Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Sayalah Ibu Dan Ayah - Didie Alias
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Artis
Ewan_sn
Notes : Berita2 terkini tentang artis ini akan di update pada page terakhir...harap maklum.

................................................................................
................................................................................
............

Sayalah ibu dan ayah - Didie Alias

NURDANIA...Sebagai anak sulung, dia sentiasa membantu ibunya menjaga makan minum adik-adik.
--------------------------------------------------------------------------------

SEJAK hidup sebagai ibu tunggal kepada lima orang anak pada tahun 2002, pelakon Didie Alias, 33, memang menjauhkan diri daripada wartawan.

Setiap kali cuba dihubungi, pelakon yang mula dikenali melalui filem Boss ini seboleh mungkin tidak mahu ditemuramah untuk mengelak daripada ditanya punca keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Ridzuan Hashim, 44, yang hanya sempat bersama selama 10 tahun.

Ketika itu jika terserempak sekali pun dengannya, Didie akan cepat-cepat melarikan diri.

Tetapi itu cerita lama. Kini Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohamad ibu kepada Nurdania, 14, Mohd. Danial, 13, Dinie, 11, Danie, 9, dan Diana, 8, tidak mahu bersembunyi lagi.

Drama Labuna Labuni yang dicalonkan pada Anugerah Skrin ke-8, baru-baru ini benar-benar membuka mata dan pintu hati Didie untuk meneruskan kariernya dalam bidang lakonan yang telah ditinggalkan lapan tahun lalu.

“Pada awal perceraian memang saya menjauhkan diri bukan sahaja daripada wartawan malah kawan-kawan artis. Ketika itu anak-anak masih kecil dan sebagai ibu tunggal, tumpuan saya hanya pada anak-anak.

“Setiap hari - pagi, petang, siang dan malam saya hanya memikirkan bagaimana mahu mencari wang untuk membesar dan menyekolahkan anak-anak seramai lima orang.

“Tanggungjawab saya berat. Sayalah ibu dan ayah kepada mereka,” cerita Didie pada satu pertemuan di kediamannya di Ampang, baru-baru ini.

Berusaha membesarkan anak-anak, Didie bersama adiknya, Farah dan seorang rakan kongsi mengumpul modal sebanyak RM20,000 membuka syarikat Didie’s Entertainment & Management pada 2003.

Sebagai pengendali dan pengacara majlis, Didie bukan sekadar dapat membesarkan anak-anak tetapi juga memiliki rumah sendiri.

“Walaupun hanya sebuah kondo dengan tiga bilik, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami ada tempat berteduh,” kata Didie tatkala menceritakan kondominium tiga bilik yang dibeli dengan harga RM170,000 itu.

Nampak bergaya. Ada kereta dan duduk di kondominium. Tapi siapa sangka, sebelum ‘gaya’ itu dimiliki, pelakon yang pernah meraih populariti sekitar tahun 1990-an ini pernah menumpang tidur di ceruk dapur rumah seorang teman.

“Sampai saat ini saya tidak boleh lupakan. Kadang-kadang bila teringat, menitis air mata saya. Bayangkan ketika itu saya keluar rumah sehelai sepinggang dengan tidak ada duit dan pekerjaan. Jadi tumpanglah rumah kawan.

“Kawan saya pun bukanlah senang sangat. Dia pun menyewa bilik bersama kawan-kawan yang lain. Bilik rumah itu pula sudah penuh dan untuk menumpang dari hujan dan panas, dia beri saya tilam dan saya tidur di ceruk dapur apartmennya.

“Dengan bantuannya itulah saya mendapat kerja sebagai Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat. Dengan gaji yang saya dapat, bukan sahaja saya mampu menyewa kondominium murah malah saya bela kesemua anak-anak saya,” cerita Didie mengenang zaman susahnya.

Sejak muncul dalam drama Labuna Labuni yang menjalani penggambaran akhir 2004, nama Didie mula menjadi sebutan di kalangan rakan-rakan artis. Dan sejak itulah tawaran untuknya berlakon, datang tidak henti-henti.

Kini Didie bukan setakat sibuk berlakon tetapi juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras penggambaran (coordinator) untuk drama Takdir Yang Terindah, drama 30 episod terbitan Suhan Movie.

“Saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sentiasa membantu saya dengan memberi peluang berlakon dan juga tugas-tugas di belakang tabir.

“Bayaran yang mereka berikan itulah saya gunakan untuk memenuhi keperluan persekolahan dan makan minum anak-anak,” kata Didie sambil memandang penuh kasih kelima-lima anaknya.
Ewan_sn
Ex-suami dia Ridzuan Hashim kena jawab nie...
t-ReX
dah nampak mcm nak kata ex-hubby x bertanggungjwb lak
Rose
QUOTE(t-ReX @ Jan 21 2007, 12:46 AM)
dah nampak mcm nak kata ex-hubby x bertanggungjwb lak

itu le psl kan..diorg msa memula kawen dlu...nmpak bahgia sgt..anak pun rmai (5 tu kira rmai tu)...ntah le..apsal ekk diorg divorce..tp, didie tu body menten...kawen muda.... sleep.gif
Diana2654
didie alias ni penah bagi statement dlm rancangan TV9...
x ingat tajuk tapi pengacara chef wan...
dia ngaku yg x-husband dia memang x penah bg nafkah kat anak-anak...
camna nak survive erk ngan 5 anak...sampai ati ridzuan hashim wat camni...
pernah dulu time bujang gi clubbing ..
one of my friend couple ngan ridzuan hashim,confirm masa tu dah bercerai.... tengok ok jer..very the gentleman and still macho lagi...siap belanja makan/minum kitaorang lagi..
kalau aku tau perangai dia camni baik aku suh dia kasik jer duit yg dia belanja kitaorang kat anak-anak dia...wat belanja sekolah... sad.gif
hampehhh...
Diana2654
QUOTE(Rose @ Jan 16 2007, 08:49 AM)
QUOTE(t-ReX @ Jan 21 2007, 12:46 AM)
dah nampak mcm nak kata ex-hubby x bertanggungjwb lak

itu le psl kan..diorg msa memula kawen dlu...nmpak bahgia sgt..anak pun rmai (5 tu kira rmai tu)...ntah le..apsal ekk diorg divorce..tp, didie tu body menten...kawen muda.... sleep.gif

didie tu kurus sangat la....
bak kata orang...kurus kerempeng...melayang jer ditiop angin... devil.gif
Rose
QUOTE(Diana2654 @ Jan 21 2007, 12:54 AM)
didie tu kurus sangat la....
bak kata orang...kurus kerempeng...melayang jer ditiop angin... devil.gif

memang kurus...kurus mkn ati...keja kuat kot....erhmmm... sleep.gif
Ewan_sn
QUOTE(Diana2654 @ Jan 16 2007, 08:54 AM)

rasanya dia mmg kurus dr dulu lagikkan..
Diana2654
QUOTE(Edirossa @ Jan 16 2007, 09:00 AM)

yup....
Diana2654
QUOTE(Rose @ Jan 16 2007, 08:55 AM)
QUOTE(Diana2654 @ Jan 21 2007, 12:54 AM)
didie tu kurus sangat la....
bak kata orang...kurus kerempeng...melayang jer ditiop angin...  devil.gif

memang kurus...kurus mkn ati...keja kuat kot....erhmmm... sleep.gif

insyallah...satu ari pasti idup dia senang....
masa anak dah besar..dah keja...
jgn time tu baru ridzuan hashim tu terhegeh-hegeh datang kat dia...
ialah dah tua..sape nak amik berlakon... <_<
kodok
aku risau anak2 dia jer..mak bz dgn keje cr duit anak2 terbiar tanpa didikan sempurna..time teenagers ni fragile skit..kena bg perhatian lebih
Azurri
pada pendapat azurri , si Didie Alias nie tak berapa sesuai belakon filem watak mcm dlm drama Labuna Labuni tu laaa...... nampak teruk sangat lak rasanya .....

maybe dia boleh try watak lain .....
yang lebih ok sikit .... happy.gif
kacangputih
QUOTE(Azurri @ Jan 16 2007, 09:20 AM)

watak yg camne?
nila_pualam
ermmmmmmmmmmmm y suddenly the statement?is it for real or a nak minta sympathy...dulu kata her business menjadi kow kow..
Ewan_sn
QUOTE(kodok @ Jan 16 2007, 09:09 AM)
aku risau anak2 dia jer..mak bz dgn keje cr duit anak2 terbiar tanpa didikan sempurna..time teenagers ni fragile skit..kena bg perhatian lebih

betul tu.. sad.gif
kacangputih
QUOTE(nila_pualam @ Jan 16 2007, 09:33 AM)
ermmmmmmmmmmmm y suddenly the statement?is it for real or a nak minta sympathy...dulu kata her business menjadi kow kow..

dulu kot.
sekrang x lagi..
MEERO
Teringat dulu....... tetiap kali ada jerrrr orang merungut Didie ni susah dan liat nak bayor hutang orang.... may b skarang dah ok..... ye lahhhh kewangan famili pun dah stabil.....
Azurri
QUOTE(kacangputih @ Jan 16 2007, 10:32 AM)
QUOTE(Azurri @ Jan 16 2007, 09:20 AM)
pada pendapat azurri , si Didie Alias nie tak berapa sesuai belakon filem watak mcm dlm drama Labuna Labuni tu laaa...... nampak teruk sangat lak rasanya .....

maybe dia boleh try watak lain .....
yang lebih ok sikit .... happy.gif

watak yg camne?

azurri rasa mcm watak wanita korporat or business women kira sesuailah ....

kalau artis yg sesuai bwk watak labuna @ labuni ialah mcm Ellie Suriaty( Pah Bedoh ) , Maya ( yang nyanyikan lagu "Bunga2 Matahari" ) , Sheila Rusly , Raja Azura ( kak Engku ) & juga yang seangkatan dgnnya..... wink.gif
kacangputih
QUOTE(Azurri @ Jan 16 2007, 04:31 PM)

ok gak.
tp rasanya dia je calon yg sesuai.
mana ada lain pelakon pempuan yg sekurus dia.
alin_apple
sian plak ek
MasCotek
comel-comelnya anak dd
Papa Rock
Riduan Hashim kan hansome..........
Rose
QUOTE(Papa Rock @ Jan 23 2007, 01:24 AM)
Riduan Hashim kan hansome..........

didie pun cantek...idung mancung..
Papa Rock
Besarkanlah anak2 tu ........ tak payah fikir psl nafkah lagi.....
Kalau ada kesedaran & kasih sayang pada anak... insyaallah mungkin si ayah akan berubah. Kita nie kenalah beringat sbb usia makin lama makin meningkat. Sapa nak tolong kita bila kita tua nanti......... sakit pening... Tu suma kena ingat.
SUE
dulu slalu jumpa dia kt steven corner pdn indah
revolt
baru itu hari aku pegi clubbing kat sugar club...
mase tengah kusyuk tngk awek yg sedang menari2,
aku terpandang sorang mamat ni tgh joget sambil dikelilingi gadis2...
muka, gaya cam biase tengok...
tengok betul2...
RIDUAN HASHIM rupenye...
patutlah macam kenal je... cool.gif

anak sulung didie cam lawa jek... blum.gif
ikan_duyung
dd mmg best..dye kelakar..
Papa Rock
masih tak sedo diri.........
alxey
QUOTE(revolt @ Jan 18 2007, 06:25 PM)
baru itu hari aku pegi clubbing kat sugar club...
mase tengah kusyuk tngk awek yg sedang menari2,
aku terpandang sorang mamat ni tgh joget sambil dikelilingi gadis2...
muka, gaya cam biase tengok...
tengok betul2...
RIDUAN HASHIM rupenye...
patutlah macam kenal je... cool.gif

anak sulung didie cam lawa jek... tongue.gif

betul ke dia..x sangka yek..
cendawancun
Aku berbangga dgn artis ni coz nampak dia ibu yang mementingkan
anak2 dari hal dunia lain.
Tabik kat artis ni... aku tak baca pulak gossip liar dia semasa dia
jadi janda.
kayrod
semoga dimurahkan rezeki, amin..........
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.