Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Maria Hertogh (natrah) Meninggal Dunia Di Belanda
Mesra.net Forum > Social & Societies > Kisah dan Teladan
Pages: 1, 2
Ewan_sn
TRAGEDI NATRAH

Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.

Kini, timbul pula isu yang juga melibatkan seorang anak melayu (anak Mansor?) yang mana juga berpotensi membangkitkan kemarahan ummat Islam di Malaysia. Dan tak lupa juga yang sedang dibicarakan iaitu kes Azalina Jailani (Lina Joy).

Berbalik kisah Natrah; ia amat menyayat hati....

Gambar: Mat Minah & Natrah

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.

2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.
Khayty
Kasihan Natrah....secara mata kasar...hidupnya bagaikan cukup bahagia...ada segalanya....tapi jiwa terseksa merana....

dahulu....saya selalu berfikiran,kalau seseorang itu sudah kawen,tambahan sudah punya 10 anak(contoh Natrah)di kira sudah cukup bahagia....kalau tidak,mana mungkin anak seramai itu....ternyata ada kesilapan didalam teori saya itu..(yang mana ternyata,bukan semua perkawenan yang diatur atau dipaksa,walau ramai anaknya,di kira ia berbahagia)

saya juga berfikiran,lebih berbahagia jika ibubapa protect anaknya secukupnya..(ibu bapa kandung Natrah)

cuma...sayang..dalam bab Agama...adakah jiwa Natrah tercari-cari cahaya yang pernah menyinari hidupnya(cahaya agama Islam,yang pernah buat hidup jiwanya tenang...)

dan juga cintanya yang sejati dan cinta pertamanya(Mansor Adabi)yang begitu tulus dan suci,yang tidak pernah padam....
anna_trianna
OoOo..cam nie rupanye citer Natrah tue..thankz edii.. rolleyes.gif
Didiharaiss
adaptasi filem yang aku dah lupa tajuknya yang dilakunkan oleh Noraini Jane adalah dari kisah benar Natrah
Apeng
tragedi demi tragedi. lepas satu satu... yg tercatat, bermula
ngan natrah pastu aisyah pastu lina dan yg terbaru di khabar
anginkan azhar... seorang tokoh lelaki. bilalah kita nak ambik
iktibar daripada semua tragedi tu...
malaikatmaut

- The Straits Times, Dec 12, 1950.

- natrah & aminah

-mansur adabi sebelah natrah
malaikatmaut
- buku tentang natrah , pelanduk publications tahun 2000 -ISBN: 9679782875 - 362 pages
malaikatmaut
- riot di singapura

- riot di singapura
sapa ada lag simpan video filem natrah, aku nk beli kt kedai tk jumpe2 smpai skrg..
Didiharaiss
malaikat..ko pi la buat survey kedai2 cina yang lama2..maybe ada
malaikatmaut
QUOTE(Didiharaiss @ Nov 9 2006, 11:56 PM)
malaikat..ko pi la buat survey kedai2 cina yang lama2..maybe ada

actually, da cari dh didi, tak jumpa pun, kedai india pun tkde, amazon, e-bay pun search...
- ibu kandung natrah kiri.
Didiharaiss
QUOTE(malaikatmaut @ Nov 9 2006, 11:59 PM)
QUOTE(Didiharaiss @ Nov 9 2006, 11:56 PM)
malaikat..ko pi la buat survey kedai2 cina yang lama2..maybe ada

actually, da cari dh didi, tak jumpa pun, kedai india pun tkde, amazon, e-bay pun search...
- ibu kandung natrah kiri.

maybe tak digalakkan jual takut membangkitkan semangat perkauman antara kita
hentahlah
tapi sayangla citex2 ni susah nak cari... padahal aku nak sgt tgk lagi.
tahun 1987 - 89 prnah kuar filem natrah dalm tv, sedey gle... lebih sedih dari gabra n senget
Ewan_sn
Ed lbh suka tgk melayu yg sanggup mati untuk mempertahankan agama dr mereka yg berkuasa yg hanya duduk dalam bilik aircond diatas sana..
cendawancun
aku ingat2 lupa ceta ni... tks bagi info pasal ni...
L_lo
sayangnye... dah dok dalam islam... pastu kuar plak....

dari sumber2 yang aku dengar... natrah telah diberi air holy....
hentahlah
dari wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Maria_Hertogh_riots
mgkin kebetulan,
Adeline Hunter , mak kandung natrah pun asalnya islam masa kecil sbb jadi anak angkat cm kes natrah, tapi bila dh besar jadi kristian, kawin masa umur 15 tahun ngn Adrianus Hertogh,
yg pelik mak natrah ni pun kawin ngn askar dutch, cm natrah pun kawin ngn askar dutch. sad.gif
mama_elin
hmmm mama x pernah dengar langsung about natrah atau apa2 jer about this tragedy..

interesting..so pengajaran yg boleh diambil..jangan keluar dari islam kalau x bencana seluruh hidup is it..mama rasa pengajaran yg agak salah kan..

hala tuju..perjalanan dia banyak campur tangan org besar/melibatkan undang2 dan dia tiada daya hingalah sampai ke tahap kematangan dia boleh mencorak hala tuju namun tiada siapa disisi dia utk membawa dia ke jalan yg pulang malah berpusing2 berlegar2 disitu shj..x jumpa jalan keluar langsung..

nak kata salah dia..ia juga
nak kata salah sekeliling ia juga
nak kata salah adabi..ia juga..

itu yg mama rasa...allahualam..mmg betul mama x tahu pasal cerita ini..

org islam sekarang yg masih menganuti agama islam, yg masih x tinggal solatnya tetap menghadapi dugaan malah mama rasa lebih hebat..
Didiharaiss
QUOTE(mama_elin @ Nov 10 2006, 02:27 PM)

mama tak pernah dengar sebab mama kecik masa tu...
mama_elin
mungkin gak kot tapi keturunan/kawan/relatives none of them yg cerita kat mama pasal ni..

at least yg nasuha tu tahula kan..natrah x tahu langsung
.:|eLLe|:.
tapi sy pnh dgr plak..
emak cerita..
Khayty
QUOTE(hentahlah @ Nov 10 2006, 02:26 PM)
dari wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Maria_Hertogh_riots
mgkin kebetulan,
Adeline Hunter , mak kandung natrah pun asalnya islam masa kecil sbb jadi anak angkat cm kes natrah, tapi bila dh besar jadi kristian, kawin masa umur 15 tahun ngn Adrianus Hertogh,
yg pelik mak natrah ni pun kawin ngn askar dutch, cm natrah pun kawin ngn askar dutch. sad.gif

really?

macam menyalin sejarah emaknya pula....
sweet_fiq
Baru aku tau citer Natrah nih..
Tragis dan tersentuh..
Memang btul ..mungkin Natrah tercari2 aper yg pernah ader dlam jiwa dia dulu..ISLAM yg sentiasa buat dia tenang..
Dan cinta Sejati dia..Mansor Adabi..
alin_apple
QUOTE(mama_elin @ Nov 10 2006, 02:27 PM)
hmmm mama x pernah dengar langsung about natrah atau apa2 jer about this tragedy..

interesting..so pengajaran yg boleh diambil..jangan keluar dari islam kalau x bencana seluruh hidup is it..mama rasa pengajaran yg agak salah kan..

hala tuju..perjalanan dia banyak campur tangan org besar/melibatkan undang2 dan dia tiada daya hingalah sampai ke tahap kematangan dia boleh mencorak hala tuju namun tiada siapa disisi dia utk membawa dia ke jalan yg pulang malah berpusing2 berlegar2 disitu shj..x jumpa jalan keluar langsung..

nak kata salah dia..ia juga
nak kata salah sekeliling ia juga
nak kata salah adabi..ia juga..

itu yg mama rasa...allahualam..mmg betul mama x tahu pasal cerita ini..

org islam sekarang yg masih menganuti agama islam, yg masih x tinggal solatnya tetap menghadapi dugaan malah mama rasa lebih hebat..

kt pon x penah dgr pasal citer ni..tp sian kn..pengakhiran hidup mcm tu aje..sian dier..
newbie
memory refreshed...
adlertag
hmm......manusia oh manusia....
Esquento
erm dah lama tau pasal natrah ni... tp shingga dia tglkan msia je laa.. bila dah di belanda tak tau...
mmg kisah yg mnyayat hati...

mansur adabi ni ler yg mangasaskan maktab adabi wink.gif
Nur As'Syura
QUOTE(edirossa @ Nov 9 2006, 09:08 PM)
1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.
[/color]

aku baru jer tengok dunia tahun nie....

x tau apa2 lagi.... biggrin.gif
masMerah
QUOTE(L_lo @ Nov 10 2006, 02:15 PM)
sayangnye... dah dok dalam islam... pastu kuar plak....

dari sumber2 yang aku dengar... natrah telah diberi air holy....

ikut citer org org dulu

zaman RAAF (wan daddy Merah keja RAAF) - sebelum sambung blajar jadi Prof d Australia

citer mulut ke mulut- natrah yg byk meronta di suntik dadah khayal masa nak bawa lari balik ke belanda
masMerah
holy water tu--- minum sampai kembong pon tarak apa.

bimbang bercampur najis dadah atau arak jer
elly orly
QUOTE(masMerah @ Nov 14 2006, 04:19 PM)
holy water tu--- minum sampai kembong pon tarak apa.

bimbang bercampur najis dadah atau arak jer

ye ke???....holy water tu xkan xde mudarat lansung kot? ohmy.gif
Ewan_sn
QUOTE(elly orly @ Nov 14 2006, 04:43 PM)
QUOTE(masMerah @ Nov 14 2006, 04:19 PM)
holy water tu--- minum sampai kembong pon tarak apa.

bimbang bercampur najis dadah atau arak jer

ye ke???....holy water tu xkan xde mudarat lansung kot? ohmy.gif

ntah...tak taulah...tak ker kalau percaya sesuatu itu boleh menimbulkan mudarat itu boleh merosakkan akidah kita? ingat tu...

Ed pun dah minum byk kali holy water nie...takder apapun..
merah merah
QUOTE(masMerah @ Nov 14 2006, 04:19 PM)
holy water tu--- minum sampai kembong pon tarak apa.

bimbang bercampur najis dadah atau arak jer

cuba cite ckit, ape menatang air holy water 2....
oang islam leh minum ke????
ohmy.gif
ctmunirah
QUOTE(malaikatmaut @ Nov 9 2006, 11:48 PM) *
- buku tentang natrah , pelanduk publications tahun 2000 -ISBN: 9679782875 - 362 pages

aku baca buku ni masa sekolah rendah and fell competely in love with it... time time zaman barbie doll tu aku leh baca buku ni.. memang a miracle... sangat menyedarkan... thanks dad, for the book..
ctmunirah
QUOTE(merah merah @ Nov 27 2006, 02:18 PM) *
QUOTE(masMerah @ Nov 14 2006, 04:19 PM)
holy water tu--- minum sampai kembong pon tarak apa.

bimbang bercampur najis dadah atau arak jer

cuba cite ckit, ape menatang air holy water 2....
oang islam leh minum ke????
ohmy.gif

ada orang kata kalau minum holy water ni, lidah jadi keras, takleh mengucap... betol ke.. and also ada orang kata holy water ni, air mandian father - father gereja tu.. kununya air suci la..sebab bekas mandian orang warak.... yuckk
aweks86
citer pasl natrah??
hehe time zaman skola dulu disebabkan aku gile membaca,
aku ade baca psl natrah mlalui majalah2 yg mak aku beli...
klu tidak,aku pun xkenal sape natrah.. pardon.gif
newme
QUOTE(ctmunirah @ Aug 17 2008, 12:42 AM) *
QUOTE(malaikatmaut @ Nov 9 2006, 11:48 PM) *
- buku tentang natrah , pelanduk publications tahun 2000 -ISBN: 9679782875 - 362 pages

aku baca buku ni masa sekolah rendah and fell competely in love with it... time time zaman barbie doll tu aku leh baca buku ni.. memang a miracle... sangat menyedarkan... thanks dad, for the book..

penah baca gaks buku nih...
maser tengah sekolah gi maser tuh...
"somebody" yg pinjamkan buku nih..

shawbrother
QUOTE(newme @ Aug 30 2008, 05:07 PM) *
QUOTE(ctmunirah @ Aug 17 2008, 12:42 AM) *
QUOTE(malaikatmaut @ Nov 9 2006, 11:48 PM) *
- buku tentang natrah , pelanduk publications tahun 2000 -ISBN: 9679782875 - 362 pages

aku baca buku ni masa sekolah rendah and fell competely in love with it... time time zaman barbie doll tu aku leh baca buku ni.. memang a miracle... sangat menyedarkan... thanks dad, for the book..

penah baca gaks buku nih...
maser tengah sekolah gi maser tuh...
"somebody" yg pinjamkan buku nih..

aku jugak pernah baca kisah natrah ni..tapi melalui majalah lama mega_shok.gif-an milik ayah aku..memang tragis kisahnya..

guale
tak penah plk aku tau cite ni. hebat sgt ke ceritanya? sampai masuk arkib muzium belanda surat2 mansur adabi tu?
agaknya sebab baca point2 mcmtu tk dapat nak bayangkan sgt kejadian sebenar kot.
domesticgoddessnot
aku tau cerita ni masa aku kecik2 sbb aku dok heran kenapa nama sorang makcik aku ni pelik dari yg lain. nama dia naterah. so nenek aku pun cerita le kisah natrah ni. begitula ceritanya, sekian.
duke
Aku tahu pasal crita Natrah ni waktu darjah 6. Aku baca kat library shah alam buku dia. Pas tu waktu study kat Uitm, kes natrah dijadikan kes rujukan waktu study family law. So bab2 perundangan dlm kes ni memang aku tau benar le. Waktu study tu, memang timbul rasa keinsafan ke atas natrah yang dimurtadkan semula bukan atas kerelaan hati.

Er... dia hidup lagi ke? Kalau ikut umur, dia dah 71 tahun la ni.

QUOTE(domesticgoddessnot @ Sep 2 2008, 09:10 AM) *
aku tau cerita ni masa aku kecik2 sbb aku dok heran kenapa nama sorang makcik aku ni pelik dari yg lain. nama dia naterah. so nenek aku pun cerita le kisah natrah ni. begitula ceritanya, sekian.

jadik, ejaan naterah sebab nak elak dari sama dgn natrah? ke sebab apa? tk paham. natrah ni nama org2 lama rupanya ye, mcm melur, melati, siput....
guale
QUOTE(duke @ Sep 2 2008, 11:32 AM) *

mmg femes betul la ye kes tu. tapi aku tgk sume tu dari dia pegi singapore, masuk foster, masuk court, riot, kena antor balik belanda, sume dalam taun yg sama. takdela panjang sangat bicaranya.
domesticgoddessnot
QUOTE(guale @ Sep 2 2008, 09:17 PM) *
QUOTE(domesticgoddessnot @ Sep 2 2008, 09:10 AM) *
aku tau cerita ni masa aku kecik2 sbb aku dok heran kenapa nama sorang makcik aku ni pelik dari yg lain. nama dia naterah. so nenek aku pun cerita le kisah natrah ni. begitula ceritanya, sekian.

jadik, ejaan naterah sebab nak elak dari sama dgn natrah? ke sebab apa? tk paham. natrah ni nama org2 lama rupanya ye, mcm melur, melati, siput....

aku rasa le, eja naterah jadi gitu sbb polis yg tulis surat beranak time tu... ikut kepala dia le ngeja. ntah le.
duke
Cerita atrah ni memang le tak panjang; around 1-2 tahun je. Tapi impaknya memang hebat. Isu tentang perundangan tempatan & murtad menjadi tajuk utama. Nak pulak time tu semangat orang melayu tengah menebal. Tu yg riot tu.
domesticgoddessnot
cuba buat mcm tu sekarang... fuhhh melambak kena ISA... hampeh.
guale
QUOTE(domesticgoddessnot @ Sep 3 2008, 08:38 AM) *
cuba buat mcm tu sekarang... fuhhh melambak kena ISA... hampeh.

tu la yg aku heran. banyak kes sekarang yg murtad2 ni. kes natrah ni hebat camana taktaula. nanti nak try carik buku dia ke apa, try baca. ada dlm intenet kot. tunggu banyak masa dulu
domesticgoddessnot
QUOTE(guale @ Sep 4 2008, 09:23 PM) *

sesuai le ko tanya kat duke tu tang mana dia dpt materials dia tu.
guale
QUOTE(domesticgoddessnot @ Sep 4 2008, 09:30 PM) *

tu rasanya time dia blajo law dulu kot
domesticgoddessnot
QUOTE(guale @ Sep 4 2008, 09:33 PM) *
QUOTE(domesticgoddessnot @ Sep 4 2008, 09:30 PM) *
QUOTE(guale @ Sep 4 2008, 09:23 PM) *
QUOTE(domesticgoddessnot @ Sep 3 2008, 08:38 AM) *
cuba buat mcm tu sekarang... fuhhh melambak kena ISA... hampeh.

tu la yg aku heran. banyak kes sekarang yg murtad2 ni. kes natrah ni hebat camana taktaula. nanti nak try carik buku dia ke apa, try baca. ada dlm intenet kot. tunggu banyak masa dulu

sesuai le ko tanya kat duke tu tang mana dia dpt materials dia tu.

tu rasanya time dia blajo law dulu kot

mana le tau kot2 dia ada simpan mana2 kat alam cyber ni hehehe. tapi rasanya adale online info... sedangkan ta*o tu pun ada info, inikan pula natrah *ahem*ahem*
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2017 Invision Power Services, Inc.