Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kumpulan Nasyid Raihan
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Artis
Ewan_sn
Raihan - Masih nombor satu

Anggota Raihan (dari kiri): Abu Bakar, Amran, Nazrey dan Che Amran.

RAIHAN sudah membuktikan bahawa irama nasyid yang mereka bawakan sejak lapan tahun lalu bukanlah muzik sembarangan.

Album sulung Raihan berjudul Puji-Pujian (1997) muncul sebagai album tempatan paling laris dengan jualannya melebihi 750,000 unit.

Malaysia Book of Records turut mengiktiraf Puji-Pujian sebagai album paling laris apabila ia dijual 200,000 dalam masa dua bulan.

Lima lagi album Raihan yang lain juga tidak kurang hebatnya apabila ia turut mendapat sambutan peminat tempatan dan juga di luar negara.

Kini Raihan yang dianggotai oleh Che Amran, Nazrey, Abu Bakar dan Amran sedang mempromosikan satu lagi album terbaru mereka, sebuah album kompilasi yang diberi judul Iqra' Koleksi Terbaik Raihan 1 Dekad.

Pencapaian Raihan sebenarnya bukan setakat daripada segi jualan album tetapi mereka juga adalah artis tempatan yang paling berjaya di luar negara.

Perkara itu dapat dilihat daripada persembahan-persembahan yang pernah mereka adakan antaranya di Kuwait, Afrika Selatan, United Kingdom, Perancis, Scotland, Thailand, Australia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Mega sempat bertemu empat anggota kumpulan Raihan untuk berkongsi pengalaman mereka memperjuangkan irama nasyid.

Apakah rahsia kejayaan yang membuat Raihan mampu bertahan hingga kini?

AMRAN: Rahsia kejayaan Raihan ialah setiap album kami berkonsepkan infotainment. Selain berhibur, lirik lagu kami berunsurkan nasihat, ketuhanan dan pendidikan. Sebab itu lagu-lagu Raihan diminati oleh semua lapisan usia tidak kira tua atau muda. Selain itu, Raihan tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi, malah penampilan dan imej kami juga sederhana sepanjang masa.

Kejayaan terbesar Raihan di luar negara?

CHE AMRAN: Kejayaan terbesar kami di luar negara apabila kami mengadakan tujuh konsert di tujuh buah bandar utama di Perancis pada 17 hingga 27 Disember tahun lepas. Tujuh bandar itu ialah Bourdeux, Marseille, Nantes, Strasbourg, Lille, Lyon dan Paris.

Konsert Raihan yang sukar dilupakan?

CHE AMRAN: Kami diundang oleh Ratu Elizabeth (England) untuk mengadakan persembahan di hadapan ketua-ketua negara Komanwel sempena Persidangan Negara-Negara Komanwel di Edinburgh, Scotland pada tahun 1997. Tahun 1998 kami diberi peluang berjumpa dengan Ratu Elizabeth sewaktu beliau melawat Malaysia sempena Sukan Komanwel yang ketika itu berlang-

sung di Kuala Lumpur. Ratu Elizabeth menyampaikan penghargaan bagi pihak Putera Charles yang tertarik dengan persembahan kami sewaktu di Edinburgh.

Apakah konsert yang paling memeranjatkan anda?

NAZREY: Konsert Raihan di Singapura pada 17 Ogos 1997 adalah konsert yang paling memeranjatkan kami. Ini kerana, konsert itu disaksikan hampir 10,000 penonton walaupun ketika itu album pertama Raihan belum berada di pasaran. Selain itu, kami juga tidak dapat melupakan konsert kami yang diadakan di stadium tertutup Bandung, Indonesia pada Oktober 2003. Konsert itu disaksikan oleh lebih 5,000 penonton dan ia disiarkan secara langsung ke seluruh Indonesia melalui stesen televisyen Indosiar.

Apakah saat paling sedih sepanjang pembabitan anda bersama Raihan?

NAZREY: Bagi saya, saat paling sedih apabila Zairi (anggota Raihan) meninggal dunia pada 29 September 2001. Dua minggu pertama beliau meninggal dunia, saya sukar menghayati lagu-lagu Raihan kerana saya masih teringatkan Allahyarham. Saya sukar melupakan Allahyarham kerana dia adalah kawan karib saya. Kami sudah bersama-sama menyanyikan lagu-lagu nasyid sejak lima tahun sebelum Raihan ditubuhkan.

Ada orang kata muzik Raihan tidak maju ke depan kerana masih mengekalkan konsep unplugged dan hanya menggunakan alat-alat muzik tertentu sahaja seperti gendang dan kompang. Apa komen anda?

ABU BAKAR: Kami mahu menampilkan kesederhanaan dalam semua perkara termasuk dalam bidang muzik. Kami tidak kisah dengan komen seperti itu. Apa yang penting, mesej dalam lirik lagu kami sampai kepada para pendengar. Bagi kami, dalam nasyid, muzik tidak penting, tetapi yang penting ialah lirik dan mesej yang hendak disampaikan. Kami bangga kerana mengetengahkan alat-alat muzik gendang seperti rebana, gendang sunda, kompang, angklung, gendang Jawa dan gamelan. Bagi saya, inilah world music kita yang sebenar. Perlu diingat, bukan semua orang boleh bermain alat-alat muzik itu.

Untuk konsert seterusnya, negara manakah yang akan dikunjungi oleh Raihan selepas ini?

CHE AMRAN: Insya-Allah pada 16 Julai ini kami akan mengadakan konsert di taman tema Paramount Wonderland, Toronto, Kanada khusus untuk menghiburkan

para pengunjung di sana yang beragama Islam. Undangan itu kami terima daripada pemilik taman tema itu, William Kritz.

Dia (Kritz) dapat tahu tentang Raihan selepas melayari laman web kami.

Iqra' Koleksi Terbaik Raihan 1 Dekad, dipasarkan sejak 9 Mei baru-baru ini. Boleh ceritakan, apa istimewanya album ini.

NAZREY: Sebenarnya ramai yang minta kami hasilkan album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu popular Raihan. Jadi album ini dibuat dengan memuatkan lagu-lagu popular daripada lima album Raihan sebelum ini. Ada 15 lagu dalam album ini. Dua daripadanya adalah lagu bonus iaitu Assalamualaikum versi solo. Sebelum ini Raihan pernah rakamkan lagu ini dengan Tan Sri S.M.Salim. Tapi dalam album ini, lagu itu kami rakamkan semula tanpa Tan Sri. Satu lagi lagu bonus, kami berikan judul Bacalah. Mesej lirik lagu itu menekankan betapa pentingnya menuntut ilmu walaupun hingga ke negeri China seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W lebih kurang 1,400 tahun lalu. Lirik yang ditulis oleh Che Amran dan Amran itu juga menyuruh kita supaya menghargai usia dan masa.

Album Iqra' Koleksi Terbaik Raihan 1 Dekad, juga dihasilkan dalam bentuk VCD karaoke yang dijual dengan harga RM19.90. Ada 15 lagu dalam VCD karaoke ini.

Akhir sekali apakah harapan anda terhadap perjuangan Raihan dalam mengembangkan lagu-lagu yang berkonsepkan nasyid?

NAZREY: Saya harap masyarakat kita faham akan perjuangan Raihan dalam memperjuangkan irama nasyid tempatan. Jika masyarakat memahaminya, ia akan membuka ruang lebih besar untuk kami maju di masa depan. Kami berdakwah dan pendengar dapat sedikit manfaat daripada lagu-lagu kami. Akhirnya kita sama-sama akan dapat manfaat daripada hiburan itu sendiri
Honey^Dew
QUOTE(edirossa @ May 20 2005, 09:31 AM)

wlaupun skrg bnyk kump nasyid yg lain tp tetap suka raihan, rabbani pun orait gak wink.gif
Ewan_sn
Macam langit dgn bumi kalau nak bandingkan Raihan dgn Siti Nurhaliza. Raihan jauh meninggalkan Siti di belakang... wink.gif
Apanakjadi
Suke lagu2 dia, kekdg boleh nangis keinsafan. Tahniah atas kejayaan yang tak digembar-gemburkan. Semoga lebih berjaya. smile.gif
Ewan_sn
QUOTE(Apanakjadi @ May 20 2005, 09:34 AM)
Suke lagu2 dia, kekdg boleh nangis keinsafan. Tahniah atas kejayaan yang tak digembar-gemburkan. Semoga lebih berjaya. smile.gif

agree with you.. huh.gif
ezyane
QUOTE(Apanakjadi @ May 20 2005, 09:34 AM)
Suke lagu2 dia, kekdg boleh nangis keinsafan. Tahniah atas kejayaan yang tak digembar-gemburkan. Semoga lebih berjaya. smile.gif

yup..its true..
Ewan_sn
QUOTE(Honey^Dew @ May 20 2005, 09:34 AM)
wlaupun skrg bnyk kump nasyid yg lain tp tetap suka raihan, rabbani pun orait gak wink.gif

Rabbani pun sebaris best mcm raihan gak...alhamdulillah..
codeine

nombor satu wink.gif
blackrose
codeine, salah parking tuuu
hehehehe
Ewan_sn
QUOTE(blackrose @ May 20 2005, 09:52 AM)
codeine, salah parking tuuu
hehehehe

duk perati betul2 gak tadi...ingatkan raihan... tongue.gif laugh.gif laugh.gif
Honey^Dew
QUOTE(edirossa @ May 20 2005, 09:38 AM)
QUOTE(Honey^Dew @ May 20 2005, 09:34 AM)
wlaupun skrg bnyk kump nasyid yg lain tp tetap suka raihan, rabbani pun orait gak  wink.gif

Rabbani pun sebaris best mcm raihan gak...alhamdulillah..

suke lagu hanzalah (btul ke ejaan ni) rabbani wink.gif
gadissepi
tu nasib artis nasyid kita....
tak mendapat liputan meluas...klu artis lain tu..bkn main lg gah nye bg liputan...
tp artis nasyid hanya senyap....artis yg popular smp sanggup wartawan ikut ke luar negara sbb nak bg liputan besar2an bg peminat artis nie kat malaysia...
klu artis dr negara jiran kita lak...dibg wat konsert besar2an...yg dtg pun bkn main gah lg...tp bila artis nasyid nak wat konsert semua penajar duk diam je....

dunia dah menuju ka akhir zaman....
Ewan_sn
QUOTE(gadissepi @ May 20 2005, 10:05 AM)

takper..diam2 ubi berisi...permata kalau campak kat manapun tetap bersinar dan dikenali.. wink.gif
iriy_cute
QUOTE(codeine @ May 20 2005, 09:50 AM)

nombor satu wink.gif

Haper kes ni?
iriy_cute
Kureng sket dgn Raihan
Tapi mmg bangga abis dgn dier org
JiJaHpOtPeT
lebih suka In-Team
Ewan_sn
Interview Utusan bersama Raihan.....

......................................................................

``Silat Raihan dan Siti berbeza''

YA, keajaiban. Itu perkataan paling tepat yang boleh menggambarkan apa yang sedang dilalui oleh setiap daripada mereka.

Sesungguhnya kita tidak pernah percaya bahawa hari ini akan lahir nama besar di Malaysia yang membawa sinar baru kepada laman seni.

Mereka ialah Raihan - nama yang semakin kembang dan membesar di peta dunia hiburan antarabangsa.

Sepuluh tahun lalu Raihan hanya sekumpulan `budak nasyid' yang mencuba di arus perdana hiburan, secara tidak sengaja sebenarnya.

Nasib membawa mereka kepada dunia arus perdana dan bermula dari situ tuah tidak pernah membelakangi mereka. Satu demi satu kejayaan dicatat dan ketika Raihan mencecah usia satu abad, senyum bangga mengiringi perjalanan seni mereka.

``Memangnya kami tidak pernah terfikir berada di tahap ini. Niat kami sewaktu awal kemunculan hanya untuk menyampaikan pesan sesama saudara seagama, sesama bangsa.

``Tetapi kemudian bila tuah menyebelahi Raihan tidak lain tidak bukan, segala-galanya datang daripada-Nya,'' kata mereka dalam pertemuan kami.

Minggu ini saya minta Raihan Tolong Jawab, termasuk soal perbezaan pandangan dan pendapat peminat-peminat mereka dan peminat Siti Nurhaliza.

Apa perkembangan terbaru Raihan?

Che Amran: Kami baru sahaja muncul dengan album kompilasi terbaru, Bacalah. Ini merupakan album khas sempena sepuluh tahun Raihan dalam dunia hiburan arus perdana. Alhamdulillah, album yang sama telah terjual lebih 70,000 unit selepas dilancarkan di Indonesia pada tahun lalu.

Boleh jelaskan sudah berapa kali Raihan buat konsert di luar negara?

Che Amran: Empat kali di United Kingdom, tiga kali di Afrika Selatan, hampir sepuluh kali di Indonesia, enam kali di Thailand, sekali di Australia dan Kuwait.

Khabarnya diari ziarah Raihan sepanjang enam bulan terakhir 2005 ini juga terlalu padat?

Che Amran: Jika diizinkan Allah pada Julai nanti kami akan ke Toronto, Ogos ke Mekah dan Hong Kong, September ke Rusia. Alhamdulillah, rezeki kami agak baik, bila orang terima lagu kami maknanya orang terima muzik Malaysia juga.

Lagi?

Nazrey: Pada Oktober seperti biasa di bulan Ramadan kami akan sambut selama dua minggu di Indonesia, November nanti ke UK & Ireland lagi, dan Disember ke Perancis dan Kanada. Kesemua persembahan ini sudah dirancang dengan sebaik-baik mungkin melalui kenalan kami di luar negara.

Sepuluh tahun mencipta kejayaan dan terus bertahan, apakah sekarang ini kemuncak kejayaan Raihan?

Abu Bakar: Kami tidak pernah fikir ini semua adalah pencapaian besar. Raihan masih mendaki puncak. Ibarat di Gunung Everest, puncaknya kami belum tawan lagi. Belum sampai lagi.

Perancangan untuk tahun 2006?

Che Amran: Sepanjang 2006, Raihan ada perancangan untuk world tour konsert. Kami akan mengelilingi dunia mempromosikan muzik dan menghantar mesej dakwah kepada saudara seagama. Antara yang sudah dikenal pasti adalah di Eropah, United Kingdom, Afrika Selatan, Australia, Thailand dan negara Asia Barat.

Wah, hebat. Melalui saluran bagaimana Raihan dapat peluang ini semua?

Che Amran: Perjuangan Raihan lebih mudah diterima. Barangkali kerana kami membawa lagu-lagu berunsur keagamaan. Jadi, semua orang Islam di seluruh dunia akan memberi sokongan mereka. Pasaran album kami global dan meluas sebab didukung oleh saudara seagama kita. Servis Raihan lebih kepada `kemanusiaan' dan kejiwaan. Mungkin ini yang berbeza menyebabkan kami mudah diterima.

Raihan ada melantik mana-mana ejen untuk mencari peluang show di luar negara?

Nazrey: Tidak. Cuma promosinya melalui mulut ke mulut, melalui Internet. Bila pertama kali orang luar tengok persembahan kami mereka akan bercakap. Tak lama lepas itu adalah yang tanya. Ini semua rezeki Allah. Kami tidak kata Raihan bagus, tetapi dengan izin-Nya maka kami boleh menikmati semua ini.

Sepanjang di luar negara, apakah konsert yang paling diingati oleh Raihan? Yang paling banyak jumlah penonton?

Nazrey: Paling membanggakan ialah konsert di Perancis. Lebih 10,000 penonton tengok.

Abu Bakar: Satu lagi show masa Chogm di Edinburgh, Scotland sebab ada Ratu Elizabeth dan Putera Charles.

Sibuk dengan persembahan luar negara, apakah Raihan meletakkan persembahan dalam negara sendiri di tangga kedua?

Abu Bakar: Tidak juga. Negara sendiri masih di tempat utama. Cuma rasa-rasanya tugas kami dalam Malaysia sudah mega_shok.gif peratus selesai. Kini masa untuk kami melangkah ke luar, biar ada dimensi lain tentang Muslim dan Islam. Itu sasaran kami dalam berdakwah melalui lagu.

Che Amran: Kita perlu bangga bila Muslim dapat perhatian dunia luar. Banyak yang kata, orang luar terutamanya masyarakat agama lain, bangsa lain susah hendak terima orang Asia terutamanya orang Islam. Jadi kami masuk melalui lagu macam ini. Sekurang-kurangnya orang Islam juga dapat perhatian.

Krisdayanti pernah memberitahu saya, satu kerugian kepada artis bernama besar jika meminggirkan hal-hal yang dianggap kecil dan remeh-temeh. Bagaimana pandangan Raihan dalam soal yang sama?

Che Amran: Biar setinggi mana pun kejayaan telah didaki, kami masih insan biasa. Perlu melatih diri untuk sentiasa tebal dengan sikap rendah diri. Sebab itu kami tidak pernah pinggirkan peminat di mana sahaja berada. Kami masih ke Felda, baru saja masuk kampung Orang Asli untuk bertemu dengan mereka yang baru peluk Islam. Itu tanggungjawab kitalah. Tak boleh tak buat sebab kita ada tugas yang diamanahkan. Malah kami baru saja pulang dari Aceh, April lalu.

Nazrey: Kami tidur di pondok anak-anak yatim di Aceh, bukan di hotel macam orang lain tau.

Raihan tidur dalam khemah anak yatim?

Nazrey: Kenapa tidak? Kami buat itu semua.

Abu Bakar: Masih ingat, bantal yang kami tidur tu siap ada darah lagi. Kami makan apa yang anak-anak yatim ini makan, sebab kami sudah letakkan diri kami sama dengan mereka ketika itu. Kata penduduk di sana, banyak artis yang menziarah, tetapi mereka tidur di hotel. Bila Raihan tidur bersama di khemah beralaskan bantal yang dipenuhi darah, makan apa yang mereka makan seadanya, mereka menjadi lebih gembira.

Che Amran: Tugas itu sangat kecil kepada kami, tetapi cukup untuk membuatkan kami gembira kerana telah membahagiakan hati mereka yang menderita kerana ujian Tuhan.

Raihan dan Siti Nurhaliza, dua nama besar yang membanggakan negara. Tapi benarkah kebelakangan ini seolah-olah ada usaha melaga-lagakan kalian?

Nazrey: Raihan tidak mahu dijadikan bahan untuk dilaga-lagakan dengan sesiapa.

Tetapi di luar sana seolah-olah ada pihak yang cuba menimbulkan soal siapa lebih baik antara Siti dan Raihan. Siapa lebih popular di luar negara dan siapa yang selayaknya menerima penghargaan?

Nazrey: Kami sangat tidak selesa dengan tanggapan seperti ini. Kurang selesa, tetapi kami tidak mahu layan sangatlah. Biarlah orang hendak kata apa pun.

Apa yang hendak Raihan sampaikan dalam isu melaga-lagakan Raihan dan Siti Nurhaliza ini?

Nazrey: Jangan Raihan dilibatkan dalam perbandingan dengan mana-mana artis sekalipun kerana ia tidak akan membawa sebarang kebaikan. Cara terbaik, kami tidak berminat untuk melayan anasir yang cuba melaga-lagakan seperti ini.

Ada yang kata Raihan lebih hebat daripada Siti Nurhaliza, walaupun Siti mendapat publisiti meluas untuk konsert di Royal Albert Hall April lalu?

Che Amran: Macam ini sajalah. Ibaratkan Raihan dan Siti masuk ke gelanggang yang sama, tetapi dengan bunga silat yang berbeza. Raihan ada cara sendiri untuk menawan pasaran dunia kerana muzik kami menjurus kepada konsep keagamaan. Dan Siti unggul dengan tahap dan ruangnya yang tersendiri. Sekurang-kurangnya sama ada Raihan atau Siti Nurhaliza sekalipun perlu dibanggakan kerana orang pandang Malaysia kerana seni, bukan soal negatif lain seperti pengganas dan sebagainya.

Kenapa isu siapa lebih bagus antara Siti Nurhaliza dan Raihan timbul?

Abu Bakar: Tak tahulah pula. Tapi Raihan buat semua ini (konsert luar negara) sudah lama, tak ada yang bising-bising dengan hal-hal macam ini pun. Lepas Siti ke London, baru orang cakap macam-macam. Ini hal peminat. Artis tak mampu hendak halang. Kadang-kadang sebab pihak lain boleh buat hubungan artis dingin antara satu sama lain.

Soalan ini saya hendak tanya Amran yang dari tadi terdiam. Sudah jutawankah Raihan?

Amran: (Ketawa) Jauh lagi. Masih di landasan ke arah itu.

Abu Bakar: Jutawan peminat kut!

Dengan kejayaan yang macam-macam, banyak yang kata semua anggota Raihan sudah jutawan sekarang. Bukan begitu?

Amran: Kalau sudah jutawan, Raihan dah ada pesawat sendiri, bangunan sendiri. Kalau kami artis solo, mungkin sudah dapat gelaran tu. Ada hikmahnya kami belum dapat sampai ke tahap itu. Siapa tahu kalau sudah bergelar jutawan kami cepat lupa diri. Minta dijauhkan sifat macam itu.

Abu Bakar: Tak apalah kalau tak jadi jutawan di dunia. Kami mengejar kemewahan di akhirat. Sekarang pun sedang buat persiapan supaya tak mudah lupa diri, kalau rezeki datang.
Adinda
Adinda minat Raihan ni.. kebetulan Kekanda juga meminatinya.. wub.gif
Setiap tahun dia takkan lupa utk beli cd Raihan...cuma yg terbaru ni tak berpeluang beli lagi..
Nanti lah apabila pulang bercuti nanti..insyaAllah..

Lagu dibawah adalah lagu yg penuh bermakna..

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
smile.gif

~Hayati bait2 lirik tersebut..pasti kita memahaminya~

~Tak semua orang dapat merasakan nikmat hidup di dalam iman~

~Kita yg diberikan iman oleh Allah, bersyukurlah..usahakanlah utk tingkatkan iman kita~

#Dunia bersifat sementara#
#Dunia bukanlah ukuran kejayaan dan kebahagiaan sebenar#
#Suatu hari nanti kita akan bertemu Pencipta kita#
#Adakah kita bersedia ? # unsure.gif
Adinda
Lagu2 Raihan lebih kepada rukun iman, rukun islam.. berkisar tentang kisah nabi..nasihat umum..
Tetapi kumpulan nasyid2 muda seperti In-Team dsbnya ada unsur2 percampuran..ada satu lagu tu pasal nak kahwin lah..sebut cinta dan rindu la..musiknya pun tak selari dgn apa yg dibenarkan dalam Islam..
Adinda ada terbeli kaset In-Team..Ada beberapa lagu tu..adehh.. tongue.gif

Lagu2 Raihan adalah the best..Penulis liriknya bijak..
Budak2 kecik pun boleh hafal..bukan sorang dua...tapi ramai... biggrin.gif
Diaorang ni org beragama...

Org kata, org yg beriman dan beramal soleh, kalau sampaikan sesuatu...sedap dan tenang ajer kita dengar..
Orang2 yg tetap dgn solatnya, membaca ayat2 suci Al-Quran..pastinya dapat membawa lagu yg bermanfaat dgn baik sekali..
InsyaAllah hati kita lembut utk menerima nasihat2 melalui lagu yg didendangkan..
Niat mereka pun pastinya suci..Mesej terbaik ingin disampaikan kpd umat sejagat.. smile.gif
Ewan_sn
QUOTE(Adinda @ May 22 2005, 11:05 AM)
Adinda minat Raihan ni.. kebetulan Kekanda juga meminatinya.. wub.gif
Setiap tahun dia takkan lupa utk beli cd Raihan...cuma yg terbaru ni tak berpeluang beli lagi..
Nanti lah apabila pulang bercuti nanti..insyaAllah..

Lagu dibawah adalah lagu yg penuh bermakna..

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
smile.gif

~Hayati bait2 lirik tersebut..pasti kita memahaminya~

~Tak semua orang dapat merasakan nikmat hidup di dalam iman~

~Kita yg diberikan iman oleh Allah, bersyukurlah..usahakanlah utk tingkatkan iman kita~

#Dunia bersifat sementara#
#Dunia bukanlah ukuran kejayaan dan kebahagiaan sebenar#
#Suatu hari nanti kita akan bertemu Pencipta kita#
#Adakah kita bersedia ? # unsure.gif

Yup..satu lirik yg boleh membuat kita melihat kedalam diri...

Pada mereka yg suka dengar lagu nasyid lah... wink.gif
Adinda
edi suka tak? rolleyes.gif
Apanakjadi
Terharu bila Abu bakar kata "Tak apalah kalau tak jadi jutawan di dunia. Kami mengejar kemewahan di akhirat. "
Ewan_sn
QUOTE(Adinda @ May 22 2005, 12:34 PM)
edi suka tak? rolleyes.gif

disamping lagu2 pop lain, edie suka gak lagu2 nasyid yg best2....

Tingat kat kumpulan Al-Mizan dan Al-Jawahir masa edie sekolah rendah...30 tahun yg lalu. Mereka adalah perintis kpd nasyid modern..
bidaibiru
Tak menyanyi lagu mendayu-dayu pasal perempuan mana nak glamour..

bukan nak hentam nasyid tapi kalau nasyid pun nyanyi pasal perempuan (meskipun pasal wanita solehah idaman teruna soleh, still pasal perempuan gak kan), siap alat muzik macam kump pop.. kalau tak tahu tak perasan pun nasyid.. sape nak respect??? Kump rock pun ade gak nyanyi pasal ketuhanan.. so mana bezanya dengan nasyid????

anyway, harap raihan still maintain macam dulu...
mifal0102
paling suka lagu nih...hayati lirik dia...gerenti nangis punya....

Damba Cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
lavendar
kump. ni so low profile..
x byk gosip.
byk buat show kat luar negara. tu pon x de heboh2..senyap je...
buzen5
buzen5
memang rentak muzik Raihan best dan diorang still mengekalkan rentak muzik nasyid yang sederhana tapi penuh makna.. ohmy.gif
mifal0102
QUOTE(bidaibiru @ Jun 26 2005, 12:22 AM)
Tak menyanyi lagu mendayu-dayu pasal perempuan mana nak glamour..

bukan nak hentam nasyid tapi kalau nasyid pun nyanyi pasal perempuan (meskipun pasal wanita solehah idaman teruna soleh, still pasal perempuan gak kan), siap alat muzik macam kump pop.. kalau tak tahu tak perasan pun nasyid.. sape nak respect??? Kump rock pun ade gak nyanyi pasal ketuhanan.. so mana bezanya dengan nasyid????

anyway, harap raihan still maintain macam dulu...

sokong...sebab tuh ler sampai skarang raihan still the best for me....dan sebab ske nyanyi lagu pasal pompuan nih gaks ler yang aku tak minat kump. macam in team, unic dan sewaktu dengannya.... wink.gif
iznanaziz
pd aku la...kumpulan nasyid ni...jgn le buat lagu yg ada kaitan ngan pompuan2 ni cam kumpulan in-team tu. mcm dah jiwang2 lak. mungkin niat baik la..tapi org akan pk lain pulak.
buzen5
QUOTE(iznanaziz @ Jun 27 2005, 01:58 PM)
pd aku la...kumpulan nasyid ni...jgn le buat lagu yg ada kaitan ngan pompuan2 ni cam kumpulan in-team tu. mcm dah jiwang2 lak. mungkin niat baik la..tapi org akan pk lain pulak.

lagi terlebih jiwang pun bosan gak kan......
Ewan_sn
Album Raihan sambut Ramadan

SEMPENA kehadiran Ramadan pada pertengahan Oktober ini, kumpulan Raihan mengambil kesempatan mempromosikan single pertama, Puasa Dulu, Baru Raya.

Lagu ciptaan Abu Bakar dan lirik oleh Che Am itu dipetik daripada album ketujuh Raihan berjudul Ameen yang bakal berada di pasaran mulai 27 September ini.

Lagu Puasa Dulu, Baru Raya sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar berpuasa kerana di awal lagu dimuatkan niat puasa. Sementara baris-baris lagu pula menceritakan tentang kepentingan berpuasa.

Menurut Abu Bakar yang juga bertindak sebagai penerbit album, lagu tersebut juga boleh dijadikan panduan untuk belajar tentang niat berpuasa.

``Sebenarnya lagu itu juga untuk memperingati diri kami sendiri. Maklumlah berpuasa setahun sekali, mungkin kita terlupa macam mana niat puasa.

``Bagi kanak-kanak pula, lagu Puasa Dulu, Baru Raya boleh dijadikan panduan,'' katanya sewaktu majlis pradengar album Raihan di pejabat Warner Music baru-baru ini.

Untuk album ini juga Raihan tampil dengan pelbagai rentak lagu yang disatukan dengan irama nasyid. Gabungan nasyid dan irama moden yang disatukan dalam lagu dengan susunan muzik menarik menjadikan lagu-lagu dalam album ini tersendiri.

Ternyata pengalaman mengadakan persembahan di peringkat antarabangsa memudahkan Raihan untuk mengimplementasikan pelbagai irama di dalam album Ameen.

Sebagai contoh, Raihan dengan berani mendendangkan lagu Do You Know Him dalam rentak rap dengan kolaborasi bersama kumpulan Mecca To Medina (M2M).

``Gabungan irama rap dan nasyid begini mungkin baru bagi masyarakat kita tapi kumpulan M2M sudah lama berdakwah dengan irama rap. Cuma kali ini mereka `rapping' kami menyanyi,'' kata Abu Bakar tentang lagu yang dirakam di London dan proses mixing di ibu negara.

Raihan yang kini mendapat undangan komuniti Islam Moscow untuk mengadakan persembahan di sana mulai 8 hingga 19 September ini juga cuba menarik perhatian pendengar dengan lagu dikir barat.

Lagu dikir barat yang berjudul Dikir Zikir itu disampaikan sepenuhnya dengan loghat Kelantan. Bagi penyanyi utama Raihan, Nazrey yang berasal dari Sabah itu, Dikir Zikir merupakan lagu paling sukar untuk dirakam.

Kata Nazrey, sudah beberapa kali dia menyanyikan lagu tersebut sewaktu rakaman tapi masih tidak mendapat lampu hijau daripada Che Am, penulis lirik Dikir Zikir.

Akhirnya untuk bahagian karut, Che Am yang merupakan anak jati Kelantan itu mengambil alih tempat Nazrey.

Menurut Che Am lagu tersebut menggunakan irama asas dikir barat yang sememangnya sudah biasa di pendengaran masyarakat tempatan.

Selain lagu dikir barat, Raihan juga telah membuat satu eksperimental untuk lagu Wahai Kawan. Lagu yang pernah didendangkan oleh The Zikr sebelum kewujudan Raihan itu menggunakan pendekatan irama rock.

Sehubungan itu Raihan telah mengundang pemain deram legenda, Yazid Search dan Zaid Ahmad yang lebih kepada melodi jaz.

Lagu ini sesuai untuk menggamit hati remaja supaya mengangkat senjata menuju ke medan perang.

Menurut Abu Bakar, di zaman dulu pun paluan gendang sering digunakan untuk menyemarakkan semangat sebelum berperang.

``Lagu nasyid juga boleh diperdengarkan dengan irama rock asalkan mesejnya ada. Di sini kami cuba tampilkan kelainan agar nasyid juga mampu berada sebaris dengan irama lain,'' jelasnya.

Justeru inginkan kelainan maka Raihan telah mendendangkan semula lagu Asmaulhusna dengan gaya accapella.

Biarpun lagu ini sudah acap kali dirakam oleh pelbagai kumpulan nasyid, namun pendekatan Raihan untuk lagu ini menghiburkan.

Lagu yang pada awalnya dirancang untuk bergabung dengan Koir Kebangsaan bagaimanapun tidak terlaksana kerana kesibukan Raihan.

``Selama ini kebanyakan kumpulan koir tempatan sering didedahkan dengan lagu-lagu gospel, apa salahnya kalau kita dedahkan mereka dengan lagu nasyid pula. Lagipun sudah ramai anak Melayu yang menyertai kumpulan koir,'' kata Abu Bakar.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah Berilah Harapan dan Ameen.

Sebaik sahaja kembali dari Moscow, Raihan bakal bertandang ke Indonesia pula. Ini adalah tahun keempat mereka diundang mengadakan persembahan di negara tersebut sewaktu bulan Ramadan.
Ewan_sn
Raihan - Tampil irama rock dalam Ameen

KESIBUKAN mengadakan persembahan di seluruh pelosok dunia tidak menghalang kumpulan Raihan untuk menghasilkan album studio ke tujuh berjudul Ameen.

Raihan yang telah pun berlepas ke Moscow Khamis lalu sempat mengadakan majlis pra dengar untuk album studio mereka yang ke tujuh, Ameen, di pejabat Warner Music. Bagaimanapun Amran tidak hadir di majlis tersebut.

Album yang diterbitkan oleh Abu Bakar dengan kerjasama anggota Raihan yang lain itu bakal berada di pasaran mulai 27 September ini.

Menariknya kumpulan yang banyak mengembara dan menimba pengalaman di peringkat global itu telah menampilkan kelainan bagi album ini.

Jika sekarang ini kumpulan nasyid tempatan lebih menjurus kepada irama balada sebagai pelaris jualan album, Raihan pula menongkah arus daripada mereka.

Dengan berani Raihan memilih untuk menjadikan irama kegemaran remaja masa kini sebagai sebahagian daripada elemen bunyian yang dipersembahkan.

Mahu irama rock, hip hop atau tradisional sudah pasti anda berpeluang mendengarnya dalam album Ameen.

Antara lagu yang menjadi pilihan ramai ialah Asmaulhusna, Wahai Kawan, Dikir Zikir, Do You Know Him dan Puasa Dulu Baru Raya yang merupakan single pertama daripada album Ameen.

Menurut Abu Bakar rakaman 10 buah lagu untuk album Ameen mengambil masa selama dua bulan. Malah klip video untuk lagu Puasa Dulu Baru Raya juga telah siap.

Komen tentang lagu

Puasa Dulu Baru Raya - Raihan memilih lagu ini untuk dijadikan single sempena kehadiran Ramadan. Kata Abu Bakar, lagu yang ada menyertakan niat berpuasa itu boleh memberi peringatan kepada orang ramai tentang bulan mulia itu.

Malah mesej yang dimuatkan dalam lagu ini juga menceritakan tentang kebaikan berpuasa.

Sementara klip video Puasa Dulu Baru Raya cuba mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang baru belajar puasa.

``Untuk menunjukkan zaman kita sewaktu mula-mula berpuasa, memang kelakar tapi ada mesej tersendiri. Selain daripada mengimbau, diselitkan juga rasa keinsafan. Klip video ini menjalani penggambaran di Ulu Langat,''kata Abu Bakar.

Asmaulhusna

Lagu ini sudah dirakam berulang kali oleh banyak kumpulan dalam pelbagai versi. Malah Raihan pun pernah rakam lagu ini dulu.

Idea asal untuk rakam semula lagu ini adalah bersama Koir Kebangsaan bagi menonjolkan kelainan. Sebab itulah gaya nyanyian Raihan ada sedikit lenggok koir tapi hasrat itu tidak terlaksana kerana kesibukan kami.

Lagu ini didendangkan dalam bentuk accapella dan sasaran Raihan adalah untuk peringkat global dan sebab itulah susunan melodinya digubah.

Asmaulhusna yang menyenaraikan nama-nama Allah itu turut menggunakan bunyian drum timpani yang dimainkan oleh Abu Bakar melalui keyboard.

Malah katanya, lagu ini juga boleh didendangkan dengan gaya koir.

Wahai Kawan

Ini adalah lagu lama yang pernah didendangkan oleh kumpulan The Zikr sebelum tertubuhnya Raihan. Lagu ini ditujukan khas kepada anggota The Zikr.

Menariknya lagu ini dimulakan dengan ketukan drum oleh Yazid Search yang lebih kepada irama rock dan Zaid Ahmad pula kepada elemen jazz. Bunyinya ala-ala lagu perang.

``Tidak semua lagu nasyid mesti berirama lembik. Bila menggunakan pukulan drum begini sekurang-kurangnya boleh menaikkan semangat peperangan. Kami harap irama rock sebegini dapat menarik perhatian anak muda untuk meminati nasyid yang disampaikan dengan gaya baru. Biar iramanya ada bunyi rock tapi mesej yang disampaikan tetap positif,''katanya.

Berilah Harapan

Lagu ciptaan Nazrey dan lirik oleh Syed Osman ini lebih kepada irama balada.

Menurut Nazrey, idea untuk mencipta lagu ini muncul sewaktu mereka berada di Acheh yang dilanda mala petaka tsunami.

``Irama balada dengan tiupan seruling oleh Mohar sesuai untuk menggambarkan perasaan duka yang dialami oleh segelintir masyarakat.

``Lagu Berilah Harapan ditujukan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan matlamat kami adalah untuk menyedarkan orang ramai untuk berkongsi kasih sayang,' 'ceritanya.

Dikir Zikir

Menariknya sebab lagu dikir barat dijadikan nasyid. Untuk mendapatkan keaslian sebutan loghat Kelantan, maka Che Am ditugaskan untuk menyanyi di bahagian karut seperti yang ditonjolkan dalam setiap persembahan dikir barat.

``Ini adalah lagu paling susah untuk saya nyanyikan. Beberapa kali saya cuba tapi tetap tidak memuaskan hati kerana sebutan saya tidak bunyi macam orang Kelantan. Saya hanya nyanyi untuk intro dan lain dinyanyikan oleh Che Am.

``Kami mahu lagu ini mengekalkan sebutan Kelantan yang asli. Misi kami adalah untuk membawa lagu ini ke peringkat global kerana selain menonjolkan loghat Kelantan ia juga mempamerkan irama tradisional,'' kata Nazrey.

Do You Know Him

Idea timbul setelah banyak mengembara ke negara asing. pertama kali terfikir untuk merakamkan lagu berirama hip hop itu timbul dua tahun lalu sewaktu berada di London.

``Ketika di London kami sudah lihat klip video kumpulan Mecca To Medina yang dianggotai oleh tiga pemuda Negro yang beragama Islam.

``Mereka rap sambil menyanyikan lagu yang bermesej ketuhanan. Di sini belum ada tapi kami harap pembaharuan yang dibuat dapat diterima oleh masyarakat tempatan,''kata Abu Bakar.

Lagu ini masih menggunakan percussion dan di bahagian rapping, gambus diguna. Seperti lagu rap yang lain, deejay T-Bone diundang untuk membuat scratching.

Jelasnya, apa sahaja alat muzik yang diguna kalau dibuat dengan betul sesuai untuk lagu nasyid.

aWeKz^MaNj@
tapi yan pilih RABBANI....... wink.gif
VARGTYRADAM666
rolleyes.gif MANA-MANA PON BOLEY.....
komau^girl
raihan mmg bestlaa..
VARGTYRADAM666
BESH BESH BESH...... rolleyes.gif
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...30#entry2825924

Raihan semakin popular di Britain..

LONDON: Kumpulan hiburan berlandaskan tema Islam, termasuk kumpulan nasyid popular Malaysia, Raihan, semakin mendapat tempat di Britain dengan festival nasyid kedua di Pusat Persidangan Wembley di London Sabtu lalu, berjaya menarik minat kira-kira 3,000 penonton pelbagai latar belakang dan agama.

Penonton bertepuk tangan dan bersorak setiap kali Raihan, kumpulan Aa’-shiq Al-Rasul dan American 786 membuat persembahan dan ketawa apabila tiba masa pelawak Islam terkemuka, Preacher Moss dan Azhar Usman yang menamakan diri mereka Allah Made Me Funny beraksi.

Acara ‘Meraikan Aidilfitri’ yang dianjurkan Biro Belia Persatuan Islam Britain (MAB), dimulakan dengan bacaan al-Quran dan persembahan bermula dengan penyanyi nasyid terkenal London, Khaleel Mohammad.

Salah seorang pengunjung, Sara O’Shea, guru di sekolah yang 78 peratus daripada pelajar beragama Islam, berkata:

“Saya memang jangka festival ini pasti amat menarik.

Selain warga tempatan, penonton berdarah Arab, Pakistan, India dan Somalia adalah antara ramai rakyat asing yang hadir di acara itu yang sebelum ini turut diadakan di Bradford, Manchester, Cardiff dan Edinburgh.

“Penganjuran acara ini adalah disasarkan kepada semua orang dengan pelbagai latar belakang, termasuk Islam dan bukan Islam,” Presiden Belia MAB, Moadh Ghannouchi.

“Penting bagi komuniti bukan Islam hadir kerana sejak sekian lama, imej Islam dipandang negatif, dikaitkan dengan keganasan, unsur melampau dan menindas wanita.

“Kami cuba mempromosikan imej positif dan berharap dapat memainkan peranan dalam merapatkan hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” kata Ghannouchi.

Raihan, bagaimanapun adalah tarikan utama untuk rakyat Malaysia di kota raya itu mengunjungi majlis berkenaan.

“Kami terlepas konsert tahun lalu. Jadi, saya pastikan dapat hadir kali ini untuk menonton persembahan Raihan dan kumpulan nasyid lain serta aksi Allah Made Me Funny,” kata Fadhli Mustaffa, penuntut Malaysia di Kolej Imperial.

Rakannya, Faizal Fathil, pula menambah: “Tambahan pula rakan kami di Manchester berkata konsert ini amat menarik.”

Dengan kejayaan menjual lebih tiga juta album di peringkat antarabangsa setakat ini, Raihan jelas menjadi pilihan penonton. – Agensi
Ewan_sn
Raihan terus kembara selepas bulan Syawal

KENANGAN: Raihan bergambar bersama sebahagian peminat
mereka yang hadir pada majlis berbuka puasa,
baru-baru ini.

Tiada yang lebih menggembirakan Raihan pada musim perayaan ini selain kejayaan album terbaru mereka, Ameen

ALBUM yang diterbitkan bagi menyambut kehadiran Ramadan dan Syawal itu sudah pun terjual melebihi 15,000 unit di negara ini, manakala 50,000 unit lagi jualannya dicatatkan di Indonesia - negara yang sudah begitu sinonim dengan kejayaan Raihan.

Bahkan ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Raihan di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini, kumpulan yang sudah pun menjual kira-kira 2.5 juta unit album itu baru saja kembali ke tanah air selepas dua minggu berada di negara terbabit.

Mereka bertolak ke Indonesia pada 12 Oktober lalu dan kembali ke ibu kota pada 25 Oktober. Sepanjang berada di sana, mereka bukan saja mengadakan persembahan dan mempromosikan album Ameen, kumpulan itu turut membuat rakaman program hari raya bersama tujuh stesen televisyen tempatan.

“Pada masa yang sama, kami juga melancarkan lapan album karaoke Raihan di negara itu, sekali gus dengan album terbaru kami, Ameen. Album karaoke terbabit sudah lama dipasarkan di Malaysia. Cuma kali ini peminat di sana dapat menyanyi menggunakan muzik alunan kami pula.

“Syukur alhamdulillah, Raihan masih mendapat tempat yang baik di kalangan peminat di Indonesia. Kami tidak pernah mereka lupakan setiap kali tibanya musim perayaan. Setiap Ramadan, Raihan pasti kembali ke negara berkenaan,” kata Che Amran.

Pengembaraan Raihan bukan terhenti setakat itu saja kerana pada raya kedua lalu, mereka berlepas ke United Kingdom (UK) pula. Selama dua belas hari di sana, Raihan terbabit dalam tiga aktiviti utama.

Pertama, muncul dalam persembahan di tujuh tempat iaitu Bradford, Manchester, Cardiff, Birmingham, Edinburgh dan London.

Persembahan yang dinamakan Eid Celebrate itu dianjurkan Persatuan Muslim Britain, Islam Channel dan Meem Music.

Aktiviti kedua yang disusun ialah acara beraya bersama pelajar Malaysia yang menuntut di London serta rakyat negara ini yang bermukim di sana. Acara itu diadakan dengan bantuan wartawan Malaysia di London, Haliza Hashim.

Akhir sekali, mengadakan penggambaran klip video untuk lagu nasyid rap Do You Know Him? yang dinyanyikan bersama kumpulan rap London, Mecca 2 Medina (M2M).

Kesibukan jadual Raihan akan berterusan pada tahun depan. Penjelajahan mereka juga akan diteruskan ke luar negara pada 2006.

Bahkan, bilangannya mencecah ke 17 negara, termasuk beberapa destinasi baru yang belum pernah dijejak.

Negara yang bakal dikunjungi Raihan dalam memenuhi undangan tahun depan ialah Indonesia, Thailand, Hong Kong, Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Mesir, Turki, Afrika Selatan, Perancis, Jerman, Russia, Sweden, UK, Ireland, Kanada, Amerika Syarikat dan Trinidad and Tobago.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Raihan melalui kelab peminat mereka melancarkan projek Program Keusahawanan Raihan, usaha yang dijalankan secara bersama Suria Network Management (SNM).

Projek itu menyaksikan usaha Raihan mengumpul peminat mereka untuk terjun ke dunia keusahawanan.

“Sebagaimana yang kita tahu, ramai lepasan universiti yang menganggur dan perkara ini tidak harus dibiarkan. Justeru, kami dengan kerjasama SNM mengatur program ini bagi melatih dan membimbing anggota kelab untuk maju di bidang keusahawanan.

Di samping kursus motivasi percuma oleh pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah, anggota berdaftar juga boleh memilih produk pengurusan udara dan aromaterapi keluaran SNM untuk diniagakan.

Raihan juga, dengan kerjasama Propertime, memasarkan jam Takwim Digital Solat. Setiap kali tiba waktu solat, pemilik jam berkenaan akan mendengar laungan gemersik azan oleh vokalis utama Raihan, Nazrey.
VARGTYRADAM666
SELAIN RAIHAN..... CUBA BAGIK YG OLD TIMERS NYA...NGAN YG ERA KINI NYA...YG SEHALUAN LINE~UP NYA BERSEKALI DENGAN DAKWAH.....

BAGI LAH INFO WEIH.... KORANG KAT MAMAT-MAMAT MULTIMEDIA....MINAH MINAH UP GRADE LAH KATAKAN..... biggrin.gif
Ewan_sn
Raihan terima Mahabba
Masyarakat Arab iktiraf kumpulan Raihan

BERMULA 1999 dengan persembahan sulung di Scotland, kumpulan nasyid terkenal, Raihan tidak menoleh ke belakang lagi. Satu demi satu tawaran persembahan di negara luar diterima, tidak keterlaluan jika dikatakan hampir seluruh benua sudah dijelajahi mereka.

Kehadiran Raihan memberi impak terhadap kesenian berteraskan Islam. Irama yang dulunya begitu asing, malah jarang sekali dihargai, tetapi kini diberi keutamaan serta pengiktirafan. Raihan membuka perspektif baru terhadap Islam pada mata masyarakat luar. Usaha murni mereka menyuburkan syariat Islam di bumi asing membuahkan penghargaan.

Pada 26 Oktober lalu, bertempat di Binayas Ballroom, Grand Hyatt Hotel Dubai, Raihan menerima pengiktirafan Mahabba Award, Art Of Love. Anugerah yang buat julung kali dianjurkan itu membabitkan beberapa kumpulan nasyid terpilih dari seluruh dunia. Raihan adalah satu-satunya kumpulan dari Asia yang dipilih menerima pengiktirafan itu.

Anugerah Mahabba yang bererti persaudaraan membuktikan keterbukaan masyarakat Arab menerima kedatangan seni dan budaya Islam dari luar kerana sebelum ini, Raihan kurang mendapat pendedahan di sekitar negara Teluk.

“Anugerah ini memberi dimensi baru kerana masyarakat Arab agak sukar menerima kumpulan nasyid luar daripada bangsa mereka. Alhamdulillah, selama 10 tahun berjuang, masyarakat luar melihat apa yang Raihan usahakan.

“Mereka memilih Raihan berdasarkan usaha kami untuk mengkomersialkan irama nasyid, malah sebagai pembuka jalan kepada genre itu untuk diterima di seluruh dunia,” kata ketua kumpulan itu, Che Amran Idris pada sidang media, baru-baru ini.

Permulaan Raihan melangkah ke persada antarabangsa tercetus apabila kumpulan nasyid itu menjayakan kolaborasi bersama penyanyi terkenal, Yusuf Islam. Menerusi lagu God Is The Light yang dimuatkan dalam album Syukur, nama Raihan mula menjadi sebutan.

Kemuncak kegemilangan nama Raihan tercipta apabila mereka menerima undangan daripada Putera Charles untuk mengadakan persembahan sempena Persidangan Komanwel di Scotland.

“Ia antara kemuncak yang menghangatkan lagi populariti Raihan di negara luar,” katanya sambil bersyukur kerana selepas sedekad impak nasyid Raihan bersemarak dan diterima tidak hanya masyarakat Islam, sebaliknya turut mendapat perhatian bukan Islam.

Mungkin ketika ini, usaha Raihan lebih banyak menyerlah di negara luar berbanding di Malaysia. Malah, akui Che Amran, setiap dua bulan mereka pasti akan berangkat ke luar negara memenuhi pelbagai tuntutan.

Tahun ini saja, mereka sudah mengadakan persembahan di Asia, Eropah, Amerika dan Afrika Selatan dan jika tiada aral, Raihan akan turut menyerikan acara Sukan Asia Ke-15 di Doha, Qatar.

“Kami masih menunggu kata akhir daripada penganjur,” katanya, memaklumkan Raihan sudah mempunyai perancangan untuk menawan wilayah Amerika Latin seperti Surinam, Trinidad & Tobago dan Guyana menerusi konsert jelajah tahun depan.

Che Amran berkata, pemergian itu adalah sebagai kesinambungan terhadap usaha awal mereka membina tapak di negara berkenaan akhir Julai lalu.

“Selama dua minggu, kami mendapat pendedahan yang cukup memberangsangkan. Raihan mencipta impak baru dengan memasukkan elemen muzik yang bersesuaian dengan suasana di sana. Daripada situ, mereka tertarik untuk membawa Raihan kembali,” katanya.

Selesai tugasan di Dubai, Raihan meneruskan pula kembara mereka di Kuwait untuk menyertai Festival Nasyid Kuwait Ke-7 selama empat hari.

“Ia adalah kunjungan kedua kami ke negara itu dan syukur, kami menerima pendedahan di luar dugaan apabila ditemubual oleh stesen televisyen Kuwait dan Jeddah. Siaran itu dapat diikuti penduduk di sekitar negara Teluk,” katanya.

Kumpulan yang pernah menghasilkan lapan album dan terakhir, Tawakal ini dilihat sebagai pengeksport budaya baru kepada masyarakat luar menerusi suasana Islam sambil mempromosikan Malaysia dan gaya hidup masyarakat Islam di sini kepada masyarakat antarabangsa.

Kumpulan yang dilantik sebagai Duta Keamanan oleh Jabatan Perdana Menteri menjalankan tanggungjawab itu dengan sepenuh hati bagi memperbetulkan tanggapan negatif Barat yang kerap dilemparkan kepada masyarakat Islam.
Ewan_sn
Jangan perbesar isu saya keluar daripada Raihan’

PENGUNDURAN Nordin Jaafar sebagai vokalis Raihan mengundang persoalan, apa sebenarnya berlaku?

“Mungkin sudah tertulis hanya setakat ini saya dapat bersama dengan mereka,” ungkap Nordin yang bertindak sebagai vokalis utama Raihan menggantikan Nazrey Johani sejak enam bulan lalu ketika dihubungi Hip.

Nordin dalam kenyataan rasminya kepada media, Jumaat lalu mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan nasyid terkemuka yang juga finalis Penyanyi Nasyid Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 apabila Raihan menemui vokalis tetap menerusi sesi uji bakat yang diadakan tidak lama dulu.

Akui Nordin, dia tidak terkejut dengan keputusan Raihan yang memintanya supaya mengundur diri apabila kumpulan itu menemui vokalis baru.

“Saya hanya membantu mereka, malah sepanjang enam bulan saya tidak pernah menandatangani sebaran kontrak sebagai anggota tetap Raihan. Justeru, apabila mereka menemui penyanyi baru, saya terpaksa reda dengan keputusan yang dibuat.

“Bagaimanapun, saya percaya dalam tempoh singkat masyarakat akan tetap mengingati sumbangan kecil saya dan apa yang dilalui ini tidak lebih sebagai sebuah pengorbanan,” katanya.

Nordin berkata, sewaktu ditawarkan menyertai Raihan, mereka ada mengingatkan penyertaannya hanya bersifat sementara. Dan apabila mereka menemui vokalis yang bersesuaian, Nordin perlu berundur untuk memberi laluan kepada anggota baru itu.

Sehubungan itu, Nordin meminta supaya isu ini tidak diperbesarkan kerana keputusan dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak serta bebas daripada unsur ketidakadilan.

“Saya berharap tiada pihak yang akan mempertikai atau meragui keputusan yang kami lakukan bersama ini,” katanya yang menarik diri sejak 4 Januari lalu.

Ditanya tidakkah pengunduran mengejut itu akan menimbulkan pelbagai spekulasi, Nordin berkata, ia tidak harus terjadi kerana keputusan dilakukan atas dasar profesional.

“Disebabkan itu saya perlu tampil membuat penjelasan menerusi kenyataan akhbar supaya tidak pihak yang mempertikai. Hubungan kami masih tetap baik, cuma mungkin hanya setakat itu saya dapat bersama dengan Raihan.

“Saya perlu bersuara supaya tiada pihak yang menyimpan tanggapan salah. Ia juga penting kerana saya sendiri mempunyai perancangan masa depan selepas tidak bersama Raihan lagi,” katanya.

Tidak terkilan kerana meninggalkan kumpulan yang pernah memasyhurkan namanya sebagai anak seni sedikit sebanyak akan mencalarkan nama baiknya? Apatah lagi, sebelum ini tiada sebarang ura-ura kumpulan itu ingin mencari vokalis tetap selepas Nordin menyertai artis nasyid berprofil tinggi berkenaan.

“Saya tidak boleh bersedih dengan apa yang terjadi. Biarpun hanya bersama selama enam bulan, banyak yang kami lalui dan ia memberi pengalaman yang manis buat saya. Alhamdulillah, kehadiran saya juga membawa sedikit perubahan dalam Raihan. Mungkin tempoh itu terlalu singkat namun saya tetap berterima kasih kerana mereka banyak memberi peluang serta membuka ruang kepada saya.

Ketika bersama Raihan, Nordin turut menyumbang suara dalam pembikinan album terbaru, Tawakkal yang dipasarkan menjelang Ramadan lalu. Pemegang ijazah Sarjana Muda Kemanusiaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, ketika ini dia sedang dalam perbincangan untuk mendekati masyarakat menerusi program motivasi.
Nur As'Syura
suka lagu untukmu palestin.... vocal nazrey mmg beshhhh gilersss....
bleh tangkap leleh aaarrrr kalo ngar lagu nihhh.... wink.gif
Ewan_sn
'Kami bukan mahu aniaya Nordin'

Kumpulan Raihan

JUMAAT lalu, kumpulan nasyid berprofil tinggi, Raihan diselubungi episod duka apabila vokalis utama, Nordin Jaafar yang menggantikan Nazrey Johani mengumumkan pengundurannya selepas enam bulan bersama.

Nordin yang menyertai Raihan sejak pertengahan 2006 dalam kenyataannya berkata, dia tidak terkejut apabila diminta mengundurkan diri daripada kumpulan itu selepas mereka menemui vokalis baru dalam satu sesi uji bakat.

Malah, katanya, sewaktu ditawarkan menyertai Raihan, dia memang diingatkan apabila kumpulan itu bertemu vokalis tetap yang baru maka Nordin terpaksa berundur.

Namun, apa sebenarnya berlaku? Apakah Nordin gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai vokalis utama hingga memaksa Raihan mencari pengganti selepas enam bulan dia menyertai mereka?

Hip mendapatkan anggota finalis Penyanyi Nasyid Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006, Che Amran Idris untuk menjawab segala persoalan yang bersarang di minda.

Hip: Apa status sebenar Nordin dalam Raihan?

Che Amran: Selama enam bulan ini, Nordin banyak membantu Raihan dalam menjayakan persembahan. Tanggungjawab itu dilaksanakannya atas dasar sementara dan membantu. Ini kerana Raihan pernah membuat kenyataan untuk mengadakan uji bakat mencari vokalis baru menggantikan Nazrey yang menarik diri tidak lama dulu. Alhamdulillah, tugas Nordin sudah selesai dan kini kami mempunyai vokalis baru untuk melengkapkan semula anggota tetap Raihan.

Hip: Mengapa perlu vokalis baru apabila sudah menemui Nordin?

Che Amran: Memang kami memberikannya masa untuk berfikir dan menimbang mengenai hal ini. Bagaimanapun Nordin memberitahu dia ingin berundur kerana mempunyai misi lain. Dia keluar secara sukarela. Sebelum ini pun penyertaan Nordin dalam Raihan berlaku secara tidak sengaja. Kebetulan ketika Nazrey meninggalkan Raihan, kumpulan ini ada banyak tawaran persembahan. Nordin yang ketika itu menyertai Akademi Seni Raihan menunjukkan kemampuan sebagai vokalis lalu kami undang dia untuk menganggotai Raihan. Tetapi, kami tetap merancang untuk mengadakan uji bakat mencari pengganti Nazrey.

Hip: Tidakkah itu menganiaya Nordin yang banyak membantu Raihan?

Che Amran: Nordin hanya tidak bersama Raihan sebagai penyanyi, tetapi dia masih mempunyai projek yang dijalankan menerusi Akademi Seni Raihan. Kami sendiri tidak mahu menyekat bakat dan kemampuan yang dia ada. Dia menunjukkan kecenderungan dalam bidang motivasi dan sebagai kawan, kami merestui langkah yang diambilnya. Namun, kami tetap berterima kasih kerana selama enam bulan ini dia banyak membantu menjayakan persembahan Raihan.

Hip: Bagaimana penerimaan Nordin apabila diberitahu Raihan sudah menemui vokalis baru?

Che Amran: Sebelum ini pun kami ada berbincang mengenai hal ini. Semua pihak memahami dan keputusan yang diambil ini adalah untuk kebaikan bersama. Tiada siapa yang kalah, sebaliknya kami sama-sama mendapat manfaat daripada kerjasama sebelum ini. Bersama Raihan, Nordin berpeluang mengembara ke luar negara, menimba pengalaman malah memperluaskan hubungan dan rangkaian komunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kami tidak pernah menganiaya dirinya.

Hip: Bagaimana jika ada pihak beranggapan Raihan tidak mengenang jasa?

Che Amran: Perkara itu tidak harus dibangkitkan. Sejak awal penyertaan lagi, Nordin sudah dimaklumkan dia hanya mengganti sementara kekosongan yang ditinggalkan Nazrey. Malah kami sendiri tidak pernah menawarkan apa-apa kontrak tetap. Cuma masing-masing memahami tanggungjawab yang diberikan. Kami tidak pernah membelakangkan dia. Walaupun bukan sebagai anggota tetap Raihan, bayaran yang diberikan kepadanya tetap konsisten. Kami juga tidak culas atau memerah keringat Nordin untuk kepentingan Raihan.

Hip: Atau mungkin Raihan kurang berpuas hati dengan komitmen Nordin?

Che Amran: Tidak. Raihan cukup berbangga kerana mempunyai Nordin. Dia cepat menguasai lagu, susunan lagu dan segala aspek persembahan. Memang senang kami bekerja dengannya. Dia mempunyai kelebihan kerana bijak berkomunikasi dan pandai menarik hati penonton. Penguasaan bahasa Inggerisnya yang baik juga banyak membantu Raihan. Cuma itulah, jodohnya bersama Raihan tidak panjang.

Hip: Tidakkah pengunduran Nordin membawa kerugian kepada Raihan?

Che Amran: Memang terasa tetapi pengunduran ini dibuat atas dasar profesional. Nordin sendiri masih mahu aktif. Malah, dia ada memberitahu jika mempunyai masa atau diperlukan dia akan menyertai persembahan Raihan. Kami akui tidak mudah untuk Raihan menerima kehilangan ini. Tetapi, ini saja pilihan yang kami ada. Dan selepas berfikir, Nordin menyatakan hasratnya untuk menarik diri.

Hip: Bagaimana jika masalah yang sama kembali berulang?

Che Amran: Biarpun Raihan sudah menemui vokalis baru tetapi kedudukannya tidak lagi sebagai tunjang utama. Sebaliknya Raihan cuba membawa perspektif baru dalam persembahan. Kami tidak lagi bergantung kepada individu tertentu sebagai solo tetapi membawa pendekatan baru dengan semua anggota akan menyanyi. Kami akan kekalkan konsep persembahan begini. Semua ada peranan dan tanggungjawab masing-masing. Apa pun yang berlaku nanti, Raihan tidak akan mengalami masalah untuk meneruskan persembahan kerana setiap anggota boleh menyanyi.

Hip: Bila Raihan akan memperkenalkan anggota baru itu?

Che Amran: Buat sementara waktu ini kami tidak mahu menonjolkan sangat perubahan yang berlaku kepada Raihan. Lagipun, ia akan menimbulkan persepsi kurang manis terhadap kumpulan ini. Tetapi, jika ada yang menghubungi untuk meminta penjelasan, kami tidak akan berselindung. Apa yang dapat saya katakan, ahli baru Raihan ini seorang yang berbakat dan berpengalaman. Insya-Allah, apabila masanya bersesuaian, Raihan akan perkenalkan
Ewan_sn
Nazrey antara album dan motivasi

SELAIN menyanyi, Nazrey dan Akhil turut memberi ceramah berbentuk motivasi yang dipengerusikan oleh Mohd. Sani Hassan (kanan) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

SEJAK menganggotai kumpulan Raihan pada tahun 1997, Nazrey Johani hanya menumpukan perhatiannya terhadap bidang nyanyian semata-mata.

Bagaimanapun selepas keluar daripada Raihan pada tahun lalu, penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah ini mula berjinak-jinak dalam bidang motivasi.

Selain bergelar penyanyi solo, Nazrey juga kini dikenali sebagai motivator bebas dan banyak berceramah di merata-rata tempat.

Menurut penyanyi berusia 36 tahun ini, dia mengambil peluang mempromosikan album solo pertamanya berjudul Syahadah semasa mengadakan program tersebut.

“Cara ini amat bagus kerana saya dapat bertemu terus dengan para peminat saya. Walaupun cara ini dianggap promosi untuk traditional market (pasaran tradisional) tetapi ia berkesan.

“Melalui cara itu, saya dapat menjual terus album saya kepada mereka (peminat),” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Sembang-Sembang Bersama 2 Otai di kilang Shin Etsu, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pada program motivasi untuk para pekerja kilang elektronik tersebut, Nazrey bersama bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh iaitu Akhil Hayy turut sama menjayakannya.

Syahadah yang diterbitkan oleh Inteam Records itu memuatkan 10 lagu ciptaan Nazrey dan sudah berada di pasaran sejak 7 Jun lalu menampilkan konsep irama nasyid universal.

“Konsep irama yang saya ketengahkan ini berbeza dengan konsep muzik Raihan yang lebih ke arah nasyid kontemporari.

“Selain itu, saya turut berduet dengan Akhil menerusi lagu Suara Hidayah. Ini sebagai satu tarikan untuk menarik lebih ramai pendengar.

“Apatah lagi saya dan Akhil masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri,” ujarnya yang memeluk Islam pada tahun 1983 .

Akhil Hayy yang ditemui selepas mengadakan program motivasi tersebut berbangga apabila diberi peluang berduet dengan penyanyi nasyid tersohor itu.

Jelasnya melalui peluang itu, dia dapat menambah bilangan peminatnya selain berganding bahu menjayakan program-program motivasi pada masa depan.

“Kebetulan saya juga salah seorang peminat Nazrey. Apabila Nazrey menjemput saya berduet saya menerimanya dengan gembira.

“Ini kerana, kini saya bersama Nazrey menjayakan program-program motivasi seperti ini sambil mempromosikan album masing-masing,” katanya yang baru muncul dengan album solo pada hujung tahun lalu.

Selepas memberi motivasi yang dipengerusikan oleh Pegawai Keselamatan Kanan Shin Etsu, Mohd. Sani Hassan, Nazrey dan Akhil turut berduet menyanyikan lagu Suara Hidayah.
Ewan_sn
'Saya tak kata mahu berhenti nyanyi'

Nazrey nafi mungkir janji apabila kembali menyampaikan lagu nasyid dalam album solo

TAHUN lalu dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Raihan di saat kumpulan nasyid itu sedang meniti puncak populariti. Gara-gara berita mengejutkan itu, banyak spekulasi timbul mengenai pengundurannya. Biarpun jenuh si empunya diri dan juga anggota lain kumpulan itu memberi alasan bahawa penarikan diri vokalis utamanya, Nazrey Johani adalah kerana dia ingin melunaskan impiannya untuk menyebarkan ajaran dakwah di Sabah, namun ada juga mulut nakal yang mengatakan pengunduran Nazrey sebenarnya adalah kerana Raihan sedang bergolak.

Bagaimanapun, isu itu kembali senyap dan Raihan terus mengembangkan sayap di luar negara manakala Nazrey meneruskan cita-citanya untuk berdakwah di tanah tumpah darahnya itu. Namun, apabila Nazrey kembali menyertai dunia nyanyian dengan melahirkan album solo, timbul pertanyaan, apakah Nazrey mungkir dengan janjinya sendiri.

Kalau dulu dia menjadikan alasan kesibukan menyanyi membuatkan dia tidak dapat meluangkan masa seperti sekarang untuk berdakwah, jadi mengapa dia perlu kembali menyanyi selepas sekian lama menyepi. Apakah ada sesuatu yang cuba disembunyikan Nazrey? Atau sebelum ini Nazrey menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk keluar dari kumpulan Raihan semata-mata ingin meneruskan kerjaya seninya secara solo.

Kunjungan Nazrey ke Balai Berita baru-baru ini menjawab segala persoalan sekali gus menamatkan spekulasi yang bermain di minda peminat setia penyanyi itu.

Hip: Lama tidak dengar cerita Nazrey, ke mana menghilang?

Nazrey: Saya tidak menghilang ke mana cuma saya sekarang sibuk menjalankan aktiviti dakwah yang pernah saya uar-uarkan dulu. Setakat ini alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Dulu saya tak ada apa-apa hendak diceritakan, kini saya ada produk baru yang ingin saya ceritakan pada masyarakat di luar sana iaitu album solo terbaru yang berjudul Syahadah sudah pun berada di pasaran. Album ini diterbitkan oleh In-Team Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh EMI.

Hip: Angin tidak, ribut tidak tiba-tiba keluar album baru. Mengapa berahsia?

Nazrey: Album ini saya rakamkan sejak Mac lalu dan persediaan kami sudah buat dalam bulan Januari lagi. Sebenarnya bukan sengaja berahsia tetapi biarlah nampak hasilnya dulu baru boleh cerita. Sebaik saja saya keluar dari Raihan kumpulan In-Team menjadi orang pertama yang datang memberi tawaran kepada saya untuk bekerjasama dengan mereka. Saya anggap peluang ini sebagai satu penghargaan besar dan kini menjadi platform baru tempat saya bernaung. Paling menggembirakan saya belumpun sampai sebulan di pasaran, album baru saya ini sudah mendapat permintaan di Indonesia dan sudah ada syarikat yang berminat memasarkannya di sana. Selain itu saya juga tertarik melihat cara mereka bekerja dan saya juga diberi kebebasan untuk menentukan arah tuju album ini. Saya juga terbabit dalam urusan penyusunan lagu, idea serta konsep pakaian untuk ditampilkan dalam album ini.

Hip: Kenapa tiba-tiba hendak kembali menyanyi, dulu kata kerana sibuk menyanyi susah hendak cari masa untuk berdakwah?

Nazrey: Ya, saya akui masa dengan Raihan dulu sukar untuk saya menjalankan aktiviti berdakwah kerana terlalu sibuk ke sana ke mari. Apatah lagi ketika itu Raihan sering mendapat persembahan di luar negara. Apabila memikirkan komitmen saya di sini, akhirnya saya terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dengan mereka. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kami tidak ada apa-apa masalah. Malah, sehingga kini hubungan kami masih baik. Cuma kami jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Mengenai kembali menyanyi, saya tak pernah kata yang saya hendak berhenti menyanyi. Cuma saya rasakan yang apabila bersama Raihan, saya sukar untuk mencari masa untuk menjalankan tugas berdakwah itu. Jadi untuk tidak mahu menyusahkan Raihan serta bimbang jadual saya bertembung dengan persembahan yang sudah dijanjikan awal, jadi saya rasa ada baiknya saya mengundur diri. Macam sekarang ini, saya bebas kerana semuanya bergantung kepada jadual saya seorang. Kalau saya rasa saya boleh pergi berdakwah, saya pergi tanpa memikirkan pelbagai masalah lain.

Hip: Tidak rasa seperti memungkiri janji sendiri?

Nazrey: Seperti yang saya tegaskan tadi, saya tidak pernah berjanji dengan sesiapa yang saya mahu berhenti menyanyi. Jadi tidak timbul soal saya mungkir janji atau tidak. Bagi saya apa yang saya lakukan iaitu menyanyi sambil berdakwah itu semua kerana adalah tuntutan antara minat dan kewajipan. Lagipun, tentu anda pernah dengar orang kata kalau kaki sudah melangkah ke dunia seni, sukar untuk ditarik balik. Begitu juga dengan saya. Macam sekarang ini, kalau saya pergi berdakwah atau memberi ceramah, ada kala saya juga kena menyanyi. Tengok juga pada permintaan.

Hip: Tidak risau andai diri Nazrey masih dibayangi imej kumpulan Raihan?

Nazrey: Bagi saya itu adat kalau seseorang penyanyi itu masih dikaitkan dengan bekas kumpulannya. Bayangkan 16 tahun saya bersama kumpulan itu, bermula sebagai kumpulan nasyid biasa kemudian menjadi kumpulan nasyid nombor satu serta meraih jualan album paling laris iaitu melebihi 600 ribu unit, pasti sukar untuk dikikis imej kumpulan itu dari dalam diri saya. Lagipun genre muzik kami masih sama iaitu nasyid. Ada juga kebaikan apabila peminat menyatakan saya masih dibayangi Raihan. Itu bermakna imej kita masih lagi kuat dan sukar untuk dihilangkan.

Namun, bagi saya yang lebih penting adalah mesej yang kami cuba tanamkan kepada pendengar iaitu selain mendapat hiburan diharap mereka juga dapat menghayati mesej yang cuba kami salurkan melalui nyanyian kami itu.

Hip: Apakah ada perasaan kesal bersarang di hati Nazrey apabila mengambil keputusan untuk keluar dari Raihan?

Nazrey: Saya tidak pernah kesal meninggalkan Raihan walaupun ada yang mengatakan rugi kerana kumpulan itu sedang mencipta populariti di negara luar. Saya pernah merasai itu semua sewaktu masih bersama Raihan dulu. Mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan Raihan setakat di sini saja. Cuma pengalaman bernasyid dan berdakwah bersama kumpulan itu di luar negara banyak memberi pengalaman kepada saya. Dari situ saya mula sedar, saya banyak berdakwah di luar sedangkan di tanah tumpah darah saya sendiri masih banyak yang memerlukan khidmat saya. Jadi, dari situ terbitnya satu kesedaran untuk membimbing mereka dengan kudrat saya yang tidak seberapa ini. Selama tiga bulan, sejak keluar dari Raihan saya cukup teruja menjalankan tugas ini, masuk di kawasan kampung, memberi motivasi. Pengalaman ini membuatkan saya teruja untuk terus melakukannya.

Hip: Apa impian Nazrey selepas ini?

Nazrey: Saya teringin untuk membina sebuah penempatan khas yang boleh dijadikan pusat sehenti untuk menyebarkan ajaran Islam. Saya namakan penempatan itu sebagai Kompleks Raudhah. Kompleks yang menelan belanja sebanyak RM150 juta itu akan didirikan di sebuah kawasan seluas 500 ekar di Ranau, Sabah. Saya membayangkan di situ nanti akan ada sebuah kediaman yang akan menempatkan golongan saudara baru serta tempat untuk orang Islam mendalami ilmu agama bersama tenaga pengajar yang bertauliah. Kalau kita lihat sekarang, terutama di kawasan pedalaman kebanyakan mereka masih terkapai-kapai dalam mencari arah haluan hidup. Jadi saya harap kompleks ini dapat membantu merealisasikan impian saya ini. Buat masa ini perkara itu masih dalam perbincangan dan saya sudah pun menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan pihak kerajaan. Untuk projek ini saya akan bekerjasama dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (OIAS). Sekarang projek itu sudah memasuki fasa kedua dan doakan semoga apa yang ingin saya lakukan ini dimakbulkan Tuhan.

Hip: Selain menyanyi dan berdakwah, apa lagi yang Nazrey lakukan?

Nazrey: Saya juga terbabit dalam memberi ceramah motivasi untuk pelajar sekolah rendah menerusi syarikat yang saya kongsi bersama dengan seorang rakan iaitu Addin Training Centre. Kem motivasi ini mengkhusus dalam bidang bagaimana menjadi anak soleh, pelajar cemerlang, kem solat dan sebagainya. Kalau ada yang berminat untuk menyertai kem motivasi ini bolehlah menghubungi talian 019-9830474 atau 013-9840474 untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut. Manakala bagi mereka yang ingin mengundang saya untuk membuat persembahan bolehlah menghubungi Fairus di talian 0122729100.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.