus) juga boleh menyebabkan keguguran.

“Kerana itu, sebelum seseorang wanita hamil, dia sepatutnya berjumpa dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatannya. Sebaiknya enam bulan sebelum hamil. Ini bagi memastikan dia tidak berhadapan dengan apa-apa risiko jika hamil. Tetapi kebanyakan wanita Malaysia akan hamil tanpa berjumpa dengan doktor dan akan hanya mengetahui risiko kesihatan yang bakal mereka hadapi selepas kandungan berusia beberapa bulan,” katanya.

Begitupun, walaupun ibu sihat dan bersedia untuk hamil, keguguran juga boleh terjadi jika janin dalam kandungan tidak stabil. Ini merujuk pada kandungan yang gugur sebelum berusia tiga bulan. Biasanya janin tidak sempurna dan tidak boleh hidup di luar kandungan.

Ada juga janin yang tidak sihat ini terus membesar dan lahir ke dunia. Malangnya apabila mereka lahir, bayi ini tidak boleh hidup tanpa bantuan makanan seperti dalam kandungan. Apabila ini terjadi biasanya bayi akan meninggal dunia tidak berapa lama selepas dilahirkan.

Jika ditinjau dari sudut undang-undang dan agama, pengguguran tidak dibenarkan sama sekali kecuali kandungan itu boleh membahayakan kesihatan ibu dan menyebabkan kematian.

Pengguguran haram pula, mengundang maut dan masalah kesihatan kerana cara yang tidak sempurna boleh menyebabkan banyak masalah kepada ibu. Antara masalah biasa pengguguran haram termasuklah pendarahan, jangkitan, septisimea dan kematian juga boleh berlaku.

Jenis keguguran

Threatened abortion
BIASANYA bakal ibu mengalami pendarahan tetapi apabila pemeriksaan dilakukan, kandungan masih lagi hidup. Pesakit dinasihatkan banyak berehat dan mengelak daripada kerja-kerja fizikal yang berat. Kemungkinan pendarahan akan berhenti dan kandungan kembali stabil itu ada.


Inevitable abortion
MERUJUK keguguran yang tidak boleh diselamatkan. Biasanya ibu akan berasa sangat sakit dan pemeriksaan mendapati pintu rahim sudah terbuka.


Complete abortion
PESAKIT akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya. Dalam keadaan ini keguguran berlaku di mana janin dan segala tisu yang berkaitan keluar dengan sendirinya.


Incomplete abortion
KEGUGURAN yang tidak ‘membersihkan’ seluruh ruang rahim. Apabila pemeriksaan dilakukan selepas keguguran, didapati bahawa masih terdapat tisu-tisu atau janin di dalam rahim.


Missed abortion
BIASANYA, ia disedari apabila si ibu berhenti mengalami alahan seperti sebelumnya, apabila perut tidak membesar seperti yang dijangkakan atau bayi di dalam kandungan tidak bergerak. Pemeriksaan akan mendapati bahawa janin meninggal.


Septic abortion
KEADAAN ini berlaku apabila keguguran disertai jangkitan pada fetus, placental atau endometrium. Demam adalah simptom keguguran begini dan disertai simptom yang dikaitkan dengan keguguran biasa seperti pendarahan. Antara sebab berlakunya jangkitan, ia dikaitkan dengan tisu placental atau fetal yang tertinggal dalam rahim berikutan incomplete abortion.


Edirossa
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2781659

Risiko kencing manis bagi ibu hamil....Siri (39)

SAYA berusia 34 tahun dan baru melahirkan bayi pertama sewaktu kandungan berusia 23 minggu dan empat hari, pada 20 Mei 2005. Malangnya bayi berkenaan meninggal dunia kerana terlalu kecil dengan berat hanya 540 gram. Untuk pengetahuan doktor, saya telah berkahwin selama lapan tahun sewaktu berusia 25 tahun dan hanya hamil pada usia 34 tahun dengan berat badan 73 kilogram iaitu terlebih 15 kilogram dari berat badan ideal. Saya juga menghadapi masalah tekanan darah tinggi, tiga tahun sebelum kehamilan, serta penyakit kencing manis sewaktu disahkan hamil,

Pada 19 Ogos 2005, saya disahkan hamil sekali lagi dengan usia kandungan enam minggu. Saya masih lagi mengalami penyakit darah tinggi. Tetapi saya telah menghentikan pengambilan pil betaloc/metroprolol 100 mg sejak kandungan berusia lima minggu lagi.

Adakah saya akan menghidap penyakit kencing manis sekali lagi memandangkan berat badan saya telah menurun sebanyak lapan kilogram setelah melahirkan bayi pertama. Adakah selamat sekiranya saya melakukan hubungan kelamin memandangkan kes anak pertama saya, dan kehamilan yang terlalu awal selepas bersalin. Untuk pengetahuan doktor juga, kelahiran pramatang bayi saya adalah disebabkan oleh jangkitan pada uri.

Jannah,
Melalui e-mel


SESEORANG ibu yang berpenyakit seperti puan sepatutnya membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan keadaan penyakit berada dalam kawalan yang baik sebelum hamil. Ada kalanya dos dan jenis ubat ditukar atau diubah suai sebelum hamil kepada jenis yang lebih sesuai untuk kehamilan. Adalah tidak wajar bagi seseorang ibu yang berpenyakit membuat keputusan sendiri tanpa nasihat doktor untuk memberhentikan ubat yang diambilnya. Ramai ibu berpenyakit seperti puan mengambil langkah begitu kerana menyangka bahawa ubat yang diambilnya akan menjejaskan kandungan. Perlu diingatkan bahawa penyakit itu sendiripun, jika tidak dikawal, boleh menjejaskan kesihatan dan pembentukan janin.

Contoh yang paling baik ialah penyakit kencing manis. Ramai ibu yang tidak merancang kehamilan mereka memberhentikan ubat kencing manis apabila hamil kerana takut kecacatan janin akibat ubat kencing manis. Sebaliknya, apa yang tidak disedari ramai ialah kadar gula dalam darah yang tidak dikawal juga adalah antara penyebab kecacatan janin. Oleh itu amatlah penting bagi ibu-ibu berpenyakit menyatakan rancangannya untuk hamil kepada doktor yang menjaga penyakitnya supaya penjagaan yang sepatutnya dapat diberikan sebelum kehamilan berlaku.

Puan dinasihatkan berjumpa doktor yang akan menjaga kehamilan puan dan pemeriksaan akan dibuat untuk mengubahsuai jenis dan dos ubat darah tinggi. Adakalanya tekanan darah ibu menurun pada awal kehamilan dan keadaan ini memerlukan kepada pengubahsuaian dos ubat. Beberapa kajian darah asas juga diperlukan bagi tujuan pemantauan keadaan penyakit.

Seseorang ibu yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis jika terdapat sejarah berpenyakit kencing manis sewaktu hamil atau mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga. Oleh itu bagi mereka yang sebegitu, seperti dalam kes puan, pemeriksaan diperlukan untuk memastikan penyakit kencing manis, jika berulang, berada dalam kawalan dengan penjagaan makanan ataupun suntikan insulin. Penyakit kencing manis lazim berlaku ketika ibu hamil kerana terdapat hormon yang dikeluarkan dengan banyak sewaktu hamil seperti estrogen dan human plasental lactogen yang boleh menjejaskan ######bolisme karbohidrat. Puan perlu berjumpa awal dengan doktor kerana mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kencing manis serta kawalan gula dalam darah yang ketat diperlukan dari mula kehamilan untuk memastikan kesejahteraan janin yang dikandung.

Jika kelahiran pramatang bagi anak pertama puan telah disahkan disebabkan oleh jangkitan, amatlah penting bagi kehamilan ini sebarang jangkitan dirawat lebih awal. Lazimnya pemeriksaan pada faraj dilakukan untuk mengambil sampel cairan dan diuji di makmal untuk mengesan sekiranya terdapat jangkitan. Jika ada, ujian pengenalan jenis jangkitan dan jenis ubat yang boleh membasmikan kuman tersebut akan dibuat. Pemeriksaan ini boleh membantu doktor untuk merawat jangkitan lebih awal walaupun ibu tidak mempunyai apa2 tanda jangkitan seperti keputihan cairan faraj yang banyak atau berbau. Pemantauan jangkitan dilakukan bagi memastikan jangkitan sudah dapat dihapuskan.

Melakukan seks sewaktu hamil tidak menjejaskan janin dan kehamilan dalam kes-kes yang normal.

Doktor akan menasihatkan supaya mengelak melakukan seks sewaktu hamil jika terdapat masalah seperti:


1) Pendarahan sewaktu hamil terutama pada awal kehamilan

2) Masalah uri berkedudukan di bahagian bawah rahim

3) Masalah pengecutan rahim pramatang

4) Sejarah kelahiran pramatang

5) Terdapat kebocoran air ketuban

Jika hubungan seks tidak dapat dielakkan, pastikan air mani tidak dipancut ke dalam faraj. Air mani mengandungi prostagladin, yang boleh menyebabkan pengecutan otot rahim dan melembutkan tisu serviks. Prostaglandin digunakan untuk memulakan kesakitan untuk bersalin dalam proses “induction of labour“ bagi ibu-ibu yang bermasalah dan diperlukan untuk melahirkan anaknya


Edirossa
Ewan_sn
Deleted..
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2786785

Faktor Mempengaruhi Perkembangan Anak....Siri (40)


1) Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakanan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum.

2) Gejala gejala yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah anak anak perlu di kenalpasti dan di benteras. Ini boleh datang dari pelbagai sudut dan kadangkala tidak disedari.


Setiap unsur di persekitaran boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak. Adakalanya pergaulan perlu disekat kerana dirasakan lebih banyak menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik.


Suasana masa kini dengan adanya teknologi maklumat dan komputer yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak- anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak sihat.


3) Riadah seperti berenang atau lain- lain jenis sukan adalah baik untuk kesihatan jasmani dan rohani anak-anak. Anak-anak hendaklah di galakkan supaya suka kepada ilmu. Pupuklah sikap suka membaca dan suka berdamping dengan orang yang berilmu dan berakhlak mulia.

4) Sikap berdikari boleh di pupuk dari kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuasaian dengan umurnya. Galakkanlah anak- anak supaya rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mangambil iktibar dari kegagalan. Cara ini akan memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana ia adalah penting bagi anak- anak supaya tidak mudah putus-asa.


Edirossa
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2794555

Hentikan ubat kurus badan jika hamil....Siri (41)


Ubat menguruskan badan kebanyakannya memberi tekanan kepada pusat selera makan dalam otak. Jika pusat itu tertekan, selera akan menurun dan sebaliknya jika tekanan reda atau tiada. Jika secara kebetulan wanita yang sedang mengamalkan ubat untuk menguruskan badan hamil dia perlu hentikan pengambilan ubat berkenaan dan menjalani pemeriksaan kehamilan dan pemeriksaan pranatal secara berkala.

Kehamilan yang tidak sihat tidak akan berkembang dan kesudahannya seseorang wanita itu akan mengalami keguguran kandungan dalam masa tiga bulan awal kehamilan. Jika kehamilan itu berjalan lancar, tidak ada sebab kenapa seseorang wanita perlu khuatir walaupun dia ada mengamalkan ubat menguruskan badan.

Seseorang wanita itu perlu terus mengadakan pemeriksaan susulan dengan doktor.


Edirossa
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...45#entry2794562

Petua menyusu bayi pada Ramadan....Siri (42)

KEBANYAKAN kita tahu susu ibu membekalkan nutrisi yang sangat hebat untuk pembesaran bayi. Selain membekal sistem imunisasi dan pencegahan serangan bakteria tertentu, susu ibu juga berubah rasa dan kandungan zatnya berdasarkan keperluan pembesaran bayi. Formula ini yang menjadi asas kepada penghasilan susu formula bayi yang banyak terdapat di pasaran.

Bagaimanapun tidak ramai yang tahu kaedah menyusukan bayi. Mengikut kajian Universiti Yale seperti diterbitkan dalam Jurnal Barah British 2001, mendapati wanita yang menyusu bayi berupaya mengurangkan 50 peratus risiko mendapat barah payu dara berbanding mereka yang tidak pernah menyusukan bayi.

Begitupun, apabila Ramadan tiba, kebanyakan ibu mula resah, adakah dia boleh terus menyusukan bayi? Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kalori yang diperlukan seseorang ibu yang menyusu adalah sebanyak 2,700 kcal setiap hari untuk enam bulan pertama dan 2,950 kcal selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Bagi seseorang wanita yang tidak hamil dan tidak menyusu, keperluan kalorinya adalah sebanyak 2,200 kcal setiap hari. Penyusuan memerlukan banyak tenaga. Selain daripada pemakanan, tenaga ini juga datangnya daripada lemak-lemak yang terkumpul pada ibu ketika hamil. Dengan itu, menyusu badan adalah antara cara untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin. Lemak yang terkumpul ini akan digunakan dalam masa enam bulan penyusuan sepenuh masa.

Seseorang ibu digalakkan menyusukan bayi sekurang-kurangnya lima atau enam bulan pertama selepas melahirkan. Justeru, amalan pemakanan yang sihat dan seimbang tentu saja diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup bukan saja pada Ramadan tetapi pada hari-hari biasa.

Tiga kumpulan makanan yang harus dititikberatkan adalah makanan yang memberi tenaga karbohidrat dan lemak seperti nasi dan roti, makanan yang memberi protein seperti ikan dan daging dan makanan yang mencegah penyakit seperti vitamin dan galian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Meskipun berpuasa, pengambilan makanan ketika bersahur dan berbuka seharusnya mengandungi ketiga-tiga makanan dalam kumpulan ini selain minum air dengan secukupnya. Minum banyak air semasa berbuka dan sepanjang malam.

Tetapi jika pengeluaran susu berkurangan, ibu dibenarkan berbuka puasa. Begitupun ada cara untuk memastikan bayi masih mendapat susu yang cukup iaitu dengan memerah dan menyimpannya. Susu yang diperah boleh digunakan dalam tempoh 24 jam. Susu juga boleh disimpan antara satu dan dua hari jika di dalam peti sejuk atau dua minggu jika diletakkan dalam ruang sejuk beku, tiga bulan jika dalam ruang sejuk beku dengan pintu berasingan bagi peti sejuk dua pintu.

Perahan susu yang beku disimpan di dalam botol dan ia boleh dicairkan dengan merendamkan botol dalam air suam (yang tidak mendidih). Tetapi jangan dihangatkan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan jika perahan susu ini tidak dipanaskan dan tidak diminum dalam tempoh sejam, ia harus dibuang.


Edirossa
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.