Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Mekanik Motosikal Anda Menjawab Masalah Anda
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
Pages: 1, 2
Ewan_sn
Articles Index :

1) Motor hilang kuasa pecutan...Siri (1)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=0#entry2805333

2) Tujuh tahun motor tersadai...Siri (2)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=0#entry2805334

3) Minyak pelincir satu-satunya pelindung enjin...Siri (3)
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=0#entry2805337



Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=0#entry2805333

Motor hilang kuasa pecutan...Siri (1)


SAYA menggunakan motosikal terpakai Yamaha RXZ model 1998. Selepas menggunakan motosikal berkenaan, ada banyak masalah berlaku dan ia mendorong saya untuk menjualnya.

Antara masalah yang sering dihadapi ialah ‘cluth slip’ sehingga membahayakan diri saya terutama ketika menunggang dalam kesesakan lalu lintas. Walaupun sudah dibaiki ia tetap berlaku namun kekerapannya berkurangan.

Masalah kedua ialah apabila gear dalam keadaan neutral, ia terasa keras dan sukar dimasukkan serta kehilangan kuasa pecutan apabila pendikit dipulas. Bolehkah saudara memberikan pandangan?

Faizal Salleh,
Selangor.


MASALAH saudara nampaknya pelbagai dan walaupun enjin saudara sudah dibaiki atau ‘overhaul’, nampaknya ia tidak mendatangkan hasil memuaskan.

‘Clutch slip’ biasanya hanya terjadi disebabkan dua perkara, iaitu anda menggunakan minyak pelincir yang terlalu tinggi tahap pelinciran dan tidak sesuai untuk jentera anda atau kerana kehausan komponen klac seperti piring klac dan spring.

Prestasi yang baik hanya didapati apabila menggunakan alat ganti tulen atau alat ganti perlumbaan yang sememangnya jauh lebih mahal.

Gear yang sukar dimasukkan sepatutnya tidak dialami bagi enjin yang baru dibaik pulih kerana mekanik yang baik dapat mengesan kerosakan pada tuil gear di dalam enjin, jika itu masalahnya.

Namun sistem klac yang tidak beroperasi dengan baik juga menyebabkan gear susah dihubungkan atau susah masuk kerana klac tidak dapat membebaskan piring klac sepenuhnya menyebabkan ia masih terhubung dengan batang engkol. Mungkin masalah gear ada kaitannya dengan masalah klac.

Enjin yang hilang kuasa apabila pendikit terlebih pulas menggambarkan pelarasan karburetor yang tidak tepat dan terlalu mewah sehingga membasahkan plug.

Tetapi ini boleh berlaku pada jentera yang mengalami kebocoran mampatan apabila campuran bahan api tidak sempat dibakar sepenuhnya untuk enjin bertindak balas pada penambahan bahan api.

Ini sepatutnya tidak terjadi pada enjin yang baru dibaik pulih. Enjin RXZ yang baik akan memberikan prestasi memuaskan, model ini sudah terbukti prestasinya sejak mula dikeluarkan pada awal mega_shok.gif-an lagi.
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=0#entry2805334

Tujuh tahun motor tersadai...Siri (2)


SAYA ingin bertanya beberapa soalan.

1.Saya mempunyai sebuah motosikal Yamaha RXS-115 yang sudah tujuh tahun tersadai tanpa cukai jalan dan insurans. Berapakah kosnya jika saya ingin memperbaharuinya?

2. Jika saya mengubah sistem eksoz 125z jenis motosikal lumba, apakah kesannya kepada enjin?

3. Adakah salah jika saya mengubahnya kepada model RX-Z, iaitu fairing depan dan lampu signal?

4. Motosikal terbabit sudah dua kali rosak kerana enjin terlalu panas. Apakah puncanya? Adakah kerana kurang minyak 2T?

HUSIN,
Pontian, Johor.


YAMAHA RX-S 115 adalah salah satu jentera lagenda yang amat popular sekitar awal mega_shok.gif-an dan dikeluarkan selepas model RX 100. Model ini juga kemudian dituruti model RX-K dan juga RX-Z sehingga kini, sebelum model TZM dikeluarkan. Namun, model terbabit masih tidak dapat menandingi populariti siri RX.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1959, setiap kenderaan memerlukan lesen kenderaan motor untuk bergeak di jalan raya, tidak kira sama ada kenderaan itu perlu membayar cukai jalan atau tidak.

Bagi jentera 115cc ini, tiada cukai dikenakan, cuma pembayaran untuk lesen kenderaan motor sebanyak RM2. Lesen ini akan dikeluarkan apabila anda menunjukkan nota atau sijil perlindungan insurans sah.

Untuk menghidupkan lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh motor begitu lama, kenderaan anda perlulah dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan bahawa butiran pada motosikal terbabit adalah seperti yang tercatit dalam surat hak milik atau geran anda.

Pemeriksaan ini dikenakan caj sebanyak RM50, dan setelah butiran disahkan, satu sijil perakuan pemeriksaan akan dikeluarkan pleh pihak Puspakom. Sijil ini kemudian boleh digunakan untuk pembaharuan lesen kenderaan motor anda.

Untuk tujuan pemeriksaan ini, selalunya motosikal perlu berada dalam keadaan asal tanpa sebarang modifikasi yang mengubah rupa bentuk asal motosikal berkenaan. Penambahan fairing depan, signal dan ekzos rasanya tidaklah begitu ketara dan boleh diterima.

Pengubahsuaian ekzos kepada 125Z mungkin akan menyebabkan sistem ekzos menjadi terlalu lawas dan meningkatkan penggunaan bahan api walaupun rpm meningkat. Mungkin ini yang menyebabkan enjin anda trsangkut kerana rpm yang meningkat.

Ekzos yang terlalu lawas juga akan menyebabkan campuran bahan api terlalu cepat keluar dan tidak "tertahan" di dalam kebuk pembakaran atau blok enjin.

Ini juga akan menjadikan bahagian piston dan dinding silinder terlalu kering dan menyebabkan 2T yang disalurkan itu tidak mencukupi bagi melincirkan enjin.

Laras semula pelarasan 2T anda untuk menambah jumlah 2T yang masuk. 2T ini juga sebenarnya menyumbang kepada penyejukan enjin, dan kekurangan 2T akan menyebabkan enjin beroperasi agak panas. Ini dapat dikesan dengan dengan memerhatikan keadaan palam pencucuh yang akan kelihatan agak keputihan.
Ewan_sn
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=S...=0#entry2805337

Minyak pelincir satu-satunya pelindung enjin...Siri (3)

Saya baru sahaja membeli motosikal Honda Wave 125 dan menukar minyak 4T untuk kali pertama selepas habis 'pantang'. Adakah sesuai jika saya menggunakan minyak 4T shell VSX untuk motosikal saya? Bagaimana pula kesannya terhadap enjin dalam jangka masa panjang. Adakah kadar kilometer untuk menukarnya sama dengan minyak jenis mineral sepenuhnya?

Ingin tahu,
Kuala Lumpur.


Honda Wave 125 menggunakan piston bersalut molbdenum bagi meningkatkan lagi tahap kelancarannya dan penggunaan bahan ini meningkatkan hayat penukaran minyak pelincir dari 5,000 km kepada 6,000 km.

Seperti yang dihuraikan dalam jawapan bagi soalan satu, tahap pelinciran minyak pelincir menurun apabila melalui operasi enjin dan perlu ditukar apabila ia melepasi satu satu tahap yang boleh diterima pakai oleh enjin.

Penggunaan molbdenum meningkatkan daya ketahanan enjin dari segi mengurangkan geseran pada dinding piston dan ini menyumbang kepada kelancaran enjin dan juga mempertingkatkan lagi daya ketahanan enjin, jadi tahap pelinciran yang diperlukan dari minyak pelincir menurun.

Minyak pelincir bagi Honda Wave 125 ini boleh dipakai lebih lama. Penggunaan minyak Shell VSX separa sintetik adalah amat digalakkan kerana akan memberikan perlindungan yang lebih baik.

Tukar mengikut jadual iaitu setiap 6,000 km dan ia memberikan hasil yang diharapkan, kerana Shell VSX memberikan perlindungan maksimum dalam keadaan yang memerlukan.

Agak rugi jika kita cuba berjimat dengan penukaran minyak pelincir berikutan ia adalah satu satunya bahan perlindungan dalam enjin anda bagi mengelakkan kehausan melampau.
Ewan_sn
Waktu sesuai servis motor...Siri(5)


Berapakah jarak kilometer yang memerlukan motor Honda EX5 melakukan servis atau ditukar minyak enjin? Untuk pengetahuan saudara motosikal ini digunakan untuk perjalanan jauh. Bagaimanakah penjagaan enjin bagi memastikan jangka hayatnya dapat dipanjangkan?

Zaini Said,
Melaka.


Minyak pelincir bagi Honda EX-5 anda perlu ditukar setiap 5,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar. Ini adalah untuk memastikan tahap perlindungan diberikan minyak pelincir berada pada tahap yang boleh diterima pakai bagi mengelakkan kerosakan enjin.

Minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri.

Haba juga mengubah struktur molekul minyak pelincir menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Selain itu, minyak menjadi kotor kerana ia bercampur dengan bahan logam yang haus apabila enjin beroperasi.

Logam terhaus ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak. Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin.

Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini menurun melalui masa. Minyak lama menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehausan melampau.

Selain minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceable parts) seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukar menepati julat kilometer yang dicadangkan pengeluar motosikal. Ini dapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.
Ewan_sn
Motosikal bergegar pada kelajuan 80km/j...Siri (6)


SAYA mempunyai motosikal Yamaha Lagenda. Masalah dihadapi adalah motosikal bergegar apabila mencapai kelajuan mega_shok.gif km/j. Saya sudah mengetatkan skru yang longgar akibat gegaran berkenaan. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Asrin Kasim,
Pahang.


MASALAH gegaran perlu dikaji dari berbagai aspek, sama ada gegaran itu datangnya dari enjin atau dari roda motosikal.

Gegaran enjin lazimnya lebih ketara apabila kita melebihi sesuatu tahap rpm itu iaitu ia menjadi lebih teruk apabila kita melepasi tahap itu.

Gegaran daripada roda kadangkala seperti hilang apabila kita memandu lebih laju contohnya gegaran yang anda alami pada kelajuan 80km/j akan hilang apabila anda melepasi 85km/j.

Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok.

Gegaran enjin pula membayangkan tahap kehausan komponen enjin melebihi tahap kelegaan dibenarkan dan mungkin enjin memerlukan baik pulih (overhaul).

Ini adalah kerana enjin haus dan bergetar apabila ia beroperasi dan menyebabkan gegaran. Punca gegaran enjin ini boleh datang dari berbagai bahagian enjin, sama ada dari piston, gegalas utama atau main-bearing dan mungkin dari bagagian klac atau flywheel.
z-rULe
erm... banyak tul masalah... susah sangat mai sini aku settingkan...! muahha aah ahah biggrin.gif
onehazmir
aku nih dok nunggu modal jer nak rebow balik ex5 haku..dok pikir labor, gasket, piston..suma dlm rm150 sure habih. hmmm... alang2x dah bukak, apa lagi ek nak di buat utk mmbolehkan ex5 sama kuat cam kriss tp x tinggi sangat kos? aku maleh nak tukao carb yg lagi besar pasai sayang carb ex5 x pening paler. x overflow cam TS. kalau blok ex5 haku tuh aku skim tp x nipis sangat ok dak? huh.gif
zan
cara yang mudah tanpa banyak modify kat enjin ialah menukar camshaft racing, guna spark plug platinum, plug cable yang lebih tebal, . jangan ubahsuai enjin terutama dimensi piston dan silinder.
anda boleh polish liang ekzos bagi memudahkan aliran ekzos dan lebih lawas.

paling mujarab ialah setting pada sprocket aje. cuba ubah sprocket hadapan dari 14 mata ke 16 mata. itu saja membolehkan anda dapat 90kmh dalam gear 3. percayalah, sebab aku dulu pakai ex5.

tapi tak sempat projek besar2, sbb tukar RG sports. heh heh heh...tiada yang lebih menyeronokkan dari cc yang besarr...
onehazmir
block nak kena buat balik pasal dah kasau. jem panas. x sedar diri dok mencucuk bas ekspress kat highway. anway thanks, bg idea kat aku yg kurang skit ilmu pasal moto ni. smile.gif
zan
oh, blok kasar kena laa rebore balik. kalau jem lagi haru. tapi tengok gak laa keadaan cylinder liner tu. adakalanya calar tak dalam, boleh polish aje dah mencukupi.
onehazmir
hmm..boleh ke sebuah ex5 dapat kuasa setaraf kriss dgn hanya menukar kepada piston yg lebih besar dan lubang silinder yg lebih luas?

berkenaan dgn plug, cable plug jenis apa yg paling sesuai utk match dgn sprk plug tu? boleh beri cadangan?
zan
sebenarnya, jika diubah saiz gerek piston walau 1mm pun dah cukup untuk mengubah cc enjin.

contohnya, jika satu RXZ dah rebore max 8 kali adalah bersamaan dengan 2mm. disitu saja dah dapat beberapa cc extra. mungkin 140cc. itu kena kira matematik dulu laa...

22/7 x gerek x lejang = cc. tahukan?

tentang spark plug aku tak pasti lak. masa aku guna EX5 dulu plug yg ada cuma plug standard ajer.

tapi macam KRZ aku walaupun standard guna plug nombor 8, tp aku selalu guna plug 9 yang lebih sejuk. sesuai untuk perjalanan jauh.

aku cadangkan ko setting dulu sprocket depan belakang. yg penting sprocket depan mesti guna 16.

kalau kau nak tahu mengapa TZM dan RXZ kuat ialah sebab depa guna sprocket 16 depan. panther, kips, krz sumer guna standard 15 depan. RG, SS guna 14. RGV guna 13.

yamah SS team petronas cub prix guna sprocket 22 hadapan. tapi kena bukak cover laa... pasal tu motor cub prix laju......
onehazmir
ok..spoket..16 ek? ok ok..
zan
kau jgn salahkan aku kalau motor kau terlalu kuatt...

aku dah kena dulu. ada sorang member ni dia berulang setiap hari dari seremban ke kuala pilah. lbh kurang 40km satu trip. dia marah kat aku sbb motor dia jadi kuat. tapi dia sukaa... sampai bapak dia yg berulang kuala pilah ke KL (bapak dia keje penyiasat puspakom) dan kawa z2 pun sanggup tukar pakai...

aku penah test sekali kawa z2. he he kecut perut beb.... 16,000rpm.
onehazmir
ader ke plak moto kuat x suka. sure lagi suka la.. laugh.gif
Ewan_sn
Waa..zan...baguslah ko...tq 4 ur info tu.. wink.gif
z-rULe
erm... kat sini standart jerk ker..? biggrin.gif
onehazmir
sini standard udah ler...x yah heavy sangat... laugh.gif
Ewan_sn
Elakkan minyak bercampur aduk


SAYA menggunakan motosikal Yamaha 125ZR. Kelikatan minyak enjin yang disyorkan ialah SAE10w 30 jenis SE. Jika saya menggunakan kelikatan minyak enjin yang tinggi dan beza minyak empat lejang dengan minyak dua lejang (bukan 2T) bolehkah ia memberi kesan kepada enjin?

AZIZAN HAMID,
Kuala Lumpur.


PENGGUNAAN minyak yang mempunyai tahap kelikatan lebih tinggi mungkin menyebabkan jentera terasa berat dan lembap daripada biasa.

Gunakan tahap kelikatan minyak disyorkan pengeluar motosikal anda.

Minyak pelincir motosikal empat lejang lazimnya mempunyai bahan pembersih kerana minyak ini melincirkan dinding piston dan terdedah kepada tahap kepanasan tinggi.

Berbeza dengan enjin empat lejang, pelinciran bahagian dinding piston dan gegalas utama (main bearing) bagi enjin dua lejang adalah melalui minyak 2T yang bercampur dengan petrol.

Minyak pelincir enjin dua lejang yang dimasukkan dalam bahagian enjinnya pula bertugas melincirkan kotak gear dan juga klac.

Semua faktor ini diambil kira pengeluar minyak pelincir motosikal sewaktu mencari minyak pelincir. Gunalah minyak pelincir yang mempunyai mutu atau piawaian disyorkan untuk jentera dan jangan mencampuradukkan minyak pelincir atau menggunakan minyak pelincir dibuat untuk kereta.

Antara perbezaan ketara operasi kereta dan motosikal adalah tahap operasi enjin motosikal lazimnya beroperasi pada suhu dan RPM yang jauh lebih tinggi berbanding kereta.
Ewan_sn
Risau enjin motosikal mudah mati..



SAYA menghadapi masalah enjin motosikal mudah mati walaupun karburetor sering diservis. Saya ingin meminta pendapat berhubung masalah ini.

JEFRY | Kuala Lumpur.


KARBURETOR selalunya memerlukan perhatian setiap 10,000 km perjalanan dan tukarkan penapis udaranya. Satu sebab utama kehausan piston dan blok enjin berpunca dari udara kotor yang memasuki kebuk pembakaran kerana penapis udara kotor atau bocor.

Pastikan penapis udara tulen dan sentiasa bersih. Lazimnya karburetor mempunyai skru keluar bahan api di bawah takungan bahan api.

Skru ini apabila dibuka menyalurkan bahan api keluar dari takungan karburetor. Tujuannya untuk menyalurkan bahan api kotor yang mungkin terjadi kerana kemasukan habuk atau air ke dalam karburetor.

Jika anda memilih melakukan servis sendiri, buka takungan ini dan bersihkan ia dari sebarang habuk halus yang terkumpul.

Partikel halus ini datang dari habuk yang tidak berjaya ditapis oleh penapis udara sewaktu disedut masuk ke dalam enjin pada kelajuan tinggi.

Periksa dan keringkan sebarang titisan air yang mungkin terkumpul oleh kerana wap bahan api; tidak semestinya kehadiran air disebabkan kemasukan air hujan semata mata.

Habuk logam terutama karat mungkin datang dari tangki petrol yang berkarat didalamnya; cuci juga tangki petrol anda. Keluar belanja kecil untuk memasang penapis bahan api (fuel filter) pada jentera untuk mengurangkan masalah ini.

Enjin yang kerap mati mungkin disebabkan kelajuan melahu (idling speed) yang terlalu rendah. Kelajuan enjin yang baik sewaktu idle ialah pada tahap mega_shok.gif0-1,000 RPM.

Idling yang terlalu tinggi pula menyebabkan kesukaran menukar gear dan terasa seperti melompat atau menyebabkan bunyi kuat sewaktu memasukkan atau menukar gear.

Periksa keadaan palam pencucuh sama ada masih mengeluarkan percikan api yang baik kerana api yang terlalu kecil tidak dapat membakar dengan baik sehingga menyebabkan enjin mati.

Enjin mati kerana banyak faktor mungkin kerana kabel palam pencucuh longgar atau titisan air “sesat“ ke palam pencucuh.

Mungkin juga kerana wayar suis tersentuh. Seandainya ia terjadi hanya sekali dan tidak berulang maka tiada apa perlu dirisaukan. Namun, cuba lagi menunggang dalam keadaan yang sama dan pastikan ia tidak berulang.
baby_melissa
hmm,kaburator tak penah servis huh! la ni enjin baru idup sejuk, bile press minyak tersemput lak..ish,gi bengkel ade yg kate tak brani buat pasal takut twinning lari.ceh,apa da..baik tutup kedai je camtuh..camner nie ek?nak cuci kaburator brape hinggit tuh??kalau mahai,uiks abih le kali ni...dah aar baru tukar twin ekzos.huhuhu!! Tulungs-tulungs...tak leh nak memecut 120/km sejam lagi nih,rase cam tercabar je tengok yg lelain meninggalkan asap.kene bwk cam tok aji nak gi surau le pulaks,waa..... *pakai scoot modenas*

-insan tercabar unsure.gif -
onehazmir
skuter rupenyer...

aper ek nak buat kalau pkai skut...hmm..carb besaq skit...rxz pon ok dah..senang nak set..then, mangkuk potong skit..jgn besaq sangat potong..nnti lajak kureng..tuh jer..yg lelain mcm servis blok..tuh..sendri refer pomen la...

tmpat hang tarak pomen skut yg berkaliber ka?
zan
aku rasa masalah yg pertama ialah pasal tukar twin ekzos. sendiri mahu pikir laa... sebab dah terlalu lawas. bayangkan piston satu tp lubang ezkos dua?

klu betul tambah power, dah lama bebudak cub prix tu pun buat.

sedangkan manusia sekalipun, cuma ada satu perut, dan keluar ikut satu usus. bayangkan apa jadi jika Tuhan cipta manusia dengan 2 usus? susahkan sbb lawas sangat?

naper keta yg ada 4 silinder tak guna paip ekzos 4 lubang? lawas sangatt...

cuba tukar balik paip asal. elok ler tuh insyaAllah.
onehazmir
ekzos jer bising...blah nyer dak...elok ler tuh..tukau ler ekzos stended balik.. laugh.gif

kalau nak kuat jugak..baik mula dari carb yg besar sikit..baru ada rasa... wink.gif
baby_melissa
QUOTE(zan @ Dec 13 2005, 03:38 PM)
aku rasa masalah yg pertama ialah pasal tukar twin ekzos. sendiri mahu pikir laa... sebab dah terlalu lawas. bayangkan piston satu tp lubang ezkos dua?

klu betul tambah power, dah lama bebudak cub prix tu pun buat.

sedangkan manusia sekalipun, cuma ada satu perut, dan keluar ikut satu usus. bayangkan apa jadi jika Tuhan cipta manusia dengan 2 usus? susahkan sbb lawas sangat?

naper keta yg ada 4 silinder tak guna paip ekzos 4 lubang? lawas sangatt...

cuba tukar balik paip asal. elok ler tuh insyaAllah.

ape pulak,ari tu tanye kedai..dia kate bukan sbb ekzos,sbb kaburetor tu tak ponah servis nak 5 tahun dah..hahaha!salah gua..salah gua!ampun pomen...hihihi!!! cuma nak tau je bape hinggit servis kaburetor scoot tu supaya leh le aku kumpul duit.hahaha!!
jaffarz86
bro...
nak tanye....
kalo saye nak bikin ex-5 dream saye...ape yang kena buat ek???kena tambah ape...ape range harge yang patut saye bayar agak x kena tipu.

motor ex-5 saye bari je buat rebo...sebelum buat...dia ade bunyi mcm mesin ais kacang mase pulas minyak...tapi bila dah rebo..masih same....ape masalahnye ye??

thanks..
born
haaa..jawab jawab...
namkin
salam..
sayer pon nak tnyer jgk la..
moto 2 lejang aku nih baru jerk tukar mnyak itam 2 mggu..

bile aku tgok kat tingkap kaca kecik kat enjin..aku nmpak mnyak itam aku
kaler mcm nescafe ais jerk..keruh semacam..
pastu ader buih halus...normal ke idak situasi skang yeh?

ade kah sbb tercampur air radiator yg bocor lalu terlepas msuk dlm engin?
ato mnyak petrol tercmpur mnyk itam?
motor sye ade radiator..karburator plak da lamer xservice..hehehe
jarang bwk la moto nih..seminggu sekali jerk..
sbb da pkai keter..
paez_san
QUOTE(namkin @ Jun 30 2009, 12:16 AM) *
salam..
sayer pon nak tnyer jgk la..
moto 2 lejang aku nih baru jerk tukar mnyak itam 2 mggu..

bile aku tgok kat tingkap kaca kecik kat enjin..aku nmpak mnyak itam aku
kaler mcm nescafe ais jerk..keruh semacam..
pastu ader buih halus...normal ke idak situasi skang yeh?

ade kah sbb tercampur air radiator yg bocor lalu terlepas msuk dlm engin?
ato mnyak petrol tercmpur mnyk itam?
motor sye ade radiator..karburator plak da lamer xservice..hehehe
jarang bwk la moto nih..seminggu sekali jerk..
sbb da pkai keter..


ikut akunye pngalaman.. ader bnyak sebb once berlaku..
1) ader tercampur (bnda asing).cntoh air....n bila enjin dihidupkan sume gear akan bergerak,,,,umpama mengodak campuranminyak n air 2..
2) kow ganti minyak baru tp xpstikn minyak lame btul2 dah habis kuar
3) kekotoran yg melekat di kotak enjin @ cermin display 2..yg dah kelam...huhu
4) kalu long listen slalu pun bleh jadi mcam 2.....


2 je pngalamn akuw...kow cek laaa, kawan yg lain kalu aku salh tulung btulkan yerkk
styr
salam.

cmne nk setting carb utk rxz standard blok 025 sesedap rase ek?kene tukar mainjet ke?
^rally_champ^
QUOTE(styr @ Jul 10 2009, 07:27 AM) *
salam.

cmne nk setting carb utk rxz standard blok 025 sesedap rase ek?kene tukar mainjet ke?



naik mainjet satu saiz...setting angin cun2 pastu ejas 2t cantik2...
meximum
Salam bang..

Saya baru beli Honda Wave meter dah dekat 800km.

Motor saya bila pandu dalam 40-60 ada bunyi wooo wooo. Lebih lebih lagi bila naik bukit, bunyi dia lagi kuat.

Rasa bunyi bukan dari enjin tapi dari tempat bawah lampu.

Dulu naik ex 5 takde bunyi camni.

Hantar balik kedai depa cakap eksos la, bunyi front cover la tapi bunyi tu tak hilang lagi.

Ada sapa sapa besa kena dak?
subuhh
Assalamualaikum semua...

Saya ada nak tanya satu...

Motorsikal Yamaha Ego sport baru beli dalam 6 bulan dah,, 1st time servis kat kedai yang jual motor tu, dia tukar minyak engin entah apa nama ntah, lupa dah, harga dalam RM20 gitu lah..
2nd servis pergi kedai biasa, pakai minyak Shell dalam RM15..
Tapi ada orang kata minyak engin untuk Ego ataupun mana2 jenis engin skuter nie ada minyak engin yang khas dan tak boleh guna minyak engin yang biasa digunakan oleh motor lain yang bukan auto (skuter), betul ke?
Ini yang musykil nie, tapi saya tukar minyak engin setiap 2k KM, dan minyak gear setiap 4k KM.. Apa komen kawan2 semua?

Tolongggggg..

Tq
neil46
Salam..
sy nk tny psal kuda sy..
iaitu rxz..

dlu speed 160kmh bole je..
tp skang lpas 140kmh..
nk pulas lg trasa semput2 kat enjin..
xbrani nk pulas lebih..

tlong ek mekanikudaku
fey
QUOTE(Edirossa @ Nov 23 2005, 09:57 PM) *
<span style='font-size:14pt;line-height:100%'><span style='color:red'>Risau enjin motosikal mudah mati..</span></span>


<span style='color:purple'>
<span style='color:red'>SAYA menghadapi masalah enjin motosikal mudah mati walaupun karburetor sering diservis. Saya ingin meminta pendapat berhubung masalah ini.

JEFRY | Kuala Lumpur.</span>

KARBURETOR selalunya memerlukan perhatian setiap 10,000 km perjalanan dan tukarkan penapis udaranya. Satu sebab utama kehausan piston dan blok enjin berpunca dari udara kotor yang memasuki kebuk pembakaran kerana penapis udara kotor atau bocor.

Pastikan penapis udara tulen dan sentiasa bersih. Lazimnya karburetor mempunyai skru keluar bahan api di bawah takungan bahan api.

Skru ini apabila dibuka menyalurkan bahan api keluar dari takungan karburetor. Tujuannya untuk menyalurkan bahan api kotor yang mungkin terjadi kerana kemasukan habuk atau air ke dalam karburetor.

Jika anda memilih melakukan servis sendiri, buka takungan ini dan bersihkan ia dari sebarang habuk halus yang terkumpul.

Partikel halus ini datang dari habuk yang tidak berjaya ditapis oleh penapis udara sewaktu disedut masuk ke dalam enjin pada kelajuan tinggi.

Periksa dan keringkan sebarang titisan air yang mungkin terkumpul oleh kerana wap bahan api; tidak semestinya kehadiran air disebabkan kemasukan air hujan semata mata.

Habuk logam terutama karat mungkin datang dari tangki petrol yang berkarat didalamnya; cuci juga tangki petrol anda. Keluar belanja kecil untuk memasang penapis bahan api (fuel filter) pada jentera untuk mengurangkan masalah ini.

Enjin yang kerap mati mungkin disebabkan kelajuan melahu (idling speed) yang terlalu rendah. Kelajuan enjin yang baik sewaktu idle ialah pada tahap mega_shok.gif0-1,000 RPM.

Idling yang terlalu tinggi pula menyebabkan kesukaran menukar gear dan terasa seperti melompat atau menyebabkan bunyi kuat sewaktu memasukkan atau menukar gear.

Periksa keadaan palam pencucuh sama ada masih mengeluarkan percikan api yang baik kerana api yang terlalu kecil tidak dapat membakar dengan baik sehingga menyebabkan enjin mati.

Enjin mati kerana banyak faktor mungkin kerana kabel palam pencucuh longgar atau titisan air “sesat“ ke palam pencucuh.

Mungkin juga kerana wayar suis tersentuh. Seandainya ia terjadi hanya sekali dan tidak berulang maka tiada apa perlu dirisaukan. Namun, cuba lagi menunggang dalam keadaan yang sama dan pastikan ia tidak berulang. </span>


ermm raser forum nie mmg da sgt lama kalo nak bukak blik, xpekan kalau nak bertanyer gak??

fuel filter tu cmner ghupernyer, ader cara tak kalau nak pasang benda tu sendiri??
mycasper11
Salam 1 Malaysia dan salam semua,

bila aku taip kt forum ni dah tentu la nak bertanya kan...heheh

aku ada moto kriss 110 thn 1996,dah lama dia berjasa kt aku sejak dari belajar dlu spai skang aku dah keja..skang ni dia dah mula buat perangai sejak aku bg abg aku guna.masalah nya mudah mati bila berhenti mengejut..nek bukit cam jalan kaki...dlu top speed dpt 150 skg ni mega_shok.gif pn dah penat..pening aku...baru ni dalm sebulam lepas aku dah bt top overhaul mula2 bunyi enjin sejuk je ati...skang ni jadi balik...rasa cam nk beli baru je.minta tlg bg pendapat friends.gif
mycasper11
aiii dah tk da org ka kt cni... cray.gif
lambretta
QUOTE(jaffarz86 @ Jun 5 2009, 02:55 PM) *
bro...
nak tanye....
kalo saye nak bikin ex-5 dream saye...ape yang kena buat ek???kena tambah ape...ape range harge yang patut saye bayar agak x kena tipu.

motor ex-5 saye bari je buat rebo...sebelum buat...dia ade bunyi mcm mesin ais kacang mase pulas minyak...tapi bila dah rebo..masih same....ape masalahnye ye??

thanks..

bunyi tu datang dari mana?
kalo bunyi dari blok macam besi berlanggar,mungkin saiz piston terlalu longgar atau pun ring piston..
macam bro2 kat atas sarankan,kalo boleh,jgn usik dulu dalam enjin..sbb once dah usik enjin,akan timbul lagi masalah lain..
cuba dulu tukar spoket depan dan belakang.jika inginkan pikap,spoket tukar yang lebih besar sedikit dan jika inginkan hujung,tukar spoket yang lebih kecil..
tukar juga plug kepada plug platinum.xpayah nk lawa2 pakai sport rim kerana akan memberatkan lagi motor..servis juga ekzos bagi melawaskan lagi pengeluaran sisa bahan bakar.boleh bawa ekzos ke kedai welding untuk belah dan cuci dalam ekzos.jika tak nak belah ekzos, cuci ekzos dengan masukkan kimia pencuci lantai dan goncang,seterusnya siram dengan air dan tunggu sehingga kering..
lambretta
QUOTE(styr @ Jul 10 2009, 07:27 AM) *
salam.

cmne nk setting carb utk rxz standard blok 025 sesedap rase ek?kene tukar mainjet ke?

untuk setting yang terbaik,3 unsur yang paling penting adalah api, minyak dan angin..
jika perlukan minyak yang lebih besar, perlu tukar jet minyak..
teori aku xpandai..biasa orang setting berdasarkan bunyi sesedap rasa..perlukan pengalaman untuk setting yang terbaik..
lambretta
QUOTE(meximum @ Aug 4 2009, 12:26 AM) *
Salam bang..

Saya baru beli Honda Wave meter dah dekat 800km.

Motor saya bila pandu dalam 40-60 ada bunyi wooo wooo. Lebih lebih lagi bila naik bukit, bunyi dia lagi kuat.

Rasa bunyi bukan dari enjin tapi dari tempat bawah lampu.

Dulu naik ex 5 takde bunyi camni.

Hantar balik kedai depa cakap eksos la, bunyi front cover la tapi bunyi tu tak hilang lagi.

Ada sapa sapa besa kena dak?

pada pendapat aku yang tak berapa pandai ni,biasanya bunyi macam tu adalah disebabkan carberator..try servis carberator dan dapatkan setting yang ideal..kalau berat nak naik bukit,cek juga spoket..
lambretta
QUOTE(neil46 @ Apr 26 2010, 05:14 PM) *
Salam..
sy nk tny psal kuda sy..
iaitu rxz..

dlu speed 160kmh bole je..
tp skang lpas 140kmh..
nk pulas lg trasa semput2 kat enjin..
xbrani nk pulas lebih..

tlong ek mekanikudaku

cuba servis carberator terlebih dahulu..kalo masih sama,mugkin perlu reboer atau polish balik blok
lambretta
QUOTE(mycasper11 @ Feb 16 2011, 11:13 AM) *
Salam 1 Malaysia dan salam semua,

bila aku taip kt forum ni dah tentu la nak bertanya kan...heheh

aku ada moto kriss 110 thn 1996,dah lama dia berjasa kt aku sejak dari belajar dlu spai skang aku dah keja..skang ni dia dah mula buat perangai sejak aku bg abg aku guna.masalah nya mudah mati bila berhenti mengejut..nek bukit cam jalan kaki...dlu top speed dpt 150 skg ni mega_shok.gif pn dah penat..pening aku...baru ni dalm sebulam lepas aku dah bt top overhaul mula2 bunyi enjin sejuk je ati...skang ni jadi balik...rasa cam nk beli baru je.minta tlg bg pendapat friends.gif

kalo mudah mati,setting carberator tak ngam la tu..overhaul tu tukar apa..sepatutnya sebelum antar overhaul, kenal pasti dulu penyakit motor dan mintak pomen tukar barang yang perlu sahaja..kalo antar kedai suh overhaul,yang xpatut ditukar dia tukar..yang sepatutnya tukar,tak ditukar plak..kalo rebore blok,sila pastikan jaga betul2 running in..top speed pn dalam 50-60km/j je sehingga mencapai sekurang2nya 1000km..
cari kedai yang betul2 cantik rebore blok..masalah yang sering berlaku bila rebore blok,kedai potong senget menyebabkan lgi bnyak timbul masalah..
jika anda dapat pastikan masalah sebenar,kuar duit sikit jer,anda pasti tersenyum dengan performance mesin kelajuan anda..
fey
lambretta... agak2 la kan...tangki minyak tu kiter boleh servis sendri tak?? klau kat kdai brape rega?? saje tnye ko nak bandingkan ngan harga kat kdai
lambretta
saya tak tahula mengenai harga yang kdai caj..masalah yng mgkn timbul adalah kedai xnak amek untuk servis tank atau kena caj yang mahal atau akan ambil masa yang lama..pertama sekali, servis tank untuk apa.ada masalah?jika tiada masalah,rasanya tak perlu nak cuci tank.cuba tengok dulu wayar minyak samada tersumbat atau tak.tengok juga klip pemegang wayar..

jika nak servis dinasihatkan menggunakan air compressor..kosongkan dahulu tank(buka wayar minyak yang ke karberator) dan sembur dengan angin..jika motor menggunakan 2T cek juga tank 2T.masalah lebih besar jika tank 2T gagal menyalurkan minyak 2T ke dalam petrol..ini cuma berkongsi pengalaman,aku bukan mekanik.hehe..selagi boleh tolong,aku tolong..

p/s:anda boleh berjimat banyak jika tahu atau try buka sendiri motor berbanding hantar ke kedai..caj labour mungkin lebih mahal dari harga barang..anda juga akan mendapat kepuasan diri..
fey
wokey... aku da try... mmg haru... nasib bek ingat nak pasang cmner.. wuiii papahal trimas la kat ko lambretta...
minggu lepas ak bru try gne wave 125 ak g johor,blik tu ikut ledang, muar bru masuk higway, sajer nak tngok motor ak mane leh g.. tpi rnie ak perasan skit kat motor aku tu mula cpat mati, enjin pun ak der dengar macm agak bunyik bergesel2... ko da komen paper?? ni mane mat2 motor kat sni... cuber answer masalh ak skit.. tlongla ekk
cook
macam mana nak membuka flywheel tanpa menggunakan special tool?
cook
macam mana nak membuka flywheel untuk honda ex5 dream tanpa menggunakan special tool?
WQJ LC
klu saya nk tmbah gear kelajuan motor lc es 2007 bleh x??
brape kos?
zan
QUOTE(WQJ LC @ May 25 2011, 02:27 PM) *
klu saya nk tmbah gear kelajuan motor lc es 2007 bleh x??
brape kos?


budak2 ada buat.. salin gearbox FZ. plug and play, tak byk keja. tapi tak silap dah ada kit utk gear 5.. faito ke apa benda ntah.

tak pun, jual LC skrg.. beli LC baru manual, 5 speed. tak lama lagi kuar.

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.