ila paste skali lg..
ari tu dah paste kat page blakang
Sumber ini di ambil dari email kawan saya Emma dan saya telah mendapatkan persetujuan beliau utk publish email ini....
....seterusnye sila lah baca...
3. Puan bagus kerana memikirkan sedalam-dalamnya dalam menamakan anak sendiri. Ini adalah sunnah Rasulallah s.a.w..
4. Memang benar kata puan bahawa nama-nama Malaikat adalah dilarang ulama.
5. Dalam tradisi Nasrani, terdapat kecenderungan memberikan nama anak-anak mereka dengan nama Malaikat seperti Gabriel (Jibril) dan Michael (Mikail). Ini tidak seharusnya berlaku dalam traidisi Islam.
6. Para Malaikat mempunyai sifat tidak makan-minum dan tidak bernafsu serta bersyahwat. Ini bertentangan dengan fitrah manusia iaitu berkehendak kepada makan-minum serta bernafsu syahwat. Barangkali sebab itu dilarang memberi nama anak dengan nama malaikat sebab sifat Malaikat itu berbeza dengan manusia.
7. Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.” Pemberian nama yang baik ibarat doa kepada seseorang. Kesan psikologinya; orang yang bernama yang baik-baik seharusnya melakukan kebaikan sahaja. Nama-nama anak yang baik akan menyerlahkan peribadi murni anak-anak. Rasulallah akan menukarkan nama sahabat yang tidak baik kepada yang baik-baik belaka.
8. Dari Jubair bin Muth’in, katanya Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”
9. Nama yang baik ialah nama Rasulallah s.a.w. dan para Nabi.
10. Nama-nama Allah boleh diberikan dengan syarat disertakan di hadapannya perkataan 'Abd ertinya hamba misalannya 'Abdullah, 'Abdul Hakim, 'Abdul Wahid dan seterusnya. Ada 99 nama Allah. Ini bersesuaian dengan hadith Nabi; Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga."
11. Wallahu A'lam Bi Al-Sawab. Terima kasih.
Dr. Amini Amir Bin Abdullah
Director, University's Islamic Center
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia
http://www.aminiamir.blogspot.com/amik dr facebook member
sori kak Ana w/o ur permision
sharing is caring kan...