Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Soal Jawab Masalah Hubungan Suami-isteri
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
Ewan_sn
Hukum menghisap dan menjilat vargina....Siri (1)

Masalah:

Saya pernah menghadiri satu seminar yang bertajuk "Physichosexual". Di antara panel-panelnya ialah seorang doktor. Beliau mengatakan tidak salah melakukan seks seperti menghisap zakar dan menjilat vagina seperti yang dilakukan oleh orang Barat. Tetapi pendapat saya pula berlainan. Saya hanya tahu bahawa Nabi S.A.W. hanya melakukan seks dengan diliputi selimut dalam keadaan gelap, dan Nabi S.A.W. juga tidak menggalakkan kemaluan masing-masing. Jadi Nabi tidak melakukan seks seperti orang Barat. Jadi soalannya adakah perbuatan seks menghisap zakar dan menjilat vagina haram?


Nasihat:

. Mafhum Firman Allah,

“ Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh sebab itu datangilah kebun tanaman kamu
menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah ( amal-amal yang baik ) untuk diri kamu. Dan bertaqwalah
kepada Allah, serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya ( pada hari akhirat kelak ), Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”. ( Al-Baqarah : 223 )

“ Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka.
( Al-Baqarah : 187 )”

Berdasarkan ayat di atas, pasangan suami isteri boleh melakukan apa sahaja prosedur dan cara persetubuhan samada fellasio ( menghisap zakar } atau kulluningus ( menjilat vagina ), doggy, dan sebagainya kecuali anal seks kerana di sana ada dalil pembatasan dari riwayat Ahmad , Tirmizi, Nasa’I, dan Ibnu Majah, Rasulallah SAW bersabda , “ Jangan kamu setubuhi isterimu di duburnya ( anal seks ) .”

Walau bagaimanapun perbuatan fellasio dan kulluningus itu adalah makruh tanzih. Ingatlah Rasulullah adalah contoh tauladan terbaik buat kita yg menjadi umatnya, oleh itu kesabaran kita untuk mentauladani sifat rasulullah dan mengelak sebarang perbuatan makruh adalah lebih baik bagi seorang mukmin


~ Sumbangan Kaythykhir ~
Ewan_sn
Sunat Sembahyang Jamaah Sebelum Jimak....Siri (2)

Kemusykilan:

Selepas melangsungkan perkahwinan, pada malam pertama suami isteri disunatkan sembahyang berjemaah sebelum jimak. Apakah niat yang digunakan, sunat nikah ataupun sunat mutlak? Harap jelaskan hadis atau pun athar yang menjelaskan tentang perkara ini.

Nasihat:

Tidak ada solat sunat khusus untuk nikah. Cuma yang dianjurkan adalah sujud syukur setelah selesai upacara akad niqah tersebut. Untuk itu, kita boleh mengerjakan sunat mutlak dua rakaat diikuti dengan sujud syukur. Perkara lain yang dituntut keatas pengantin baru adalah untuk melengkapkan diri dengan ilmu agama yang cukup (seperti adab pergaulan suami isteri ) untuk menjadi pedoman dalam berumahtangga
.

~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Hukum Suami Tidak Dapat Melayan Atau Memuaskan Nafsu Isteri....Siri (3)

Kemusykilan:

Apakah hukumnya pula suami yang tidak dapat melayan atau memuaskan nafsu isteri ketika bersetubuh dan mengelak jika isteri mahukannya?


Nasihat:

Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong terciptanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga".

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasm secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.


~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Perlukah Mandi Wajib Di Setiap Kali Berjimak?...Siri (4)

Kemusykilan:

Adakah setiap kali keluar mani kita wajib mandi? Misalnya 4 kali keluar air mani, adakah wajib 4 kali mandi wajib? Jika saya hanya melakukan sekali sahaja adakah saya masih didalam hadas besar?


Nasihat:

Bagi suami isteri yang telah melakukan jimak maka hendaklah ia melakukan mandi wajib. Jika dalam melaksanakan jimak tersebut keluar mani beberapa kali, maka cukuplah mandi wajib itu sekali saja setelah proses keseluruhan jimak itu berakhir. Namun setelah berjimak kemudian mandi wajib setelah itu melakukan jimak (atau keluar mani lagi) maka hendaklah mengulangi mandi wajib.
Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Abdullah bin Qais bertanya kepada Aisyah ra. "Bagaimana perbuatan Rasulullah SAW dalam mandi janabah, apakah baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi ?" Aisyah segera menjawab: "Semua cara itu pernah dikerjakan oleh baginda. Adakalanya baginda mandi sebelum tidur dan seringkali juga berwuduhuk sebelum tidur". Kemudian Abdullah bin Qais berkata: "Alhamdulillah semua perkara ada kelonggarannya".

Walaupun anda melakukan sekali jimak samada keluar mani ataupun tidak maka anda wajib mandi


~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Hukum Isteri Tertelan Sperma Suami dan Adab Berjimak....Siri (5)
Kemusykilan

Apakah adab-adab untuk berjimak?
Bagaimana kalau si isteri termakan sperma suaminya dan apakah hukumnya?

Nasihat;

Diantara adab berjimak iaitu:

i. Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya memenuhi keinginan nafsu berahi belaka. Niat dalam hati adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah.

ii. Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa.

iii. Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang gembira serta menjauhkan perasaan susah. Tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan.

iv. Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakian yang bersih dan memakai harum-haruman.

v. Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara bersama.

vi. Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum melakukan jimak serta mengulangi wuduk kembali jika ingin melakukan persetubuhan yang kedua. Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih.

vii.Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau berwuduk sebelum tidur.

viii. Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai binatang dan menjaga aib keluarga. Demikianlah di antara ada berjimak, masih banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang dapat kita baca melalui buku-buku atau kitab-kitab.

Setengah ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh, kerana sperma bukan najis.


~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Kemusykilan-

Wajib atau sunat membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk, apabila hendak meneruskan persetubuhan
kali kedua ?

Nasihat-

Hukum mengambil wuduk sebelum melakukan jimak adalah sunat. Begitu juga setelah berjimak mengambil wuduk ketika itu juga sunat hukumnya, namun Rasulullah SAW selalu mengamalkanya jika baginda ingin melanjutkan jimaknya, tujuannya agar badan terasa lebih segar sehingga untuk meneruskan jimak berikutnya ghairah syahwat lebih tinggi dan dapat menimbulkan kepuasan antara kedua-dua belah pihak antara suami dan isteri.


~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Kemusykilan,

Apakah seseorang itu memasukkan jari ke faraj untuk tujuan melepaskan nafsu daripada mengelakkan zina itu berdosa?

Nasihat;

Memasukkan jari ke dalam faraj untuk memuaskan nafsu adalah suatu perbuatan yang haram menurut kacamata agama Islam. Perbuatan ini juga menzalimi diri sendiri. Dara bagi seseorang gadis adalah sesuatu yang cukup penting dalam hidupnya. Seorang gadis yang tidak ada dara akan dianggap oleh masyarakat sebagi seorang pelacur, atau seorang yang kuat bermain sukan, atau seorang yang dirogol atau diperkosa. Inilah anggapan masyarakat pada diri gadis yang tidak ada dara lagi.
Seorang suami yang beriman sangat menilai adakah isterinya masih ada dara atau tidak. Jika tidak ada dara lagi ia merasakan kelelakiannya sudah tercabar. Perbuatan ini jga merosakkan diri sendiri. Justeru itu suka dicadangkan kepada saudari yang bertanya supaya bertaubat kepada Allah dengan segera dan meninggalkan perbuatan ini. Tunaikan solat hajat banyak-banyak untuk memohon seorang suami yang salih untuk saudari dan perbanyakkanlah membaca surah Yusuf. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan saudari dari terjerumus ke jalan yang salah itu.

Berkahwin adalah jalan paling selamat kepada saudari. Al-Quran menceritakan kepada kita apabila masyarakat nabi Allah Lut melakukan hubungan seks sesama lelaki, nabi Lut menawarkan supaya mereka berkahwin dengan anak-anak perempuannya yang suci tetapi mereka menolak. Akhirnya Allah SWT menghancurkan mereka sehingga bumi mereka sendiri lenyap dan yang timbul hanyalah laut Mati di negara Jordan sekarang.

Jika saudari tidak mampu berkahwin hendaklah saudari berpuasa sunat kerana dengan berpuasa itu dapat menyelamatkan saudari dari perzinaan malah ia kan menjadi benteng kepada saudari. Berkawanlah dengan sahabat yang salihah, Sentiasalah menghadiri solat berjemaah baik di surau mahupun di masjid


~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Kemusykilan;

- Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?

- Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan sek melalui hubungan istimta' sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?

Nasihat;

Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat. Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut. Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.

Imam Ahmad dan Nasa'i meriwayatkan: "Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: 'Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani '. ".

Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was. Wallahu A'lam.


~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Kemusykilan;

Suami meminum susu badan isteri sehingga kenyang. Dari segi Islam, apakah hukumnya.

Dan apakah ia ada kena mengena dengan ikatan suami isteri tersebut. Apakah dengan sendirinya, bercerai suami isteri tersebut. Di harapkan penjelasan dapat diberikan?

Nasihat;

Air susu ibu, Allah SWT anugerahkan kepada kaum wanita sebagai rahmat untuk bayi atau anak yang dalam jagaannya. Secara fitah air susu ibu mengandungi rahmat yang paling besar untuk pertumbuhan dan perkembangan minda bayi. Dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 233 menjelaskan "bahawa para ibu menyusu anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan". Ini membuktikan bahawa hak air susu ibu itu hanya untuk bayi bukan selain daripada itu.

Dalam rukun penyusuan ada tiga, iaitu ibu yang menyusu, susu dan bayi yang menyusu. Jika rukun ini lengkap maka jatuhlah hukum susuan terhadap bayi tersebut. Bahkan setengah ulama menambahkan lagi tentang kadar banyaknya air susu yang diminum, jika melebihi lima kali maka jatuh hukum susuan dan setengahnya pula berpendapat hingga kenyang walaupun hanya satu kali menyusu. Jika melihat pada ketetapan ini maka bagi lelaki dewasa yang meminum susu wanita hingga kenyang tidak mengakibatkan timbulnya hukuman susuan terhadap mereka, kerana timbulnya hukum susuan ini berlaku pada bayi.

Jika dalam mengadakan hubungan jimak dan asmara antara suami isteri, kemudian suami terminum air susu isterinya, maka perkara ini tidak berdosa. Namun jika suami dengan sengaja meminum air susu isteri, ini menunjukkan bahawa seorang suami telah melanggar fitrah insaniahnya, bahkan dengan sengaja mengambil hak anaknya. Jika seseorang dengan sengaja melanggr fitrah insaniah bererti tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tergolong orang yang lalai bahkan lemah akal dan fikirannya. Orang Islam yang tidak menggunakan akal fikirannya dengan baik adalah orang Islam yang rugi bahkan lebih rendah daripada haiwan


~ Sumbangan Khaythykhir ~
Ewan_sn
Terpandang gambar-gambar lucah ketika mencari maklumat.....Siri (10)

Masalah:

Saya melayari satu laman web utk. mendapatkan lebih maklumat utk. pelajaran biologi.dalam laman web itu terdapat beberapa gambar yang memalukan. Apakah hukum kepada perkara tersebut.


Nasihat:

Gambar-gambar tubuh manusia bagi tujuan pembelajaran seseorang pelajar kedokteran yang menunjukkan secara khusus sesuatu anggota badan seperti mata, telinga, alat peranakan lelaki dan perempuan bukanlah tergolong dalam gambar lucah yang diharamkan. Ini adalah untuk tujuan pembelajaran.

Walaubagaimana pun seboleh-bolehnya janganlah mencari gambar gambar tubuh manusia yang mengairahkan yang sedikitpun tidak berkaitan dengan tugas-tugas kedokteran (seperti gambar wanita berbikini dgn gaya yang sexy). Sentiasa perkukuhkan niat untuk belajar bukan jadikan gambar-gambar itu pemuas hawa nafsu.


~ Sumbangan Khaythykhir ~
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.