pertama sekali, minta jelaskan sama wiSE manual atau automatik.
Wira SE sebenarnya sebuah model menarik. model wira lain seperti thn 2001 hingga sekarang (1.3/1.5 dan wira CE) menggunakan ECU proton sendiri yg diberi nama EMS400.
tetapi Wise menggunakan model EMS700 yg lebih sporti dan dicipta untuk penyampaian kuasa yg lebih baik.
oleh kerana itu, WiSE diberi penampilan sporti termasuk set skirting penuh dan roda aloi 16".
malangnya, roda aloi 16" adalah amat berat bagi sebuah enjin 1500cc apatah lagi kuasa keluaran enjin tersebut tidak sampai 100bhp.
kelebihan roda 16" ialah handling lebih baik dan stabil, nampak lawa dan gerek
kelemahan - penambahan berat menjejaskan pick-up dan ekonomi. pemasangan tyre low profile (205/45R16) juga boleh membuatkan perjalanan tidak selesa pada permukaan tidak rata dan terhentak2.
anda boleh cuba tukar saiz rim lebih kecil seperti 15" mahupun 14" di mana ramai pemilik WiSE telah melakukannya. kita mendapat pick-up lebih baik berserta fuel consumption yg lebih cekap.
sebaiknya ditukar sekarang memandangkan tayar kereta anda masih tebal dan ada harga untuk ditolak.
sekiranya anda menggunakan versi WiSE automatik, maka masalah ini sukar hendak diselesaikan.
WiSE auto menggunakan gearbox 3 kelajuan yg direka 20 tahun lepas. berbanding dgn wira 1.6 malah kebanyakan kereta lain hari ini, ia tidak mempunyai gear 4 dipanggil overdrive. berikut adalah senarai kereta2 automatik dan bilangan gear
- wira/satria 1.6 dan putra 1.8auto 4 speed auto
- perdana/V6 4 speed auto
- camry mulai thn 94 hingga sekarang 4 speed auto
- honda accord mulai tahun 93 (SM4,SV4,S84) 4-sp auto
- kelisa/kenari 1.0 4-sp auto
- inokom atos 4 sp auto
- waja/gen2/SNEO auto
- BMW 3 series E90 - 5 speed auto
- Honda City IDSI/VTEC - 7 speed CVT
- Merc S Class W221 - 7 speed auto
- Lexus LS460 - 8 speed auto
lihat betapa jauh proton ketinggalan.
sebagai perbandingan lain lihat meter kelajuan enjin @ tachometer @ revolution per minute (rpm) ketika kelajuan kereta anda 100km/h
- WiSE manual - 3,100rpm (dalam gear 5)
- WiSE auto - 4,000rpm (dalam gear 3 tanpa mechanical lock-up)
- Waja 1.6/Perdana V6/Wira 1.6 - 2,800rpm (dalam gear 4 overdrive dengan lock up clutch electronic)
ini membuktikan Wise dan semua enjin wira 1.5 berputar yg lebih tinggi dan ini memang menjeaskan penggunaan petrol.
so, kesimpulan untuk atasi masalah 'minyak kuat' dan pikap lembap ialah tukar rim lebih kecil.
sekiranya keta anda model automatik, tidak banyak dapat dilakukan melainkan anda tukar gearbox manual atau auto 4 speed dari jepun yg sukar diperolehi.
sekiranya anda dapati keta kurang pikap ketika air-cond on, itu perkara biasa...melainkan anda tidak guna aircond. cubalah!