Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Gearbox Auto Waja
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kereta, Motosikal, Basikal
WajaImpian
Assalamualaikum forumer semua....
aku baru je mendaftar. Sini ruangan kenderaan jadi aku nak tanya sikit la kat sesape yang expert pasal keter nih.
Gini, kete waja auto aku nie baru2 nie ada sikit masalah bila brek emergency, sebaik je kereta tu hampir2 berhenti disebabkan brek emergency tadi, aku lepas brek dan cuba tekan minyak tapi seolah2 keter tu dalam free gear (neutral). ambik masa sikit dalam 2-3 saat baru gear engage balik dan rasa macam terhenjut sikit la.....sebelum nie takde masalah tapi lepas aku guna minyak gear auto murah mula la ada masalah lepas brek emergency, lagi satu aku perasan yang penukaran gear tu macam ada lembab sikit....macam gearbox tu bingung nak cari timing+rpm yang sesuai untuk tukar gear.....
kepada sesape pernah menghadapi masalah nie boleh la berkongsi ngan aku cara2 untuk mengatasi masalah nie.....okehhh
zan
hi,

waja auto menggunakan teknologi INVECS generasi ke 2 atau INVECS II. INVECS = Intelligent and Innovative Vehicle Electronic Control dimana kesan paling ketara ialah jika kenderaan anda menggunakan sistem pacuan 4 road = 4WD bersama steering 4 road @ 4WS.

gearbox ini tidak memiliki switch manual overdrive seperti wira 1.6 C98 malah tiada juga suis kawalan mode power/economy. ini kerana gearbox auto waja boleh mengesan sendiri samada anda sedang memandu relax atau anda dalam mod aktif dimana pertukaran gear mungkin dilewatkan dan downshift juga lebih sensitif terutamanya bila transmisi mengagak anda sedang mempelahankan kereta atau sedang menuruni bukit.

pada pemanduan biasa, kita akan terasa seolah2 waja auto adalah sebuah keta manual. tapi anda jangan over estimate kemampuannya yang terhad. sistem transmisi ini tidak failproof dan tidak boleh sekali-kali ditukar dengan fungsi insani.

teknologi INVECS II sebenarnya digunakan Mitsubishi pada pertengahan 90an dimana mereka kini menggunakan INVECS III pada kenderaan mereka. gearbox ini sensitif dan memerlukan pelinciran yang baik.

proton mengesyorkan sepenuhnya penggunaan minyak transmisi ATF DOT IV biarpun pusat servis mereka sendiri berkata tidak apa-apa jika menggunakan ATF DOT III. ini pengalaman peribadi.
bagaimanapun, tidak rugi anda berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan kereta anda. anda boleh berbelanja seabnyak RM60 ribu untuk kereta yang anda banggakan. adalah tidak adil anda tidak sanggup membayar Rm300 untuk penukaran minyak transmisi yang digalakkan setiap 20,000KM.

saya tidak ada idea nak jawap persoalan saudara ini. saya tidak tahu apakah kekerapan servis kenderaan ini, apakah jarak yang telah dilaluinya dan sekiranya anda adalah pemilik kedua, adakah pemilik terdahulu menjaga kereta ini sebaik kita?

adakah anda mempunyai rakan2 yang memandu waja? cuba pandu kereta mereka dan lihat pada sebarang perbezaan.
pada saya waja dan gen2 yang menggunakan gearbox automatik yang serupa memang adakalanya terasa kebingungan kerana ketika itu unit komputer ECU sedang memikir apakh gear yang patut digunakan. saya tidak rasa apa2 yang tidak kena. itu normal. waja kegunaan saya kini 130,000++. gen2 auto 38,000km++.
onehazmir
tabik spring untuk abng zan punya komen!!! laugh.gif laugh.gif
onehazmir
up balik topic lama nih...
------------------------------

nak tanya la, kalau dah lama sangat x servis gear box auto, apa akibatnya? saya rasa dah bertahun x tukau minyak gear box kancil saya nih.. apa yg perlu dibuat utk memastikan gear box auto kita cun macam baru? nak bukak, tanggal satu2x part then sembur pkai WD40?? biggrin.gif
zan
tukar minyak gear setiap 20,000km. minyak gear tidak mahal. tapi jika terlalu kotor semasa minyak dibuang, ada kemungkinan yg residue tertinggal dan mencampuri minyak baru. minyak baru akan lekas kehilangan kualiti yg dimilikinya.

jika minyak gear jarang atau amat jarang ditukar, kesannya bukan saja pada pemanduan kita (gear susah masuk atau ketat) tetapi juga pada komponen2 dalaman gearbox seperti bearing, gigi gear dan shaft.
zan
maaf wan, tukar minyak gear transmisi manual setiap 40,000km.

transmisi auto berpenapis setiap 20,000km. tukar penapis setiap 40,000km.

bagi transmisi auto tanpa penapis tukar minyak setiap 40,000km tetapi AMAT digalakkan menukar secara flushing.
onehazmir
kalau tukau minyak itam pon di galakkan flushing..terasa confident skit psl x campur minyak lama..jd camna cara yg betul utk servis gear box auto yg "hina" condition nya? blink.gif
zan
sebaiknya, kalau ada filter mesti tukar filter lah

lepas tu drain sampai sehabisnya baru isi minyak yg baru.

kalau jenis flushing tu, kaedahnya ialah dengan menggunakan flushing machine dan mengalirkan ATF bersih berkali2.
insyaALlah, ianya akan kembali segar tetapi keadaan clutch dan torque converter itu tidak dijamin jika keadaannya uzur.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.