Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Johor - Banjir Paling Teruk Dalam 100 Tahun
Mesra.net Forum > Politics > Politik Setempat > Johor
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11
Nur As'Syura
QUOTE(giRl_keWell @ Dec 26 2006, 04:28 PM)
kesian kan..bwk byk2 bersabar yer...dugaan tuh.....

aku plng gerun boyer tuh.....dah mcm citer jumanji plak nanti......... unsure.gif

dah ada ker kes kena baham dek buaya??.....
onecity
QUOTE(Nur As'Syura @ Dec 27 2006, 01:26 PM)
QUOTE(giRl_keWell @ Dec 26 2006, 04:28 PM)
kesian kan..bwk byk2 bersabar yer...dugaan tuh.....

aku plng gerun boyer tuh.....dah mcm citer jumanji plak nanti......... unsure.gif

dah ada ker kes kena baham dek buaya??.....

beberapa ekor ayam ternakan dah jadi mangsa buaya... manusia blum lagi...
onecity
QUOTE(Nur As'Syura @ Dec 27 2006, 01:26 PM)
QUOTE(giRl_keWell @ Dec 26 2006, 04:28 PM)
kesian kan..bwk byk2 bersabar yer...dugaan tuh.....

aku plng gerun boyer tuh.....dah mcm citer jumanji plak nanti......... unsure.gif

dah ada ker kes kena baham dek buaya??.....

ada.... ayam ternakan yang jadi mangsa buaya skrg ni... manusia blum lagi.. minta2 di jauhkanlah...
gelas_plastik
QUOTE(Didiharaiss @ Dec 27 2006, 12:42 PM)
QUOTE(gelas_plastik @ Dec 27 2006, 12:40 PM)
Pak Lah mane? tgh cuti lagi?

aussie

Pak Lah takut air kut? dulu tsunami dia lari .. ni banjir pun dia lari ..
Ewan_sn


Unit bantuan PAS Johor sdg solat berjamaah sewaktu operasi menyelamat..
masMerah
nak sujud kalo cam ne?
reformist101
Premier treatment for Perth restaurant

Beh Lih Yi
Jan 10, 07 2:43pm




Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi was opening a nasi kandar restaurant in Australia last month, at a time when disastrous floods hit Malaysia’s southern region.

According to a report in the Jan 5 edition of the Perth weekly community free paper, Asia Times, Abdullah was in the city to open the ‘Puteri Nasi Kandar’ restaurant on Dec 29.

The report entitled ‘A meal fit for a princess’ was published alongside several photos showing Abdullah opening the restaurant and sampling the food.

A Malaysian reader of the newspaper told malaysiakini: “(At a time when parts of) Johor were under water (resulting in) 17 casualties, I was unable to swallow (the reports and photos).”

The restaurant is substantially owned by Abdullah’s brother, Ibrahim, and a Malaysian corporate figure Lim Ewe Jin, according to the report.

Lim, the founder of Lejadi Group which provides water management and privatisation services, is also co-founder of Powertek Bhd, an independent power producer in Malaysia.

Seventeen people died and more than 90,000 were evacuated at the height of the floods triggered by torrential rain, and which engulfed whole towns and villages in five states.

Abdullah had made a one-day visit to Johor - the worst-hit state - on Dec 23 after an official visit to Venezuela. He then reportedly left for Australia for a holiday.

Explaining his absence, Abdullah said he had kept in constant contact with his deputy Najib Abdul Razak, who heads the national disaster management and relief committee.

“There was no problem. During the floods, Najib discharged his duties and I monitored the situation from abroad. Anyway, I am back now,” he was quoted as saying in Chinese daily Nanyang Siang Pau yesterday.

Abdullah said that, as he had led the committee previously as deputy premier, he was familiar with the mechanism and was therefore able to keep track of developments.

According to the report, the explanation was provided when he was asked to comment about flood victims who had voiced unhappiness that he had continued his holiday abroad despite the ‘red alert’ at home.

His statement was only reported by Chinese dailies.

Last month, DAP Johor leader Dr Boo Cheng Hau had urged Abdullah to consider sacking ministers who were on vacation during the catastrophe.

(source: malaysiakini.com)

//Patut le cuti lama.. dok pekena nasik kandaq.. sampai tak mau balik awai tengok rakyat derita pasal banjiq..
kodok
dia org penang kena sapot nasi kandaq ni..lg pun brader dia ade share dlm restoran nasi kandaq terbelahaq ni..kalo dia x sapot sape lg nak sapot?samy bulu??khir toyo??
Ewan_sn
tu dia...baik punya PM kita....dia suka tlg org kan..
gelas_plastik
Pak Lah mmg sesuai ngan keja2 camni .. meniaga nasi kandaq ..
dia langsung x sesuai jadik PM ..
Ewan_sn
Di manakah para pemimpin negara ketika rakyat dilanda banjir?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perjalanan Perth beberapa jam selepas beliau pulang dari lawatan rasmi ke Turki dan Mediterranean. Abdullah mendakwa beliau memantau banjir dari jauh .

Dalam kabinet Abdullah, tujuh dari mereka adalah wakil-wakil rakyat di Johor. Di mana mereka? Saya dan pembaca saya dapat mengesan hanya beberapa orang sahaja, mungkin anda boleh membantu jika anda tahu.


Ahli Parlimen Pagoh merangkap Menteri (Pertanian) Muhyiddin Yassin hanya menunjuk muka selepas banjir melanda.

Ahli Parlimen Kota Tinggi merangkap Menteri (Luar) Syed Hamid Albar tidak kelihatan dalam akhbar-akhbar ketika banjir.

Ahli Parlimen Tanjung Piai merangkap Menteri (Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Ong Ka Ting sedang menikmati cuti di luar negara dan memasang alat 'kawalan jauh' dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar melalui para pembantunya di dalam negara.

Ahli Parlimen Sembrong merangkap Menteri (Pelajaran) Hishammuddin Hussein?

Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri (Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Khaled Nordin ?

Ahli Parlimen Labis merangkap Menteri (Kesihatan) Chua Soi Lek?

Ahli Parlimen Penggerang merangkap Menteri (Belia dan Sukan) Azalina Othman Said?

Bagaimana dengan anggota Exco kerajaan negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)?

Juga dilaporkan bahawa kira-kira 40 orang ahli Majlis Perbandaran Kluang sedang dalam lawatan rasmi di Shanghai sejak 22 Disember, lima hari selepas banjir besar melanda Johor.
changjin
dah start banjir dah....
tadi kat kawasan banjir on the way changjin gi keje air dah naik..
maybe diorang dah pindah pun...
kesian diorang.....

agaknye... mesti diorang trauma bila hujan.... sad.gif
azai
malam tadi kluar gi.... area kg kat PUB tu sian sgt pkl12 mlm makcik2 baby dok berujan tunggu dipindahkan ke pusat..tunggu JPA 3..sian sgt.. baby2 pun basah gak tgh mlm... yg mn ade kete ble.. naik kete.. yg mn xde dok kat pondok tunggu bas... sad.gif
kedai kete kat skudai tu da tenggelam .. skudai parade bwh tu pun tenggelam... kg laut.. nampak bumbung jerr sian...
esjeizekri
pak lah bimbang negara akan banjir lg...
apa nak bimbang pak lah.. banjir lg gi lah ostolia semula..
ekekekeke...
changjin
hujan makin lebat tgh hari nih....

kesiannye diorag yg terlibat ngan banjirr... sad.gif sad.gif
MisTerMark
QUOTE(masMerah @ Dec 31 2006, 09:54 PM)
nak sujud kalo cam ne?

tak perlu sujud,
buat isyarat gune bdan/kepala je
mcm solat time perang.
wink.gif
MisTerMark
QUOTE(reformist101 @ Jan 10 2007, 03:05 PM)
Premier treatment for Perth restaurant

Beh Lih Yi
Jan 10, 07 2:43pm



 
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi was opening a nasi kandar restaurant in Australia last month, at a time when disastrous floods hit Malaysia’s southern region.

Nasi Kandar, Penang lebih penting dari Banjir, Orang Johor...
down.gif
ampeh paklah...
Ewan_sn


Arus deras merobohkan jambatan Sungai Semberong yang terletak berhampiran Kampung Sri Cahaya mengakibatkan hubungan jalan raya di antara Kluang dan Mersing terputus akibat banjir yang melanda daerah Kluang, Johor, semalam.
Ewan_sn
mega_shok.gif,000 dipindah

JOHOR BAHRU 13 Jan. – Keadaan banjir gelombang kedua di Johor bertambah buruk hari ini apabila hampir mega_shok.gif,000 penduduk negeri ini terpaksa dipindahkan di 301 buah pusat penempatan sementara.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkata, jumlah pemindahan itu merupakan yang tertinggi sejak negeri ini dilanda banjir kali kedua kelmarin.

Lebih memeritkan ialah penduduk di daerah Kota Tinggi terputus semua laluan jalan raya ekoran hujan lebat yang turun sejak tiga hari lalu. Di sesetengah tempat di Kota Tinggi paras banjir mencecah setinggi 5.1 meter.

Banjir itu juga menyebabkan sebuah jambatan di Batu 5 Jalan Kluang-Mersing runtuh selepas dihanyutkan arus deras Sungai Semberong kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Kejadian itu mengakibatkan laluan antara Kahang dan Kluang serta laluan keluar masuk ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Padang Hijau, Kahang terputus.

Kem itu yang menempatkan lebih 400 pelatih PLKN, bagaimanapun, beroperasi seperti biasa kerana ia terletak di kawasan tinggi yang tidak terkena banjir.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, jumlah hujan yang dicatatkan di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Kluang sejak tiga hari lepas menyamai jumlah hujan selama dua bulan di daerah-daerah tersebut.

“Banjir pusingan kedua ini telah membabitkan kawasan baru iaitu Semerah dan Rengit,” katanya kepada pemberita selepas menaiki trak tentera melawat kawasan banjir di Kluang.

Jabatan Meteorologi memberitahu, keadaan banjir di utara Johor terutama di daerah Segamat dan Muar dijangka bertambah buruk berikutan keadaan hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu.

‘‘Hujan lebat yang dibawa Monsun Timur Laut yang masih aktif dijangka turut melibatkan seluruh negeri Pahang dan selatan Terengganu,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Jabatan Meteorologi mengingatkan, amaran peringkat merah yang menandakan hujan lebat berterusan di Johor, Pahang Selatan dan Timur serta di Sarawak yang meliputi bahagian Kuching, Sri Aman, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Limbang masih berkuat kuasa sehingga Isnin.

Bagaimanapun, amaran peringkat merah bagi Sabah yang meliputi bahagian Pantai Barat, kawasan pedalaman Kudat dan Sandakan hanya berkuat kuasa sehingga esok.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir IPK Johor berkata, sehingga pukul 11 malam ini jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ialah 77,579 orang membabitkan 17,263 keluarga. Daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi pada sebelah petang iaitu seramai 20,299 orang tetapi ia berkurangan kepada 17,557 menjelang tengah malam.

Ini diikuti daerah Kluang (16,001 orang), Batu Pahat (16,143 orang), Kota Tinggi (11,066 orang), Segamat (6,087 orang), Muar (3,097 orang), Pontian (2,763) dan Mersing (4,865 orang).

Beliau berkata, beberapa laluan utama di negeri Johor turut terputus hubungan kerana dinaiki air setinggi satu meter sejak semalam.

Menurutnya, jalan-jalan itu ialah di Kilometer 3 Jalan Yong Peng-Chaah, Kilometer 26 Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam, Jalan Kluang ke Bandar Tenggara, Jalan Labis-Yong Peng, Jalan Labis-Muar.

‘‘Jalan Parit Sulong-Muar dibuka untuk kenderaan berat sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Jailani Rusni berkata, sebanyak 21 buah sekolah di beberapa daerah turut dinaiki air dan beliau menjangkakan bilangannya akan meningkat esok.

Katanya, sebanyak 82 buah sekolah pula dijadikan pusat penempatan mangsa-mangsa banjir.

Menurut Jailani, banjir kali kedua itu juga menyebabkan seramai 8,572 murid sekolah rendah dan menengah terjejas.

................................................................................
............................................................................

Di PAHANG, banjir kali kedua mula melanda negeri itu hari ini dengan 462 orang dipindahkan ke empat pusat penempatan banjir sementara yang dibuka mulai pukul 1 tengah hari.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang berkata, banjir yang berlaku di daerah Rompin itu melibatkan empat penempatan iaitu di Kampung Kurnia, Perpat, Rekoh dan Bukit Seruk yang terletak berhampiran dengan Sungai Setajam dan Sungai Kampung Bukit Seruk.

Di Sabah, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Muhiden Yusin memberi kebenaran kepada pengetua dan guru besar sekolah yang dilanda banjir untuk menutup sekolah mereka sekiranya keadaan membahayakan keselamatan pelajar.

‘‘Mereka boleh mengeluarkan arahan menutup sekolah pada bila-bila masa mengikut penilaian sendiri,’’ katanya.

Semalam, tiga buah sekolah rendah di daerah Beluran iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai, SK Sulok dan SK Perancangan telah ditutup selepas dinaiki air.
Ewan_sn
46 sekolah di Johor terpaksa ditutup
12-01-2007 07:21:45 PM

JOHOR BAHARU: Sebanyak 46 buah sekolah di seluruh negeri Johor ditutup hari ini berikutan keadaan banjir bertambah buruk.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Johor 31 ditutup kerana dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir, 12 daripadanya ditutup kerana dinaiki air sementara yang lainnya ditutup kerana laluan ke sekolah terbabit dinaiki air.

Di daerah Batu Pahat, sekolah yang ditutp ialah SK Seri Bulan, SK Senggarang, SK Seri Bengkal, SK Rejo Sari, SK Sepakat Jaya dan SK Bukit Kuari.

Sekolah terbabit di daerah Johor Baharu pula ialah SK Bukit Mutiara, SJKC Pu Sze, SK Masai, SK Permas Jaya 1, SK Taman Daya 2, SK Kg Pasir, SK Mohd Khir Johari, SMK Taman Pasir Putih, SK Skudai Batu 10, SK Maju Jaya, SK Kangka Tebrau, SJK(T) Ladang Tebrau dan SJK© Tiram.

Di daerah Kota Tinggi, sekolah terbabit ialah SK Sungai Telor, SK Semangat, SM Teknik, SK New Kota, SK Mawai, SK Nam Heng dan SMK Kota Jaya, SK Bandar dan SJK© Pei Hwa.

Di daerah Segamat, sekolah yang ditutup ialah SK Kampong Tengah, SK Seri Bali, SK Sawah Bahru, SK Segamat Kechil dan SMK Chaah.

Di daerah Kluang, sekolah yang ditutp ialah SK Seri Kencana, SK Sungai Linau, SK Jubli Intan, SK Bandar Renggam, SK Seri Kampong Renggam, SJK© Ping Ming, SK Punan dan SK Ladang Mutiara.

Di daerah Mersing pula, hanya SK Peta sahaja yang ditutup kerana banjir, sementara di daerah Muar sekolah yang ditutup adalah SK Paya Redan.

Di daerah Kulai, hanya satu sekolah, SJK© Selong ditutup, sementara di Pontian, tiga sekolah ditutup iaitu SK Melayu Raya, SK Seri Bunian dan SK Bukit Panjang
Ewan_sn
Bah di Johor meruncing, 46 sekolah ditutup
12-01-2007 11:04:02 PM

JOHOR BARU: Kota Tinggi sekali lagi ditenggelami air sehingga paras dada menyebabkan bandar bersejarah itu hanya boleh dihubungi melalui Jalan Johor Baru-Sungai Sayong-Kota Tinggi.

Air dari Sungai Johor, yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi, mulai melimpah ke tebing. Ia juga melepasi paras bahaya 2.8 meter dengan bacaan terkini 2.9 meter.



Foto ini kelihatan kabur akibat langit mendung dan hujan lebat mencurah-curah di Kota Tinggi hari ini. Dua lelaki menyelamatkan diri di atas bumbung sementara menunggu dipindahkan. (foto Sin Chew)

Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi Abdul Razak Mohammad berkata hujan yang berterusan sejak semalam dan bertembung pula dengan keadaan air pasang pukul 5 petang tadi menyebabkan aliran air sedang melimpah ke Taman Kota Jaya.

"Sehingga kini sebanyak 15 pusat perpindahan banjir telah dibuka dengan menempatkan 1,999 orang," katanya.

Katanya jalan ke Mersing pula hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja kerana paras air yang dalam di Jalan Mersing-Sri Perani adalah setinggi 0.5 meter.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Johor berkata, 46 buah sekolah di seluruh negeri Johor ditutup hari ini berikutan keadaan banjir bertambah buruk; 31 ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir, 12 daripadanya kerana dinaiki air sementara tiga lagi ditutup kerana laluan ke sekolah dinaiki air. [Lihat berita: 46 sekolah di Johor terpaksa ditutup ]

Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail berkata operasi balai polis Plentong di Johor Baru terpaksa dipindahkan berikutan balai itu dinaiki air setinggi dua meter sehingga menyebabkan beberapa kelengkapan balai berkenaan termasuk kerusi dan meja mengalami kerosakan manakala sistem komputer turut terjejas.

Sehingga kini, tiada sebarang kes terbaru mengenai kejadian lemas dilaporkan akibat bencana itu. Angka kematian akibat banjir kekal 15 orang sejak bencana itu melanda kira-kira tiga minggu lepas.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata 18,753 mangsa kini berada di 107 pusat pemindahan berbanding 16,855 di 93 buah pusat pemindahan tengah hari tadi.

Daerah Kluang mencatatkan pemindahan tertinggi dengan seramai 6,482 orang diikuti Johor Baru Selatan dengan 5,720, Johor Baru Utara (3,021), Kota Tinggi (1,999), Batu Pahat (913), Segamat (465), Pontian (91) dan Mersing (62).

Hujan yang masih berterusan menyebabkan beberapa jalan di sekitar bandar raya ini ditenggelami air setinggi 0.3 hingga 0.5 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan berat. [Lihat berita: Hujan lebat mendadak, berlarutan hingga Isnin ]


Dua penduduk Kampung Berembang di Johor Baru duduk di atas bumbung kereta Kancil sementara menanti bantuan. (foto The Star)

Katanya jalan yang terlibat adalah susur keluar Lebuhraya Pasir Gudang ke Taman Daya, Jalan Kangkar Tebrau-Plentong, Jambatan Plentong-Masai, Batu 15 Kampung Tenang-Jalan Sungai Tiram, Jalan Kampung Oren dan Jalan Tebrau-Kampung Sri Purnama-Majidee.

Di Kluang, jalan yang ditutup adalah Jalan Kahang-Kampung Peta berikutan jambatan Sungai Daah ditenggelami air setinggi 2.1 meter, Jalan Sawi di Kampung Yap Tau Sah ditenggelami air setinggi 0.3 meter dan Jalan Ladang Sungai Tawing-Paloh, 0.5 meter.

Di Kota Tinggi pula jalan yang dinaiki air adalah Km 24 dan Km 26 Jalan Kota Tinggi-Kulai yang dinaiki air setinggi 0.3 meter, Km 32 Jalan Bandar Tenggara-Kluang (0.3m), Jalan Tun Seri Lanang di pusat bandar Kota Tinggi (0.7m), Km 24 Jalan Mawai-Kota Tinggi (0.3m) dan Jalan Tun Habab di pusat bandar Kota Tinggi (0.7m).

Di Segamat, hanya Km 3 Jalan Felda Moakil ditutup akibat air setinggi 0.3 meter.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) Sdn Bhd, Jamaluddin Jamil berkata bekalan air ke seluruh negeri tidak terjejas.

Di Batu Pahat, paras air di Empangan Semberong hari ini mencecah 12.92 meter, satu paras yang tidak pernah dicatatkannya sejak empangan itu dibina pada 1984.

Menurut pekerja-pekerja empangan tersebut, paras tersebut melebihi 0.92 meter dari paras bahayanya pada 12 meter dan mengakibatkan air empangan itu melimpah ke Sungai Semberong berhampiran.

Sungai Semberong mengalir ke beberapa bahagian di Batu Pahat seperti Parit Sulong, Yong Peng dan Air Hitam.
Ewan_sn

Sampan pun boleh sampai di stesen minyak apabila bah mula menenggelamkan Kota Tinggi hari ini. (foto Sin Chew)
Ewan_sn


Bah tidak pernah memilih tempat -- 46 buah sekolah setakat petang tadi telah ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda Johor hari ini. Sebuah sekolah di Kota Tinggi dinaiki air melebihi paras lutut siang tadi. (foto Sin Chew)
Ewan_sn


Penduduk Kampung Berembang di Pandan, Johor Baru sempat berlindung dari hujan sementara meneruskan usaha menyelamat barang-barang mereka dengan sampan. Manakala paras air semakin tinggi. (foto The Star)
Ewan_sn


Kampung Kangkar Tebrau, Johor Baru hari ini ditenggelami air lagi selepas bencana bah besar pada kali pertama pada 19 Dis. (foto The Star)
Ewan_sn


Orang ramai meredah banjir di tengah bandar Kota Tinggi hari ini. Menurut laporan petang tadi, air telah mencecah paras dada dan bandar ini terputus hubungan selepas semua jalan kecuali satu ditenggelami bah. (foto The Star)
Ewan_sn


Firdaus Latiff, 27, (kiri) berkampung di bawah khemah sementara, dengan barang-barang yang sempat dipindahkan selepas rumahnya di Kampung Berembang, Pandan di Johor Baru digenangi air hari ini. Di wajahnya yang sugul terbayang keresahan.
Ewan_sn


Mangsa banjir Kota Tinggi hari ini berbaris untuk mendaftar diri (belakang), sementara ahli-ahli keluarga mereka berehat, di Dewan Kota Kechil selepas hujan lebat dua hari menenggelamkan kediaman mereka.
Ewan_sn
Memang sudah nasib badan, penduduk Johor di beberapa daerah kini menghadapi bah besar sekali lagi selepas bah pada 19 Dis lalu yang berlarutan sehingga tiga minggu. Lebih mega_shok.gif,000 penduduk dipindahkan di kemuncak bencana alam tersebut
Ewan_sn


Kakitangan bilik gerakan ADUN Pasir Raja, Datuk Halimah Sadique, membentuk rantai manusia untuk memudahkan kerja-kerja memunggah barang-barang keperluan mangsa banjir ke sebuah lori hari ini di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi. (foto The Star)
Ewan_sn


Kota Tinggi ditenggelami air hari ini. Tiga minggu lepas bandar ini boleh diibaratkan kota Venice, Itali yang hanya boleh dihubungi melalui jalan air. (foto China Press)
Ewan_sn


masih ada kesempatan untuk menjala, sambil mengambil risiko berdiri di tepi tebing runtuhan tanah yang sedang dihakis air deras. (foto The Star)
Ewan_sn


Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat Felda Ulu Penggli terhakis teruk sepanjang 50m akibat arus deras. Jalan ini pernah terputus dalam bah besar tiga minggu lalu sepanjang 20m. Tetapi bagi lelaki ini .... (foto The Star)
Ewan_sn


Orang ramai, termasuk kanak-kanak, geli hati melihat gelagat seekor babi hutan -- yang cuba menyelamatkan diri di tengah-tengah bah besar -- melintas jalan yang ditenggelami air di Kota Tinggi hari ini. (foto Sin Chew)
Ewan_sn
Jambatan hanyut dibawa arus deras
13-01-2007 03:17:24 PM

KLUANG: Sebuah jambatan di Batu 5 Jalan Kluang-Mersing runtuh selepas dihanyutkan arus deras Sungai Semberong kira-kira pada 4 pagi tadi.

Menurut jurucakap balai polis Kampung Gajah, kejadian itu mengakibatkan laluan antara Kahang dan Kluang serta laluan keluar masuk ke kem Program Latihan Negara (PLKN) di Padang Hijau, Kahang terputus.

Kem terbabit yang menempatkan lebih 400 pelatih PLKN bagaimanapun beroperasi seperti biasa kerana ia terletak di kawasan tinggi dan tidak terkena banjir, katanya.

Sementara itu di KOTA TINGGI, pengguna jalan raya yang melalui Jalan Kota Tinggi-Johor Baru terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk selepas tujuh kejadian tanah runtuh di kesan berlaku di sepanjang jalan itu.

Pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan kontraktor swasta sedang membersihkan kawasan runtuhan itu.

Di SEGAMAT, hujan lebat tidak menghalang kira-kira 1,200 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat untuk berbakti kepada masyarakat di beberapa buah kampung di daerah ini yang terjejas akibat banjir.

Kesemua pelajar tersebut yang menyertai Program Gotong-royong Perdana 2007 di Paya Pulai, di sini kelihatan bersemangat walaupun terpaksa meredah hujan lebat mengutip sampah-sarap yang tersadai akibat dibawa arus banjir di kawasan perumahan penduduk.

Pemangku Pengarah UiTM Johor Prof Madya Zaluddin Sulaiman berkata program itu turut dijayakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Daerah Segamat, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, anggota Parlimen Kawasan Sekijang, iaitu kawasan yang paling teruk terjejas di daerah Segamat, Datuk Baharum Mohamed yang turut turun padang menyertai program itu berkata, bantuan daripada pelbagai pihak untuk membersihkan kawasan yang dilanda banjir amat menggalakkan.

"Kini kita lebih bersedia berbanding sebelum ini. Penduduk dipindahkan lebih awal. Untuk program pembersihan hari ini, kita tumpu kepada beberapa buah kampung yang terjejas teruk akibat banjir," katanya.

Sehingga pukul 10 pagi ini, mangsa banjir di seluruh daerah ini yang dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan yang disediakan meningkat kepada kira-kira 2,494 berbanding 340 orang semalam.
Ewan_sn


Sambil membawa barang peribadi, lelaki dan wanita ini meredah bah yang setinggi paras dada di Kota Tinggi hari ini. (foto China Press)
Ewan_sn


Kota Tinggi ditinjau dari udara hari ini. (foto ehsan MCA)
Ewan_sn


ADUN Pasir Raja, Datuk Halimah Sadique (kanan) bersama seorang pembantunya, memegang pembesar suara, menggesa penduduk di sebuah taman perumahan di Kota Tinggi supaya segera berpindah. Menurut satu laporan, penduduk berdegil untuk berbuat demikian sehinggalah di saat-saat akhir. (foto The Star)
Ewan_sn
Jangan main bah, 2 mati akibat air kencing tikus
14-01-2007 12:59:22 AM

KLUANG: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman mengingatkan orang ramai supaya tidak meredah air banjir kerana mereka boleh dijangkiti litpusspirosis, penyakit maut bawaan air banjir yang tercemar oleh air kencing tikus.

Beliau berkata telah disahkan dua orang meninggal dunia pada 6 Jan di Johor Baru akibat penyakit itu.

Penyakit itu boleh dijangkiti melalui air yang tercemar dengan air kencing tikus dan memasuki tubuh menerusi luka dan makanan, katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa pusat pemindahan banjir di sini, hari ini.

Menteri Besar menasihatkan orang ramai yang mengalami simptom penyakit itu termasuk demam, suhu badan yang tinggi serta sesak nafas supaya segera mendapatkan rawatan.

Beliau juga berkata keadaan banjir kali kedua di Johor dijangka bertambah buruk dalam tempoh tiga hari akan datang ini berikutan hujan lebat akibat tiupan angin monsun.

Katanya kadar taburan hujan di Johor pada 11, 12 dan 13 Jan ini adalah lebih lebat berbanding keadaan pada 18, 19 dan 20 Dis lepas yang mengakibatkan banjir besar di negeri ini.

Abdul Ghani berkata laluan keluar masuk ke Kota Tinggi ketika ini juga telah terputus dan hanya boleh menggunakan helikopter.

Sementara itu di JOHOR BARU, KTM Berhad (KTMB) akan diminta mengkaji semula landasannya di atas Sungai Plentong yang dikatakan menjadi punca kawasan Plentong mudah dinaiki air banjir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy hari ini.

Katanya jambatan di mana landasan keretapi berada sekarang perlu diperluaskan agar air sungai di bawahnya dapat mengalir dengan lebih cepat untuk menggelakkan banjir.

Landasan keretapi kargo itu menghubungkan Pasir Gudang dengan landasan utama KTMB yang lain, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa pusat pemindahan banjir di sini.

Beliau berkata KTMB akan diminta mengemukakan laporan mengenai rancangan perluasan jambatan itu yang dianggarkan bernilai hampir RM9 juta.
Ewan_sn
Air banjir bawa penyakit


TENGGELAM: Mangsa banjir dibawa dengan bot melalui
kawasan menara jam Dataran Kota di Kota Tinggi
untuk dipindahkan semalam.

Dua meninggal kena jangkitan 'Leptospirosis'

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini, kini menghadapi ancaman penyakit dikenali sebagai Leptospirosis yang disebar melalui air kencing tikus, apabila dua kematian dilaporkan dipercayai akibat penyakit itu.

Dua lelaki dewasa berusia lingkungan 40-an dan lewat 60-an itu meninggal dunia pada 6 dan 8 Januari lalu, di Kangkar Tebrau dan Kampung Seri Purnama, di sini.

Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mahu semua mangsa banjir serta petugas di pusat pemindahan sementara menitikberatkan kebersihan dan mendapatkan suntikan pelalian dengan segera.

Beliau juga mengarahkan mereka yang menyediakan makanan di pusat pemindahan mendapatkan suntikan kepialu secara percuma yang disediakan Jabatan Kesihatan negeri.

Gelombang kedua banjir yang melanda Johor mulai kelmarin, bertambah buruk semalam apabila kira-kira 69,748 penduduk daripada 16,138 keluarga dipindahkan ke 273 pusat penempatan di semua lapan daerah sehingga jam 8 malam.

Serentak itu, semua agensi kerajaan pusat dan negeri diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas bandar Kota Tinggi ditenggelami air sekali lagi, dengan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir giat dijalankan.



TERKANDAS: Mangsa banjir menunggu di atas jambatan
untuk dipindahkan selepas paras air di Sungai
Johor naik sehingga paras bahaya petang semalam.

Keadaan itu dijangka kekal sehingga akhir minggu depan berikutan hujan monsun sederhana yang diramalkan turun berterusan mulai Isnin sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya berkata, keadaan banjir di utara Johor, terutama di daerah Segamat dan Muar, dijangka bertambah buruk berikutan keadaan hujan lebat tanpa henti di kawasan berkenaan sejak dua hari lalu.

Hujan monsun lebat dibawa Monsun Timur Laut yang masih aktif dijangka turut membabitkan seluruh Pahang dan Terengganu Selatan.

Ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut ke pusat pemindahan sementara sekitar bandar raya ini, dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Latiff Yusof, Abdul Ghani berkata, bakteria 'Leptospirosis' yang disebarkan melalui air kencing tikus bercampur banjir itu, mudah menjangkiti luka pada tubuh manusia.

"Dalam tempoh selepas banjir kali pertama pada 6 dan 8 Januari lalu, saya menerima laporan dua kes kematian akibat penyakit sama," katanya.

Beliau berkata, ada kemungkinan kedua-dua mangsa itu mempunyai luka di kaki atau badan mereka ketika pulang ke rumah masing-masing selepas air mulai surut dengan berjalan mengharung lopak air tanpa menyedari air kencing tikus bercampur dengannya.

"Mangsa yang terkena wabak ini, mengalami demam, cirit birit serta sesak nafas dan akan membawa kematian jika tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan segera," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Ghani mahu mangsa banjir yang mempunyai tanda awal wabak berkenaan supaya segera ke klinik atau hospital bagi mengelakkan sebarang komplikasi lebih serius.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata pihaknya akan lebih kerap melakukan lawatan berjadual di semua pusat pemindahan dan rumah mangsa banjir bagi mengelakkan wabak penyakit berjangkit.

“Dalam keadaan banjir seperti ini, bakteria Leptospirosis memang ada terutama dalam air yang tercemar. Selalunya, ia menjangkiti manusia jika luka dibasahi air tercemar itu,” katanya ketika dihubungi di Indonesia, semalam.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan sudah mengarahkan 1,400 anggotanya mengadakan lawatan berjadual di semua pusat pemindahan dan rumah mangsa banjir bagi memantau keadaan.
Ewan_sn
Jangan main bah, 2 mati akibat air kencing tikus

Fakta

- Leptospirosis adalah sejenis penyakit yang membabitkan bakteria yang yang dikenali Leptospira dan disebarkan melalui air kencing tikus.

- Pada peringkat awalnya, mereka yang dijangkiti bakteria itu mungkin dianggap selesema kerana tanda awal penyakit itu seperti demam, sejuk, sakit kepala, sakit otot dan batuk serta mungkin juga berlaku gatal-gatal, sakit tengkuk dan risau.

- Tanda awal penyakit mengambil masa 10 hari untuk dikesan dan dalam tempoh dua minggu, ia boleh menyebabkan penyakit kuning, meningitis dan juga komplikasi buah pinggang dan hati dan sehingga menyebabkan kematian.

- Penyakit itu mudah merebak dan boleh berjangkit melalui air yang tercemar selepas banjir.

- Penyakit ini boleh dirawat dengan dengan antibiotik termasuk penisilin, streptomysin, tetracycline atau erythromycin.
Ewan_sn
Ewan_sn


Water, water everywhere: An aerial view of a housing estate in Kota Tinggi town at 9am yesterday.
true love
cian kite tgk magsa2 banjir nie...

mg2 cptla musim hujan ni reda
Didiharaiss
siapa sangka yer..Johor yang membangun pesat gini dilanda banjir...Allah Maha Mengetahui... wink.gif
Ewan_sn


An aerial shot of Kampung Kangkar Tebrau submerged in floodwaters. It was like dejavu for the flood victims here who were just about to piece back their lives together when suddenly a second wave of downpour submerged their homes. - 13 January, 2007
Ewan_sn


An aerial shot of Kampung Kangkar Tebrau submerged in floodwaters. It was like dejavu for the flood victims here who were just about to piece back their lives together when suddenly a second wave of downpour submerged their homes. - 13 January, 2007
hanis_24
hanis org batu pahat johor...

sekarang kawasan kampung yang berhampiran dah banjir..

tempat hanis masil lagi selamat,tetapi harus bersdia..

sedangkan masa banjir pertama tiada apa yg berlaku sangat.

penduduk di kawasan sekitar tempat hanis telah di pindahkan ke sekolah agama dan sekolah kebangsaan..
tirmidzi
emm doakan semoga cepat surut... sedara aku ramai yg dok johor.. tapi alhamdulillah tak kena bah buat masa ni...cuma terputus hubungan jee
hanis_24
kesian tgk mangsa banjir kat cni..

banyak alami kerugian..

raja zarith sofea ptg td ada dtg melawat mangsa2 banjir..

anggota pbsm(ajk tinggi) batu pahat di minta bertemu dgn raja zarith di hotel katerina...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.