QUOTE(budakacamata @ Jan 24 2009, 03:06 AM)

salam bro zan..
saya baru sahaja membeli kancil secondhand yg sudah 150k mileage.
ex 850 auto.kereta bejalan lancar dan saya sudah menukar minyak itam, oil filter, timing belt,alignment.
soklan saya:
1) apa lagi pada pandangan bro zan boleh d lakukan dan berpatutan bagi memastikan kelancaran kancil itu
(sertakan anggaran kos sekali yeh

)
2) setahu saya kancil mmg xde power steering kan? ke yg baru ni (lampu bulat) ada? saya naik geram bila nak park berat .. so ada kemungkinan ke boleh d letakkan power steering? (kos anggaran please

)
3) macam mana nak bagi kancil jimat minyak? even myvi saya dgr jimat minyak

itu je untuk kali ni..saya pasti menyusul lagi .. thanx
wsalam.
apa yang anda sudah lakukan adalah baik dan memadai. syabas.
1.bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan masalah di masa hadapan saya cadangkan
a. tukar minyak gear auto dan penapisnya jika ada.
b. tukar penapis petrol. ni murah saja. sbb plastik. kalau kereta enjin EFI guna besi dan lebih mahal.
c. bersihkan air filter, jika kotor sangat tukar.
d. periksa spark plug. jika kelihatan teruk, tukar.
e. periksa ketebalan brek, bersihkan dari habuk dan tukar jika sudah menipis
f. periksa semua lampu dan pastikan berfungsi
g. periksa getah wiper. jika tidak elok, tukar.
h. periksa getah pada drive shaft, jika sudah koyak tukar segera.
2. kancil sebuah kereta yang ringan dengan tayar kecil. bila ia mula bergerak steering akan menjadi ringan dan mudah dikendalikan. justeru, perodua mahupun pengeluar asal iaitu daihatsu tidak memasang power steering (mungkin pada model TR-XX sbb tayarnya lebih besar. tapi sy krg pasti)
saya rasa mungkin kancil K4 (lampu bulat) yang menggunakan power steering. itu pun pada model EZi yang menggunakan enjin DOHC 12 valve dan EFI.
bila anda memasang power steering, beban terhadap enjin akan bertambah kerana penggunaan pam minyak hidrolik. kuasa enjin akan berkurangan.
3. kelebihan kancil ialah menjimatkan petrol untuk pemanduan di dalam bandar. kereta yang ringan membuatkan pikap jadi baik tanpa mengorbankan ekonomi.
tetapi disebabkan kapasiti enjin kecil, ia memang tidak sesuai digunakan utk perjalanan jauh terutamanya melinatkan kelajuan tinggi. cthnya pada kelajuan 100kmh, rpm enjin adalah sekitar 4,000rpm.
kelebihan myvi (dan juga viva) ialah selain dari menggunakan EFI utk menjimatkan petrol, ia juga memiliki DVVT (Dynamic Variable Valve Timing) yang berfungsi serupa dengan sistem VTEC Honda, CPS Proton mahupun VVTI Toyota.