Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Pakaian Tradisional Masyarakat Di Malaysia
Mesra.net Forum > Arts & Cultures > Kesenian
kacangputih
kalau nak tau, tiap negeri di m'sia ada pakaian tradisional sendiri. memaparkan ciri2 kesenian dan budaya tersendiri.

saper tahu any info, tolong lah syer.

general knowledge yg tak berapa di ketahui ramai.
syima
baju kurung, cheongsam, sam foo, pinoy, punjabi suit, sari,
comelbest
pada zaman awal di negeri kelantan, pakaian cik siti wan kembang... terbahagi kepada 3 bahagian.

- pelapik dada
- kain batik :macam org sekarang pakai
- kain batik gak tapi dibuat tutup kepala

pastu ade aksesori2 nye lagi...
kacangputih
QUOTE(comelbest @ Jan 12 2007, 06:36 PM)
pada zaman awal di negeri kelantan, pakaian cik siti wan kembang... terbahagi kepada 3 bahagian.

- pelapik dada
- kain batik :macam org sekarang pakai
- kain batik gak tapi dibuat tutup kepala

pastu ade aksesori2 nye lagi...

aksesori yg lain apa erk.
setakat yg aku tau kurun ke 17 kat kelantan dia guna 3 helai kain, jenis batik atau x, tu aku x pasti.
tp dia pakai kat pinggang, pakai kat dada mcm kemban n selendang yg ditutup atas bahu.
n lagi nama baju tuk lelaki baju mengan.
tu je info yg aku ada.
lau korang tau lebih lagi, tolonglah send.
Didiharaiss
QUOTE(kacangputih @ Jan 12 2007, 01:46 PM)
kalau nak tau, tiap negeri di m'sia ada pakaian tradisional sendiri. memaparkan ciri2 kesenian dan budaya tersendiri.

saper tahu any info, tolong lah syer.

general knowledge yg tak berapa di ketahui ramai.

cekak musang, kurung johor, kurung telok belanga, kebaya, cheongsam, sari, dotti, capati laugh.gif
kacangputih
QUOTE(Didiharaiss @ Jan 12 2007, 07:18 PM)

ops...

capati??

org pakai kat mane capati tu?
comelbest
aku nie ade lagi info sebab dulu belaja seni busana dan rias cume dah tak brape ingat detail...

seorang Raja Perempuan Kelantan dulu name Cik Siti Wan Kembang..mase abad ke -17. beliaulah yang memperkenalkan baju nie... dengan menggunakan 3 helai kain, sehelai kain sarung digunakan di pinggang (kain songket), sehelai kain dibelit pada dada macam berkemban tu (kain sutera) dan sehelai lagi diletak pada bahu.. (selendang songket panjang)

jadi, itulah pakaian bagi orang kenamaan pada abad tu...orang bawahan same gak cume kain batik jelah.

aksesori2 pula cucuk sanggul, dokoh, pending (macam kepala tali pinggang dipakai di pinggang), tali pinggang, dan gelang tangan.

p/s: kalau salah, tolong tunjukkan...
comelbest
banyak sejarah busana yang perlu kita tahu... warisan negara kita. harap2 banyak lagi perkara yang boleh kita diskusi cool.gif
kacangputih
QUOTE(comelbest @ Jan 14 2007, 03:46 PM)
banyak sejarah busana yang perlu kita tahu... warisan negara kita. harap2 banyak lagi perkara yang boleh kita diskusi cool.gif

yes, tp x sume org tau n x tau kat maner nak blaja pasal ni.
kat maner leh dpt info?
comelbest
info hanya terdapat di muzium2 ataupun cari buku. tak ingat name bukunye ape...memang tak banyak. kiter orang kalau belajar dan buat rujukan pun, balik2 buku yang samer. kena fikir sendiri.ade transkrip, payahla pulak nak dapatkan. huhu... aku dulu dapat buku kat UM la. mybe, library negara pun ade... errmmm, library balai seni lukis negara pun ade tapi sekarang dorunk tengah renovate.
Didiharaiss
QUOTE(kacangputih @ Jan 13 2007, 01:18 PM)
QUOTE(Didiharaiss @ Jan 12 2007, 07:18 PM)
QUOTE(kacangputih @ Jan 12 2007, 01:46 PM)
kalau nak tau, tiap negeri di m'sia ada pakaian tradisional sendiri. memaparkan ciri2 kesenian dan budaya tersendiri.

saper tahu any info, tolong lah syer.

general knowledge yg tak berapa di ketahui ramai.

cekak musang, kurung johor, kurung telok belanga, kebaya, cheongsam, sari, dotti, capati laugh.gif

ops...

capati??

org pakai kat mane capati tu?

aku ada satu pasang baju cheongsam, sari takda, baju kurong melambak...
kacangputih
QUOTE(comelbest @ Jan 15 2007, 10:36 PM)
info hanya terdapat di muzium2 ataupun cari buku. tak ingat name bukunye ape...memang tak banyak. kiter orang kalau belajar dan buat rujukan pun, balik2 buku yang samer. kena fikir sendiri.ade transkrip, payahla pulak nak dapatkan. huhu... aku dulu dapat buku kat UM la. mybe, library negara pun ade... errmmm, library balai seni lukis negara pun ade tapi sekarang dorunk tengah renovate.

dah dapat beli 1 buku, busana tradisional.
tu pun berbulan kumpul duit.
dah cari kat library x byk.
muzium pun x byk section tuk busana.
kot2 lau ada lg koleksi notes tu, hantar2 lah kat kite yer...
comelbest
ko beli buku ape kacang? ape tajuk,penulis,tahun diterbitkan,sape yang terbitkan?

kite 2 je ke yang berdikusi nie? huhu...dahle buku tak banyak,forumnist takde yang join ke?
kacangputih
nampak gaya cuma kt dua je comel yg minat.
sowi kacang lama x pat join.
baru ni asal masuk mesra je, hang..
ada virus. x tau nape.
buku tu x sure sape tulis, my friend pinjam.
nti bila dah dapat balik buku tu, kacang bagi tau penulis dier erk..
comelbest
QUOTE(kacangputih @ Jan 24 2007, 03:28 PM)
nampak gaya cuma kt dua je comel yg minat.
sowi kacang lama x pat join.
baru ni asal masuk mesra je, hang..
ada virus. x tau nape.
buku tu x sure sape tulis, my friend pinjam.
nti bila dah dapat balik buku tu, kacang bagi tau penulis dier erk..

hoh hoh..takpelah!! leh syer2 idea ye tak? aku ni suke amik tau pasal sejarah pakaian nie,sape pemakai,aksesori lain... bukan sekadar nak tau apa die pakaian tradisional tuh... actually,banyak lagi bidang kesenian yang aku nak bincangkan tapi kena bukak topic lain lerr...
comelbest
Sejarah Awal Pemakaian Melayu

--> Tradisi awal pemakaian Melayu bermula semasa pembentukan tamadun Melayu di Nusantara tetapi lebih jelas pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (kedudukan Melaka sebagai tempat pelabuhan yang kaya dengan kemasukan tekstil).

--> Pakaian awal lelaki ialah dengan menggunakan sehelai kain dipakai drpd pinggang ke bawah manakala perempuan 'berkemban'.

--> Konsep 'malu' timbul di kalangan orang melayu..masa ni guna 2 helai kain (wanita)

--> Kmsukan agama Islam (3 helai kain)... adanya kain ketiga (pakaian wanita) iaitu menutup kepala biasanya menggunakan kain sarung atau kain batik manakala pakaian lelaki pula - seluar dan kain selepang*.

* Kain selepang nie pelbagai kegunaan antaranya 'table cloth', kain mengelap peluh, selimut, kain sembahyang down.gif
nadja
kacang...ko nak wat research eh...

byk tempat ko bleh carik psl bj/pakaian melayu nie...

g muzium....muzium negara ke, muzium shah alam ke...muzium tganu, muzium phng n etc... bese ader pameran baju tu dan ade diterangkan jenis2 baju n also jenis tekstil yg digunakan...e.g;- limar, songket tabur ke, limar songket ke...patola ke cindai ke n etc..

library UM/USM/UKM.....

bleh gak g balai seni lukis negara...ada byk buku2 situ...bleh fokus kat buku2 psl tekstil, coz byk gak ade ilustrasi psl baju2 yg ko cari...

buku2 pon byk... ade buku pakaian melayu johor, nyonya kebaye la...buku dr.norwani, buku siti zainon, atau pon dari jurnal/ketas keje azah aziz ke n mcm2 lg la...

lagi..surf internet, pon ader gak, tp kene betul2 cari2 le...

slamat bejaye
kacangputih
tq guys..
dapat lah menambah info...

lau ada lagi jgn lupa syer ok...
comelbest
kalau nak tau banyak pasal songket, go to Muzium Seni Asia di UM coz Azah Aziz letak koleksi beliau di sana... yerla,kalau simpan kat umah pun, anak2 die tak minat..sure tak jaga,dimakan lipas ke whatever. satu lagi penjagaan songket nie sangat rumit...

antara muzium yang mempunyai banyak koleksi tekstil ni ialah di Muzium Seni Asia, Muzium Negara dan Muzium Terengganu.

nanti aku buh lagi nota aku yerk...maleh nak taip panjang2 laugh.gif
kacangputih
ala...
jange malas2..
mu letak info bebanyak...
t aku belanja makan kacang putih 1 lori..
comelbest
buke malas ape... aku bz ngan class daa. lagi 1, lactop aku nie suke shutdown sendiri..tah masalah ape tah happy.gif
kacangputih
tu name nyer dia nak minta tuka laptop baru...
comelbest
kcg pth, ko carilah gmbr2 baju tradisional dlm tenet...
aku bg nota, ko cari gmbr ekk??
hehehehe...
kacangputih
dok cari dlm tenet tah mcm2 pulak yg aku jumpa..
comelbest
Baju Kurung...

- asalnye popular kt negeri joho
- ade 2 jenis: teluk belanga & cekak musang

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teluk Belanga
- stat thn 1800 di singapore by sultan abu bakar
- baju asal :labuh smpi lutut,pesak,kekek,xde kocek,ade sapu tgn khas
- menteri besar joho (dato jaafar mohamad) da ubah baju ni. cth: baju smpi paras bontot jee..pehtu ade 3 kocek
- pompuan laki leh pakai ade beza sikit je

kaum laki
- kocek 3
- pakai sedondon iaitu baju & suar dr kain sutera jalur..pakai ngan kain bugis.
- biasenye baju dr kain sutera atau kapas dipakai bersame suar gelap
- org joho suke pakai scr berdagang -->identiti dorg
- golongan berusia: suke pakai telok belanga ni ngan kain sarung nk pegi semayang ke,kndr ke,majlis x formal,surau

kaum pompuan
- pakai ngan kain sarung ikatan ombak mengalun/berombak, diikat ngan tali kain yg dpggl "tali kendit" (lbhn kain perca)
- ade yg pki scr dagang luar (kain diparas pinggang) ini jdkn fungsi lbh fleksibel...
- sllnye pakai ngan kain batik jer...

excl.gif cekak musang
kacangputih
ape nama kain yg org pantai timur lilit kat pale..
bila nk main wau or gasing..??
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.