QUOTE(reformist71 @ Apr 1 2009, 03:45 PM)

Assalamualaikum,
Dear Zan & Co.
Baru jumpa side ni...tak sempat khatam lagi baca komen2 dalam kedai kopi ni...baru sampai Nov2007. Nanti aku akan continue baca..banyak ilmu wooo. Thanks for sharing.
Aku pakai keta yg rare spesis..KIA CLARUS 2.0 (A) 1999. Aku beli 2nd hand pada awal 2003..dah dekat 6 tahun....no major issue. Tapi ada beberapa pemerhatian yg saya perlukan input dari sifu2 semua.
1) Mula2 dulu FC adalah 10km/l...sejak kebelakangan ni naik to 7.1km/l. Apa masalah dia? Servis, PM seperti macam biasa. 4 tahun dulu rojak Shell, Chaltex..but last 3 years stick to petronas..Ada kesan ker?
2) Minyak hitam hilang 500ml setiap 1000km. No leaking. Asap exhaust masa warm-up berair...
3) Selalunya aku pakai 10W-50...boleh tak aku pakai 0W-40?
Wassalam.
Kia Clarus? rasanya kat malaysia tak sampai 10 unit. biasanya digunakan oleh pegawai Kia Motors yang bertugas di malaysia.
sekiranya, enjin menelan 2.5L minyak enjin setiap 5,000km.... tu adalah sangat berlebihan.
saya suspect valve seal mula menghaus, dan menyedut minyak enjin bercampur pembakaran ketika kereta dipandu. cara memeriksa paling senang ialah minta kawan ikut kereta dari belakang, dan peratikan asap ekzos ketika kereta memecut. jika ada kesan asap putih kebiruan, maka perlu buat top overhaul dan gantikan valve seal serta gasket yang tidak sempurna.
berkaitan FC terdapat banyak perkara yang memberi kesan kepada FC. antaranya ialah condition enjin, tayar, berat kereta, gaya pemanduan dan keadaan trafik. permukaan jalan yang turun naik dan tiupan angin juga memberi kesan pada FC malah ekzos tersumbat pun akan menyebabkan kereta kurang power dan meningkatkan FC.
air filter kotor atau penapis petrol (fuel filter) yang kotor juga boleh jadi antara faktor yang perlu diperiksa.
cuba scan enjin kereta dengan menggunakan komputer Hi-Scan di pusat servis Kia, mana tahu dapat mengesan sbrg kelemahan pada sistem EFI
jika enjin byk makan minyak, cuba gunakan minyak yang sedikit likat cthnya minyak SAE40 utk enjin petrol. tidak ada kesan serius jika kita bertukar2 jenis dan gred minyak. its a long term effect.