Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Berita Ekonomi & Perniagaan
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Pages: 1, 2, 3
Ewan_sn
PLUS Dapat Hak Konsesi Di Indonesia dan Pakistan


KUALA LUMPUR 16 Mei – Plus Expressways Bhd. (PLUS) sedang meneliti beberapa cadangan baru bagi peluasan ke luar negara setelah berjaya memulakan penerokaan di India dan Indonesia.

Pengarah Urusannya, Noorizah Abdul Hamid berkata, pihaknya belum dapat mendedahkan butir-butiran tersebut kerana masih diperingkat awal perbincangan.

Beliau tidak menolak kemungkinan cadangan tersebut adalah di India dan Indonesia juga kerana kedua-dua negara itu kini pesat membangunkan prasarana masing-masing.

‘‘Langkah ini sejajar dengan pendirian syarikat untuk meneroka peluang-peluang berkaitan jalan raya tol sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kami optimistik terhadap masa depan pertumbuhan perniagaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan PLUS yang ddi sini, hari ini.

PLUS menguasai mega_shok.gif peratus kepentingan dalam konsesi bagi projek lebuh raya Bhiwandi-Kalyan-Shil Phata sepanjang 21.6 kilometer (km) di India bernilai RM150 juta dan dijangka memulakan operasi tolnya pada tahun depan.

Bagi konsesinya di Indonesia pula, kata Noorizah, PLUS yang memegang 55 peratus ekuiti, masih menunggu kelulusan pihak berkuasa republik itu untuk membina lebuh raya Cikampek-Palimanan di Jakarta sejauh 116 km bernilai RM2.6 bilion.

‘‘Apabila lulus kelak, barulah kita menyusun atur urusan pembiayaan dan pembinaannya akan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan,’’ ujarnya.

Sementara itu, Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim berkata, PLUS mengunjurkan pertumbuhan bagi kutipan tol dan bilangan kenderaan yang menggunakan lebuhraya kendaliannya meningkat sekurang-kurangnya tiga peratus tahun ini.

Katanya, kedua-dua aspek itu mencatat pertumbuhan 5.1 peratus pada suku pertama tahun ini dan dijangka lebih baik pada separuh kedua berikutan adanya perayaan dan musim cuti yang panjang.

Bagi tahun kewangan 2006, PLUS mencatat kutipan tol sebanyak RM1.69 bilion, naik RM27 juta atau 1.6 peratus dan ia suatu pencapaian baik meskipun berdepan dengan kenaikan minyak pada Februari tahun lalu.

PLUS mencatatkan keuntungan sebelum cukai tahun lalu sebanyak RM36.2 juta atau 3.4 peratus menjadi RM1.11 bilion.

Aliran tunai kumpulan daripada kegiatan operasi sebanyak RM1.3 bilion dengan imbangan tunai yang kukuh sebanyak RM2.6 bilion sehingga 31 Disember 2006.




Ewan_sn
Dagangan Malaysia-Jepun

RM4.4b - Pelaburan langsung Jepun 2006
RM3.211b - Pelaburan langsung Jepun 1997
RM115.74b - Nilai dagangan 2006
RM91.83 - Nilai dagangan 1997
RM49.8b - Eksport Malaysia 2006
RM34.2b - Eksport Malaysia 1997
Ewan_sn
Jumlah pelanggan DiGi cecah 5.8 juta


JUMLAH pelanggan DiGi Telecommunications Sdn Bhd di seluruh negara kini mencecah tahap 5.8 juta orang, termasuk 5.3 juta pengguna prabayar.

Ketua Segmen dan Pemasaran DiGi, Loong Tuck Weng, berkata ia adalah peningkatan bilangan pelanggan yang besar berbanding 5.3 juta sebelumnya, termasuk 4.8 juta pengguna prabayar, sehingga 31 Disember tahun lalu.

“Kami akan terus menambah baik perkhidmatan kami, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang awal kempen seluruh negara ‘DiGi Prepaid 50/50 Giveaway’ sempena perayaan kemerdekaan ke-50, di Kota Kinabalu, semalam.



Ewan_sn
SENARAI SYARIKAT DI BAWAH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN SEPERTI PADA 11/01/2007

EKONOMI

1. Amanah Raya Berhad
2. Asean Potash Public Mining Co. Ltd. (Thailand)
3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
4. Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad
5. Bursa Malaysia Berhad
6. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
7. FELCRA Berhad
8. Felda Holdings Berhad
9. International Rubber Consolidated Limited
10. Kedah Aquaculture Sdn Bhd
11. KUB Malaysia Berhad
12. Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd
13. Malaysia Debt Ventures Berhad
14. Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Berhad
15. Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd
16. MARDEC Berhad
17. Padi Beras Nasional Berhad
18. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
19. Perbadanan Nasional Berhad
20. Permodalan Nasional Berhad
21. Petroliam Nasional Berhad
22. Prokhas Sdn Bhd
23. Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
24. Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd
25. Tradisi Gemilang Sdn Bhd

INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

26. Assets Global Network Sdn Bhd
27. Bintulu Port Holdings Berhad
28. Bintulu Port Sdn Bhd
29. Johor Port Berhad
30. Kelang Multi Terminal Sdn Bhd (Westport)
31. Keretapi Tanah Melayu Berhad
32. KLIA Consultancy Services Sdn Bhd
33. Kuala Lumpur International Airport Berhad
34. Kuantan Port Konsortium Sdn Bhd
35. Malaysia Airline System Berhad
36. Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd.
37. Malaysia Airport Holdings Berhad
38. Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
39. MISC Berhad
40. Northport (M) Berhad
41. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
42. Penang Port Holdings Berhad
43. Penang Port Sdn Bhd
44. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
45. Syarikat Prasarana Negara Berhad
46. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
47. Pembinaan PFI Sdn Bhd

PERKHIDMATAN AM

48. Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
49. Astronautic Technology Sdn Bhd
50. Columbia Aircraft Manufacturing Corp. (Formerly Lancair Corp)
51. Commerce Dot Com Sdn Bhd
52. Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd
53. Cyberview Sdn Bhd
54. HICOM Holdings Berhad
55. Inno Bio Ventures Sdn Bhd
56. Khazanah Nasional Berhad
57. Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd
58. MIMOS Berhad
59. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd
60. PDX Dot Com Sdn Bhd
61. Perwaja Terengganu Sdn Bhd
62. SIRIM Berhad
63. Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
64. National Aerospace & Defence Industries Berhad

SOSIAL

65. Bakun Hydro-Electric Corporation Sdn Bhd
66. Dataran Perdana Sdn Bhd
67. HVD Holdings Sdn Bhd
68. Indah Water Konsortium Sdn Bhd
69. Institut Jantung Negara Sdn Bhd
70. Irat Hotels & Resorts Sdn Bhd
71. JKP Sdn Bhd
72. Medical Online Sdn Bhd
73. Pembinaan BLT Sdn Bhd
74. Pengurusan Aset Air Berhad
75. Percetakan Nasional Malaysia Berhad
76. Piramid Pertama Sdn Bhd
77. Pos Malaysia Berhad
78. Professional Services Development Corporation Sdn Bhd
79. Radio Televisyen Malaysia Berhad
mega_shok.gif. Sabah Electricity Sdn Bhd
81. Sarawak Hidro Sdn Bhd
82. Sports Toto Malaysia Sdn Bhd
83. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
84. Syarikat Perumahan Negara Berhad
85. Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd
86. Telekom Malaysia Berhad
87. Tenaga Nasional Berhad
88. UDA Holdings Berhad
89. IJN Holdings Sdn Bhd
90. Media Prima Berhad
91. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
92. NINEBIO Sdn Bhd
93. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
94. Malaysian Resources Corporation Berhad
Ewan_sn
MAIWP majukan tanah wakaf RM150 juta
Tanah 0.45 hektar bernilai RM34 juta milik mamak tidak dituntut telah diserahkan kpd MAIWP

KUALA LUMPUR: Sebuah kawasan seluas 0.45 hektar di segi tiga emas ibu negara, akan menjadi tapak projek pembangunan tanah wakaf terbesar untuk tujuan komersial di negara ini, membabitkan pelaburan berjumlah RM150 juta.

Tanah wakaf bernilai kira-kira RM34 juta itu yang terletak di lot 168 dan 169 Jalan Perak, berhampiran kompleks Menara Berkembar Petronas, akan dijadikan tapak pembinaan Wisma Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengarah MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, berkata hak milik tanah itu diperoleh selepas mahkamah memutuskan ia diserahkan kepada majlis berikutan tiada waris pemilik asalnya, Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy yang juga saudagar kain dari India, tampil menuntutnya.

“MAIWP melalui mesyuarat khasnya pada 2005 memutuskan membina kompleks ibu pejabat kami selepas menilai potensi keuntungan dan manfaat ekonomi yang bakal diperoleh kerana lokasinya yang strategik.

“Kami tidak mahu mensia-siakan tanah wakaf itu dan hasil yang diperoleh menerusi projek berkenaan akan digunakan untuk membantu umat Islam serta golongan asnaf dengan pelbagai program,” katanya pada sidang media khas mengumumkan projek itu, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Ismee Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Technologies Sdn Bhd (TH Technologies), Kamarul Baharin Albakri.

Projek pembinaan menara 34 tingkat yang dikategorikan sebagai bangunan Gred A itu akan bermula Julai ini dengan TH Technologies sebagai kontraktor dan ia dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Haji.

Apabila siap sepenuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan menjadi penyewa utama bangunan itu dengan menggunakan 30 tingkat daripadanya, tiga tingkat dijadikan kemudahan pejabat MAIWP manakala satu lagi digunakan Tabung Haji.

Che Mat berkata, kompleks bangunan dan menara itu yang dijangka siap dibina pada 2010 akan menjadi mercu tanda Islam Hadhari, seperti yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Kami menyahut seruan kerajaan bagi membangunkan tanah wakaf yang terbiar untuk dimajukan dengan pelbagai projek komersial dan berfaedah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi umat Islam,” katanya.

Sementara itu, Ismee berkata, pembinaan bangunan itu akan dibuat menerusi konsep bina, kendali dan pindah (BOT), dengan Tabung Haji dilantik menyelenggara bangunan terbabit untuk tempoh selama 25 tahun sebelum menyerahkannya kepada MAIWP.

Beliau berkata, menurut perjanjian membangunkan projek itu, Tabung Haji akan membayar wang pajakan berjumlah RM56.6 juta kepada MAIWP sebagai pertukaran dengan hak memungut hasil sewa bangunan itu selama 25 tahun.

“Kadar sewa bagi bangunan berkenaan adalah mengikut pasaran semasa iaitu dalam lingkungan RM4.90 sekaki persegi,” katanya yang menjelaskan pelancaran projek itu yang dikenali ‘Projek Pembangunan Tanah Wakaf’ akan disempurnakan Perdana Menteri 8 Jun ini.



Ewan_sn
Maxis belanja RM15 bilion terajui industri telekomunikasi Asia


KUALA LUMPUR 29 Mei – Maxis Communications Bhd. (Maxis) akan membelanjakan sehingga RM15 bilion dalam masa tiga tahun lagi bagi membantu firma itu menjadi peneraju industri telekomunikasi di rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Datuk Jamaludin Ibrahim berkata, perbelanjaan modal tersebut melibatkan usaha meningkatkan sistem jaringan serta perayauan di tiga buah negara iaitu India, Indonesia selain Malaysia.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM2.5 bilion hingga RM3.5 bilion akan digunakan untuk meningkatkan teknologi generasi ketiga (3G) dan perkhidmatan jalur lebar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-20 Maxis di sini, hari ini.

Maxis yang memiliki hampir 14 juta pelanggan di tiga negara berkenaan pada masa ini merupakan firma telekomunikasi nombor satu di negara ini dengan penguasaan sebanyak 41.4 peratus di pasaran tempatan dan mengaut lebih 40 peratus pendapatan dalam industri tersebut.


kodok
Proton rugi RM619.9 juta
31-05-2007

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd merekodkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM11.8 juta atas sokongan perolehan sebanyak RM1.27 bilion bagi tempoh suku keempat berakhir 31 Mac, 2007.

Syarikat itu turut mencatatkan kerugian sebelum cukai setahun penuh sebanyak RM619.9 juta yang mencerminkan persekitaran operasi yang mencabar.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengarah urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata jumlah jualan yang rendah serta pelbagai faktor lain termasuk perbelanjaan sekali dan peruntukan, menyumbang kepada kerugian itu.

Jualan kenderaan merosot sebanyak 40 peratus daripada 183,824 unit kepada 110,358 unit sepanjang tahun dalam kajian akibat persekitaran pasaran yang sangat kompetitif yang diburukkan lagi oleh nilai kereta terpakai yang rendah dan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman yang mengetatkan kredit untuk mereka yang berminat membeli kereta PROTON, katanya.

Keputusan kewangan Proton juga terjejas akibat perbelanjaan sekali dan peruntukan.

Antaranya ialah kos penentuan nilai yang ditanggung oleh sebuah anak syarikat dan kos pelunasan bagi dai dan jig yang jumlahnya tidak dapat dipenuhi.
kodok
PM mahu Proton dipulihkan segera
31-05-2007
Oleh SA’ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: “Prestasi kewangan Proton mesti dipulihkan. Proton tidak boleh terus-terusan rugi,” begitulah ulasan segera Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap pengumuman kerugian hampir RM620 juta yang dialami Proton hari ini.

Beliau juga berkata apa sahaja yang perlu bagi memulihkan syarikat kereta nasional itu akan dilakukan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada ia akan membabitkan perubahan di peringkat pegawai atasan syarikat itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno, Abdullah berkata cadangan kerjasama antara Proton dan Volkswagen AG juga sudah berakhir.

Volkswagen AG, katanya, tidak berminat terhadap cadangan Proton dari segi penyertaan ekuiti kerana lebih berminat dalam bentuk kerjasama yang lain.

“Memandangkan Volkswagen tidak berminat terhadap cadangan Proton dari segi ekuiti, saya sudah memutuskan supaya Proton berbincang dengan pihak lain,” katanya.

Proton mencatatkan kerugian sebelum cukai setahun penuh sebanyak RM619.9 juta bagi tahun berakhir 31 Mac, 2007.

Ia mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.8 juta atas sokongan perolehan sebanyak RM1.27 bilion pada suku keempat.

kita talkinkan je proton ni..nyusahkan rakyat! drinks.gif
Ewan_sn
Plus Expressways beli Elite, Linkedua RM866 juta


KUALA LUMPUR 1 Jun – PLUS Expressways Bhd. akan mengambil alih dua pengendali tol, Expressway Lingkaran Tengah Sdn. Bhd. (Elite) dan Linkedua (Malaysia) Bhd. dengan harga RM866 juta daripada UEM Group Bhd.

PLUS Expressways memeterai perjanjian jual beli dengan UEM Group hari ini bagi cadangan pengambilan alih anak syarikat milik penuh UEM itu.

Syarikat itu akan membeli Elite dan Linkedua masing-masing dengan harga RM802 juta dan RM64 juta menerusi pinjaman bank.

Elite merupakan pemegang konsesi bagi Laluan Tengah Lebuh Raya Utara Selatan, laluan penghubung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya Link.

Linkedua pula merupakan pemegang konsesi bagi laluan kedua Malaysia-Singapura antara Tuas di Singapura dan Tanjung Kupang di Johor.

PLUS Expressways menyediakan perkhidmatan operasi lebuh raya kepada Elite dan juga Linkedua sejak tahun 2003.

PLUS Expressways berkata, pengambilalihan itu akan menyediakan pengembangan pertumbuhan dan peningkatan nilai kepada keuntungan kumpulan di masa depan.

Pengarah Urusan PLUS Expressways, Noorizah Abdul Hamid berkata, cadangan pembelian itu akan membolehkan PLUS mempunyai rangkaian lebuh raya bertol bersepadu menghubungkan bahagian utara Semenanjung Malaysia ke Singapura.

“Kami yakin pengambilalihan ini akan dapat menambah baik perkhidmatan kami dan meningkatkan aliran trafik di lebuh raya kami di seluruh negara,” katanya.

Ia juga akan membolehkan PLUS Expressways mencapai peningkatan 15 peratus dalam pendapatan daripada perniagaan baru pada akhir tahun depan, katanya.

Beliau berkata, langkah ini juga sejajar dengan indeks prestasi utama (KPI) syarikat yang termasuk mencapai pertumbuhan 30 peratus dalam jumlah kepanjangan lorong-km lebuh raya pada akhir 2009 dengan 20 peratus dicapai pada akhir tahun depan.

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2006, PLUS Expressways mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM1.1 bilion, naik 3.4 peratus atau RM36.2 juta daripada tahun sebelumnya.
Ewan_sn
Pelanggan TM Broadband cecah sejuta


KUALA LUMPUR 1 Jun – Bilangan pelanggan perkhidmatan Internet jalur lebar milik Telekom Malaysia Bhd.™, TM Broadband kini mencecah angka sejuta, demikian menurut pegawai kanan syarikat telekomunikasi itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zamzamzairani Mohd Isa berkata, kejayaan itu menunjukkan komitmen TM sebagai pembekal khidmat itu kepada rakyat Malaysia menerusi Pelan Perkhidmatan Jalur Lebar Nasional dan juga strategi MyICMS886.

‘‘Dengan pelancaran Streamyx 4.0Mbps berserta perluasan kawasan perayauan Streamyx 2.0Mbps, TM kini menjadi pembekal jalur lebar terpantas di Malaysia dan melalui pelanggan ke sejuta kami, kami dapat membuktikan bahawa kami memiliki jumlah pelanggan yang besar,’’ jelasnya lagi.

Sempena kejayaan itu, TM telah memberi ganjaran istimewa kepada pelanggannya yang ke sejuta, Iskandar Syah Ismail,31, sebuah komputer riba bernilai RM2,500 beserta peluang sarapan pagi bersama Suki, juara pertandingan tv realiti One-in-a-Million anjuran 8TV.
Ewan_sn
Aset bersih Khazanah RM62.2 bilion

KUALA LUMPUR 1 Jun – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), badan pelaburan kerajaan mencatat prestasi kewangan yang membanggakan dengan jumlah aset selepas ditolak liabiliti meningkat sebanyak RM28.9 bilion kepada RM62.2 bilion daripada RM33.3 bilion.

Pengarah Urusan Khazanah Datuk Azman Mokhtar berkata, ia merupakan kenaikan sebanyak 86.8 peratus atau kadar pertumbuhan terkumpul tahunan sebanyak 22.8 peratus.

Beliau berkata, portfolio pelaburan (RNAV) Khazanah juga meningkat kepada RM88.8 bilion daripada RM50.9 bilion.

Sebanyak 28 pelaburan utama telah dimuktamadkan dalam tempoh yang sama berjumlah RM21.1 bilion dengan memperoleh pulangan sebanyak RM8.9 bilion atau 42.4 peratus, katanya semasa memberi taklimat media mengenai laporan tahunan Khazanah 2006/2007, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, katanya 16 adalah pelaburan utama domestik bernilai RM15.2 bilion dan 12 pelaburan asing bernilai RM5.8 bilion.

‘‘Khazanah juga mencatat kemajuan besar dari segi pembiayaan dan pengurusan liabiliti dalam tempoh tersebut dengan RNAV/perlindungan liabiliti meningkat kepada 3.3 kali daripada 2.9 kali dalam tempoh yang sama sebelum itu,’’ katanya.

Beliau berkata, kemajuan kewangan dan operasi syarikat milik kerajaan (GLC) sangat membanggakan dengan penguasaan 47 syarikat GLC yang disenaraikan meningkat kepada RM143 bilion dalam tempoh tiga tahun lalu.

‘‘Khazanah juga telah membuat pelaburan langsung baru di Indonesia, Singapura, China, India dan Arab Saudi,’’ katanya.

Azman berkata, di bawah program pembangunan keupayaan, Khazanah telah mencatat kejayaan yang besar terutama dalam pembangunan modal insan, pengurusan pengetahuan, sistem dan proses serta risiko.
Ewan_sn
Kesan ‘gelembung Shanghai’

Bank Dunia pada Rabu lalu memberi amaran bahawa langkah pembetulan drastik oleh Beijing melalui dasar-dasar monetari yang lebih ketat ke atas pasaran modal di negara itu akan membawa risiko yang tinggi ke atas ekonomi dunia, sekiranya harga-harga saham di pasaran modal di republik itu terus melambung.

Bank Dunia dalam laporan suku pertama ke atas ekonomi China berkata, jika harga saham terus melambung, impak ketara ialah merosotnya keyakinan baru terhadap pasaran modal di negara itu.

Menurut bank itu, pasaran modal China telah meningkat tiga kali ganda sejak 2005 sehingga banyak pihak mencadangkan perlu dilaksanakan langkah pembetulan secara besar-besaran.

Bagaimanapun, Bank Dunia yakin impak ke atas ekonomi sebenar adalah terlalu kecil, terutama kepada pelaburan dan kemerosotan penggunaan.

Menurut Bank Dunia, pendedahan sistem perbankan ke atas pasaran modal juga secara langsung atau tidak langsung mempunyai kesan yang sangat terbatas.

Bank itu berkata, pendedahan itu hanya akan menambah kepada pasaran sebanyak 300 bilion Yuan, satu jumlah yang sederhana sebanyak satu peratus daripada jumlah deposit asas dan 5.5 peratus daripada nilai saham-saham di pasaran.

Itu adalah reaksi pertama yang diberikan oleh Bank Dunia terhadap kebimbangan berlakunya Shanghai bubble di pasaran modal di China.

Shanghai bubble merujuk kepada pasaran modal yang sedang cergas secara melampau di Bursa Saham Shanghai (SSE) sejak Julai tahun lalu, setelah Bank Rakyat China (PBoC) melaksanakan langkah penyusunan semula bursa saham itu pada April 2005, bagi membendung kejatuhan berterusan urus niaga di bursa berkenaan selama lebih lima tahun dari 2001 hingga 2005.

Para analisis pasaran modal meramalkan ‘‘Shanghai bubble’’ jika meletus bakal muncul sebagai ‘‘ledakan’’ ketiga terbesar dalam sejarah pasaran modal pada era moden, selepas ‘‘Nikkei bubble’’ yang melanda Pasaran Saham Jepun pada 1986-1989 dan ‘‘Nasdaq bubble’’ pada akhir abad lalu (1999-2000), kedua-duanya disebabkan oleh kejatuhan nilai Yen, Jepun dan dolar Amerika Syarikat (AS).

Shanghai bubble atau gelembung pasaran di SSE telah menarik minat kalangan pasaran kewangan dan pasaran modal.

Malahan kalangan pasaran mata wang, pelabur-pelabur komoditi, logam dan emas turut mengikuti fenomena itu secara dekat, kerana SSE sejak beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai pengaruh yang kuat menentukan harga dalam pasaran-pasaran terbabit, terutama di rantau Asia, termasuk Malaysia.

Kali pertama Shanghai dilanda gelembung pasaran ialah pada tahun 1871 yang tercetus akibat panik kewangan kerana spekulatif yang berlebihan, diikuti krisis kredit 12 tahun kemudian (1883) yang berlaku akibat spekulatif dalam syarikat-syarikat di China dan krisis bank pada tahun 1890 yang bermula di Hong Kong.

Dari tahun 2001 sehingga Jun 2005, urus niaga di SSE berjalan secara bertentangan berbanding pertumbuhan ekonomi dan eksport China yang rancak.

China mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat secara purata sebanyak 9.5 peratus setiap tahun dan 10.7 peratus pada 2006, manakala eksport republik itu berkembang tiga kali ganda dalam tempoh yang sama kepada rekod AS$969 bilion.

Salah satu ramuan kejayaan kukuh China ialah manipulasi Yuan, yang diniagakan rendah.

Punca utama SSE merudum dalam tempoh lebih lima tahun itu ialah kerana kebanjiran saham-saham milik kerajaan di SSE, yang dikategorikan sebagai saham-saham yang tidak boleh diniagakan (NTS).

Saham-saham NTS menguasai dua pertiga daripada AS$400 bilion nilai keseluruhan saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di SSE dan juga di pasaran saham Shenzen.

Terdapat tiga pasaran saham utama di China dengan pasaran saham Hong Kong, sebagai pasaran modal terbesar di China, manakala SSE pula merupakan pasaran saham terbesar di Tanah Besar China, diikuti pasaran saham Shenzen.

SSE mengalami kejatuhan paling teruk pada Jun 2005, apabila Indeks Komposit Pasaran Saham A di SSE, yang dikhususkan kepada pelabur-pelabur tempatan merudum lebih separuh kepada 1,000 mata daripada 2,200 mata.

Dan menjelang penghujung 2005, nilai dagangan harian SSE merosot purata 8 bilion Yuan atau AS$1 bilion.

Ekoran kejatuhan itu, Beijing telah melaksanakan penyusunan semula SSE pada April 2005 yang membawa kepada pengenalan satu kategori saham yang boleh diniagakan berbanding dua kategori sebelum itu, melibatkan penghapusan kategori saham NTS.

Ia disusuli dengan melaksanakan langkah sekatan Tawaran Awam Permulaan (IPO) bagi mengawal kejatuhan tersebut.

Bagaimanapun, langkah sekatan IPO itu kurang berkesan dan pada Mei 2006 sekatan IPO baru dibenarkan semula.

Selepas sekatan IPO baru itu ditarik, Bank Komersial dan Industri China (ICBC) muncul sebagai IPO terbesar di dunia dengan nilai AS$21.9 bilion dilancarkan di Bursa Shanghai dan Hong Kong pada 27 Oktober, 2006.

Selepas reformasi diperkenalkan, menjelang Julai 2006, sebanyak 1,000 firma yang dahulunya tidak boleh diniagakan telah dikeluarkan daripada senarai SSE dan diberi pampasan oleh kerajaan serta membenarkan lebih AS$200 bilion ekuiti yang kebanyakannya dimiliki kerajaan ditukarkan menjadi saham-saham yang boleh diniagakan.

SSE kemudian telah mula menunjukkan kesan dan mencatat kenaikan berterusan selama 12 bulan dengan Indeks Komposit Pasaran Saham A – SSE mencatat kenaikan 140 peratus.

Selain itu, langkah menaikkan nilai Yuan yang menyusul kemudian pula telah menarik pelabur asing ke dalam pasaran modal di China terutama dalam Pasaran Saham B di SSE, yang dikhususkan kepada pelabur asing, selain menggalakkan pelabur domestik kekal melabur dalam negara.

Pada umumnya, 60 peratus pelabur SSE adalah pelabur runcit berbanding pasaran saham Hong Kong, yang terdiri daripada 70 peratus adalah pelabur institusi.

Sejak itu (Julai 2006) hingga hari ini, SSE telah menjadi pasaran saham paling untung di Asia dengan jumlah dagangan meningkat 40 kali berbanding perolehan pada tahun 2005 dan 16 kali di pasaran saham Hong Kong.

Kecergasan melampau urus niaga di SSE membimbangkan kerajaan China, bukan sahaja kerana ia boleh memberi kesan besar kepada ekonomi republik itu, tetapi ia juga boleh mempengaruhi pasaran saham Hong Kong, yang merupakan pasaran saham yang cergas di dunia.

Pasaran global yang lain seperti Dow Jones dan pasaran modal di Eropah turut bimbang dengan urus niaga yang mencapai tahap luar biasa di SSE itu, apabila Indeks Komposit SSE terus meningkat melepasi halangan psikologi sebanyak dua kali iaitu pada 3,000 mata dan 4,000 mata.

Ramai analisis pasaran modal kagum dengan prestasi luar biasa SSE itu kerana SSE dianggap sebagai pasaran modal yang masih belum matang dan sedang mengalami proses pertumbuhan.

Pada peringkat awalnya kerajaan China mengelak melaksanakan dasar monetari bagi mengawal kejatuhan di SSE, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah memberi peringatan dan amaran kepada pelabur-pelabur.

Naib Pengerusi Kongres Kebangsaan Rakyat China Cheng Siwei, pada Januari lalu misalnya, telah menasihati pelabur-

pelabur tempatan berhati-hati dengan risiko kemungkinan ‘gelembung’ itu akan meletus dan mereka terpaksa menanggung kerugian besar.

Akhirnya China tidak ada pilihan terpaksa menggunakan pendekatan monetari walaupun ia melibatkan sumber kewangan yang besar.

Walaupun Beijing telah mengambil tiga langkah menyelamat, tetapi masih belum ada tanda-tanda tekanan gelembung pasaran itu akan reda.

PBoC kemudian terpaksa menaikkan nisbah rizab bank sebanyak 0.5 peratus kepada 10 peratus pada 19 Februari.

Usaha menyelamat kali ketiga dilaksanakan pada 16 Mac, menyekat kenaikan berterusan saham-saham murah Shanghai, apabila PBoC menaikkan deposit dan kadar pinjaman sebanyak 0.27 peratus. Tetapi pasaran wang China masih dibanjiri dengan tunai.

Dalam suasana pelaburan di SSE, tidak ada jaminan fenomena ‘Shanghai bubble’ tidak akan tercetus, walaupun dasar monetari terus dilaksanakan bagi memantau pasaran.

Jumaat di Shanghai, harga-harga saham di SSE diniagakan rendah dalam dagangan yang tidak stabil tetapi cergas, berikutan kebimbangan berterusan pelabur terhadap kemungkinan kerajaan China akan terus melaksanakan dasar monetari yang lebih drastik bagi membendung kerancakan berterusan secara luar biasa di bursa itu.

Ini merupakan hari ketiga berturut-turut, harga-harga saham SSE merosot sejak hari Rabu setelah kerajaan China menaikkan duti setem bagi dagangan saham di negara itu sebanyak tiga kali ganda daripada 0.1 peratus kepada 0.3 peratus.

Pada urus niaga semalam, Indeks Shanghai pada satu peringkat turun di bawah paras psikologi 4,000 mata, setelah jatuh lebih 200 mata, tetapi meningkat semula sedikit sahaja sebanyak 0.72 mata bagi melepasi halangan 4,000 mata semasa ditutup pada sebelah petangnya dengan jumlah dagangan yang cergas bernilai 228.35 bilion Yuan (AS$29.66 bilion).

Para pelabur meramalkan keadaan pasaran tidak menentu akan berterusan dan akan bergantung sepenuhnya kepada langkah pihak berkuasa seterusnya.

Jika Indeks Shanghai turun di bawah 3,mega_shok.gif0 mata maka kemungkinan kerajaan melaksanakan dasar monetari yang lebih ketat adalah hampir tidak akan berlaku.

Ewan_sn
Kart’s Food pelopor industri makanan sejuk beku


MUHAMAD Adlan Berhan mempamerkan produk Anika Pau dan roti canai segera keluaran Kart Food Industries Sdn. Bhd.
--------------------------------------------------------------------------------

SEMBILAN belas tahun berada dalam pasaran telah menyaksikan ‘pertarungan’ hebat KART Food Industri sehingga jenama Kart’s menjadi antara peneraju utama dalam industri produk sejuk beku negara.

Dengan usaha yang gigih terutama terhadap kualiti barangan yang menepati citarasa pasaran serta meletakkan inisiatif dan usaha yang tinggi dalam bidang pembangunan dan inovasi, produk-produk Kart's kini semakin diterima ramai.

Bagi mengetahui bagaimana syarikat ini mampu mencapai kejayaan, wartawan MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK bersama jurufoto, AZLI AHAD telah menemu bual Pengarah Eksekutif Kart Food Industries Sdn. Bhd., Muhamad Adlan Berhan mengenai rahsia perniagaannya.

MEGA: Boleh saudara ceritakan apakah faktor yang menarik minat saudara melibatkan diri dalam perniagaan ini?

MUHAMAD ADLAN: Dasar kerajaan yang mengalakkan usahawan bumiputera terlibat secara aktif terutama di dalam sektor pertanian dan industri asas tani menjadi tarikan utama. Apatah lagi, perancangan kerajaan untuk menjadikan sektor ini sebagai peneraju utama ekonomi negara dan merangka promosi Malaysia sebagai sebuah 'Halal Hub'.

Selain itu, apabila saya amati gaya hidup masyarakat kita yang sentiasa dihambat masa menyebabkan ketiadaan masa untuk menyediakan juadah untuk seisi keluarga menyebabkan kami terpanggil membuka perniagaan yang berkaitan. Cara terbaik ialah menyediakan makanan berkonsep ready to eat atau ready to serve yang berkualiti, sedap harga yang berpatutan .

Apakah produk yang dihasilkan oleh syarikat saudara?

MUHAMAD ADLAN: Jenama Kart's adalah antara syarikat yang pertama menceburi bidang makanan sejuk beku khususnya produk roti canai, murtabak dan pau. Kami merupakan syarikat yang berjaya memiliki sijil HACCP untuk bidang makanan sejuk beku pada 2002.

Selain itu, produk kami terus menghasilkan produk seperti roti paratha, pizza, samosa, popiah, donut dan karipap. Bermula Jun tahun lalu, kami memperkenalkan produk baru, roti boom. Alhamdulillah, produk Kart's telah berjaya memasuki pasaran antarabangsa seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Australia, Amerika, Kanada, England, Perancis, Afrika Selatan dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Buat masa ini, selain dari produk jenama Kart's yang ditawarkan di pasar raya. Kart Food adalah pembekal produk seperti croissant, pizza base, pau An-nur dan beberapa jenis pai berinti. Kami juga memasarkan air mineral, air soya dan air asam jawa ke pasaran tempatan. Selain itu, kami juga ada membekalkan susu UHT kepada sekolah-sekolah rendah melalui program rancangan makanan tambahan.


Apakah hala tuju syarikat saudara dalam usaha menerajui bidang industri pembuatan makanan?

MUHAMAD ADLAN: Syarikat Kart Food ini adalah unik dari segi sejarah di mana kami bermula sebagai syarikat bumiputera yang mengambil alih dari syarikat gergasi antarabangsa selama beberapa tahun dan akhirnya menjadi hak milik 100 peratus bumiputera.

Dari mula kami mengambil alih pengurusan syarikat, kami berusaha mengukuhkan operasi pengeluaran dengan menerapkan jati diri pekerja melalui nilai-nilai yang dipraktik oleh syarikat pengeluaran Jepun iaitu 5S'. Seiri (Sisih) - bermaksud mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan. Seiton (Susun) - barang-barang yang diperlukan dengan teratur. Seiso (Sapu) - bersihkan tempat kerja dengan rapi. Seiketsu (Seragam) - memelihara taraf penjagaan kebersihan dan Shitsuke (Sentiasa) - mengamalkan peraturan dan sistem ini.

Kami juga mengamalkan etika dan budaya kerja yang positif semasa penyediaan dan pemprosesan makanan terutama penampilan dan kebersihan diri pekerja. Kami menyarankan semua pekerja supaya berpakaian seragam kemas kerana ini melambangkan imej dan integriti syarikat. Secara langsung, ia dapat meningkatkan kualiti pengeluaran dengan menambahkan kesedaran kepada pekerja untuk memenuhi cita rasa dan harapan pembeli. Kami juga banyak membuat perbandingan dengan produk lain di pasaran.

Sementara itu, menerusi perbincangan pihak pengurusan dan pemegang saham, kami sebulat tekad merancang membina dan memantapkan jenama Kart's di pasaran tempatan dan luar negara. Pada November lalu, kami telah melancarkan logo baru Kart's di ekspo MAHA. Pelancaran logo dan pembungkusan baru ini merupakan strategi pemasaran yang efektif. Kami menjangka dapat meningkatkan lagi kesedaran pembeli dan seterusnya meningkatkan pasaran barangan Kart's.

Apakah strategi saudara dalam usaha mengorak langkah ke pasaran antarabangsa?

MUHAMAD ADLAN: Kami berpendapat sebelum menerokai ke luar negara. Kita perlu belajar mempertahankan pasaran tempatan sedia ada. Kata-kata hikmat yang kami laungkan ialah defend before you can expand. Dengan pasaran eksport yang berpotensi besar, hala tuju yang seterusnya adalah untuk mengeksport dengan lebih agresif. Kami bermatlamat untuk menambah nilai eksport ke negara-negara yang telah Kart's tembusi dan seterusnya mencuba pasaran di negara Arab, Indo-China dan Eropah.

Dengan pembungkusan baru kami, Kart's sebenarnya mempromosi Malaysia sebagai pengeluar barangan halal yang berkualiti di mana kami mempamerkan perkataan "Malaysia" sebanyak lapan kali. Kami yakin dengan kualiti produk Kart's dan berani melaungkan Serving a truly Malaysian Experience.

Kini kami bercadang membangunkan beberapa usahawan bumiputera di bidang pembuatan di mana barangan usahawan lain akan dipasarkan secara bersama dengan jenama Kart's.

Bagaimana prestasi syarikat terutama dari segi permintaan pasaran dan persaingan dengan produk-produk jenama lain?

MUHAMAD ADLAN: Prestasi Kart's dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidaklah begitu memberangsangkan tetapi kami penuh yakin dengan potensi barangan Kart's yang sudah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Dengan usaha yang gigih dan fokus terhadap perkembangan jenama, kami yakin dapat membawa Kart's ke tahap yang lebih tinggi dan berjaya.

Kart Food Industries yang telah bertapak selama 19 tahun lalu merupakan peneraju utama di dalam bidang sejuk beku ini dan merupakan satu-satunya syarikat milik bumiputera yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Persaingan yang sihat di dalam pasaran sebenarnya adalah baik kerana ia membolehkan syarikat menjadi lebih cekap dan juga meningkatkan lagi mutu barangan. Sebagai contoh, kami yakin Pau Kart's adalah yang terbaik di pasaran tempatan dan antarabangsa di mana kami sudah membuat perbandingan produk dari Taiwan, Hong Kong dan juga China.

Bagaimanapun, kami banyak mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), SIRIM, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dalam usaha kami untuk memajukan perdagangan antarabangsa Kart's.

Apakah konsep pendekatan pengurusan perniagaan secara Islam yang diamalkan oleh syarikat saudara ?

MUHAMAD ADLAN: Bagi kami, etika perniagaan Islam adalah bersesuaian dengan dasar penerapan Islam yang diterapkan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal. Semuanya bermula dengan niat dan akad terhadap semua tindakan yang diambil terutama etika dan prinsip diri sendiri, sifat jujur dan telus dalam mengendalikan amanah untuk menguruskan syarikat ini.

Kami harus faham apakah konsep perniagaan dalam Islam dan perlu menerokai dan mengkaji al-Quran kerana di dalamnya terkandung banyak saranan dan pengajaran untuk manusia berjaya dalam banyak hal termasuk perniagaan.

Dari segi pendekatan kewangan Islam pula buat masa ini kaedah pembiayaan syarikat adalah melalui perbankan komersial. Insya-Allah, untuk jangka masa yang akan datang demi untuk menampung perancangan, kami akan meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa. Segala pendekatan kewangan mestilah diperoleh berlandaskan perbankan Islam. Ini demi menegakkan bahawa tanda 'halal' produk kami bukannya hanya dari segi zahir tetapi adalah telus baik dari segi pengurusan, kewangan, pembuatan dan etika.


Apakah nasihat dan tip yang terbaik untuk orang Islam atau usahawan bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan?

MUHAMAD ADLAN: Bidang perniagaan sememangnya mencabar dan hanya sebilangan kecil orang Melayu yang berani menceburi bidang ini tetapi pulangan daripada hasil titik peluh kita adalah cukup memuaskan, Insya-Allah.

Dalam bidang perniagaan, bekerja kuat tidak semestinya menjanjikan kejayaan. Kita juga mesti peka dengan perubahan keadaan sekeliling, keazaman dan fokus terhadap perniagaan. Risiko yang tinggi akan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan, itulah hakikat perniagaan. Tetapi ahli perniagaan yang bijak akan membuat keputusan yang terbaik dengan menimbang risiko dan pulangannya.

Jatuh bangun di bidang perniagaan adalah perkara normal dan sifat putus asa tidak perlu wujud malah kekuatan mental dan azam yang teguh menjadi penentu kejayaan.

Bagi mereka yang berminat dalam bidang pembuatan makanan, tip yang boleh dikongsi ialah jangan terlalu taksub untuk mendapatkan pinjaman untuk membeli mesin-mesin yang canggih kerana yang paling penting di dalam industri ini ialah bagaimana untuk memasarkan produk kita. Menempatkan produk di pasar raya tidak menjanjikan yang produk itu akan laris. Perkara paling penting ialah produk itu wajib menepati cita rasa pembeli supaya mendapat sokongan seterusnya.

Harapan saudara kepada belia Malaysia yang berminat menceburi bidang perniagaan ?

MUHAMAD ADLAN: Apa yang paling baik ialah bekerja di bawah industri yang diminati dan belajar selok-belok perniagaan. Apabila sudah bersedia sama ada dari segi kewangan, mental dan fizikal barulah menceburi bidang perniagaan. Perlu diingat bahawa bidang perniagaan ini adalah satu medan pertempuran. Memang banyak peluang untuk belia-belia menceburi bidang pembuatan dan perkilangan. Nasihat kami ialah jangan segan untuk mengisi borang-borang di jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapat bantuan.

Kami boleh dihubungi di alamat Kart Food Industries Sdn. Bhd. Lot 9 & 11, Jalan Bawang Putih 24 / 34, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan atau di talian 03-5541 4199.
Ewan_sn
300 cawangan Halmart di Eropah



HALMART Inc Sdn Bhd mensasarkan membuka 300 cawangan pasar raya Halmart di Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyediakan platform lebih meluas kepada pengeluar produk halal tempatan memasarkan keluaran mereka di pasaran global.

Sebagai permulaan Syarikat itu semalam memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat dari Britain dan sebuah dari Perancis bagi membuka cawangan pasar raya berkenaan di negara terbabit.

Majlis itu diadakan sempena pelancaran pameran “Enterprise Asia 2007” yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu, berkata Halmart adalah pasar raya halal bersepadu yang menawarkan produk halal dalam dan luar negara dengan menggunakan pendekatan pelesenan, francais dan sumber produk.

Beliau berkata, pembukaannya memantapkan lagi program pembangunan usahawan kementerianya.



Halmart, satu daripada tiga pendekatan pemangkin Program Usahawan Glokal Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diusahakan oleh Halmart Inc, anak syarikat Glohex Consulting Group Sdn Bhd (Glohex) yang membangunkan konsep pemasaran pasaran itu.

Kementerian itu melancarkan program berkenaan Mac lalu.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Glohex, Azul Shah, berkata pembukaan 300 cawangan di Eropah itu dianggarkan membabitkan pelaburan antara RM100 juta hingga RM150 juta.

Beliau berkata, syarikat itu akan membuka pasar raya Halmart pertama di Reading, United Kingdom, diikuti sebuah lagi di Perancis sebelum akhir tahun ini.

“Ketika ini, kami memilih lokasi dan menentukan saiz sesuai bagi pasar raya itu,” katanya.

Azul berkata, di dalam negara, Glohex bercadang membuka lapan pasar raya Halmart dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata, pasar raya Halmart pertama di negara ini di Pulai Perdana, Johor Baharu, seluas 20,000 kaki persegi dijangkakan beroperasi sebelum akhir tahun ini.


Eddie : Kita sebagai umat Islam mesti memberikan sokongan kepada Halmart Inc sebagai satu fardhu kifayah yg dituntut.
Ewan_sn
Nilai portfolio pelaburan Khazanah naik RM88.8b



NILAI portfolio pelaburan Khazanah Nasional Bhd meningkat 74.3 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu kepada RM88.8 bilion daripada RM50.9 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Mokhtar, berkata dalam tempoh berkenaan, syarikat pelaburan kerajaan itu membuat 28 pelaburan utama berjumlah RM21.1 bilion yang memberikan pulangan RM8.9 bilion atau 42.4 peratus.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 16 adalah pelaburan dalam negara berjumlah RM15.2 bilion dan bakinya di luar negara berjumlah RM5.8 bilion.

“Sepanjang tempoh itu, nilai bersih pelaburan kami meningkat 86.8 peratus atau RM28.9 bilion kepada RM62.2 bilion daripada RM33.3 bilion,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Sidang media itu bagi mengumumkan prestasi Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) susulan program penyusunan semula GLC yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 14 Mei 2004.

Azman berkata, kira-kira 72 peratus daripada 20 GLC utama mencapai sasaran indeks prestasi utama (KPI) masing-masing dalam tahun kewangan 2006, manakala yang lainnya gagal.

Mengulas mengenai pelaburan Khazanah sepanjang tiga tahun lalu, Azman berkata, Khazanah membuat beberapa pelaburan terpilih di luar negara bagi meningkatkan daya saing negara dalam tempoh jangka panjang.

Pelaburan itu, katanya dalam sektor baru seperti penjagaan kesihatan, pertanian dan insurans.

“Khazanah juga membuat pelaburan langsung asing baru di Indonesia, Singapura, China, India dan Arab Saudi,” katanya.

Pada peringkat tempatan pula, beliau berkata, Khazanah memainkan peranan sebagai perancang utama pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

“WPI setakat ini menerima pelaburan berjumlah RM20 bilion dengan RM10 bilion pelaburan tempatan dan selebihnya pelaburan asing.

“Program pembinaan kapasiti Khazanah dimulakan tiga tahun lalu menampakkan kemajuan dari segi kegiatan pembangunan modal insan, pengurusan pengetahuan, sistem dan proses serta pengurusan risiko.

“Setakat 1 Jun 2007, jumlah kakitangan Khazanah meningkat kepada 228 daripada 33 kakitangan apabila bermula Mei 2004,” katanya.

Menuju ke hadapan, beliau berkata, bagi tempoh tiga tahun akan datang, Khazanah menumpukan kepada usaha mengekalkan kestabilan institusi itu dan meluaskan asas pelaburannya bagi meningkatkan nilai pelaburannya.

Sementara itu, Azman berkata, penyusunan semula tiga CLC di bawah Khazanah, iaitu Proton Holdings Bhd, Time dotCom Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka selesai sebelum akhir tahun ini.

Tiga syarikat itu antara 11 GLC di bawah Khazanah diletakkan di bawah kategori transformasi.

Beliau berkata, lapan syarikat lain sudah distruktur semula dan mula menunjukkan pemulihan prestasi kewangan termasuk Penerbangan Malaysia (MAS), RHB Bank Bhd, Silterra Malaysia Sdn Bhd, Malaysian Technology Development Corp (MTDC), UDA Holdings Bhd, Northern Utility Resources Sdn Bhd,

Crystal Clear Technology Sdn Bhd (CCT) dan Tradewinds Hotels.

“Tumpuan kini diberikan kepada penyusunan tiga syarikat terutama Proton, Time dotCom dan MAHB.

“Bagi ketiga-tiga syarikat itu, kami menjangka dapat menyelesaikannya menjelang akhir tahun ini atau lebih awal daripada itu,” katanya.

Azman berkata, bagi Proton, tumpuan adalah untuk mendapatkan rakan kongsi strategik yang boleh membawakan kepakaran, teknologi dan pasaran baru kepada syarikat pengeluar kereta nasional itu.

“Dalam pemilihan rakan strategik itu, sama ada tempatan atau asing itu kami turut mengambil kira kemampuan syarikat dipilih memajukan industri automotif negara secara keseluruhan,” katanya.

Bagi Time dotCom, beliau berkata, Khazanah bercadang meminta syarikat telekomunikasi itu mendapat lesen bagi menawarkan perkhidmatan 3G menjual lesen berkenaan kepada mana-mana syarikat berminat.

“Kami berasakan Time dotCom tidak mampu menawarkan perkhidmatan itu. Jadi Khazanah bercadang meminta syarikat induknya, Time Engineering menjual lesen diperolehnya,” katanya sambil menjelaskan pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengenai prosedur penjualan itu.

DiGi.Com Bhd baru-baru ini dilaporkan berminat membeli lesen 3G daripada syarikat tempatan berminat menjual lesen berkenaan kepadanya. Azman bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Mengenai MAHB pula beliau berkata, Khazanah masih lagi menunggu cadangan penyusunan semula syarikat pengurusan lapangan terbang itu daripada kerajaan.


Eddie : Agar Khazanah Nasional Bhd dapat bergerak secara aktif bukan sahaja di pasaran tempatan, malah diperingkat antarabangsa. Kita jadikan Temasek Holding sebagai contoh dimana melalui Temasek Holdings, Singapura menguasai byk kepentingan strategik di dunia dengan pulangan yang amat lumayan walaupun Singapura tidak seperti Malaysia yang memiliki hasil bumi yang banyak. Tidak mempunyai kekayaan hasil bumi tapi Reserved Antarabangsa Singapura adalah lebih 10 kali ganda dari reserved Malaysia dan Reserved Antarabangsa Singapura adalah antara yang terbesar di dunia
Ewan_sn
Hotel Milik Bos Air Asia Tawarkan Hotel Pada RM9.99 Semalam!


KUALA LUMPUR 10 Jun – Pengendali hotel berkadar murah, Tune Hotels Sdn. Bhd. (Tune Hotels) mempelawa pemilik hartanah di Malaysia dan rantau ini menyertai program pembesaran rangkaian Tune Hotels.Com di negara ini.

Pengarahnya Dennis Melka berkata, pemilik hartanah akan menyaksikan hartanah mereka diubah menjadi hotel itu dengan bayaran yang kecil dan menerima segala keuntungan yang dijana oleh bangunan itu.

Beliau berkata, setakat ini, program peluasan itu telah mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada 10 buah syarikat di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

‘‘Kami bersedia memberikan lesen untuk mengendalikan hotel itu dan memasukkan dalam sistem tempahan sekiranya kualiti produk itu menyamai dengan apa yang kami tawarkan,” tambah Melka.

Beliau menjelaskan pihaknya sebelum ini telahpun memberikan lesen pengurusan Tune Hotel kepada pihak ketiga.

Melka menambah, dalam usaha meningkatkan peluasan operasi hotel sewa murah itu, pihaknya mahu mengadakan Tune Hotels. Com di setiap bandar-bandar utama di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Pembinaan setiap hotel baru di destinasi strategik yang telah dikenal pasti menelan kos antara RM11 juta hingga RM15 juta,’’ ujar beliau.

“Di sebalik terdapat jaminan pasaran di Asia Tenggara, pelaburan yang dibuat sekarang lebih banyak tertumpu kepada hotel empat atau lima bintang tetapi ia kurang atau tiada langsung untuk hotel bertaraf bawah tiga bintang,’’ jelas beliau.

Melka berkata, ini menyebabkan hotel bertaraf tiga bintang menjadi lesu dan berada dalam keadaan yang kurang baik.

Beliau berkata, pihaknya telahpun membuka hotel pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menyaksikan kadar penginapan sebanyak 94 peratus sejak mula dibuka.

‘‘Sebanyak 70 peratus daripada pelanggan kami adalah rakyat Malaysia, manakala 15 peratus dari Singapura dan selebihnya dari Eropah, Australia dan Amerika Utara,” kata beliau sambil menambah, pihaknya mengenakan bayaran RM9.99 semalam.

Menurut Melka, para pelanggan, setakat ini berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan seperti katil, bilik mandi selain aspek-aspek keselamatan.

“Model perniagaan kami ialah “bayar untuk apa yang telah anda guna,” (pay for what you use) dan jika pelanggan ingin menikmati kemudahan seperti penghawa dingin atau sarapan pagi, kami akan mengenakan caj yang kecil,

“Kami sentiasa mendengar maklum balas daripada mereka, sebagai contohnya, pelanggan telah meminta meja tulis di bilik dan kami sedang mereka bentuk serta akan memasangnya dalam tahun ini di setiap bilik,” kata beliau.

Tune Hotels dimiliki oleh syarikat pelaburan persendirian Tune Ventures yang menguasai 71.25 peratus ekuiti perniagaan.

Tune Ventures dikuasai oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia), Datuk Tony Fernandes yang memiliki 66.5 peratus kepentingan, diikuti oleh Melka sebanyak 28.5 peratus dan Tune Strategic Investments Ltd. sebanyak lima peratus.

Selain Tune Ventures, kepentingan Tune Hotels turut dipegang oleh Pengerusi ECM Libra Avenue Bhd., Datuk Kalimullah Hassan dan Pengarah ECM Libra Anenue, Lim Kian Onn yang masing-masing memiliki 11.875 peratus.

Sebuah syarikat pemegang amanah bagi kakitangan Tune Hotels pula, Tune Employee Trust Sdn. Bhd., menguasai bakinya sebanyak lima peratus.

Ketika mengulas tentang cara syarikatnya menembusi pasaran, Melka berkata pihaknya memfokuskan kepada khidmat Internet dalam meningkatkan tempahan bilik dan pemasaran.
Ewan_sn
Tindakan KFH masuk Malaysia menguntungkan

KUALA LUMPUR 15 Jun – Keputusan Kuwait Finance House (KFH) menjadikan Malaysia sebagai pangkalan serantaunya kini membuahkan hasil, meraih beberapa urus niaga di kawasan tumpuan ekonomi Asia Timur, kurang dari setahun selepas menapak di sini.

Pengarah Urusan Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd. (KFHMB) K. Salman Younis memberitahu Bernama: “Kami baru-baru ini berjaya memuktamadkan beberapa perjanjian di rantau ini, seperti projek Pacific Healthcare di Singapura serta projek hartanah di Chongqing, China.

“Dengan kehadiran kami di rantau ini, kami berharap dapat terus memainkan peranan penting sebagai perantara untuk ahli perniagaan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Malaysia, selain di rantau ini.”

Beliau berkata, sebagai bank Islam asing pertama di sini, KFHMB memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan inovatif yang pertama di Malaysia, seperti “Musharakah Mutanaqisah” (pemindahan hak pemilikan kepada rakan kongsi lain mengikut kaedah pembayaran yang dipersetujui).

KFHMB, anak syarikat milik penuh Kuwait Finance House dengan pelaburan modal berbayar permulaan RM380 juta, ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan Februari tahun lepas.

Ia membuka cawangan kedua di Shah Alam akhir bulan lepas.

Younis berkata, selari dengan rancangan peluasan KFHMB, ia juga menetapkan sasaran untuk memperkenalkan lebih banyak produk peruncitan serta kemudahan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana tahun ini.

“Tumpuan kami kini ialah untuk mencapai pertumbuhan organik dalam keuntungan dan perolehan. Matlamat kami ialah menambah bilangan cawangan di Malaysia,” katanya yang berharap membuka dua atau tiga cawangan menjelang akhir tahun ini.

“Satu (cawangan) ialah di Johor Baharu, dan yang lain di Lembah Klang,” katanya, namun beliau tidak memberikan jangkaan pelaburan untuk cawangan-cawangan baru itu.

Kuwait Finance House ialah salah sebuah bank Islam terbesar di dunia dengan produk dan perkhidmatannya antara lain meliputi perbankan korporat dan pelaburan, perbankan komersial, perbankan runcit, pengurusan aset dan pelaburan langsung dalam penerbangan, perkapalan, rawatan kesihatan, minyak dan gas.
Ewan_sn
Binariang beli balik 90.36% saham Maxis


KUALA LUMPUR 15 Jun – Binariang GSM Sdn. Bhd. (Binariang) milik tokoh korporat, T. Ananda Krishnan telah mencatatkan penerimaan tawaran sebanyak 90.36 peratus daripada terbitan modal dan berbayar syarikat telekomunikasi utama Maxis Communications Bhd.

CIMB Investment Bank Bhd dalam kenyataannya di sini hari ini bagi pihak Binariang berkata, pihaknya telah menerima 2.299 bilion saham untuk menjadikan jumlah pegangan mencapai 2.306 bilion saham Maxis.

Pada 3 Mei lalu, Ananda menerusi syarikat miliknya dan syarikat bersekutu mengumumkan tawaran pembelian saham Maxis bernilai RM39.9 bilion dalam satu urus niaga korporat yang merupakan antara pembelian (buyout) terbesar di rantau Asia Pasifik.

Sementara itu, Maxis dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia mengumumkan penangguhan urusniaga di bursa itu pada jam 9 pagi mulai 25 Jun ini berikutan pengambilan alih saham-sahamnya oleh Binariang.



Ewan_sn
TM cipta sejarah raih anugerah ICT Frost & Sullivan International

KUALA LUMPUR 18 Jun – Telekom Malaysia Bhd. ™ menjadi syarikat tempatan pertama menerima anugerah Penyedia Khidmat Terbaik dalam majlis penyampaian anugerah ICT Frost & Sullivan Asia Pacifik 2007.

Majlis penyampaian anugerah yang dianjurkan di Singapura baru-baru itu merupakan kali keempat diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada syarikat di dalam sektor informasi dan teknologi maklumat (ICT) di rantau Asia Pasifik, kata TM dalam kenyataannya di sini hari ini..

Anugerah tertinggi itu akan diberikan setiap tahun kepada mana-mana syarikat yang menurut penilaian Frost & Sullivan telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam aktiviti perniagaannya seperti pertumbuhan hasil yang konsisten, penguasaan dan pertumbuhan pasaran serta menerajui dalam pengenalan dan inovasi produk secara keseluruhan.

TM yang merupakan syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Asia Tenggara itu sebelum ini telah menerima anugerah Penyedia Khidmat Jalur Lebar Terbaik dan Penyedia Khidmat Komunikasi Data Terbaik.

Pada majlis penganugerahan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Abdul Wahid Omar berkata, dengan penganugerahan berkenaan syarikat akan terus berusaha meningkatkan perkhidmatannya kepada semua pelanggan tidak kira di pasaran dalam negara ataupun rantau Asia Pasifik.

Jelasnya, melalui anugerah itu juga, ia telah mengiktiraf kemampuan dan komitmen TM dalam membina jenama komunikasi di Asia yang lebih kukuh pada masa depan.

‘‘Kami amat gembira kerana menerima anugerah ini buat kali pertama dan ia akan menjadi lebih bermakna kerana TM merupakan syarikat Malaysia pertama mendapat anugerah ini,’’ katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Abdul Wahid menjelaskan, anugerah tersebut ditujukan kepada semua 36,000 kakitangan TM di seluruh Asia dan juga kepada semua pelanggan TM yang sekian lama menyokong produk dan perkhidmatan syarikat berkenaan selama ini.

Sehingga akhir bulan Mac lalu, TM yang turut beroperasi di tujuh buah negara di Asia itu memiliki 30.3 juta pelanggan mudah alih serantau dengan peningkatan sebanyak 35.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.





Ewan_sn
Norida tauke jet


Zaman kanak-kanak pernah menjual kuih di sekolah kini bergelar jutawan Bumiputera pengangkutan udara industri pertahanan negara

SEJAK di bangku sekolah, Datuk Norida Hamzah tidak gentar mencuba melakukan sesuatu yang jarang dibuat oleh rakan sebaya lain. Ciri keusahawanan dapat dilihat dalam dirinya apabila tanpa segan atau malu, sanggup membuat kuih dan menjualnya di sekolah.

Mungkin sikapnya itu dipengaruhi bapa beliau yang turut terbabit dalam dunia perniagaan. Malah sejak kecil, kerja kuat bapanya dalam mengendalikan lori sewa miliknya menjadi sumber inspirasi untuk Norida bergelar jutawan dalam industri pertahanan dan khidmat ketenteraan hari ini.

“Saya datang daripada keluarga sederhana dengan sembilan beradik. Ketika itu, ayah ada 13 lori yang disewa untuk mengangkut barang. Tamat MCE (kini Sijil Pelajaran Malaysia), saya dapat tawaran masuk ITM (kini UiTM), tetapi tidak pergi.

“Saya memilih untuk bekerja dengan ayah. Ketika itulah saya lihat betapa mencabarnya bidang perniagaan dan berharap untuk bergelar usahawan suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata, terlalu banyak pahit getir yang dilalui sebelum mengecapi kejayaan hari ini sebagai satu-satunya wanita Bumiputera yang terbabit dalam industri pengangkutan udara pertahanan negara.

Selepas tidak lagi meninggalkan perniagaan ayahnya, Norida menimba pengalaman sebagai pengurus selama 10 tahun di Hamidi Tech Sdn Bhd sebelum mengorak langkah demi mengembangkan kerjaya sebagai usahanita.

Bermula dengan penubuhan syarikat Yunikon pada 1996 sebagai sebuah syarikat yang mengambil kerja sub, ibu empat anak ini menubuhkan satu lagi syarikat kejuruteraan sivil dan infrastruktur (kelas A) pada 1998 yang dikenali sebagai Norida Cable And Construction Sdn Bhd.

“Penubuhan syarikat ini dibuat dengan kerjasama seorang lagi rakan yang juga pesara tentera udara. Ketika menjalankan perniagaan inilah, beliau bertanya sama ada saya mahu melakukan sesuatu yang lain daripada orang lain.

“Jawapannya sudah pasti ya kerana sememangnya itulah yang terbaik sebagai usahawan. Lalu dia mencadangkan kami menceburi perniagaan dalam pengangkutan udara untuk pertahanan,” katanya.

Bagi Norida, tidak banyak yang diketahuinya mengenai jet tentera udara apatah lagi mengenai teknologi senjata. Namun, itu bukanlah penghalang untuk beliau menceburi bidang ini, malah Norida cukup berminat mendalami sesuatu yang disifatkannya ‘ilmu baru’.

“Dulu saya hanya kontraktor kelas A, tetapi saya fikir bagaimana hendak menjadi ‘ekstra’ daripada orang lain? Kebetulan pada 2000, bidang pembinaan mengalami penurunan. Saya adalah antara kontraktor yang pertama keluar daripada kepompong perniagaan ini dan mengambil keputusan untuk meninggalkan perniagaan dengan projek bernilai jutaan ringgit ketika itu.

“Saya minta rakan yang dipercayai untuk mengambil alih perniagaan pembinaan dan menceburkan diri dalam bidang pertahana dan khidmat ketenteraan melalui syarikat Aerotree Defence & Services Sdn Bhd,” katanya.

Mengakui bidang berkenaan jarang, malah sukar diceburi golongan Bumiputera, Norida berkata beliau terpaksa bersaing dengan usahawan asing. Syarikatnya menyediakan latihan dan membekalkan alat ganti dan jet pejuang Russia seperti Sukoi dan light mig 21.

Ketika menemuinya, Norida sempat memaklumkan kegembiraannya atas kejayaan terbaru beliau kerana berjaya mendapat projek yang selama ini dimonopoli peniaga asing untuk menyediakan jet penunda (target towing electronic warfare) untuk Kementerian Pertahanan. Bagi menyediakan perkhidmatan berkenaan, syarikatnya sudah membeli jet pejuang, MIG-29N.

“Perniagaan ini memerlukan modal yang cukup besar. Sebuah kapal terbang tentera saja bernilai lebih RM11 juta. Bukan sekadar pengangkutan udara, kita juga memerlukan kepakaran dalam bidang ini untuk menyediakan latihan dan kemudahan untuk pelanggan (Kementerian Pertahanan).

“ Bagi menambah pengetahuan, saya banyak membaca selain belajar daripada rakan perniagaan. Di samping itu, saya banyak mengunjungi pameran peralatan ketenteraan di luar negara,” katanya.

Andai ingin berjaya dalam perniagaan, beliau mengingatkan wanita agar mementingkan ilmu pengetahuan. Pengetahuan luas membuka pelbagai jenis peluang perniagaan yang mungkin selama ini tidak diketahui boleh diterokai.

“Apapun yang kita lakukan, pastikan ia yang terbaik. Paling penting, adalah fokus terhadap apa yang dilakukan sehingga berjaya. Perkara yang perlu disedari, dalam perniagaan terlalu banyak kerja perlu dilakukan. Saya akui sering kali terpaksa bekerja sehingga larut pagi.

“Saya beruntung kerana memiliki suami yang memahami kerana beliau juga terbabit dalam bidang perniagaan pembinaan. Anak juga sudah menyedari kesibukan ibunya. Sokongan keluarga amat penting terutama bagi wanita yang bersuami dan mempunyai anak,” katanya.

Hari ini, Norida boleh berbangga dengan pencapaiannya. Siapa sangka, gadis yang dulunya menjual kuih di sekolah kerana ingin membantu menambah pendapatan keluarga, kini memiliki jet sendiri untuk ke mana-mana. Malah, Norida sendiri mencubit dirinya kerana tidak percaya, beliau sedang duduk di dalam jet miliknya sendiri yang membawanya terbang ke mana saja diingininya.


PROFIL: Norida Hamzah


Nama Penuh: Datuk Norida Hamzah

Asal: Pahang

Nama Syarikat: Aerotree Defence & Services Sdn Bhd dan Halim-O Aerospace Sdn Bhd

Jawatan: Pengarah Eksekutif

Pengiktirafan: 2000-Anugerah Kontraktor Berpotensi.


Ewan_sn
Syarikat Saudi labur RM11b beli saham Maxis

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi kebangsaan Arab Saudi, Saudi Telecom Company (STC) menjalin usaha sama strategik dengan Binariang GSM Sdn Bhd apabila melabur AS$3.05 bilion (RM11 bilion) dalam syarikat induk Maxis Communications Bhd itu.

Perjanjian usaha sama yang menyaksikan antara pelaburan terbesar dari Asia Barat di Malaysia itu dimeterai kedua-dua syarikat berkenaan semalam.

Apabila dimuktamadkan, STC akan menguasai 25 peratus kepentingan dalam Binariang dan 51 peratus kepentingan dalam anak syarikat Maxis di Indonesia, PT Natrindo Telepon Seluler (NTS).

Di bawah perjanjian itu, STC akan terbabit dalam pengstrukturan dan permodalan semula Binariang dan akan melabur bersama pemegang saham lain syarikat itu untuk membiayai pengembangan operasi Maxis di India dan Indonesia.

Pengerusi Binariang, Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda dalam kenyataannya mengumumkan usaha sama itu berkata, pakatan dengan STC itu menyediakan peluang menyambungkan Maxis dan operasinya di Malaysia, Indonesia dan India dengan sebuah pengendali telekomunikasi terbesar dan terkemuka di Asia Barat.

“Kami merancang mengembangkan usaha sama ini secara bersama berkembang melepasi pasaran tradisional kami dengan meneroka peluang baru di pasaran penting lain di Asia, Asia Barat dan Afrika,” katanya.

Pengerusi STC, Dr Muhammad Suliman Al-Jasser dalam kenyataannya pula berkata, usaha sama itu adalah langkah penting dalam usaha STC menjadi peserta berpengaruh dalam sektor telekomunikasi global.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diminta mengulas mengenai usaha sama antara Binariang dengan STC berkata, beliau gembira dengan pelaburan dibuat STC itu kerana ia mencerminkan kekukuhan ekonomi Malaysia.

“Urus niaga itu membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim dan potensi pelaburan di Malaysia,” katanya pada sidang media di Rome, Itali pada akhir lawatan tiga harinya ke negara itu.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan itu juga sesuatu yang penting kerana ia adalah antara terbesar pernah di buat oleh syarikat Arab Saudi di Malaysia setakat ini
Ewan_sn
Petronas untung RM76b -- * Tertinggi dalam sejarah * Sumbang RM48.3b kepada kerajaan


KUALA LUMPUR 28 Jun – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat keuntungan sebelum cukai tertinggi dalam sejarahnya berjumlah RM76.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007.

Angka itu dicatatkan walaupun industri minyak dan gas berdepan dengan persekitaran yang serba mencabar.

Hasil keuntungan tersebut, Petronas menyumbang balik sejumlah RM48.3 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.

Tahun lalu syarikat minyak kebangsaan itu mencatatkan keuntungan RM69.4 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, peningkatan prestasi kewangan itu bukan hanya dipacu oleh harga minyak yang lebih tinggi tetapi juga disebabkan oleh peningkatan dagangan jualan semua perniagaan yang diterokainya.

‘‘Prestasi kewangan dan operasi yang memberangsangkan ini membuktikan kejayaan strategi integrasi, nilai tambah dan globalisasi kumpulan,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan Petronas di sini, hari ini.

Bagi tempoh kewangan tersebut, perolehan Petronas turut mencatatkan peningkatan perolehan kepada RM184.1 bilion berbanding RM167.4 bilion untuk tempoh yang sama, naik 10 peratus.

Produk petroliam yang ditapis kekal menjadi penyumbang utama kepada perolehan kumpulan itu apabila segmen tersebut mencatatkan jualan bernilai RM62.7 bilion.

Menurut Mohd. Hassan, kumpulan terus mendapat manfaat daripada strategi globalisasi dengan perniagaan antarabangsanya, meliputi operasi antarabangsa dan eksport dari Malaysia, mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak RM10.9 bilion kepada RM141.0 bilion, iaitu 76.6 peratus perolehan keseluruhan kumpulan.

‘‘(Perniagaan) antarabangsa akan menjadi bertambah penting untuk kumpulan bergerak ke hadapan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mohd. Hassan memberitahu, Petronas menerima kesan daripada kekukuhan nilai ringgi terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan urusniaga kumpulan dilakukan dalam mata wang asing itu.

‘‘Kami adalah ‘syarikat dolar AS’,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Hassan berkata, rizab minyak Malaysia meningkat sebanyak 1.4 peratus pada 1 Januari lalu kepada 20.18 bilion bersamaan tong minyak (boe-barrels of oil equivalent) berbanding 19.91 bilion boe untuk tempoh yang sama tahun lalu berikutan kempen penerokaan berterusan yang dilakukan oleh Petronas dan kontraktornya.

Tambah beliau, rizab minyak mentah dan minyak termampat naik sebanyak 2.1 peratus kepada 5.36 bilion boe manakala rizab gas asli meningkat sebanyak 1.1 peratuskepada 14.82 bilion boe.

Katanya, jumlah pengeluaran minyak mentah negara bagaimanapun menurun kepada 661,000 tong sehari berbanding 699,000 tong sehari berikutan kerja-kerja penyelenggaraan utama dan kerja-kerja pembaikan selain kelewatan pelaksanaan projek.

‘‘Kira-kira 50 peratus daripada kemudahan kami (di pesisir pantai) berusia lebih daripada 20 tahun,” kata beliau.

Pengeluaran gas asli turut berkurangan kepada 950,000 boe sehari daripada 957,000 boe sehari untuk tempoh tersebut.

Ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadap untuk tahun kewangan 2008/09, Mohd.Hassan berkata, modal insan merupakan cabaran utama bukan sahaja kepada Petronas tetapi juga kepada peserta-peserta industri lain dan ia tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek.

Menurutnya, berikutan cabaran tersebut, syarikat-syarikat minyak menghadapi masalah kelewatan projek dan projek tertangguh.


April
dulu pun petronas umum untung berbillion... tp still naikkan harga petrol. dry.gif
kodok
Sejak pak lah umumkan kenaikan minyak dulu,wa dah stat boikot isi minyak kat petronas..untung berpuluh billion tp satu haprak pun rakyat x dpt pape
Ewan_sn
QUOTE(kodok @ Jun 29 2007, 02:22 PM) *
Sejak pak lah umumkan kenaikan minyak dulu,wa dah stat boikot isi minyak kat petronas..untung berpuluh billion tp satu haprak pun rakyat x dpt pape


apalak takde..kan Petronas bagi balik RM48.3b kat kerajaan utk kegunaan rakyat..
kodok
QUOTE(Edirossa @ Jun 29 2007, 02:32 PM) *
QUOTE(kodok @ Jun 29 2007, 02:22 PM) *
Sejak pak lah umumkan kenaikan minyak dulu,wa dah stat boikot isi minyak kat petronas..untung berpuluh billion tp satu haprak pun rakyat x dpt pape


apalak takde..kan Petronas bagi balik RM48.3b kat kerajaan utk kegunaan rakyat..


lu dpt rs x duit petronas tu??terus terang wa ckp,wa x rs sesen pun impak duit petronas tu..rega minyak masih naik gak..bila minyak dah naik otomatik rega brg naik
inteloniac
hek ele.. naikkan harga minyak, lepastu takde cadangan nak turunkan harga minyak, dah konpem2 dapat untung..

untuk petronas, kalau nak untung tahap dewa punya, push for NO SUBSIDY!
Ein_06
QUOTE(kodok @ Jun 29 2007, 04:26 PM) *
QUOTE(Edirossa @ Jun 29 2007, 02:32 PM) *
QUOTE(kodok @ Jun 29 2007, 02:22 PM) *
Sejak pak lah umumkan kenaikan minyak dulu,wa dah stat boikot isi minyak kat petronas..untung berpuluh billion tp satu haprak pun rakyat x dpt pape


apalak takde..kan Petronas bagi balik RM48.3b kat kerajaan utk kegunaan rakyat..


lu dpt rs x duit petronas tu??terus terang wa ckp,wa x rs sesen pun impak duit petronas tu..rega minyak masih naik gak..bila minyak dah naik otomatik rega brg naik


wah... dngr2 citer bonus petronas 8 bulan, rezki2, dulu 6 bln, thn dpn 10 bln plak, lps tu 20 bln plak, cuba korg bayangkan kbnykn org2 pet gaji 10k++ times (x) la 8, skali bonus boleh beli umh cash....ooo kayee tuuuuu, dan tiap2 tahun boleh buat camtu.. kita rakyat m'sia secara kesuruhannya...camtu lah jugak...diorg untung tapi minyak still naik...rakyat menderita...silap2 ari bulan tahun dpn naik lagi.... sepatutnya harta kekayaan negara yg dikurniakan oleh yg maha esa untuk dimakmurkan bersama-sama (tu ada disebutkan dlm Quran)...tapi aku rasa certain golongan je yg enjoy kekayaan negara... org pet, govt servt and pemimpin2 kita konon2...claim ADIL LAGI SAKSAMA...apa pendapat korang...ADIL ker camtu... aku suka je klu minyak tu kering... biar tuhan tunjuk sikit.. KEADILAN DAN KESAKSAMAAN pemimpin kita...

P/S: kan Pak Lah selalu kata marilah kerja BERSAMA-SAMA SAYA, takkan lah kerja je kot bersama2....susah camane... kami je ker tanggung...
inteloniac
QUOTE(Ein_06 @ Jun 29 2007, 07:51 PM) *
QUOTE(kodok @ Jun 29 2007, 04:26 PM) *
QUOTE(Edirossa @ Jun 29 2007, 02:32 PM) *
QUOTE(kodok @ Jun 29 2007, 02:22 PM) *
Sejak pak lah umumkan kenaikan minyak dulu,wa dah stat boikot isi minyak kat petronas..untung berpuluh billion tp satu haprak pun rakyat x dpt pape


apalak takde..kan Petronas bagi balik RM48.3b kat kerajaan utk kegunaan rakyat..


lu dpt rs x duit petronas tu??terus terang wa ckp,wa x rs sesen pun impak duit petronas tu..rega minyak masih naik gak..bila minyak dah naik otomatik rega brg naik


wah... dngr2 citer bonus petronas 8 bulan, rezki2, dulu 6 bln, thn dpn 10 bln plak, lps tu 20 bln plak, cuba korg bayangkan kbnykn org2 pet gaji 10k++ times (x) la 8, skali bonus boleh beli umh cash....ooo kayee tuuuuu, dan tiap2 tahun boleh buat camtu.. kita rakyat m'sia secara kesuruhannya...camtu lah jugak...diorg untung tapi minyak still naik...rakyat menderita...silap2 ari bulan tahun dpn naik lagi.... sepatutnya harta kekayaan negara yg dikurniakan oleh yg maha esa untuk dimakmurkan bersama-sama (tu ada disebutkan dlm Quran)...tapi aku rasa certain golong je yg enjoy kekayaan negara... org pet, govt servt and pemimpin2 kita konon2...claim ADIL LAGI SAKSAMA...apa pendapat korang...ADIL ker camtu... aku suka je minyak tu kering... biar tuhan tunjuk sikit.. KEADILAN DAN KESAKSAMAAN pemimpin kita...

ko buat la revolution untuk memilik negarakan petronas tu.. tapi bunyinye socialist arr sket..
Pakcik_Kordi
petronas nak support projek projek kerajaan lepas nih

kang ada bumbung runtuh siling bocor korang tuduh gomen macam macam lak..
Ewan_sn
Rizab Bank Negara

KUALA LUMPUR 6 Julai – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM330.8 bilion (AS$98.4 bilion) sehingga 29 Jun lalu.

BNM dalam kenyataannya berkata, jumlah itu telah mengambil kira peningkatan nilai rizab hasil daripada pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan mata wang utama berbanding ringgit pada suku kedua.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.9 bulan import tertangguh dan 8.7 kali hutang luar negara jangka pendek.
Ewan_sn
Usahawan kita milik 42 hotel di Amerika


KUALA LUMPUR: Charles Morais mungkin belum terkenal di Malaysia, tetapi usahawan kelahiran Ipoh ini semakin menempa nama sebagai pemilik hotel terkemuka di Amerika.

Didorong kejayaan menguasai beberapa hotel di negara itu pada 1999, Kronos Hotels and Resorts, syarikat yang diterajui Morais, bulan lalu membeli 16 lagi hotel yang mempunyai kira-kira 3,100 bilik.

Selain 26 hotel yang sudah dimilikinya sebelum ini, terutama di wilayah East Central Amerika, Kronos Hotels mengumumkan rancangan untuk membeli 12 harta lain di luar Amerika menjelang akhir tahun ini, termasuk dua hotel di Malaysia.

Pengurus Perhubungan Awam Kronos Hotels, Amira Shahnaz Ahmad Shahizan, berkata Morais bercadang meluaskan perniagaannya dalam bidang perhotelan di Malaysia dan sedang mengurus pembelian dua hotel baru, yang akan mula beroperasi dalam masa tiga bulan lagi.

Warga Malaysia yang bertugas di pejabat cawangan Kronos Hotels di New York itu berkata selain meluaskan perniagaan perhotelannya di Malaysia, Morais juga berhasrat mempromosikan makanan serta sektor pelancongan di Malaysia ke seluruh dunia.

Katanya melalui rangkaian hotel dan restoran yang diusahakan, Kronos Hotels juga akan memperkenalkan makanan Malaysia seperti roti canai, sate, cendol dan pelbagai hidangan lain dalam menunya.

– Bernama
Ewan_sn
MAHB menang bida urus lapangan terbang di Turki


MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) meluaskan penerokaan di luar negara apabila memenangi bida bagi mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Turki untuk tempoh 20 tahun.

MAHB menerusi konsortium yang turut dianggotai syarikat Turki Limak Group dan syarikat India, GMR Infrastructure Ltd mengalahkan empat pembida antarabangsa lain dengan bida bernilai 1.932 bilion (RM9.15 bilion), iaitu yuran konsesi bagi tempoh 20 tahun itu.

“Berdasarkan yuran konsesi itu, kadar pulangan dalaman (IRR) yang bakal diperoleh konsortium itu ialah pada kadar 13 peratus,” kata MAHB dalam kenyataannya.

Syarikat itu berkata, skop tender bagi projek berkenaan antara lain merangkumi mengambil alih operasi, penyelenggaraan dan pendapatan terminal antarabangsa dan domestik lapangan terbang Turki itu termasuk bangunan, peralatan, pengendalian darat, pembekalan bahan api dan operasi gudang.

Katanya, ia membabitkan pembinaan terminal antarabangsa baru dengan keupayaan mengendalikan 10 juta orang pada satu-satu masa dalam tempoh 30 bulan.

Terminal antarabangsa sedia ada di lapangan terbang itu akan ditukarkan sebagai terminal operasi domestik apabila terminal baru disiapkan, katanya.

Mengulas kejayaan memenangi bida itu, Pengarah Urusan MAHB, Datuk Seri Bashir Ahmad (gambar), berkata ia mencerminkan keyakinan negara luar terhadap keupayaan syarikat Malaysia dalam menguruskan operasi lapangan terbang.

“Ia juga adalah berita gembira bagi MAHB, sekali gus meningkatkan status kami sebagai sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengurusan lapangan terbang pilihan,” katanya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen adalah lapangan terbang kedua di Istanbul.

Lapangan terbang dengan dua terminal itu merangkumi kawasan seluas 1,320 hektar dan ketika ini dikendalikan kerajaan Turki menerusi sekretariat industri pertahanannya.

MAHB bersama rakan kongsinya dalam konsortium itu dijemput memasuki tender menguruskan lapangan terbang berkenaan bulan lalu.

Ketiga-tiga syarikat itu akan bekerjasama membangun, mengurus dan mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen dengan MAHB menguasai ekuiti minimum 20 peratus dalam usaha sama berkenaan.

MAHB kini mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia yang mana lima daripadanya adalah lapangan terbang antarabangsa, 16 domestik dan 18 pelepasan dan pendaratan pendek.

Pembabitan MAHB di luar negara ketika ini dalam mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad yang baru, Lapangan Terbang Delhi di India dan Lapangan Terbang Astana di Kazakhstan.
Ewan_sn
Untung bersih TNB melonjak kepada RM2.89b

KUALA LUMPUR 13 Julai – Syarikat utiliti, Tenaga Nasional Bhd. (TNB), mencatat peningkatan ketara dalam keuntungan bersih sebelum transaksi pertukaran mata wang asing kepada RM2.89 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Ogos ini, berbanding RM874.8 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Tan Sri Amar Leo Moggie berkata, perolehan kumpulan meningkat 16.5 peratus kepada RM17.19 bilion berbanding RM14.76 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

‘‘Pertumbuhan itu dirangsang oleh peningkatan permintaan untuk elektrik sebanyak 5.2 peratus disokong oleh kadar tarif baru,’’ katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan kewangan tidak diaudit suku ketiga TNB, di sini hari ini.

Katanya, pengukuhan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan yen dalam suku ketiga berakhir 31 Mei tahun ini turut membantu meningkatkan keputusan kewangan kumpulan.

Menurutnya, keputusan itu menjurus kepada peningkatan 94.2 peratus dalam keuntungan dan sebahagiannya oleh 19.1 peratus pengurangan dalam kos kewangan.

Katanya, keuntungan daripada kadar tukaran mata wang asing bagi suku yang dirujuk, berjumlah RM386.4 juta berbanding RM36.7 juta sebelumnya.

Kata beliau, perbelanjaan operasi kumpulan meningkat daripada 3.7 peratus enam bulan tahun kewangan 2007 kepada 7.6 peratus, selepas Unit 2 Tanjung Bin, beroperasi pada 28 Februari tahun ini.

Tambahnya, bayaran kapasiti kepada Penjana Bebas juga meningkat 19.2 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh pula berkata, hutang syarikat menyusut kepada RM23.5 bilion daripada RM32.5 bilion.

Beliau berkata, TNB mungkin mengubah hutang asing kepada ringgit untuk menurunkan jumlah hutang.

Menurutnya, jumlah hutang TNB ialah sebanyak 28.1 peratus dalam denominasi dolar Amerika Syarikat dan sebanyak 15.7 peratus dalam yen, Jepun, dan 56.1 peratus dalam ringgit.

Beliau berkata, tahap hutang mungkin dapat dikurangkan hingga bawah RM20 bilion.

Katanya, bagi tempoh setahun setengah akan datang, TNB memerlukan perbelanjaan modal berjumlah RM6 bilion.


Ewan_sn
Johor tarik pelaburan terbanyak

JOHOR BAHRU 13 Julai – Johor mengatasi negeri lain dalam menarik pelaburan bagi tempoh lima bulan tahun ini dengan meraih RM5.18 bilion, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi negeri Tan Kok Hong, hari ini.

Sebahagian besarnya dari seberang laut, berjumlah RM3.92 bilion, manakala pelaburan tempatan menyumbang RM1.26 bilion.

“Johor sekali lagi menjadi penerima tertinggi pelaburan langsung asing (FDI)\

di Malaysia, diikuti oleh Kedah sebanyak RM3.91 bilion, Selangor RM1.7 bilion, Negeri Sembilan RM1.39 bilion dan Pulau Pinang RM1.05 bilion,” katanya.

Semasa merasmikan pembukan Pameran Jentera Kerja Logam Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor di sini, Tan berkata, FDI yang diterima di Johor merupakan 30.7 peratus daripada jumlah FDI bagi Malaysia sebanyak RM12.76 bilion antara Januari dan Mei.

“Ini bermakna Johor adalah penerima tertinggi FDI selama tiga tahun berturut-turut,” kata beliau.

Tan berkata, Kerajaan Persekutuan dan juga negeri komited membangunkan Johor Selatan supaya menjadi bandar gabungan (bandar raya, bandar dan kampung yang menjadi satu kawasan pembinaan tunggal) yang bertaraf antarabangsa mengandungi industri berkelas dunia dan perkhidmatan yang disokong prasarana fizikal bertaraf dunia dan persekitaran kehidupan.

“Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah satu lagi komitmen oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mengubah Johor selatan menjadi koridor pertumbuhan ekonomi baru,” kata beliau.

Tan berkata, kerajaan persekutuan telah memperuntukan lebih RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membina prasarana fizikal bagi kawasan itu seperti lebuh raya, sistem pembetungan dan pembersihan sungai, dan juga RM330 juta bagi prasarana untuk meningkatkan keselamatan.

– Bernama


Pakcik_Kordi
Heran lak aku..KEdah di tempat kedua catat pelaburan tertinggi....FDI..
tapi pada masa yang sama BERUTANG RM 2 billion dengan kerajaan pusat....

TANAM PADI ATAS BUMBUNG KA

PCK : Kah kah kah kah
Ewan_sn
Siti Ropiah tauke coklat


Merealisasikan perniagaan ini memerlukan penelitian yang tinggi bagi menghasilkan produk coklat yang berkualiti.
--------------------------------------------------------------------------------

Penglibatan dirinya dalam dunia perniagaan pada mulanya adalah sekadar hobi. Penjualan kuih-muih hanya untuk kenalan terdekat semasa hari lebaran. Namun ia mula menimbulkan minat apabila kuih-muih yang dibuat mendapat permintaan yang tinggi dengan rasa resipi yang enak bercoklat.

Atas kesedaran itu, Pengarah Urusan Dazzle Food Enterprise, Siti Ropiah Hambali berpendapat perniagaan kuih dan coklat mempunyai prospek yang tinggi untuk dimajukan.

Wartawan MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan jurufoto, AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN berpeluang berkongsi pengalaman dengan pengusaha bumiputera berjaya ini, baru-baru ini.

MEGA: Kenapa nama Dazzle menjadi pilihan nama syarikat dan produk?

SITI ROPIAH: Dazzle menjadi pilihan kerana ia mempunyai nama komersial serta mempunyai tarikan untuk dipasarkan. Buat masa ini produk coklat kami mendapat sambutan menggalakkan.

Para pengedar dan pengeluar juga bekerjasama memastikan Dazzle mendapat tempat di pasaran tempatan dengan bersaing dengan produk-produk coklat terkemuka lain di premis-premis terpilih.

Dazzle juga adalah syarikat usahawan bumiputera yang kini berdaya saing dalam pasaran global untuk memastikan produk coklat ini mempunyai variasi kepelbagaian dari segi permintaan dan penawaran.

Namun usaha itu didokong kerjasama baik syarikat dan Lembaga Koko Malaysia yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dan bantuan sehingga syarikat dapat berdiri kukuh sebagaimana kini.

Perjuangan kami berhasil setelah beberapa tahun kajian dan penyelidikan dijalankan oleh syarikat dalam memperkembangkan sayap perniagaan dengan lebih berkesan.

Apakah faktor yang mendorong syarikat untuk mengeluarkan produk coklat dan bila ia bermula?

SITI ROPIAH: Pada mulanya, saya hanya melakukan untuk suka-suka di rumah dan menerima tempahan daripada kenalan rapat. Namun apabila mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai saya berjinak-jinak dalam bidang pembuatan makanan berorientasikan coklat.

Pada ketika itu, saya bukan hanya mengeluarkan produk coklat tetapi menerima tempahan untuk membuat kuih-muih dan biskut terutamanya pada musim perayaan.

Sasaran hanya untuk keluarga dan kenalan terdekat. Lagipun ia diusahakan secara sambilan dan tidak pernah terfikir untuk menceburi perniagaan ini. Namun atas minat dan desakan para pelanggan yang sukakan kuih raya berasaskan coklat, timbul idea untuk membuka perniagaan ini.

Alhamdulillah berkat kesabaran, saya mengikuti kursus anjuran badan-badan kerajaan khususnya seminar untuk melahirkan usahawan industri kecil sederhana. Hasil pengalaman dan teknik pembelajaran ini, saya membuka perniagaan coklat secara sepenuh masa.

Selain itu siapa pendorong utama dalam mengusahakan perniagaan ini?

SITI ROPIAH: Suami dan anak-anak adalah individu yang banyak membantu malah memberi sokongan kepada saya bergelar usahawan. Mereka memahami minat saya dalam pembuatan kuih- muih dan coklat ini.

Salah seorang anak saya adalah siswazah dalam bidang pembuatan makanan dan tiada masalah bagi saya untuk meneruskan perniagaan ini. Saya bersyukur kepada Allah yang memberi saya dan anak-anak kekuatan untuk berusaha lebih tekun untuk menjayakan perniagaan ini.

Tanpa dorongan dan sokongan mereka sudah pasti saya kecundang kerana banyak cabaran dan pahit maung yang banyak saya lalui sebelum sampai ke tahap ini.

Apakah pendekatan yang digunakan oleh syarikat dalam memasarkan produk coklat Dazzle ini?

SITI ROPIAH: Buat masa ini, syarikat dalam proses untuk menambah baik pengeluaran produk. Saya dan ahli keluarga sedang merancang memasarkan produk ini di semua peringkat sekolah sehingga ke pasar raya terpilih.

Dalam pada itu, syarikat merangka untuk memasarkan secara berkesan melalui persidangan dan pameran-pameran anjuran daripada badan-badan kerajaan atau swasta. Syarikat turut melantik perunding imej produk untuk merancang perkembangan pemasaran serta produk baru. Malah syarikat bukan hanya memfokuskan kepada pemasaran tetapi bagaimana memikat hati pengguna di samping mengeluarkan produk coklat yang mempunyai variasi dari segi rekaan dan saiz serta halal.

Itulah kelebihan syarikat ini kerana bahan-bahan kandungan yang digunakan mendapat kelulusan serta piawaian halal 100 peratus.

Selain itu apakah pendekatan syarikat bagi mengekalkan permintaan di pasaran?

SITI ROPIAH: Kami masih memerlukan sokongan kerajaan khususnya membantu syarikat memberi pinjaman dan peralatan yang baru untuk digunakan. Ini kerana perniagaan yang dijalankan merupakan perniagaan keluarga dan dibuat secara kecil-kecilan.

Kami juga mempelbagaikan teknik pembungkusan coklat mengikut kesesuaian pasaran. Syarikat bukan sahaja mengeluarkan produk coklat tetapi memfokuskan kepada teknik pembungkusan untuk cenderamata perkahwinan, majlis korporat dan hari raya.

Buat masa ini, syarikat menjalin kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi mendapatkan tender atau ruang-ruang perniagaan tertentu. Namun pada itu, strategi pemasaran kini disusun berdasarkan permintaan khususnya untuk memasarkan produk Dazzle ke luar negara.

Apakah perancangan syarikat untuk 10 tahun akan datang?

SITI ROPIAH: Syarikat bercadang menerokai perniagaan di peringkat antarabangsa, namun perkara itu memerlukan modal dan ruang yang besar. Cita-cita dapat dilaksanakan di dalam pasaran tempatan terlebih dahulu.

Dalam tempoh itu, syarikat memperteguhkan impiannya untuk membuka sebuah kilang. Itu masih dalam peringkat perancangan untuk menembusi pasaran asia tengah terlebih dahulu.

Apakah etika yang digunakan pakai oleh syarikat khususnya dalam perniagaan ini?

SITI ROPIAH: Pertama saya lebih menyerapkan pendekatan berkonsep perniagaan Islam. Soal kebersihan diserapkan pada kakitangan dan ruang operasi kilang supaya ia berteraskan kepada persekitaran yang suci di samping menjaga kualiti dan mutu produk yang dihasilkan.

Buat masa ini ruang operasi akan diperbesarkan untuk menampung tempahan yang banyak sebelum menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Apakah nasihat kepada usahawan wanita yang berminat menceburi bidang ini?

SITI ROPIAH: Mereka harus mempunyai keyakinan yang tinggi serta berusaha untuk memajukan diri dan keluarga. Faham dan belajar terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan.

Perasaan hormat kepada pelanggan menjadi aset kerana mereka merupakan pengguna dan pencetus kepada kejayaan syarikat. Tanpa pengguna sudah pasti produk sukar untuk menembusi pasaran. Pastikan modal mencukupi sebelum membuka perniagaan.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat Dazzle Food Enterprise boleh menghubungi talian 019-3369040 atau 03-90217955.


Ewan_sn
Proton bakal jana berbilion ringgit di China


SHAH ALAM 27 Julai – Pengeluar kereta nasional, Proton, kini bersedia untuk mencatatkan perolehan beberapa bilion ringgit dalam tempoh enam tahun akan datang hasil usahasamanya dengan pengeluar kereta China, Youngman Automobile Group Ltd. Co.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin berkata, perjanjian untuk mengeksport 30,000 buah kereta Gen.2 siap dipasang kepada Youngman untuk tempoh 20 bulan akan datang akan menghasilkan perolehan RM937 juta dan royalti RM102 juta.

Yang lebih lumayan ialah perjanjian pelesenan yang dimeterai pada 15 Julai mengenai enjin Campro di mana Proton akan menjual 150,000 buah kenderaan terurai (CKD) untuk dipasang dalam tempoh enam tahun akan datang, katanya.

Ini, yang ditambah dengan bekalan kepada Youngman dan pembayaran royalti bagi pengeluaran bahagian-bahagian ganti di negara itu, akan menjadikannya bernilai beberapa bilion ringgit, katanya di sini semalam.

Perolehan itu dianggarkan berdasarkan harga kereta di China antara 125,000 dan 130,000 renmimbi, yang lebih murah dari kereta Korea Selatan di China tetapi lebih mahal dari kereta tempatan.

Youngman, pengeluar utama kereta China yang diberikan lesen oleh pihak berkuasa China untuk mengeluarkan kenderaan penumpang, akan mengeluarkan keretanya di kilang barunya di Jinan, ibu wilayah Shandong di barat daya Shanghai.

Kajian di Shanghai dan Quangzhou serta penyertaan dalam pameran kereta utama menunjukkan para pengguna berminat membeli kereta Proton, katanya.

“(Lagipun) Kereta penumpang adalah segmen kian berkembang terbesar di China, pada kadar 30 hingga 40 peratus telah mengatasi 10 peratus pertumbuhan jumlah keseluruhan industri itu, kata Syed Zainal.

Selain mempercepatkan keupayaan pengeluaran Youngman, katanya persetujuan itu merupakan “penembusan satu pasaran yang sangat berdaya saing” manakala Proton mendapat keuntungan daripada bekalan dan royalti alat ganti.

“Mereka meminta dikeluarkan alat ganti di China, yang bermakna menerima royalti kira-kira RM62 juta,” katanya, sambil menyatakan Gen.2, yang bakal diubah suai akan dijual menggunakan jenama “Europestar” di mana ia membantu meningkatkan pengeluaran antara 1,000 dan 1,200 buah sebulan di kilangnya di Tanjung Malim.”

“Ia bagus bagi vendor dan meningkatkan keupayaan penambahbaikan,” katanya.

Youngman, yang menguasai 70 peratus pasaran kereta mewah di China, mahu mempelbagaikan pasaran kereta penumpang secara besar-besaran dengan membangunkan satu siri kereta selepas diambil kira saiz pasaran kereta di republik itu,” katanya.

Mereka akan menggunakan kepakaran anak syarikat Proton di UK, Lotus, untuk mereka bentuk kereta itu tetapi Lotus, yang mahir dalam kejuruteraan, memerlukan satu asas dan platform, akan menggunakan platform Gen.2.

Lotus bakal menerima RM195 juta bagi perolehan kejuruteraan mereka bentuk kereta itu.

“Kami hanya memberi mereka (Youngman) lesen tetapi Proton memegang hak harta intelek. Kami mendapat satu perjanjian pakej, seperti yang dilakukan oleh Mitsubishi dan Proton,” katanya, yang merujuk mengenai persetujuan bersama syarikat Jepun itu dengan Proton dalam tahun 1985.


Ewan_sn
Shell dapat kelulusan pembelian ProJET

KUALA LUMPUR 27 Julai – Royal Dutch Shell telah mendapat kelulusan daripada kerajaan baru-baru ini bagi pembelian aset pemasaran peruncitan ProJET melibatkan 44 stesen servis ProJET dan 14 tapak tanah kosong miliknya.

Sebanyak 44 buah stesen ProJET akan terlibat dalam penjenamaan semula kepada jenama Shell secara progresif dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, demikian menurut Shell dalam satu kenyataan di sini.

“Bagaimanapun, mulai hari ini, sebagai sebahagian daripada peralihan daripada ProJET kepada Shell, kesemua stesen runcit ProJET sedia ada akan menjual minyak Shell, walaupun usaha penjenamaan semula sedang dilakukan,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Datuk Mohzani Wahab.

“Kami mahu pelanggan di tempat terbabit merasai pengalaman serta merta manfaat yang sepenuhnya daripada penggunaan minyak Shell Super dengan formula petrolnya yang ekonomi,” katanya.
Ewan_sn
NadiBiz: Beli nama Ideal nyata bawa tuah
Oleh Ahmad Fiesal Othman








Produk kesihatan jenama Idealcare milik Dr Haminnuddin kini dipasar di 12 negara

"HAMPIR dua tahun saya bekerja keras memasarkan produk keluaran syarikat saya, tetapi hasilnya kurang memuaskan. Selepas jenamanya ditukar, barulah ia mendapat sambutan menggalakkan dan dapat dipasar ke peringkat antarabangsa," kata Dr Haminnuddin Abd Hamid, 54, mengimbau susah payah ketika memulakan perniagaan mengeluarkan produk perubatan pakai buang dan peralatan kesihatan lapan tahun lalu.

Beliau ialah seorang daripada 19 pemenang Tokoh Usahawan Cemerlang Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2007 (APEA2007) yang disampaikan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, baru-baru ini.

Haminnuddin berkata, ketika mula mengusahakan pengeluaran produk perubatan pakai buang dan peralatan kesihatan, syarikatnya, Ideal Healthcare Sdn Bhd (IHSB) yang ditubuhkan pada 1999, menggunakan jenama 'Mutiara' yang dipilih berdasarkan nama syarikat pertamanya, Mutiara Medical Enterprise.

Ketika itu sukar baginya menembusi pasaran walaupun produk yang dihasilkan setanding dari segi kualiti dengan produk import yang menguasai sepenuhnya pasaran bekalan produk kesihatan.

Beliau kemudian memutuskan menukar jenama kerana ‘Mutiara’ mungkin kurang sesuai dan langsung tidak menggambarkan jenis produk.

Pencarian jenama sesuai untuk produk syarikatnya membawa Dr Haminnuddin hingga ke Eropah dengan membeli jenama 'Ideal' daripada sebuah syarikat di Jerman hingga pada harga AS$40,000 (RM138,000).

Namun, jenama Ideal itu tidak dapat didaftarkan di negara ini kerana sudah ada syarikat lain mendaftarkannya dan ia memaksa beliau memikirkan jenama terbaik yang lain.

“Maka, lahirlah jenama ‘Idealcare’ yang juga adalah singkatan gabungan nama syarikat syarikat baru saya iaitu Ideal Healthcare,” katanya.

IHSB mengkhusus dalam pengeluaran produk urologi, anasthesia dan pernafasan tetapi juga membekal peralatan makmal, pembedahan dan peralatan pergigian.

Kini jenama Idealcare bukan saja peneraju dalam pasaran produk kesihatan pakai buang dan peralatan kesihatan di negara ini, malah dieksport ke 12 negara di rantau Asean, Asia Barat dan Afrika Selatan dengan jualan tahunan kira-kira RM45 juta.

IHSB yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah kini berkembang sebagai sebuah kumpulan dengan tiga anak syarikat, Ideal Healthcare Manufacturing Sdn Bhd, Mutiara Medical Enterprise serta Indonesia CV Harizka yang mengendalikan kilang di republik itu.




Kumpulan dengan 135 kakitangan itu kini boleh berbangga mengeluarkan 48 jenis produk termasuk kerusi roda, `Blood Pressure Sphygmomanometers' dan `Stethoscopes' yang sebahagian besarnya dibekalkan ke hospital kerajaan.

Menceritakan detik awal pembabitannya dalam perniagaan, Dr Haminnuddin berkata, beliau memutuskan untuk memulakan perniagaan sendiri selepas 25 tahun menimba pengalaman berkhidmat dengan dua syarikat multinasional yang ternama dalam bidang produk perubatan iaitu Rusch Asia Pasific, Jerman dan Baxter Healthcare, Amerika Syarikat.

Pengalaman memegang pelbagai jawatan hingga ke peringkat pengurusan tertinggi syarikat terbabit memberi banyak pendedahan dan input berguna untuk memulakan perniagaan.

"Mula-mula saya tubuhkan Mutiara Medical pada 1996 yang menjalankan perniagaan perdagangan produk kesihatan.

"Waktu itu, saya banyak mengimport produk dari luar negara, tetapi krisis ekonomi kira-kira setahun kemudian memberi kesan terhadap nilai tukaran mata wang, sekali gus menjejaskan perniagaan.

"Akhirnya, berbekalkan modal sendiri sebanyak RM300,000, saya memberanikan diri menubuhkan IHSB pada 1999 untuk mengeluarkan sendiri produk kesihatan,” katanya.

IHSB memulakan operasinya dengan sebuah kilang kecil di Sungai Petani yang mengeluarkan hanya tiga produk dan dibantu 18 kakitangan.

Produk yang dihasilkan juga adalah berasaskan pengalaman Haminnuddin ketika berkhidmat dengan syarikat multinasional terbabit.

Tempoh tiga tahun awal adalah cabaran besar buat Haminnuddin yang terpaksa berkerja keras memasarkan produk dan meyakinkan pelanggan terhadap kualiti produk keluarannya, apatah lagi belum ada syarikat tempatan yang mengeluarkan produk perubatan seperti yang dihasilkan kecuali yang diimport.

Namun, anak kelahiran Kajang, Selangor ini tidak mudah mengalah dan tanpa sokongan mana-mana pihak, beliau terus meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya selain berusaha mendapatkan sijil pengiktirafan antarabangsa termasuk ISO 9001:2000, ISO 14001:2004 dan status piawaian Eropah (CE) untuk produknya.

Dengan sijil pengiktirafan antarabangsa, produk IHSB mula menerima sambutan dan pada 2005 barulah beliau mula mendapatkan bantuan meningkatkan perniagaan bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.

Haminnuddin mengemukakan cadangan kepada SME Bank (ketika itu Bank Pembangunan) untuk pinjaman RM2.8 juta di bawah program usahawan Kementerian Pembangunan Usahawan untuk memperbesarkan operasi dan membuka sebuah lagi kilang di kawasan Kompleks Kilang Bimbingan, Sungai Petani.

Berikutan prestasi perniagaannya yang memberangsangkan dan berpotensi, pinjaman itu diluluskan, sekali gus memberi galakan besar baginya untuk mengembangkan lagi perniagaan.

“2005 boleh dianggap titik peralihan buat perniagaan saya yang mana IHSB berjaya mendapat kontrak membekalkan produk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang bernilai RM12.5 juta.

“Dengan kontrak pertama daripada kerajaan itu, kami sudah boleh menumpukan perhatian terhadap mengembangkan pasaran.

“Dari situ, kami berjaya mengembangkan operasi ke Indonesia setahun kemudian hingga membawa kepada kejayaan seperti yang dikecapi hari ini dan memperluaskan pasaran eksport,” katanya sambil menjelaskan kontrak kerajaan yang dimiliki anak-anak syarikat IHSB kini bernilai RM27 juta setahun.

INFO
Nama: Dr Haminnuddin Abd Hamid
Tarikh lahir: 26 Oktober 1953
Asal: Kajang, Selangor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, PhD Pengurusan Perniagaan (Industri Getah dan Plastik) dari University Rustington/Sussex, United Kingdom.
Pengalaman/pencapaian:
- Pengurus Pengeluaran/Perniagaan di Baxter Healthcare, Amerika Syarikat selama 22 tahun
- Pengarah Urusan di Rusch Asia Pasific, Jerman selama 3 tahun
- Pengasas Pertubuhan Pembekal-Pembekal Alatan Perubatan dan Makmal Bumiputera Malaysia
- Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pengilang-pengilang Malaysia(FMM)
- Ahli Jawatankuasa Pengurusan Perindustrian Negeri Kedah (IPMC)
- Ahli Jawatankuasa Pengurusan Alam Sekitar Negeri Kedah (UPEN)
Info tambahan: Mutiara Medical Enterprise ( ditubuh pada 11 Ogos 1996)
Ideal Healthcare Sdn Bhd ( ditubuhkan pada 1 Jun 1999)
Ideal Healthcare Manufacturing Sdn Bhd (ditubuhkan pada 1 Januari 2005)
CV Harizka (ditubuhkan pada 3 Ogos 2006)
De Tiara Collection ( ditubuhkan pada 1 Jun 2007)
Pendapatan semasa syarikat : RM45 juta
Peningkatan Jualan bagi 2007 : 10 peratus (RM50 Juta)
Modal Permulaan : RM300,000 dan modal berbayar semasa : RM1,000,000

IHSB tinjau pasaran Eropah, Jepun, AS

IDEAL Healthcare Sdn Bhd (IHSB), pengeluar produk perubatan pakai buang dan peralatan kesihatan mensasarkan pertumbuhan pendapatan 10 peratus tahun ini kepada RM50 juta, disumbangkan perniagaan barunya iaitu pakaian dan kosmetik serta meningkatkan pasaran eksport.

Pengarah Urusannya, Dr Haminnuddin Abd Hamid, berkata, perniagaan pakaian adalah usaha pertama syarikat mempelbagai keluarannya selain produk perubatan pakai buang dan peralatan kesihatan yang mana syarikat menubuhkan syarikat baru dinamakan De Tiara Collection yang akan memasarkan pakaian dan kosmetik dengan jenama D' Tiara bulan depan.

Beliau berkata, De Tiara Collection yang akan diterajui oleh anak perempuan sulungnya, Nur Hazirah Haminnuddin, 22, akan memfokus kepada fesyen terkini yang diminati dan cuba memasarkannya di negara ini di bawah jenama D'Tiara.

“Penubuhan De Tiara Collection ialah strategi untuk mempelbagaikan produk, manakala pengembangan destinasi eksport sebagai sebahagian daripada strategi pengukuhan jangka panjang untuk produk sedia ada,” katanya.

Haminnuddin berkata, kumpulan itu yang kini mengeksport kira-kira 40 peratus keluarannya ke 12 negara, sedang meninjau peluang meneroka pasaran Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat.

“Permintaan produk perubatan pakai buang terutama yang dibuat daripada getah adalah cukup baik dan kami melihat ia menyediakan peluang pasaran besar kepada IHSB.

“Dengan memperoleh status piawaian Eropah(CE) kami yakin produk IHSB mampu bersaing di pasaran antarabangsa,” katanya.


Ewan_sn
Rizab antarabangsa BNM - RM339.8b

KUALA LUMPUR 31 Julai – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan rizab antarabangsa berjumlah AS$98.4 bilion (kira-kira RM339.87 bilion) pada akhir Jun 2007.

Menurut kenyataan BNM hari ini, aset mata wang asing pula berjumlah AS$20.5 bilion (kira-kira RM70.8 bilion) pada akhir Jun lalu.

Menurut bank pusat itu, dalam tempoh 12 bulan akan datang, aliran masuk jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$1.67 juta (kira-kira RM5.77 juta) disebabkan pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh kerajaan.

Satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara yang mata wang dalam tempoh satu tahun berjumlah AS$303 juta (kira-kira RM1.05 bilion), kata BNM.


Ewan_sn
Murdoch beli Dow Jones & Co. RM19.04b


NEW YORK 1 Ogos – Konglomerat media milik Rupert Murdoch, News Corp. hari ini mengumumkan ia akan membeli Dow Jones & Co. dengan harga RM19.04 bilion (AS$5.6 bilion) selepas mendapat sokongan daripada keluarga Bancroft yang menguasai penerbit akhbar Wall Street Journal itu.

Urus niaga tersebut membantu Murdoch, 76, mencapai impiannya sejak sedekad lalu untuk mengendalikan akhbar kewangan berprestij itu.

Ia dipersetujui selepas beliau menghabiskan tiga bulan lalu untuk memujuk keluarga Bancroft yang menguasai Dow Jones selama lebih seabad.

Dalam satu kenyataan bersama, Dow Jones dan News Corp. mengumumkan, anggota keluarga Bancroft yang memiliki kira-kira 37 peratus daripada undi pemegang saham Dow Jones bersetuju untuk menyokong urus niaga itu.

Mengikut syarat-syarat perjanjian yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah kedua-dua syarikat, pemegang saham Dow Jones akan menerima RM204 (AS$60) tunai bagi setiap saham biasa milik mereka.

Seorang anggota keluarga Bancroft atau seorang lain yang diterima oleh kedua-dua pihak akan dilantik ke lembaga pengarah News Corp., menurut kenyataan bersama itu.

Mereka juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa lima anggota bagi memantau kebebasan editorial operasi berita Dow Jones.

Dengan pembelian itu, Murdoch memperoleh salah satu permata paling berharga dalam industri kewartawanan Amerika Syarikat (AS) dan sebuah akhbar yang dianggap bahan bacaan wajib di kalangan golongan elit perniagaan dan politik.

Urus niaga itu akan juga meluaskan lagi News Corp. iaitu empayar hiburan dan media global yang diterajui oleh Murdoch.

News Corp. kini memiliki rangkaian siaran Fox; Fox News Channel; studio filem dan televisyen Twentieth Century Fox; MySpace; akhbar-akhbar di AS, Australia dan United Kingdom selain beberapa stesen televisyen satelit.

News Corp. sebelum ini menyatakan, pihaknya hanya bersetuju untuk meneruskan pembelian itu jika urus niaga tersebut mendapat sokongan cukup kuat daripada keluarga Bancroft.

– Agensi


Ewan_sn
Statistik Hubungan Dagang Malaysia-Australia


BRISBANE (Australia) 1 Ogos – Australia perlu membeli lebih banyak produk dari Malaysia setelah negara itu mengimport A$6.05 bilion nilai barangan dari Malaysia pada tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini.

“Secara geografinya kita dekat antara satu sama lain, saya ingin menggalakkan Australia supaya mendapatkan lebih banyak produk siap dan separuh siap dari Malaysia,” katanya pada seminar mengenai “Peluang Perniagaan di Malaysia”, yang diadakan sempena misi perdagangan dan pelaburan ke Sydney, Brisbane dan Perth.

Beliau berkata, Malaysia kini berada di kalangan 20 pengeksport terbaik di dunia, dengan menjadi pengeksport terbesar bagi minyak sawit, oleokimia, peralatan perubatan, kateter, benang getah dan pakaian.

Malaysia juga, kata beliau, merupakan pengeksport kedua terbesar bagi panel papan elektrik dan papan lapis, pengeksport ketiga terbesar bagi getah asli dan peralatan penerimaan, serta pengeksport keempat terbesar osiloskop dan analisa spektrum.

“Ini menunjukkan bahawa Malaysia menghasilkan produk bernilai tinggi, berkualiti dan menyeluruh memenuhi standard antarabangsa,” kata beliau.

Rafidah berkata, eksport utama Malaysia ke Australia kini berubah kepada barangan pembuatan daripada profil berasaskan komoditi sebelum ini. Sejak bertahun-tahun, minyak mentah menguasai eksport Malaysia ke Australia, tetapi kini barangan pembuatan menyumbang 60 peratus eksport Malaysia ke Australia.

Malaysia kini merupakan pembekal kedua terbesar bagi perabot, ketiga terbesar bagi produk kayu serta kelima terbesar bagi peralatan dan mesin elektrik serta elektronik pengguna ke Australia.


– Bernama
Ewan_sn
Negara catat dagangan suku kedua RM267.19 bilion


KUALA LUMPUR 3 Ogos – Jumlah dagangan Malaysia untuk suku kedua tahun ini telah merekodkan peningkatan sebanyak 4.7 peratus kepada RM267.19 bilion berbanding suku sebelumnya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, eksport bagi suku kedua tahun ini pula meningkat 4.9 peratus kepada RM144.86 bilion, manakala import meningkat 4.5 peratus kepada RM122.33 bilion.

Menurut MITI, jumlah lebihan dagangan Malaysia bagi bulan Jun meningkat sembilan peratus kepada RM8.7 bilion berbanding RM7.98 bilion yang direkodkan pada bulan Mei.

“Ini merupakan lebihan yang ke-166 bulan berturut-turut sejak November 1997,” katanya.

Selain itu, MITI berkata, lebihan dagangan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berjumlah RM43.6 bilion.

Jumlah dagangan pada bulan Jun pula bernilai RM89.37 bilion, dengan eksport keseluruhannya berjumlah RM49.03 bilion dan import RM40.33 bilion, kata MITI.

“Jumlah eksport dan import untuk bulan Jun adalah lebih rendah iaitu masing-masing berjumlah 1.3 peratus dan 3.3 peratus berbanding bulan Mei,” katanya.

Menurutnya, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, jumlah dagangan negara turut meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada RM522.38 bilion berbanding RM511.11 bilion pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Jepun, China, Hong Kong dan Australia merupakan pasaran eksport terbesar bagi negara dengan menyumbang sebanyak mega_shok.gif.6 peratus daripada keseluruhan eksport bagi bulan Jun.

“Sektor barangan utama yang mencatat kenaikan dalam eksport berbanding bulan Mei termasuk barangan perkilangan logam, kimia dan bahan kimia serta keluaran petroleum bertapis,” katanya.

Antara barangan eksport utama negara pada bulan Jun termasuk produk elektrik dan elektronik (E&E) bernilai RM21.23 bilion, atau 43.3 peratus daripada keseluruhan eksport, kimia dan barangan kimia (RM2.73 bilion, atau 5.9 peratus), minyak mentah (RM2.73 bilion, atau 5.6 peratus), minyak sawit (RM2.71 bilion, atau 5.5 peratus) dan keluaran petroleum bertapis(RM2.05 bilion, atau 4.2 peratus).

MITI berkata, negara ASEAN menyerap sebanyak RM12.53 bilion atau 25.5 peratus daripada keseluruhan eksport bulan Jun, meningkat 3.1 peratus berbanding Mei 2007, disumbang oleh kenaikan eksport minyak mentah dan keluaran petroleum bertapis.

“Eksport ke China terus dalam trend meningkat pada bulan Jun, naik 1.4 peratus kepada RM4.09 bilion.

“Kenaikan ini dijana oleh peningkatan eksport bahan kimia dan barangan kimia serta minyak mentah,” katanya.

MITI berkata, import barangan pengantara Malaysia bernilai RM29.35 bilion, mewakili sebanyak 72.8 peratus daripada keseluruhan import.

Bahan-bahan import lain termasuk barangan modal berjumlah RM5.23 bilion atau 13 peratus daripada keseluruhan imports dan barangan pengguna bernilai RM2.12 bilion.

Menurut MITI, barangan import utama negara adalah barangan E&E bernilai RM16.52 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan import; jentera, perkakasan dan peralatan (RM3.33 bilion atau 8.2 peratus) dan; kimia dan barangan kimia (RM2.28 bilion atau 5.6 peratus).

Negara-negara utama yang mengeksport barangan ke Malaysia termasuk ASEAN (24.6 peratus), Jepun (13.2 peratus), China (13.1 peratus), EU (11.6 peratus), AS (10.5 peratus), Taiwan (5.6 peratus), Korea Selatan(4.7 peratus), Asia Barat (4 peratus) dam Hong Kong (2.6 peratus).
Ewan_sn
Deposit perbankan naik kepada RM7b

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Deposit sistem perbankan mencatat peningkatan sebanyak RM7 bilion pada Mei berbanding bulan sebelumnya sebanyak RM4.3 bilion.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Buletin Perangkaan Bulanannya bagi bulan Mei berkata, peningkatan tersebut mencerminkan penempatan deposit yang lebih tinggi oleh institusi kewangan, individu dan badan berkanun.

‘‘Peningkatan deposit oleh institusi kewangan perbankan domestik dan asing mengimbangi deposit institusi kewangan bukan bank yang lebih rendah,’’ kata BNM.

BNM berkata, peningkatan deposit tersebut melibatkan deposit tetap dan deposit perbankan Islam.


Ewan_sn
Medan minyak laut dalam mula operasi


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Syarikat petroleum nasional, Petronas mengumumkan bahawa medan minyak laut dalam pertama negara memulakan operasi pengeluarannya hari ini.

Petronas dalam satu kenyataan berkata, kadar pengeluaran awal lapangan minyak tersebut adalah pada purata 20,000 tong sehari dan dianggarkan mampu mencecah sehingga 120,000 tong sehari menjelang hujung tahun 2008.

“Minyak mentah dari lapangan ini akan disalurkan menerusi pelantar terapung, Kikeh Truss Spar ke kemudahan Pengeluaran, Penyimpanan dan Pemunggahan Terapung (FPSO) Kikeh bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan, sebelum dipunggah ke kapal pengangkut untuk dieksport,” katanya.

Medan minyak Kikeh terletak di Blok K, kira-kira 210 kilometer dari Kota Kinabalu, di kawasan kedalaman air sekitar 1,300 meter, katanya.

“Projek pembangunan lapangan laut dalam yang kompleks ini merupakan satu pencapaian yang bermakna bagi Petronas dan kontraktor yang terlibat dalam perkongsian pengeluarannya termasuk Murphy Oil Corporation dan Petronas Carigali Sdn. Bhd.

“Murphy Oil merupakan pengendali lapangan ini dengan memiliki sejumlah mega_shok.gif peratus kepentingan, manakala Petronas Carigali memegang selebihnya,” jelasnya.

Projek tersebut telah dibangun dan disiapkan mengikut jadual dan bajet yang telah ditetapkan, katanya.
Ewan_sn
Perdagangan Malaysia-China cecah RM175 bilion


KUALA LUMPUR 6 Sept. – Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China dijangka mencecah AS$50 bilion (RM175 bilion) menjelang 2010, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini.

“Jumlah berkenaan mewakili suku jumlah perdagangan Asean-China,” kata Ong, yang juga presiden MCA, pada Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Perbadanan Perdagangan China Guangdong-Malaysia 2007 di sini.

Tahun lepas, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah tahap tinggi baru sebanyak AS$37 bilion (RM100 bilion), naik 21 peratus daripada 2005.

Ong berkata, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor selatan dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) akan menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai rakan dagang terbesar China di rantau Asean.

“WPI terutamanya akan menarik usahawan China memandangkan ia mengikut model Zon Ekonomi Khas Shenzen di China.

“Selain daripada perdagangan dua hala dan pelaburan yang didorong oleh hubungan Malaysia-China yang baik, komuniti perniagaan China akan mendapat manfaat daripada pelbagai insentif dan faedah apabila mereka melabur di Malaysia,” katanya.

Sebanyak 39 syarikat dari China menandatangani kontrak perdagangan dengan firma Malaysia hari ini pada persidangan itu.

– Bernama


Ewan_sn
Pendapatan Pengarah Genting RM93j setahun
Senarai syarikat yg membayar upah tertinggi di Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Genting Bhd. (Genting) merekodkan pembayaran upah tahunan tertinggi kepada pengarah iaitu antara RM92.55 juta hingga RM92.6 juta atau secara amnya lebih kurang RM7.7 juta sebulan atau RM253,000 sehari.

Resort World Bhd., anak syarikat Genting turut membayar upah tahunan yang tinggi kepada pengarahnya lebih daripada RM44.5 juta seorang.

Majalah perniagaan tempatan, Malaysian Business dalam satu kenyataan berkata, Genting tidak menamakan pengarah tersebut.

Namun berdasarkan kedudukan dalam senarai lembaga pengarah Genting, pengarah berkenaan adalah Tan Sri Lim Kok Thay yang merupakan Pengerusi, Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat terbabit.

Selain itu, Genting merupakan syarikat yang mencatat rekod peratus peningkatan upah tertinggi bagi pengarah-pengarahnya pada 2006.

Mengikut kaji selidik tahunan Malaysian Business, tempat ketiga yang membayar upah tahunan tertinggi kepada pengarah selepas Genting dan Resort World ialah IOI Corporation Bhd. yang membayar antara RM18.85 juta hingga RM18.90 juta.

Tempat keempat tertinggi upah tahunan kepada pengarah ialah Berjaya Sport Toto Bhd. antara RM11.8 juta hingga RM11.85 juta dan tempat kelima DRB-Hicom Bhd. antara RM9.4 juta hingga RM9.5 juta.

Malaysian Business berkata, sejumlah 20 syarikat disenaraikan membayar upah tahunan tertinggi kepada lembaga pengarah masing-masing.

Bumiputera-Commerce Holdings Bhd. menyertai senarai 20 syarikat tersebut yang memberi kenaikan besar upah kepada pengarahnya, tambah kenyataan itu.

Sementara itu, eksekutif-eksekutif atasan OSK Holdings Bhd., Star Publications (M) Bhd., SP Setia Bhd. dan Hwang-DBS (M) Bhd. juga menerima pakej upah yang besar pada 2006, kata Malaysian Business.

Paling menarik, tambah majalah tersebut, Pengerusi Public Bank Bhd. (Public Bank), Tan Sri Teh Hong Piow tidak tersenarai pada tahun ini, sebaliknya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tay Ah Lek merupakan penerima bayaran upah tertinggi bagi pengarah dalam syarikat perbankan.

Menurut Malaysian Business, Ah Lek menerima RM8.05 juta pada 2006 iaitu RM5.53 juta sebagai pengarah dan RM2.52 juta daripada saham opsyen, sebaliknya Hong Piow sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif tidak melaksanakan opsyen beliau pada tahun lalu kerana telah melaksanakannya pada 2005.

Oleh itu, jumlah bayaran upah pengarah Public Bank susut sebanyak 36 peratus pada 2006 daripada RM41.9 juta kepada RM26.6 juta, katanya.

Sementara itu, British American Tobacco (M) Bhd. dan Texchem Resources Bhd. terkeluar daripada senarai 20 syarikat teratas, tambahnya.

Menurut majalah itu, kaji selidik itu dibuat ke atas 639 syarikat dengan jajaran upah melebihi RM300,000 seperti yang dinyatakan dalam laporan kewangan masing-masing.

Malaysian Business berkata, apa yang paling menarik terdapat sebilangan syarikat yang mengalami kerugian besar tetapi masih membayar upah tinggi kepada pengarahnya.


Ewan_sn
Watsons kenal pasti 100 lokasi strategik cawangan baru


KUALA LUMPUR 12 Okt. – Watson’s Personal Care Stores Sdn. Bhd. (Watsons), pengedar barangan penjagaan diri dan kesihatan telah mengenalpasti kira-kira 100 lokasi strategik untuk dijadikan cawangan terbarunya bagi perancangan masa depan syarikat.

Pengurus Besarnya, Neil Maffey berkata, buat masa ini, Watsons memiliki 213 cawangan di seluruh negara dan antara rangkaian terbaru yang dibukanya ialah di pusat membeli belah Pavilion, Bukit Bintang di sini.

Menurutnya, melalui pembukaan lebih banyak cawangan Watsons, syarikat mengunjurkan pertumbuhan dua angka bagi perolehannya pada tahun ini.

‘‘Kami optimis untuk terus mencatat pertumbuhan yang baik setiap tahun kerana sokongan daripada pelanggan di sini adalah baik.

‘‘Kami bangga kerana pasaran di Malaysia adalah penyumbang terbesar bagi perolehan kumpulan yang beribu pejabat di Hong Kong,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Watsons, Watson Exfoliating Body Wash dan Lip Balm, di sini baru-baru ini.

Watsons mula beroperasi di Johor Bahru, Malaysia pada tahun 1995 dan menurutnya, cawangan tersebut masih beroperasi sehingga kini.

Maffey berkata, selain Malaysia, Watsons juga beroperasi di 37 buah negara seluruh dunia dengan melibatkan pembukaan 7,mega_shok.gif0 cawangan di negara-negara berkenaan.

Negara berkenaan merangkumi China, Taiwan, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Lebih menarik lagi, Watsons di negara ini juga telah menghasilkan dua jenis produk keluaran sendiri atas nama Watsons untuk dieksport ke negara-negara berkenaan.

Produk terbarunya ialah Exfoliationg Body Wash dan yang sebelum ini ialah rangkaian sabun mandian Watsons.


Ewan_sn
Wendy's Restoran, Starbucks Coffee dan Kenny Rogers Roasters - Milik Berjaya Group

Oleh Shahrizan Salian

BERJAYA Corporation Bhd (BCorp), melalui anak syarikatnya Nadi Klasik Sdn Bhd (Nadi Klasik) memeterai perjanjian pembangunan (DA) dengan Wendy's International Inc.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam, BCorp berkata, perjanjian itu membolehkan Nadi Klasik diberikan hak untuk membangun dan mengendalikan francais restoran Wendy's di Malaysia.

Katanya, Nadi Klasik mensasar membuka kira-kira 70 cawangan restoran Wendy's dalam tempoh 10 tahun akan datang dan syarikat berkenaan mempunyai opsyen untuk memeterai DA baru selepas tempoh asal perjanjian itu luput.


"Perbelanjaan model bagi pembukaan francais ini dijangka menggunakan dana dalaman syarikat dan melalui pinjaman," katanya dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, semalam.

BCorp menjelaskan, pembukaan restoran Wendy's itu juga adalah bagi melengkapi operasinya dalam sektor makanan dan minuman (F&B) melalui jenama terkenal yang diuruskannya sebelum ini seperti Starbucks Coffee dan Kenny Rogers Roasters.

Restoran Wendy's adalah salah satu operasi francais restoran paling berjaya dalam industri Restoran Khidmat Pantas (QSR) dengan kira-kira 6,600 cawangannya di pasaran Amerika Utara dan antarabangsa.

Baru-baru ini, ia membuka pejabatnya di Hong Kong bagi memberi khidmat kepada rakan kongsi francais, pembekal dan pekerjanya di rantau ini.


This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.