Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah
Mesra.net Forum > Politics > Politik Setempat > Sabah
Ewan_sn
Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah
Laporan kes jenayah, pecah amanah, salahguna kuasa, dan rasuah YAB Datuk Seri Haji Musa Haji Aman

Oleh ‘Deep Throat’ Sabah

(PDF version can be downloaded here)

Utk laporan penuh berserta dengan bukti, sila KLIK KAT SINI


Saya, DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN No. KPT: 471022-12-5367 membuat laporan polis ini atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat dan Pembayar Cukai yang merasakan adalah menjadi tanggung jawab saya melaporkan kegiatan Jenayah, Pecah Amanah, Salah Laku, Salah Guna Kuasa dan Rasuah agar pihak POLIS dapat men-jalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubu-ngan UMNO Sabah yang secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya. Kenyataan Lengkap saya disertakan bersama ini.

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Ketua Perhubungan PKR Sabah

PKR/TP/JK/PDRM/01 19 Mac 2007
Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Karamunsing,
88300 KOTA KINABALU

Tuan,

LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

SUKACITA saya sekiranya tuan dapat menerima laporan ini sebagai LAPORAN POLIS dan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah kerana telah MELAKUKAN JENAYAH, PECAH AMANAH, RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya.

Bersama ini disertakan 25 Tuduhan dan beberapa salinan bukti penglibatan beliau dalam kes ini untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, Terima Kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah Rakyat,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah

LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

[b]TUDUHAN PERTAMA:


Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mendesak’ Kabinet Negeri Sabah meluluskan Kontrak Pengswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa II Secara ’Design & Build’ kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN.BHD. bernilai RM450 Juta. Musa secara sedar mengetahui bahawa syarikat berke-naan TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN dan modal untuk menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah RM500 Juta dari-pada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad. Ketika itu syarikat berke-naan masih mempunyai pinjaman sejumlah RM3.4 juta dengan bank berke-naan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM63,000 pada 26 Februari 2004. Syarikat ini diterajui oleh LAWRENCE CHU JAN TOW, proksi beliau. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan secara efektif, efisen dan ekonomi dengan melantik syarikat TIDAK BERPENGALAMAN dan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jemaah Kabinet Menteri Sabah mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997). Musa juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



CABUTAN KERTAS KABINET 2004

2.1 Kabinet telah meluluskan pelaksanaan Bekalan Air Sandakan Fasa II berharga RM450 juta pada 28 Januari 2004. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan telah diminta untuk mengenalpasti syarikat yang sesuai dan seterusnya melantiknya agar pelaksanaan projek tersebut dapat dimulakan secepat mungkin.

3.1 Syarikat CITY BEST CORPORATION telah dikenalpasti sebagai syarikat yang sesuai untuk melaksanakan projek berkenaan....

3.2 Syarikat berkenaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai projek ini. Selain daripada kewangan sendiri, syarikat berkenaan telah mendapat surat sokongan kewangan daripada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 24 Februari 2004 yang memaklumkan bank berkenaan sanggup untuk mempertimbangkan pakej kewangan berjumlah RM500 juta....

4.1 Dengan hormatnya Jemaah Kabinet diminta untuk mengambil perhatian tentang perlantikan syarikat CITY BEST CORPORATION dan seterusnya memperkenankan perlantikan tersebut.



TUDUHAN KEDUA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW juga. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM1.1 juta tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM45 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pen-cegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETIGA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 120/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM18 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan pro-jek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM6 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Aca-ra Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KEEMPAT:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 193/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Nabawan-Se-pulot-Agis, di Keningau, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM10 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berke-naan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu me-ngendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KELIMA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Kementerian Kerja Raya Malaysia menyenaraikan projek Membina Jalan Dari Donggongon-Papar Spurs Secara ’Design and Build’ bernilai RM200 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, KENATEX SDN.BHD. yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW, iaitu CHU KOK KENG dan CHU SOONG TAU. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mem-punyai modal berbayar RM750,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM200 juta kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KEENAM:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan kontrak Penyelenggaraan Jalan Jeroco, di Lahad Datu, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM9.5 Juta melalui PENGECUALIAN TENDER kepada syari-kat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM10,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek yang ’DIANUGERAHKAN’ dan Musa meletak-kan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1, (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETUJUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’memberi tekanan’ kepada Menteri Kewangan II Malaysia, Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada TAN SRI TING PEK KING (setelah menyiapkan pembinaan Terminal II Air Asia) dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya, WCT SDN. BHD yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa telah berjaya memaksa Kerajaan Persekutuan memberikan sebahagian besar projek berkenaan bernilai RM500 juta kepada syarikat Proksinya. Musa secara sedar telah menge-tahui telah menyalahgunakan kedudukannya melobi projek dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


TUDUHAN KELAPAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarahkan’ sayap Pelaburan Kerajaan Negeri, WARISAN HARTA SABAH SDN. BHD yang memiliki sebidang tanah seluas 3.75 ekar berdekatan Centrepoint Kota Kinabalu dengan melantik syarikat proksi-nya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwakili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM120 Juta. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Sa-ham Sagajuta (Sabah) Sdn.Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat yang berkepentingan iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN. BHD. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


TUDUHAN KESEMBILAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’menasihati’ Pemilik Syarikat Alam Mesra Sdn.Bhd. Datuk Tengku Adlin ‘mewakafkan’ seluas 25 ekar tanah daripada keluasan tanah yang diluluskan kepada Persatuan Islam Sabah Bersatu (USIA) secara percuma. Sebagai Imbalan, Musa telah ’mengarahkan’ Yang Dipertua USIA melantik syarikat proksinya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwa-kili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA dan RAYMOND CHAN BOON SIEW bekerjasama dengan WARISAN HARTA SABAH SDN.BHD untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM1 Billion. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Saham Sagajuta (Sabah) Sdn. Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat pemegang saham 1Bor-neo, SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN.BHD. Mazlan telah bekerja dengan Musa sejak hampir 30 tahun lalu. Musa secara sedar telah mengetahui telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah mengeluarkan seluas 25 ekar kawasan milik Alam Mesra Sdn. Bhd ’SECARA KHIANAT’ untuk kepentingan peribadinya dan sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


TUDUHAN KE SEPULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah meluluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada 3 syarikat yang diketuai oleh seorang China yang berasal daripada Filipina, NASIR YEO yang mendapat kad pengenalan projek daripada Musa ketika Musa menjadi Pengerusi TASK FORCE UMNO Sabah. Musa menjadi dalang utama yang mendaftar penda-tang asing tanpa izin sebagai ahli dan pengundi setelah diberi kad pengenalan projek. Nasir telah menggunakan adik iparnya untuk mempengaruhi Musa me-luluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada Nasir Yeo, John Nip, John Lim, Andrew Lim, Michael Chia Tien Foh dan Edmond Looh. Kesemua mereka telah membayar sejumlah RM70 juta kepada Musa sebagai imbalan meluluskan 82,000 ekar konsesi kayu balak kepada mereka. Bayaran dibuat di Hongkong dan Singapura secara peribadi kepada Musa. Musa telah sedar bahawa pemberian konsesi untuk mendapatkan keuntungan segera menyalahi undang-undang dan pecah amanah dan meninggalkan negara untuk mengambil wang di Hongkong dan Singapura tanpa memaklumkan kepa-da Perdana Menteri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.


TUDUHAN KESEBELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah de-ngan melantik seorang wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek daripada Task Force UMNO, RAHMAWATI sebagai kerani di Yayasan Sabah. Rahmawati tidak mempunyai sebarang ke-lulusan. Ketika itu ibu bapa Rahmawati juga tidak mempunyai sebarang dokumen. Musa telah membayar sejumlah RM5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani (Bekas Tahanan ISA kerana KP Projek) untuk mendapatkan kad pengenalan projek berkenaan. Musa turut mempu-nyai SKANDAL SEKS dengan gadis berkenaan sehingga melahirkan anak ’LUAR NIKAH’ yang dihantar ke Banjar Masin, tempat asal gadis berkenaan untuk menutup rahsia. Musa menghantar Rahmawati melanjutkan pelajaran ke Australia dengan meluluskan biasiswa Yayasan Sabah kepada RAHMA-WATI yang dinikahinya. Setelah kembali daripada Australia, Musa melantik isterinya (Rahmawati) sebagai PENGURUS WILAYAH YAYASAN SABAH SANDAKAN sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menya-lahguna kuasa melakukan rasuah mengikut Seksyen 2(1), Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.


TUDUHAN KEDUA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, arkitek MELVINYEO KIAN-DEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) me-majukan SEMENANJUNG EMAS iaitu tanah seluas 70 ekar di Sutera Harbour dimiliki DANAHARTA MANAGERS SDN.BHD. Musa telah melupuskan tanah Danaharta TL 017544866 seluas 70 ekar kepada Melvin melalui syari-kat ACTALAND SDN. BHD untuk membina 150 lot bungalow mewah berhar-ga RM1.48 juta setiap satu. Melvinyeo Kiandee pemegang kad pengenalan H0439908/630401125039 ialah ahli UMNO (02945593) Kampung Batu Putih Bersatu, Bahagian Libaran dan Musa masih menjadi Ketua UMNO Libaran sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KETIGA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’MENDESAK’ peniaga berbangsa Tiong Hua membeli antara satu hingga tiga lot bungalow yang dimajukan oleh ACTALAND SDN.BHD. Musa telah menjual lot berkenaan pada harga RM88 hingga RM108 sekaki persegi walaupun diperolehi dengan harga RM33 sekaki persegi. Musa telah ’secara langsung’ memperoleh RM55 bagi satu kaki persegi atau RM139 JUTA bagi penjualan 150 lot bungalow berkenaan. Musa telah mencemarkan imej Kerajaan Negeri Sabah dan kedudukannya dengan ’menjual sendiri’ 150 lot bungalow dan menyalah gunakan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan Instrument Kerajaan yang lain untuk kepentingan diri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan MENGGUBAH WANG HARAM di bawah Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001. Musa juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


TUDUHAN KEEMPAT BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, MELVIN YEO KIANDEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) pemilik syarikat ACTALAND SDN. BHD yang memajukan tanah TL 017544866 berkenaan MEMUNGUT DEPOSIT 50% daripada nilai harga bungalow mewah berkenaan pada masa menandatangani kontrak jual beli sedangkan pembi-naan belum dimulakan. Kebanyakan pembeli terpaksa membayar RM741,224 sebagai deposit dan bakinya masing-masing 45% iaitu RM667,101.60 hendaklah dijelaskan dalam masa 3 BULAN dan 5% atau RM74,122.40 lagi setelah selesai proses penukaran nama hak milik. Memandangkan ACTALAND SDN. BHD (SPIRAL GLOBE SDN. BHD) hanyalah syarikat pemaju peruma-han dan bukannya syarikat kewangan yang dilesenkan sebagai agen pengambil deposit, maka ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia. Sehubungan itu Musa dan kroninya secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 dan Peraturan Bank Negara Berhubung Agensi Pengambilan Deposit dan Akta Pemaju Perumahan.



TUDUHAN KELIMA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan Sabah yang bertanggung jawab di atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Suria Capital Holding Berhad mengarahkan SABAH PORT SDN. BHD melantik anak saudaranya, MOHD HASNOL BIN AYUB AMAN (H0659323) sebagai PENGARAH pada 17 Jun 2002. Hasnol juga pengarah syarikat S.P. SATRIA SDN. BHD yang membolot semua kontrak kerja di Lembaga Pelabuhan Sabah tanpa SEBARANG TENDER. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


TUDUHAN KEENAM BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah memungut derma untuk membina BANGUNAN UMNO di atas tapak tanah milik-nya berdekatan Wisma BSN di Karamunsing di Kota Kinabalu. Sehingga kini Musa masih memungut ‘DERMA @ RASUAH’ tabung bangunan berkenaan TANPA PERMIT POLIS walaupun telah mengumpul sejumlah RM160 Juta dan TIDAK MENGISYTIHARKAN pungutan tersebut kepada BENDAHARI UMNO dan MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970, Seksyen 10 (a), (B), (aa), (bb) dan Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETUJUH BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah mengarahkan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH, Datuk KY Mustafa melanjutkan tempoh perkhidmatan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk S Abdillah Hassan yang sepatutnya bersara wajib secara kontrak. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 kerana telah menggunakan perlanjutan tempoh perkhidmatan Setiausaha tetap berkenaan untuk menjalankan ARAHAN yang berasaskan keuntungan kepadanya.


TUDUHAN KELAPAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah mengarahkan Kerajaan Persekutuan MEMBATALKAN khidmat FOMEMA SDN. BHD (agensi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Sabah) dan melantik syarikat proksinya, GROWARISAN SDN. BHD menjalankan tugas penting berkenaan. Musa secara sedar telah membenarkan proksinya, AZLAN BIN NASIR @ YEO GUAN HOCK (anak NASIR YEO) menggunakan alamat rumah kediaman rasmi MUSA, SRI LIBARAN, Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Jalan Airport, 9000 Sandakan sebagai alamat tetap. Azlan dilantik sebagai Pengarah GROWARISAN SDN.BHD pada 2 November 2006. Musa juga sedar bahawa syarikat berkenaan hanya mempunyai modal berbayar RM100 sahaja. Akibatnya GROWARISAN SDN.BHD yang mengambil alih tu-gas Fomema pada Disember 2006 terpaksa melantik FOMEMA SDN. BHD sebagai Subkontraktor kerana mereka tidak mempunyai pengalaman, logistik dan kewangan. GROWARISAN kini bertindak sebagai CETI memungut wang daripada FOMEMA SDN.BHD pada kadar RM15 seorang pekerja asing yang diperiksa TANPA MELAKUKAN SEBARANG KERJA kerana semua kakitangan, sistem komputer dan modal dikeluarkan oleh FOMEMA SDN.BHD yang juga hanya menerima RM15 bagi juga, manakala bakinya untuk yuran klinik, makmal dan x-ray. Oleh itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KESEMBILAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai BENDAHARI UMNO SABAH pada 1991, mempengaruhi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Tun Ghaffar Baba (Allahyarham) melantiknya sebagai Pengerusi Task Force UMNO untuk merekrut pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dan Indonesia dan memberi kad pengenalan projek. Musa telah membelanjakan wangnya sendiri sejumlah RM2 juta untuk membiayai pemberian 82,000 kad pe-ngenalan projek kepada PATI yang diselia oleh Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat. Musa turut memberikan RM10 juta untuk urusan membawa pengundi hantu ke kawasan pilihanraya di seluruh Sabah dan sekaligus mela-kukan Kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Haji Jabar telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti pada 26 Februari 2007. Di antara 1991-1993, Musa dengan sedar dan relahati telah melibatkan diri dalam kegiatan yang memudaratkan Keselamatan Malaysia menaja Sindiket memberi kerakyatan Songsang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada Filipina, Indonesia, Pakistan dan India secara diluar undang-undang dan peraturan Malaysia untuk kegunaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi membolehkan mereka tinggal, bekerja dan bergerak bebas di Malaysia. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesala-han dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8(1) AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 kerana MENGANCAM KESELAMATAN NEGA-RA dan MENDERHAKA kepada YANG DIPERTUAN AGONG.


TUDUHAN KEDUA PULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan kini Ketua Menteri Sabah meluluskan konsesi kayu balak di Benta Wawasan kepada 18 syarikat kroninya TANPA TENDER dan penjualan kayu balak bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni dan nomi-neenya seperti John Lim. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menyalah-guna kuasa dan pecah amanah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997)


TUDUHAN KEDUA PULUH SATU:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yaya-san Sabah BERSUBAHAT dengan SAMSUDIN BIN YAHYA yang mengupah 3 orang lelaki, dua daripadanya Awang Damit dan Muhammad mendatang-kan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, LUE SUE SENG sehingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa dan Rahmawati kepada umum. Sebagai balasannya, Musa telah memilih SAM-SUDIN YAHYA (Mantan Pemandu Teksi) sebagai Calon BN bagi DUN Se-kong pada pilihanraya umum 2004 yang lalu. Lue Sue Seng pula bertanding dalam pilihanraya berkenaan sebagai calon bebas kerana ingin membalas dendam di atas kekejaman Musa. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan jenayah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH DUA:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Ya-yasan Sabah membayar sejumlah tertentu kepada KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN, ILLYAS IBRAHIM untuk menutup kes jenayah yang dilakukan oleh SAMSUDDIN YAHYA dan Tiga orang lagi terhadap LUE SUE SENG. Samsuddin telah ditangkap polis dan dibebaskan dengan campurtangan Musa dan atas budibicara Ilyas Ibrahim. Setelah menjadi Ketua Menteri Sabah, Musa secara sedar telah melantik ILLYAS IBRAHIM yang juga sepupunya sebagai DATUK BANDAR Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan perkhidmatan ILLYAS IBRAHIM (Datuk) sebagai Datuk Bandar dilanjutkan selama 2 tahun lagi sebagai membalas jasa Illyas menutup kes SIASATAN jenayah dan subahatnya. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH TIGA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bersama-sama Ketua UMNO Bahagian Petagas, DATUK YAHYA HUSSIN dan pegawainya, HAJI KAHAR MOHD ZAIN cuba merasuah dan menghalang saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti, HAJI JABAR KHAN NAPI @ YASSER ARAFAT daripada hadir dengan melakukan pelbagai gangguan dan cadangan bagi menghalang Jabar mendedahkan penglibatan-nya dalam kegiatan memudaratkan Keselamatan Negara. Musa secara sedar telah MENGHINA PARLIMEN dan menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH EMPAT:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempengaruhi dan MENGHALANG Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah (BPR) Hajjah Latifah Binti Md Yatim menerima laporan yang saya ingin buat terhadap Musa pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan saya datang pada 12 Februari 2007. Menurut Latifah, pihaknya perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum boleh menerima laporan dan bercanggah dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang pada dasarnya menggesa agar laporan hendaklah dibuat segera. Ketika saya mengunjungi Latifah pada 12 Februari 2007, saya lihat Latifah berada di dalam ketakutan dan meminta agar saya tidak dedahkan kepada media kes Skandal Wisma Bandaraya kerana bimbangkan keselamatan semua. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH LIMA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempenga-ruhi dan merasuah sejumlah RM? (jumlah sebenar tidak dapat dikenalpasti) Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Datuk Zulkifli Mohd Noor 10 hingga 11 Februari 2007 dalam perjumpaan sulit di hotel MANDARIN ORIENTAL Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhubung SKANDAL WISMA BANDARAYA. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam, rasuah dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970; Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

ADUAN KHAS:


Sehubungan itu, atas kesedaran dan kepentingan awam, maka saya membuat laporan ini untuk siasatan Polis bagi memastikan Sabah bersih daripada amalan pecah amanah, rasuah dan salahguna kuasa yang didalangi oleh pe-mimpin politik dan kakitangan kerajaan.

Saya juga meminta POLIS membuka semula Fail Siasatan terhadap Kes Lue Sue Seng yang cedera parah dibelasah oleh Musa dan Kuncu-Kuncunya dan menjalankan penyiasatan terperinci bagaimana Ketua Polis Sandakan boleh bersubahat dan mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

Saya turut mencadangkan agar JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN MENGENAI INTEGRITI memanggil Musa memberi keterangan kerana kegiatan subversifnya di antara tahun 1991 hingga 1993 memberi kerakyatan kepada warga asing Filipina, Indonesia, Pakistan dan India dengan kerjasama KAKITANGAN Jabatan Pendaftaran Negara telah mengancam keselamatan negara dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya berpendapat, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk S Abdillah S Hassan yang turut bersubahat dengan Musa adalah PENYIMPAN RAHSIA MUSA (key player) dan siasatan awal polis hendaklah ditumpukan kepada beliau.

Saya tidak membuat laporan di pejabat BPR kerana saya tidak memper-cayai kewibawaan BPR menangani isu rasuah kerana Ketua Pengarah BPR sedang dalam siasatan polis.

Selaku pembayar cukai, saya mengucapkan tahniah kepada Polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional setelah Ketua Polis Negara, TAN SRI MUSA HASSAN telah memulihkan imej polis yang tercemar sebelum ini. SYABAS!

Sekian,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi PKR Sabah
Wakil Pembayar Cukai[/b]
Ewan_sn
Milik siapakah bangunan Ini?
Oleh ‘Deep Throat’ Sabah


‘Taj-Mahal Khan Al-Pushtuni Waddaulah’ yang terletak dibibir Kelab Golf Tanjung Aru dan di belakang Sekolah Menengah La Salle

Kata orang, mendung tak bererti hujan. Panas tidak bererti siang dan redup tidak bererti malam.

Namun tanpa hujan atau ribut, papan tanda projek mewah yang diberi nama Wisma Aman ini tiba-tiba hilang daripada pandangan mata sedangkan bangunan yang didirikan belum siap?

Apakah akan berulang kejadian silap mata papan tanda Wisma Kosan tiba-tiba berubah menjadi Wisma Bandaraya yang kini menjadi Skandal Rasuah (20 tuduhan) paling ketara?

Pada mulanya, bangunan yang sedang dalam pembinaan ini dinamakan Wisma Aman, tetapi selepas kes Wisma Bandaraya, tiba-tiba sekelip mata papantanda Wisma Aman hilang entah ke mana?

Bangunan ini dipercayai milik Datuk Seri Panglima Haji Musa Khan Bin Haji Aman Khan Al-Pushtuni walaupun didaftarkan atas nama abangnya Datuk Ayub Khan bin Aman Khan Al-Pushtuni.

Tetapi mampukah lelaki pencen yang tidak mempunyai sebarang perniagaan memiliki bangunan lapan tingkat termasuk Pent-House ini dengan hanya mengharapkan pencen dan elaun sebagai Pengerusi New Sabah Times?

Dengar khabarnya, Musa Khan membina rumah ini Ala-Taj Mahal (yang memang mahal) dengan kos RM12 juta dan menyediakan kelengkapan dan perabot sejumlah RM8 juta sebagai lambang cintanya kepada Datin Seri Faridah Tussin setelah membina sebuah istana di Puncak Luyang dengan kos RM8 juta untuk seorang lagi isterinya.

Memang agak menghairankan, Musa Khan yang ditakrifkan sebagai bilionare tidak mampu membayar kos pengawal keselamatan sehingga menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan Yayasan Sabah sedangkan beliau bukan lagi Pengarah Yayasan Sabah untuk menjaga rumahnya di Puncak Luyang!

Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, Musa membina rumah ini sebagai pelaburan jangka panjang untuk mengumpulkan sebuah keluarganya di satu bangunan. Lima orang anaknya akan menghuni lima tingkat, tingkat bawah akan menjadi pejabat dan ruang tamu dan tingkat atas adalah Penthouse dan tingkat 7 akan dihuni oleh Musa Khan. Bangunan ini dilengkapi dengan lif berkembar.

Walaupun Musa Khan mungkin menafikan bangunan itu miliknya, atau menukar fungsi bangunan ini sebagai resort mewah kerana bimbang tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri, namun seluruh penduduk Tanjung Aru dan pemain Golf di Kelab Golf Tanjung Aru tahu bahawa bangunan itu memang milik Musa Khan.

Terpulanglah kepada Musa Khan untuk menafikannya kerana dia lebih suka mencari masalah daripada menyelesaikan masalah di Pejabat BPR dan Ibu Pejabat Polis.
AbuHurairah
milik siapakah bangunan ini?
wajah lembut bagaikan istana...
ingin bangunannya aku miliki..
apakan terdaya... adakah kan terdaya...

milik siapakah hati ini..
bagai berkurun lama kesepian...
ingin aku mencurahkan kasih
kepada yang sudi... adakah dia sudi...

unsure.gif
Ewan_sn
Bangunan UMNO Sabah: Now you see it, now you don’t!
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh ‘Deep Throat’ Sabah

Bak kata pepatah, Tak Tumbuh, Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata.

Begitulah sifat dan senario Umno Sabah sejak diterajui oleh Datuk Seri Panglima, Haji Musa Khan Bin Haji Aman Khan Al-Pushtuni yang penuh dengan kontroversi dan menjadikan Umno Sabah sebagai zon perniagaan bebas dan harta peribadi segelintir pemimpin dan kroni.



Sejak Musa Khan menjadi Bendahari Umno Sabah 1991, beliau dengan bangganya merekrut pendatang tanpa izin daripada Filipina, Indonesia, Pakistan dan India sebagai ahli Umno dengan hasrat untuk menunjangi Umno Sabah dan merampas kuasa daripada Parti Bersatu Sabah dan mengekalkan kuasa sampai akhir hayatnya.

Namun, kata orang tua-tua, apa yang naik ke atas akan turun jua ke bawah bukan kerana tidak berkuasa tetapi kerana skandal, rasuah, salahguna kuasa, jenayah, pecah amanah dan sebagainya.

Musa Khan sudah mematlamatkan politiknya dengan menghalalkan cara sebagaimana pandangan Machiavelli:

"Seorang individu patut sentiasa bercakap benar. Tetapi seorang negarawan kadang-kadang terpaksa melindungi individu-individu di bawah jagaannya dengan bercakap bohong… Anda patut dikenali sebagai seorang yang jujur, jika tidak, tidak sesiapa pun yang akan mempercayai anda. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa anda perlu berbohong dan anda mestilah berbuat demikian dengan pandai dan meyakinkan."

Teori rampasan kuasa Musa Khan ternyata memihak kepada Umno dan sejak daripada itu, Musa Khan yang sebelum ini bertindak sebagai Qarun di zaman pemerintahan Mahathir Mohammad Ali Kutty, telah mengambilalih pemerintahan Sabah dan melantik dirinya sebagai ‘Firaun Musa Khan Al-Pushtuni’.

Teori pengukuhan kuasa Musa Khan semakin mantap apabila berjaya merampas tanah Yayasan Sabah dan menukarkan tanah tersebut sebagai hakmilik peribadinya dan di atas tanah tersebut didirikan Bangunan Umno Sabah yang menimbulkan pelbagai kontroversi dan hampir-hampir mencetuskan kemarahan Mahathir.

Sejak dari proses pemilihan tapak sehinggalah siap dibina, bangunan Umno ini terus menjadi kontroversi apatah lagi apabila Musa Khan telah mengarahkan kontraktor membuka nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (termasuk tulisan jawi) pada bangunan yang hampir dirasmi.

Seorang pakar Feng Shui, Yap Feng San, 62, berkata, tapak bangunan Umno tidak sesuai didirikan bangunan kerana terletak dilidah tanah dan melambangkan sikap kemurungan dan hakisan pengaruh sebagaimana nasib PBS dan Parti Berjaya yang tidak mempercayai ramalan pakar Feng Shui berkenaan apabila membina Dewan Undangan Negeri Sabah di tapak yang tidak sesuai dan Lim Guan Sing mendirikan rumahnya di ‘rahang hantu’.

Mungkin ramalan pakar Feng Shui tersebut ternyata benar kerana belum selesai satu kontroversi timbul lagi satu kontroversi.

Selepas kes Wisma Bandaraya, Musa Khan telah mengarahkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Osman Jamal agar tidak lagi membenarkan carian umum terhadap semua tanah yang didaftarkan atas nama miliknya dan sekaligus menghalang orang ramai daripada mendapat akses di Pejabat Tanah dan Ukur.

Bagaimanapun dalam keghairahannya, Musa Khan terlupa bahawa dia melakukan kesilapan yang besar kerana telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah untuk memungut derma daripada syarikat swasta tanpa menyalurkan wang derma tersebut kepada Umno, sebaliknya ke dalam koceknya sendiri, Datuk Abdul Rahim Ismail, Japlin Ahkim, Datuk Yahya Hussin, Datuk Masidi Manjun dan sebagainya.

Derma TSH Resources Sdn.Bhd. sejumlah RM20 juta telah diterima oleh Rahim Ismail namun turut direkodkan oleh Peguam Musa Khan yang memegang semua rahsianya.

Manakala Datuk Yahya Hussin turut menerima derma daripada Global Up-Line Sdn.Bhd sejumlah RM8 juta namun tidak disalurkan kepada Musa Khan dan dipercayai sebahagian daripadanya digunakan untuk membayar kos pembinaan rumahnya yang tertunggak sejumlah RM5 juta.

Datuk Masidi Manjun juga turut menerima derma daripada Duta Plantation Sdn.Bhd sejumlah RM3.2 juta, namun tidak direkodkan di dalam catatan penderma dan dipercayai digunakan untuk kegunaan peribadi dan politik.

Oleh itu tidak mengejutkan jika pada 19 Mac 2007, Mantan Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah membuat laporan polis terhadap Musa Khan. Dalam tuduhan keenam belas Jeffrey menyatakan:

“Musa telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah memungut derma untuk membina Bangunan Umno di atas tapak tanah miliknya berdekatan Wisma BSN di Karamunsing di Kota Kinabalu. Sehingga kini Musa masih memungut ‘derma @ rasuah’ tabung bangunan berkenaan tanpa permit polis walaupun telah mengumpul sejumlah RM160 juta dan tidak mengisytiharkan pungutan tersebut kepada Bendahari Umno dan Majlis Tertinggi Umno Malaysia. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, Seksyen 10 (a), (cool.gif, (aa), (bb) dan Seksyen 12 (1), (a), (cool.gif, ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997.”



Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Raja Petra Kamarudin

....bersambung

Ewan_sn
Sehubungan itu, Malaysia Today telah menjalankan siasatan rapi dan mengikut rekod derma yang diperolehi daripada pejabat peguamnya, seramai 500 pihak telah menderma sejumlah RM160 juta namun kebanyakannya melalui cek tunai atau wang tunai dan sebahagian kecilnya di atas nama Bestco Sdn.Bhd dan Musman Sdn.Bhd.

Beberapa penderma yang disenaraikan ditemui bagi mendapatkan pengesahan mengakui pihaknya menderma secara ikhlas tetapi tidak diberikan resit, namun tidak dapat berbuat apa-apa terutama untuk membuat tuntutan pengecualian cukai. Mereka segan meminta kerana kebanyakan mereka berkepentingan terutama yang mendapat kelulusan projek, tanah atau kawasan pembalakan.

“Anggap saja angpau,” kata seorang Pengarah Urusan yang mendapat projek RM1 bilion daripada Musa Khan setelah menderma RM10 juta.

Paling menarik perhatian ialah derma daripada Fordeco Construction Sdn.Bhd. sejumlah RM5 juta diserahkan kepada Datuk Haji Samsu Baharun Haji Abdul Rahman untuk disampaikan kepada Musa Khan ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Lahad Datu.

Samsu telah menggunakan wang tersebut untuk menguruskan majlis sambutan Najib sejumlah RM250,000 dan bakinya tidak dikembalikan kepada Musa Khan.

Menurut maklumat yang diterima Fordeco Construction Sdn.Bhd, pemilik Silam Quarry terpaksa menderma RM10 juta bagi mengelakkan tindakan Musa Khan kerana kuarinya tidak diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar, RM5 juta disampaikan ketika Najib melawat Lahad Datu dan bakinya akan dibayar melalui Datuk Datu Haji Nasrun Haji Mansur, Pembantu Menteri kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Adun Lahad Datu. Namun sehingga berita ini ditulis, Nasrun hanya menerima RM1 juta daripada jumlah yang dijanjikan RM5 juta. Namun tidak dapat dikenalpastikan apakah Nasrun telah menyerahkan derma tersebut kepada Musa Khan kerana dipercayai akan digunakan untuk menyiapkan bangunan Usia Lahad Datu yang bermasalah.

Manakala Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Ahkim yang juga Pembantu Menteri didakwa turut menerima derma daripada Pontian Plantation Sdn.Bhd dan Yayasan Selangor Berhad sejumlah RM10.3 juta, namun tidak disampaikan kepada Musa Khan, sebaliknya untuk menyiapkan rumahnya yang terbengkalai dan membeli sebuah ninja king.

Berbalik kepada bangunan Umno 11 tingkat yang perletakan batu asasnya dilakukan oleh Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dianggarkan berharga RM40 juta, sebenarnya bukanlah untuk Umno Sabah kerana Musa Khan telah melantik Henry Butcher (Sabah) Sdn.Bhd. untuk mentadbir urus bangunan berkenaan.

Difahamkan hanya dua tingkat yang akan diserahkan kepada Umno Sabah dan selebihnya adalah milik Musa Khan yang akan disewakan kepada umum. Musa Khan bukan sahaja berjaya memungut derma sejumlah lebih RM160 juta, malah memiliki bangunan dan tanah secara percuma.

Malaysia Today difahamkan Musa akan membatalkan penyerahan bangunan tersebut kepada Umno jika Pak Lah memaksanya meletakkan jawatan dan akan mendedahkan wang derma yang di’songlap’ Rahim, Yahya, Masidi, Japlin dan Samsu Baharun.


...bersambung
Ewan_sn
Berikut disenaraikan antara penderma utama yang menyumbang kebanyakannya taukey Cina dan syarikat dominasi bukan bumiputera:

001. Wenang Baru Sdn. Bhd.
002. Sinoh Environmental Sdn. Bhd.
003. Tropical Eco-Forest Consult Sdn. Bhd
004. Sarona Konsult Sdn. Bhd.
005. Lankenv Environmental Sdn. Bhd.
006. Lakimson Services
007. Envsolve Sdn. Bhd.
008. Ekohandal Sdn. Bhd.
009. Chemsain Konsultant Sdn. Bhd.
010. Hinava Sdn. Bhd.
011. Victorise Sdn. Bhd
012. Pegagau Aquaculture Sdn. Bhd.
013. Harumasa Sdn. Bhd.
014. Memang Untung Sdn. Bhd.
015. Atlantis Holdings Sdn. Bhd.
016. Raksa Kembara Sdn. Bhd
017. Syt. Janjama Supplier And General Contractor Sdn. Bhd
018. Reliwell Sdn. Bhd.
019. Syarikat Ribu Saga Sdn. Bhd.
020. CPSB Stone Quarry Sdn. Bhd.
021. Kinabalu Resource Sdn. Bhd.
022. Duitama Sdn. Bhd.
023. Pedoman Mahir Sdn. Bhd.
024. Innaworth Sdn. Bhd.
025. Demenhasil Sdn. Bhd.
026. Upasarjana Sdn. Bhd.
027. Keungulan Balak Sdn. Bhd.
028. Besborneo Sdn. Bhd.
029. Borneo Wood (Sabah) Sdn. Bhd
030. Hinampad Enterprise Sdn. Bhd.
031. Woodspec Borneo (M) Sdn. Bhd.
032. Gerak Jasa Sdn. Bhd.
033. Ratus Bitara Sdn. Bhd.
034. Syarikat Hing Lee Sdn. Bhd.
035. Gunung Wawasan Sdn. Bhd.
036. Kimanis Quarry Sdn. Bhd.
037. Syarikat Nurhaya Bersaudara
038. Sabahandal Sdn. Bhd
039. Syarikat Makinlok Sdn. Bhd.
040. Makmuran Sdn. Bhd.
041. Eurotra Sdn Bhd.
042. Lambaian Hebat Sdn. Bhd.
043. Innavest Sdn. Bhd.
044. Dynasan Jaya Sdn. Bhd.
045. Mestika Merah Sdn. Bhd.
046. Syarikat Usaha Jakmat Sdn. Bhd.
047. Zudaya Corporation Sdn. Bhd.
048. Perfect Sand Enterprise
049. Syarikat Gaya Timber Sdn. Bhd.
050. Karambunai Resorts Sdn. Bhd.
051. Masa Wood Industries Sdn. Bhd.
052. Syarikat Hebat Hasil
053. Kumpulan Surati Sdn. Bhd.
054. Anika Desiran Sdn. Bhd.
055. Sababaru Sdn. Bhd.
056. Syarikat Sah Lim Sand
057. Tuonoon Enteprise
058. Inland & Foreign Trading (M) Sdn. Bhd.
059. Syarikat Shong Pai Quarry
060. KTS Plantation Sdn. Bhd.
061. Bugaya Forests Sdn. Bhd.
062. Lion Management Sdn. Bhd.
063. Fuxing Pulp and Paper Co. Ltd.
064. Syarikat San Min Construction Sdn. Bhd.
065. Lo Kui Foh Sdn. Bhd.
066. Sri Gaya Enterprise
067. Corak Nakhoda Sdn. Bhd.
068. Pesaka Sepakat Realty Sdn. Bhd.
069. Sandaway Sdn. Bhd.
070. Superwood Sawmill (S) Sdn. Bhd.
071. Zat Jasa Sdn. Bhd.
072. Panduan Kejaya Sdn. Bhd.
073. Innoglow Corporation Sdn. Bhd.
074. Hinampad Enterprise Sdn. Bhd.
075. Laris Maju Enterprise Sdn. Bhd.
076. Wai Kong Trading
077. Bonamax Corporation Sdn. Bhd.
078. Metro Tulus Sdn. Bhd.
079. Emijadi Sdn. Bhd.
080. PMKK Konsult Sdn. Bhd.
081. Southtech Timber (S) Sdn. Bhd.
082. Syarikat Jelata Enterprise Sdn. Bhd.
083. CPSB Stone Quarry Sdn. Bhd.
084. Muhibbah LTAT-JV
085. Global Up-Line Sdn.Bhd
086. WCT Engineering Berhad
087. Arkitek EDP Sdn.Bhd
088. PY Konsep Perunding Sdn.Bhd
089. Peta Reka Perunding (S) Sdn.Bhd
090. KLIA Consultancy Services Sdn.Bhd
091. N.Kiandee Architect
092. Sistem Konsult Sdn.Bhd
093. Semarak Jadi Sdn.Bhd
094. Perunding Era Daya Sdn.Bhd
095. Akif Jaya Sdn.Bhd.
096. Chan & Shariman Arkitek Sdn.Bhd.
097. Zaramo Sdn.Bhd
098. Syarikat Sinar Jaya
099. Deras Jasa Sdn.Bhd
100. Mili Hasil Sdn.Bhd
101. Talam Mesra Sdn.Bhd
102. Esa Jadi Sdn.Bhd
103. Ungkayah Sdn.Bhd
104. Sam Hing Construction
105. Jurutera Perunding Kina Kota Sdn.Bhd.
106. Syarikat Brumas Jaya Sdn.Bhd
107. Dynasynergy Sdn.Bhd
108. Imej Sutera Sdn.Bhd
109. Ramajuta Properties Sdn.Bhd.
110. Henry Butcher (S) Malaysia Sdn.Bhd.
111. K.K. Gwee & Brothers Sdn. Bhd.
112. Unicitra Sdn. Bhd
113. L&L Environment and Geological Services Sdn. Bhd.
114. Tenaga Sejahtera Sdn. Bhd
115. Tadbir Positif Sdn. Bhd
116. Dewana Sdn. Bhd.
117. Sasco Sdn. Bhd.
118. Angkatan Mestika Sdn. Bhd.
119. Megabountiful Corporation Sdn. Bhd
120. Malikah Enterprise Sdn. Bhd
121. Syarikat Intra Bayangan Sdn. Bhd
122. Seng Huat Timber
123. Teck Guan Industries Sdn. Bhd.
124. Pemborong Trusjaya
125. Hasil Berlian Sdn. Bhd
126. Linear Excellent Sdn. Bhd.
127. Saluran Maha Sdn. Bhd
128. Usahawan Prihatin (S) Sdn.Bhd.
129. Sedang Hijau Sdn. Bhd
130. Makmuran Sdn. Bhd.
131. Nadi Harta Berhad
132. Vorach Sdn. Bhd.
133. Sri Jutaya Sdn. Bhd
134. Pioneer Glow Sdn. Bhd
135. Ketara Cekap Sdn. Bhd
136. Bornion Timber Sdn. Bhd.
137. Syarikat Rakan Sajiran
138. Patfield Corporation Sdn. Bhd
139. Kilang Papan Sri Arjuna Sdn. Bhd.
140. Syarikat Hamy Enterprise
141. Ratus Mayang Sdn. Bhd
142. Sabakina Sdn. Bhd.
143. Victorise Sdn. Bhd
144. Gemara Sdn. Bhd
145. Raksa Kembara Sdn. Bhd.
146. Reliwell Sdn. Bhd.
147. Syt. Janjama Supplier And General Contractor Sdn. Bhd.
148. CPSB Stone Quarry Sdn. Bhd.
149. Duitama Sdn. Bhd.
150. Pedoman Mahir Sdn. Bhd.
151 Innaworth Sdn. Bhd.
152. Kinabalu Resource Sdn. Bhd
153. Syarikat Ribu Saga Sdn. Bhd.
154. Upasarjana Sdn. Bhd.
155. Demenhasil Sdn. Bhd
156. Keungulan Balak Sdn. Bhd.
157. Lo Kui Foh Sdn. Bhd
158. Besborneo Sdn. Bhd
159. Bugaya Forests Sdn. Bhd
160. Kimanis Quarry Sdn. Bhd.
161. Syarikat Makinlok Sdn. Bhd
162. Inland & Foreign Trading (M) Sdn. Bhd
163. Syarikat Shong Pai Quarry
164. KTS Plantation Sdn. Bhd
165. Pesaka Sepakat Realty Sdn. Bhd.
166. Sandaway Sdn. Bhd.
167. Metro Tulus Sdn. Bhd.
168. Amalan Cipta Sdn. Bhd
169. KK Megah Sdn. Bhd
170. Advance Focus Holdings Sdn. Bhd.
171. Gerak Jasa Sdn.Bhd
172. Syarikat Yet Hing Contractors Sdn. Bhd.
173. Tanareka Sdn.Bhd
174. Bintawa Enterprise Sdn. Bhd.
175. Kretam Holdings Berhad
176. Consignor River Sand Co.
177. Sen Ching Kimia Sdn. Bhd.
178. Ko-Melikan Enterprise Sdn. Bhd
179. ACB Construction Sdn.Bhd
180. Madu Kota Enterprise
181. Arena Rahmat Sdn. Bhd.
182. Benar Deras Sdn. Bhd
183. Batu Payung Timber Contractor
184. Sri Mutiara General Supplies
185. Visaland Sdn. Bhd
186. Optimism Enterprise Sdn. Bhd
187. Vita Aqua Sdn. Bhd
188. Cynsan Development Sdn. Bhd
189. Sungai Long (Sabah) Sdn. Bhd.
190. Kenangan Cergas (M) Sdn. Bhd
191. Anika Desiran Sdn. Bhd
192. Tropplant Foresters Sdn. Bhd
193. Anjur Megah Sdn. Bhd
194. Pembinaan Klias
195. Sanforco Sdn. Bhd
196. Tenggara Oil Bhd.
197. Konsortium F.A. - Irama Duta
198. Pemborong Sinar Kedamaian
199. Advance Grow Sdn. Bhd.
200. Tangamahir Sdn. Bhd
201. Kilang Batu Juara Sdn. Bhd.
202. RKK Sdn. Bhd
203. Borneo Era Sdn. Bhd.
204. Kenari Express Sdn. Bhd.
205. Tan Chin Nam
206. Makmuran Sdn Bhd
207. Bina Puri Holding
208. Kuta Property Sdn. Bhd
209. Kita Mobile Quarry
210. Accogold Sdn. Bhd
211. Globinamas Sdn. Bhd
212. Lim Wah Ching Sdn. Bhd.
213. Borneo Divers And Sports (Sabah) Sdn. Bhd.
214. Tan Sin Nam Development Sdn. Bhd
215. Reka Maju Enterprise
216. Enseng Sdn. Bhd.
217. Poturidong Kuari Sdn. Bhd.
218. Syarikat Tenom Quarry
219. Kinabalu Agency Corporation Sdn Bhd
220. Pemborong Sinar Maju
221. TSH Resources Bhd.
222. Cheng Nyap Sdn. Bhd
223. Syarikat Pemborong Malim
224. Leluasa Untung Sdn. Bhd.
225. Perusahaan Batu Kituntul Ranau
226. Imej Warisan Sdn. Bhd.
227. Makmur Baru
228. Ching Enterprise
229. Saingan Mewah Sdn. Bhd
230. Keeppel Enterprise Malbumi Timber Sdn. Bhd.
231. Syarikat Jelata Enterprise Sdn. Bhd
232. Syarikat Kuari Al-Amin Sdn. Bhd.
233. Akitek Karya Kraf Sdn. Bhd.
234. Syarikat Makmur Enterprise
235. Sabavital Sdn. Bhd
236. Nada Saga Sdn. Bhd
237. Ireka-Charng cheng Development Sdn. Bhd
238. Easterngrip Sdn. Bhd.
239. Herowang Sdn. Bhd
240. Lo Foh Syn @ Lo Foh Hin
241. Perwira Progresif Construction Sdn Bhd
242. Karangan Quarry
243. Bongawan Quarry Sdn. Bhd.
244. Sin Kong Trading Co
245. Mas Jaya Enterprise
246. Sri Gaya Enterprise
247. Onika Quarry Sdn. Bhd
248. L & Brother Construction
249. Grand Development Sdn. Bhd
250. Onika Quarry Sdn. Bhd
251. Paramount Enterprise
252. Yeogison Enterprise
253. Sabanilam Enterprise Sdn. Bhd.
254. Jeramaju Sdn. Bhd.
255. Teemgold Corporation Sdn. Bhd
256. Julang Kemuncak Sdn. Bhd.
257. Water Liu Liu Enterprise
258. Chong Ket Sang
259. Velda Development Sdn. Bhd.
260. Wilayah Jasa Sdn. Bhd
261. Info Chain Sdn. Bhd
262. Sri Kota Enterprise
263. Konsortium Luagan-Techpeak
264. Lo Kui Foh Sdn. Bhd
265. Datuk Harvey Siddick Martyn
266. Hap Seng Properties Development Sdn. Bhd
267. Salins Enterprise Sdn. Bhd
268. Simatuah Quarry Sdn. Bhd.
269. Ivory Bay Sdn. Bhd
270. Bayu Kinabalu Sdn. Bhd
271. Desa Development Enterprise
272. Linear Excellent Sdn. Bhd.
273. Spurwin Corporation Sdn. Bhd
274. Syarikat Sumber Asli Enterprise
275. Juwitabah Sdn. Bhd
276. Sabaha Sdn. Bhd.
277. Metro Image Sdn. Bhd
278. Paduan Hebat Sdn. Bhd
279. Utusan Seni Sdn.Bhd
280. Tey Ah Bu Plantation Sdn. Bhd.
281. Mowtas Multi User Jetty Sdn. Bhd.
282. Caya Jadi Sdn. Bhd.
283. Thien Guan Quarry
284. Tabanac Land Development Co. Sdn. Bhd
285. Kazusaya Quarry Sdn. Bhd.
286. AMDB Berhad
287. Sri Ying Shoon Trading
288. Grorich Sdn. Bhd.
289. Maxcorp Borneo Sdn. Bhd
290. Geoland Development Sdn. Bhd.
291. A.C. Property Development Sdn. Bhd.
292. CML Holdings Sdn. Bhd.
293. Reef Guardian Sdn. Bhd
294. Musim Hasil Sdn. Bhd.
295. Targetmas Sdn. Bhd.
296. Desa Development Enterprise
297. Kunak Refinery Sdn. Bhd
298. Melur Azim Sdn. Bhd.
299. Timberwell Bhd.
300. Layong Industries Sdn. Bhd.
301. Pemborong Maju
302. Cabaran Lega Sdn. Bhd.
303. Para Era Sdn. Bhd.
304. Sapulut Forest Development Sdn. Bhd.
305. Ultimate Reserves Sdn. Bhd.
306. Juwitabah Sdn. Bhd.
307. Anika Desiran Sdn Bhd
308. Pembangunan Pustaka Sdn Bhd
309. Glowbest Sdn. Bhd
310. Suasa Wawasan (M) Sdn Bhd
311. Accogold Sdn Bhd
312. Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd
313. Grorich Land Sdn. Bhd.
314. Ekohandal Sdn. Bhd
315. Lankenv Environmental Sdn. Bhd.
316. Syarikat Sinar Wanita Sdn. Bhd.
317. Syarikat Kapasi Sdn. Bhd.
318. KBM Quarry Sdn. Bhd
319. Envsolve Sdn. Bhd
320. Pemborong Lee Bersaudara
321. Etika Handal Sdn. Bhd.
322. Delima Merah Sdn. Bhd.
323. Padu - Wangsa Sdn. Bhd.
324. Meribina Sdn. Bhd.
325. Kenari Express Sdn. Bhd.
326. Suria Bumiria Sdn. Bhd
327. IJM Properties Sdn. Bhd.
328. Orienthold Waterfront Development Sdn. Bhd.
329. Hypervictory Sdn. Bhd.
330. Timberwell Berhad
331. Dual Quest Sdn. Bhd
332. Esajadi Power Sdn. Bhd.
333. Paduan Hebat Sdn. Bhd.
334. Gantian Bay Power Barge Sdn. Bhd
335. Dynasan Jaya Sdn. Bhd.
336. Caya Jadi Sdn. Bhd
337. Borneo Era Sdn. Bhd.
338. Dapan Holdings Sdn. Bhd
339. Pascal Quarry Sdn. Bhd
340. Perumahan Permai Sandakan Jaya Sdn. Bhd.
341. Syarikat Kapasi Sdn. Bhd.
342. Hardie Development Sdn. Bhd.
343. Talam Mesra Sdn. Bhd
344. Mengalum Beach Centre Sdn. Bhd.
345. Jurutera Perunding Kinakota (M) Sdn. Bhd.
346. Otentik Sdn. Bhd.
347. Bonasaba Sdn. Bhd
348. Gropoint Seafood Industries Sdn. Bhd.
349. Idris Hydraulic (M) Bhd.
350. Wisventure Sdn. Bhd.
351. Goltra Sdn. Bhd.
352. Fordeco Construction Sdn. Bhd.
353. Toproduce Sdn. Bhd.
354. Star Bonus Sdn. Bhd
355. Himpunan Tenang Sdn. Bhd
356. Advance Focus Holdings Sdn. Bhd
357. Lebih Raya Sdn. Bhd.
358. Selesa Hasil Sdn. Bhd
359. Exquisite Borneo Development Sdn. Bhd.
360. Karambunai Resort Sdn. Bhd.
361. Sipadan Pom Pom Island And Tours Sdn. Bhd.
362. Kemajuan Pangi Sdn. Bhd.
363. Supernesa Sdn. Bhd.
364. LFK Medical Centre Sdn. Bhd.
365. Excel Timber Enterprise
366. Syarikat Kayau Kabang Sdn. Bhd.
367. Arena Dayamas Sdn. Bhd.
368. Caya Jadi Sdn. Bhd.
369. Gracemart Resources Sdn. Bhd
370. Sandakan Bulkers Sdn. Bhd.
371. Asas Erajaya Sdn. Bhd.
372. Lojingki Holdings Sdn. Bhd.
373. Rimba Kita Sdn. Bhd.
374. Celyn Resort Sdn. Bhd.
375. Capricom Resources Sdn. Bhd.
376. Gloharta ( M ) Sdn. Bhd.
377. Taktik Johan Sdn. Bhd
378. Suara Baru Sdn. Bhd.
379. Corporate Jubilee Sdn. Bhd.
380. Syarikat Shong Pai Quarry
381. Rockrose Sdn. Bhd
382. Syarikat Mitabang
383. Asiatic Development Berhad
384. Hap Seng Building Materials Sdn. Bhd.
385. M. F. Maju Sdn. Bhd.
386. Onbumi Sdn. Bhd.
387. Hormat Jadi Sdn. Bhd.
388. Gasing Selatan Sdn. Bhd.
389. Eden Region Sdn. Bhd.
390. Golden Vision Development Sdn. Bhd
391. Borneo's Memories Sdn. Bhd.
392. Komborongoh Reforestation (S) Sdn. Bhd
393. Serijaya Industri Sdn. Bhd.
394. Dream World Resort Sdn. Bhd.
395. Global Upline Sdn. Bhd.
396. Hap Seng (HS) Building Materials
397. Petronas Carigali Sdn. Bhd.
398. Pembinaan BLT Sdn. Bhd.
399. Kaya Borneo Development Sdn. Bhd.
400. Desa Irama Sdn. Bhd.
401. Asiatic Lumber Industries Sdn. Bhd.
402. Borneo Sook (M) Sdn. Bhd.
403. Innokinta Sdn. Bhd.
404. Acacia Mangium Plantations Sdn. Bhd.
405. Tanawell Development Sdn. Bhd
406. Puncasa Sdn. Bhd.
407. SCHB Engineeing Services Sdn. Bhd.
408. Waygood Enterprise Sdn. Bhd
409. Giant Quarry Sdn. Bhd
410. Borneo Murni Sdn. Bhd
411. WBS Construction Sdn. Bhd.
412. Superwood Sawmill (S) Sdn. Bhd
413. Golden Success Enterprise
414. Serijaya Industri Sdn. Bhd.
415. Permatang Samudera Sdn. Bhd.
416. Kuala Medalam Sdn. Bhd
417. GKS Development Sdn. Bhd
418. Begajuta Sdn. Bhd.
419. Accordon Sdn Bhd
420. Thien Chee Vui
421. Perunding BMSS Sdn. Bhd.
422. Pioneer Prospect Sdn. Bhd.
423. Pembinaan Kekal Mewah Holdings Sdn Bhd
424. Hypervictory Sdn. Bhd.
425. Syarikat Kretam Mill Sdn. Bhd
426. Agribright Enterprise Sdn. Bhd
427. Duta Plantations Sdn. Bhd
428. Tamasan Sdn. Bhd
429. Rastamas Construction Sdn.Bhd.
430. Rentak Hasil Sdn Bhd
431. Megabountiful Corporation Sdn. Bhd

(Nota: senarai di atas hanya mengambilkira derma yang berjumlah RM10,000 ke atas dan jika terdapat dua nama, bukan bertindih tetapi dua kali menderma Malaysia Today meminta maaf kerana tidak dapat memaparkan dokumen tulisan tangan kerana bimbangkan keselamatan pemberi maklumat).
Ewan_sn


Gambar bangunan UMNO pada 13 Februari 2007





Gambar bangunan UMNO pada 04 April 2007 (perhatikan tiada lagi perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu pada tingkat 3

Ewan_sn

Rumah Yahya Hussin di Petagas yang menggunakan wang derma UMNO



Rumah Rahim Ismail yang baru diubahsuai dengan wang derma UMNO



Rumah Japlin Ahkim yang baru siap selepas songlap wang derma UMNO


Ewan_sn
Yang kaya dan yang papa
Oleh 'Deep Throat' Sabah

Yang bergelung itu cincin, yang bersinar itu permata, yang kaya itu pemimpin, yang papa itu rakyat jelata.

Bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal maknikam. Mutiara yang berada di perut laut yang berlumpur tidak bernilai sehingga dicungkil keluar daripada tiram. Mutiara terjadi secara semulajadi apabila tiram tersebut dimasuki pasir dan tiram menyelaputi pasir itu dengan gentian semulajadi sehinggalah terjadi mutiara andaman yang paling berharga!

Itulah kiasan yang paling sesuai menggambarkan betapa susahnya rakyat jelata yang terdiri daripada petani, nelayan, penternak dan buruh kasar terpaksa bekerja keras dan menggadai nyawa demi sesuap nasi dan dalam masa yang sama membolehkan pemimpin atasan hidup dan tidur dalam keadaan perut yang kenyang dan mimpi yang panjang.

Paling menyedihkan satu-satunya yang paling berharga yang mereka miliki iaitu UNDI terpaksa diberikan kepada calon yang diletakkan oleh parti (sebelum ini merupakan penyamun, perogol, penjenayah, pengkhianat dan penjudi) menjadi pemimpin mereka.

Adakalanya undi yang berharga dicemari pula dengan ‘pengundi hantu’ jika mereka memprotes enggan turut mengundi. Apakah yang tinggal bersama mereka sepanjang hayat? Hanyalah rasa bersalah dan berdosa kepada anak cucu kerana memilih penjenayah sebagai pemimpin mereka. Lebih parah mereka terpaksa mewariskan ’kemiskinan’ dan ’kepapaan’ kepada anak cucu mereka disebabkan kekayaan dan kemewahan tidak ada di dalam kamus hidup mereka kerana dipadam oleh pemimpin yang mereka pilih.

Sebelum para pemimpin ini bergelar pemimpin, mereka hanyalah rakyat biasa yang pernah papa kedana dan merasa hidup susah. Setelah memenangi pilihan raya melalui proses pengundian yang dibauri pengundi hantu atau dilantik memegang sesuatu jawatan, kehidupan mereka tiba-tiba berubah dalam masa sekelip mata, seolah-olah mendapat tongkat sakti Cinderella.

Jika dahulu berumah papan dan berkereta buruk yang selalu dikejar CCM (bank), kini berumah di kawasan perumahan elit dan berkereta mewah.

Dunia mengukur kekayaan seorang dengan saiz bank akaun atau harta yang dimiliki, namun pemimpin di Sabah ingin memiliki kedua-duanya sehingga tidak mengenal erti halal haram dan cara memperoleh kekayaan.

Rumah mewah adalah salah satu harta yang ditunjukkan bagi pemimpin Sabah yang suka berlumba-lumba menunjukkan kekayaan tanpa memikirkan untung nasib rakyat yang meletakkan mereka di tempat mereka sekarang.

Kita lihat betapa mewahnya mereka dan betapa miskinnya rakyat jelata yang selama ini dijanjikan rumah yang selesa jika BN memerintah Sabah. Ada di antara pemimpin itu hanyalah sebagai Ketua Umno Bahagian tetapi menimbun kekayaan berjuta dan berumah bagaikan istana.

Apa khabar Lembaga Hasil Dalam Negeri yang lebih gemar mengejar Mamak Nasi Kandar daripada pemimpin Sabah yang kurang ajar?

Lihatlah dan pandanglah rumah pemimpin Sabah yang kaya-raya atas perahan keringat, darah dan air mata rakyat jelata.

Renunglah dan hayatilah penderitaan penduduk kampung yang terpaksa memilih hidup susah demi menyenangkan pemimpin yang memerah tenaga dan wang ringgit mereka untuk hidup mewah.
Ewan_sn


SBH1 - Rumah Haji Ramli Marahaban kroni Musa Khan
Ewan_sn


SBH2 - Rumah Musbah Jamli salah seorang kroni Musa yang kononnya kaya daripada kilang padi dan mempunyai perniagaan jutaan ringgit walaupun hanya sebagai Ketua Umno dan mantan wakil rakyat.
Ewan_sn


SBH3 - Rumah Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin yang juga hanya seorang Pembantu Menteri.
Ewan_sn


SBH4 - Rumah Awang Sham, Kroni Musa yang mendapat konsesi kayu balak.
Ewan_sn


SBH5 - Rumah Musa Khan Al-Pusthuni di Puncak Luyang yang telah siap tetapi dibongkar kembali kerana isterinya tidak berpuashati, bagaikan istana pasir.
Ewan_sn

SBH6 - Rumah Yahya Hussin, Timbalan Pengerusi Task Force Umno yang mendalangi sindiket kad pengenalan projek dan Setiausaha Perhubungan Umno Sabah, merangkap menteri kabinet.
Ewan_sn


SBH7 - Rumah Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.
Ewan_sn


SBH9 - Rumah Tun Sakaran, Mantan TYT, Mantan Ketua Menteri Sabah dan pelbagai Mantan yang lain.
Ewan_sn
Timbalan Ketua Menteri Sabah letak jawatan
13-04-2007 12:16:52 PM

PETALING JAYA: Tan Sri Chong Kah Kiat telah meletak jawatan Jumaat sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Beliau kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjong Kapor.
Ewan_sn
Projek IC Tun Mahathir

Skandal Projek (IC) Mahathir di Sabah akan menjadi hangat semula jika sekiranya Memorandum Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pemberian kerakyatan Malaysia yang tidak sah melalui pemberian Kad Pengenalan MyKad kepada pendatang tanpa izin (PTI) dan beberapa perkara yang berkaitan, diterima oleh pihak berkuasa.

Isu pendatang tanpa izin yang kini sudah dirakyat-Malaysiakan, memang isu serius di Sabah. Bilangan mereka begitu besar dan penduduk Sabah sendiri merasa terpinggir di negeri mereka sendiri dengan kebanjiran orang asing yang mendapat hak kerakyatan dan menikmati segala kemudahan dan peluang pekerjaan seperti warga Malaysia. Malah, ada bumiputera Sabah sendiri yang tidak mendapat kemudahan dan peluang seperti PTI ini.

Projek (IC) Mahathir ini pertama kali dibangkitkan apabila salah seorang yang dituduh terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan tersebut membuat pengakuan dan pendedahan projek tersebut.

Pendedahan Hassnar kepada mahkamah dalam pendengaran kes petisyen pilihan raya kecil Likas tahun 2001. Mahkamah mendengar bahawa ada ahli-ahli politik di Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang ada kaitan dengan pemberian kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin.

Hassnar Ebrahim, 54, telah menjalani hukuman di bawah Akta Keslamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1988, selama dua bulan dan kemudian dikenakan tahanan dalam rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998.

Seorang ahli perniagaan Sandakan, Hassnar mendedahkan bahawa dia telah membantu beribu-ribu rakyat asing mendapat kad pengenalan.

Seorang lagi bekas tahanan ISA yang juga salah seorang pengasas Parti Bersatu Sabah Jabar Khan pula membuat kenyataan terbuka bahawa dia juga telah membantu, terutama rakyat Filipina dan Indonesia mendapatkan kad pengenalan.

Adalah dianggarkan terdapat 1.75 juta orang asing di Sabah termasuk lebih 322,903 orang warga asing telah mendapat kad pengenalan Malaysia melalui “Kad Pengenalan Projek M”. Penduduk Sabah yang melonjak sebanyak 363% dari 648,693 pada 1970 kepada lebih 3 juta pada 2005 berbanding negeri Sarawak yang hanya naik 135% dari 976,269 kepada 2.3 juta. Dari penduduk yang kurang daripada Sarawak, kini melebihi Sarawak hanya sejuta orang.

Namun, itu semua bukan perkara baru, malah ia maklumat terbuka tetapi sehingga kini permasalahan tersebut tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh.

Walaupun perkara tersebut sudah diakui dalam Dewan Undangan Negeri Sabah sendiri. Salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Samson Chin (PBS) telah menyebut mengenai nisbah penduduk dan PTI 1.5:1.7 yang memetik angka daripada Jabatan Perangkaan.

Malah, parti-parti komponen Barisan Nasional termasuk PBS, United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), Sabah Progressive Party (SAPP), Liberal Democratic party (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) begitu lantang dalam menyatakan kebimbangan mereka mengenai Pojek IC dan PTI ini.

Situasi Sabah sebenarnya amat kritikal dengan kebanjiran pendatang tanpa izin yang sebahagian besarnya sudah menjadi warga Sabah. Bukan saja dari segi permasalahan sosial dan ekonominya, tetapi dari segi kedaulatan negeri Sabah sendiri mungkin menghadapi ancaman ketidakstabilan.

Perkara tersebut ialah berkaitan tuntutan Filipina terhadap Sabah yang mungkin ramai sudah lupa mengenainya tetapi ia tidak pernah digugurkan oleh Manila. Jika sekiranya Manila membuat tuntutan terhadap Sabah, saya pasti ribuan orang Filipina yang sudah berada di Sabah akan menyokong tuntutan tersebut dan sanggup berkorban untuk negara asal dan tanah tumpah darah mereka.

Walaupun sudah banyak hutannya diratakan dan minyaknya yang disedut, Sabah masih kaya dengan sumber-sumber aslinya. Amat menyedihkan melihat hutan-hutan di Sabah digondolkan, namun Sabah masih belum dibangunkan seperti yang sepatutnya. Pemimpin-pemimpinnya punya istana-istana bernilai jutaan ringgit, anak-anak dan suku-sakat mereka ke sana ke mari dalam kereta-kereta mewah yang diimport.

Tetapi bagi rakyat Sabah, mereka masih lagi berharap akan mendapat durian runtuh satu hari nanti.

Pengurusan Sabah adalah yang paling teruk antara negeri-negeri, dengan kehidupan yang paling buruk, paling sedikit pembangunan, pertumbuhan penduduk yang paling tinggi, pendatang asing yang paling ramai, negeri paling miskin dan kemudahan asas yang paling rendah dengan gangguan bekalan elektrik dan air yang paling tinggi di Malaysia. Ini dibuktikan oleh angka-angka dan maklumat Rancangan Malaysia Ke-9 yang berdasarkan 8 fakta menjadikan Sabah satu mimpi ngeri dalam kehidupan rakyat Sabah:

Sabah mempunyai bilangan pendatang haram seramai lebih sejuta orang, yang diberikan Kad Pengenalan di bawah “Projek Mahathir”. Lonjakan pertumbuhan penduduk pendatang haram boleh dilihat pada bilangan penduduk dalam tahun 1960, bilangan Kadazandusun hanya 168,000 dan sama dengan bilangan bumiputera lain. Pada 2000, sungguhpun penduduk Kadazandusun bertambah kepada 560,000, penduduk bumiputera lain telah bertambah kepada 1.1 juta.

Kadar jenayah berat dan ganas begitu tinggi menjadikan Sabah negeri paling bahaya sekali untuk diduduki. Sehingga pegawai polis bukan sahaja tidak dapat menjaga keselamatan awam malah tidak mampu membela diri seperti yang berlaku di Pulau Gaya baru ini, di mana pegawai polis telah ditetak.

Pemimpin-pemimpin di Kuala Lumpur terus memberi jaminan, “...ya, ya kami akan melihat kepada masalah kad pengenalan ini..”, kemudian kita akan dengar beberapa orang ditahan di bawah ISA, tetapi masalah ini tetap berterusan.

Hakikatnya, skandal IC ini adalah perbuatan Umno bagi memastikan komposisi penduduk Sabah beralih daripada majoriti Kadazandusun kepada Melayu Umno. Umno sudah lama mencari jalan untuk memecah kubu penduduk tempatan Sabah dengan memindahkan ramai kakitangan kerajaan ke Sabah. Langkah tersebut adalah bagi memastikan akhirnya mereka akan menguasai negeri Sabah.

Seluruh Sabah tahu akan perkara ini, tetapi Musa dan pemimpin-pemimpin Umno suka main wayang. Kononnya, dakwaan tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti kukuh.

Bukti apa lagi yang mereka mahu? Banyak laporan mengenai PTI telah dibuat. Sudah ada orang yang sanggup pergi ke mahkamah, malah sanggup dihukum mati jika dakwaan mereka tidak benar. Apa lagi yang engkau mahu Musa?

Musa Aman sepatutnya telah memulakan penyiasatan sebaik saja menjadi ketua menteri bagi membuktikan kejujurannya dan tidak tunggu sehingga pendedahan oleh Hassnar dan Jabar. Tetapi sudah tentu itu tidak akan berlaku kerana Musa adalah penjaga kepentingan Umno di Sabah.

Lihat saja, semasa Haris Salleh menjadi ketua menteri (zaman Usno), Musa memegang jawatan Bendahari Usno. Pada ketika itu, projek IC sudahpun berjalan. Apabila Umno bertapak di Sabah, Musa yang telah dipilih menjadi Ketua Perhubungan Umno Sabah yang pada masa itu Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah. Musa terus menjaga kepentingan Umno dan salah satu strategi Umno ialah mengurangkan majoriti bukan Melayu di Sabah. Di sinilah projek Mahathir dijalankan dengan memberikan kad pengenalan sah kepada pendatang asing, agar mereka mengundi untuk Umno dalam pilihan raya negeri Sabah.

Dr Mahathir pada masa itu telah mengambil Megat Junid sebagai setiausaha politiknya dan kemudian Megat Junid telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri (lagi senang Megat Junid berurusan). Megat Junid dan Tan Sri Samsuddin (bekas Ketua Setiausaha Negara) dikatakan telah terlibat dalam projek IC tersebut, atas arahan bos mereka.

Projek IC tersebut telah dilipatgandakan zaman Pairin (PBS) mentadbir Sabah, bagi menghilangkan majoriti Kadazandusun. Sebelum menang, PBS menggunakan slogan ‘Sabah untuk orang Sabah’. Mereka menolak Musa yang dikatakan bukan Melayu tetapi keturunan Pakistan. Namun, Musa telah menggunakan kedudukannya untuk mengukuhkan kedudukan Umno di Sabah (secara haram).

Kini Ketua Menteri Datuk Musa Aman mengarahkan dua jabatan kerajaan; Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara menjelaskan kepada orang ramai mengenai skandal Projek (IC) Mahathir. Bijak, bijak wahai Musa, jangan cuba alihkan pertanggungjawaban kepada pihak lain sedangkan engkau tahu siapa sebenarnya dalang kepada segala kerosakan itu.

Menurut seorang wartawan Bernama, berita Projek Mahathir ini dimasukkan dalam Bernama hanya untuk memberi peluang bagi Pak Lah menghentikan serangan Dr Mahathir, tidak lebih dari itu.

KL memang tidak berminat untuk selesaikan masalah PTI dan PTI yang mendapat kad pengenalan kerana Sabah lebih mudah dikawal jika ia berada dalam keadaan lemah dengan tiada satu pihak yang ada kuasa penentu.

Sikap kerajaan negeri yang kaku dalam isu PTI wajar ditentang dengan mendesak diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD). Referendum atau pungutan suara akan diadakan jika kerajaan tidak mengendahkan gesaan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) untuk menyiasat isu berkenaan, kata Dato' Dr Jeffrey Kitingan.

Menurutnya, rakyat boleh memberi jawaban mereka sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’ melalui laman web Yayasan Pembangunan Insan atau khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya lihat Malaysia today juga ada memuatkan ruangannya untuk pungutan suara tersebut.

Dengan itu, siasatan dapat dilakukan dan mereka yang bertanggungjawab akan diadili dan permasalahan yang menghantui rakyat Sabah akan mula ditangani dan diatasi. Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan sudah mulakan usaha ini, rakyat Sabah perlu menyokong usaha tersebut.
rostamno1
dahsyatnyaaa rasuah .... tahap apa dah ni ..

tu pasal la pemimpin Singapore gaji tinggi ...
Ewan_sn
Bila kekayaan menjadi matlamat tanpa memikirkan dosa dan pahala, halal dan haram..Takde saper nak marah kalau kaya dari hasil yg halal..
Ewan_sn
Ketua Putera UMNO Ugut Buang Semua Laporan Polis Jefrey Kitingan
New Sabah Times

KINABATANGAN : Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kinabatangan, Azman Mastar menyelar Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Sabah (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan memintanya menghentikan segala pembohongan dan fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman untuk tujuan menipu rakyat negeri ini.

Pengerusi Putera Umno Negeri itu berkata, pihaknya boleh bertindak tegas termasuk membuat laporan polis kerana Dr. Jeffrey berbuat fitnah melalui internet dan surat layang yang boleh menghalang tugas seorang ketua menteri di negeri ini.
inteloniac
ugut buang laporan polis? wah2.. depa ni polis ke apa? kalau dah dituduh tu, bawak la bicara kat mahkamah.. kata UMNO adalah parti yang menghormati undang-undang. kalau xsalah, biar mahkamah yang putuskan. apsal takut?

"UMNO is rotten to the core" - DSAI
Ewan_sn
Musa Khan Gugur 7 MP dan 20 Adun?
By: Raja Petra


GUGUR......Tujuh ahli parlimen yang bakal digugurkan Musa Khan. Mereka ialah Datuk Bung Mokhtar Radin, Datuk Ronald Kiandee, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Dr Yusof Yaakub, Datuk Abdul Rahim Bakri, Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman dan Rosnah Rashid Shirlin. Mungkinkah Musa Khan juga gugur?


Walaupun dibelenggu pelbagai masalah, namun Ketua Menteri Sabah semakin bersemangat mengukuhkan kedudukannya sebagai orang kuat Pak Lah termasuk mengikuti rombongan Pak Lah ke Russia setelah membelanjakan lebih RM2 juta wang sendiri untuk mengikuti delegasi berkenaan.

Mengikut maklumat di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri, nama Musa Khan Al-Pushtuni tidak ada dalam senarai rombongan, namun dia telah berusaha memujuk beberapa pihak agar menyertai rombongan ”Gate-Crash” dan akhirnya berjaya memperdaya seorang Menteri Besar yang meminta namanya digugurkan di saat akhir dan digantikan dengan Musa Khan.

Namun, bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan sehelai daun lalang. Akhirnya Musa Khan terpaksa pulang ke tanahair ketika Pak Lah masih dalam rangka lawatan rasmi kerana gagal bersemuka dengan Pak Lah secara empat mata untuk menjelaskan kemelut yang mensirna peluangnya untuk terus memimpin Kerajaan Negeri Sabah dan sebagai Ketua Perhubungan Umno Sabah.

Harapannya agak tipis kerana Badan Pencegah Rasuah telah memulakan siasatan terhadap Skandal Wisma Bandaraya yang ditakrifkan sebagai ‘rasuah kelas pertama’ yang tidak mampu dinafikan atau menutup sebelah mata BPR.

BPR kini, semakin bersemangat sejak diterajui oleh Datuk Mohammad Said Hamdan atau lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Mat’ oleh Pak Lah.

Maka Musa Khan telah memberikan satu resolusi yang amat berat untuk diterima oleh pemimpin Umno Sabah kerana akan menyaksikan ramai yang tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

Desakan Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri yang mahukan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh Negara dibubarkan serentak pada 8.8.2007 dan pilihan raya umum akan diadakan pada 22 Ogos 2007 semakin hampir menjadi kenyataan, terutama kembalinya peranan Khairy Jamaluddin di dalam Kerajaan Islam yang tidak ada had tetapi ada hari (hadhari) setelah peranan Setiausaha Sulit Pak Lah, Dato’ Mohammad Thajuddin Abdul Wahab semakin tergelincir dengan kehadiran Datin Seri Jeanne Danker.

Musa Khan telah membuat permintaan yang terlalu ketara dan mengulangi sejarah politik Sabah apabila Tun Sakaran ’dilucutkan’ jawatan Ketua Menteri untuk menjadi TYT Sabah kerana Tun Said Keruak telah meletakkan syarat agar anaknya, Salleh Tun Said dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah sebagai persetujuan turun takhta sekalipun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan tempohnya dilanjutkan sepenggal lagi.

Memang telah diduga sejak awal lagi, jika Musa Khan terpaksa meletakkan jawatan, beliau telah merintis jalan terbaik buat adiknya, Datuk Anifah Aman mewarisi kerajaan April Fool yang diasaskannya sejak 1 April 2003.

Musa Khan telah menyampaikan hasrat kepada Pak Lah melalui Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Hasnul Ayub, ‘Kuda tunggangan Musa Khan’ agar beliau dan Anifah bertukar kawasan bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan janji Kerajaan Persekutuan tidak perlu banyak berbelanja kerana beliau akan mengeluarkan sebahagian besar kos untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Kini, Musa Khan mula membiaya Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) yang diketuai oleh Osman Jamal untuk menarik sokongan ‘warga mi segera’ ini agar mengundi BN pada pilihan raya akan datang. Kegiatan memberikan kerakyatan segera, kembali hangat terutama dengan kemasukan ramai warga Bugis PTI daripada Indonesia dan projek kerakyatan haram semakin rancak di Tawau, Lahad Datu, Semporna, Keningau dan Sandakan.

Musa Khan turut mengarahkan Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri agar mendaftar semula pemegang IMM 13 yang telah dilanjutkan pas atau diberi pas baru untuk memberikan mereka kerakyatan segera agar dapat menjadi pemilih berdaftar menjelang pilihan raya akan datang sebagai kesinambungan Task Force Umno pada 1991-1993.

Mengikut maklumat yang dibocorkan oleh pihak tertentu di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri, Musa Khan telah mencadangkan 7 nama ahli parlimen yang akan digugurkan pada pilihan raya akan datang dan 20 orang Adun yang akan kehilangan kerusi mereka.

Sebagai mengenang jasa membela Musa Khan dalam isu Ma Tzu, Haji Harun telah dicadangkan menggantikan Datuk Abdul Rahim Bakri yang gagal memberikan sokongan kepada beliau di parlimen terutama apabila dikecam hebat oleh Salehuddin Ayub dan Lim Kit Siang.

Manakala di Sipitang, Datuk Dr Yusof Yaakub terpaksa berundur bagi memberikan laluan kepada Datuk Sapawi Ahmad yang akan berpindah ke kawasan parlimen.

Silam turut akan mendapat ahli parlimen baru apabila Pembantu Menteri kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasron Datu Mansur akan menggantikan Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman yang akan digugurkan terus daripada mewakili BN kerana skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Namun Nasron mungkin terpaksa gigit jari kerana skandal pecah amanah yang dihadapinya sudah sampai ke peringkat pusat terutama ketika menjadi peguam yang kini masih dalam siasatan polis sehingga ramai pihak mencadangkan agar Haji Salsidu Ibrahim dipilih sebagai calon parlimen Silam.

Manakala ahli politik ‘dua alam’ di era berjaya, Datuk Haji Zaki Gusmiah dijangka akan menggantikan Datuk Bung Mokhtar Radin yang lebih dikenali dengan sindrom ‘bocor’ kerana kelantangannya bersuara di Parlimen telah mendapat kutukan pelbagai pihak sehingga menggelar beliau sebagai ‘Yang Bodoh, Yang Bocor, Yang Berhutang dan Yang Binatang’ sejajar dengan gelaran ‘Singa Umno’ oleh ahli Umno Kinabatangan.

Setiausaha Sulit Musa Khan, Mahmud yang telah mengintai peluang sejak pilihan raya lalu tidak lagi kempunan apabila Musa Khan telah menggugurkan Ronald Kiandee yang tidak disukai oleh Umno Pusat kerana sindrom projek sehingga memaksa Musa Khan mendesak agar adik Ronald, Melvin Yeo Kiandee diberikan Projek Perumahan Rakyat di Beluran melalui syarikat Actaland Sdn.Bhd sebagai ‘gantirugi’ tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang.

Walaupun Rosnah telah membuktikan kecemerlangannya pada pilihan raya lalu dan memenangi kerusi parlimen Papar secara percuma, namun pengaruh Rahim Ismail sentiasa membayangi Musa Khan dan akan menjadi pencabar yang hebat kepada Musa Khan atau penggantinya, Anifah Khan.

Kegagalan Datuk Azizah Mohd Dun menangani pelbagai isu di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan kelantangan beliau memperjuangkan isu wanita tidak disenangi Musa Khan sehingga memilih ’pejuang Umno’, Datuk Lajim Haji Ukin menggantikan Azizah di parlimen Beaufort.

Bagaimanapun nasib 18 ahli parlimen lain masih terumbang-ambing terutama jika Shafie Afdal dicalonkan sebagai Adun Sulabayan menggantikan Datuk Nasir Tun Sakaran yang akan ditukarkan ke Parlimen.

Manakala tiga Adun telah dikenalpasti akan digugurkan iaitu Datuk Hajiji Haji Mohd Noor yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kerana Musa Khan telah memberikan jaminan agar ’kuda tunggangannya’ Datuk Rahman Dahlan menggantikan Hajiji di Dun Sulaman.

Sebelum ini Hajiji telah berura-ura untuk menyokong Ali Asgar Haji Basri sebagai Timbalan Ketua Bahagian menentang Rahman Dahlan yang terpaksa mengosongkan kerusi Pemuda kerana faktor umur menyebabkan Rahman mengambil langkah setapak lagi dengan memaksa Musa Khan menggugurkan Hajiji yang mungkin akan berpindah ke kawasan parlimen Tuaran yang kini disandang oleh Datuk Wilfred Madius Tangau yang mungkin tidak dicalonkan kerana berlaku pertukaran beberapa kerusi di antara parti komponen BN.

Ahli politik veteran, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia akan dipersarakan awal kerana peranannya tidak lagi relevan sejak bergabung dengan Salleh Tun Said menjenamakan semula Persatuan Sabah Bajau Bersatu sebagai USBO bagi memberikan laluan kepada Serin yang juga Timbalan Ketua Bahagian.

Anak emas Musa Khan, Ramli Marahaban kini bernafas lega apabila diberi keyakinan menggantikan Datuk Mohd Lan Allani yang mengalami masalah dalaman dan mangsa perangkap politik Basalie dan Shafie Afdal.

Datuk Yahya Hussin atau Datuk Karim Bujang akan turut menerima nasib malang apabila salah seorang daripada mereka akan digugurkan dan diisi oleh Hasnul Ayub.

Daripada risik-risik Malaysia Today, seramai 17 lagi Adun Sabah akan digugurkan untuk digantikan dengan muka baru.

Mereka yang bakal digugurkan termasuklah Datuk Aklee Abbas, Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat, Johnny Intang, Masrani Parman, Melanie Chia Chui Ket, Michael Asang, Patawari Patawe, Philip Benedict Lasimbang, Syed Abas Syed Ali, Ustaz Mohd Suhaili Said, Surady Kayong, Surinam Sadikon, Wong Lien Tat, Datuk Dr Yee Moh Chai, Herbert Timbon Lagadan, Datuk Jasa Rauddah dan Jainab Ahmad.

Ramai pemerhati politik meramalkan Musa Khan akan terus menerajui Kerajaan Negeri Sabah sehingga pilihan raya akan datang dan akan berundur setelah pasti adiknya, Anifah Khan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah kerana tidak akan memberi peluang kepada Shafie yang telah lama menaruh harapan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.

Namun, mampukah Musa Khan bertahan dengan pelbagai kemelut yang timbul dan akan ditimbulkan pelbagai pihak terutama daripada pemimpin Umno Sabah sendiri setelah Musa Khan telah merangka lanskap politiknya sendiri?
mamacun
begitu sekali politik di sabah? rock.gif
Ewan_sn
Kenapa saya tentang Musa Aman?
Wawancara Malaysia Today dengan Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, penulis 'Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah'

Apabila Malaysia Today menyiarkan Surat Terbuka Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Ajijul @ Azizul Sanarul, ramai pihak yang telah menghubungi beliau untuk mengucapkan Tahniah di atas keberaniannya dan ada juga yang mengucapkan Takziah kerana kononnya dia menempah maut.

Azizul dilahirkan di Kampung Tampi-Tampi Semporna pada 28 Ogos 1958. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kabogan pada 1964 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bubul pda 1967 sebelum melanjutkan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Panglima Abdullah daripada 1971 hingga 1975. Kemiskinan yang melanda keluarga membuatkan beliau terpaksa bekerja di usia muda di beberapa jabatan seperti Pejabat Daerah Semporna, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dan Lembaga Elektrik Sabah. Azizul menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai calon persendirian pada 1977. Pada 1996 Azizul berhenti kerja untuk bergiat cergas dalam politik. Kerjaya politik Azizul bermula pada 1976 iaitu setelah tamat tingkatan lima apabila menyertai USNO. Beliau turut berjuang bersama ahli USNO lain menyebarkan pengaruh Umno di Sabah dan menaja penubuhan Cawangan Umno Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna pada 1991. Pernah menjadi AJK Pemuda Umno Semporna yang ketika itu diketuai oleh Datuk Mohd Shafie Afdal. Turut dilantik sebagai Ketua Zon Pilihan raya Tampi-Tampi. Kecekalan dan ketabahannya dalam politik dan kemasyarakatan menyebabkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Komuniti Bestari Zon Tampi-Tampi oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Azizul dikurniakan Pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu pada 2004, namun beliau hanya bersedia menerimanya pada 2006 di Istana Negeri Sabah. Kini beliau menjalankan perniagaan dan bekerja sendiri.

Wakil Malaysia Today di Semporna, ‘Deep Throat’ Sabah, telah menemuramah beliau di rumahnya di Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna untuk mendapat gambaran sebenar.

MT: Assalamualaikum. Sebelum kita mulakan bual bicara, boleh beri sedikit latar belakang daerah Semporna iaitu tempat asal saudara.

Azizul: Waalaikumus Salam warah matullah hiwabarakatuh. Semporna merupakan sebuah tanjung yang sebelum ini digelar Tong Talun. Majoriti penduduk Semporna bekerja sebagai nelayan dan kebanyakannya berketurunan Bajau. Semporna merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak di Zaman USNO lagi. Pulau Bum-Bum merupakan salah satu pulau terbesar yang berpenghuni dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas merupakan perkampungan nelayan. Semporna menjadi pintu masuk kepada ‘Mutiara Timur’ iaitu Pulau Sipadan dan kini mula dibangunkan sebagai Hub Pelancongan Negara. Saya bangga menjadi anak Semporna dan ahli Umno.

MT: Apakah sebenarnya niat saudara menulis surat terbuka buat Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman? Tidak adakah jalan lain selain daripada surat terbuka?

Azizul: Tidak ada jalan lain lagi. Saya sudah mencuba segala saluran rasmi dan tidak rasmi, namun semuanya melalui jalan buntu. Niat saya hanya satu iaitu menegur pemimpin Umno yang terkeluar daripada landasan perjuangan parti. Surat terbuka ini boleh dibaca semua orang, tapi hanya Malaysia Today berani siarkan surat saya. Yang lain, ‘black-out’.

MT: Bukankah ini mencerminkan saudara kecewa dalam perjuangan atau ada permintaan saudara yang tidak kesampaian dan saudara cuba membalas dendam melalui ‘poison letter’ ini?

Azizul: Ini bukan ‘poison letter’. Ini surat rasmi saya kepada Ketua Menteri Sabah, kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah yang saya salinkan kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah. Saya bertanggungjawab di atas apa yang saya tulis. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Datuk Musa. Saya tidak memerlukan atau pernah memohon sesuatu daripada beliau. Oleh itu tidak timbul soal dendam. Saya tegur beliau demi Umno. Umno Sabah sudah terlalu parah kerana penyalahgunaan kuasa berleluasa dan rasuah semakin menjadi-jadi terutama melibatkan orang ternama seperti Ketua Menteri Sabah. Tidak timbul soal kecewa kerana saya akan mempertahankan Umno selagi hayat dikandung badan.

MT: Kenapa saudara beria-ia benar mahu menegur Musa sedangkan saudara hanya seorang Ketua Cawangan dan bukannya Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Kerja Tertinggi?

Azizul: Memang benar saya hanyalah Ketua Cawangan Umno Kampung Tampi-Tampi Darat dan bukannya Ketua Bahagian atau MKT. Tetapi saudara harus ingat, Pak Lah, Musa, Mahathir dan saya juga adalah ahli Umno dan bukannya berdasarkan hirarki sebagai lesen untuk membuat teguran. Saya penaja Umno dan saya merasakan bertanggungjawab untuk menjaga kesucian dan kedaulatan Umno. Kami rela membubarkan cawangan USNO semata-mata membuka ruang secukupnya untuk Umno memperjuangkan nasib orang Melayu di Sabah yang selama ini dilayan sebagai anak tiri oleh Umno dan pemimpinnya, semata-mata kerana kami bukan ahli Umno ketika itu. Kini setelah 16 tahun berakar umbi di Sabah, saya harus menegur kerana Musa sudah keterlaluan, terutama kes tanah dan bangunan Umno Sabah yang seolah-olah dijadikan Yo Yo oleh Musa tanpa rasa segan atau malu.

MT: Bukankah kes Musa sudah dilaporkan kepada Polis dan BPR? Kenapa tidak menunggu mereka menjalankan siasatan selesai dan pendakwaan dibuat terhadap Musa?

Azizul: Ya saya tahu. Memang Jeffrey dan orang lain sudah lapor. Tapi sampai bila kita mahu tunggu? Rakyat mahukan kebenaran. Ahli Umno tidak lagi boleh bersabar. Polis dan BPR terlalu lembab menjalankan siasatan. Mereka kurang cekap dan takut-takut kerana pengaruh Musa. Peguam Negara juga seolah-olah tidak bertenaga. Saya rasa perlu desak Polis dan BPR mempercepatkan siasatan kerana jika terlalu lama bukti yang ada akan dimusnahkan dan rakyat akan hilang keyakinan kepada kredibiliti Polis dan BPR yang sebelum ini terpalit dengan Skandal Rasuah.

MT: Saudara seolah-olah Pro-Parti Keadilan kerana menyokong laporan polis dan BPR yang dibuat oleh Dr Jeffrey Kitingan. Bukankah sebagai Ketua Cawangan Umno saudara patut melindungi Musa selaku Ketua Badan Perhubungan Umno dan Ketua Menteri Sabah?

Azizul: Saya bukan penyokong Jeffrey atau Pro-Parti Keadilan. Saya ahli Umno dan Ketua Cawangan Umno yang berikrar akan mempertahankan Umno di bumi Sabah. Sebagai warganegara Malaysia saya memegang prinsip Musa tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah di mahkamah. Tetapi sebagai Ketua Cawangan Umno, saya malu kerana dalam setiap perjumpaan Musa mengatakan jangan percaya kepada fitnah pembangkang. Persoalannya, bagaimana saya mahu menjelaskan kepada rakyat, jika tuduhan Jeffrey yang lengkap dengan bukti itu dikatakan fitnah, sewajarnya Musa menyaman Jeffrey dan bukannya mengabaikan laporan berkenaan. Sebagai ahli Umno, saya bertanggungjawab untuk membela nama baik parti saya yang ternyata dicemarkan oleh Musa kerana mendiamkan diri ketika keyakinan rakyat semakin terhakis.

MT: Saudara kata tadi terdapat bukti lengkap. Boleh sebutkah apa antara bukti tersebut?

Azizul: Daripada 81 Dalil yang dilapor oleh Jeffrey, saya tertarik dengan kes Wisma Bandaraya. BPR patut siasat bagaimana tanah Koperasi Belia Sanya (Kosan) di tengah bandar boleh dilupuskan kepada syarikat peribadi Musa Aman iaitu Bestco Sdn.Bhd dengan harga yang murah? Selepas itu, Musa telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan untuk memaksa Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan subsidiarinya berpindah masuk ke bangunan Wisma Bandaraya yang kosong apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri dan penyewa lain berpindah.

MT: Bukankah tidak salah kementerian berkenaan berpindah masuk ke bangunan berkenaan. Kenapa saudara salahkan Musa dalam hal ini?

Azizul: Inilah yang dinamakan ‘Rasuah Kelas Pertama’ yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara mandatori selama enam tahun. Musa telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah mengarahkan Datuk Yee Moh Chai berpindah masuk ke bangunan miliknya. Sebagai Menteri Kewangan beliau tahu bahawa adalah menjadi kesalahan rasuah jika membayar sewa berkenaan dengan menggunakan wang Kerajaan Negeri kepada syarikat sendiri yang beliau mempunyai kepentingan. BPR sewajarnya boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. Belum termasuk kes ubahsuai bangunan berkenaan lebih RM10 juta yang diberikan kepada kroninya, Sabico Sdn.Bhd tanpa tender. Kontrak penyewaan juga terlalu lama iaitu 15 tahun.

MT: Apa bukti yang saudara ada untuk menyatakan bahawa Bestco Sdn.Bhd milik Musa sendiri? Bukankah beliau telah meletakkan jawatan atau tidak lagi mempunyai kepentingan?

Azizul: Buktinya mudah diperolehi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telus dan cekap. Musa secara sedar telah melantik isterinya Datin Faridah Tussin sebagai Pengarah Bestco Sdn.Bhd sejak 12 Julai 1999 menggantikan Richard Christopher Barnes iaitu Peguamnya sekarang. Faridah tidak pernah meletakkan jawatan sejak dilantik sehingga kini. Begitu juga Musa yang masih mempunyai 84 % saham dalam Bestco Sdn.Bhd. Jika BPR gagal menjalankan siasatan dan Peguam Negara gagal mendakwa Musa dengan bukti yang terserlah di hadapan mata, saya rasa Ketua Pengarah BPR dan Peguam Negara wajar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas. Soal mereka meletakkan jawatan atau melepaskan pegangan saham tidak patut timbul kerana ketika berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah mereka adalah pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan. Dalam hal ini Pengarah Jabatan Audit Negara seolah-olah turut bersubahat atau gagal menjalankan auditan sehingga tidak dilaporkan di dalam Laporan Audit 2006. Jika dulu BPR terhegeh-hegeh menangkap Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika dalam perjalanan ke pejabatnya atas kesalahan rasuah meluluskan projek kepada adik iparnya, Justin Alip dan meluluskan tanah kepada saudaranya, kenapa BPR membisu apabila Musa melakukan rasuah secara terang-terangan. Kita mahu ketelusan untuk membuktikan integriti.

MT: Bagaimana dengan kes lain? Boleh sebutkan beberapa kes?

Azizul: Banyak kes lain yang boleh menjebak Musa dalam skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antaranya kes pemberian Occupation Permit (OP) kepada syarikat Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd. Musa telah menyalahguna kedudukannya untuk mengarahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah mengeluarkan OP kepada syarikat berkenaan sedangkan beliau tahu tanah berkenaan telah diusahakan oleh penduduk kampung sejak sebelum merdeka lagi. Warisan Jaya Makmur kemudian meng’alibaba’kan kerja penyelenggaraan ladang berkenaan kepada Promise Venture Sdn.Bhd yang dimiliki oleh orang Cina dari Semenanjung.

Persoalannya sekarang, kenapa Musa merampas tanah rakyat dan menyerahkan tanah tersebut yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 kepada syarikat berkenaan? Rasuah bukanlah mempunyai bentuk tetap atau rupa seperti gelas kaca atau kotak permata. Kenapa beliau bersusah payah mahu merampas tanah rakyat dan memberikan kepada orang lain? Kes lain banyak lagi tapi lain kalilah saya sebut. Begitu juga dengan tanah adat di Kampung Tanjung Labian dan Lok Buani, Musa luluskan kepada orang luar yang tidak berhak untuk mendapatkan tanah berkenaan yang telah diusahakan penduduk kampung sejak sebelum merdeka lagi. Ketua Menteri tidak ada kuasa langsung berhubung tanah adat. Begitu juga dengan konsesi pembalakan sama ada di kawasan hutan simpan atau milik Yayasan Sabah yang diberi secara sewenang-wenang kepada proksi dan kroninya. Musa patut sedar sebelum rakyat memberontak, bukan sahaja menolak kepimpinan Musa, malah menarik Pak Lah turun jika isu tanah adat ini tidak diselesaikan dengan baik.

MT: Apa sebenarnya yang saudara mahu?

Azizul: Saya mahu BPR dan Peguam Negara telus dan jangan melindungi Musa semata-mata kerana beliau Ketua Menteri Sabah atau orang yang rapat dengan Pak Lah. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi Undang-undang atau mempersendakan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Janganlah ada pihak yang mahu melindungi Musa semata-mata kerana jawatan dan kuasa beli yang ada dalam tangannya. Namun jika beliau merasakan dirinya tidak bersalah, sudah tiba masanya beliau menyaman Jeffrey dan membersihkan namanya dan Umno.

MT: Selain daripada kes di atas, ada kes lain yang menarik perhatian saudara?

Azizul: Ya. Paling menarik perhatian saya ialah laporan polis yang dibuat oleh Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat. Jabar bukanlah membuat dakwaan liar, malah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti. Jabar mendakwa Musa dalang sebenar yang memberikan 82,000 kad pengenalan projek kepada pendatang asing tanpa izin untuk didaftarkan sebagai ahli Umno dan Pengundi di antara 1991 hingga 1993. Ini dakwaan serius sebagaimana diulangi oleh Jeffrey Kitingan dalam laporan polisnya. Jika dakwaan Jabar dan Jeffrey ini benar, maka Musa adalah Pengkhianat Negara dan Menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong!

MT: Adakah kes yang lebih besar daripada yang saudara sebutkan?

Azizul: Ada. Musa telah mensabotaj ekonomi orang Melayu dan boleh dianggap sebaya dengan Soros terutama dalam Dasar Umno untuk ‘Towering Malays’. Musa telah mengkhianati perjuangan Umno di Sabah dengan menjahanamkan ekonomi orang Melayu apabila memperkayakan kroni dan proksinya yang terdiri daripada orang Cina seperti Andrew Lim, Albert Lim, Admund Looh, Michael Chia, Robert Tan, Terrence Chu, John Nip, Raymond Chan Boon Siew dan Nasir Yeo. Saya sebut yang saya kenal sahaja. Yang lain saya tidak nampak. Tapi inilah hakikatnya, Musa menjual semua hak Melayu kepada Cina termasuklah tanah milik orang Islam (Usia) di 1Borneo yang diserahkan kepada Raymond Chan Boon Siew. Mana orang kuat Usia seperti Tun Sakaran dan Datuk Nasrun? Kenapa tidak berani tegur Musa memalukan umat Islam dan menjatuhkan martabat dan kesucian agama Islam?

MT: Saya rasa pandangan saudara tidak tepat. Bukankah Musa mempertahankan kesucian agama Islam dengan menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat membina Patung Dewa Ma Zhu yang tertinggi di dunia di Kudat kerana terlalu dekat dengan Masjid As-Syakirin dan mencemar kesucian agama Islam?

Azizul: Munafik. Musa terlalu munafik. Dia tidak layak digelar pemimpin Islam. Orang Islam adalah orang Mukmin yang memuliakan semua umat manusia dan tidak mencampuri urusan agama orang lain. Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang melarang keras umat Islam menimbulkan sengketa agama dan kaum. Musa tahu. Tetapi sifat munafik beliau mengatasi segala-galanya. Apa kena mengena lokasi masjid As-Syakirin dengan Patung Ma Zhu? Mengarut. Musa cuba provokasi umat Islam agar menentang Chong Kah Kiat yang berani menuding jari ke arahnya, bahkan meletakkan jawatan, sekalipun beliau yang menamakan Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, walau ketika itu ramai yang lebih layak. Mujur juga umat Islam dan penganut agama lain di Sabah tidak terpengaruh dengan hasutan Musa dan beranggapan ianya sengketa peribadi dengan Chong Kah Kiat. Isu ini tidak patut dibesarkan dan sewajarnya Chong Kah Kiat jangan memberi muka kepada Musa. Teruskanlah pembinaan patung berkenaan sebagaimana kejayaan beliau membangunkan Simpang Mengayau. Musa tidak ada hak untuk campurtangan kerana tidak ada pihak yang boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan beragama telah dijamin di dalam perlembagaan dan Musa harus insaf dan sedar untuk bertaubat sebelum rakyat hilang sabar dan berulangnya sengketa agama yang pernah ditimbulkan sekitar 1986 apabila Masjid Negeri Sabah dicat sendiri oleh Umat Islam untuk melakukan provokasi. Musa melakukan yang lebih dasyhat daripada itu kerana ia bukan sahaja menconteng masjid malah mengoyak Perlembagaan Persekutuan!

MT: Kenapa saudara terlalu sensitif dalam hal ini sedangkan saudara beragama Islam dan berbangsa Melayu? Tidakkah boleh memesongkan aqidah saudara dengan menyokong pembinaan patung ini?

Azizul: Kerana saya beragama Islam dan berbangsa Melayulah maka saya membuat teguran ini kerana semua pemimpin Umno mengamalkan sindrom bisu dan takut berkata benar. Saya perlu sampaikan kepada Pak Lah bahawa Musa adalah petualang bangsa dan pengkhianat perjuangan Umno. Beliau cuba mengajak Chong Kah Kiat bermain domino yang akhirnya akan menderita ialah rakyat apabila berprasangka jahat dan menguburkan keharmonian kaum yang telah dipupuk sekian lama. Patung Ma Zhu tidak akan dapat memesongkan aqidah saya walau sesaat. Agama saya, agama saya. Agama Chong Kah Kiat, agama beliau. Lagipun sebenarnya tidak timbul soal agama dalam isu Ma Zhu ini. Patung Ma Zhu adalah projek peribadi Chong Kah Kiat untuk menarik pelancong ke Kudat bagi melengkapkan Pakej Simpang Mengayau. Ini bukan projek agama. Apakah kerana terdapat lebih 60,000 ekor khinzir di Paya Mengkuang, Melaka, maka umat Islam akan memberontak membunuh khinzir berkenaan? Malah ianya diselesaikan dengan baik dengan campurtangan pemimpin Umno. Kita mengambil pendekatan tidak menyakiti hati orang lain, sebaliknya menyelesaikan masalah secara bestari. Saya harap begitu juga dengan kes patung Ma Zhu. Pak Lah wajar campurtangan dan membuat keputusan segera. Musa hanya menjadikan isu ini sebagai asbab untuk mengalih (deviate) perhatian umum terhadap Skandal Rasuah dan salahguna kuasa yang dihadapinya. Saya harap Musa tidak terlalu bacul untuk berhadapan dengan Chong Kah Kiat dalam isu Ma Zhu dan menyelesaikan persengketaan peribadi mereka tanpa melibatkan rakyat dan kerajaan. Jika Sipadan menjadi punca pertikaian mereka, BPR seharusnya menjalankan siasatan rapi kenapa ada rahsia yang mahu disembunyikan Musa, tetapi telah berjaya dibongkar oleh Chong Kah Kiat ke pengetahuan dunia.

MT: Bagaimana saudara berkeyakinan bahawa Patung Ma Zhu akan melonjak ekonomi Kudat sedangkan ianya hanyalah Patung biasa dan Kudat bukanlah destinasi pilihan utama pelancong? Wajarkah patung ini dipindahkan ke tempat lain atau Simpang Mengayau, misalnya?

Azizul: Sebelum Chong Kah Kiat membangunkan Simpang Mengayau dan Sidek Esplanade, Kudat hanyalah sebuah pelabuhan persinggahan kapal ketika lautan bergelora. Suatu ketika dahulu saya membeli sebidang tanah seluas 15 ekar di Simpang Mengayau, Kudat dengan harga RM7,000 sahaja. Tetapi setelah Simpang Mengayau dinaik taraf, ada pihak yang menawarkan kepada saya RM50,000 seekar. Bukankah ini bukti ekonomi melonjak naik semata-mata kerana adanya Simpang Mengayau. Tetapi Ma Zhu ada tarikan sendiri. Saya difahamkan ada lebih 11 juta penganut Ma Zhu di seluruh dunia dan jika sepuluh peratus sahaja yang melawat Kudat, sudah pasti ekonomi Kudat akan melambung lebih tinggi daripada Simpang Mengayau. Jangan lupa penganut Ma Zhu kaya raya dan mempunyai kecenderungan untuk melancong dan melawat Patung Ma Zhu di merata dunia. Mengubah lokasi patung ini ke Simpang Mengayau akan dilihat seperti mengubah kiblat Masjid As-Syakirin!. Tidakkah ini menunjukkan Musa berlaku kejam terhadap Chong Kah Kiat. Sudahlah. Janganlah kacau orang nak bina patung untuk pelancong. Banyak kerja lain kita kena buat. Orang Melayu miskin di zaman Musa lebih ramai daripada Orang Kaya di Zaman PBS. Membina patung Ma Zhu bukanlah seperti mendirikan pondok rehat pelancong. Feng Shuinya kena betul. Jika kita percaya Tajul Muluk, kenapa halang orang amalkan Feng Shui? Patung Ma Zhu memang sesuai di tempat sekarang kerana menjadi panduan dan harapan kepada kapal yang belayar. Tidak ada sebab mau pindah atau ubah. Saya tidak setuju.

MT: Senario ini menunjukkan saudara seolah-olah dalam dilemma. Di satu masa saudara kutuk Chong Kah Kiat dan dalam masa yang sama saudara pro atau penyokong Chong Kah Kiat juga? Tidakkah bercanggah dengan dasar perjuangan saudara dan menyimpang daripada landasan perjuangan Umno?

Azizul: Ya memang benar. Chong Kah Kiat adalah ahli LDP yang juga kerabat komponen BN. Beliau bekas Ketua Menteri Sabah dan menteri Kabinet yang paling berpengalaman. Walaupun saya tidak setuju percubaan beliau menghapuskan etnik Melayu di bandar ketika Ops Nyah II Bersepadu, namun dalam soal ini, saya menyokong Chong Kah Kiat. Kita perlu hormati kepercayaan kaum lain sebagaimana kontrak sosial yang telah kita materai selama ini. Kita perlu ingat, luka di tangan boleh kita ubati, tetapi luka di hati rakyat membarah sampai mati. Kita akan marah jika orang meletakkan khinzir dalam makanan kita, begitu juga dengan marahnya orang India yang beragama hindu apabila kita memberinya makan daging lembu. Khinzir adalah makanan yang dimuliakan oleh masyarakat bukan Islam, manakala lembu pula diterima semua pihak sebagai makanan melainkan orang India kerana lembu dianggap sebagai binatang suci. Chong Kah Kiat mempertahankan kepercayaan nenek moyangnya terhadap Dewa Ma Zhu dan tidak salah jika beliau ingin mendirikan patung berkenaan sekalipun bersebelahan Masjid. Tetapi dalam soal ini, perlu saya jelaskan bahawa Chong Kah Kiat hanya mendirikan Patung Ma Zhu dan bukannya Rumah Ibadat atau Tokong. Jika Marina Resort yang menjadi pusat maksiat (Jackpot dan Pelacuran) tidak dibantah sedangkan asasnya sama iaitu dekat dengan Masjid, maka saya lihat Musa keliru dan secara terang-terangan menyalahguna kuasa. Saya pernah ukur dengan tape. Jarak sebenarnya lebih mega_shok.gif0 meter. Jadi faktor lokaliti bukanlah alasan sebaliknya dendam kesumat dan sengketa peribadi adalah asas yang kukuh dua tokoh ini berseteru tanpa ada bayang penyelesaian.

MT: Kenapakah saudara mencabar Musa meletakkan jawatan? Tidakkah ini keterlaluan?

Azizul: Itulah saranan yang paling tepat untuk Musa. Saya tak boleh paksa dia melakukan harakiri kerana berdosa. Dia patut pulihkan imej dia yang terpalit dengan pelbagai skandal dan rasuah. Jika tidak, kenalah letak jawatan. Itulah hukuman paling ringan untuk dia. Pak Lah kena buat keputusan. Rakyat sudah marah. Saya sudah sampaikan sendiri kepada Pak Lah. Dia mesti dengar. Jangan hanya apabila mahu undi perwakilan baru mau dengar keluhan kami. Saya Ketua Cawangan Umno sejak 1991. Saya tidak pernah derhaka kepada parti. Pak Lah mahu ahli tegur sikap pemimpin, jadi saya tegurlah tanpa selindung. Biarlah Musa letak jawatan dan jangan sampai Pak Lah ditarik turun rakyat dengan memberi undi kepada pembangkang pada pilihanraya akan datang.

MT: Setakat ini ada sesiapa yang menghubungi saudara atau mengancam saudara?

Azizul: Saya sudah lali dengan semua caci maki politik. Ada yang saya layan ada yang saya abaikan. Saya berhak menentukan mahu mendengar panggilan atau membiarkan ianya berdering. Ugutan dan maki hamun sudah menjadi asam garam kepada saya. Bukan senang kami mahu memperjuangkan Umno di Sabah kerana ketika itu tidak ada rakyat mahu menyertai Umno jika USNO tidak dibubarkan. Sayangnya kami kepada USNO tidak ada taranya, tetapi jika pemimpin Umno sekarang mahu menjatuhkan martabat Umno akan saya tentang habis-habisan tanpa mengira siapa dia. Kepada Musa, saya minta janganlah upah orang mengugut saya. Jika anak jantan berdepan di mahkamah atau di hadapan Majlis Tertinggi Umno. Jika saya takut, saya tidak tulis surat terbuka.

MT: Ada apa-apa lagi yang saudara nak beritahu rakyat Sabah?

Azizul: Ya, saya mahu seluruh rakyat Sabah bangun menuntut hak mereka. Saya bukan menghasut, tetapi menuntut hak yang dijamin perlembagaan. Hak untuk menegur, hak untuk bercakap, berhimpun, hak untuk mendapat tanah dan sebagainya. Perjuangan kita berlandaskan agenda iaitu mendaulatkan ‘Ketuanan Melayu’dan Memartabatkan Perjuangan Umno di bumi Sabah. Pemimpin datang dan pergi. Tetapi Umno dan Melayu (bumiputera) harus menjadi tuan kepada bumi ini. Umno bukanlah tempat untuk pengecut menyembunyikan diri, sebaliknya untuk pejuang berani mati.


A: BUKTI... Azizul gambar kecil bersama beberapa bukti pemilikan Musa ke atas Wisma Bandaraya.


B: SAH.... Dokumen SSM membuktikan Datin Faridah sebagai Pengarah Syarikat Bestco Sdn.Bhd.


Datuk Halik Zaman

(Orang UNMO ini lagi BERANI dari saya: - DH)


Ajijul @ Azizul Sanarul,
Ketua Cawangan UMNO,
Kampung Tampi-Tampi Darat,
Peti Surat 81, 91308 SEMPORNA
TEL: 0195888058

YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman,
Ketua Menteri Sabah,
Merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah,
Tingkat 18, Wisma Innoprise,
88300 KOTA KINABALU,

YAB Datuk Seri,

BERTAUBATLAH! JANGAN JADI SERBIA!

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian
YAB Datuk Seri berhubung perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya sekiranya YAB Datuk Seri dapat menerima teguran dalam surat terbuka ini dan menebus nama baik UMNO yang terpalit dan nama Kerajaan Negeri yang tersirna oleh segala macam fitnah dan tohmahan daripada pelbagai pihak.

3. Sebagai Ketua Cawangan UMNO yang menjunjung tinggi Perlembagaan Negara dan UMNO, saya merasakan menjadi tanggung jawab saya untuk menegur dan memberikan pandangan ikhlas kerana orang yang berada di sekeliling YAB Datuk Seri yang terpaksa menutup mulut atas beberapa sebab, terutama untuk survival politik mereka.

4. Saya bukanlah Pro Ketua Bahagian saya, Datuk Haji Shafie Afdal atau memusuhi YAB Datuk Seri. Hati, jiwa dan semangat saya untuk memperjuangkan UMNO di bumi Sabah sekalipun saya bagaikan ‘dinikah paksa’ dengan UMNO kerana Tun Mustapha memfasakhkan USNO.

5. Kini sudah 16 tahun saya menyertai UMNO yang menunjangkan pengaruhnya di Sabah dan sudah diperintah oleh tujuh Ketua Menteri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1994, namun belum ada yang berani mengkhianati amanah Presiden UMNO termasuk Ketua Menteri bukan UMNO seperti Datuk Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Dompok melainkan Tan Sri Chong Kah Kiat yang cuba menghapuskan etnik Melayu di Bandar dengan berselindung di sebalik OPS Nyah II Bersepadu, melainkan YAB Datuk Seri.

6. Ketua Bahagian kami, Datuk Shafie Afdal berhati mulia sekalipun terpaksa apabila beliau mengarahkan kami agar menghormati pucuk pimpinan UMNO yang melantik Datuk Seri sebagai Ketua Perhubungan UMNO menggantikan Datuk Seri Osu Sukam yang dijatuhkan dengan skandal Judi, sekalipun orang lain yang berhutang. Kami tahu semua tingkah laku YAB Datuk Seri ketika pemilihan Ketua UMNO Libaran, namun kami memegang prinsip Datuk Seri bersih daripada amalan politik wang kerana tidak pernah didakwa sekalipun ramai yang membuat laporan.

7. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada YAB Datuk Seri yang sememangnya sudah kaya sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah dan bertambah kaya walaupun belum lima tahun menjadi Ketua Menteri Sabah, namun saya dan ahli-ahli UMNO di Sabah mengharapkan YAB Datuk Seri akan mengadakan perubahan dan membela ahli UMNO yang nasib
mereka lebih buruk daripada banduan di Penjara Abu Gharib!

8. Ketika Tan Sri Chong Kah Kiat cuba menghapuskan ‘orang Melayu’ yang ‘bersetinggan’ di Bandar kerana dinafikan hak untuk mendapat geran hak milik atas tanah yang mereka duduki sejak sebelum merdeka, saya masih boleh bersabar kerana beliau bukan Melayu dan bukan ahli UMNO. Ketika itu hanya Datuk Shafie yang berani berhadapan dengan Tan Sri Chong dan Alhamdullillah kami di Semporna selamat sekalipun nasib saudara kami di Tawau, Lahad Datu, Kunak, Kota Kinabalu, Sandakan dan sebagainya lebih buruk kerana Ketua Bahagian UMNO bagaikan hilang ‘kejantanan’ dan
takut dengan polis dan tentera yang diamanahkan menjalankan Ops Nyah II Bersepadu, termasuklah YAB Datuk Seri sendiri.

9. Nasib ahli UMNO ketika itu lebih buruk daripada khinzir di Melaka sekarang dan khinzir yang terkena JE di Sungai Nipah Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Hak mereka dirampas dan mereka dihalau bagaikan telah dilucutkan kerakyatan apabila dituduh sebagai Pendatang Tanpa Izin. Tidak ada langsung belas ehsan daripada pemimpin UMNO yang kononnya prihatin dan mahu mendaulatkan ‘Ketuanan Melayu’ di bumi Sabah.

10. Rakyat Sabah tidak dapat melupakan betapa kejam dan tidak berperi kemanusiaannya Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Ramli Yusuff dan Panglima Angkatan Tentera Sabah, Brigadier Jenderal Mohd Yassin Yahya yang menjadi ‘Gurkha’ Chong Kah Kiat untuk menghapuskan Tamaddun orang Melayu di bandar.

11. Tetapi YAB Datuk Seri lebih kejam lagi kerana meluluskan tanah seluas 2,450 ekar kepada mereka yang telah diberikan ‘blanket aproval’ oleh Chong Kah Kiat sebagai menghargai jasa mereka ‘menyembelih’ Melayu dengan kuasa Polis dan Tentera. Memang amat memalukan kerana YAB Datuk Seri telah memberikan kelulusan kepada mereka di Kampung Tanjung Labian hingga ke Lok Buani, Lahad Datu yang merupakan tanah adat.

12. Tergamak YAB Datuk Seri menjadikan orang Melayu dan ahli UMNO di Tanjung Labian seperti bangkai anjing yang mati di atas jalan sehingga tidak layak dimandi, dikafan dan disemadikan. Oleh itu tidak hairan jika mereka melakonkan pintomin ‘mengkafankan empat mayat ahli UMNO dengan bendera UMNO dan membacakan talqin’ dan menyampaikan ‘Salam Takziah’ buat Pak Lah.

13. Sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah, sepatutnya YAB Datuk Seri malu dengan protes tersirat dan paling berani yang ditunjukkan oleh ahli UMNO Tanjung Labian sekiranya YAB Datuk Seri membatalkan kelulusan kepada Kinsajaya Sdn.Bhd milik Datuk Ramli Yusuff dan Perniagaan Cerah Sdn.Bhd milik Datuk Yusof Jamli. Bagi saya, mereka sebenarnya berniat mengkhafankan YAB
Datuk Seri dengan bendera UMNO namun simboliknya empat orang ahli UMNO yang sedia berkorban demi survival parti.

14. Begitu juga di Semporna, walaupun saya tidak mempunyai tanah di Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagos, tetapi adik beradik dan saudara mara saya mempunyai ‘customary right’ ke atas tanah berkenaan kerana mereka telah usahakan sejak sekian lama, sebelum YAB Datuk Seri lahir lagi iaitu ketika Semporna masih bergelar Tong Talun. Saya malu kerana YAB Datuk Seri bersubahat dengan Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan atau digelar Sam Benggali di Semporna, menghalau keluar semua penduduk di dalam kawasan hutan simpan berkenaan, mengizinkan pembakaran
rumah, tanaman bukan komersil dimusnahkan, ternakan mereka dirampas dan tidak kurang yang ditangkap dan disumbat ke dalam lokap.

15. Sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, saya hairan kenapa YAB Datuk Seri tidak menghalang kegiatan ‘Barbaric’ dan ‘kanibal’ Jabatan Perhutanan Sabah ini dan memberi peluang membela diri, serta meletak hak ke atas tanah yang mereka usahakan, sejajar dengan kelulusan banyak geran kepada orang perseorangan yang kini telah berpindah milik kepada syarikat BSKL.

16. Tahukah Datuk Seri bahawa Sam Mannan telah memperdaya mereka dengan memberi notis singkat agar penduduk kampung meninggalkan hutan simpan dengan alasan untuk dibangunkan semula sebagai hutan simpan. Tetapi sebaik sahaja penduduk kampung dihalau dengan bantuan polis daripada kawasan berkenaan, YAB Datuk Seri menghantar Datuk K.Y.Mustaffa (Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu) untuk meninjau lokasi dan menuduh penduduk kampung menjahanamkan alam sekitar dengan merompak hak generasi akan datang dan akan menjalankan kerja pemulihan segera hutan.

17. Belumpun sempat penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing daripada mengikuti lawatan ‘haram’ KY Mustaffa, beberapa buah papan tanda telah dipasang memaklumkan kawasan tersebut adalah Hutan Simpan Kelas 1 dan paling menyedihkan YAB Datuk Seri meluluskan ‘Occupation Permit’ (OP) JP/OP/SE/1/05 kepada syarikat Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd yang merupakan anak syarikat Saham Amanah Sabah Berhad (SAS) dengan alasan untuk memulihkan saham SAS yang sudah mati tanpa nisan.

18. Sejak daripada itu, bantahan demi bantahan penduduk kampung hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi dan surat sokongan Perdana Menteri bagaikan segelas air kencing yang sudah pastinya tidak akan dilihat atau didekati oleh YAB Datuk Seri. Jika surat kami, sewajarnyalah menerima nasib yang malang, tetapi ini surat daripada pemimpin tertinggi UMNO dan Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan yang tidak langsung mendapat perhatian.

19. Antara sedar dengan tidak YAB Datuk Seri telah menyalahguna kuasa merampas tanah rakyat untuk
diberikan kepada seorang Cina Semenanjung iaitu Lee Keat Seong, Chong Yin Teck dan Chong Yin Hong daripada Promise Venture Sdn.Bhd yang menjalankan kerja penyelenggaraan ladang dan mengutip buah kelapa sawit yang ditanam oleh penduduk kampung. Bukankah perbuatan ini lebih kejam, hina dan keji daripada tentera Serbia di Bosnia Herzegovinia. YAB Datuk Seri juga seolah-olah bersubahat (abetting) iaitu bukan sahaja meletakkan pasir ke dalam periuk nasi rakyat Semporna, malah memberikan beras yang akan dimasak kepada ‘musuh’?

20. Sebagai seorang Ketua Cawangan UMNO yang tidak bersekolah tinggi, saya bukanlah biasa dengan
kemahiran teknologi maklumat yang dinamakan IT, tetapi akibat risalah yang disebarluas oleh parti pembangkang terutama KeAdilan membuatkan saya merasakan laman web Malaysia Today lebih bermaruah daripada YAB Datuk Seri sehingga saya belajar menggali kandungan laman web
berkenaan untuk mengetahui kebenaran di sebalik apa yang dikatakan fitnah oleh YAB Datuk Seri.

21. Demi maruah UMNO dan demi menjaga nama baik Yang Di Pertua Agong, saya mencabar YAB Datuk Seri agar tampil menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada YAB Datuk Seri termasuk 81 dalil yang difailkan secara rasmi oleh Naib Presiden KeAdilan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Jika tidak rakyat akan beranggapan YAB Datuk Seri 'bacul dan bersalah' sebelum dibicarakan. Sekalipun Datuk Seri dilepas tanpa dibebaskan oleh Peguam Negara, namun YAB Datuk Seri tetap kotor di mata rakyat kerana terpalit dengan skandal dan rasuah.

22. YAB Datuk Seri juga harus menjawab tuduhan bekas Setiausaha TASK FORCE UMNO, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat yang telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti yang mendakwa bahawa YAB Datuk Seri adalah dalang utama pengeluaran 82,000 kad pengenalan projek kepada mereka yang tidak layak iaitu warga asing ataupun pandatang asing tanpa izin (Pati) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Kenyataan Jabar turut disiar oleh akhbar Harakah. Jika dakwaan ini benar, YAB Datuk Seri tidak boleh menjadi Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah.

23. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah, YAB Datuk Seri sewajarnya menghalang pembinaan Rumah Merah atau Pusah Tahanan Sementara (PTS) kerana mencabar kedaulatan Sabah ke atas wilayahnya sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. PTS ini mendatangkan masalah kepada rakyat yang terpaksa membiayai kos perbelanjaan tahanan termaksud makan minum yang dikontrak kepada kroni YAB Datuk Seri. YAB Datuk Seri juga sewajarnya mengarahkan semua kawasan penempatan pelarian dirobohkan dan penghuninya dihantar balik ke Negara asal mereka yang jauh lebih aman daripada Sabah.

24. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya merasa sukar untuk memberikan jawapan apabila ahli saya bertanya kenapa YAB Datuk Seri membisu seribu bahasa sedangkan adakalanya tuduhan berkenaan tidak berasas dan memalukan UMNO dan BN. Namun oleh kerana Jeffrey berjaya membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah dalam kes Wisma Bandaraya, sekalipun di mahkamah rakyat (web dan media) maka mereka percaya semua tuduhan itu benar.

25. Isu lawatan YAB Datuk Seri dan Menteri Kabinet Negeri ke projek 1Borneo baru-baru ini begitu menjolok mata kerana rakyat bertanya pentingkah melawat tanah Usia (orang Islam) yang diserahkan kepada saudagar Cina untuk dimajukan sebagai Pusat Perniagaan yang syubahat (belum tentu halal atau haram) sedangkan sepatutnya Kabinet melawat ‘Penaklukan Mout Pock dan ‘Tanjung Nagos’ dengan izin dan subahat YAB Datuk Seri untuk membuktikan bahawa dakwaan YAB Datuk Seri benar.

26. Pembangkang mendakwa YAB Datuk Seri sebagai ‘penjenayah kolar putih dan lanun’. Saya malu kerana YAB Datuk Seri tidak berbuat sesuatu untuk membersihkan nama baik diri dan UMNO termasuk YAB Datuk Seri menganggap seolah-olah bumiputera hanya melukut di tepi gantang kerana semua kroni YAB Datuk Seri terdiri daripada orang Cina yang diimport daripada Semenanjung Malaysia. Dipercayai kebanyakan mereka samseng dan mafia kayu balak dan kegiatan haram, tetapi dimuliakan YAB Datuk Seri sehingga nasib peniaga Melayu seperti katak yang dilanggar kereta di atas jalanraya.

27. Penglibatan dan pembelitan YAB Datuk Seri berhubung bangunan UMNO begitu menjengkelkan sehingga saya rasa muak membaca pelbagai tuduhan yang berasas tetapi tidak meyakinkan YAB Datuk Seri, bahawa telah berlaku salah urus dan kesilapan tadbir tabung derma bangunan UMNO yang dibina di atas tanah milik ipar YAB Datuk Seri (Sapawi Tussin) dan bukannya di atas tanah milik UMNO yang diserahkan untuk dimajukan oleh saudagar Cina.

28. Saya berharap agar YAB Datuk Seri tidak menjadi pemimpin yang diktator seperti Tun Dr Mahathir yang kini telah ditolak oleh rakyat. Nasib YAB Datuk Seri kini lebih buruk daripada Tun Mahathir kerana beliau tidak pernah terpalit secara peribadi dengan segala skandal, rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti yang dihadapi oleh YAB Datuk Seri.

29. Di era pemerintahan YAB Datuk Seri Kerajaan Negeri Sabah semakin papa kedana namun YAB Datuk Seri cuba menegakkan benang yang basah sehinggalah Jeffrey meyakinkan rakyat melalui fakta dan bukti yang nyata, terutama Laporan Ketua Audit Negara. Yang kaya dan berharta hanya YAB Datuk Seri, Kroni, Proksi dan keluarga.

30. YAB Datuk Seri, demi menjaga sisa-sisa maruah YAB Datuk Seri compang camping, berhentilah membohongi rakyat kerana rakyat kini sudah celik IT berkat kesungguhan laman web Malaysia Today mendedahkan bukti dan fakta yang jelas mengatasi pembohongan YAB Datuk Seri dalam pelbagai isu.

31. Walaupun YAB Datuk Seri mengatakan bahawa 81 Dalil Jeffrey adalah fitnah, malafide dan tidak berasas, namun YAB Datuk Seri tidak berani mencabar Dr Jeffrey di mahkamah. Penafian lisan YAB Datuk Seri atau dibebaskan oleh Peguam Negara tidak memberi erti lagi kerana rakyat percaya Jeffrey benar sehingga Berjaya meyakinkan rakyat bahawa YAB Datuk Seri terpaksa meletakkan jawatan atau dijatuhkan secara tidak bermaruah.

32. YAB Datuk Seri, sebenarnya belum terlambat bagi YAB Datuk Seri meraih kembali sokongan rakyat dan terus memerintah Sabah dengan adil dan saksama, namun YAB Datuk Seri sewajarnya sedia untuk melakukan anjakan paradigma YAB Datuk Seri sendiri yang kini disifatkan sebagai Pemimpin yang Anti-Persekutuan dengan pelbagai tindakan yang anti-sosial, anti-nasional, anti-perpaduan dan anti-Melayu dengan menindas orang Melayu terutama ahli UMNO melalui kekangan ekonomi, sekatan politik dan melebarkanjurang kemiskinan.

33. Sebagai Ketua Cawangan UMNO dan menjadi jentera kempen kerajaan, kami terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka harus mengekalkan sokongan kepada BN sedangkan YAB Datuk Seri melayan mereka seperti ular senduk yang disiat kulit ketika hidup untuk diambil darah dan dijadikan makanan peransang seks.

34. Semakin hari semakin jauh rakyat meninggalkan UMNO terutama yang mengalami pahit getir berjuang untuk mendapatkan kuasa, namun setelah BN memerintah, mereka disingkirkan dengan pelbagai cara dan petualang pula yang diberikan tempat sedangkan pejuang dipancung sebelum bicara.

35. Saya juga turut kesal kerana sejak akhir-akhir ini YAB Datuk Seri menyalahgunakan wang rakyat dengan menyewa jet eksekutif dengan harga yang mahal sedangkan ada pengangkutan awam, seolah-olah mahu mengulangi sejarah buruk Sabah apabila pemimpin negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membeli jet atau menyewa jet peribadi. Rakyat semakin jauh kerana merasakan hak mereka telah ditadbir urus dengan tidak cekap.

36. Majlis Pernikahan anak perempuan kesayangan YAB Datuk Seri dengan YB Ustaz Haji Ariffin Ariff adalah amat dinantikan rakyat Sabah, namun sewajarnya mencontohi Raja Nazrin Shah yang tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk majlis rasmi pernikahannya. Untuk menjaga nama baik keluarga YAB Datuk Seri yang tidak berdosa, elakkanlah menggunakan jentera kerajaan dan peruntukan kerajaan kerana saya percaya YAB Datuk Seri kaya raya dan mampu membiayai majlis pernikahan anak YAB Datuk Seri.

37. YAB Datuk Seri, sempena hari baik bulan baik, mintalah ampun daripada rakyat Sabah dan tebuslah dosa YAB Datuk Seri dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah kerana bagi saya, YAB Datuk Seri tidak lagi layak menjadi pemimpin setelah membawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.

38. Jika dengan surat terbuka ini YAB Datuk Seri mengesyorkan saya dipecat, saya akan tetap membela diri walaupun terpaksa mengheret UMNO dan YAB Datuk Seri ke Mahkamah. UMNO bukanlah milik YAB Datuk Seri, saya atau Pak Lah. Ia milik Bangsa Melayu yang merdeka dan berdaulat.

39. Janganlah mengulangi kesilapan sejarah silam YAB Datuk Seri yang pernah membalas dendam dengan musuh YAB Datuk Seri melalui pelbagai cara kerana tidak ada gunanya membelasah atau mencederakan saya. Saya tetap tidak akan berganjak dan akan mempertahankan UMNO sehingga ke titisan darah terakhir saya. clapping.gif

40. Apa yang terkandung di dalam surat terbuka ini adalah pandangan peribadi saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan cawangan saya atau bahagian Semporna. Jangan libatkan mereka dalam hal ini kerana teguran ikhlas saya ini.

Akhir sekali, bertaubatlah sebelum terlambat. Ingatlah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan sehingga YAB Datuk Seri dan keluarga akan terkena kisas. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa atau mencemar batas susila bangsa Melayu.

Sekian, Wassalam.

t.t.

(AZIZUL SANARUL)
Kad Pengenalan 580828-12-5107
No. Ahli 01554790
Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat,
Semporna.

s.k
YAB Datuk Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Datuk Ahmad Said Hamdan,
Ketua Pengarah BPR,
Ibu Pejabat BPR,
Aras 7, Blok D6, Parcel D,
Pejabat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62007 PUTRAJAYA

DH:-Tau Tau DSAI boleh Buat Kejutan [size="3"][/size] yahoo.gif
afizimd
mak ai... berani betul...
inteloniac
huhu.. berapa mukasurat ni.. syabass.
mama_elin
errrr ''mesra'' masih selamat takkkkk
belacan
QUOTE(mama_elin @ Oct 19 2007, 04:24 PM) *
errrr ''mesra'' masih selamat takkkkk


eerrrkkkkk.... huh.gif
Ewan_sn
QUOTE(Datuk Halik Zaman @ Oct 19 2007, 04:10 PM) *

(Orang UNMO ini lagi BERANI dari saya: - DH)


Ajijul @ Azizul Sanarul,
Ketua Cawangan UMNO,
Kampung Tampi-Tampi Darat,
Peti Surat 81, 91308 SEMPORNA
TEL: 0195888058

YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman,
Ketua Menteri Sabah,
Merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah,
Tingkat 18, Wisma Innoprise,
88300 KOTA KINABALU,

YAB Datuk Seri,

BERTAUBATLAH! JANGAN JADI SERBIA!

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian
YAB Datuk Seri berhubung perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya sekiranya YAB Datuk Seri dapat menerima teguran dalam surat terbuka ini dan menebus nama baik UMNO yang terpalit dan nama Kerajaan Negeri yang tersirna oleh segala macam fitnah dan tohmahan daripada pelbagai pihak.

3. Sebagai Ketua Cawangan UMNO yang menjunjung tinggi Perlembagaan Negara dan UMNO, saya merasakan menjadi tanggung jawab saya untuk menegur dan memberikan pandangan ikhlas kerana orang yang berada di sekeliling YAB Datuk Seri yang terpaksa menutup mulut atas beberapa sebab, terutama untuk survival politik mereka.

4. Saya bukanlah Pro Ketua Bahagian saya, Datuk Haji Shafie Afdal atau memusuhi YAB Datuk Seri. Hati, jiwa dan semangat saya untuk memperjuangkan UMNO di bumi Sabah sekalipun saya bagaikan ‘dinikah paksa’ dengan UMNO kerana Tun Mustapha memfasakhkan USNO.

5. Kini sudah 16 tahun saya menyertai UMNO yang menunjangkan pengaruhnya di Sabah dan sudah diperintah oleh tujuh Ketua Menteri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1994, namun belum ada yang berani mengkhianati amanah Presiden UMNO termasuk Ketua Menteri bukan UMNO seperti Datuk Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Dompok melainkan Tan Sri Chong Kah Kiat yang cuba menghapuskan etnik Melayu di Bandar dengan berselindung di sebalik OPS Nyah II Bersepadu, melainkan YAB Datuk Seri.

6. Ketua Bahagian kami, Datuk Shafie Afdal berhati mulia sekalipun terpaksa apabila beliau mengarahkan kami agar menghormati pucuk pimpinan UMNO yang melantik Datuk Seri sebagai Ketua Perhubungan UMNO menggantikan Datuk Seri Osu Sukam yang dijatuhkan dengan skandal Judi, sekalipun orang lain yang berhutang. Kami tahu semua tingkah laku YAB Datuk Seri ketika pemilihan Ketua UMNO Libaran, namun kami memegang prinsip Datuk Seri bersih daripada amalan politik wang kerana tidak pernah didakwa sekalipun ramai yang membuat laporan.

7. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada YAB Datuk Seri yang sememangnya sudah kaya sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah dan bertambah kaya walaupun belum lima tahun menjadi Ketua Menteri Sabah, namun saya dan ahli-ahli UMNO di Sabah mengharapkan YAB Datuk Seri akan mengadakan perubahan dan membela ahli UMNO yang nasib
mereka lebih buruk daripada banduan di Penjara Abu Gharib!

8. Ketika Tan Sri Chong Kah Kiat cuba menghapuskan ‘orang Melayu’ yang ‘bersetinggan’ di Bandar kerana dinafikan hak untuk mendapat geran hak milik atas tanah yang mereka duduki sejak sebelum merdeka, saya masih boleh bersabar kerana beliau bukan Melayu dan bukan ahli UMNO. Ketika itu hanya Datuk Shafie yang berani berhadapan dengan Tan Sri Chong dan Alhamdullillah kami di Semporna selamat sekalipun nasib saudara kami di Tawau, Lahad Datu, Kunak, Kota Kinabalu, Sandakan dan sebagainya lebih buruk kerana Ketua Bahagian UMNO bagaikan hilang ‘kejantanan’ dan
takut dengan polis dan tentera yang diamanahkan menjalankan Ops Nyah II Bersepadu, termasuklah YAB Datuk Seri sendiri.

9. Nasib ahli UMNO ketika itu lebih buruk daripada khinzir di Melaka sekarang dan khinzir yang terkena JE di Sungai Nipah Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Hak mereka dirampas dan mereka dihalau bagaikan telah dilucutkan kerakyatan apabila dituduh sebagai Pendatang Tanpa Izin. Tidak ada langsung belas ehsan daripada pemimpin UMNO yang kononnya prihatin dan mahu mendaulatkan ‘Ketuanan Melayu’ di bumi Sabah.

10. Rakyat Sabah tidak dapat melupakan betapa kejam dan tidak berperi kemanusiaannya Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Ramli Yusuff dan Panglima Angkatan Tentera Sabah, Brigadier Jenderal Mohd Yassin Yahya yang menjadi ‘Gurkha’ Chong Kah Kiat untuk menghapuskan Tamaddun orang Melayu di bandar.

11. Tetapi YAB Datuk Seri lebih kejam lagi kerana meluluskan tanah seluas 2,450 ekar kepada mereka yang telah diberikan ‘blanket aproval’ oleh Chong Kah Kiat sebagai menghargai jasa mereka ‘menyembelih’ Melayu dengan kuasa Polis dan Tentera. Memang amat memalukan kerana YAB Datuk Seri telah memberikan kelulusan kepada mereka di Kampung Tanjung Labian hingga ke Lok Buani, Lahad Datu yang merupakan tanah adat.

12. Tergamak YAB Datuk Seri menjadikan orang Melayu dan ahli UMNO di Tanjung Labian seperti bangkai anjing yang mati di atas jalan sehingga tidak layak dimandi, dikafan dan disemadikan. Oleh itu tidak hairan jika mereka melakonkan pintomin ‘mengkafankan empat mayat ahli UMNO dengan bendera UMNO dan membacakan talqin’ dan menyampaikan ‘Salam Takziah’ buat Pak Lah.

13. Sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah, sepatutnya YAB Datuk Seri malu dengan protes tersirat dan paling berani yang ditunjukkan oleh ahli UMNO Tanjung Labian sekiranya YAB Datuk Seri membatalkan kelulusan kepada Kinsajaya Sdn.Bhd milik Datuk Ramli Yusuff dan Perniagaan Cerah Sdn.Bhd milik Datuk Yusof Jamli. Bagi saya, mereka sebenarnya berniat mengkhafankan YAB
Datuk Seri dengan bendera UMNO namun simboliknya empat orang ahli UMNO yang sedia berkorban demi survival parti.

14. Begitu juga di Semporna, walaupun saya tidak mempunyai tanah di Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagos, tetapi adik beradik dan saudara mara saya mempunyai ‘customary right’ ke atas tanah berkenaan kerana mereka telah usahakan sejak sekian lama, sebelum YAB Datuk Seri lahir lagi iaitu ketika Semporna masih bergelar Tong Talun. Saya malu kerana YAB Datuk Seri bersubahat dengan Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan atau digelar Sam Benggali di Semporna, menghalau keluar semua penduduk di dalam kawasan hutan simpan berkenaan, mengizinkan pembakaran
rumah, tanaman bukan komersil dimusnahkan, ternakan mereka dirampas dan tidak kurang yang ditangkap dan disumbat ke dalam lokap.

15. Sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, saya hairan kenapa YAB Datuk Seri tidak menghalang kegiatan ‘Barbaric’ dan ‘kanibal’ Jabatan Perhutanan Sabah ini dan memberi peluang membela diri, serta meletak hak ke atas tanah yang mereka usahakan, sejajar dengan kelulusan banyak geran kepada orang perseorangan yang kini telah berpindah milik kepada syarikat BSKL.

16. Tahukah Datuk Seri bahawa Sam Mannan telah memperdaya mereka dengan memberi notis singkat agar penduduk kampung meninggalkan hutan simpan dengan alasan untuk dibangunkan semula sebagai hutan simpan. Tetapi sebaik sahaja penduduk kampung dihalau dengan bantuan polis daripada kawasan berkenaan, YAB Datuk Seri menghantar Datuk K.Y.Mustaffa (Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu) untuk meninjau lokasi dan menuduh penduduk kampung menjahanamkan alam sekitar dengan merompak hak generasi akan datang dan akan menjalankan kerja pemulihan segera hutan.

17. Belumpun sempat penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing daripada mengikuti lawatan ‘haram’ KY Mustaffa, beberapa buah papan tanda telah dipasang memaklumkan kawasan tersebut adalah Hutan Simpan Kelas 1 dan paling menyedihkan YAB Datuk Seri meluluskan ‘Occupation Permit’ (OP) JP/OP/SE/1/05 kepada syarikat Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd yang merupakan anak syarikat Saham Amanah Sabah Berhad (SAS) dengan alasan untuk memulihkan saham SAS yang sudah mati tanpa nisan.

18. Sejak daripada itu, bantahan demi bantahan penduduk kampung hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi dan surat sokongan Perdana Menteri bagaikan segelas air kencing yang sudah pastinya tidak akan dilihat atau didekati oleh YAB Datuk Seri. Jika surat kami, sewajarnyalah menerima nasib yang malang, tetapi ini surat daripada pemimpin tertinggi UMNO dan Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan yang tidak langsung mendapat perhatian.

19. Antara sedar dengan tidak YAB Datuk Seri telah menyalahguna kuasa merampas tanah rakyat untuk
diberikan kepada seorang Cina Semenanjung iaitu Lee Keat Seong, Chong Yin Teck dan Chong Yin Hong daripada Promise Venture Sdn.Bhd yang menjalankan kerja penyelenggaraan ladang dan mengutip buah kelapa sawit yang ditanam oleh penduduk kampung. Bukankah perbuatan ini lebih kejam, hina dan keji daripada tentera Serbia di Bosnia Herzegovinia. YAB Datuk Seri juga seolah-olah bersubahat (abetting) iaitu bukan sahaja meletakkan pasir ke dalam periuk nasi rakyat Semporna, malah memberikan beras yang akan dimasak kepada ‘musuh’?

20. Sebagai seorang Ketua Cawangan UMNO yang tidak bersekolah tinggi, saya bukanlah biasa dengan
kemahiran teknologi maklumat yang dinamakan IT, tetapi akibat risalah yang disebarluas oleh parti pembangkang terutama KeAdilan membuatkan saya merasakan laman web Malaysia Today lebih bermaruah daripada YAB Datuk Seri sehingga saya belajar menggali kandungan laman web
berkenaan untuk mengetahui kebenaran di sebalik apa yang dikatakan fitnah oleh YAB Datuk Seri.

21. Demi maruah UMNO dan demi menjaga nama baik Yang Di Pertua Agong, saya mencabar YAB Datuk Seri agar tampil menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada YAB Datuk Seri termasuk 81 dalil yang difailkan secara rasmi oleh Naib Presiden KeAdilan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Jika tidak rakyat akan beranggapan YAB Datuk Seri 'bacul dan bersalah' sebelum dibicarakan. Sekalipun Datuk Seri dilepas tanpa dibebaskan oleh Peguam Negara, namun YAB Datuk Seri tetap kotor di mata rakyat kerana terpalit dengan skandal dan rasuah.

22. YAB Datuk Seri juga harus menjawab tuduhan bekas Setiausaha TASK FORCE UMNO, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat yang telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti yang mendakwa bahawa YAB Datuk Seri adalah dalang utama pengeluaran 82,000 kad pengenalan projek kepada mereka yang tidak layak iaitu warga asing ataupun pandatang asing tanpa izin (Pati) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Kenyataan Jabar turut disiar oleh akhbar Harakah. Jika dakwaan ini benar, YAB Datuk Seri tidak boleh menjadi Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah.

23. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah, YAB Datuk Seri sewajarnya menghalang pembinaan Rumah Merah atau Pusah Tahanan Sementara (PTS) kerana mencabar kedaulatan Sabah ke atas wilayahnya sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. PTS ini mendatangkan masalah kepada rakyat yang terpaksa membiayai kos perbelanjaan tahanan termaksud makan minum yang dikontrak kepada kroni YAB Datuk Seri. YAB Datuk Seri juga sewajarnya mengarahkan semua kawasan penempatan pelarian dirobohkan dan penghuninya dihantar balik ke Negara asal mereka yang jauh lebih aman daripada Sabah.

24. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya merasa sukar untuk memberikan jawapan apabila ahli saya bertanya kenapa YAB Datuk Seri membisu seribu bahasa sedangkan adakalanya tuduhan berkenaan tidak berasas dan memalukan UMNO dan BN. Namun oleh kerana Jeffrey berjaya membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah dalam kes Wisma Bandaraya, sekalipun di mahkamah rakyat (web dan media) maka mereka percaya semua tuduhan itu benar.

25. Isu lawatan YAB Datuk Seri dan Menteri Kabinet Negeri ke projek 1Borneo baru-baru ini begitu menjolok mata kerana rakyat bertanya pentingkah melawat tanah Usia (orang Islam) yang diserahkan kepada saudagar Cina untuk dimajukan sebagai Pusat Perniagaan yang syubahat (belum tentu halal atau haram) sedangkan sepatutnya Kabinet melawat ‘Penaklukan Mout Pock dan ‘Tanjung Nagos’ dengan izin dan subahat YAB Datuk Seri untuk membuktikan bahawa dakwaan YAB Datuk Seri benar.

26. Pembangkang mendakwa YAB Datuk Seri sebagai ‘penjenayah kolar putih dan lanun’. Saya malu kerana YAB Datuk Seri tidak berbuat sesuatu untuk membersihkan nama baik diri dan UMNO termasuk YAB Datuk Seri menganggap seolah-olah bumiputera hanya melukut di tepi gantang kerana semua kroni YAB Datuk Seri terdiri daripada orang Cina yang diimport daripada Semenanjung Malaysia. Dipercayai kebanyakan mereka samseng dan mafia kayu balak dan kegiatan haram, tetapi dimuliakan YAB Datuk Seri sehingga nasib peniaga Melayu seperti katak yang dilanggar kereta di atas jalanraya.

27. Penglibatan dan pembelitan YAB Datuk Seri berhubung bangunan UMNO begitu menjengkelkan sehingga saya rasa muak membaca pelbagai tuduhan yang berasas tetapi tidak meyakinkan YAB Datuk Seri, bahawa telah berlaku salah urus dan kesilapan tadbir tabung derma bangunan UMNO yang dibina di atas tanah milik ipar YAB Datuk Seri (Sapawi Tussin) dan bukannya di atas tanah milik UMNO yang diserahkan untuk dimajukan oleh saudagar Cina.

28. Saya berharap agar YAB Datuk Seri tidak menjadi pemimpin yang diktator seperti Tun Dr Mahathir yang kini telah ditolak oleh rakyat. Nasib YAB Datuk Seri kini lebih buruk daripada Tun Mahathir kerana beliau tidak pernah terpalit secara peribadi dengan segala skandal, rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti yang dihadapi oleh YAB Datuk Seri.

29. Di era pemerintahan YAB Datuk Seri Kerajaan Negeri Sabah semakin papa kedana namun YAB Datuk Seri cuba menegakkan benang yang basah sehinggalah Jeffrey meyakinkan rakyat melalui fakta dan bukti yang nyata, terutama Laporan Ketua Audit Negara. Yang kaya dan berharta hanya YAB Datuk Seri, Kroni, Proksi dan keluarga.

30. YAB Datuk Seri, demi menjaga sisa-sisa maruah YAB Datuk Seri compang camping, berhentilah membohongi rakyat kerana rakyat kini sudah celik IT berkat kesungguhan laman web Malaysia Today mendedahkan bukti dan fakta yang jelas mengatasi pembohongan YAB Datuk Seri dalam pelbagai isu.

31. Walaupun YAB Datuk Seri mengatakan bahawa 81 Dalil Jeffrey adalah fitnah, malafide dan tidak berasas, namun YAB Datuk Seri tidak berani mencabar Dr Jeffrey di mahkamah. Penafian lisan YAB Datuk Seri atau dibebaskan oleh Peguam Negara tidak memberi erti lagi kerana rakyat percaya Jeffrey benar sehingga Berjaya meyakinkan rakyat bahawa YAB Datuk Seri terpaksa meletakkan jawatan atau dijatuhkan secara tidak bermaruah.

32. YAB Datuk Seri, sebenarnya belum terlambat bagi YAB Datuk Seri meraih kembali sokongan rakyat dan terus memerintah Sabah dengan adil dan saksama, namun YAB Datuk Seri sewajarnya sedia untuk melakukan anjakan paradigma YAB Datuk Seri sendiri yang kini disifatkan sebagai Pemimpin yang Anti-Persekutuan dengan pelbagai tindakan yang anti-sosial, anti-nasional, anti-perpaduan dan anti-Melayu dengan menindas orang Melayu terutama ahli UMNO melalui kekangan ekonomi, sekatan politik dan melebarkanjurang kemiskinan.

33. Sebagai Ketua Cawangan UMNO dan menjadi jentera kempen kerajaan, kami terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka harus mengekalkan sokongan kepada BN sedangkan YAB Datuk Seri melayan mereka seperti ular senduk yang disiat kulit ketika hidup untuk diambil darah dan dijadikan makanan peransang seks.

34. Semakin hari semakin jauh rakyat meninggalkan UMNO terutama yang mengalami pahit getir berjuang untuk mendapatkan kuasa, namun setelah BN memerintah, mereka disingkirkan dengan pelbagai cara dan petualang pula yang diberikan tempat sedangkan pejuang dipancung sebelum bicara.

35. Saya juga turut kesal kerana sejak akhir-akhir ini YAB Datuk Seri menyalahgunakan wang rakyat dengan menyewa jet eksekutif dengan harga yang mahal sedangkan ada pengangkutan awam, seolah-olah mahu mengulangi sejarah buruk Sabah apabila pemimpin negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membeli jet atau menyewa jet peribadi. Rakyat semakin jauh kerana merasakan hak mereka telah ditadbir urus dengan tidak cekap.

36. Majlis Pernikahan anak perempuan kesayangan YAB Datuk Seri dengan YB Ustaz Haji Ariffin Ariff adalah amat dinantikan rakyat Sabah, namun sewajarnya mencontohi Raja Nazrin Shah yang tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk majlis rasmi pernikahannya. Untuk menjaga nama baik keluarga YAB Datuk Seri yang tidak berdosa, elakkanlah menggunakan jentera kerajaan dan peruntukan kerajaan kerana saya percaya YAB Datuk Seri kaya raya dan mampu membiayai majlis pernikahan anak YAB Datuk Seri.

37. YAB Datuk Seri, sempena hari baik bulan baik, mintalah ampun daripada rakyat Sabah dan tebuslah dosa YAB Datuk Seri dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah kerana bagi saya, YAB Datuk Seri tidak lagi layak menjadi pemimpin setelah membawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.

38. Jika dengan surat terbuka ini YAB Datuk Seri mengesyorkan saya dipecat, saya akan tetap membela diri walaupun terpaksa mengheret UMNO dan YAB Datuk Seri ke Mahkamah. UMNO bukanlah milik YAB Datuk Seri, saya atau Pak Lah. Ia milik Bangsa Melayu yang merdeka dan berdaulat.

39. Janganlah mengulangi kesilapan sejarah silam YAB Datuk Seri yang pernah membalas dendam dengan musuh YAB Datuk Seri melalui pelbagai cara kerana tidak ada gunanya membelasah atau mencederakan saya. Saya tetap tidak akan berganjak dan akan mempertahankan UMNO sehingga ke titisan darah terakhir saya. clapping.gif

40. Apa yang terkandung di dalam surat terbuka ini adalah pandangan peribadi saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan cawangan saya atau bahagian Semporna. Jangan libatkan mereka dalam hal ini kerana teguran ikhlas saya ini.

Akhir sekali, bertaubatlah sebelum terlambat. Ingatlah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan sehingga YAB Datuk Seri dan keluarga akan terkena kisas. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa atau mencemar batas susila bangsa Melayu.

Sekian, Wassalam.

t.t.

(AZIZUL SANARUL)
Kad Pengenalan 580828-12-5107
No. Ahli 01554790
Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat,
Semporna.

s.k
YAB Datuk Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Datuk Ahmad Said Hamdan,
Ketua Pengarah BPR,
Ibu Pejabat BPR,
Aras 7, Blok D6, Parcel D,
Pejabat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62007 PUTRAJAYA

DH:-Tau Tau DSAI boleh Buat Kejutan [size="3"][/size] yahoo.gif



...merged by Edirossa
tirmidzi

emmm...nasib bik le dalam byk2 syarikat yg tersenarai.. satu syarikat pun aku tak kenal.. dan tak pernah dgr name nye..
bgs.. bgs. good info...
Ewan_sn
CARTA ORGANISASI EMPAYAR McMUSA
Written by Admin
Monday, 14 September 2009 11:26
Oleh: HAFIZ JAMAIL


PENDEDAHAN Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan melalui artikel ‘Empayar McMusa Mula Goyah’ yang disiarkan di Sabahkini.net membuatkan saya menerima begitu banyak email terutama memberi maklumat tambahan untuk mengukuhkan dakwaan Jeffrey.

Memandangkan kes ini ada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, maka ianya menarik perhatian umum terutama kekayaan luar biasa yang dikumpulkan sepanjang tempoh beliau menjadi Ketua Menteri (Mac 2003 hingga kini).

Sebagai penghantar saman kepada sebuah syarikat guaman, saya lihat Musa tergamam apabila saya menyerahkan sapena kepada beliau ketika Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra sehingga beliau enggan menerimanya walaupun telah membaca isi kandungannya.


Saya terpaksa menghantar sapena tersebut sekali lagi ke Pejabat beliau di Tingkat 18, Wisma Innoprise, namun beliau berjaya mengelak daripada memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Sandakan setelah Mahkamah meluluskan pengecualian beliau hadir dan Peguam Negara bersedia mewakilinya.

Sebagai anak jati Sandakan, saya kenal Musa Aman sejak 1992 dan kenal Michael Chia serta bapanya Chia Nyet Min, namun ianya tidak menarik minat saya membuat kajian terhadap hubungan Musa Aman dengan Michael Chia dan keluarganya, melainkan setelah Michael Chia ditangkap di Hong Kong atas tuduhan ‘Penggubahan Wang Haram’.

Daripada kajian saya, Empayar McMusa yang wujud sejak 1996 ketika beliau menjadi Pengarah Yayasan Sabah, bukanlah satu rahsia bagi penduduk Sandakan, hatta orang cacat penglihatan di Sungai Manila Sandakan pun tahu hubungannya Michael Chia yang cuba dinafikan Musa Aman.

Berikut adalah Carta Organisasi yang saya sediakan berdasarkan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan bahawa Yayasan Sabah termasuk Jabatan Perhutanan Sabah (Unit Perhutanan) berada di bawah cengkaman McMusa.





Dengan kelulusan lebih 150,000 hektar kawasan balak kepada lima syarikat Michael Chia sejak 2003, adalah tidak mustahil Empayar McMusa ini akan terus cemerlang selagi Perdana Menteri mengutamakan Musa dan Kroni lalu mengabaikan rakyat yang selama ini menyokong Konsep 1Malaysia yang digagaskannya.

Konsesi Pengangkutan balak Yayasan Sabah melalui Scow yang dimonopoli oleh Michael Chia merupakan ‘dana yang mencurah-curah’ ke dalam akaun Musa Aman terutama ‘tunai’ yang dihantar sendiri oleh Michael Chia kepada Musa Aman sehingga Michael Chia terlupa ada mata yang memerhatinya membawa ‘brief case’ masuk ke rumah Musa Aman sedangkan beliau keluar dengan tangan kosong!
Ewan_sn
EMPAYAR McMUSA MULA GOYAH?
Written by Admin
Friday, 11 September 2009 15:49
Oleh: DATUK DR JEFFREY KITINGAN




KETIKA menjadi Pengarah Yayasan Sabah 1984-1994, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah secara mala-fide memfitnah dan membuat tuduhan palsu ke atas saya kononnya terlibat dengan Skandal RM4 Billion, semata-mata untuk ‘membunuh’ Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana ketika itu PBS mendapat sokongan akar umbi dan keluar daripada Gagasan Barisan Nasional.

Mujur niat jahat mereka untuk ‘memusnahkan’ kerjaya saya tidak direstui Tuhan kerana mereka gagal mengemukakan bukti melampaui keraguan munasabah sehingga Mahkamah membebas dan melepaskan saya tanpa syarat, namun agak malang kerana kesannya terhadap PBS masih terasa sehingga kini.

Paling memalukan, mereka menangkap saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama rakan-rakan saya yang tidak berdosa dan kemudiannya membuat pertuduhan palsu ke atas saya sedangkan saya tidak menahu dan tidak melakukan sebagaimana yang didakwa. Mulut saya terkunci kerana tahanan ISA tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan dan hanya di Mahkamah Keadilan baru saya dapat bersuara.

Saya telah membuat laporan polis dan SPRM terhadap Ketua Menteri Sabah dan kroninya melalui 81 Dalil yang lengkap dengan bukti dan keterangan terutama Skandal Wisma Bandaraya dan Konsesi Pembalakan yang dilakukan Musa Aman semasa beliau menjadi Pengarah Yayasan Sabah, Menteri Kabinet dan Ketua Menteri Sabah.

Ironinya, bukan sahaja Musa Aman tidak pernah disiasat atau dipanggil untuk memberi keterangan, malah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dianugerahi pingat Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima; Pengarah Siasatan Datuk Jamidan Abdullah dan Pengarah Pendakwaan SPRM Datuk Shukri Abdull dianugerahi Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) serta Bekas Pengarah SPRM Sabah, Puan Hajjah Latifah Md Yatim dianugerahi Pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K).

Masa untuk bercerita tentang pingat telah berlalu, kini tiba masanya untuk menjalankan siasatan berdasarkan dua laporan polis terbaru saya di Balai Polis Penampang PPG/RPT/5914/09 dan PPG/RPT/6019/09 berhubung kes pemalsuan geran dan pemberian konsesi melalui pintu belakang kepada ‘orang yang tidak dikenalinya’, Michael Chia Tien Foh, yang umum tahu terlibat dengan Kes Penggubahan Wang Haram $S 16 juta di Hong Kong.

Jika dulu Malaysia telah dijajah oleh McDonalds, tetapi kini setelah McCurry memenangi kes paten jenama ‘Mc’ di Mahkamah, timbul pula isu ‘McMusa’, satu jenama baru yang kukuh dalam Empayar Perniagaan di Sabah sejak Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah (2003 hingga kini).





Walaupun ‘McMusa’ tidak dipatenkan dan tidak terlibat dengan perniagaan ‘Franchise’ Makanan Segera, namun McMusa mendapat ‘Franchise’ konsesi ‘Pembalakan Segera’ dan ‘Kontrak Pengangkutan Segera’ yang menjadi nadi kekuatan memperkasa ‘McMusa’ untuk selamanya, selagi Barisan Nasional berkuasa di Sabah.

Modus Operandi yang dilakukan melalui ‘Timber Laundering’ adalah keterlaluan dengan kerjasama Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan dan Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong iaitu kegiatan ‘memfaraidkan’ hutan simpan kelas I atau kelas II kepada Yayasan Sabah sebelum diberikan Konsesi Pembalakan oleh Rakyat Berjaya Sdn.Bhd iaitu anak syarikat Yayasan Sabah.

Datuk Sam Mannan bukan sahaja ‘merestui’ pemalsuan Pelan Pembalakan, iaitu menjadikan kawasan tanah tinggi 25 darjah ke atas kepada 10 hingga 24 darjah bagi membolehkan lesen Pembalakan di keluarkan Jabatan Perhutanan.

Pada mulanya saya berbangga dengan Datuk Sam Mannan yang sebelum ini bersusah payah menemui Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad membantah sekeras-kerasnya pengwujudan Benta Wawasan oleh Pengarah Yayasan Sabah ketika itu, Datuk Musa Haji Aman.

Namun apabila Musa Aman dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, Datuk Sam Mannan membuat u-turn 360 darjah dengan terlibat secara langsung mengeluarkan kawasan Hutan Simpan untuk dibalak termasuk Segama-Malua sehingga menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ dan mengeluarkan lesen pembalakan di Kawasan Benta Wawasan dibantahnya sebelum ini.

Oleh itu tidak hairan jika beliau merestui pembalakan di kawasan 25 darjah ke atas kerana telah berpengalaman membuat pusingan 360 darjah di tiga konsesi di Hutan Simpan Kelas II Kuamut yang telah saya dedahkan sebelum ini iaitu kepada Danagaya Sdn.Bhd sedangkan kawasan berkenaan tidak langsung boleh dibalak.

Dua daripada konsesi itu iaitu YS 3/07 (6) Seksyen A dan YS 3/07 (6) Seksyen B telah ditangguhkan pembalakannya hasil bantahan saya, namun pembalakan di Konsesi YS 3/07 (5) masih berjalan sedangkan Pelan Kawasan tersebut juga dipalsukan oleh Han Wai Kong di bahagian Remote Sensing Jabatan Perhutanan Sabah, iaitu abang kepada Fran Han Kan Kong, Pengurus Besar Danagaya Sdn.Bhd.

Saya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Zainuddin Hassan yang bukan sahaja telah memfailkan laporan di pejabat SPRM, malah turut menghantar notis meminta penjelasan 14 hari kenapa Jabatan Perhutanan tidak menghentikan kegiatan pembalakan di konsesi YS 3/07 (5) yang sebahagian besarnya adalah tanah tinggi melebihi 25 darjah.

Bukti terbaru yang saya terima ini amat mengejutkan iaitu Sam Mannan dan pegawainya menyediakan laporan pemeriksaan palsu bagi membolehkan lesen dikeluarkan kepada Danagaya Sdn.Bhd atas kapasiti mereka sebagai Pegawai Perhutanan atau atas arahan ‘pihak tertentu’ termasuk Musa Aman.

Surat yang dikemukakan Sam Mannan akan saya dedahkan kemudian kerana saya lebih berminat dengan dua surat yang disediakan masing-masing oleh Othman Matnoh dan Rahmadin Saini daripada Unit GIS (Geography Information System) Jabatan Perhutanan Sabah.













Dua pegawai ini dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menyediakan laporan pemeriksaan lapangan ini sedangkan laporan disediakan di pejabat mereka berasaskan pelan yang disediakan oleh Han Wai Kong atas arahan ‘pihak tertentu’.

Dengan adanya pegawai yang tidak amanah menjalankan tugas dan Pengarah Perhutanan dan Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah yang hanya tahu menurut arahan dan memikirkan keuntungan singkat, maka wujudlah sebuah Empayar Perniagaan yang amat besar di Sabah iaitu ‘McMusa’ hasil gabungan ‘Empayar Mc’ iaitu singkatan bagi Michael Chia dan Chia Nyet Min (bapa Micheal) dan Musa Aman yang pernah mengisytiharkan hartanya kepada Tan Sri Chong Kah Kiat, iaitu pada 2003 sejumlah RM300 juta setelah dilantik Pengarah Yayasan Sabah, pada 1996 oleh Datuk Seri Panglima, Mohd Salleh Tun Said, Ketua Menteri Kedua di bawah sistem ‘Merry Go round’ yang tidak lagi ‘round’ selepas Musa memegang jawatan berkenaan pada 30 Mac 2003.

Mengikut siasatan dan maklumat yang saya terima, sejak Yayasan Sabah mengswastakan tongkang (Scow) mengangkut kayu balak dari log pond ke lokasi terpilih termasuk ke kapal, dua syarikat milik ‘Bapa Angkat Musa Aman’ iaitu Chia Nyet Min, Kini Abadi Sdn.Bhd dan Imej Berlian Sdn.Bhd telah dilantik bagi menjalankan kontrak berkenaan secara ‘Monopoli’ kerana dua syarikat berkenaan milik ‘Empayah Mc’ yang disokong oleh Sabawangsa Sdn.Bhd sebagai sub-kontraktor.

Jika Musa Aman tidak kenal siapa Michael Chia, dia bukan Musa Aman kerana hubungan antara bapa Michael Chia dengan Musa Aman bermula pada 1993 ketika Chia & Sons hanya menjadi agen pengakutan scow dan bukannya pemegang konsesi pengangkutan seperti sekarang.

Kesemua balak milik Yayasan Sabah di Konsesi Sandakan, Tawau dan Lahad Datu melalui 52 syarikat yang beroperasi di dalam Konsesi Yayasan Sabah termasuk Hutan Simpan yang dijadikan ‘Timber Laundering’ kepada Yayasan Sabah diangkut dengan menggunakan scow milik Kini Abadi Sdn.Bhd dan Imej Berlian Sdn.Bhd.

Kontrak yang dimateri tersebut menghendaki semua balak Yayasan Sabah di angkut daripada Pangkalan Sapi ke Sandakan, daripada Silam Kennedy Bay (Lahad Datu) ke Sandakan dan Tawau ke Sandakan. Walaupun kononnya Jabatan Perhutanan Sabah mengumumkan bahawa sejak 2008 tidak lagi lesen pembalakan dikeluarkan di Lahad Datu, namun pelabuhan Silam Kennedybay yang sebelum ini telah ditutup dijadikan Log Pond untuk semua kayu Yayasan Sabah sedangkan kayu daripada kawasan Tongod semuanya diturunkan di Pangkalan Sapi.

Misteri ‘kehadiran’ banyak kayu balak di Log Pond Silam Kennedy Bay masih belum terjawab kerana SPRM dan Jabatan Audit Negara tidak berminat untuk menjalankan siasatan terutama apabila balak bulat tersebut terus dimuat ke kapal dan bukannya ditarik dengan Scow ke Sandakan. Ke mana destinasi balak tersebut hanya Yayasan Sabah yang tahu!





Walaupun terdapat empat syarikat aktif yang mengendali Scow di Sabah namun mereka tidak dapat menyertai sebarang tender pengangkutan Yayasan Sabah kerana dimonopoli oleh ‘Empayar Mc’.

Saya mendapat maklumat serta bukti yang sahih, namun tidak wajar didedahkan sekarang, melainkan jika benar-benar mendesak, bahawa Yayasan Sabah membayar sejumlah RM15.75 bagi setiap meter padu balak yang dikendalikan oleh ‘Empayar Mc’ namun RM3 akan dipotong sebagai pembahagian syer kepada Musa Aman sejak 2003 secara tunai, iaitu Michael Chia akan menghantar sendiri secara peribadi ‘wang tunai’ tersebut kepada Musa Aman setiap bulan.

Manakala bagi kawasan Konsesi Yayasan Sabah, saya mendapati Musa Aman telah meluluskan 150,000 hektar kawasan konsesi pembalakan kepada ‘Empayar Mc’ sejak 2003 kepada Danagaya Sdn.Bhd, Rimba Kita Sdn. Bhd, Sinabumi Sdn.Bhd, Wangsajadi Sdn.Bhd yang kesemuanya milik Michael Chia yang menggunakan nomineenya, iaitu Gundiknya, Yap Siaw Lin.





Mengikut maklumat yang saya perolehi, Michael Chia akan membayar komsiyen sejumlah antara RM3,000 hingga Rm5,000 sehektar konsesi balak kepada Musa Aman melalui akaun Pemegang Amanah di Hong Kong & Shang Hai Bank, Central Hong Kong.

Michael Chia telah beberapa kali ke Hong Kong untuk mendepositkan dan mengeluarkan wang bagi pihak Musa Aman termasuklah Skandal $S16 juta dan saya akan mendedahkan apabila tiba masanya kerana ianya masih dalam siasatan ICAC dan saya tidak mahu mengganggu kelicinan siasatan.

Walaupun tidak ada media melaporkan kes siasatan ICAC terhadap Michael Chia yang dituduh mempunyai hubungan langsung dengan Musa Aman, namun saya mempunyai rekod penerbangan Michael Chia ke Hong Kong setiap bulan untuk disoalsiasat oleh ICAC Hong Kong.

Malangnya, SPRM yang kononnya mempunyai peralatan yang canggih gagal mengesan pergerakan Michael Chia ke Hong Kong, apa tah lagi mahu menyiasat kekayaan luar biasa yang diperolehi Michael Chia yang mengetuai ‘Empayar Mc’ sejak ditangkap ICAC pada 2.35 petang khamis, 14 Ogos 2008 setelah diintip ICAC berada di Bank Hong Kong Shang Hai, Central Hong Kong pada 13 Ogos 2008.

Mengikut rekod bertulis di ICAC Hong Kong, Michael Chia telah hadir di pejabat ICAC Hong Kong pada tarikh berikut, 10 September 2008, 01 Oktober 2008, 9 November 2008, 30 November 2008, 4 januari 2009, 10 Februari 2009, 30 Mac 2009 namun ianya gagal dikesan oleh SPRM.

Mengikut maklumat dalaman ICAC, mereka sedang peringkat akhir untuk membuat pendakwaan kerana masih memburu seorang lagi ‘agen’ yang terlibat memasukkan wang bagi pihak Michael Chia ke akaun pemegang amanah Musa Aman iaitu seorang peguam di Shelly Yap & Co, Richard Barnes.

Kedatangan ICAC Hong Kong ke Malaysia untuk menemui Richard Barnes ditemani oleh SPRM Sabah bukan menjadi rahsia lagi dan sewajarnya SPRM Sabah mengetahui kes Michael Chia, namun tidak ada fail dibuka untuk menjalankan siasatan melainkan kes Paluamas Sdn Bhd yang sedang dibicarakan di Mahkamah.

Walaupun ada desas desus bahawa wang USD4 billion yang dirampas daripada akaun pemegang amanan berkenaan sudah dicairkan atas pertolongan Kerajaan Malaysia, namun ianya tidak dapat dipastikan kerana Kes Michael Chia masih di peringkat pendakwaan dan tidak mungkin Kerajaan Hong Kong terpedaya dengan surat palsu daripada Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang mengesahkan wang berkenaan Milik Kerajaan Negeri Sabah atau Milik UMNO.

Perkembangan terbaru yang tidak menyenangkan saya ialah khabar angin yang mengatakan bahawa Michael Chia sudah membayar RM1.5 juta kepada seorang lelaki, Datuk Albert Lim Yu Ming sebagai pendahuluan daripada sejumlah RM3 juta yang dipersetujui untuk menutup kes rasuah yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang dituduh bersama seorang rakan kongsinya, Lo Man Heng.

Sejak Michael Chia tertangkap di Hong Kong, Albert Lim telah menjadi ‘Orang Paling Kanan’ Musa Aman selain seorang lelaki H.Lim yang menjadi penghubung antara Albert Lim dengan SPRM.







Memandangkan isu yang saya kemukakan di sini amat serius, maka saya memohon jasa baik Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang telah disambung perkhidmatannya selama satu tahun lagi agar menubuhkan unit khas untuk menjalankan siasatan berhubung dengan ‘Skandal Timber Gate’ ini untuk menaikkan imej polis yang tercemar dengan beberapa insiden yang memalukan.

Saya juga memuji Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, kerana walaupun saya membuat laporan polis ketika beliau menerima pingat S.P.D.K daripada Kerajaan Negeri, namun beliau menjalankan siasatan ‘olok-olok’ terhadap Michael Chia namun tidak langsung menyentuh Musa Aman yang menjadi ‘Key Man’ untuk ‘Empayar McMusa’ ini.

Siasatan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Kini Abadi Sdn.Bhd (253669-A) yang ditubuhkan pada 9 Disember 1992 dimiliki oleh Chia Nyet Min yang memegang 249,998 saham manakala anak-anaknya, Chia Wai Sim dan Chia Wai Hing masing-masing memiliki satu unit saham setiap seorang. Ketiga mereka menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat berkenaan.

Walaupun syarikat ini mendapat konsesi pengangkutan Yayasan Sabah, namun berdasarkan penyata kewangan bagi tahun berakhir pada 31 Julai 2008, syarikat ini tidak memfailkan penyata kewangan bagi tahun semasa.

Manakala Imej Berlian Sdn. Bhd (331270-D) yang ditubuhkan pada 18 Januari 1995 dimiliki Chia Nyet Min yang memegang 998 unit saham, manakala anak-anaknya, Chia Ten sang dan Chia Wai Hing masing-masing memegang saham nominal satu unit setiap seorang. Ketiga-tiga mereka juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah dan Chia Wai Hing dilantik sebagai Pengurus.

Mengikut penyata kewangan yang berakhir 30 April 2008, Imej Berlian Sdn.Bhd memperolehi hasil RM18.26 juta setahun dan hanya mengisytiharkan untung selepas cukai sebanyak RM597,782 sahaja.

Bagi Sabawangsa Sdn.Bhd (729096-M) yang ditubuhkan pada 04 April 2006 dimiliki oleh Michael Chia Tien Foh yang memegang 49,999 saham, manakala isteri pertamanya, Yap Loo Mien juga memiliki jumlah saham yang sama dengan Michael Chia. Pemilik saham lain ialah Chua Fong Fong dan Freddy Mositoh yang masing-masing memegang satu unit saham setiap seorang.

Michael Chia melantik Yap Loo Mien dan Lu Tung Hung sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sabawangsa yang tidak menghantar penyata kewangan bagi tahun berakhir 2008.



NOTA PENTING: Pandangan yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi Datuk Dr Jeffery Kitingan dan tidak semestinya pandangan laman web ini. Bukti dan grafik yang disertakan tidak semuanya dipamerkan melainkan sesuai untuk siaran. Sabahkini.net tidak bertanggung jawab di atas sebarang tindakan undang-undang (jika ada) berkaitan artikel ini.

cmg
salam....

eddy, ko orang mana? kalau bukan orang sabah baik ko duduk diam2, tak payah racun otak orang.

ko nak kata BN jahat dan PR baik? itu pendapat kau la.. bagi saya sbg orang sabah.... BN dan PR sama saja, pemimpin ( ahli Politik)... P.O.L.I.T.I.K kerja belum tentu ikhlas, ko nak kata Anwar ibrahim ikhlas tanpa sebarang kepentingan peribadi? ko nak kata najib ikhlas? ko nak kata lim kis siang ikhlas? ko nak kata Nik Aziz tu ikhlas? jangan jadi pembohong la...

ko jangan samakan otak melayu dengan otak orang sabah, ko jangan ingat kami ni senang2 korang nak pengaruh, ko tau ka kenapa sabah pilih BN? cuba ko jawap? selama pembangkang tadbir sabah, apa yang kami dapat? siapa dia pembangkang? salah satu dia DR JEFRY KITINGAN, tu lah dia cendakiawan dari HARVARD UNIVERSITY yang ko nak jadikan hero dalam cerita ko.. utk pengetahuan sedara, kami takkan undi berdasarkan retorik politik semata.. bukan kami minat sangat dengan BN, tapi sampai bila kami patut duduk dalam kemunduran, kami juga nak duduk selesa, siapa yang dapat bantu kami dlm hal2 mcm ni? jawapan buat masa ni masih lagi BN.

kami tau kami pernah di anaktirikan oleh kerajaan malaysia, kami sedar, kami tau semua tu, tapi kalau kami undi PR pada pru lepas, apa yang kami dapat? harapan? janji manis yang terpaksa dibawa ke PRU 13? sampai la PR dapat berkuasa di malaysia? kalau PR berkuasa, dapat ka PR buat perubahan positif di sabah.. infrastruktur, sosial, ekonomi, pendidikan? berapa lama? sampai bila kami kena tunggu lagi?

kami sudah bosan dengan janji2 melayu, janji2 kosong dari orang politik, lebih2 lagi dari pembangkang yang tak habis2 berpolitik, kami cukup benci dengan politik murahan mcm tu, serang peribadi, kutuk kaum etnik ( pakai cawat ya ) berlagak warak.... teruk2 BN pun sekurang kurangnya ada juga perubahan yang diorang buat kat sabah, bandingkan sabah hari ni dengan sabah 10 tahun dulu, ko nak kata kami desperate? ya memang kami desperate? tapi apa yang semuanya bukan untuk kesenangan kami semata, tapi anak2 kami, cucu2 kami di masa hadapan.

cukup lah jadi batu api.... betulkan dulu bangsa saudara.... kalau sedara nak promot parti sedara, tolong bagi contoh yang baik, lebih baik dpd BN....
al-taf
QUOTE(cmg @ Sep 19 2009, 01:36 AM) *
salam....

eddy, ko orang mana? kalau bukan orang sabah baik ko duduk diam2, tak payah racun otak orang.

ko nak kata BN jahat dan PR baik? itu pendapat kau la.. bagi saya sbg orang sabah.... BN dan PR sama saja, pemimpin ( ahli Politik)... P.O.L.I.T.I.K kerja belum tentu ikhlas, ko nak kata Anwar ibrahim ikhlas tanpa sebarang kepentingan peribadi? ko nak kata najib ikhlas? ko nak kata lim kis siang ikhlas? ko nak kata Nik Aziz tu ikhlas? jangan jadi pembohong la...

ko jangan samakan otak melayu dengan otak orang sabah, ko jangan ingat kami ni senang2 korang nak pengaruh, ko tau ka kenapa sabah pilih BN? cuba ko jawap? selama pembangkang tadbir sabah, apa yang kami dapat? siapa dia pembangkang? salah satu dia DR JEFRY KITINGAN, tu lah dia cendakiawan dari HARVARD UNIVERSITY yang ko nak jadikan hero dalam cerita ko.. utk pengetahuan sedara, kami takkan undi berdasarkan retorik politik semata.. bukan kami minat sangat dengan BN, tapi sampai bila kami patut duduk dalam kemunduran, kami juga nak duduk selesa, siapa yang dapat bantu kami dlm hal2 mcm ni? jawapan buat masa ni masih lagi BN.

kami tau kami pernah di anaktirikan oleh kerajaan malaysia, kami sedar, kami tau semua tu, tapi kalau kami undi PR pada pru lepas, apa yang kami dapat? harapan? janji manis yang terpaksa dibawa ke PRU 13? sampai la PR dapat berkuasa di malaysia? kalau PR berkuasa, dapat ka PR buat perubahan positif di sabah.. infrastruktur, sosial, ekonomi, pendidikan? berapa lama? sampai bila kami kena tunggu lagi?

kami sudah bosan dengan janji2 melayu, janji2 kosong dari orang politik, lebih2 lagi dari pembangkang yang tak habis2 berpolitik, kami cukup benci dengan politik murahan mcm tu, serang peribadi, kutuk kaum etnik ( pakai cawat ya ) berlagak warak.... teruk2 BN pun sekurang kurangnya ada juga perubahan yang diorang buat kat sabah, bandingkan sabah hari ni dengan sabah 10 tahun dulu, ko nak kata kami desperate? ya memang kami desperate? tapi apa yang semuanya bukan untuk kesenangan kami semata, tapi anak2 kami, cucu2 kami di masa hadapan.

cukup lah jadi batu api.... betulkan dulu bangsa saudara.... kalau sedara nak promot parti sedara, tolong bagi contoh yang baik, lebih baik dpd BN....


Katak bawah tempurung macam ni la..

Tak nampak apa yang berlaku kat luar..

Sebab, seronok dapat tempurung..

Seorang yang penakut pada perubahan..

Sedangkan kedurjanaan "be end" terhadad Agama/ Bangsa/ Negara jelas & nyata

Kopite
perrghh!!....ni kes berat ni. dah jadi barah ni. melingkup la negeri sabah mcm ni.
memang kene kenceng hidup2 org sabah yg undi BN nie.
fsyukri
QUOTE(Apek_Jinjang @ Sep 19 2009, 02:24 AM) *
perrghh!!....ni kes berat ni. dah jadi barah ni. melingkup la negeri sabah mcm ni.
memang kene kenceng hidup2 org sabah yg undi BN nie.

org srwk pun same gk.
al-taf
October 01, 2009 |
Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?


Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong sebentar tadi untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.
al-taf
October 02, 2009 | Last update on 02/10/2009 19:20
AMK Bantu Selesai Isu Penyeludupan Wang Di Hong Kong



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ke Badan Pencegah Rasuah Hong Kong untuk mendesak supaya soal siasat dijalankan ke atas sekutu Ketua Menteri Sabah yang ditahan menyeludup wang sejumlah RM16 juta.

Michael Chia Tien Foh, sekutu kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman ditahan berhubung penyeludupan dan pengurupan wang haram pada 14 Ogos tahun lalu.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur dengan membawa wang berkenaan.

Shamsul ke Hong Kong untuk membuat laporan berkenaan hal terbabit dan meminta bantuan daripada pihak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong untuk menyiasat konco pemerintah BN itu.

Sementelah ianya isu besar yang membabitkan wang rakyat dan laporan ke atasnya telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),namun tiada tindakan yang diambil.

Badan Pencegah Rasuah Hong Kong dikatakan memberi layanan baik dan meminta Shamsul menjelaskan tentang hubungan Chia, Musa Aman dan pembalakan haram di Sabah.

" Saya telah diminta untuk memberikan pandangan dan penerangan serta penjelasan terhadap dokumen yang telah kita berikan kepada ICAC di Hong Kong berkaitan dengan penahanan Datuk Michael Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos lalu" ujarnya.

Wang yang diseludup oleh Chia itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas berkenaan isu tersebut sejak tahun lalu. Malah hubungan Chia dan Musa Aman tidak menjadi satu rahsia lagi kini.

" Saya juga telah menerangkan bagaimana hubungan Datuk Michael Chia dan Musa Aman dan saya juga meminta pihak ICAC meneliti kesemua dokumen tersebut dan memulakan penyiasatan. Sekiranya benar wang-wang yang haram yang diambil dari hasil pembalakan haram di Sabah itu berada di Hong Kong termasuk kemungkinan untuk membekukan akaun-akaun yang berkaitan dengan penyimpanan wang haram ini" tambahnya lagi.

Shamsul dalam laporannya turut menamakan empat pihak lain yang terlibat dalam kes seludup wang tersebut iaitu kerajaan negeri Sabah, Innoprise Corporation Sdn Bhd, Rakyat Berjaya Sdn Bhd dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Menurut sumber rapat, Polis Hong Kong dan Interpol telah memantau kegiatan haram Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Chia bersama bukti wang tunai bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Shamsul dalam laporannya meminta kerjasama dari pihak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong untuk membantu menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan ianya harus dikembalikan kepada rakyat Sabah.

" Saya jelaskan kepada mereka pentingnya kes ini kerana ianya melibatkan wang rakyat dan kita pertikai bagaimana ada seorang individu yang boleh membawa wang sejumlah Rm16 juta yang dibawa keluar daripada Hong Kong. Ini merupakan wang keuntungan yang sepatutnya kembali kepada rakyat Malaysia".
al-taf
October 03, 2009 | Last update on 03/10/2009 21:03
Agensi Antarabangsa Siasat Bukti Baru Kes Musa Aman



Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menghadapi satu pertuduhan serius selepas di dakwa terbabit dalam jenayah penyeludupan dan pengurupan wang haram berjumlah RM16 juta di Hong Kong.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong semalam bagi membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) keatas orang kanan Musa Aman, Micheal Chia Tien Foh.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu, selepas cuba menyeludup wang sejumlah RM16 juta dalam matawang dolar Singapura. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat memfailkan laporan ke ICAC selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia enggan mengambil tindakan keatas orang kanan Menteri Besar Sabah ini.

“ Saya baru tiba dari Hong Kong dalam rangka menghantar satu laporan dalam kes penyelewengan, rasuah dan wang haram yang membabitkan seorang ahli perniagaan Michael Chia dan juga ada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman” ujarnya.

Menurut Shamsul, pihaknya difahamkan wang yang diseludup orang kanan Musa Aman itu adalah hasil sindiket pembalakan haram yang bermaharajalela di Sabah.

Wang-wang haram ini dipercayai masih tersimpan kemas dalam akaun-akaun bank di Hong Kong.

ICAC memberikan komitmen bahawa pihaknya akan memburu dan menyiasat kes ini. ICAC juga telah memberi dua jaminan kepada Shamsul iaitu akan memberikan maklum balas dalam tempoh seminggu sama ada wujudnya kes dalam hal ini dan juga hak kerahsian kerana ia melibatkan isu kerajaan dengan kerajaan.

“ Saya mendakwa bahawa terdapat perlakuan rasuah di dalam negara Hong Kong. Saya juga membuat dakwaan duit-duit haram ini masih disimpan dalam akaun-akaun di Hong Kong dan meminta akaun-akaun itu dibekukan tetapi tidak ada komen sama ada setuju atau tidak dari pihak ICAC” tambahnya.

Tambah Shamsul, Chia merancang untuk menyeludup RM16 juta wang haram ini ke Kuala Lumpur bagi memperkasa kempen Umno-BN menewaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

AMK telah memfailkan kes ini yang mendapat liputan meluas media antarabangsa ke SPRM, namun selepas setahun berlalu tiada sebarang tindakan diambil.

“ Kita kecewa dengan sikap SPRM yang sampai sekarang tidak mengambil sebarang tindakan. Akhirnya kita terpaksa walaupun dengan berat hati menggunakan semua saluran yang ada kerana kita merasakan wang ini adalah wang rakyat. Wang ini perlu dikembalikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah” tanmbahnya lagi.

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menyifatkan, penyeludupan dan pengurupan wang haram ini sebagai jenayah baru di Malaysia dan ia bersifat serius.

“ Bagi saya apa yang dikatakan sebagai pengubahan wang haram politik ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan satu jumlah yang besar. Lebih menarik pula, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta yang baru diluluskan oleh kerajaan Malaysia iaitu di bawah AMLA” katanya.
al-taf
Sudah Lama Musa "Seludup" Wang Sabah- Jeffrey


Penyeludupan wang haram RM16 juta membabitkan konco Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, bukan sesuatu yang baru. Rakyat Sabah telah lama menjadi pemerhati kepada rentetan penyelewengan kekayaan sumber bumi Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, berkata terlalu banyak wang ringgit milik rakyat Sabah disedut keluar ke kocek Musa Aman dan kroni, Michael Chia Tien Foh, yang mendalangi pembalakan haram di negeri itu.

" Kalau kita tanya siapa Musa Aman di Sabah ini, siapa sahaja, saya ingat 99 peratus mengatakan dia memang terlibat dengan rasuah. Dan dalam ahli-ahli UMNO sendiri telah menimbulkan rungutan dia sahaja yang menyapu semua. Sebab itu dikenali sebagai "vacum cleaner" ujarnya.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu oleh polis Hong Kong kerana menyeludup wang RM16 juta ringgit hasil pembalakan haram.

Chia ketika disoalsiasat berkata wang tersebut adalah milik Ketua Menteri Musa Aman dan perlu diseludup ke Malaysia untuk memperkasa kempen UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh.

Jeffrey berpendapat penyeludupan wang haram dari akaun-akaun selamat di Hong Kong ke negara ini mungkin bukan kali permata berlaku. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya konco Musa Aman ditangkap.

" Ini mungkin kes pertama yang dapat kita kesan tetapi kita tidak tahu sama ada ini sebenarnya telah berlaku sebelumnya tetapi kita tidak mengetahuinya. Kami juga percaya kes penukaran penggunaan kes hutan simpan juga satu isu pengubahan wang haram tetapi ia dalam bentuk penukaran penggunaan tanah. Dalam erti kata lain, kawasan tanah kayu balak ditukar kepada kawasan pertanian dan dibalak, maka ia sama juga dengan pengubahan wang haram. Apa yang kita panggil pengubahan wang haram secara tidak langsung" katanya.

Jeffrey telah memfailkan pelbagai laporan polis menggesa siasatan dibuat ke atas kes penyelewengan sumber rakyat Sabah. Terbaru, satu laporan polis terhadap Musa Aman difailkan di Balai Polis Penampang berhubung kes pemalsuan geran dan pemberian konsesi secara tidak sah membabitkan Chia.

" Kami di Sabah juga telah membuat laporan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu-isu yang lain berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa di Sabah yang ada hubung kait dengan orang yang sama juga iaitu Michael Chia".

"Sebab itu kami telah membuat beberapa laporan polis mengenai isu pembalakan dan persekitaran, berkenaan alam sekitar di konsesi Yayasan Sabah di mana konsesi Sabah yang diberikan kepada Penta Wawasan yang sepatutnya ditanam semula kayu tetapi ditukar penggunaannya kepada kelapa sawit".

Beliau berkata rakyat Sabah tidak terlalu mengharap kepantasan dan kecekapan pihak berkuasa, kerana sehingga ke hari ini, pelbagai kes membabitkan pemerintah tidak disiasat, termasuk kes penyeludupan RM16 ini.

" Memang terkejutlah dan mereka mengharapkan memang ada penyiasatan dan ada penyelesaian tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada apa-apa dan rakyat Sabah memang mengharapkan dengan laporan yang dibuat ICAC di Hong Kong ini, tindakan yang diharapkan itu dapat diambil". Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin ke Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi melaporkan perkara terbabit.
Linda_pi
saya sokong kenyataan alan_tu27 terima kasih krn dpt menerima pandangan saya Matlamat saya adalah krn x mahu ahli berebut jawatan disebabkan oleh kekurangan jawatan skrg & ingin menampakkan organisasi ini lebih professional
registry tools
Ewan_sn
Dokumen bocor dedahkan rekod bank Chia
1:21PM Apr 13, 2012








Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.

Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.



Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.

"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya.
Ewan_sn
Bank Switzerland mungkin hadapi prosiding jenayah
4:46PM Jun 13 2012




Bank milik Switzerland, UBS kemungkinan menghadapi prosiding jenayah ekoran penglibatannya dalam dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di negara kiwi itu berkata, aduan telah difailkan di bawah undang-undang jenayah terhadap UBS berhubung perkara itu.

Aduan itu difailkan bagi pihak BMF oleh Profesor Monika Roth, peguam dan pakar perundangan, menurut kenyataan kumpulan itu semalam.

BMF mendakwa UBS melanggar etika tugasan seperti yang ditakrifkan oleh Kod Jenayah Switzerland dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap UBS dan pihak bertanggungjawab terhadap hubung kait antara bank tersebut dan Musa (kanan).

Musa yang juga merupakan adik kepada Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dituduh
terlibat dalam penyeludupan lebih AS $90 juta (RM286) melalui akuan bank UBS di Hong Kong dan Zurich.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.