Hulu Langat, Selangor
DEKAT di Mata Lekat di Hati, Memancar Kembali Kejernihan Hati. Itulah slogan yang menggambarkan kelebihan Nur Lembah Pangsun Eco-Resort. Nur yang bermaksud cahaya. Cahaya itu pula berada di kawasan lembah dengan suasana damai dikelilingi hutan dan anak sungai.
Sekali pergi rasa nak lagi umpama melekat di hati, manakala pengalaman di sini memancar kejernihan hati. Bayangkan kedamaian yang bakal dinikmati dengan hanya 45 minit memandu dari Kuala Lumpur. Nur Lembah Pangsun menawarkan suasana damai di pinggir kota yang dikelilingi hutan hujan tropika, kolam, sungai, anak air, air terjun dan suasana kehijauan.
Usianya masih muda kerana baru beroperasi lima tahun lalu di Kampung Ulu Perdek, Hulu Langat, Selangor. Lebih menarik, Nur Lembah Pangsun bukan saja untuk berehat bersama keluarga, malah penganjuran program motivasi, perkhemahan dan hari keluar

Berakit bersama keluarga bagi
menambah keseronokan di Nur
Lembah Pangsun. – Gambar
oleh Yahya Zain
Ciri menarik yang ketara ialah usaha pemiliknya memuaskan cita rasa pengunjung. Syarikat itu berusaha mengumpul maklum balas pelanggan selama empat tahun ia beroperasi dan mengambil pelbagai langkah menambah kemudahan.
Di resort ini, keperluan latihan, cita rasa pelanggan pelbagai kaum yang sebahagian besarnya tinggal di bandar dan undang-undang serta peraturan diberi keutamaan.
Di kelilingi hutan, resort ini menyediakan chalet dan asrama masing-masing untuk sehingga 100 penginap dan dua unit villa dalam suasana hutan. Menariknya, Lake View Villa dan Jungle View Villa dua bilik ini dilengkapi kelengkapan memasak dan kemudahan televisyen satelit Astro.
Jika tidak mahu memasak, pengunjung boleh menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam di kafeteria. Turut disediakan tapak untuk BBQ. Ikan yang dipancing di kolam mengandungi lebih 1,000 ikan boleh dipanggang untuk dinikmati bersama keluarga.
Bagi yang mahu mengadakan hari keluarga, Nur Lembah Pangsun menyediakan dataran untuk sukaneka dengan pelbagai acara yang akan diatur serta dikendalikan kakitangan berpengalaman.
Sekolah, pertubuhan belia dan organisasi boleh mengadakan perkhemahan motivasi jika mahukan kelainan kerana selain, asrama, chalet dan banglo, tapak perkhemahan untuk 500 orang disediakan di sini.
Ia juga menyediakan dewan kuliah berhawa dingin untuk keselesaan mereka yang mahu menganjurkan kursus, kem motivasi atau program percambahan fikiran. Turut disediakan, dewan terbuka pelbagai guna untuk sebarang kegiatan.
Pusat peranginan ini juga menyediakan surau yang boleh memuatkan 120 jemaah untuk kegunaan umat Islam beribadat. Di sini juga disediakan kolam renang menggunakan air sungai yang sejuk dan nyaman.
Bekalan air di Nur Lembah Pangsun paling menarik kerana ia menggunakan sistem penapisan air Perancis yang menjamin mutu dan kebersihan air untuk digunakan pengunjung.
Aktiviti luar diperbanyakkan supaya pelanggan dan pengunjung tidak bosan. Antaranya, lawatan ke kolam air panas dana air terjun, treking di hutan dan pada waktu malam, melepasi halangan, berakit dan kayak, menuruni bukit dengan tali, flying fox, permainan perang, mendaki dan kesedaran mengenai alam sekitar.
Pengusaha Nur Lembah Pangsun mengutamakan pengekalan kehijauan dan kebersihan sehingga ketika pembinaan, penebangan pokok besar dilakukan secara paling minimum
yang pasti memberikan suasana nyaman dan sejuk, terutama waktu malam.
Kebersihan kawasan dijadikan matlamat utama dan kesegaran persekitaran bakal menjadi memori indah pengunjung selepas menginap di sini. Untuk keselesaan, jalan bertar dibina hingga ke kawasan resort dan kenderaan pengunjung seperti kereta dan bas mudah menurunkan penumpang dan barangan yang mereka bawa.
Nur Lembah Pangsun memberikan layanan mesra kepada tetamu dengan pegawai dan pekerja dilatih untuk membudayakan adat resam positif kaum Melayu yang memberi layanan terbaik kepada pengunjung.
Bakal pelanggan yang ingin mengadakan program akan dipersilakan masuk ke pejabat. Selepas berbincang, mereka dibawa melawat persekitaran untuk lebih memahami kemudahan, penginapan, dewan dan kelengkapan yang disediakan.
Fleksibiliti kemudahan dan harga adalah daya tarik utama Nur Lembah Pangsun. Pelanggan boleh memilih penginapan yang agak ekslusif seperti banglo dan chalet atau yang sederhana seperti asrama atau khemah.
Harga dan kandungan pakej pula boleh diubahsuai melalui perundingan sehinggalah pelanggan berpuashati dengan sebut harga yang dikemukakan. Kadar kontrak dan potongan harga istimewa diberikan kepada pelanggan yang membuat program berulang kali atau mewakili pelanggan lain.
Tren masa kini menyaksikan pelanggan diwakili broker atau perunding untuk program mereka dan Nur Lembah Pangsun mengambil kira peranan mereka dengan memberikan pakej menarik
Mengenai makanan, resort ini menyediakan pelbagai menu dan boleh diubahsuai mengikut selera pelanggan.
Keselamatan tetap menjadi keutamaan. Justeru, semua aktiviti luar dikendali perunding berpengalaman bagi keselamatan pengunjung. Tanpa jaket keselamatan, mereka tidak dibenarkan dalam aktiviti berakit atau aktiviti air lain.
Nur Lembah Pangsun berusaha menjadi pusat setempat untuk pelanggan dengan menyediakan bas dan van untuk mereka yang mahukan pengangkutan.
Mereka yang berminat menikmati kedamaian dan kesegaran suasana kampung dan hutan boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web www.nurlembahpangsun.com atau hubungi talian 03-90217387 dan 03-90217389.






























