Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kes Rajakamarul Bahrin & Jacqueline
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ewan_sn
Iddin temui ibu selepas 14 tahun berpisah

JACQUELINE Pascarl-Gillespie (tengah) memegang tangan anaknya, Raja Mohamad Baharuddin Raja Kamarul Bahrin Shah (Iddin) dan Raja Shahirah Aisyah yang kedua-duanya kini berada di Melbourne, Australia untuk bersama ibu mereka.

MELBOURNE 23 Ogos – Anak lelaki Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Raja Mohamad Baharuddin atau dikenali sebagai Iddin, menemui semula ibunya di sini setelah 14 tahun terpisah.

Jacqueline Pascarl-Gillespie memberitahu lewat semalam bahawa anak lelakinya itu telah datang ke Australia untuk bertemu semula dengannya buat kali pertama selepas dia dibawa balik ke Malaysia oleh bapanya 14 tahun lalu.

Iddin dan adik perempuannya, Raja Shahirah Aisyah berusia 9 dan 7 tahun sewaktu mereka dibawa ke Malaysia oleh bapa mereka yang melawat di sini pada 1992.

Kerajaan Australia gagal memujuk pihak berkuasa Malaysia supaya mengembalikan kanak-kanak berkenaan yang dibawa balik dari Australia dengan sebuah bot nelayan.

Shahirah, kini 21, berpindah ke Melbourne pada April lalu untuk tinggal bersama-sama Pascarl-Gillespie.

Menurut Pascarl-Gillespie, anak lelakinya, Iddin, 23, juga telah datang ke Australia untuk berada di sisinya.

Pada sidang media di depan rumah ibunya, Iddin berkata, dia berhasrat untuk berada di Melbourne untuk tempoh yang sangat lama tetapi belum memutuskan sama ada akan menetap di sini.

“Saya ada dua rumah sekarang,’’ katanya.

Ditanya mengapa dia kembali ke Melbourne, Iddin menjawab: “Kerana saya ingin menemui ibu saya. Saya sangat merinduinya. Saya sangat mengasihinya,’’ katanya.

Sekalipun terpisah sejak 1992 Pascarl-Gillespie telah menjalin semula perhubungan dengan anak-anaknya secara sulit menerusi e-mel dan panggilan telefon.

Pascarl-Gillespie berkata, anak- anaknya sangat gembira kerana dapat bersama ibu mereka semula tetapi mereka meminta tidak diganggu pada ‘waktu yang sangat menggembirakan ini’.

“Kehidupan sungguh bahagia sekarang, kami kembali menjadi sebuah keluarga yang sempurna setelah sekian lama terpisah,’’ kata Pascarl-Gillespie yang juga mempunyai dua anak dengan pasangan lain kemudian.

“Saya mempunyai empat orang anak yang kini memerlukan ruang untuk mengenali satu sama lain, diri saya dan diri mereka dalam suasana kekeluargaan yang mesra,’’ katanya.

Dia seorang penari balet berusia 17 tahun semasa bertemu dan jatuh cinta dengan Bahrin yang ketika itu pelajar seni bina di Universiti Melbourne.

Mereka berkahwin di Terengganu pada Mac 1981.

Dua minggu selepas Shahirah dilahirkan, Bahrin mengambil isteri kedua.

Pascarl-Gillespie membawa dua anaknya balik ke Melbourne untuk menziarahi nenek mereka yang sakit pada tahun 1985 dan kemudian memfailkan permohonan perceraian di Australia.

Semasa Shahirah menemui semula ibunya untuk kali pertama pada April lalu, Bahrin memberitahu sebuah akhbar di Melbourne bahawa Iddin masih belajar di sebuah kolej dan belum menyuarakan hasrat untuk mengunjungi ibunya.

Pascarl-Gillespie telah berkahwin dengan seorang wartawan tetapi berpisah pada 2000 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dia kemudian berkahwin buat kali ketiga dengan bekas rakan sekolahnya.

– Agensi
Ewan_sn
Kalau tak silap dulu raja shahirah dulu bertudung kan?

Bila dah duk dgn mak dia yg bukan Islam..takut rosak akidah dia.. sad.gif
HangPC2
risau jugak pasal kes yang terjadi kat malaysia kebelakangan nih..... ohmy.gif
nuurlys
mak oi! leher baju mak ngan anak sama luas jerk! emh...penat bapaknya bawak balik mesia...
RaY
aku ingat lagi syahirah pakai tudung..klu tak silap masa pmr @ spm yg dia dapat 9A
nuurlys
tak tau la pae jadi pas ni....
ala...org melayu tulen dan islam dr kecik pon bersepah yg tak pakai tudung...
inikan plak dah duduk dgn mak dia yg dah terang2 kafir...
tak lekat rupenya ajaran dari bapak dia 20 thn lebih ni....
nasib laaaa...
komau^girl
sape nie..x kenal pun..
Ewan_sn
QUOTE(nuurlys @ Aug 24 2006, 12:06 PM)
tak tau la pae jadi pas ni....
ala...org melayu tulen dan islam dr kecik pon bersepah yg tak pakai tudung...
inikan plak dah duduk dgn mak dia yg dah terang2 kafir...
tak lekat rupenya ajaran dari bapak dia 20 thn lebih ni....
nasib laaaa...

setakat dulu pakai sekarang tak pakai tu ok lagik....selagi akidah dia tak rosak dan masih mempercayai keesaan Tuhan.....dia tetap Islam..

Cuma risaunya kalau akidah dia rosak...tentu pertubuhan kristian sedunia akan cuba sedaya upaya meracuni mereka keluar dr Islam.. sad.gif
nuurlys
QUOTE(edirossa @ Aug 24 2006, 12:17 PM)

mmg la risau klu aqidah dia rosak...
tp ttp jugak tak bleh tak risau klu dulu dia pakai tudung tp skarang tak...
agak2 nape bleh jadi cenggitu...bapak dia tak risau ke..?
tak paham betol la...dah la skarang isu murtad ni makin kritikal...
nauzubillah...
cEn_Ru
Hmm...
dulu satu skolah ngn raja shahirah tu..
skolah menengah die skolah agama..smpai form 3
pstu xtau dh die tukar skolah mane sbb die dpt 9A rasenye..
tp die mmg lawa..hehe..
Ewan_sn
QUOTE(nuurlys @ Aug 24 2006, 12:21 PM)
QUOTE(edirossa @ Aug 24 2006, 12:17 PM)
QUOTE(nuurlys @ Aug 24 2006, 12:06 PM)
tak tau la pae jadi pas ni....
ala...org melayu tulen dan islam dr kecik pon bersepah yg tak pakai tudung...
inikan plak dah duduk dgn mak dia yg dah terang2 kafir...
tak lekat rupenya ajaran dari bapak dia 20 thn lebih ni....
nasib laaaa...

setakat dulu pakai sekarang tak pakai tu ok lagik....selagi akidah dia tak rosak dan masih mempercayai keesaan Tuhan.....dia tetap Islam..

Cuma risaunya kalau akidah dia rosak...tentu pertubuhan kristian sedunia akan cuba sedaya upaya meracuni mereka keluar dr Islam.. sad.gif

mmg la risau klu aqidah dia rosak...
tp ttp jugak tak bleh tak risau klu dulu dia pakai tudung tp skarang tak...
agak2 nape bleh jadi cenggitu...bapak dia tak risau ke..?
tak paham betol la...dah la skarang isu murtad ni makin kritikal...
nauzubillah...

mmglah...

cuma dalam keadaan ini..antara risau dia setakat tak pakai tudung dgn risau kalau akidah dia rosak...tentulah kita lebih risau kalau akidah dia rosak..

Kita kena dulukan akidah dia...bila akidah ok..tentunya yg lain kita leh usaha serapkan semula..pelan2..
afizimd
kesian plak kat raja bahrin.. penat2 selamatkan anak dia.. jgn lari akidah sudah la.. memang dulu syahirah ni pakai tudung labuh.. x sangka la plak pergi jumpe maknye kat aussie terus jadi macm mak dia plak.. sama naik aje aku tengok.. hmmm.. suke la geng kristianisasi tengok nih..
nuurlys
QUOTE(edirossa @ Aug 24 2006, 12:44 PM)
mmglah...

cuma dalam keadaan ini..antara risau dia setakat tak pakai tudung dgn risau kalau akidah dia rosak...tentulah kita lebih risau kalau akidah dia rosak..

Kita kena dulukan akidah dia...bila akidah ok..tentunya yg lain kita leh usaha serapkan semula..pelan2..

yea la tu eddie...tp ttp gak risau dua2....
lari aqidah pon berat nye kes...
tak pakai tudung pon berat nye kes gak tu...
sbb tu la ramai tak pakai tudung ari nih
sbb ambik ringan..ingat mende tu perkara kecik..
oh! tidak....! hukum Allah jgn pandang kecik jgn amik ringan..

p/s: sbnrnya saya dah paham pon maksud eddie tu... wink.gif
nuurlys
QUOTE(afizimd @ Aug 24 2006, 12:57 PM)
kesian plak kat raja bahrin.. penat2 selamatkan anak dia.. jgn lari akidah sudah la.. memang dulu syahirah ni pakai tudung labuh.. x sangka la plak pergi jumpe maknye kat aussie terus jadi macm mak dia plak.. sama naik aje aku tengok.. hmmm.. suke la geng kristianisasi tengok nih..

statement anda ni mmg saya sokong! wink.gif
April
masih ingat dulu... mmg comel budak2 nie.. harap tak sia2 pengorbanan ayah dia..
vinca_minor2
QUOTE(RaY @ Aug 24 2006, 04:03 AM)
aku ingat lagi syahirah pakai tudung..klu tak silap masa pmr @ spm yg dia dapat 9A

alah...gambar yang baru2 ni dia gi australia tu yang iddin tak ikut tu pun dia pakai tudung kan?
lagi cantik pakai tudung...
RaY
ye ker.....
rose_lily
QUOTE(nuurlys @ Aug 24 2006, 12:01 PM)
mak oi! leher baju mak ngan anak sama luas jerk! emh...penat bapaknya bawak balik mesia...

biggrin.gif nampak aje mata dia eh.... laugh.gif
Adinda
isu tudung ni, jgn salah mak-bapa saja..
yg penting diri sendiri..
di dlm hati mau ada rasa takut pada Allah tak kira keadaan atau situasi..

doakan jelah agar dia ditingkatkan iman...agar satu hari nanti dia betul menutup aurat..

kalo kita dok mengata jer lagilah saham kita mau naik oii..neraca kita berat sebelah tak pasal2 kang biggrin.gif
nuurlys
QUOTE(rose_lily @ Aug 24 2006, 02:52 PM)
QUOTE(nuurlys @ Aug 24 2006, 12:01 PM)
mak oi! leher baju mak ngan anak sama luas jerk! emh...penat bapaknya bawak balik mesia...

biggrin.gif nampak aje mata dia eh.... laugh.gif

mata...? mata pe...? mata kucing...ekeke... blink.gif laugh.gif
nuurlys
QUOTE(Adinda @ Aug 24 2006, 02:54 PM)
isu tudung ni, jgn salah mak-bapa saja..
yg penting diri sendiri..
di dlm hati mau ada rasa takut pada Allah tak kira keadaan atau situasi..

doakan jelah agar dia ditingkatkan iman...agar satu hari nanti dia betul menutup aurat..

kalo kita dok mengata jer lagilah saham kita mau naik oii..neraca kita berat sebelah tak pasal2 kang biggrin.gif

mengata org yg membuat kemungkaran tak pe
jgn mengata suke2 ati jer...tu yg dilarang...
Didiharaiss
dia mesti dah diajar tentang agama..buruk baik dia tanggung sendiri...sendiri bikin sendiri tanggung......

tudung/kopiah semua tu bagus tapi hati kena seiring
lily_putih
QUOTE(afizimd @ Aug 24 2006, 12:57 PM)
kesian plak kat raja bahrin.. penat2 selamatkan anak dia.. jgn lari akidah sudah la.. memang dulu syahirah ni pakai tudung labuh.. x sangka la plak pergi jumpe maknye kat aussie terus jadi macm mak dia plak.. sama naik aje aku tengok.. hmmm.. suke la geng kristianisasi tengok nih..

dia duk sana terus ke?

rasanya mmg dulu dia pakai tudung kan... unsure.gif

terkejut tgk gamba tu... sad.gif
syakuntala
berita smlm ckp mak dia mintak cerai sbb ayah dia kawen lain.....dulu tak kuar pun citer nie....yg mana betul tak tau la
hulk
doakan shahirah bertudung semule je.
shahirah & mama dia

shahirah time kecik
hulk
time kecik

iddin

aienmaria
kening tak menahan... laugh.gif ..sekolah agama plak tuh dulu...
The Corrector
JUNIORKU ~ sleep.gif
Ewan_sn
Saya restui mereka temui ibu – Raja Bahrin
Oleh: RAJMAH HASAN

KUALA TERENGGANU 24 Ogos - Arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah (kiri) berkata, beliau merestui pemergian dua anaknya ke Melbourne bagi menemui ibu mereka.

Malah katanya, beliau juga yang menguruskan pemergian Raja Baharuddin, 23, atau dikenali sebagai Iddin dan Raja Shahirah Aisyah, 21, atau Shahirah setelah mereka bertiga begitu lama terpisah.

Raja Kamarul Bahrin berpendapat, kunjungan Iddin dan Shahirah menemui ibu mereka Jacqueline Pascarl-Gillespie adalah pertemuan biasa antara ibu dan anak kerana hubungan antara mereka tidak harus dipisahkan.

Penjelasan Raja Kamarul Bahrin itu sekali gus menjawab teka-teki media tempatan mengenai pemergian dua anaknya itu ke Australia baru-baru ini.

“Saya hairan bila dapat panggilan media yang bertanyakan jika saya tahu pemergian Iddin ke Australia.

“Soalan yang dikemukakan ini seolah-olah anak saya sudah lari meninggalkan saya. Ingin saya jelaskan bahawa saya mengetahui pemergian Iddin dan Shahirah ke Australia, malah saya sendiri menguruskan segalanya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Senibahri Arkitek, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini memetik laporan agensi bahawa Iddin menemui semula ibunya, Jacqueline Pascarl-Gillespie di Melbourne, Australia buat pertama kali setelah 14 tahun terpisah.

Iddin dan adiknya, Shahirah, masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun sewaktu mereka dibawa ke Malaysia oleh bapa mereka yang melawat Melbourne pada 1992.

Sebelum itu, Pascarl-Gillespie membawa dua anaknya balik ke Melbourne untuk menziarahi nenek mereka yang sakit pada 1985 dan kemudian memfailkan permohonan perceraian di Australia.

Raja Kamarul Bahrin berkata, kemelut keluarga mereka 14 tahun lalu tidak menghalangnya untuk membenarkan Iddin dan Shahirah menemui bekas isterinya apabila tiba waktu sesuai.

Malah, beliau juga mengakui mengetahui tentang Shahirah yang pernah berhubung dengan ibunya menerusi emel dan telefon kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya tidak kejam untuk menghalang mereka berjumpa dengan ibu, cuma berpesan agar mereka tunggu masa sesuai selain selesaikan tanggungjawab (belajar) terlebih dahulu,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau turut menolak dakwaan media asing kononnya Shahirah sudah menetap di Australia bersama bekas isterinya dan menegaskan bahawa anak perempuannya itu ke negara tersebut bersama abangnya untuk melawat ibu mereka.

“Hanya setelah selesai menduduki peperiksaan, Iddin ke sana kerana mengotakan janjinya untuk melawat ibunya yang mempelawa dia berbuat demikian,” katanya.

Shahirah sebelum ini bercuti beberapa minggu ke Australia sekitar Mac lalu bagi menemui ibunya buat pertama kali selepas mereka terpisah sejak 14 tahun lalu.

Raja Kamarul Bahrin juga menafikan laporan aensi berita asing bahawa beliau berkahwin lain dua minggu selepas anak keduanya, Raja Shahirah Aisyah dilahirkan.

Sambil menegaskan fakta tersebut kurang tepat, beliau menganggap laporan itu sengaja dibuat dengan niat jahat untuk menimbulkan kontroversi.

“Saya juga kesal dengan sesetengah media tempatan yang turut terikut-ikut dengan mainan media asing yang melaporkan berita tidak tepat tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

“Media tempatan seharusnya sudah masak dengan mainan media asing yang berat sebelah dalam melaporkan isu ini dan apa jua yang dilaporkannya adalah bertujuan jahat,” katanya.

Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini menyiarkan berita dengan memetik laporan agensi berita asing yang menyatakan Raja Kamarul Bahrin berkahwin dengan isterinya sekarang dua minggu selepas anak keduanya, Shahirah dilahirkan.

Beliau bagaimanapun enggan memberi maklumat tepat tarikh perkahwinannya dengan isteri sekarang, Toh Puan Norilah Salleh semasa beliau masih lagi menjadi suami Jacqueline Pascarl-Gillespie.

“Maklumat ini senang nak periksa. Saya rasa semua surat khabar simpan maklumat bila tarikh Shahira dilahirkan dan bila saya berkahwin lain. Kalau nak tahu perkahwinan saya yang kedua boleh periksa dengan Pejabat Agama.

“Untuk anda (media) mungkin menganggap perkara ini kecil tetapi orang akan baca (faham) lain. Perkara ini adalah sensitif kepada keluarga saya terutama Shahirah dan saya tak tahu apa niat di sebalik laporan ini,’’ ujarnya.
vinca_minor2
kesian dia ek???
awek_trg84
sbg rakyat trg..aku pun risau ttg akidah kedua2 anak raja bahrin ni..
kesian kat raja bahrin..dia ni baik..
aku mmg visau ttg anak pompuan dia ni..
bmbg diracuni oleh ibunya agar meninggalkan agama skrg ni
RaY
saya oun risau gak akidah anak2 raja bahrin ni..penat je dia bawa balik ke malaysia..kita doakan anak2 raja bahrin tak berubah hati..sama2lah kita mendoakan...amin
aPplE MaC
aku pn harap camtu gak
Ewan_sn
Jacqueline: Saya tidak benci Raja Bahrain
27-03-2007 07:15:16 PM

MELBOURNE: Jacqueline Pascarl-Gillespie berkata beliau tidak akan membenci bekas suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrain Shah kerana melarikan anak-anaknya, tetapi menyatakan bahawa tindakan bekas suaminya itu telah melenyapkan peluang seumur hidup untuk bermanja dan memeluk anak-anak.

Beliau yang bertemu kembali dengan anak perempuannya Shahirah dan anak lelakinya, Iddin, selepas 14 tahun terpisah, berkata beliau tidak mahu merosakkan kehidupannya dengan menyimpan dendam terhadap putera raja Terengganu itu.

Raja Kamarul Bahrain melarikan anak-anaknya dari Australia pada 1992 ketika mereka masing-masing berumur tujuh dan 10.

"Saya tidak mahu membuang tenaga," kata Gillespie kepada akhbar Herald Sun. "Kami juga akan berkongsi cucu pada masa hadapan.

"Apa jua perasaan saya mengenai sebarang hubungan antara saya dan dia pada masa depan, biarlah saya pendamkan saja. Saya mahu mengadakan satu garis sempadan di sini -- melihat bentuk kehidupan yang masih wujud di luar tragedi dan kesengsaraan ini."

Gillespie yang berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak lagi selepas perkongsian hidupnya dengan Iain Gillespie musnah, telah menulis cerita lanjutan kepada memoir awalnya Once I Was A Princess dalam buku terbarunya Since I Was a Princess.

Dalam buku itu, beliau menceritakan bagaimana anak perempuannya mengadakan hubungan emel secara rahsia dengannya.

Shahirah menjawab beberapa siri soalan mengenai kehidupannya di Australia sebelum Gillespie, yang menjadi mangsa beberapa panggilan palsu, percaya bahawa Shahirah adalah anaknya.

"Kehilangan anak-anak telah menghancurkan dan dalam masa yang sama merangsang saya melalui cara yang amat tidak dijangkakan," katanya kepada akhbar The Leader.

Di dalam bukunya, Gillespie menceritakan bagaimana beliau menggunakan segala pengalaman negatifnya untuk membina suatu kuasa yang positif.

Beliau menganjurkan satu program celik huruf kanak-kanak di Kenya dan kemudian mengembara ke kawasan kancah peperangan di Bosnia, Kosovo dan Timor Timur, di mana beliau bertugas dalam misi bantuan kemanusian.

"Sepanjang tempoh itu, saya masih berpegang pada harapan untuk memeluk anak-anak saya semula, dan dengan keyakinan paling mendalam untuk terus hidup berpegang pada impian itu yang akhirnya menjadi kenyataan, apabila Iddin dan Shah(irah) kembali menemui saya pada 2006," katanya kepada akhbar itu.

Since I Was a Princess dipasarkan mulai Isnin, dengan sebahagian royaltinya akan diserahkan kepada CARE International, tempat Gillespie berkhidmat sekarang. BERNAMA

Didiharaiss
raja bahrin dah kahwin lagu satu...dah dapat baby pun
Mama_D
tapi shahiran ni memang cun ar...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.