Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Pelbagai Masalah Haid
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
Ida_KL
HAID bermaksud apa-apa perubahan kepada aliran atau jangka masa kedatangan haid pada perempuan yang telah baligh dan belum putus haid. Secara amnya ia berkaitan dengan perubahan yang signifikan pada individu dan sebagainya.

Menurut Dr. Hamizah Mohd. Hassan, Pegawai Perubatan Klinik Nur Sejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), haid bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada sesuatu penyakit atau masalah.

“Terdapat beberapa masalah haid seperti tiada haid (amenorrhoea), haid kurang (oligomenorrhoea), haid banyak (menorrhagia), sengugut (dysmenorrhoea) dan sindrom prahaid (premenstrual syndrome),’’ katanya pada majlis ceramah berkaitan haid anjuran LPPKN di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, masalah haid perlu diatasi kerana ia menyukarkan seorang wanita itu mengandung, tanda-tanda bagi penyakit serius lain dan mengganggu kehidupan sosial.

Dr. Hamizah juga menyentuh tentang Amenorrhoea Primer yang bermaksud tidak pernah datang haid selepas 16 tahun.

Menurutnya, keadaan ini disebabkan faktor genetik iaitu bilangan kromosom seseorang wanita tidak normal seperti Turner’s Syndrome. Selain itu, ia juga disebabkan oleh kecacatan struktur ovatomi atau fizikal saluran reproduktif. Ia melibatkan masalah tiada faraj, tiada rahim dan selaput dara yang tebal (imperforate hymen).

“Kedatangan haid berhubung rapat dengan kelenjar hipothalamus di otak. Apabila ia mengalirkan hormon GnRH dalam kadar yang rendah, kedatangan haid wanita akan terganggu. Wanita yang tidak pernah datang haid juga dipengaruhi oleh keadaan terlalu kurus, stress, senaman berlebihan seperti atlet dan gimnas dan sakit teruk. Masalah tumor pituitari yang mengeluarkan prolaktin juga boleh menyebabkan tidak datang haid.

“Amenorrhoea Sekunder boleh didefinisikan sebagai ketiadaan haid selama tiga hingga enam bulan tetapi pernah datang haid sebelumnya. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah hamil, polycystic ovarian syndrome, menopaus awal (ovarian failure), masalah hipotalamus, tumor mengeluarkan prolaktin dan asherman’s syndrome,’’ ujarnya.

Segelintir wanita juga dikaitkan dengan masalah menorrhagia iaitu darah haid keluar lebih 80ml sehari. Dalam konteks ini, seseorang wanita itu akan menukar pad setiap jam selama beberapa jam berterusan dan pendarahan lebih daripada tujuh hari.

Dr. Hamizah menjelaskan, antara punca utama masalah ini ialah ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesterone yang selalu terjadi pada gadis baru baligh atau wanita pramenopaus. Di samping itu, masalah kanser, penggunaan ubat-ubatan seperti anticogulant dan suntikan hormon perancang keluarga dan jangkitan kuman dalam rahim selepas bersalin atau keguguran turut menjadi punca wujudnya masalah menorrhagia.

“Rawatan Amenohea dan oligomenorhea ini boleh dilakukan tetapi bergantung kepada sebab. Misalnya, jika masalah tersebut timbul disebabkan penyakit thyroid, rawatan melalui ubatan dan pembedahan boleh dilakukan. Selain itu wanita yang melakukan senaman secara berlebihan boleh mengurangkan senaman dan memperbaiki gaya diet mereka,’’ tambahnya.

Sementara itu, rawatan spesifik boleh dilakukan bagi menorrhagia melalui pembedahan dan ubatan seperti hormon, NSAID, Danazol, zat besi, IUCD dan Progesterone.

Dr. Hamizah turut menyentuh tentang sebahagian wanita yang mengalami senggugut iaitu sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid.

Antara gejala masalah ini ialah senak dan berdenyut di bahagian bawah perut, sakit menjalar ke bahagian belakang hingga ke paha, loya, muntah, berpeluh-peluh dan rasa hendak pitam.

“Senggugut berlaku disebabkan keadaan rahim mengecut untuk mengeluarkan darah haid dari dinding rahim. Selain itu, prostaglandin iaitu kimia yang merangsang pengecutan rahim turut menyebabkan masalah ini berlaku.

“Senggugut sekunder ini disebabkan oleh endometriosis, jangkitan pelvik (PID), alat dalam rahim, fibroid dan Uterine Polyps. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merawat senggugut ini ialah menggunakan ubat penahan sakit NSAID seperti Ponstan dan Naproxen. Kaedah bertuam atau bertungku, bersenam dan berehat secukupnya turut membantu merawat senggugut,’’ tambah Dr. Hamizah.

Wanita juga seringkali dikaitkan dengan masalah Sindrom Prahaid (Premenstrual Syndrome) iaitu PMS. PMS boleh diertikan sebagai gejala-gejala yang berulang secara cyclical yang cukup serius untuk mengganggu sebahagian kehidupan dan mempunyai kaitan kaitan rapat dengan kedatangan haid. kebiasaannya, 85 peratus wanita akan mengalami masalah ini.

“Faktor risiko masalah ini dikaitkan dengan faktor genetik dan Affective Disorder. Antara sebab terjadinya PMS ialah perubahan biokimia yang membabitkan interaksi antara neurotransmitter daripada sistem saraf pusat dengan sex steroids (estrogen, progesterone dan testosterone),’’ kata Dr. Hamizah.

Seorang wanita yang sedang melalui tempoh PMS akan mengalami perubahan mood atau mood swings, kemurungan, rasa hilang kawalan, sembab, sakit payu dara, sakit kepala dan mengidam.

PMS boleh dirawat menggunakan ubat antimurung iaitu SSRI, kaunseling, senaman, makanan seimbang, mengurangkan pengambilan kafin dan PMS yang teruk boleh dirawat memlalui pengambilan anti estrogen (danazol).



CiKLiLiN778
aku nak tanya.. klau kita dtg period awl & hujung bln perlu ke

kita pi jumpa DR. utk check? rolleyes.gif
sembonia
QUOTE(CiKLiLiN778 @ Jan 26 2006, 11:31 AM)
aku nak tanya.. klau kita dtg period awl & hujung bln perlu ke

kita pi jumpa DR. utk check? rolleyes.gif

liN ~ 2x sebulan ke maksud nye tu
CiKLiLiN778
sem.. haah wink.gif
siso
QUOTE(CiKLiLiN778 @ Jan 26 2006, 11:31 AM)
aku nak tanya.. klau kita dtg period awl & hujung bln perlu ke

kita pi jumpa DR. utk check? rolleyes.gif

ala... haid tu kadang2 3minggu sekali pun ade kan...
tak heran... biase je tu... laugh.gif

siso nie...dari kecik sampai besar tak dtg2 haid lagi... laugh.gif tongue.gif
CiKLiLiN778
QUOTE(siso @ Jan 26 2006, 03:18 PM)
QUOTE(CiKLiLiN778 @ Jan 26 2006, 11:31 AM)
aku nak tanya.. klau kita dtg period awl & hujung bln perlu ke

kita pi jumpa DR. utk check?  rolleyes.gif

ala... haid tu kadang2 3minggu sekali pun ade kan...
tak heran... biase je tu... laugh.gif

siso nie...dari kecik sampai besar tak dtg2 haid lagi... laugh.gif tongue.gif

amboi2... cam dia lak yg DR

awk penah ke period 3x sebln? biggrin.gif tongue.gif
Khayty
Normal saya didatangi haid selama 5 hingga 7 hari maximum
tetapi pada bulan Julai selama 10 hari
pada bulan Ogos pula selama 15 hari...

saya berasa sangat rungsing
saya try baca artikel atau soal jawab yg berkaitan

ada hukum yg mengatakan jika biasa haid 7 hari,maka selepas 7 hari kena solat atau puasa macam biasa meskipun mamsih ada pendarahan

dan hukum yg lain yg biasa sangat saya dengar adalah maximum haid adalah 15 hari
selepas itu di kira sebagai darah istihadah
jika masih ada pendarahan hendaklah melapiknya supaya tidak tembus dan lakukan solat dan puasa macam biasa

kerungsingan kerana bimbang saya mengidap penyakit seperti fibroid atau kanser sementara menanti hingga 15 hari...
saya dah berkira-kira jika masuk hari 16 jika masih ada,saya nak pergi klinik,buat blood test dan periksa rahim dan scan....
gelabahnya saya dgn diri sendiri..

MasyaAllah..aturan Allah itu sangat cantik...
genap 15 hari saya bersih...Alhamdullilah...
saya anggap bahawa Allah nak beri ilmu pemahaman kepada saya dalam soal ini..
dan ianya telah terang dan jelas sedia ada didalam kitab
paling sedikit atau paling banyak berapa lama...
mama_elin
pesal yerk mama nyer peyod kat sebulan lebih tak turun..normal ker... biggrin.gif
FMyeera
QUOTE(mama_elin @ Aug 28 2007, 03:23 PM) *
pesal yerk mama nyer peyod kat sebulan lebih tak turun..normal ker... biggrin.gif


hahahah.....wat2 tanyer lak....nak kene sunat gak nyer mama ni....
Khayty
mama dah menapouse rofl.gif
mama_elin
hehehehehehe wink.gif lawak jer la

boring tuh..
zerozone
untuk dikatakan haid, tempoh bersih mesti sekurang2nya 15 hari. So boleh haid sebulan 2 kali
rabun
macam mana kalo period tu dtg selang seminggu.?

means haid tu minggu ni takde... lepas tu minggu depan ade... lepas tu minggu depan takde.... lepas tu minggu depan lagi dtg balik...
aimans
putaran haid yang normal 28 hari. kalo 2 minggu means 14 hari. tak logik tu. mungkin darah lain kot. cube cek betol2
urutdanrawatsihir
Wanita mandul akibat gangguan jin
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN:
Saya telah berumah tangga lebih daripada 12 tahun, tetapi masih tidak mendapat zuriat. Puas berubat berjumpa doktor pakar, tetapi masih tidak berhasil. Doktor kata, semuanya tidak ada masalah, sama ada dari pihak saya atau suami. Suami saya seperti biasa biarpun kami masih tidak ada cahaya mata setelah berkahwin begitu lama. Namun jauh di sudut hati, saya merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam kehidupan kami.

Persoalan yang perlu saya kemukakan, adakah berkemungkinan ada punca lain yang menyebabkan kami tidak mempunyai zuriat? Pernah dua kali saya seperti mengandung selama lebih kurang tiga bulan, tetapi tidak lama lepas itu, saya seumpama keguguran. Sebelum keguguran saya selalu mengalami mimpi yang pelik-pelik, juga sukar tidur malam. - ROHANI, Hulu Klang

JAWAPAN:
Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.

Suami perlu berupaya mengeluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan di mana ia bergantung kepada saluran produktif dan ovari.

Mandul pada pihak perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah mandul.

Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Menurutnya lagi, kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Gangguan seperti ini menurut pengalamannya boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan. Termasuk dalam hadis Safiyah binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Al-Qadi Badruddin. Abi Abdullah dalam bukunya bertajuk, Garaibu wa Ajaibu `l-Jinn (1983:144-145) menjelaskan tentang satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama.

Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan - Riwayat At-Tarmizi.

Wahid Abdul Salam Bali (1412H:113) juga menjelaskan kaedah untuk merawat mereka yang mengalami masalah kemandulan akibat gangguan jin seperti dijelaskan di bawah ini:

1. Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini boleh juga dirakamkan dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.

2. Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh, ataupun diperdengarkan kepadanya.

3. Membaca surah al-Ma’arij ketika hendak tidur, ataupun diperdengarkan kepadanya.

4. Bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Amalan ini hendaklah dilakukan selama tiga bulan di samping mengamalkan suruhan syariah agar ia menjadi mukmin yang sebenar, yang disembuhkan oleh Allah bertepatan dengan firmannya (Isra’: 82) Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman.

Menurut Wahid Abdul Salam Bali lagi, Allah telah menentukan penawar dan kesembuhan bagi mereka yang beriman. Banyak orang yang menghadapi masalah seperti ini dirawat menurut kaedah yang dijelaskan dan sembuh dengan izin Allah.

Jelasnya perempuan yang menghadapi masalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir seperti yang dijelaskan, di samping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Untuk memperkuatkan tubuh pesakit, madu asli yang dicampur dengan jintan hitam diminum pada waktu pagi, sebelum sarapan dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Bacakan bahan tadi dengan bacaan surah Yasin dan surah al-Jin.

Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah yang dihadapi oleh kaum wanita yang terlibat, selain daripada sebab-sebab fizikal:

1. Akibat sihir.

2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

Untuk merawat pesakit seperti ini, selain daripada kaedah yang dijelaskan di atas, kaedah berikut hendaklah diikuti:

1. Berpakaian menutup aurat dan bertudung, di samping menjauhkan diri daripada tabiat terlalu suka bersolek di hadapan cermin.

2. Mendengar surah al-Baqarah sekali di siang hari dan sekali pada waktu malam dalam bilik tidur. Paling baik orang yang terlibat membacanya.

Andainya pesakit menjadi tidak menentu, menggigil tubuh, sesak nafas, sakit dada ataupun sakit pada bahagian mata, suruh pesakit

1. Mendengar ayat-ayat al-Quran terus-menerus, terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.

2. Menjaga sembahyang pada waktunya, juga sentiasa berzikir.

3. Membaca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, membaca dua kalimah syahadah dan berdoa: Tuhanku, sesungguhnya kutumpukan wajahku pada-Mu, andainya Kau matikan daku pada malam ini, matikanlah daku dalam keadaan Islam, dan andainya Kau hidupkan daku, maka hidupkanlah aku untuk mengingati akan Dikau.

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga daripada keterangan hadis-hadis. Malah al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam.

Pada dasarnya, jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia, kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia, yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini, ia akan menghadapi masalah ketika tidur.

Syeikh Salam Bali (1992:73) membahagikan tanda-tanda gangguan tersebut kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur dan ketika dalam keadaan jaga.

Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak terlena.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

Mereka yang bermasalah seperti ini juga sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

Mimpi melihat binatang yang menakutkan, mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.

Wallahualam
L_lo
QUOTE(aimans @ Feb 3 2008, 04:13 AM) *
putaran haid yang normal 28 hari. kalo 2 minggu means 14 hari. tak logik tu. mungkin darah lain kot. cube cek betol2



putaran haid yang normal tak semestinye 28 hari... 28 - 40 hari... masih dikatakan normal....
cara mngiranya... dari haid pertama... bukannyer ketika haid kering... kalau kira dari haid kering... mmg susah ler nak dapat pusingan 28 hari tu
iriy_cute
Hari tu keluar emm
Macam daging kat dalam 'tutt' aje..
Risau seyh.. Apsal ek
teratak~alam
QUOTE(mama_elin @ Aug 28 2007, 03:23 PM) *
pesal yerk mama nyer peyod kat sebulan lebih tak turun..normal ker... biggrin.gif



dan bila turun dgn kuantiti yg byk?
teratak~alam
QUOTE(rabun @ Feb 1 2008, 09:57 AM) *
macam mana kalo period tu dtg selang seminggu.?

means haid tu minggu ni takde... lepas tu minggu depan ade... lepas tu minggu depan takde.... lepas tu minggu depan lagi dtg balik...


ini isu panjang. smile.gif
teratak~alam
QUOTE(iriy_cute @ Apr 20 2008, 01:02 AM) *
Hari tu keluar emm
Macam daging kat dalam 'tutt' aje..
Risau seyh.. Apsal ek


kalu dpt detailkan lagi mngkin dpt sy ulaskan.
akls
Kesiannya orang pompuan..susah jugak jadi pompuan rupa2nya.. oops.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.