Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Denda Mykad Hilang Kali Pertama Rm100
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ida_KL
PUTRAJAYA 12 Julai – Kabinet hari ini meluluskan cadangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menaikkan kadar bayaran gantian MyKad sebanyak RM100 bagi kes kehilangan pertama.

Menterinya, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, kadar bayaran tersebut ditingkatkan kepada RM200 bagi kehilangan kali kedua manakala RM300 bagi kali ketiga dan seterusnya.

‘‘Saya bentangkan dalam mesyuarat Kabinet dan ia telah dipersetujui. Sebelum ini kalau hilang, hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10.

‘‘Ini menyebabkan orang tidak bertanggungjawab langsung dan malas hendak menjaga MyKad mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Radzi berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Kabinet berhubung cadangan kementerian berkenaan perkara tersebut.

Cadangan tersebut dibuat ekoran jumlah kehilangan MyKad mencecah sehingga 2.2 juta dalam tempoh tiga tahun lalu dengan sebanyak 1,000 kes kehilangan direkodkan setiap hari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada masa ini, kadar kompaun kehilangan MyKad bagi kes kali pertama ialah RM10, kali kedua (RM30), kali ketiga (RM50) dan RM100 bagi kali keempat dan seterusnya.

Menurut Radzi, kementerian memandang serius masalah kehilangan MyKad kerana terdapat rakyat asing mengambil kesempatan menyalahgunakan kad pengenalan pintar tersebut.

Selain itu, beliau menyatakan, Kabinet juga meluluskan cadangan kementeriannya untuk menghapuskan denda minimum sebanyak RM3,000 bagi kes mereka yang ditahan kerana tidak membawa MyKad.

‘‘Seperti yang telah saya berikan jaminan, kita akan meneliti perkara tersebut (Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001)) bagi menghapuskan bayaran denda minimum dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan kadar bayaran denda itu.

Sementara itu, mengenai kekeliruan tentang syor Polis Diraja Malaysia supaya kes kehilangan MyKad perlu dibuat laporan polis, beliau menjelaskan, setakat ini tidak ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan orang ramai berbuat demikian.

komau^girl
aritu komau igtkan mykad komau ilang..puasla cari..sampai bapak komau call tanye pjbt pendftaran..die kate kene denda 30..then,cari2 balik upenye ade kat dlm scanner..
sweetnina
sekarang denda hilang mykad lagi dasat dr denda melanggar peraturan jalanraya???erk...cm ner tuh??
jebatatilia
x patut denda mahal2 .. bukan sengaja kita nk hilang kan .... aku 3x hlg ... bukan sbb sengaja .. tp sekali umah kna rompak .. 2x kena pick pocket .. byg kan nk buat kad bank x leh x de ic .. nk buat ic kna byr 150 .. mane nak cekau .. menggagau pinjam kat kwn2 .. dh tu br leh dpt ic ... patutnye denda di kurangkan .... kata nk bg keselesaan rakyat ..
sbb reason yg byk hlg ni sbb kna curi , ragut , pick pocket , umah terbakar , bencana alam cm banjir ....
aku dh buat report .. siap bw lg report polis .. tp tetap kena denda .. huh gla duit .. tp keje slow .. x de quality langsung pekerja2 gomen nih
yushida03
myKad?

cam power

tapi fizikal out, x tahan lasak
wolverineconan
QUOTE(jebatatilia @ Jul 14 2006, 08:34 AM)

klu hang x nak mykad hang hilang untuk kali ke-4,hang tinggalkan kat rumah jer....letak bawah bantal ker,or x pun,letak dlm peti besi...kompem x hilang punyer.....
wolverineconan
QUOTE(yushida03 @ Jul 14 2006, 08:43 AM)
myKad?

cam power

tapi fizikal out, x tahan lasak

nak bagi mykad tahan lasak,suruh mykad pegi training ala2 askar tu...kompem tahan lasak r nanti... biggrin.gif
sweetnina
QUOTE(jebatatilia @ Jul 14 2006, 08:34 AM)
x patut denda mahal2 .. bukan sengaja kita nk hilang kan .... aku 3x hlg ... bukan sbb sengaja .. tp sekali umah kna rompak .. 2x kena pick pocket .. byg kan nk buat kad bank x leh x de ic .. nk buat ic kna byr 150 .. mane nak cekau .. menggagau pinjam kat kwn2 .. dh tu br leh dpt ic ... patutnye denda di kurangkan .... kata nk bg keselesaan rakyat ..
sbb reason yg byk hlg ni sbb kna curi , ragut , pick pocket , umah terbakar , bencana alam cm banjir ....
aku dh buat report .. siap bw lg report polis .. tp tetap kena denda .. huh gla duit .. tp keje slow .. x de quality langsung pekerja2 gomen nih

dah terlalu dimanjakan...mana nak berkualiti???mcm student gak...kalau di'suapkan' sangat...mana kualitinya? cool.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.