Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Professor Masuk Islam..
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Edirossa
Professor Masuk Islam Hanya Kerana Kajian Kulit Manusia


"Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu.

Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :
“Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bejiksana”.

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.


http://english.islamway.com/bindex.php?section=article&id=34
hamba-Nya
Allah Maha Besar, Maha Berkuasa!
Edirossa
Lagi cerita tentang Orang English masuk Islam.


Semalam aku menghantar seorang rakan dari luar negeri balik, setelah bermalam di rumah aku buat beberapa hari. Lama kami tidak berjumpa, perjumpaan ini, merupakan peluang melepaskan rindu. Dalam perbualan kami, ada beliau menceritakan pengalaman nya berkenalan dengan seorang Bangsawan English, yang telah memelok Islam. bernama H.B.

H.B. ni walau pun dah lama memelok Islam, setiap tahun bila musim panas akan menghabiskan masa nya bercuti dan berhibur di Selatan France. Selatan France memang terkenal sebagai tempat percutian dan juga tempat maksiat serta pusat perjudian. Suatu hari kawan aku tegor H.B. kerana beliau ni bila musim panas suka pakai seluar pendek.

Jawapan yang di beri oleh H.B. " Whats wrong with wearing shorts" Jawab kawan aku, ianya tidak sopan dan di dalam Islam, kita kita kena menutup aurat.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lampau. Alhamdulillah hingga kini, H.B. tidak lagi memakai serluar pendek. Bukan itu sahaja, mungkin setelah tinggal dengan rakan ku ini, beliau juga rajin beribadat. Sehinggakan isteri H.B. bertanya pada rakan aku " What Have you done? He has changed tremendously, Now he performed his solat deligently, including solatul suboh !! This really amazed me"

Ini adalah satu lagi contoh dakwah melalui tingkah laku kita, sebagai seorang muslim. Tertarik nya H.B. untuk mendekati Islam dengan lebeh detail, hanya setelah, sekadar tinggal bersama dengan rakan aku buat beberapa hari.

Kalau tak boleh kita berbuat baik, sekurang2 nya janganlah kita berbuat jahat. Itu pun sudah cukup untuk untuk menjadi tarikan kepada mereka yang bukan Islam.
MalaysianFatBoyz
kuasa Allah untuk membukakan hati hamba-Nya tongue.gif
ask-what
Syukur aLhaMduLiLLaH!!!
zulhellme
amin bgus tu........tapi kat malaysia nie.....ramai yg kuar agama islam
McTwist
Hmm.. kureng paham aku
Nuai
Allahuakbar
ask-what
hati nya sudah mendapat hidayah dari aLLAH......
emmmmmmmmmmmm............
EmyArry
sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI
syakuntala
baguslaaa...tp skrg kes murtad teruk gak
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.