Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Fesyen Tudung..
Mesra.net Forum > Arts & Cultures > Fesyen dan Kecantikan
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6
Adinda
Dialu-alukan siapa yg ada teknik atau cara2 mengikat tudung agar kemas dan menutup aurat, sila kongsi di sini ya..

Adinda mulakan dgn koleksi2 gambar artis/ model jer dulu yer..
mungkin boleh tiru...sapa tatau cara boleh tanya..
Yg tahu tu boleh terangkan bagaimana

Adinda

Adinda

kerongsang disematkan di tudung di sebelah pipi.. elok juga..
Khayty
last year saya ada letak banyak sangat tips pemakaian tudung
dan pelbagai fesyen...
dalam dan luar negara...
kat mana tah topik tu...
salah satunya..step by step pemakaian tudung
Adinda
yer ker kak khay??
carila... bagus tips camtu..
sebagai mod boleh tolong merge tak??

ni tudung ala selendang panjang agaknya yer..
Khayty
boleh....

tu lah,sapa tah bukak topik tu dulu...bukan Adinda ker?

uish..ni nak kena ingat..mana topik tu.....
Khayty
website Turki banyak jenis tudung dan pemakaiannya...

kalau Malaysia...Karangkraf kot....

kat forum GEMPAQ pun ada... tongue.gif
cinonet
biggrin.gif terkejut aku bila tetiba tgk fesyen tudung kat resipi..
zawiah
baguih fesyen pemakaian tudung ni..
aku tercari cari gak..
nak gi kursus pemakaian tudung..tak pergi pergi pun.. ph34r.gif
maero attack
tengok kat majalah nur byk diajar fesyen bertudung,...
tiap2 bulan ada je fesyen dia... wink.gif
.:|eLLe|:.
tudung berfesyen2 ni kurang praktikallah nak pakai gi pejabat..
satu hari suntuk kat opis.. susah nak menten stail tudung tu..
so kalo sy, berfesyen2 ni sy buat masa nak gi special occassion je..
riesa
Nie info elok untuk mereka yang bertudung. wink.gif

Adinda
terima kasih riesa...buat panduan kita semua..

ni Adinda ada dpt yg besar sikit...
yg riesa tempek tu comel halus sgt.. biggrin.gif

Adinda
Tips on wearing and looking good in a tudung (dpt drpd satu w/site)

Tip 1: Always wear a sturdy cap/hair band to hold hair in place

Your tudung will not fall off and stay put.

The tudung is easier to fold, looks neater and you look prettier.

Tip 2: Choose good quality material

Choose light, airy material like cotton or voile (kain bawal), which are great for everyday wear.
Use chiffon, organza, silk for special occasions like kenduri (party), dinner etc.

Tip 3: Choose right color and pattern

Never wear a patterned tudung with a patterned outfit. (U will look 'crowded' or busy' in other words-berserabut)

eg.: Flower patterned tudung with a flower patterned blouse/baju kurung is a 'no-no'.

Tip 4: Choose colors that complement your skin.

If you have light/fair skin, you can wear almost any color; but don't choose colors that are too bright like shocking pink, yellow or green.

If you have slightly medium/darker skin (sawo matang) then you should choose soft, pastel colors like beige, soft pinks, whites, blues, green etc. Avoid dark colors like black, dark brown, gray etc. as this will make your face look unattractive.

You can match different colored tudung with a different colored blouse as long as it's in the same ###### color.
Eg:
i) You can match a brown tudung with black, white, moss green, dark yellow blouse

ii) Or match a dark red blouse with white or dark pink tudung

In any occasion please make sure your tudung is properly done so none of your hair strand would come out and the shadow of your neck and skin is not visible.
Adinda
SEKADAR GURAUAN ya... tongue.gif

Edirossa
tongue.gif ............... biggrin.gif ........................................... laugh.gif
riesa
Tue aper? nape jadi gitu rolleyes.gif
Edirossa
QUOTE(Adinda @ Dec 2 2006, 10:49 PM)
SEKADAR GURAUAN ya... blum.gif

ketawa tgk katun ni lah..perlah risa nie.. blum.gif
blueorkid
tgk kat katun nie..fesyen yg last sekali tu..org ckp ala2 mak datin..tudung berjambul gitu.. rolleyes.gif rolleyes.gif cume sekadar renungan bersama..
nadya
edit....
nadya
edit...
iriy_cute
Salu tgk mjlh Nur tdg dia org atas sgt
Kdg² dibiar je promote dada
lily_putih
sbnrnya bukan dada je kita kena tutup...bahagian belakang badan pun kena jg...

kdg2 tgk fesyen2 tudung zaman ni...depan elok jek..tup2 belakang...tak bertutup

ph34r.gif
Adinda
QUOTE(lily_putih @ Dec 4 2006, 09:17 AM)
sbnrnya bukan dada je kita kena tutup...bahagian belakang badan pun kena jg...

kdg2 tgk fesyen2 tudung zaman ni...depan elok jek..tup2 belakang...tak bertutup

ph34r.gif

A'ah.. terbelah, terdedah, ketat2, jarang, kena jaga gak tu..kalo tak rugi jer bertudung tapi tak menutup aurat ni..
dosa tetap berjalan weih..
Peringatan utk diri ini yang hina..
Khayty
kalau dah lama pakai tudung,memang tak patutlah...

kalau baru pakai,eloklah pelan2....takkan terus nak pakai jubah dan tudung labuh kot...

nanti zahir lebih lebat dari isi pulak...

kan itu lebih baik dari yang dah pakai,tup2 bukak,..

tak per lah kot...migrane(betul ker eja ni?) blum.gif
lily_putih
pakai tudung bole kena migrane ke?

hari tu pun ade org ckp kat lily mcm tu...
panas kata nya...migrane pun menyerang...

panas...mungkin panas...
tapi azab Allah lg panas kan... cool.gif
Adinda

lily, kak khay...perintah Allah adalah jelas..
takde yg memudaratkan..

mungkin kalau mula2 nak berjinak2 pakai tu rasa panas, rimas, takleh bernafas atau pening tu adalah bentuk ujian.. sama ada kita nak terus pakai ataupun tak mahu..

kalau betul migraine..makanlah ubat.. blum.gif

mcm kata kak khay..pada permulaan la kan..
kalau nak cuba2 tu...pakai la yg nipis, pendek atau longgar sket...lama2 pakai elok2..tutup aurat..
pasang azam...insyaAllah..

tapi kalo tiba2 dah terbuka hati tu, tutuplah aurat betul2.. sebab syg jer dpt dosa2 ni kan?

perlu diingat, panggilan izrail bila2 masa jer..
dan jgn biarkan kita dlm keadaan berdosa..
(peringatan utk diri Adinda juga..)

ok ni ada satu fesyen berserta langkah-langkah melilitkan tudung tu...
nampak ayu jer...
tak tahulah korang dah tahu fesyen ini or not.. smile.gif

Adinda
ok... sebelum Adinda teruskan... ni sekadar renungan bersama..
jgn sekali2 riak apabila memakai tudung..nanti satu habuk pahala pun tak dapat.. sad.gif
jgn pandang org yg tak bertudung tu hina..
kita dulu pun tak menutup aurat juga..
doakanlah ibu kita, kakak2 adik2 kita, makcik2 kita, sahabat karib dan kenalan kita agar terbuka pintu hidayah dan diberi kekuatan iman utk mematuhi suruhan Allah yg satu ni..

ok... cepat...kongsi lagi fesyen bertudung!! happy.gif) happy.gif
kanee
bila bercerita bab tudung nieh..

kadang2 terpikir jugak...dah memacam pesen tudung kuar kat pasaran..tapi cara pemakaian ada laa nampak cara sopan cuma dri segi baju plak yg kureng sesuai...naseb baek ada info kat cini..boleh ambik tau..

psssttt...kalau tudung nak pergi treking gunung sesuai yg mcm mana???
lily_putih
QUOTE(Adinda @ Dec 6 2006, 04:52 AM)
ok... sebelum Adinda teruskan... ni sekadar renungan bersama..
jgn sekali2 riak apabila memakai tudung..nanti satu habuk pahala pun tak dapat.. sad.gif
jgn pandang org yg tak bertudung tu hina..
kita dulu pun tak menutup aurat juga..
doakanlah ibu kita, kakak2 adik2 kita, makcik2 kita, sahabat karib dan kenalan kita agar terbuka pintu hidayah dan diberi kekuatan iman utk mematuhi suruhan Allah yg satu ni..

betul la tu...

ramai gak yg terpesong matlamat dan tujuan pemakaian tudung...

doa utk semua yg bertudung...moga kita istiqamah sehingga ke akhirnye...
utk yg belum bertudung, moga hidayah Allah segera sampai kepada anda semua...

amin... smile.gif
Adinda
QUOTE(kanee @ Dec 5 2006, 11:42 PM)
bila bercerita bab tudung nieh..

kadang2 terpikir jugak...dah memacam pesen tudung kuar kat pasaran..tapi cara pemakaian ada laa nampak cara sopan cuma dri segi baju plak yg kureng sesuai...naseb baek ada info kat cini..boleh ambik tau..

psssttt...kalau tudung nak pergi treking gunung sesuai yg mcm mana???

pilihlah yg tak merelip merelap... nanti terjatuh batu2 berlian tu, dah tak berseri tudung tu..sayang jer..

kalo boleh warna terang2 kot...utk keselamatan.. kot2 sesat...senang pasukan penyelamat or helikopter nampak blum.gif

itu jer buat kali ni..
Khayty
Bertudung bukan factor membataskan gaya. Bertudung juga bukan penyebab untuk tampil tidak menawan. Sebaliknya penampilan wanita bertudung sangat manis jika bijak bermain warna dan memilih fesyen yang sepadan.

Perkara paling penting dalam bertudung, pastikan pakaian menutup aurat, tidak ketat, baju tidak jarang, tidak singkat, tidak terbelah di belakang juga di kiri, kanan. Perlu diingat, bertudung bermaksud mematuhi syariat dalam Islam dan tidak manis bertudung jika masih memadankannya dengan skirt belah belakang atau seluar pendek tiga suku yang ketat. Fesyen jangan menjolok mata dan dalam berpakaian biarlah sedap mata memandang. Justeru untuk kelihatan menarik pilih warna sesuai dengan kulit tapi baju jangan sesekali sedondon warna tapi sebaliknya sepadan. Sepadan bermaksud pemilihan baju, seluar, kain, tas tangan dan tudung jika dalam kumpulan warna yang sama pastikan nadanya berbeza. Sedondon tidak digalakkan. Katalah baju merah, kain merah, kasut merah, beg merah…anda akan kelihatan seperti cili merah berjalan, hehehehe…

Fesyen yang dipakai wanita bertudung mesti selari dengan tuntutan agama namun wanita bertudung masih boleh tampil anggun dengan pemilihan warna harmoni. Eh..eh..camana yang dikatakan warna harmoni tu yek, berbagai warna kot….

Apabila memakai tudung, pastikan ia bukan sekadar ikut fesyen tetapi pastikan tangan panjang sampai ke pangkal lengan.

Sebelum memilih tudung, fikir di mana ia mahu digayakan ke pejabat atau ke majlis rasmi atau majlis makan malam. Jikake pejabat, tudung yang dipakai jangan terlalu besar dan lebar. Hehehe..nanti nampak tua pulak. Ini bagi mengelakkan kita membuang masa membuka dan mengikat tudung selepas waktu solat. Itu belum ditambah lagi dengan tudung pin yang dipinkan di tudung, mungkin 4 atau 5…fuhhhh…

Untuk memastikan fesyen ikatan itu sesuai dengan wajah, cuba dulu di depan cermin dan gayakan sendiri. Jika ia nampak selekeh atau tidak kemas, lupakan saja. Lebih baik bertudung ringkas yang kemas daripada mengikut aliran terkini kerana tidak mahu ketinggalan tapi akhirnya ia kelihatan sangat hodoh.

1. Pilih anak tudung dari jenis kain sesuai dan selesa.

2. Pastikan saiz tudung sesuai dengan bentuk muka.

3. Jika menggunakan kain yang tidak licin, tidak perlu guna anak tudung. Ini akan memberikan keselesaan kepada pemakai. Tapi kan….kang keluar lak anak rambut, tul tak?

4. Antara kain sesuai untuk dijadikan tudung ialah kain kasa, cita campuran, viscose, sutera dan sifon.

5. Jika menggunakan cekak untuk menggantikan anak tudung, guna cekak yang nipis dan leper. Eh…eh…tak ke nampak kesan kat atas kepala? Kalau pakai cekak tu kat luar tudung, lagi nampak kelakar kan?

6. Pastikan anak tudung tidak dipamirkan sama dengan tudung. Penampilan akan lebih awet muda jika anak tudung tersorok. Emmm…begitu rupanya… Dalam bertudung, ada kalanya anak tudung tidak perlu dipakai mengikut kesesuaian kain. Tapi jika memilih untuk memakai anak tudung, sebaliknya, cari anak tudung yang diperbuat daripada kain yang mudah serap peluh seperti cita, casa, viscose atau sutera. Jangan pilih kain rayon atau nylon yang panas.

7. Jika guna tudung bercorak, pastikan coraknya samar-samar.

8. Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.

9. Untuk tudung yang mempunyai kaki di sekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu di bahagian hujung. Pastikan kawasan kepala bebas dari sebarang corak.

10. Kain kasa atau cita campuran dalam warna polos (warna polos tu apa ya?) sesuai digunakan untuk penampilan korporat.

11. Kain polos yang berhias unsur kerawang atau jemeki secara berselerak atau tertumpu di kaki tudung saja jika menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.

12. Jika memilih unsure atau corak bunga, biarlah ia tertumpu di bahagian kaki tudung saja dalam saiz yang kecil.

13. Jangan guna corak abstrak yang kontras dengan budaya Islam seperti kepala buah catur atau unsur binatang seperti harimau atau kuda belang. Unsur ini dianggap kurang sesuai dan tidak sopan.

14. Jika memilih corak bunga (seperti yang biasa terdapat pada tudung Turki) jangan campuradukkan dengan baju yang bercorak bunga jenis kontras.

15. Tudung dari setiap Negara memiliki motif tersendiri. Antara tudung dari Turki, Cina, India atau Eropah memiliki motif unitk. Jangan mencampuradukkan motif ini. Tudung seperti ini memiliki keindahan sendiri dan sesuai dipadan dengan pakaian berwarna polos

SUMBER=Bertudung Panduan Wanita
DoraDxplorer
waa, byk tips bertudung khay. Mesti tudung satu lemari ni.
Khayty
rolleyes.gif tu ambik dari topik lama...iznaziz kot....
kanee
QUOTE(Adinda @ Dec 6 2006, 11:36 PM)
QUOTE(kanee @ Dec 5 2006, 11:42 PM)
bila bercerita bab tudung nieh..

kadang2 terpikir jugak...dah memacam pesen tudung kuar kat pasaran..tapi cara pemakaian ada laa nampak cara sopan cuma dri segi baju plak yg kureng sesuai...naseb baek ada info kat cini..boleh ambik tau..

psssttt...kalau tudung nak pergi treking gunung sesuai yg mcm mana???

pilihlah yg tak merelip merelap... nanti terjatuh batu2 berlian tu, dah tak berseri tudung tu..sayang jer..

kalo boleh warna terang2 kot...utk keselamatan.. kot2 sesat...senang pasukan penyelamat or helikopter nampak tongue.gif

itu jer buat kali ni..

ooo...cengitu ..
bernas jugak idea tuh...maklum ler..sebelum nieh saya tak pernah bertudung semenjak duia menjak nieh jer dah mula pakai tudung..

tertanya jugak yer....

mcm nurse sekarang nieh..diwajibkan tudung masuk kedalam baju...kalau tak buat konon nyer melanggar perintah..kadang2 terpikir jugak..dah ler baju seragam nurse tuh ketat..kalau "buah kelapa" besar tuh boleh ler pesakit tgk terjojoii bijik mata... kalu tudung kat luar tuh selamat laa sikit.. skrg nieh big bos suwuh kitaorg masuk kan tudung kedalam baju..malu arrr org nampak "buah kelapa" nanti!!...errrmmmm dry.gif
lily_putih
QUOTE(kanee @ Dec 7 2006, 07:29 AM)
sebelum nieh saya tak pernah bertudung semenjak duia menjak nieh jer dah mula pakai tudung..

tahniah sbb dah mula pakai tudung... smile.gif

ye ke nurse diwajibkan masuk tudung dlm baju...blink.gif
bila mula peraturan ni ek...
tak tau pulak, sbb sepanjang jg mak kat hospital, lily tgk ramai je nurse2 yg pakai tudung mcm biasa, yg masuk tudung dlm baju...kebanyakkan nya nurse pelatih...
mungkin peraturan baru agak nye ye...
sori bertanya... smile.gif
kanee
QUOTE(lily_putih @ Dec 7 2006, 11:00 AM)

pertama sekali ..terima kasih...

memang betul pun nurse sekarang diwajibkan memasukkan tudung kedalam baju akibat ada satu kes yg mendapat komplain dari pesakit yg mengadu bahawa tudung nurse menyentuh luka pesakit ketika rawatan.. dah DG serta matron buat mesyuarat dan sepakat suruh semua kakitangan yg bertudung memasukkan tudung kedalam baju uniform..

tapi ramai yg bantah sebab ini akan memalukan pihak tertentu..dah jika lily tgk staff yg tak nak masukkan tudung tuh semua yg memberontak laa biggrin.gif
Adinda
ooo...yer ker... huh.gif kalau kanee rasa kurang selesa, mungkin ada cara lain..
misalnya pilih tudung yg ala2 apa tu...Adinda tataula nak sebut..
yg skrg ni baru diperkenalkan tu.. ada jual di kedai2..
takpun pinkan pada baju elok2, agar bahagian hujung2 tu tidak "bebas"
lagipun nampak kemas juga..
mesti ada cara..
lily_putih
QUOTE(Adinda @ Dec 8 2006, 03:57 PM)
ooo...yer ker... huh.gif kalau kanee rasa kurang selesa, mungkin ada cara lain..
misalnya pilih tudung yg ala2 apa tu...Adinda tataula nak sebut..
yg skrg ni baru diperkenalkan tu.. ada jual di kedai2..
takpun pinkan pada baju elok2, agar bahagian hujung2 tu tidak "bebas"
lagipun nampak kemas juga..
mesti ada cara..

a'ah kan...kalau pakai tudung ke dalam...
mesti akan terserlah la gunung2 para nurse... wink.gif

tapikan kanee...yg lily tgk pakai tdg mcm biasa tu...bukan nurse baru2 tau...
ni nurse yg dah otai2 nye...
Didiharaiss
ikut bajulah kalau kurung pakai tudung ikut warna paling minima pada baju
kalau blaus pakai tudung kecik sikit..dan more abstract
kalau pakai seluar pakai skaf
DoraDxplorer
tudung ala topi x pakai ker?

smile.gif
Didiharaiss
QUOTE(DoraDxplorer @ Dec 8 2006, 11:20 PM)
tudung ala topi x pakai ker?

smile.gif

tak pakai rasa macam tak sesuai jer ngan aku
DoraDxplorer
selalu gak org pakai. dulu ingat kan depa pakai topi kt dlm. rupa2nye mmg tudung tu dtg ngan awning yg camtu. honestly ... dulu aku mcm jahat ... siap trgelak2 bila nngok. tp skrg bila tgok balik x de la teruk sgt.
Didiharaiss
awning yang keras tu kan?

tu sesuai utk gi parti tu
DoraDxplorer
golf party ke?

biggrin.gif
Didiharaiss
skarang ko perasan tak tudung fesyen panjang berkilau2....tak retilah nak pakai..
Adinda
QUOTE(nadya @ Dec 4 2006, 06:02 AM)
nadya nak gi dinner.. tp tak tau mcm mane nak menggayakan tudung.. tp mesti ikut garis panduan la... any idea..

yg ni camna??
tapi pastikan kat leher tu lilit bebetul sikit, sebab jarang...if guna fabric cenggini la..
kalau diamati secara dekat, ada bunga2 timbul di atas tudung ni kan?? sweet!
Didiharaiss
tu gambar Adinda ye?
Adinda
Ni pon molek jer..

Tudung Creased Rainbow

Tudung yang sesuai akan menyerikan pilihan dress viscose berbunga klasik. Warna eksklusif tidak semestinya garang, keindahan flora Inggeris diketengahkan dengan nada musim luruh. Lilitan tudung ringkas tana aksesori sarat mengetengahkan imej santai dan mesra
nadya
QUOTE(Adinda @ Dec 9 2006, 12:45 AM)
QUOTE(nadya @ Dec 4 2006, 06:02 AM)
nadya nak gi dinner.. tp tak tau mcm mane nak menggayakan tudung.. tp mesti ikut garis panduan la... any idea..

yg ni camna??
tapi pastikan kat leher tu lilit bebetul sikit, sebab jarang...if guna fabric cenggini la..
kalau diamati secara dekat, ada bunga2 timbul di atas tudung ni kan?? sweet!

cam ni pun ok gak.. rolleyes.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.